Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, January 31, 2012

Seperti menendang landak


Minggu ini kerap juga saya menggunakan pepatah lama dalam posting saya. Memang saya sengaja nak menulis pasal bidalan-bidalan orang Melayu. Bidalan-bidalan ini nampak remeh tetapi ada falsafah di dalamnya dalam membentuk pembangunan diri masyarakat.
Kepada pembaca yang setia membaca penulisan saya, pasti ada yang perasan kadang-kadang saya ada guna pepatah pepatih atau bidalan atau simpulan bahasa. Sebenarnya saya juga tak berapa pandai dalam sastera bahasa tetapi saya tetap menulisnya sebab rasa tanggungjawab pulak memelihara bidalan kita. Kalau ada pembaca yang tahu saya tersilap terlebih tahu. Perbetulkan saya.
Hari ini saya nak bercerita mengenai landak. Tentu pernah lihat landak kan? Pernah tak lihat landak secara life? Maksud saya bukan dalam majalah atau dalam Astro. Landak ini macam kura-kura tetapi berduri, eh macam tikus sebenarnya. Daging landak ni boleh dimakan. Dan ada yang mendakwa ia boleh buat daya rangsangang seksual kita melonjak. Entahlah saya tak pernah cuba. Maksud saya saya tak pernah makan daging landak.
Seperti menendang landak bermakna perbuatan yang bodoh (kedunguan yang total). Ya lah bila kita tendang landak, berdarahlah kaki kita, tak ke bodoh. Tetapi orang Melayu kita ini banyak buat perkara bodoh kot, sebab itu ada bidalan ini. He he he. Contohnya? Contohnya orang polilik? Tak nak lah selalu tulis pasal politik, nanti jadi blog politik.
Dalam masyarakat kita ramai yang degil atau bebal. Sangat degil, nasihat orang tidak dengar dan bila dah kena tak ambik pengajaran. Kena lagi dan kena lagi. Sebab itu ada orang yang keluar masuk penjara kan…? Haa.
Cuba fikir pernah tak kita buat perangai seperti menendang landak. Iaitu perbuatan yang kita tahu ada bahayanya tetapi kita buat juga. Haa… perbuatan yang keluarga kita larang, laki/bini kita larang, ayah/mak kita larang. Kita buat juga dan hasilnya kita rugi…
Haa,,,tu la namanya `seperti menendang landak”
Jan: Pernah…dan akhirnya meraung. He he he.

4 comments:

Nong Andy said...

saya tak pernah tgk landak secara live..

saya bengang dengan 'si Dungu' yg balik2 tendang landak. tapi saya tak tau nak buat macam mana supaya dia tak tendang landak lagi..

ada tips? hehe...

Jankaulu said...

kerat jea kakinya, he he he

Nong Andy said...

hahaha..

kalau saya kerat kakinya. karang saya pula terpaksa bagi makan dia..

mungkin saya patut bunuh landak tu ye tak? hehe..

Jankaulu said...

tak.. mungkin awak kena 2 kali lebih `vouge' daripada landak tu...he he he.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home