"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Saturday, January 7, 2012

Dia terus hidup dalam ingatan saya



Sekarang jam menunjukan pukul 2.45 pagi. Setelah selesai memeriksa sebahagian kertas jawapan pelajar saya terus panjat katil. Saya mesti tidor awal, esok walaupun hari sabtu saya harus bertugas di bilik urusetia peperiksaan.
Bosan terkebil-kebil di atas katil, saya mencapai pen. Saya berfikir jika penulisan yang akan ditulis nanti tidak terlalu peribadi, bolehlah saya postingkannya esok hari. Namun penulisan lewat malam (sebenarnya awal pagi) biasanya bersifat peribadi.
Malam-malam begini biasanya saya menulis untuk diri saya sahaja, bukan untuk dimuatkan di dalamblog. Kerana coretan rasa hati ini terlalu peribadi (kadang-kadang saya pun malu sendiri apabila membacanya) saya tidak tergamak untuk postingkannya. Berkeping-keping kertas yang saya telah tulis, saya simpan di bawah katil. Bila sudah banyak terkumpul, saya masukan letak dalam peti besi. Biarlah cerita-cerita tersebut hanya saya dan tuhan yang tahu...
Ya, malam-malam begini saya teringatkan seseorang. Bukannya bermakna pada siangnya saya tidak ingatinya. Ya, pada malam hari bisanya lebih mengigit, bisanya menjalar di setiap saraf ingatan... Tiada suatu hari pun yang berlalu dalam hidup saya, tanpa saya ingatinya. Tiada. Itu adalah fakta.
Saya berhati-hati menulis posting ini kerana saya mahu posting penulisan ini. Bukan sahaja saya malu tetapi saya jura berpendapat saya tidak sepatutnya berperasaan begitu sebab saya bukannya masih muda. Saya ada rasa dan perasaan yang sangat saya tidak fahami. Jika saya sendiri gagal memahaminya bagaimana saya mahu memfahamkan pembaca blog saya... Jadi saya tidak mahu memperincikan perasaan saya.
Pada mulanya saya fikir saya tidak dapat hidup tanpanya tetapi lama-kelamaan masa mengajar saya supaya saya rasa lebih baik saya tidak hidup dengannya. Bertahun masa telah berlalu, masa yang saya lalui... Memang pada mulanya saya rasa seolah tidak berdaya melihat esoknya...tetapi hakikatnya saya tidak boleh buat apa-apa kerana setiap kali saya bangun pagi, saya masih bernafas... Tuhan benar-benar mahu menguji saya.
Tak semudah mana untuk menutup pilu, memadam rasa sedih sebab ia soal hati. Saya mengawalnya dengan `tidak layan sangat' perasaan sambil sibukan diri dengan kerja... Namun waktu malam bila saya panjat katil hanya pada tulisan-tulisan lewat malam itulah saya mengadu...saya coretkan rasa membisanya.
Kenapa saya masih boleh bertahan hidup? Jawapannya tentulah saya kuat. Saya tanamkan dalam diri yang saya mempunyai hati yang baik dan hebat. Saya buat-buat keras kepala dengan mempercayai bahawa tuhan akan akhirnya menolong... Sebab saya adalah baik dan hebat. Saya pasti saya bukanlah orangnya yang akan mati atau `selok kera' kerana dipermainkan... Saya mesti akan mampu melanyak habis-habisan segala kepahitan hidup...
Kesengsaraan kehilangan orang yang amat disayangi adalah memilukan. Saya cuba mengembalikan semangat dan percubaan itu saya lakukan pada setiap pagi hari, sepanjang perjalanan hidup ini...
Jan: Saya akan berjaya nanti...suatu hari...

3 comments:

Nong Andy said...

Malam adakalanya memang kejam.. malam kerap datang bersama bayang-bayang silam yang boleh menikam-nikam perasaan... dan tak mengapalah kalau pun entry ini penuh perasaan, sebab saya tak kisah tersedak tersedu membacanya..

*mungkin juga aku ambil kesempatan.. sebab menjiwai entry ni akan buat 'tulisanku' lebih berkesan..

Sarah Amanda said...

Kadang-kadang kita perlu mengambilkira perasaan orang yang mencintai kita terlebih dahulu...sebab boleh jadi..kita taknampak siapa dihadapan kita kerana sebokkan menahan rasahati yang disimpan.

*bukan saya tau*

zara said...

selagi masih ada istilah "orang yang saya sayangi", "orang yang pernah dicintai" dalam hati kita..ia akan kekal selamanya.. kadang-kadang sebenarnya hanya kita yang terlalu memikirkannya.. terlalu memikirkan sesuatu yang tak mungkin @ yang dah tiada, akan buat hidup kita jadi gila..

.