"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, January 10, 2012

Surirumah lelaki?

" Dollah, sayang mak.... Mak nak pergi kerja tu. Jangan nangis ayah nak basuh kain ni, masak dan menyapu"




Dalam dunia pekerjaan saya, saya ada ramai kawan yang gaji suaminya jauh lebih mini daripadanya. Saya ada ramai kawan perempuan yang bila mereka pulang dari kerja suamin mereka sudah ada di rumah menguruskan anak-anak. Ya, mereka jenis perempuan yang jadi penyumbang utama terhadap kewangan keluarga, letak makanan atas meja.
Sebab apa ini terjadi? Sebab perempuan sekarang berkahwin semata-mata kerana cinta setia, kepercayaan dan persefahaman, bukannya atas sebab-sebab tradisi. Apa yang dimaksudkan sebab tradisi? (soalan). Perkahwinan secara tradisinya menawarkan jaminan kewangan dan perlindungan kepada wanita (jawapan).
Zaman telah berubah (zaman Madonna diganti Lady Gaga), dengan kadar penceraian yang menakutkan dan kaum wanita juga mempunyai pekerjaan yang tinggi, mereka tidak lagi melihat sebuah perkahwinan itu boleh menjaminkan/memberikan 2 penawaran tersebut. Dengan pelajaran dan duit mereka rasa mereka lebih selamat dan sudah punyai 2 perkara yang tradisi tersebut secara automatik.
Saya ada kawan yang saya rasa suaminya seorang surirumah tetapi `tidak berkerja' dengan bersungguh-sungguh dan asyik duduk jea 24 jam di rumah. Dan jiran depan rumah dia jadi benci kepada suaminya (suami kawan saya) sebab malas giler. Saya tidak nak komen dalam hal ini... rumahtangga orang, he he he.
Cuma saya berpendapat seorang perempuan itu memang rela `pelihara' suaminya asalkan berperangai baik (maksud saya setia, perlu diingat orang perempuan ni `baik' adalah bermaksud setia. Titik) dan fahami kesibukan kerja dia.
Seorang isteri tak kisah kalau semua belanja dia buat sebab dia tahu dengan gaji suaminya itu tidak dapat menampung banyak keperluan rumahtangga. Nak bayar buat grill rumah pun tak cukup.
Namun suaminya yang jadi surirumah tersebut mestilah bertindak sebagai surirumah, janganlah bila isteri balik rumah berkubang...
Jan: surirumah tanpa suami...opps tanpa isteri. He he he.

2 comments:

Nong Andy said...

Suka n3 ni...

Baik maksudnya: setia, tak pukul isteri, bukan kaki judi, kaki botol DAN PALING PENTING BUKAN KAKI PEREMPUAN hehehe... dan lebih baik lagi kalau kaki sembahyang :)

sukiman said...

terima kasih atas definasi tersebut, memang dari sumber yang sah tu...

.