Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label POLITIK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Kisah Nazri dan anaknya



Sebenarnya tidak ada undang-undang dalam dunia ni yang boleh menyekat seseorang bapa menggunakan anaknya sebagai pembantu kerja dalam perjalanan kerjayanya. Begitu juga perihal anak melantik bapanya. Apatah lagi duit upah/gaji anak tersebut diambil dari gaji/pendapatannya sendiri.

Tetapi keadaan budaya dan minda penghakiman rakyat kita lain. Prasangka buruk dari orang ramai akan memuncak. Persepsi maha penting. Selamat datang ke Malaysia

Saya yang tak kawin-kawin ni pun jenuh menepis anggapan negatif orang ramai di sekeliling. Padahal saya yang tak kawin ni bukanlah ngorat isteri orang, `main' dengan orang gaji, dera anak atau `selak' kain anak sendiri, atau belasah bini.Atau balik lewat dari kerja. Haaa... Tetapi persepsi orang terhadap orang tidak kawin tetap buruk. Saya tak redha dunia akhirat.

Kita kembali kepada tajuk posting. (bimbang nanti jadi posting hal saya pulak, he he he). Tetapi saya bukan orang politik. Tahap penjahanaman persepsi ke atas saya bersifat mini domestik tetapi Nazri orang politik. Maka semakin meneballah persepsi orang ramai terhadapnya. Dan perkara ini tidak boleh di pandang ringan jika merujuk kepada kepala otak jenis rakyat Malaysia ni. Haaa... Kepala otak parti pembangkang apatah lagi. Kan?

Sepatutnya jangan laaaaaa buat sesuatu tindakan yang menberi liabiliti atau persepsi yang buruk kepada parti. Janganlah membongkakkan diri. Walaupun rakyat mungkin tak tahu apa sangat apa yang berlaku tetapi mereka mengundi atas persepsi. Itu keyakinan saya.

Pada pendapat saya kemerosotan UMNO dan BN adalah dari segi persepsilah. Banyak jasa dan budi UMNO dan BN, ianya fakta yang tak boleh diubah. dari DEB (Dasar ekonomi Baru hingga MEB (Model Ekonomi Baru) ia satu perancangan bertaraf dunia. Namun kalau  berterusan ahli politik UMNO dan BN menganggap persepsi sesuatu yang remeh. Itu adalah suatu kesilapan besar...haaa

Jan: Melantik diri sendiri sebagai pegawai kewangan, jurulatih kesihatan, tukang kebung, pemandu dan sebagainya. He he he.

Monday, March 18, 2013

Perayu undi PAS

Saya sudah menerima panggilan dari `perayu' undi. Panggilan dan SMS daripada kawan saya tersebut supaya saya mengundi PAS pada pilihanraya nanti. Katanya kalau tidak mahu mengundi PAS pun tak mengapa tapi jangan mengundi langsung pilihanraya ini.

Saya hanya ketawa sahaja. Kawan saya ini sejak di bangku sekolah lagi adalah penyokong  PAS. Malah dia ada kata kalau Tun Dr Mahathir datang jumpa dia pun, dia tidak akan mengundi PAS. Dia tidak sebut pulak perihal Najib atau Rosmah. Saya diam sahaja dan kekadang ketawa.

Yang saya pasti dia tidak lagi bercakap mahu membina negara islam atau mahu jalankan hukum hudud seperti sebelumnya. Dia mungkin sudah menukar strategi. Dia tidak sebut langsung kali ini. Pun begitu kali ini dia juga tidak mengutuk BN atau UMNO. Inilah kelainan dia kali ini sebagai perayu undi.

Saya dengar sahaja dan sesekali ketawa. Kawan saya ini saya kenal semenjak tingkatan empat lagi. Beliau sangat mencintai PAS daripada dahulu lagi dan tahu keluarga saya sangat UMNO, namun kami tetap sahabat baik.  


Tidak pernah sekalipun pendapat politik kami membelah persahabatan kami. Tidak pernah kerana kami mengutamakan silaturahim...demi agama, bangsa dan negara.

Jan: Saya pilih mengundi. 

Tuesday, October 2, 2012

Politik kebencian


Ini saya ambik dari FB kawan saya. Dia letak di FBnya. Saya tertarik dengan kata-kata di atas. 

Sampai sekarang saya tak reti letak gambar dalam FB... Gambar yang setakat ada tu, kawan saya yang tolong letak (pulak dah). Saya tak reti nak berFB sangat... Tiap kali nak letak gambar kawan saya kena minta tolong kawan saya letakan, he he he. Mungkin dia menyampah dengan saya tetapi terpaksa juga berkawan dengan saya sebab saya baik dan menarik. He he he.

Tetapi insyaallah, saya akan belajar suatu hari nanti. Belajar aktif FB.

Tetapi posting ini bukanlah untuk ceritakan hal saya yang jarang berFB, atau saya baik menarik (he he he), atau saya buta IT tetapi ianya (posting ini) saya tujukan kepada pihak-pihak yang memenuhi email box saya dengan isu-isu menjatuhkan sesama islam terutama pabila menjelang pilihanraya.

Kita boleh menerima/melemparkan kritikan, sepahit mana asalkan membina tetapi jika memandang orang lain terlalu buruk, ianya haruslah difikirkan dalam-dalam betulkan cara kita tersebut. Janganlah kerana fahaman politik berbeza, sewenangnya sahaja mulut menghina orang lain, bongkar aib orang, samakan orang dengan binatang. Saya bimbang takut-takut orang yang kita aibkan sebenarnya taklah aib sangat berbanding dengan diri kita, haaa. 

Kalau kita tidak mengenali orang, janganlah cepat menghukum mereka. Jauhkan diri, jangan libatkan diri dengan memfitnah dan mengumpat.

Kepada yang tidak suka kepada saya tidak perlulah email saya sekadar hendak mencari dosa. Walaupun penulisan saya agak ala USA dan tidak bersulamkan hadis atau ayat, tidak semestinya saya tidak islamik.  Siapakah manusia yang mahu copkan dosa dan pahala? Tinggikah darjah manusia?

Blog ini juga bagi saya membina silaturahim bukan membina kebencian penuh hasad dengki seperti sesetengah email yang saya terima. 

Sama-samalah kita bina jambatan ke Jannah dengan kebaikan, bukan tolak mereka ke neraka. Berpesan-pesanlah dengan penuh kebaikan dan kelembutan.

Jan: Saya bukan baik sangat, sangat bukan baik saya...


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home