Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, December 26, 2024

Mas Idayu, Tok iman dan lembu



1. Saya bukanlah peminat Mas Idayu, saya juga bukan peminat Taylor Swiff atau Dato Siti Nurhaliza. Namun saya ada dengar lagu mereka di radio atau melalui somed. Suara mereka sedap, lagu-lagu mereka sedap. Jika ada sesiapa hadiahkan album mereka, saya tidak buang.

2. Ramai orang kecam Mas Idayu kerana kononnya tidak layak jadi juri sebab beliau tidak boleh menyanyi (sebaik apa yang beliau sendiri huraikan).  

3. Pemain bola kadang-kadang tidak sedar akan kesalahan mereka. Sebab itu ada refri. Dan bukan semua refri boleh main bola dengan baik. Dan kalau tok iman  nak pilih lembu yang layak dikorbankan, tok iman juga tidak perlu jadi lembu.

4. Kita tengok pula Dato Shafinaz, dia tidak boleh mengalahkan kelunakan dan kepelbagaian suara biduanita unggul Datuk Sharifah Aini. Walaupun kadang-kadang dia nyanyi seolah keluar angin, namun beliau terpelajar dan berpengetahuan secara rasmi dan sah dalam bidang vocal.

5. Mas Idayu telah lama berada di dalam bidang seni suara kita, dia banyak mengutip pengetahuan dari pemerhatian dan sikap ingin tahu. Beliau bukan sahaja mewakili rentak dangdut tetapi cabang seni lain juga. Beliau ada pengalaman dan keunikan beliau sendiri. Beliau releven dengan dunia seni sekarang.

6. Bukan semua orang mudah memahami...


UMUR 60 DAH TAK KERJA, TAPI UMUR 75 BELUM MATI



  1. Jangka hayat rakyat Malaysia secara purata adalah sekitar 75 tahun, manakala umur persaraan secara amnya sekitar 60 tahun. Bezanya lebih kurang 15 tahun. Lima belas tahun itu bukanlah tempoh yang pendek. Ia boleh jadi tempoh yang panjang untuk kita lalui tanpa pendapatan tetap seperti ketika masih bekerja.

  2. Kematian bukan di tangan kita. Bila-bila masa sahaja kita boleh pergi. Tetapi persoalannya, bagaimana jika kita tidak mati awal dan terus hidup sehingga mencapai jangka hayat tersebut? Lebih penting lagi, bagaimana kalau kita masih hidup tetapi duit pula semakin berkurangan? Kita mungkin perlu melalui 15 tahun selepas bersara dengan wang yang sudah disimpan sejak puluhan tahun bekerja.

  3. Pekerja kerajaan biasanya ada pencen, pekerja swasta mempunyai KWSP, manakala mereka yang bekerja sendiri bergantung kepada simpanan dan perancangan kewangan sendiri. Setiap orang mempunyai keadaan yang berbeza. Ada yang sudah bersedia, ada yang masih mencuba mengumpul simpanan, dan mungkin ada juga yang langsung belum memikirkan perkara ini kerana merasakan masa bersara masih jauh.

  4. Saya sendiri hanya ada KWSP. Dan kalau saya fikirkan dengan jujur, saya rasa jumlah itu mungkin tidak mencukupi untuk menampung kehidupan saya selama 15 tahun lagi, sekiranya saya hidup sehingga umur jangka hayat purata. Ini yang kadang-kadang membuat saya termenung. Selama bekerja kita fikir, “Nanti bila pencen bolehlah berehat.” Tetapi selepas bersara, kita masih perlu makan, bayar bil, beli ubat, baiki rumah dan menghadapi kenaikan kos hidup. Duit pula tidak bertambah seperti ketika kita masih bekerja.

  5. Kalau kita mati awal, putuslah hubungan kita dengan dunia. Kita tidak lagi perlu memikirkan bil, harga barang atau duit persaraan. Tetapi kalau kita terus hidup, perkara itu menjadi sangat penting. Persoalannya bukan lagi berapa lama kita bekerja, tetapi berapa lama duit yang kita kumpulkan mampu menampung kehidupan selepas kita berhenti bekerja.

  6. Jadi, apa yang akan terjadi kepada kita selama 15 tahun itu? Adakah kita mampu hidup dengan tenang, atau setiap bulan terpaksa mengira duit dengan berhati-hati? Adakah kita masih mampu membantu anak-anak dan keluarga, atau akhirnya anak-anak pula perlu membantu kita? Adakah kita boleh menikmati masa tua seperti yang kita bayangkan, atau kita terpaksa mengurangkan banyak perkara kerana takut duit habis?

  7. Sebab itu bagi saya, persaraan bukan sekadar tentang “berapa banyak duit yang ada dalam KWSP”, tetapi tentang berapa lama duit itu boleh bertahan dan kehidupan seperti apa yang kita mahu jalani selepas bersara. Lima belas tahun mungkin nampak jauh ketika kita masih bekerja. Tetapi apabila umur 60 sudah semakin dekat, kita mungkin baru sedar bahawa 15 tahun itu sebenarnya bukan terlalu lama. Dan soalan yang paling penting ialah: kalau saya masih hidup 15 tahun lagi, cukupkah apa yang saya ada sekarang untuk terus hidup dengan tenang?





Bagaimana kita selepas bersara?

1. Saya tidak dapat bayangkan sebuah kehidupan di mana saya di dalamnya tidak bekerja. 

2. Saya tidak boleh duduk saja-saja sehingga umur saya 75 tahun. Tak kanlah selama 15 tahun tersebut saya tidak bekerja, tidak logik.

3. Saya sebut 75 tahun sebab secara puratanya rakyat Malaysia masih hidup selama 15 tahun sebelum mereka mati.

4. 15 tahun lama. Tanam manggis atau durian, masih boleh berbuah.

5. Saya rasa saya akan tetap bekerja tetapi bukan lagi untuk belanja harian atau bayar hutang-hutang yang tersenyum riang untuk disuap pada akhir setiap bulan. 

6. Saya akan berkerja dengan ruang kurang tekanannya. Hendak kata tak ada tekanan, semua pekerjaan tentu ada tekanannya tersendiri.

7. Saya akan bekerja dengan sambil menikmati hidup, tidak terkejar-kejar seperti sekarang. Sekarang hendak melihat daun kunyit tumbuh yang saya tanam pun tidak sempat. He he he. 

8. Namun realitinya pada umur 60 tahun masih ramai lagi yang terpaksa bekerja, samada untuk sara diri atau bayar hutang atau kedua-duanya sekali. 

9. Mereka bekerja kerana terpaksa, mereka terima sahaja apa-apa pekerjaan walaupun menjadi pegawal keselamatan. Saya selalu tengok pengawal keselamatan kilang yang tua-tua di media massa. 

10. Saya selalu juga baca di akhbar internate pesara bekerja kerana memilihara cucu-cicit. Mereka mesti bekerja untuk kelangsungan hidup.



Monday, November 4, 2024

DULU INGAT UMUR 60 JAUH, SEKARANG DAH NAK SAMPAI





Saya semakin menghampiri umur persaraan, 60. Gituw. Dulu umur 60 terasa sangat jauh. Sekarang tiba-tiba angka itu semakin dekat dan saya pula yang perlu menghadapinya. Saya akan bersara pada umur 60 tahun. Itu bukan pilihan saya, tetapi keadaan kewangan menyebabkan saya perlu terus bekerja kerana masih ada pinjaman yang belum selesai. Kalau boleh, memang saya mahu bersara lebih awal. Siapa yang tidak mahu? Bangun pagi tanpa fikir kerja, mesyuarat dan macam-macam lagi. He he he.

Rata-rata pinjaman yang saya buat dahulu tamat apabila saya mencapai umur 60 tahun. Masa membuat pinjaman, saya lebih melihat kepada jumlah bayaran bulanan. Tempoh lebih panjang bermakna bayaran lebih rendah. Nampak macam mampu, lalu kita tandatangan. Kita tidak begitu fikir bahawa suatu hari nanti umur akan sampai 60 dan pendapatan mungkin berubah. Kalau masa boleh diputar semula, mungkin saya akan membuat perancangan yang berbeza.

Perlukah Kita Ada Pelan Persaraan Sendiri?

Saya akui, saya tidak merancang kewangan dengan baik. Tiada siapa yang benar-benar memberi nasihat tentang kehidupan selepas bersara. Mungkin mereka sendiri pun tidak begitu tahu. Kita banyak diajar bagaimana hendak bekerja dan mencari duit, tetapi tidak ramai mengajar bagaimana hendak hidup apabila gaji sudah tiada. Sebab itu saya mula tertanya-tanya, perlukah kita mempunyai pelan persaraan sendiri? Bukan pelan daripada ejen insurans, tetapi pelan mudah untuk diri sendiri — berapa simpanan ada, berapa hutang tinggal, berapa perbelanjaan sebulan dan berapa lama duit boleh bertahan.

Umur 60 Itu Seperti Masuk Dunia Baru

Yang membuat saya berdebar bukan sekadar kerana tidak bekerja lagi. Kehidupan mungkin berubah hampir 100 peratus. Selama puluhan tahun, hidup kita berkait dengan pekerjaan. Ada tempat untuk pergi, orang untuk ditemui dan gaji yang masuk setiap bulan. Selepas bersara, semuanya berubah. Saya akan menjadi “orang baru” dalam kehidupan yang baru. Mungkin pada awalnya seronok. Selepas itu mungkin mulaSatu lagi perkara yang membuat saya berdebar ialah simpanan. Duit yang dikumpulkan selama puluhan tahun nampak banyak apabila dilihat sekaligus. Tetapi apabila dibahagikan untuk kehidupan selepas bersara, jumlah itu tidaklah sebesar yang kita bayangkan. Tambah pula inflasi. Harga makanan naik, bil naik dan kos kesihatan meningkat. Kita pula sudah tidak mempunyai gaji seperti dahulu tertanya-tanya, “Hari ini aku nak buat apa?” He he he.

Duit Yang Semakin Mengecil

Satu lagi perkara yang membuat saya berdebar ialah simpanan. Duit yang dikumpulkan selama puluhan tahun nampak banyak apabila dilihat sekaligus. Tetapi apabila dibahagikan untuk kehidupan selepas bersara, jumlah itu tidaklah sebesar yang kita bayangkan. Tambah pula inflasi. Harga makanan naik, bil naik dan kos kesihatan meningkat. Kita pula sudah tidak mempunyai gaji seperti dahulu. Sebab itu simpanan bukan sekadar “duit yang banyak”, tetapi duit yang perlu bertahan selama mungkin.

Mungkin inilah cabaran hidup. Perkara yang membuat kita berdebar tidak semestinya sesuatu yang perlu ditakuti. Kadang-kadang ia datang untuk menguji sejauh mana kita mampu bersedia dan menyesuaikan diri. Saya tidak tahu sama ada saya benar-benar bersedia apabila sampai masanya nanti. Tetapi sekurang-kurangnya sekarang saya sudah mula memikirkannya. Umur 60 mungkin bukan pengakhiran. Mungkin ia cuma satu lagi ujian hidup yang perlu kita lalui.


Monday, October 21, 2024

Menulis setiap hari, puasa ganti... dan makanan untuk berberbuka.

Sekiranya seseorang itu mampu untuk mengqadha’kan puasa yang ditinggalkan sama ada sebab uzur ataupun tidak, namun tidak diqadha’kan sehingga dia mati, adapun mazhab al-Qadim (dan ia adalah yang rajih dan disahihkan oleh golongan muhaqqiq), dalam keadaan begini dibolehkan bagi wali untuk berpuasa bagi pihak si mati namun tidaklah dilazimi (wajib) akan perbuatan tersebut. Ini berdasarkan hadis `Aisyah R.Anha yang mana Nabi SAW telah bersabda:

 

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ

Maksudnya: Siapa yang mati dan padanya terdapat puasa yang belum digantikan, maka berpuasa bagi pihak (si mati) walinya.

Riwayat al-Bukhari (1952) & Muslim (1147)

 

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Minhaj menyebutkan bahawa bagi mereka yang berbuka puasa kerana uzur dan berpanjangan uzur atau sakitnya itu sehinggalah mati, maka tidak ada puasa keatasnya, dan tidak perlu membayar fidyah baginya dan tidak pula orang lain berpuasa baginya.


XXX


Dalam satu hari, kita mesti menulis. Malah Sudirman ada meninggalkan pesan, menulislah walau sepotong ayat pada setiap hari. Lebih kurang gitu katanya.

Saya tidak mempunyai gagasan besar dalam menulis. Saya tidak mahu merubah dunia atau masyarakat. Ia sesuatu yang mustahil. Cuma kadang-kala saya berharap dunia dan masyarakat bertoleransi sedikit dengan keadaan-keadaan yang terjadi dalam hidup saya. Saya ada sedikit berharap, supaya saya tidak kecewa.

Sudah  banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling saya sudah tidak memberi kesan yang mendalam. Saya terus buat kesimpulan. Dan benamkan di dalam hati. Saya tidak cuba menulis untuk dibaca atau dipanjangkan kepada orang ramai.

Contohnya apabila Fazura dan Fatah bercerai. Saya hanya ambil kesimpulan, khawinlah dengan orang yang sekufu. Mungkin penceraian dapat dikurangkan. Entahlah... Buat masa ini malas nak kata apa.

Hari ini saya ingin menulis juga perihal kawan-kawan saya beri makanan apabila tahu saya berpuasa. Julia Anis beli lauk2 supaya bila balik kerja nanti saya  hanya perlu masak nasi. Mek zue juga beri nasi goreng, teh o ais dan biskut. Saya ambil sahaja. Hati saya senang.

Saya akan cuba berpuasa sebanyak mungkin, secepat mungkin.

Saya tidak tahu bila saya pula akan dijemput. Dengan keadaan kesihatan sekarang...mungkin tidak lama dah. He he he.




Monday, August 26, 2024

A spouse's love is stronger than dead...

Last night I received a message from mom (wasp). Mom told me she misses my dad a lot. She wakes up at 3 am, and read Surah Yassin. Mom recited Surah Yassin while crying.

I was at an impasse for words, so I didn't respond. I just paid attention.

Maybe my mother really misses my father, her husband. She appears calm in front of her children, but she is in turmoil inside. The memories must be the source of sadness...

Ayah orang yang paling lama hidup dengan mak, orang paling lama berada depan mata mak melebihi ibubapa sendiri. (Ibubapa kita pun tidak selama itu mereka berada dengan kita. Apabila dewasa kita terbang)

Mom and Dad were together for over sixty years, exactly fifty-seven.

Husbands and children are like loans from God, my mother used to say. The loan that He can the back whenever he wants. Our children and spouse do not belong to us entirely...



P/S: Only love can hurt like this... 



Wednesday, August 21, 2024

Bagaimana hendak mengenali seseorang lelaki itu suami orang atau bujang?

Abang rasa tidak sukar untuk kita mengenali seorang lelaki itu sudah beristeri atau tidak. Ini bukan zaman 70an. Bukan zaman kucing kirong. Banyak cara yang kita boleh selidik.

Tetapi bagi Abang, senang sahaja hendak tahu suami orang atau tidak. Tak payah guna internet. Kalau pakai smart, extra caring, a good listner, kuat memuji dan bertanya khabar, suami orang la tu...he he he.

Jadi bukan alasan yang kukuh kita tidak tahu orang yang kita cintai itu suami orang, he he he. 


Dilema bercinta dengan suami orang, he he he.


Abang: Sakit sungguh hidup menumpang, tidak boleh turutkan hati...

 Cerita Abang: Setelah adik tiada...

Walaupun kita telah berpisah

Abang tetap akan sayang sehingga hujung nyawa.

Tidak pernah walaupun sehari abang melupakan adik.

Kasih sayang ini adalah untuk selamanya, ingatan adalah bukti.

Walaupun tidak bersama lagi...kasih tetap sejati.



Wednesday, June 12, 2024

Harga diesel naik lagi...


 

Emak bunuh anak vs anak bunuh emak

Saya faham benar, masyarakat tidak boleh terima. Atau susah nak terima bahawa seorang emak telah membunuh anaknya.

Namun itu adalah salah satu pemikiran. Seorang ibu yang mempunyai naluri keibuan tentulah tidak percaya atau sukar mempercayainya. Namun ia adalah tetap sebagai salah satu pemikiran.

Saya percaya dalam beberapa keadaan seorang ibu boleh membunuh anaknya. Namun bukanlah dalam suatu keadaan yang biasa. Ia tentulah dalam suatu keadaan yang luar dari kebiasaan. Contohnya, si emak tension, atau keadaan si anak yang tidak seperti kanak-kanak biasa.

Kita biasa dengar penagih dadah membunuh ibunya. Sebab tidak dapat wang, anak nak bunuh ibu. Penagih akan buat apa sahaja, manakala lanun akan merompak untuk diberikan kepada ibunya, he he he.


Tidak dapat wang beli dadah punca anak bunuh ibu, bapa



Masyarakat lebih mudah percaya anak bunuh ibu berbanding ibu bunuh anak...

Kenaikan harga diesel: Semua lapisan masyarakat dikencing

 



Sukar untuk masyarakat percaya kenaikan harga diesel tidak memberi kesan kepada kehidupan mereka. Masyarakat tersebut meliputi semua lapisan masyarakat, kecuali ahli politik bawah kerajaan (he he he).

Walaupun pakar analisa ekonomi dari Khutub Utara dan Planet Pluto mengatakan ia tidak akan menyebabkan inflasi, namun umun tahu ia adalah sebaliknya.

Oleh kerana bahan bakar merupakan faktor yang penting, maka memanglah dijangka harga barang akan meningkat. Tidak perlu masuk universiti untuk memahami kaitan antaranya. Pengangkutan adalah kos yang dilempar atas harga barangan. Budak sekolah rendah pun reti.

Harga barangan yang meningkat merupakan beban bagi masyarakat untuk menuruskan rutin harian. Sebab majoriti masyarakat, bergerak. Bergerak ke sana sini.

Sesiapa sahaja awak, kesannya secara langsung dan tak langsung akan terjadi. Dengan keadaan ekonomi yang tidak tenang, dengan tiada kenaikan gaji, bagaimana golongan ini dapat meneruskan hidup yang berkualiti?

Dalam tak sedar kukebasahan...



Monday, May 20, 2024

Hingga akhir waktu...



' Cinta itu tidak berhenti sekerat jalan. Hati mengusungnya hingga akhir waktu..."

Wednesday, April 17, 2024

SELUAR DALAM RENOMA, MUKA SAYA SEBENAR DAN JAM SHOPPE



24 February 2024

Petang tadi saya ke Kuantan Perade. Saya nak cari seluar dalam Renoma, edisi Mikie Mouse. Tapi tak jumpa, saya dah cari juga di ECM dan KCM. Tak ada, mungkin sebab limited edition.

Dalam mencari saya ditegur oleh seorang lelaki, katanya "Sir Sukiman ke?".

Bekas pelajar itu maklumkan dia pernah belajar dengan saya pada tahun 2013. Sempat saya berborak tanya sedikit sebanyak, dan menjawab pertanyaannya sedikit sebanyak pasal perkembangan UNITEN.

Beliau ada beritahu pelajar UNITEN terkenal di kalangan majikan bandar Kuantan, mereka bagus dalam kerja. Tak semena-mena saya rasa bangga.

Beliau datang dari Kemamang bersama isteri dan anak-anak. Mungkin juga sempena nak buka sekolah ramai orang membeli belah, apatahlagi mungkin sempena RM2K.

Di sini saya sertakan gambar muka saya yang terbaru tanpa filter, tanpa make up dan tanpa apa2 usaha untuk kelihatan muda atau handsome macam Remey Ishak. Muka saya seadanya...

Melalui masa kulit hilang keanjalan dan garis keduk dah muncul di dahi dan sekitar mata. Dan misau berserta jangguk ada yang dah memutih. Cuma senyum dan kasih sayang masih sama. Kalau terjumpa tegurlah, saya tak pernah gigit orang di khalayak ramai.

Saya berpendapat elok juga sekali sekala saya paparkan muka yang sebenarnya agar orang cam. Muka tersebut rasanya sudah mewakili muka umur 5Oan. Pun begitu saya akan terus mempost muka saya yang diaplikasikan oleh pelbagai aplikasi demi kesejahteraan dunia somed.

Untuk rekod, gambar yang disertakan (rujuk gambar di bawah) tersebut dipukul oleh Adnan.

Semoga kita semua sentiasa sihat sejahtera tubuh badan, dan dalam lindungan tuhan sokmo, amin.




KENAPA SAYA SUKA POKOK?

 Saya beli pokok baru. Saya tak ingat nama pokok tersebut. Tapi tak apalah, saya mampu. (he he he).

Saya suka tanam pokok kerana bagi saya pokok adalah harapan. Harapanlah buat kita suka hadapi hari esok.

Akarnya bermakna kita kena teruskan hidup. Akar adalah kekuatan hidup. Kita kena terus ke depan. Jangan mati. Maka saya faham apa yang Aina Abdul ingin sampaikan dengan berbaju akar tersebut.

Daunnya yang tumbuh segar menyatakan akan ada nilai tambah dalam hidup...pucuk baru adalah perubahan...ke arah bijaksana dan matang.

Apabila pokok tumbuh dan capai kematangan, ibarat hidup kita yang stabil. Stabil membawa ketenangan.

Dan ketenangan adalah hasrat hidup kita. Kan...?




BERUK DATANG BERAYA

Kita pergi beraya rumah orang, janganlah lebih-lebih. Jaga tutur kata, jaga bahasa, jaga adab. Biar kedatangan kita disukai orang, membawa kegembiraan, bukan membawa rasa kurang selesa kepada tuan rumah.

Tapi yang tua bangkalah biasanya tak reti bahasa. Tak padang dengan kubur, kata mari tapi dia tak nak pergi. Yang muda-muda pula cool, tahu nak bawa diri, tahu masa nak datang dan tahu masa nak beredar.

Takkan semua benda kena ajar. Umur dah panjang, pengalaman pun banyak. Ini bukang gelanggang sarkas tempat nak buat sesuka hati. Ini hari yang mulia, hari untuk kita mengeratkan silaturahim, bukan menguji kesabaran orang. Datang beraya biarlah dengan hati yang baik. Jangan sebab kita rasa rapat, kita lupa batas. Jangan sebab orang diam, kita ingat semua perangai kita boleh diterima.

Kata beruk datang beraya, kan marah pula. Tapi kalau perangai macam beruk, janganlah pelik kalau orang mula terasa. 😌




RENDANG AYANG VANTAGE, SEDEKAH MAKANAN DAN KISAH KAWAN NAK JUAL RENDANG

Tengahari ini  (24 March 2024) saya buat rendang ayang, resepi mak.

Memasak ni seperti sama situasi masa mengail ikan...kita akan lupa masalah dan tekanan kehidupan seharian. Contohnya kita lupa bahawa gaji bulan ni kena hati-hati guna sebab gaji bulan depan kita terima lepas raya. Haaa...hu hu.

Kalau saya rajin, saya masak, kalau malas...air pun saya beli. Air miniral. Tapi kemahiran memasak perlu, setidaknya untuk diri sendiri. Tak ndaklah memanah tak reti, menunggang kuda tak reti, memasak pun tak reti.

Saya tak kisah masak dengan kuantiti yang banyak. Sebab selagi kita tak makan, tak telan dan tak hadam...bukan ianya rezeki kita. Saya bagi juga kat jaga depan perumahan atau kepada penjual yang datang jual ikan depan rumah. Kira sedekah makanan...

Saya pernah juga ke taman permainan, bawa makanan untuk kanak-kanak yang sedang bermain. Cuba bayangkan kalau ada kanak-kanak hilang, tentu saya jadi antara suspek utama, he he.

Redang ini tak sesedap mak buat. Entah kenapa? Hairan. Bahan dah sama, sukatan dah sama. Kuali pun yang Vantage (tandatangan Siti Nurhaliza. Pelik kan? Kuali ada tandatangan).

Saya akan letak rendang2 ni dalam bekas-bekas plastik dan letak dalam peti sejuk bahagian beku. Kalau ada orang antar lauk pauk, bolehlah saya 'balas' dengan rendang ni.

Saya dapati masakam rendang setiap orang bila buat rendang rasanya berbeza. Pernah kawan saya bagi rendang yang dimasaknya...bila saya rasa tak lah sedap mana. Saya berdebar bila dia tanya 'Kalau saya buat jual rendang tu, laku tak?

Nak ikhlas jawab ke? He he.




BERAYA RUMAH ORANG 2024: USAHLAH ABANG MEMBUANG WAKTU

USAHLAH ABANG MEMBUANG WAKTU

Bila kita bertandang raya ke rumah orang. Kita kena sedar itu rumah orang, bukan rumah kita. Rumah orang tu bukannya sarkas dan kita bukan badut wajib buat jokes. Nada suara, tutur kata dan kelakuan kena jaga;

1. Kalau kita tengok pasangan balik raya sorang. Janganlah ditanya "Mana laki/bini kau? Kalau tidak dicerita jangan ditanya. Jangan. Lagipun ikut dialah dia nak bawa atau tak bawa. Kita jaga apam/kayu khamat kita sudah. Jangan sibuk jaga apam orang, apam kita basi.

2. Kalau dia masih tak kawin-kawin, jangan lupa tanya bila nak kawin? Kalau boleh tanya depan orang ramai. Dan kalau boleh jangan lupa beri nasihat jangan memilih sangat... nanti mati sorang. Kalau orang tak ramai jangan tanya.

3. Kalau ada yang masih janda/duda kita jangan lupa tanya 'Bila nak cari pengganti?' @ 'Tok kesik ke dok sorang?. Sampai bila tak nak cari pengganti? Dan kalau kita lelaki kita offer boleh tolong carikan bini baru ke dia (walaupun bini kita sendiri gemuk, hodoh dan kasar).

4. Kalau ada yang kawin tapi tak dapat anak, jangan lupa tanya 'Bila nak dapat anak' atau lebih bagus tanya 'Kenapa tak dapat anak lagi?' sambil buat muka penuh tandatanya macam Dr Dana Scully dalam siri X'Files. Dan nasihatkan la kena usaha tangga kejayaan... buat taman permanian berhadas ke. Hadas besar ke hadas kecil ke.

5. Kalau tengok semua anak-anak mereka perempuan atau lelaki semua. Buatlah jokes konon tak pandai 'main'. Suruhlah sedara dan ipai duai yang ada anak lelaki dan perempuan tolong ajarkan. Libatkan ipai duai yang sedang minum tu. Suruh ajar posisi rusa minum ke, tusukan bersongket ke, kelopak sabut manggis atau kepala hotak kau ke.

6. Kalau tengok biskut raya terhidang beli yang murah. Tanya la kenapa tak buat sendiri? Halal ke? Tak ada masa ke? Kenapa tak ikut nenek moyang kita dulu boleh buat biskut raya walaupun sibuk anak 10, ada tengah mengopek lagi, dan menoreh getah lagi. Kalau boleh beritahu yang murah tak sedap. Beri testimoni.

Kita pergi beraya rumah orang jangan bawa perangai buruk kita, biar kedatangan kita bawa kegembiraan. Perangai buruk kita tu simpan untuk keturunan titih kita sendiri, jangan kacau rumah tangga kabinet orang...

Kita sibuk dengan perkataan kafir, tapi perangai buruk kita lebih dari orang kafir...

MARI MENUJU KE RUMAH BONDA...MAAF PENULISAN BAHASA KASAR...








ORANG KAYA SELALU MENANG: KISAH CINTA KAWAN SAYA

"Orang kaya selalu menang, dan itu bukan salah mereka. Malah mereka tidak bersaing dengan kita pun... Kita lelaki biasa saja yang perasan konon berada dalam pertandingan". Nasihat saya kepada kawan saya.

 "Bukan main kakak dia call dan 'basuh' saya. Sampai saya terdiam tak terkata. Saya telan segala tuduhan... Kakak dia kata saya terlalu kongkong." Kata kawan saya, bercerita.

 "Memang, orang perempuan ni kalau dia dah tak nak kat kita...kata kita terlalu kongkong la, terlalu baik la. Puki!" Kata saya seolah pernah juga bercinta dan mengalami. Konon la, he he.

Kawan saya tidak ceritakan apa yang sebenarnya terjadi kepada keluarga kekasihnya. Sebab kawan saya sayang, dulu. Kawan saya dengar sahaja betapa salahnya kakak kekasih dia sembur kerana tidak tahu apa yang terjadi. Pakai sembur sahaja. Sekeluarga letakan kesalahan atas bahu kawan saya.

"Saya tidak ceritakan sebab saya tak mahu dia dimarahi kerana dialah yang buat hal. Saya tidak mahu dia dimarahi kerana saya sangat sayang, dulu..." Sambung kawan saya.

Kawan saya cerita, 7 tahun lepas, kawan saya sangat rindu. Petang sebelum balik kerja, dia gatal buka FB bekas kekasih dia (bini orang). Sekali imbas jea dia lihat kekasihnya di sofa bersama suami yang tak handsome dan gemuk tu, bersama anak-anak.

Kita tidak boleh kecam perempuan yang mencari kemewahan hidup. Dia ada hak. Sekali lagi orang kaya selalu menang... tanpa bertanding pun.

Balik kerja, sambil memandu kawan saya kesat air matanya di pipi dengan lengan baju. Dia bersumpah tak akan buka lagi FB tersebut...

Kata kawan saya, tidak ada sehari pun dalam hidupnya dia lalui tanpa ingatan atas apa yang terjadi...

Saya nak kata 'move on lah', bunga bukan sekuntum, pintu2 terbuka tertutup bagai... tapi macam sterotype pula.

Saya hanya kata 'Kalau dia salah dia tak akan bahagia..."

"Tapi saya nak dia bahagia..." cepat kawan saya mencelah.

Dalam hati saya 'pulop'...

Yup dia masih bercinta, ya ada cinta dibawa ke mati...




Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home