Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, February 28, 2013

`Perfume' orang tua...

Koleksi `perfume 'saya.  

Pejam celek-pejam celek saya bukannya muda lagi. Kadang-kadang saya termengah-mengah menaiki tangga ke bilik pejabat saya. Bila berselisih depan pelajar saya tegakan badan agar tidak nampak macam bongkok. Sesekali berjogging rasa sangat lengguh batang tubuh. Saya juga sudah tidak dapat berjaga malam, cepat rasa mengantuk.

Sesekali tengok kawan-kawan main tenis (taraf permainan mereka sangat amatur), saya rasa teruja juga mahu terlibat tetapi saya tidak daya dah. Lagipun saya bukannya pesukan. Ya, saya sudah semakin tidak muda lagi...

Saya juga sudah mula membeli sesuatu barang yang pada masa lalu saya tidak terlintas langsung untuk membelinya. Kali ini saya mahu perkenalkan himpunan `perfume' saya. Pertamanya Pati Buah Ajaib saya guna letak di labu betis bila rasa lenguh atau kebas. Belang-belang tengok televisyen, saya sapu di betis tersebut. Rasa sedikit hangat.

Saya juga beli entah apa nama, saya panggil Yoko Yoko di farmasi. Saya letak di bahu kiri dan kanan saya. Ia meresap masuk dan melegakan rasa berat dan lenguh di bahu saya. Maklumlah pergi balik kerja saya memandu. Saya bukannya ada pemandu. Bila letak Yoko ni terasa berangin dan menucuk. Panassss.Pastikan tidak terkena bahagian sulit.

Minyak Hangat Afiat saya pakai sejak saya sekolah rendah lagi, hinggalah ke universiti saya masih menggunakannya. Minyak ni bagus sebab ia hangat dan selalunya kalau saya letak memang lenguh dan kebas. Minyak ini boleh membantu perjalanan darah. Hatta kalau terseliuh pun boleh. Saya selalu melanggar bucu kaki meja dan kerusi (macam mak saya), maka elok diletak minyak ini di tempat yang terlanggar tadi. bukan di kaki meja atau kerusi.

Minyak Serai Cap Kuda ini rasa sejuk. Boleh kita urut badan kita. Baunya pun ok. Tapi bau standard minyak laaa...he he he. Bukannya Bulgary atau Dunghill.

Kalau hidung berair saya letak Tiger Balm

Selebihnya tengoklah sendiri botol-botol tersebut, `familiar' tak? Ha, minyak cap kapak pun ada. Sebenarnya ada lagi yang biasa saya guna iaitu vicks veperap! Haaa...bagus kita letak di dada sebelum kita tidor.  Dan saya juga ada yang macam handypelast. Kita boleh tampal kat bahu dan belakang kalau rasa lengguh. Panaplex dan Ketopit. Dan ada beberapa jenama yang saya tak reti nak eja atau sebut.

Sebenarnya saya ada satu tupperware besar untuk letak minyak angin dan barang sewaktu dengannya. Bila lama-lama guna, saya sudah tidak terasa baunya busuk. Lagipun sapalah nak peluk saya... (baca dengan nada sedih tetapi mengada, he he he)

Kepada yang muda hargailah masa muda sebelum tidak muda lagi. Kita mungkin hanya mengerlingnya (tengok jea tapi tidak beli) pada hari ini tetapi bila agak tidak muda lagi tentu jadi peneman setia dan mengerti... Haaaa.

Jan: Ingat! Masa muda bau minyak wangi, masa tua bau minyak angin, he he he. Masa muda ramai orang suka, masa tua penyakit suka kat kita.

Tapi bagaimana bagi yang muda tetapi tak ramai orang suka pun? Haaa?

Pemakanan untuk orang tua

Asalamualaikum Abang Jan ucapkan kepada pembaca setia blog ini, yang tidak setia turut Abang Jan ucapkan salam juga. 

Abang Jan masih muda. Abang Jan memerlukan 17 tahun lagi untuk digolongkan sebagai golongan wargaemas. Mungkin sekarang Abang Jan berada dalam katogeri wargaperak atau wargasuasa, entahlah. Mereka memandai menggunakan perkataan `emas', walaupun sebenarnya bila kita sudah tua kalau silap gaya taraf dan nilai kita umpama `bijih timah' jea, he he he. Jangan marah.

Pun begitu mulai daripada sekarang Abang Jan berniat untuk jaga badan Abang Jan yang montok ini. nak berhenti ternak lemak. Nak dapatkan badan yang mantap. Bukannya untuk menunjuk dengan berlari jogingan tanpa pakai baju atau buat-buat buang sampah depan rumah sambil tayang sikpak (dengan harap jiran nampak badan kita). Abang jan juga tidak mahu menjadi macam Malek Noor tetapi semuanya demi kesejahteraan kesihatan Abang Jan. 

Irama dan lagu, kuku dan isi, Romeo dan Juliet maka elok sangatlah pemakanan atau makanan kita `dan'kannya dengan penyakit. Haaa... Sebab itulah kita kena berhati-hati dengan apa yang kita nak sumbat ke mulut kita.

Apabila kita tua kita akan mengalami:

  • Kekurangan deria rasa dan bau

Bila la gigi palsu aku nak siap?
  • Kehilangan gigi
  • Kurang kepadatan tulang dan kurang ketahanan untuk melakukan aktiviti fizikal
  • Kurang keupayaan menghadam dan menyerap makanan
  • Kurang kekuatan jantung dan paru-paru
  • Kurang kandungan air dalam badan

Sebenarnya Abang Jan telah melalut, posting ini sepatutnya khas Abang Jan tujukan kepada pembaca yang tinggal bersama ibubapanya yang berstatus wargaemas. Semoga mereka ambil tahu akan makan minum ibubapa mereka. Suami/isteri boleh dtukar ganti, ibubapa tidakkkk... Janganlah duit pencen mereka kita `kebas' tetapi tidak pula menjaga kebajikan mereka.

Kita sedia maklum mereka mengalami 6 perubahan di atas yang akan akan mempengaruhi pemakanan mereka. Gigi pun tidak ada, kandungan air kurang dalam badan dan sebagainya seperti di atas. Kita bubuh sebotol perasa vanila dalam kueh pun mereka tidak dapat baun sangat. Bila tak berbau tak menyelerakan la...

Maka di sini Abang Jan sertakan diet yang betul untuk mereka yang sumbernya dari akhbar Utusamn Malaysia. Kita boleh buat panduan sediakan makanan untuk mereka. Dahulu masa kita kecil mereka jaga makan minum kita, dan begitulah sebaliknya bila kita besar kitalah menjaga makan minum mereka pula. 

Jangan laaaa kita impi anak kita menjaga kita dengan elok kalau kita sendiri buat ala kadar seperti melepaskan batuk di tangga atau seperti buat kueh untuk jualan... Haaa.

Contoh sajian sehari untuk warga tua:

  • Sarapan : secawan bubur nasi, sesudu makan bilis tumbuk dan setengah cawan minuman bersusu
  • Minum pagi :sekeping roti mil penuh, sesudu teh jem, sebiji pisang, secawan minuman bersusu
  • Makan tengah hari:secawan nasi, seketul ayam masak kari, setengah cawan sayur bayam, sebiji limau nipis, air kosong
  • Minum petang : sepotong kuih, sebiji pisang, secawan teh O
  • Makan malam : secawan nasi, sekeping ikan tenggiri masak asam pedas, secawan sup sawi campur tauhu, sepotong betik, air kosong
  • Minum malam : tiga keping biskut krim kraker, secawan minuman bersusu.


Sekian dahulu daripada Abang Jan, ada masa nanti berceloteh lagi...

Jan: selalu bermenukan duka. Makan hati...ulam, dan jantung.



Wednesday, February 27, 2013

Adakah petua atau rahsia untuk kelihatan muda...?

Tahun ni Abang Pitt berusia 50!


SEMEMANGNYA manusia memang tidak boleh menterbalikan waktu, atau undurkan waktu ke belakang (ada ke berundur ke depan?). Malah untuk memberhentikan waktu pun kita tidak mampu. Kecuali kita kaki dvd, tentu adalah rasional kita percayai waktu terus meningkat memberikan umur kepada kita.

Kita akan tua! Susah sangatkah menerima kenyataan ini? Ya memang susah. Buktinya industeri awet muda bernilai berbilion-billion dengan pelbagai alatan, bahan dan cara kononnya untuk menghalang ketuaan.

Ketuaan tidak dapat dihalang. Cuma kita mahu kelihatan tua secara `halus' dan tidak terlalu `kasar' (aging gracefully katakan...). Maksud saya kita sudah tua tetapi memang nampak `wajah kita' lagi pada wajah kita. Bukannya  bila tua terus orang tidak mengenali kita sebab mutu muka dan rautnya sangat ketara kemerosotannya. Contohnya terlalu kurus, berpigmintasi dan berkerut kerek. Haaa...

Ketika melihat cerita The walking dead, saya capai losyen babie jonsen dari meja teh. Saya tuangkan ke tapak tangan dan gososkannya antara tapak tangan. Saya sapukan ke bahagian siku, ke tumit dan ke leher. Sambi-sambil tengok ASTRO tersebut, saya juga telah perapkan lender lidah buaya di muka saya sekitar bawah mata. Ada kesan lebangang bawah mata sebab saya tidur lewat dan stress dengan kerja(kononnya).

Saya tahu semuanya tidak dapat menghalang saya daripada menjadi tua... Saya tahu benar! Tetapi saya perlukan sesuatu. Sesuatu untuk saya percaya... hidup kena ada harapan dan kepercayaan...(baca dengan nada `cool'...)

Jan: Pulak dah!

Tuesday, February 26, 2013

Granny-bashing




Manusia itu pelupa sifatnya. Bukannya saya memandai merujuk kepada manusia lain tetapi juga kepada diri sendiri. Pelupa yang saya maksudkan di sini ialah lupa akan jasa dan pengorbanan orang lain terhadap kita. Biasanya kita lupa kerana kita menganggap ianya adalah tanggungjawab yang sepatutnya.

Contohnya kita lupa pengorbanan ibubapa kita kerana kita anggap itu adalah tugas mereka. Kononnya kalau tidak mahu jaga anak tidak perlulah kahwin dan membiak macam ikan gupy. 

Semasa saya sibuk mengambil STPM dahulu, saya sempat juga singgah ke rumah orang-orang tua yang terletak di tepi sawah. Ketika itu saya melihat mereka melonggok di serambi rumah. Berbual sesama mereka.

Pada masa itu saya terkejut kerana sebenarnya mereka rata-ratanya ada anak-anak. (tetapi sekarang saya tidak terkejut, saya tidak akan terkejut lagi seumur hidup kerana memang ada anak-anak yang menghantar ibubapa ke rumah orang tua dengan alasan menyusahkan. Kalau saya terkejut pun terkejut buat-buat dan mengada-ngada, he he he).

Tentu jiwa mereka terdera. Terdera sebab mereka sayangkan anak-anak. Rindu menghiasi kamar hati. Perasaan ini boleh dirasai oleh pembaca yang mempunyai anak, yang sayangi anak mereka (yang tak ada anak macam biasalah, baca jea posting ini). Tentulah kasih sayang itu seumur hidup, kita mungkin akan bercerai dengan pasangan kita tetapi tidak dengan mereka. 

Cubabayangkan apabila besar mereka buang kita. Pernah ketika saya sedang makan dengan kawan-kawan saya terpancul keluhan kawan saya yang dia beritahu sebenarnya kita tidak boleh mengharapkan anak-anak kita memelihara kita... Tentulah ungkapan itu terkeluar kerana sesuatu yang difikirkannya, kan?

Di Malaysia ini data mengenai penderaan orang tua tidak ada, atau tidak lengkap?. Saya pun jarang sangat mendengar orang tua didera. Kebanyakannya berkisar pasal penderaan kanak-kakank dan isteri. Kenapa yea? Adakah kerana di Malaysia tidak ada orang tua yang didera? Mustahil bagi saya. Mustahil.

Cuma dulu ada saya terdengar cerita seorang anak dipenjara empat tahun kerana memukul bapanya dengan kerusi. Itupun saya tidak tahu apakah sebab tuduhannya. Maksud saya sabit kesalahan dalam katogeri `keganasan rumahtangga' atau pakai term mana.

Mengikut Krug EG, (Krug EG ini kita tidak kenal, dia pun bukannya bercinta dengan Rozita Che Wan. Dia seorang pengkaji mengenai keganasan dan kesihatan di peringkat dunia, World Report on Violence and Health. Geneva: World Health Organization. Orang PBB), Kata beliau: 

Penderaan warga tua’ dikatakan berlaku apabila seseorang yang berada dalam kategori umur ‘warga tua’ telah didera sama ada secara fizikal, seksual, emosi, kewangan atau pengabaian".

Maka kalau ikut definasi tersebut, `pengabaian' juga adalah penderaan. Janganlah mentang-mentang kita sudah berkahwin terus tidak sayangi dan rapat dengan ibubapa dan adik beradik. Bila ada masalah dan meraung nanti, nak cari sapa? Haaa...

Jan: Yang jadikan ibubapa bagai orang gaji macam mana? (orang gaji tak berbayar...Haa...)

Monday, February 25, 2013

Konsep penuaan penduduk

"Sekali lagi kau panggil aku orang tua...jaga kau!. Aku tua pun handsum. Kau muda lagi dah hodoh! Huh!"


Pernah dengar tak konsep penuaan penduduk

Dalam sejarah dunia tidak pernah dunia menampung sebegini ramai orang tua. Maksud saya sebelum ini tidaklah ramai mana orang tua di dunia ini. Ramai yang mati sebelum sampai usia tua atau tua sekejap jea kemudiannya mati. Dulu peperangan dan penyakit menjadi pembunuh utama manusia. Pernah suatu ketika pada ratusan ribu tahun dahulu jangkahayat manusia cuma 18 tahun! Haaa...

Sekarang ia sudah menjadi satu fenomena. Di sekeliling kita memang kelihatan ramai orang tua. Oleh kerana taraf hidup yang semakin maju (termasuk juga bidang perubatan) umur atau jangka hayat manusia semakin panjang. 

Penuaan penduduk ini umunnya berlaku di negara-negara maju. Namun pada masa sekarang fenomena  ini cepat juga berlaku pada negara-negara membangun. Konsep penuaan penduduk merujuk kepada jumlah bilangan penduduk tua (60 tahun ke atas) di sesebuah negara. Jika penduduk wargaemas di sesebuah negara sudah mencecah 15% daripada jumlah penduduknya bermakna negara itu telah mengalami penuaan penduduk.

Menjelang tahun 2050 penduduk dunia berusia wargaemas adalah sebanyak 30% daripada jumlah penduduk dunia. Bagi negara Malaysia pula PBB melapurkan menjelang 2030 ia akan termasuk dalam katogeri negara yang mengalami penuaan penduduk.

Haa...nanti bertambah ramailah warga emas Malaysia. Contohnya, saya ada 17 tahun lagi untuk menjadi wargaemas. 17 tahun lagi saya bersara (6 Jun 2030) terus saya jadi wargaemas. Entahlah macam mana nanti...he he he. Adakah pada masa itu saya masih menderita hidup? Lawak kan? 

Ya lah kan. Dewasa ini di Malaysia kadar kelahirannya rendah (berbanding dengan jumlah penduduk yang tinggi. Pada masa dahulu jumlah penduduk Malaysia tidak tinggi tetapi seorang ibu adakalanya melahirkan sehingga sedozen anak sepanjang hidup mereka. haaa. Malah ada yang lahirkan secara `non-stop' sepanjang hayat).

Kadar kematian anak semasa dilahirkan juga jarang didengar. Dulu siap percaya anak mati sebab kena makan dek hantu. (Terus letak daun mengkung bawah rumah dan atas atap untyuk halau penanggal). Dan kita tidak juga dapat nafikan kawalan penyakit akibat ubatan moden dapat memanjangkan hayat manusia. Bila manusia berusaha tuhan menolonglah.

Jan: Konsep penuaan raut muka? Pernah dengar tak? Tanya SK II...he he he

Sunday, February 24, 2013

Ramainya orang tua...

Semasa saya makan di sebuah kedai, saya terperasan. Saya perasan ada banyak orang tua di kedai tersebut  Malah semuannya orang tua! Rasa bangga pun ada. Rasa bangga sebab nampak saya jauh lebih muda. Jauh-jauh jauh lebih muda, he he he.

Saya perhati semua orang tua tersebut. Sahlah mereka orang tua kerana semuanya ada berambut putih. Dan paling ketara kulit muka mereka berkedut. Ada yang hanya ada dua tiga batang gigi sahaja. Mereka tidak bergaya sakan seperti pelajar saya.

Sambil makan mee hun saya berfikir, "Seronok kah jadi orang tua nanti yea?". Sekarang saya lebih suka berkawan dengan orang yang lebih muda kerana mereka lebih gembira hidupnya. Mereka lebih bertenaga dan spontan.

Bukan saya tidak suka berkawan dengan orang tua, ada kalanya suka juga.

Kawan saya kata bila kita tua kita akan tidak disayangi, rasa tidak berguna dan terbiar...


Tolong jangan ganggu pak cik, nanti mak cik marah, he he he
Tua ada baiknya. Tidak perlu lagi pakai krim anti-kedut. Saya tidak perlu bergegas lagi ke tempat kerja. Saya tidak perlu lagi membayar hutang pinjaman perumahan dan kereta.

Saya juga ada lebih banyak masa untuk menulis dan ke sana-ke mari.  saya juga boleh pergi melawat anak dan cucu sedara saya. Haaa.

Dan jika kita tua secara bergaya, tidaklah teruk sangat kita nanti. tetapi pada masa tersebut adakah orang yang sayangkan kita sehingga ke kubur... Haaa...

Jan: emmm

Buku untuk dijual: Cempaka



Tajuk buku: CEMPAKA: AN ANTHOLOGY 
Katogeri: Kumpulan puisi
Oleh: Usman Awang 
Prakata: Dato' Haji Jumaat bin Dato' Haji mohd Noor 
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetakan: pertama (1992)
Bil m/s: 167.
Usia buku: 21 tahun. (2013) Kulit Keras.
Harga jualan: RM35.
Sebarang pertanyaan: jankaulu@yahoo.com.my








setiap pusisi diterjemahkan ke bahasa Ingeris




Friday, February 22, 2013

Ayah saya dan pasukan bolanya

Ayah dengan pasukan bolanya

Ketika saya kecil saya selalu ikut ayah pergi ke padang bola. Ayah saya melihat pasukan bolanya berlatih. Saya juga ikut kerana lepas main bola mereka akan singgah Kedai Makan Cik Tik. Saya suka makan nasi air. Lagipun duduk rumah, saya kena baca sifir.

Ayah saya suka sangat suruh saya baca sifir, boring betul.

Ayah saya akan beri amaran untuk gugurkan pemainnya jika dia terjumpa mereka lebih dari pukul sepuluh malam. Mereka kena tidor awal. Mereka juga tidak boleh merokok.

Kalau saya miliki pasukan bola, mereka tidak boleh bersetubuh, he he he. Lawak jea. Namun saya akan pastikan rambut pemain bola saya digunting mengikut kehendak saya. Tetapi yang pasti saya tidak suka melihat pemain bola rambut berjuntai panjang berlari-lari di tengah padang.

Pasukan bola ayah menang!
Pada masa tersebut ayah saya juga bergiat aktif dalam UMNO. Jadi pakaian bola pasukan ayah saya cantik sebab ayah minta peruntukan daripada YB. Pada masa itu kegiatan bola sangat rancak. Ketika itu kalau tidak silap saya dalam darjah 5.

Tidak pula saya tahu sekarang bagaimana keadaan permainan bola di kampung Raja. Namun kata anak saudara saya, dia ada jumpa terserempak dengan pemain bola pasukan ayah saya sekali sekala bermain di padang. Walaupun sudah berumur, style masih ada...kata anak saudara saya yang kaki bola.
Bukan main ayah gembira
Gambar di atas kelihatan Cikgu Aziz (allahyarham) berbaju batik. Beliau adalah juga merangkap cikgu pengakap saya juga (di sekolah Kebangsaan kampung Raja). Dalam gambar ini pasukan beliau kalah. Beliau bercekek pinggang memerhati gelagak ayah saya dan pemainnya.

Kenangan dua pasukan
Saya tidak suka main bola atau melihat permaianan bola. Ianya permainan pelik dan kasar. Namun saya suka kalau bola yang kecil dan lembut gitu...

Jan: Pulak dah...

43

SEMALAM saya rasa sangat letih. Selepas meletakan anak kunci kereta dalam mangkuk Cina yang saya letak di atas speaker (yang terletak atas kabinet televisen), saya duduk sekejap di ruang tamu. Saya duduk di kerusi tunggal mengadap televisyen. Nak tidur sekejap jea...

Bila bangun tidor terus saya ke bilik air, basuh muka sikit. Saya tatap muka saya. Ya, masih handsum, dan saya puashati. Saya suka.

Kemudian saya ke ruang tamu nak tengok jam. La, jam rosak ke? Tak kan laaaa pukul 3.45 pagi. Saya terus tengok jam tangan dan jam di telefon bimbit. Ya, keduanya menyokong jam dinding. Memang pukul 3.45 pagi!

Eh, magiknya...saya terus memeriksa anggota badan saya. Alhamdulilah semuanya lengkap dan melekat. Bukan apa, ada dalam satu filem tu bila dia bangun tidur ada perubahan pada badannya. Haaa.

Rupanya saya tertidur lama. Namun kenapa saya rasa sekejap sahaja?. Saya ke dapur ambik dua keping roti dan sambal daging (serunding). Saya buat air nescafee sambil tersenyum... Masa begitu kejam bisik hati saya.

Kenapa saya begitu letih? Sedangkan saya sangat muda. Masih terlalu muda. Cuma berumur 43 tahun dan ada lagi 17 tahun untuk bekerja. (umur persaraan adalah 60 tahun di Malaysia, kebanyakan negara di Eropah 65 tahun, Jerman 67, Amerika 67, Singapura 62),


Tua pun berblog juga
Jan: Tua keladi?

Thursday, February 21, 2013

Pesan Kak Lin



Jan: Ya lah tu...

Jordan University of Science and Technology




Semasa kami bercerita mengenai tanaman terung. Ayah saya juga menyelitkan  cerita mengenai kerjasama kerajaan negeri Terengganu dengan Universiti Jordan. Kata ayah satu cawangan universiti tersebut akan dibina berdekatan dengan kampung kami. Saya terus rasa gembira sebab saya suka akan perkembangan pendidikan yang akan berlaku di daerah saya, Besut.

Biasanya bila ada pembangunan dari segi infrastruktur pendidikan, kawasan sekitarnya akan berlaku pembangunan ekonomi. Contohnya UUM dan juga UNITEN di Muadzam.


XXXXXXX

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said ketika memberi jaminan itu berkata Besut tidak akan dipinggirkan dalam arus pembangunan sebaliknya satu masa ia akan muncul sebagai daerah pendidikan terkemuka di negeri ini.


Katanya, terbaru kerajaan negeri dengan kerjasama Universiti Sains dan Teknologi Jordan (USTJ), bersetuju untuk membuka kampus cawangannya di Besut yang akan beroperasi di Kompleks Imtiaz Besut, di Bukit Keluang, dekat Jertih.

Menurutnya, pengambilan kumpulan pertama pelajar USTJ yang akan menyediakan kursus kedoktoran dan kejuruteraan dijangka bermula tahun depan.

Beliau berkata, USTJ adalah antara universiti terbesar di Jordan dengan mempunyai kira-kira 22,000 pelajar dalam bidang berkenaan.


“Pembukaan kampus cawangan universiti berkenaan akan membuka era baru kepada penduduk daerah Besut dan ia juga akan dapat menjana ekonomi penduduk,” katanya selepas menyertai Majlis Korban Perdana anjuran Pemuda UMNO Bahagian Besut, hari ini.


Selain itu, katanya, Taman Ilmu yang dibina di Bukit Dendong, di kawasan DUN Kota Putera, satu lagi mercu tanda kepada pembangunan pendidikan daerah Besut dan apabila siap ia akan menempat pelbagai kolej universiti dari seluruh dunia.


Beliau berkata, bagi mempercepatkan kerja pembinaan komponen Taman Ilmu ia akan dilakukan oleh syarikat dari Korea dan berharap ia dapat disiap sepenuhnya pada akhir tahun 2013.

Sumber:teganukita


Saya juga telah membuka portal UiTM, dan memang sah sebuah kampus UiTM juga akan dibina di kawasan tempat tinggal kami.

Jan: Semuga Besut membangun dengan pesat, Allah peliharakanlah Besut. Amin. 

Tuesday, February 19, 2013

Lelaki paling saya sayang



GAMBAR di atas adalah hero hidup saya. Saya sangat sayanginya. Namun saya diasuh untuk tidak berlebihan dalam menunjukan kasih sayang. Mungkin dia sendiri tidak tahu betapa saya sayanginya. Sangat-sangat.

Saya selalu menulis mengenai emak, manusia yang paling saya sayang. Kali ini saya mahu menulis mengenai lelaki yang paling saya sayang pula di dunia ini. Saya berhutang nyawa dan budi, dan berhutang segalanya kepadanya. Segala kesenangan yang saya miliki ini adalah berpunca daripadanya.

Dia selalu memberi saya semangat untuk belajar dan `membaca' dunia ini secara langsung dan tidak langsung. Pemikirannya yang selalu ke depan dan bersikap positif sangat saya cemburui. Saya harap suatu hari nanti saya menjadi sepertinya yang selalu optimis. 

Dia tidak kisah kalau saya ada pandangan berbeza tentang kehiduapn ini kerana dia tahu kepandaian saya. Juga kebodohan dan limit saya dalam kehidupan.

Jan: ...terima kasih atas segalanya... semuga ayah sihat selalu.

Ayah tanam terung pula

Balik cuti raya Cina nan lalu, walaupun banyak kerja, saya sempat juga menjenguk ke kebun ayah. Kali ini ayah tanam terung pula. Dulu ayah tanam ubi keledek . Rujuk posting edisi  Ubi Keledek.

Ayah saya suka menanam (ayat darjah 3B). Ayah pernah menanam tembakau, timun Cina, ubi keledek, lada, kobis dan sebagainya. Hatta kacang panjang dan petola. 

Terung bulat

Terung ini berbentuk bulat dan tidak memanjang seperti biasa. Sebabnya memang jenis bulat gitu. Kata ayah terung jenis bulat lebih sedap. Saya tidak tahulah akan kebenarannya sebab saya tak suka sangat makan terung...kecuali pajeri terung.
Terun ditanam atas batas yang disalut plastik hitam (sungkupan)

Saya rasa sepatutnya saya jadi petani seperti ayah. Dulu kaler bila ayah petani anak petanilah. Rupanya sampai sekarang tidak ada anak cucu yang menurun akan aktiviti ini. Kalau beginilah peatengnya (coraknya/gayanya) suatu hari manusia nak makan apa yea?


Nak patah jugak pinggang kalu nak kutip buahnya.
 Kebanyakan kerja ayah saya lakukan sendiri. Ayah saya masih sihat berbanding saya yang malau. Saya rasa mungkin ayah saya sudah biasa kerja berat.

Anak saudara bernama Sazwan






Che Embung (nama sebenar Siti Sarah) jadi model  terung

Buah terung warnanya pelik

Buah-buah di bawah pokok menunggu dipetik tangan

Pokok nampak tak subur, daun tak menghijau tapi di bawah ada banyak buah.


Buah ni di dalam guni nak di bawa pulang ke rumah.

Jan: Warna buah terung pelik sebab bila melihatnya saya rasa mengantuk. Pelik kan?

Monday, February 18, 2013

Dividen KWSP 6.15 % (2012), mangkuk Corelle dan bas ekspress

KEPERCAYAAN saya, skim persaraan berpencen adalah makanisma terbaik bagi manusia yang tidak berdisiplin dalam menguruskan wang. Manusia yang tidak berdisiplin itu contohnya, sayalah, he he he. Tetapi contoh, manusia itu mungkin juga pembaca blog ini...haaa. Jangan marah.

Namun saya dalam katogori bersara tak berpencen, hanya ada KWSP. Bahaya kan? Bahayakah?

Orang yang berpencen sangat beruntung kerana sentiasa memperolehi sumber pendapatan hingga pada umur mendekati nafas terakhir (kematian). Dan apabila berlaku kematian si suami atau si isteri boleh mewarisi `kepencenan' tersebut.

Yang lebih penting, setidak-tidaknya ada pendapatan yang tetap pada setiap bulan hujung bulan pabila bersara. Walaupun harga barang pasti akan terus mendaki (kerana inflasi), setidaknya ada habuan di setiap bulan, yang menjadi bantuan perbelanjaan. 

Kepada pesara `berKWSP', sudah tentu pada umur persaraan, dengan tiada ilmu dan disiplin, wang tersebut boleh habis sekelip mata. Dilapurkan tidak sampai 3 tahun lebih 80% pencarum `berjaya' menghabiskan keseluruhan wang KWSP mereka. Dan mulai hidup dalam kemiskinan. Selamat datang ke Malaysia.

"Orang yang tidak pernah ada banyak wang memang `payah' nak `pandai' urus wang bila tiba-tiba dapat `sedebuk' gitu..." Kata kawan saya yang duit gajinya dikawalselia oleh isterinya (termasuk duit beli rokok).

Dengan persekitaran pelaburan yang semakin kompleks dan betapa berkuasanya faktor ekonomi luar mempengaruhi ekonomi dalam sesebuah negara (faktor globalisasi), saya sudah menduga seperti biasa dividen yang diberikan adalah kecil (namun lebih besar sedikit berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya). Namun begitu saya memang berharap agar dividen tersebut dapat mendaki lebih tinggi bagi menolong jumlah pelaburan golongan pesara berKWSP kelak.

Anuar Rahman  

Sebenarnya kedatangan sahabat saya Anuar juga telah membuka mata saya untuk melabur dalam unit amanah. Beliau telah menguruskan proses mengeluarkan wang daripada KWSP saya untuk tujuan pelaburan. Sebelum ini saya hanya mendengar kawan-kawan saya lakukan...

Ramai orang berpendapat, wang tidak boleh bawa kebahagiaan. Ramai juga menyatakan kebahagian pula berbeza pada tiap individu. Namun mati hidup balik dan jadi hantu pun saya percaya adalah lebih baik makan maggie dalam magkuk  Corell di meja kayu jati daripada makan maggie dalam mangkuk murah dan meja ala rancangan BersamamuTV3.

Dan lebih baik mati seorang diri di dalam istana daripada mati seorang diri dalam pondok buruk.

Jan: Sebenarnya kita sentiasa ada diberi pilihan...cuma kita sahaja tidak pandai memilih.

Thursday, February 7, 2013

Tuesday, February 5, 2013

Aku, Dia dan youtube



Coretan seterusnya diterima daripada Nurliana Mohammad Lazim yang bertugas di kawasan pendalaman Muar, Johor. Beliau menyatakan beliau amat meminati rancangan ADILA dan amat berharap coretannya akan ke udara. Kita hayati luahan hati beliau...(terus muzik sentimental dimainkan dan kedengaran suara hiba seorang pembaca perempuan ke udara).

Pertemuan kami memang tidak disangka-sangka. Aku amat bersyukur kepada Allah atas pertemuan tersebut. Aku hargainya walaupun kini ianya sudah menjadi sebuah kenangan yang memilukan. Walaupun ia hanyalah kebahgiaan sementara, setidak-tidaknya sebelum menutup mata aku boleh berbangga kerana kebahagian pernah singgah dalam hidupku.

Tanggal keramat 18hb Mei 2002 akan kuingati selamanya, sepanjang hayatku. Ketika itu aku baru ditugas sebagai kerani di sebuah daerah di pendalaman Johor. Dan sebenarnya ketika itu aku masih dalam keadaan berduka. Yusuf tidak mengotakan janji-jannjinya. Setelah aku gagal dalam permohonan KPLI (kursus perguruan lepasan Ijazah) kali yang ke tujuh, Yusuf sudah tidak memhubungi aku. Mungkin bersamaku tiada masa depan. Lelaki sekarang mungkin begitu, mahu menunpang kesenangan perempuan. Dan aku tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyedari aku telah dikecewakan. Cuma aku memerlukan masa yang panjang untuk bangkit semula...pandang dunia yang luas.

"Biar saya angkat beg akak ini" Kata seorang pemuda yang kacak, hitam manis. Aku terkejut lantas ku berpaling ke arahnya, melihat mukannya. Mukanya jernih, rambut ikal, kurus. Memakai Tshit putih dan berseluar jeans.

"Akak, naiklah dulu, biar saya angkat beng ini" Sekali lagi pemuda tersebut memandang ke arahku.

Memang kebiasaan aku untuk membawak banyak kain pasang dan keropok apabila pulang dari kampung di Kuala Terengganu. Barang-barang tersebut aku jualkan kepada kawan-kawanku. Selalunya banyak guru-guru membeli kain pasangku untuk dibuat baju kurung. Dan mereka ada menempahnya dari aku kerana kata mereka jahitanku halus. Bolehlah aku menambah pendapatanku. Kerja kerani seperti aku ini, gajinya hanya cukup makan. Selebih hasil jualan barang-barang aku hantarkan wang ke kampung.

Dan mungkin secara kebetulan kami duduk sebelah menyebelah di dalam bas. Dan aku tidak merasa kekok kerana bagi ku dia adalah pangkat adik kepadaku. Masih muda, sedangkan aku sudah berusia. Aku bukan remaja lagi, dan usikan andalusia sudah banyak kali kuterima. Namun apalah daya, aku hanya seorang perempuan.

Aku percaya pada takdir.Aku manusia kerdil. Walaupun payah dan hati aku selalu berperang, aku tetap pasrah kerana aku tidak berdaya. Bermula dengan pertukaran nombor telefon bimbit hubungan kami berpanjangan. Pada mulanya aku tidak menyesaki apa-apa kerana aku hanya anggap dia sebagai adik. Adik lelaki yang kacak dan pintar.  Namun beliau sering menalipon dan kami juga galak bersms. Mungkin kerana hati aku sunyi, aku menerimanya dengan redha.

Dan pada suatu hari aku hampir tergelak apabila dia memberitahu aku yang dia amat menyanyangi aku melebihi daripada segalanya. Dan sebenarnya aku juga begitu, aku rasa selamat dan dihargai apabila bersamanya. Dan orang yang seusia aku ini terus menduganya sehinggalah dia sah menyatakan dia hanya boleh hidup selama 3 hari sahaja jika dia kehilangan aku...

Aku menerimanya seadanya. Bukan kerana rupa atau harta, kerana kasih sayang aku yang semakin membara. Aku juga mabuk...aku berterima kasih kepada Allah kerana akhirnya aku disayangi dengan ikhlas. Hanya Allah yang tahu aku sangat gembira. Walaupun muka aku biasa-biasa sahaja, tidak berpelajaran tinggi dan tidak kaya tuhan mahal adil kerana memberi kebahagian kepada ku. Terima kasih tuhan...

Dan akhirnya aku meraung dalam hujan. Merana setiap hari atas janji-janji bersaksikan bulan mentari. Seolah rindu ini setiap saat diseru. Ah memang orang bercinta akan mengheret bulan dan bintang sebagai saksi dalam janji-janji mereka. Terbakar rasa dadaku, merana menanti janji setiap hari... Ungkapan sehati dan sejiwa bersama berdua tinggal kenangan...

Bila semuanya pergi aku sunyi... Akhirnya hanya luahan dan coretan ini dapat aku tulis. Aku terduduk dengan ketentuanNya. Beliau tetap akan menjadi pujaan hatiku di sepanjang hayat ini. 

Coretan ini kupaparkan dalam ruangan kegemaranku, aku abadikan coretan ini dalam ADILA (Aku Dia dan Lagu).


Terima kasih atas coretan Nurliana, semuga Nurliana akan mendapat kembali ketenangan hidup. Kehidupan ini adalah bagi manusia yang kuat dan tabah.

Sekarang kita kena la dengar lagu ini sendiri sebab sebenarnya bukan ADILA (Aku, Dia dan Lagu) tetapi ADIYOU (Aku Dia dan Youtube). Okey, dengarkanlah...






Filem kita wajah produser?

Pada suatu masa dahulu tema filem kita ialah `Filem kita wajah kita". Maka saya terus bimbang kerana kalau gitulah cerminannya maka rakyat kita memang dicop gengster tetapi penakut hantu. Berak berteman.

Saya berpendapat sekarang adalah zaman keruntuhan filem Melayu. Mungkin ada yang tidak sedar sebab pesta filem terus diadakan dan banyak majlis anugrah (anugerah cop perasan sendiri) diadakan sana sini. Mungkin orang filem kita marah dan wartawan kita gusar bila pendapat ini cuba dianggap serius.

Sebuah naskah yang bagus

Melihat filem Melayu yang kebanyakannya bagai sampah sarap, (tetapi dinobatkan, diglamourkan dan dikomersialkan bak fantasi) membuatkan saya rasa kecut perut dan kecut apa yang patut kecut. Saya malas nak ulas mengenai tema basi dan tidak digarap segar, saya cuma mahu fokus kepada pembohongan pengeluar filem dan mereka yang terbabit.

Secara jujur saya tidak melihat perkembangan filem Melayu sebagai perkembangan pemikiran, jauh berbatu dari segi menolong perkembangan sahsiah bangsa. Malah saya berani tuduh iannya untuk perkembangan poket mengaut keuntungan semata-mata. Dengan menggunakan unsur konterversi yang konservatif sebagai daya penarik. Matlamat memberi pengajaran dan membentuk masyarakat seolah-olah hanyalah bak melepas kentut di auditorium (lepas pelan-pelan bimbang orang perasan).

Kepada saya karya sebegini patutnya dibanteras terus disekat daripada terus mengalir ke minda masyarakat. Sebabnya kita lihat ia mudah meresap masuk ke pemikiran belia muda kita. Remaja kita. Dan selepasnya stesyen televisen asyik mengulang-ulang tayangannya. Saya bimbang ianya menyemat sesuatu yang buruk kepada perkembangan masyarakat.

Antara pelakon yang saya minat, lakonannya sempurna

Apalah sangat hebatnya mengendalikan jentera bermotor atau menayangkan kebebasan remaja perempuan yang kononnya brutal di tengah malam buta di tepi jalanraya?. 

Niat mengangkat naskah atau karya berkaitan dengan masalah/isu sosial adalah langkah yang molek. Tetapi jika terlalu dikomersialkan ia menjadi karya ejen pemusnah bangsa. Dan orang Melayulah mangsa tetapnya. Mangsa sepanjang zaman?

Watak jahat yang sebenarnya jahat giler`dibersihkan' dan `diwangikan' dengan sifat yang molek berkata-kata, gentelman, kacak bergaya dan bertanggungjawab pada kekasih. Yaaaa memang tak semestinya orang jahat muka mesti bengis dan hodoh macam filem Melayu lama tetapi yang paling utama apakah nawaitu yang mahu diterapkan kerana saya percaya pengeluar filem tahu sangat remajalah yang menontonnya. Tidak perlu watak keji digambarkan sedemikian.

Ini semua kerana wang. Bertuhankan wang dalam perniagaan. Dan akhirnya mungkin membawa kepada pelapis harapan bangsa yang hancur. Atau memang kita tahu belia yang ke panggung memang sudah bukan harapan? Sila jawab! (jawab dalam hati...)

Jan: Filem Malaysia sepatutnya menyumbangkan ke arah pembinaan negara bangsa sebab kita mahu menuju status negara maju... filem pun kenalah maju, kena cerdik.

Buku untuk dijual: Wujud (Suhaimi Haji Muhammad) (SOLD)

Muka depan

Tajuk buku: Wujud
Katogeri: Kumpulan puisi
Oleh: Suhaimi Haji Muhammad
Terbitan: Tempo Publishing (Kumpulan Syarikat Penerbitan Delta)
Cetakan: Pertama  (1997)
Bil m/s: 293. (tebal jugak gayanya)
Usia buku: 16 tahun. (2013)
Harga jualan: RM35.
Sebarang pertanyaan: jankaulu@yahoo.com.my

Buku ini mengandungi lebih 200 buah puisi yang berunsur ketuhanan dan agama. Saya memang suka membaca puisi ketuhanan dan agama. Walaupun kadang-kadang tidak memahami maksud tersirat saya cuba juga. Saya tak naklah `makan' makanan yang picisan, kena laj uga beri makanan berzat pada minda.

Suhaimi ini adalah digelar penyair sufi dan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Beliau juga salah seorang pemenang S.E A Write Award 1995.



Suhaimi haji Muhammad

Wujud, merupakan kumpulan puisi Suhaimi yang ditulis dalam jangka 15 tahun, dari 1980 hingga 1995. Suhaimi secara peribadi menganggap Wujud sebagai sebuah karyanya yang paling penting, yang mengarap hubungan manusia dengan manusia, hubungan manusia dengan tuhannya, dan berbicara tentang hidup-mati dann cinta, dan tentang hidup yang penuh ketenangan dan kedamaian.

Saya petik satu puisi...bertajuk:

Hanya Allah

tiada yang lain
tiada yang kulihat kulihat Allah
tiada yang kudengar kudengar bisikan Allah
tiada yang kupakai kupakai pakaian Allah
tiada yang kucium kucium mawar Allah
tiada yang kuterjemah kuterjemah diri Allah
tiada yang lain kecuali allah
di sini tiada yang berjalan melainkan Allah berjalan
di sini tiada yang bekerja selain Allah bekerja
tiada yang terbang melainkan Allah terbang
di sini tiada yang melihat melainkan allah melihat
tiada yang lain di sini
pabila kulihat laut kulihat Allah
pabila kulihat gunung kulihat Allah
sejauh mana kau melihar?
kau kalau menyaksi seperti aku menyaksi
kau kalau menterjemah seperti aku menterjemah
kau pun pasti takkan ragu pada-Nya
kau pun sampai sesaf aku
kau sama setingkat aku
kalian mandi tak henti-henti sepertiku
kau pun tenggelam dan lemas
sepertiku

daripada m/s:246.

belakang

Buku ini tebal dan banyak puisi syahdu, bolehlah kita membaca sambil tergolek atas katil dan merenungi dinding bilik. Dan bertanya diri dari mana dan hendak ke manakah kita ini? Dan dalam perjalanan yang suci ini adakah kita membuat sesiapa yang parah terluka? Haa...

Jan:... maafkan aku yang tersesat ini, penuh noda menari dalam nanah duka... Ampunilah belaka...

Monday, February 4, 2013

Mera Dil Ye Pukare Aaja - Lata [Nagin 1954]





Marilah.. Marilah..

Pujaan hatiku marilah
Kasih sayang kucurahkan semua
Sehati dan sejiwa bersama berdua
Pujaan hatiku marilah

Hanya padamu istana bahagia.. bahagia
Hanya padamu istana bahagia
Hidupku sebagai dialam syurga alam syurga

Janganlah kau sangsi atau curiga hati
Marilah kasih pujaan hati
Sehati dan sejiwa bersama berdua
Pujaan hatiku marilah
Sehati dan sejiwa bersama berdua
Pujaan hatiku marilah

Jangan kau pergi tidak kembali.. tak kembali
Jangan kau pergi tidak kembali
Namun tetap aku pegangkan janji.. janji
Apa yang kau janjikan disaksikanlah bulan
Oh bulan.. oh bulan jadi saksi kejadian
Sehati dan sejiwa bersama berdua
Pujaan hatiku marilah
Kasih sayang kucurahkan semua
Sehati dan sejiwa bersama berdua
Pujaan hatiku marilah



Bertemu sahabat lama...

"Sepatutnya kau tak sangkut periuk dan kuali kat kat belakang pintu tu" Kata kawan saya yang bernama Anuar setelah saya perlihatkan bahagian dapur rumah saya. Dia juga suruh saya buangkan rak tempat letak pinggan saya. Katanya tak sesuai dengan rumah saya. Saya terus tergelak! Dia tidak berubah langsung. Perangainya sama seperti kami sama-sama belajar di UM dahulu. Dia sangat vokal seperti dahulu. Apa yang dia tengok tidak kena di mata terus dia kata. 

Kami pada tahun 1991, pergi berkelah
Tidak seperti saya, saya selalu pendam segalanya. Bercakap dalam hati sahaja, kalau orang buat tidak baik pada saya pun saya diam sahaja. Di asrama dahulu dia pernah beritahu saya "Kau ni Sukiman, hati orang kau jaga, hati kau, kau buang dalam longkang".

Anuar akan selalu beritahu kalau ada apa yang dia fikir tidak betul. Semasa di UM dulu semasa beliau pergi program anak angkat, dia berselisih faham dengan keluarga angkat sebab pasal pintu jamban tak boleh tutup. He he he. Anuar kata apa salahnya pintu jambang (toilet) ditukar. He he he.

Anuar di tepi longkang rumah saya
Lamanya tidak jumpa dia. Dan semasa saya menjemputnya di bas Terminal Makmur, beliau hampir tidak mengenali saya. Katanya saya gemuk. Dan saya juga dapati dia juga sudah gemuk... Selebihnya kami memang salahkan faktor umur...

Anuar memuji koleksi PML lama saya
Bila sampai rumah terus kami berborak... Semasa di UM dahulu, beliau mempunyai ramai kawan berbanding dengan saya. Dia juga tempat saya bertanya kalau ada apa-apa kemusykilan. Saya selalu komplin pada dia pasal jiran di KL tidak bertegur sapa, kenapa orang KL naik bas terus tidor, kenapa harga telur masim mahal dan kenapa ramai perempuan pakai seksi. Sebagai budak kampung, saya rasa hairan.

Sekarang saya sudah tidak hairan...
  


Saya beritahu Anuar saya tidak tinggal di Kuantan. Saya jarang ke rumah ini. Dan apa yang ada di rumah tersebut memang tidak lengkap. Hanya ada sikit-sikit sahaja. Rumah ini tidak berisi sepenuhnya seperti hati saya...

Saya juga tidak pandai nak hias-hias rumah. Saya bukan Eric. Saya mahu rumah saya simple jea, lagipun duit saya simple juga. Cuma kalau ada duit lebih saya nak beli CD player Sony. Saya tak nak yang ada dvd player, yang ada CD player sahaja. Tentu murah.

Anuar beritahu dia juga ada beberapa buah rumah di Kuala Lumpur. Ada yang disewakan olehnya....

Anuar nampak serius tetapi kelakar orangnya.
Saya terus bercerita mengenai perjalanan hidup saya selepas banyak belajar. Saya beritahu hidup saya berliku-liku, tidak senang... Beliau juga menceritakan hal kehidupan dia... banyak juga masa kami habiskan dengan berbual kisah lama di UM.

Gembira sangat jumpa dia. Saya menjemputnya pada pukul 4 pagi dan setelah menandatangani beberapa borang, pada pukul 4.30 petang beliau bertolak pulang semula ke KL. 

Semasa dia naik bas saya beritahu supaya datanglah lagi... Saya beritahu saya sunyi...

Jan: kisah-kisah lalu jadi kenangan...

Anak patung barbi, alat make-up dan kisah arbo yang tergadai



"Kejahatan itu boleh datang dalam banyak cara dan pelbagai corak... yang kita tidak nampak dengan mata tetapi nampak dengan minda. Kalau kita kaji..." Para pelajar saya sering diingatkan dengan ayat tersebut. Saya sengaja selitkan nasihat bak ulaman makanan apabila berkuliah. Nasihat yang ringkas, agar mereka berfikir. 

Dengan jumlah gaji yang tertera di slip gaji, mustahil kita dapat memenuhi keperluan dan kehendak anak-anak kita. Kita yang beranak ibarat `non-stop' ini tentulah bertambah sukar apabila anak semakin membesar dan mula `meminta-minta'. Dan permintaan anak-anak kita semakin mengada-ngada dan di luar kemampuan slip gaji kita. Contohnya nak anak patung Barbi atau helikopter kontrol...

Kita kononnya tak nak bising berpanjangan, kita beli walaupun sebenarnya kita tidak mampu dan bukan barang keperluan. Kononnya kerana kasih sayang (saya rasa lawak derngan alasan ini). Kita tidak lihat atau serius akan kesan dalam jangka panjang... Haaa...

Saya tidak kata kita tidak boleh beli. Maksud saya mampu atau tidak mampu tertera hakikatnya kerana kita tahu pendapatan kita dan kesan berpanjangan...jom lihat kemungkinan masa depan.

Kalau kita sepoilkan anak perempuan kita, segala mak nika kehendak kita belikan. Ia adalah suatu jalan yang merosakan. Kitalah yang bersalah.

Bermula dengan anak patung akhirnya tergadai arbo (bagi kes anak perempuan kita). Kita akan berdepan dengan satu keadaan masa depan di mana kita memang tidak mampu. Sedangkan mereka dah semakin remaja dan mula berjinak-jinak dengan make-up dan bergaya barang perhiasan. Kita pulak sibuk keluar pagi balik petang dan tak ada masa nak terapkan nilai agama dan nilai moral, kita serahkan kepada guru di sekolah, NGO dan kerajaan Barisan Nasional. Kita harapkan mereka (dan kemudian kita salahkan mereka...perbuatan ini juga lawak).

Bila kita sudah tidak mampu, mereka mula berfikiran kita tidak sayangkan mereka (ini juga lawak). Dan jika ada lelaki-lelaki hidung belang yang mula dekati dan mengorat anak kita, boleh penuhi keperluan dan kehendak mereka, beri duit lagi, habislah....Selisih malaikat 44!.

Anak kita tidak sedar banyak lelaki banjingan di luar sana. Kita pula sepatah haram tidak pernah berbincang pasal aurat dan pergaulan bebas (sebab kita sibuk dengan KPI kat tempat kerja). Anak perempuan kita tidak sedar `pelaburan' teman lelakinya itu sebenarnya mungkin semata-mata kerana nafsu. Akhirnya arbo diserahkan... dan ditinggalkan...barulah menangis tak berlagu, berlakon tak berskrip.

Jan: Anak lelaki pula bermula dengan helikopter kontrol, kemudian motosikal kemudian...? Haaaa 

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home