Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Politikus. Show all posts
Showing posts with label Politikus. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

Pijak, kencing, ludah, berbogel? Bukan budaya kita!

Gambar perdana menteri Malaysia (PM kita), telah dipijak dan dipunggunggi. Saya baca surat khabar dan lihat berita. Saya rasa sedih, saya tidak rasa gembira. Saya tidak mahu bercakap pasal politik. Kalau nak cakap pasal politik, gambar pihak pembangkang juga pernah mengalami nasib yang sama. Haaa.

Namun saya percaya manusia yang melakukan perbutan sebegini adalah manusia yang perlu dibaiki luar dan dalamanya. Dan biasanya mereka yang berkelakuan begini bukanlah merupakan seorang doktor, ustad, cikgu, pensyarah, pegawai kebudayaan, peguang (lawyer) atau iman surau/masjid.

Manusia yang tidak berkelakuan elok ini gemak/berpuashati menzahirkan ketidaktentuan ketidakelokannya dikhalayak. Biasanya para remaja atau manusia yang tidak ada perkara lain yang mahu ditumpukan.

Sasterawan Negara A Samad said juga merupakan pembangkang. Tetapi beliau menggunakan kesasteraan beliau sebagai senjata untuk memaparkan isihati dan gundah gulana jiwa. Bukannya memijak dan meludah gambar. Dan saya percaya para pemimpin sama ada dari pihak pemerintah atau pembangkang tidak akan melakukan sebegini secara secara langsung walaupun ada kemungkinan bibit kebencian adalah ditanam oleh mereka.

Para pemimpin yang dipilih haruslah dihormati, sama ada parti pembangkang atau parti pemerintah.  Tugasnya adalah membina negara dan masyarakat. Menghormati pemimpin adalah juga menghormati masyarakat. Ini kerana masyarakat yang memilihnya. Sebagai sebuah negara demokrasi kita belajar untuk menghormati dan menerima pemilihan majoriti orang lain. Ini pendapat saya.

Namun penulisan ini bukanlah menfokuskan kepada kejadian memijak gambar PM kita, sebab perkara tersebut memanglah tidak wajar. Semua orang bersetuju. Begitu juga kejadian yang berlaku kepada gambar para pemimpin parti pembangkang yang dipijak, ia juga adalah perbuatan yang tidak wajar. 

Ianya isu kelakuan masyarakat kita. Tindakan segelintir manusia inilah yang membuatkan/menimbulkan isu besar. Saya tidak boleh terima orang yang tidak menghormati para pemimpin kita. Berlainan pendapat dan arah adalah suatu yang lumrah. Suami isteri yang mesra seks pabila malam menjelma pun boleh berbalah hebat pada siang hari.... Kadang-kadang kita sendiri pun tidak sedar akan kesalahan kita. Namun janganlah melampau kerana orang yang kita benci tersebut mungkin orang yang jauh lebih baik daripada kita sendiri. Kemungkinan sentiasa ada.

Seolah-olah kita jea yang baik, yang berjasa, yang mempunyai pemikiran yang betul...orang lain yang tidak sekepala dengan kita kita benci... Betulkah pemikiran tersebut? haa...

Sekadar hiasan

Jan: Teringat pernah mandi bogel di Pulau Redang (masa remaja dulu...)

Monday, July 23, 2012

Cerai Che Hasnah

Tiba-tiba saya teringatkan Che Hasnah. Semoga Che Hasnah berada di dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang. 

Saya menulis posting ini sementara menunggu subuh. Saya hanya bersahur dengan bijian Quaker-oat. Saya cuma tambah air panas dan letak susu cap junjung. Air pula, hanya air sejuk. Sahur orang bujang (telajak katakan...he he he.)

Saya terlewat bangun tadi, namun alhamdulilah sempat juga saya bersahur. Maka dalam beberapa minit ini, baguslah saya menulis untuk memberikan kekuatan, keinsafan dan kesejahteraan. Supaya minda kita segar dan berfikir secara positif. Menyampaikan dan menyedarkan.

Saya cuma mahu bercerita. Di kampung saya ada wakil rakyat yang beristeri dua. Seorang isterinya aktif dalam UMNO dan seorang lagi aktif dalam PAS. Wakil rakyat tersebut banyak berjasa membangunkan daerah saya, sehinggalah akhirnya menjadi senator. Orangnya kuat agama dan pernah memberi nasihat kepada saya dalam menjalani hidup dan agama.

Walaupun isteri berlainan parti, tidak pula kedengaran mereka akhirnya bercerai...

Nasib orang tidak sama, cuma pastilah setiap penceraian tidak diminta oleh hati. Saya juga sebenarnya tidak setuju pertelingkahan politik suami isteri membawa kepada penceraian. Kalau tanya ahli akademik atau ahli agama mereka juga tidak setuju kerana ia memilukan...

Hal politik boleh buat orang tersinggung dan naik darah. Boleh buat orang tiba-tiba jadi baik (walaupun sebenarnya kita tahu siapa dia. Tetapi bila hal politik dia jadi baik kononnya. Pelik). Sebab itulah saya jarang menyentuh hal politik dalam blog saya. Saya tak pandai nak maki orang, nak jadikan orang jadi marah atau tunjuk pandai. Saya tak pandai nak tulis untuk menggambarkan yang maha karyanya sayalah yang hebat.

Sejak saya dituduh kafir, saya sudah berhati-hati dalam membicarakan hal politik. Walaupun pak cik tersebut tidak mewakili semua perangai ahli parti, tapi saya tetap tersinggung dan berasa hati. Tapi lucu jugak sebab pak cik tersebut bukannya ahli PAS. Pada masa tersebut dia marah kerana saya tidak masuk parti PAS. Yang saya nak tergelaknya pada masa tersebut dia adalah ahli Semangat 46 seumur hidup bersama dengan bapa saudara saya. Ini kisah lama, saya sudah cuba lupakannya. Cuma payah nak lupakan bila orang tuduh kita kafir kan? Selamba jea dia...

Ia bertentangan dengan kata-kata ustad Othaman, ustad yang saya sayangi sebab dia tidak berlebihan...Katanya orang kafir pun jangan didesak kecuali mereka memerangi islam. Ini kerana kita tidak tahu suatu hari nanti mereka juga mungkin menerima hidayah. Itu kata ustad Othaman, saya ingatinya. Dan setakat umur saya ini orang yang cuba menjahanamkan hidup saya bukanlah orang kafir tetapi orang islam, orang islam yang boleh baca yassin...sembahnyan, puasa dan sebagainya. Demi allah ini benar.

Saya tidak mahu melalut, nanti saya emosional bila berbicara pasal politik dan orang yang cuba menjahanamkan hidup saya. Haa. Penulisan ini adalah cerai kerana kes politik. sebenarnya banyak sebab lain lagi untuk kita bercerai. Banyak lagi, pilihlah yang betul-betul relavan sebab tidak semestinya tidak bercerai itu bahagia rumahtangganya. Ada yang menderita nak mampus tapi tak bercerai pun. Hal ini sebenarnya kena tanya orang dah kahwin. Saya tidak berhak menulis panjang-panjang...he

Penceraian tetap dibenarkan kerana tiada paksaan atas pasangan untuk terus menderita dalam perkahwinan itu. Itulah mungkin jalan penyelesaiannya jika sudah tidak ada jalan, atau pasangan brutal giler. Bukankah begitu?

Namun kalau semata-mata sebab politik?

Jan: Bercerai kasih talak tiada...


Monday, May 28, 2012

Gelagat politik sesetengah kawan-kawan saya

Kampung saya di daerah Besut, negeri Terengganu. Daerah Besut bersempadan dengan Kelantan. Di Pantai Timur, parti pembangkang mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seharian. Sepanjang umur saya, parti PAS pernah memerintah negeri Terengganu sebanyak 2 kali.

Ramai juga kawan-kawan baik saya terdiri daripada parti pembangkang, yang tidak memilih kerajaan sekarang (Barisan Nasional) sebagai kerajaan yang mereka percaya dapat memberikan kesejahteraan. Pun begitu saya juga mempunyai kawan-kawan yang bukan sahaja kuat menyokong kerajaan tetapi juga turut sama menyumbangkan input kepada plan pembangunan negara.

Saya terfikir pasal politik ini apabila saya melihat bendera parti pembangkan dan parti pemerintah sudah semakin galak dikibarkan. (gambar sebelah hanyalah sebagai hiasan).

Sepanjang jambatan yang ada, semasa saya ke Kuantan juga di kiri kanannya  sudah ada bendera banyak terpacak/dipacak seolah bahang pilihanraya semakin dekat.

Saya teringat kepada suatu peristiwa pelik tetapi benar yang berlaku di daerah saya. Kisah kawan-kawan saya yang berbalah kerana parti. Dan mereka biasanya berbalah hanya 5 tahun sekali bila menjelang pilihanraya.

Alhamdulilah setakat ini saya tidak terlibat dengan mana-mana perbalahan. Mungkin saya tidak pandai menimbulkan isu dan tidak pandai nak pengaruhi orang.

Sekarang saya sudah 11 tahun di Pahang, namun saya percaya sekarang ini kawan saya tersebut sedang `berperang' sesama sendiri. Pilihanraya lepas khabarnya mereka hampir tampar menampar di bandar Jerteh. Mereka juga menggunakan kata-kata nista bila hati sudah panas.

Namun sesudah pilihan raya mereka berbaik semula. Juga sama-sama buat benda yang tak baik. Saya malaslah nak cerita apa benda tak baik itu...he he

Jan: Dalam dunia politik ada macam-macam gelagat...perangai


Sunday, January 29, 2012

Bonus untuk UMNO






Setelah dipecat sebagai ahli PAS, Dr Hasan Ali (datuk) rancak menganjurkan ceramah untuk memperlihatkan kelemahan parti PAS dan menyebarkan hal bahayanya gejala murtad. Beliau dipecat oleh Presiden PAS sebab tindakan-tindakan yang menyalahi dan merugikan parti. Memang patut pun. Kalau merugikan buat apa simpan. Dan bagi saya tindakan PAS ini amatlah betul untuk periuk nasi PAS dan juga melegakan PKR dan DAP. Dua parti yang mempunyai cita-cita dan perjuangan yang berlainan. Eh jangan kata mereka sama, kalau sama...PKR masuk PAS atau PAS masuk DAP, he he he.

Namun Dr Hasan Ali bukanlah sembarangan orang, sejak dahulu lagi dia memperjuangan hak orang islam di negara ini. Mungkin dia orang yang jenis tegas dan tidak suka sangat berpolitik. Ada yang kata sebenarnya beliau kecewa sebab tak ada suara dalam parti. Entahlah, yang betul adalah betul jika kita rasa prinsip kita betul. Dia rasa dia betul sebab itu dia nak cerita yang betul-betul kejadian.



Jangan marah kepada PAS sebab PAS tidak boleh simpan orang begini, lagipun bukan semuanya 100% adalah keputusan atas batujemala PAS. PAS kena jaga hati `adik beradiknya', dalam pakatan pembangkang juga ada main `politiknya'. Ala... macam dalam Barisan Nasional la, lagi cilik main politiknya sebab gabungan 13 buah parti kan? Eh 13 ke sekarang?



Namun Dr Hasan Ali tidak masuk UMNO, dan UMNO pun tidak mempelawa Dr Hasan Ali. Haa...



Tapi pegi mari-pegi mari UMNO yang untung bila Dr Hasan Ali rancak berceramah.



Jan: Sayang nak guna duit bonus...he he he. Nak simpan buat kabinet putih.

Thursday, January 19, 2012

Cara orang kita berpolitik, huh!


"Macam mana nak memerintah negara, bini sendiri pun tak reti nak perintah, tak daya nak kawal" Ini dialog yang saya pernah dengar dengan telinga saya sendiri. Dan saya diam sahaja sebab ada benar dan ada tak benarnya. Bagi saya, kehidupan ini bukan senang nak terus buat kesimpulan atas sesuatu perkara dan kejadian...

Biasanya salah satu cara nak hentam orang politik ialah dengan melakukan serangan peribadi, serangan untuk menunjukan bahawa dia tak berjaya kawal keluarganya. Konotasinya kalau keluarga sendiri tidak berjaya nak dikawal/dibentuk, macam mana nak memerintah negara. Contohnya perihal isu isteri tidak pakai tudung selalu kita dengar. Atau anak lelaki yang suka berpoya.

Saya timbulkan perkara ini kerana di internate telah tersebar luas gambar anak perempuan Dr Hassan Ali yang berpeleseran. Walaupun Dr Hassan Ali adalah antara idola saya, saya tidaklah terus mencari gambar tersebut. Saya memang tidak mahu tengok sebab tak akan mendatangkan apa-apa kebaikan. Baik saya tengok gambar Rozita Cik Wan, he he he. Lagipun saya banyak nak buat kerja lain.

Saya rasa yang bernama manusia, yang tergamak sebarkan gambar tersebut sangatlah tidak bertanggungjawab. Memalukan bapa dan anak sekaligus. Memalukan masyarakat kita. Gambaran masyarakat kita yang hilang punca.

Saya nak termuntah bila fikir `penjahat' dalam dunia politik ini. Yang lebih-lebih biasanya bukan pemimpin tapi pengikutnya.

Tidak perlulah buka kain orang, bukalah kain sendiri....

Jan: Anak perempuan kita bagaimana? Haaa....


Monday, January 9, 2012

Air pasang dalam...




Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta.

Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa.

Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama' mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil.

Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
ADUN Gombak Setia
8 Januari 2012



Read more: http://www.pisau.net/2012/01/video-pemecatan-kenyataan-terkini-dr.html#ixzz1iuiWaYrn



Jan: Air pasang dalam surut pukul 5...

Sunday, January 1, 2012

Perihal UMNO dan PAS, bersatulah 2012

Nasseir Wahab nampak muda di usia 50an...




Semasa saya kecil dahulu, parti politik seperti DAP sangat dicemuh oleh masyarakat Melayu. Mereka melihat parti DAP adalah parti yang sangat perkauman dan juga sebagai sebuah parti warisan PAP Singapura yang mahu menghakis kuasa Melayu. Pendek kata orang UMNO dan orang PAS memusuhi DAP secara total.

Namun zaman telah berubah, Sharifah Aini sudah tidak paling popular dan tidak lagi kurus, sekarang zaman Siti Nurhaliza yang nampak makin kembang (he he he sorry Datuk). Banyak perkara telah bertukar ganti, dan begitulah juga senario politik negara. Kenyataannya sekarang PAS, DAP dan Keadilan telah duduk sekatil!. Tidor berpelukan walaupun mimpi mereka sebenarnya lain-lain dan sangat berbeza, he he he.

Saya jarang menulis hal politik. Bukan kerana ianya tidak penting kepada saya tetapi bimbang pembaca melenting, he he he.

Seingat saya di daerah saya dulu ada masjid yang mempunyai dua iman yang mewakili parti yang berlainan. Satu masjid 2 iman. Seingat saya, saya ada lihat gambarnya. Dan sekarang masih ada masjid berbeza untuk parti yang berbeza. Tahniah untuk orang Melayu dan negeri Terengganu. Cerdik sangatlah kelakuannya, he he he. (memalukan...).

Sejak dahulu perpaduan Melayu memang retak kerana parti politik, orang Melayu bila berpolitik bagaikan menendang landak lakunya (tanya kawan yang tahu pepatah ini). Perpecahan keluarga, debat kedai kopi, pertelingkahan nak cari tok iman separti untuk nikahkan anak, dan ada kes bercerai berai kerana parti.

Pada pendapat saya perpecahan serius mula berlaku bermula apabila Tuan Haji Ahmad Fuad kalah dalam pemilihan Presiden UMNO keluar parti dan menubuhkan PAS. Sejak itu ada sahaja perbahasan, perdebatan, perpecahan dan permusuhan PAS - UMNO. Mereka sakan bermusuhan walaupun sebenarnya para pemimpin utama boleh duduk semeja hirup air kelapa muda.

Namun sekarang lain, mereka berbalah kerana orang bukan islam iaitu kerana DAP. Apabila ada pemimpin bukan Islam buat kenyataan akhbar bantah tulisan jawi (yang ditulis di sebahagian papan tanda di Kuala Lumpur). Siapa yang berbalah? Siapa yang macam murai tercabut ekor? (sila tanya kawan yang faham bidalan ini). Ya, yang bertelingkah sakan ialah orang Islam UMNO dan orang Islam dalam Pas.

Ingat tak peristiwa di Pulau Pinang? Isu penggunaan pembesar suara di masjid, ingat tak? Ya , yang khusuk bertegang leher berhujah sehingga ke tahap saling mencerca adalah orang PAS dan UMNO. Orang islam kita...(baca dengan nada sedih dan kecewa bercampur terkilan...)

Masih ingat tak lagi? (amboi macam tajuk lagu Nassier Wahab... Nassier Wahab ni memang nampak muda. Kata dia, dia pakai minyak zaitun kat muka sebelum tidor. Haaa...tu petuanya) bila ada pemimpin DAP yang bukan Islam dipanggil menyampaikan bantuan dan berucap dalam Masjid dan surau..., maka yang bertegang leher mempertahankan DAP ialah PAS dan yang membantah pula adalah UMNO. Yang saya nak tekankan bukannya salah atau betul perkara tersebut tetapi kedua-dua ini adalah orang Islam.

Begitu juga apabila pemimpin bukan Islam dalam DAP mengadakan majlis berbuka puasa untuk orang Islam yang sah budak tadika pun tahu bertujuan politik, maka yang sibuk "bertegang urat leher" (cari makna dalam buku Simpulan bahasa Melayu) ialah orang Islam UMNO dan PAS.

Tahniah kepada DAP kerana pandai mencuit sedikit demi sedikit sensitiviti orang Islam. Yang melatah sakan dan yang bergaduh siang malam pagi petang ialah orang Islam dalam PAS dan UMNO.

Jan: Yang untung siapa? Haaa...

Wednesday, December 28, 2011

Datuk Hassan Ali

Dalam dunia politik susah nak tahu mana satu betul dan mana satu salah. Lainlah jika kita sudah fanatik. Maksud saya kepala otak dah cop BN atau cop Pas atau pembangkang dan seangkatan dengannya. Payah nak fikir di luar kotak.

Kalau kita di pihak pembangkang kerja kita memang la membangkang. Kalau kita di pihak pemerintah kerja kita memerintah. Namun perkara salah tetap salah kalau ia berlaku dalam pari PAS sekali pun. Begitu juga perkara betul tetap betul kalau BN yang usahakan. Dok gitu?

Kalau kita jadi ahli politik berkedudukan payah juga nak jadi betul-betul ikhlas. Paling senang pun kita tutup mulut sebab jika kita beri komen ia akan menjejaskan parti secara keseluruhan. Payah juga yea. Seksa jadi politikus yang jujur. Senang jadi polilipas (lipas).

Seorang kawan saya (orang UMNO) hampir ditampar oleh seorang kawan saya (orang PAS) bila berdebat pasal politik. Pada masa itu kawan saya yang orang UMNO di minta oleh kawan saya orang PAS untuk memberi pandangan pemerintahan Terengganu (di bawah PAS). Bodoh kalau berbalah sebab pemimpin besar kedua belah parti cool je jika berjumpa, sempat bergurau…! Yang bawah ni jea yang fanatic entah apa. Saya diam sahaja tak mahu masuk campur, saya memang tahu siapa yang patut saya sokong, yang saya patut undi. Saya yakin! (tapi undi adalah rahsia gitu).

Dalam masyarakat agama ada politik, dalam masyarakat politik pun ada agama. Nyata politik dan agama tak boleh dipisahkan. Cuma jangan sesekali menggunakan agama dan politik untuk kepentingan perut peribadi bila kepentingan umum harus diutamakan. Kepentingan umah…

Akhirnya? Haaa…

Jan: Haaa...

Tuesday, December 6, 2011

Siapa main wayang di Lynas?





Kes Lynas memang menarik perhatian saya, mungkin sebab saya terpengaruh dengan filem Erin Brockovich yang dibasedkan daripada cerita sebenar. Lakonan Julia Robert dalam filem tersebut hebat, namun ianya tidaklah sehebat lakonan orang politik kita dalam isu Lynas, he he he (dan hebatnya penonton yang tengok wayangnya. He he he).

Melihat kepada manusia di planet bumi ini, saya berpendapat jika orang itu berperibadi teruk, teruklah dia secara peribadi sama ada dia orang Melayu ke, orang Islam ke, orang UMNO ke, orang PAS ke atau PKR ke. Dia membawa imej yang buruk kepada kelompok yang diwakilinya.

Adalah menjadi suatu kebiasaan orang politik akan mendapat projek bila sesuatu polisi atau rancangan dilakukan. Kronisme dan neopotisme berlaku di seluruh dunia. Ianya bersifat universal. Cerita ini selalu kita dengar, budak darjah 3C pun tahu... Namun jika benar-benar layak dan dapat tander tersebut dengan persaingan yang sihat, saya rasa tidak salah (why not?). Tak kanlah kita tak boleh berniaga semata-mata kerana adik/kekasih kita jadi menteri. Mana ada undang-undang sebegitu?

Orang kerajaan, orang politik (sama ada pembangkang atau penyokong) halal mendapat projek yang dilaksanakan. Sebab definasi politik itu sendiri adalah terlalu umum. Ada beribu definasi, dan semua orang berpolitik wahima di pejabat pun. Kalau hendak mengkaji pemikiran masyarakat kita, memang tidak terkaji. Dalam dunia maya internat semua orang mahu menunjuk pandangan beliaulah yang benar, yang sepatutnya diterima (termasuk blog jankaulu ke? He he he). Tetapi di alam maya pesada ini mungkin semuanya 100% lakonan wayang, sandiwara semasa sahaja atau drama swasta (ada ke drama kerajaan sekarang di Tv?).

Kelompok masyarakat yang gemar ber`main' politik, kuat benar hayunan`main wayang' di pentas sandiwaranya. Atau di pentas kedai kopi, he he he (di bandar kita tambah `tiam' jadi kopitiam). Seni lakon mereka mengalahkan Remy Ishak, Sukiman Ishak atau Arong Aziz... Mereka bertiga tidak boleh cari makan walaupun handsum.

Biasanya penonton wayang Wak Dogol yang fanatik dan jadi statik... Jadi ahli kutuk orang. Yang lebih kuah dari sudu. Lebih gincu dari bibir. Dulupun, Nik Aziz dan Mahathir boleh duduk semeja minum air kelapa, bertanya khabar dan bermesra. Yang fanatiknya ahli yang statik mindanya tak boleh berjumpa sua...

Berbalik kepada kes Lynas. Saya berpendapat projek Lynas haruslah menguntungkan kerajaan negeri dan negara secara direct. Kalau tidak skop pembangunan ekonomi tidak meluas. Pengecualian cukai selama 12 tahun tersebut ada kemungkinan akan tidak menguntungkan kita, jika tiada hasil tambah nilai yang besar. Ada kemungkinan kan...sebab saya guna perkataan JIKA.

12 tahun pengecualian cukai... emm. Setakat dapat menarik pelabur asing dan menyediakan dua tiga ketul peluang pekerjaan yang minima adalah tidak cukupi. Projek ini haruslah digiatkan/dikembangkan lagi agar impak ekonominya lebih besar, selaras apabila Lynas berkembang keuntungannya (untung syarikat Lynas).

Semoga kajian yang lebih terperinci mengenai manfaat projek ini dijalankan dengan cermat. Jangan sampai setakat menyediakan pekerjaan kepada beberapa kerat penduduk tempatan sahaja, gong dipukul sepelaung, riuh sekampung.

Selamat maju jaya.

Jan: Lama tak tengok wayang kulit...


Friday, October 7, 2011

Tan Sri Isa Haji Abdul Samad





Tan Sri Isa Samad, 61, menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004. Beliau juga merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden Umno. Beliau merupakan ADUN Bagan Pinang setelah memenangi pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Oktober 2009. Beliau adalah pengurusi FELDA menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusuf Noor.

ISA dan politik




Ada pihak sokong ISA dihapuskan, ada pihak tak sokong.



Tapi tak bolehlah kita gunakan ISA untuk tujuan politik sempit. Maksud saya kalau orang bangkang kita kita sumbat dalam ISA, kalau orang kritik kita kita campakan dalam ISA. Kita tak boleh gunakan ISA demi kepentingan politik parti, peribadi dan periuk nasi kita (wahima bini dan anak-anak kita dan jiran pun).

Hanya satu tujuan yang rasional ISA digunakan, iaitu demi keamanan dan keselamatan sesebuah masyarakat bernegara. Parti mana pun yang memerintah ISA hendaklah digunakan dengan betul dan adil.

Namun ISA katanya tak dihapuskan terus, ada akhta lain yang akan digantikan. Haaa...ni maknanya ISA penting. Sekarang ramai yang memuji perlaksanaan hapuskan ISA hingga terlupa kenapa tujuan asal kita mewujudkannya, menjadikan ianya akhta, bukan ordinance (betul ke ejaan?).

Saya terdengar ada orang kata kononnya akta yang menggantikan ISA nanti akan lebih zalim dan sadis berbisa. Dan akhta ini akan lebih menekan kepada nak king kong (kongkong) rakyat.

Jan: Semua orang boleh berfikir. Berfikir negatif atau positif.

Thursday, October 6, 2011

ISA - Tahanan tanpa bicara




Kalau dalam kampung kita ada penjahat yang jahat giler. 1000 kali lebih samseng daripada Sharif Dol. Hisap dadah, suka merosakan dara anak dara orang, suka mencuri pasu dan sebagainya. Semua orang tahu kejahatan dan kezaliman yang dilakukannya sangat teruk. Semua orang kampung sakit hati dan geram. Tapi polis pula tak dapat menangkapnya (untuk dibicarakannya) sebab tak ada bukti. Geram kan?

Maka orang kampung yang kecewa, marah dan sakit hatilah yang pukul penjahat sesuka hati dan patah riuk! (sebab polis tidak mampu tangkap dan mahkamah tak dapat bicarakan pemuda tadi). Orang kampung buat undang-undang sendiri.

Tetapi mengikut undang-undang, kita tidak boleh tahan orang itu tanpa bicara (kesian la), setiap manusia ada hak asasinya, kalau nak bicara mestilah ada kes. Haaa... Namun di Malaysia kita ada undang-undang yang membenarkan penahanan seseorang tanpa bicara. Kita tahan mereka, kita letak satu tempat dan `basuh' mereka. Kita panggil ISA. Dahulu ISA galak digunakan semasa ancaman komunis (darurat).

Sekarang ISA hendak dihapuskan oleh kerajaan. Pihak pembangkang terutamanya menyambut baik perkara uini. Dan kita faham benar mengapa pihak pembangkang menyetujuinya (kita tak bodoh). Manakala Tun Dr Mahathir tidak memberikan komen yang `membangkang' keputusan menghapuskan ISA (zaman pentadbiran beliau, ISA giat juga digunakan) tetapi beliau juga tegas memberitahu yang ISA bukan sebuah akta yang zalim. ISA telah mewujudkan keamanan menjurus kepada kemakmuran ekonomi.

Saya tidak tahu adakah majoriti rakyat bersetuju dengan tindakan pembatalan akta ini (janganlah tanya pembangkang kerana tentulah mereka setuju walaupun sejarah membuktikan bukan semua tahanan terdiri daripada parti pembangkang).

Saya juga tertanya-tanya adakah keamanan akan terus dan lebih baik lagi jika ISA ditiadakan. Sedangkan banyak kegunaan ISA, contohnya sebagai sebuah negara yang bermasyarakat majmuk isu perkauman boleh meletus tiba-tiba, menganas dengan tiba-tiba. Hak-hak istimewa orang Melayu terus galak dipersoalkan, institusi Raja-raja dihina secara terangan di internate, kontrak sosial, bahasa Melayu dan juga agama Islam semakin tak tahu ke tengah dan ketepi...

JAN: ku ditahan dalam telaga rindu, gelap mata, tuli telinga...lembab jiwa.

Thursday, September 15, 2011

Majoriti yang salah...




Dulu saya buat satu ekpriment dalam kelas saya. Saya tanya pelajar saya sama ada setuju atau tidak kuliah minggu depan dibatalkan atau ditangguhkan, hampir semua pelajar angkat tangan tanda setuju... Wal hal silibus masih tidak habis lagi dan masa saya terlalu suntuk dah. Tapi majoriti setuju!

Majoriti tidak semestinya betul. Saya mesti mengikut ketetapan jadual dan imbangan minda saya sama ada tindakan itu perlu atau tidak. Saya tidak akan meletakgunakan sistem demokrasi kerana sistem ini juga ada kelemahannya.

Adakah sebagai pemimpin kita mesti menerima permintaan majoriti rakyat, memenuhi keperluan mereka (kalau tak mereka tak akan undi kita?)? Dan persoalannya cerdikkah rakyat kita dalam menilai apa yang terbaik untuk mereka? Bagaimana tahap pelajaran masyarakat kita, corak kehidupan dan apa bahan bacaannya? He he he.

Kita ada konsep demokrasi terpimpin, yang membawa makna pemimpin membawa negaranya ke suatu arah pembangunan yang pemimpin itu yakin akan definasinya dan destininya. Pemimpin memimpin rakyat melaksanakan apa yang mereka (para pemimpin) rasa betul tanpa melihat kepada bantahan rakyat. Kerana ada sesuatu dasar mengambil kesan yang lama untuk melihat kejayaannya.

Jan: kumpulan minoriti, h e he he...

Monday, July 11, 2011

Perhimpunan bersih




Minggu lalu isu yang rancak diperkatakan ialah isu mengenai perhimpunan Bersih. Sebagai manusia biasa kadang-kadang saya `bersetuju' dan menyokong tindakan, dasar dan pendapat kerajaan, dan kadang-kadang pula sebaliknya.

Untuk isu ini saya beranggapan perhimpunan bersih banyak buruk berbanding baiknya. Dan perhimpunan ini bermotif politik. Sebelum ini saya beritahu kawan saya `biarlah mereka berhimpun, bukannya nak buat rusuhan"... He he he.

Politik itu adalah satu proses di mana pelaku mahu mencari kuasa/pengaruh, mengekalkan kuasa/pengaruh dan menambahkan kuasa/pengaruh yang sedia ada. Saya tidak suka bercakap pasal politik kerana ia pelik dan boleh membuatkan orang hilang bukan sahaja akal, tetapi juga jati diri dan hakis agama. Namun saya cuba juga terangkan kepada mak saya mengapa perhimpunan bersih itu diadakan. Tetapi saya terangkan berdasarkan kefahaman saya yang cetek.

Saya beritahu mak, biasa sahaja perhimpunan tersebut, masa Anuar Ibrahim popular (kini pun popular juga, siap ada vidio yang dikaitkan dengannya lagi) perhimpunan diadakan setiap minggu di Kuala Lumpur. Dan saya beritahu perhimpunan tersebut bukanlah nak pecahkan kereta atau rosakan kedai peniaga. Mereka hendak menyampaikan sesuatu dan antaranya pilihanraya yang lebih adil dan membenteras rasuh secukup-cukupnya. Itulah yang saya beritahu mak.

Saya beritahu juga perhimpunan tersebut akan memberi imej yang buruk seperti mana kita lihat demotrasi di negara lain. Ramai yang kaitkan negara tidak bijak tangani masalah rakyat maka berlakulah demotrasi. Namun saya beritahu juga tak perlulah mak bimbang sangat, semuanya terkawal.

Saya juga beritahu mak sekarang pilihanraya sudah dekat, banyak agenda orang politik akan lakukan. Dunia sekarang payah nak cari yang ikhlas, semuanya ada berkempentingan politik dan kalau kepentingan politik untuk agama dan bangsa tak apa. Kalau untuk diri sendiri dan isi perut keluarga (anak bini), sendiri fikirlah, bak kata Nabil...

Namun saya faham kenapa kerajaan beria-ria menggunakan media massa untuk menyatakan perhimpunan itu sangat buruk akibatnya/kesannya. Dan saya rasa ramai yang faham sebab bila kita berada/adalah kerajaan, kemungkinan besar gitulah lagak kita. He he he

Jan: Apa yang nyata sama ada di pihak kerajaan atau yang berhimpun, mereka percaya sangat mereka buat semuanya untuk negara. Yakin sangat, he he he.

Friday, July 1, 2011

Ahli politik, politik guru dan politik pelajar...

" Kalau gitu, janganlah balik rumah. Duduk sekolah je sampai petang belang tunggu latihan, boleh study" Kata cikgu sukan saya yang tak handsum.




Saya bukan apa. Saya cuba buat cikgu saya faham yang daripada rumah saya nak ke cabang jalan lebih kurang 2 km. Saya kena jalan kaki ke cabang jalan kalau nak ke sekolah petang, bas awam tak masuk ke jalan rumah saya.





Saya rela jalan kaki kalau untuk kelas tambahan waktu petang, saya rela sampai basah underware demi kelas tambahan atau beli album (dulu kaset) Kak Pah tetapi kalau semata untuk latihan sukan saya malas. Lagipun besar sangat ke bersukan ni? he he he.





Guru besar juga marah, kata guru besar "Kalau tak nak bersukan pergi sekolah di Singapore. Di Malaysia pelajar kena bersukan, itu dasar kerajaan kita!". Saya diam je pada masa tersebut sambil berfikir "ala susah pulak kena buat paspok". He he he. Guru besar tersebut garang macam rimau, dia pernah panggil kawan saya `iblis'. Tapi guru besar tersebut sudah mati, semoga allah mencucuri rahmat dan menempatkannya di tempat yang bersesuaian, he he he.





Saya tahu sangat taktik-taktik cikgu kat Malaysia ni. Awal tahu mereka tergedek-gedek berbaik dengan pelajar yang aktif/pandai sukan (yang berkebetulan pula ramai lemah dalam pelajaran). Dan pabila musim sukan habis (biasanya dalam bulan april), mereka mulalah tergedek-gedek berbaik dengan pelajar cerdik (yang berkebetulan ramai lemah dalam sukan) yang berpontensi besar dalam pelajaran untuk harumkan nama sekolah...) Politik betul kaum guru ni, he he he.





Jan: Teringat kenangan pahit ketika acara merentas desa...! (tapi kini antara yang termanis...he he he)

Tuesday, May 25, 2010

Tanah KTMB di Singapura.

Klip pada gambar di atas untuk dapatkan gambar lebih besar dan jelas.


DUNIA politik adalah dunia berkisarkan pengaruh dan kuasa. Mencari kuasa, mendapat kuasa menggunakan kuasa, mengekalkan kuasa dan menambahkan kuasa untuk mencapai tujuan tertentu. Dan tujuan `tertentu' itu biasanya `tersembunyi' dan tidak jelas sifatnya...
Kalau mengikut definasi tersebut saya berpendapat dalam skala yang kecil kita semua pernah bermain politik dan mungkin sedang bermain politik. Cuma apa yang kita dapat atau rugi itu bawa kesan yang besar atau tidak... itulah persoalannya.

Walaupun saya sibuk marking paper, edit pakaian, dan buat jeruk pauh, saya agak hairan dan terkejut apabila tiba-tiba isu tanah KTMB di Singapura ini seolah selesai. Magic apa yang digunakan oleh Najib yang Mahathir gagal buat?. Pada masa itu saya sedang bersihkan ruang tamu sambil dengar TV, sekali sekala jeling juga.

Jangan bimbang saya bukan penganalisa politik...tetapi saya rasa penulisan ini lebih kepada tanda-tanya saya, kebodohan saya dalam dunia politik. Hubungan Malaysia dengan Singapura walaupun tidaklah seteruk hubungan Kasim Selamat dengan Nyonya Mansur tetapi tidaklah semanis hubungan Azura dan Z yang disandarkan pada kenangan.

Umum tahu banyak percangahan yang ala-ala pertikaian wujud sepanjang jalan di sepanjang sejarah pemerintahan, daripada zaman Tunku sampai ke zaman Pak Lah ada-ada saja hal sulit lagi menyulitkan. Selembut Pak Lah pun isu ini tak selesai tetapi saya terpana apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong kelihatan tersenyum mesra di hadapan wartawan semasa mengumunkan projek ini. Atau saya yang pesimis?


Amboi gembiranya...


Tiba-tiba saya rasa bimbang (pulak dah...) dan khuatir jika kita kena korbangkang banyak perkara demi mencapai apa yang kita nak dalam dunia politik. Walaupun saya terketar-ketar bawak Myvi dalam bandar Kuantan dan dengar lagu Seribu Mawar itu tak bermakna saya tidak peduli soal bangsa dan negara...lebih-lebih lagi soal ketuanan Malaysia (amboi bersemangat ni...!).



Tanah tersebut (tanah KTMB) sebenarnya telah dipajakan dari kerajaan Singapura sejak 1918 bagi tujuan perkhidmatan kereta api. Ada la seluas 217 hektar, termasuk laluan landasan kereta api sepanjang 20-30 kilometer dari utara republik itu hingga ke selatan. Singapura kecil sahaja jadi 20-30 kilo meter tu besar dari segi kedaulatan sesebuah negara. Kalau kat Malaysia pendek je...tetapi ianya kira sangat besar dari segi maruah dan hak. Nilainya tak terukur.



Jangan hairan kenapa tanah KTMB ada di sana, sebab dahulu Singapura tempat orang Melayu juga, seiring dengan Tanah Melayu. Singapura itu pun pernah berada dalam Malaysia. Kalau kita tahu geografi dan peta topo (dan pandai kira bering) kita tahu yang kawasan-kawasan tu berada di utara tengah dan selatan Singapura. Satu kawasan yang amat bernilai!. Kalau ditukargantikan dengan kawasan lain yang `konon'nya amat bernilai mungkin ianya mungkin akan menjadi suatu kegagalan Malaysia dalam hubungan luarnya (amboi teranalisis pulak dah...). Nanti ada yang kata Malaysia bodoh, Singapura dapat pendekan akal kita dengan beri tanah kat seberang Johor je sedangkan sebelum ini kat hujung sana...entah lah. Saya harap saya silap analisis...



Marina South tu pulak kalau tak silap saya tepi alik sini je depan Pasir Gudang, bukan depan Johor baru. Entahlah... Kranji, Woodlands dan Bukit Timah lebih ke dalam kedudukan tempatnya berbanding tanah yang mungkin ditukar ganti tu...



Kedua-dua negara akan menubuhkan syarikat usahasama bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di Singapura. Saya tidak tahu nak ulas mengenai berita ini sebab ianya bukan sahaja membawa kesan ekonomi tetapi yang lebih penting ialah ianya mempunyaim kesan politik. Iaitu isu ketuanan Malaysia.



Nak saja rasanya saya kontek Tun Mahathir, nak dengar komen dia... Sebab jiran kita yang satu ni tak akan bersetuju membuat apa-apa persecapaian jika tidak benar-benar amat-amat sangat-sangat menguntungkan mereka...



Jan: Geram dengan gelagat jiran belakang rumah yang tak tahu hak-hak sebagai jiran...

Monday, May 3, 2010

Kuasa blog dalam politik...

Tidak selalu sangat (jarang) saya menyentuh isu politik secara mendalam atau secara langsung dalam blog jankaulu.blogspot. Penulisan di blog saya hanya berbentuk jurnal peribadi, mengenai peristiwa di sekitar lingkungan wilayah hidup saya. Contohnya, perihal saya masak tom yam turut saya masukan ke dalam blog saya... atau kisah saya yang kena `kencing'.., orang lain tak ada hak nak halang (dan tak terdaya nak halang, he he he).


Pun begitu tidaklah pula bermakna saya tidak ambil hal langsung tentang politik negara. Cuma saya bimbang jika saya berkecenderungan menulis hal politik, membuatkan blog jankaulu tidak mewakili kehendak naluri dalaman saya. Lagipun saya manalah tahu sangat hal politik dan masih segan atau tidak selesa mempamirkan kecenderungan politik saya, ia mungkin juga sensitif bagi sesetengah pihak.



Pun begitu semasa saya ke kedai membasuh kereta (basuhan pertama untuk tahun 2010 ini), semasa lepak di kerusi menunggu, saya mendengar perbualan anak-anak muda. Mereka memperkatakan perihal blog politik yang mereka baca. Saya buat-buat toya je sambil membaca majalah URTV yang ada di atas meja di sebelah. Sebenarnya saya tak baca sangat (saya tengok gambar-gambar je), saya fokus kepada perbualan mereka mengenai pengetahuan politik yang mereka dapat daripada blog.


Saya sedar banyak blog politik yang muncul, terkadang saya membacanya juga. Terkadang saya percaya dan terkadang saya raguinya. Maka baiklah saya baca blog kawan-kawan saya yang sah semuanya benar sebab kita kenal peel peragai mereka. Namun saya percaya ada di antaranya (bukan semua) blog politik memaparkan berita yang sahih dan benar berbanding dengan `akhbar kerajaan'. Masyarakat sudah dapat melihat segala yang berlaku. Maksud saya jika zaman kucing kiron dulu apa-apa saja yang disiarkan oleh TV atau media arus perdana ianya ditelan bulat-bulat oleh khalayaknya. Kini masyarakat lebih kritis dan menilai laporan tersebut dan terus membandingkannya dengan apa yang ada dalam blog politik. Ini terjadi kerana blogger politik telah dianggap sebagai wartawan rakyat iaitu melapurkan suatu berita dengan tepat mewakili rakyat.


Saya akui blog sangat berkuasa di dalam arena politik Malaysia. Dalam pilihan raya umum ke 12 pada 8 Mac 2008 nan lalu, pola pengundian rakyat yang berubah ada kaitannya dengan blog-blog politik. Penulisan blog berperanan sebagai wartawan rakyat melaporkan perkara yang radikal dan berani, berjaya menawan hati rakyat (walaupun kesahihannya masih boleh diragui, tetapi ia berjaya meraih kepercayaan). Misalnya, blog berita Malaysia today menerima kunjungan sehingga 2.4 juta hit apabila ada isu-isu panas. Antara blog sosia-politik lain yang terkenal ialah Rocky's Bru, Kuda Kepangf, Sang Kelebai, Screenshots dan Malaysia Today...(sekadar menyenaraikan beberapa nama).


Jika dulu orang bercakap pasal politik di kedai-kedai kopi, zaman telah berubah. Selamat datang ke planet bumi.... Sekarang komunikasi lebih cepat tersebar dan lingkungannya lebih luas dan besar. Melalui blog politik kita boleh menulis apa sahaja yang kita rasa, apa yang kita tak puas hati. Hampir mustahil atau amat rumit untuk menyekatnya kerana sifat kebebasan mutlak dunia siber ini. Ia tidak terikat dengan sebarang akhta yang rumit. Contohnya para pembangkang dan suara minoriti (contohnya Kelab Seribu Mawar (KSM) yang objektifnya menentang kecurangan) amat mudah didengar atau mendapat perhatian (kerana disekat oleh akhbar arus perdana misalnya) mereka boleh menulis dengan bebas dan tidak terikat dengan Akta Komunikasai dan Multimedia 1998 (AKIM 1998) dan juga bebas daripada Akta mesen Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984).


Cuma kebebasan tersebut haruslah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, berwibawa, dan beretika sebab saya percaya cacian, maki hamun dan tomahan jika digunakan dalam blog ia melampaui nilai kemanusiaan. Bimbang pulak pada akhir zaman ni fitnah merata-rata.


Kesimpulan yang saya dapat buat, semua pemuda-pemuda yang berbincang pasal politik tadi menyokong Datuk Seri Anuar Ibrahim, mereka minat betul dengan ketokohan beliau dan kesabaran berjuang menyokong keadilan supaya wujud si negara Malaysia yang mereka anggap sudah sangat kucar kacir ini...
Jan: Tak pernah terniat nak masuk politik, duduk kat luar je, he he he. lagipun saya tak pandai buat janji-janji ni, reka cerita pun tak pandai, he he he.

Thursday, October 9, 2008

Dr Mahathir Mohamad...




Sebenarnya saya memang tidak suka dunia politik walaupun saya tertarik dengan apa yang politik boleh buat. Saya juga percaya politik adalah berada teratas dan ia penting. Saya tidak percaya politik itu kotor kerana yang mengotornya adalah individu yang berpolitik. Malah politik yang dipandu dengan kebenaran akan membawak seribu lemon kebaikan..., putih bersih dan suci.



Saya tidak suka dunia politik, namun saya suka insan yang bagi saya sangat istimewa ini. Maksud saya istimewa bukanlah sampai tidak buat salah langsung pulak.



Sebenarnya setiap hari saya buka blog pangsenam. Bila beliau tiada menulis, saya terus bukak blog chedet.com. Saya suka mengambil tahu apa pendirian beliau dalam sesuatu isu. Memanglah ramai orang politik atau orang awam yang mahu tahu apa pendapat beliau (berbanding betul ke pendapat beliau tu?). maka tak ganjillah sangat apa yang saya buat. Kadang-kadang kering mata membaca komen yang diberikan kepada penulisan beliau.




Di dalam blog beliau yang hampir 7 juta pengunjungnya, beliau dikritik dan dipuji, disuka dan dibenci. Banyak orang banyak pandangan, dan setiap orang pastilah percaya pandangannya betul, paling betul, he he he.




Semalam saya lihat berita, perdana menteri kita dipuji kerana rela berkorban dan rela mementingkan keutuhan UMNO dan Barisan Nasional. Saya tak nak komen apa-apa, saya tak reti (walaupun saya dapat A kertas politik semasa belajar kat UM). Namun saya teringat satu tulisan yang saya baca di blog beliau, saja saya perturunkan di sini supaya `teralih' pemikiran saya dan pengunjung blog ini daripada isu kenapa saya tak kahwin kepada isu lain yang lebih penting...




Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan fail meja






SIAPA LANTIK ABDULLAH


Posted by Dr. Mahathir Mohamad at July 25, 2008 12:10 PM



" Tiap kali saya kritik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri ada sahaja orang yang secara sinis berkata, "Awak yang lantik dia". Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Dato Seri Abdullah sebagai pengganti saya."


Tetapi ahli UMNO juga pilih Dato Seri Abdullah.


Dato Seri Abdullah memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam dalam usaha untuk menjatuhkan saya pada tahun 1986-1987. Apabila Team B kalah dan UMNO diharamkan, Dato Seri Abdullah tidak menyertai Semangat 46 tajaan Tengku Razaleigh. Sebaliknya dia pilih untuk menjadi ahli UMNO Baru yang saya pimpin.


Saya tidak berhak menolaknya sebagai ahli UMNO Baru. Tetapi saya gugurkannya daripada Jemaah Menteri.


Dalam pemilihan Majlis Tertinggi yang menyusul Dato Seri Abdullah bertanding untuk ahli Majlis Tertinggi. Mesyuarat Agong UMNO memilih Dato Seri Abdullah sebagai ahli Majlis Tertinggi.


Saya masih tidak terima dia balik jadi Menteri.


Di Mesyuarat Agong selepas itu dia bertanding untuk jawatan Naib Presiden. Dia menang dengan undi kedua terbesar jumlahnya berbanding Dato Seri Najib. Saya berpendapat UMNO hendakkan kepimpinan Dato Seri Abdullah. Walau apa pun perasaan saya terhadap orang yang bersubahat untuk jatuhkan saya, saya tidak berhak untuk menolak kehendak UMNO.


Justeru itu saya kembalikan Dato Seri Abdullah sebagai Menteri dalam Kabinet. Puji-pujian didengar merata-rata yang Dato Seri Abdullah adalah "Bersih", "Mr Clean". Oleh itu apabila saya terpaksa gugurkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pilih Dato Seri Abdullah untuk mengisi jawatan itu walaupun Dato Seri Najib adalah Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi.

Kenapa tidak dipilih Dato Seri Najib?


Sebabnya ialah dia lebih muda dan harapan saya selepas satu, dua penggal sebagai Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah akan serahkan jawatan itu kepada Dato Seri Najib. Sebab itu saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan Dato Seri Abdullah pilih Dato Seri Najib sebagai timbalannya. Pemilihan Naib Presiden bukan yang pertama sebagai timbalan pernah berlaku. Saya Naib Presiden yang ke-tiga tetapi Tun Hussein Onn pilih saya jadi Timbalan Perdana Menteri.


Seperti juga dengan diri saya, Mesyuarat Agong UMNO mengesahkan pemilihan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Presiden parti dalam pemilihan yang berikut.


Selepas itu saya anggap penyerahan kuasa kepada Dato Seri Abdullah bukanlah sesuatu yang tidak dikehendaki oleh UMNO. Tidak ada sesiapa yang membantah. Saya jelaskan latarbelakang pemilihan Dato Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri bukan kerana hendak bersihkan diri saya. Saya rela dihukum jika saya salah. Yang penting bagi saya ialah apabila kita lakukan sesuatu yang salah, menuding jari tidak mendatangkan apa-apa faedah.


Yang penting ialah kita cuba betulkan keadaan. Dalam perkara ini pendapat saya ialah Dato Seri Abdullah perlu letak jawatan dengan sendirinya atau dia disingkir. Kenyataan olehnya yang dia akan serahkan jawatan dalam parti dan Kerajaan pada bulan Jun 2010 disambut baik bahkan dengan gembira oleh hadirin serta orang ramai, Melayu dan bukan Melayu. Tiada siapa yang merayu supaya dia teruskan pimpinannya.


Dari ini agak jelas yang semua pihak hendak Dato Seri Abdullah letak jawatan. Tetapi meletak jawatan dua tahun dari sekarang bermakna penggantinya hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan parti untuk hadapi Pilihanraya Umum ke-13. Masa ini terlalu singkat kerana kerosakan yang dibuat oleh Dato Seri Abdullah kepada UMNO, Barisan Nasional dan parti-parti komponennya amat teruk. Masa yang lebih panjang diperlukan.


Jika Dato Seri Abdullah benar-benar sayang kepada UMNO, dia harus rela korban dirinya untuk penggantinya berpeluang memulihkan UMNO. Alasannya yang dia ingin awasi pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-9 tidak boleh diterima kerana sesungguhnya kehadirannya adalah sebab UMNO dan Barisan Nasional jadi lemah.


Saya terima saya bersalah kerana memilih Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti saya. Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka "Mr Clean" tidak begitu clean.


Saya percaya ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama. Hari ini yang berkuasa menggantikan Dato Seri Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO.


Janganlah tunggu Pilihanraya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan UMNO supaya Dato Seri Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau UMNO. Yang salah ialah Dato Seri Abdullah.


Jika ahli UMNO hendak melihat UMNO dan BN dipulih semula, paksalah Dato Seri Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Dato Seri Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian.


Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Dato Seri Abdullah terus menjadi Presiden UMNO, yang salah ialah ahli UMNO sendiri.


Ahli UMNO akan bertanggungjawab terhadap kehancuran UMNO dan malapetaka yang akan timpa orang Melayu dan negara Malaysia. Yang akan hancur bersama ialah parti-parti komponen BN.


Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa UMNO dan BN di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah, UMNO masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggungjawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri





Jan: Semoga semua ahli politik Malaysia tidak banyak berpolitik tetapi menumpukan kepada proses pembangunan bangsa Malaysia. (Tapi kadang-kadang kita juga sebenarnya `berpolitik' untuk mendapatkan sesuatu, mengekalkan sesuatu dan menambahkan sesuatu, he he he. Dan kita tuduh politik kotor?, he he he).


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home