"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, January 31, 2012

Doa ibubapa

Kelapan: Doa Ibubapa Pasti Dikabulkan.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:
Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.[1]
Berdasarkan hadis di atas, maka beruntunglah kita jika ibubapa dalam keadaan redha dan mendoakan kebaikan kepada kita. Pada waktu yang sama rugilah kita jika ibubapa dalam keadaan murka sehingga mereka tidak berdoa apa-apa atau mendoakan sesuatu keburukan kepada kita.
Sebelum ini kita sama-sama telah membaca kisah seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau asyik beribadah dalam biara yang didirikan khas sehingga tidak mengendahkan panggilan ibunya. Akhirnya ibu tersebut mendoakan Juraij: “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!” Akhirnya Juraij dan peribadatannya terganggu kerana dia difitnah oleh seorang pelacur. Demikian ringkasan sebuah hadis yang panjang, yang di dalamnya terkandung dua pengajaran:
Urusan ibubapa adalah lebih penting daripada urusan beribadah, lebih-lebih lagi jika ibadah yang sedang dilaksanakan hukumnya adalah sunat. Jika ia adalah ibadah wajib, maka hendaklah diperhatikan sama ada ia boleh ditangguh atau diringkaskan ibadah tersebut.
Berhati-hatilah dengan doa daripada ibubapa.

--------------------------------------------------------------------------------

[1] Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 1905 (Kitab al-Birr wa al-Sholah, Bab berkenaan doa kedua ibubapa).


Jan: sumber dari http://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%208i.htm

2 comments:

Nong Andy said...

Ibu bapa kenalah kita hormati, jaga dan sayangi. Tapi terfikir juga.. kalau ibu bapa yang tak buat tanggungjawab ibubapa, malah gi hisap dadah.. gi pukul bini.. macam mana agaknya? Doa anak yang di kejami adalah doa org terinaya kan.. dan di makbulkan tuhan. Betul?

kalau mcm tu aku rasa nak gi suh bebudak tu gi doakan ayah dorang mati cepat supaya x tambah dosa berlipat ganda & susahkan anak bini.. mcm tu aci tak? Jahatnya fikiran aku kan.. en.Pensyarah :(

sukiman said...

Sebab tulah ada anak yg tinggalkan ayahnya di tepi jalan sebab ayahnya aniaya emaknya.

Soal doa, dikhabarkan kena doa yg baik-baik sahaja. Namun kalau hati yg benar2 terluka `manusia manakah yg selamanya bersabar?'".Haaa..

Kalau yg jahat tu, bukan ayah dah rasanya, he he he. Bukan jugak manusia kot. Beruang lebih mulia.

Saya pernah baca pasal ayah yang perkosa anak, `dijual' anaknya untuk bayar hutang...lepas tu perkosa anak bongsunya pula yang masih kecil dan tak kenal mana satu botal kicap dan cuka.

Saya turut doakan biar dia mati jea. saya tidak fikir saya jahat, cuma beremosi sangat-sangat.

.