"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, January 30, 2012

Melepaskan batuk di tangga





Rasanya ramai yang tahu bidalan ini. Ya, perihal buat kerja pakai mudah, tak bersungguhan dan tak berdisiplin. Sebagai tenaga pengajar, saya pantang kalau pelajar buat tugasan (kertas kerja) macam melepas batuk di tangga. Saya rasa nak bakulsampahkan sahaja hasil kerja mereka. Tetapi biasanya saya suruh mereka `redo’ semula. He he he. Tak sampai hati pulak. Saya berjiwa halus dan mengada.



Cuba kita bayangkan bagaimana bidalan ini boleh wujud. Masyarakat Melayu lama dulu ambil air di telaga atau di sungai, mereka tidak ada paip. Dan mereka juga tidak mengenali selipar Jepun (pada masa tu Jepun masih tidak menjajah Tanah Melayu), mereka hanya berkaki ayam sahaja. Bila nak naik ke rumah tentulah kena basuh kaki.



Biasanya di rumah orang Melayu lama, diletakan tempayan di sebelah tangga. Supaya kita dapat basuh kaki bila nak naik ke rumah. Dan mereka gunakan batuk (sejenis gayung atau bekas daripada tempurung yang digunakan untuk menceduk air) untuk ambil air di tempayan. Bila kaki dah bersih, kena la letak balik batuk tersebut dalam tempayan, atau tempat selitnya. Yang tak berdisiplin atau pemalas, akan letak batuk tu kat tangga jea (nasib baik tak dilempar jea). Atau jangan la pulak terbawa batuk tu ke dalam rumah. Nanti orang lain nak basuh kaki cari tak jumpa pulak.



Kita kembali kepada tajuk posting. Perihal kerja melepaskan batuk ditangga ini memang ramai dalam masyarakat Melayu kita. Contohnya buat majlis kahwin seperti melepaskan batuk ditangga. Penyudahnya tetamu makan nasi dengan acar dan kacang panjang sahaja (saya la tu, he he he). Dan boleh juga kata melepas batuk ditangga dalam member nafkah keluarga. Anak bini tak nak beri nafkah yang sempurna, bila dah kahwin rasa lega dan nak berseronok sahaja. Kot-kot kambing jaga anak-anak mereka (anak kambing tersebut) lebih baik.



Sebenarnya bila berkahwin kena la fikir pasal nafkah. Sampai anak dah boleh berdikari. Bila ada anak kena la bayar yuran peperiksaan. Masa saya jadi ketua tingkatan dulu, ada kawan perempuan jumpa saya, dia suruh saya jumpa gurubesar. Dia malu nak minta bantuan bayar yuran peperiksaan. Kawan saya beritahu kepada saya dia sudah minta pada ayahnya tetapi kena marah. Ayah dia kata kalau nak ambil periksa atau nak belajar jangan minta duit dengan dia. Ada juga ayah jenis ini kan? Ada. Selamat datang ke dunia Melayu.



Maka saya pun jumpa la guru besar dalam biliknya, mulanya takut tapi oleh kerana rasa marah, lancer jea saya burukan perangai buruk ayah kawan saya (yang kerjanya tunggu kedai kopi dan kritik kerajaan). Mak kawan sayalah yang sebenarnya kerja siang malam jahit baju kurung. Kesian.



Kalau nak bercinta, berkasih sayang dan berkahwin, buatlah sesungguih hati jangan lepas batuk di tanga jea. Bila sudah berumahtangga henti-hentikanlah perangai tak bertanggungjawab tu!. Malu la retek kat kambing...



Jan: sayalah `batuk' itu..., dia abaikan saya apabila dia dah berada di zon selesa. Hanya allah yang tahu bagaimana saya lalui hidup selepas dia tiada…(sedih pulak dah…ni yang boring ni)

2 comments:

Nong Andy said...

"Ayah dia kata kalau nak ambil periksa atau nak belajar jangan minta duit dengan dia. Ada juga ayah jenis ini kan? Ada."

ah.. ini buat saya emo!!

ada sorang bapak yg tak guna tu..
anak dia yg cari makan utk dia!! dia dok rumah goyang telur, anak bini meminta-minta ke sana sini macam pengemis.. Dia pula kalau isteri tak masak bagi dia makan, di cepuknya si isteri- kalaulah membunuh tu tak kena jail- dah lama aku bunuh dia!

sukiman said...

Ada Nooong...

Saya tidak menulis reka-reka. Semua saya tulis benar belaka. 5 tahun saya jadi guru mengajar pelajar STPM. Banyak peristiwa yang tak logik tapi berlaku...

.