Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Menyolo.... Show all posts
Showing posts with label Menyolo.... Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Bukan pasal muka, mereka sunyi...





" Bukan pasal muka, mereka sunyi..." Kata saya, sambil saya menolak kayu api betul-betul di bawah kawah biar api menyala besar. Nanti lambat pulak daging nak pok kalau api tak besar.


Saya sudah selalu dengar cerita-cerita macam ni. Sudah biasa sangat. Sekarang bukan perempuan sahaja pisau cukur, lelaki juga begitu. Haa...


Ramai perempuan yang belajar tinggi berbanding lelaki, dan mereka ada jawatan dan stabil. Dan ramai juga di antaranya tidak ada rupa mana. Bukanlah tidak cantik tetapi tidak cantik mana, he he he. Maaf, saya pun tak handsum mana. Dan saya juga pernah ditipu, bukan sekali 2, bukan 3 dan 4 kali. Bukan...Haaa.


Tetapi posting kali ini bukan cerita saya. Asyik-asyik cerita saya je, nanti ada yang kompling. Sedangkan ini blog saya. Hairan kan?.


" Memang la muka pemuda tu tidak handsum tapi dia memang kasanova, dia akan bermaharajalela di FB. Orang tak handsum ni pandai berkata-kata. Apa lagi orang handsum...si perempuan yang bodoh tapi berpelajaran tinggi ni tertipulah..." Kata saya lagi. Selepas itu saya diam. Biar mereka tergedek-gedek merungut nak kan penjelasan dari saya, he he he. Teruk saya. Cari glamer murahan.


" Cuba bayangkan, duit ada, rumah besar, kereta besar berjawatan tetapi tak ada orang yang sayang ke kita. Apa kita rasa? Apa rasa bila balik lewat petang dari kerja.... Tentu la bila orang pujuk rayu kita cair.... Haaa" Kata saya, sambil saya buat-buat kacau gulai pada sebuah majlis kenduri yang saya sendiri pun tidak kenal.


" Belum kenal dah masuk RM3k ke akaun lelaki tersebut. Tak ke bodoh..." Kata kawan saya yang juga tidaklah secantik Maya Karin tetapi ada degree dari oversea...


" Awak tak faham mereka sunyi, bila sunyi kita mudah terpengaruh. Bila orang minat kat kita terus kita ambil serius...walaupun muka macam buluh. Sunyi ni penyakit..." Sambil saya masukan sebesen bawang yang telah dimesen ke dalam kawah besar tersebut (setelah saya nampak daun pandang dah mula layu...)


" Saya percaya kes-kes begini akan terjadi lagi, lagi dan lagi. Sebab ada orang yang sunyi..." Saya terus duduk menyandar ke dinding. Saya biarkan budak-budak pulak kacau gulai tersebut. Sedari tadi saya tengok budak-budak tu terkinja-kinja nak terai godel rempah ratus dalam kawah besar tersebut.


Saya pau sebatang rokok rakan, saya sedup dalam-dalam. Saya hembus perlahan tetapi bersungguh. Saya teringat kepada seseorang. Saya tidak pernah lupa untuk menyintainya walaupun sesaat, walau pada tarikan nafas terakhir. Walaupun dia telah kikis segalanya...


jan: Kerana saya juga pernah sunyi...

Wednesday, March 16, 2011

Komposisi kawan saya...

Semenjak darjah satu hingga sekarang komposisi kawan saya terdiri lebih ramai berjantina perempuan daripada lelaki (saya suka berada di kalangan orang yang cantik, ada shape, dan berbau harum, he he he). Beruntung benar jika seorang berjantina lelaki dapat menjadi kawan baik saya, he he he.
Saya lebih suka mendengar fantasi dan harapan yang indah-indah daripada cerita mitos yang menunjukan kehebatan diri, he he he.
Dilanjutkan lagi cerita kebanyakan kawan-kawan saya terdiri daripada mereka yang mengamalkan pengkongsian hidup (perkahwinan). Namun ada juga kawan-kawan baik saya yang hidup tak berkongsi (bujang), janda, duda dan di antaranya (he he he). Saya tidak ada masalah dengan status selagi dia tidak menyusahkan saya. Pemikiran yang berbeza itu biasalah... bukan semua orang cerdik/bodoh macam kita kan?
Saya dapat lihat perbezaan di antara mereka yang kahwin dan tidak kahwin, duda atau janda dan adakalanya saya tidak dapat lihat adanya perbezaan di antara semua golongan tersebut. Ada kawan saya kahwin dan nampak bahagia, ada yang tidak pernah bercakap pasal keluarga (bila orang lain cakap pasal keluarga, dia diam dan alih topik lain), ada juga kawan saya yang merana dalam perkahwinan (walaupun berpelajaran tinggi...) dan ada kawan saya yang beritahu saya kesilapan yang paling besar dalam hidupnya ialah berkahwin! dia menyesal. He he he. saya beritahu dia bukannya perkahwinan itu yang salah, mungkin dia kahwin dengan orang yang salah. Dan dia juga mungkin pesalahnya!
Kalau ada orang kata tidak berkahwin itu hidup akan lebih senang, saya bangkang. saya tidak setuju. Ada kawan saya yang tidak kahwin-kahwin tetapi tidak senang juga, selalu tak cukup duit walaupun tak ada anak bini. Hobinya membeli sport reeng. Dia juga tidak mempunyai hubungan yang baik dengan adik beradik, emak bapak, ayah ibu dan anak sedara... Saya berpendapat cara kita handle hidup kita tersebut buat kita jadi senang atau tidak.
Kalau kita jaga pasangan dan keluarga kita dengan baik dan berpanduan, insyallah kita akan berjaya. kalau diri kita sendiri pun kita tidak boleh kawal, bagaimana hendak mengawal anak bini/laki walaupun mereka keluarga kita sendiri.
Saya tidak tahu apa yang saya nak kata di posting sini... Mungkin hidup ini tiada ketentuan... Siapa pun kita, kita kena buat yang terbaik. Maksud saya kita boleh hidup menderita jika kita kahwin dan kita juga boleh hidup menderita jika kita tidak kahwin. Dan dalam banyak situasi kahwin tidak kahwin, ada anak tak ada anak di luar bidang kuasa kita. Kita hanya berusaha, berusaha untuk bahagia. Kita harus berusaha.
Setakat ini saya tiada masalah dengan kawan-kawan saya daripada segi komposisinya. saya terima mereka seadanya, dan mereka terima saya seadanya... Blockquote
jan: tetapi yang suka menyalak tu, nama dia saya garis merahkan!

Monday, July 26, 2010

Ya, saya bujang tua...

" uwekkkkkkkk.................kalau ramai tergila kat awak...dah khawin pun awak tu....tapi hampeh....bujang tua sampai skrg..."
Saya mempunyai pendapat yang berlainan dalam soal di atas. Bagi saya tidak semestinya orang yang tidak berkahwin itu mengambarkan bahawa mereka tak ada market langsung, mungkin ada market tapi jodoh tak sampai. Mungkin apa yang terjadi rahsia tuhan, dan ada seribu kemungkinan lain.
Pengalaman saya sendiri, ramai juga orang yang nak kan saya...he he he. Maka saya pun tak jawab apa-apalah bila dia kata begitu sebab pernyataan itu salah pada asasnya lagi, he he he. Tapi saya ikhlas buat pernyataan sebelum itu yang ramai nak kan saya, perkara yang sama berlaku di tempat kerja dulu.
Dan demi allah (unsur agama sempena dekat nak bulan ramadhan, puasa yang lalu dah ganti ke? he he he. Jangan lupa antar kat raya) ada kawan saya di tempat kerja lama beritahu dia kahwin tu bukannya dia nak sangat tetapi akibat daripada faktor usia semakin lanjut, maka dia terima je la pasangannya itu. Dan tambahnya dia beritahu sejak dia hidup sampai masuk U dan kerja, itulah seorang yang sayang kat dia. Di U tak ada pun orang nak ke dia atau pernah nak ke dia..., saya tumpang simpati walaupun atas bahu saya ni dah ada 10 guni simpati yang saya pikul, he he he.
" Dia sorang je nak ke aku man, mu tak mboh ke aku..." Katanya lebih kurang 7 tahun lalu semasa kami makan KFC kat Pekan, Pahang (dia belanja). Kesian kan...sorang tu je nak kat dia.
Maka memang tak boleh kita katakan orang yang kahwin tu orang yang laku atau ramai orang yang nak. Entah-entah yang dia kawin tu adalah satu-satunya insan di dunia fanna ini yang nak kat dia. Dan untuk pengetahuan umum dalam dunia ni ada lebih kurang 6 billion orang...
Entahlah saya berkawan dengan ramai orang yang dah kahwin maka pandangan mereka mungkin mereka simplekan...he he he.
" uwekkkkkkkk.................kalau ramai tergila kat awak...dah khawin pun awak tu....tapi hampeh....bujang tua sampai skrg.. "
Dan saya rasa menjadi bujang tua yang terkawal mungkin jauh lebih baik daripada jadi laki orang tetepi perangai tak boleh dikawal, he he he.
KESIMPULANNYA: Tak semestinya orang yang kahwin itu ramai tergilakannya...dan tak semestinya bujang tua tu hampeh di sisi allah.
Jan: Booo je lah...

Tuesday, February 2, 2010

Kaedah gambar...?

Seiring sejalan... (sebelum meraung seorang diri, hehehe)

ENTAH kenapa tahun ini ramai sangat yang `mahukan' saya, macam goreng pisang panas jadinya. Sebenarnya sindrom ni dah mulai ketara pada awal tahun ini apabila saya dah mula expose diri secara besar-besaran... Saya tonjolkan diri bukannya sebab apa, sebab saya juga mahu diri saya rasa saya penghuni dunia, seorang makhluk bumi.
Ikhlas saya cakap saya bukan nak cari bini atau teman tidur... Saja saya nak bergaya sikit untuk kepuasan diri (he he he). Saya mahu kelihatan segak dan kemas kerana saya semakin berusia... Kalau boleh nak jadi macam artis barat, makin tua makin segak dan `berisi'. Kalau ada orang terguda, bukan salah saya, (he he he sekali lagi). Lagipun tahun ni umur saya 40. Saya baru nak hidup...
Sekarang jangan tak tahu, tiap hari saya sikat rambut dan pakai minyak rambut. Sikat rambut sentiasa ada di dalam saku seluar, he he he. Saya pakai minyak wangi tiap hari dan pakai kemas sikit. Paling saya nak gelak saya sudah pandai keawi kasut saya, bersinar nar-nar, he he he. Sehingga ada pelajar tegur kononnya saya buang tabiat... Tak tahulah selama mana ianya akan bertahan...tapi tak lama rasanya...he he he. Saya tahu benar siapa saya sebenarnya...
Kembali semula... huh! Bayangkan masa saya guna motor pun dah ada yang ter`gila’kan saya, inikan pula saya dah ada kereta (walaupun Myvi sahaja...). Bayangkan...(baca dengan nada kearek...)
Dalam satu kes beberapa minggu lepas, saya tidak mampu menolak secara terus terang, ... dan akhirnya saya tersepit jadi mangsa mereka. Tetapi kalau tolak cara baik pun saya juga akhirnya akan dinegatifkan. `Terlalu pemilih', `macam handsome sangat' `batang dah berlumut' dan macam-macam saya dengar orang menghina di belakang.
Kaki rokomen ni sepengetahuan saya ada di mana-mana. Pernah nak jadi satu cerita tahun lepas dua orang perempuan dan seorang lelaki bertegang kata kerana saya. Seorang itu tak setuju bila seorang lagu utarakan nama calon untuk saya. Seorang lagi tak setuju, dia kata `terlalu gemuk la untuk Sukiman..., Sukiman suka yang kurus kaki panjang macam pen kilometrikol...'. Masa tu saya hanya tercengang sambil berfikir tahukah mereka pendetailan atau bagaimana orang yang saya suka peluk, cium dan gomol?. Cakap sesuka hati je...huh!
Kita kembali pasal inti penulisan. Ceritanya bermula apabila seorang tutor berjumpa saya dan bertanyakan saya nak ke `berkenalan' dengan seorang gadis?. Gadis tersebut adalah anak saudara kepada bekas laki dia (dia yang rekomenkan ini hidup pun tunggang langgang…hanya berkahwin selama setahun, tetapi bercerai, nantilah saya cerita di lain posting mengapa dia bercerai. Sedih sangat ceritanya... tu pun kalau dia izinkan saya papar ceritanya dalam blog ni).
Gadis yang direkomenkan tersebut bekerja sebagai guru di sebuah daerah pendalaman. Tutor tu beritahu emaknya (emak gadis tersebut) rungsing sebab anaknya tak pandai bergaya dan tak pandai `berkawan' dengan lelaki. Pada masa yang sama juga ada seorang pensyarah mahu perkenalkan saya kepada seseorang guru juga...huh! Apa ingatkan saya ni produk baru dalam pasaran ke?
Tengok la dulu gambarnya, berkenalanlah dulu… Saya terkedu namun saya buat-buat malu seperti pertama kalu tengok CD blue dengan kawan-kawan serumah masa second year di UM dulu (tahun 1991....). Namun awal-awal lagi saya beritahu yang saya ni jenis sekali tengok berkenan dan atau tak berkenan, ong the spot saya beritahu... jangan kecil hati nanti. Saya beritahu saya mahu tengok gambarnya dulu, saya tak nak buang masa. Saya minta gambar muka berukuran paspok dan sekeping lagi gambar sedang berdiri tidak berbaju kurung. Saya demand... (he he he laughing maniacally)
Dan beberapa minggu kemudian (nak dijadikan cerita) selepas saya lihat gambar-gambar tersebut saya beritahu direct kepada tutor tu '' Mak dia patut rasa rungsing...'' Tercengang tutor tu. Kejam saya kan? Kejam kan? Entah kenapa saya jadi begitu... Kalau tak menarik di mata saya pun tak payahlah saya kata apa-apa kan, atau kena kata?
Saya beritahu Adnan (salah seorang kawan rapat) yang saya dah tengok gambar-gambar calon-calon tersebut tersebut. Adnan tak banyak cakap (seperti biasa) tetapi dia kata sampai tunjuk gambar? Ya, sampai tunjuk gambar saya beritahu Adnan.
Bagi saya kaedah gambar bukan dikira baru dan telah lama diamalkan, ianya sebagai salah satu kaedah. Pada pendapat saya memang banyak cara kita nak marketkan barang di pasaran. Dan memang banyak cara kita nak `tolak' barang tersebut di pasaran kalau tak mahu. Tak yah beli, tapi nikmati iklannya... he he he. Kejamnya saya, ha ha ha (Laughing maniacally again).
Apabila kita lihat gambar orang yang nak dicalonkan kepada kita, sebenarnya ada dua sahaja di kepala kita. Tok soh nak menipulah ada dua saja iaitu PERTAMA berkenan, KEDUA tak berkenaan.
Dan kalau kita yang guna kaedah ini, kenalah tanggung risikonya. Bila orang tak berkenan kat kita tak payahlah kita berasa hati, muka kita bukan cantik macam Anita Sarawak atau sangat handsome macam Farid Kamil.... Ianya soal hati dan perasaan. Soal hati ni subjektif bukannya objektif... Bila tak berkenaan kalau `berkawan' pun akan jadi sebagai kawan je (meminjam kata-kata Sani iaitu salah seorang kawan rapat saya di tempat kerja lama saya yang tiap-tiap tahun nak bertunang...).
Hal ini orang tak faham kecuali orang yang dah pernah disuakan dengan gambar-gambar calon...
Jan: Kejam ke saya?

Thursday, January 28, 2010

upside down coconut life?...

I'm single and very happy...

Be alone or not to be alone is not the measuremet of happy life... As a human being sometime i feel sad sometimes i feel happy.

I'm so horrified with people who tried to match me with someone. Even already told (8 times) them that i need nobody they still insist...to make it happen. Sometimes i wonder are they tried to make mylife broken with that someone likes theirs? he he he (sorry just to make story a little bit funny...)

Anyway, i always love my life and my job...always...even the situation of people around me weren't so good but still i love my life, my students, my HOD (head of departemeng) and my Dean. I have Sharifah Aini's Cds so there is nothing else i need to ask for kan? he he he.

i feel alive in this company... because people around me are very friendly and we are close each other, help each other, share our laugh too...We never kick other ass for our benefit...so I'm happy to be here...in the green Muadzam jugle.

But there is also `drama' in mylife... there is always a sad episode or scene. I dont care what people did till they touch my territory or say something about 'shit' because i'm not a married man. If can I want shut their mouth up in the front of everyone... i want to direct my own drama there, let them to be seated! (biar mereka pulak terduduk, huh!). I dont care about shit but I knew, everyone supported me included my friends, my family that they love me for what i am. But only to those `shited' me i dont want to keep my relationship with them in future...to give, at least a massage to do not talk bullshit about me and my unmarried life again.

I thought...i am a little different now, somebody is leaving me... i' turn into upside down coconut now (tonggeng nyiur). My life/love changed me to be more outspoken now, the silent episode is now was my 'old me'... a long time ago i will just keep quite even my ass kicked...

...my life taugh me to stand up for my right... someday there will be judgement day!


Jan: ...My friend said `sometimes alone is by choice not by nasib...'

Thursday, January 14, 2010

Apa salah kawan saya?

Bila saya postkan posting `perihal jiran baru saya'. Kawan saya yang menalipon saya terus ceritakan sedikit sebanyak mengenai situasi yang pernah dialaminya. Sebelum dia berumahtangga dia ada la menyewa ramai-ramai di sebuah kawasan perumahan, kira standard la nyewa ramai-ramai kalau tak berumahtangga...
Kebiasaannya bila perempuan menyewa ramai-ramai ni tentu jadi perhatian orang di sekeliling. Paparanzi dan Mamaranzo tentu sibuk cari bahan-bahan untuk buat ketupat dan dimakan pada waktu-waktu petang yang nyaman....
Kawan saya beritahu bahawa jirannya `jadi lain' bila tahu dia tak berkahwin, dan rumahnya itu adalah rumah sewa perempuan. Peristiwa ini berlaku pada awal mula menyewa. Jirannya sejak hari itu jadi tak ramah malah berkelakuan semacam je. Kenapa ya?
Tentu kalau suami dia basuh kereta, dia tak senang duduk. Tentu isterinya 18 kali keluar depan rumah buat-buat ada kerja itu dan ini? Jemur kain la, alih pasu la, dan buat-buat cabut rumput...He he he kenapa ya?
Tetapi kawan saya tu baik, sangat baik dan bukan jenis gatal atau over... kesian pulak dia.
Kenapa ya dia dilayan begitu?

Jan: Buat-buat tanya...

Friday, January 8, 2010

Dia ajak saya kahwin...

Saya menolaknya dengan baik... Bila orang ajak kita kahwin tentulah itu satu perkara yang besar...
Namun penolakan cara baik pun mungkin nampak tak secara baik juga. Sebelum ini pun ada orang yang secara terangan `melamar' saya. Saya menolaknya dengan alasan yang saya tidak mahu berumahtangga lagi... cukuplah sekali. '' Hidup sekali, mati sekali, bercinta sekali dan kahwin sekali ''. Saya gubah pepatah daripada filem hindi '' Kuch-Khuch Hota Hai''...
Saya tahu dia benar-benar ikhlas dan sayangkan saya. Saya banyak bukti dia ambil berat tentang saya (biarlah Adik mungkin kata saya perasan lebih...). Saya juga rimas jika pertolongan tersebut atas dasar mahu mendapatkan saya. Namun saya percaya `ikhlas' itu adalah rahsia tuhan. Namun sempat juga saya beritahu jika dia menimbulkan lagi soal tersebut (hal kahwin), saya tidak akan berkawan dengannya lagi...
Saya juga beri tahu sekali lagi tiga perkara yang saya tak suka, tak selesa atau geli dengar " kahwin, curang dan Fara Fauzana ''.
Dalam drama sebabak tu saya ada juga bertanya kenapa antara ramai-ramai orang, saya yang jadi pilihan? Dia beritahu selain daripada saya handsum, saya juga banyak pengetahuan agama dan boleh bimbing dia. Dia kata jika saya gunting rambut, sikat dengan kemas guna minyak rambut dan pakai kemas, saya sebenarnya handsum. Dia tuduh saya sembunyikan kehandsuman dengan buat-buat gemuk dan serebeh.... Dan dia juga kata dia kagum sebab pengetahuan agama saya bukan setakat iman Syafiee je, dia kata saya tahu banyak hal agama. Kami sering juga bincang pasal agama bila berjumpa...
Sebab atas dasar pengetahuan agama tu memang saya tak dapat terima, saya tak tahu banyak hal agama dan bukan jenis saya nak bimbing-bimbing orang ni. Saya sendiri kadang-kala tunggang terbalik. Setakat baca buku dan cakap apa buku tulis, semua orang boleh kalau nak. Saya ni bukan jenis orang nak bawa mesej-mesej... Tapi sebab pertama pasal saya handsome tapi sembunyikannya tu saya jawab ''I'm not dinaying...''. He he he.
Dia kata dia nak belikan saya kereta Honda, set perabut jati dan macam-macam lagi barang kesukaan saya...
Jan: Cinta bukannya harta, cinta adalah jiwa, tak mungkin kita mampu membelinya...

Monday, November 9, 2009

Tak nak nafi...

Saya tidak mahu berbohong atau buat-buat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Saya ada merasai kesedihan apabila sahabat karib saya akhirnya bertemu pasangan yang sesuai. Kesedihan itu bukannya meratapi diri kerana masih bersolo (sedangkan sahabat baik saya sudah berduet). Kesedihan itu bercampur dengan kegembiraan...

Apabila kawan baik kita sudah mahu berkahwin, kita akan begitu gembira. Masih jelas diingatan saya dan Lokman pergi tengok cincin yang sesuai untuk majlis bahagianya. Saya tumpang gembira. Dan masih ingat juga betapa sibuknya saya bercakap dengan gadis genit jual cincin emas bila Ja mahu melihat cincin pertunangan dan perkahwinan yang sesuai. Kami berdua sangat akrab pada masa tersebut...

Namun kegembiran itu tidak disulami dengan kesedihan. Kali ini suasana berlainan dan lebih tercabar... Kegembiraan itu disulami kesedihan. Sedih kerana saya seolah kehilangannya... saya rasa terpinggir....(pulak dah)

Perkahwinan itu akan merubah sedikit sebanyak. Untuk hari mendatang saya harus membatasi pergaulan dan dalam masa yang sama menjagai pergaulan.Selepas ini semuanya akan berubah secara perlahan tetapi berterusan...tiada yang kekal.

Erti sebuah persahabatan payah nak kupas. Ia lebih daripada ikatan sepasang pasangan. Persahabatan menuntut lebih banyak penerimaan dan bukannya penyesuaian. Agaknya sebab itulah seorang suami/isteri sukar menjadi sahabat atau kawan baik kepada pasangannya.

Saya banyak menerima panggilan daripada kawan-kawan yang mahu mengetahui perasaan saya sekarang. Dan saya tahu mereka sangat perihatin dan mahu menolong. Saya ada ramai kawan baik, syukur. Saya sahaja yang merasa rimas sebab kadang-kadang saya juga manusia biasa, ada ego dan membuat penafian diri. namun saya tahu mereka mahu yang terbaik terjadi pada hidup saya, sebab itulah saya rasa rata-rata mereka nak pasangkan saya dengan perempuan yang bekerja sebagai cikgu, kerana perempuan dianggap sesuai dengan kerja tersebut. Entahlah.

Satu dua minggu ni saya selalu juga hubungi emak dan adik beradik, saja bertanya khabar sebab saya rasa mahu mengisi masa lapang. Cuma sekarang saya rasai sehari itu masanya terlalu panjang.
Dan saya dapati langit selalu mendung dan berhujan...saya dapati hutan rimba di kiri kanan saya ke tempat kerja semakin tebal... Saya dapati saya semakin sunyi dan sepi, dan lewat angin malam saya bertambah pilu...

Jan: No komen...

Sunday, November 8, 2009

Dah 7 perempuan...

Sekarang dah ada 7 gambar perempuan yang disend oleh kawan-kawan ke handphon saya. Ramai kawan-kawan saya percaya saya akan patah hati dan terus rasa nak kahwin berkobar-kobar apabila sahabat baik saya sendiri akan kahwin minggu depan...
Mereka nasihatkan saya bersabar dan bertenang (macamlah saya ni meraung dan terdesak). Saya disuruh tabah dan sebagainya. Pandang dunia yang luas dan sebagainya. Huh!, rupanya ramai jugak kaki sibuk ya.
Saya bersedih bukan kerana kawan saya kahwin tetapi merasai suatu perasaan lain yang disaluti rasa kehilangan orang yang memahami diri. Rasa sebuah persahabatan atau keakrabpang. Payah saya nak tuliskannya di sini, bukan semua orang memahami.

Saya terima jelah bila kawan-kawan send gambar-gambar tersebut. Bukannya saya kena bayar kan. Daripada profile saya dapati ada jugak yang cun dan putih gebu. Tetapi rata-rata dah 35 tahun ke atas. Semuanya bertudung, berisi, dan bekerja di dalam bidang pendidikan. Dan paling memeranjatkan semuanya akan terima saya sebagai suami jika saya sudi!

Saya tak nak komen apa-apa kerana saya pun bukannya sempurna sangat. Saya juga berisi, buncit dan bukan lelaki jenis maskulin apatah lagi maskulum. Saya tak ada kereta besar, tak ada rumah banglo apatahlagi rangkaian television ASTRO. Kelebihan saya mungkin ada rupa sikit, itupun taklah lebih sangat... Yang lebih sikit saya ini... dadanya penuh kejujuran, jiwanya penuh kesetiaan...(sebelum kahwin, selepas kahwin? he he he...)
Saya fahami situasi perempuan. Oleh kerana mereka perempuan tentulah mereka malu nak bertindak lebih...umur pun dah semakin ranum... Saya ada ramai juga kawan perempuan yang belum kahwin. Mereka baik-baik belaka, tiada kurang apa-apa. Saya tak nak komen apa-apa, saya hormati mereka. Malah saya rasa bangga pulak jika ada orang sudi bersuamikan saya, he he he.
Kalau ada masa saya akan cuba bersms dan berkenalan dengan mereka nanti, apa salahnya berkawan kan? dan selepas itu saya serahkan kepada takdir menentukannya. Susah jugak nak kata... Tetapi sms berkenal-kenalan tersebut saya akan lakukan selepas saya kurang sibuk. Sekarang saya dok sibuk periksa kertas jawapan final exam pelajar. Sibuk sangat2...he he he.
jan: Terima kasih kepada kawan2 yang antar gambar sepupu mereka, mak saudara, anak saudara bini, kawan yang janda dan sebagainya...Huh!

Sunday, October 11, 2009

Memahami orang lain...(orang yang tak kawin)

Kata seorang ustad, penulisan di blog jankaulu secara tidak langsung menampakan sikap negatif saya terhadap institusi kekeluargaan... seolah menyokong konsep hidup solo. Saya dengan segera berdrama sebabak:

'' Astarafirullah ustad, saya tak ada niat begitu pung..., banyak orang yang kahwin hidup bahagia...dan kalau ada jodoh, saya kahwinlah'' Saya buat muka terperanjat dan bersalah. Saya buat muka sayu seolah meraih simpati. Saya guna juga unsur islam (`astarafirullah' dan jodoh tadi..) bagi menyesuaikan isu, watak dan suasana.

Benarkah apa yang dikatakan oleh ustad tadi...? Saya mesti adil melihat dalam setiap penulisan saya. Ya memang ada isue mengenai keruntuhan kekeluargaan, curang (puaka) lara jiwa sana-sini dan pasangan yang pentingkan diri. Ada juga tentang ibu bapa tak pandai `ajar' anak dan anak tak pandai kenang jasa ibu bapa.
Ya la kan, mungkin juga jika banyak menulis secara langsung menggambarkan sikap dan pemikiran kita. Oleh sebab itu saya juga boleh dilebelkan sebagai seorang yang anti kekeluargaan/perkahwinan jika asyik menulis mengenai keruntuhan rumahtangga. He he he, nasib baik tak anti seks.

Saya terus berfikir mungkinkah saya menjadi cemburu sebab orang lain ada isteri, anak bini atau perempuan simpanan? sedangkan saya berlumutan dan berkaratan terlontar sepi. Tetapi tidak pernah pula saya berniat memandang negatif, negatifnya hanyalah kepada pihak yang tidak hargai apa yang dimilikinya.
Saya lebih senang berkawan dengan kawan yang senasib dengan saya (nasib malang? ke nasib baik?, he he he). Mereka boleh menerima saya, seadanya. Ada di antara kawan baik saya adalah orang yang tak kahwin, sama ada andertu atau antertu, janda dan duda!.

Memang manusia suka berada dan bergaul dengan orang yang ada persamaan dengan mereka (tentulah kan). Kalau tak perlu ada persamaan berkawanlah dengan kuda ke, kambing? atau dengan bunga Melur.

Persamaan membuat kita rasa selesa dan selamat sebab ia ada mengandungi unsur memahami dan penerimaan (bukannya unsur menghakimi). Golongan ini tentulah tidak mengissuekan status saya, mungkin sebab kami serumpun.
Sebab episod hidup orang lain tak sama dengan episod hidup kita, sebab itulah kita memerlukan keupayaan untuk memahami orang lain... Orang putih kata `masuk dalam kasut orang lain'....

Teringat pula suatu tragedi di tempat kerja lama. Rakan sekerja melukakan, calar hati saya. Dia tak reti basa..., syarahkan saya sebab katanya saya nak hidup senang dan tak nak ada tanggungjawab. Dia bersyarah tu pulak depan kawan saya (yang jugak spesis ranum juga...).
Bodoh sungguh, malulah saya kan...? Dan kemudiannya kawan saya yang turut mendengar saya `dibasuh' tadi kemudiannya beritahu bahawa `dia' (pensyarah bebas tu tadi) juga ada anak saudara yang andertu...so dia sepatutnya memahami.
'' Sepatutnya?, saya rasa tak...nanti suatu hari bila anak dia dah besar dan tak kahwin-kahwin barulah dia faham...'' jawab saya geram dalam haru...


Jan: Suka berkawan dengan kawan yang ikhlas dan tak hipokrit walaupun dia tak ada laki atau tak ada bini, mati laki atau mati bini, bercerai ataupun tak bercerai...

Thursday, May 14, 2009

Bagaimana kalau sampai bila-bila tak kawin-kawin?...

Sama ada kita hidup sendiri atau berduet, bertrio dan sebagainya, kita kena ada perancangan mengenai kehidupan pada hari `dewasa' kita. Pada masa tersebut siapa yang ada nak-anak, tentulah anak-anak itu membesar dan mungkin mampunyai keluarga sendiri juga. Kita bersama pasangan kita, atau kita solo sahaja...kita tetap akan keseorangan akhirnya.
Masa tu anak-anak dah besar belaka, kita pun tak segiat mana dah nak cari rezeki, namun perbelanjaan tetap berlaku kita berbelanja untuk setidaknya belanja makan minum dan untuk keselesaan tempat tinggal di usia lanjut...
Pernah dulu semasa saya tengah sedap mengumpat realiti hidup orang berumahtangga, Adnan tiba-tiba menyoal saya '' Bagaimana kalau sampai bila-bila kau tak kahwin-kahwin ? ''
Terkedu juga dibuatnya 2 saat, he he he. Skrip hidup orang berbeza ada yang menjalani hidup dengan senang ada yang lambat kahwin dan lambat dapat zuriat. Kehidupan tidak sama kerana bukan semua tuhan mahu samakan...Tak kan rumput tengah padang tu nak sama semuanya...
Bagi saya hidup tiada ketentuan tetapi kita kena try yang terbaik yang kita terdaya. Kita tak tahu ke hujung mana dan cara mana kita `berhenti' bernafas. Ada yang ada anak bini tapi mati berulat jugak di sofa, ada yang tak ada anak bini tapi mati dalam tidur di katilnya (tangan memeluk al quran, dalam air sembahyang). Kalau kita boleh pilih cara mana kita mati dan tempat mana maka tentulah Kota Paris akan sesak dengan orang yang akan nak mati, begitu juga Mekah. Kelakar kan?
Tetapi gelagat manusia untuk menyiapkan kehidupan di akhir phasa-phasa kematian mereka dan masa kematian kelakar kan? Tengok firaun contohnya, he he he. Tapi kita tak boleh sindir orang ya, he he he ampun.
Tetapi kita bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri, walaupun hidup kita bukannya solo. Apatah lagi kalu kita solo kan. Nak harap orang akan sayang kita sampai kita mati mungkin kisah tu ada di dalam novel-novel cinta je, he he he tanya Sue dia banyak membaca novel..
Kata kawan saya dia nak beli sebuah rumah. Umurnya pun dah ranum. Dia tak naklah nanti tua hidup keseorangan dalam susah. Kalau diberi pilihan hidup keseorangan dan susah dan hidup keseorangan tapi mewah dan jika itu sahaja pilihannya...tentulah pilihan kedua menjadi pilihan. Namun hidup tidak semudah itu, kadang-kadang ada pilihan, kadang kadang kita tiada pilihan langsung. Namun itu bukan penyebabnya kita nak putus asa atau tak mahu berusaha kan...
' Bila dah tak ada duit ni kucing jalanan pun tak nak jilat kita ''. Saya menambah dengan harapan dia berkobar-kobar nak beli rumah, he he he.
'' Nak harapkan husband belikan semuanya, sediakan semuanya agak melampaukan? ''. Dia menyoal saya.
" Tau pun.., kalau nak harapkan suami semua sediakan pun tak patut". Saya bangun dan selamba hulur tangan dan ambik kerepek ubi Mek Zue. Tadi sebelum ke kelas dia beritahu kalau nak ambiklah, ada di atas mejanya. Mek zu dan kerepek tak dapat dipisahkan, macam bank negara dan Tan Sri Zeti.
Di hadapan saya, saya lihat Adnan sibuk dengan permainan bolanya yang saya tak faham. Tapi kira ada mata-mata dan dapat point gitu. Kak Z di belakang saya kadang-kadang tersenyum depan komputer. Saya tengok di hadapan Ziela dok layan pelajarnya dan saya nampak juga Mok Teh dok makan bekalannya...
Pertanyaan Adnan tu saya jawab dengan berlapik. " Janganlah kerana kita tak kawin maka kita jadikan alasan untuk hidup tak bahagia, meraih simpati orang dan bermuka masam macam pantat gajah".
Hidup sendiri pun ada susah dan senangnya. Memang la kalau ikut hati nak rumah ada 7 bilik, nak bini macam Jerniper lopez. he he he. Tetapi hidup kita kan selalu berperang dengan diri untuk capai apa yang kita mampu...
Jangan terkejut sangat kononnya bila lihat duit kita dalam KWSP, sebab mendatang hari inflasi akan berterusan. Mana ada benda yang tak naik harga?
Jan: Bagaimana kalau merancang tapi tak dapat juga? Tetapi lebih baik merancang jugak kan?

Thursday, April 23, 2009

Mati berulat...

Dalam hidup saya sebagai Mohamad Sukiman Ishak ni, dah hampir 8 kali saya diisukan dengan isu mati berulat. Masa muda-muda dulu taklah terasa sangat tetapi bila dah akhir remaja ni hati mulai mudah tersentuh…(pulak dah). Tetapi orang macam saya ni cepat-cepat tutup terasa hati dan secubanya tukar topik lain meneruskan perbualan… Jawapan saya beripun macam lawak je. Kira macam lindungi kepiluanlah konon.

``Kan nanti awak mati berulat sorang diri dalam rumah tu…’’ Ni phasa ayat yang sering saya dapat. Ya memang kadang-kadang mereka memang tak ada niat buruk pun di dalam ayat tersebut. Mereka pakai hembus je dan saya yakin mereka tidak ada niat buruk. Cuma saya insan biasa terkadang tersentuh hati. Hati saya diperbuat daripada sel tisu yang lembut bukan diperbuat daripada besi perwaja. Bila balik rumah bila menghadap cermin terfikir-fikir juga…

Kalaulah kata-kata itu adalah suatu doa, besar kemungkinan saya mati berulat. Tetapi saya tidak percaya kata-kata itu satu doa. Doa, doalah, dan kalau berdoa mesti bersungguh-sungguh dan kena ada adabnya. Namun isu mati berulat ni saya tau sangat sebab ia adalah salah satu sub disiplen daripada tajuk besarnya iaitu `Bila nak kahwin?, Ja dah nak kawin...’.

Ajal maut dan cara kematian kita, kita tidak mengetahuinya sebab kita insan biasa, semuanya rahsiaNya. Saya rasa yang lebih pentingkan ialah bagaimana kita penuhi hidup yang dianugerahNYa ini. Sama ada kita gembira tak dalam kehidupan ini dan kita ada ke tak buat kehidupan orang lain gembira? Ada tak?

Oleh kerana ia sedikit menganggu fikiran, sya sms kepada salah seorang kawan saya yang selalu berfikiran positif. Dan dia sms balik kepada saya, dia tulis:

Alar, semua orang bila mati sok pun berulat gak..He he… Apa nk susah, dh jasad jer. Sbb berulat lar, tuhan suruh tanam. Bodo betuldia orang ni…

Jan: Tapi hati tetap pilu...sebab dia diperbuat daripada sel yang berperasaan (pulak dah lagi...!!!)

Wednesday, March 18, 2009

Jangan minta susu pada ayam...


Ramai kawan-kawan kita yang berjaya dalam hidup jika dilihat daripada mata kasar (ukuran kejayaan tersebut saya rujuk kepada material semata) sebenarnya bergelomang dengan banyak masalah, terutama masalah yang melibatkan jiwa. Masalah yang saya rasa dia oranglah yang mencarinya…

Masalah bukanlah suatu yang negatif kerana dalam sebuah kehidupan siapalah yang tiada masalah. Masalah yang saya maksudkan adalah masalah dalaman, masalah hati yang melibatkan perasaan kasih, sayang cinta dan sebagainya.
Masalah ini yang membuatkan jiwa tak tentu hala sebenarnya boleh dielakkan… dek kerana nak sangat orang sayang kat kita, kita dah gagal guna otak.

Yang rasional...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk memberi pengukuran atau penghakiman, jauh sekali cadangan atau pembentukan diri, diri saya pun senget sebelah, he he he (teringat lagu Uji Rasyid, jadi bujang telajak tak apa... jangan jadi bujang senget sebelah...hu hu hu)
Tepuk dada tanyalah selera. Cuma mahu menyatakan beberapa pandangan yang `sebenarnya apabila kita terdesak kita berkecenderungan untuk bertindak dengan tidak memikirkan kerasionalan, atau dengan kata lain kita akan buat silap'.

Jika kita hidup seorang dan terutama perempuan, kenalah jaga diri dan hati kita sendiri dengan lebih kuat. Apa yang kita tidak miliki tersebut sepatutnya menjadi kekuatan. Kawan saya nan sorang ni usianya dah hampir 40, kira akhir 30an. Dan saya faham benarlah jauh di sudut hati nya mesti dia ada mengharapkan seseseorang untuk datang bertandang dalam hidupnya. Bak sorang puteri yang terpenjara di puncak menara yang menunggu nunggu konon seorang putera kacak datang menyelamatkannya (kalau tak kacak pun biasa-biasa pun tak apa, he he he, asal ada?).

Seharusnyalah kena sedari dengan gaya dan kedudukan tersebut memang ramai yang mahu menghampiri, tetapi mungkin ada udang di sebalik batu. Bukannya mereka tertarik sangat dengan diri tetapi kepada honda city yang dipakainya dan apartment yang dimiklikinya. Mungkin duit menjadi minat utama.

Beri duit...

Saya memang tidak setuju dia bank-ing duit tersebut kadang-kadang sampai RM500 sekali bank-ing. Saya bukan mahu masuk campur tetapi saya harap dia ingatlah peristiwa RM11,000 yang melayang 2 tahun lepas... Mengapa tidak dibuat pengajaran?. Lagi pun lelaki tersebut bukannya tunang dia, jauh sekali suami dia.

Saya hairan dengan sikap kawan saya yang sorang ni suka mencari susah. Dulu masa saya belajar di UM, sebab kami ni jenis bodoh dan tak pikat segala kesusahan kami lalui, banyak perkara kami korbankan (termasuk perasaan kami...). Tak kanlah sekarang dia nak berterusan susah?

Bahana besar..

Kalau kita memberi kasih, sayang dan cinta kita pada salah orang bahananya besar. Bukan sahaja kita hilang wang ringgit tetapi kita juga akan rasa terhina, murah atau sales. Dan di luar sana kehidupan dan manusiannya tidaklah seindah cerita dalam novel-novel romantis yang dia selalu suka baca…

Sebagai teman tapi mesra...

Mungkin penulisan ini sebagai pesanan ikhlas daripada seorang kawan kepada seorang kawan. Kalau dia ada terbaca dan terasa, saya minta maaf banyak-banyak kerana saya rasa dia patut terasa... Rasionallah dalam pemikiran dan perbuatan.


Kehidupan saya bukanlah sempurna sangat, rasanya dia lebih berjaya daripada saya. Lebih ramai kawan dan punyai kedudukan. Namun bagi saya, saya cuba berpada-pada. Sampai sekarang saya rasa kehidupan saya ok sebab tidak terlibat dengan `masalah dalaman'. Saya mahu dia keraskan hati, bersemangat dalam hidup seperti dia yang saya kenali dulu.

Jan: Sebab apa selepas keluar universiti dia menjadi semakin bodoh?, semakin lemah...(amboi sedap kata kat orang, he he he)

Saturday, October 11, 2008

Berkahwin atau tidak berkahwin...

1. Tidak berkahwin bukanlah satu kesalahan, sama ada berkahwin atau tidak berkahwin tetap bukan merupakan suatu dosa. Yang dosanya datang daripada bagaimana kita pandui hidup kita dengan sebaiknya sama ada kita berkahwin atau tidak.

2. Kalau ada rezeki dan `usaha-usahi’ yang dijalankan berhasil, maka berkahwinlah kan…

3. Bukan semua golongan tidak berkahwin itu memang tidak mahu berkahwin. Mungkin mereka sangat-sangat nak berkahwin (bak kata ustad Ahmad mungkin masuk dalam bilik menangis malam-malam) atau mungkin ada yang sudah mengambil keputusan tidak mahu berkahwin atas sebab kita tak perlu tahu, he he he.

4. Siapalah kita untuk mengata dan memberi penghakiman terhadap hidup mereka ni…(sedih pulak rasa…)

5. Dewasa ini perkahwinan mungkin bukan lagi keperluan malah boleh jadi ia merupakan suatu pilihan kepada pihak-pihak tertentu.

6. Ramai juga individu yang memilih untuk tidak berkahwin. Mereka menganggap perkahwinan bukan pelengkap kehidupan yang utama. Contohnya, mereka sudah merasa amat selesa dan berpuashati dengan kehidupan mereka, khususnya dari segi kerjaya yang memuaskan, gaya hidup yang lebih kondusif dan mempunyai kebebasan dalam pelbagai perkara dan juga kestabilan kewangan.

7. Perkara yang lebih salah dan bangang adalah memiliki sebuah perkahwinan tetapi pengisiannya adalah tidak betul. Terdapat banyak kes berlakunya pengabaian, ketiadakadilan mahupun kecuaian di dalam institusi kekeluargaan. Contohnya kebajikan isteri yang diabaikan oleh pihak suami, pihak suami yang diabaikan oleh pihak isteri, dan pengabaian anak-anak.

8. Saya berpendapat mengabaikan tanggungjawab dalam perkahwinan merupakan kesalahan yang besar berbanding kesalahan tidak berkahwin (kalaulah ia merupakan kesalahan…salah ke?).

9. So saya sarankan sama ada berkahwin atau tidak berkahwin sama-samalah kita mengisinya dengan kehidupan yang bermakna, janganlah menjadi hakim macam lebih daripada tuhan pulak.


Jan: Kot-kot sebenarnya kawan kita yang tak kahwin tu sebenarnya kahwin dengan org bunian. Mana kita tau kan, he he he.

Friday, October 10, 2008

Golongan wanita yang tidak berkahwin...

1. Kawan baik saya ada menyatakan bahawa bebanan yang ditanggung oleh pihak perempuan jauh adalah lebih berat berbanding dengan apa yang saya telah lalui pada raya nan lalu. Dia menceritakan dengan terperinci mengenai masyarakat di sekelilingnya lebih cenderung memandang negatif terhadap perempuan yang tidak berkahwin berbanding lelaki yang tidak berkahwin.

2. Tanggapan cetek masyarakat yang begitu perjudis terhadap golongan ini kadang kala `menyeksakan’ golongan tersebut secara langsung dan tidak langsung. Masyarakat yang sepatutnya bersikap lebih `suportif’ menjadi sebaliknya, iaitu mereka telah memberikan tekanan secara halus kepada wanita yang tidak berkahwin tadi (tekanan ini mereka `hadiahkan’ mungkin tanpa mereka sedarinya).

3. Pada suatu tahap golongan wanita tidak berkahwin ini berasa sangat serba salah kerana hendak `berdikari susah, tidak berdikari juga salah’. Terpegun saya mendengar ceritanya. (saya pendengar yang baik sebenarnya, he he he. Kadang-kadang kaki penyibuk jugak).

4. Bayangkan bagaimana perasaan seorang perempuan yang tidak berkahwin menguruskan majlis perkahwinan adik perempuannya sedangkan dia masih membujang. Sekuat mana setabah mana pastilah hatinya terguris kerana manusia adalah insan biasa yang serba kekurangan.

5. Katanya pada saya “...Pada kemeriahan majlis itu tidak ada orang yang akan sedar terlukanya sebuah hati kerana golongan seperti kami memang pakar sangat melindungi kepiluan hati dengan senyum tawa dan gurau senda…”.

6. Perasaan orang yang tidak berkahwin hanya orang yang tidak berkahwin sahajalah yang merasainya.

7. Saya mungkin akan bertanyakan soalan yang sama apabila saya berjumpa kawan saya yang tidak berkahwin jika saya berkahwin.

8. So, jika saya ditakdirkan berkahwin suatu hari nanti, saya akan lebih berhati-hati dengan soalan ini kerana perasaan orang yang tidak berkahwin perlu dijaga jugak, mereka manusia.


Jan: Bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang tiada...

Thursday, October 9, 2008

Berkarat, berlumut?


Hari ni hari ke 9 raya, esok hari ke 10. Harap-harap rasa cuak ni akan hilang cepat-cepat. Memang saya sensitif bab-bab kahwin ni. Dulu masa awal remaja taklah jadi sensitif sangat (malah turut rasa lucu) tapi kini dah akhir remaja (he he he), saya rasa makin sensitif, rasa terpukul, rasa dibezakan...

Tu pun kira pagi hari raya ke dua saya dah bertolak balik ke Muadzam, kalau duduk beraya seminggu di kampung bagaimana agaknya ya?....parah kena badutkan.

Kejantanan?

Teringat pulak cerita daripada kawan baik saya, yang dia hampir nak lerak meja (terbalikan meja) kerana rasa cuak bila diperbadutkan (dipersendakan). Masa tu kawan saya tu sedang makan di kedai bersama kawan-kawannya. Mereka mempersendakan kawan saya kerana masih tak ada cahaya mata walaupun telah lama mendirikan rumah tangga. Ya lah kan bukan semua orang kawin lepas dapat degree dan bukan semua orang terus cepat dapat anak bila dah kahwin.

Dia naik berang bila kawan-kawannya mempersoalkan kejantanannya dan macam-macam lagi. Masa tu saya fikir ya ke? kan dia ustad, tak kanlah dia tak boleh kawal sabar.

Tetapi sekarang saya rasai apa yang dia rasai. Saya doakan nanti adalah rezeki tu, dia orang yang baik, tuhan tahu yang terbaik untuknya.

Kemaluan saya...

Kalu nak dikira banyak yang saya `dapat' habuan dari sekeliling. Kadang-kadang tertanya apa dosa saya kepada mereka. Saya tak boleh terima sangat jika alasannya hanya nak bergurau senda. Antara yang saya dapat ialah ` Kahwinlah cepat-cepat nanti P---- lu berkarat', dan dalam tawa ria terungkap dialog ni `lama-lama tak kahwin p---tu kan berlumut, kenalah guna, he he he...' sambil menyandar selesa kat kerusi rotan yang saya beli (buatan Malaysia).
Saya jenis boleh dibawa bergurau, memang saya humur orangnya, saya boleh terima silly jokes tapi janganlah fanatik dan terlalu peribadi, saya manusia biasa... Tolonglah jangan lucahkan saya, kemaluan saya tak ada salah apa-apa.

Anak dara tua...

Lewat semalam ada kawan saya dari Kuala Lumpur call, pensyarah IPTA. Katanya dia terbaca coretan saya pasal isu tak kahwin ni. Dia pulak dah luah perasaan hampir satu jam setengah!. Masa tu saya dok marking kuiz 2 sambil tengok tv ulangan tayangan `Rumah terbuka hari raya bersama Datuk Sharifah Aini', yang tahun 2004 punya (tahun ni tak buat rumah terbuka ke Tok Pah?). Dek demi persahabatan lalu saya layan jugak dengan bersungguh-sungguh. Saya kata sabar banyak-banyak (pandai pulak nasihat orang, bila kena atas batang hidung sendiri, sesak nafas, he he he)

Dia kata dia juga tak pergi melawat ke rumah jiran-jiran dia, dia kata dia mahu jaga hati dan perasaan dia. Saya pun apa lagi nasihatlah dia kononnya kena jaga silatulrahim, jangan begitu, kena sabar banyak-banyak. Tak baik putuskan silaturahaim, tuhan marah. Berkorban la sikit... (amboi macam bagus je nasihat orang). Tau apa dia kata `...asyik aku je kena berkorban Man...huh!'

Saya ingat lagi dia kata `muka aku ni macam papan lapis, badan macam batang balak, sapa la yang nak? Selepas saya jawap saya pun tak nak, saya terus sabarkan dia kononnya semua ini ketentuan allah. Saya guna aspek agama pulak sebab saya tahu tu kelemahan orang Melayu, he he he (atau kesistimewaan? mana tau kan?). Dan memang betul! lepas tu dia cool sikit.

Jan: aku di dalam emosi...

Tuesday, October 7, 2008

Guris dalam tawa...


SELAMAT hari raya, bila nak kawin…? Pertanyaan seperti inilah yang membuahkan perasaan tidak selesa, serba salah dan tidak senang duduk pada hari raya nan lalu, namun saya hanya mampu tersenyum (sambil dalam hati menyumpah kepada pihak yang bertanya). Kemudiannya barulah saya mula menjawab soalan itu sebaik mungkin, secermat mungkin dan sesopan mungkin. Saya sedar pertanyaan tersebut kerapkali hanyalah sekadar gurauan, sekadar satu gurauan yang mahu menimbulkan suasana ceria di khalayak ramai, (gurauan yang saya rasa tidak patut…).

Bukanlah menjadi suatu kesalahan hakiki apabila bertanyakan soalan tersebut jika benar-benar mahu mengetahui dengan ikhlas, namun daripada raut muka dapat diketahui majoritinya sekadar berbentuk pertanyaan semata-mata.

Bagai badut sarkes...

Suasana pada hari raya nan lalu paling mencabar, dah lima tahun tak balik beraya di kampung halaman. Bayangkan apabila semua keluarga jauh dekat sudah berkumpul, pak saudara, mak saudara, anak sepupu sepapat, laki kepada mak saudara, bini kepada pak saudara dan sewaktu dengannya. Mereka akan bertanyakan `bila lagi nak kahwin? Seolah-olah terdesak sangat saya wajib menamatkan zaman bujang. Mereka berkumpul di ruang tamu memanggil saya, memeluk mesra saya sambil bertanyakan bila lagi saya nak kahwin.

Walaupun saya tidak kahwin, saya juga manusia biasa yang ada perasaan malu. Saya malu dan tidak senang bila diajukan soalan peribadi itu di hadapan ramai orang (rasa macam dalam sarkas). Namun saya tersenyum (senyuman yang dibuat-buat…tak kan nak tarik muka 14 kan…he he he)

Daripada pagi hingga ke petang, hinggalah ke malam terpaksa menjawab soalan ini berkali-kali pada setiap rombongan raya yang bertandang. Maknanya pihak yang belum habis beraya di rumah saya akan dapat mendengar dan membandingkan jawapan yang saya berikan kepada mereka adakah sama atau tidak dengan jawapan yang telah diberikan sebelumnya. Biasanya saya sudah menyediakan skrip, dan dialog terlebih awal, bersama intonasi dan ekspresi muka. Namun bagi soalan cepu emas ini jawapan yang saya berikan kepada sanak saudara tidak pernah dapat memuaskan hati mereka. Hampir 99% tetap menyalahkan sikap saya yang menyebabkan saya tidak `laku’, he he he.

Ada juga yang menasihati supaya jangan memilih, terimalah sesiapa sahaja kerana faktor umur. Lagipun kata mereka saya ni bukannya ada rupa sangat (huh!). Ada juga yang beria-ia mahu menolong mencarikan pasangan, dan ada juga yang berkhutbah panjang lebar mengenai segala kebaikan berumahtangga pada pagi raya yang syahdu, maka benar-benar syahdulah raya saya. Hampeh…!

Bertandang ke rumah jiran? (biar dok pong…)

Perkara yang sama juga berlaku apabila saya menziarah ke rumah jiran tetangga dan sanak saudara pada hari raya (sebab itulah saya tak bertandang ke rumah mereka, padam muka, he he he). Mereka juga bertanya hal itu dan lebih parah lagi di sana terdapat ramai orang yang kita tidak kenali turut sama tertarik dan menunggu jawapan mengapa kita tidak berkahwin? Orang yang tidak mengetahui status kita akan secara automatik akan mengetahuinya.

Dan saya serba salah, hanya tuhan dan orang berstatus macam saya jelah yang tahu bagaimana perasaan saya apabila mata-mata merenungi saya semasa menunggu jawapannya (macam dalam mahkamah pulak). Perkara itu bukanlah satu kesusahan besar namun ia menikam hati.

Malaslah nak jumpa kawan lama…

Berjumpa kawan lama pada hari raya juga menyesakkan nafas dan ianya merupakan satu perkara yang tidak menggembirakan, memandangkan rakan sebaya biasanya semua telah berumahtangga. Selain bertanya khabar mengenai kerjaya masing-masing, topik seterusnya pasti mengenai keluarga. Hakikatnya fokus perbincangan lebih terarah kepada hal keluarga daripada hal kerjaya dan pencapaian akademik saya (mungkin pencapaian akademik tidak sepenting pencapaian dalam berkahwin (dapat kawin) kot dalam masyarakat kita, he he he.

Dan seperti perkara wajib, topik perkahwinan itu akan dipecah-pecahkan lagi kepada sub topik yang lebih kecil dan sensitif (setidaknya kepada telinga saya). Topik kecil yang tidak pernah mereka tinggalkan ialah khutbah mengenai kerugian tidak berkahwin.

Perjumpaan sekejap dengan kawan-kawan lama dan sanak saudara pada hari raya yang seharusnya menggembirakan meninggalkan kesan yang tidak selesa ke dalam diri, terasa sangat kehidupan yang dilalui ini `tidak betul’, serba kekurangan, atau `tidak sihat’.

Perbincangan hal peribadi itulah di antara beberapa sebab utama mengapa saya terpaksa memulaukan projek `reunion’ yang kawan-kawan adakan pada saban tahun. Tentulah normal manusia menjauhi `kawasan-kawasan’ yang mereka berasa akan mendukakan mereka, kan.

Lain pula gelagat kawan-kawan lama yang sudah beranak pinak. Mereka tanpa disuruh-suruh dan tanpa dipaksa-paksa menceritakan kehebatan dan kelebihan anak-anak mereka kepada saya. Saya akan `buat-buat’ tertarik mendengar cerita mereka, saya juga akan buat-buat mesra kepada anak-anak mereka. Saya akan menyentuh dagu atau mengusap kepala mereka. Namun jauh di sudut hati mahu saja saya menempeleng budak-budak itu (kerana menyebabkan saya ini rasa kekurangan). Saya juga akan berkata `comelnya budak ni’ walaupun hakikatnya saya berasa diri saya lebih comel dan bulat dari anak mereka tu, he he he.

Jan: Aku bagai badut...

Soalan2 di pagi, petang dan malam raya...

Soalan bila balik cuti raya...He he he. Huh!

Bila nak kawin?
Sorang lagi ke?
Kenapa memilih sangat?
Tua nanti sapa nak jaga?
Tak sunyi ke hidup sorang?
kenapa tak cari pasangan?
Suka ke hidup sorang diri?
Molek ke dok sorang ni?
Tunggu apa lagi?
Nak tak kenal dengan adik ipar saya?


Jan: tak terjawab...

Monday, September 15, 2008

Mencari `orang rumah' dan `tuan rumah'

Memang sukar ya mencari orang rumah, apatah lagi jika pencarinya serba kekurangan, cerewet dan ego. Namun begitu jangan lupa mencari tuan rumah pun tidak kurang payahnya jika pencarinya tiada kelayakan tambahan (value added) untuk menjadi orang rumah, he he he.

Dulu (masa kat Pekan) saya tidak terfikir sangat betapa payahnya mencari tuan rumah. Saya merasakan mencari orang rumah lebih sukar, perempuan pakai tadah je. Namun...jeng jeng jeng...bila ustad Ahmad menerangkan jangan tak sangka ada di antara kawan-kawan kita yang tak kawin-kawin ni, bila balik rumah, masuk bilik, nangis sorang-sorang. "La...Mad tak kan begitu terdesak nak berlaki?", saya pakai hembus je tanya.

Di atas katil queen (yang saya beli buatan dari Amerika, berkaki 6 (kat tengah ada 2 kaki, kan biasa 4 kaki kan) ustad Ahmad menerangkan dengan detail perasaan halus dan jiwa perempuan yang tidak `berjumpa' dengan tuan rumahnya... Setelah selesai dibuat penerangan, analisa dan pemerhatian, barulah saya terfikir memang betul jugak ada logiknya apa yang dikatakan oleh ustad tu. So kali ini saya ingin menulis mengenai mencari tuan rumah (bukan orang rumah ya, he he he). Kita pusing sikit daripada kebiasaan.
"Susahlah Sukimon, kita ni orang perempuan kalu nok dengan orang lelaki nak buat macam mana? tak kan nak cakap? Kata kawan baik saya Aznizon ketika kami sama-sama melahap nasi lemak (nasi lemak tu dioder sebaik saja bubur nasik dah habis kami makan) kat Simple, tepi Benteng. Best jugak makan kat Simple tu, kadang-kadang boleh tengok `drama minggu ini '... Entah kenapa hari tu sayalah yang gatal timbulkan topik tu bila saya tengok drama minggu ini bila sepasang merpati, bergaduh, pastu berbaik kembali bila si mamat tu memujuknya. Masa si mamat memujuk tu saya lihat muka dia sangat susah hati, macam muka bulan gerhana, macam kena naik court dek kad kredit. Si minah pulak selamba buat lembek-lembek tekak (macam Ella...). Huh!

" Ala.. buat-buat la `take care' ke, selalu ambil berat tanya khabar, antar kueh ke, beri hadiah. Macam Lokman selalu terima masa kat Pekan dulu..." saya buat-buat naif tapi sempat beri cadangan pulak dah. Teringat pulak pada Lokman yang masa tu digoda bertalu-talu, rapat-rapat, sesak nafas... Selalu kami dapat makan free Lokman bagi hasil daripada episod `memancing' tu. Masa tu saya dan Din galakkan je ambik apa yang diberi, rezeki katakan... Pernah kami dijamu pelbagai buahan oleh Lokman daripada kampung si dia. Saya ingat masa tu saya buat lawak "buah kelapa sawit tak ada ke? he he he".

" Tapi bukan semua perempuan macam tu, lelaki kalau dia tak berkenan, memang dia tak ndak, dia tak layan" sambung kawan baik saya sambil mengasingkan butiran kacang daripada nasi lemak (diet konon)... Dah lapan belas kali kami sama-sama diet (dan sama-sama gagal, he he he).

" Betul jugak, tapi orang lelaki ni pun sama jugak, macam saya kalau saya nak pun payah jugak saya nak beritahu...bergantung kepada individu tu la rasanya" saya cuba mencari jalan tengah (apa ingat orang perempuan je tau malu...?).

" Saya rasa bukan sebab faktor jantina la, Ada juga perempuan yang tak malu muka bila nak cakap terus sebab baginya ok berterus terang. Ada juga lelaki muka tebal terus ngorat walaupun orang yang dingorat tu dah sesak nafas, meluat. He he he." saya menambah.

Jan: Boleh cari yang macam brat pitt...?


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home