"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, May 30, 2008

Masalah anak remaja lelakinya...



Anak saya yang dah besar, berdikari tinggal di IM 14, Kuantan.


LEWAT PETANG semalam, ketika sedang berkemas hebat nak balik kerja, `pop' keluar email dari sorang kawan. Dia nak minta pandangan dan nasihat mengenai anak lelaki remajanya. Emm... pada mulanya agak keberatan jugak nak beri nasihat atau pandangan kerana bukannya tau sangat, lagipun nak balik awal, nak siram pokok pisang.

Sebenarnya susah nak bagi nasihat pasal nak nasihat anak orang lain kan...(lainlah kalau nak minta nasihat bagaimana nak buat kek pisang). (Dua hari lepas pun ada terima email dari kawan yang ada masalah dengan anak lelakinya juga, tapi tak retilah nak beri nasihat....suruh dia berdoa je)

Berbalik kepada Puan X tadi, dia beritahu anaknya tidak menghormatinya, suka berkawan dan tak mendengar kata (standard biasa remaja kan...), dan sukar sungguh nak menasihatinya. Saya cuba jugak menasihatinya bermaklumatkan kepada nasihat kawan saya bagaimana nak menghampiri diri dengan anak remaja sendiri. Sebab ni zaman teknologi, remaja teknologi ini tidak seperti kita masa remaja dulu (zaman Hail Amir dan Uji Rasyid) katanya.

Masa anak kita masih kanak-kanak bolehlah kita kawal mereka, tentukan baju yang mereka nak pakai, kita boleh beli baju gambar basikal (sedangkan anak kita nak baju gambar katurn yang sedang makan pisang). Tetapi bila mereka dah dewasa, dah ada pemikiran, kecenderungan dan pendapat sendiri, ia jadi agak sukar untuk mengadakan kawalan, sekatan dan teguran. Perlu diingat kita dan anak kita adalah individu berbeza. Walaupun kita yang melahirkannya, mereka bukan kita. Mungkin hidung nampak sama kembang, rambut sama hitam tapi hati dan taste lain-lain(panjang lebar jugak nasihat ni).

Saya menasihatinya lagi, rapatkan diri dengan anaknya, kena `kenal' anaknya secara luar dan dalam. Ungkapan ayat `anak saya, saya taulah perangainya' mungkin tidak sesuai, kadang-kadang ibubapa perasan lebih.

Saya nasihatkan dia supaya tahu dengan siapa anaknya berkawan, kalau boleh berkawan sama dengan kawan-kawan anaknya tu, jemput kawan anaknya datang bertandang ke rumah ke, (boleh buat jemput pisang atau pisang goreng dan tea o panas). Barulah boleh tengok apa masalah mereka sebenarnya.

Kata Adnan lagi, kalau ibubapa nak dihormati mestilah ibubapa tu betul-betul layak untuk dihormati. Bukan kerana kita ni ibubapa mereka tetapi kerana kita ni insan yang memang layak untuk dihormati. Bentuk diri depan anak-anak biar nampak hebat dan vouge (kepinpinan melalui tauladan - Dr M). Betul jugak memang la anak kena hormat ibubapa tapi remaja zaman teknologi sekarang lain, mereka lebih menghormati kita jika kita ada pembangunan diri yang baik, ada pendirian dan kelihatan hebat. Mereka nak contoh...contoh yang nampak dan sezaman.

Tapi saya jawab pendek je email tu, setakat tu jelah, itupun copyright yang Adnan beritahu. saya sendiri tak reti nak beri petua nak jinak anak, lagipun anak-anak saya semuanya baik-baik belaka (prasan! anak kucing memang dengar kata).

Jan: Pernah jadi anak derhaka...

Teknik Menyoal Pelajar : Sebaran dan kandungan soalan...

Sapa ya yang kita nak soal hari ni ya? Sapa yang akan jadi `mangsa' hari ni? Dalam soal menyoal pelajar kita juga tidak boleh pakai hentam sahaja, pastikan soalan ditujukan kepada pelajar yang tepat dan sepatutnya ditujukan. Soalan yang sukar dan mencabar haruslah ditujukan kepada pelajar yang berbakat dan cerdas.

Soalan yang lebih senang dan mudah pula kepada pelajar yang lemah dan lembap (Soalan yang sukar jika diberikan kepada pelajar yang lemah bukan sahaja membuang masa tetapi juga akan mengurangkan keyakinan pelajar tersebut terhadap dirinya) Pendek kata apabila hendak memberikan soalan, pilihlah `mangsa’ yang betul. Daya penakkulan pelajar adalah berbeza “Kalau jawapan itu diketawakan oleh pelajar lain janganlah kita pula `tumpang semangkuk’ mentertawakannya. Kita bukan berada dalam rancangan Raja Lawak, di sini sebolehnya baiki jawapan pelajar tadi, bina keyakinan diri pelajar tu.

Soalan juga tidak harus disebarkan mengikut susunan kedudukan pelajar. Kejadian ini kerap kali berlaku apabila berhadapan dengan soalan objektif. Contohnya ada sesetengah tenaga pengajar mahu membincangkan soalan objektif dimulakan dengan pelajar di barisan hadapan seterusnya barisan demi barisan. Adalah lebih baik soalan tersebut ditujukan secara rambang, tidak mengikuti kedudukan susunan tempat. Jika disoal mengikut susunan tempat, kesannya pelajar sudah dapat mengagak soalan ke berapa ( nombor berapa?) yang harus dijawab. Mereka hanya akan menumpukan kepada mencari jawapan soalan tersebut sahaja.

Jangan galakkan pelajar menjawab soalan yang dilontarkan secara beramai-ramai jika mahu melihat kebolehan pelajar, dikhuatiri nanti ada yang menggunakan teknik `miming’ bila menjawapnya.

Terdapat juga kecenderungan pada tenaga pengajar secara semulajadi atau tidak semulajadi, iaitu soalan yang diberikan terarah kepada pelajar yang sama, iaitu pelajar `kegemaran’ mereka. Banyak sebab mengapa bias ini berlaku. Mungkin ada seuatu perkara yang menarik pengajar untuk menumpukan lebih terhadap pelajar itu. Ini adalah suatu kesalahan besar, kita tidak boleh berat sebelah. kita mesti sebarkan soalan secara terpilih tapi adil dan serata....

Soalan yang mahu kita lontarkan haruslah soalan yang diketahui jawapannya. Soalan yang tidak diketahui kesahihan jawapannya jika diajukan akan menyukarkan pelajar (dan tenaga pengajar). Mereka akan bertanya kembali. Jika kita mengaku tidak dapat mencari jawapannya dengan jujur, ia mungkin boleh diterima oleh pelajar pada mulanya. Namun jika sudah kerapkali sangat mengaku, ini akan merendahkan kredibiliti seseorang tenaga pengajar tersebut. Pelajar akan membuat pelbagai andaian, mereka mungkin menganggap kita tidak bersedia. Kesannya...?

Soalan yang hendak ditanya juga janganlah terdiri daripada jenis jawapan ya atau tidak, benar atau salah. Cuba sediakan soalan-soalan yang memerlukan jawapan yang penuh. Namun soalan sebegini boleh digunakan jika mahu menarik perhatian kepada pelajar yang kelihatan `hanyut’ di dalam kelas.

Masa nak sebarkan soalan tu, pastikan juga kandungan dan bentuk soalan haruslah sempurna. Soalan itu tidak harus diubah-ubah dari segi perkataan-perkataan dan ayat-ayatnya, pastikan ia adalah sama. Tindakan selalu merubah soalan semasa mengulang soalan akan mengelirukan pelajar.


Jan: Susah juga teknik menyoal pelajar ya...

Thursday, May 29, 2008

Kekawang...









Jan: Apa khabar kau di sana? Semoga sihat sejahtera...

Bergambar kenangan...

Nizam Malik, sama mengajar student UiTM, ngajar ekonomi masa tu...

Adha, kawan sejak kerja kat Pekan, sampailah ke Kuantan... Selalu gi makan rumah dia dulu kat Kuala Pahang.

Sani, kawan daripada Pekan sampai ke Kuantan, merangkap housemate juga.

Dua jejaka handome dan top pada masa tersebut...

Jan: He he he


Wednesday, May 28, 2008

Hobi: Ke mana menghilang?

PADA zaman kanak-kanak dulu, masa sekolah rendah, cikgu selalu tanya apa hobi kita kan. `Hobi awak apa? pada masa tu ramai antara jawapan kawan-kawan kita ialah mengumpul stem, saya pun ada mgumpul stem, adalah jugak dua tiga album stem (masih ada sampai sekarang), ada yg jawab mengumpul lencana, melukis, membaca dan tangkap gambar. Ada juga yang ada banyak hobi melastik burung dan bela ikan laga dalam botok (letak bawah katil). Ada juga yang tanpa segan silu memberitahu cikgu yg hobi dia menyanyi (yang kemudiannya cikgu panggil ke depan kelas suruh menyanyi...he hehe)

Tapi bila aku dewasa...(ikut stail lagu ella...), ke mana hobi-hobi tu ya? ke mana menghilang? pelik kan, mungkin bila dewasa masa tak berapa lapang dah, hidup bukan sesimple lagi, bila dah dewasa, ada kerja, ada banyak projek, ada keluarga dan dunia dah nampak bertambah `luas', hobi tu mati.

Tapi peting ke hobi? cuba ingat dulu kita bukan main riang dan gembira dengan hobi kita, bila kita buat hobi kita dulu kembang je lubang hidung. Sbenarnya kalau ada hobi boleh buat terapi minda, boleh relek... So molek jugak kita ada hobi biarpun dah dewasa,]sbb bila dewasa keadaan bukan macam zaman riang kanak-kanak. hidup mengejar masa dan kerja, rasa masa berlalu tanpa disedari....bila balik kerja rasa sekejap je dah malam tidor dan esok kerja lagi, betul amli kata...

Oleh kerana kesuntukan masa, saya berhobi di rumah je. Menanam pokok, kawasan rumah sempit je (rumah teres). Tapi best jugak tanam menanam pokok ni. Terbaru saya tanam pisang dalam pasu letak kat sliding door, tapi bukan pisang yg kita boleh makan, boleh tengok je... he. bila balik dari kerja, rehat-rehat bolehlah belek-belek daun pisang tu. he he (pelik ke?). Kalau perhati betul-betul gambar di atas nampak jugak pokok paku pakis....

Harap-harap hobi ni berterusan, tak hilang, dan pokok subur subur belaka....
Jan: apa hobi anda ya?

Monday, May 26, 2008

Cabaran Mahasiswa Menganggur III

Ibubapa dan saudara mara, sepupu sepapat.

Ibubapa merupakan pihak yang paling utama bergembira bila kita berjaya menamatkan pengajian, dan mereka sebolehnya mahukan kita cepat-cepat mendapat pekerjaan. Setelah menyuniversitikan kita, mereka berharap sangat kita mendapat pekerjaan yang sesuai dan boleh menjaga diri, dan slow-slow meletakkan diri dalam masyarakat.

Bagi diri mereka konsep membalas budi tidak timbul sama sekali. Ibubapa bukannya bank perdagangan yang mahu menerima interest atas pelaburan, ataupun IMF yang memberi pinjaman atas agenda yang tersembunyi. Sudah cukup bagi mereka jika kita berjaya, pandai memjaga diri dan berbudi bahasa. Untuk mendapat balasan adalah satu bonus bagi mereka, tidak lebih daripada itu.

Namun bagi ibubapa yang tidak berada, tentulah mereka akan mengharap sedikit lebih daripada kita, dapat menolong daripada segi material terutamanya. Jika tidak banyak, sedikit jadilah. Apatah lagi jika berderet adik beradik `bersusun paku' yang masih bersekolah. Mereka akan mengharap agar bebanan kewangan dapat ditampung walaupun sedikit.

Harapan yang besar tetapi nilai sedikit inilah yang akan membuatkan pengganggur siswazah itu menjadi lebih tertekan. Apatah lagi permohonan minta kerja tidak pernah dibalas atau asyik gagal di dalam temuduga. Belajar di unuiversiti adalah suatu perkara yang menyeronokakn dalam hidup tetapi berada di dalam era pengangguran berizajah adalah suatu perkara yang sangat memberi tekanan.

Adik breradik yang bersekolah pula akan selalu bertanyakan bila lagi kita hendak bekerja. Melihat ketekunan mereka belajar membuatkan kita berasakan adalah menjadi tanggungjawab untuk mendapatkan kerja, terdesak sangat kita mesti mendapatkan kerja untuk memperlihatkan bahawa apabila masuk universiti dan keluar universiti hidup akan menjadi senang. Mereka perlu untuk melihat contoh yang `terdekat'.

Di sini kita mestilah memperlihatkan kesungguhan kita dalam mencari kerja secara jelas. Biar mereka nampak kita sentiasa mencuba dan bersemangat, janganlah pula memperlihatkan keputus-asaan kita, belilah stem2, sampul surat dan surat khabar, kena peka dengan berita semasa. biar nampak kita tenang dalam menghadapi cubaan, biar nampak kita tidak berputus asa, jangan sekali kita mengeluh depan mereka. (walaupun dalam hati tuhan sahaja yang tahu...).

Kita harus memperlihatkan kepada mereka kita gigih mencari kerja tanpa memberi alasan2 yang bukannya dapat menjelaskan keadaan sebenar tapi membuat kita dipandang pesimis.

Tetapi tekanan yang paling hebat datang daripada saudara mara. Lebih dekat saudara mara itu lebihlah mereka kan memberi tekanan, bukan sahaja kepada kita tetapi ibu bapa kita, adik beradik, turut akan terlibat, turut ditanya mrk. Mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut saudara mara?, di sini kepakaran memekakkan telinga penting. Cubalah untuk tersenyum walaupun bagai terasa jadam.


Jan: Banyak juga bertukar kerja tapi semuanya berkaiatan dengan dunia pendidikan...

Friday, May 23, 2008

GORENG UDANG RANGUP II

Ni ada lagi satu resipi masak goreng udang yang rangup. Taraaa...:

Bahan-Bahan:
8 ekor udang besar (atau agak besar) - dibelah belakang dan dibersihkan
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur - di pukul sedikit
½ sudu teh serbuk lada
½ sudu teh gula
1 sudu teh kicap
Garam secukup rasa

Sos:
4 biji cili besar
2 sudu besar gula
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka
kisar semua bahan dan masak hingga pekat.

Cara:


Gaul udang dengan tepung ubi. Campur semua bahan lain dan goreng garing. Minyak mesti panas betul-betul.Sedap dimakan bersama keluarga dan sos.


Sos tu sebenarnya 2, 3 kali buat baru sedap (bila dah dapat skill citarasa sendiri)

Jan: yg ni leceh sikit kena ada banyak bahan2, tapi semuanya barang basik kat dapur kan...

Teknik menyoal pelajar: Suara dan gaya

Suara ketika menyoal pelajar perlu ditonasikan agar sedikit unsur dramatiknya terasa, namun ia mestilah jelas, terang dan dengan nada yang sedap didengar telinga (Jangan menyoal terlalu kuat atau nyaring, cepat atau kasar). Dan jangan pula menyoal terlalu perlahan bak angin sepoi bahasa.
Bagi tenaga pengajar perempuan yang mempunyai suara semulajadi yang `slow’ berusahalah membaiki suara tersebut. Latihan bertempik di dalam tempayan amat membantu (petua primadona Siput Serawak).

Nada suara ini penting untuk menarik minat pelajar, soalan-soalan yang diberikan hendaklah `dilagukan’dan `dramatikkan' dengan baik dan menampakkan kita ini benar-benar berharap untuk mendapatkan jawapannya.(expresi muka kena jaga juga)

TEKNIK TUNGGU SEKEJAP..

Sebaik sahaja menyoal seorang pelajar janganlah pula tergopoh gapah menyuruh pelajar terus memberikan jawapan. Berikan masa seketika untuk mereka mencari jawapannya. Jangan memberikan tekanan kepada pelajar ketika ini, biarlah pelajar tersebut bebas berfikir dulu, tunggu sekejap.

Masa untuk berfikir ini adalah perlu kerana pelajar bukanlah pandai sangat, (kalau pandai merekalah yang mengajar) tetapi janganlah pula terlalu lama membiarkan mereka berfikir kerana dikhuatiri hilang pula minat mereka untuk menjawab soalan tersebut.

Secara semulajadi dan juga akibat faktor-faktor luaran, tahap penakkulan pelajar terhadap persoalan subjek adalah berbeza. Terdapat pelajar yang memerlukan masa yang agak panjang untuk menjawab soalan dan sebaliknya.



Jan: Suaraku bukan sembarangang...

Thursday, May 22, 2008

Cabaran Mahasiswa Menganggur II

Setelah menamatkan pengajian, sementara menunggu konvoi para pelajar akan berada di dalam suatu situasi yang berhampagas. Di mana mereka memikirkan bagaimana hendak mencari kerja dgn lebih aktif. Memang mereka telah ada memikirkanya semasa mereka belajar tetapi keadaan sekarang berlainan kerana mereka telah berada di dalam keadaan yang mereka seharusnya bekerja. Ada antaranya akan balik ke kampungnya, dan ada yg segelintir menetap di bandar mencari pekerjaan.

Pada mulanya ia tidak ketara pada masa menunggu konvoi tetapi akan meningkat ketara apabila selepas mendapat izajah. Apatah lagi mendengar berita terdapatnya kawan-kawan yang telah mendapat pekerjaan. Perasaan apabila kawan baik telah mendapat pekerjaan sedangkan kita yang lebih cemerlang di universiti, sukar dihuraikan, namun ia pasti suatu keadaan yang tidak menyelesakan minda.

Di kampong, secara perlahan tekan akan muncul. Pada mulanya keadaan tidaklah seharu mana. Setelah tamat pengajian, dapat duduk di kampung merupakan suatu keseronokan. Tiada lagi tekanan untuk menelaah pelajaran dan membuat assignment. Namun keadaan keboringan akan mucul selepas itu. Bagaimanakah jika berbulan-bulan masih tidak ada kerja yang sesuai?

Terdapat pelajar yang tidak terus balik ke kampung apabila tamat pengajian, mereka akan berkampung di bandar buat seketika. Namun setelah naik-turun tangga syarikat dan duit hampir kehabisan tentulah memerlukan mereka meninggalkan bandar kembali ke kampung.

Penganggur

Pengganggur adalah manusia yang mahu sangat2 berkerja, mampu dan berupaya bekerja dan memiliki kelayakan tetapi tidak dapat peluang pekerjaan di pasaran kerja. Istilah pengangguran ini perlu difahami. Seseorang itu layak dipanggil pengganggur jika mereka aktif mencari pekerjaan tetapi tidak memperolehinya (jika tidak aktif mencari pekerjaan dipanggil pemalas). Dan setelah putus asa mencari pekerjaan tetapi tidak dapat pekerjaan, ia dikenali dengan `discourage worker’.

Menjadi seorang penganggur berizajah adalah suatu yang mengecewakan. Kecewa dari segi psikoplogi, di mana seseorang akan merasakan diri tidak berguna atau bernasib malang. Tekanan yang datang daripada persekitaran membuatkan mereka merasakan harga diri mereka rendah. Mereka merasa malu. Tekanan dari segi mental ini perlu dihadapi dengan tabah dengan menanam semangat tidak putus asa atau mencari pekerjaan apa-apa sahaja agar menampakkan kegunaan mereka iaitu berguna untuk hidup....

Suasana di sekeliling tidak akan mengembirakan kerana orang di sekeliling akan bertanyakan `bila lagi nak kerja? Dah dapat kerja ke? Mintak tak KPLI (dalam kes yang terlalu lama menganggur). di sini perkara yang penting ialah bersabar, dan meneruskan usaha mencari kerja.


Jan: Teringat lagu Sudirman, aku penganggur...

Kawan bagai cermin?

Orang yang ramai kawan biasanya orang yang disenangi pergaulannya. Mengapakah disenangi? Faktor-faktor disenangi oleh kawan-kawan banyak tetapi tentulah paling penting antaranya ialah dia baik dan tidak menyusahkan orang atau mengambil kesempatan yang melampau ke atas kawan sendiri.
Tidak perlu kita kaya, rupa paras elok untuk disenangi (namun faktor itu adalah bonus yang penting). Ramai yang memuji perangai yang baik iaitu sederhana, berfikiran terbuka, boleh menerima kelemahan kawan-kawan lain, rasional dan cerdik.


Cerdik


Cerdik di sini dlm kontek perkawanan, bermaksud pandai melihat situasi kawan dari segi bahasa dan gerak badan. Kita tahu kawan kita setuju atau tidak, mahu atau tidak. Pemaksaan yang dilakukan jika berjaya pun bukannya menandakan kita berjaya tetapi bangang! Contohnya jika kawan kita tidak berminat untuk pergi ke sesuatu tempat janganlah memaksanya.Tidak wajar sama sekali.

Tidak suka berkawan ramai...
Namun begitu orang yang tidak mempunyai kawan tidaklah boleh terus kita katogerikan sebagai orang yang mempunyai sifat yang buruk. Mereka tidak mempunyai ramai kawan berkemungkinan kerana mereka memang tidak suka berkawan ramai, suka kualiti dan bukan kuantiti,lebih suka privacy, bukannya mereka tidak disukai oleh ramai orang. Walaupun tidak banyak golongan seperti ini tetapi ia tetap ada. perhatikanlah baik-baik, bukan semua manusia sama.


Kita ni jenis mana ya? Cuba lihat ke dalam diri kita adakah kita seorang yang suka privacy? Bolehkah kita duduk bersendirian dalam tempoh masa yang lama? Atau kita lebih suka orang berada berdekatan dengan kita? Adakah kita seorang yang suka menarik perhatian orang? Ataupun kita memang jenis menarik di mata orang?

Kawan-kawan lambang cermin diri kita. Setiap tindakan, kata-kata adalah tindakbalas mereka terhadap perangai kita. Jika kita buat salah tentulah kawan akan menegur, jika kita buat perkara yang baik mereka kan memuji. Bagaimana jika mereka seolah-olah memulaukan kita?

Dapatkan kita membezakan antara kawan, sahabat, teman atau sahabat? Adakah kita miliki sahabat? Apakah katogeri yang membolehkan kita mengistiharkan kita sahabat kepada seseorang, dan seseorang itu sahabat kepada kita?


Jan: Kaulah teman, sahabat dan kekasih...

Wednesday, May 21, 2008

Sifat tidak sedar...

Adakah kita menyedari semua sifat yang kita miliki? Adakah kita sedar sifat tidak sedar yang kita miliki? Kebanyakkan daripada kita hanya menyedari dan menyenangi sifat baik yang kita miliki. Bagaimana dengan sifat buruk kita? Adakah kita menyedarinya? Tentulah kita tidak menyedarinya kerana namanya pun sifat `tidak sedar’.


Sifat tidak sedar yang dimaksudkan di sini merangkumi sifat-sifat biasa yang ada pada manusia seperti pemurah atau kedekut, pemarah atau pendamai, pemalas atau rajin, dipercayai atau penipu, boleh diharap atau tak boleh diharap dan beribu-ribu sifat lain lagi sama ada positif atau negatif. Sifat-sifat ini ada pada tiap manusia, cuma adakah mereka menyedarinya? Kemungkinan besar ada di antara kita tidak menyedari sifat yang mereka miliki itulah yang membentuk sikap mereka sehari-harian.

Mungkin kita tidak sedar sifat buruk yang kita miliki, namun itu tidak bererti kita tiada sifat buruk yang sangat perlu diperbaiki. Tentulah kita memiliki sifat negatif tanpa kita sedari, antaranya sebagai pelajar pernahkah kita terfikir pelajar-pelajar lain mengelakkan diri untuk membuat kertas kerja bersama kita?, sebagi jiran kita dapati jiran-jiran sebelah-menyebelah tidak pernah mahu bertandang ke rumah kita walaupun sudah 8 kali menjemputnya, sebagai pekerja kawan-kawan sepejabat seolah-olah sukar diajak untuk keluar bersama walaupun untuk minum, atau mereka mungkin keluar breakfast atau lunch tanpa mengajak kita (atau tidak ada orang yang ingin menemani kita setelah kita mengajak mereka), atau kita hanya boleh meminjam duit daripada kawan yang jauh daripada kita, atau kita tiada kawan baik, lebih tepat lagi kita tidak dapat mengkatogerikan apa itu rakan, kawan, teman dan sahabat.

Sukar untuk kita menyedari sifat-sifat kita yang negatif apatah lagi mengakuinya secara jujur. Kebanyakan dari kita mungkin memberi pelbagai alasan untuk mengurangkan rasa kekurangan atau cuba mendamaikan hati mereka dalam usaha menafikan sifat buruk yang mereka miliki. Mereka mahu mengakui `aku taklah seteruk itu’. Namun ini adalah keadaan atau situasi fasa kedua.

Fasal pertama dan yang lebih penting ialah adakah adakah kita menyedarinya? Bagaimanakah kita mengetahuinya? Apakah alat yang boleh digunakan untuk mengenalpasti sifat buruk yang kita miliki, yang kita miliki?


Jan: banyak sifat buruk saya...

Tips keselamatan di rumah - kecurian/jenayah

Seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia:

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka)

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ)

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...)

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert)

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam umah

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala)

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

Sumber : Bukit Aman PDRM

Cabaran Mahasiswa Menganggur I

Biasanya apabila seseorang mahasiswa baru menamatkan pengajiannya, beliau berharapan besar untuk hidup selesa kerana seringkali tergambar di fikiran dengan mempunyai ilmulah kehidupan seseorang boleh berubah dan dengan ilmulah kesenangan hidup boleh dicapai (kesenangan yang sudah semestinya difizikalkan dalam bentuk material. Memiliki kenderaan yang hebat, rumah yang besar cantik, pakaian yang berjenama dan lain-lain keperluan (yang berjenama) yang kononya melambangkan kemajuan dan kehebatan dalam kehidupan.
Anak petani tentulah tidak mahu hidup seperti ayahnya, begitu juga dengan anak seorang nelayan, hatta sorang anak guru juga mahu hidup yang lebih selesa berbanding ibubapanya. Ini merupakan suatu yang positif kerana terdapat peningkatan kualiti hidup, ia bukan suatu perkara yang salah. Namun terdapat banyak cabaran yang harus ditempuhi apabila mereka sudah berada di dalam masyarakat yang sebenar. Untuk mempunyai kehidupan yang selesa bukanlah senang. Selamat datang ke dunia nyata!

Mencari kerja

Kenyataan pertama yang harus diakui ialah sukarnya mendapat pekerjaan. Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, pertumbuhan industri dan pertanian yang tidak membanggakan mewujudkan kedaan yang tidak membantu. Kesukaran ini bertambah-tambah apabila mahasiswa tidak mempunyai kelulusan dalam bidang yang dikehendaki oleh pasaran. Iaitu jurusan yang diambil di universiti tidak releven dengan persekitaran masyarakat dan ekonomi semasa pada masa tersebut(yang mungkin juga bertitik tolok dengan kecenderungan para pelajar memilih jurusan yang dianggap mudah). Keadaan ini lebih memparahkan, apabila mereka mempunyai keputusan yang rendah dan kurang penguasaan berbahasa inggeris dan penguasaan komputer.

Mereka harus menghadapi hakikat pekerjaan tidak begitu ada di pasaran, tidak seperti di awal-awal kemerdekaan iaitu peluang bekerja tersedia ada, hanya menunggu pelajar menamatkan pengajian sahaja.
Keadaan akan bertambah sulit jika keputusan peperiksaan mereka hanya `cukup makan’. Tentulah majikan akan mencari pekerja yang bijak dan tekun. Tekun di sini dilambangkan dengan markah yang didapati pada setiap semester. Markah yang cemerlang melambangkan ketekunan dan kecerdikan mahasiswa tersebut secara langsung dan tidak langsung.
Walaupun tiada kajian yang dijalankan secara bersistematik dan tiadanya bukti empirikal mengenai isu ini. Saya percaya dengan keadaan sekarang terdapat kolerasi yang kuat antara gread CGPA dengan kejayaan mendapat pekerjaan. Iaitu semakin tinggi gread CGPA semakin mudah dan senanglah mendapat pekerjaan dan sebaliknya semakin rendah keputusan CGPA semakin sukarlah mendapat pekerjaan (tolak ketepi faktor `anak datuk’, `orang dalam’ `family bussiness’ dan personaliti `istimewa' yang dimiliki.


Jan: Cabaran bermula...

Tuesday, May 20, 2008

Sebelum menghadiri kelas

Berdasarkan pengalaman, terdapat pelajar yang tidak membuat persediaan dengan kemas sebelum menghadiri kuliah. Mungkin bagi mereka menghadiri kuliah adalah suatu perkara yang rutin, tidak lebih daripada itu. Kesan terhadap pelajar, sukar bagi mereka memahami konsep-konsep yang diterangkan.
Jika mereka membaca terlebih dahulu setidak-tidaknya mereka dapat memahami,dan mendapatkan asas kepada kefahaman subjek yang diberikan, Malah bersedia lebih awal dapat membantu minda bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan.
Kesan terhadap pensyarah dari segi masa. Ketidakbersediaan pelajar akan membuatkan pensyarah memerlukan lebih masa dalam menerangkan sesuatu konsep yang sepatutnya diterangkan secara ringkas atau sepintas lalu. Biasanya pensyarah lebih bersedia untuk menerangkan konsep yang lebih sukar tetapi jika pelajar tidak membuat persediaan, para pensyarah terpaksa menerangkan semua konsep, secara keseluruhan. Jika sepatutnya 8 jam untuk suatu bab yang telah ditentukan, ia akan mengambil masa yang lebih lama dan menyebabkan para pensyarah terpaksa `mencuri’ masa daripada bab-bab yang lain. Tetapi bagaimana jika pelajar memang bersikap tidak bersedia pada keseluruhan bab? Di manakah pensyarah perlu mencuri masa untuk mengajar? Membuat latihan?
Di sinilah para pelajar harus pandai menyiapkan diri sebelum ke kuliah. Jika pelajar hanya bergantung untuk mencari ilmu dengan hanya menumpukan pelajaran di dalam kelas, ia adalah suatu perkara yang mengarut dan tidak memadai. Sepatutnya mereka membaca terlebih dahulu secara sepintas lalu bab atau sub topik yang akan diajarkan.
Pelajar yang lemah terutamanya eloklah membaca terlebih dahulu secara serius sebelum memasuki kelas, tindakan ini akan banyak membantu pelajar itu sendiri untuk memahami apa yang dikuliahkan.
Jan: Belajar untuk mempelajari cara belajar...

Friday, May 16, 2008

Selamat hari guru

Selamat hari guru untuk guru-guru ku yang pernah mengajar aku sehingga menjadi guru... beratus guru telah ditemui, datang dan pergi, semuanya hebat-hebat dan tersendiri, namun beberapa guru terpahat di hati... Antaranya yang ditulis namanya kali ini ialah:
Cikgu Shafie yang mengajarku di SKKR. Orangnya sangat baik dengan murid, sabar, penyayang dan ikhlas.
Juga ustad Othman yang suka cerita hal nabi-nabi yang hebat-hebat. Hebatnya pedang nabi sehingga aku tertunggu sambungan cerita esok hari...
Juga kepada Miss Lim guru tingkatan dan guru bahasa inggerisku semasa di tingkatan 5 SMTM yang sabar dengan bahasa inggerisku yang teruk ( masih lagi teruk, hehehe).
Dan juga cikgu Zaiton yang seksi dan cikgu Alias di PPYIT yang pada masa itu memberitahu aku yang mereka yakin aku akan dapat menjejaki kaki ke menara gading.
Juga Tokoh guru Terengganu, Cikgu Yusuf Kasim, mengajarku tugas guru adalah meyeluruh dan guru adalah segalanya.
Jan: Selamat hari guru untuk semua cikgu yang pernah mengajarku, semoga terus membangunkan bangsa.

Thursday, May 15, 2008

Udang goreng biasa (rangup)

Saya suka masak (jika ada mood). Saya suka sangat makan undang maka saya pun belajar cara masak udang.
Saya tahu sangat saya kena masak udang elok-elok kalau tidak saya jadi gatal kulit. Org kata alahan.
Nak masak udang? Goreng ni kira biasa-biasa saja, ini caranya:
Bahan-bahan:...

500 gram udang basah ( ya la, tak kan udang kering pulak)
5 ulas bawang putih- ditumbuk
Tepung gandum
Kunyit serbuk
Garam secukup rasa


Cara menyediakannya:

1. Buang kulit udang, kemudian dibersihkan udang tu.
2. Lumurkan udang dgn kunyit serbuk atau kunyip hidup yg ditumbuk-tumbuk dan bawang putih yang sudah ditumbuk, biarkan sekejap perapkannya.
3. lumurkan udang basah dengan tepung gandum tersebut ketika hendak menggoreng
4. Goreng hingga warna keemasan.
Haaa.bolehlah makan...

Jan: ringkas dan senang, sedap kalau dicicah sos. Kat sini (Muadzam) udang dalam RM18 sekilogram, entahlah mahal ke tak, tapi udang banyak katogerinya, ada yg RM30 sekilogram.

Wednesday, May 14, 2008

Semuanya kena ada teknik ke? Ya!

Salah satu perkara yang penting di dalam ilmu pedagogi adalah mempelajari teknik menyoal pelajar. Pada awal-awal menjadi guru iaitu pada tahun 1996 di Pusat Pendidikan Yayasan Islam (Cawangan Besut, saya `pakai hentam’ sahaja apabila menyoal. Tiada teknik tertentu yang diamalkan. Malah ketika itu soalan yang diutarakan semata-mata untuk mengetahui adakah pelajar mengingati pelajaran yang lepas.


Lama kelamaan saya mula belajar teknik menyoal daripada kawan-kawan di bilik guru. Terutamanya daripada guru yang mempunyai diploma pendidikan, dan juga guru yang mempunyai banyak pengalaman.


Mereka berulangkali memberikan semangat dan memberitahu proses pengajaran dapat dibina sedikit demi sedikit melalui pengalaman, jangan sesekali menjadikan alasan tidak memiliki sijil atau diploma perguruan sebagai halangan menjadi pengajar yang berkualiti.


Saya difahamkan oleh mereka soalan yang dilontarkan, selain daripada bertujuan untuk menguji pelajar (ke atas pelajaran lepas atau pelajaran yang akan dia ajar), ia juga berfungi sebagai menarik perhatian pelajar di dalam kelas, iaitu di dalam suatu kelompoknya sendiri. Soalan-soalan sebegini biasanya soalan-soalan yang dapat melahirkan perasaan rasa senang dan selesa dijawab oleh pelajar. Soalan boleh berbentuk gurauan atau jenaka. Namun begitu jika soalan itu mahu menarik perhatian pelajar yang nampak `hanyut’ di dalam kelas atau suasana kelas yang bingar, eloklah mengemukakan soalan yang tegas dan jelas, agar soalan itu mencabar fikiran.


Apabila mahu mengemukakan soalan, eloklah ketika berada di tengah-tengah kelas supaya semua pelajar dapat mendengarnya dengan jelas dan memberi perhatian. Pastikan soalan itu terlebih dahulu `dibuka’ kepada selurus kelas. Soalan terbuka sebegini akan membuatkan semua pemikiran dan tumpuan pelajar berfungsi. Maknanya semua pelajar tergerak untuk berfikir.


“Okey Zahari, mengapakah inflasi dikatogorikan sebagai masalah makroekonomi ekonomi?’


Jika kita terus tujukan soalan sebegitu kepada Zahari, ia akan membuatkan pelajar lain merasa selesa dan `selamat’ kerana setidaknya jika mereka tidak dapat menjawabnya, mereka boleh menokoktambah jawapan yang diberikan oleh Zahari tadi. Di sini hanya Zahari sahaja bertukus lumus menggunakan fikirannya untuk mendapatkan jawapan, kemungkinan besar pelajar lain akan merasa `selamat’. Oleh itu `buka’ dahulu soalan tersebut kepada keseluruhan pelajar di dalam kelas.


Ketika menyoal, hindari daripada mengulangi soalan kerana dibimbangkan akan melahirkan sikap acuh tidak acuh pelajar terhadap soalan tersebut. Mereka beranggapan soalan itu tentu akan diulangi semula. Namun soalan boleh diulang atas permintaan pelajar yang nampak kurang faham kehendak soalan, tetapi jangan dijadikan suatu tabiat bagi diri pengajar mengulangi soalan. Sebagai tenaga pengajar pastikan pelajar memberi tumpuan terhadap soalan yang akan diutarakan.


Jan: Entahlah sampai sekarang pun saya masih mencari teknik yang sesuai yang boleh saya amalkan, mengikut situasi dan kesesuaian tempatnya.

Tuesday, May 13, 2008

Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini



DATUK SHARIFAH AINI SYED JAAFAR merupakan seorang penyanyi tersohor yang telah dianugerahkan gelaran Biduanita Negara Malaysia selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Sehingga ke hari ini beliau masih aktif dalam bidang seni suara, dan terus menghasilkan album demi album memandangkan beliau mempunyai peminat setia yang ramai.





Apabila membicarakan bidang seni suara Malaysia, nama beliau tidak dapat diketepikan memandangkan beliau telah berada lama di dalam perkembangan industri muzik Malaysia. Semenjak akhir tahun 60an, 70an, 80an, 90an sehingga sekarang beliau dapat menempatkan dirinya pada kedudukan tersendiri setelah banyak penyanyi baru datang dan pergi, bersilih ganti. Kehebatan beliau dapat bertahan lama merupakan aura penyanyi sejati. Beliau adalah artis yang terkenal semenjak era 1970-an lagi, sebelum kehadiran Sudirman Hj Arshad, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza (sekadar memberi beberapa nama…).







Di Malaysia penyanyi wanitanya lebih popular dan dapat bertahan lama berbanding dengan penyanyi lelaki. Malah dalam banyak keadaan penyanyi wanita ini juga muncul sebagai pelakon wanita yang berbakat hebat. Penyanyi wanita ini pula tidak semua bernasib baik dan dapat bertahan lama, namun berbanding dengan penyanyi lelaki, karier penyanyi wanita lebih panjang hayatnya. Lebih kelihatan glamour, lebih publisiti dan popular.










Untuk mencari penyanyi wanita yang popular tidak sukar kerana ramai penyanyi baru saban tahun muncul dengan penuh gimik, glamour dan popular. Namun untuk mereka bertahan lama adalah sukar, selepas satu-dua album mereka berhenti kerana kuantiti jualan semakin berkurangan dan syarikad rakaman tidak mahu meneruskan kontrak, maka penyanyi yang penuh glamour kemunculannya itu akan tenggelam.





Amat sukar mencari penyanyi yang dapat bertahan lama, album terus mendapat sambutan, dan memberikan sumbangan besar kepada bidang seni suara tanah air. Tidak sukar menyebutnya kerana bilangannya amat sedikit. Oleh itu nama Datuk Sharifah Aini akan terus disebut-sebut sebagai seorang penyanyi yang dapat bertahan lama (evergreen) dan tidak pernah membuat `come back’ dalam industri senisuara Malaysia.