"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, January 17, 2012

Goyang telur




" Janganlah percaya sangat, orang Melayu memang gitu! Terus caya dok selidik dulu" Saya terus mencelah walaupun saya tahu sifat tamak dan malas sebegitu bukan milik mutlak orang Melayu. Sifat tamak, tak berfikir panjang, dan hidup nak mudah adalah sifat universal. Sifat yang ada pada sesetengah makhluk di planet bumi.

Sebenarnya kawan-kawan saya bercerita tentang ada orang kena tipu selepas mereka labur duit. mereka percaya akan dapat duit secara senang dan cepat dengan duduk di rumah goyang telur. Tidak perlu buat apa-apa. Hanya tunggu hari-hari duit masuk dalam akuan. Kononnya...

Memang pelik kan? Pelik bin hairan jika masih ada yang tertipu baik orang kampung atau bandar. Baik yang berpelajaran atau sebaliknya. Bila dengar duit cepat gelap mata. Mereka ini kaya angan-angan tapi pilih jalan yang salah. Kalau benar jalannya tentu la dah ramai yang berjaya tapi ramai juga yang tertipu!.

Saya tak kata tidak boleh bekerja dari rumah. Ramai yang berjaya sebab di rumah mereka mengusahakan sesuatu sama ada menjahit atau berniaga secara online. Bahkan banyak kelebihan bekerja dari rumah. Bila kerja dari rumah bolehlah kita selalu berada dengan keluarga kita, membentuk mereka. Bolehlah kita tahu anak perempuan/lelaki kita garib isa dok mana. Banyak kelebihan... Yang saya maksudkan ialah yang goyang telor kat rumah sebab percaya tak payah kerja, duit masuk.

Kata Adnan (sahabat saya), Kalau nak senang kenalah usaha lebih. Yang jadi isunya ada malas nak keluar rumah cari kerja atau buat kerja. Dok nok senang jea, duduk kat rumah biar pasangan sahaja kerja. Kena la keluar dari pintu rumah cari kerja walaupun angkat kayu api, atau jadi tukang kayu (nabi Isa), jadi pengembala (nabi Musa dan nabi Muhammad) atau tukang besi (nabi Daud). [Sekadar menyebut beberapa nama nabi sebagai unsur agama untuk diterapkan dalam penulisan, taklah nanti penulisan penuh dengan mengarut].



Jan: Goyang segalanya untuk duit, he he he. Jangan marah.

2 comments:

Nong Andy said...

n3 ni buat aku terkenang.. kalau membunuh org tu tak masuk jail. dan kalau aku bunuh org tu, tuhan tak humban aku ke neraka. mungkin dah lama org yg dok goyang telur biar anak bininya bekerja carik makan utk dia tu, aku bunuh!

* tiba-tiba emosi di blog anda- maaf :(

sukiman said...

he he he... memang betul. ada tu isteri pagi2 bangun gi kerja dia masih tidor lagi!

.