"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, September 30, 2010

Perjalanan Hidup...



Perjalanan Hidup

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Aku setia hanya padamu
Aku setia hanya padamu


`Perjalanan' saya...
Lewat angin petang ketika saya bawa kereta 40km sejam pulang dari kerja, tiba-tiba rasa sebak seratus darjah. Rasa nak menangis bila radio putarkan lagu ini... Nasib baiklah saya tidak menangis sebab pada masa tersebut tangan kiri saya pegang ais kerim konekto (perasa vanila). Saya makan ais kerem dalam kereta. (sebelumnya saya singgah di Petronas isi minyak dan sempat sambar konekto tersebut...he he he).
Biasanya saya dengar CD, namun CD player saya telah rosak sebab anak saudara saya masukan satu lagi CD ke dalam player itu sedangkan dah ada CD di dalamnya. Jadi ada dua CD dalam player tu... Kini saya bertemankan radio je.
Perasaan sayu saya dilengkapkan lagi oleh keadaan senja yang baru nak berlabuh, malam mula galak melebarkan layarnya. Saya tak boleh nak cerita atau tulis perasaan saya ketika itu. Menulis posting ini pun sebak semacam je...(pulak dah)...
Lagu ini top masa zaman persekolahan saya. Bila kita dengar lagu ni selain rasa diri kita rasa kerdil, kita juga rasa kesiankan diri kita. Dalam konteks kehidupan saya pula, saya relatekan dengan bagaimana saya selalu kena tipu sepanjang perjalanan hidup saya, dari darjah, tingkatan, universiti dan alam kerja. Susah senang tak ada tempat nak mengadu...(nasib baik sekarang ada blog, bolehlah sikit-sikit mengadu...).
Sambil memandu saya hayati lirik lagu yang ditulis oleh Prof Dr Wan Zawawi Ibrahim, pensyarah saya semasa saya belajar di UM. Liriknya ringkas namun sarat makna... Bila sampai kepada baris lirik ``Oh tuhanku lindungilah hambamu yang hina ini", semacam satu semangat dan kekuatan meresap masuk ke dalam diri saya. Terus saya tekan pedal minyak dan pecut dengan lajunya (dalam 60km sejam)...
Saya tersenyum pasrah. Saya merasakan dunia ini aneh sekali dan saya tak pernah memahaminya walaupun saya telah cuba...
Jan: walaupun saya telah mencuba...

Akhirnya...


KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengumumkan beliau akan melepaskan jawatannya itu pada awal Januari tahun depan.

"Saya pasti akan melepaskan jawatan Presiden MIC selepas pulang daripada menghadiri Privasi Barathiya Divas di India Januari tahun depan."
"Mungkin sebelum 15 Januari saya akan lepaskan jawatan presiden. Jawatan itu akan diserah kepada Timbalan Presiden, Datuk G Palanivel," katanya pada sidang media di ibu pejabat MIC.
Jan: Khamis, 30 September 2010, Berita Harian.

Tuesday, September 28, 2010

Bachelor of Finance batch 2008/09

Entah mengapa pada petang tu saya setuju pulak untuk memenuhi undangan ke Majlis Raya yang dianjurkan oleh pelajar Bachelor of Finance sesi kemasukan 2008/09. Biasanya saya menolak, saya tak teringin nak join sebab saya rasa biarlah pelajar-pelajar bergembira sesama mereka.



Biskut raya, tak kan tak kenal...





Dan petang itu sebaik balik daripada kerja saya terus gosok kemeja Noir yang berharga RM250 (saya beli kat butik di Kuala Lumpur). Saya rasa biarlah malam saya kali ini berlainan dengan malam-malam saya sebelumnya.

Tentu meriah majlisnya dan dalam diam-diam saya dah siap 2 buah lagu. Manalah tahu kot-kot saya dijemput menyanyi. Kita kenalah sporting walaupun bila kita nyanyi vokal kita tunggang langgang. Lagu yang saya pilih ialah `Setelah Aku kau Miliki' dan lagu wajib saya iaitu `Hijau' nyanyian Zainal Abidin...




Tak sah kalu tak ada satey kan...
Mereka sangat suka bergambar...

Buat-buat glamour la tu...

Huh! Tak habis-habis glamour?

Di usia tua ni saya numpang glamour jea...

Saya ajar mereka Ekonomi Malaysia, seronok bila saya melihat mereka membentang kertas kerja. Bila habis membentang kertas kerja saya selalunya mengkritik dengan hebat seolah esok tiada lagi...he he he. Tapi saya tahu mereka semua sudah lakukan yang terbaik...








Malu-malu sikit sebab kontrol ayu dan sopan, he he he.


Cari makan part 8


Siapa bilang pemuda Melayu tak menawan hati? tiada Memikat?





Pelajar saya bergaya-bergaya belaka, nampak riang dan manis (termasuk saya...he he)




Bila saya masuk ke dewan kuliah, hilang rasa segala masalah dan kerisauan hidup. Bila melihat wajah mereka saya rasa bersemangat.

Semoga suatu hari mereka akan menyumbangkan jasa kepada ibu bapa, keluarga, bangsa dan negara Malaysia yang dicintai.






Satu Malaysia!


Putri UMNO ke?



mereka ni 24 jam kontrol ayu he he he...


Sah baju raya ni...



Seorang pemalu, seorang tak malu...




Dari kiri Maya Karim, Fasha Sanda, Rozita Cik Wan dan Sofea Jane.



Cantik gambar ni (saya yang pukul)





Inilah pelajarku yang riang selalu...




Kumbang seekor, bunga seribu? He he he




Pelajar yang buat-buat berjalan depan orang nak pukul gambar ni lucu orangnya.



Jan: Terima kasih atas jemputan... i will miss you.



Monday, September 27, 2010

Kisah angin tayar kereta saya...

Masa balik cuti raya lepas saya tak isi angin tayar kereta. Saya ada tanya ayah "Kita nak berjalan jauh kena isi ke angin tayar kerata?, abang tok reti tengok ada angin ke dok lagi".
Ayah saya kata dia dah periksa tayar tersebut dan tak perlu isi, maka saya tak isilah.
Dan sampai ke hari ini saya masih lagi tak isi angin tayar kereta dan sesungguhnya saya tak tahu bila nak isi sebab bila tengok tak kempis pun tayar tersebut. Kalau minyak, kita tahu la bila nak isi sebab ada meter, tapi angin? Tak ada meter pun beritahu.
Hujung minggu lepas seperti biasa saya berkereta ke indera sempurna tengok rumput. Namun satu kejadian yang memalukan berlaku pada diri saya.
Semasa saya bertolak dari Muadzam, saya lapar. Maka bila sampai di Indera Sempurna, saya tak terus ke rumah saya. Saya berhenti makan di kedai sederet di hadapan taman yang menghala jalan Pekan -Ktn. selepas saya parking kereta, Saya terus ke kedai makan.
Semasa makan sesekali saya menoleh ke arah kereta saya di seberang jalan. Memang sengaja saya parking dekat depan kedai sebab ayah saya beritahu kalau boleh parkinglah kereta di tempat kita boleh nampak.
Saya pun makanlah sambil berfikir bila saya akan isi angin kereta. Sambil makan nasi lemak tersebut saya juga fikir memang menjadi masalah bagi saya bab-bab isi angin ni. Bulan depan kena servis kereta lagi. Saya fikir hal ini sebab saya ada kereta, dulu saya tak fikir hal-hal begini. Sekalipun tak pernah. Saya terbayang pulak zaman senang saya tak ada kereta...
Selepas bayar nasi lemak, saya terus ke kereta saya. Saya berdiri dekat dengan tayar. Saya perhati bentuk tayar kereta saya. Ok lagi, tak nampak kempis pun. Kemudian saya duduk ala mencangkung sambil tangan saya picit-picit tayar kereta. Masih keras. Saya bangun pula. Saya tendang tayar tu berkali-kali sebab nak rasa keras atau dah lembik. Mungkin cara tendang kesan dia lain sikit.
Masa saya asyik tendang tayar tu tiba-tiba datang seorang pak cik entah dari mana, mungkin dari kedai saya makan tadi kot. Tiba-tiba je pak cik tersebut bertanya:
" Kenapa ni? "
" Ni...nak tengok tayar ni ada angin ke tak" Jawab saya sambil masih lagi menendang tayar dengan kaki.
" Pak cik dah isi angin kereta ni semalam"" Kata pak cik itu selamba.
Ketika itulah saya terkejut. Saya mulai merasakan dunia ini bukan milik saya lagi. Saya dan alam maya terus tak bermaya. Pandangan saya mulai kabur, seolah awan gemawan Indera sempurna terhempap di atas bahu saya. Lalu saya melihat ke dalam kereta tersebut dan saya ternampak ada kopiah putih dan beg kulit. Ya, kereta tersebut bukan saya punya...
Di seberang jalan yang tak berapa jauh, saya lihat ramai orang di kedai (kedai yang saya makan tadi) berdiri sambil memandang ke arah kami...
Dan dalam tergaman itu saya lihat kereta saya betul-betul berada di sebelah kereta pak cik tadi.
Jan: ... saya berazam tak akan makan lagi kat kedai makan tersebut selama 2 bulan....

Friday, September 24, 2010

RM20 juta: Cerita filem mahal.


Semalam ketika memasukan vcd-vcd lama ke dalam kotak, saya terpandang keratan suratkhabar lama, ada poster filem Puteri Gunung Ledang. Saya teringat bebarapa tahun dulu saya ada menonton filem ini di Kuantan. Tag line cerita ini `cerita cinta agung'.
Kos pembikinan filem yang berjumlah RM20 juta itulah yang menarik saya ke pawagan. Ia menjadi faktor utama membawa saya ke Megamol kuantan.
Bukan kerana Tiara atau M Nasir. Bagi saya Tiara bukan seorang pelakon hebat dan berkareaktor, dia orang filem, dia orang industri hiburan. Dan bagi saya lagi lebih baik M Nasir hanya mencipta lagu sahaja... Lagu ciptaan dia cerdik dan sedap didengar dan mampu menjadi evergreen. saya menontonnya kerana RM20 juta.
Semua orang tahu cerita Puteri Gunung Ledang menjadi simbolik fantasi nafsu Sultan Mahmud Shah (ingin kahwin dengan makhluk bukan manusia (puteri bunian)). Cuma kali ini cerita Puteri gunung Ledang digarap berlainan oleh Tiara. Secara umumnya versi Tiara ini boleh dibanggakan, ia membawa perspektif baru. Ia kisah dilema cinta Puteri Gunung Ledang, bukannya mengenai Hang Tuah yang perkasa dan supernatural atau Sultan Mahmud yang hilang punca.
Cuma hasil garapan tersebut pada pandangan ada tempat-tempatnya boleh dibaiki dengan lebih kemas.
Mengangkat kisah legenda ke filem bukanlah suatu yang baru dalam dunia perfileman kita, Tan Sri Pramlee pernah berlakon dalam filem Hang Tuah (1956). Juga sebelum ini ada cerita Mahsuri (1959), Sumpah Mahsuri (1989) dan sebenarnya sebelum Puteri Gunung Ledang versi Tiara telah ada cerita filem Puteri Gunong Ledang (1961) arahan Datuk S Roomai Noor .
Setelah menonton versi Tiara di pawagan, saya terus membuat kesimpulan yang filem ini hanya akan diingati kerana fakta kos pembuatannya yang tinggi. Aspek-aspek perfileman yang lain berada pada paras yang sederhana.
Saya bukan pengkritik filiem, maka agak sukar juga saya mencari kelemahan filem ini secara akademik atau teknikal. Yang nyata selepas menontonnya saya tidak terhibur atau tidak membawa apa-apa kesan kepada jiwa saya.
Dari segi lakonan, saya tertarik hati dengan Datuk Rahim Razali dan Alex Komang (pelakon Indonesia yang terkenal pada tahun-tahun 80an). Benarlah kata Datin Umi Kaltum yang `paling penting ialah karisma kita apabila berlakon, bukan kira pegang pelakon utama atau banyak mana bilangan adengan kita dalam filem''. Maksud Datin Umi Kalthum ialah kalau kita benar-benar pandai berlakon dan menjiwai watak, walaupun kita muncul sekejap orang akan tetap ingat watak tersebut selamanya.
Jan: Lebih tertarik dengan sumpah Puteri Gunung Ledang...akan ingat selama-lamanya...

Gemuk


Betul ke orang yang gemuk mempunyai rasa rendah diri? Dan perlu ke orang yang gemuk merasa rendah diri? Orang yang kurus tak merasai perasaan rendah diri ke? Orang yang pendek tak rasa rendah diri ke? Huh!
Badan saya dah naik semula. Saya tak kisah sangat sebab hidup ini bukan sekitar persoalan berapa berat badan kita kan? (nak menyedapkan hati). Cuma saya risau sebab doktor pernah pesan kena jaga berat badan sebab ada darah tinggi.
Memang selepas ramadhan, selera saya semakin menjadi-jadi...
Jan: He he he...

Thursday, September 23, 2010

Kereta:39

Apabila berusia 39 tahun barulah saya pakai kereta. Bagi diri saya, saya tidak merasa hairan kerana sebelum ini memang ada kengkangan untuk saya pakai kereta. Kekangan pertama ialah saya tidak mampu dan kekangan kedua ialah saya takut (dan kekangan kedua tersebut kadang-kadang jadi kekangan pertama...he he he).

(Tetapi saya hairan terhadap golongan yang tak mampu pakai kereta tetapi pakai juga kereta).

Kenderaan suatu keperluan dan susah jika tidak pakai kereta. Saya tahu benar hal ini kerana dulu saya tidak pakai kereta. Namun saya telah harungi kesusahan tersebut dan berjaya. Selepas itu saya pakai motor. Jangan bilang berapa kali saya basah kuyup, bukan sekali dua... bukan...(baca dengan nada sayu...)

Jangan kata tak ada kereta kita akan lewat pergi kerja, jangan kata tak ada kereta kita tak akan sampai ke distinasi yang nak kita tuju. Kita akan sampai tetapi dengan sedikit bersusah payah...(dan kadang-kadang dengan banyak bersusah payah).
Yang penting kita manusia, kita harunginya.




Jan: jangan kata kita tak ada kereta tak ada orang yang nak (minat) kat kita...he he he.


Wednesday, September 22, 2010

Mati?

Masa balik cuti raya lalu saya tersentak apabila ayah saya mengatakan dia hanya tinggal 2, 3 orang saja lagi adik beradik, yang lainnya semua sudah mati. Pada masa tersebut saya terhenti seketika daripada menyuap biskut raya dan berfikir setahu saya adik beradik ayah saya melebihi 10 orang dan yang meninggal hanya seorang sahaja...itu pun dah lama dulu.
Saya tidak terus menyampuk atau bertanya kerana pada masa tersebut ramai orang di ruang tamu sedang lepak dengan ayah saya. Tak nak lah nanti orang kampung akan cop saya anak teruna tua yang tak tahu adab, sivik dan tata susila hidup bermasyarakat timur.
Namun apabila ayah saya melihat muka saya yang berkerut kening dengan penuh aksi tanda tanya, ayah saya pun menyambung cakap. Katanya:
" Ayah dah berumur 74 tahun, ayah masih membaca suratkhabar setiap hari dan tidak pernah miss tengok berita. Ayah hisap rokok sekotak sehari, ayah tidur lewat tengok bola. Ayah tak pernah lekat kat rumah lama-lama. Sesekali ayah ke Kuala Lumpur..."
" Adik beradik ayah yang lain sudah mati, mereka tidak hidup sehidupnya. tok keluar daripada daerah Besut... Sekitar kampung pun tak gi rata doh. Tidak tahu apa yang berlaku pada politik negara, apatah lagi luar negara, hidupkah lagi begitu? Matilah tu namanya..." Kata ayah saya.
Kini tahulah saya apa maksud mati pada pandangan ayah saya...
Jan: kalau hilang ghairah nak hidup macam mana ya pula? kira tak mati tapi koma ...kan?

Lagi pasal duit raya...



Pada tengahari raya pertama nan lalu saya dapat duit raya daripada ayah saya sebanyak RM1k. Masa tersebut saya sedang mandi, ayah saya ketuk bilik air dan hulurkan duit tersebut tanpa bersampul.
"Ayah dengar abang tak ada duit" Itulah kata-kata ringkas ayah saya semasa tangannya menghulurkan duit tersebut. Saya apa lagi dengan tangan basah terus sambar...he he he.
Memang raya tahun ni saya tak berduit. Tahun lepas saya agihkan duit raya saja dekat nak RM3K. Tak termasuk cat rumah, beli tikar getah baru dan perabut. Tahun ni kewangan saya merosot sebab saya sudah naik rumah baru. Payah nak cerita tetapi betul kata Kamal Azie, bila naik rumah baru kena banyak guna duit.
Dengan duit raya pemberian ayah tu dapatlah saya ambil spek mata saya yang `terbengkalai' kat kedai di Kuantan. Memang dah berbulan saya tempah cermin mata yang vouge, jenama Arnold Plamer (yang logo dia ada gembar payung tu).
Entah bagaimana saya tergoda dengan cermin mata yang berharga ribuan ringgit tersebut. Sekali fikir saya ni macam tak sedar diri juga... he he he. Muka tak handsum mana tapi nak pakai yang mahal...
Sebenarnya dua tiga hari sebelum raya saya ada beritahu mak yang saya beraya dengan tak berduit tahun ni. Baju Melayu saya dan baju anak saudara pun saya membelinya guna kad kredit. Dan rupanya keluhan perantau saya kepada mak saya disampaikan kepada ayah saya. Memang mak saya tak boleh simpan rahsia...he he he. Tapi terima kasih mak...he he he...
Dengan duit tu bolehlah saya ambil spek mata tersebut. Sebenarnya saya dah bayar dulu sikit-sikit setiap bulan. Kata penjual tu bila nak bayar habis baru dia akan buat cermin mata tersebut.
Saya sedar untuk bayar secara langsung terus tunai spek yang beribu harganya tentulah saya tak mampu, saya bukannya usahawan kosmetik atau peguam. Entah kenapa pada masa itu saya beranikan diri berhutang spek tersebut.

Selama ini saya tak merasa pakai spek berjenama, saya pakai yang murah-murah je...
Jan: Terima kasih ayah...dan ibu.

Duit raya...

Sarah dan Aisyah buat-buat pandai main piano...



Sebaik sahaja keluarga berkumpul bertemu dekat nak raya tempohari, saya terus memainkan peranan saya... mengajar apa yang patut kepada anak-anak saudara saya. saya kena bertegas juga. Kadang-kadang takut jugak nak mengajar anak-anak orang ni, tetapi benda baik jangan ditunda... Lagipun mereka anak saudara saya.




Antara yang saya ajar ialah jangan buka sampul duit raya di hadapan orang ramai. Sebenarnya ajaran ini dah lama dilakukan cuma saya perangat kembali agar mereka tak lupa. "Kumpul dulu bila orang tak ada bukalah, kiralah. jangan jadi macam orang darat'' kata saya kepada mereka. Saya juga beritahu tak sopan buka sampul duit raya depan orang. Bila dapat terus salam dan ucap terima kasih, terus masuk dalam poket atau beg.
Ini penting sebab ada yang terus sambar tanpa salam, tanpa berterima kasih terus kata " Tak ada rezeki...". He he he. Saya dah kena.
Namun alhamdulilah Sarah dan Aisyah mendengar kata. Anak-anak saudara saya yang lain dah agak besar, mereka memang diajar dari kecil oleh ibubapa mereka jangan buka sampul duit raya depan orang.
Dan adik perempuan saya juga ajar anak mereka daripada kecil yang `yang merah dan hijau biar mak simpan, yang merah tak elok, simpan yang biru je...' Tu la tektik adik saya, he he he. Bukan apa, pernah duit raya mereka beratus ringgit hilang...
Jan: banyak lagi nak kena ajar kan..?

Tak ada rezeki...?

Pagi tadi sebelum ke tempat kerja saya melihat kotak duit raya saya masih ada lagi sampul duit raya yang berisi. Saya cadang nak beri kepada budak-budak yang akan mengentuk sliding door saya...


Lantas saya teringat perangai budak-budak sekarang dan pandangan nilai ringgit mereka. Adalah satu kejadian yang sepatutnya saya tak malu tetapi jadi malu. Teruk saya kan...he he he.


Apabila anak sepupu sepapat datang bertandang, saya hulurkanlah duit raya. Mereka terus buka sampul tersebut dan kata mereka " Tak ada rezeki ...''. Bila mereka dapati sambul tersebut hanya ada RM2 mereka hampa dan terus menyuarakan hal tersebut kepada ibubapa mereka di hadapan khalayak ramai. Di hadapan saya!.
Kenalah ajar anak masing-masing...(ajar masa mereka kecil lagi).


Jan: Alahai...

Rumah terbuka...?

Sekadar hiasan...(bukan rumah penulis blog)



Dah 6 orang rakan kerja bertanya bila saya nak buat rumah terbuka. Ada yang berterus terang memang nak sangat datang sebab nak tengok rumah saya. Saya terus tersenyum dan menerangkan dengan ringkas kononnya saya sibuk.

Jauh di sudut hati memang tak terniat langsung nak buat rumah terbuka tahun ini di rumah saya. Saya rasa saya sudah tidak seperti dahulu. Sekarang rumah saya dah tak 24 jam kemas. He he he. Saya pun hairan...

Lagipun kalau nak buat rumah terbuka, nak beri orang makan kenalah buat dengan sempurna...

Jan: kalau tak, tak soh buat...

...dendam kesumat...


"...saya tidak pernah sembuh walau seinci. Saya hanya bertahan hati meneruskan sebuah perjalanan... Saya menyumpah celaka hidupnya pada setiap hari... Setiap hari hidupnya akan celaka...!"


Jan: No komen...

Monday, September 20, 2010

UNISZA

Ini ada 19 keping gambar sekitar UNISZA yang saya pukul semasa balik beraya di kampung tempohari. Gambarnya tak berapa terang sangat sebab saya memukulnya menggunakan handpon (handpon murah).

Saya masuk perlahan-lahan ke kawasan yang agak ke dalam daripada jalan raya besar. Memang daripada jalan besar kita tak boleh nampak bangunannya. Kita kena masuk sedikit ke jalan menuju ke pendalaman sikit dalam lebih kurang 1 km kot.

Dek kerna dah berjanji dengan pembaca blog ini yang saya akan paparkan pembangunan Universiti Sultan Zainal Abidin. Saya redah juga ke tapak projek dengan ayah saya yang sporting.


Ni gambar papan projek yang menunjukan pembangunan kawasan secara keseluruhan... Memang luas kawasannya.


Jalan menuju masuk ke tapak projek. Masa saya pergi sunyi sepi tak bermaya keadaannya. Mungkin semua pekerja masih beraya. Jadi saya masuk dengan bebasnya di kawasan sekeliling yang tak dihalang.



Tak boleh masuk laa... Nasib baik saya bukan orang awam, saya orang Besut. Memang tapak pembinaan biasanya tak boleh sewenangnya dimasuki. Takut hilang barang kot.


Ada bangunan dah siap kat taman ilmu ni. Ada bangunan yang separa siap dan mungkin ada bangunan yang masih tak disiapkan lagi. Mereka nampaknya buat satu persatu kot. Nak buat sekaligus kita bukannya firaun.



Papan notis perhal projek. Tak berapa terang kan gambar di atas?. Kalau saya ada duit lebih saya nak beli kamera keanong, katanya kamera jenis tu terbaik teknologinya. Tetapi mahal sikit harganya.

Adnan kawans aya ada beli kamera yang mahal, tapi saya terkilan sebab dia tak nak pukul gambar saya. Katanya dia nak yang fotogenik atau orang yang handsum saja...(baca dengan nada sedih)...


Bangunan yang dah siap cantik ala Putrajaya sikit. Nampak tak moden, mungkin nak buat sentuhan budaya dan seni. Entah.

Mini stadium pun ada. Sapa nak buat sukaneka atau bersukan boleh. Tapi janganlah paksa orang bersukan sebab ada yang tak suka bersukan. Takut sihat. he he.

Masjid kot?


Bangunan apa ni?


Katanya bangunan ni perpustakaan










Semuga semuanya berjalan lancar, dan ayah saya beritahu di sini juga akan diwujudkan sebuah kampus Uitm, cawangan Besut.
Jan: Semuga semuanya berjalan lancar...

Friday, September 17, 2010

Dua S


Sama ala merah bajunya...

Dua S yang mempunyai impak besar dalam bidang seni suara negara telah `berdamai'. Saya rasa terharu dengan keterbukaan yang mereka punyai.
Generasi baru mungkin tidak berapa mengenali atau mengetahui kehebatan Datok Sharifah Aini pada zaman kegemilangannya. Mereka lebih mengenali Datuk Siti Nurhaliza. Sehingga kini Datuk Siti Nurhaliza masih unggul dan berada teratas dari segi penampilan dan popularitinya. Walaupun tidak `sehot' dulu, beliau tetap merupakan nama besar dalam industri seni suara Malaysia. Kemunculannya sentiasa dinantikan oleh peminatnya.
Saya bukanlah peminat Datuk siti Nurhaliza namun saya tidak nafikan pencapaian dan keunggulan beliau. Kelebihan beliau yang sentiasa sopan dan santun membuktikan dengan cara berserdahana beliau boleh meraih popular dan bertahan popular.

Saya mengenali Datuk Siti Nurhaliza melalui Wan Zain iaitu housemate saya semasa bekerja di Kolej Shahputra. Siang malam dia mainkan lagu yang ada lirik `Percayalah...percayalah...'. saya dengar sahaja sebab Wan Zain memasangnya dengan kuat. Walaupun dia bukanlah selalu ada di rumah tetapi bila balik dari kerja tak ada lagu lain yang di pasang kecuali lagu tersebut...
Datuk Siti Nurhaliza mulai menjadi perhatian saya apabila Datok Sharifah Aini disabitkan dengan kes email fitnah terhadap beliau. Pada masa tersebut, saya tidak mengeluarkan apa-apa pendapat selain daripada berdoa agar kemelut itu selesai dan tidak merugikan sesiapa... Kalau Kak Pah masuk jel tentu ramai peminat akan hantar shampoo rambut, he he he.

Setelah kes tersebut tidak dibicarakan, dapat saya rasai itulah mungkin jalan penyelesaian terbaik. Namun terfikir jugak saya dunia seni hiburan ini tidak luas mana, suatu hari mereka akan terserempak juga. Malah kawan saya di Kuala Lumpur pernah memberitahu ada majlis yang Datuk Siti dan Datok Sharifah hadiri sebagai tetapi. Entah kan betul entahkan tidak, entahkan nak menyedapkan hati saya sahaja. Setelah enam tahun kemudian, akhirnya dapat juga saya melihat mereka bergambar bersama.
Sama biru...
Memang betul apa yang kawan saya beritahu. Ada di majlis yang mana ada Datok Sharifah Aini dan Datuk K berjumpa dan bersapaan. Mereka kelihatan biasa sahaja.

Saya tidak kisah kalau penyanyi lain bergaduh dengan penyanyi lain. Mereka nak bertumbuk atau bertolak kat kolam renang dan sebagainya, namun kes dua S ini tentulah sesuatu yang besar kerana mereka merupakan penyanyi Malaysia yang mempunyai nama besar...

Jan: Bila mereka nak berduet?

Belasah, bunuh, bakar dan buang...

Kawan saya tanya "Apa perasaan Datuk Sosilawati Lawiya apabila dia berada di ambang maut, gape dia fikir?". Saya jawab tentu dia ingatkan suaminya dan anak-anaknya. Saya tak cakap banyak pasal pembunuhan tersebut sebab pada masa tersebut saya tidak tahu banyak perkara. Hanya polis sahaja lebih mengetahui. Lagipun saya dok galak bahang biskut raya di kerusi rotan ruang tamu...
Namun, kalau saya dibunuh saya harap janganlah dibelasah, dibakar atau dibuang ke laut. Kejam sangat. Dan satu lagi kalau bunuh pun janganlah dibogelkan, aib sangat.
Namun dalam masyarakat kita sebelum ni dah ada yang dibogelkan, atau dibakar mayatnya. Padahal kalau bakar pun taklah boleh hapus bahan bukti pun.

Jan: Kerana wang dan cinta, manusia sanggup membunuh...

Wednesday, September 15, 2010

what is money laundering?

Kalau kita curi duit majikan kita RM2o.45 sen tentu majikan kita tak perasan (kalau kita bernasib baik). Dan bila kita bubuh duit tersebut dalam bank, orang bank lagilah tak perasan duit tu kita curi...he he he.

Kalau kita pegawai tinggi atau pegawai yang terlibat dengan jabatan kewangan dan kita curi duit majikan RM3K dan masukan dalam akuan kita tentu tak ada masalah juga kan? Tak ada masalah sebab tak kena tangkap. ...tapi kalau kita curi RM1.54 juta? RM3 juta? dan masuk kan dalam akuan kita? Ada orang perasan tak?

Akan ada orang perasan! Biasanya tranksaksi wang kita biasa je, hujung bulan masuk gaji 2, 3 ribu ringgit pas tu belum tengah bulan meypeh... Katalah tup-tup tiba-tiba dalam akuan kita masuk RM1.54 juta. Tentulah bank punya komputer program dapat kesan, pihak bank dapat lihat perubahan luarbiasa tersebut... habis tu duit tu nak simpan kat mana? Kita curi letih-letih, mana kita nak simpam? Tak kan bawah bantal? He he he.

Duit kotor tu kita kena bersihkan dulu, he he he. Caranya? caranya kita `money laundering'kan dulu duit tu?. Kena cuci atau halalkan wang tersebut dulu agar sumber mana duit itu diperolehi tak diketahui dan nampak halal dan biasa-biasa je.
Hampir semua jenayah adalah bersebabkan duit (kita tolak tepi pasal jenayah kerana cinta tak kesampaian, kecurangan, dendanm kesumat, konon cinta, kasih dan sayang palsu). Kita kena ingat dalam dunia ni ada jenayah yang terorganisasi dengan besar, hebat dan cekap. Ada ahli undang-undang di dalam organisasi tersebut. Mungkin orang bank sendiri, usahawan dan juga ahli politik terlibat. No komen...

Tetapi tujuan utama mereka buat laundering ni adalah nak menyembunyikan sumber asal wang yang mereka dapat. Mungkin kita dapat daripada aktiviti ekonomi pelacuran, penyeludupan, jual-beli orang, judi haram (ada ke judi hahal?) dan banyak jenis penipuang lagi.

Contohnya untuk bersihkan wang tersebut penjenayah menggunakan duit cash tersebut untuk membeli sesuatu yang bersifat besar, hartanah ke, tanah ke atau apa-apa barang harta yang besar-besar nilainya. Buleh juga nak beli yg kecil tapi kena la beli banyak. Dan harta tersebut kenalah dijualsemula pula di pasaran yang sah (sebab barang tu sah). Jadi penjenayah tersebut dapat duit yang bersih sebab menjalani urusniaga barang yang halal di sisi undang-undang. Maka penjenayah tersebut taklah mendapat perhatian dari orang ramai. Dan penjenayah jenis ini biasanya orang yang nampak baik budi bahasa, sopan santung, senyum selalu dan suka mederma lagi! Atau jangan tak sangka jika ada yang berjawatan tinggi...Contohnya peguam ke? Jurutera ke? Haaa...mungkin ada janggut dan berkopiah, nampak alim gitu...

Kalau kita jadi peniaga kita janganlah salah pilih kawan untuk kita berkawan, dalam dunia perniagaan segala kemungkinan boleh berlaku dengan kejam dan sadis. Ya lah sapa tak nak duit kan? Sapa tak nak rumah besar, kereta besar, ada empayar perniagaan, sapa tak nak hidup bergaya. Namun memilih kawan yang betul boleh menjadi panduan kepada kita agar tidak tersilap langkah. Supaya kita tak gelap mata...
...kerana mungkin untuk mendapatkan duit akhirnya bayarannya adalah nyawa kita.


Jan: banyak kali juga tersilap pilih kawan...

Saturday, September 11, 2010

Tema Biru...




Hidup semakin kompleks. Maksud saya semuanya semakin terarah dan berjadual. Tahun lepas baju raya tema hijau, raya ni pula tema biru.
Penentu tema adik perempuan saya. Tetapi adik saya ada bertanyakan pendapat saya sebelum dia mengambil keputusan untuk bertemakan biru. Saya tak kisah tema apa-apa pun. Saya tak apa belaka...
Jan: Minat lagu raya sepasang kurung biru