Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi aku mula berfantasi..., he he he - Abg Jan

Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, July 25, 2019

Someone You Loved, Lewis Capaldi dan sebatang rokok






Semalam sebelum tidor saya cari lagu Madonna, dalam petik-petik youyube itu saya terpetik lagu ini. Jari entah macam mana boleh petik lagu di atas. Seolah tuhan kirimkan lagu itu untuk saya.

Saya terus suka lagu tersebut...

Saya bangun dari katil, capai rokok dan keluar ke halaman rumah...

Saya duduk di kerusi, saya hisap rokok sampai habis...saya bangun

Saya mahu tidor...

Beza buah Manggis dan Mesta, dan orang yang pernah saya sayangi.




Sedang saya duduk raik jawapan pelajar, saya terima wasap dari sahabat Adnan, dia hantar gambar yang jelas untuk membezakan yang mana satu buah Manggis, yang mana satu buah Mesta.

Termasuk saya, ramai orang tahu makan jea, tak tahu membezakannya.

Ayah saya dan saya ada menanam beberapa pokok Manggis dan Mesta ini. Sekarang mereka sudah mulai berbuah. Dan saya berdebar juga adakah manggis atau mesta. namun saya terima sahaja rezeki dari tahun.

Merujuk gambar di atas saya dapati manggis buah lebih bulat dan `berisi'. seperti agak obess, manakala buah mesta pula memanjang sikit.

Ibarat bandingan seorang model dengan seorang pencinta makanan.

Ada orang suka manggis (sayalah tu), ada orang suka Mesta.

Apabila saya makan Manggis, saya teringat kepada seseorang yang pernah saya sayangi...

Titik.











Thursday, July 18, 2019

Kirim gambar kepada mak...



Saya beritahu mak "Ini gambar Abang masa tua, mak boleh lihat sekarang..."

Kisah muka saya...



Hari ini kawan saya applikasikan muka saya menggunakan handpone. Gambar pertama saya menjadi tua. Saya merasa sedih dan terharu. Muka saya buruk. 

Namun kehidupan begitulah, kita tak akan menjadi semakin tua nak elok. Kulit akan berkedut. Saya percaya apabila kita menjadi tua, kita bukan sahaja tidak menarik tetapi menjadi hodoh.

Gambar kedua saya menjadi muda dan glamour. Saya rasa gembira melihat saya menjadi muda. Saya nampak bahagia dalam gambar.




Orang kata hati budi paling penting, rupa paras tak penting, harta tak penting. Saya mahu tampar orang itu..he he he

Saya mahu tampar 8 kali.

Wednesday, July 17, 2019

Bagaimana mahu berhadapan dengan orang yang negatif?

Hasil carian imej untuk bad person


Ada manusia dalam seribu kebaikan yang ada, mereka usaha juga mencari keburukan. Mereka lebih tertarik kepada yang negatif. Contohnya mereka mahu mnghukum, labelkan orang. mereka lebih suka berfikiran buruk dan prasangka. Tambah ngeri dia berasa dia sahaja yang betul.

Kita selalu berjumpa dengan orang sebegini. Sekarang lebih--lebih lagi apabila ada sosial media yang bebas. Orang boleh kata apa saja.

Orang seperti ini boleh kita kesan dengan tutur kata atau tingkah laku. Ini kerana apa yang ada di kepala, dizahirkan dengan lidah dan anggota badan.

Manusia bukan haiwan jadi dia membentuk diri. Pembentukan dari alam sekitar atau dia membentukan dirinya. Dalam sedar dan dalam tidak sedar. Inilah yang membahayakan diri.

Kita juga harus kena diri kita? Adakah kita negatif orangnya? Jahat? Bodoh?

Saya juga bimbang tergolong dalam orang yang negatif atau sesat. Salah satunya saya merujuk diri saya ialah dengan melihat perangai kawan-kawan saya. Dengan siapa kita berkawan, begitulah sedikit sebanyak kita. Jika kita jahat, kawan-kawan kita lebih kurang kitalah. He he he

Ramai orang yang buruk tingkah laku dan hati di sekeliling kita. Namun saya percaya lebih ramai lagi yang baik.

Pada masa usia muda saya beranggapan lebih banyak orang jahat di dunia ini. Namun sekarang saya telah beralih arah. Ramai lagi yang lebih baik.

Hindari diri berinteraksi dengan orang yang negatif, bukan kita yang boleh mengubahnya. Mereka mungkin memerlukan seorang pakar untuk berubah. Bukan orang seperti kita. Buka mahu sombong tetapi tentu kita tahu orang mana yang perlu atau boleh kita bantu.

Bahayanya sangat besar. Tidak perlu bersama dengan orang yang negetif, berinteraksi dan sebagainya. Cukup hanya dengan seorang yang tidak baik terhadap kita, (kita berkemungkinan akan tangisi berpanjangan...)

Kita senyum...dan perlahan-lahan untur diri...

Tuesday, July 16, 2019

Ulasan filem Pet Semantary (2019): Filem paling menakutkan 2019!*

Hasil carian imej untuk pat sementary movie
Poster



1. Semalam selepas 'Fun Run, dan selepas makan banyak kolestrol di kedai X (selepas `run'), terus ke KCM tengok `Pat Sementary'. Fun Run ni bagus juga, adalah aktiviti pada hujung minggu, taklah nampak sangat saya menunggu mati. He he he.


2. Cerita seram menyeronokan (walaupun kita dikatakan membayar untuk rasa seram). Berbanding dengan megamool, harga tiket di MBO KCM juga menyeramkan!

3. Bertambah seram, termasuk saya hanya hanya dua orang tengok filem ini (saya dan sahabat saya) dalam keadaan samar bayangan... Rasa kami pula yang konon menempah seluruh panggung. He he h. Rasa mewah. Mak talipon pun boleh jawab selamba jea dalam panggung sebab tak ganggu orang lain.

Hasil carian imej untuk Pet sementary
Dia gali semula kubur anaknya untuk tanam ditanah yang boleh hidupkan balik anaknya.

4. Filem dari novel Stephen King tidak pernah mengecewakan. Sebagai pengemar cerita seram, ia berjaya menyeramkan saya.

5. Kisah satu keluarga berpindah ke tempat baru, rumah baru. Tapi bukannya rumah berhantu. jauh di belakang rumahnya ada tanah purba yang sakti. Dulu ada puak asli yang duduk tetapi mereka sudah tinggalkan tanah tersebut.

6. Tanah tersebut sebenarnya mempunyai kuasa boleh menghidupkan kembali apa-apa yang bernyawa apabila ditanam di tanah tersebut.

7. Bila anak kucing anaknya mati, kucing itu ditanam di tanah sakti tersebut, dan akhirnya kucing itu pulang!

8. Tetapi dalam diri kucing tu bukan kucing yang dulu...seram.


Hasil carian imej untuk Pet sementary
Kucing ini sebenarnya sudah mati...
9. Dan selepas itu anak perempunnya pula mati berlanggar depan rumahnya. Isteri sangat sedih. Dia sangat sedih. hantar isteri balik kampong dan mula mahu hidupkan anaknya balik.

10. Dia gali balik kubur anaknya dan tanam di tanah purba tersebut. Anaknya memang balik selepas pukul 12 malam. seram sangat adegan itu di mana dia menunggu kepulangan anaknya dari kubur. Dia siap mandikan sebab ada tanah di badan anaknya itu. Kesian pun ada.

11. Anaknya siap tanya tadi dia ke mana? anak itu tak tahu dia telah mati...

12. Banyak pengajaran kita boleh dapati dari filem ini. Selain jangan percayakan jiran, dan kita kena bina pagar bila rumah terlalu dekat dengan jalan besar, pengajaran utama ialah tak payahlah kita hidupkan kembali orang yang telah mati (walaupun kita sayang).

Hasil carian imej untuk Pet sementary
Kucing ini jadi ganas sebab dalam tubuhnya ada kuasa iblis yang jahat.

13. Dan janganlah terlalu modeng sampai tak percayakan bila mati nanti ada alam lain.(Logiknya pasti ada alam lain, tak kan orang yang curang di belakang kita terlepas begitu saja? Haaa...). dalam ceritanya ayah budak tu seorang doktor, dia tidak percaya alam selepas mati

14. Mungkin pelakon cerita ini bagus membuatkan saya rasa berkesan. Dan ceritanya digarap dengan penuh menyakinkan.

15. Kesudahannya amat mengejutkan saya!. saya tak boleh cerita. Tengoklah sendiri. Sebelum tamat keadaan jadi suspen bila isterinya balik dan lihat anaknya hidup! isterinya beritahu `itu bukan anak kita! Anak kita sudah mati!'

16. Kalau asaya tinggal di Kuantan , saya akan tengok cerita ini 3 kali. tengok dalam wayang dengan dalam Tv lain rasa keseramannya. Jauh lebih seram di panggung. Dalam tv kadang-kadang rasa lucu.

Imej yang berkaitan
Pak cik yang suka membawang hal orang lain, bila bininya mati.

17 .Selepas tengok wayang pergi ziarah Pakson, sambar baju t'shirt selai (ada sales). Terkedu sebab muat saiz XXL jea (padahal dah banyak kali berlari).

18. Sebelum balik singgah MyMama kejap rasa nasi kukus, bila berjalan-jalan jadi cepat lapar kan?.

19. Saya berharap saya tidak gemuk, tetapi apakan daya saya suka makan.

20. Sekian terima kasih.


* dah pernah post 8h lalu, edit semula, repost.


Ulasan Filem Annabelle comes home: Hantu keluar ramai-ramai usik budak-budak remaja

Yang kat bawah poster lebih menyeramkan dari annabelle...heheh



1.Annabelle (2014), Annabelle: Creation (2017) dan Annabelle Comes Home (2019). Sudah ada tiga filem Annabelle setakat ini.

Hasil carian imej untuk annabelle comes home poster




3. Minggu lepas walaupun saya sampai di Kuantan sudah pukul 1 pagi dari MRSM Perak (buat marketing), saya tetap bertekad mahu menonton Annebelle comes home. Apa yang terjadi pun saya akan tengok juga. walaupun letih giler.

4. Kisah anak patung berhantu ini asalnya hanya muncul sekejap dalam filem The Conjuring (2013), dan kemudian dibuat filem daripadanya. Filem pertama mendapat sambutan hangat walaupun banyak kritikan diberikan oleh pengkritik filem. Saya juga berpendapat Annabelle Creation (filem kedua jauh lebih bagus) berbanding filem pertama dan ke tiga Annabelle. Kutipan dia (untuk annabelle kedua Creation)  US$300juta walaupun kos hanya;ah US$15juta!

5. Dalam filem kedua itu, terjawab segala persoalan kenapa patung itu menjadi terlalu puaka... semuanya ada bersebab.

6. Saya hampir menonton filem ini seorang diri. Saya tidak mahu memaksa kawan-kawan turut menontonnya. Tidak adillah kawan-kawan saya selalu menemani saya menonton filem kesukaan saya sedangkan saya tidak menemaninya mereka untuk melihat keganasan. Rupanya ada kawan yang sudi bersama saya menontonnya. Terima kasih sangat-sangat hanya Allah s.w.t saja dapat membalas budi baik tersebut.

7. Bertahun-tahun saya selalunya pergi menonton seorang diri. Dan pernah ke panggong dengan kawan tetapi kami memilih filem yang berlainan... Dia tidak suka cerita hantu.


8. Plot filem Annebelle comes home mudah sahaja. Pasangan Ed and Loraine (pasangan pemburu hantu) meninggalkan anaknya kepada pengasuh untuk sehari. Dalam sehari itulah macam-macam terjadi di rumah tersebut. Dalam sehari itulah berlaku banyak kejutan yang mengerikan.

9. Cerita jadi menarik apabila kawan pengasuh bertandang ke rumah pasangan pemburu hantu itu. Kawan pengasuh itulah yang biroh sangat petik itu- petik ini, pegang itu-pegang ini dalam rumah tersebut. Dan bila dia masuk ke dalam bilik yang penuh dengan barang-barang berhantu...terjadilah cerita... keluarlah hantu-hantu yang ada dalam bilik tersebut yang menjadi penunggu kepada barang-barang. 

9.5 Saya menyampah betul dengan kawan kepada pemgasuh yang datang rumah orang buat macam rumah sendiri dan nak sangat jumpa hantu dalam rumah tersebut. Namun sebenarnya kawan pengasuh tersebut mahu hubungi roh ayahnya yang terlibat dalam kemalangan. Dia sengaja pergi ke rumah tersebut untuk tahu kalau-kalau ada roh yang boleh hubungi ayahnya. Dia rindu sangat. Yalahkan…hilang orang yang kita sayang ni bagai raga tak bernyawa. (sedih pulak bab ini)

10. Masyarakat kita (walaupun yang ada PHD – kawan saya) juga percaya barang-barang lama ada penunggunya. Makhluk tu jadi penunggu setia. (Sebab apa dia menunggu dan tak pergi bercuti atau jalan-jalan...saya tak tahu) 

11. Adengan yang paling menyeramlan adalah apabila patung Anabelle hilang, dan tup-tup ada di atas katil budak yang sedang tido…(rujuk gambar)!

12. Seperti biasa banyak pengajaran yang dapat kita kutip, antaranya; (1) Kalau kita buat kek, kita sendirilah kena tunggu kek itu masak sampai ke sudah, orang lain yang kita harap tak boleh harap. dalam cerita tu kek hari jadi hangus. (2) Bila kita tengok anak kita tu monyok jea bila pulang dari sekolah, tanyalah apa yang terjadi kot-kot kena buli. Ini tidak sibuk 24 jam. Kita letak handpone sekejap dan gaya anak kita. Bila kita gaya anak kita…mereka tentu akan bercerita (ewah saya macam ada anak 8) (3) Adalah biasa orang lelaki akan buat apa saja untuk perempuan (yang mungkin tak menyintainya pun) semata-mata dia menyintai perempuan itu sehingga dia sanggup kelihatan bodoh.(maaf ayat panjang). (4) Jangan berharap/berdoa untuk berjumpa lagi dengan orang yang telah mati di dunia ini (boleh harap sama-sama jumpa di syurga nanti jika bernasib baik. kalau nasib tak baik satu kat syurga, satu kat nereka. Nasib paling buruk mungkin dua-dua ke neraka…) (5) Tiada barang yang berpuaka, barang menjadi puaka kerana tindakan iblis, iblis menjadikan barang sebagai pengantaraan...sebelum iblis mahu merosakan roh.

Hasil carian imej untuk annabelle comes home



13. Adat saya, sebelum saya masuk panggung, saya bergambar dengan poster. Ada poster besar di tepi dinding tempat orang lalu lalang di tingkat atas tersebut. Saya tidak mahu halang poster tersebut maka saya terpaksa duduk berbaring menyengeng ala ikan duyung (Adnan kata ala ikan paus... ada-ada jea dia). Ada beberapa orang menengoknya... (macam la mereka tak pernah berbaring kat rumah).

14. Sebelum itu paginya saya makan nasi lemak di Watak Kopi. Kopinya sedap. kemudiannya saya mampatkannya pula dengan kek. Kek sedap tetapi terlebih easen. Lepas tu saya ke kedai sebelah pula, oder kek juga, kek keju. Sedap kek keju tapi saya bukan peminat kek keju. Saya tak ada DNA tikus. Namun selepas menonton wayang saya masih lapar. Kami terus menyemberang bangunan KCM dan ke D Apple, saya makan pula Chiken Cok bersama sejenis roti yang tidak pernah saya makan. Sedap juga. Semasa makan saya teringat pagi tadi saya timbang sudah 92.2 kg… (Ah…biarlah kerana kehidupan ini bukannya berkisarkan berapa berat badan kita, banyak lagi nilai murni lain yang mesti kita tanam. (persis kata-kata cikgu pelajaran sivik dan Tatarakyat…)

15. Saya harus cepat balik kerana mahu ke Ubai, Pekan pula. Ada majlis arwah. Dalam masa memandu, saya terpikir filem Annabelle tadi masih tidak dapat lawan cerita Annabelle Creation (Annabelle ke 2). Annabelle ke 2 ini keseramannya lebih kepada kejutan. Namun saya tertarik dengan satu cermin puaka dalam bilik tersebut yang boleh gambarkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan... Kalau ada cermin sebegitu tentu hidup saya akan berlainan. Tidak memandu Myvi tetapi mungkin Tiguang (Vokweagon).

16. Sampai di majlis tersebut, saya bersopan dengan memberi 3 kilo gula kepada tuan rumah. Nak beri duit bukannya majlis kawin, maka saya beri gula. Itu adat di tempat kelahiran saya, Besut. Saya beritahu tuan rumah saya tak boleh duduk lama sebab kena balik Muadzam... Tuan rumah suruh tunggu sekejap, dia mahu bungkuskan makanan. Saya bulatkan mata berpura-pura tidak perlu bersusah payah membungkus makanan. He he he.

17. Dalam hati saya, ya allah minta-minta la ada opor. Opor adalah masakan Pahang yang paling best!. Semasa saya menunggu saya terdengar perbualan beberapa orang mak cik. Mereka bercerita ketika arwah Datin Rafeah Buang (penyanyi tersohor) ada dulu, arwah suka sangat makan opor. “Kalau tak ada daging, kuahnya pun ok...” kata Mak Cik Saadiah yang menceritakan arwah datin Rafeah Buang pernah datang ke rumahnya. 

18. Bukan sahaja Opor, tapi ada juga ayam goreng berempah, ikan kering, ikan patin, hati masak goreng, bersama beleda, putu, dan gertas dan juga bubur kacang durian!.Semoga tuhan berkati tuan rumah.
19. Sebaik sahaja sampai muadzam saya terus makan, Saya tinggalkan sedikit untuk sahur. Saya kena puasa 6 cepat-cepat syawal dah nak habis. Tahun lepas sempat puasa 4 jea, he he he.

20. Kembali kepada Annabelle. Saya yakin akan ada lagi sambungan Anabelle ini. Anak patung yang dirasuk merupakan satu idea yang menyeramkam, tetapi seperti biasa cerita seram tidak mendapat sambutan sangat. Pelik.

21. Saya beri 6.5/10 sahaja sebab ia hanyalah seolah kisah remaja yang terperangkap di rumah hantu… tiada sesuatu yang baru.

22. Sekian.

Monday, July 15, 2019

8 jam bekerja adalah yang terbaik

Mulai dari gerakan itu, muncullah jam kerja selama 8 jam. Dalam 24 jam, manusia bekerja 8 jam, sisanya untuk istirahat dan bersenang-senang.


Kerja adalah amanah

Semakin saya berusia semakin saya manfaatkan masa 8 jam sehari dalam bekerja. 8 jam sehari tersebut meliputi kerja yang gajinya menanggung keperluan hidup dan keluarga saya. 8 jam tersebut saya akan cuba bekerja dengan penuh amanah meliputi kerja hakiki, dan kerja-kerja sampingan kepada kerja hakiki tersebut. 

Bekerja dengan amanah penting kerana kita mahu rezeki kita halal. Kita mahu jalani kehidupan dalam moral yang tinggi. Tidak mahulah rezeki yang kita makan anak bini itu berupa rezeki haram. Sebab itulah kita mesti bekerja bersungguh-sungguh. Kalau boleh kerja kita melebihi 20% dari kerja hakiki kita. Kerana mungkin kita lalai pada satu-satu masa-masa pada masa kerja kita. Contohnya berinteraksi dengan Lazada, FB, Insta dan sebagainya.

Kerja lebih 8 jam sehari?

Saya percaya pekerja yang bekerja melebihi 8 jam sehari akan membawa stress dan kita akhirnya menjadi pencurui. Pencuri kepada masa rehat dan masa rekriasinya. Dan pencuri kepada kesihatannya, dan lain-lain.

Pada masa saya muda dahulu, sebagai guru muda separuh dari masa 24 jam itu saya bekerja, berada di sekolah. Saya tidak letih dan saya juga pada masa tersebut masih bekerja untuk menjalani kehidupan biasa, bukannya membina kehidupan. 

Saya seronok menjadi guru, saya hanya balik rumah untuk mandi makan dan berehat. Malah kadang-kadang saya tidor di rumah sewa pelajar/sekolah. Lama-kelaman saya menjadi stress apabila harapan saya dan sekolah bertambah besar pada kejayaan pelajar saya.

Saya rasa pada masa inilah penyakit darah tinggi saya terbentuk. (pendapat bukan pakar perubatan, he he he)

Kerja di menara gading

Kini walaupun sudah tidak menjadi guru, saya selalu berusaha untuk melebihi kerja hakiki saya. Walaupun kerja saya tidak lagi meliputi 8 jam sehari (kadang-kadang saya ada kuliah pada waktu malam), saya tetap berusaha untuk lakukan yang terbaik. 

Saya tidak terikat bekerja dari 8 hingga 5 petang. Malah kerja-kerja pengajaran masih saya lakukan pada hari sabtu dan ahad. Saya tahu ini suatu yang tidak sihat. Saya semakin cuba kurangkan kerja pada hujung minggu. 

Dan kerja mesti disiapkan pada waktu kerja. barulah itu dinamakan kecekapan.

Apabila melihat pekerja lain bekerja lebih kuat dan lebih lama masa berbanding saya, saya mula berfikir yang bukan-bukan. Sehinggakan kadang-kadang saya berfikir sayakah yang malas? Atau merekalah pencuri yang sebenarnya? .

Kehendak organisasi dan kapitalis

Kehendak organisasi amatlah besar dan tiada akhirnya, namun kehendak kehidupan adalah mudah sahaja. Hidup yang berbahagia. 

Mungkin saya tidak bercita-cita besar untuk maju dalam kerjaya menjadi orang yang atasan. Namun jika itu adalah ukuran atau apa yang perlu seseorang lakukan untuk berjaya, tidak ramailah orang yang berjaya dalam hidup. Sebabnya kita hanya ada sedikit CEO. Kita ada lebih ramai hamba yang dipacu oleh CEO dan organisasi.

Dan jika kita bergelar Biduanita barulah kita dikatakan berjaya sebagai penyanyi, maka hanya ada dua orang yang berjaya sebagai penyanyi, Puan Sri Saloma dan Datuk Sharifah Aini.

Robert Owen bersama 1 Meinya.

Di UM dulu pensyarah pengurusan saya Dr Norman Mansur selalu bercerita mengenai latarbelakang pengurusan dan organisasi. Beliau ada bercerita pasal Robert Owen.

Robert Owen bertungkus lumus berteori, mengkaji, merancang memberi semangat untuk mendapatkan hak pekerja bekerja 8 jam sehari. Gerakan kesatuan sekerja memprotes kerja pada masa itu rata-rata sehingga 10 jam dan 16 jam sehari. 

Hal itu (kerja 8 jam sehari) terlahir dari gerakan yang dilakukan oleh para buruh di Amerika Serikat pada 1 Mei 1886. Sebab itu 1 Mei disistiharkan hari cuti. Sebab mahu bagi tahu yang kerja itu penting, dan ada masa cutinya.

Sebab itu hari pekerja kita kena cuti...he he he.

Dang-dang (tiba-tiba) kita pulak yang mahu kerja lebih dari 8 jam...

Akibat sudah lelah dengan realita yang ada, akhirnya gerakan pun lahir untuk nuntut jam kerja yang lebih ‘normal’


Dunia berubah teori berubah tetapi hakikat tetap hakikat

Namun apabila berlaku perubahan dunia yang semakin pesat, saya berpendapat keperluan melebihi 8 jam kerja sudah mula diterima ramai semula dan ianya menjadi satu petunjuk kepada kemajuan. maksudnya nak maju kena kerja lebih dari 8 jam. Sehinggalah kehidupan adalah hanya untuk kerja, tiada masa untuk diri dan keluarga. 

Saya berpendapat zaman ini lebih banyak pekerja mencuri masa diri dan keluarganya, berbanding pekerja mencuri masa majikannya...


Abang Jan: Jika kerja adalah satu amanah, kehidupan ini juga satu amanah!








Thursday, July 11, 2019

Belanja untuk pelajaran...?


2008



Isirumah kita tidak berbelanja tinggi untuk pelajaran berbanding dengan perbelanjaan lain. Adakah kerana pada minda kita rata-rata mengharapkan kerajaan? Biasiswa dan pinjaman?

Bagaimana tanggungjawab isirumah?


Wednesday, July 3, 2019

Ulasan filem Men in Black 4: International (2019): Men dah jadi Women in Black.



Ulasan filem Men in Black 4: International (2019): Men dah jadi Women in Black.
Image may contain: 3 people, people standing and text
Sukiman in Black

1. Alhamdulillah sempat juga saya melihat Men in Black terbaru, Kalau kira sekarang sudah 4 filem. Filem pertama 1997, kedua 2002, ketiga 2012.
2. Kalau hendak banding dengan filem yang lepas-lepas, bagi saya filem ini kurang menarik. Saya terkilan jugak dengan jalur ceritanya tapi filem ini masih boleh menghiburkan. Ada Liam Neeson dan Emma Thompson.
3. Konsepnya juga telah berubah. Saya yakin filem ini akan dapat kutipan paling rendah...he he.
4. Tidak lagi dua orang lelaki, kini lelaki (Chris Hemsworth) dan perempuan (Tessa Thompson) bergandingan watak dalam Men in Black. Walaupun mereka berlakon dengan baik sekali saya tetap merindui Tommy Lee Jones dan Will Smith. Terbayang-bayang di ruangan mata bak orang bercinta.
5. Ceritanya bermula dengan hero baru yang ego tapi kacak. (saya kata kacak sebab makhluk asing pun ada yang mahu tidor dengannya). Haru betul...
6. Kalau kira plot, plotnya sangat biasa-biasa jea. Budak darjah 3 boleh reka plot tersebut. Ada pengkhianat dalam organisasi. Dan akhirnya terbongkar...
7. Walaupun plotnya biasa, saya tetap rasa terhibur sebab ada adegan-adegan yang pelik dan melucukan. Contohnya ada perempuan yang cantik tapi di belakangnya ada lagi satu tangan! Bila bergocoh nampak real sangat. tapi tentulah hero menang. Contoh 2, Ada makhluk asing yang badannya boleh diceraikan dan dicantumkan semula.
8. Dalam filem ini Men in Black yang perempuan lebih cerdik dari hero. Lebih berdisiplin, lebih banyak lulus periksa dan sebagainya. Dan ketua paling besar Men in Black juga adalah perempuan. Filem ini mungkin boleh tukar dah jadi Women in black.
9. Saya tidak tahu kenapa pelakon lama tidak digunakan dan apa perlunya dua watak baru kalau sekadar mahu meneruskan cerita Men in Black ni.
10. Saya suka filem makhluk asing, namun yang ini sekadar hiburan sahaja. saya akan melupakan filem ini dengan mudah.
11. Dari darjah satu lagi, hingga kini saya percaya di kalangan kita ada mahkluk asing. Keyakinan itu bertambah kuat apabila melihat perangai pelik beberapa kawan-kawan dan pelajar saya. He he he. Lagipun tuhan maha kaya...semua dia boleh buat.
12. Selepas itu macam biasa saya pergi makan-makan. Pekena Pizza. Lama tak makan Pizza.
13. Saya telah melupakan filem ini...