Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label kewangan. Show all posts
Showing posts with label kewangan. Show all posts

Tuesday, February 23, 2016

Kaedah terbaik mengurus gaji

Image result for duit gaji

Cakap pasal gaji memang sensitif. Tapi hal-hal yang sensitif kebanyakannya adalah hal yang penting. Untuk golongan orang yang biasa apabila gaji tidak cukup terus kaitkan/salahkan kepada peningkatan kos sara hidup. Mereka tidak terfikir ada sebab lain yang membawa kepada masalah gaji.

Kata seorang sahabat saya kesempitan wang yang dihadapi oleh masyarakat kita juga disebabkan oleh faktor tidak tahu kaedah terbaik mengurus gaji. Dan yang kedua apabila kita tahu, sanggupkan kita baiki tabiat hodoh kita tersebut kerana ia sudah menjadi tabiat.

Saya bertanya sahabat saya bagaimana caranya menguruskan gaji dengan baik. Dia beritahu senang sahaja jika kita bertekad. Sebabnya dia kata, bayar dulu hutang-hutang, buat simpanan dan selebihnya belanja. Kalau lebih sikit, belanjalah sikit. Jangan sampai guna wang yang harus disimpan. Tiga langkah mudah:

1. Bayar Hutang
2. Menabung
3. Berbelanja

Saya cuba fikirkan bagaimana pula saya urus gaji. Ya memang saya membayar hutang saya dengan tepat. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kad kredit, hutang bank rakyat. Dan bil-bil.

Cuma bahagian kedua saya tidak buat. saya buat apabila saya ada lebihan berbelanja. Di mana jarang sangat lebihnya, he he he.

Kata kawan saya saya salah urus gaji dan sampai bila tak akan senang. Hamboiii...sedap mulut kawan saya tersebut tetapi saya terima sebab yang pahit itu ubat.

Tiga amanat mudah itu katanya payah nak buat sebab dewasa ini banyak sangat bentuk `hiburan' di sekeliling kita. Padahal kalau ada duit banyak barulah kita beli.

Saya rasa ada benarnya kata-kata kawan saya tersebut. dan saya rasa setiap orang ada cara yang berlainan bergantung kepada banyak perkara cuma semuanya mesti pandai buat tiga langkah tersebut...

Kita tak perlulah target menyimpan untuk jadi kaya, setidaknya menyimpan membuat kita lalui keadaan sekar dengan sedikit senang... Kalau pun tak banyak senang.

Sekian...

Wednesday, February 3, 2016

Saya pilih 8%

Image result for kwsp 8 peratus

Kawan-kawan saya asyik bertanyakan saya sama ada saya mahu kekalkan potongan KWSP saya 11% atau pilih 8%. Malah ada yang meminta nasihat saya  dalam membuat pilihan.

Dalam keadaan ekonomi sebegini, tentulah saya memilih 8%. Saya anggap pemilihan 8% tersebut adalah keputusan sebuah kementerian yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang ahli ekonomi, yang tahu mengenai ekonomi semasa. 

Saya tidak anggap ianya (11% @ 8%) sebagai keputusan politik semata-mata.

Namu oleh kerana ia dilontarkan oleh orang politik, penerimaannya mungkin berbelah bagi. maksud saya ada yang rasa bagus dan sebaliknya. Ada yang rasa rugi dan sebaliknya. Namun ia bukanlah suatu paksaan. Ia hanyalah cadangan...( yang bermakna kita boleh terima atau tolak).

Sebenarnya senang sahaja sifirnya dengan mengandaikan ceterius paribus, apabila kuasa beli meningkat maka permintaan akan meningkat yang membolehkan pertumbuhan ekonomi berlaku. Yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi....akan membawa pula kepada perkembangan ekonomi secara skala yang lebih menyeluruh.

Tapi payahlah kita nak faham kalau antara `pertumbuhan ekonomi' dan `perkembangan ekonomi' pun kita tak dapat bezakan.

Abang Jan: Pernah jumpa orang yang tak tahu eksport dan import. Percayalah...ada.




Monday, January 11, 2016

Azam Ekonomi saya tahun baru 2016: Membeli hanya barang yang perlu

Ekonomi antaranya maksudnya merujuk kepada bagaimana kita memperuntukan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak kita yang tidak terhad. Tahun 2016 ini saya tumpukan kepada Azam Ekonomi saya.

Azam ekonomi yang saya maksudkan ialah azam yang melibatkan bagaimana kita memperuntukan sumber yang kita ada (dan akan ada) dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana ekonomi kita berada dalam keadaan yang mencabar dan dicabar. Saya rasa adalah bijak jika kita mencabar perangai kita. Maksud saya memeriksa perangai kita bila berhadapan dengan pengurusan wang dan apa-apa yang berkaitan dengannya (berbanding hanya menyalak akan kenaikan harga. Padahal harga tak turun-turun pun. He he he)

Hujung minggu lalu saya makan di Keni Roges. Harga makanan setnya sudah berubah kepada bertambah mahal. Maksud saya mahal bagi orang seperti saya. Namun sudah lama saya tidak makan Keni Roges...tahun lepas saya last makan, jadi saya makan. He he he.

Saya juga perhatikan banyak barang sudah menjadi mahal. Sekali lagi saya maksudkan `mahal' tersebut adalah bagi orang macam saya, bukannya orang kaya macam Datuk Vida.

Cuba renung balik kepada pembelian-pembelian yang kita buat pada tahun 2015. Adakah kita ada terbeli barang atau perkhidmatan yang sebenarnya kita tidak perlukan pun?. Saya rasa ada. Saya sendiri juga begitu. Saya mengaku, saya ada terbeli barang yang sebenarnya saya tidak perlu pun. Saya bertekad tahun 2016 ini saya tidak akan terbeli barang yang saya sebenarnya tidak perlu.

Saya akan berperang dengan diri supaya dapat diyakinkan pembelian tersebut adalah sangat patut. Saya tidak berani janji iannya akan berjaya, namun saya akan mencubanya. Saya yakin jika saya berhati-hati dan rasional, kita tidak akan membeli barang yang kita tidak perlukan.

Sekali lagi maksud `perlu' itu bergantung kepada individu. kalau mahu beli baju, perlukah kita beli yang mahal kalau tak mampu. Ada duit bukan bermakna kita mampu. Duit itu harus dibelanjakan untuk keperluan lain juga. 

Semalam saya berkemas rumah, saya terjumpa beberapa barang yang sebenarnya saya tidak perlu. Antaranya kad motivasi yang berharga RM8.90!. Kad tersebut sebenarnya saya beli sebab saya suka akan akata-katanya. Saya beli awal tahun lepas... Semasa membelinya saya terbayang saya akan tempal di dinding bilik tidor saya, agar setiap pagi saya bangun, saya baca.

Namun sebaik sahaja saya sampai di rumah saya sudah lupa dengan kad tersebut sehinggalah malam tadi saya lihat ada terselit dalam bakul plastik tempat kertas dan dairi-dairi lama yang saya mahu buang.

Sebenarnya saya juga tidak memerlukan kata-kata dari kad tersebut sebab...saya juga pandai berkata-kata. He he he.


Abang Jan: A budget tells us what we can't afford, but it doesn't keep us from buying it. He he he 

Image result for i can't afford
Saja lawak...

Monday, January 6, 2014

KWSP : Simpanan Asas Baharu Berkuatkuasa Januari 2014

Saya berhasrat mahu bersara dengan penuh bergaya. Saya tidak mahu lagi setiap akhir bulan menunggu gaji atau berjimat cermat yang amat-amat. Kalau boleh pada masa tersebut (walaupun mungkin berkerusi roda) kalau saya ke ECM pun, saya pakai sambar jea barang-barang yang saya nak. Tak nak kelebek-kelebek harga lagi. Setelah lama saya menanam, saya mahu menuai pula. Haaaa. 

Saya berpendapat hasrat tersebut adalah hasrat hari setiap warganegara Malaysia yang bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta. Bukan hasrat saya semata-mata. Kita hendak hidup kita semakin senang, bukan sebaliknya.

"Orang kerja kerajaan tak apalah ada pencen..." Kata seorang kawan saya setelah saya mengalih tema perbincangan (saya boring asyik cakap pasal bola, politik, bola, politik. Huh!). Sebenarnya saya tidak setuju dengan pendapat beliau, mengharapkan pencen semata bukanlah satu tindakan yang tepat. 

Sekarang kadar minima pencen di sektor kerajaan adalah RM820. Jumlah inilah yang mereka akan terima selepas pencen (lagi tinggi gaji semasa kerja, lagi tinggilah pencennya nanti). Dengan mengandaikan sudah memiliki rumah, kereta dan anak-anak pun sudah di luar tanggunggan, jumlah ini adalah jumlah logik ekonomi mengikut harga pasaran masa kini dan bentuk sumbangan yang mereka telah berikan (sama ada besar atau tidak berdasarkan kelayakan kerja). Kalau kita boleh sesuaikan gaya hidup kita seRM820 sebulan, bolehlah...

Di sektor swasta lain cerita (walaupun plot dan temanya sama). Ceritanya kita kena ada duit dalam akaun KWSP kita yang membolehkan kita menyara diri selama 20 tahun (kira umur purata kita hidup lepas bersara, mungkin lebih pendek kot, he he he). Dulu kadar minima adalah RM120,000 (dengan andaian pencen (RM500 sebulan), tetapi sekarang sudah dinaikan kepada RM196,800 (dengan andaian RM820). Dan logiklah kerana inflasi berlaku mengiringi tahun. 


Masalahnya ialah kita selalu membuat pengeluaran wang KWSP. Saya juga pernah keluarkan wang KWSP untuk membayar deposit rumah, dan pernah juga mengeluarkannya untuk membayar rumah saya dalam masa setahun, he he he. Jadi tidak banyaklah wang saya dalam KWSP tersebut. Masih tidak sampai RM196,800. Tetapi alhamdulilah mengikut jadual di atas dalam umur 44 tahun (April ini) saya telah melepasi sasaran RM88,000 dengan cara hidup RM820 sebulan.

Persoalannya dapatkah saya hidup setema RM820 sebulan|? Namun tahun demi tahun saya harap jumlah simpanan melepasi jumlah itu dengan ketaranya agar seolah pencen melebihi RM5000 sebulan. Atau lebih? Insyallah...

Jan: Tapi kita harus ingat, harga makan pagi kita nanti mungkin RM80! Pada tahun 2030 sekilo gula mungkin berharga...? Haaaa

Monday, February 18, 2013

Dividen KWSP 6.15 % (2012), mangkuk Corelle dan bas ekspress

KEPERCAYAAN saya, skim persaraan berpencen adalah makanisma terbaik bagi manusia yang tidak berdisiplin dalam menguruskan wang. Manusia yang tidak berdisiplin itu contohnya, sayalah, he he he. Tetapi contoh, manusia itu mungkin juga pembaca blog ini...haaa. Jangan marah.

Namun saya dalam katogori bersara tak berpencen, hanya ada KWSP. Bahaya kan? Bahayakah?

Orang yang berpencen sangat beruntung kerana sentiasa memperolehi sumber pendapatan hingga pada umur mendekati nafas terakhir (kematian). Dan apabila berlaku kematian si suami atau si isteri boleh mewarisi `kepencenan' tersebut.

Yang lebih penting, setidak-tidaknya ada pendapatan yang tetap pada setiap bulan hujung bulan pabila bersara. Walaupun harga barang pasti akan terus mendaki (kerana inflasi), setidaknya ada habuan di setiap bulan, yang menjadi bantuan perbelanjaan. 

Kepada pesara `berKWSP', sudah tentu pada umur persaraan, dengan tiada ilmu dan disiplin, wang tersebut boleh habis sekelip mata. Dilapurkan tidak sampai 3 tahun lebih 80% pencarum `berjaya' menghabiskan keseluruhan wang KWSP mereka. Dan mulai hidup dalam kemiskinan. Selamat datang ke Malaysia.

"Orang yang tidak pernah ada banyak wang memang `payah' nak `pandai' urus wang bila tiba-tiba dapat `sedebuk' gitu..." Kata kawan saya yang duit gajinya dikawalselia oleh isterinya (termasuk duit beli rokok).

Dengan persekitaran pelaburan yang semakin kompleks dan betapa berkuasanya faktor ekonomi luar mempengaruhi ekonomi dalam sesebuah negara (faktor globalisasi), saya sudah menduga seperti biasa dividen yang diberikan adalah kecil (namun lebih besar sedikit berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya). Namun begitu saya memang berharap agar dividen tersebut dapat mendaki lebih tinggi bagi menolong jumlah pelaburan golongan pesara berKWSP kelak.

Anuar Rahman  

Sebenarnya kedatangan sahabat saya Anuar juga telah membuka mata saya untuk melabur dalam unit amanah. Beliau telah menguruskan proses mengeluarkan wang daripada KWSP saya untuk tujuan pelaburan. Sebelum ini saya hanya mendengar kawan-kawan saya lakukan...

Ramai orang berpendapat, wang tidak boleh bawa kebahagiaan. Ramai juga menyatakan kebahagian pula berbeza pada tiap individu. Namun mati hidup balik dan jadi hantu pun saya percaya adalah lebih baik makan maggie dalam magkuk  Corell di meja kayu jati daripada makan maggie dalam mangkuk murah dan meja ala rancangan BersamamuTV3.

Dan lebih baik mati seorang diri di dalam istana daripada mati seorang diri dalam pondok buruk.

Jan: Sebenarnya kita sentiasa ada diberi pilihan...cuma kita sahaja tidak pandai memilih.

Wednesday, October 3, 2012

Budjet 2013

Daripada pengamatan saya, rata-rata rakyat Malaysia di sekeliling saya dan juga yang jauh di sekeliling saya mempunyai tanggapan yang aneh apabila memperkatakan perihal pembentangan belanjawan. Sangat aneh sehingga naluri saya naik rungsing dan resah (tapi tak gelisah, orang yang resah campur gelisah ni orang bercinta jea, atau bercinta dengan along. Haaa...)

Namun posting hari ini adalah berkaitan dengan perihal gelagat pemikiran aneh, bukannya pasal orang yang bercinta atau pihak yang gagal melunaskan hutang along. 

Pabila pembentangan berlalu, riuh rendahlah keadaan di kedai kopi. Daripada kedai Kopitiam di bandar-bandar seluruh negara hinggalah kedai kopi yang tak ada tiang di kampung-kampung. Rata-rata fokus kepada "Apa yang aku dapat daripada budget 2013?". Malah ada kawan saya sms beritahu kekecewaan sebab budget 2013 tidak memberi kelebihan padanya... 

Di pihak parti pembangkang tidak menghairankanlah kalau semua pembentangan itu tidak terbaik, sebab itu sudah kerja hakikinya. Yang saya mahu utarakan ialah pihak yang belanjawan rumahtangganya tunggang langgang sehingga bawang besar pun bininya pinjam rumah jiran. Tetapi bercakap pasal belanjawan negara. Kalau pakai baju kertas janganlah berjoget tiang macam Madonna.


Rata-rata menunggu khabar berahi, cerita erotik pasal bonus, pelepasan cukai, dapar baucer dan perihal seangkatan dengannya. Dan sebenarnya sebanyak mana pun dapat tentulah tidak mencukupi atau jauuuuuh daripada mengcukupi sebab dalam bab-bab berbelanja ni kita mengalahkan Paris Hilton. Cuma Paris Hilton beli barangan berjenama, kita barangan berhama. He he he, jangan marah.



Sepatutnya kita alihkan sikit pemikiran kita dengan konsep melihat kepada perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan pertumbuhan. Juga kalau rajin membacalah, boleh cari beza perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Dapat juga ilmu dan memahami apa itu belanjawan dan kerangkanya sekali.

"Ah...itu bukannya kerja kita. Nak baca buku ni. Biarlah pelajar, cikgu dan pensyarah sahaja." Kata kita kepada kawan kita yang sama taraf tahap pembacaannya (maksudnya saya sejak SPM, haram sebuah buku pun tak habis baca. Tapi kalau di kedai kopi, gabenor bank negara pun kalah dikomplinnya....Haaa... Kitalah tu).

Dalam belanjawan ada seribu satu kisah. Kisah masa depan, masa sekarang dan masa susah senang. Haaa. 
Tahukah anda? (amboi macam dalam tv kan?). Tahukan anda bahawa belanjawan yang dibuat bukan sahaja perlu menguntungkan orang susah tetapi setiap lapisan masyarakat harus juga diberi perhatian. Sebab orang kaya raya juga aktif menumbuhkan ekonomi dengan risiko yang besar. Tahukan anda selain rakyat, kerajaan juga harus mendapat keuntungan daripada pembentangan tersebut? 

Tetapi kadang-kadang saya nak tergelak juga melihat gelagat orang yang bercakap perkara yang dia tidak ada ilmu, tidak tahu dan tidak mahu tahu. 

Tanda hendak kiamat ialah orang yang bukan ahli petah bercakap seolah dia pakar...he he he. Namun kita tidak boleh halang orang dewasa memperbodohkan diri mereka... Silakan. 

Jan: betul la emak saya cakap "kalau tak tahu diam" atau `tanya orang lain"

Friday, August 24, 2012

Berhutang kerana anak 8?

Seminggu sebelum raya, kawan saya yang pinjam duit saya pada 2 raya yang lalu (yang sampai sekarang senyap tak berbayar) sms saya. Mesra bertanya khabar. Saya pun pelik juga sebab dia tanya pasal kesihatan saya dan macam-macam hal. Sehinggalah pada hari ke 3 semuanya terbongkar!.

Ya, dia nak pinjam duit saya lagi. Dia beritahu dia sedih kerana nak beraya tidak ada duit. Saya simpati tetapi bila dia heret isu yang dia tak cukup duit kerana ada anak 8, saya jadi marah sangat. Terus saya suruh dia merancang keluarga. Dan saya juga `terlepas' laku dengan sms memberitahu dia yang sekuat mana dia kerja keras nak buat anak (maksud saya bersetubuh), sekuat dan bersungguh-sungguh gitulah dia kena bekerja, Haaa. Teruk tak saya?.

Saya tidak sebut pun pasal hutang saya sebab saya dah banyak kali sebut dan dia juga ada sebut dia selalu tak ada duit. Saya pula tak kan nak beritahu hutang wajib bayar. Lagipun dia jenis Jimang, jenis kepiah atas kepala tahu segala hukum hakan, tapi hidup sesat!. 


Jan: Lepas tu dia tak sms saya lagi, ucap selamat hari raya maaf zahir batin pun tidak...

Friday, August 3, 2012

Harga simen naik bulan depan



Kita mungkin boleh hidup tanpa kereta (kerana gaji kita ciput) kita tetap boleh berusaha untuk ke sana dan ke mari guna kenderaan awang. Kita mungkin boleh hidup tanpa suami/isteri, kalau jenis yang ada pun macam tak ada (he heh e). Kita mungkin boleh hidup tanpa anak yang derhaka, ibu mertua yang puaka dan jiran yang tak sepotif. 

Tanpa tempat perlindungan? Haaa... Kat mana kita nak saling baju? Haaa...

Kadang-kadang apabila kita asyik bertangguh untuk beli rumah atau renobek rumah, ia adalah sesuatu yang sangat-sangat merugikan. Maksud saya orang yang ada duit dan mampulah. Mereka tidak patut tangguh langsung sebab semua orang tahu harga akan berlipat kali ganda. Suatu hari nanti rumah teres akan berharga RM200K lebih. Dan kalau tidak silap, itulah harga rumah teres standard di Bayan Lepas...dan bla-bla bala

Harga simen naik bulan depan

Jan:... pernah hati ini direnobekan seindah mahligai, namun ditinggalkan pergi, tidak berpenghuni...(pulak dah)

Thursday, July 26, 2012

Bonus raya 2012: Bersyukurkah orang kerajaan?


Aku beri orang mengata, aku tak beri pun orang mengata, alhamdulillah...


Orang kerajaan (orang `makan gaji' dengan kerajaan) atau juga dipanggil sebagai penjawat awan boleh senyum lebar sebab dapat `duit raya'. Alhamdulilah syukur kan?. Walaupun jumlah wang adalah kecil  sekali pun, `Sapa nak beri kita tiba-tiba walaupun RM100?". Haaa. kan?

Bonus bukan suatu kewajipan majikan, dan bila kita terima bonus patut sangatlah kita bersyukur. Perkara bonus ini sebenarnya bukan milik kita, ia di luar kuasa kita. Kalau kita pekerja swasta sekalipun, kalau majikan kita untung berbilion RM pun, kita tidak boleh mendakwa majikan di mahkamah kalau mereka tidak mahu beri bonus. Tak ada dalam mana-mana kitab HR yang mengatakannya wajib. Namanya pun bonus kan? Haaa.

Untuk rekod, sudah tiga tahun berturut turut kerajaan Malaysia bagi bonus. Adakah kita sedar? Kita tolak ke tepi hal politik sebab pasti wajib ada yang kata `Ya la dekat pilihanraya, tentu tabur duit nak dapat undi, huh!". Dialog tersebut kita tinggalkan. Kita belajar bersyukur pada bulan ramadhan. Kita tolak ke tepi hal politik sekejap (boleh ke? bukan apa, orang Melayu ni kalau bab-bab politik rela `telanjang' he he he)

Dapat setengah bulan gaji kira alhamdulilah tu, dapat suku bulan pun alhamdulilah (pada tidak dapat langsung kan?). Dan sebenarnya kalau tidak dapat langsung `bonus duit raya' pun kita kena juga wajib beralhamdulilah (sebab kita masih ada rezeki tiap-tiap bulan dapat gaji) Ada orang lain tak tentu gajinya. Yang gaji kita tidak cukup tu soal lain, kadang-kadang salah kita juga. Pernah terfikir tak salah kita? Dah tau kena jimat untuk raya tetapi bila ke bazzar ramadhan, khusyuk layan serakah.

Ini adalah pemikiran konsep syukur saya, tidak tahulah betul atau pun tidak. Hendak tahu mendetail tanya ustad. Kata ustad Othaman dalam senang-dalam susah kita kena bersyukur? Dalam susah pun kena bersyukur? Pelik. (pelik bagi mereka yang tidak mahu berfikir, haaa...). 

Untung ya jadi penjawat awan? Namun bukan semua orang pandai dan mahu bersyukur. Dalam internat sudah ada yang menulis bonus tu tak cukup untuk anak bini dan perbelanjaan raya . Sebenarnya berapa yang cukup yea kalau konsep bersyukur tu tidak ada dan berbelanja ikut hati? Bersyukurlah dahulu...

Bersyukurlah kerana dapat bonus sebab kita pun bukan amanah jugak kerjanya. Walaupun selalu datang lewat ke tempat kerja, ke kantin lama (dok mengumpat). Layan orang kampung di kaunter macam layan orang peminta sedekat. Di pejabat ngorat bini/laki orang. Kerja laju sikit jea berbanding siput babi*... kita tetap dapat bonus! Saya tak tahu pula apa hukum duit bonus tu buat makan anak bini... (*sesetengah penjawat awan sahaja begitu namun ada yang sangat didikasi. Jangan tersinggung.)

Saya bimbang pula kalau tiap-tiap tahun kerajaan beri duit raya ia akan jadi `wajib'. Dan jenis rakyat yang tidak pandai bersyukur akan membrontak atau mengata belakang kalau tak dapat. Kalau suatu tahun nanti rezab negara (rezeki negara) kita sedikit, tak kan laaaa mampu kerajaan memberi duit raya lagi... Kalau ada financial crisis sebab globalization, macam mana? Maksud saya memang perkara kewangan yang kita terkesan sebab bermula masalah ekonomi dari luar negara? Zaman globalisasi ini ekonomi sesebuah negara sangat sensitif kepada ekonomi dunia. Haaa... (eh macam bersyarah pulak...borin).

Saya pekerja biasa, saya bukan makan gaji dengan kerajaan. Namun setakat ini alhamdulilah saya juga menerima bonus `duit raya' sebanyak setengah bulan. Dapatlah saya legakan diri sikit dari pembayaran rumah (tambah pada bayaran bulanan). Dan alhamdulilah sekarang saya sudah tidak beli barang-barang mahal sangat... Dan lebih duit raya itu saya akan guna untuk persedian raya, dan menolong sedikit sana-sini. Bukan semua orang bernasib baik macam kita kan?

Alangkah moleknya simpan duit itu untuk menabung, haaa...

Jan: Dalam linangan duka ini aku kan cuba terus bersyukur, walau kekadang kegetiran ini membuatku mahu meraung...(baca dengan nada syahdu sempena ramadan. Kalau pandai baca dengan gaya sasterawan yang lawan kerajaan) 

Friday, December 9, 2011

Pinjaman membawa bangkrap?




" Memang kita tak nafi, hidup ni tak hidup mana kalau tak berhutang, dan memang kita tak pernah nafi pengurusan kewangan yang teruk membawa kepada hilang kehidupan..." Kata kawan saya yang banyak berhutang.

Daripada akhbar, setakat Oktober tahun ini (tahun 2011), seramai 235,908 orang diisytiharkan bankrap di seluruh negara, puratanya 41 0rang sehari. Statistik ini dinyatakan oleh Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil. Dan katanya lagi punca utama yang melibatkan kebankrapan ialah:

1. Pinjaman sewa beli iaitu (26 peratus),

2. Pinjaman peribadi (21 peratus),

3. Pinjaman perumahan (14 peratus) dan,

4. Pinjaman lain termasuk pinjaman perniagaan dan penjamin korporat.

"Ini meletakkan Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah kebankrapan yang tinggi berbanding dengan negara lain iaitu puratanya 41 individu diisytiharkan bankrap setiap hari. Katanya lagi (ayat yang saya cut and pste bulat-bulat dari Utusan Malaysia Online 6/12/2012.).

Tetapi isu ini bukan pasal kaki `cut and paste' di blog-blog Malaysia, ia pasal tabiat gagal membayar hutang sampai diistihar bangkrup.

Pelik kan macam mana boleh bangkrap sebab tentulah pemberi pinjaman tersebut sudah diakui oleh bank boleh dan mampu bayar hutang. Layak meminjam. Kalau tak tak kanlah sampai 8 kali pergi turun naik bank nak potostep dokumen itu ini sebagai bukti upaya(macam biasa jea...he he he).

Ke bila dah dapat gaji culas (cuai dan malas ) nak bayar? Dan beli benda-benda lain, pergi melancong atau beli spotrim?

Jan: Pelik ke tak pelik?

Monday, December 5, 2011

Segelas air kosong 80 sen




RM10 sebenarnya sudah terlampau murah kuasa belinya (`kuasa' yang ada pada sejumlah duit tersebut untuk membeli). Begitu juga RM100 tidak cukup kalau kita nak bertroli sambil bergaya membeli keperluan asas di Giant.

Begitu juga dengan RM1000. Kuasa belinya menurun dengan mendadak. Saya ingin berkongsi cerita. Bagi sesetengah orang mungkin saya ni penipu. Tapi biarlah, lantaklah, he he he.

Masa saya kecil, waktu tidak bersekolah lagi, saya selalu ikut emak ke pasar. Dengan sepuluh ringgit dapat membeli makanan sehingga seminggu. Saya perhati semuanya, RM10 dapat membeli ikan, sayur dan telor, dan rencah lain.

Saya juga masih ingat semasa di darjah saya bawa 50 sen ke sekolah, sehingga saya tingkatan 3, saya masih lagi bawa duit RM1.20 hingga RM1.50. Termasuk tambang bas yang sebanyak 30 sen sahaja.

Kalam cat Luna (pencil colour, 12 batang) yang ada gambar orang bersampan tu harganya RM1.20!. (lihat gambar di atas). Dan pada masa tersebut kami adik beradik pakai sampai pendek. Sampai tangan tak dapat pegang batang, sebab batangnya dah pendek, hehehe. Cuba bayangkan...(Tak macam budak sekarang, pakai sampai tak pendek pas tu hilang, buang!).

Namun dulu hidup susah juga, tak ramai yang ada rumah batu, kereta besar atau bini cantik. Bilik air pun tak ada pemanas air. Dan jangan haraplah nak pakai LAB series...atau SK II. Apa yang kami tahun ialah berjimat. Kami tak marahkan kerajaan. Pada masa itu kami hanya tahu fikir bagaimana nak berjimat sebab barang mahal. He he he. Sekarang senang jea hidup, bila barang mahal, salahkan kerajaan. Bukannya nak cari jalan berjimat, ubah perangai...


Jan: Selamat datang ke planet bumi... boleh lihat mana satu manusia, mana satu beruk.


Monday, October 31, 2011

Lagi perihal penama KWSP...

Di sinilah titik bermula...




Saya ada membaca dalam majalah Solusi yang mengatakan `tidak akan mati syahid seseorang itu selagi dia berhutang'. Haa... Saya risau jugak, bukan risau tidak mati syahid atau mati tak kahwin, tetapi lebih risau sebab hutang merupakan sesuatu yang sangat besar bebanannya sebenarnya. Risau mati meninggalkan hutang sedangkan harimau mati meninggalkan belang jea.

Sebab itulah saya rasa penama KWSP adalah penting. Penama tersebut adalah seorang yang kita percaya bertanggungjawab agihkan duit kita. Tapi tulah siapa dia yea? Yang kita percaya?

Sebab kita nak pesan kepada dia agar gunakan duit tersebut terlebih DAHULU untuk membayar hutang-hutang kita. Hutang belajar, hutang kad kredit, hutang rumah atau kereta. Hutang kepada kawan-kawan juga.



Jan: Siapa yea yang kita nak jadikan penama?

Tuesday, October 25, 2011

Tak sah kalau tak membeli...

Memang semasa kami pergi, kami bawak sebuah beg kecil sahaja. memang ada niat nak membeli. Malah kami dah bayar kat airpot sejumlah wang untuk berat timbangan barang yang nak dibawa.

Mestilah kita nak beli barang bila kita bercuti kan? Setidak-tidaknya boleh dijadikan kenangan sebelum kita mati. Dan walaupun sebenarnya bila kita mati hanya amalan yang kita bawa, bukan barang-barang...(he he he dalam hati).

Saya perasan bila kami pergi tak banyak barang yang kami bawa tetapi tidak bila kami kembali, he he he.


Gambar di atas dipukul di airopot, kami sedang tunggu masa berlepas. Kelihatan Zul (yang nampak lutut) sedang bermain dengan komputer yang sekeping tu (tak ingat orang panggil apa, tab kot?). Mek Zue pula kelihatan tersenyum memegang sekeping kertas, mungkin slip penerbangan atau...senarai barang yang nak dibeli? He he he.

Amy juga sedang bermain komputer yang macam Zul tapi besar sikit. Mungkin Amy sedang mencari tempat menarik untuk kami membeli-belah. Dan akhir sekali Alia kelihatan masam sahaja. Mungkin dia sudah nak berbeli di airpot tersebut? He he he.




Gambar di atas kelihatan Mek Zue dengan tudung saji Sarawaknya. Dia nampak glamour bersama tudung sajinya terutama semasa di airpot. Dia sesuai jadi model tudung saji, nampak kurus sikit (puji ni...). He he he, ramai mata memandang.




Gambar di atas tu pulak masa nak balik, masa punggah barang ke dalam bonek kereta. Saya tak beli banyak barang sebab nak berjimat. Saya cuma beli set mangkuk kaca, table runner, beberapa helai baju, beberapa patung kucing setinggi lutut, kichen, gelang, perhiasan buluh gantung (yang bila ditiup angin berbunyi, saya beli dua nak gantung kanan kiri), beberapa kek lapis, ikan terubuk masin, dan lain-lain.

Memang semasa saya bayar duit tambang tempohari saya dah berniat nak berjimat...

Jan: Kita pergi melancong, bukannya nak membeli belah sangat...

Wednesday, October 19, 2011

Perlu ke kita buat Penama KWSP?

Kalau kita mati, tentu kita mahu duit kita digunakan dengan elok dan tak nak orang lain joli sakan atas duit KWSP kita. Apa lagi kalau duit kita tu digunakannya untuk cari pengganti kita yang sudah mati ni. Tentu kita rela jadi hantu sekejap untuk balas dendam... Kita huru-harakan pasangan kita yang gatal kahwin lain. Tak boleh ada duit sikit... Huh! Mentang-mentang kita mati, senang je dia joli duit kita!





Perlu! ha ha ha ha! Kah kah (sambil terbang ke udara)




Tetapi itu hanya boleh terjadi dalam novel seram atau cerita seram (hantu KWSP?). Hakikat di dunia nyata lebih pahit berserta maung, iaitu kita tak boleh jadi hantu...he he he. Kita tak boleh bangkit untuk balas dendam. Maka? Haaa...


Haaa...kita kena buat penama yang betul bagi duit KWSP kita. Kalau kita tak percayakan isteri/suami kita kita boleh buat cara lain...(tapi kalau tak percaya tak payahlah kahwin dengan dia daripada awalnya.).


Atas dasar apa yea kita nak beri mereka jadi penama? Saya rasa dasar yang pertama adalah atas dasar PERCAYA dan dia BERJASA pada kita. Mungkin orang yang telah banyak berkorban susah payah untuk kita. Nyamuk seekor pun dia tak izinkan ketik (gigit) kita.


Haaa...betul. Mak kita! Bukan apa, kita takut bila beri 100% ke pasangan kita, bila dia dapat duit bukannya nak belanjakan ke arah belanja kesenangan dan pelajaran anak-anak kita. Tapi dia belanja untuk buat anak dengan orang lain! Huh!. (Sedangkan kita tak boleh jadi hantu, he he he). Kalau kita beri kat mak kita, mak kita boleh ecerkan belanja untuk kesenangan cucu-cucunya...


Namun kalau kita rasa suami/isteri kita boleh dipercayai, tidak salah malah bertepatan jika kita berikan nama mereka sebagai penama. Kena ingat jasa mereka, mereka yang sudi sayang kepada kita sedangkan kita bukannya kacak, kaya, bijak dan berpakage. Dengan serba kekurangan ni dialah yang nak kat kita (sedangkan ada lebih dari 6 bilion orang kat bumi ini).






Terima kasih bang kerana jadikan aku penama KWSPmu... (sambil memeluk pasangan)





Kalau kita tak ada penama KWSP, keluarga atau waris kita terpaksa melalui proses yang sukar dan memakan masa yang lama untuk dapatkan duit KWSP kita. Sedangkan anak-anak kita perlu duit untuk teruskan kehidupan.


Bukan senang nak dapatkan Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Probet (entah sijil apa ni?) atau Perintah Pembahagian dari pihak berkuasa tertentu untuk menyokong tuntutan simpanan KWSP kita tu.






Jan: Saya boleh jadi penama...he he he

Siapa Penama KWSP anda?

" Kalau kau mati sapa yang akan mewarisi duit KWSP kau Man?, Kau tak ada anak bini " Tanya kawan saya Mohamad Amirul Galam Yusri (nama samaran, nama betul dia tak komersial) iaitu seorang peminat setia air Mona V. Air Mona V ni mahal, lebih RM100 sebotol.

" Tak buat lagi, biarlah...nanti bila dekat nak mati aku buatlah, he he he. Kalau tak pun ikut hukum faraid la " Jawab saya yang memang tak berniat pun nak buat penama. Sebab bila saya mati, matilah... Itulah fikiran saya. Cetek.

" Kalau kita tak buat penama, nanti susah pewaris nak tuntut " Kata kawan saya lagi.

" Biarlah mereka susah, kan nak duit. Kenalah susah sikit, dok gitu? He he he ". Saya balas balik. Saya teringat air Mona V yang adik saya hadiahkan pada saya. Dia nak tengok saya sihat selalu. Tapi saya tahu benar air Mona V tak dapat sembuhkan hati yang patah...(pulak dah)

" Doh mung bui nama sapa? " Saya tanya.

" Bini dan anak-anak " Jawab kawan saya.

" He he he, nanti mung mati, jadi janda kaya la dia, dapat kawin baru" Celupar mulut saya menjawabnya. Saya memang begitu, kalau dah berkawan rapat memang peramah. kalau tak sepatah cakap-sepatah saya jawab.

" Dia (bini) pun letok nama aku, Mang" Jawab kawan saya.

" Oooo tunggu sapa mati dululah..."

" Tunggu apa? " Tanya kawan saya.

" Tunggu sapa mati dulu, dapat kahwin lain, he heh " Jawab saya. sambil berazam nak habiskan air Mona V tersebut.

Jan: Teruk betul saya kan, bergurau tak kena tempat...

Friday, August 19, 2011

Bersara: Adakah kita bersedia?

1. 14 tahun lagi saya akan bersara. Dan 14 tahun lagi bukannya lama. Kan? Walaupun kawan-kawan saya kata saya jauh nampak muda daripada umur sebenar (walaupun saya tak nafi) saya tetap risau kerana apalah gunanya nampak muda tapi duit simpanan di bank jumlahnya macam simpanan orang muda, he he he. Atau macam coklat yang sekejap ada sekejap tak ada.

2. Dan pada masa saya bersara, saya masih perlu membayar rumah selama 10 tahun! Yang jumlahnya adalah RM168,000. Itu kira jika saya tak gatal pinjam duit bank untuk renobek rumah. Saya nak sangat satu ruang tamu lagi, satu bilik bacaan, dapur yang luas dan bilik mandi yang jenis open. Jenis yang kalau kita berak atau mandi, kita boleh lihat burung terbang di awan.

3. Kalau kita bersara tentu kita bergantung kepada KWSP ( jika kita tiada pencen). Saya tak ada pencen bila saya bersara. Saya akan dapat duit banyak bila bersara (tapi taklah banyak sangat sebab saya masih kena bayar hutang rumah tiap bulan, mungkin hutang kereta juga). Dan saya sangat bimbang takut-takut bila dah ada duit banyak, saya pun berubah perangai. Saya bimbang saya joli duit KWSP. Mak saya pernah kata orang lelaki ni kalau duit banyak mulalah buat perangai, baru tahu perangai sebenarnya, he he he.

4. Tentu pada masa tersebut saya bukannya pakai Myvi lagi kan. Tentu saya dah pakai honda sivik yang model baru. Tu pun kena bayar jugak bulan-bulan. Dan perbelanjaan api-air juga tinggi sebab bila tua pasti saya buka semua lampu bila nak tidor. Dan air juga mungkin banyak sebab saya akan rajin mandi di tempat mandi terbuka tersebut (open). Sikit-sikit mandi, sikit sikit mandi.

5. Perbelanjaan saya tetap mahal. Sebab saya mungkin akan asyik melancong ke luar negara dan akan peka kepada segala usaha dan teknologi yang berkait rapat dengan penjagaan kesihatan. Mungkin saya perlu peruntukan banyak wang untuk jaga kesihatan. Kalau nak berjogging pun tentu kasutnya berharga RM450. Sekarang untuk berjogging saya pakai yang tak sampai pun seratus. Saya bukan zuhud, saya tak ada duit lebih, he he he.

6. Pernah tak pembaca fikir macam saya? Dan pada masa tersebut kalau saya tak kahwin-kahwin tentu anak-anak saya tak kirim duit kan. Orang lain ada la jugak anak kirim duit seposen dua. Saya? Kalau anak beripun bukannya banyak mana sebab mereka pun ada komitmeng, apatah lagi jika anak kita isterinya kontrol duit gaji. Haaa...

7. Kadang-kadang saya takut sangat jadi tua dan tak produktif. Pernah fikir tak? Atau pembaca blog saya ni jenis tak kisah apa yang akan terjadi di hari tua? Kalau ada pencen tentu lega sikit. tapi saya tak ada pencen? Yang ada pencen pun kalu tak berhati belanja, silap-silap masuk telaga.

8. Kata kawan saya, saya kononnya boleh cari duit dengan buat buku, tulis artikel dalam majalah atau surat khabar. Dan saya boleh jual manggis sebab saya ada 9 pokok manggis.

9. Oh yea, saya hampir terlupa. Bila kita tua biasanya badan kita berbau. Orang tua dia ada bau tau. Baunya tak enak dihidu hidung. Oleh itu kita kena pakai sabun dan bedak yang berkualiti. Kalau boleh minyak wangi yang mahal-mahal. He he he.

10. Kesimpulannya, pada masa tua jangan ingat kita belanja kurang, mungkin perbelanjaan kita makin tinggi. Kita mungkin masih kena bekerja selepas bersara. Atau sekarang kita mulai serius fikir pasal hari-hari persaraan kita. Kena ingat kalau duit kita tak ada, anak menantu pun tak layan kita. Tengoklah nanti...

Jan: Adakah kita bersedia? Oh Tidak...waaa...

`Eating salary'...

1. Saya ada terima email yang mengatakan saya asyik cerita hal peribadi sahaja. Katanya sikit-sikit saja tak apalah. Dan katanya lagi saya bukanlah terkenal maka bukan ramai yang minat nak tahu personal life saya...


2. Saya akan cuba tulis benda-benda/perkara-perkara yang bukan hal saya secara langsung. Tapi maaflah sebab ini blog saya, maka saya tulislah apa yang saya rasa nak tulis. He he he, jangan marah. Untuk memenuhi selera orang sekaligus payah oooiii. Namun tima kasih kerana bersusah payah email.


3. Kali ini saya nak menulis perihal kerja makan gaji. Saya kerja makan gaji. Makan gaji secara amnya bermaksud si polan mempunyai pendapatan tetap. Kalau kita kerja makan gaji, sama ada kerajaan atau swasta, kita kena berhati-hati benar dalam melakukan perbelanjaan. Sebabnya? Sebabnya kita tidak boleh berbelanja lebih kerana tiadanya kemungkinan kita akan dapat lebih pendapatan pada bulan depan. Budget kita ketat.


4. Apabila saya melihat harga kueh muih yang mahal di bazar ramadhan (yang bila kita beli belum tentu kita makan, he he he), saya terfikir pulak bagaimana yea kalau isirumah yang berpendapatan rendah? Tentu mereka tak mampu beli... Nak beli gandum suruh isteri buat sendiri sukar, sebab perempuan zaman sekarang bab-bab memasak tak seperti nenek moyang perempuan kita. Saya ada kenal seorang pensyarah perempuan yang hanya pandai masak telur goreng! Kah kah kah..


5. Saya hasil prodak tahun 1970, saya membesar dalam tahun 1970an, tahun 1980an saya menjadi remaja dan tahun 1990an saya sibuk di universiti 1990-1994, 1996-1998...Tahun-tahun 2000 ke atas saya di alam pekerjaan.


6. Saya paparkan statistik di atas untuk memberitahu yang saya pernah berada di zaman 70an di mana kos sara hidup tidak tinggi dan rakyat berada di dalam kesejahteraan. Zaman tersebut saya beli pulut lepar (pulut panggang) 5 batang RM1. Masih jelas dalam ingatan pada pagi hari saya tunggu mak cik bakar pulut tersebut, dan sebab saya cute dia beri lebih satu. Jadi pada masa tersebut harga pulut panggang RM1 dapat 6 batang!


7. Tetapi kini semuanya mahal, cuma moral dan maruah manusia sahaja yang saya lihat semakin murah (he he he, jangan marah). Ada tu tak ada nilai langsung kehidupannya selain membahayakan dan menyusahkan masyarakat.


8. Saya berpendapat gaji kakitangan swasta dan awan terutamanya, mestilah dikaji semula. Mungkin gaji mereka boleh dinaikan sehingga RM500 memandangkan kos sara hidup dan inflasi semasa. Elaun juga harus diberikan kepada yang bekerja di luar bandar sebab kos sara hidup di luar bandar juga semakin meninggi tinggi. Sekarang payah nak cari sewa rumah RM250 ke bawah walaupun di kawasan luar bandar. Percaya tak?


9. Bila rakyat tak makmur maka negara akan tak makmur. Begitulah besarnya kuasa duit pada pandangan minda saya. Saya tahu kenaikan gaji kakitangan awam akan juga memberi kesan buruk kepada ekonomi sebab barang mungkin akan naik harga. Walaubagaimana pun kesan kepada keadaan hidup akan lebih berkualiti walaupun harga barang mahal. Maksud saya dulu harga barang murah tetapi cara hidup kita tidak semoden sekarang. Sekarang kita banyak kemudahan dan peluang.


10. Sekarang adalah masa dan tahun yang tepat (atau tahun depan?) untuk kakitangan kerajaan dan swasta mengkaji kemungkinan untuk naik gaji kan? Itulah harapan saya, dan saya rasa harapan banyak orang juga...


Jan: Dan mungkin cara ini juga boleh menambah keyakinan rakyat kepada kerajaan? He he he.

Tuesday, August 9, 2011

Duit raya, baju mak dan salah kita

Contoh shopping kompleks yang digemari





Semalam sedang saya makan kek yang adik saya buat, saya terdengar berita yang pesara akan dapat duit raya RM500 seorang. Ini tentu mengembirakan mak saya. Sudah dua tiga hari dia sebut Najib (PM kita) akan beri duit raya. Saya berseloroh, bangkraplah negara kalau beri banyak, kalau sikit tak apa. Apa-apa pun kita kena syukur.



Sekarang tugas saya ialah menjauhkan emak saya dari kedai kain. Dengan duit RM500 tersebut mungkin mak saya masih nak beli kain pasang untuk dibuat baju raya. Mak saya ni selain dari hobi suka ambil tahu hal kisah rumahtangga orang (sama macam hobii saya), mak saya juga suka beli kain pasang.


Sebenarnya sebelum ramadhan saya dah beli 3 pasang kain untuk dibuat baju raya. Ada yang RM150 lebih sepasang.Tapi minggu lepas saya terkejut bila mak saya datang untuk berpuasa dengan saya, mak saya siap pakai baju yang kainnya saya beli! Baju raya dah jadi baju ramadhan. Pulak dah!



Tetapi posting ini bukan pasal baju ramadhan, ia pasal duit raya RM500 tersebut. Katanya penjawat awan akan dapat setengah gaji sebagai duit raya. Kalau nak kira memang la tak cukup untuk beraya tetapi tujuan pemberian tersebut khabarnya untuk meringankan perbelanjaan raya rakyat.


Saya rasa kita patut bersyukur sebab bolehlah beli sekor dua ayam dan buat nasi minyak. Kalau tak cukup tu kira salah kita juga kan sebab tak menabung daripada awal tahun...he he he.



Jan: Mengaku salah...

Tuesday, May 31, 2011

Menyohol karpet baru...he he he.

Gambar `kesan khas', kita buat macam x-ray, tetapi warna-warni.

Karpet ni warna merah, kelabu dan hitam...
Gambar tanpa kesan khas...

Anak saudara saya `merasmikannya'...


Jumaat minggu lepas, saya bercuti. Saya ikut kawan-kawan ke IKEA. Lama juga tidak berIKEA. Saja hendak lihat barang-barang baru. Saya bukannya nak beli apa-apa pun... Namun bila dah pergi beli juga pereng kecil, lilin wangi dan pisau. Saya beli barang yang murah dan kecil sahaja. Dan ada juga kawan saya yang kirim barang.

Dan selepas itu kami ke Nilai. Saya juga tak bercadang nak beli apa-apa. Sampai di sana saya berkenan kepada beberapa keping karpet. Kata penjual tersebut buatannya berkualiti. Kata penjual itu lagi karpet tersebut datang dari Pakistan, bukannya China.




Jan: Bulu dia lebat, tebal dan halus...

Monday, May 23, 2011

Perihal gula

Sekoyang-koyang kelmarin saya pergi kedai, ini pertama kali saya bayar harga gula RM2.10 untuk sekilo. Ya gula telah naik harga lagi dan lagi. Selamat datang ke bumi Malaysia.

Saya hanya mahu beli sekilo gula tetapi saya kena beratur panjang sebab ramai orang di kaunter. Tak pernah lagi saya pergi supermarket hanya nak beli sekilo gula. Mungkin hidup saya dah tak terurus, tiada perancangan seperti dulu.

Sengah dok beratur tersebut, saya melihat ke harga kremer manis, ya harganya ada yang RM2.10. Harga gula dan susu manis ni dah sama. Emmm...sama mahal? (sama murah untuk orang kaya, he he he).

Kalau AP diberikan kepada lebih banyak pengilang, mungkinkah harga gula boleh diturunkan? Atau dipertahankan? Kalau banyak pengeluar, tentu harga akan turun... Mereka tentu bersaing untuk berada dalam pasaran. saya cuba kaitkan dengan teori asas ekonomi.

Namun kenapakah harga gula meningkat? Mungkin kerajaan mahu kurangkan subsidi. Mereka mungkin mahu kurangkan beban kewangan. Atau memang kita tak nak negara kita jadi negara `ihsan' subsidi? Rakyat lena diulit subsidi... Subsidi bukan tanggungjawab, ia bentuk pertolongan...

Bila harga gula naik, oleh kerana ia makanan asas, maka dapat diramalkan akan berlaku kenaikan harga bagi barang makanan dan minuman...

Kenalah kurangkan gula dalam minuman dan makanan, dan maniskan muka walaupun kos sara hidup semakin tinggi.

Jan: mati semut kerana gula?

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home