Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label NUKILAN RASA. Show all posts
Showing posts with label NUKILAN RASA. Show all posts

Monday, September 21, 2015

Adik...bulan pernah ikut kita...

Adik...hari ini abang letih sebab abang banyak kerja. Abang sampai rumah hampir pukul 8 malam... 

Paginya abang jadi pengawas peperiksaan di Dewan Peperiksaan 1 bermula pukul 7.30 pagi sehingga pukul 12 tengahari. 

Sebenarnya pada pukul 6.30 pagi abang sudah berada di kedai CRK memesan 15 bungkus nasi lemak dan lima bungkus mee goreng. Hari ini hari sabtu, kantin di bawah bangunan peperiksaan tutup. Jadi abang belikan juga makanan untuk kawan-kawan abang yang turut berkerja. Mungkin ada di antaranya tidak sempat makan pagi. Dan dalam menunggu sehingga pukul 12 tengahari mungkin ada yang lapar. Abanglah antara yang lapar tu, he he he.

Sengaja abang beli lima bungkus mee goreng sebab abang rasa tentu ada kawan abang yang tidak makan nasi sebab diet. He he he. 

Namun abang sendiri tidak sempat makan tengahari sebab abang bergegas balik ke pejabat di bangunan akademik untuk menyiapkan penandaan jawapan para pelajar... Sekarang musim peperiksaan akhir.

Abang duduk menanda  dalam bilik di bangunan yang besar. Bila Abang rasa lenguh duduk abang sekali sekali berjalan-jalan di koridor. Sebab hari sabtu, maka tidak ada orang lain...suasana sunyi... Sesekali abang turun ke bawah bangunan...segarkan fikiran sebab jawapan pelajar kadang-kadang entah apa-apa. Seolah abang makan gaji buta. He he he

Adik, di perkarangan tempat letak kerata abang lihat ada banyak bunga-bunga berguguran. Entah bunga apa tetapi warna pink. Bila angin tiup ia berterbangan cantik. Ya allah cantiknya... menari-nari di tempat letak kereta tersebut...

Dan kemudiannya abang masuk semula ke pejabat balik, sambung marking paper... Abang menanda dengan tekun dan perihatin. Abang sangat asyik sehinggalah kemudiannya abang rasa lapar. Rupanya hari sudah lewat petang... Baru abang teringat hari sabtu ada pasar minggu/malam di Muadzam. Abang terus ke pasar malam.

Masa abang keluar dari kereta, abang mendongak ke langit. Abang nampak bulan sebab hari sudah gelap. Senja dah lama labuhkan layar... Langit hitam pekat.

Abang berjalan di tepi gerai-gerai mencari nasi kukus. Abang nak beli dua bungkus. Biarlah abang gemuk pun. Abang tidak malu. Abang malu kat adik seorang sahaja. Dan abang berjalan di gerai buah-buahan. Abang beli buah mangga sebab abang nak buat jeruk yang kita kena campur dengan asam masim dan lada tu. Abang beli dua buah mangga.

Masa abang berjalan-jalan, abang mendongak ke langit. Adik, bulan itu ikut abang...he he.

Adik, adik tahu tak semenjak adik tiada abang selalu sedih. Hati abang tidak pernah tenteram. Abang rasa seorang sangat di dunia yang luas ini. Abang sedih tapi abang kuatkan semangat. Abang selalu menasihati hati abang bahawa abang cuma patah hati tetapi tidak perlu patah semangat menempuh kehidupan. 

Kadang-kadang abang tetap rasa `seorang' walaupun abang berada di tengah kawan-kawan abang yang buat lawak bodoh. Adik tahu kan abang ramai kawan. Adik tentu tidak tahu tahun lalu abang dapat anugerah pensyarah paling popular di kampus. Di tengah pentas dekan beri hadiah, pengecara majlis kata sesiapa sahaja jumpa abang akan rasa gembira dan hilang masalah. Ramai orang suka abang...adik saja yang khianat.

Adik, masa adik tinggal abang bertahun lalu, abang meraung dalam hujan. Abang berhenti di tengah jalan menuju ke Rompin... Abang basah kuyup. 

Adik, selepas abang beli buah mangga abang singgah pula di gerai tupperware. Abang nak beli bekas air tapi abang tak berkenan dengan warnanya. Abang mahu warna hijau, warna-warna lain abang dah ada... 

Semasa abang di gerai tupperware abang lihat  bulan masih ikut abang... Abang tersenyum sorang.

Adik, adik ingat tak bulan pernah ikut kita? Masa tu musim bunga...

Wednesday, April 29, 2015

Mengapa bulan itu tidak jatuh di riba saya?




SEMALAM saya tidor dengan harapan tuhan akan menyambung semula mimpi pada malam sebelumnya. Dalam mimpi itu saya dilimpahi kasih sayang, tinggal di sebuah istana yang besar. Ada kuda. Saya sangat bahagia dalam mimpi itu... Mungkin mimpi tersebut dihantar tuhan agar saya merasa bahagia walau dalam mimpi. Terima kasih tuhan...
Mungkin tuhan kesian melihat saya...

Saya berpendapat nilai sebuah kasih sayang dan cinta sejati adalah besar. Ianya ada tumbuh kejap dalam jiwa saya. Sampai saya mati. Tiada wang ringgit atau harta benda dapat membelinya. Kerana ia adalah jiwa. Bukan semua orang memiliki kasih yang suci dan setia... Bukan, bukan dan bukan. Dan bukan semua orang dapat `melihat' dan menilai kasih sayang...ini. Saya antara yang bertuah dapat mencium harumnya.

Jika diletak sebelah tangan sebuah dunia ini, saya akan tetap memilih kasih sayang. Saya akan memilih dia... Saya bukan jenis lelaki yang boleh jatuh cinta pada setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Saya tidak jatuh cinta pada setiap tahun... Mungkin hanya sekali dalam hidup. Adakah ini sumpahan atau keistimewaan? Saya sendiri tidak dapat menjawapnya... Boo...

Hari ini hari lahir saya yang ke 45. Saya tahu benar saya tidak lagi sehandsum dulu, saya tidak lagi muda dan menarik. Tanpa pertolongan edit dari aplikasi Lenovo, saya kelihatan sangat tua, gemuk...dan hodoh.  Namun di sebalik ketuaan, kehodohan dan kegemukan...ada kasih sayang yang besar.

Tahun lepas pada hari lahir saya merenung bulan yang hebat. Cantik, terang dan angkuh. Emak saya kata orang dudu-dulu kata kalau bermimpi bulan jatuh ke riba, maknanya kita akan jalani satu kehidupan yang bertuah. Dan oleh kerana pada masa itu saya masih kecil, saya percaya sungguh-sungguh. Saya berdoa saya akan bermimpi, bulan akan jatuh ke riba saya.

....Dari awal pagi saya menerima ratusan ucap selamat hari lahir. Seolah seleberiti (perasan sekejap). Kawan-kawan berebut mahu belanja...kenyang saya sepanjang hari dengan KFC, Pizza hurt, kek kolestrol yang sedap. Ada yang membawa saya ke hotel...

Puas saya membalas wasap. Saya berwasap sampai petang dan hampir malam... Mungkin begini kalau jadi Rozita Che Wan atau Akim.

Pelajar menegur saya hari ini. Mereka bertepuk tangan sebab saya masukan baju dalam seluar...konon nampak kemaslah tu... Mereka menyanyi mengucapkan selamat hari jadi...saya terpacak terharu di tengah dewan kuliah.

Saya kelihatan mempunyai kehidupan yang bagus dan bertuah... namun apabila sampai di rumah? Selamat datang ke dunia saya...
XXX

Perpisahan dalam apa jua bentuk adalah memilukan. Seolah hilang sebahagian dari diri dan menumbangkan harapan ceria. Seolah tiada apa lagi yang mahu dicapai...cuma kaki laju menjalani perjalanan... kerana yang tewas bukannya nafas...

XXX

Hari ini genap saya 45 tahun, dan mimpi bulan jatuh ke riba...tak kunjung jua...

Tuesday, October 16, 2012

Setelah dia berhijrah dari dunia cinta saya...

Sebenarnya semalam saya tertinggal telefon bimbit di rumah. Saya mula menyedarinya sebaik sahaja saya mahu masuk ke opis, iaitu setelah menyeluk poket seluar untuk mengambil kunci pintu opis. Saya dapati telefon bimbit saya tiada.

" Laaa, lupa lagi!" Terdetik di hati saya. Namun saya sempat tersenyum. Saya bertekad untuk makan banyak daun pegaga, kononnya untuk pulihkan/tajamkan daya ingatan. Kononnya...lah.

Saya tidaklah terkejut atau gelabah. Saya masih tenteram. Saya tidak berdebar sangat kerana saya tahu saya tertinggal telefon tersebut di rumah bukannya di balairaya atau panggung wayang.  

Saya tidaklah berdebar atau rasa apa-apa. Sebabnya? Ada banyak sebab...Haaa

Sebabnya saya bercadang selepas makan tengahari, saya akan balik ke rumah untuk mengambil telefon tersebut. Jarak rumah dengan tempat kerja dalam lingkungan 6 minit sahaja jika memandu sopan. Jika tidak sayang nyawa adalah 3 minit kot.

Sebab lain?... Sebabnya keluarga saya selalu sms pada waktu petang atau malam. Dalam dunia berpenghuni lebih enam biliong ini, manusia yang kerap menelefon saya adalah adik saya dari Ulu Yam Bharu, Selangor. Kadang-kadang dia sengaja menalipon saya untuk bertanya khabar dan bercerita pasal perkara yang mengembirakan saya. Contohnya katelog terbaru atau cara hendak menguruskan badan, he he he.

Dan adakalanya emak saya hubungi saya. Namun emak lebih banyak bersms berbanding membuat panggilan. Lebih baik begitu, maksud saya biarlah kami bersms sahaja. Kalau mak saya telefon bercakap dengan saya, mungkin saya akan menangis, entah kenapa bila umur sudah berganda, syahdunya lebih...kononnya. He he he.

Sekarang memang saya pakai telefon semata-mata kerana keluarga...sebabnya tidak banyak saya menerima dan membuat komunikasi dengan manusia lain. Selain keluarga, saya selalu juga bersms dengan sahabat saya Adnan, dan Azniza. 

Semalam saya makan tengahari di kedai makan dekat Mardie. Pada masa tersebut lebih kurang pukul satu tengahari. Ala balik baru saya singgah di rumah. Saya ambil telefon daripada meja. Saya lihat hanya ada satu sms untuk saya. Tiada panggilan untuk saya. Satu sms tersebut daripada kawan saya yang minta saya hantarkan nombor telefon bimbit kawan saya yang lain. 

Terdetik di hati saya, kalau tidak kerana satu sms tersebut, tentu saya tidak menerima sms daripada sesiapa pun... Kalau tidak, ada kemungkinan saya tidak menerima sms daripada sesiapa pun sepanjang hari...

Barangkali, saya kini bukanlah pengguna telefon bimbit yang tegar. Celkong (Celcom) tentu kecewa. Tambah kecewa sebab saya tidak ada kekasih dan tidak dalam percintaan, bil tidak tinggi. Kalau tidak untunglah Celkong.

Dalam sehari saya juga tidak banyak membuat sms kecuali kepada emak dan Adnan. Saya juga langsung tidak membuat panggilan. Apakah yang dapat saya simpulkan? Pada waktu kemuncak hidup, saya boleh dikatakan giat sms dan talipon sana sini... Malah mak cik kantin pun menjadi mangsa saya. Saya suka bercerita dan buat kelakar bodoh. Kadang-kadang saya menyamar...saya buat-buat suara kucing. Indahnya hidup pada masa tersebut. He he he. Pada masa tersebut saya orang yang paling bahagia di planet bumi... Barangkalilah...

Pada masa tersebut bilik yang gelap saya nampak terang, daun yang berguguran saya nampak hijau, dan gaji yang sedikit saya nampak banyak... Ya, hidup saya dilimpahi kasih sayang.

Namun hidup seperti roda, panas tak sampai ke petang, tengaharinya hujan. Dan cuaca adakalanya tidak menentu. Begitu juga lapisan ozon semakin menipis menyebabkan khutub utara cair. Namun saya akur ketentuan ilahi, saya sekarang berada di bawah. Maksud saya tanpa saya sedari berlaku evolusi menyendiri yang semakin berganda dalam diri.

Tiba-tiba saya sedar saya rupanya tidaklah seperti dahulu... telefon bimbit bukan lagi peneman sosial saya.


Saya sedar walaupun saya melawan bagai nak gila, hakikatnya dunia ini masih semakin mengecil dan meresahkan. Saya sudah banyak buat perkara baru namun semuanya tawar... semuanya pergi. Namun oleh kerana saya seorang yang kuat, saya harus teruskan perjuangan hidup, maka saya mahu teruskan perlawanan ini...

Sebenarnya semalam, saya gemgam telefon bimbit tersebut di tangan...(sudah awal pagi sebenarnya). Saya ada menulis rasa rindu dan syahdu saya dalam menjalani kehidupan ini...tetapi akhirnya saya deletekan balik sms tersebut kerana...

Kerana saya tidak tahu kepada siapakah saya mahu send rasa hati tersebut...

Jan: Sedihlah pulak he he he.

Thursday, April 19, 2012

Kasih sayang dalam semangkuk tom yam: KFC, Bee Huat dan Rossa

Dalam renyaian hujan, saya sendirian memandu pulang ke Indera Sempurna. Saya ke Giant semata-mata untuk makan KFC. Dulu agak janggal tetapi kini sudah semakin biasa makan KFC seorang diri di supermarket Giant (mungkin akan menjadi kebiasaan di seumur hidup... he he he). KFC di Giant sedap, setaraf dengan KFC di Kuantan Perade. Bagi saya, rasa sedap KFC berbeza antara satu sama lain, mungkin cara dia mengoreng ayam tersebut. Entahlah. Saya tetap menyukai KFC walaupun harga `snake platenya' sudah berubah. Bertambah mahal.
Memang ketika ke tempat parking, hujan sudah mula merintik. Saya mendongak. Langit makin kelabu. Dengan senang saya berlari-lari anak menuju ke kereta tanpa membimbit apa-apa barang. Memang saya ke giant semata untuk membaham KFC.
Dalam renyai hujan saya memandu penuh berhati-hati. Kata kawan saya memandu laju dalam hujan berbahaya, tayar kereta kita tidak jejak ke bumi. Saya memandu selaju 45km. Ketika memandu perlahan saya melepasi bangunan yang tertulis Bee Huat. Saya tersenyum (seperti babak dalam drama-drama swasta di ASTRO).
Bas Bee Huat banyak menyumbang jasa kepada saya. Kalau saya sultan tentu bas tersebut sudah menjadi Datuk Bee Huat. Sepuluh tahun dahulu, pada mula-mula injak tanah Pekan. Bas Bee Huatlah yang menjadi kenderaan rasmi saya. Saya berBee Huat ke tempat kerja dan juga jika mahu ke Bandar Kuantan. Saya ada juga naik bas Rahmat Alam tetapi saya lebih suka naik bas Bee Huat. Bas Bee Huat lebih mesra alam, cerah di dalamnya, banyak tingkap yang tidak dilangsirkan.
Dalam renyaian hujan saya tersenyum lagi. Teringat saya suatu peristiwa yang lucu (setidaknya kepada saya). Ianya melibatkan saya dan bas Bee Huat. Dan kini cerita lucu tersebut membuatkan air mata saya bergenagan. Sedih… (pulak dah).
Ceritanya begini…
Saya pegang tiang bas Bee Huat tersebut sekuat hati. Ramai juga penumpang yang senasib dengan saya. Mereka terpaksa berdiri sebab semua tempat duduk sudah penuh. Hari pasar minggu di perumahan 500 memang begini keadaannya. Bas penuh sesak. Bertambah sesak sebab pelajar Kolej Shahputra juga akan ke pasar malam tersebut (sebenarnya pasar tersebut beroperasi hampir seharian, petang sudah ada hinggalah malam).
Saya sedar beberapa orang masih memerhatikan gelagat saya. Sebab itulah saya pegang beg plastik yang berisikan ayam, udang, tomato, karot, bunga kubis dan daun limau purut itu dengan erat. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Saya buat-buat serius seolah tiada apa-apa yang berlaku… saya buat muka empat sepuluh (muka masam).
Dan semasa saya menulis posting ini saya juga tersenyum. Cuma kali ini air mata yang mengalir saya kesat dengan lengan baju… Saya tidak mahu lap top saya atau cadar saya basah. Hanya allah yang tahu bumi hati ini namun saya terus juga menulis. Ia amat memilukan… (baca dengan nada sedikit sedih…)
Saya teringat lagi…
Cepat-cepat saya dengan handsumnya mengutip buah tomato tersebut, begitu juga daun limau purut, bunga kobis dan kiub perasa tom yam. Memang saya malu tetapi saya mengutipnya jua… Saya terpaksa membongkok dan merangkak untuk mengutip buah tomato. Yang jatuh berserakan dan bersembunyi di bawah bangku para penumpang bas Bee Huat tersebut… Nasib baik ada yang mengangkat kaki memberi laluan supaya senang saya mengutip buah tomato yang bertaburan tersebut. Saya beli banyak buah tomato.
Sebenarnya bas Bee Huat tersebut membreak secara tiba-tiba, saya yang berdiri manco terhenjut ke depan. Dan beg plastik nipis berisi bahan makanan terkoyak. Rabak. Habis bertabur buah tomato dan segala isi perut beg plastik tersebut. Melenting ke serata penjuru lantai bas. Beg plastic itu nipis.
Saya suka ke pasar malam Rumah 500. Kawan saya beritahu pasar malam rumah 500 ini dikenali sebegitu nama kerana ada 500 buah rumah di situ. Saya tidak membilang kerana saya terus percaya. Kerana dia ustad. Kadang-kadang saya saja pergi jalan-jalan dan berlama-lamaan di pasar tersebut untuk hilangkan rasa sunyi rindu pada kampong halaman. Hidup seorang diri di tempat orang sangat sukar tetapi saya harung. Sepenuh hati. Menaruh harapan.
Setelah saya mengutip mana yang ada, saya masukan ke dalam beg plastik yang berisi ayam dan udang. Kali ini saya pegang erat-erat bahan-bahan makanan tersebut.
Ayam tersebut sudah dihiris kecik-kecil. Saya sudah menyuruh penjual supaya memotong ayam tersebut kecil-kecil, siap saya beritahu saya mahu buat tom yam. Beg plastik isi ayam ini tidak mudah koyak sebab penjual tersebut buat dua lapis.
Saya hendak masak tom yam. Balik ke rumah sewa saya di Taman Maulana, saya akan bersihkan ayam dan hiris bahan-bahan lain. Saya tahu benar tom yam makanan kegemaran dia. Kadang-kadang saya lihat dia hirup kuahnya sampah habis licin.
Semangkuk tom yam tersebut resipinya biasa-biasa sahaja. Namun dalam semangkuk tom yam itu bukan sahaja mengandungi ayam, udang, tomato dan bahan-bahan lain, ia juga mengandungi kasih sayang dan keikhlasan saya. Walaupun hanya semangkuk tom yam sahaja yang dapat persembahkan saya tetap bersyukur. Saya amat berterima kasih pada tuhan… (Pada masa tersebut).
Dalam renyaian hujan tersebut saya baru sedar sudah lama saya tidak masak tom yam. Mungkin kalau disuruh buat tom yam saya sudah tidak pakar. Bertahun sudah saya tidak memasak tom yam.
Yang saya ingat untuk membuatkan rasa kuah tom yam kita dipuji orang, kita harus letak banyak udang supaya air udang tersebut `turun’ dan membuat kuah berbau wangi. Begitu juga air buah tomato pula akan kontribiuk (menyumbangkan) rasa masam kepada kuahnya.
Sudah bertahun-tahun saya tidak masak tom yam. Hujan sudah tidak renyai lagi. Hujan sudah bertambah lebat. Disulami manja dengan guruh dan halilintar. Saya terus memandu. Dan kemudiannya kereta Myvi saya membelok ke kiri ke jalan hala ke Pekan. Selepas melepasi KIPSAS, kereta saya mula menaiki jambatan. Dulu jambatan ini rendah sahaja dan bila hujan paras air sungai melimpah ke atas jambatan.
Tiba-tiba saya terdengar sebuah lagu dari radio kereta…

Ku menunggu, ku menunggu
Kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu
Kau dengan kekasihmu
Ku kan s'lalu di sini
Untuk menunggumu

Cintaiku
Ku berharap kau kelak kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu

Datang padaku
Ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
Saat kau sadar betapa ku cintaimu
Akan selalu setia tuk menunggumu

Na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu

Na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Dan aku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu
(Aku tetap menunggu)
Ku tetap menunggu
(Aku tetap menunggu)
Ku tetap menunggu


Untuk menghalau perasaan sedih, seperti biasa saya turut sama menyanyi part `na na na na na’ tersebut. Sambil menyanyi saya membetulkan gaya rambut korea saya (gaya rambut macam hero cerita korea). Saya terus ber `na-na-na’. Saya tidak kiralah kalau nyanyian saya menyebabkan hujan berapi atau gempa bumi.Sumpah saya tak peduli.Lagu itu rancak, membirah (mengada-ngada) dan seksi…

Namun saya tidak dapat menghalau ingatan saya ke atas semangkuk tom yam tersebut. Lalu saya kesat air mata dengan lengan baju. Pedihnya tiada terperi. Semangkuk tom yam dan sedulang kepercayaan saya terhadap dunia goyah. Dengan suara hati yang dalang (dalam) saya teringatkan segalanya….

Apabila kereta saya sudah memasuki kawasan perumahan Indera sempurna hujan telah tiada. Rupanya tiada hujan menimpa di Indera sempurna. Bandar Kuantan hanya berhujan.

Jan: Namun bumi hati saya tetap basah…

Saturday, January 7, 2012

Dia terus hidup dalam ingatan saya



Sekarang jam menunjukan pukul 2.45 pagi. Setelah selesai memeriksa sebahagian kertas jawapan pelajar saya terus panjat katil. Saya mesti tidor awal, esok walaupun hari sabtu saya harus bertugas di bilik urusetia peperiksaan.
Bosan terkebil-kebil di atas katil, saya mencapai pen. Saya berfikir jika penulisan yang akan ditulis nanti tidak terlalu peribadi, bolehlah saya postingkannya esok hari. Namun penulisan lewat malam (sebenarnya awal pagi) biasanya bersifat peribadi.
Malam-malam begini biasanya saya menulis untuk diri saya sahaja, bukan untuk dimuatkan di dalamblog. Kerana coretan rasa hati ini terlalu peribadi (kadang-kadang saya pun malu sendiri apabila membacanya) saya tidak tergamak untuk postingkannya. Berkeping-keping kertas yang saya telah tulis, saya simpan di bawah katil. Bila sudah banyak terkumpul, saya masukan letak dalam peti besi. Biarlah cerita-cerita tersebut hanya saya dan tuhan yang tahu...
Ya, malam-malam begini saya teringatkan seseorang. Bukannya bermakna pada siangnya saya tidak ingatinya. Ya, pada malam hari bisanya lebih mengigit, bisanya menjalar di setiap saraf ingatan... Tiada suatu hari pun yang berlalu dalam hidup saya, tanpa saya ingatinya. Tiada. Itu adalah fakta.
Saya berhati-hati menulis posting ini kerana saya mahu posting penulisan ini. Bukan sahaja saya malu tetapi saya jura berpendapat saya tidak sepatutnya berperasaan begitu sebab saya bukannya masih muda. Saya ada rasa dan perasaan yang sangat saya tidak fahami. Jika saya sendiri gagal memahaminya bagaimana saya mahu memfahamkan pembaca blog saya... Jadi saya tidak mahu memperincikan perasaan saya.
Pada mulanya saya fikir saya tidak dapat hidup tanpanya tetapi lama-kelamaan masa mengajar saya supaya saya rasa lebih baik saya tidak hidup dengannya. Bertahun masa telah berlalu, masa yang saya lalui... Memang pada mulanya saya rasa seolah tidak berdaya melihat esoknya...tetapi hakikatnya saya tidak boleh buat apa-apa kerana setiap kali saya bangun pagi, saya masih bernafas... Tuhan benar-benar mahu menguji saya.
Tak semudah mana untuk menutup pilu, memadam rasa sedih sebab ia soal hati. Saya mengawalnya dengan `tidak layan sangat' perasaan sambil sibukan diri dengan kerja... Namun waktu malam bila saya panjat katil hanya pada tulisan-tulisan lewat malam itulah saya mengadu...saya coretkan rasa membisanya.
Kenapa saya masih boleh bertahan hidup? Jawapannya tentulah saya kuat. Saya tanamkan dalam diri yang saya mempunyai hati yang baik dan hebat. Saya buat-buat keras kepala dengan mempercayai bahawa tuhan akan akhirnya menolong... Sebab saya adalah baik dan hebat. Saya pasti saya bukanlah orangnya yang akan mati atau `selok kera' kerana dipermainkan... Saya mesti akan mampu melanyak habis-habisan segala kepahitan hidup...
Kesengsaraan kehilangan orang yang amat disayangi adalah memilukan. Saya cuba mengembalikan semangat dan percubaan itu saya lakukan pada setiap pagi hari, sepanjang perjalanan hidup ini...
Jan: Saya akan berjaya nanti...suatu hari...

Sunday, September 27, 2009

Seribu mawar: Edisi raya...



Cinta bukannya harta
Cinta adalah jiwa
Tak mungkin dapat kau membeli
Hatiku yang telah terluka...




(Rangkap ke enam lirik lagu Seribu Mawar)



Jan: Walaupun seribu raya, tak bisaku memaafkan

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home