"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, August 29, 2011

Pulang Di Hari Raya - Noorkumalasari



Oh

Gembira
Rasanya hati pengembara
Dapat Pulang
Bersua dengan yang tersayang

Bersyukurlah
Pada tuhan yang masa esa
Dapat kita
Merayakan bersama-sama

Di hari mulia ini
Kususun sepuluh jari
ku kini telah kembali
Padamu yang menanti

Selamat hari raya
Hari yang bahagia
Selamat hari raya
Ampun maaf Dipinta

Indah nian
Desa yang lama kutinggalkan
Kerinduan
Seakan memanggil kuPulang

Suasana
Sungguh meriah Di sini sana
Segalanya
Berseri indah berhias rupa


Jan: Layan! Lagu lama jugak best...

Selamat hari raya 2010



Jan: Saya mengucapkan selamat hari raya untuk pembaca blog jankaulu. Semoga raya ini menjadi raya terbaik bagi diri kalian...




Semoga bahagia bersama orang tersayang...

Sunday, August 28, 2011

43 followers






Sebenarnya saya tidak dapat tahu jumlah pengunjung blog saya dalam sehari. Saya juga tidak tahu jumlah pembaca yang tengah `on line'. Saya ada letak programenya (kawan saya letak) yang saya namakan `dilayari' tetapi iannya tidak kelihatan di blog saya. Namun jika saya ke cybercafe, saya boleh lihat jumlah tersebut. Mungkin di tempat kerja saya ianya disekat termasuk youtube dan Facebook.
Namun dalam blog saya, saya boleh lihat jumlah followers blog saya. Setakat ini seramai 43 orang. Terbaru namanya Mas. Saya tidak kisah sangat pasal jumlah pembaca yang memollow blog saya. Saya juga tidak bertujuan untuk mengumpul banyak followers. Pun begitu tentulah saya hargai followers saya.
Saya tahu mereka ikhlas nak memollow blog saya sebab saya tak pernah menjemput mereka secara paksa atau secara `halus' untuk menjadi followers. Maka saya hargai sangat mereka yang sukarela menjadi followers.
Posting kali ini khas untuk followers saya, saya nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin. Saya doakan semoga raya ni semuanya bagus-bagus saja.
Jan: Selamat hari raya wahai followers!

Saturday, August 27, 2011

Terminal Makmur

Terminal ni banyak makna dan kenangannya bagi saya yang merantau dan tinggal di Pahang. Di sinilah saya selalu turun naik bas... Saya pernah menanti orang yang pernah saya sayangi di sini...



Minggu lalu saya antar mak saya...



Mak saya sedang bercakap dengan seseorang.




Mak saya pakai baju sejuk sebab takut sejuk dalam bas.


Saya lihat ada orang kutip tin...




Saya kagum dia mencari rezeki yang halal...





Kalau kita rajin dan ada maruah, kita boleh cari rezeki di mana-mana...




Dia buka tong sampah...







Jan: Saya pernah datang sini nak cari tin minuman, tapi semua tong sampah dah dibersihkan...

Thursday, August 25, 2011

Berbuka dengan kucing


Satu petang nan lalu saya balik lewat, maka saya singgah berbuka puasa di kedai Kak Norizan. Kalau saya balik tentu tak sempat masak. Saya juga malas nak ke bazar ramadhan, tak larat. Banyak lalat.


Kedai ni di sebelah stesen bas Muadzam Shah. Tak ramai yang berbuka di sini. Cuma pemandu dan penumpang yang mungkin terlewat. Dan pada hari biasa pun tidak ramai yang makan di sini kecuali pelanggan tetap. Sepanjang empat tahun saya di Muadzam saya tak pernah melihat kawan saya atau pelajar saya makan di sini.



Semasa saya nak berbuka di sini, mata saya terlebih dahulu berbuka. Ada juga orang putih, saya sempat tengok pahanya yang gebu. Pasti markah pahala saya ditolak, he he he.


Saya berbuka dengan seekor kucing... Semua meja penuh dengan kawan-kawan. Saya dapati hanya meja saya sahaja yang saya sahaja berbuka seorang diri. Tetapi sebenarnya saya berbuka dengan kucing. Kesian dia lapar.


Selepas berbuka, upacara rasminya hisap rokok. Saya hanya hisap 2 batang rokok, saya tak boleh hisap banyak sebab saya batut-batuk. Sebab saya batuk-batuk sebab mulai waktu berbuka saya asyik isap rokok. He he he.


Sekian sahaja, makanan di kedai ini biasa-biasa sahaja. Ia tidak sama seperti masakan mak saya tetapi masakannya amat berguna bila mak dah balik kampung...he he he.
Jan: Kucing tu pun `puasa' sebenarnya, dia tak makan sebab kedai tutup... petang baru kedai buka.


Balik raya 2011




Sebenarnya sudah ada azam tahun 2011 saya yang tercapai. Antaranya, tahun ini memang saya sudah berjaya memandu balik ke kampung sendirian. Beberapa bulan dulu tanpa diduga saya memandu balik ke kampung ketika mendapat berita ayah saya kemalangan motor. Itulah kali pertama saya balik memandu ke Besut.

Dan raya ini saya akan balik raya juga dengan memandu. Semoga kali kedua ini saya juga selamat sampai. Saya akan balik sedikit awal kerana saya mahu elak kesesakan jalan raya. Saya masih tidak biasa memandu jauh. Saya harap lama-lama biasalah tu...

Saya sudah siapkan beg saya semalam, saya siapkan lebih awal takut kelam kabut. Memang saya kini agak terlupa dan cuai. Saya kena jaga diri saya dengan penuh berdisiplin sebab tiada orang yang akan ingatkan saya.

Saya sudah tidak sabar. Balik raya ini saya akan bawa anak-anak saudara saya ke supermaket untuk beli baju raya. Saya mahu mereka sendiri memilih baju mereka. Mereka sudah besar tentulah ada citarasa sendiri. Saya tidak ada baju raya tidak mengapa...tetapi mereka mesti ada

Sebelum itu saya dah rancang akan berbuka puasa di KFC bersama mereka, barulah kemudiannya kami ke supermarket.

Saya juga akan main bunga api bersama mereka. Saya kena amat memantau. Biasanya saya tidak biarkan mereka main secara serentak, saya biar mereka main ikut giliran supaya senang saya pantau.

Saya balik raya ke Besut sebab mak ayah dan anak-anak saudara. Bila emak dan ayah tiada dan sekalian anak saudara saya sudah besar dan sudah dapat daging salai dan pulut panggang, saya tidak perlu balik lagi ke Besut...

Jan: Sebab itulah saya akan buat terbaik pada setiap masa, pada masa sekarang. Pada masa mendatang entah ke mana saya...

Wednesday, August 24, 2011

Perihal subsidi




Jika kita bebaskan pasaran sebebas-bebasnya tanpa campur tangan kerajaan harga barang-barang akan naik. Ini semua orang tahu. Apabila harga pasaran bebas ditentukan oleh permintaan dan penawaran, sebilangan pengguna dan pengeluar akan terjejas kebajikannya. Begitulah pendapat klasikal bagi dunia ekonomi. Ini semua orang faham.

Pengguna mungkin akan membayar lebih jika tiada harga siling, pengeluar mungkin rugi jika kerajaan tidak mengadakan harga lantai. Campurtangan kerajaan dalam menentukan harga pasaran adalah semata-mata untuk menolong warganegaranya, sebab pasaran yang bebas ada kelemahannya.

Kelemahannya jika harga barangan tidak dikawal tentu harga gula, beras, tepung, minyak masak dan petrol (sekadar menyebut beberapa barang) akan menjadi lebih tinggi. Dan memang di negara membangun kerajaan memainkan peranan penting dengan mengawal harga. Tetapi sampai bila?

Kita mahu menjadi negara maju, negara rakyatnya berpendapatan tinggi. Kebanyakan negara maju tidak memberikan subsidi ke atas barangan dan perkhidmatan di pasaran. Pasaran mereka adalah pasaran tulin yang ditentukan oleh permintaan mayarakat di pasaran dan keupayaan pengeluar menawarkannya. Setiap warganegara di negara maju bekerja keras dan `terpaksa' belajar bersungguh-sungguh di sekolah untuk memampukan diri kepada harga pasaran. Sikap ini mendidik warganegara perihatin dengan ilmu dan perubahan semasa. Bukannya kerajaan semata-mata menanggung kos akibat kenaikan harga bahan mentah di pasaran dunia.

Dan wang yang `sepatutnya' menjadi subsidi disalurkan kepada pembangunan pendidikan dan pertahanan, dan sebagainya mana yang patut. Subsidi juga bukan selalunya `menolong' tetapi boleh jadi juga `memelihara/menyuburkan' sifat malas dan selesa kita... Adakah ini semua orang sedar?

Jan: Jika kita tidak mampu untuk membeli barang mengikut pasaran bebas, siapakah yang bersalah? Rakyat atau kerajaan?

Rahsia Hati -Datok Sharifah Aini (Edaran semula)








Ini adalah album edaran semula Datok Sharifah Aini dalam bentuk CD. CD pertama bertajuk Rahsia Hati (1982) dan CD Harum Dalam Kenangan (1981), ia mula diedarkan pada bulan Jun lalu. Saya sudah memilikinya.
Bagi saya daripada album Harum Dalam Kenangan melahirkan 2 buah lagu evergreen iaitu `Terbang helang' dan `Mawar putih untuk mama' yang sering kita dapat dengar pada hari ibu. Manakala daripada album Rahsia Hati, lagu yang menjadi evergreen ialah `Putus Kasih' dan `Rahsia Hati".
Datok Sharifah Aini berutung kerana dia merupakan mempunyai paling banyak miliki lagu evergreen. Atas sebab itulah album ini diformatkan dalam bentuk CD untuk diedarkan semula. Dulu saya pernah lihat album ini dalam bentuk piring hitam di rumah tok key saya (ayah kepada ayah saya).
Bagi saya penyanyi yang popular tidak semestinya memiliki lagu yang malar segar sepanjang zaman. Lagu yang sedap didengar mungkin sekejap sahaja selepas itu ia menjadi layu dan mati di telinga kita. Atas sebab ini Datok Sharifah Aini sangat beruntung kerana dia popular dan banyak miliki lagu malar segar.
Jan: cintaku evergreen...(pulak dah)

Tuesday, August 23, 2011

Kad raya pertama 2011






Gambar di atas adalah kad raya pertama yang saya terima ramadhan ini. Seorang pelajar telah memberikan kepada saya pada suatu malam ketika saya sedang sibuk mengemas meja. Saya mahu apabila saya mula masuk kerja semula lepasraya, bilik saya kemas. Bersih.


Kad raya ini gambar kartun jelita. Warna seakan pink. Ada juga pelajar yang sudi antar kad ini. Saya bukanlah pensyarah yang glamour dan baik... terima kasih banyak.


Sebelum ini saya ada terima kad raya rasmi daripada organisasi seperti majikan, syarikat insurans dan dari rumah pelaburan yang saya buat. Kad-kad itu saya tak buka lagi, he he he.


Jan: Gembiraaaaa....

Salam untuk para peminat...




Sepanjang bulan ramadhan ini saya tetap sibuk memenuhi undangan dan membuat pertunjukan amal. Saya berterima kasih benar kepada Safarina. Sempena bulan ramadhan ini beliau bijak memilih dan menerima jemputan bagi pihak saya.
Terus terang saya katakan sepanjang ramadhan ini hanya sekali saya berpeluang berbuka puasa di rumah, selebihnya saya berbuka bersama anak-anak yatim di sekitar Lembah Kelang, berbuka bersama kelab-kelab peminat dan juga berbuka dengan badan kebajikan bukan kerajaan NGO (yang mahu mengutip dana untuk penubuhan bangunan baru sekolah tahfiz di Kedah dan Kelantan). Walaupun sangat sibuk, saya puas hati.
Ramai rakan artis lain tidak aktif dalam bulan ramadhan kerana mahu tumpukan kepada ibadat. Kepada saya apa yang saya lakukan ini juga merupakan ibadat. Tidak bolehlah kita sempitkan pemikiran ibadat itu hanya kepada sembahyang, puasa dan menunaikan zakat. Entahlah, mungkin mereka mahu berehat. Lain pula saya yang semakin ligat.
Minggu lalu saya sempat berbuka puasa bersama kumpulan Raihan, Maya Karim, Azmil `Ali Setan' dan Kak Nita bersama suaminya (hanya menyebut beberapa nama). Saya juga amat berbesar hati dapat berbuka puasa dengan Datok Sharifah Aini di rumahnya. Bersama iman dan para pendakwah, kami bertaraweh bersama di surau rumah Datuk yang boleh memuatkan seramai 75 orang tersebut.
Bagi saya kehidupan sebagai artislah banyak memberi peluang kepada saya untuk menolong orang lain yang memerlukan. saya rasa sudah sampai masanya kita sebagai artis betul-betul menjadi role model kepada masyarakat. Memang ada beberapa perkara dan perbuatan yang saya sesali (terutama dalam isu saya bercuti di Bali dan menjadi model seluar dalam Renoma), namun saya memang mengambil pengajaran dan membaiki diri.
Kepada para peminat saya, sempena hari raya ini saya akan muncul di banyak rangkaian ASTRO. Saya harap peminat saya akan berpuas hati melihat wajah terbaru saya di kaca tv. Tidak benar saya melakukan pembedahan muka atau menggunakan botox. Muka saya sekarang lebih runcing kerana badan saya sedikit kurus dan maklumlah saya semakin berumur, he he he.
Pun begitu saya juga akan muncul di TV1. TV2 dan TV3. Maknanya peminat yang tidak ada ASTRO juga boleh melihat persembahan saya nanti.
Saya juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan isu `buah kurma' yang dicanangkan oleh beberapa buah akhbar perdana dan juga akhbar nyamuk. Saya mengaku memang saya menolak tawaran tersebut tetapi bukannya saya jual mahal. Saya merasa tidak sesuai untuk menjadi duta bagi sebuah syarikat mengeluar kurma (terbesar di Asia) kerana saya tidak mahu hipokrit. Terus terang saya katakan saya tidak suka akan kemanisan buah kurma. Dan memang semenjak kecil saya tidak makan buah kurma. Titik.
Sempena ramadhan dan raya saya ingin mengucapkan salam ramadhan dan raya khususnya untuk para peminat saya. Kepada yang menghantar kad raya, jangan bimbang saya sendiri (dengan bantuan Safarina) dalam proses membalasnya. Namun kad raya balasan daripada saya mungkin tiba selepas raya memandangkan masih ada berguni lagi belum sempat saya membalasnya.
Maka di blog ini sebelum kad saya sampai ke pintu rumah peminat yang saya sayangi, sayaterlebih dahulu ingin meminta maaf jika ada tindakan yang salah atau terkasar bahasa, Maaf zahir batin.
Kepada para peminat juga, saya akan mengadakan rumah terbuka pada minggu kedua (pada 7hb Sep) sebab pada hari raya kedua saya bersama David Archuletta akan bergegas ke Abu Dhabi (bandar kedua terbesar di saudai Arabia) untuk memenuhi undangan keluarga di raja. Saya, David dan Lady Gaga akan membuat persembahan di istana di sana. Saya ada membeli sepasang baju kurung hijau untuk Lady Gaga, dulu beliau ada berseloroh mahu pakai baju kurung. Dan selepas itu kami akan ke London dan Paris untuk beberapa hari.
Semoga kita dapat berjumpa nanti, rumah terbuka tersebut akan diadakan di Production House saya di Lembah Kelang.
Sekian sahaja. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripadaNya. Amin
I love you more...!

Monday, August 22, 2011

I'm alone but not longli...

Saya lewat hampir setengah jam. Namun saya bergegas juga, saya memandu kereta dengan lajunya (70 km sejam). Sebenarnya bukan saya terlupa tetapi saya terlebih dahulu harus berada di bangunan peperiksaan sebab pelajar sedang menjalani peperiksaan untuk subjek saya. Para pensyarah dimestikan berada di bilik urus setia selama setengah jam, bimbang jika ada apa-apa pembetulan pada kertas soalan di dalam dewan peperiksaan.
Sesampai di bangunan akademik saya terus masuk ke bilik meeting. Saya agak malu sebab Prof Dr Muhammad Anuar sudah ada. Dengan perlahan saya tarik kerusi hendak duduk di belakang dan selepas itu saya duduk senyapkan handpon saya. Tiba-tiba Dr Anuar menjemput saya duduk di hadapan. Saya tanpa malu terus duduk di hadapan.
Ini kali kedua saya menghadiri mesyuarat mengenai nak rangka program Bachelor of Business Economics. Sebenarnya sekembali sahaja saya dari mesyuarat yang pertama dahulu memang saya berazam akan bergiat aktif untuk memberikan input dalam merangka program ini.
Saya aktif memberikan beberapa input dan melakukan perbincangan bersama rakan pensyarah lain. Saya juga mencadangkan beberapa subjek yang harus ada di dalam pogram ini supaya selari dengan dasar/polisi keusahawanan yang mahu diterapkan ke pada mahasiswa. Walaupun saya tidak ada PHD, saya tetap menyuarakan apa-apa yang saya rasa boleh membantu merangka program tersebut.
Semasa keluar bilik meeting hidung saya kembang setaman bila setiausaha program ini iaitu Siti Fara Fadila memuji saya kerana aktif dan banyak memberikan input. Sebenarnya saya juga terasa `berguna' pada jabatan saya. Selama ini saya hanya giat angguk-angguk geleng-geleng makan karipap saja jika saya bermeeting, he he he.
Tetapi memang saya ada buat research sikit kat internate mengenai dunia perniagaan dan keperluan pada masa sekarang. Saya juga mengofferkan diri untuk merangka silibus bagi dua subjek baru!. Saya sendiri terkejut dengan keberanian saya. Namun oleh kerana umur saya dah 40 tahun lebih (awal), patutlah saya buat kerja-kerja sebegini.
Selepas meeting saya bergegas pergi ke bangunan akademik lain untuk memastikan bilik urusetia peperiksaan berada di dalam keadaan sempurna sebab pada hari sabtu dan ahad saya kena berada di bilik tersebut atas kapasiti sebagai urusetia bilik peperiksaan. Hari jumaat baguslah saya sendiri datang periksa. Sekarang saya menjadi ahli pengendalian peperiksaan bagi penggal ke dua tahun akademik. Saya tidak ada masalah bekerja hari sabtu dan ahad.
Keesokan harinya, pukul 7.30 pagi saya sudah buka pintu bilik urusetia (peperiksaan jam 9 pagi). Saya tak perlu kemaskan banyak barang sebab ia sudah dikemaskan terlebih dahulu. Pada pukul 6 petang setelah kemaskan bilik urusetia, barulah saya balik.
Dalam perjalanan balik, saya singgah ke bazar sekejap. Saya cari gerai yang menutup makanannya. Saya beli mee hun RM1, kueh hijau RM1 dan air bandung RM1. Kalau mak saya ada tentu dia marah saya beli air bandung sebab katanya air tersebut tak di masak!. Saya ada terfikir nak tanya penjual dia masak tak air tersebut tapi takut pulak, he he he. Dan saya tak takut mak saya marah sebab mak saya dah balik kampung... Saya boleh beli air soya ke, air tebu ke, he he he. Oh yea, semasa di bazar ramai juga pelajar menyapa, rasa glamour pula, he he he.
Malamnya saya ke Tunas Manja beli CD lagu raya, saya nak pasang masa sibuk grade paper, saya nak siapkan semuanya sebelum raya. jadi malam tu saya habiskan dengan kerja memarking paper. Setelah menulis kad-kad raya untuk anak-anak sedara saya mula marking paper...
Pagi petang, siang malam saya marking paper. Lepas ni saya kena bersiap beg-beg nak balik ke kampung pulak, saya nak bawa balik alas meja yang saya beli dari kawan saya yang abangnya beli alas meja tu dari China. Esoknya saya nak isi borang cuti, nak buat banyak keputusan dan perkara.
Saya mungkin mati dalam kesibukan, tidak benar kawan saya kata saya akan mati dalam kesunyian...
Jan: Saya sibuk, bukan buat-buat sibuk...

Kad raya dalam kenangan...

Setahu saya di Malaysia orang yang pertama mengunakan kad raya (pelopor) untuk meraikan raya aidi fitri adalah Tuanku Abdul Rahman Putra akl haj. Sebagai ketua menteri (sekarang dipanggil perdana menteri) beliau menghantar kad raya untuk semua menteri-menteri kabinetnya, di semua kementerian.


Saya juga (nak jugak) semenjak masih darjah, tingkatan dan sehingga di universiti seronok dan aktif menghantar kad raya kepada keluarga, kawan-kawan, dan guru. Malah saya memang memperuntukan sejumlah wang untuk aktiviti kad raya ni.


Kad raya pernah menjadi budaya tegar kita. Contohnya bila jumpa pada hari raya siap tanya, "kad raya yang saya kirim sampai ke tak? Kenapa tak balas?.


Dan bila guna talipon rumah (dulu tak ada hangpong), kita sempat tanya adakah kad raya yang kita hantar dah sampai ke belum?, he he he. Kita tetap hantar kad raya walaupun kita boleh direct kol mereka guna talipon rumah (pelik kan?). Tapi tak pelik mana sebab pad azaman dulu kita gembira apabila buka sampul surat dan kita mahu orang lain gembira juga macam kita bila buka sampul surat. Zaman kini semua orang nak gembira sorang-sorang, hampeh!.






Pos kad raya POS Malaysia...



Saya dah kirim kad raya untuk semua anak saudara saya, entah bila sampainya. Saya siap beli kad raya yang jenis pos kad yang POS Malaysia jual. Itu inisiatif Pos Malaysia supaya kita hidupkan balik budaya mengepos kad ucap selamat raya...Bersama kad raya tersebut saya juga mengirim kasih sayang untuk mereka. Saya nak anak-anak saudara saya teruja bila dapat kad dari posmen!. Saya nak terap semula budaya kad raya ini di kalangan keluarga... saya harap sesibuk mana pun kita, sama ada kita kawin atau tidak, apa salahnya kita kirim kad raya untuk anak-anak saudara kita. Ok tak saranan saya?... Biar mereka dekat dengan kita.



Dulu saya juga dapat banyak kad raya (masa tengah top). Malah ada kawan saya yang dengki tanya " Mung beli sendiri ke?". He he he. Kad raya tersebut digantung dekat langsir dan pintu. Wah cantiknya, meriah gitu. Tapi zaman dah berubah, sekarang orang guna sms untuk ucap selamat hari raya. Jimat, cepat dan ringkas. Dan selepas tu didelete, he he he. dan tentulah lebih bermakna bila tangan yang menulisnya di atas kertas...



Jan: Sekarang ada lagi ke rumah yang gantung kad raya?

Ramadan Yang Manis – A. Samad Said



Alam itu cantik—gunung dan tasik;
maya terlalu indah—laut dan mega.
Lapar dan dahaga yang mengiktibar
cekal dan bersih suara mengajar:
Lapar kita dahaga yang menguji,
dahaga kita lapar yang mengerti—
ketaqwaan penuh terhadap Illahi.
Puasa—musim manis, bahang menguji,
angin yang santun ke pohon dakwah
bergugus dan sihat buah ibadahnya.

Bulan menyimpan kebijaksanaan,
musim indah di taman Ramadan,
menyerlahkan kemanusiaan luar biasa,
menginsafi keagungan Maha Kuasa.
Daun yang gugur tanah yang rekah
di atas sejadah harum iklimnya;
surah yang jernih dan suara syahdu
terhantar ke lidah dari damai qalbu,
merubah derita ke bahagia diri,
membimbing hidup yang diredhai.

Solat malam, zikir doa, tulus sedekah
ibadah ummah, tangkai yang ketiga,
mengagumi Allah Subhanahu Wa Taala.
Langit beradab, kelam dan cerah
datang dan pulangnya iktibar berhemah.
Badik ketika murka, senyum sewaktu mesra,
alam, insan khusyuk menyujud Illahi
sekiblat dalam tautan kasih yang hakiki.
Lailatul qadar ia pada detik terpilih
malam yang manis, indah dan jernih.

Pada malam sabar dan siang yang cekal
ranum pohon hikmah sebagai bekal;
gugus permata, kerlipnya paling mesra,
merimbun bugar, daunnya meneduhi ummah.


Jan: sampai jua ku ke hujung ramadhan ini walaupun mungkin aku yang terlewat pahala, paling terakhir berkatNya. Sampai jua untuk melihat pelangi berwarna satu (hijau). Bermakna sungguh ramadhan ini kerna aku telah jalan merangkak dengan amat susah payah. Amin (nak jugak bersastera kononnya, he he he)

Sunday, August 21, 2011

Pelajar saya dan lalat-lalat di bazar ramadhan



Saya sangka pelajar saya mahu bertanya mengenai `carry marks' mereka (yang saya telah tampalkannya di hadapan notis bok depan bilik saya). Rupanya tidak. Pelajar saya masuk bilik saya dan duduk di kerusi depan meja saya, dia tiba-tiba menangis bagaikan budak!
Sebenarnya saya sudah bersiap hendak ke bazar ramadhan. Saya nak cari gerai yang menutup/menudung makannya. Payahkan? Kalau kita perati kebanyakan peniaga sibuk mengibarkan plastik ke atas makanan dengan tujuan tuntuk menghalau lalat. Dan kibasan makin laju bila kita ada depan gerainya. Kalau kita tak ada? He he he. Lalatlah pelangangnya!
Tetapi posting ini bukan sahaja perihal lalat di bazar ramadhan tetapi jua perihal pelajar saya. Saya malas nak tulis kenapa pelajar saya menangis bagaikan budak. Tetapi sebab dia menangis tentulah kerana bersedih, bukan gembira. Dia beritahu minggu exam ni dia seolah tak keruan sebab baru putus dengan pak wenya. Dan dia sedih sangat bila semalam dia lihat bekas pak wenya dengan mesra menayang awek baru kat Bazar ramadhan!. Katanya hampir terlucut bungkusan nasi kerabu dan air cendol di tangannya...bila melihat kemesraan itu...
Saya tak dapat buat apa selain menasihat bersabarlah sebab minggu ni minggu exam. Peperiksaan besar kesannya pada masa hadapan. Sebenarnya saya bimbang tumpuan kepada peperiksaannya merosot.
Namun pelajar saya tetap menangis. Dia beritahu dah banyak duit dia habis kerana kekasihnya. Saya terus kata " Awak ni bodoh sebenarnya...". Saya berkata dengan nada perlahan sebab takut dia tertekan pulak. Untuk menenangkan hatinya saya tambah lagi " Sebenarnya orang bercinta ni banyak bodohnya pada baiknya".
Kemudiannya saya menghulur sehelai tisu (sebenarnya tisu tersebut sudah saya guna, he he he. Saya guna buat lap cermin mata. Teruk saya kan?). Dia terus lap matanya. Dan saya beri satu lagi tisu dan dia bertanya " Ni untuk apa sir?.
" Untuk lap air mata awak nanti..." Jawab saya. Selamba.
Saya terus bercerita tentang hikayat kasih tak sampai saya dari A sampai X, Y Z. Saya cerita juga banyak duit saya habis, saya cerita juga akhirnya sayalah yang dihina bagaikan orang tak pernah berbudi. Saya dipermainkan bak monopoli. Saya lihat dia memang menangis kerana sedih dengar cerita saya. Dia lap matanya bila saya kata "Sekarang hidup saya hanyalah untuk terus hidup...." Saya buat-buat muka sedih, (saya buat senyuman jenis tawa dalam tangis). Pelan-pelan saya buka laci no 2 dan ambik kopiah (kawan saya hadiahkan masa dia balik umrah) . Saya harapkan dengan saya pakai kopiah tu nampak islamik sikit kerana saya memang berhajat nak masukan unsur-unsur agama supaya dia tenang (saya pergunakan agama). Saya pun sebenarnya hampir juga menangis, he he he (sebab sebak mengenangkan kisah lalu). Tapi saya tak menangis sebab nanti takut juga tersebar luas ke asrama-asrama. He he he...
Semasa pelajar saya mahu keluar dari bilik, untuk menyedapkan hatinya, saya berkata " Awak percayalah saya. Awak akan sembuh tetapi dia akan selalu luka... kerana... Kerana tidak ada satu pun penganiayaang yang terlepas daripada keadilah allah. Allah melaknat orang munafik, orang yang aniaya kepada hati awak yang ada kasih sayang yang sejati... Awak tak ada dia, tapi allah ada. Allah sayang kat awak, tak cukupkah lagi?" Sambil saya kerutkan kening sebab kata-kata saya tadi berakhir dengan pertanyaan...
Bila pelajar saya keluar, terus saya kemaskan meja, dan selepas tutup komputer dan lampu saya ke luar turun dari banggunan ke tempat parking kereta. Bila berjumpa kereta saya, saya memandu laju (70 km sejam) ke bazar ramadhan. Saya nak cari makanan yang tak terdedah. Saya rasa inspektor kesihatan patut ronda bazar ramadhan. Apalah salahnya makanan tu ditutup!. Bila ada orang nak beli baru la buka...
Jan: It is impossible to love and be wise, dok gitu?.

Friday, August 19, 2011

Bersara: Adakah kita bersedia?

1. 14 tahun lagi saya akan bersara. Dan 14 tahun lagi bukannya lama. Kan? Walaupun kawan-kawan saya kata saya jauh nampak muda daripada umur sebenar (walaupun saya tak nafi) saya tetap risau kerana apalah gunanya nampak muda tapi duit simpanan di bank jumlahnya macam simpanan orang muda, he he he. Atau macam coklat yang sekejap ada sekejap tak ada.

2. Dan pada masa saya bersara, saya masih perlu membayar rumah selama 10 tahun! Yang jumlahnya adalah RM168,000. Itu kira jika saya tak gatal pinjam duit bank untuk renobek rumah. Saya nak sangat satu ruang tamu lagi, satu bilik bacaan, dapur yang luas dan bilik mandi yang jenis open. Jenis yang kalau kita berak atau mandi, kita boleh lihat burung terbang di awan.

3. Kalau kita bersara tentu kita bergantung kepada KWSP ( jika kita tiada pencen). Saya tak ada pencen bila saya bersara. Saya akan dapat duit banyak bila bersara (tapi taklah banyak sangat sebab saya masih kena bayar hutang rumah tiap bulan, mungkin hutang kereta juga). Dan saya sangat bimbang takut-takut bila dah ada duit banyak, saya pun berubah perangai. Saya bimbang saya joli duit KWSP. Mak saya pernah kata orang lelaki ni kalau duit banyak mulalah buat perangai, baru tahu perangai sebenarnya, he he he.

4. Tentu pada masa tersebut saya bukannya pakai Myvi lagi kan. Tentu saya dah pakai honda sivik yang model baru. Tu pun kena bayar jugak bulan-bulan. Dan perbelanjaan api-air juga tinggi sebab bila tua pasti saya buka semua lampu bila nak tidor. Dan air juga mungkin banyak sebab saya akan rajin mandi di tempat mandi terbuka tersebut (open). Sikit-sikit mandi, sikit sikit mandi.

5. Perbelanjaan saya tetap mahal. Sebab saya mungkin akan asyik melancong ke luar negara dan akan peka kepada segala usaha dan teknologi yang berkait rapat dengan penjagaan kesihatan. Mungkin saya perlu peruntukan banyak wang untuk jaga kesihatan. Kalau nak berjogging pun tentu kasutnya berharga RM450. Sekarang untuk berjogging saya pakai yang tak sampai pun seratus. Saya bukan zuhud, saya tak ada duit lebih, he he he.

6. Pernah tak pembaca fikir macam saya? Dan pada masa tersebut kalau saya tak kahwin-kahwin tentu anak-anak saya tak kirim duit kan. Orang lain ada la jugak anak kirim duit seposen dua. Saya? Kalau anak beripun bukannya banyak mana sebab mereka pun ada komitmeng, apatah lagi jika anak kita isterinya kontrol duit gaji. Haaa...

7. Kadang-kadang saya takut sangat jadi tua dan tak produktif. Pernah fikir tak? Atau pembaca blog saya ni jenis tak kisah apa yang akan terjadi di hari tua? Kalau ada pencen tentu lega sikit. tapi saya tak ada pencen? Yang ada pencen pun kalu tak berhati belanja, silap-silap masuk telaga.

8. Kata kawan saya, saya kononnya boleh cari duit dengan buat buku, tulis artikel dalam majalah atau surat khabar. Dan saya boleh jual manggis sebab saya ada 9 pokok manggis.

9. Oh yea, saya hampir terlupa. Bila kita tua biasanya badan kita berbau. Orang tua dia ada bau tau. Baunya tak enak dihidu hidung. Oleh itu kita kena pakai sabun dan bedak yang berkualiti. Kalau boleh minyak wangi yang mahal-mahal. He he he.

10. Kesimpulannya, pada masa tua jangan ingat kita belanja kurang, mungkin perbelanjaan kita makin tinggi. Kita mungkin masih kena bekerja selepas bersara. Atau sekarang kita mulai serius fikir pasal hari-hari persaraan kita. Kena ingat kalau duit kita tak ada, anak menantu pun tak layan kita. Tengoklah nanti...

Jan: Adakah kita bersedia? Oh Tidak...waaa...

`Eating salary'...

1. Saya ada terima email yang mengatakan saya asyik cerita hal peribadi sahaja. Katanya sikit-sikit saja tak apalah. Dan katanya lagi saya bukanlah terkenal maka bukan ramai yang minat nak tahu personal life saya...


2. Saya akan cuba tulis benda-benda/perkara-perkara yang bukan hal saya secara langsung. Tapi maaflah sebab ini blog saya, maka saya tulislah apa yang saya rasa nak tulis. He he he, jangan marah. Untuk memenuhi selera orang sekaligus payah oooiii. Namun tima kasih kerana bersusah payah email.


3. Kali ini saya nak menulis perihal kerja makan gaji. Saya kerja makan gaji. Makan gaji secara amnya bermaksud si polan mempunyai pendapatan tetap. Kalau kita kerja makan gaji, sama ada kerajaan atau swasta, kita kena berhati-hati benar dalam melakukan perbelanjaan. Sebabnya? Sebabnya kita tidak boleh berbelanja lebih kerana tiadanya kemungkinan kita akan dapat lebih pendapatan pada bulan depan. Budget kita ketat.


4. Apabila saya melihat harga kueh muih yang mahal di bazar ramadhan (yang bila kita beli belum tentu kita makan, he he he), saya terfikir pulak bagaimana yea kalau isirumah yang berpendapatan rendah? Tentu mereka tak mampu beli... Nak beli gandum suruh isteri buat sendiri sukar, sebab perempuan zaman sekarang bab-bab memasak tak seperti nenek moyang perempuan kita. Saya ada kenal seorang pensyarah perempuan yang hanya pandai masak telur goreng! Kah kah kah..


5. Saya hasil prodak tahun 1970, saya membesar dalam tahun 1970an, tahun 1980an saya menjadi remaja dan tahun 1990an saya sibuk di universiti 1990-1994, 1996-1998...Tahun-tahun 2000 ke atas saya di alam pekerjaan.


6. Saya paparkan statistik di atas untuk memberitahu yang saya pernah berada di zaman 70an di mana kos sara hidup tidak tinggi dan rakyat berada di dalam kesejahteraan. Zaman tersebut saya beli pulut lepar (pulut panggang) 5 batang RM1. Masih jelas dalam ingatan pada pagi hari saya tunggu mak cik bakar pulut tersebut, dan sebab saya cute dia beri lebih satu. Jadi pada masa tersebut harga pulut panggang RM1 dapat 6 batang!


7. Tetapi kini semuanya mahal, cuma moral dan maruah manusia sahaja yang saya lihat semakin murah (he he he, jangan marah). Ada tu tak ada nilai langsung kehidupannya selain membahayakan dan menyusahkan masyarakat.


8. Saya berpendapat gaji kakitangan swasta dan awan terutamanya, mestilah dikaji semula. Mungkin gaji mereka boleh dinaikan sehingga RM500 memandangkan kos sara hidup dan inflasi semasa. Elaun juga harus diberikan kepada yang bekerja di luar bandar sebab kos sara hidup di luar bandar juga semakin meninggi tinggi. Sekarang payah nak cari sewa rumah RM250 ke bawah walaupun di kawasan luar bandar. Percaya tak?


9. Bila rakyat tak makmur maka negara akan tak makmur. Begitulah besarnya kuasa duit pada pandangan minda saya. Saya tahu kenaikan gaji kakitangan awam akan juga memberi kesan buruk kepada ekonomi sebab barang mungkin akan naik harga. Walaubagaimana pun kesan kepada keadaan hidup akan lebih berkualiti walaupun harga barang mahal. Maksud saya dulu harga barang murah tetapi cara hidup kita tidak semoden sekarang. Sekarang kita banyak kemudahan dan peluang.


10. Sekarang adalah masa dan tahun yang tepat (atau tahun depan?) untuk kakitangan kerajaan dan swasta mengkaji kemungkinan untuk naik gaji kan? Itulah harapan saya, dan saya rasa harapan banyak orang juga...


Jan: Dan mungkin cara ini juga boleh menambah keyakinan rakyat kepada kerajaan? He he he.

Thursday, August 18, 2011

Tak khusuk sembahyang taraweh

Mulanya saya tidak berniat untuk postingkan penulisan ini. Saya kira iannya memalukan, namun kemudiannya saya postingkan juga sebab saya rasa iannya lucu. Saya berharap posting ini tidak menyentuh mana-mana pihak dan sensitiviti para pembaca blog saya.

Kawan saya bercerita bagaimana dia menjalankan solat taraweh di masjid besar dengan penuh tidak selesa. Katanya setiap kali dia bangun daripada rukuk dan berdiri, dia terpaksa betulkan seluar dalamnya. Cuba bayangkan berapa kali dia terpaksa betulkan seluar dalamnya setiap kali berdiri (sebab tak selesa...he he he) ketika solat taraweh tersebut.

Banyak perkara sebenarnya yang membuat kita tak khusuk solat taraweh. Contohnya, bonus separuh gaji kita tak dapat kita buat belanja raya sebab kita buat bayar ansuran kereta yang dah tertunggak 2 bulan, bini dah lapan kali minta langsir baru, mak mertua nak datang beraya di rumah kita seminggu (seminggu sebelum raya), anak nak baju raya warna hijau sebab Dafi AF pun pakai baju raya warna hijau tahun ni. Kita jugak tak khusuksolat taraweh sebab memikirkan kepada siapa lagi kita nak berhutang sempena raya ni. Nak hutang Farid Kamil (nama samaran) kita tak gamak sebab hutang lama masih ada...

Namun faktor-faktor di atas bukanlah faktor yang membawa ketidakkhususkan sembahyang pada kawan saya (pada malam syahdu tersebut). Pabila dia balik rumah semasa memeriksa seluar dalamnya, barulah dia perasan dia pakai seluar dalam secara terbaik. Yang belakang dia pakai ke depan!. Sebab tu tak selesa! He he he.


Pilihan saya lebih selesa dan selamat... Cepat kering bila basuh dan tak perlu lipat, gumpal jea, he he he.





Jan: Saya nasihatkan dia pakai seluar dalam macam saya, kat belakang ada tali jea. Grenti tak terbalik, he he he.

Bila kita dewasa tak semestinya otak kita dewasa...!




Seperti rutin tahun lalu, saya dan Adnan beraturlah nak beli stem untuk pos kad raya. Saya ada beli kad raya beberapa keping cop UNITEN, sebagai nak beritahu kepada pihak-pihak tertentu dan orang perseorangan yang saya masih lagi makan gaji di UNITEN.
Saya beratur dan bila sampai di kaunter, saya tanya kerani pos berapa stem untuk pos kad raya. Saya diberitahu 50 sen. Katanya " Sekarang 50 sen, kalau surat biasa 60 sen, kalu besar sikit 80 sen, kalau besar lagi, kena timbang" Sambil dia menunjukan contoh-contoh kad raya dan surat kepada saya.
Saya pun belilah stem dan juga poskad raya... Kerani siap keluarkan 2 contoh pakage pos kad raya. Nak dijadikan cerita tiba-tiba saya terkejut tengok tangan besar menghulur duit RM10 kat lubang kaca di kaunter tu. Kan ada kan lubang kaca kecil yang kita hulur duit di kaunter tu. Tanpa salam, dia potong line terus dia nak beli stem, dan kerani pos tersebut terpaksa melayani dan menerangkan harga stem untuk surat dan kad raya.
Saya yang tercongok depan kaunter tu terpaksa ke tepi sikit. Saya tak reti nak kata apa. Kalau budak-budak bolehlah saya nasihatkan beratur, ni dah bapak budak dan dah tua daripada saya (jauh lebih tua...). Kalau tak memang saya saung (basuh).
Adnan ada di belakang saya memerhati. Dalam kereta Adnan beritahu pak cik tadi (mungkin juga atuk) adalah ujian bagi saya supaya saya bersabar. Saya bertanya " maksudnya tuhan guna dia untuk uji saya"?. "Maka adakah dia dapat pahala sebab digunakan untuk uji saya? Saya bertanya balik. Adnan jawab `tak'. Sebab kata Adnan Saya juga adalah ujian bagi pak cik tu sebab bila pakcik tadi datang dia lihat ada pulak dah orang beratur! Ramai!. Maka dia rasa malas dan pentingkan diri.
Jan: Tua tak semestinya anak, muda tak semestinya bapa. Bapa tak semesti guna otak.

Penyanyi yang tak ada lagu raya...

Saya tidak nafikan tanpa lagu raya dan biskut raya, raya saya tak ceria. Agen-agen raya sebegini memberi impak besar. Cuba bayangkan tak ada lagu raya. Bila memandu pulang untuk beraya tak kan nak dengar Madonna.



Namun tidak semua penyanyi mempunyai lagu raya. Hampir lagu raya adalah lagu lama. Ada juga usaha untuk buat lagu raya baru tetapi tak dapat sambutan. Tak sedap.



Biasanya penyanyi yang ada lagu raya yang banyak merupakan penyanyi yang terkenal dan berada `di atas' dalam industri seni suara. Contohnya Datok Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza. Lagu-lagu raya beliau akan kekal sepanjang zaman. Mereka ada lagu raya khas mereka, mereka ada album raya.



Saya berpendapat penyanyi yang mempunyai lagu raya dan album raya sangat bertuah. Kita boleh kata pengukuran kehebatan penyanyi tersebut sama ada dia ada album raya atau tidak.



Kalau kita penyanyi yang tak ada lagu raya, bila diundang menyanyi program raya, kita terpaksalah nyanyi lagu orang. Dan ada kalanya dinyanyikan sumbang dan tunggang langgang tapi bila tanya mereka jawab `saya nyanyi ikut stail sendiri, mana boleh ikut stail penyanyi asal" . He he he.



Jan: ada beli CD raya EMI, koleksi lagu raya penyanyi EMI.

Wednesday, August 17, 2011

Lagi perihal FB (ucapan puasa dan raya)



Sekadar hiasan...hehehe



Jan: Saya jarang buka FB, bukan tiap-tiap hari. Entah mengapa... Mungkin saya tak berapa pandai bersosial dan menyampuk perbualan orang, he he he.
Pun begitu kalau ada masa sangat terluang saya buka FB biasanya pukul 5 petang ke atas.
Saya kira dalam FB belana (ramai) bekas pelajar saya berbanding dengan kawan-kawan saya. Namun ramai yang saya sudah tidak ingat, maka kalau ada masa saya buka FB mereka dan baca info mereka, lihat gambar-gambar. Pun begitu saya ada juga saya tetap terlupa mereka itu yang mana satu, he he he. Maklumlah saya sudah mengajar lebih 5 ribu pelajar dah, he he he.
Pun begitu saya ucapkan kepada semua rakan seFB saya, selamat berpuasa dan berhari raya, maaf zahir batin...

Tuesday, August 16, 2011

Bersabarlah Sayang - Sanisah Huri








Bersabarlah Sayang

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

( ulang dari korus )




Saya ulas yea...

Kalau kita perhatikan betul-betul, banyak lagu raya lebih kepada bernada sedih kerana mendukung cerita duka dalam menyambut suasana hari raya. Walaupun nabi kita menyarankan agar kita berbahagia pada hari raya, episod hidup kita berlainan.

Lihat lirik lagu Aisyah `Pulanglah' , `Dari jauh kupohon maaf'' oleh Sudir, atau lirik lagu Tan Sri P Ramlee yang bertajuk `Dengang Perantau'. Nak luruh bulu hidung kita bila mendengarnya, sayu, pilu, syahdu...kan?

Kali ini saya bawak pembaca-pembaca ke era 30 atau 40 tahun yang lalu iaitu ketika lagu `Bersabarlah Sayang' oleh Sanisah Huri meletup. Lagu ini ramai yang tak tahu tajuknya tetapi `kenal' dengan lagunya. lagunya selalu dikompilasikan dengan lagu-lagu pop raya yang klasikal.

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Perenggang pertama lirik di atas menceritakan ketika semua orang sedang bergembira berhari raya seorang insan masih berada di alam duka. Mungkin pukul 10 pagi baru dia bangun kerana baginya tak ada apa-apa yang perlu diraikan lagi. Kepemergian orang tersayang meragut segala ceria dan harapan hidup.

Perlu diingatkan bahawa lagu ini bukan kisah si penyanyi. Ia kisah kawan kepada si penyanyi atau kisah keluarga kepad asi penyanyi. Sebab kita dapati ada perkataan `marilah bersama berhari raya'. Ia menunjukan nada seruan kepada yang sedang berduka. Aaaaa... Kena faham betul-betul, duka yang terjadi bukan pada hidup si penyanyi.

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

Rangkap kedua barulah jelas rayuan lagu ini adalah untuk insan yang berhati patah atau tak nak beraya. Insan tersebut mungkin tak beli baju raya kecuali kepada anak-anak saudaranya. Si penyanyi menasihatkan kawannya supaya barang yang lepas tak usah dikenang, dan bangkit untuk mulakan hidup baru. Cerita lama kena tipu, kena aniaya tu janganlah dikesalkan, jangan ditagisi lagi. Semuanya kehendak tuhan (kita libatkan tuhan biar tenang sikit). Mungkin kawan si penyanyi yang berduka itu bertembung dengan manusia yang muka syurga, hati neraka. Tapi ingat, tak ada sekuman pun terhindar dari keadilan allah di kemudian hari! Tuhan akan melaknat orang yang merosakan jiwa hambanya.. Maaf saya emo pulak dalam memprosakan lirik ni...

Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Rangkap ke tiga menerangkan yang si penyanyi tersebut meluahkan perasaannya yang dia akan tetap bersama kawannya walaupun banyak tuduhan yang dibuat ke atas kawannya tersebut. Sebab dia percaya kawannya yang bersedih di hari raya tersebut tidaklah bersalah, rujuk ayat `Di jurang kesalahan sahaja'.

Dan sebenarnya si penyanyi tak sampai hati membiarkan kawannya tergolek atas tilam pada hari raya. Atau keseorangan di wakaf tepi pantai...

Tapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

Dan rangkap terakhir tersebut si penyanyi menyakinkan temannya yang dia dan kawan-kawan yang tahu kisah sebenarnya akan selalu memberi sokongan dan talian hayat. Sebab dia dan teman-teman rapat tahu benar kisahnya `dikencing'.

Dan akhir sekali is penyanyi menasihatkan temannya supaya banyak-banyak bersabar dan bawa bertenang. Rujuk ayat `dan luka di dada hanya kuharapkan kau harus bersabar dan bertenang selalu".

Sekian sahaja. Sebenarnya ruang lingkup nak mencipta lagu raya tak besar mana. Lirik hanya berkisarkan kepada suasana hari raya. Contohnya, minta maaf, balik kampung, makan kueh, main mercun dan sewaktu dengannya. Namun lirik di atas yang bertajuk `Bersabarlah sayang' lari sedikit daripada kebiasaan. Malah saya memilih lirik ini kerana ianya ada mengenai semangat persahabatan dan menolong antara satu sama lain.

Pendek kata nilai mencara hal (mengambil tahu hidup orang lain) orang ni ada juga yang positif. Sanggup ke kita tengok kawan kita tergolek bernyawa tapi tak bermaya sedangkan kita beraya sakan?

Jan: Sedihnya lirik lagu ini...hanya tuhan yang amat tahu.

Monday, August 15, 2011

Pantun pinjam duit kawan...

Gulai sayur pucuk paku,
Basuh mulut kueh seraya;
Anak lapan bersusun paku,
Banyak belanja menjelang raya.


Basuh mulut kueh seraya,
Malam hari duduk bertasbih;
Banyak belanja menjelang raya,
Jangan belanja berlebih-lebih.


Malam hari duduk bertasbih,
Bulan mulia ingatlah tuhan;
Suka belanja berlebih-lebih,
Lepas raya meminjam kawan.


Bulan mulia ingatlah tuhan,
Cari pahala buat perisai;
Lepas raya meminjam kawan,
Hutang lama belum selesai.


Cari pahala buat perisai,
Sebagai pakaian kita pakai;
Hutang lama belum selesai,
Lepas raya kita pokai.




Kita prosa pantun di atas:

Gulai sayur pucuk paku,
Basuh mulut kueh seraya;
Anak lapan bersusun paku,
Banyak belanja menjelang raya.

Pantun yang saya cipta di atas adalah jenis pantun berkait di mana ada baris di pantun terdahulu akan muncul pula pada rangkap pantun seterusnya. Begitulah sehingga ke akhir pantun. Cuba perati kalau tak caya. Seperti biasa pantun Melayu akan menceritakan perihal peail perangai orang Melayu, bukannya orang Belanda atau orang New Zearland. Berkaitan pantun di atas menceritakan perihal orang Melayu yang diharamkan untuk merancang keluarga. Setiap anak memang dah ada rezeki, maka dia orang beranak non stop every yearslah. Dan mereka tak payah cari rezeki sebab setiap anak tuhan dah tentukan ada rezeki so pakai beranaklah kerjanya (kelakar kan? he he he). Anak `bersusun paku' adalah pepatah lama menunjukan bilangan anak yang ramai. Bila anak ramai tentulah perlu banyak duit nak buat persiapan raya. Bila kerajaan bagi bonus setengah gaji terus marah sebab sikit. He he he. Dia orang tak tahu kat Somalia dah 29,000 nyawa melayang setakat ni. Dia orang jauh nak ambik ikhtibar, dok pikir nak melantak apabila buka puasa, he he he.


Basuh mulut kueh seraya,
Malam hari duduk bertasbih;
Suka berbelanja menjelang raya,
Suka belanja berlebih-lebih.


Pantun di atas pula menceritakan perihal orang kita yang suka berbelanja sempena ramadhan dan menjelang raya seolah esok kiamat!. Juadah berbuka berlebihan, berbelanja untuk raya tidak apa tetapi berbelanja berlebih sampai membazir itulah yang sepatutnya ditegah. Senang-senang jadi kawan syaitan. He he he. Siapa yang syaitan sebanarnya kita ke? syaitan ke? he he he.


Malam hari duduk bertasbih,
Bulan mulia ingatlah tuhan;
Suka berbelanja berlebih-lebih,
Lepas raya meminjam kawan.


Kes lepas raya nak pinjam duit kawan seperti pantun berkaita di atas sudah menjadi lumrah. Dan biasanya jangan tak tahu, kawan yang bujanglah biasanya menjadi tempat meminjan dengan alasan tak ada komitmeng, tak ada anak bini. Siap dengan linangan air mata pulak tu semasa nak meminjam! Kita yang belas hati ni berilah seposen dua, takut beri pinjam RM50 kan, ke Pizza hunt pulak dia! Huh!.


Bulan mulia ingatlah tuhan,
Cari pahala buat perisai;
Lepas raya meminjam kawan,
Hutang lama belum selesai.



Ramadhan dan raya bukannya beri lesen untuk kita meminjam. Kita berayalah ala kadar ikut duit dalam poket. Tak perlulah kita nak kagumkan jiran kita yang sebenarnya kita bukanlah kenal sangat (pelik kan?), he he he. Lepas raya kita menambah hutang yang sedia ada, apa kata tuhan? Pernah tak kita fikir apa kata tuhan bila dia tengok gelagat kita? He he he.



Cari pahala buat perisai,
Sebagai pakaian kita pakai;
Hutang lama belum selesai,
Lepas raya kita pokai.



Dan pantun terakhir ni sama-samalah kita akui, saya pun (tukang tulis pantun) ni dua kali lima jugak. Pernah dulu lepas raya saya berhutang sampai beribu! He he he. Rasa nak tampar muka sendiri lapan kali. Namun tahun ini setakat ini saya tak berhutang dah dengan kawan-kawan. dengan bank tu biasalah beli rumah dan kereta. `Lepas raya kita pokai' ni kongsep lama, kini kita kena ala kadar jea beraya. Jangan pulak ramadhan dan raya jadi bebanan untuk kita. Agama kita tak sarankan begitu kan.



Jan: Pandai tulis jea, kadang-kadang terbabas jugak, hehehe (kira pesan untuk diri sendirilah ni kan...)

Perihal uban saya

Gambar-gambar di bawah ini saya pukul untuk merakamkan suasana misai dan janggut saya beruban. Tiba-tiba je mereka beruban dengan banyaknya.
Gambar di bawah bukannya gambar saya nak `cari makan'. Saya tak kisah kalau tak ada orang minat kat saya. saya pukul gambar ni masa lepas berbuka, sambil saya tergolek-golek.

Pelajar saya sudah ada menegurnya dan mencadangkan saya menghitamkan balik. Mereka bertanya kenapa tak hitamkan balik? Saya pula tak terlintas nak hitamkan semula. Cuma pada awal-awal kemunculan uban ni dulu, ada la saya cabut...he he he

Kelihatan juga lubang hidung saya yang besar tersebut. Sebenarnya bulu hidung saya pun ada yang sudah beruban!


Uban ni tanda saya tua ke? Saya ada terfikir jugak tetapi cepat-cepat saya alihkan pemikiran dan pertanyaan itu dengan menanam semat di hati yang uban tersebut uban penyakit.

Kat misai tak nampak sangat beruban sebab saya dah gunting jadikannya pendek. tapi kalau biar panjang nampak ubannya...








Saya tidak bercadang nak hitamkan uban-uban saya ini. Juga saya tak bercadang lagi hendak mencabutnya kerana dah semakin banyak. Tak apalah kalau beruban pun. Saya nak buat macam mana, saya terima je la...




Bila saya tatap gambar-gambar ni seorang diri, tiba-tiba saya rasa handsum jugak walaupun ada uban di misai dan janggut (kes perasan la ni). Walaupun setakat ini ada juga rakan pensyarah yang beritahu saya nampak tua, saya tetap merasa muda.



Jan: Tak ada orang hidup tongkat langit...

Ayam masak ala-ala pedas...

Emak saya deman, saya dah bawa ke hospital. Bila balik rumah saya suruh mak saya berehat. Jadi saya kena masak untuk berbuka puasa. Saya pergi pasar saya beli seekor ayam. Pak Cik tersebut beritahu RM18 seekor. Saya tak banyak soal saya terus bayar dan minta dia potong 20.


"Kalau saya, saya tak suka potong kecil-kecil, bila masak kering..." Kata seorang pelanggang lain pada saya. Pandai pulak dia sampuk. Saya tersengeh dan kata:


" Saya nak buat masak pedas, ada kuah sikit. Jadi tak keringlah" Saya memberi penerangan seikhlas hati...






Di dapur yang sempit, saya bersihkan ayam dan letak kunyit, dan goreng dengan kuali yang saya sayangi. Kuali tersebut berharga RM380, saya beli 6 tahun lalu semasa bekerja di Kolej Shahputra, Kuantan.


Saya tak menyesal beli kuali tersebut...







Saya belender bawang dan letak dalam bekas kemudian saya belendar lada kering. Lada kering tu saya rendam dalam air panas terlebih dahulu. Saya tengok mak saya buat begitu. Kalau kita masak untuk kita makan senang. Kita boleh ikut rasa lidah kita. Yang payahnya kalau kita masak untuk orang lain. Kalau mereka komplain, rasa nak hempuk dengan kuali (kuali murah...)





Saya nak buat kuah pedasnya dulu. Saya panaskan minyak, letak lada dan kacau biar berbau. Kemudian saya bubuh bawang yang telah diblander tersebut. Saya letak nisan dan cuka. Saya masak-masak dan masak.






Saya suka manis sebab itulah saya bubuh nisan. Dan saya bubuh cuka sikit biar masam. Saya rasa dengan lidah dan cepat-cepat kehek balik, takut tertelan.


Saya letakan ayam yang telah digoren. Rujuk gambar di atas.




Saya masak hingga jadi macam dalam gambar di atas.





Saya letak bawang dan lada sikit, biar ala-ala chef terkenal, he he he.





Saya masak dan terus masak. Inilah hasilnya.


Jan: Saya tak pandai memasak, hanya untuk makan diri sendiri sahaja...he he he.

Perihal mee

Bulan puasa ni kadang-kadang pelik. Saya tiba-tiba nak makan mee halus goreng. Maka petang semalam saya ke bazar. Saya beli RM1.

Bila waktu berbuka, mak saya yang makan dulu mee tersebut. Mak saya nak rasa sikit. Lepas rasa mak kata:

" Abang tok soh makan lah mee tu, masin sangat. Kalau nak makan perah air asam limau..."

Saya rasa hampa, terus saya tak makan walaupun sesudu. Saya teringat semasa membelinya tadi banyak mee tersebut diletak dalam bekas yang besar. Kalau habis mee tersebut terjual tentu ianya sesuatu yang tak patut. Tadi saya pergi awal ke bazar, tak nak bersesak.

Saya rasa kesian pulak kepada sapa-sapa yang beli mee masin tersebut. Sepatutnya suruhlah sapa-sapa yang tak puasa rasa makanan tersebut. Suruh anak ke. Atau sapa-sapa yang tak puasa. Barang nak dijual pastikan elok...

Jan: kerugian dan pembaziran di bulan puasa

Saya pernah ada badan yang menarik...

Bukan diet ni...



Umur saya sudah melebihi 40an (awal 40an), badan saya tidak sehebat semasa alam universiti atau pada awal-awal saya jejak dunia pekerjaan. Mungkin faktor umur, masa dan kemalasan saya untuk bersenam menyumbangkan kepada masalah berat badan.
Berbanding dengan sepupu saya yang tidak pernah kurus semenjak kecil, saya bersyukur kerana mempunyai waktu perdana untuk mempamirkan badan (walaupun bukanlah berketul-ketut otatnya). Semasa di universiti, apabila pergi rombongan mandi-manda, saya tidak segan silu membuka baju dan mempamirkan apa yang ada. Begitu juga semasa di Pulau Redang, saya mandi dengan sebebasnya untuk menunjukan segala yang saya ada!. Berlainan dengan sepupu saya, dia beritahu dia tidak pernah kurus sepanjang hidupnya, sekarang dia dah kahwin...semakinlah melebar, selebar pintu. Dia rasa sedih.
Pukul rata badan saya mencatitkan sehingga 85Kg semenjak duduk di Pahang. Semasa saya mula ijaki Pahang, berat badan saya lebih kurang 64Kg dan menderita... (saya tak kata sekarang saya sangat bahagia, he he he).
Saya bukanlah kisah sangat pasal berat badan cuma sudah berkali-kali doktor beritahu saya, saya harus kurangkan berat badan sebab saya ada darah tinggi. Dulu saya makan pil darah tinggi yang 2.5 mg sahaja, kini dah 5 mg. Maka saya kena jaga berat badan. Dan dalam bulan Ramadhan ini saya rasa sihat dan ringan sedikit. Semalam emak saya tegur buah dada saya nampak bulat sebab badan saya sudah kurus sikit. (sikit saja tau...)
Saya pernah dan masih mencemburui orang yang berbadan terbentuk. Dulu saya selalu lihat sahabat saya (seserumahsewa) iaitu Lokman Hakim mempunyai badan yang menarik. Perut yang berpetak-petak. Saya pernah beritahu dia kalau saya ada badan macam dia tentu saya tak perlu pakai baju setiap kali nak sidai kain kat belakang rumah. Kalau Diana dan Rojeha (pada masa itu masih anak dara) yang sewa di belakang rumah saya melihat saya, saya tidak malu...
Malah, saya pernah beritahu saya sanggup bayar RM15K untuk mendapatkan perut seperti Lokman Hakim...(walaupun masa tersebut bukannya saya ada banyak duit pun, he he he).
Sekarang perut saya buncit. Nasib baik saya lelaki, kalau perempuan tentu difitnah masyarakat. saya tinggal di dalam masyarakat Melayu, faham sajalah. Saya tak kahwin pun dikata konek berkarat atau berlumut...
Saya tidak boleh pakai baju yang bergaya (alasan, he he he). Dan bila berat badan saya turun, perut buncit saya semakin menonjol.
Saya sering menimbulkan topik berat badan sebab saya percaya rupa bentuk badan seseorang amat mempengaruhi perjalanan hidupnya. Saya tak lah kata orang yang gemuk akan hadapi kesukaran dan tidak aktif tetapi saya percaya sangat orang yang sihat tubuh badan dan mempunyai timbangan berat yang berpadanan akan melicinkan pencapaian hidupnya.
Walaupun bagai mimpi yang pulang pagi, saya masih berharap suatu masa nanti saya ada badan yang menarik. saya `kesiankan' cermin dalam bilik saya...
Jan: Walaupun saya tahu masa semakin suntuk...