"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, July 23, 2014

KFC Muadzam, pelajar saya dan usaha untuk bahagia


1. Minggu lepas juga saya ada berbuka di KFC Muadzam.

Dengan kamera ini kita boleh tambah cermin mata dan rambut yang bersesuaian.

2. Rupanya ramai pelajar saya yang berbuka di sana. Saya dah agak dah.


 3. Saya memesan KFC yang ada nasi dan 2 ketul ayam. Saya tengah diet untuk filem terbaru saya. (mengada!)



4. Saya suka bergambar mengalahkan artis kerana `kamera' Lenovo ini dapat menghilangkan kedut dan membuat saya rasa muda. Namun begitu pemukulan ini bukanlah untuk tujuan memasarkan diri.

5. Ia hanya untuk kepuasan diri.

Macam tikus (lihat gigi)

6. Gaya mengada saya mengalahkan pelajar.


7. Semasa di dalam KFC  saya berselpi dengan pelajar.




 8. Begitu juga lepas berbuka di luar KFC saya diserbu bak artis, maka kami berselpi.
 


9. Sebenarnya mereka mengajak saya berbuka dengan mereka tetapi biarlah...biarlah mereka berbuka sesama mereka. Saya tidak mahu kacau daun.

10. Kesimpulannya pada zaman bujang saya pernah berbuka di KFC Muadzam. Ia suatu sejarah.

11. Saya akan terus berjuang mencipta bahagia.


Abang Jan: Hanya Allah yang tahu...

Selamat hari raya dari saya dan para pelajar...





 

 
 
Maaf Zahir Batin

Tuesday, July 22, 2014

Cara memasak ikan siakap sting

Seperti orang lain, saya juga ada membuat majlis berbuka (tapi tertutup) di kediaman saya, 1000 Mawar.

Tidak ramai yang datang kerana tidak ramai yang dijemput...(he he he). Mungkin lain kali jika ramadhan ini bukan yang terakhir, insyaalah saya buat majlis berbuka dalam skala yang besar sedikit. Jemput lebih ramai orang, agar majlis ini lebih `terbuka'.
Kebanyakan yang datang adalah yang tidak berkahwin...
Kawan-kawan saya ada membawa makanan kerana mereka tahu saya hidup seorang. Namun sebagai tuan rumah saya juga mahu menyediakan 2 juadah lauk iaitu ayam masak kari dan ikan masak stim.

Ok, kali ini saya akan menunjukan bagaimana cara menyediakan ikan siakap masak stim yang lazat!
Bahan-bahan:


2 ekor ikan siakap dara
Sink biasa (tidak perlu table top berharga sehingga RM8,000... pinjam duit Bank Rakyat)
Pisau pemotong IKEA
Pengalas papan pemotong (kayu)
Penapis
Dapur gas
Periuk belanga dan lain-lain
Bahan-bahan masakan lain yang perlu

Seorang kawan bernama Din
Seorang kawan bernama Mek Zue


Cara membuatnya:

Dapatkan seorang kawan bernama Din yang boleh memberi kita akan ikan siakap. Biasanya kawan saya bernama Din ini tidak pernah menghampakan.
Kali ini beliau membawa dua ekor ikan siakap. Saya tidak perlu ke pasar atau mengeluarkan duit.


Ikan ini segar giler
Saya letakan ikan di atas papan pemotong dan biarkan sekejap dengan suhu dapur. Sementara itu saya pergi tengok kain yang saya basuh di mesen basuh. Mesen basuh itu hadiah daripada kawan baik saya sempena masuk rumah baru lima tahun dulu.


Kita memerlukan pisau untuk membuang kulit

Pisau IKEA ini tidak tajam, ia sesuai untuk memotong atau membuang sisik ikan. Ada lima bilah dan dengan bekas letaknya sekali. Cantik. Sebenarnya saya beli dua set. Pelik juga saya. 

Sisik ikan...(guna penapis supaya tak masuk dalam sink
Ini penapis yang saya gunakan untuk mengumpul sisik ikan. Apabila saya membuang sisik ikan, sisik-sisik itu berterbangan ke dinding dan sekitar sing (sink). Banyak juga yang melekat di badan saya kerana ketika saya membersihan ikan tersebut saya dalam keadaan separuh bogel. Hanya berseluar pendek. Itulah stail saya bila berada di dapur. Seksi.
(Walaubagaimanapun gambar seksi tersebut keadaan itu tidak dapat ditunjukan di sini. Hanya untuk tatapan keluarga dan kaun kerabat sahaja. Dan kenalan yang dekat.).


Ikan yang sudah dibuang sisik dukelar pula...

Bila ikan sudah siap dibersihkan, saya hanya perlukan seorang kawan lain yang bernama Mek Zue. Dia lah yang akan masak ikan ini. Beliau sangat pandai memasak. Buktinya? Lihatlah bentuk badan suaminya.
Sementara itu saya keluar ke Bandar Indra Mahkota, membeli belah sempena ramadhan... Konon nak beli kueh dan segalanya. He he he. Jangan marah.
Apabila balik (sampai) ke rumah...taraaa....ikan itu sudah siap dimasak oleh Mek Zue. (Sila lihat ikan di bawah):


Hasilnya!!!
Mudah sahaja rupanya cara menyediakan ikan siakan masak stim ini. Tidaklah payah mana. para pembaca boleh cuba memasaknya.

Sekian sahaja kita jumpa lain kali dengan resepi yang lain pula.

Monday, July 21, 2014

Saya masak ayam goren kunyit...

1. Saya mahu buat majlis berbuka puasa.
 
3. Saya berpakat untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan saya.
 
3. Majlis tersebut tidak diadakan di rumah saya. Saya bimbang pasu-pasu saya pecah... maka majlis kecil tersebut dibuat di rumah kawan saya.
 
4. He he he.
 
5. saya ke pasar membeli seekor ayam dan kembali ke rumah letak dalam peti ais. Bila balik kerja baru saya masak.
 
6. Saya masak ringkas sahaja kerana tak pandai dan kerana sibuk.
 
7. Sebenarnya tidak bawa makanan pun tidak apa kerana saya bujang lelaki. Tetapi saya malu, saya malu pula datang bawa batu jea. He he he.
 
Ayam digoreng dulu
8. setelah ayam dibersihkan ayam digoren ala bodoh jea. Semasa saya goring teringat pesan ayah api kena kecil kalau tidak, ayam tidak masak secukupnya.



Buat tumis dia campur bawabg dan lada jea...
 9. Setelah mengorennya saya buat tumisnya. Letak minyak, kunyit, lada dan bawang sahaja. Kalau ada cili kering boleh letak.

 10. Selepas itu saya gaul dan panskan di kuali lain.




11. Selepas itu saya letak dalam periuk vision untuk dibawa ke rumah kawan saya.

1000 Mawar

 
Hari ini isnin, 21 Julai 2014. Pukul 1.56 pagi (saya lihat jam). Saya duduk bersenangan dan tergolek di atas katil.
 
Hari ini penting kerana saya secara rasminya memberikan nama kepada rumah saya.
 
Semasa saya kecil ayah saya beritahu rumah kami duduki bernama `Desa Rawa'. Ayah saya beritahu rumah kena ada nama.
 
Mulanya agak janggal untuk menamakan rumah saya sebegitu kerana di rumah saya tiada pokok Mawar. Yang ada Mawar plastic (agak mahal), yang saya beli sempena naik rumah baru lima tahun lalu. sekarang jambangan Mawar tersebut berada di kamar tidur saya.
 
Ya, saya memilih nama ini sempena nama lagu arwah Biduanita Negara kita Datuk Sharifah Aini.(Ia juga sebagai tanda perghormatan dan penghargaan saya kepada beliau).
 
Nanti kawan-kawan saya akan bertanya:
 
"Hujung minggu ni nak ke mana man?'
 
Dan tentu saya akan menjawab:
 
"Hujung minggu ni saya ke 1000 Mawar."
 
 
P/s: saya harus tidor dulu, jam sudah pukul 2.06 pagi. Saya mahu bangun semula untuk sahur.
 
 

 

Friday, July 18, 2014

Saya mengesek kereta orang!

Saya cuba juga meneruskan perjalanan walaupun jalan itu menjadi sempit. Sempit kerana di bahu jalan kiri kanan ada kereta! Sikap masyarakat yang suka meletak kereta di kanan kiri bahu jalan ni memang lebih memberi tekanan berbanding dengan sikap lembu yang melintas jalan.
 
Tidak boleh ke letak jauh sikit dari bazar dan berjalan kaki sikit. Tak boleh rupanya, dan hasilnya menyusahkan orang. Buruk benar kelakuan masyarakat kita. Tidak sabar dan pentingkan diri.
 
Selamat datang ke Malaysia.
 
Hidup ni kalau tak boleh (atau tak nak) menyenangkan orang, janganlah menyusahkan orang. Huh!
 
Saya yakin saya boleh celahkan kereta saya di antara kereta-kerata  di sepanjang bahu jalan dan akhirnya kereta saya rapat dan mengesek kereta orang lain di bahagian kanan saya. Saya terus panik. Tak kanlah bila kita tergesel kereta orang kita terus buat tekan tubi. Memang saya panic sekejap.
 
Sekoyang-koyang seorang pemuda (mungkin tuan kereta tersebut, mungkin tidak) datang meluru memberitahu supaya saya `beratkan' stering ke belah kiri kerana di bahagian kiri masih luas. Saya terus buat muka paling naïf, paling dara dan paling tidak berdosa. Saya bimbang akan di maki hamum kerana telah mengesek kereta tersebut dengan selamba.
 
Namun kalau diminta bayar, saya rela ke balai polis sebab kereta itu diletak bukan sahaja di bahu jalan tetapi sudah `makan' jalan sebelah tayarnya... Tapi mungkin saya terus bayar kalau dia `naik angin'...
 
Kalaulah saya tergesel kereta Kiki, tak tahulah macam mana...

Friday, July 11, 2014

Ya, memang selalu terjadi begitu...

" Sir, itu bukan kereta sir, kereta sir ada sebelah sana..." Seorang pelajar mengangkat tangannya menunjukan kepada saya ke arah sebuah Myvi putih tidak berapa jauh dari kereta yang saya cuba buka...
 
Ceritanya begini. Saya menumpang kawan saya ke bazzar ramadhan. Saya beli nasi kerabu, lauk sotong, dan air.
 
Bila balik ke kampus saya meminta kawan saya menurunkan saya di tempat parkir belakang bangunan opis saya. Saya beritahu mahu masukan makanan terus ke dalam kereta.
 
Bila kawan saya turunkan saya, terus saya membibit makanan dan menuju ke kereta Myvi putih. Saya menekan kunci kereta tetapi kereta itu tidak terbuka (tidak berbunyi). Saya menekan beberapa kali lagi kunci kereta itu sebab takut bateri yang lemah.
 
Sehinggalah muncul seorang pelajar memberitahu itu bukan kereta saya... Yang saya tidak boleh lupa pelajar itu berkata dengan nada bergurau...
 
" Banyak maklumat ekonomi sir boleh ingat tapi sir  SELALU tidak ingat di mana sir parking kereta..."
 
Selalu?

Tuesday, July 8, 2014

Siapa Sharifah Aini dalam hidup saya...?

Asalamualaikum,

Dan salam sejahtera buat pembaca blog saya. Semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang, saudara mara dan sahabat-sahabat tersayang. Semoga sentiasa dilindungi dan diberkati  olehNYA

Saya merasa sangat aneh dan dipenuhi perasaan sayu untuk menulis posting ini... Namun sedikit sebanyak posting ini dapat menjawap mengapa saya sangat menghargai kehadiran Datuk Sharifah Aini dalam hidup saya... Allah maha besar.

Kadang-kadang kita sebagai manusia tidak memerlukan pertalian dalam bentuk pertalian darah atau saudara untuk merasakan adanya suatu hubungan. Suatu hubungan atau pertalian yang mendalam, terjalin dengan erat. Namun saya antara insan yang bertuah kerana Allah telah memberi kesempatan untuk merasai perasaan kasih sayang dalam suatu hubungan yang amat istimewa, ikhlas, menenangkan dan mendamaikan. Kasih sayang dari seorang yang bernama Datuk Sharifah Aini.

Saya rasa mungkin perasaan sebeginilah yang dirasai juga oleh ribuan peminat-peminat setia arwah. Kini saya semakin faham kenapa beliau sangat disayangi ramai... Beliau berjaya melahirkan perasaan saling menyanyangi di kalangan peminatnya. Allah maha besar.

Sukar untuk menulis di sini apa yang saya rasa apabila berhadapan dengan berita kepermegiannya... Tentulah saya tidak percaya... Saya berharap sangat berita yang saya dapati di media internat itu suatu penipuan.

Bagaimanakah Datuk Sharifah Aini menjadi sangat istimewa di kalangan peminatnya?

Jawapan yang paling ringkas dan tepat ialah Datuk Sharifah Aini bukanlah seorang penyanyi biasa...
 
Saya tidak pernah berjumpa atau bercakap dengan Datuk Sharifah Aini. Saya mungkin antara ribuan peminat beliau yang pemalu. Saya terdiri daripada kalangan orang biasa. Malah terlalu biasa. Tidak ada nama, rupa dan harta.
 
Selain daripada keluarga saya, Datuk Sharifah Ainilah memberikan kesan yang besar kepada kejayaan dan pencapaian saya. Saya bukan sahaja membesar dengan lagu-lagu Sharifah Aini secara tidak langsung, malah secara langsung. Lagu-lagunya mengiringi kehidupan saya dalam mengharungi tawa dan tangis hidup, gembira dan duka perjalanan ini. Beliau begitu setia pada saya. Sentiasa ada di mana-mana saya berada. lagu-lagunya seolah latar belakang muzik perjalanan hidup saya. (Dengan 700 buah lagu yang dirakamkannya ia mewakili 700 lebih perasaan. Dan sebenarnya dalam sesebuah lagu terkadang mewakili banyak perasaan sekaligus. Bayangkanlah...)

Saya peminat tegar dan setia...

Ketika saya rasa gembira dan rasa bersedih ada lagunya mengiringi perasaan saya. Ketika saya jatuh cinta dan bahagia, ada lagu-lagunya yang bersesuaian dengan perasaan saya. Dan ketika saya rasa kecewa (bagai langit runtuh di atas bahu), ada lagu-lagunya memberi inspirasi dan semangat yang kuat untuk harungi hidup ini... Beginilah kaedahnya bagaimana meresapnya lagu-lagu arwah dalam kehidupan saya dan juga peminatnya.

Hampir setiap hari saya mendengar lagu-lagu beliau.  Beliau sentiasa ada di hati para peminatnya...

Ketika saya menitiskan air mata, memandu seorang diri beratus-ratus kilometer (saya tidak tahu hendak ke mana walaupun dunia ini luas... Pada waktu itu saya rasa nak mati saja...). Lagunyalah yang memberi inspirasi supaya saya berpatah balik `ke belakang'. Mulakan hidup yang baru, hadapi hidup ini...kerana hidup adalah ujian bagi yang berfikir.

Tidak sukar untuk menjawab mengapa Datuk Sharifah Aini dan bukannya penyanyi lain?. Jawapannya suaranya yang lunak merdu dan sentiasa jelas mewakili perasaan yang ikhlas dan penuh kasih sayang.

Saya sering menunggu album barunya... Kini nampaknya saya sudah tidak menunggu album baru dari sesiapa lagi... Ianya agak malang bagi industri muzik Malaysia.

Lagu-lagunya memberi saya semangat dan inspirasi, yang sentiasa berada di hati saya, di sisi kehidupan saya... dengan penuh setia dan ikhlas...

"Kak Pah, semoga rohmu dicucuri rahmat olehNya, amin..."




 

Monday, July 7, 2014

Muka saya minggu lepas, terima kasih Lenovo



Saya buat gaya ala pelakon drama yang petang-petang muncul di TV tu.


Gaya Dewa Remaja (terlajak remaja kot)


Muka resah gelisah menunggu waktu berbuka...


Seleberiti menjejak kaki di Bazar Ramadhan...(perasan)


Saya di opis tak sabar ke Kuantan


1. Muka-muka ini saya gayakan minggu lepas, khas sempena saya akan ke Kuantan untuk melawat seorang kawan saya yang masuk wad dan berbuka di Kuantan...
 
2. Saya gunting rambut nipis tepi telinga.
 
3. "Gunting rapat biar nampat kulit" beritahu saya kepada tukang gunting... 
 
4. Dengan kuasa Cymera lenovo, saya nampak 15 tahun lebih muda dari usia sebenar saya. terima kasih Lenovo.
 
5. Umur saya sudah hampir menjejaki 45 tahun.
 
6. Bila saya melihat muka saya, saya rasa walaupun saya tidak handsum, tidaklah pula saya hodoh.
 
7. Namun dia tetap tidak bersyukur walaupun allah telah hadiahkan saya padanya...(dari kayangan). Saya bersumpah dengan nama Allah dan sekalian rasul, dia akan mengingati saya selamanya...
 
8. Saya tidak mampu sayangi orang lain...
 
 

Thursday, July 3, 2014

Kelebihan suara biduanita negara Datuk Sharifah Aini

Dewasa ini untuk muncul sebagai seorang penyanyi yang berjaya, suara bukanlah satu-satunya ukuran yang paling penting. Dalam banyak keadaan, faktor-faktor lain turut memberi kesan yang mendalam dalam membantu kerjaya mereka.

Tidak ada seorang pun mengakui Anita Sarawak mempunyai suara yang lemak merdu. Malah agak janggal jika suara beliau dikategorikan sebagai lemak merdu. Ada kemungkinan Anita Sarawak sedar akan kelemahan yang ada pada suaranya berbanding dengan kemerduan biduanita Sharifah Aini (Kak Pah) atau biduanita Saloma. Namun sebagai penghibur yang mempunyai wawasan, beliau terus berusaha keras mengorak langkah dalam bidang seni suara. Dan akhirnya Anita Sarawak muncul terkenal bukan sahaja sebagai penyanyi yang Berjaya tetapi juga penghibur.

Kekurangan dari segi suara tidak menjadi halangan bagi sesetengah penyanyi. Setelah kerja kuat, berdidikasi dan berdisiplin, Anita Sarawak muncul antara penyanyi wanita Melayu yang istimewa, juga sebuah nama besar industri. 

Kesimpulannya, suara bukanlah suatu yang utama untuk berjaya dalam bidang seni suara Malaysia. Ramai juga penyanyi kita yang bersuara bagus tetapi sekarang di mana mereka dalam peta industri seni suara kita?. Contohnya, Azian Mazuan Sapun, Azlina Aziz, dan Bob AF. Sekadar menyebut beberapa nama.

Walaupun suara Kak Nita, Anuar Zain dan Datuk Sheila Majid tidaklah merdu ditellinga saya. Namun saya tetap membeli CD mereka kerana mereka miliki lagu yang hebat dan dinyanyikan dengan penghayatan yang baik sekali. Sesuai dengan personaliti. Sedap didengar.

Seperti Datuk Sheila Majid, Anuar Zain juga termasuk dalam katogeri Anita Sarawak. Sedap mata memandang, unik dan ada imej tersendiri. Pun begitu mutu vokalnya masih rendah dan tidak setanding dengan penyanyi Aisyah, Liza Hanim (saya berpendapat suara Liza Hanim lebih merdu berbanding Siti Nurhaliza, cuma nasib Liza Hanim agak berbeza) atau Bob AF, suara mereka masih sedap didengar.

Maka siapakah penyanyi Malaysia yang berjaya mencipta nama kerana mempunyai bukan sahaja kesungguhan, kecantikan dan pandai membawa diri...malah bersuara merdu?. Memiliki pakage yang selengkap?

Lemak merdu



BERCAKAP mengenai mutu suara Datuk Sharifah Aini pula, pada zaman kemuncak popularitinya, media massa negara terpaksa mencipta satu perkataan baru untuk menerangkannya. Perkataan tersebut ialah `lemak merdu' (nasib baik tak lemak berkrim, he he he). Dan sampai sekarang masih tidak kedengaran lagi panggilan ini untuk penyanyi lain sama ada di teleysiaon, radio atau majlis2 lain. Sebabnya? Sebabnya memang tak ada. Mungkin ada yang merdu tetapi tidak berlemak. (pulak dah).

Saya tidak berpeluang mendengar Kak Pah menyanyi secara langsung di hadapan saya. Namun melalui dvd dan internate saya pernah melihat dan mendengar suaranya bila beliau membuat persembahan. Bukan mahu berbombastik, namun mendengar suaranya bercakap pun kita tahu suara nyanyiannya sedap (macam kueh pulak, maksud saya suaranya merdu).

Dan apabila suara tersebut dilenggang- lenggukan ia sangat membuai perasan, sangat mengasyikan... Dan kita tidak hairanlah di zaman popularitinya ada ustad yang pergi laungkan azan di hadapan pintu pagar rumahnya...Suara itu amat mengasyikan...

Patah perkataannya jelas, bersih dan terang. Sebutan `d', `t', dan `s'nya jelas. Kita tidak perlu melihat lirik lagu untuk merujuk patah sebutannya. Bukan sahaja jelas dan terang, kak Pah tahu untuk wujudkan penekanan pada patah diksi yang tertentu. Ini penting untuk penjelasan maksud yang menjurus kepada perasaan yang timbul di telinga pendengar dan perasan yang di rasai hati bagi tuntutan penciptaan lagui tersebut.

Patah sebutan



SEORANG kawan saya Adnan pernah memberitahu bahawa Kak Pah telah meletakkan lagu nyanyiannya pada satu tahap di mana sukar untuk orang lain nyanyikan. Menurut beliau, contohnya perkataan `maaf' dalam lagu Tiada Maaf Bagimu dibunyikan dengan gaya yang tersendiri, unik dan mencapai tahap perasaan yang mendalam. Melambangkan perasaan hati sayu sedih penceritaan kisah dalam lagunya.

Suara nyanyian kak Pah membuatkan saya dibuai. Sebab itulah saya tidak akan menanda kertas pelajar saya sambil mendengar suara Kak Pah. Bimbang nanti semua dapat A. Saya pasang lagu dari suara lain sebagai latar belakang supaya saya tidak boring. Sekadar tidak sunyi.

Mutu suara Kak Pah dari segi kejituan sebutan dan kesinambungan nafas apungannya memang teratas sekali. Tidak ada yang boleh menandingi beliau. Bagi saya yang paling hampir adalah Kartina Dahari (seorang biduanita Singapura).

Lagu Melayu Kak Pah



Secara peribadi suara apungan Kak Pah dalam lagu pop agak sederhana berbanding dengan penyanyi zaman kini, namun hasil nyanyian lagunya sangat berkesan. Suara apungannya sedikit terkawal bila nyanyi lagu pop. Sama seperti sukarnya bagi biduanita negara Saloma mahu menyanyikan lagu bernada tinggi.

Namun ia bukanlah menjadi suatu masalah kepada Datuk Sharifah Aini. Ini adalah kerana pada zaman kegemilangan lagu-lagu popnya yang meletup kerana dicipta khas untuknya oleh Ahmad Nawab. Tentulah Ahmad Nawab mengetahui kelebihan dan kekurangan suara Kak Pah.

Kak Pah memang boleh bawak lagu Melayu dengan baik, tiada masalah langsung kepadanya. Begitu juga dengan lagu inggeris yang dinyanyikan dengan caranya sendiri (18 buah album inggeris|)

Pada zaman 70an, lagu-lagu dicipta ada unsur kemelayuan bercampur unsur timur tengah sekali. Terasa sangat kenusantaranya. Kak Pah Berjaya menyanyiaknnya dengan baik. (Keadaan sekarang mula berubah apabila banyak lagu dilahirkan secara ala barat). 

Namun Kak Pah terus menyanyi lagu Melayu yang membawa worldview Melayu. Pada pertengahan tahun 1980an, apabila berlaku perubahan aliran muzik, Kak Pah turut sama berusaha melahirkan lagu Melayu yang agak modern tetapi masih padat dengan unsur Melayu, contohnya album Kasih (1987).



Suara Kak Pah sekarang


SEIRING dengan usia melebihi 60 tahun, suara Kak Pah sudah berubah. Sebagai peminat setia saya mengaku adanya perubahan berlaku. Pada satu-satu ketika suara livenya kedengaran kasar dan serak. Ini diakui sendiri oleh beliau yang sentiasa merendah diri. Namun kalau difikir secara logik memang begitulah disebabkan faktor umur. Dan jika dibuat pada tahap pengukuran umur, memang pada tahap ini Kak Pah masih lagi berjaya menyanyikan lagu dan membuktikan beliau bersuara merdu. Ramai penyanyi seangkatan dengannya juga telah berubah suara. Connyohnya saya berpendapat suara merdu Uji Rasyid sudah banyak berubah.

Faktor usia boleh merubah suara, tidak adil membandingkan suara penyanyi lama dan baru secara langsung. Sedangkan Ziana Zain dan Aisyah juga sudah kedengaran beberapa kekenduran, keserakan dan kesemputan. He he he.

Pun begitu secara purata Kak Pah masih berada teratas sekali di carta hati saya. Suaranya boleh ditujukan menjadi begitu besar dan bertenaga. Dua perkara ini penting bagi penyanyi yang mahu menyanyi bersama okestra. Namun untuk menyanyi secara besar dan bertenaga selama 3 jam berturut turut selama 3 malam bukanlah suatu yang senang untuk dilakukan.  Kak Pah telah membuktikannya di dalam dan di luar negara...beliau mampu.


Sekian sahaja, saya tidak boleh menulis mengenai Kak Pah kerana ia akan menyebabkan saya tidak mahu berhenti menulis. Terlalu banyak  kisah yang boleh memberi inspirasi kepada kita dan penyanyi-penyanyi baru. Dari seorang budak yang menjual kueh beliau muncul sebagai seorang biduanita negara. Satu kisah yang sangat boleh dijadikan semangat dalam mengharungi kehidupan kita.

Saya doakan biduanita negara kita ini cepat sembuh, amin.

Abang Jan: Tengah giat mendengar lagu-lagu raya Kak Pah yang belum didengar lagi. Kak Pah ada berpuluh-puluh lagu raya lain yang jarang diputarkan di radio...



Wednesday, July 2, 2014

Semoga Kak Pah cepat sembuh

Sudah dua tiga malam saya mendengar lagu-lagu  raya Kak Pah (Datuk Sharifah Aini). Hati terusik mendengar lagu  `Di pintu ampun'.
 
Mengikut Datuk Dr Zainuddin MD Zain (pakar respiratori) yang merawat beliau, binduanita kita ini disahkan mengidap Fibrosis paru-paru dua tahun lepas.  Menurut beliau lagi penyakit ini jarang berlaku di mana paru-paru hilang kekenyalan (elestik) atau berparut akibat penebalan tisu pengantara.
 
Kita yang buta medik ni, tidaklah tahu akan apa itu fibrosis, kita ni tau pening kepala dan sakit perut jea...
 
Kak Pah dibawa oleh anaknya ke pusat rawatan swasta oleh anaknya Aliff, apabila mengadu sesak nafas.
 
Saya tidak tahu adakah semasa penulisan ini dibuat Kak Pah masih lagi berada dalam wad. Pelawat tidak dibenarkan berjumpa dengan Kak Pah, kecuali ahli keluarga terdekat, kata dari satu sumber.
 
Semoga Kak Pah cepat sembuh...
 
 
 

Terima kasih Bazar Ramadhan

1. Setiap hari saya membeli makanan berbuka di Bazar Ramadhan.
 
2. Saya percaya ramai rakyat Malaysia sama ada bujang atau bekerluarga berkelakuan begitu.
 
3. Apatah lagi  bagi suami isteri bekerja tidak dapat lari dari membeli makanan di Bazar Ramadhan.
 
4. Tidak berpatutlah memaksa isteri memasak sebaik saja pulang dari kerja kerana mereka juga letih berpuasa. Lembek lotek.
 
5. Sekali sekala menyuruh isteri bekerja memasak tidak apa, tetapi kalau selalu tu, bodoh betul lah si suami. Kita harus bertimbang rasa.
 
6. Percayalah kalau boleh memang sang isteri mahu masak. Sang suami dan sang anak-anak juga sebenarnya gemar masakan isteri/emak mereka. 
 
7. Saya gemar masakan mak saya pada bulan puasa. Namun begitu ada juga lauk yang dibeli emak. Emak saya bukan suririmah sepenuh masa. Emak bekerja.
 
8. Maka kesimpulannya kita tidak dapat lari dari membeli makanan di bulan puasa.
 
9. Maka satu peruntukan besar wang perlu disediakan pada bulan puasa, khjas untuk membeli makanan (berbuka).
 
10. Saya memperuntukan RM300 untuk makanan dengan anggaran purata RM10 sehari. Namun semalan terlebih RM1. Saya berbelanja RM11. Jadi saya rasa tentu akan melebihi RM300. Itu tidak kira lagi berbuka puasa di majlis vogue berbayar, yang harganya tak masuk akal. Contohnya RM45 sekepala.
 
11. Kadang-kadang kawan-kawan ajak berbuka puasa di hotel atau restoren. Mahal harga berbuka puasa di tempat sebegini. Kawan-kawan saya tu bukannya ada duit sangat, ada di antaranya mengada jea lebih. Opss saya mengumpat di bulan puasa...
 
12. Saya insan biasa.
 
13. Namun tentulah pukul rata saya lebih banyak membeli makanan di Bazar Ramadhan. Saya tahu risikonya besar. Iaitu keracunan. Sebab itulah sedaya upaya kita cuba berusaha membeli yang terbaik.
 
14. Walaupun kita tidak tahu bagaimana penyediaan makan di rumah sang penjual tersebut samada bersih atau tidak. Kita harus juga melihat kebersihan penjual, gerainya dan juga adakah makanan itu tertutup atau tidak.
 
 
Sekian sahaja
 
Selamat berbuka untuk Dahlia dan pembaca blog ini...
 
 

Tuesday, July 1, 2014

Hati yang kelam kabut...

Sekarang saya tidak banyak menulis di blog. Saya hanya menulis rasa hati saya di helaian kertas. Sebelum saya tidor...

Penulisan bersifat peribadi tersebut biarlah rahsia abadi hingga ke mati...

Tidak boleh menulis kalau hati kita kelam kabut...

Alamdulilah saya dah menyiapkan soalan final until subjek makro...

Saya tidak tahu apa yang harus ditulis lagi...

.