Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Mankisue.... Show all posts
Showing posts with label Mankisue.... Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Bab 5: Cerita II ( Seperti kucing kurap) sambungan…

'' Makan apa Man?'' Tiba-tiba Encik Roslan bertanya. Pertanyaan itu menghenti lamunan Mankisue. “Kacau daun betul…” Bisik hati Mankisue. Memang masa-masa begini dia mahu bersendirian. Dia mahu duduk sorang diri, jauh daripada orang ramai.

“Goreng pisang...” Walaupun Mankisue tahu daripada segi nahu sepatutnya `pisang goreng’ bukannya `goreng pisang’. Dia sudah tidak cermat dalam memilih bahasa, apa yang terlintas difikiran terus sahaja dia lafazkan.

“Kawan-kawan lain mana? Tak ikut sama?”

“ Ada... saja nak makan sorang…''

Mankisue tidak bercakap banyak, dia diam sahaja. Dia lebih selesa bersendirian dan mahu berdiam diri sahaja. Bila berdiam diri dapat dirasainya ketenteraman. Namun dia sedar perkataan `nak makan sorang’ sepatutnya tidak digunakan, bimbang Encik Roslan berasa hati.

“ Kau nampak cengkung je Man! Kenapa? Kau sakit ke? tanya Encik Roslan lagak kehairanan.

“ Tidak, biasa je…” Mankisue menutup keadaan sebenar. Mankisue malas nak layan… Malas nak bercerita, bukan semua memahaminya seperti Puan Halimah.

“ Habis tu kenapa nampak cengkung je mata tu? Kurang tidur ya? Encik Roslan masih juga galak bertanya.

Mankisue tidak menjawabnya. Dia diam sahaja… Dia asyik melihat ke tengah padang. Semakin ramai orang bermain bola… ya lah tak kan main boling pulak di tengah-tengah padang tu.

“Nak jual tak motor tu Man? Setelah sekalian lama masing-masing menyepi, Encik Roslan memecah kesunyian. Mungkin Encik Roslan sendiri sudah merasai serba salah.

Mankisue masih lagi asyik memandang ke tengah padang. Sudah semakin ramai orang bermain bola. Kelihatan juga beberapa penunggang motorsikal yang berhenti di tepi-tepi jalan, tumpang sekaki nengok orang bermain bola.

“ Tak nak jual…, Man nak hantar ke kampung. Ayah nak guna” Mankisue beralih pandang ke arah motornya pula.

“ En Roslan nak beli motor ke? Kereta dah ada dua tiga bijik… nok buat apa motor? Panjang pulak pertanyaan Mankisue kali ini.

‘’Saja..., bagus jugak ada motor, petang-petang boleh bersiar-siar, bla-bla-bla……….” Mankisue sudah tidak dapat mengikuti dan memahami butir kata Encik Roslan. Pandangannya dilempar kembali jauh ke tengah padang. Kelihatan seorang pemuda galak mengelecek bola…

" Pandai budak hitam tu main bola, badan sekeping, patutlah pandai. Kalau gemuk setambum, atau selebar pintu hendak berlari macam mana…". Mankisue kaitkan pula bentuk fizikal dengan keupayaan bermain bola… hakikatnya dia tidak tahu menahu langsung hal-hal bola ni. Dia bukan lelaki biasa…

Suasana kedai sederat di tepi padang bolo tersebut hening sekali. Petang-petang begini bila daun-daun pokok sena berguguran melayang ditiup angin, menambahsyahdukan lagi pemandangan di sekitarannya.

Encik Roslan menyelak helain akhbar. Asyik benar dengan helaian sukannya. Setelah mengoder secawan tea o, dia terus membaca harian Metro yang banyak memaparkan tajuk berita yang berbau seks. Mankisue pula terus bermonolog. Dia dibawa jauh oleh peristiwa dua minggu lalu ketika di ke bilik Puan Halimah. Dia teringat kata-kata Puan Halimah.

“ Walaupun berapa berat musibah hidup, kita mesti meneruskan hidup ni Man. Dan buat masa ini tiada sesiapa yang dapat menolong Man kecuali diri Man saja.”

“Kalau Man terus berdendam, dalam diam Man membakar diri… Man tak boleh hadapi hidup seharian dalam paksaan, Man banyak tanggungjawab lain kan…”

“ Orang nak tipu kita, nak anaiya kita, kita nak buat macam mana… kita tak boleh buat apa-apa… lagipun tak ke mana dianya kalau dia tipu orang macam Man… ”

Di hadapan Puan Halimah, di depan meja Puan Halimah dengan perasaan tak malunya Mankisue menangis bersungguh-sungguh. Dia benar-benar pilu dan tersayu giler dengan tonasi syahdu dan lembut beralun daripada tutur kata Puan Halimah. Selaku kaunseler pelajar, dia sehempas pulas menggunakan kepakaran kaunselingnya untuk meredakan relung hati Mankisue yang berbahang.

“ Kak Mah tengok Man baik, dan Man lain daripada manusia yang Kak Mah jumpa. Betul Kak Mah cakap ni. Man bersyukurlah kerana Allah mengurniakan Man hati yang baik, ramai sebenarnya sayangkan Man”.

“Dan bila kalau hati yang baik itu dipersiakan dipandang rendah oleh orang, dihancurkan orang… Man jangan jatuh, Man kena bangun, berdiri... Memang maha payah Man oiii tapi Man kena hadapi hidup ini walau sepahit mana…” Hampir nak meraung Mankisue. Syahdu sangat apabila mendengar Puan Halimah yang pandai slow talk kepada sesiapa saja yang memerlukannya.

“ Orang lain tak akan faham apa yang kita alami, sebab itulah Man kena kuat, Man kena tahu kehidupan ini bukan untuk rasa dan perasaan Man sahaja. Kita hidup untuk orang lain juga Man… Itulah nama kehidupan Man… Esok tetap ada bagi orang yang sabar…tuhan berada bersama orang yang sabar Man” Lembut dan bersahaja gaya percakapan Puan Halimah. Seolah dia seorang wanita yang kuat dan tabah. Dan jika sekali lihat tiada siapa yang sangka tiga bulan lepas Mankisuelah yang menyelamatkan nyawa Puan Halimah. Mankisue dan Encik Daud Tubilah yang memegang kemas Puan Halimah yang pada masa itu seperti hilang akal. Pada masa tersebut Puan Halimah mahu terjun bangunan. Dia mahu terjun dari bangunan akademik apabila mengetahui suaminya sudah seminggu berkahwin lain secara rahsia. Kahwin dengan seorang GRO gebu dari Kuantan.

“Kesian ayah dan ibu dan keluarga Man kalau dia tahu Man begini…” sambung Puan Halimah, meneruskan slow talknya.

“ Memanglah pada mulanya kita rasa berat dan tuhan sajalah yang tahu. Sebab kita merasainya. Kawan-kawan memahami tetapi tidak dapat merasainya… Kak Mah dapat rasakan kalau boleh Man tidak mahu hidup lagi kerana tidak mampu hidup lagi. Hendak menapak kaki selangkah ke hari esok pun payah kan? Puan halimah menyandarkan badannya ke kerusi. Mungkin bercakap daripada pengalamannya.

Mankisue teresak-esak mengeluarkan airmata. Buruk benar keadaannya. Bayangkan orang seusia dia menangis jebek, teresak bagai budak… bayangkan…

“ Hari demi hari Man makin terseksa Kak Mah. Man ingatkan Man akan sembuh sebab Man perlu sembuh. Man tahu Man kena hadapi hidup walau separah mana. Untuk keluarga Man, juga untuk man. Tapi lama-kelamaan Man sedar semuanya semakin pergi… man tidak berdaya semuanya pergi”. Lancar je dialog lara yang terpancul daripada mulut Mankisue, mengalahkan dialog-dialog dalam filem Sembilu Datuk Yusuf Haslam.

“ Kegembiraan dan segala harapan hidup Man diragut… Demi allah Man tidak pernah merasai ketajaman perasaan yang menyeksa ini… Apa salah Man Kak Mah?. Bagai dialog cerita drama swasta tayangan Astro pula Mankisu meluahkan rasa kesedihan hatinya…

“ Apa yang boleh membuatkan Man rasa tenang? Puan Halimah pula naik sebak, air matanya mula bergenang… Puan Halimah cepat-cepar mencapai sehelai tisu daripada beg tangan Pelconya. Bimbang pula mascara Revlonnya cair dan akan mencomotkan mukanya. Pada ketika itu Mankisue juga turut mencapai tisu… juga daripada beg tangan Puan Halimah (he he he). Mankisue menanggalkan cermin matanya, menyapu air matanya yang menitik. Bayangkan…

“ Sudah-sudahlah Man, jangan menangis. Sakgi ada mesyuarat. Nanti orang nampak mata Man merah.” Kata Kak Halimah sambil mengesap airmatanya.

“ Man ingin tahu apa salah Man, Man ingin tahu sebab apa dia tergamak buat Man begitu. Dia sanggup menipu dan jadikan kebahagian hidup Man sebagai galang ganti untuk mendapatkan kebahagiaan bagi dirinya.” Apa yang membuatkan dia sangat sayang kepada orang lain sehingga separuh mati…”.

“Dia boleh pergi sebab Man bukannya orang lebih, Man tahu sangat. Man orang kurang… Man tak handsome macam Farid Kamil, harta jauh sekali. Sekarang Man pun dah ada kurap…tentu lebih hina kan?. Tak semena-mena Mankisue mengheret sama isu kurapnya ke dalam hal kemeranaan hidupnya.

“ Tapi tu tak bermakna Man boleh diperbodohkan, boleh ditipu. Kenapa dia mesti menipu dan mempermainkan hati dan perasaan Man, kenapa? Kenapa Kak Mah? Kenapa?... Tiba-tiba Mankisue bangun menuju ke jendela bilik Puan Halimah. Dia memandang jauh ke luar jendela. Dia cacang di situ.

“ Kenapa orang macam Man ni tidak layak ke dapat kebahagian? Kenapa dia kejam dan pentingkan nafsu sendiri? Atas apa di permainkan perasaan Man, Man sumpah hidup dia celaka tiap-tiap hari! Tiap-tiap hari…! Tak akan ada lagi sesiapa yang akan ikhlas menyanyanginya, tidak akan ada!...”

“ Sudaaaahlah Maaaan….” Puan Halimah tiba-tiba teresak-esak menangis. Bersungguh-sungguh pula...sekali lagi dia menarik tisu daripada beg tangan Pelconya (yang dibeli hasil daripada main kutu).

“ Jom Man, saya belanja” Terhenti Mankisue daripada lamunan apabila Encik Roslan bangun dengan tiba-tiba menuju ke kaunter. Ingatannya kepada Puan Halimah hilang begitu sahaja…dia rasa bersalah pada puan Halimah kerana membuatkan Puan Halimah menangis.

Dia juga berasa bersalah pada Encik Roslan, walaupun dia tidak melayan Encik Roslan, Encik Roslan tetap membelanjai dia makan…
Mankisue kembali melontar pandangannya ke tengah padang. Kucing kurap kembali melilit di kakinya, dan dendam kesumat itu turut juga kembali tetapi kali ini kian membara!

Jan: Baguslah hidup dengan meracun diri. Orang tu sedang berbahagia awak merana. Baguslah tu. Pandai-pandai!

Thursday, March 4, 2010

Bab 8: cerita ke I (Sendiri sepi menyosong waktu…)

Mankisue berada di atas katinya, dia cuba menggerakan badannya ke kiri dan kanan tetapi tidak berdaya. Seluruh badannya terasa sangat letih, terasa kaku dan lesu. Dia cuba mengalihkan bantal di tengkuknya, dia terasa sangat lenguh tetapi juga tidak berdaya. Kepalanya pula terasa pening dan berat. Malam tadi seperti malam sebelumnya dia masih gagal untuk tidor lena walaupun kesemua ubat yang didiskripsikan oleh Dr Soraya ditelangnya.

Namun Mankisue tidak berputus asa, dia mencuba untuk bangun. Dengan menggunakan ke dua tapak tangannya, Mankisue mula menekan tilam untuk menyokong badannya ke depan, tetapi juga tidak berjaya. Dia terlalu lemah. Semua kekuatannya telah pergi… yang tinggal hanyalah kekuatan mulut sinisnya bersama ingatan dendam membara. Kukuh kejap.

Mankisue bertambah benci kepada dirinya, kepada seluruh jumlah kelemahan yang dimilikinya sekarang. Hatinya ingin marah tetapi tiada seorang insan pun menemaninya di subuh sejuk begini. Tiada sesiapa di kiri. Tiada sesiapa di kanan. Katil di sebelah kanannya sudah dua hari kosong. Katil di sebelah kirinya juga kosong. Dia cuba gagahi diri sekali lagi. Dia mahu bangun. Dia mahu ke bilik air…

Tetapi tidak berdaya, pipi sejuk Mankisue terasa panas. Ada air mata yang mengalir...

“ Ahhhh…huh” Kedengaran keluhan kecil Mankisue. Memang dia tidak berdaya langsung. Dia sudah tidak berguna walaupun pada diri sendiri. Kalau boleh dia ingin mati saja. Pagi-pagi begini urat tulang di seluruh badannya terasa sekeras kayu dan seberat besi untuk dialih. Dia tetap berusaha untuk bangun kerana dia tahu kepentingan untuk bergerak. Dia tidak mahu mengalami kekejangan. Sudah beberapa kali dia merasai kesakitan batang tubuh akibat lama tidak bergerak. Kesakitan yang wujud akibat kekejangan berada pada paras yang tinggi… Dia tidak mahu menambahkan kesakitan pada dirinya lagi…

Mankisue kembali terbaring pasrah di katilnya, matanya tepat memandang siling hospital di wad 4 tersebut. Dia memandang kipas putih jenis KDNK berpusing-pusing perlahan. Kipas siling itu selalu setia mememaninya hingga lewat angin malam. Menemaninya untuk lelap mata…

Mankisue tahu, amat tahu…dia sudah berada di adegan-adegan penghabisan, episod terakhir hidupnya…
Jan: Kesian pulak...

Monday, March 1, 2010

Bab 5: cerita II ( Seperti kucing kurap...)

" Sus-suh, suh-suuuuh ". Mankisue menghalau kucing kurap yang galak melilit kakinya. Daripada tadi semasa dia masuk ke kedai kucing hitam itu terus menghampirinya, seolah mahu bermanja. Asyik mengelilingi meja makannya dan kakinya, mengganggu makan petangnya...
"Sus-suh, suuuuh!". Tidak juga kucing hitam berkurap itu mahu meninggalkan kaki Mankisue. Mankisue menggerakan kakinya beberapa kali tetapi masih gagal menghalau kucing tersebut... Kucing itu suka melilit sahaja. Mankisue geli…
'' Nah ambik ikang ni '', Mankisue yang seolah-olah memahami bahasa binatang terus capai ikan daripada pinggangnya dan pandu kucing tersebut sehingga ke tepi longkang sisi kedai. Dia letakan ikan goring tersebut di tepi longkang. Terus sahaja kucing hitam tersebut makan ikan goring yang sudah tinggal sekerat itu. Mankisue lalu mendongak melihat ke tengah padang bola, memang kedai sederet ini membelakangkan sebuah padang. Kelihatan di tengah padang beberapa orang bermain bola…yalah tak kan main bowling pulak. Namanya padang bola, bukan padang bowling.
Redup petang-petang begini, sengaja Mankisue mahu menyendiri. Makan seorang diri. Sejak akhir-akhir ini dia sering mengelak pelawaan makan kawan-kawannya. Dia kini lebih selesa bersendirian. Dia menemui keindahan dunianya sendiri apabila dia bersendirian. Entah kenapa jika makan bersama kawan-kawannya dia terasa mahu cepat balik ke bilik di bangunan pejabatnya… Dia mahu menyendiri.
Mankisue kembali semula ke mejanya dan terus menyelak Harian Metro yang ada di mejanya, tetapi ada sesuatu persoalan berserabut di fikrannya:
“…jika manusia belajar untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki dan tuhan bui, aku percaya tidak banyaklah orang yang patah hati, sakit hati dan makan hati hidup merana di atas muka bumi ini...seperti aku."
“ …tetapi manusia…ahhh. Manusia itu korap sifatnya...” Keluhan hiba Mankisue. Mankisue mengelamun lagi…
“…tetapi sifat manusia itu busuk hatinya, alpa dirinya dan terlalu mementingkan diri... rela berdiri atas kekecewaan orang lain. Malah tergamak hidup bahagia atas kehancuran hidup orang lain. Selamat datang ke bumi...inilah manusia..."
Sesekali Mankisue menjeling berita tentang seorang seleberiti ustad rock yang bercerai-berai dan berkahwin lain… Dia benci, lalu dia terus ke halaman intisari rancangan, iaitu halaman yang biasanya dia tidak pernah jengok… Pelik.
Mankisue terus terbawa ke alam lain. Sejak dua menjak ini memang hatinya suka berbicara. Hatinya tak pernah mahu tenteram. Bukan dia tidak cuba bangkit, sudah banyak kali dia melawan perasaan dan cuba bangkit. Tetapi setiap kali mahu bangkit, dia kembali terduduk dengan lebih payah nak bangun kembali…
Kesyahduan bermunajat pada tuhan sudah lama tidak dirasainya. Dia rasa sesuatu kekosongan yang amat dalam. Kekosongan yang menjadikannya bertambah bimbang... Walaupun dipanjatnya doa beriring harapan, dia tetap rasa kosng. Rasa kosong dan hening sekali, seolah masa berhenti dan hanyalah dia merentasinya, melalui kehidupan ini..
“ Manusia ni pelik sifatnya, mudah lupa… dan hanya sayangi dirinya … Tetapi aku tidak mementingkan diri, dan hanya tuhan yang tahu sayang aku pada aras yang paling tinggi pada jumlah yang paling banyak…"
Kasih sayang yang berjumlah banyak tersebut ternyata tidak berguna kerana apabila berjauhan, kesetian adalah hampir mustahil. Mankisue tahu apabila hatinya resah, dan rasa tidak sedap pada masa itulah kasih sayangnya diselingkoh... dan dia dipermainkan. Perasaan dendam yang membakar dirinya bernyala semula. Redup petang yang syahdu tidak dapat meredupkan relung hatinya yang panas. Mengapa manusia begitu? Mengapa aku terlalu bodoh dan naif?
Mengapa? Memang kehidupan ini aneh dan manusia itu kejam…
'' La kenapa tak bawak motor, Man?'' Tiba-tiba Encik Roslan menyapa Mankisu daripada depan. Terkejut beruk jadinya, monolog hati Mankisue terhenti. Kedatangan Encik Roslan memang tidak disedari Mankiue, dia sememangnya hanyut dengan monolognya, dia lemas dalam lamunang.
Encik Roslan terus mengheret kerusi dan duduk di hadapan Mankisue (tanpa dipelawa…).
" Tak apalah sekali sekaler, motor ni kena bowok jugok, nati payoh start”. Mankisue memandang ke arah motornya yang banyak berjasa.
Motor tersebut dibelinya sebaik sahaja dia bertukar kerja di daerah pendalaman ini. Motor itu banyak berjasa dalam diam. Walaupun tiada ungkapan kata-kata manis dan janji bersulam harapan…motor itu tetap setia.
Mankisue dibawa semula pada kenangan silam…Masih teringat lagi seolah seperti baru semalam terasa....di atas motor tulah air mata rindu Mankisu mengalir… mengalir daripada jiwa yang dipasung rindu. Rindu yang terabai pilu dan kaku. Seolah baru semalam terasa.... Mankisue menangis bagai budak nak ais krem (tapi mak dia tak bagi sebab takut rosak gigi). Dia menangis pada setiap hari kerana dek penangan rindu yang tiada berpelabuhan. Dan pernah suatu ketika ketika bawak motor airmatanya menitis laju bersama air hujan…
" Demi allah aku akan balas dendam…"
" Sus-suh, suh-suuuuh ". Mankisue sekali lagi menghalau kucing kurap yang kembali galak melilit kakinya. Rupanya makanan yang diberinya sudah habis. Kucing itu masih terus menghampirinya, seolah mahu bermanja-manja. Mankisue geli, dia menolak kucing kurap itu ke tepi...menepis-nepisnya mengunakan kaki...
Jan: Sudah kurap lagi hina...?

Thursday, January 21, 2010

Lagi-lagi Mankisu: Lebat seribu mawar....

HALILINTAR berdentung membelah bumi, memang kilat sambar menyambar. Bunyi guruh seakan memberi amaran. Dan jalan raya di hadapannya sudah mulai kabur... Hujan kemudiannya turun lebat memutih dengan ganasnya. Hanya lampu-lampu kereta di hadapannya sahaja menjadi pedoman untuk meneruskan perjalanan ke Kuantan...
Mankisu memberhentikan kereta kecilnya di bahu jalan. Hujan lebat itu benar-benar menakutkannya. Sebagai pemandu baru dia tidak yakin dapat merentas hujan selebat itu… (walaupun dalam kehidupan sebenar, badai mana lagi yang tak ditempuhinya...?).
Setelah beberapa lama menyandarkan diri, Mankisue tiba-tiba membuka sedikit cermin tingkap kereta dan membuang cd-cdnya satu persatu... Cd Sealing Diong, Raihang, Pop Indon dan juga lagu-lagu Melayu Campur yang diburnt. Namun apabila tangannya menyentuh Cd Sharifah Aini, hatinya membeku... Dia tidak tergamak membuangnya!
Akhirnya Mankisue tersandar sunyi melayan lagu `Seribu Mawar' daripada CD tersebut. Tiba-tiba terimbau lagi (pulak dah) nasib dirinya. Persoalan demi persolan timbul (tapi tak ada pula skima jawapan, he he he). Mengapakah episode yang selalu hadir di dalam hidupnya tidak ada episod yang agak biasa... Mengapa episode hidupnya entah apa-apa seperti drama indon.
Jika nak dibandingkan dengannya, Mankisue tahu dia serba kekurangan. Hanya mempunyai sebuah kereta kecil dan sebuah rumah dibelah dua (semi D). Dia tidak miliki rumah di Kelantan, tiada rumah di Terengganu apatah lagi di kotaraya Kuala Lumpur… Walaupun agak handsum, Mankisu sedar siapa dirinya, dia tidak pandai bergaya. Dia selalu kelihatan serebeh…
Mankisue tiada ratusan ribu ringgit di bank, apatah lagi jutaan... Dia juga tidak memiliki banyak kereta, hanya kereta kecil nan satu. Kereta putih seputih hatinya...Kereta putih yang kini menjadi kesayangannya. Menemaninya ke sana ke mari.
'' Ah...bukan lawanku... ' desis hati Mankisue. Yang hanya `lebih’ mungkin sebuah kesetiaan yang besar yang kecil di mata orangnya, ...tak dihargai...yang tak dinilai, terabai...
Hujan lebat seakan tidak mahu berhenti. Mankisue memainkan viper keretanya. Banyak kali dia tersilap hingga viper di belakang kereta pun keluar dengan sabun-sabunnya sekali. Sesekali bimbang juga memberhentikan kereta di tepi jalan. Bimbang dilanggar kereta lain walaupun hakikatnya dia memang sudah berada dalam sebuah kemalangan...Kemalangan yang dasyat.
'' Suatu hari nanti kau akan merasai apa yang aku rasai. Tidak sedikit lebih atau kurang. Dan ketika itu kau akan tahu… aku bersumpah tidak akan ada kebahagian yang mampu tumbuh di atas kemusnahan hidupku ini...'' Persis dialog dalam novel-novel, begitulah sumpahan yang maha hebat lahir di hati Mankisue yang maha punah.
'' Aku bersumpah membenciimu seumur hidup!... '' Tegas hati nurani Mankisu sambil menyetart kembali kereta dan menfreekan handbreak... Kereta putih itu terus melucur laju membelahi hujan yang lebat... Dia tidak takut mati. Dia redha...
“...nothing is all better, nothing ever gets better…!” Hati Mankisue berdetik.
Jan: Bodoh! bodoh! tak habis habis meratap nasib hidup...bodoh!

Thursday, December 3, 2009

Belati di hati Mankisue...

` i thought, ure a rite man, but ur mentality is too bad...'

SMS tersebut bertarikh 5.10.2009... Ya Mankisue masih menyimpannya hingga kini. Entah kenapa dia mesti menyimpannya dan tidak mendeletenya, Mankisue tidak pasti. Tetapi sesekali bila terasa sunyi dia membacanya semula berulangkali, dan pada setiap kali membacanya, hati Mankisu berdarah ...
Masih jelas diingatan Mankisue, SMS tersebut muncul menerpa hidupnya ketika beliau dalam perjalanan daripada kampungnya bersama ayah dan seorang anak saudara. Dan ketika itu Mankisue berhenti memandu untuk minum. Dia sangat dahaga, Mankisue perlukan seteguk air...

Sepanjang minggu berada di kampung halaman terasa bagai menjayakan sebuah pementasan. Pementasan karya agung yang duka. Mankisue berlakon dengan hebatnya di hadapan adik beradik, keluarga sanak saudara. Seolah tiada apa-apa yang berlaku kerana esoknya sinar mentari tetap ada.
Riang gembira dilebihlampaukan di hadapan orang ramai seolah-olah dialah paling bahagia, paling gembira dan mempunyai sebuah kehidupan yang mudah dan licin... Mankisue tidak mahu mereka mencium kesedihan yang terpaksa dimamahnya.
Di hadapan ayah, Mankisue tersenyum sambil meneguk teh tarik tersebut. Mankisue memandang pula ke arah anak saudara. Muka anak saudaranya bersih. Ah indahnya hidup kalau jadi anak-anak semula. Bisik hati Mankisue...

` i thought, ure a rite man, but ur mentality is too bad...'
Mankisue membaca kembali SMS yang baru diterimanya tadi. Dan kalau boleh dia hendak menangis di situ sahaja. Biar semua orang di kedai kopi tersebut melihatnya. Dia tidak malu, kerana menyembunyikan segalanya lebih menyeksekan diri. Dan kalau boleh mankisue hendak terbalikan meja-mejanya sekali…
Namun sebuah kehidupan bukanlah seperti cerita dalam novel atau jauh sekali seperti adengan dalam filem-filem. Mankisue bercekal hati, dia terpaksa bertabah hati...
Sms tersebut seakan belati menikam hati, dan Mankisue adalah hati tersebut.

Dugaan apalah pulak ini, kuatkanlah aku... Mengapa setelah lapan tahun bersama, setelah harungi segalanya barulah sms itu muncul? Mengapa perlunya sms tersebut? Dia boleh pergi tanpa menimbulkan kekurangan diriku... dia boleh pergi tanpa sms yang menikam.

Mengapa baru sekarang sms tersebut muncul? Mengapa memerlukan lebih lapan tahun untuk mengetahui diri ini bukanlah yang terbaik!

Mengapa?

Jan: kerana dia dah ada yang lain...

Tuesday, November 17, 2009

Bisikan sebuah hati...

" Mengapa walaupun tuhan telah tunjukan dia curang, tidak seperti yang diharapkan, dan segalanya amat menyakitkan...namun hati ini masih mengingatinya...mengapa?. Mengapa aku terhukum begini walaupun aku tidak bersalah?.'' - Mankisue.
J
an: No komen...

Thursday, June 4, 2009

Celaka cinta...

" Some people say money is the root of evil...but for me, love is more harmful than people thought...it's make even worse for any kind of self-destruction... Mankisue cakap lepas sahaja ke muka Prof Dr Shahidam.
Mankisue memang sudah naik menyampah dan benci bila dr tersebut asyik menyindirnya setiap kali mereka berjumpa... Kali ini dia memang tidak tahan dengan sindiran yang diterimanya. Biarlah dia hidup sorang tanpa cinta, dia tidak menyusahkan orang di sekelilingnya....

Jan: ...tapi Sheila Majid kata apalah erti hidup ini tanpa cinta, kasih dan sayang... he he he

Thursday, May 28, 2009

Declare cinta Azira...

" Semua benda bermula dari biasa... Teman biasa, selepas itu teman tetapi mesra, selepas itu declare cinta, selepas itu? .. meraung sorang-sorang! " Mankisue terus keluar dari pejabat pentadbiran, dia tidak berpaling pada Azira. Dia rasa tidak berguna menasihati orang yang keras kepala, bodoh. Tetapi kata-katanya tadi memeng ditujukan kepada Azira.
Mankisue tertinggal resipi yang dia photostepnya tadi di atas meja Maria.

Jan: i learned my lesson well.

Wednesday, May 13, 2009

Bab 8: Cerita III (I will always love you...)

" Saya percaya dalam tiap jiwa manusia pernah ada rasa cinta yang amat sangat, membuak-buak. Seseorang yang paling dia sayangi berbanding dengan orang lain. Kasih sayang yang melekat kejap di dadanya, mustahil manusia tidak memiliki perasaan itu..." Dr. Soraya menghulurkan minyak angin yang dibelinya di Kuala Kubu. Memang dia membelinya khas untuk Mankisue. Dia kesian melihat Mankisue selalu mengadu lengguh di seluruh tubuhnya.
"Kadang kadang seseorang manusia itu bertuah kerana dapat hidup bersama orang yang disayanginya doktor..., dan kadang-kadang manusia itu tidak bertuah kerana tidak dapat hidup bersama orang yang disayanginya…" Mankisu menyambung ayat Dr Soraya dengan sinis.
"... dia mungkin ambik saja orang yang datang dan ada di hadapannya buat pengubat luka ...dia tidak betah untuk hidup sendirian...
'' Tambah Mankisue, mengambil minyak angin itu, diletakannya di meja penjuru katil.
Dr. Soraya terpinga-pinga, perkataan sinis daripada Mankisue itu benar belaka, terlalu benar... Dia teringatkan Tengku Farid...
Jan: Siapa pulak Dr. Soraya? siapa pula Tengku farid?

Friday, April 10, 2009

Dia tidak lagi berdoa!

Mankisue amat mengetahui, kejujuran itu telah luntur dan hatinya yang terkelar-kelar itu sudah berdarah-darah. Namun dia akan bertahan sedaya mungkin dan sesungguhnya memang dia telah bersabar dan bertahan. Dia membaluti lukanya sendiri sambil berterima kasih pada tuhan. Kerana dia mengetahui apabila menyayangi seseorang bukan semuanya indah, kerana bahagia dan derita itu datang berpakej dalam dunia kasih sayang.
Mankisue duduk menyandarkan dirinya di dinding simen masjid tersebut. Dinding yang sejuk itu menyentuh kulitnya dan kesejukan itu meresap ke isi dan tulang belakangnya. Terasa benar baju melayu yang dipakainya nipis dan menpercepatkan proses peresapan kesejukan pada badannya. Dia mengosok-gosokan kedua tapak tangannya dan terus meletakan di mukanya, dia terasa sangat sejuk dan menikam tajam dan adakah hatinya juga sudah membeku? Adakah kesejukan itu datang daripada dalam dirinya.
Di hadapan Mankisue terdapat sekelompok manusia yang duduk bercakap-cakap. Ada juga yang sedang bersembahyang sunat dan ada yang membaca al quran. Kelihatan juga beberapa orang tua sedang usik mengusik antara satu sama lain, mencongkek pinggang masing-masing dengan riang. Agaknya bila bersara nanti sebegitukah kehidupanku? tanya bisik hati Mankisue...
Di dalam masjid yang besar dan hening ini, hati Mankisue resah. Dan keresahan itu dialah yang mengailnya, mengumpangnya, dan merasai hasilnya. Sekarang antara kasih dan kasihan sudah berbalang timbul tenggelam di ruangan hatinya. Dia serba salah kerana semakin dia mahu melarikan diri semakin dia terjerat, semakin kesian mendahului kasihan. Namun Mankisue percaya dia tetap harus membuat sebuah keputusan kerana dia mulai terkadang merasakan bebanan yang ditanggungnya sudah mencapai kemuncak. Dia letih... dia rasa dihina, dia rasa tidak diperlukan. Aku dipermainkan, Mankisue rasa keseorangan diri dalam dunia ini.
Badannya terasa amat sejuk, dan dalam terketar-ketar itu dia sekali lagi pasrah, namun dia tidak berdoa kerana dia percaya tuhan tidak menolongnya kali ini. Ah di dalam sebuah masjid seorang manusia boleh sesat, ini kan pula di hamparan dunia yang luas.
Selesai sahaja menunaikan solat magrib, Mankisue terus bangun dan cepat-cepat keluar daripada masjid tersebut. Dia tidak lagi berdoa! Dia tidak merayu dan meminta seperti hari-hari sebelumnya...
Jan: Kenapa pulak ni...?

Monday, March 2, 2009

Bunuh diri...?

`` Ya allah Fairus, tuhan mahu uji awak Fairus, tuhan mahu menguji kita. Yang mana kita lebih utamakan antara kasih sayang kita kepada allah atau kasih sayang kita sesama manusia.” Seperti pakar motivasi, Mankisue menuturkan kata-kata dengan lembut. Dia tidak mahu Fairus tertekan jika dia menggunakan kata-kata yang keras. Jika diturutkan hati mahu saja ditamparnya muka fairus. Tetapi niat itu dipadamkan saja, dia tidak mahu Fairuz makin tertekan. Walaupun terdapat perkataan-perkataan yang keras dan negatif, tetap dilafazkan dengan nada suara yang lembut.

`` Kalau kita lebihkan kasih sayang sesama manusia daripada kasih sayang kita kepada allah, sampai mati pun kehidupan kita tak akan tenteram. Bila kita tak tenteram, bolehkah kita hidup bahagia?''. Mankisue bertanya pula. Di hadapannya Mohd Fairus Aiman Azani bin Tueak pelajar section 12M sudah nampak serba salah, tunduk malu seolah insaf seketika.

`` Tengok saya ni, saya selalu berfikir rasional. Saya letakan hidup saya ni secara terurus. Saya tak pernah ikut hati saya sebab orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kita kena guna fikiran... " Mankisue menyandar di kerusinya, sesekali dia melihat raut muka Faiirus.
"Allah beri kita akal fikiran. Memanglah setiap manusia ada masalah tetapi ia mungkin cubaan daripada allah. Yang penting kita berusaha untuk mencapai kebahagiaan hidup, Fairus. Kalau kita dah berusaha dan dah tidak berdaya saya serahkan segalanya kepada allah kerana saya tahu dia tahu apa yang terbaik untuk saya.” Sambung Mankisue lagi. Memang dia sengaja menyebut perkataan `allah’ banyak kali kerana dia tahu Fairus berlatarbelakangkan sekolah agama. Dia percaya Fairus akan `beli’ kata-katanya yang sengaja diunsurislamkan…

`` Cuba awak fikir dengan baik, awak fikir sekejap, saya beri masa 5 minit. Cuba awak fikir kalau kita lebihkan kasih sayang kita sesama manusia. Bila kita kehilangannya bolehkah kita bangkit kembali?.'' Mankisue menghirup secawan Tongkat Ali dan meletakan semula cawan tersebut di atas mejanya. Bau air Tongkat Alinya semerbak memenuhi ruang bilik. Kemudian dia mengangguk kepala perlahan-lahan seolah-olah sedang memikirkan sesuatu permasalahan yang maha hebat.
``Tengok ada orang mati anak tetapi mereka teruskan hidup. Ada yang kehilangan isteri, suami atau keluarga… Awak ni Fairus, baru ditinggalkan kekasih nak bunuh diri… Cuba awak fikir?. Saya minta sangat Fairus fikir betul-betul. Fikir Ya? " Bertalu-talu Mankisue menyoal Fairus sambil tangannya pantas menyusun buku-buku yang sengaja disepahkan di atas mejanya. Tadi dia memang sengaja meletakkan kertas kerjanya, buku-buku notanya dan perfume Bulgarinya. Memang begitulah lagaknya apabila ada consultation hour dengan pelajar. Dan biasanya juga dia pasang lagu instrumental dengan perlahan, agar bila student masuk nampaklah class sikit, suasana di bilik tersebut. Nyaman dan sesuai untuk sesi kaunseling.

`` Tengok saya ni, saya bukan berniat mahu meninggikan diri, tapi saya klafikasikan hidup saya bahagia, walaupun tidaklah sempurna 100%. Kesempurnaan itu Malik allah. Hidup saya tiada cacat-celanya bagi saya, Alhamdulilah, saya bersyukur, saya redha. Dan kalau ada apa-apa kelemahan saya baikinya, saya tabah dan sabar selalu.” Mankisue menipu, dia seolah terlupa 2 hari yang lalu dia hampir meraung di tepi jalanraya, dalam hujan lebat.
`` Awak muda lagi Fairus, banyak perkara yang awak kena buat. Tapi Awak fokus kepada perkara yang bukan utama. Dan sekarang kesalahan itu bukan sahaja mengigit awak , juga masa depan awak. Awak hanya hilang kasih sayang dari hanya seorang kekasih sahaja, awak bukan hilang segalannya…”.
“ Tapi sir saya tak tahu nak buat apa sekarang, saya buntu, nak study pun saya tak boleh”. Fairus cepat-cepat mencelah menjawab. Dia tahu benar kalau dia tidak mencelah alamatnya tidak bersekempatanlah dia nak bercakap.
“ Pertamanya awak kena mengaku pada diri yang awak buat salah. Bila awak dah benar-benar mengaku barulah awak dapat mengambil langkah seterusnya, kuatkan diri.”.
`` Sekarang perjalanan hidup awak berada di tahap mencari asas ilmu yang kukuh, fikiran awak sepatutnya ditumpukan kepada mencari ilmu pengetahuan, bukannya pasal mencari pasangan sahaja.” Sambung Mankisue, sambil buat-buat mencari buku. Dan dia terus capai buku Rahmah Ismail yang baru diodernya dari UKM. Buku bertajuk`Dimensi Ekonomi Pembangunan: Teori dan Realiti’ tersebut memang mahu digunakannya untuk semester depan. Payah nak cari buku rujukan dalam bahasa Malaysia, sebab itulah dia beria-ia membelinya.
`` Perempuan ni bila-bila masa saja kita boleh dapat bila kehidupan kita dah ok, dah ada pelajaran dah ada kehidupan sendiri, petik saja jari. Bak kata pepatah Cina `ada emas adalah perempuan’. Mankisue seolah pakar dalam bab-bab perempuan, walaupun hakikatnya…? Sepahit jadam… depan kiri belakang kelabu.
“Janganlah kerana perempuan awak tak dapat study, tuhan uji sedikit je awak dah terduduk Fairus. Awak tengok remaja lain, di Palastine contohnya, ujian mereka lebih hebat lagi, lebih derita. Masa depan mereka tak menentu. Awak yang ada masa depan ni, awak abaikan pulak.”. Mankisue masukkan jugak isu antarabangsa bagaimana nasib remaja di serata dunia yang lebih dasyat dan naif. Dia mahu Fairus rasa beruntung. Dia mahu Fairus bangikt daripada kesedihan.
“ Awak pun ada rupa, bukannya tak handsome, bila-bila masa awak boleh cari yang lebih baik.” Mankisue menipu lagi kerana jauh di sudut hatinya memang pelajar di hadapannya bukan dalam katogeri handsome. Dahlah tak handsome, tak pandai bergaya, serebeh pulak. Pernah juga Mankisue terfikir antara salah satu sebab Fairus ditinggalkan oleh aweknya mungkin kerana penampilannya. Perempuan zaman sekarang mahu boyfriend pandai bergaya, rupa paras fail pun tak apa. Tapi kebenaran tidak boleh diletupkan di sini. Nanti Fairus terus terjun tasik. Mankisue faham sangat tugasnya sekarang bukan sahaja meredakan gelojak jiwa Fairus tetapi juga memberi motivasi. Biar Fairus bersemangat kembali pandang dunia yang luas.
“ Tak ada apa kurangnya pada diri awak, kecuali fikiran awak yang perlu diubah. Dengan terjun tasik tu apa yang awak dapat? Keluarga awak dapat malu dan paling dasyat awak jadi manusia yang pentingkan diri. Awak memang la mati tapi orang lain, apa perasaannya? Apa perasaan mak awak contohnya. Siapa yang bagi hak kepada kita Fairus untuk cabut nyawa kita?"
"Saya hairan dengan remaja masa kini, putus cinta sikit nak bunuh diri, putus cinta sikit hidup merudum. Nilah kalau pengisian jiwa kosong. Nampaknya HEP perlu buat program pengisian jiwa mahasiswa.” Mankisue teruskan khtubahnya untuk menyedarkan Fairus sambil tak semena mena mengheret juga peranan HEP yang dirasainya patut diperkasakan.
“ Sekarang ginilah, ni dah sesi ketiga kita jumpa, sesei pertama dan kedua dulu awak yang banyak cakap luahkan segalanya. Sesi ini awak dengar je apa yang saya cakap dan bila kita jumpa nanti saya pulak nak dengar awak bercakap, beri tindak balas atas apa yang saya kata, kita berbincang semula, awak boleh keluar sekarang''. Mankisue menyandarkan dirinya ke kerusi sambil memandang tepat ke mata fairus.
`` Cuma saya harap benar awak berfikir, saya tak pernah putus cinta, tapi saya faham perasaan orang yang kehilangan kasih sayang’. Mankisue membuat penipunan terakhirnya pada hari itu, pada sesi itu.
Fairus mengangguk kepalanya perlahan…

Jan: Amboi kaunseling orang pulak dah...

Thursday, February 19, 2009

Bab 3: Cerita III (Sejahat iblis...)

KELIHATAN berkembangan bunga-bunga Iris di sudut halaman rumah no 18 Taman Perumahan Kenangan. Malam tadi hujan gerimis, dan pada awal-awal pagi begini suasananya hening sekali. Sinaran lembut cahaya pagi yang terpantul daripada rintik hujan melekat di daun-daun pokok Iris menambahkan keindahan di waktu pagi. Pemandangan sebegini berjaya mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang melintasi rumah teres tersebut.
Terdapat pokok pisang perhiasan yang ditanam dalam pasu, juga sepasang pokok keladi yang diletakan di kiri kanan tiang balkoni. Namun pokok bunga Irislah yang mendominisasikan halaman rumah yang sekangkang kera tersebut. Pasu-pasu pokok Irish disusun seolah-olah menjadi pagar sebagai menandakan sempadan antara sebuah rumah dengan sebuah rumah. Rumah di kawasan perumahan ini tidak dipagari, semua rumah dipagar sekaligus dan terdapat pondok jaga di pintu laluan masuk ke kawasan perumahan tersebut.
Mankisue tersenyum tawar melihat keindahan dan kesegaran pokok-pokok bunga yang ditanamnya. Semuanya tidak seindah dan sesegar sebelumnya. Entah mengapa pagi yang syahdu tersebut tidak dapat melahirkan motivasi terhadap dirinya untuk memulakan tugasan harian. Tidak seperti pagi-pagi sebelumnya, pokok-pokok tanamannya menyambut mesra seolah memberikan semangat untuk memulakan hari yang baru.
Semuanya telah pergi, dunia cerianya teragut. Sudah hampir seminggu dia tidak menyiram pokoknya, apatah lagi membajainya. Dia merasai sedikit kesal kerana mengabaikan tanggungjawab terhadap pokok-pokoknya. Mankisue akui kini dirinya gagal melihat keindahan yang ada di depan matannya. Dia asyik berperang dengan perasaan.
Mankisue berhijrah ke meja taman kayunya. Dia membelek daun-daun pokok paku pakis di dalam pasu coklat yang bercorak roman. Terdapat daun yang kering… Dia mencabut beberapa helai dan meletakkanya di tepi pasu. Di atas meja kayu tersebut hanya ada sebuah pasu kecil sahaja, diletakan di tengah-tengah. Dulu dia memang berhajat mahu meletakan beberapa pasu pokok bunga kektus.
``Ah! Bunga kektus tak berapa cantik, keras je, berduri pula… tidak seperti pokok paku-pakis yang simple dan mudah dijaga, hijau merimbun.” Beritahu Mankisue apabila kawannya Shahrul mencadangkan di letakkan pokok bunga kektus di atas meja kayunya yang baru dibeli pada masa tersebut.
“ Tetapi pokok kektus tahan lama, senang dijaga…” Mankisue teringat kawan Shahrul membalas bidasnya suatu ketika dulu apabila dia cuba membandingkan pokok kaktus dan pokok paku pakis. Bagi Mankisue masing masing ada kelebihannya sendiri. Sebenarnya hanya untuk kelihatan simple, dia meletakan sepasu kecil pokok paku pakis, agar tertonjollah meja kayu yang disayanginya itu.

Tentulah sepohon pokok jika dijaga dengan elok, disiram dan dibajai dengan teratur dengan menggunakan kaedah yang betul akan menyebabkan tumbesaran cepat berlaku dan hasilnya menarik sekali. Begitu jugalah dengan sebuah perhubungan, kesetiaan adalah bajanya…kepercayaan adalah sinaran mentarinya.

`` Hari ni selepas menyiapkan skema, aku nak ke klinik, nak periksa tekanan darah’’. Bisik hati Mankisue sambil mencapai topi keledarnya... Dia memang mahu menyudahkan skema subjeknya yang dah hampir seminggu tidak dijamahnya. Skema penting, Mankisue tahu mahu menyiapkan sebuah skema mengambil masa dan penelitian, tidak semudah memyediakan soalannya.

``Perempuan ni Man kalu dia jadi jahat, dia boleh jadi lebih jahat dari iblis! ” Di atas motor Mankiesue teringat kata-kata Hazufam… Mankisue teringat juga kepada perempuan-perempuan iblis yang pernah hadir dalam jiwanya... pernah meragut dan membawa sebahagian kebahagiaan hidupnya…

Pagi ini sama dengan hari sebelumnya, cuaca sedikit redup. Dua tiga minggu kebelakangan ini cuaca tidak menentu. Sepertilah hati Mankisue. Ada peperangan di dalam dirinya. Peperangan yang tidak pernah-pernah mahu meninggalkan episod hidupnya…

Jan: Perempuan, isteri dan ...

Monday, February 16, 2009

Hujan dan air mata...

MANKISUE memberhentikan motornya di tepi jalan besar yang menuju ke Rompin. Dan selepas mematikan suis, demi keselamatan dia mengheret motornya ke tepi jalanraya. Seketika kemudian dengan langkah yang longlai dia dengan perlahan duduk mencangkung. Mankisue mendongak ke langit, awan gemawan yang sebelum ini mendung semakin pekat warna hitamnya. Sesekali terlihat kilat pancar memancar, diiringi dengan dentungan guruh.

Gerimis semakin galak…dan akhirnya rintik-rintik hujan mulai turun membasahi rumput-rumput dan lopak-lopak kering di kiri dan kanan jalan raya. Tidak beberapa lama kemudian lopak itu dipenuhi air dan beberapa alur kecil terbentuk dan mengalir ke tepi jalan raya, melintasinya. Sama seperti air mata yang bertakung, disekanya… mengalir perlahan di pipi, bersama deraian hujan.

Dengan dada yang terbakar dan kesedihan yang berat Mankisu memerhati semuanya. Memerhati air-air di lopak yang sudah mulai mengalir… Seketika kemudian hujan turun selebat-lebatnya… semut-semut di celahan daun-daun kering telah timbul terkapai-kapai di permukaan air menyelamatkan diri, seperti diri Mankisue yang hampir lemas tenggelam dek kepalsuan yang berwarna-warni.

Mankiseu tetap bertabah hati kerana perkara sebegini sudah menjadi seperti makanan di dalam kehidupannya. Ahh…Jika aku tersesat di pertengahan jalanan aku mampu kembali ke pangkal jalan, jalan yang dia telah banyak kali aku lalui, aku mampu untuk berpatah balik memulakannya semula…tidak sukar bagiku ‘ bisik hati Mankisue sambil tangannya menguis-guis dedaun kering yang menyekat aliran air. Dan kemudiannya ranting tersebut dipatahkannya.

Seolah alam mengetahui penanggunan perasaan yang dirasainya… dia berhenti di tepi jalanraya tidak untuk berteduh, bukannya tempat berteduh dicari… hidupnya telah tersedia basah…

Dalam hujan lebat itu, ketar jari jemari Mankisue mengurut dadanya, memujuk hati tenteramkan jiwa, sabar, sabar dan sabar. ''Biarlah aku hidup sendiri, Ya allah mengapa hari ini hadir juga, apa salah dan silap aku…. Ya allah..'' Persoalan bersilih ganti menerpa di fikirannya. Dan dalam keadaan sebegini ini Mankisue merasakan tuhan sangat dekat dengan dirinya. Tuhan yang tidak pernah berbohong, tuhan yang benar walaupun dalam perkara yang paling berat untuk dia terima.

Mankisue tidak menghiraukan hujan tersebut, dia juga tidak menghiraukan nota-nota pengajarannya yang basah renyai di raga motornya, lebih–lebih lagi dia tidak hirau untuk menjadi basah kuyup kerana hatinya memang terbakar dek kesedihan yang tak tertanggung. Biarlah hujan lebat itu menyejukkan perasaannya, hidupnya.
Airmatanya yang menitis telah bercampur bersama deraian hujan yang lebat. Mankisue lantas menanggalkan topi keledarnya, menyeka mukanya dan meraut rambutnya ke belakang. Kalau boleh dia ingin meraung sekuat hati walaupun dia sedar raungan tersebut akan tenggelam dek bunyi guruh dalam kelebatan hujan tersebut…

Mankisue tidak meraung, dia juga tidak beria menangis lagi, dia serahkan segalanya kepada suasana alam. Suasana alam pada petang itu benar-benar mewakili keseluruhan jumlah rasa kehancuran hidupnya…
Jan
: Sabar...

Thursday, February 12, 2009

Sarat rindu...

KALAULAH boleh Mankisue mendapatkan MC hari ini tentulah dia akan minta MC selama seribu tahun daripada doktor penel tersebut. Namun dia sedar sifat dan sikapnya yang tidak tergamak untuk meMC walaupun sehari jika tidak benar-benar sakit. Selama ini pun apabila dianugerahkan MC, dia tetap akan hadir ke tempat kerja.

…kerana terlantar di rumah dengan MC akan lebih `menyakitkan’ hidupnya. Namun jika kali ini dia teruskan juga niatnya berjumpa doktor, belum tentu dia akan mendapat MC. Doktor pasti gagal mengesan barah yang tiba-tiba menerjah di sudut hatinya, barah yang menjalar dengan ganas meratah di setiap ruang urat nadinya, menjalar juga di setiap tulang belulangnya.

Selama seminggu lepas dia bukannya tidak cuba bertabah hati. Malah pada pada setiap jarum jam yang terdetik dia berdoa semuga terkumpul seribu kekuatan agar membenihkan kesabaran. Agar kesebaran itu dapatlah dianyamnya dengan keimanan untuk menerima takdir dan ujian tuhan. Dia mahu bertabah sabar, dia mahu bertabah hati kerana dia amat tahu tiadalah yang lebih besar daripada kesabaran.

Terkilan Mankisue kerana dalam usia sebegini dia masih mengalami dan menjalani kemelut hidup yang sukar. Sebagai penumpang dia sedari dan menerima segalanya walaupun payah untuk dia redhai. Sesekali dia terasa banyak yang tidak kena di dalam hidupnya. Hanyalah kerana ada sedikit niat untuk menumpang kasih dia tumbang tergolek, niah untuk menaruh harapan dan kepercayaan, dia terhumbang. Dia sedar nasib seorang penumpang…suatu hari nanti beredarlah jua.… namun tidaklah dia menduga sekejam ini takdir keberedarannya.

Telah beberapa malam ditempuh Mankisue dengan kelat. Terlelap dia antara celahan masa dalam pengembaran mencari persoalan demi persoalan yang silih berganti. Terutama mencari kesalahan diri, kekurangan diri. Di mana lompangnya kasih yang diciptai sehingga mampu dirobosi… Akhirnya setelah dia menceminkan diri, dia semakin akur dan percaya kepada takdir kerana jawapannya amatlah mudah!. Dia adalah insan biasa, serba serbi kekurangan. Kekurangan yang dulunya merupakan sebuah kekuatannya rupanya adalah bahana dalam pencapaian harapan kehidupan.

Jam di handphonenya sudah melewati 6 petang. Sehingga kini sebutir nasi pun dijamahnya belum. Anehya dia tidak merasa lapar. Rasa keheningan ini mendominasikan rasa laparnya. Apa yang dia rasa sangat hening dan sunyi yang amat, hening yang tajam sehingga mampu memecahkan gegendang telinganya. Bukan tidak pernah dia merasai keseorangan dan kekosongan, namun tidak pernah segalak ini kesunyian dan kesyahduan bertandang ria di ruang tamu jiwanya.

Dengan gaya malas Mankisue mengeluarkan suis motor dari poket seluarnya, dia berjalan perlahan ke arah tempat parking motor. Perjalanan itu dirasainya berat, dan tempat parking motornya tidak pernah terasai begitu jauh… dan pada masa yang sama awam gemawan tidak pernah kelihatan sebegini hitam dan pekat. Seolah semuanya akan jatuh menimpa bahunya.

Namun dalam pekat kepayahan itu mulutnya tidak putus-putus menyebut kalimah ya allah, ya allah dan ya allah…


Jan: Ya allah...

Wednesday, February 11, 2009

Kalau dah nasib...

BUNYI hon kereta yang kuat tersebut benar-benar menyedarkan Mankisue daripada lamunannya. Sekarang sebuah kereta Volvo hijau betul-betul menuju ke arah Mankisue, dan dalam keadaan cemas secepat kilat dia membelok motornya ke arah tepi kiri jalan, namun dia gagal mengawal kelajuan motornya. Apabila Mankisue brek mengejut, dia jatuh tergolek bersama motornya di tepi parit, di tepi jalanraya.

Dan dalam keadaan panik bersalut cemas, Makisue masih sempat berpaling melihat kereta hijau tersebut selamba melarikan diri…

``Ya allah, tak nampak langsung kereta tadi, tak nampak langsung.’’ Bisik hati Mankisue. Memang dia tidak nampak kereta tadi. Mankisue terpaksa mengakui yang semuanya adalah salah dia, dialah yang tidak berhati-hati di simpang jalan tadi. Mankisue berada di alam khayalan ciptaannya.

Mankisue bangun dan mengangkat motornya. Dia memeriksa motornya bimbang kalau ada apa-apa yang rosak. Namun apalah yang Mankisue tahu sangat tentang sebuah motor?, Mankisue cuba start motor tersebut, alhamdulilah hidup. Dia cuba mainkan signal lampu, tak bernyala.

Mankisue terasa pedih di jari kakinya, dia lihat kuku kakinya biru, dan sedikit berdarah. Barulah dia ingat tadi semasa dia panik dia menjulurkan kakinya dalam usaha untuk menghentikan motornya.

Setibanya di kedai makan berdekatan dengan Bank CIMB Mankisue terus memesan air nescafe. Dia mahu tenteramkan dirinya kerana dadanya masih berdebar-debar. Sebenarnya tadi memang dia mahu ke klinik mahu memeriksa tekanan darah. Beberapa hari lalu dia selalu terasa pening kepala. Namun keputusan untuk berjumpa doktor itu dibatalkannya sebaik sahaja sampai di hadapan klinik. Terlalu ramai pesakit di klinik tersebut. Mankisue malas menunggu, dia bosan.

Sebaik sahaja Mankisue dapat mententeramkan diri, dia rasa semacam, rasa hendak ketawa pun ada, rasa sedih pun ada… rasa nak ketawa kerana lucu bila teringat gelagatnya tadi ketika gagal mengawal motor, dan rasa sedih kerana peristiwa yang baru dilaluinya tadi menggambarkan dia tidak dapat mengawal perasaannya, dan akan menjadi tidak lebih daripada salah satu diari sunyi di dalam hidupnya…

Seketika itu dia teringatkan kawan karibnya Aj, lalu Mankisue menalipon dan menceritakan apa yang telah terjadi. Bukanlah niat Mankisue untuk menagih simpati daripada Aj, hanya sekadar nak melepaskan rasa hati. Aj mahu berjumpa dengannya tetapi Mankisue menolak kerana secara fizikalnya dia tidak cedera. Namun jika dia tidak mengelak tadi memang melambung dia dilanggar kereta Volvo hijau tadi. Mankisue teringat baru tadi semasa di pejabat pentadbiran sebelum dia mahu ke klinik, dia ada berseloroh dengan Norsham.

``Norsham saya dah siapkan skema subjek saya ni, kalau ada apa-apa yang berlaku, saya mati ke, awak tolong marking ya, kayrimak pun saya dah siap awal-awal’’. Separuh berseloroh Mankisue menghulurkan skema kepada Norsham yang kelihatan sedikit tergaman.

``Astarafirullah! Tak baik awak cakap macam tu. Tak baik. Mana boleh main-main dengan mati’’. Norsham yang sedari tadi berada di sebelah mesen footstep mula bersuara.

``He he he kan kita sunat ingat mati tiap-tiap hari kan?.’’ Mankisue cuba mencipta lawak, walaupun hatinya hambar. Walaupun dalam hatinya memang dia mahu mati hari itu juga, saat itu juga… dia mahu meninggalkan dunia yang penuh kepalsuan ini…
Jan: Emm...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home