"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, June 29, 2011

Teuku Zakaria - `Hidup' selepas mati



" Jis, walaupun aku mati nanti tetapi aku akan hidup 1,000 tahun lagi..."



- Kata-kata Tan Sri Datuk Amar Dr P Ramlee

(kepada Datuk Aziz Sattar pada tahun 1959)

Charlie Chaplin - Meaning of life...



" What do you want a meaning for? Life is a desire, not a meaning."



- Charlie Chaplin

Julia Roberts - Love



" You know it's love when all you want is that person to be happy, even if you're not part of their happiness."


- Julia Roberts

Siapa Adnan Abdul Hamid?



Beliaulah adalah teman rapat, sahabat baik dan orang yang selalu saya jumpa hampir setiap hari. Orang yang jika saya mahu berkomunikasi, saya tidak perlu berselindung kerana saya tahu dia tidak menghakimi saya serta-merta.
Dia juga paling banyak tahu rahsia saya termasuk apa yang terjadi semasa saya di sebuah kelab di Petaling Jaya pada sedikit masa dahulu. Apa yang terjadi di bilik air semasa saya menyewa di Sepekan dahulu dan apa yang terjadi semasa saya cuba melompat longkang besar di hadapan sebuah sekolah dulu.
Beliaulah orang yang paling banyak saya bersms atas muka bumi allah s.wt ini.
Zaman saya mengalami kepayahan, beliaulah yang menumpangkan saya di rumahnya semasa saya hidup di Pekan (masa tu kesulitan cari rumah sewa berstatus tinggi, he he he. Saya cerewet sikit memilih rumah sewa. Kalau boleh saya nak rumah sewa yang ada halaman yang besar, lengkap dengan kemudahan yang baik. Saya juga mencari rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerja).
Dan beliaulah saya berikan wasiat apabila kematian saya nanti, saya minta dia uruskan barang-barang saya di rumah sewa di Muadzam, ini untuk memudahkan ayah saya yang pada masa tersebut tentu sibuk menguruskan jenazah dan perkebumian saya di kampung, Besut. Jika saya mati kat Muadzam Shah...
Hobinya yang saya tahu ialah membaca, kumpul barang lama termasuk Majalah Gila-gila, memukul gambar dan berjalan-jalan.
Banyak sangat saya nak bercerita tentangnya. Tidaklah saya ketahui nak ambik yang mana satu dahulu. Orangnya jika kita lihat daripada luaran pendiam dan serius. Namun jika sudah berkawan dia bukanlah seorang yang susah untuk dihampiri dan difahami, malah agak kelakar. Kelakar yang selamba dan sarat dengan sinis (tak macam Nabil yang mula-mula kemunculan jea lawak, lepas tu hampeh! entah apa-apa). Tetapi awas perlu diingat beliau tidak mudah menerima sesiapa saja sebagai kawan! Dia selektif.
Beliau juga tidak suka berlama-lama di kedai kopi. Dan jika kita pergi rombongan dengannya kenalah kita ikut masa, dia tak suka orang yang tak tepat masa. Sifat ini jarang ada pada orang Melayu. Setakat ini saya jumpa 2 orang sahaja.
Akhir cerita, beliau yang merupakan orang Temerloh adalah kawan lama saya di tempat kerja lama saya iaitu di Kolej Shahputra (sekarang Kolej Universiti Shahputra).
Jan: Siapa Suhaida Abdullah? beliau adalah isteri Adnan juga merangkap kawan saya.

Cukup-cukuplah...




Saya tetap rasa tak bersalah sampai saya mati. Bukan salah saya jika ada orang tergila-gilakan saya. Namun akhirnya saya pulak dituduh `melayan'. Selamat datang ke dunia saya.

Sesiapa yang kenal saya tahulah saya ada ramai kawan perempuan. Saya jenis lurus dan naif dalam berkawan. Bagi saya, saya layan semua kawan perempuan seperti biasa, cuma kalau dah mereka nak perasan tu...saya tak leh buat apa. Tak ada undang-undang dalam dunia nak halang orang perasan kat kita. Kan?

Kata Sudirman "Ku tak kan bercinta lagi, sampai mati biar aku hidup sendiri. Hidup seperti sebelum mengenal cinta".

Saya juga tidak suka kalau ada perempuan yang membayangkan kepada orang ramai bahawa saya ni kekasih dia. Saya tak selesa. Memanglah saya marah tetapi akhirnya saya rasa sedih pula kepada dia ( he he he. Ya lah kan, macam orang sakit jiwa).

Ya, kita boleh sakit jiwa kalau orang yang kita nak, dia tak nak kat kita (saya juga ada pengalaman, he he he). Namun nasihat saya kalau tak boleh jadi kawan biasa selepas penolakan tersebut, cepat-cepatlah blah. He he he.

Saya bukanlah handsum sangat tetapi di tempat mana saya bekerja, ada-ada saja orang yang minatkan saya. Sampai ada kalanya saya tak selesa sebab dia akan cemburu. Ya, saya ada ramai kawan perempuan... Malah saya ada sahabat perempuan (tapi taklah sampai bertepuk tampar). Saya jaga tata susila dan adat ketimuran sewaktu dengannya.

Saya juga tidak suka jika apa-apa yang berlaku kawan perempuan saya akan menalipon emak saya. Beritahu itu ini... Dan emak saya akan talipon saya pula tanya saya keluar dengan perempuan mana pula sekarang. Saya rimas jika perempuan yang nak kan saya berbaik dengan mak saya dan bersms siang malam. Tak payahlah nak ambik hati mak saya, itu stail dulu. Selamat datang ke alaf baru.

Saya bukan angkuh, saya bukanlah nak jual mahal tetapi saya tertekan. Saya minta sangat dari hujung kuku sampai hujung rambut. Tinggalkanlah saya... saya bebas bersendirian...

Jan: berikan ia pada yang memerlukannya...

Latihan Payung terjun - Mardi Muadzam

Pada suatu petang, saya bersama emak dan Najib (anak saudara) pergi ke padang ragut berdekatan Mardi untuk lihat latihan payung terjun yang dianggotai oleh kumpulan komando. Saya diberitahu oleh kawan saya, suaminya komando jugak dulu...












Peristiwa sebegini bukan selalu kita dapat lihat. Saya dapati ramai juga kereta berhenti di tepi jalan untuk melihat aksi ini. Namun aksi yang paling menarik hati saya ialah bagaimana cemasnya lembu-lembu di padang ragut tersebut bertempianran lari, terkejut. He he he.

Jan: kenangan tak dapat dijual beli, sampai mati...

Tuesday, June 28, 2011

Lynas pastikan industri selamat


Pengerusi Eksekutifnya, Nicholas Curtis




Tiket bas raya...

Ahad nan lalu, saya ke Terminal Makmur, Kuantan. Saya temani kawan membeli tiket. Kawan saya ini istimewa, dia sahabat baik saya semasa di sekolah menengah. Kami sama-sama ponteng sekolah dan hisap rokok (tapi sekarang kami dah tak ponteng kelas). Sudah 24 tahun kami tidak berjumpa. Facebooklah secara tak langsung menemukan kami. Dia datang tidor rumah saya semalam di Kuantan, dia datang seorang tanpa isterinya (isterinya seorang guru).

Di terminal tersebut, saya dapati tiket bas untuk hari raya sudah mulai dijual. Ya, walaupun bulan puasa tidak lagi menjelma, walaupun kita masih tidak ganti puasa (he he he), tiket sudah dijual awal gitu. Ini suatu petanda yang positif. Cuma jangan tiket sahaja habis dijual tetapi bas tidak ada/tak mencukupi. Atau tak nampak batang hidung. Haru.






Saya terkenang zaman universiti dulu saya selalu bimbang tidak ada tiket raya untuk bali ke Besut. Tetapi kawan-kawan saya tolong pastikan saya dapat tiket tersebut. Kalau tak pun kami beramai ramai pergi Hentian Putra.



Pernah juga saya naik bas angkut-angkut (bertukar bas di setiap stesion bas). Saya pernah juga tumpang lori... lori benang yang kebetulan nak ke Batu * Terengganu. Kenangan tersebut tak terbeli. Budak sekarang nak senang je... Huh!.



Semoden mana pun, semaju manapun sesebuah negara, pengangkutan awam mestilah sentiasa ada dan efisen. Masih ramai dan akan lebih ramai lagi manusia akan menggunakan bas. Bas penting untuk golongan yang tiada kereta atau malas nak bawak kereta.



Saya menggunakan perkhidmatan bas hampir sepanjang hidup saya. Saya `baru pakai' kereta 2 tahun, selama ini baslah yang membawa saya ke tempat hajat saya.



Jan: terima kasih bas...

Ukur baju

Pada suatu tengahari bulan lepas, saya menemani kawan untuk ukur baju kopratnya. Saja saya menyibuk pergi teman sebab lepas tu kami nak gi makan bersama.
Saya perhatikan gelagat kawan saya, Adnan apabila sampai tempat ukur baju.

Belum apa-apa Adnan sudah mendepakan tangannya sedangkan tukang jahit tersebut baru nak mula cari senarai nama. He he he. Tukang jahit nak pastikan layak ke tak ukur baju. Saya tak layak, bulan lepas saya dah diukur.

Adnan kemudiannya diminta menandatangani list nama sebelum upacara mengukur baju bermula.



Bahu Adnan diukur menggunakan tali inci (tak kan tali timba). Tukang mengukurnya nampak pakar sebab cepat saja dia ukur bahu dan tulis atas kertas. Memang kerja dia...



Adnan menahan nafas, dia mahu mengekalkan dataran perutnya. Saya perhati dari jauh dan pukul gambar-gambar ini. Tak kan nak ukur baju pun serius...he he he.



Adnan menahan geli pula. Diameter leher Adnan turut diukur. Takut nanti tak muat pulak leher. Jangan kata jahit baju ni senang. Tu tak kira lagi kes tertukar baju. Lain diukur lain dijahit atau kes baju diukur hilang!



Buah dada Adnan tak lah besar mana. Tak ketara saiznya berbanding saya. Mungkin sebab saya gemuk buah dada saya besar sikit...Adnan bersaiz biasa sahaja ukuran dadanya.
Jan: Tak pandai menjahit, pandai beli yang dah siap jea.

Monday, June 27, 2011

Dapur kabinet putih


Kali ini secara eksekutif saya akan bawak anda semua ke dapur kakak saya. Dapur ini terletak di sebuah rumah di Jeram Estate, Damansara, Kuantan. Gambar-gambar ini dipukul curi beberapa bulan yang lalu menggunakan handphone Nokia saya yang berharga RM350. Pada masa tersebut kakak saya sedang sibuk melayan karenah anak bongsunya (yang sukar untuk duduk diam barang 5 minit pun, he he he).

Merujuk kepada gambar di atas, kelihatan ada jarak antara sink dan dinding. Ini supaya senang nak letak Axion, bekas sudu ke atau apa-apa barang yang bersesuaian. Dan kelihatan rak-rak putih dilekatkan didinding. Boleh letak buku masakan atau pun apa-apa yang patut, kakak saya letak hiasan, pereng gambar dan pinggang mangkuk yang sesuai.

Keadaan dapurnya memang realiti begini tanpa saya ubah apa-apa pun. Maknanya tiap hari beginilah dapurnya. Bukan macam dapur kita yang kalau nak pukul gambar barulah nak berkemas itu ini (kalau tak selisih mailaikat 44 atau 46). Atau bila jiran nak datang barulah sibuk mengemas. Dapur kakak saya ni 24 jam terurus (puji sikit kakak sendiri, he he he).


Kakak saya bionic women, semuanya dia buat sendiri tanpa menggunakan bantuan pembantu rumah. Suatu masa dulu kakak saya ada pakai orang gaji tetapi sekejap sahaja tak sampai setahun kot, dia lebih senang buat kerja seorang diri. Ya lah kalau kita suruh orang buat mana nak puas hati.


Dapat saya bayangkan bagaimana nak urus sebuah rumah yang besar tanpa orang gaji bersama anak-anak yang hanya menyumbangkan tabur-menabur barang-barang. Namun nasib baik abang ipar saya jugak rajin menguruskan rumah dan berpengetahuan dalam senirekan luar dalaman ni.



Ada pokok berjuntai masuk dekat sliding door di bahagian kanan. Dapur ni kongsep terbuka, kiri kanan depan belakang ada sliding door. Seram jugak waktu malam bila nak bangun muinum air. Tetapi biasanya saya akan gerak anak saudara saya supaya temankan sebab saya bukannya penakut tetapi seram mengingatkan cerita seram daripada Hollywood. Ada satu adegan seorang pakcik diserang hantu ketika bangun malam untuk ke dapur. Dia dahaga. tetapi saya masih muda.




Di bahagian kiri juga ada sliding door yang memanjang panjangnya. Daripada dapur kakak saya boleh nampak bilik-bilik anaknya. Dan maknanya kalau anak-anaknya duduk di dalam bilik mereka boleh nampak emak mereka sedang memasak. Taklah takut sangat kecuali kita nampak seorang berpakaian putih, rambut panjang dan hitam (tak kan blone dan pendek, ikut standard hantu Melayu...) sedang memasak kepala gajah, he he he... Sengaja di tengah-tengah tersebut di tanam pokok Brazilian ironwood dan pokok irish.

Namun konsep terbuka ini lapang dan rasa bebas. Keadaan dapur ini cerah dan tak terkongkong. maknanya bila makan kita tak sedar yang kita telah makan 3 pinggang nasib menambah non stop.




Dapurnya nampak praktikal sebab peti ais dan dapur gas berdekatan antara satu sama lain. Kelihatan dalam gambar di atas alatan elektrik seperti peti sejuk (tetapi peti sejuk tersebut saya punya dah, dah ada di rumah saya. Kakak beli yang baru). Juga kelihatan microware, pemasak nasik, kuali leper dan vision.

Nampaknya kita tak dapat lari daripada menggunakan barang eklektrik....




Kat tengah ni ada pulau marbel/batu putih. Di bawahnya ada kabinet dan plaq. Di sinilah kakak buat masakan. Sekarang kakak saya sudah pandai buat coklat yang macam vanhounten tu, sedap jugak. Kakak juga pandai buat cupcake. Tapi bukan untuk dijual hanya untuk dimakan oleh suami dan anak-anaknya, juga saya dan anak-anak saudara lain.







Gambar ni tak terang. Entah kenapa.... Kakak saya guna hud Elektrolak, nampak cantik dan kemas rekaannya. Stanis stell. Kalau saya ada duit saya beli jenama tu jugak. Bawah tu dibina kabinet putih yang simple.




Ni gambar terbaru, masa renobek rumah tu, sudah diukur supaya muat peti sejuk dua pintu. Peti sejuk ni jenis Samsung reganya dalam RM3800 saya tengok kat kedai. Berbeza benar dengan peti sejuk saya RM720 Sharp. Tapi sekarang peti sejuk lama kakak, saya punya dah, he he he (2 pintu juga tapi pintu kat atas dan bawah bukan yang macam buka pinti kiri kanan.)




Depan meja makan ada kabinet putih dan gambar besar warna biru. Ada hiasan yang jenis moden. Rumah kakak saya ni tak ada bunga. Tak ada jambangan bunga diletakan di mana-mana. Ada hiasan jenis arca sahaja.


Sekian sahaja, kesimpulannya dapur ini berkongsepkan morden. Lagi istimewa pengcahayaannya dijaga dan kabinetnya putih...


Jan:saya harap kakak saya tak marah sebab letak gambar dapur dia kat blog ini. Kakak saya tidak seperti saya (dia tak suka menunjuk). Saya ni baru angan-angan nak renobek dapur tapi dah canang satu dunia, he he he.

Friday, June 24, 2011

Dapur Datuk Sharifah Aini

Dapur Biduanita Negara




Ini ada sekeping gambar dapur rumah Kak Pah. Payah nak cari kat majalah, itu pun entah ada ke entah tidak. Gambar ini sebahagian daripada dapur kak Pah, dulu saya ada lihat bahagian lain dapur Kak Pah yang ada 2 peti sejuk besar dan gantungan kuali dan periuk (semestinya mahal). Rumah bangelow 2 tingkat ni luas, khabarnya seluas 8 kot tennis...


Kata orang kita boleh lihat cara hidup dan perwatakan seseorang melalui dapurnya. Maksud saya bagaimana dapur itu diurus.


Kak Pah tinggal dengan beberapa orang pembantu rumah, tukang kebun dan pegawal peribadinya. Sebenarnya rumah Kak pah ini telah direnobek 100%. 2 tahun lalu. Kata Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (wartawan yang berpeluang ke rumah Kak pah), " Rumah kak Pah bak istana yang tersergam indah, citarasa Sharifah Aini bertaraf 'hotel tujuh bintang'. Katanya...

"Dengan bantuan arkitek, saya mencari sendiri material yang sesuai untuk kediaman. Satu persatu saya cari untuk kepuasan sehinggalah ia mengambil masa lama tetapi saya puas memiliki kediaman yang dihiasi indah dan nyaman. Saya juga tidak selesa memiliki kediaman yang padat dengan hiasan dan perabot, sebaliknya saya lebih selesa dengan kesederhaan," Kata Kak Pah.

"Sebenarnya saya belajar dan mendalami bidang hiasan dalaman di Malaysia dan Singapura sejak 1990 lagi, bagaimanapun kesibukan membuatkan saya tidak berkesempatan mempraktikkan kemahiran dan ilmu yang ada. Sejak dulu, saya memang meminati bidang hiasan dalaman hinggakan saya banyak membaca buku berkaitan hiasan dalaman," Kata Kak Pah lagi...


Jan: info Bi-Pop, Berita Minggu - 21 Jun 2009

Thursday, June 23, 2011

Tema sebuah hati yang luka...

Sekadar hiasan... (bukan dapur penulis)



Suatu masa selepas baru sahaja malam melepaskan layarnya, saya terima sms daripada kawan saya, Adnan. Dia bertanya kalau saya renobek dapur dan buat kabinet nanti, tema apa warna dapurnya. Saya rasa tentu beliau sedang memikirkan tema warna bagi dapur barunya.
Saya terima sms tersebut semasa saya sedang masak maggie di dapur. Dapur saya ringkas dan kecil sahaja. Tidak cantik tetapi kemas. Saya guna dapur gas biasa sahaja yang harganya RM39 jenama ayam, he he he. Dan dapur gas tersebut saya letak atas kabinet ringkas yang saya beli harganya RM120. Saya letak kabinet tersebut dekat dengan sink. Saya akui rumah kuaters yang di sediakan oleh majikan lagi cantik dapurnya siap dengan kabinet berbanding dengan rumah saya di Kuantan. Untuk dapur di Muadzam saya beli dapur gas elba, dekat RM200 juga harganya.
" putih lambang hati yang suci tapi bila dikhianati berdarah jadi merah dan akhirnya hitam..." Itulah sms balas daripada Adnan bila saya beritahu tema warna dapur kegilaan saya ialah putih, merah dan hitam. Bila pulak dia belajar bersastera, namun isteri beliau memang berpengetahuan luas dalam sastera...
Kalau boleh saya memang nak buat tema putih sahaja, putih segalanya namun kalau saya teringat kunyit dan chili boh saya tak jadi nak putihkan segalanya. Kunyit ni kuning dia akan melekap kejap ke kabinet kita. Kalau kita basuh bersungguh pun akan ada kesan kuning-kekuningan yang lembut. Chili boh (lada mesen) pun gitu. Punohlah kabinet kita yang beribu tu...
saya fikir eloklah warna putih tersebut kita minimakan. Kalau warna putih kita sekaligus gayakankan dengan warna merah dan hitam barulah nyelar (timbul) dapur kita. Nampak cantik dan edikated sikit. Itulah impian sebuah hati terluka ini...(baca dengan nada sedih untuk ayat terakhir di perenggang ini).

Jan: Putih hatiku pabila merinduimu...oh...

Perihal kepala paip,sink, tempat berak.

Petang semalam saya ikut Adnan ke 3 buah kedai, lokasinya di Kuantan. Sebenarnya dah hampir seminggu saya berulang dengannya Kuantan-Muadzam. Dah kecoh pun di tempat kerja, malah ada rakan sekerja yang datang ke bilik saya semata-mata untuk mengesahkan bahawa saya telah berulang ke Kuantan-Muadzam. Seleberitikah saya?
Tetapi posting ini bukannya pasal saya seorang seleberiti tetapi mengenai saya ke kedai pintu, ke kedai sink dan ke kedai kabinet dapur. Saya ambil peluang mengikuti rakan yang sedang rancak renobek dapur (sebenarnya tukang rumahlah yang renovek dapur tersebut, dia tukang cari barang dan hulur duit jea...he he he).

Kalau lihat gambar di atas, memang susah kita nak pilih kepala paip yang pelbagai rekaan, semuanya cantik dan seksi. Banyak sangat rekabentuknya!. Ada mungcung paip menegak, belok dan bersegi-segi.


Huh, sapa yang reka benda-benda macam ni... Semasa saya ikut kawan saya ni, saya turut sibuk bertanya. Kadang-kadang lebih daripada Adnan yang mahu membelinya...he he he. Kepala paip ada yang harga HM300 lebih. Saya ulangi...RM300 lebih. hanya untuk kepala paip.


Adnan juga beli sink. Mak datuk mahalnya sink ada yang sampai RM1800 lebih. Saya terbayang sink saya kat dapur yang harganya dalam RM35 jea. He he he.


Adnan kebingungan, yang mana satu pilihan kalbu?


Tempat berak dalam gambar di atas adalah RM1800 dan RM1500.


Saya nampak mangkuk tandas yang saya minat, lawa benar. Saya terus panggil jurujual dan tanya. Harganya RM1500. Ya allah, saya ingat kan dalam RM150!. Tetapi saya terkejut dalam hati jea. Muka saya tak berkerut pun. Sebabnya kebelakangan ini saya dah ada kemahiran ekspresi muka buat-buat tak terkejut (walaupun hakikatnya terkejut giler).


Saya juga berkenan (setakat berkenan je, nak beli tak mampu) sebuah pintu. Saya terus tanya juru jual tersebut, dia beritahu harga pintu sliding kayu tersebut adalah RM12K lebih!. Saya buat-buat biasa jea tak terkejut tetapi saya fikir sapa la yang nak beli pintu tersebut. " Mahal sangat, mungkin Khir Toyo je mampu beli?. Gitulah terdetik di hati saya. Sebenarnya kami pergi kedai pintu dulu baru ke kedai paip dapur.


Saya buat kesimpulan. Barang yang pemaju letak dalam rumah kita tu yang tak bermutu. Sebab bila saya balik rumah terus saya masuk bilik air, saya cari jenama apa pemaju beli, mungkin jenama cap ayam jea.



Jan: Saya dapati tak ada jenama pun!. Huh! Kaut untung sungguh depa!

Wednesday, June 22, 2011

Dapur orang miskin?

Macam mana keadaan dapur orang miskin ya? Tentu bukan macam dapur kita kan? Tekoh kita ralit nok (semasa kita asyik hendak) bina design macam mana bentuk kabinet yang mengagumkan jiran kita, mereka hanya fikir nak makan apa hari ni...? Kesian kan...?

Saya ada mengajar mengenai kemiskinan mutlak di Malaysia. Kalau ikut teks kemiskinan itu bermaksud "Absolute Poverty has been defined as a condition in which the gross monthly income of a household is insufficient to purchase certain minimum necessities of life." Maknanya pendapatan bulanan pun tak cukup untuk sediakan bahan-bahan asas (barang keperluan hidup), bukannya bahan/barang yang tak asas...(barang kehendak gaya).

Barang asas (the necessities) itu apa? Microware? Kabinet Pulau? Hud? Kuali teafal? Mengikut yang saya ajar bahan asas itu: " These necessities include among others clothing and footwear, rent, fuel and power, transportation and communication, health-care and education."

Sekadar hiasan...(baca dengan nada simpati dan bersyukur)

Jadi sahlah bukannya hud atau kabinet yang vouge. Mereka mungkin terperanjat kalau ikut saya gi kedai rekabentuk dapur yang ada harganya sampai RM22K. Saya dah survey kat Kitchen Signature...ya allah, rasa nak tidor atas meja yang bersekali rekabentuk dengan kabinet tersebut. Bagi yang ada pasangan mungkin nak bersetubuh atas meja tersebut. Entahlah...


Cuba bandingkan dapur orang miskin...dan dapur kita?


jan: emmm... (alhamdulilah hidup kita, syukur kan?)

Tuesday, June 21, 2011

Memilih hud dapur yang bagus



Selain daripada sink, dapur dan peti ais, hud dapur tak boleh dipandang sepi. Renobeklah dapur puluhan ribu ringgit pun kalau tak ada hud dapur susah nak mengemas dan menjaga kebersihan dapur. Gunalah jubin mahal pun, kalau minyak tiap hari meleket apa gunanya...
Setiap kali kita memasak, kekotoran terutama minyak, gris dan asap melekat di setiap sudut dapur (kerana kita tidak buat konsep dapur terbuka). Minyak terperincik ke dinding, ke peti ais, dan jubin dapur. Kita sepatutnya salurkan kotoran itu dengan baik. Maklumlah menengok cara kita memasak yang tak lari daripada menumis dan menggoreng, menggoreng dan menumis (setiap hari), dapur kita sukar nak maintain bersih. Percayalah.
Saya menyoal diri, hud yang jenis macam mana yang terbaik?. Maksud saya ada ciri-ciri yang sesuai dengan apa yang saya nak, antaranya saya nak yang:
1. Mudah nak maintain.
Tak naklah yang sukar sangat nak menjaganya. Design yang komplek sukar membersihkannya. Kena servis lagi. Saya ni bukan jenis rajin atau berduit banyak.
2. Tahan lama buatannya.
Tak nak yang senang rosak sebab saya tak pandai nak baiki. Kalau boleh saya nak hud tersebut itulah kali pertama dan terakhir saya beli. Saya nak beli sekali je seumur hidup hingga hujung nyawa.
3. Moden dan ringkas bentuknya.
Saya nak yang nampak simple jea, nampak cerdik. Tak nak yang besar macam gajah atau yang banyak sangat segi atau ukirannya. Tak nak yang bila masuk dapur terus nampak hud tersebut. Namun kalau kita suka tak apa, bukannya kita guna duit bini/laki kita kan?
4. Berkuasa kuda sederhana.
Saya jarang memasak, saya bimbang pula pekerja gerai-gerai makan hilang mata pencarian...he he he. Maka saya taklah perlukan sangat hud yang berkuasa kuda tinggi. Yang simple jea. Bimbang juga hud tu nanti jadi barang pameran bila kawan-kawan berkunjung, he he he. Tapi bagi insan yang jenis suka memasak tu, carilah yang berkuasa tinggi, yang boleh menyedut bukan sahaja asap dan bau tetapi kuali, senduk sondek dan ikan goreng sekaligus, he he he.
5. Banyak fungsi.
Kalau boleh saya tak nak yang hanya mampu menyedut asap sahaja, kalau boleh yang turut ada sistem perangkap minyak (yang memisah dan mencairkan minyak dengan bahan tercemar lain) sebelum dialirkan kepada bekas khas menyimpan kekotoran itu. Tentu mahal, he he he. Saya berangan sebab tak payah bayar. Sebenarnya bila sampai di kedai biasanya saya akan beli yang paling murah jea, itulah saya. He he he.
6. Hud yang senyap sunyi...sepi.
Saya tak nak yang berbunyi bila menyedup. Sebab ada rumah kawan saya, dia beli jenama cap ayam. Pas tu bila pasang bunyi macam corong kapal yang nak belayar. Teringat saya cerita Titanic di mana masa mula nak belayar tu... He he he. Sedihkan cerita tu... kalau dengar lagu dia rasa nak terjun jugak. Terjun bangunan.
7. Bukan yang macam rumah jiran sebelah.
Saya tak nak hud tersebut sama macam jiran sebelah. Bukan apa, kalau dah kerusi meja, pinggang mangkuk dan kereta sama. Langskap taman pun sama, apa uniknya kita? Kan?
Jan: Gitulah hud pilihan saya...entah mampu ke tidak.

Sunday, June 19, 2011

Dapur kabinet batu warna merah...



Sebenarnya petang semalam saya bermyvi ke kedai dapur di sekitar Kuantan. Saja saya nak tengok rekabentuknya, maklumlah tahun depan nak buat kabinet dapur.

Sampai satu kedai tu, saya berkenan sangat rekabentuk dan bahannya. Kabinetnya dibuat daripada ala batu kaca yang keras, warna merah... Biasanya kita lihat papan kan, ni batu! Saya tanya berapa harganya?

"Dalam RM10k lebih" Kata taukeh cina yang berseluar pendek. Kebetulan saya juga berseluar pendek. Namun kami bukanlah adik beradik sebab ayah saya orang Melayu. Keturunan ayah saya dari Kelantan. Ayah saya beritahu masa dia kecil moyangnya ada iras-iras cina, mungkin orang Siam kot.

Bila dengar RM10K, saya hampir terkejut, tetapi saya kaver. Saya buat angguk-angguk sambil pusing kunci kereta stail orang kaya. Bila pelanggan lain datang, saya cepat-cepat blah dari kedai tersebut...

Jan: Dalam kereta saya fikir saya nak buat yang saiz kecil sahaja...he he he.

Saiz dapur kita?

Ramai rakyat Malaysia dan rakyat Itali berkeinginan dapur yang besar. Saya dan Gambit tidak terkecuali. Namun rumah saya yang telah dibeli siap cuma berdapur kecil (dan sink yang murah, he he he.)

Tahun depan saya berazam nak renovek dapur. Bukan besarkan dapur tetapi pecahkan stor dan pasang kabinet pasang-siap-bayar. Saya tertanya juga, perlukah dapur yang besar sedangkan saya hidup dengan kucing sahaja. Itu pun kadan-kadang kucing tersebut balik ke rumah tuannya (kucing jiran). Dia ada 13 ekor kucing kacukan. Saya suka yang bulu lebat, tebal dan lembut...sedap bila dipeluk.
Kalau nak senang dan jimat, dapur kecil pun sudah memadai sebab saya makan kat kedai sokmo. He he he. Adakah bila keluarga kita besar, kita perlukan saiz dapur yang besar?. Kalau saiz keluarga kita kecil, kecillah juga dapur? Tak jugak kan?

Bagaimana jika keluarga bertandang? Mesti penuh dapur sebab dapur berfungsi mengeratkan tali kekeluargaan. Itu pun saya telah dikomplen oleh adik perempuan sebab beli peti ais satu pintu sahaja. Adik saya beritahu belilah yang besar. Dia perli saya, katanya saya hidup macamlah tak ada saudara mara nak datang bertandang...he he he. Tapi sekarang saya sudah miliki 2 peti ais, terbaru dua pintu!. Kakak bagi.

Tetapi posting ini bukanlah pasal kucing jiran yang cantik (ada yang dah kena curi pun) atau pasal peti sejuk saya yang sudah bertambah (sedangkan dapur kecil).

Jan: Posting ini pasal saiz dapur sepatutnya...

Nak tulis apa yea?

Sekarang tak ada apa-apa di kepala saya, yang sesuai ditulis....

Jan: Mungkin esok saya akan menulis...

Friday, June 17, 2011

Cadangan tajuk

Kadang-kadang saya tanya kawan saya, tajuk apa yang saya kena posting?. Maka saya sms kawan untuk cadangan tajuk, dia sms balik, ini tajuk pemberiannya:
Sahizi Sem, capati,1 roti canai = 5 km jogging, puasa ganti, persediaan raya, bila hati dah suka, kerusi batu, beruk bawak motor, batu terkeluar celah seluar.

Jan: Saya telah pilih tajuk `beruk naik motor'...he he he

Thursday, June 16, 2011

Perjalanan terakhir?

" Apabila kita bowok kereta 70 km sejam dan bertembung dengan kereta yang juga bawa 70 km sejam, momengtun hentakan yang terhasil adalah 140 km sejam. Dan momentung 140 km sejam tu dapat menghancurkan kereta kita dan kita", Itulah lebih kurang kata-kata cikgu fizik saya ketika saya berada di dalam makmal sekolah. Pada masa tersebut saya taklah ambil tahu sangat sebab SPM lambat lagi, lagipun saya berfikir saya tak perlu tahu hal kereta sebab bila besar nanti saya akan pakai driver, he he he.
Saya bukannya nak bercerita pasal saya malas belajar fizik atau perihal cikgu fizik yang asyik marah-marah bila saya tertinggal buku kerja fizik. Lagipun saya hanya tertinggal buku kerja fizik, tak kanlah kiamat dunia ini...begitulah saya fikir pada masa tersebut.
Posting kali ini nak bercerita perihal had laju bawa kereta. Sepanjang jalan Muadzam-Gambang ada banyak had laju berbeza. Biasanya 90 km sejam, ada yang 50 km sejam dan dekat jambatan yang sedang dibina (dah lama dah) ada tertulis 60 dan 20 km sejam. Tentulah angka-angka ini menggambarkan sesuatu, iaitu keadaan jalan dan fizikal bentuk muka bumu dan kolerasinya dengan tahap kemungkinan kebahayaan yang kita mungkin hadapi.
Pengalaman saya berkereta selama 2 tahun lebih ini, saya dapati ramai sangat yang memandu melebihi had laju 90 km. Saya tahu hal ini sebab jika saya memandu tepat 90 km pun masih ramai yang melintas di hadapan saya, mereka memandu laju dan menghilang terus. Dan kadang-kadang saya `ter'pandu jugak 90 km di jalan Gambang-Kuantan. Dan kena saman dah.
Namun saya nak bercerita mengenai jalam Gambang-Muadzam. Tentulah saya takut sebab jalan Gambang–Muadzam sempit, bahu jalan juga sempit (sempit giler). Perjalanan pulak dihiasi dengan lori besar yang bawak juga barang ke Segamat. Adajuga lori balak dan lori kelapa sawit...
Sudah banyak kali saya ternampak kemalangan. Pernah saya lihat sebuah treler terbalik, kereta terbalik dan motor terbalik. Pernah juga saya lihat mayat terbujur kaku di tepi jalan ditutup dengan akhbar... Pernah saya nampak paha ter... Sampai ke malam saya terbayang… saya ni dahlah peminat setia cerita seram. Namun katanya filem terbaru Karak tak best mana. Saya masih tak berpeluang menontonnya sebab jarak panggung wayang dengan rumah saya di Muadzam lebih 125 km.
Saya tidak katalah kemalangan yang terjadi semuanya akibat memandu laju. Jika kita ikut had laju, kita juga mungkin mengalami kemalangan jika kita cuai. Cuai tu kira alpa...atau dengan kata lain tidak berhati-hati.


Namun kita tidaklah selalunya berhati-hati, adakalanya kita alpa...
Jan: Bila naik kereta selalu jugak terfikir `Adakah ini perjalanan terakhir?', he he he.

Beruk naik motor


Baru-baru ini, saya hampir terlanggar sebuah motor yang selamba sahaja koner laju tanpa berhenti di persimpangan cabang. Peistiwa ini juga berlaku di jalan Gambang–Kuantan. Ketika itu saya sedang layan lagu ` Kau racun hidupku' nyanyian Datok Sharifah Aini. Memang ada manusia jenis peracun, maksud saya racun masa depan dan harapan kita. Orang jahat sebegini, orang baiklah jadi makanannya. Orang baik yang jujur, amanah, setia, tak kahwin-kahwin dan sewaktu dengannya diracunnya, orang jahat tak racun orang jahat. Orang baik jugak jadi mangsa.
Walaupun saya layan lagu ini, saya tetap menfokuskan kepada perjalanan saya, sebab? Sebab saya takut. Bila berada di jalan raya, seolah nyawa dalam bahaya. Begitulah buah fikiran saya yang naif ini.
Saya turut menyanyi, antara bait lirikya `senyum bibirmu, lirik matamu kini merupakan racun di dalam hidupku... Panas dadaku luka hatiku...". Tengah layan lagu, sekoyang-koyang muncul sebuah motosikal membelok terus di hadapan saya. Saya membrek ala kecemasan tetapi santun. Oh yea, semasa terkejut saya tersebut `Beruk sungguh!”. Nasib baik tak khinzir ataupun babi.
Memandu di jalan raya kadang-kadang memcabar keayuan saya. Tata susila dan adat ketimuran terlontar jauh. Saya jadi darah tinggi, bak minyak disambar api. Saya yang biasanya sopan seratus persen jadi pemarah.

Saya nampak motosikal tersebut hampir melanggar sebuah kereta di lorong kanan, sebab motosikal tersebut terus masuk ke lorong kanan apabila membelok. Mungkin sebab lorong kiri ada kereta saya.

Saya hairan mengapa mereka kena memotor dengan laju. Dahlah tak pakai helmet, dahlah membonceng. Jangan ingat mereka sahaja nak cepat? Orang lain nak lambat? (memetik kata-kata sahabat saya Adnan).

Jan: Pernah lihat beruk panjat pokok kelapa

Tuesday, June 14, 2011

Lorong kanan untuk memotong!



Sebaik sahaja saya membelok ke jalan Gambang-Kuantan, saya ambik lorong kiri kerana saya bawak kereta perlahan. Lorong/jalan kanan untuk orang memotong sahaja (atau untuk orang yang nak kejar masa sebab nak gi pejabat pos bayar denda? Denda sebab melebihi had laju?).

Kemudiannya saya lihat sebuah kereta di hadapan saya perlahan sangat. Ketara perlahannya. Umpama dipandu oleh pasangan yang baru kahwin (bawah 6 bulan) di mana mereka juga baru dapat kereta baru. Maklumlah kereta baru mestilah mengelak lubang walaupun mereka sendiri tidak mengelak lubang).

Namun mereka yang bawak perlahan mungkin kerana faktor lain yang lebih realistik. Contohnya makan angin, menikmati keindahan jalan raya. Nak dijadikan cerita saya tak tahan mengekori kereta tersebut, saya beri lampu isyarat dan terus belok ke kanan memotong dan cepat-cepat masuk kembali ke lorong kiri.

Tiba-tiba saya lihat suatu yang ajaib, iaitu ada sebuah kereta yang guna lorong kanan tetapi perlahan cara pemanduannya. Saya dapati ada kereta terpaksa ke kiri lorong untuk memotongnya. Dah terbalik kot.
Ayah saya kata kalau begitu lakunya biasanya kereta tersebut dipandu perempuan yang pentingkan diri. Memanglah begitu, kalau perempuan bawak kereta tak peka apa yang di sekelilingnya, pentingkan diri sahaja. Kalau bawak selow, gunalah lorong kiri, kesian kat orang lain. Saya terus mengomel dalam diri.
Saya lajukan sikit kereta nak lihat pemandunya perempuan muda ke perempuan tua? Saya lihat pemandunya lelaki!. He he he.
Jan: jenis lelaki yang bawak kereta selow jugak...he he he.

Meraung?



Gambar di atas saya ambik tanpa kebenaran daripada internate. Kalau kita nak tanam kita boleh beli yang sudah besar jika kita ada duit. Kalau tak ada duit beli yang kecil sahaja pun tak apa. Tetapi mestilah sabar menanti.
Namun khabarnya berbudi pada tanah tidak rugi, pasti ada pembalasan baik jika kita menjaganya dengan elok.
Berbudi pada orang?
Jan: jawabnya...silap-silap meraung! he he he.

Beberapa jenis Cyca

Cyca Taiwana



Kalau berniat nak tanam pokok bogak, pastikan jangan tersilap spesisnya sebab banyak sangat spesisnya. Jangan melenggang dan terus je beli. Tengok batangnya dulu, daunnya dulu. Suka ke tidak.


Jangan pakai ambik jea pastu baru la konon terasa lain pulak nampak daunnya, he heh . Pas tu kononnya beritahu kawan yang kita beli tak cukup baja...he he. Antara jenisnya ialah:


Cyca Circinalis (rujuk gambar di atas). Jenis yang saya tanam ni khabarnya paling senang jaga. Pertumbuhannya cepat. Sangat sesuai untuk orang tidak yang sabar dan dipersiakan.


Cyca Revoluta


Zamia Floridana

Jan: Pokok ni nampak macam pokok dalam filem Jurasic Park.

Monday, June 13, 2011

Bogak bercabang tiga

Bogak (Cycas circinalis ) saya buat pertama kalinya ber`bunga'. Kawan saya Adnan panggil bunga ni bunga `Indra Sempurna'. Bila saya cari ilmu dalam internate, ia rupanya tidak dikelaskan sebagai tumbuhan berbunga pun. Pelik pulak. Tetapi saya tidak biasa dengan hal botani-botani ni.




Gambar di atas (gambar ini dipukul oleh Adnan menggunakan kamera mahalnya) menunjukan rupa bentuk `bunga'nya. Pokok ini dihadiahkan oleh abang ipar saya. Saya baru saja belajar untuk menjaganya kerana ia senang diserang serangga dan ulat. Kira kena selalu sembur racun. Bau racun tu busuk, usahkan serangga lari, saya pun hampir asma dibuatnya. Namun kerana kecantikan dan keunikan, saya redha. Lagipun dah banyak jiran memujinya. Ada yang berhenti motosikal di hadapan rumah semata nak memuji...he he he.





Sekali pandang nampak lucah sikit `bunga'nya kan...?





Pun begitu, sebelum ini saya tak meracunnya, maka sedaplah serangga makan. Daun tinggal sikit jea, batangnya hampir bogel je, huduh nampak. Tetapi sebelum dirosakan serangga, daunnya ranggup, pucuknya macam boleh buat cicah budu, he he.

4 minggu lalu saya patahkan `bunga' tersebut, dan saya buang daun-daunnya yang hodoh. Tinggal tunggulnya jea. Hasilnya dia tumbuh yang baru. Kali ini saya menantangnya bagai minyak yang penuh. Saya menjaganya bagai orang mendapat kekasih baru (kekasih lama?). Maka daunnya lebat dan tak dinoda oleh sang serangga yang durjana (yang mengambil kesempatan).





Haaa, daunnya masih muda...nanti dia jadi hijau gelap

Tiga-tiga tumbuh pucuk muda





Ternampak pulak kerusi batu yang saya baru beli, he he he.






Perihal kerusi batu tersebut, saya baru beli. Saya terpaksa kejar lori (kejar dengan kereta) sebab masa dia raung depan rumah saya saya tengah mandi. Bila saya keluar mak saya beritahu ada lori singgah depan rumah nak jual kerusi batu. Saya apa lagi sekoyang-koyangnya terus capai seluar baju dan kunci kereta pergi cari lori tersebut dengan hati yang berdebar, Nasib baik jumpa. Mereka berhenti kat kedai minum air....he he he





Kita sambung pasal pokok ini, lagipun posting ini bukan pasal kerusi batu atau saya mandi. Sebenarnya pokok ini cantik sangat kalau tengok dengan mata kepala sendiri (bukannya tengok dalam gambar). Samalah dengan saya (nak jugak). Saya ni dalam gambar jea nampak kurang handsum. Tetapi kalau jumpa bertentangan mata secara live. Wow!.




Laman jiran sebelah baru diracun rumputnya..









Saya tersasar lagi bercerita pasal handsum pulak. Saya ni taklah handsum mana sebenarnya. Tetapi jika saya ada kekasih. Saya ulangi JIKA saya ada kekasih saya tidak akan cemburu jika kekasih saya bercakap-cakap mesra dengan pemuda yang lebih handsum daripada saya. Tetapi saya akan cemburu giler jika kekasih saya, saya ulangi JIKA kekasih saya bercakap-cakap dengan pemuda yang kaya (walaupun tidak mesra, walaupun muka pemuda tersebut macam belakang parang...).

Saya sudah tercacul lagi. Saya sepatutnya cerita pasal pokok bongok saya, opps bogak saya...

Jan: Stop dulu...sebelum saya jadi lebih mengarut.

.