Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label Rumahtangga. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

CRTO: Berzina atas katil isteri...

Semalam saya terjumpa kawan saya yang jarang saya jumpa. Saya tidak mahulah cerita siapa dia, jantina apa,  umur berapa, atau sokong BN ke tak, dan sebagainya. Ini untuk menutup identiti sebenar kerana yang  lebih penting adalah ceritanya, kisah dan tauladan. Yang kita sebagai manusia patuk ambik perhatian.

Bila berjumpanya..., sebelum dia bertanyakan status saya "bila nak kahwin?', saya terlebih dahulu bertanyakan soal dia yang tidak kahwin-kahwin. He he he, aci tak?. Dan adakah sebelum orang melukakan hati kita baiklah kita melukakan hati orang terlebih dahulu? Tentulah tidak, kan? Haa...

Dia sempat bercerita bahawa kawan baiknya bercerai kerana bila dia (kawan baiknya) balik rumah suaminya sedang bersungguh-sungguh buat seks dengan perempuan lain atas katil mereka. Saya buat-buat tergaman dan buat-buat terkejut. Kawan saya bercerita kejadian berlaku sebijik macam dalam drama Melayu atau drama Cina moden. 

Gambar hanya hiasan, tak ada kena mengena dengan penulis blog

Pasangan tersebut sebenarnya baru sebulan berkahwin. Mulanya saya nak kesiankan perempuan tersebut. tetapi lama-kelamaan saya rasa perempuan itu bodoh!. Maksud saya bodoh kerana tak kan laaaa sebelum kahwin tak selami dulu hati budi bakal suami. Tengok dulu betul-betul!

Namun kawan saya ni kuat sokong kawan dia yang diceraikan tersebut. Kawan saya kata kawan dia memang seorang perempuan yang baik dan cerdik. Dan sebelum kahwin dah lama berkenalan dan bertunang. Demi allah tak ada tanda-tanda lelaki tersebut gatal atau miang. Mungkin lelaki yang dikahwininya itu memang pandai menipu. Katanya...

Maka saya bekalkan la juga beberapa ketul simpati kepada kawan kepada kawan saya tersebut. Tetapi sebenarnya saya tidak puas hati... Saya tetap nak salahkan perempuan tersebut atas kegagalan dia memilih dengan betul. Saya pun kurang pasti atas sebab apa saya asyik tak nak menyebelahi isteri malang tersebut. Pelik jugak.

Pun begitu saya tidaklah sekuman pun menyokong suami yang berzina tersebut, lagipun tak kan la tak ada tempat lain nak buat dosa. Atas katil yang halal itu sendiri pun tibai haram juga...he he he. Namun saya memang percaya ada suami-suami sebegini `hebat', mungkin ramai suami yang sudah memiliki isteri (atau isteri-isteri) tetapi kepala otak masih nak berzina dengan perempuan lain. (...dengan alasan yang kadang-kadang macam pendek akal. Contohnya berpakaian seksi sangat, tak tahan...)

Shengkan! (very embrrassing), isteri yang ternyata sah sudah ada, suruhlah pakai seksi-seksi atau pakai tali leher jea...(tanpa baju, he he he. Maaf saya galak sikit hari ni sebab permohonan untuk semak gred gaji saya dipertimbangkan). 

Kawan kepada kawan saya tadi diceraikan serta merta dalam bilik itu juga, kesian jugak kan?. Yalah kalau hutang perabut beli katil dan kelengkapan bilik (khas untuk kahwin) dari Kort Mamoh pun baru jelas 3 bulan? Haaa...

Semasa kawan saya syahdu bercerita, saya diam sahaja. Saya memang berniat untuk muatkan cerita ini dalam blog, bukan nak berdakwah atau ceritakan aib orang tetapi sesama ambillah pengajaran. Yang perempuan pilihlah yang baik-baik bakal suaminya agar tak terpilih buaya hidung belang. Dan si lelaki pula kalau kahwin tu buatlah cara kahwin, betapa ligat dan pandai kita, suatu hari nanti di dunia ini allah akan balas terus... percayalah.

Allah balas juga tak esok lusa, tak lusa tulat, tak tulat tubing, tak tubing tunggang langgang. Tak di dunia, dia akhirat!

Inilah CRTO saya kali ini...

Jan: CTRO (Cerita Tentang Rumahtangga Orang)

Tuesday, October 30, 2012

Budak-budak memang begitu...



"Kadang-kadang saya rasa tidak daya sangat nak ajar anak saya jangan jadi nakal sangat" Kata kawan saya melalui smsnya. Dia kemudiannya menelefon saya. Mungkin lebih sedap berbual berbanding dengan sms.

Ketika itu saya sedang tengok HBO..., sementara menunggu daging yang saya rebus empuk. 

" Kita kenalah faham psikologi anak, jinak anak bukannya senang" Kata saya selamba seolah sudah ada anak lapan. He he he. Saya bukan apa, saja buat-buat pandai agar dia tidak putus asa.

Dia beritahu anaknya suka panjat meja, makan tahi cicak dan berjaga malam. Katanya anaknya tidak dengar kata walaupun sudah banyak kali diberi amaran dengan hanger. Anaknya baru berumur dua tahun setengah.

"Laaa kan anak masih kecil, mana ada akal. Kalau `hanger'kan dia tentu dia sakit sahaja. Nanti dia buat balik. Awak sabarlah, awak kena selalu ulang cakap, kena ugut secara lembut dalam sabar, kena guna tangan pukul selow jea kat punggung dengan sabar..." Saya seolah pakar kesabaran bagi kanak-kanak. Sedangkan anak jiran bising pun saya rasa nak masuk kan jea dalam tong sampah.

Saya tambah air ke dalam kuali. Biar daging lembu empuk sikit. Ayah saya pesan kalau nak empuk kena rebus dulu baru goreng. Memang saya hiris nipis-nipis daging tersebut sebab saya nak buat mee hun goreng. Saya dah masukan air panas dalam bekas mee hung, saya sudah sejatkan dia. Mee hun goreng sedap kalau letak daging. kemudiannya saya capai kembali balik telefon bimbit dan berbual semula. 

" Emak saya kata baca `ya latif'' sebanyak tiga 7 kali dan hembus ke ubum-ubum kepala budak tu. Kalau nak hembus kat ubum kepala suami kena 7 juta kali, he he he". Saya buat lawak kepada kawan saya.  Tetapi kemudiannya saya rasa tidak patut buat lawak sebab kawan saya dalam ketensionan. Sambil itu saya ke peti ais dan ambik botol kicap. Laaa dah habis kicapnya... Macam mana nak buat mee hun?

Sebenarnya saya akui yang membentuk anak adalah suatu pekerjaan yang mencabar. Jangan pandang ringan pada surirumah sepenuh masa kerana terkadang tidak cukup masa pun. Membesarkan anak tidak sesenang buat anak, ianya suatu pekerjaan yang mencabar jiwa raga. Memang dalam posting saya selalu menulis seolah senang jea nak membentuk anak-anak. Namun apa yang cuba saya tekankan adalah usaha kita itu...juga bukannya senang...

Jan: teringat anak kawan saya merangkak atas meja kemudian bila sampai dekat saya terus pukul kepala saya dengan tukul plastik. Apa dosa saya?

Tuesday, October 16, 2012

Kitalah yang bertanggungjawab!

Saya berpendapat oleh kerana anak-anak kita terutama yang masih pada peringkat awal remaja belum matang pemikirannya, maka kitalah yang menggalas kewajipan untuk mendidik mereka dalam banyak hal. Maksud saya di sini, didik mereka supaya menggunakan telefon bimbit dengan betul.

Jangan hendak buat tidak tahu, sebenarnya sebagai ibubapa kita tahu kesan buruk penggunaan telefon bimbit jika anak-anak kita tidak dididik atau dipantau. Sesibuk mana pun kita suami isteri mencari rezeki anak-anak hendaklah dididik dan dipantau.

Anak-anak perlu didik supaya mereka tahu telefon bimbit adalah barang keperluan, bukannya barang yang patut disalahgunakan.  

Trend sekarang remaja semuanya ada telefon bimbit. Malah ia seolah status pulak. Jangan buat-buat terperangjat jika telefon mereka lebih canggih dan mahal berbanding kita. Di sinilah pentingnya anak-anak dididik dengan memberi panduan/nasihat. Nasihatilah mereka dengan baik bahawa perbualan berborak kosong dan lama dengan kawan-kawan akan membazir. Pastikan panggilan yang dibuat benar-benar penting. Masa menasihati tersebut janganlah dengan nada marah. Ini tak, bila bercakap dengan anak-anak terus jadi macam pekerja kat sarkas yang jaga rimau.

Perlu juga diberitahu kepada anak-anak kalau telalu asyik mungkin akan abaikan pelajaran. Sekarang bukan di tv jea dapat main playstation, dalam telefon bimbit juga ada `games'. Saya pun ketagih jugak, he he he. Bulan lepas saya asyik main games jea...he he he. Sampai serban tangan. Sampai anak saudara saya `tegur', he he he.



Saya faham, remaja sekarang payah hendak dididik, mungkin lebih senang mendidik anjing. Persekitaran amat mencabar. Dan mereka mencabar pula kita pada usia remaja mereka. Mereka ingat merekalah betul, canggih dan up to date. Sebab itulah kata orang lama melentur buluh biarlah pada masa rebungnya. Jika dah keras salah lentur, buluh tu terpelenting kat muka kita. Haaa...

Mungkin juga kita boleh `takutkan' mereka dengan beritahu bahawa gelombang radiasi boleh menjejaskan otak dan kesihatan. Maklumlah berjam-jam bercakap dekat telinga dan otak. Haaa...

Tak ada orang lain dah. Bukan jiran kita, kerajaan BN, gabenor bank negara, atau tok iman, ibubapalah yang perlu menyelamatkan anak-anak mereka daripada ketagih telefon bimbit.

Jan: Jangan belikan telefon bimbit yang canggih sangat untuk anak kita, beli yang ringkas jea, ok tak?


Saturday, October 13, 2012

Penyatuan disiplin dalam perkahwinan




Seorang kawan saya ada memberitahu saya bahawa isterinya seorang yang pemalas dan degil. Dan dia beritahu lagi kedegilan tersebut sebenarnya dapat dilihat dari bentuk hidung bininya... Saya diam sahaja, tetapi saya berpendapat daripada cerita-cerita dalam rumahtangga, ramai cerita suami yang pemalas  nak mampus (sangat pemalas sifatnya) berbanding dengan isteri yang pemalas.

Saya jugak terfikir, orang lelaki suka sangat membandingkan isterinya dengan emaknya. Kenapa yea? Dan kedua saya terfikir ada ke patut cerita hal keburukan isterinya kepada saya? Apakah jadahnya? Lepas perasaan kot?

Tambah kawan saya lagi, paling dia benci ialah apabila balik rumah lihat rumah tidak berkemas dan anak-anak tidak berbedak comel. Haaa...

Keadaan rumah menunjukan disiplin hidup?

Selepas mengomel dia memuji keadaan rumah saya, katanya rumah saya kemas, teatur dan menarik. Rasa tenang dan lapan katanya. Saya rasa gembira sangat tetapi saya tidaklah pula mahu riak, cuma saya kata:

" Aku ni duduk sorang diri, kalau aku kubang, aku simpan sendiri. Tapi kadang-kadang sangat tidak kemas  jugak. Sampai aku rasa nak bakar jea rumah ni, he he he.

Sambil itu saya terus belah kek buah yang saya beli dari Pantai selamat, dan hidangkan di atas meja bersama nescafee. Saya lihat dia makan banyak. Mungkin dia lapar kot. Saya tersenyum dalam hati sebab sebenarnya tadi sebelum dia datang bertandang macam lipas kudung saya kemaskan rumah yang berselerak.


Lipas tidak kudung

Sebenarnya sebagai manusia normal, hati saya tidak gembira apabila pulang daripada kerja, rumah tidak terurus. Namun kalau berkubang (berselerak) memang salah saya 100% sebab saya tinggal seorang diri. Berkemas saya, menyelerakan barang pun saya. He he he. Oleh kerana saya tidaklah berdisiplin sangat, saya terpaksa memperuntukan masa untuk mengemas balik keadaan rumah saya yang tidak terurus bila saya sibuk. Kadang-kadang apabila sibuk bila rumah `teruk benar' barulah saya berkemas semula. 

Saya pernah mendetolkan lantai rumah saya pada 1 pagi kerana saya nak kejar masa. Dah lama tak mop lantai sedangkan saya suka tidur atas sambil lantai buat aksi yang aneh. Contohnya, kaki sandarkan menegak kat dinding. Atau merangkak-rangkak tanpa tujuan di lantai.

Kad kredit vs rumah berselerak

Hutang kad kredit tidak pernah memeningkan kepala saya tetapi bila lihat CD tidak tersusun, pinggang maggie bertimbung di sinki, atau kain di atas lantai, saya rasa rungsing dan tidak selesa. Rasa nak ambil buang semuanya ke dalam tong sampah di belakang rumah.... Namun salah saya juga kerana saya tidak berdisiplin. 

Kalau dalam alam rumahtangga tentulah lagi parah kalu suami isteri jenis berselerak. Setiap orang ada habit dan perangai masing-masing dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Dan penyatuan perangai dan tingkahlaku dalam perkahwinan tidak pernah dikupas secara serius dan ilmiah. Ini dipandang sepi dan tidak penting sehinggalah ianya `meletup'.




Tiada orang yang sama perangai dan pandangan hidup secara 100%. Dan kesukaran ini kita akan tempuhi bila berada di alam rumahtangga. Jadi seperti biasa biarlah saya yang tak kawin-kawin ni mengupas perihal rumahtangga orang.

Saya kupas perihal rumahtangga seorang kawan saya. Saya harap dia tidak membaca posting saya ini, setahu saya dia berada di luar negara sedang bercuti seorang diri tanpa isteri. Maklumlah hujung tahun orang yang ada duit tentu mahu bercuti tenangkan fikiran. Dalam kes kawan saya ni, saya syak ia bercuti untuk tenangkan fikirannya daripada isterinya. He he he. Pandai-pandai sahaja saya buat jangkaan.



"Lain kali kalau gatal sangat nak basuh, stoken abang tu, letak di laci 2, underware laci 1, jangan campur dengan tali leher!"

Dia pernah beritahu saya  2, 3 tahun pertama perkahwinannya dia berada di dalam keadaan tidak terurus dan kelam kabut kerana isterinya tidak berdisiplin dan kehendaknya tidak sama. Contohnya katanya laci nombor dua adalah khas untuk stoken yang telah disusun rapi. Laci no satu untuk seluar dalam. Namun isterinya selalu campur adukan bukan sahaja tersalah laci tetapi silap almari! Siap dia beritahu saya isterinya lembab tak macam emaknya. Tak baik kan...

Kawan saya yang seorang ini sangat berdisiplin. Semasa kami sama-sama menuntut di UM dulu, dia ada menegur perangai pensyarah yang tidak berdisiplin. Mengamuk pensyarah tersebut. Kami pernah serumah sewa semasa sama-sama belajar di UM dulu. Kadang-kadang saya naik rimas juga tetapi oleh kerana ianya perkara yang benar dan baik, saya turutinya. Lagipun bukannya lama. Saya tidak bercadang mahu hidup dengannya atau sehidup semati. Lepas terima ijazah kami mencari rezeki merata-rata. Kami hanyalah kawan tidak perlu sangat penyatuuan disiplin yang ketara. Tetapi tidak dalam perkahwinan, disiplin suami dan isteri haruslah disatukan dengan memilih yang terbaik. Kan mahu hidup selama-lamanya... haaaa


Kalau awak nak tidor dalam terang,  pergi tidor kat ruang tamu...


Perlu ke penyatuan disiplin tersebut? Saya rasa perlu supaya masing-masing pihak berpuas hati dan tidak menyusahkan pihak yang lain. Contohnya jika dapat suami yang suka letak kain baju merata-rata, maka seumur hidupkan isterinya kena ambil dan sangkutkan? Atau ambik, kumpul dan terus bakar? He he heh.

Atau jika isteri jenis tak suka kemaskan cadar, seumur hidupkah kita kena tidor atas cadar yang berkedut? Atau siapa sebenarnya bertanggungjawab mematikan cadar tidak berkedut dan berkemas? Haa...

" Man...., tak sempat dah nak pastikan cadar berkedut ke tak bila dah kawin oii. Nak jaga anak lagi, makan minum lagi. Orang lelaki nak sedap jea...!..." Kata kawan saya yang tidak memakai kain dalam tersebut. Saya ada ternampak pada suatu hari bila dia naik tangga. Bila ada cahaya terang, memang boleh nampak. Bila balik rumah saya ceritakan pada mak saya. Mak saya beritahu bukan semua perempuan suka pakai kain dalam. Dan kata mak saya lagi begitu juga sekarang ramai perempuan tidak pakai seluar dalam pun!


Oklah kita ke tajuk posting sebab posting ini bukan perihal kain dalam atau evolusi underware perempuan. Jangan pandang ringan atas isu yang saya utarakan sebab habit suami isteri yang tidak berdisiplin boleh menyakitkan hati sepanjang zaman. Contohnya, jika suami jenis tidak berdisiplin tentu isterinya rasa malas untuk berkemas dan hias rumah kerana suaminya juga yang akhirnya mencacatkan pemandangan. Rumah jadi macam kandang babi. Haaa...

Kesimpulannya, menyentuh mengenai disiplin, lelaki dan perempuan, suami isteri sama sahaja. Maksudnya ada yang menitik beratkan disiplin dan ada yang tidak. Ada yang disiplin baik ada yang sebaliknya. Namun daripada pengamatan saya perempuan lebih bersih dan berdisiplin. Contohnya mereka tidak boleh hidup dengan dengan bilik air yang kotor. Suami isteri haruslah duduk berbincang akan perangai-perangai buruk mereka dengan sikap terbuka. Mengakui perangai buruk tersebut, dan berusahalah mengatasinya. Setiap pasangan sumbangkanlah dengan memberi sokongan dan galakan kepada matlamat perubahan pasangan masing-masing yang mahu dilakukan tersebut.

Jan: Selamat berjaya....

Wednesday, October 10, 2012

Inilah manusia...




Sekarang saya tidak banyak menulis perihal rumahtangga orang. Dulu saya galak juga bercerita sehingga banyak koleksi kisah rumahtangga yang saya tulis tersebut `dibaca' oleh setengah pembaca blog ini seolah-olah saya anti perkahwinan. Itu tidak benar, saya sokong manusia yang berkahwin kerana allah. 

Tetapi jenis kahwin kerana allah ni payah hendak kita jumpa. Bak mencari bara dalam air. Payah sangat.

Kali ini saya paparkan kisah rumahtangga kawan baik kepada kawan baik saya. Tentulah banyak yang saya ubah untuk mengelakan saya didakwa, he he he. Menceritakan keburukan bukanlah bermakna supaya kita jadi buruk atau aibkan sesiapa (seperti orang politik selalu lakukan) tetapi bagi yang berfikir, buatlah sebagai pedoman. Ambil contoh tauladang.

Ceritanya begini. Kawan saya beritahu kawannya selalu resah, rungsing dan gelisah. Kecewa dalam hidup. Meratapi diri sehinggakan kadang-kadang menangis. Kalau daripada luaran memanglah keluarga dia nampak okey sangat. Ada 3 oarang anak yang tidak cacat, malah comel lagi. Ada suami yang baik dan kaki masjid lagi. Suami dia pun bukanlah muka jenis seposen macam saya ni. Jauh lebih handsum dan segak berganda berbanding saya yang setopok ni. 

Rumah pun rumah besar kerana kerja bergaji besar, ada orang gaji. Bukan sahaja masing-masing ada kereta tetapi juga MPV. Rumah ada taman lagi. Pintu pagar juga tak payah buka, buka secara automatik lagi. Makan minum terjaga, percutian terjaga semuanya. Macam saya ni bercuti pun jarang sangat, bercuti makan angin pun dalam negeri jea, join rombongan Kak Kiah agar kos dapat dikurangkan... Tapi kawan kepada kawan saya ni sudah 7 petala bumi dia dah lawati. Sehinggakan ada satu album khas gambar lawatan dia ke Kota Percintaan (Paris).

Nak tahu masalah rumahtangga dia apa? Nak tahu? Tapi jangan ketawa sampai terguling yea? He he he. Masalah dia ialah dia tidak rasa hidupnya bahagia, kerana dia rasa dia tidak berguna kepada suaminya kerana dia tak dapat persembahkan seorang anak lelaki kepada suaminya...

Jan: Inilah manusia.....


Wednesday, September 19, 2012

Kenali anak kita - PETRONAS, Haaaa...

Saya nak tergelak bila baca info kempen ini. Saya teringat kata-kata Prof Norma (pakar analisis pembuatan dasar) yang setiap dasar atau kempen akan lahir/bermula apabila terdapatnya masalah, selepas itu barulah ada step-step tertentu untuk mewujudkan dasar dan kemudiannya dilaksanakan. Maka masyarakat kita sebenarnya ada masalah lah...

Saya nak tergelak bukan pasal nak siniskan kempen yang amat bermanfaat ni (saya amat sokong) tetapi nak tergelak tengok realiti keluarga dalam masyarakat kita. Maknanya masyarakat kita tidak kenal anak mereka. Jangan terperanjat beruk sebab maksud di sini bukan kenal rupa paras tetapi kenal sebagai insan. Haaa... Bak kata Marlia Musa (bekas pelakon, bini Datuk M Nasir), setakat beranak beri makan, kambing pun boleh. Haaa....

Dalam kempen ini, katanya ibubapa kena jadikan diri role model kepada anak-anaknya. Sekali lagi saya nak tergelak, kalau boleh gelak sampai subuh. Bukan apa, nak jadi role model konon, jadi steamrool bolehlah.


Kita ambik contoh mudah. pasal rokok.

“Kadang-kadang kita lihat ada ibu-bapa yang merokok, mereka rasa macam tidak bersalah merokok di hadapan anak-anak kecil dan anak remaja mereka. Ini satu perlakuan negative, mereka ini perlu mengambil inisiatif untuk berhenti merokok mulai sekarang" - Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Mohd Yunus Pathi.

Saya nak tanya, berapa orang ibubapa yang ada buku panduan keibubapaang (Parengting)? Yang lajunya beli majalah Wanita, Jelita dan Mingguan Wanita (tapi nasib baik ada diselitkan juga pasal panduan keibubapaan ni, selain dari iklan yang berlambak kan? he he he).

Malas dah nak tulis panjang-panjang, nanti orang kata `man, awak tak kawin, awak tak tau...'

Jan: Kalau ada kempen `kenali bini kita' atau `kenali laki kita', saya rasa saya bukan nak tergelak, saya rasa nak nangis. he he he.

Monday, July 23, 2012

Perihal telefon bimbit dan anak kita!


Saya sangat bersetuju para pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Bukan sahaja ke sekolah, kalau boleh wajibkan/haruskan membawanya ke mana-mana sahaja mereka pergi, hatta ke tandas. Sama ada ke pasar malam, pasar siang, pasar minggu, ataupun ke kelas tambahan silalah bawa.

Kajian menunjukan 52% masyarakat mengakui kegusaran atau keresahan di hati mereka akan ketidakselamatan di luar rumah. Haaa... Mereka merasakan tidak selamat. Jenayah ada di sana-sini. Cuba baca Harian Metro.

Teknologi yang dimiliki haruslah digunakan dengan bijak sana. Bukannya kita wujud sebagai entiti masyarakat yang kufur nikmat dan bodoh sombong. Telefon bimbit banyak kegunaannya, banyak kebaikannya. Tidak perlulah kita nak nafi, nampak sangat kita macam Pak Pandir Moden.

Kalau marahkan nyamuk, kenapa kelambu hendak dibakar? Haaa...kenapa tidak pergi ambil penyapu kat kedai RM2, bersihkan sekeliling rumah. Buang air di pelapik pasu atau buang tin yang mengandungi air ke tong sampah. Jangan kata tidak sempat, jangan kata sibuk memanjang (sibuk buat anak ke?). Begitulah masalah yang berkaitan dengan telefon bimbit...(sebenarnya bukan masalah telefon bimbit pun... tetapi masalah anak kita!. Kalau kita fikir dalam-dalam sebenarnya bukan masalah anak kita (pulak dah) ianya masalah kita! Masalah tau beranak jea, tak tahu jaga anak atau bagaimana nak jinakan/disiplinkan...huh!).

"Awak tak ada anak Man, awak tak faham" Kata kawan saya sambil membelek katelog Akojaya Home Lifestyle 2012. Katelog itu kawan saya punya sebenarnya. Boleh bayar 5 kali. Saya tidak berniat nak beli, saja tengok. Di rumah saya sudah ada 100 lebih dinner plate dan macam-macam lagi platenya. Saya pun naik hairan kenapa jadi banyak begitu?. Saya membeli dalam tidak sedar kot...teruk betul. Sekarang saya sudah insaf, dah 3 tahun insaf...dah tak mengoder dah.

Kita kembali kepada tajuk posting...

Memang kontrol anak payah sangat. Lebih senang beranak dan beri makan kan? Memang payah nak asuh nilai murni/disiplin kepada anak-anak kalau kita juga 2 x 5 tidak berdisiplin. Surirumah guna telefon bimbit mengumpat, surirumah lelaki guna telefon bimbit nak mengorat!. Tak kan kita tak pernah dengar situasi begini. Dah biasa sangat kan? Haaa...

Kalau anak kita tu dah jahat, tak payah guna telefon bimbit pun mereka boleh buat jahat. Sekarang dunia terbuka luas. Tidak ada tapis-tapis lagi, sebab itulah kita kena sedar. Kita kena bina mekanisma penapisan dalam diri anak-anak kita. Agar mereka kenal intan dengan batu... Kita lah tu yang kena ajar..., huh! Bukan orang gaji atau jiran.

Bila kita tidak berjaya didik anak (daripada kecil lagi dah gagal), mulalah kita salahkan telefon bimbit la, peti sejuk la, rak buku dan sebagainya. Termasuk pihak kerajaan, NGO, Asia Tenggara dan dunia amnya. Bestkan hidup, salahkan orang jea kerjanya.


Jan: jom kita pakat ramai-ramai salahkan telefon bimbit pula!  He he he, selamat datang ke Malaysia.

Sunday, February 5, 2012

Suami suka meminjam duit...

A woman worries about the future until she gets a husband, while a man never worries about the future until he gets a wife.

Proverb


Semalam ketika saya bertungkus lumus lihat kamus sebab baca novel Jhon Grisham, saya menerima sms daripada kawan saya. Kawan yang sudah lama tidak sms saya kerana sibuk dengan perkahwinannya (yang baru berusia 2 tahun lebih).
Sebenarnya, pada hari perkahwinannya saya sudah dapat `baca' bahawa suatu hari nanti dia akan berbogel sebogelnya! Maksud saya dia akan habis semua duit dalam akuannya kepada suaminya. Saya pernah tanya dia dahulu kenapa bakal suaminya mahukan dia? Dia tidak dapat jawab! Dia hanya jawab dia perlukan suami kerana beberapa sebab. Huh, perempuan!

"Jangan ingat kita perempuan ni kita bijak, lelaki lebih jauh bijaknya" Kata saya sambil beritahu yang bukan semua lelaki tidak baik, ada yang baik macam saya, he he he. Jahat saya kan? Jahatkan?

Saya ada terdengar lelaki tersebut adalah ahli perniagaan yang berjaya kaya raya. Lantas kalau kaya raya mengapa perempuan macam kawan saya jea dia pilih. Lelaki ni kalau tak ada duit pun dia nak yang cantik. Ni kan pula ada duit. Saya tertanya jugak...

Tetapi saya yang jahat ini ambil kesimpulan mudah. Lelaki mungkin ambil kita kalau muka kita tak seMaya Karin asal ada duit, ada kerj atetap. Dunia maskulin sekarang, lelaki mana nak gendong biawak hidup? (padahal lelakilah yang wajib beri nafkah isteri dan anak-anak, tuhan tanya nanti...).

Sebenarnya, dah berpuluh ribu dah habis atas nama pinjam. Dan puluh ribu juga habis sebelum kahwin! Semua atas nama pinjam. Saya pun kesian kat dia sebab dia juga perlukan masa untuk kumpul duit tersebut. Sampai rela pakai baju kurung kain murah.

Kata kawan saya yang lain pula, suami isteri mana pakai kongsep pinjam, selain pinjaman tak berbayar, he he he. Saya tak tahu, saya tidak pernah ada isteri ataupun suami, he he he. Kalau sapa nak kahwin dengan saya, dan selepas kahwin kalau nak pinjam duit saya, saya beri sahaja sebab suami isterikan sehati sejiwa, he he he. Jahat saya.

Orang lelaki ni sangat pandai berlakon. Sebab itulah diwujudkan katogeri pelakon lelaki terbaik dan pelakon wanita terbaik. Sebab kalau ada pelakon terbaik sahaja, pasti lelaki jea yang memanjang dapat tiap-tiap tahun. He he he.

Memang saya ramal hidup dia memang lebih malang dalam perkahwinan berbanding dia hidup solo. Kini dia menangis dan susah hati hidup tak tenteram... Itu ke yang dia cari dalam hidup?.

Jan: Tapi kadang-kadang kita kompisu jugak, orang nak ke kita ke...? atau ke duit kita? Haaa...

Sunday, January 8, 2012

Didik anak secara spontan?









Saya senyap jea. Dalam hati saya rasa nak ajar. Rasa nak ajar cara bercakap dengan mak. Kalau anak saudara saya memang dah kena kat situ dah. Tetapi memandangkan budak tersebut anak kawan saya, saya senyap. Saya rasa tidak sopan kalau saya ajar budak tu di depan emaknya (yang berpelajaran tinggi).

Kalau beginilah caranya saya bimbang dalam beberapa tahun lagi anak dia akan tengkeng dia. Mungkin depan orang jugak kejadiannya. Harap-harap bila budak itu besar nanti dia berfikirlah. Tapi boleh main harap-harap ke?

Saya dengar sendiri cara anak kawan saya `arah' maknya ambil buku, ambil itu ini. Dibibikan terus emaknya. Tidak ada pun perkataan `tolong'. Dan tidak ada perkataan `terima kasih' selepasnya.

Saya yang tercongok depan tu rasa janggal dan malu. Saya buat-buat main sms. Memang dulu ada kawan saya ni beritahu anak-anak dia ni jenis tak dengar kata, tak fikir panjang macam adik beradik suami dia.

Tapi orang selalu kata budak-budak memang begitu... Ya la masih budak tetapi kalau tak diajar tidak akan belajar kan?. Tapi dalam Majalah Fardu Ain tu dia ada beritahu kanak-kanak dilahirkan bak kain putih...

Hendak salahkan emakbapak 100%, tidak adil sebab makbapak balik rumah lewat petang. Balik letih pulak. Tetapi kalau nak salahkan jiran atau kerajaan Barisan Nasional lagi tak kena...

Macam mana yea nak didik anak? Kita kena belajar dari buku ke? Atau ikut cara mak ayah kita didik kita? Atau buat la apa yang patut ikut kepala otak kita sendiri iaitu buat secara spontan jea...

Jan: Boleh ke didik anak secara spontan?

Friday, December 30, 2011

Nasib dia...nasib kita? Haaa...





Kawan-kawan saya yang berkahwin tidak pernah menalipon atau sms saya bila mereka tengah bahagia dengan pasangan masing-masing tetapi bila ada masalah, mereka sms atau kol sampai berjam-jam... Tidak pernah kawan-kawan saya kol bila mereka sedap buat seks atau sedang bercuti dengan keluarga mereka untuk menceritakan kesedapan yang mereka alami tersebut. Ini adalah kenyataan.


Kawan saya kena pukul lagi. Saya tidak boleh cakap apa-apa kerana dia sudah besar panjang. Dia boleh report polis dan sebagainya. Dia juga boleh bunuh suaminya dengan alasan pertahankan diri seperti cerita dalam tv. Dia masih ada ayah dan mak dan adik beradik untuk mengadu, juga pejabat agama. Saya tidak boleh buat apa-apa saranan tegar sebab kisah-kisah dalam rumahtangga tak menentu pulangannya. Kadang-kadang seolah berjudi. Maksud saya suatu perjudian yang halal...


Yang saya tahu berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Dan saranan saya memang tidak sesuai dengan situasi yang dialaminya sebab dia sendiri kena bangun dan ambil tindakan... Dia pun bukan perempuan bodoh, dia ada degree, atau pulangkan sahaja degree tersebut? Haaa...


Suaminya jenis panas baran, dulu dia ada cerita suaminya tendang dia tetapi suaminya terjatuh semasa nak menendang dia sebab dia ada kerusi di hadapan. Suaminya marah sebab dia jenis `menjawab' mulut. Maklumlah cikgu, dah terbiasa bila pelajar tanya, kena jawab. Namun akhirnya beberapa jam kemudian mereka berbaik dan lakukan seks atas kerusi. Saya tidak tahulah macam mana mereka lakukan seks atas kerusi dan bagaimana posisinya tetapi posting kali ini ialah pasal betapa susah dan kompleksnya sebuah perkahwinan (walhal tidaklah sekompleks mana).


Dia beritahu hidupnya menderita, suaminya ada ugut mahu serang dia di tempat kerja (bilik guru) dan sebagainya. Banyak yang dia cerita kepada saya. Saya tersandar di tepi dinding sambil sekali-sekala menyuap roti gadeniar (yang jenis diet) ke dalam mulut. Saya mendengarnya sehingga bateri hp saya habis dan terpaksa cas kat plaq tepi dinding tepi katil saya...saya duduk bersandar.


Saya mendengar-mendengar dan mendengar...


Jan: Saya ingat dulu dia kata, dia mahu kahwin sebab dia nak ada orang melindunginya...dia pilih suaminya sebab suaminya rajin sembahyang. Demi allah itulah kata-katanya...yang saya ingat sehingga hari ini.

Wednesday, November 30, 2011

Api neraka dan anak perempuan...




Lewat petang semalam saya buka FB. Lama tak buka FB kawan baik saya yang sama-sama berUM dulu. Nama dia Nor Zuki Wan Isa. Saya tak menyampuk di FB dia. Saya tak reti. Saya jenis pemalu...

Tetapi posting ini bukan pasal saya pemalu tetapi pasal saya lihat di FBnya kawan saya paparkan hadis Bukhari lagi. Hadis pasal kita kena jaga anak perempuan kita. Rupanya ada juga manfaat FB selain tulis beritahu orang kita beli beg tangan baru...he he he. Jangan marah gurau jea. Ni haa hadisnya.

Hadis 11: Penghalang Api Neraka……

Dari Aishah R.A meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah S.A.W bersabda; Barangsiapa bertanggungjawab mengenai anak-anak perempuannya dalam satu-satu perkara dan melayani mereka dengan baik, kelak anak-anak ini akan menjadi penghalang kepada apa neraka .(HR Bukhari).

Dipetik dari buku Muntakhab Hadits, Hazrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi, MS 560.

Bimbang saya nak ulas hadis ni sebab saya tak layak mana... Namun pemahaman saya apabila kita kahwin maka terletak atas batu jemala (apa itu jenis batu?) kita iaitu tanggungjawab terhadap anak-anak perempuan kita. Kalau kita jaga mereka di setiap lapangan/gerak-geri dan keperluan, anak kita itulah yang memberikan kita pahala dan mereka dapat menghindari kita daripada tercampak laju ke neraka.

Jan: Kalau kita tak jaga anak perempuan kita? Kita biarkan jea garib isa dok tepi jalan. Haa...

Tuesday, November 29, 2011

Perihal daging salai...




Saya tidak mempunyai anak perempuan, juga lelaki. Saya tak ada anak pun... Namun saya sering memerhatikan tingkah-laku/gelagat dan ambil tahu hal anak-anak saudara saya, anak kawan-kawan saya dan anak-anak orang yang saya tidak kenal.

Sindirlah saya ni jenis `sekolah lama' ke atau berfikiran negatif, namun saya tetap rasa ia sesuatu yang tak kena. Saya agak tidak senang hati bila saya sentiasa berjumpa dengan remaja perempuan yang masih berada di luar rumah pada waktu yang bukan sepatutnya. Semalam saya keluar ke Petronas (bukan nak beli minyak tetapi nak beli ais kerim konekto, tetapi kecewa pulak sebab ais kerim tu tak ada yang berperasa vanilla...) pada lewat malam tetapi saya lihat masih ada remaja perempuan yang duduk lepak di tepi jalan bersama pasangannya. Berpeluk mesra, tak kenal dunia.

Terus saya bertanya dalam hati, adakah mereka ini mempunyai ibubapa?. Kenapa laaaa mereka biarkan anak perempuan mereka tidak menentu. Tidak bimbangkah mereka terhadap anak mereka? Anak remaja perempuan yang tidak dipelihara dengan baik mungkin akan jadi`makanan' kepada lelaki liar. Bak lalat yang mencari daging salai... Malah lelaki jinak pun tidak menolak jika daging salai di depan mata. Mereka mencium bau... Namun kita tidak boleh salahkan lelaki semata-mata...kalau daging salai ada merata-rata. Haaa...

Pendidikan harus diberikan kepada anak perempuan kita supaya mereka `takut'/berhati-hati dengan lelaki. Pergaulan yang terlampau bebas tidak mengira siang dan malam, bertepuk tampar, cuit mencuit, diusung ke sana ke mari siang malam mengundang duka. Bukan sedikit kita lihat berita menyedihkan di Harian Metro, hidup masyarakat kita ternyata teruk dan menakutkan.

Dengan pendidikan yang diperolehi, sepatutnya kita boleh kawal diri. Ini tidak, masyarakat kita terlalu bebas mengikut acuan barat. Namun saya tidak salahkan barat semata sebab ada orang barat yang bimbang jika anak mereka keluar dengan lelaki yang tak menentu. Kitalah yang lebih barat dari barat, sebenarnya.

Setakat melahirkan dan beri makan, kambing gurun pun boleh. Saya tidak akan melatah jika penulisan saya tidak disetujui. Mereka akan kata `Mang mung tak ada anak, senang cakap". Memang saya tidak ada anak namun saya percaya perkahwinan menuntut kita melahirkan generasi yang bijaksana. Dalam apa jua cabaran kita tidak boleh gunakan alasan. Atas apa alasan sekalipun kita mesti jaga anak perempuan kita. Kita jaga maruah mereka. Kalau terpelihara wanita, terpeliharalah keturunan, bangsa dan agama kita (macam rancangan `Ustazah Pilihan' he he he).

Kesian pula kepada saya sebab tidak boleh `bercakap' sebab tidak ada anak perempuan. Namun saya rasa sekeping daging salai tersebut haruslah dijaga kemurniannya. Sebab ia juga mewakili maruah keluarga dan keturunan. Bukan maruah agama sahaja.

Biarlah sekeping daging salai tersebut menjadi santapan sah sang lalat budiman...

Jan: Lalat lara...

Wednesday, November 2, 2011

After 72 days of marriage...?






Berbeza dengan kawan-kawan saya, saya tidak terkejut beruk dengan angka 72 hari. Bukan kerana saya bukan peminatnya tetapi saya memang tidak terkejut. Dalam dunia ni macam-macam boleh jadi. Dan saya menganggap mencari pasangan yang sesuai untuk menjadi `soul mate' adalah perkara terpayah sekali nak dibuat di atas muka bumi ini. Paling payah.


Kadang-kadang kita kahwin dengan pasangan kita kerana kita sangat tiada pilihan. Kita malu nak mengaku yang itulah (pasangan kita) yang mampu kita dapat, standard kita. Tolak-campur itulah yang terbaik bagi standard rupa kita yang tidak seberapa, kerja kita dan umur kita. Jangan cuba nafi...


"Saya berharap semua orang mengerti ini bukan keputusan yang mudah, saya berharap pernikahan ini selamanya. Tapi kadang-kadang, beberapa hal tidak berjalan seperti yang direncanakan gitu," Kata Kim (terjemahan bahasa Melayu sebab Kim tak pandai bahasa Melayu). Bukan semua orang pandai bahasa Melayu. Kim pun tak pandai. Kita mesti bangga bahasa kita.


Tetapi engtri bukan pasal bahasa, ia pasal berapa lama baru kita sedar yang kita telah membuat kesilapan...?


Jan: 8 tahun...

Wednesday, September 7, 2011

Kisah baju raya leher `V'.




Kalau kawan saya Shamsul Alex Amsuli (nama samaran, nama sebenar tak sedap mana, tak komersial langsung) tak cerita memang saya tak tahu. Tetapi memang saya rasa hairan sebab kali ini dia datang ke majlis seorang diri. Kalu tak biasanya bininya mengekor jea ke sana ke mari hatta satu kereta semua kawan lelaki, bini dia je seorang perempuan...bini dia rela.
Tetapi posting kali ini bukan mengenai perangai bininya yang suka mengekor. Sebenarnya kawan-kawan di sekeliling sudah perasan dan buat panggilan (gelaran) yang tak elok di belakang mereka. Saya ada beritahu biarlah bini dia mengekor pun sebab laki dia. Dia mungkin nak melindungi hak dia, he he he. Tapi kata saya ada satu tempat bini dia tak akan dapat mengekor.
Kawan saya tanya " Tempat mana Man, jambang?"
Saya jawab, "lubang kubur!".
Saya dah tersasar.... Sebenarnya saya nak cerita apa yang kawan saya tersebut cerita, bukannya perangai bininya yang suka mengekor dan cek sms setiap hari. Kawan saya ni elok perangainya sehinggalah dia berbini, jadi panas baran.



Ceritanya begini, puasa nan lalu kawan saya ni ada la beli baju raya leher bentuk `V' sebab nak nampak kurus dan muda macam saya (perasan). Mahal harganya, boleh beli 5, 6 kampit beras harga baju tu!. Boleh derma sekampit ke Bersamamu TV3.



Kata kawan saya bini dia `lari' balik ke rumah mertuanya minggu ke dua puasa lepas dia (kawan saya) bakar baju T'shirt tu.



Ceritanya begini, bininya tak semena-mena terbasuh baju tu dan leher V tu dah jadi besar. Dia naik radang sebab biasanya dia basuh bajunya sendiri. Katanya bininya jenis tak boleh diharap, contohnya kalau basuh pakaian bininya tak asingkan baju mengikut material dan warna. (apa punya laki cerita pasal buruk isteri, biasanya isteri la yang cerita pasal buruk suami, he he he). Saya menadah telinga, `cu citer, cu citer" Sambung saya sambil tarik lidi daripada mulut bila dagingnya saya kacip kemas-kemas.



Kawan saya memang basuh baju sendiri sejak dia kahwin. Dia tak percaya pada bininya sebab dah banyak kali bajunya rosak. Bininya jenis cak dus (jenis tak kisah, tak peka). Pernah saya pergi rumahnya, masa dia angkat air ke ruang tamu bini dia pakai t'Shit T yang kotor. Saya ingat lagi peristiwa tersebut. Apa salahnya pakai yang elok....kan?



Kita kembali kepada cerita... sedap je komen bini orang, kena kat bini sendiri baru padam muka saya (sekarang padam muka kawan saya, he he eh). Bila dia lihat bajunya rosak seolah awan gemawan jatuh ke atas bahunya, halilintar memancar-mancar dan Mat Sabu tetap dengan pendiriannya...) terus kawan saya sumpah seranah bininya dengan kata-kata yang tak elok. Tentulah bininya yang hati lemah merajuk dan meninggalkan dia.



Dia pulak jenis tak pandai memujuk (macam saya la...). Maka perang dingin berlaku sehinggalah lepas raya, bini dia tak balik lagi ke rumah. Katanya sebenarnya bini dia ada balik ke rumah bila nak seks. Lepas tu balik semula ke rumah mertuanya...



"Ya allah yea ke?" saya tanya, saya tambah kuah satey. Tapi kuah ni tak sedap mungkin kacang hangus sikit. Kat mana dia tempah, huh!



" Demi allah pung, Sunggoh pung Maaaang" dia jawab.



Saya terkedu, kalau ikut logik tak kanlah kerana sehelai T'shirt boleh jadi macam ni sekali.



Jan: semasa kami balik dari majlis tersebut, saya cadangkan kepada kawan saya, tidor berasingan bilik. Bila nak buat seks baru tido sebilik. Saya juga cadangkan kawan saya beli dua mesen basuh.

Friday, July 8, 2011

Laki kita...laki orang...



" Suka jugak saya memasak, kadang-kadang suami saya masuk dapur membantu. Dia pandai memasak" Kata Puan Kamarian yang suaminya dulu ada cita-cita nak jadi Chef Wan.
" Suami saya pun suka bantu saya memasak". Jawan puan Asam Jawa, wal hal suaminya haram pun tak masuk dapur. Tau-tau nak semua makanan terhidang atas meja. Tapi terpaksa jugak beri respon sebab kawan-kawan semua cakap pasal suami suka menolong (macam cerita pertandingan laki sapa pulak yang paling rajin, he he he. Huh!).


XXXXXXXX


Saya tak ada laki. Kawan-kawan lelaki saya semuanya tidak pernah ada laki. Cuma kawan-kawan perempuan saya ada yang ada laki, tak ada laki dan pernah ada laki (janda). Saya pun tak pernah langsung membandingkan laki-laki kawan saya. Sekalipun tak pernah. Saya tak ada masa, banyak perkara lain yang nak dibuat. He he he.
Kadang-kadang kalau kita tengok laki orang, kita rasa benar kita dieksploitasikan sepenuhnya. Kalau kita tengok bini orang lain, beruntung benar mereka berbanding kita yang kerja siang malam ni. Pagi bangun pagi buat makanan, kemas rumah lipat kain malam nak `beraksi' lagi. He he he.
Orang lain gi kerja laki antar, balik laki ambik. Kalau nak gi shopping laki tunggu!. Kita?. Kita ni gi kerja gi sendiri, balik kerja tumpang kawan. Kalau gi shopping haram nak tunggu. Siap awal-awal beritahu gi sendiri...
Saya tak tahu adakah perempuan giat jugak membandingkan laki mereka dengan laki kawan-kawan mereka. Atau mereka tak kisah? Dan kalau `terlepas' baru meraung? He he. Tapi pasti ada kan? Tetapi perempuan taklah bandingkan kehenseman semata, mereka lebih minat melihat kepada karisma dan tanggungjawab. Dua perkara yang semakin lelaki tak ada, he he he. jangan marah.



Jan: Pun begitu, bersyukurlah ada laki... (bagi yang ada laki yang baik, jangan marah. He he he)

Thursday, July 7, 2011

Bini kita...bini orang...





" Mang, yang pakai baju kurung hijau bertudung labuh tadi sapa? " Tanya kawan saya.

" Tu la kalau nak kenal bini Dr Maarof Saad Suduku (nama samaran jea) " Jawab saya.

" Lawa bini dia..., Mang nak kahwin nanti cari la yang lawa macam tu, he he he" . Kata kawan saya, mungkin nak buat jenaka. Tapi dia terus serius bila saya buat muka menyampah. Jangan la kerena bini dia tak lawa saya pulak kena kahwin dengan perempuan lawa. Apa ke hal?





XXXXXXXXX:





Saya tidak ada bini. Dan saya tak pernah ada bini. Kawan saya ada yang ada bini, ada yang tak ada bini, dan ada yang pernah ada bini (kini duda). Ada kawan saya tu dia ada bini-bini, he he he.


Jadi saya tak tahu nak bandingkan bini saya dengan bini orang. Cuma saya pernah bandingkan bini-bini kawan-kawan saya. Ada yang cantik di mata saya, ada yang perilaku sangat sopan, ada yang peramah ada yang macam mayat hidup. Bukannya saya tak ada kerja lain tetapi gitu jea ilham datang, he he he. Jangan marah.

Namun saya tahu sangat ada ketikanya tercetus dalam hati seorang suami secara tidak langsung/atau langsung? membuat perbandingan antara bini orang dengan bininya. Bukan buat-buat ni, ianya tercetus tus-tus-tus, konon. he he he.


Apa yang mereka banding yea? Keikhlasan? pandai masak? cergas? Saya rasa tak..., saya rasa perbandingan selalunya dari segi perilaku lemah lembut dan kecantikan. Memang lelaki sekasar manapun mereka (walau macam Hulk/Transfomer), mereka akan suka bini mereka perilaku lemah lembut. Dan walaupun muka mereka `4 sepuluh' (konsep ini rujuk kepada barang yang murah di mana dengan RM10 kita dapat memiliki sebanyak 4 kuantiti yang tak berkualiti) mereka tetap nak bini lawa, kalau boleh macam ratu (walaupun muka mereka macam rotan). He he he, jangan marah.

Saya beritahu kawan saya yang bininya taklah cantik mana, biasa-biasa saja. Pada masa tersebut kami berkereta menuju Giant. Kemudiannya untuk menutralkan keadaan saya beritahu lagi " Mata mung je hok tengok comel" ( translate = "Kecantikan tersebut mungkin di mata awak sahaja").


Kami sudah berkawan sejak sekolah menengah, kalau saya komen apa saja (saya pernah komen saiz kemaluan dia masa kami mandi bogel di parit, di kampung dulu) dia tidak cepat berasa hati. Dia ada darah kacukan Cina.


" Orang perempuan ni tuhan jadikan cantik. Kalau lama-lama kita tengok mereka ada bahagian-bahagian (rupa paras) yang cantik. Hidung ke, mata ke, telinga ke. Tak macam lelaki, kalau dah hodoh, memang hodoh betul." Saya buat-buat tergelak. Dan saya tahu yang dia tahu saya buat-buat tergelak...he he he.


"Cuba mung wi contoh puang cantik, hok mung kelih?" (translate= " Cuba berikan contoh perempuan yang cantik pada pandangan matamu?". Tiba-tiba kawan saya tanya.

jan: Saya tergamangan... (translate= tergaman/terkedu), saya teringat Rania Abdullah... saya tahu dia bini orang, anak 3 atau 4 dah... tetapi dia cantik pada pandangan saya.

Tuesday, July 5, 2011

`King' dan `Kuing'

Memang betul raja hanya sehari? Lepas tu hamba?



Minggu ini saya rasa tidak nyaman sebab rumahtangga seorang kawan baik saya golak bergelora. Memang minggu ini saya sepatutnya banyak menulis mengenai pokok Brazilian Ironwood (yang sangat cantik jika dijadikan langskap kat rumah kita). Namun hati saya tawar untuk terus menulis pasal pokok tu (sebab saya perihatin).

Sesekali saya teringatkan nasib kawan dan isterinya. Tak naklah saya dok gembira sakan (sebab mak datang) sedangkan kawan baik kita dok menjeruk rasa... Saya hairan suami isteri baik ada masalah juga ke?

Suaminya (kawan baik saya) ada juga sms saya tetapi tidaklah banyak bercerita hal rumahtangganya, cuma dia kata ada masalah. Sedikit pun dia tak burukan isterinya, malah puji ada lea. Dasar lelaki begitu kot. Semuanya disimpan dalam hati. Atau ego? Entah.

Namun isterinya banyak bercerita dan saya rasa sangat kesian. Saya rasa isterinya sudah banyak berkorban. Isterinya beritahu kalau keadaan sudah tidak tertanggung, dia akan tuntut fasakh. Dia sms saya menyatakan dia sudah pergi ke pejabat agama pun, mengadu...( ya lah tak kan nak pergi jual Avon atau Cosway pulak).

Saya serba salah. Dua-dua pihak saya kesian. Saya tak menyokong mana-mana pihak sebab ni bukan perlawanan bola sepak. Saya kenal kawan saya sejak bangku sekolah menengah, pernah kami bersama mandi bogel kat tali air masa kecil dulu (tingkatan 4). Dia bukanlah seorang lelaki hidung belang apatah lagi buaya darat (selisih mailaikat 41).

Isunya bukan si suami curang... jauh panggang daripada ayam yang telah diperap dengan rempah. Atau kata orang Terengganu jauh keropok dari sos.

Saya pula bukanlah penasihat yang baik sebab motto saya daripada sengsara berdua baiklah sengsara seorang-sorang, he he he.

Jauh di lubuk danau hati kecil saya. Di gigi kolam hati yang punah ranah ini (pulak dah), saya tetap berharap mereka bersatu dan menempuh segala rintangan. Kerana, kerana bukan semua orang bernasib baik dan licin jea sepanjang jalan rumahtangga. Ada kapal yang tak henti dilanda badai tetapi tidak karam sebab mereka ada kasih sayang yang besar...

Jan: Ramai pasangan dapat bertahan kerana ada kasih dan sayang... Adakah lagi kasih sayang? He he he.

Thursday, May 26, 2011

3 jawapan yang ikhlas

Sekadar hiasan...




Pada tahun 1994 dahulu, seorang sahabat baik saya berpesan. Katanya kepada saya apabila mencari bini mestilah cari yang sayangi kita dengan ikhlas. Pada masa tersebut kami di tahun akhir pengajian di UM. Dia baru bertunang walaupun pelajaran masih tidak habis. Saya pula pada masa tu tak ada kekasih pun, tak tahu ke tengah ke tepi dok sorang diri, study....konon. He he he.

Kawan saya kata kita kena tanya bakal bini kita 3 perkara dan bakal bini kita tersebut kenalah jawab dengan ikhlas. Pertama tanya dia ikhlas ke tidak untuk berada dengan kita masa senang dan susah? Kedua tanya dia kalau kita ditakdirkan berkahwin lagi satu, ikhlas tak dia berpoligami? Dan ketiga, ikhlas tak dia menerima kita dari hujung rambut ke hujung kaki? Ada tak bahagian anggota badan kita yang jijik baginya...

Pada masa tersebut saya dengar jelah. Orang nasihat kita pasang telinga jelah. Tak semestinya kita ikut, he he he. Tidak terlintas pun pada masa tersebut saya nak bertunang, apatah lagi berkahwin, belajar tak tahu ke mana lagi. Tetapi memang ada beberapa orang pelajar dari beberapa buah fakulti minatkan saya, tetapi pada masa tersebut saya lebih minatkan buku dan KFC.

Bila saya bertambah dewasa, 3 soalan tersebut rupanya sangat penting dan membawa seribu makna...

Jan: Kau tidak ikhlas sayangiku...oh kau puaka tebing biru.

Thursday, May 19, 2011

Hati seorang janda...

Kata manusia yang paling tua hidup di muka bumi ini ialah " Saya suka buat hal saya sendiri, saya tak suka campur urusan orang lain". Itu saya transelit ikut bahasa Melayu. Umur dia 114 tahun, orang Brazil.


Saya sedikit terpukul di atas pernyataan tersebut sebab saya suka cara hal orang, he he he. Pun begitu tujuan saya bukannya untuk papar hal negetif orang, saja bercerita untuk diambil ingatan. Yang buruk dijadikan sempadan...sendiri punya fikirlah.

Saya pernah banyak kali kena aniaya, skripnya boleh buat filem... Mungkin sebab itulah saya selalu ada kecenderungan memihak kepada yang nampak tertindas. Setakat ini saya tidaklah menggunakan blog ini sebagai tempat saya menyerang balas. Saya percaya ada hari ahad, adalah isninnya. Ada hari rabu, adalah khamisnya...maksud saya adalah pembalasannya. Tuhan maha adil (saya libatkan tuhan).

Memang dia menangis-nangis di meja saya. Saya rasa bersalah pulak. Saya cuma tanya " Sejak kena cerai dek laki awak, awak ingat tak ke laki awak lagi? Masa mana awak paling ingat?.

Dia beritahu dia ingat laki dia tiap-tiap hari, paling ingat bila waktu senja...dia rasa pilu. Masa dia terangkan pada saya, dia tak semener mener menangis.

Setahu saya dia diceraikan lapan tahun dulu bila laki dia kawin lagi dengan budak UKM, masa tu laki dia sambung study...

Jan: Mengapa dia menangis? Kan lapan tahun peristiwa itu berlalu? 8 tahun...

PRTO: Kisah benar

Ini PRTO (Perihal RumahTangga Orang), Kadang-kadang saya rasa saya ni macam kaunselor tak bertauliah. Tempat orang curah perasaan. Ceritannya begini...

Minggu lepas saya terima sms daripada isteri kawan saya. Saya dah delete sms tersebut tetapi saya masih ingat apa yang ditulisnya. Dia beritahu dia sudah ajak suaminya (kawan baik saya) ke pejabat agama. Katanya suaminya tersebut mengabaikan tanggungjawab berrumahtangga. Saya tidak tanya pulak abai zahir ke batin...

Saya tidak pernah jumpa isterinya, tetapi isterinya selalu juga sms saya, katanya suaminya selalu sebut pasal saya. Saya yakin tentu penyebutannya mengenai hal baik-baik. Dia mungkin rasa selamat sebab suaminya berkawan dengan saya... (silap besar tu, he he he. saya taklah baik memanjang).

Kawan saya baik, baik dari segi bersahabat. Maksud saya dia memang tak menyusahkan atau menipu orang, jauh sekali dengki. Malah suka menolong kawan, contohnya dia pernah menolong saya semasa saya diganggu oleh senior semasa di zaman persekolahan (dia sepak senior tersebut). Dia selalu menolong kawan lain juga, itulah yang saya beritahu kepada isteri kawan baik saya. Dan isteri kawan baik saya beritahu dia tidak nafi katanya" kalau hal kawan-kawan rela mati, tapi hal keluarga tak ambil tahu...".(pulak dah).

Di pihak kawan baik saya, kawan saya tidak pernah beritahu hal buruk isterinya kecuali isterinya suka berleter. Mungkin lelaki begitu kot, tidak mencerita hal isteri kepada orang lain sama ada buruk atau baik. saya pun taklah beritahu isterinya ada sms dan cerita hal dia. Saya tak nak dia malu pulak, biarlah saya yang malu, he he he.

Cuma dalam sms-sms terakhir ni dia kian galak bergurau kalau bini dia selalu meragam dia nak kahwin lagi satu!

Jan: Ke kawan baik saya tu dah ada calon? Tengah mabuk?

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home