"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, August 28, 2014

Pensyarah saya menulis pasal MAS


 



Prof Datuk Dr Norma Mansur

Tidak syak lagi, 2014 akan selama-lamanya kekal dalam ingatan dan bersemadi di hati sanubari rakyat Malaysia. Dengan tragedi berkembar kapal terbang di mana kehilangan dua pesawat Boeing 777 termasuk 537 penumpang dan anak kapal dalam masa 131 hari.
 
Pada 8 Mac, Penerbangan MH370, terbang dari Kuala Lumpur ke China hilang dengan 239 orang penumpang dan anak kapal. Empat bulan kemudian, Penerbangan MH17, dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 298 orang di atas kapal dilaporkan ditembak peluru berpandu di timur Ukraine berhampiran sempadan Ukraine dan Russia.
 
Jika bencana pertama membuat rakyat Malaysia terkejut, yang kedua menakutkan seluruh dunia. Negara kita menghadapi beberapa keadaan: kesedihan, pelbagai spekulasi dan teori, tuduh menuduh, penelitian antarabangsa dan implikasi undang-undang dan diplomatik yang serius. Semua pihak malah dunia masih menunggu siasatan. Adakah kemalangan kembar kapal terbang MAS adalah kebetulan? Jika tidak, mengapa dan apakah kesan ke atas negara ini dan rakyatnya.

Rekod keselamatan terbaik dunia

Sebelum 2014, Penerbangan Malaysia (MAS) mempunyai satu rekod keselamatan terbaik dunia dalam tempoh 68 tahun beroperasi. Mengikut satu sumber, MAS menghadapi kemalangan udara yang membawa kehilangan nyawa sebanyak 1 setiap 1.8 juta penerbangan iaitu 0.000055 peratus dalam tempoh kewujudannya hingga 2005. Pada 4 Disember 1977, Penerbangan MH653, terbang dari Pulau Pinang ke Singapura terhempas dengan 100 orang penumpang meninggal dunia, Jika dikira tahun 2006 hingga 2014 kemungkinan terjadi lebih kecil, 30 peratus daripada data di atas. Tambahan pula, MAS menerima beberapa anugerah lima bintang berprestij industri penerbangan daripada Skytrax (2005-7, 2009, 2012-13; satu daripada tujuh syarikat penerbangan di dunia dan pengiktirafan World Travel Awards sebagai syarikat penerbangan terkemuka di Asia dan ke Asia.
 
Tragedi kapal terbang menjadi perdebatan awam. Rakyat Malaysia keluarga penumpang MH370 yang hilang percaya tragedi penerbangan MH17 di Ukraine kebetulan semata-mata. Tetapi, ada juga pakar industri seperti Pengarah Rangkaian Keselamatan Penerbangan Harro Ranter, yang mengumpul kemalangan kapal terbang secara berkelompok, berhujah bahawa kemalangan di dalam kelompok tidak luar biasa. Malah, Ranter berkata ia adalah lebih biasa bagi kemalangan berlaku hanya sehari selepas kemalangan lain daripada dua, tiga atau lebih hari kemudian. Menganalisis bilangan dan kekerapan kemalangan maut pesawat yang membawa 14 atau lebih penumpang sejak tahun 1990, beliau mendapati 45 kes apabila terdapat dua atau lebih kemalangan (tidak termasuk perlanggaran) dan 105 kes ada kemalangan berturut-turut (Gee, 2014).

Kesan kepada rakyat Malaysia
 
Analisis sebegini boleh meragui teori yang menyatakan nahas tragedi berkembar MH370 dan MH17 adalah kebetulan.
 
Malaysia menyasarkan sektor logistik sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan perjalanan udara adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan pusat logistik bersepadu. Ini adalah ke arah perdagangan import eksport barangan dan perkhidmatan perjalanan di mana KLIA dan MAS adalah antara dua aktor utama dalam rangka strategi ini. KLIA sebagai hab barangan dan perjalanan udara bukan saja untuk bisnes dan pelancongan tetapi juga pelancongan kekeluargaan.
 
Jika kerajaan masih boleh menangguhkan tindakan radikal ke atas MAS yang merekodkan kerugian besar bagi tiga tahun berturut-turut, tragedi berkembar ini telah menampilkan keadaan yang memerlukan tindakan pantas, radikal dan strategik. MAS perlu dirancang dalam rangka pelan pertumbuhan ekonomi negara. Ini juga dapat memulihkan semula imej MAS sebagai syarikat penerbangan terkemuka.
 
Sebagai pemegang saham terbesar, Khazanah bercadang untuk mengambil alih sepenuhnya untuk menswastakan MAS supaya syarikat ini dapat disusun semula, dan mengubah strategi syarikat ini. Ini adalah satu cara yang baik untuk menyelamatkan MAS. Mungkin Khazanah boleh memperkenalkan bisnes model yang boleh menjadikan MAS lebih mantap dan kukuh.
 
Apabila berlaku insiden MH370 kedatangan pelancong China ke Malaysia telah terjejas. Ramai pelancong China membatalkan percutian ke negara kita. Di samping itu, kekerapan penerbangan dari China atau Taiwan ke Malaysia turut berkurang. Pelancong Barat meningkat tetapi adalah terlalu awal untuk menjangkakan kesan selepas MH17 ke atas pelancong Barat.
 
Dari segi hubungan diplomatik, negara kita telah mewujudkan hubungan kerjasama yang baik dengan banyak negara lain. Sudah tentu pakar negara kita semakin cekap dan mendapat dari pengalaman negara lain. Pemimpin kita telah diuji dalam keadaan paling sukar, setiap langkah diperhati. Kemahiran kepemimpinan kali ini ialah jenis kepemimpinan yang tidak diajar di dalam kursus kepemimpinan dan diplomasi konvensional di mana-mana universiti terkemuka di dunia.
 
 
Sumber Berita Harian: Khamis, 28 Ogos 2014 - 10:08AM
 
Penulis ialah anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara, beliau salah seorang pensyarah saya semasa saya mengambil Master di UM.
 

Jamuan Raya jabatan saya 2014

Majlis: Sambutan Hari Raya Aidilfitri FiED 2014
Tarikh: 21 Ogos 2014.
Hari: Khamis.
Jam: 3 petang.
Tempat: Pantry AB.
 
 
PADA 21 Ogos 2014 yang lalu FiED (Finance and Economics Department) di mana tempat saya bekerja telah mengadakan jamuan aidilfitri. Majlis ini disambut secara sederhana namun kemeriahan tetap terserlah.
 
Mulanya Nik (kawan saya) berkali-kali bertanyakan saya adakah kami akan sempat untuk mengadakan majlis ini. Saya merasa amat sukar untuk menetapkan hari yang bersesuaian kerana masing-masing sedang sibuk kerana kami sudah berada pada minggu-minggu akhir semester.

 
Ada ketupat dan rending, tanda aidil fitri
 
Walaubagaimana pun dengan bantuan kawan-kawan lain, majlis tersebut tetap dijalankan. Ini sebenarnya  merupakan acara tahunan di jabatan kami. Kami tidak sempat menempah makanan, kami bawa apa yang ada dan sempat dimasak.

Kelihatan saya `memantau' Encik Zul buat air...he he
Banyak makanan yang disumbangkan oleh ahli jabatan. Ada yang memasaknya sendiri dan ada yang membuat tajaan. Contohnya Nurul Wahilah telah menaja sebijik kek dari Sikeret Rasipi.... 
 
Nik macam biasa bertungkus lumus, kelihatan juga tuperware saya, he he he
Nik orang kuat majlis, dari pagi saya sudah mengikutnya membeli bahan-bahan bersamanya. Untuk mengelakan fitnah melanda kami, Fad juga turut serta. Tak eloklah saya ke hulu ke hilir ikut bini orang, apa kata masyarakat? Haaa...
 
Saya juga membeli gula untuk dimasak. Saya akan sediakan air minuman.


Puan Noriza ketua jabatan kami melawat persediaan majlis kami.


Nash dan Dr Mat Nor memilih hidangan...


 
Bunga-bunga FiED...
Dalam jabatan saya majoritinya adalah wanita, jadi untuk menyediakan juadah tidak menjadi masalah. Ada antara mereka pandai memasak bertaraf bintang...(bintang dapur la...)
Tetamu: Mahfuzah dan Dr Jurefa...

Selamat hari lahir...Bunga bulan Ogos kami...
Kek Sikeret Rasipi tersebut juga menjadi kek hari kelahiran Sal, Rositah, Fara, Noraini dan Nik... Selamat hari kelahiran semoga mereka bertindakbalas terhadap angka tersebut. Tetapi orang perempuan selalu nak Nampak muda jea..he he he.
 
Kek itu memang sedap. Thanks Ila.


Edie cantik sekali, gambar ini tidak diedit...
Pada petang tersebut Nor Edie berbaju merah hati. Mungkin baju rayanya Saya suka warna merah, jadi saya pilih gambar ini sebagai gambar terbaik. Edie senyum selamba sambil memegang makanan. Gaya ini selalu dia gunakan bila majlis makan-makan.


Boss besar gelak...
Timbalan Dekan, Dr Shahrul juga datang untuk memeriahkan majlis. Kelihatan dalam gambar di atas mereka tergelak besar. Entah apa yang diperkatakan...tetapi jarang berkesempatan melihat Dr Shahrul gelak.
 
Tudung Meesham tiga lapis!





Kelihatan Encik Baha tersenyum handsum bersama rakan-rakan...


Salwati dan Meesham tersenyum riang...


Selfi pulak dah...
Saya suka berselfi sana sini. Saya tidak makan banyak sebab mahu memastikan majlis berjalan lancar dan semua orang gembira.
 

Majlis itu juga diserikan oleh seorang `seleberiti' jabatan yang telah masuk akhbar Harian Metro, iaitu Puan Rositah. Puan Rositah terkenal dengan taglinenya "Kita mesti ada asset".

Timbalan dekan kita Puan Nurazariah Abidin
Timbalan dekan Puan Hazariah juga hadir. Beliau memakai tudung yang bercorak abstrak dengan warna yang garang. Tudung tersebut cantik, begitulah juga dengan tuannya...(ambil hati sikit, he he he).




 
Ketika di Tunas Manja saya beritahu Fad saya makan nasi beras Taj Mahal sebab nak jaga kesihatan. Saya darah tinggi. Saya telan pil setiap hari. Doktor kata jangan sesekali tinggal makan ubat... Kalau ikut nasihat doctor hamper semua benda saya tidak boleh makan, huh!.
 




Suasana sangat meriah dan kami makan tidak terhenti henti... Masa-masa beginilah dapat kami berkumpul kerana biasanya kami sibuk 24 jam...


Hamidah (ketua subjek saya)  memakai baju rayanya yang berkelip-kelip...

Sekian sahaja, saya nak ambik kesempatan untuk mengucapkan Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada kawan-kawan saya.... atas mana-mana penulisan saya yang tidak sepatutnya... Saya hanya berniat bergurau sahaja...

SEKIAN...

Wednesday, August 27, 2014

Work-Life balance


Gambarajah

Semalam saya balik kerja pukul 7.15 malam.  Semalam kelas akhir saya bermula 5 petang hingga 7 malam. Dari tempat letak kereta saya terus memandu menuju ke rumah sahabat saya Nik. Nik memaklumkan melalui wasap supaya saya kerumahnya ambil makanan malam. Nasidan lauk. 

Selain Mafuzah, Nik selalu juga memberi makanan untuk saya. Terima kasih banyaklah. Mungkin kerana mereka tahu saya duduk seorang diri. Bila balik kerja malas nak keluar dah.
 
Sebenarnya jika saya tidak ada kelas pun saya tidak balik kerja menepati masa. Saya selalu balik lewat setiap hari. Saya rasa sangat gagal dalam hidup. Sebenarnya masa kerja saya tamat 5.15 jika saya tidak ada kelas.
 
Semasa memandu ke rumah Nik saya fikir banyak perkara, antaranya mengenai diri saya yang tanpa sedar terarah lebih utamakan kerja daripada segalanya. Saya fikir mungkin saya jadi begitu kerana kerja memberi saya pendapatan, yang lain tidak.

Saya rasa bersalah pulak kerana tidak kerap jenguk ayah dan ibu di kampong. Mereka hanya tinggal berdua. Mereka sudah tua... Saya yang tidak kawin ini sepatutnya lebih kerap menjengok mereka. Kekerapan saya menjunguk ibubapa harus dipertingkatkan sementara mereka ada. Supaya nanti tidak menyesal seumur hidup. Tanpa mereka tidak kita mengenal bulan dan mentarai...
 
Saya juga rasa bersalah pulak selalu menolak pelawaan rakan untuk pergi bercuti... Saya ada ramai kawan yang setia, kaya dan baik hati. Kawan saya selalu mengajak saya bercuti ke pulau-pulau. Namun saya tolak dengan alas an bila semester bermula saya sangat sibuk... Mereka pergi juga bercuti tanpa saya.

Saya rasa bersalah juga terhadap badan saya. Punggung saya jadi lepeh dan tidak menarik kerana selalu duduk di kerusi. He he he. Saya juga gemuk kerana bila letih dan gusar, saya makan.
 
Saya sepatutnya seimbang antara keluarga, kerjaya, kesihatan dan kawan-kawan saya yang baik hati. Sila rujuk gambarajah di atas.
 
Jadi hujung minggu ini saya bertekad untuk memasak untuk adik dan anak-anak saudara saya. Saya bukanlah pandai memasak tetapi saya harus perkukuhkan hubungan keluarga. Kalau boleh saya juga mahu masak kek buah yang lazat. Kita mesti seimbangkan hidup kita...
 
Anda bagaimana?

Friday, August 22, 2014

Wednesday, August 20, 2014

Saya dan kanta lengkap

Pada zaman akhir remaja dahulu, saya pernah juga memakai kanta lengkap. Saya pakai kerana saya rasa iannya lebih menonjolkan kehandsuman saya. Saya berpendapat orang yang memakai cermin mata tidak menarik...dan kelihatan skema. 
 
Saya sebenarnya silap. Ada juga insan yang tidak memakai kanta lengkap tetapi tidak menarik langsung pun, he he he.
 
Apabila tanpa kaca mata, kita boleh hasilkan renungan yang tajam...he he
 
Memang saya pakai untuk seronok-seronok
 
Masa kita muda biasalah kita ada naluri yang tebal untuk kelihatan menarik, berlainan dan diperkatakan khalayak. Kita akan cuba banyak jenis dan perkara untuk memaksimakan keterampilan kita bergantung kepada keberanian  dan keterbukaan jiwa kita. salah satunya, termasuklah memakai kanta lengkap.
 
Sebab itulah saya tidak memberikan komen negative apabila ada pelajar saya yang memakai kanta lengkap walaupun kanta lengkap itu seolah membuatkan mereka nampak datang dari planet lain..(makhluk asing). He he he.
 
Saya juga memakainya dahulu untuk seronok-seronok. Saya mahu mengubah penampilan saya yang sering berkaca mata.
 
 
Namun syukur kepada allah sebab saya tidaklah memerlukan banyak pertolongan atau komestik kerana asas paras muka saya sudah hampir sempurna. Memang tidaklah handsum setaraf Remy Ishak atau Brat Pit tetapi...boleh lah.
 
Masa remaja (akhir remaja sebenarnya) kita sering melihat luaran. Kita tidak pernah terfikir yang paling penting adalah keikhlasan hati, kebijaksanaan dan tanah kubur. Haa...
 
 
Bergaya dengan spek hitam...ala datuk Jamal Abdillah (masa kini)
 
Memakai kanta lengkap ini amat rumit berbanding dengan memakai kaca mata. Percayalah.
 
Kita harus menjaga kanta lengkap kita dengan teliti dan cermat kerana kanta itu boleh mengumpul kuman. Dan kanta lengkap ini terus dimasukan ke dalam mata kita yang ada bendalir. Cermin mata boleh juga mengumpul kuman tetapi tidak akan bertindak secara langsung ke mata kita sebab kita memakainya di bahagian luar mata kita.
 
Add caption

Kecuali saya ditawarkan watak-watak penting dalam dunia perfileman Melayu atau drama-drama Melayu, saya tetap tidak akan memakai lagi kanta lengkap kerana ianya cerewet. Perlukan didiplin untuk memakainya.
 
Dan sebenarnya pada usia 45 tahun ini saya rasakan adalah lebih baik saya berketerampilan dengan memakai cermin mata. Nampak macam bijaksana walaupun dalam beberapa tindakan saya dalam katogeri bodoh kelu.
 
Bersama Lokman Hakim di Putrajaya


TIPS MENJAGA KANTA LEKAP1. Kita harus cuci tangan bersih-bersih dan keringkannya terlebih dahulu sebelum kita mahu nyentuh kanta lekap.

2. Kita kena tahu bila kita kena pakai kanta lengkap yang baru. Yang kita sedang pakai kita kena buang. Biasanya kalau rasa tidak selesa tu baiklah buang, gantikan dengan yang baru.

3. Jangan sembaran guna larutan yang murah untuk membersih kanta lengkap tersebut.

4. Dan jangan letak merata tempat atau bekas yang berkaitan dengan kanta lengkap kita. Takut jadi sarang kuman.


Kita boleh berkaca mata hitam bila-bila masa


Akhir sekali, kesimpulannya memakai kanta lengkap lebih mencerewetkan hidup saya. Jadi saya memakai kaca mata...

Berselpi sekitar Majlis Raya Pelajar Diploma -Finance & Business



 Semalam saya memakai baju Melayu siap bersamping. Janggal rasanya sebab hari raya pun saya tidak bersamping. Saya menghormati majlis yang berkehendakan saya berpakaian sebegitu.
 

Saya sebenarnya mengajar pelajar degree tetapi saya telah dipinjamkan untuk mengajar di peringkat diploma. saya rela kerana saya rasa mampu menunaikan tanggungjawab tersebut.

 
Saya jarang keluar malam kerana takut dititik embun. Namun saya mahu bergembira juga. saya rasa tentu pelajar saya gembira melihat saya di majlis itu...












Bagus juga diadakan majlis sebegini kerana walaupun kami mempunyai jawatan yang sama, kami jarang berjumpa dan bertemu. Malah dalam satu jabatan pun kami amat sibuk.
Saya terkenang semasa menjadi guru, kami rapat kerana setiap hari berada dalam bilik guru ramai-ramai.
 
 
Semasa saya meninggalkan majlis ini ketika saya berjalan ke kereta saya, saya melihat bulan. Saya senyum pada bulan, dan saya ingati orang yang saya sayangi...
 
Dialah pernah menjadi paksi hati...