Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Alam buku. Show all posts
Showing posts with label Alam buku. Show all posts

Wednesday, November 27, 2019

Ulasan buku: Bukan Doktor Gugel, Shazeli Abdullah, etal


Tajuk: Bukan Doktor Gugel
Pengarang: Suhazeli Abdullah, etal. 
Penerbit: KATA PILAR
ISBN: 9789672014201
Tahun: 2017 (cetakan pertama)
Harga: RM
Bil Mukasurat: 300
Lokasi dibeli: Megamall, Kuantan.(30/9/17)



Saya beli buku ini pada tahun 2017. Dan sudah beberapa kali saya membacanya. Cuma saya tidak suka sebab buku ini kertasnya murah. Jadi kuning dimakan masa.


Ramai orang yang beritahu saya dengan pengambilan ubat darah tinggi yang berterusan boleh membuatkan buah pinggan saya rosak. Buku ini telah menjelaskan sebaliknya. Dan yang lebih penting ia ditulis oleh doktor-doktor yang bertauliah. 

Walaupun begitu saya ucap terima kasih kepada kawan-kawan saya yang perihatin atas kesihatan saya.

Saban hari banyak yang kita dengar berita kesihatan yang bersifat `urban legend' ni. Kita percaya bulat-bulat jea sebab orang yang beritahu kepada kita lebih berusia, jadi kolerasinya mereka lebih tahu, lebih betul. Tapi itu silaplah...

Dan dalam google juga macam-macam nasihat karut marut yang kita terima. Kita kena pergi pada pautan yang akademik dan disahkan. Namun ia merumitkan. Jadi buku ini amat berharga sekali sebab memberikan hanya kebenaran dan sambil duduk terlentang pun kita boleh baca.





Buku ini setebal 300 muka surat dan dibahagikan kepada 10 bab:

Bab1
salah faham berkenaan perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital

Bab 2
Salah faham dan mitos berkenaan pelbagai penyakit umum.

Bab 3
Salah faham dan mitos berkenaan penyakit kronik (Diabetes, hipertensi dan hiperkolestrol)

Bab 4
Salah faham dan mitos berkenaan kesihatan wanita dan isu penyusuan bayi dan kanak-kanak

Bab 5.
Salah faham dan mitos berkenaan psikiatri dan kesihatan mental

Bab 6
Salah faham dan mitos berkenaan kesihatan pergigian

Bab 7
Salah faham dan mitos berkenaan diet dan pemakanan

Bab 8
Salah faham dan mitos berkenaan kesihatan dan ibadat

Bab 9
Salah faham dan mitos tentang ubatan dan isu semasa

Bab 10
Salah faham dan mitos tentang vaksinisasi


Saya sarankan, dapatkanlah buku ini sebagai panduan kita sekeluarga. Duduk saja-saja pada main handpone tu baiklah lebih bagus kita baca buku ini. tidaklah kita dalam kesesatan.

Ia disampaikan secara menarik, (secara soal jawab macam sesetengah buku agama). Ada gambar karikatur yang menarik juga.

Tak rugi membeli dan membacanya.


Bintang: ****

Monday, November 25, 2019

Ulasan Buku: Politik Perkauman dan Prospek Keharmonian di Malaysia - Profesor Wong Tai-Chee






Tajuk: Politik Perkauman dan Prospek Keharmonian di Malaysia
Pengarang: Profesor Wong Tai-Chee
Penerbit: Gerak Budaya
ISBN: 9789670311395
Tahun: 2019
Harga: RM10
Bil Mukasurat: 79
Lokasi dibeli: Megamall, Kuantan.


Pada beberapa hujung minggu lepas saya ke Megamoll. Saya beli tiga buah buku. Salah satunya adalah buku di atas (rujuk gambar). Antara sebab (selain murah) mengapa saya membelinya kerana ia ditulis dalam bahasa Melayu. 

Sukar jumpa buku sebegini dalam bahasa Melayu. Rugi jika tidak membelinya.

Buku ini mengandungi 17 topik yang diambil dari  akhbar Sin Chew Daily. Akhbar ini terkenal bagi masyarakat Cina di Malaysia. Edarannya pada suatu masa dahulu (sebelum dikuasai media massa elektronik) adalah sekitar 400,000 sehari.







Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian:

Pertama: Politik Perkauman di Malaysia (6 topik)

Kedua: Isu-isu masyarakat dan Ekonomi Malaysia (7 topik)


Ketiga: Isu-isu kaum cina Malaysia. (4 topik)




Profesor Wong Tai-Chee menulisnya dengan mudah dan ringkas. Sesuai untuk bacaan khalayak separa akademik. Orang kampung, orang bandar, orang laut, orang darat semua boleh membacanya.

Buku ini tidaklah memuatkan atau mencerminkan 100% apa yang telah berlaku dalam masyarakat kita kerana buku ini hanya memuatkan beberapa isu yang berkaitan sahaja. Contohnya hanya 4 topik sahaja pada bahagian 3 yang mengetengahkan isu-isu kaum cina di Malaysia.



Artikel yang dipilih dari akhbar tersebut telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu, maka dapatlah masyarakat dan kaum Melayu khususnya sedikit sebanyak memahami, mengetahui suara hati rakan Cina kita.

Buku murah ini `mahal' harganya jika dilihat kepada isu-isu yang dimuatkan sangat releven pada masa kini, yang membentuk masa hadapan perpaduan negara.

Dan buku yang nipis ini sebenarnya `tebal' dengan pengertian-pengertian, saranan dan harapan-harapan yang tersirat...

Bintang: ***


Thursday, November 7, 2019

Ulasan Buku: JohorROR - Dr Kamarul Ariffin




Tajuk: Johorror
Pengarang: Kamal ariffin (Dr)
Penerbit: WhiteCoat
ISBN: 9789671495681
Tahun: 2019 (cetakan pertama)
Harga: RM35
Bil Mukasurat: 350
Lokasi dibeli: Kawan hadiahkan.


Buku ini mengandungi lebih dari 20 koleksi cerita-cerita seram yang berlaku di negeri Johor. Kata belakang buku ini, kisah-kisah ini popular di Johor. Oleh kerana saya bukan orang Johor, maka saya tidak tahulah ianya popular atau sengaja dikata popular.

Namun yang lebih penting ialah penulisnya (Dr Kamal Ariffin) pandai menulis. Secara peribadi saya puas hati dengan teknik penulisannya. Dan juga jalan cerita `cerita-cerita' di dalamnya. Saya juga ada membeli novelnya `Ghospital'. Best jugak!

Sebagai peminat cerita seram, saya akan baca lagi buku ini jika ada masa terluang.Buku ini menghiburkan dalam masa yang sama menyeramkan.

Saya membacanya dengan tekun. Dalam beberapa keadaan saya rasa sangat takut lalu pergi membacanya di sebelah anak saudara saya (yang sedang main handphone dalam keadaan separuh bogel).

Keistimewaan buku ini adalah ianya tidak meleret...dan  boleh baca dan berhenti bila dah habis satu kisah. Boleh pergi buat air ke, ke tandas ke dan buat kerja-kerja lain sekejap.

Kisah yang paling saya suka antaranya ialah `Tangki air Kolej Matrikulasi Johor' "Pasar Karat Renggit' dan "Sekolah menengah sains Kota Tinggi'.

Bintang: **** (4/5)

Tuesday, February 21, 2017

Ulasan Buku: Bukan Pasar Malam : Pramoedya Ananta Toer

Image result for bukan pasar malam quote
Muka depan
Cetakan ke 8, Ogos 2015
Apabila kita membaca buku Indonesia, bahasanya ada persamaan yang banyak dan perbezaan yang sedikit dengan bahasa kita. Mungkin sukar untuk sesetengah orang, namun ia merupakan cabaran bagi saya.

Saya mula membaca hasil sastera Indonesia pada tahun 1989.  Novel pertama yang dibaca adalah `Keluarga Gerilya' hasil tulisan Pramoedya Ananta Toer (Pram). Sasterawan terulung Indonesia. Ia adalah teks wajib saya untuk STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia).

Selepasnya saya ada juga membaca novel Pram yang lain.

Jadi lama-kelamaan saya tidak menjadi janggal membaca buku bahasa Indonesia.

Ini sebuah novel sastera yang hebat. Penulisannya dari hati dan otak. Ia dihasilakan bukan berobjektifkan kepada materialisma atau popularlisme semata-mata. Bukan untuk kaut untung wang semata, bukan untuk mempopularkan diri penulis. Ia dihasilkan atas dukungan atau hambatan mesej yang lebih besar. Patriotik dan nasionalisma. Revolusi.

Saya melihat novel ini dari sudut keluarga yang melarat akibat perkancahan politik dan pemerintah. Juga dari sudut orang yang tidak mahu memilih jalan yang sebenar, akan selalu nampak melarat, walhal jalan yang sebenar itu adalah paling tidak berdosa.

Melihat dan menunggu kematian ayah adalah suatu yang menyedihkan, inilah pertama kali saya melihat perlukisan watak seorang anak menghadapi ayahnya, lewat hari-harir terakhir di hospital...sebelum dibawa pulak ke rumah dan meninggal.

Amat sukar memahami vovel sastera. Namun jika kita amati dengan mendalam kita akan faham kenapa novel ini bertajuk `Bukan pasar malam'...walaupun ia bukan cerita pasal pasar malam atau pasar minggu.

Dapatkannya di kedai buku yang berjauhan, hayatilah hasil sastera yang diterjemahkan bukan sahaja dalam bahasa inggeris, tetapi juga jerman dan belanda ini...

Sekian. 


Friday, November 4, 2016

Ulasan Buku: Total Recall: My Unbelievably True Life Story - Arnold Schwarzenegger



14546626




1. Arnold Schwarzenegger bukanlah pelakon yang saya minati.

2. Daripada dulu saya tidak menyukai filem aksi, dan tidak menyukai hero yang besar. Saya berpendapat lelaki mestilah "otak'nya yang besar, bukan badannya yang besar".

3. Namun tanggapan ini berubah apabila mendengar berita beliau menjadi gabenor di California, iaitu antara sebuah lokasi ekonomi yang sangat besar dan memberangsangkan di dunia. Berita itu berjaya mencuri perhatian pada perjalanan hidup saya. Yang sibuk. Konon.

Image result for terminator movie

4. Pun begitu saya ada melihat lakonannya dalam beberapa filemnya yang terkenal. Saya dapati cerita tersebut yang menarik bukannya lakonan beliau. Maksud saya filem lakonannya laris dan terkenal. Satu bentuk filem yang memang laku terutama di negara-negara yang membangun.

5. Ketika kunjungan saya ke Kedai buku Popular di Kuantan, saya sambar buku ini.

6. Saya telah membacanya sedikit demi sedikit apabila waktu terluang. Saya kagum dengan cara penulisan yang mudah dan menarik (bagi saya).

7. Setakat ini sudah separuh buku ini saya baca dengan memilih chapter-chapter yang saya suka. Dapat saya bayangkan buku ini akan saya baca beberapa kali nanti. Sebagaimana saya baca buku Diari Mat Despecth.

Image result for arnold schwarzenegger movies posters

8. Dalam buku ini saya dapati beliau mahu menceritakan kepada kita bahawa kejayaan yang beliau perolehi adalah dari keazaman yang kuat dan kerja keras tanpa mengalah kepada kegagalan. Dan satu lagi belajarlah benda baru walaupun sukar. Karektor ini memang ada pada orang yang berjaya dan terkenal.

Image result for arnold schwarzenegger as president

9. Dan dalam buku ini juga ada seakan penjelasan kepada tindakan-tindakan politiknya yang dilakukan semasa beliau jadi gabenor. Sesiapa yang tidak menyukai politik mungkin bosan membaca beberapa chapter mengenai hal ini. Namun kalau DSNR menulis buku mengenai pengalaman `kegagalan' beliau, dan ranjau politiknya selepas PRU14, tentu ramai nak beli termasuk penyokong dan `haters'nya.

10. Chapter yang paling menarik tentulah mengenai penglibatannya dalam sukan bina badan, yang katanya pada masa dahulu tidaklah terkenal mana akan bidang ini.

11. Tak dapat saya bayangkan, jika kerja saya berseparuh bogel di atas pentas dan persada dunia. apa kata orang kampung saya?

12. Juga sangat menarik mengenai bagaimana beliau mendapat watak-watak dalam filem-filem beliau bintangi.

13. Seronok juga dapat membaca buku ini. Semalam terpaksa berhenti baca, kena tidor walaupun tak mengantuk... Biasalah orang berusia kena jaga kesihatan.

Image result for arnold schwarzenegger quotes


Wednesday, December 30, 2015

Ulasan Buku:Membedah P. Ramlee






Tajuk Buku: Membedah P Ramlee
Penuluis Daniyal Kadir
Harga: RM25
Muka surat: 207
Penerbit: Dubook Press


Balik bercuti, saya akan ke Bandar Jerteh membeli buku di kedai Syarikat Muda Osman (SMO). Saya memiliki kad SMO untuk dapatkan potongan yang menarik. Walaupun saya mampu, saya tetap guna kad untuk berjimat. mengapa bayar lebih kalau boleh bayar kurang. Dan kad ini memang menjimatkan bagi orang yang suka beli buku...(dan membacanya...)

Buku ini dibalut kemas dengan plastik, ia membuatkan saya rasa cuak tetapi saya beli juga. Saya rasa cuak bimbang takut-takut gimik saja lebih. Namun apabila membacanya saya rasa best sangat, saya tidak sedar saya membaca sekaligus sehingga habis!.

Biasanya saya baca ala playboy, maksud saya baca buku ni sikit, buku tu sikit dan buku lain sikit, He he he.

Buku ini membedah 15 buah filem P Ramlee di mana banyak maksud yang tersirat dan tersurat. Penulisnya bijak melihat dan mengabungkan apa -apa idea yang ada di filem P Ramlee dan di antara filem-filem P Ramlee. Apabila kita membacanya kita akan dapati filem-filem P Ramle bukan sahaja sekadar hiburan tetapi banyak perkara lain yang akan kita dapat fahami...atau jadikan tauladan. Banyak perkara yang P Ramlee mahu sampaikan kepada kita...

Rasanya kita akan faham kerana kita memang membesar dengan filem-filem P Ramlee,,,

Saya beri 5 Bintang untuk buku ni. Sebab saya suka membacanya. He he he.

Thursday, December 19, 2013

Mengapa saya membeli buku "The Windsor Knot"?





Wilson, Christopher (2002), The Windsor Knot: Charles, Camilla and the Legacy of Diana, First printing Agust 2002, Kensigton Publishing Corp, New York, Unites States of America. Tebal buku: 304.

XXXX

Awal bulan nan lalu saya menyambar buku ini di sebuah kedai cina di Batang Kali, (Selangor). Ada jualan murah. Sebab kotak-kotak sebut diletakan gitu jea di atas simen, saya kelihatan seolah seperti seekor rusa tertonggeng minum air semasa menyelongkar buku-buku. Banyak juga buku lain yang menarik tetapi saya tidak berduit. Saya hanya membeli buku ini kerana:

1. Saya ada mengumpul buku mengenai Lady Diana. 

Saya ada beberapa buah yang ditulis mengenai kisah mendiang. Tidak payah saya kenalkan siapa Ledi D kerana hampir setiap orang mengenalinya dari sudut yang berbeza. Dipercayai Ledi D adalah manusia yang paling banyak ditangkap gambarnya di planet bumi ini. Saya mungkin yang ke...?

Tetapi saya tak suka bergambar. Tapi itu sisu lain.

2. Buku ini murah!. 

Oleh kerana berada dalam timbunan dan dalam kotak harganya murah. Selepas diskaun hanya RM7!. Apa lagi saya dengan gembiranya menyambar buku tersebut... takut orang lain ambik.

3. Saya suka kisah cinta yang sedih, pilu dan kecewa. He he he.

"There were always three of us in this marriage," Itulah kata-kata Ledi D. Kesiankan? 

Sebenarnya sebelum 2,3 hari nak kawin pun Ledi D sudah bertanya dalam hati haruskah perkawinan itu dibatalkan. Namun dia sedar semua sudah disediakan dengan taraf gaban. Majlis yang besar. istana dah disiap indah, langsir dah beropol, kuda dah berlatih berbaris dan cawan, pinggang mangkuk dah dicop ada gambarnya...

Bak kita bunga manggar dah siap, par dah ada...

Setelah saya membaca buku ni, saya semakin hilang respek (respect) kepada Charles dan Camillia. Entahlah... rasa geram pun ada. 

Namun saya rasa penulis ini seolah memberi rasa `kesian' kepada Charles dan Camillia... Mungkin sebab terpaksa menyorokan cinta mereka...

Jan: Cinta tak semestinya bersatu...dan bahagia...kan?

Monday, March 11, 2013

Ulasan Buku: Tuntutan Filipina Terhadap Sabah (Buku untuk dibaca semula)

Kulit hadapan 


Tajuk buku: Tuntutan Filipina terhadap Sabah: Implikasi dari segi sejarah, Undang-undang dan politik  ( terjemahan daripada The Philippines Claim to Sabah)
Katogeri: Sejarah
Oleh: Mohd Ariff bin Dato Hj Othman  (seorang peguam)
Prakata: Tan Sri Haji Abdul Kadir bin Yusof
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetakan: pertama (1988)
Bil m/s: 146.
Usia buku: 25 tahun. (2013) 


Istimewa untuk rakyat Sabah


Kandungan

1 LATARBELAKANG PERTIKAIAN (M/S:1)
2. HAKMILIK BRITISH TERHADAP SABAH BERASASKAN DOKUMEN  (M/S:9)
3. TUNTUTAN BRITISH TERHADAP SABAH: DARI SEGI UNDANG-UNDANG  (M/S:30)
4. TUNTUTAN FILIPINA TERHADAP SABAH: DARI SEGI UNDANG-UNDANG  (M/S: 62)
5. PEMILIKAN DAN PENGUKUHAN ASAS HAKMILIK BRITISH TERHADAP SABAH (M/S:93)
6. ASAS KEMERDEKAAN DAN INTERGARSI SABAH DALAM MALAYSIA (M/S: 107)
7. ALTERNATIF CARA PENYELESAIAN (M/S:125)

POST -SKRIP (M/S:134)

Triti, Pemberian, penyerahan, Statut, perjanjian, perisytiharan dan Resolusi (M/S:127)

Bibniografi (M/S: 144)

Peta:

i. Borneo: Menunjukan tanah yang diserahkan  oleh Sultan Brunai dan Sulu kepada syarikat Utara British, 1881 (146a)
ii.  Peta Borneo Utara british, 1886 (146b)
iii. Peta Borneo Utara British, 1894 (146c)
iv. Peta Borneo Utara, 1919 (146d)
v. Negeri sabah, 1962 (146d)



Di belakang buku ada peta-peta dilekatkan (sila guna kata pembesar)

Peta yang sangat terperinci...(sila guna kata pembesar)

Bila terjadi sesuatu isu, iaitu isu semasa, pelajar saya asyik bertanyakan saya mengenainya. Maka moleklah saya membaca semula isu ini. Dengan sedikit pengetahuan bolehlah saya memahami apa yang berlaku di sekeliling kita. Dok gitu?

Riwayat buku ini. Buku ini saya beli semasa saya dalam `proses' berkawan dengan seorang budak Sabah (semasa di UM dahulu). Pastilah saya kena tahu asal-usul dan sejarah negerinya. Kita kena selidik dahulu sebelum berkawan. Dia sangat baik hati. Contoh 1: Semasa saya bermalam di asramanya (Kolej Kediaman ke 8) dia rela tidur di atas simen sebab saya tidor di atas katilnya. Haaa.. Dan kemudiannya beliau menjadi sahabat baik saya. Nama dia Fauzi. Saya panggil dia Fauzi Sabah sebab ada lagi kawan saya bernama Fauzi (saya panggil dia Fauzi Kelantan. Pandai-pandai saja kan?). Contoh 2: Dia selalu taya saya dah makan ke belum?

Mungkin dia nampak saya kurus? Sebab itu dia tanya? Tetapi sekarang kalau jumpa tentu dia akan beritahu "kamu berhentilah makan-makan", he he he. Saya harap kalau dia terbaca posting ini, dia hubungi saya. Dah lama benar terputus hubungan. harap dapat berjumpa sebelum tutup mata, timbus pasir.

Buku lama ini saya letak di bahagian `Red Spok', yang bermakna buku yang saya sendiri tidak boleh keluarkan daripada bilik (library mini saya). peliki kan? Sepatutnya saya boleh keluarkan kan? Maka saya keluarkanlah sehingga ke pejabat saya. Haaa.

Saya cuba membaca semula dan ia amat memeningkan kepala sebab banyak sangat informasi dan rujukan. Kira sehelai kena baca dalam 20 minit sebab kena betul-betul faham (dan sebab otak saya lembab, lemak berkrim). Kalau helaian nak diselak, kena pastikan helaian terdahulu difahami. Haaa... saya pula bukannya muda lagi, cuma handsum jea lebih.

Sekarang ni bila kawan-kawan bercakap pasal Sabah, saya diam sahaja buat-buat tak tahu (jahat saya kan?). Saya fikir betul ke fakta yang dia orang cakap. Kot-kot pandai hembus jea. Saya bandingkan dengan apa yang saya baca.

Saya juga masih tidak berani menulis mengenai tuntutan/isu negari Sabah. Saya tak mahulah nanti menulis tidak berdasarkan fakta dan main sedap sahaja. Saya tahu ramai yang tak tahu menahu pun peristiwa penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Sabah tersebut tetapi bila bercakap berdegar-degar kononnya tahu sangat. Gitu.

Jadi baiklah kita sama-sama cari ilmu melalui pembacaan buku yang bersifat akademik. Prof di UKM juga ada mengeluarkan buku pasal tuntutan ini. 

Boleh cari baca atau nak lebih senang tutup mulut. He he he.

Jan: Tertutup hatiku untuk bercinta lagi... demi allah (aku bersumpah) dia akan merinduiku di sepanjang hayat...(pulak dah)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home