"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, January 31, 2013

Drama sebabak di Giant Kuantan!


Tengok abang baju merah di atas, dia jaga anak dia giliran isterinya membelek baju (gambar sekadar hiasan).

Katalah saya ni jenis penakut ke, pesimis ke, berfikiran negatif ke, seksi tak bertempat ke tetapi saya memang takut betul kalau melihat ibubapa membawa anak-anak beramai ramai tanpa pengawasan. Memanglah keberangkalian diculik depan mata amat rendah tetapi tidak mustahil kan? Kan?

Emak bapaknya bukan main lagi bergaya lenggang sana-lenggang sini pilih pakaian tapi anak berceridar tu tak dipimpin gelok. Anak di bawah umur tujuh tahun memanglah kena beri perhatian.

Dan nak dijadikan cerita minggu lepas selepas saya makan KFC di Giant (saya beritahu gadis kaunter KFC saya tak nak bahagian kepak sebab saya lapar. Selepas itu saya rasa tidak perlulah saya beritahu sebab lapar. Beritahu jea tak nak kepak, sudah. Tetapi perangai saya memang begitu. Mungkin ikut perangai mak saya. Apa-apa pun tak apalah kerana kalau ada orang minat kat saya kenalah dia terima saya seadanya.) saya lalu di kaunter. Semasa saya melenggang hebat lalu depan kaunter saya lihat ada seorang budak menangis berjebek wek. Dan kemudiannya pengemumang dibuat kepada pelanggan yang hilang anak!. Budak perempuan berumur dalam 4 tahun tengah menangis sebab mak bapak dia entah ke mana. Saya yang suka jaga tepi kain orang ni terus jea ambil peluang tunggu kat situ. Macamlah saya ni tak ada kerja lain, lawak jugak he he he. Sahaja saya nak tengok muka mak bapak yang macam mana yang anak sendiri pun boleh hilang. Teruk saya kan? He he he.

Dan bila maknya datang, bukan main lagi maknya marah kat anak dia tu depan orang ramai. Depan saya!  Dan suaminya pulak marahkan isterinya. Nasib baik suami isteri itu tak ada bawa ayah dan emak mereka sebab saya percaya kalau ada bawa tentu suami isteri tersebut akan kena marah oleh orang tua mereka juga, he he he.

Saya pun menjengah, dekatkan diri nak tengok drama sebabak itu. Kalau menarik saya akan buat posting. Katanya (kata ibunya) kononnya anaknya jenis degil tak ikut kata dia. Saya angguk-angguk jealah tapi dalam hati nak jea `menjawab' tapi takut kena marah pulak depan kaunter tu. Jadi pulak drama beberapa babak, bukan sebabak jea.

Di dunia ini, saya tidak ada anak kandung namun saya percaya anak dalam umur sebegitu tentulah tak sampai akal lagi. Kalau mati pun masuk syurga. Kalau kita belasah mereka pun alamatnya sakit sajalah mereka. mereka manalah tahu akal tak sempurna lagi.

Saya masih percaya pukul rata rakyat Malaysia ramai yang baik hati namun ada juga yang banjingan. Manalah tahu kalau pada masa tersebut ada yang psaiko? yang memang mahu culik anak. Tak ke padah. Sekarang ni pun tidak mengira dah. Ada juga yang rompak masuk rumah ambil anak dalam buaian dan bawak lari di tengahari buta. Ada...

Dahulu saya tidak perihatin sangat tetapi kini saya percaya ramai yang tahu beranak sahaja...

Jan: Geram tengok emaknya tu! Buat drama bela diri depan kaunter.

Buku untuk dijual: Benih Semalu ( A Samad Said)


Wajah Sasterawan negara Pak Samad masa muda

" Benih semalu merupakan cantuman dua kumpulan puisi Benih Harapan (1973) dan daun Semalu Pucuk Paku (1975). Terdapat 45 buah puisi yang terkandung adalah himpunan peristiwa yang menjadi pengalaman dan menyentuh naluri kemanusian penyair. Peristiwa-peristiwa ini berlatarbelakangkan zaman sebelum perang hinggalah selepas merdeka."

- DBP

Tajuk buku: Benih semalu
Katogeri: Kumpulan puisi
Oleh: A Samad Said 
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetakan: kedua  (1987)
Bil m/s: 69.
Usia buku: 26 tahun. (2013)
Harga jualan: RM35.
Sebarang pertanyaan: jankaulu@yahoo.com.my








Pak samad di dalam timbunan buku-buku!


Jan: Puisi Pak Samad penuh falsafah...

Akta Kanak-Kanak 2001.

Semakin maju sesebuah negara, semakin terhakislah nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan. Kata-kata ini bukannya saya petik daripada mana-mana journal atau saya buat kajian rasmi. Saya menulisnya hasil daripada pemerhatian perubahan yang terjadi dalam perkembangan hidup sosiobudaya kita.

Sayangilah saya mak...


Kes dera bayi bukanlah menjadi kehairanan dalam masyarakat kita. Kita sudah menjadi lali. Dan kelalian inilah yang menakutkan kita. Kita bimbang kita akan wujud sebagai masyarakat yang sesat.


Di bawah ini saya petik akan Akhta Kanak-kanak tersebut: pmr.penerangan.gov.my

Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

Pengabaian merujuk kepada kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka.

Penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh dikategorikan kepada penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian.

Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu.

Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.

Penderaan seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

Keganasan merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk menyebabkan sebarang bentuk kecederaan dari segi fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak.

Eksploitasi merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologikal mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak.

Jan: Ada orang memang tidak patut beranak pun...! hanya pandai abaikan anugerah allah!


Kawan benar...

"Agaknya la, kalu awk stop tulis blog, sy buka kmptr sbb nk wat kije je gamaknya...xpun tgk blog msk2..."

SMS tersebut saya terima daripada sahabat saya, sahabat dari tempat kerja lama. Sahabat yang selalu saya ingatinya dalam masa senang dan masa susah. Sahabat yang selalu saya doakan akan kesejahteraan keluarganya.

Apabila kami berpisah tempat kerja, saya semakin tahu dan berterima kasih kepada persahabatan kami. Setelah bekerja masuk enam tahun di sini memang tiada saya jumpa sahabat seperti dia. Susah mahu saya terangkan di sini. Namun kesannya kini kami makin saling menghargai dan doa mendoakan. Hanya Allah yang tahu.

Sebagai insan biasa, kadang-kadang hidup ini saya rasakan sangat mencabar dan sukar. Saya adakalanya mengalah. Rasa letih dan tak daya dah menghadapinya. Dialah yang beri kekuatan secara langsung dan tidak langsung. Dia akan menulis sms begini `Bangkit! pandang dunia yang luas!" kepada saya... Maka saya akan tersenyum.



Saya cuma mahu dia tahu saya selalu ingatinya kerana dia berbeza berbanding dengan orang lain.  Dia pernah berpesan kepada saya bila kita ketawa, ketawalah puas-puas sebab ada kalanya kita berduka puas-puas. Gitulah lebih kurang katanya.

Dia tahu saya bukan seorang yang hebat, dia juga tahu dalam beberapa perkara saya seorang yang hebat... Paling penting dia terima saya seadanya dan kami tidak perlu berpura-pura atas semua perkara.

Mula-mula berpisah, saya jadi tak tentu arah... namun saya sembunyikan daripadanya kerana menampakan kelemahan adalah kelemahan. Tetapi saya yakin dia tahu...

Saya harap para pembaca blog ini juga mempunyai kawan benar yang sebenar-benarnya. Bila kita kesunyian, bukan kerja kita yang datang bertanya khabar, ianya kawan benar kita.

Jan: terima kasih kerana hadir....

Wednesday, January 30, 2013

Perlukah diwujudkan Akta kanak-kanak?

Sayangilah anak kita...

Akta yang digubal sebenarnya untuk membantu dalam menyedarkan ibubapa akan tanggungjawab mereka, dan juga memberitahu akan hak kanak-kanak. Tidak boleh lakukan sesuka hati kita walaupun mereka darah daging kita. Tidak boleh buat anak macam bola, hamba seks atau tempat habuk rokok. Kenalah main peranan, jangan pandai beranak jea. Tuhan kurniakan anak untuk kita peliharalah dan asuhlah, bukan untuk dijadikan tempat lepas geram.

Janganlah takut akan akta ini kononnya akan menghukum kita. Kalau kita telah laksanakan tanggungjawab dengan betul dan sempurna tidak perlu takut. Saya pernah lihat seorang ibu biarkan sahaja anak kecilnya merayau sedangkan dia leka membelek buku di pesta buku. Anak tersebut sepatutnya diawasi, manalah tahu anak tersebut akan diculik. Ada juga ibubapa yang selamba kunci anak dalam kereta kononnya demi keselamatan tetapi perbuatan ini masih tidak selamat sebenarnya. Mungkin juga terjadi penculikan, rompakan, pembunuhan, terkena asma dan sesak nafas. Begitu juga ada ibubapa yang biarkan anak dengan menguncinya di rumah.Kkalau rumah terbakar?

Ada juga yang dera anak sendiri. Ingat tak pada tahun 1990 dahulu iaitu kes Balasundram yang berumur 26 bulan yang didera secara fizikal dan seksual oleh ayahnya dulu? Seingat saya sehubungan dengan itu pada tahun 1994 digubal Akta Perlindungan Kanak-kanak 1994. Kira lama juga yea nak gubal undang-undang ni, ya lah kan bukan cepat macam nak masak maggie. Pada tahun 2001 diwujudkan akta Kanak-kanak 2001 bagi menampung kekurangan yang ada pada akta terdahulu (Akta Perlindungan Kanak-kanak 1994 tersebut).

Di dunia ini ada manusia yang banjingan. Sebab itulah kita kena hargai anak-anak kita. Ingatlah orang lain tidak ada anak pun. Malah tidak ada bini pun walaupun handsum dan mempunyai pekerjaan yang molek. sama-sama kita belajar bersyukur. Jangan mulut jea lebat ucap alhamduliliah tetapi `tindakannya tak ada. (unsur islam dalam penulisan)

Mungkin nanti ibubapa akan rasa bimbang melaporkan anak-anak mereka hilang sebab nanti mereka pula yang kena hukum sebab memang anak-anak tersebut diabai. Haa...Macam mana? Macm mana yea? tetapi kalau beginilah cara kita berfikir tidak terguballah mana-mana undang-undang pun. Maka kita kenalah ambil berat perihal anak-anak kita. WAJIB dijaga. Haaa sebab itulah kita kena jaga anak-anak kita. 

Ya la, kalau tidak jaga mestilah kena hukum sebab anak kita tu ada haknya di sisi undang-undang. Dalam agama islam pun begitu, ia mementingkan hak, hatta hak sebagai haiwan. Dalam agama kita ada lebih terperinci lagi, contohnya pasal nafkah anak-anak.

Di negara barat anak-anak tidak ditinggalkan di rumah sebab jika pihak berkuasa tahu mereka akan ambil anak tersebut dan letak di rumah kebajikan. Haa.. Tak ke haru nanti.

Jan: Anak kita, kitalah jaga...

Tuesday, January 29, 2013

Dasar Kanak-kanak Negara

Setiap semester saya selalu berkuliah mengenai dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan ekonomi negara. Memang silibus Ekonomi Malaysia demikian rupa bentuknya (saya la yang buatnya, he he he). Antara yang saya ajar ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Penswastaan, Dasar Perindustrian Berat dan Dasar Tenaga Nsional (hanya menyebut beberapa dasar). Kesian pelajar saya kan? Sebab itulah saya tidak marah kalau mereka nampak mengantuk, he he he.

Sesekali nak juga rasanya mengajar dasar yang lebih `sosial' sifatnya, bukan ekonomi semata (wal hal ekonomi juga adalah sains sosial, dok gitu?). Sekarang saya mahu memperkatakan mengenai Dasar Kanak-kanak Negara (2008).

Kepada yang ada anak tu bolehlah kemaskini apa yang telah diamalkan sebelum ini bagi membantu tumbesaran anak-anak supaya membesar menjadi orang. Yang tidak ada anak tu janganlah bersedih sebab ramai lagi yang bukan sahaja tidak ada anak, tetapi tidak ada bini/laki, tidak ada kereta, rumah dan sebagainya. Hatta anak kucing pun tiada sudi menjenguk rumahnya.

Kalau kita kahwin dan membiak, dan anak-anak kita masih lagi di bawah 18 tahun, maka sahlah anak kita itu didefinasikan sebagai kanak-kanak (mengikut undang-undang). Angka 18 ini besar maknanya. Contohnya mereka bukan dalam golongan berstatus buruh. Kalau kita buat seks dengan mereka kita dicas sebagai merogol. Haaa...

Anak kita sedap jea minta itu ini...

Tahukah kita setiap kanak-kanak mempunyai hak? 

Haaa...memang ada kes di mana anak saman ibubapa. Bila kita dengar terus kita hina si anak sebab kononnya tidak mengenang jasa, budi, hidup dan sebagainya. Semua terkumpul kejahatan atas si anak. Kita lupa bahawa ayahnya mungkin malam-malam `selak kain' anaknya bila tidak dapat `selak kain' isterinya. Haaa. Adaaa...Ada. Bukan sahaja tak bertanggungjawab tetapi durjana.

Setiap kanak-kanak wajib diberi peliharaan oleh ibubapa. Dijaga seperti menyusun tupperware di atas rak. Teratur dan cermat, cantik dipandang jiran. Kita tidak boleh ambil mudah kerana ianya wajib. Kalau tak, tok sah beranak, menaniaya sahaja.  

Ada satu pasangan kawan kepada kawan saya (CRTO) sudah `berjanji' yang dalam perkahwinannya hanya ada `kita' sahaja. Maknanya mereka berdua sampai mati sahaja. Tidak ada anak. Saya tak nak komen apa-apa sebab kalau ada anak lepas tu dera, tidak berguna juga. Lagipun itu rumahtangga dia, tak perlulah kita masuk campur lebih-lebih. macamlah rumahtangga kita tak ada cacat celanya, huh!

Kembali kepada tajuk posting. Oleh kerana mak bapak kerja turun pagi balik petang, maka ada ramai kanak-kanak terabai, diabai dan mengabai. Jangan salahkan orang gaji jika anak kita lebih sayangkan mereka... Sebab itulah dasar ini mempunyai objektif iaitu:

1. Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dengan diberi jagaan, pemeliharaan, kasih sayang, perkhidmatan kesihatan, sokongan dan bantuan sosial;
2. Setiap kanak-kanak termasuk kanak-kanak kurang upaya mempunyai hak untuk dilindungi daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi; dan seterusnya diberi habilitasi, rehabilitasi dan diintegrasi ke dalam keluarga dan masyarakat;
3. Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk perkembangan holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian;
4. Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk bersuara, menyertai (turut serta) dan melibatkan diri mengikut tahap keupayaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan terbaik dan kesejahteraan mereka;
5. Kanak-kanak, ibu bapa, penjaga, komuniti dan masyarakat sedar akan hak kanak-kanak untuk kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan; dan
6. Penyelidikan dan pembangunan mengenai kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak dilaksanakan dari semasa ke semasa.

37% penduduk negara kita adalah kanak-kanak, iaitu mencakupi sebanyak 10 juta orang lebih. Haaa... ramai tu. Sebab itulah kita kena ada dasar. Tidak boleh harapkan emak bapak mereka jea. Kena ada undang-undang baru mereka berdisiplin, manusia memang begitu. Masyarakat mestilah ada makanisma yang tertib membentuk kehidupan. 

Kanak-kanak  juga ada hak dibeli baju oleh ibubapa mereka

Sehubungan dengan itu Akta Kanak-kanak 2001 sudah diwujudkan. Ia merangkumi perlindungan bagi kanak-kanak bersangkutan dengan haknya sebagi kanak-kanak.

Jan: Akta Orang Bujang Telajak ada ke? He he he

Antara babi, manusia dan KFC

Gambar dari FB


Lewat petang semalam, saya buka FB. Saya jarang berFB. Saya tidak pandai bersosial. Saya cuma `like-like' jea mana yang saya rasa ok.

Cuma kalau buka FB ni kita tahulah apa yang berlaku di sekeliling kita. Selain dapat lihat manusia yang poyo -moyo dan mengada, kita juga boleh lihat gambar-gambar motivasi yang menarik. Ada juga `cut and paste' hadis-hadis pilihan dan pakat ramai-ramai mentafsirkannya...walaupun mereka bukan ahli. He he he.

Namun kali ini saya mahu berbicara mengenai sekeping gambar yang mengusik hati saya. Gambar perbandingan manusia dan babi. Saya malaslah nak ulas panjang sebab sebelum ini dah ada pakar evolusi yang mengatakan manusia sebenarnya berasal daripada beruk.

Saya cuma nak bercerita sesetengah gelagat remaja kita (bukan semua). Hal ini berlaku pada minggu lepas di Megamol Kuantan semasa saya makan KFC. Oleh kerana saya seorang diri, saya ambil tempat yang agak tersorok dan dapat melihat semua gelagat manusia yang makan KFC. Manalah tahu kalau ada `bahan' bolehlah posting dalam blog.

Saya terkejut babi (tidak kiralah beruk ke atau unta, kali ini saya pilih babi bersesuaian dengan gambar di atas) apabila saya lihat sepasang remaja bercium. Saya perhatikan betul-betul kot tersalah lihat. Ya, selamba sahaja mereka. Saya rasa mereka masih di alam persekolahan dalam tingkatan dua atau tiga. Bukang tingkatan lima atau enam. Saya tahu benar, saya pernah menjadi guru selama lima tahun.

Saya bukan perjudis orang pakai tudung tetapi remaja perempuan tersebut memang pakai tudung. Saya bertambah malu apabila ada beberapa orang Cina juga melihat gelagat mereka... Saya bukan rasis tetapi orang Melayu yang beragama islam patutnya menjaga imej agama mereka, setidaknya di tempat awam. Di dalam rumah tu bukan soal dah. Saya juga kelihatan lebih terkawal di tempat awan, di dalam rumah malaslah nak cerita. Mesti pembaca tak percaya, he he he.

Saya lihat muka lelaki tersebut, tidaklah hansum mana malah daripada pandangan saya, hansum lagi saya masa muda-muda dulu (nak jugak ni kata diri handsum, he he he). Maaf cakap bukan nak hina, tetapi nampak macam kutu jea. Saya lihat pula remaja perempuan tersebut. Maaf cakap macam telanjang tetapi berpakaian, maksud saya sendat sangat. Tetapi menutup aurat (bahagian rambut jealah...sedangkan aurat termasuk juga bahagian bentuk badan perempuan tersebut). Saya malaslah nak mengutuk mereka dalam blog ini. Semoga mereka berdua dapat hidayah, maksud saya tidak melakukan lagi perkara sebegitu. Ia memalukan.

Kadang-kadang saya hairan dengan remaja perempuan sekarang. Asal ada batang jea terus rela diheret sana sini. Sepatutnya carilah lelaki yang baik sedikit dan ada harapan membimbing mereka (walaupun amat sukar, tersangatlah sukarnya bak mencari bara dalam air). 

Mungkin mereka mabuk bercinta. Orang dewasa juga boleh mabuk bercinta. Boleh lupa apa yang berlaku di sekelilingnya...

Ramai yang perhati gelagat remaja tadi sehinggalah mereka keluar dari restoren KFC tersebut. Saya yang duduk paling jauh tersebut terus baham KFC saya. 

"saya tak nak kepak" Saya teringat tadi saya beritahu penjual di kaunter. saya tengah lapar, memang saya minta bahagian yang ada isi. Bukannya saya tak makan kepak ayam...

Saya rasa saya mahu menulis perkara ini dalam blog. Apa yang saya nak sampaikan itu terpulanglah kepada pembaca untuk memikirkannya. Kalau tak nak fikir pun tak apa. Malaysia negara bebas. kadang-kadang kalau fikir tak ke mana jugak? tetapi kalau malas fikir nanti sama pulak dengan gambar di atas, he he he.

Jan: Kebebasan dan kemudenan boleh meruntuhkan...

Monday, January 28, 2013

Golongan orang yang zalim...


Sebentar tadi kawan saya telefon. Ketika itu saya sibuk menyekan/mengimbas (scan) kulit buku-buku puisi yang mahu dijual. Saya layan jealah sebab dia jarang kol.

Dia bercerita pasal kawan dia tidak bayar hutang, dan sudah masuk empat tahun. Kawan saya ni kawan semasa di UM dahulu. Kami sama-sama belajar dalam satu kelas pada tahun pertama. Tetapi bila saya naik tahun kedua, dia masih lagi di tahun pertama mengulang semua subjek. Namun posting ini bukan pasal nak beritahu dia mengulang sayanya tidak. Demi allah bukan, bukan dan bukan. Posting kali ini pasal hutang tak berbayar. Saya kesian juga kepada kawan saya ni. Ini ceritanya...

Kawan saya sebenarnya pinjamkan duitnya sebab kawan dia hendak berkahwin. Kawan dia ni bukan kawan saya, kalau kawan saya tahulah saya berleter. Nak kahwin pun hutang orang. Katanya, kawannya sudah dua kali tangguh perkahwinan dan kalau tangguh kali ketiga kira tidak jadilah. Cerita kawan saya. Oleh kerana kawan saya ni jenis baik hati, dia berilah pinjam, dalam ribu-ribu jugaklah... Tak sampai hati tengok kawannya itu menangis (sekarang kawan saya pulak menangis...)





Sekarang? sekarang kawan dia sudah pindah rumah dan sudah tidak tahu di mana. rupa-rupanya `naik' rumah baru.

kawan saya beritahu dia sudah naik malau menuntut hutangnya. Mula-mula dia tuntut melalui sms, lepas itu kol dan jumpa. Kawannya selalu sahaja jawab nanti-nanti... lepas raya la, awal tahun la, bini nak beranak la dan sekarang sudah empat tahun bersilih ganti. Rancangan raja lawak pun dah bermaharaja dah... Kawannya pun dah `naik' rumah baru.

Saya pun ceritalah pasal kawan saya yang hutang duit saya dah lebih kurang tiga tahun tapi tup-tup pergi umrah. He he he. Berani kan?. Namun saya ceritalah pada kawan saya yang di dunia ini kita tidak tahu orang tu ikhlas ke tidak, walaupun dia menangis depan kita, walaupun berbogel depan kita. Kot-kot ada yang pergi haji tetapi tidak bayar hutang orang pun ada... he he he.

Kita janganlah melihat orang baik itu baik dan orang jahat itu jahat... hanya allah tahu menilai... Itulah nasihat saya yang terkena batang hidung kepada kawan saya. Saya juga beritahu perihal roh tergantung:

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskan, maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti tersiksalah roh itu hingga dibayarkan hutangnya itu"

Saya tahu ramai yang tahu pesanan nabi kita ni, namun nafsu atasi segala-galanya... kalau pandai berhutang, bayarlah. Kesian orang yang beri kita hutang. Hutang akan membawa kepada putus kawan/sahabat. Nabi kita sudah beritahu siang-siang kalau kita ada duit bayarlah kalau tidak kita tergolong dalam golongan orang yang zalim... 

Kawan saya beritahu dia sedih sangat sebab sekarang dia perlukan duit untuk biayai anak dia yang sedang belajar. 

Saya berdoa agar terbuka hati kawannya itu supaya bayar hutang kawan saya... 

Jan: Hutang budi? dibawa matilah nampaknya...

Makan malam saya dan kucing

Dua keping roti dan enam ikan goreng

Sekarang saya cuba meringankan makan malam saya. Kalau boleh malam hari saya tidak mahu makan langsung tetapi saya tidak berdaya. Tangan saya akan ketar, he he he. 

Saya cuma makan seawal mungkin dan mahu tidur bukan dalam kekenyangan.




Saya mahu badan saya rasa ringan sedikit. Saya sudah mulai berumur, makan pun tidak boleh kira sedap mulut sahaja. Ikan tersebut saya rasa tawar sedikit. sengaja saya tawarkan...

Saya juga simpan ikan dan roti untuk kucing, saya gaul dan berikan kucing-kucing makan... maknanya makanan kami sudah setaraf, he he he.

Malas nak masak, malas nak keluar makan kedai, apa dah jadi? Apa nak jadi?

Jan: Kucing gatal...he he he

Buku untuk dijual: Salam Benua (Usman Awang)

Salam benua = Greetings to the continent


Tajuk buku: Usman Awang: Salam Benua: Greetings to the continent
Katogeri: Kumpulan puisi
Oleh: Usman Awang 
Prakata: Rahman Shaari 
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetakan: kedua  (1986)
Bil m/s: 95.
Usia buku: 27 tahun. (2013)
Harga jualan: RM35.
Sebarang pertanyaan: jankaulu@yahoo.com.my



kulit belakang


Diterjemahkan  sebelah menyebelah

Buku ini mengandungi kumpulan puisi kemanusiaan Usmang Awang. Beliau juga terkenal dengan nama Tongkat Warrant, Setiabudi, dan Atma Jiwa. Beliau banyak memcipta sajak berunsurkan kemanusian dengan tema politik dan ekonomi. 

Sajaknya yang pertama adalah `Korban Tanahair yang diciptanya pada tahun 1948. Semenjak itu beliau terus menghasilkan banyak puisi yang terkenal antaranya "Pak utih" dan "Suara dari Pusata". kepada yang pengemar puisi tentu ingat dan tahu sajak ini...


Sajak - Pak Utih (Usman Awang)
I

Punya satu isteri mau dakap sampai mati,
Lima anak mau makan setiap hari,
Teratak tua digayuti cerita pusaka,
Sebidang tanah tandus untuk huma.
Kulit tangan tegang berbelulang,
Biasa keluarkan peluh berapa saja,
O Pak Utih, petani yang berjasa.

Tapi malaria senang menjenguk mereka,
Meski dalam sembahyang doa berjuta,
Dan Mak Utih bisa panggil dukun kampung,
Lalu jampi matera serapah berulang-ulang.

Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang,
Wang dan ayam dara diikat bersilang.

II

Di kota pemimpin berteriak-teriak,
Pilihanraya dan kemerdekaan rakyat,
Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat,
Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat.
Ketika kemenangan bersinar gemilang,
Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya terbuka,
Ah, rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.

Di mana-mana jamuan dan pesta makan,
Ayam panggang yang enak di depan,
Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.

Pak Utih masih menanti dengan doa,
Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?

Usman Awang
1954



Istimewanya buku puisi ini, 30 puisi beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Jarang puisi kita diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris. Kehebatan puisi Usman Awang perlu diberitahu kepada global. M Maka aselain bahasa Inggeris, puisinya telah diterjemahkan di dalam bahasa China, Jepun, Korea, Perancis, Czechoslovakia, Denmark, Tamil, Itali, Rusia dan Thai.

Antara penterjemahnya ialah Dr Jomo K.S, Adibah Amin, Prof dr Muhammad Haji Salleh dan lain-lain.


Saiz buku banding note RM1
Saya sudah tidak mahu menyimpan koleksi buku puisi saya. Pada suatu waktu dahulu puisi menemani diri saya. Sekarang saya berpendapat buku-buku puisi ini harus menemui tuan yang baru, yang boleh memprosakan isinya. Saya akan menjual semua koleksi buku puisi kesayangan saya satu persatu....

Jan: Hidupku hilang tema...arahku hilang persoalan....

Saya sudah cuba Rapid Kuantan

Sabtu lepas saya ke pusat servis Produa di Indra Mahkota. Kereta saya sudah 100,000 km. Selepas saya berurusan di kaunter saya terus berjalan kaki menuju keluar ke jalan besar. 

Sementara menunggu kereta di servis, baiklah saya pusing bandar Kuantan. Lagipun tambangnya percuma hingga April 2013.

Bukan tunggu di sini
Saya menunggu di sini. Tidak sampai 15 minit ada bas berhenti. Pemandu bertanya saya nak ke mana. Saya yang gelabah terus beritahu kononnya hendak ke Megamol. Pemandu tersebut menyuruh saya menunggu di seberang jalan sana. Sambil menunjukan tangannya ke arah seberang jalan.

Kena tunggu di sini
Maka saya terus melintas jalan menuju ke tempat menunggu bas di tepi jalan. Rujuk gambar di atas. Di sini juga saya keseorangan. Mungkin ramai yang tidak bangun lagi. Tetapi jam sudah pukul 10 pagi. Atau orang lain keluar lebih awal?


Ada kasut di tengah jalan
 Saya nampak ramai kereta yang mengelak di tengah jalan. Rupanya ada kasut. Entah kasut siapa tetapi hanya sebelah. Saya mahu mengalihkan kasut tersebut tetapi terlalu banyak kereta. Lama barulah saya berjaya ambil kasut tersebut dan letak di tepi jalan.


Tempat perhentian bas ini tiada atap dan tidak juga disediakan tong sampah. Maka bertaburanlah sampah sarapnya. Selamat datang ke Malaysia. 

Di tiang tempat tunggu bas tersebut saya bersenam sambil makan roti (roti yang 80 sen), saya sumbat plastik dalam poket sahaja. Tidak tergamak nak buang di situ.

Saya sms azniza beritahu saya tengah bersenam.

Longkang penuh dengan sampah


Sekoyang-koyang bas pun sampai. Bas ini selesa. Berhawa dingin dan ada televisen. Dan tempat duduknya besar. Namun semasa saya naik, tidak ramai penumpang. Mungkin pagi sabtu ramai lagi dalam kain selimut. Mungkin.

Saya dapat juga tiket percuma, he he he

Malu jugak naik-turun bas ni, macam orang tidak tentu arah hala tujuan hidup. Tetapi saya buat selamba sahaja. Boleh lihat gelagat orang. Ada yang naik bersama-sama kawan-kawan tetapi tidak ramai. Mungkin hari sabtu tidak bekerja. 

Kuperlihatkan...Rapid Kuantan

Semasa saya naik bas, saya terkenang penghijrahan saya ke negeri pahang. Setakat ini telah tertulis rezeki saya di Pahang, namun saya berharap suatu hari nanti saya balik semula ke Terengganu.


Kalau nak `stop', tekan ni


Semua bas berhenti kat Terminal Makmur. Saya turun si situ untuk makan pagi. Saya makan mee sup. 

Saya dapati bas express masih beroperasi di terminal Makmur. Mungkin lambat lagi terminal bas Kuantan yang besar itu siap. Yang depan mahkamah tu, dekat dengan rumah Adnan. Senang la Adnan nanti ke mahkamah kalau kena saman.

Bas habis di terminal Makmur

Saya rasa bersyukur sangat sebab ada perkhidmatan ini. Dapat memudahkan para pengguna nak ke mana-mana. Kalau naik teksi, mahal tambangnya. Bukan semua orang mampu. Saya juga teringat zaman-zaman remaja saya berbas mini dulu, he he he.

Tertunai juga akhirnya projek kerajaan mahu mempertingkatkan kemudahan awam. Dengan adanya perkhidmatan ini mudahlah warga Kuantan hendak ke mana-mana. Bas ini juga ke Gambang dan Bukit Goh. Bukan sekadar berligar di kawasan bandar sahaja.


Jan: Sekian sahaja. Selamat mencuba...

Saya sudah cuba rumpair


Tempat kerja saya telah `diserang' rumpair laut. Ramai kawan-kawan saya memakannya. Pada suatu hari saya galak bertanya apa khasiatnya. Saja saya bertanya wal hal berlambak info tersebut di internate. Kalau kita senyap jea, tidak bagus. Apatah lagi jika kemudiannya kita mahu buat posting, he he he.



Sebagai manusia saya ingin mencubanya. Dan seorang rakan pensyarah telah memberikan saya sedikit rumpair supaya saya makan. Kaedahnya rumit kerana kena basuh berkali-kali dan direndam semalaman. Itulah pesan kawan saya. Bila saya balik saya basuh dan rendam semalaman.


Bila rendam semalaman nampak cantik dan macam agar-agar (lihat gambar di atas). Lepas itu kita kena masak. Lihat gambar di bawah.
 




Kita kena masak hingga semuanya hancur. Kawan saya beritahu minum sebelum dan selepas bangun tidor. Maka saya simpan dalam peti ais.

Sebelum tidur saya cuba meminumnya tetapi ya allah baunya tidak enak. Macam bau bilik air. Saya tidak boleh telan. Esoknya saya cuba lagi tetapi saya rasa nak muntah. Dan lusanya rumpai tersebut selamat masuk longkang...

Jan: No komen...

Friday, January 25, 2013

Buku untuk dijual: Keindahan yang hilang - Shamsuddin Jaafar

Kulit depan

Kulit belakang






Tajuk buku: Keindahan yang hilang 
Katogeri: Kumpulan puisi
Oleh: Shamsuddin Jaafar 
Prakata: Datuk A Samad Said
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetaskan: Pertama (1992)
Bil m/s:97.
Usia buku: 21 tahun.
Harga jualan: RM35.
Sebarang pertanyaan: jankaulu@yahoo.com.my
Ada cop nama dan fakulti saya


Gambaran saiz buku



Filem bertaraf drama

Saya sudah ke pawagam untuk melihat Hobbit. Saya berpuas hati walaupun ada bahagian cerita yang saya rasa agak perlahan. Saya juga tidak berharap cerita tersebut seperti siri Lord of the Rings, kerana cerita ini mengenai Hobbit. Namun saya terasa tidak membazir menontonnya. Maksud saya tidak rugi membayarnya. Saya terhibur. He he he.

Saya juga peminat filem Melayu, jangan kata saya anti filem Melayu. saya tak redha. Malangnya dengan kesibukan tugas dan perasaan, saya terlepas menengok cerita Bunohan. Saya pasti suka melihat cerita sebegini. Jarang orang filem buat cerita sebegini, biasanya mereka buat cerita `sampah'. Tidak perlu memerah otak sebab peminat filem Melayu pun makanan otaknya...tidak perlu berkhsiat sangat...

Saya amat terkilan, jarang benar filem yang ada unsur estetika dan bertema lain sikit diangkat di negara kita ini. Selamat datang ke Malaysia. Adakah pembuat filem masih berfikiran payudara dan punggung pelakon masih melakukan filem mereka?

Semua cerita kalau digarap dengan baik, akan menjadi filem yang cantik. Dan seterusnya mesejnya sampai. Ini tidak, mereka nyatakan kononnya paparan ini adalah realiti dan akan memberi pengajaran. Yang nyata babak yang diketengahkan meleret paparan kegesterannya, kepergaulan bebasnya, kejauhan budayanya dan akhirnya pengajaran hanya berbawak 5 minit!. 5 minit pun kalau digarap dengan ikhlas akan jadi bagus tetapi tidak juga gayanya...emmm. Teruk. Mereka kejar duit semata-mata.

Saya selalu berpendapat, filem bukan sekadar perniagaan semata-mata.

Kata kawan saya, banyak filem Melayu sekarang tarafnya seperti drama di tv. Drama yang teruk... He he he.

Semoga saya ada masa untuk filem ini


Jan: Bercadang nak tengok cerita Mama...

Menyalahkan kepada faktor umur?

He he he. Saya selalu menggunakan faktor umur untuk menutup kelemahan bentuk badan saya:  

"Laaa umur kita kan dah 40 lebih tak kan badan kita macam muda belia lagi". Saya beritahu kawan saya yang badannya juga seperti belon dipam-pam, dia sudah kehilangan leher. Saya seolah mahu menyedapkan hati dia tetapi sebenarnya menyedapkan hati sendiri. He he he.

Saya dapati rata-rata corak pemakan manusia di sekeliling saya (termasuk saya) jauh tersasar dengan corak makanan seimbang yang berbentuk piramid tersebut (lihat gambar di bawah:)




Pernah suatu ketika dahulu saya makan nasi tiga kali sahari. Saya tidak sedar sebenarnya saya sedang `membina badan'. Mungkin saya tidak sadar dan dalam masa yang sama sedar tetapi buat penafian dalaman. He he he. 

Dua bulan lepas saya jumpa sahabat baik saya Lokman, dia terkejut saya semakin `membesar'. Saya juga bertambah nampak besar sebab berbaju Melayu besar dan berkain pelikat (baru balik surau bersama anak saudara saya Najib. Ini bukan nak menyalahkan baju menampakan saya gemuk atau nak beritahu saya ke surau, hanya nak beritahu baju tersebut menambahkan kenampakan saya yang sedia ada sudah gemuk).

Tahun lalu saya beranggapan " Ahhh...biarlah gemuk pun, dah berusia. Lagi pun kawan-kawan seumur dengan saya dah gemuk-gemuk lebih-lebih lagi". 

Nampaknya saya tidak rasional. Kenapa pula menjadikan kawan kita yang setopok ( yang kita lihat di FB) sebagai tanda aras? Yang penting adalah kita, kesihatan kita, tubuh badan kita. Betul tak?.

Siapa yea yang pertama-tama sekali menyatakan bila kita sudah berusia/tua badan kita akan gemuk? Haaa. 

Jan: Ada juga yang berusia tetapi badan terbentuk. Tetapi jarangkan? Kenapa?

Kumpulan-kumpulan dalam kumpulan

Kita makan dengan orang yang sesuai dengan kita 


Dengan siapakah anda akan/telah keluar bersarapan pada pagi ini?

Saya perhatikan di sekitar suasana kerja saya terdapat beberapa kumpulan-kumpulan dalam kumpulan. Maksud saya dari segi corak perkawanan apabila berkaitan dengan `dengan siapa kita pergi makan'. Saya juga percaya keadaan ini juga berlaku di tempat kerja lain.

Ada yang suka makan sorang diri. Mereka makan dalam bilik mereka. Kadang-kadang kita jumpa dia dikedai kelihatan dia makan seorang. Saya jarang makan seorang tetapi tidak ada masalah untuk saya makan seorang bila lapar, hehehe.

Ada juga yang saya tidak pernah tengok dia makan dengan sesiapa pun (malah saya tidak tahu dia makan atau tidak, he he he). malah saya tidak pernah tengok dia makan di kedai.

Ada yang saya nampak bila makan selalu dengan kumpulan mereka bak rombongan Cik Kiah. Makan sambil berbual seronok juga. Boleh tahu banyak perkembangan dan buah fikiran.

Ada yang makan dalam pantry sahaja di pejabat. Mereka bangun seawal 5.30 pagi untuk masak. Bekal tersebut boleh juga di makan untuk tengahari. Ini suatu sikap yang bagus kerana dapat menolong ekonomi rumahtangga.

Saya? Biasanya saya suka makan dengan Adnan. Kami makan berdua boleh dikatakan amat kerap. Kadang-kadang sahaja kawan-kawan saya mahu ikut saya dan makan dengan Adnan. Adnan juga begitu, kadang-kadang ada kawan-kawannya yang ikut serta. Kawan-kawannya dan kawan-kawan saya sebenarnya kawan-kawan saya dan dia juga. Kawan setempat kerja.

Saya senang sekali makan dengan Adnan kerana dia makan cepat dan tidak lama berada di kedai. Dan saya juga boleh berbual mengenai topik yang saya suka. Hari ini banyak juga topik yang disentuh walaupun kami hanya makan sekejap sahaja. Topik wajib ialah topik ekonomi, sejarah dan juga perlakuan kebiasaan masyarakat kini yang amat berbeza dengan masyarakat sekarang.

Pun begitu saya ada juga makan dengan kawan yang bekerja di sebangunan saya (Adnan biliknya di bangunan lain, saya di bangunan lain. Kami berjumpa di tempat letak kereta). Kawan-kawan rapat ini adalah kawan-kawan yang sewaktu dengan saya semasa kami ditemuduga enam tahun lepas.

Kita makan dengan orang yang kita suka. Betul tak? Mestilah kan? Sebabnya mudahlah makanan itu ditelan dan kita tidak perlu `berlakon' sambil makan. He he he.

Jan: Bila sibuk makan kat meja pejabat jea. bangun pagi sebelum ke pejabat, beli makanan terlebih dahulu.

Wednesday, January 23, 2013

Keputusan Najib


Najib adalah antara anak saudara lelaki saya (paling sulung lelaki). Saya selalu mengingatinya sebab dia suka beri pendapat, kurus dan sedikit hitam. Suka berkawan dengannya sebab dia kelakar, sifat sedikit lucah pun ada. Dari mana datang sifat tersebut saya pun tidak tahu. Tetapi ramai yang kata dari sayalah, he he he.

Bila mata saya melihatnya, saya jadi kesihan. Cara dia berjalan lain macam sikit, payah saya nak huraikan di sini. Biasanya orang Melayu tidak berjalan begitu...


Ramai orang kata saya sangat sayangi Najib. Namun hakikatnya saya sayang semua anak saudara saya. Bila melihat mereka lupa segala hutang kad kredit, dan perjalanan hidup saya yang ngeri ini. He he he.

Apa yang kita selalu harus ingat adalah tiada harta yang lebih berharga selain keluarga.


Najib telah berjaya dapat keputusan yang cemerlang dalam PMRnya baru-baru ini. Saya memang sudah awal-awal bertaruh dia akan dapat keputusan sebegitu sebab saya rapat dengan anak saudara, saya tahu bagaimana mereka. Saya berdoa dia terus cemerlang dalam pelajaran. Saya harap dia dapat menjadi doktor, kesinambungan bagi cita-cita saya yang tak menjadi. Doktor jiwa pun tidak mengapa. He he he.

Namun kalau anak-anak saudara saya tidak berjaya dalam pelajaran pun, saya akan tetap sayangi mereka. Hatta cacat, hodoh dan bodoh pun.


Najib pernah beritahu saya kalau dia ada duit banyak nanti, dia mahu beli pulau untuk burung-burung. Tidak ada anak saudara saya yang lain pernah berkata begitu. Demi allah sebijik dengan apa yang saya mahu pada umur saya sebaya dengannya.

Najib tidak mahu ke MRSM, dan dia juga tidak mahu ke sekolah yang terbaik di daerah kami tinggal. Ia bersekolah di sekolah dekat dengan rumahnya. Dekat dengan ibunya yang tinggal seorang diri. Pada mulanya ia membimbangkan saya kerana sekolah tersebut adalah antara sekolah yang tercorot. Saya mahu yang terbaik baginya, saya mahu beliau bergaul dengan orang yang pandai.


Namun Najib telah memilih untuk duduk di sekolahnya sambung tingkatan 4 dan 5. Dia percaya dia boleh mencapai kejayaan di sekolah tersebut. Saya tahu ramai guru-guru sayangkannya. Dia beritahu sekolah tersebut telah baiki dan ada potensi untuk cemerlang. Saya menyokong keputusan dia sebab dia ada visinya sendiri.


Saya berdoa keputusan Najib adalah tepat. Memang betul hakikatnya tidak kira di sekolah manapun kita belajar, yang paling penting ialah kita bersungguh belajar dan pandai ambil hati guru. Keberkatan seorang guru juga sangat diperlukan untuk menjalani kehidupan.

Saya harap Najib tidak main-main dengan suasana tingkatan empat ini.

Jan:  Semoga Najib berjaya. Amin.