"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, January 9, 2012

Mengemas tak kira jantina

Daripada percakapan kawan saya ketika dia mengisi borang pinjaman Bank Rakyat tersebut, dapatlah saya simpulkan yang dia beranggapan:
1. Orang perempuan suka mengemas.
2. Orang lelaki tak apa (tak kisah) hidup dalam berkubang (berselerak).
Dan anggapan saya pula ialah kedua-duanya mitos besar! Kita bukannya beruang, kita hendak duduk damai sama ada kita lelaki atau perempuan. Tidak semestinya orang perempuan suka mengemas, ada yang malas atau mengemas dengan separuh hati. Dan saya ada jumpa lelaki yang suka bmengemas rumah walaupun bini dia surirumah sepenuh masa.
"Laaa...bukan semua orang lelaki macam awak Man, Orang lelaki tak kisah mana rumah berkubang". Kata kawan saya sambil membelek borang pinjaman bank rakyat. Dia nak buat refineng.
Mungkin saya tidak normal?.
Saya teringat pada suatu petang, saya ada mengembalikan majalah yang saya pinjam ke sebuah rumah kawan. Bila kawan saya bukak sliding doornya saya terperanjat melihat ruang tamunya macam Titanic (kapal pecah!). Terus fikiran saya tertanya bagaimana ya suaminya boleh duduk dalam rumah tersebut, bertahun-tahun?
Isunya di sini bukanlah ada kemungkinan yang suaminyalaBlockquoteh yang berkubang tetapi isunya betul ke lelaki tak kisah rumah berkubang? Haaa... Atau dia (suami kita) kisah tapi buat tak kisah?
Biarlah saya cerita hal saya, asyik bercerita hal rumah tangga orang jea. Bagi saya, saya suka rumah kemas. Jiwa saya jadi damai dan mewah. Saya rasa hidup saya teratur dan disiplin (kononnya). Walaupun hutang saya bertepek-wek (banyak) saya tak serabut perut tapi kalau balik kerja lihat rumah berkubang, saya memang serabut perut!. Sebab itulah saya berkemas walaupun saya ni hakikatnya bukannya rajin sangat.
Jan: Saya selalu suka berkubang sebab itu kena juga suka berkemas...

3 comments:

Nong Andy said...

oh.. yang ini... Hubby aku jenis suka bersih.. suka kemas dan suka buat kerja rumah yg ringin..

satu hari jiran dtg tanya dgn nada gurau...

"kakak bagi makan apa laki akak tu..? punyalah rajin. pagi2 selalu nampak dia menyapu di luar.. kadang tu jemur kain.. angkat kain.. bla..bla..bla.."

eh! aku bagi makan nasik la. bukan nasik kangkang k! dlm hati je.. Dah tabiat dia pembersih.. pengemas..byr bil sama-sama.. so buat kerja rumah sama sama juga kan o.k? toleransi namanya kan....?

uNcLeJoE said...

dan suka berkemas juga bila ada orang nak dtg singgah n bermalam ke kat rumah kan?????????

sukiman said...

he he he...

.