"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, September 29, 2016

Kisah rezeki kedut tepi mata dan miliki suami di hujung usia

Kalau terlalu sibuk, saya tidak sempat menulis. Dan apabila saya tidak menulis, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena. Saya rasa bosan. Sungguh bosan. Tidak menulis dan tidak membaca membuatkan saya rasa `kehilangan'. Malah saya pernah berdoa agar umur saya panjang sebab banyak yang hendak ditulis, hendak dibaca. walaupun isue yang sama...bacaan yang sama...he he he.

Minggu ini saya sibuk dengan menanda kertas pelajar. Jadi saya tidak menulis walaupun ada sesuatu yang saya ingin tulis. Saya ingin tulis mengenai rezeki, mengenai masyarakat yang tidak hargai kerajaan, mengenai ibubapa yang yang jadi hamba anak, dan juga mengenai perangai masyarakat internate. Namun semuanya saya pendam sahaja.

Hujung tahun begini saya teringatkan bonus. Rezeki bonus yang diberikan majikan pada saya suatu masa dahulu sangat lumayan, cuma kini ia semakin berkurangan kerana saya semakin jauh untuk mencapai KPI (walaupun saya rasa kerja semakin banyak dan jawatan semakin tinggi). Namun saya tidak menyalahkan mana-mana pihak (secara terangan) sebab ia rezeki. Ramai orang yang hanya dapat bonus RM500 sahaja, dan mereka amat bersyukur.

Dan saya juga yakinkan saya, saya mempunyai banyak rezeki lain. Paling utama ialah sihat tubuh badan. Walaupun ada darah tinggi dan hati yang terluka teruk (pulak dah), saya tetap sihat secara umunnya. Ada kawan saya yang lebih muda sudah kelihatan sangat tua dan obess.

Kedut di tepi mata saya juga sudah berkurangan, warna kehitamannya juga sudah pudar. Itu juga rezeki...

Image result for wrinkle in men eyeball
Sekadar hiasan...

Bagi saya rezeki itu adalah kurniaan...

Ya, rezeki yang paling banyak adalah dalam bentuk bukan kewangan. Misalnya sihat tubuh badan dan mempunyai isteri yang tidak banyak berleter, atau tanya itu-ini mengalahkan kastam diRaja Malaysia.

Jika kita fokus rezeki hanya pada duit, nampak sangat kita tidak ada perkembangan dalam pemikiran. Ada anak yang patuh dan sihat adalah rezeki, ada isteri yang tak beleter dan meminta adalah rezeki, ada suami yang memahami kita juga adalah rezeki. Malah miliki suami di hujung usia itu pun juga rezeki (kerana ramai lagi yang malam-malam berpelukan hanya bantal golek pada malam yang sunyi. He he he).

He he he...

Jadi kesimpulannya mudah. rezeki itu pelbagai bentuk. Dan belajarlah untuk bersyukur dan berpuashati...

Monday, September 26, 2016

Tapi mimpi pulang bila pagi tiba...

Semalam saya bermimpi membawa mak dan ayah melawat rumah saya yang baru dibeli. Rumah ini dalam proses renobek. Rumah ini besar tetapi tidak sebesar mana jika dibandingkan dengan rumah jiran sebelah. 

Saya maklumkan kepada ayah rumah ini berharga RM8 juta,  yang jiran sebelah lebih mahal, RM15 juta.

Saya diam sahaja apabila ayah bertanya "Kenapa Abang beli rumah besar?".

Bersama saya, ada juga bekas kekasih saya. Namun sepanjang lawatan tersebut beliau diam sahaja mengikuti belakang emak dan ayah saya...

Rumah ini dalam renovation (renobek), jadi bersepah sana sini. Ayah saya bertanya lagi kenapa saya beli rumah bertingkat sedangkan saya takut pada ketinggian. Saya terus jawab, "Kawasan perumahan ini untuk orang kaya, dan popular".

Ruang tamunya sangat luas dan saya arahkan kontraktor supaya renobekan berkongsep moden klassik. 

Dapurnya? ya allah luas moden dan berkaca-kaca dindingnya. Kalau saya pandai melukis tentu saya lukis betapa cantiknya rumah saya ini. Saya tidak pernah lihat dapur secantik ini... Dari dapur saya boleh pandang ke sungai, dinding kaca, di selangseli dengan bata yang tidak disimen.

Dalam mimpi itu sempat lagi saya fikir saya perlukan duit ratusan ribu untuk membeli perabut-perabut... saya tersenyum sebab duit tidak pernah menjadi masalah dalam hidup saya.

Di belakang rumah saya ada sungai kecil, ada demarga kecil. Namun saya beritahu kepada kontraktor laman belakang rumah saya ni tak secantik rumah jiran sebelah. Terus kontraktor yang bijak itu jawab keistimewaan rumah saya ialah di laman belakang sudah ada pokok-pokok yang besar dan dah matang. Pokok-pokok itu sudah sedia ada sebelum rumah saya dibina. Terus dia tunjukan saya sepohon pokok yang merimbun. Ya allah cantiknya.

Saya cuba juga naik ke tingkat 2 dan tingkat 3 tapi saya sesat. Saya jumpa banyak bilik yang luas, ruang tamu yang luas dan ada tangga sana sini...

Ya allah gembiranya saya...

Ya allah jangan bangkitkan saya dari mimpi indah ini...saya sempat berdoa...

Tapi mimpi pulang bila pagi tiba...


Image result for happy dreams quotes

Saturday, September 24, 2016

Hati yang mati...

Jangan menipu orang yang kita sayang, jiwa dia akan punah. Hati dia akan ma
ti...

Friday, September 23, 2016

Saya tahu kenapa sahabat saya nak kawin lepas tu nak bercerai...?

Kawan saya nampak lebih cantik selepas pakai pengdakap gigi. Giginya jadi teratur dan mukanya yang tak berapa lawa tu nampaklah lawa sikit. Dulu dengan giginya yang bercerambah tu, bila dia pakai gincu, ngeri sangat nampak!

Dulu bila saya lalu depannya saya akan kata `Ngeri-ngeri-ngeri". Dan dia dengan lembut bertanya "Mengapa Man?"

"Tak ada apa-apa...he he he" Jawap saya. Teruk saya kan? Kejam.

Tak ada lelaki nak kat dia, selama tujuh tahun persahabatan kami tak pernah dia beritahu saya  atau orang lain beritahu saya bahawasanya ada orang nak kat dia. Jadi saya harap lepas dia baiki gigi, berdiet dan pakai SK II, insyalah ada la lelaki pandang nanti...

Bukan salah dia kalau dia memang jenis lelaki tak pandang...

Saya pernah naik Vioss dia, dalam kereta ada CD lagu Celion Dion dan Irena Cara. Pada masa tu dia beritahu saya dia nak ke IKEA nak beli perabut (terus saya pesan hanger kayu dua dozen. cepat-cepat saya beri duit ke dia sebab kalau tak tentu dia akan kata tak payah bayar. tapi dia kata tak payah bayar sebab dia memang nak hadiahkan hanger tu kat saya, dia dah niat katanya. Pelik). Saya lihat dia jaga kereta dia dengan rapi.

Saya pernah masuk rumahnya semasa satu majlis. Rumahnya lengkap! Kemas dan teratur...(tak macam rumah orang berumahtangga, he he he).

Sahlah dia nak kawin sebab dia sunyi, umurpun dah lebih 34 (35 sebenarnya...). tapi saya percaya dia nak kawin bukan sebab nak menumpang hidup.

Sampailah suatu petang semasa saya jumpa dia di Kuantan, dia menangis kerana nak kawin. Dia tak la kata `saya nak kawin" sambil menangis... Tetapi saya tahu dia menangis kerana dia nak kawin. Saya yang tak reti pujuk perempuan ni terus kata, "tak apa nanti kita kawinlah tapi jangan menangis". tapi maksud `kita' tu bukannya kami, ia bermaksud orang terlajak umur (macam kami) yang tak berjodoh ni insyallah kawinlah nanti.

Saya terus ceritakan kisah percintaan saya yang tragis dengan harapan dia tahu ada orang lain lagi di atas mukabomi ni yang jauh beribu kilometer lebih menderita berbanding dia. Sekoyan-koyannya dia pulak dah menangis makin laju sebab kesihankan saya...

Namun dalam bertangisan tu, sempat juga kami habiskan ayam keni roges tu, he he he 

Kalau ada orang nampak kami tentu orang kata kami tengah bercinta dan berdrama. Selepas habis ayam Keni Roges tu saya ke kedai buku cari buku `My name is HASMAH' tulisan isteri mantan perdana menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad.


Image result for my name is hasmah


Itulah kali terakhir saya jumpa kawan saya Noorkumalasari (nama samaran sempena saya beli CD Siri bintang Pujaan Noorkumalasari). Lepas tu saya tak jumpa lagi sehinggalah saya terima kad jemputan kawin (yang saya tak sudi hadir) dan selepas itu dia wasap mahu bercerai...(baru 8 bulan kawin).

Melalui wasap dia beritahu dia tidak menyesal kawin dan kalau takdir dia akan bercerai. Dia beritahu apa yang dia mahu dalam perkahwinan itu dia tak dapat. Suaminya tak mampu beri...

Saya terus dapat agak apa yang suaminya tak mampu beri...

Dan `benda tu'  bukannya ada dalam semua perkahwinan...kan?


Image result for independence women

Wednesday, September 21, 2016

Beza orang yang curang dan orang yang dicurangi...

Melalui peredaran masa, orang yang berlaku curang selalunya ingin jumpa dengan orang yang dicuranginya. Orang yang dicurangi pula selalunya tidak mahu berjumpa lagi dengan orang yang curang... Sebabnya mudah.

Sebabnya orang yang curang mahu meminta maaf, ...manakala orang yang dicurangi tidak mahu melihat orang yang curang...kerana ia amat menyakitkan...


Image result for unfaithful

Tuesday, September 20, 2016

Siri Bintang Pujaan: Rosmaria

Image result for bintang pujaan rosmaria abdul hamid terkini

Balik bercuti Raya Haji nan lalu, saya singgah di kedai CD Muadzam Shah dan sambar satu album dari Siri Bintang Pujaan: Rosmaria.

Kali ini saya pilih Rosmaria sebab jarang ada kompilasi album beliau diterbitkan syarikat. Beliau popular pada tahun 70an dan awal 80an. mungkin generasi hari ini tidak mengenali beliau...




Antara lagunya yang meletop pada masa dulu ialah 'Kisah-kisah masa lalu', 'dalam mengenangmu', `cintamu yang menyayat hati', dan `nasi dagang'. Juga `jangan pilih yang cantik'.

Beliau mempunyai tone suara yang bagus, ada unsur lemak merdu. Kalau nak banding dengan penyanyi zaman kini, beliau berani menyanyikan lagu `bunga tanjung'... Tidaklah semerdu arwah Kak pah tapi ada nilai tersendirinya. Saya tak percaya penyanyi zaman sekarang boleh nyanyi bunga tanjung...

Album ini akan menjadi koleksi yang bernilai bagi saya.

Dengar lagu-lagu lama ini best juga. Ia membawa keindahan pada zaman kini dari zaman lalu...

Kisah Kisah Masa Lalu
 
Bila ku menyanyikan lagu-lagu masa dulu
Terkenang terbayang peritiwa yang lalu
Bila ku menyanyikan lagu-lagu masa dulu
Rasakan diriku ada di waktu itu

Seakan terdengar ketawa bergurau senda
Seakan terasa pilunya waktu kecewa
Semuanya kan kekal abadi
Membawa erti di hidup ini
Semuanya ku hayati kini
Disepanjang masa yang ku lalui

Bila kenang kembali kisah-kisah masa lalu
Terasa bagaikan baru saja berlalu
Bila kenang kembali kisah-kisah masa lalu

Semuanya terbayang nyata dalam ingatan

Sunday, September 18, 2016

Train to Busan (2016): Bukan kisah pemuda mencari apam


Buat pertamakalinya saya ke |Segamat untuk menonton wayang. 

Nasib baik saya sempat juga nonton filem ni walaupun terlalu sibuk. Filem ini penting kerana dikatakan antara filem zombi terbaik terbitan benua Asia...

Image result for train to busan
Hero...

Ramai orang silap apabila membicarakan cerita zombie, maksud saya ramai yang fokus kepada zombie tetapi yang sebenarnya titik fokus adalah kepada bagaimana manusia menghadapi perubahan apabila berlaku malapetaka. Dan malapetakalah alat yang paling tepat untuk mengukur nilai kemanusiaan.

Image result for train to busan


Maksud saya dengan ada zombielah kita tahu siapakah di antara kita ini pentingkan diri sendiri...dan banyak lagi pengajaran dan ukuran bagi mereka yang nak berfikir. 


Hari ini dalam sejarah, tengok wayang di Segamat.

Tidak rugi menontan filem ini sebab ia bukanlah cerita biasa yang kita boleh agak penamatnya. Tak rugi membayar dan memberi masa. Saya terhibur sangat.

Image result for train to busan
Budak ni pandai berlakon...

Dan dalam beberapa babak, saya rasa nak menangis. Tetapi saya tahan.

Ada babak-babak tu saya terkejut...



Cerita ni pasal segerombolan penumpang yang naik keretapi untuk ke Busan.Dan kejadian zombi menzombi berlaku dalam gerabak-gerabak keretaapi.

Tak rugi tengok cerita ni sebab banyak elemen positif yang diterapkan... ada elemeng kekeluargaan. maklumlah cerita Asia. 

Bila selesai tengok cerita ni terus saya terfikir bila la Malaysia nak buat cerita yang bagus... Dari kecil sampai besar filem Malaysia dok lagu tu jea... kisah pemuda kejar apam, kisah pemudi kejar kayu keramat...

Emm...



Thursday, September 15, 2016

Mengapa perempuan sekarang boleh hidup tanpa lelaki?




SALAH satu punca yang selalunya tidak pun dianggap sebagai punca besar penceraian ialah sikap lepastangan suami terhadap isteri. iaitu sikap suami menyerahkan pengurusan rumahtangga bulat-bulat di atas bahu si isteri. Contohnya  kerja mengasuhdidik anak dan beban kewangan.

Seperti yang kita tahu pada zaman sekarang ramai suami yang tidak mampu tanggung anak bini, maka mereka membenarkan isteri (yang bijak) keluar rumah untuk bekerja (sesetengahnya bekerja lebih keras berbanding si suami).

Image result for independence women


Jadi pada zaman sekarang perempuan (isteri) mengurus banyak perkara, bukan lagi setakat jaga anak-anak, basuh baju dan memasak. Pada zaman ini perempuan juga menguruskan banyak hal termasuk menangani isu lapisan ozon dan mengurus `perangai' laki mereka...(bunyi agak kelakar tapi itulah hakikatnya). Seolah tiada keadilan dalam rumahtangga.

Atas apa jua alasan, sebenarnya perempuan tidak boleh dibiarkan TERLALU berdikari.


Image result for independence women


Terlalu berdikari menyebabkan si isteri mungkin berfikir (apabila si suami main kayu tiga empat lima) " Aku boleh hidup tanpa lelaki sebab selama ini pun hampir 100% hal rumah tangga aku yang buat. Buat apa hidup makan hati dengan orang yang tidak tahu hargai diri kita..."

Terlalu berdikari juga membuatkan si suami mungkin berfikir "Tak apa aku bercerai,  isteri aku boleh hidup dan menguruskan anak-anak sebab selama ini dia yang buat juga... Dia yang bayar rumah dan kereta...dan lain-lain...."

Ingat! Esok pasangan kita mungkin berubah. Tidak esok lusa..minggu depan, bulan depan, tahun depan... Bila-bila masa sebenarnya...

Jangan terlalu yakin kita tak akan menangis tanpa mengikut irama (menangis tak berlagu).

He he he...

"Tiada cinta tanpa risiko. Ya memang kita kena lepaskan apa yang kita sayang sebab kalau dia betul-betul sayang dan adalah hak kita, dia akan kembali. Tetapi sebelum lepaskan dia kita kena tahu statistik menunjukan 50% yang dilepaskan tak akan kembali-kembali lagi...he he he"

-Abang Jan.




Kisah paralimpik, orang menyalak dan hisap rokok seludup...

Pernah tak berkawan dengan orang yang negatif? Individu ini mewakili kumpulan yang besar dalam masyarakat internat, juga dalam masyarakat sebenar kita. Dari kampong sehinggalah bandar. berbilang bangsa dan agama.
Ada masyarakat tidak menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat. Mereka tidak membayar cukai kerana pendapatan mereka kecil. Golongan ini tetap mendapat keselesaan hidup daripada pembangunan ekonomi di sekeliling yang dibiayai oleh duit rakyat (antaranya cukai) yang dibayar oleh golongan masyarakat yang mampu atau kaya.

Ada juga masyarakat yang menjadi beban kepada masyarakat dan pembangunan negara, mereka berkerja merosakan keamanan negara. mencuri dan merompak. Mereka sebenarnya juga menerima bantuan yang besar dari kerajaan dan masyarakat sekeliling (melalui pendidikan yang diberikan di sekolah-sekolah, juga kesihatan). Tetapi mereka tidak sedar akan pertolongan ini sebab mereka bodoh sombong (istilah yang selalu orang tua-tua guna). Tiada usaha mencari ilmu pengetahuan dan tidak membaca.

Golongan ini kehidupannya berbeza dengan golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi (di mana mereka layak dicukai). berbeza kebendaan dan juga pemikiran.

Namun saya dapati terdapat segelintir golongan yang tidak membayar cukai yang besar inilah pula yang `menyalak' lebih berbanding dengan golongan yang dicukai. Mungkin golongan yang dikenakan cukai yang besar hanya berdiam diri (walaupun mungkin tidak puas hati) kerana mereka tahu apa itu fungsi cukai. Mereka lebih berfikir "Apakah sumbangan aku kepada masyarakat dan negara", bukannya "Apa yang negara sumbangkan kepada aku". Haaa.. Tentulah orang berfikiran besar dan positif berbeza dengan orang yang berfikiran kecil dan negatif.

Isunya ialah seorang rakan iaitu Zainal Keling (nama samaran) tidak setuju dengan imbuhan besar yang akan diberikan kepada peserta paralimpik kita. Katanya "Habislah duit rakyat..."

Saya tidak suka sukan. dan tak minat langsung sukan. tetapi saya tidak pula membantah imbuhan yang diberikan kepada ahli sukan yang berjaya samada olimpik atau paralimpik...sebab saya tahu susah payah mereka berusaha. Ianya bukanlah sesuatu perkara yang senang.

Image result for paralympics 2016 malaysia

"Habislah duit rakyat..."

Konsep `duit rakyat' adalah kabur, sekabur dengan konsep hutang negara, sekabur dengan dasar negara. Kekaburan ini payah untuk difahami oleh sesetengah orang yang pemikiran mereka payah kita nak faham dan mereka payah nak faham pemikiran kita.

Bagi orang yang bodoh, kehidupan ini senang sahaja. sesenang hitam putih. Mereka tidak memeriksa tahap kehitaman tersebut, atau mengukur keputihan tersebut. Senang sahaja bagi mereka. laju sahaja bercakap dan menaip untuk FB. Tidak perlu fikir panjang-panjang (sebab mereka bodoh - Harith Iskandar selalu guna perkataan `bodoh' ini, saya selalu tergelak walaupun kadang-kadang terkena atas batang hidung saya. Ya saya bodoh).

Yang cerdik pula ambil masa untuk menulis atau bercakap sebab mereka nak olah ayat, nak hadam situasi, nak kaji sebab dan akibat.

[Ya, memang bodoh itu sendiri pun ada katogerinya. Macam saya, saya mengaku saya bodoh antaranya dalam hal computer dan kereta . Maksud kebodohan yang saya rujuk ilah bodoh untuk belajar memahami situasi kesan dan akibat...melihat hubungan/kolerasi]

" Habislah duit rakyat..." Senang sahaja si Zainal mennyalak, sedangkan dia tidak membayar cukai yang tinggi. Cukai pendapatan tidak bayar, cukai rokok tak bayar (sebab hisap rokok seludup), dan lain-lain cukai seperti cukai tafsiran. Nasib baik dia kena bayar GST. Itupun dengan kadar yang rendah sebab kadar pembeliannya tidak kerap dan membeli barang yang murah... kalau tidak dia akan bertambah takbur.

Apa salahnya berikan imbuhan setimpal sama ada olimpik atau paralimpik...

Yang sepatutnya bising ialah golongan kaya yang membayar cukai yang besar. Mereka berkerja keras siang malam, berjimat cermat tetapi akhirnya terpaksa membayar cukai yang tinggi. Di negara maju, rakyat menyanjung tinggi golongan kaya kerana golongan kayalah yang membawa kesejahteraan melalui cukai mereka. Tetapi di negara kita golongan kaya masih dipandang negatif, kebendaan, tidak islamik dan materialistik... Dicari salah mereka...sehingga dalam hal orang kaya bercuti di luar negara pun dijadikan isu...[dikatakan membazir. mereka tak fikir mungkin yang melancong tersebut ikat perut, kumpul duit, kerja kuat untuk merealisasikan impian...bukannya goyang telor bangun tengahari]



Tetapi golongan ini tidak menyalak walaupun mereka sebenarnya membayar harga kehidupan lebih tinggi...[berbanding dengan golongan yang tak ada duit banyak tu...]
Sekian.




"Tak kaya, tak handsum, tak ada banyak duit, tak berpelajaran bukannya lessen untuk kita jadi biadap dan bodoh!
- Abang Jan

Wednesday, September 14, 2016

...and pause from a busy week... Laman








Peralihan zaman...

Dulu masa saya muda-muda saya meminati Zaiton Sameon, ia menjadi penyanyi wanita nombor dua yang saya minat selepas arwah Kak Pah. Saya minat lagu-lagunya dan juga Zaiton Sameon yang seksi. Bagi saya Zaiton Sameon adalah lambang keseksian di mana mengajar manusia, iaitu tak perlu cantik dan berisi untuk menjadi seksi. Masa itu umur saya tepat 17 tahun.

Hari ini, tahun depan tepat umur saya 47 tahun. Saya melihat penyanyi/pelakon wanita tidak seperti dahulu. Malah dalam beberapa hal tanpa saya sedari saya rasa gusar apabila melihat mereka terlalu menonjolkan bentuk badan. Saya bimbang ia akan membawa kepada pengaruh buruk kepada generasi muda. Lagipun mempertontokan kecantikan sebegitu seolah tidak bermoral. Dalam agama tentulah lagi haram hukumnya.

Tahun-tahun yang bertambah sedikit sebanyak secara perlahan merubah pengukuran dan nilai saya terhadap banyak benda/perkara. Saya melihat perempuan secara lebih mendalam dan menyeluruh. Peralihan zaman membuatkan saya celik banyak perkara. Namun tidaklah terus saya melemparkan kata negatif terhadap wanita tidak bertudung sebab kalau saya perempun pun belum tentu saya bertudung. saya tak jamin. He he he.

Oleh itu saya tidaklah mengutuk keras apabila berlaku sesuatu yang di luar persetujuan minda saya. Sebabnya saya dahulu pun begitu juga... dan saya percaya ia juga berlaku pada orang lain. Yang paling penting ialah sentiasa mahu berubah untuk menjadi lebih baik walaupun ianya payah.

Peralihan zaman membuatkan kita tidak seperti kita yang dulu. Maksud saya tidak 100% lagi...



Image result for peralihan zaman

Tak apalah saya balik sendiri Man...

Saya banyak kerja jadi saya suruh dia tunggu. Selepas dia membeli belah saya akan ambil dia semula (bila dia hubungi saya). Masa saya beritahu cadangan saya terus dia jawab:

"Tak apalah saya balik sendiri Man..."

Dan selepas itu apabila saya sampai dia masih tak ada di situ. Saya tunggu dan hubungi dia berkali-kali. Selepas lama menunggu saya pergi ke rumahnya sebab bimbang kalau dia apa-apa. 

Sampai di rumah saya tengok dia masam jea.

Saya terus marah-marah sebab dia buat saya rasa rungsing. Saya rasa rungsing bukan sebab saya mahukan dia (tapi dia memang mahukan saya). Saya rungsing jika dia ditimpa kemalangan.

Selepas itu barulah saya sedar yang "Tak apalah saya balik sendiri Man..." tu bermaksud sangat sebaliknya...

Saya terlupa dalam persahabatan kami saya adalah lelaki dan dia adalah perempuan...emmm..



Thursday, September 8, 2016

Kisah di Paksun Kuantan, jurujual bodoh dan baju kemeja hijau

Sekoyang-koyangnya semasa saya berjalan-jalan di ECM, saya teringat sudah lama saya tidak membeli baju kemeja. jadi saya rasa elok saya membelinya alang-alang berada di ECM. Kemeja tersebut kalau boleh, boleh dipakai untuk berjalan-jalan (luar waktu kerja) dan juga untuk dipakai pada waktu kerja. Pendek kata saya nak kemeja yang tak nak nampak serius sangat atau badut sangat.

Saya pun melenggang ke bahagian baju lelaki. Saya berkenan dengan satu kemeja harganya RM167.90 selepas diskaun. Masih mahal bagi saya. Saya lihat baju itu memang sesuai dengan saya punya personaliti dan sewaktu dengannya...tapi apakan daya harganya di luar kemampuan saya.

Saya terus ke bahagian jenama yang lebih murah dan terus berkenan dengan satu baju yang kotak-kotak. Kotaknya sangat halus dan tak ketara sangat. Lalu saya cari jurujual. Cari punya cari jurujual tersebut sedang sembang kencang di bahagian baju jenama lain. Duduk berlonggok di situ sambil sekali-sekala ketawa.... Situasi yang sepatutnya tak terjadi...(selamat datang ke Malaysia).

Jadi saya ikutlah jurujual tersebut ke departmeng dia. Saya beritahu saya nak terai baju ini tapi saya nak terai baju warna hijau. Namun dia tidak benarkan, dia beria suruh saya terai baju display tersebut yang warna merah. Dengan alasan saiznya sama. 

Saya ada dua alasan sebenarnya mengapa saya mahu cuba baju tersebut. Pertama sebab nak lihat saiz berpadanan atau tidak sebab walaupun saiz L, ia kadangkala tak sama antara satu jenama dengan jenama yang lain. Sebab kedua sebab nak lihat kaler hijau elok tak bila saya pakai. Sebab bagi saya kaler memainkan peranan penting bagi menyerlahkan kesesuaian penampilan saya.

Tetapi entah apa sakitnya otak jurujual tersebut dia buat tak tahu dan suruh saya terai baju merah juga. Saya rasa dia malas nak buka plastik untuk baju hijau yang saya nak...

Saya rasa peranan juru jual sepatutnya lebih besar dan lebih bermanafaat. Maksud saya bukan cari baju yang saiz diminta, dan tulis resit sahaja. Kalau boleh berilah panduan atau maklumat atau tanya sedikit sebanyak baju kehendak pelanggan. Contohnya untuk majlis apa atau untuk kegunaan harian atau tidak dan sebagainya. Apalah salahnya kalau kita buat hati pelanggan gembira dan rasa dihargai.

Tapi kat Malaysia ini begitulah rata-ratanya bila mengenangkan riwayat pembelian baju saya. Mungkin saya tak kelihatan seperti orang berduit sebab itu dilayan sebegitu. Tetapi tak kanlah nak saya kelihatan kaya atau berimej `datuk' atau seleberiti barulah dilayan dengan baik. Itu hipokrit...

Saya harap Paksun  latihlah jurujual mereka serba sedikit walaupun cara pengambilan jurujual itu takat muat sahaja.

Sekian...







Image result for bad salesman quotes

Kisah Tikus Malaysia...

“Pemain kita main tak pakai otak, mereka main macam robot, hantar bola tak betul, tendang tak betul, semua tak betul, macam mana mereka boleh bermain untuk pasukan kebangsaan?”

-  Tan Sri Prof Khoo Kay Kim

Wednesday, September 7, 2016

Hilang Kak Pah, 1000 Mawar tetap di hati...

Image result for sharifah aini
Al Fatihah...

Semalam dalam hujan lebat Abang memandu balik kerja, sesampai Abang di simpang jalan Abang terdengar lagu 1000 Mawar... Hujan lebat ini membuatkan Abang jadi kuat (hadapi hidup)...Abang bersumpah hebat...

Namun andai kata nanti Abang tersesat, Abang pohon maaf pada tuhan...

Jangan sampaikan rindu adik di angin lalu (ia menyiksa Abang)... Walau apa pun terjadi Abang tidak lagi akan adik miliki...kerana adik telah mungkir janji...

Matt McAndrew: "A Thousand Years"

Masa yang sesuai untuk beli rumah adalah...

Image result for Masa yang sesuai untuk beli rumah

Saya membeli rumah ketika saya berumur 37 tahun. Lewatkan?

Saya membelinya bukan kerana pada masa tersebut harga rumah adalah murah. Saya tidak membelinya kerana dapat loteri. Bukan juga sebab saya nak kawin dan bukan juga kerana saya dihalau oleh tuan rumah yang saya sewai.

Sebelum itu saya tidak berani membeli rumah kerana faktor kewangan. Saya bimbang untuk membayar RM1000 lebih sebulan untuk rumah kerana gaji saya kecil...

Cerita pasal rumah merupakan sesuatu yang menarik sebab apabila saja ada pamiran `rumah contoh', saya dan Azniza akan pergi lihat. Kadang-kadang saya yang seakan memaksa Azniza untuk pergi lawat. Dan kadang-kadang Azniza ajak saya pergi lihat rumah contoh. dan biasanya lepas melawat rumah contoh, kami makan nasi lemak. He he.

Biasanya rumah contoh dicantikkan dengan bebarapa tambahan dalaman seperti perabut atau langskape taman yang cantik. Pada masa itu saya tahu rumah tersebut di luar kemampuan sahaja. Rumah mampu lihat, bukan rumah mampu beli. 

Ada-ada saja kritikan saya terhadap rekabentuk rumah tersebut walaupun sebenarnya yang menjadi masalah utama bukannya reka bentuktetapi bentuk kewangan yang saya ada. He he he.

Saya sudah `lari' tajuk posting saya...he he he. saya kejar balik yea...

Masa yang paling sesuai untuk kita beli rumah ialah pada masa kita rasa yakin kita sudah mampu dari segi kewangan. Itu sahaja yang dapat saya beri tipnya. Masa saya mula bekerja harga rumah yang dibina di Kuantan jauh lebih murah harganya berbanding dengan hari ini... tetapi saya tidak mampu membelinya. Dan apabila gaji saya bertambah baru saya berani beli rumah di mana harganya sudah mahal.

Sebenarnya sebelum berpindah ke Muadzam, saya telah berurusan dengan tuan rumah sewa saya di mana saya mahu membeli rumah tersebut dengan harga RM140K (rumah teres). Semasa sedang berurusan itulah tiba-tiba saya dapat kerja di Muadzam. Pada hari ini, mati hidup balik pun saya rasa RM200K dia tak akan mahu jual rumah tersebut.

Saya tidak sarankan kepada pembeli membeli rumah atas faktor lain, contohnya beli rumah apabila diramal harga rumah akan turun. (Ia hampir mustahil tetapi jika turun pun harganya dapatkah orang `biasa' seperti kita ini membelinya terlebih dahulu? Kot-kot bank yang beri pinjaman tu yang beli dulu. He he he.)

Hakikatnya kalau harga rumah turun pun tak dan sempat ke kita nak beli sebab ahli pernigaan dan orang politik terlebih dulu dapat akses kepada sumber (sumber bahawa harga rumah turun). Mereka yang dapat beli dulu...

Ada juga orang yang kata `Bila anak saya dua orang baru saya nak beli rumah?".  Kalau macam tu saya tak belilah rumah sebab saya tak ada anak!

"Saya akan beli rumah bila ekonomi stabil, sekarang infasi tinggi" - alasan ini juga mengarut!. Kalau tunggu ekonomi stabil teruklah...lagipun kita tahu ke definasi yang betul apa itu ekonomi yang stabil?

Jawapan yang tepat bilakah masa yang paling sesuai untuk beli rumah? Adalah apabila kita rasa kita sudah mampu...

Sekian...


Monday, September 5, 2016

Kucari damai di hati...


Mengapa kau tergamak sungguh
Memperdaya harapan ini
Tunas kasih yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami
Beginikah balasan cinta
Manis kata di bibir saja
Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini
Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh
Semoga engkau bahagia
Di samping kekasih baru
Andainya engkau kecewa
Janganlah kau cari aku
Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka

Sunday, September 4, 2016

The One That Got Away - Katy Perry (Cover by Tiffany Alvord & Chester See)






"The One That Got Away"

Summer after high school when we first met
We'd make out in your Mustang to Radiohead
And on my 18th Birthday
We got matching tattoos

Used to steal your parents' liquor
And climb to the roof
Talk about our future
Like we had a clue
Never planned that one day
I'd be losing you

In another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away

I was June and you were my Johnny Cash
Never one without the other, we made a pact
Sometimes when I miss you
I put those records on (Whoa)

Someone said you had your tattoo removed
Saw you downtown singing the Blues
It's time to face the music
I'm no longer your muse

But in another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away
The o-o-o-o-o-one [x3]
The one that got away

[Bridge:]
All this money can't buy me a time machine (Nooooo)
Can't replace you with a million rings (Nooooo)
I should've told you what you meant to me (Whoa)
'Cause now I pay the price

In another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away
The o-o-o-o-o-one [x3]

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away

Thursday, September 1, 2016

Najib daftar UM (28 Ogos 2016)

Bertolak dari rumah adik di Ulu Yam Bharu

Pada ahad yang lepas 28/8/2016, saya ke UM.

Saya tidak tahu pesanan bagaimanakah yang paling baik (terbaik) untuk saya tinggalkan kepada anak saudara saya (apabila kami berpisah) kerana keadaan pada 21 tahun lalu sangat berbeza sekali.

21 tahun lalu apabila saya mendaftar di kolej kelima, dunia sangat berbeza kerana dunia masih `kecil'. Tiada telefon bimbit dan sebagainya. Kuala Lumpur kelihatan sangat `jauh' dari kampung halaman saya...(ibarat kata...).


Katil fesyen lama...

Saya hanya berdoa dalam hati (sesuatu yang jarang saya buat, he he) anak saudara saya boleh hadapi cabaran hidup di kampus, cabaran hidup sebagai mahasiswa. Cabaran ini penting untuk dilalui dalam mendapatkan ilmu.

Saya meninggalkan kolej Zaaba
Saya juga tidak tahu nasihat bagaimanakah yang terbaik untuk saya tinggalkan kepadanya kerana dengan adanya teknologi hari ini, tiada orang yang boleh `ditinggalkan'. maksud saya anak saudara saya boleh hubungi saya bila-bila masa sahaja...

Tentu cabaran dan keadaan sekarang jauh berbeza dengan masa saya 21 tahun dahulu. Namun satu pesanan yang tak basah dek hujan tak lekang dek panas ialah "kena banyak bersabar dan tabah hadapi kesusahan dan ingat keluarga kita selalu..."

Dengan hati yang gembira bercampur sedih, saya berjalan seorang diri meninggalkan kolej Zaaba tersebut,

Apabila sampai di pintu pagar, saya semakin teringatkan seseorang...seseorang yang ceritanya saya bawa ke mati...

Adakah kebahagiaan yang total bagi saya? Juga satu soalan yang saya akan bawa ke mati...

He he he.

.