"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Saturday, June 30, 2012

Simpan makanan pada suhu yang selamat



Antara hobi saya ialah perangat(hangatkan) makanan. Biasanya saya perangat makanan pada waktu malam dan selepas itu saya biarkan ia sejuk sebelum masukan ke dalam tupperware (sebelum ke peti ais). Saya rasa itulah yang sepatutnya manusia lain di planet bumi ini lakukan, iaitu pastikan makanan bersyhu panas tadi berada dalam suhu bilik sebelum dimasukan ke peti ais.

Namun tidak juga selalunya begitu. Bila makanan sudah sejuk, saya pula terlupa masukan dalam peti ais sebab ralit tengok tv atau melayang perasaan  lara. Dan keesokan harinya apabila pulang daripada kerja, baru saya teringat bahawa saya terlupa!. Tetapi kali ini saya bukan masukan makanan tersebut ke peti ais tetapi ke tong sampah.

Mengapa? Haaa... Sebabnya kata mak saya, kita tidak boleh biarkan makanan terdedah pada suhu bilik melebihi 2 jam. Kuman cepat membiak pada suhu bilik. Sebab itulah untuk elak basi makanan kena berada di dalam suhu kurang dari 5 darjah celcius (dan sudah tentu tempatnya bukan di bawah ketiak kita tetapi di peti ais).

Begitu juga semasa saya memanaskan makanan saya pastikan makanan dipanas melebihi 60 darjah selcius. Tetapi tiada pula alat nak ukur panas kuali teafal saya. Maka saya panaskan sehingga gelegak/mendidih. Kira 100 darjah celsiuslah tu. Tapi kalau panas dalam oven ia ada penunjuk suhunya. Senang.

Nanti pabila bulan puasa menjelma, pastikan makanan berbuka yang lebih (kalau nak makan lagi pada waktu sahur), letaklah di dalam peti ais dan hangatkan nanti bila mahu berbuka. Jangan lepas berbuka... seabek gitu jea makanan ditutup dengan saji dan waktu sahur baru la gatal nak panaskannya. Kena letak dalam peti ais, ingat tidak boleh terdedah semama lebih 2 jam pada suhu bilik. Kalau tak kuman dalam makanan akan giat pulak berumahtangga dalam usus kita.


Sebagai seorang bujang telajak (jodoh rahsia tuhan... tolonglah jangan nak tolong jodohkan saya lagi, minggu lepas saya dah tension 2 hari. Nanti saya cerita di posting yang lain sebab posting ini hanya fokas kepada tabiat kita bila berhadapan dengan makanan berlebihan yang nak kita simpan), saya mesti peka dalam menyediakan makanan sebab yang nak makan adalah saya sendiri.

Semasa memanas tersebut juga sayurgia diingatkan kita haruslah kekalkan suhu tersebut (suhu 60 darjah celcius) pada beberapa ketika. Maksudnya jangan panas sekejap jea sebab kononnya banyak kerja lain nak buat (hakikatnya dasar pemalas tegar). Semasa memanas makanan tersebut bolehlah menyanyi lagu yang mana-mana suka.... Sekarang saya tengah minat lagu `Jom-jom heboh' tu, bukan main over suara dia.  

Emak saya ada beritahu yang kita tidak boleh panaskan makanan yang dimasak tersebut melebihi 3 hari. Katanya nabi tidak simpan makanan terlalu lama sebab khuatir kan jadi busuk dan membahayakan kepada kesihatan. Entah emak saya baca dari mana saya tidak tahu, tetapi mungkin emak saya tahu daripada aktivitinya yang suka pergi `dengar' (mendengar ceramah atau percakapan hal agama oleh tok-tok guru agama di kampung).

Saya pernah ditegur emak kerana saya asyik panaskan rendang sehingga berminggu....he.

Jan: Sekian petua memanas makanan dan bagaimana nak selamat bila hidup sorang...

Friday, June 29, 2012

Iklan Pengambilan Pelajar Program Pengajian Asas (Foundation) dan Diploma UNITEN





Assalamulaikum dan Salam Sejahtera sahabat,

·     Untuk makluman sahabat, kemasukan pengambilan bulan Julai telah dibuka secara online atau boleh memohon terus di kaunter Pendaftar mulai  sekarang.

·         Pendaftaran pelajar-pelajar akan di adakan pada  7 Julai 2012 mulai jam 8.00  hingga 12.00 tenaghari.

·         Kuliah akan bermula  pada 9 Julai 2012.

·         Pengambilan semester Julai ini terbuka bagi semua program diploma dan pengajian asas (foundation) bagi kedua-dua kampus Uniten iaitu Putrajaya dan Muadzam

·         Justeru itu, sahabat-sahabat bolehlah membantu menghebahkan pengambilan Julai ini kepada saudara-mara atau rakan serta jiran-jiran yang ingin meneruskan pengajian diperingkat foundation, diploma dan ijazah.

·         Sila rujuk  iklan yang dilampirkan dan juga website Uniten (www.uniten.edu.my) untuk keterangan lanjut.

Terima kasih.

Mohd Ariff Ahmad Tarmizi
Dekan
Kolej Pengajian Asas dan Umum
Universiti Tenaga Nasional

Tel:      03-89287500
HP:      0193668275
Faks:     03-89212108

Jan: UNITEN kampus Muadzam

Perempuan gemuk tidak menarik?

Kegemukan akan menghilangkan bukan sahaja kejelitaan seseorang perempuan malah lebih bahaya daripada itu ia juga boleh mencambahkan rasa bimbang di hati nurani akan ketrampilan dirinya di khalayak ramai.


Malah ada yang berani mengatakan tidak kira sama ada kita perempuan atau lelaki, kegemukan akan merampas masa depan kita yang sepatuknya licin dan ceria. Dan ada juga doktor menyatakan kegemukan akan memendekan bukan sahaja jangkahayat (umur) kita tetapi klimaks seks kita. Saya tidak tahulah sejauh mana benarnya pernyataan doktor tersebut, walaupun saya gemuk, saya masih suci.


Namun saya agak setuju dengan pernyataan-peryataan tersebut berdasarkan satu kejadian peribadi. Dahulu bila saya berjumpa dengan rakan sekelas (yang sudah lama tidak berjumpa, saya terkejut)... dia berkelakuan aneh. Saya pula hampir tidak mengenalinya sebab dia seolah sedang bersiap sedia untuk satu pertandingan... (pertandingan gusti sumo).


Aneh perangainya kerana dia seolah tidak ramah. |Dulu di U dia juara ketawa sampai seblok boleh dengar (blok perempuan di sebelahan blok lelaki). Dan dia juga cuba melarikan diri daripada kelompok kami dan mahu cepat pulang. Sekarang barulah saya faham akan perasaan beratus juta orang di planet bumi ini yang rasa ngeri apabila dengar ada majlis reunion. Mereka malu.  

Dan sekarang barulah saya faham mengapa industri pelangsingan badan melibatkan aliran wang sejumlah ratusan bilion setahun. Ramai perempuan mahu kurus (mahu kurus dan dalam masa yang sama mahu makan banyak, he he he)

Maaf cakaplah, segala kejelitaan dia semasa di sekolah seolah diragut oleh ahli sihir tua (yang datang bersama burung geruda sambil pegang tongkat sakti). Namun tidaklah pula saya kata orang gemuk tidak menarik. Malah ada bangsa-bangsa di dunia mensukai perempuan yang gemuk, malah mereka menghormati golongan ini lebih dari perempuan kurus.

Ada perempuan gemuk yang cantik, contohnya...emmm contohnya... Payah jugak nak cari contohnya... he he he. Tapi tentu ada tu, cuma saya tidak kenal kot (alasan la ni)...


Gambar 1

Gambar 2

Kedua-dua gambar tersebut di atas adalah Gwyneth Paltrow, antara  selebirity barat yang saya suka tengok. Gambarnya semasa gemuk (gambar di atas sekali, gambar 1) bukan sahaja menghilangkan rupa jelita dia tetapi juga mengundang kesian di hati saya (padahal buat apa kesian?, kesianlah pada diri sendiri). 

Gambar gemuk tersebut saya ambik semasa dia berlakon menjadi gemuk dalam filem Shallow Hall. Bila gemuk pakwe tiada...hidup sunyi... Bagus juga cerita ini sebab ada moral mengenainya iaitu jangan lihat luaran seseorang tetapi kalau nak rasa penampar cuba la berani melihat dalamannya, haaa. He he he. (Sebenarnya moral dia lain, sengaja saya buat mengada. Tak kanlah saya selalu nak menulis dengan nada sedih memanjang sebab semua pembaca blog ini pun sudah tahu kisah cinta saya yang tragis, bagaimana saya kena kencing, kena hina seolah saya tak berjasa).

Ya, kata anak saudara saya yang kurus kering (semasa kami di Megamoll), dia akan rasa kesian setiapkali melihat orang gemuk. Alhamdulilahlah dia ada rasa begitu, jangan rasa nak tergelak sudah! Nanti sekelip mata kita boleh jadi gemuk...bila kita mengata orang, lambat laun tuhan balas kat kita (kata ustad Othman).

Apa-apa pun, saya sangat yakin dan percaya, lelaki juga begitu. Maksud saya kalau lelaki gemuk ia sesuatu yang tidak menarik juga. Orang yang gemuk juga harus berusaha untuk nampak kemas dan menarik tidak mengira jantina.

Namun kawan saya beritahu pula orang gemuk cepat nampak selekeh kalau tidak mengemaskan diri. Saya tak tahulah apa maksud dia. Mungkin kalau kurus tetapi selekeh lebih menarik daripada gemuk tetapi selekeh?. Entahlah.

Gemuk pun ada positifnya, selain melakukan jualan penimbang berat di pasaran, ia juga menjana ekonomi  negara dengan lahirnya banyak kedai khas untuk menjual pakaian bersaiz XXXL. Silap haribulan, orang gemuk tampil lebih bergaya daripada orang yang kurus. Maka saya rasa tidak semestinya bila kita gemuk kita tidak menarik...(pulak dah). Bukan sebab saya gemuk saya berkata begitu, tetapi kadang-kadang bila saya lihat cermin saya nampak diri saya menarik juga, handsum juga...(kelakar, perasan he he he).

Namun kalau kurus tetapi boroi lagi nampak aneh. Sebab itulah saya cuba tambahkan berat badan sebab perut saya sudah makin boroi (alasan ni, he he he).

Jan: dulu pernah juga kurus dan menarik...disayangi...dikasihi. Kini? 

Thursday, June 28, 2012

Nasi lemak, beruang khutub dan guni beras

Saya selalu cepat lapar sebab itulah saya selalu berada dalam bentuk yang bulat (gemuk). Sebagai manusia biasa, saya merasai lapar. Maksud saya lapar perut. Tidak pula saya pernah mendengar ada orang lapar bahu, lapar tangan atau lapar kaki. 

Pun begitu ada sesetengah orang laparnya mendetail, bukan setakat lapar perut tetapi mereka kreatif membahagikan jenis lapar tersebut kepada pengkatogeriannya atau pengkhususan. Contohnya lapar nasi. Katakanlah si X lapar nasi maka si X tersebut hanya akan memburu nasi sahaja. Maknanya nasiklah dilapari oleh perut dia (si X). Apabila si X menuju ke kedai (kalau dia malas nak masak nasi) dia kan memesan  nasi bukannya mee rebus, mee hung atau roti canai. Dan kalau lapar nasi itu dijuruskan kepada lebih terperinci, dia akan kata lapar nasik lemak. Haa...



Sengaja saya berbicara mengenai lapar sebab bulan puasa pun sudah kian tiba. Nanti kita sama-samalah menahan lapar. Jangan riak pulak dengan memberitahu yang kononnya kita puasa tetapi tidak rasa lapar pun. Jangan. Saya pernah dengar dakwaan ini di sebuah surau suatu masa dulu.

Sama-sama kita berfikir dengan kepala otak (ada ke orang berfikir dengan kepala lutut?) yang orang miskin gitulah laparnya. Cuma kita hanya berlapar sehingga lebih kurang pukul 7 petang (dan kemudiannya berbuka makan bagai esok dah nak mati) tetapi orang miskin laparnya berpanjangan...seharian, semingguan, sebulanan...

Bila kita berpuasa kita perlu merasa lapar supaya dalam kelaparan itu kita insaf (kalau tak insaf jugak, tak tahulah nak kata apa). Namun posting ini bukanlah mengenai puasa atau bulan ramadhan tetapi mengenai saya selalu lapar.

Sekarang saya semakin gemuk bagai dipam-pam. Sekarang badan saya sudah melebihi 86 kilogram (paras bahaya). Beberapa bulan lepas sudah 80 kilogram (sebab sebulan  tak makan nasi) dan bila dah jadi 79 kilogram habis saya canang kat tempat kerja, kononnya saya dah kurus. Namun kini kembali kepada 86 kilogram dan saya rasa dengan kehadiran mak saya (mak baru datang minggu lepas)  senang-senag sahaja saya boleh cecah 90 kilogram dalam waktu terdekat, he.



Kata orang, orang gemuk kurang menarik, betul ke? Orang kurus macam papan playwood menarik ke sangatnya? Saya rasa pernyataan tersebut tidak juga benarnya sebab walaupun saya gemuk ada juga orang tergilakan saya! Demi allah ada, dan bila saya tolak cintanya dia jaja ke hulu ke hilir tentang keburukan saya sehingga saya naik malu pada rakan sekerja, bulan dan bintang. Bukan sahaja naik malu tetapi sangat marah. Namun saya tidak perlu buat apa-apa sebab daripada rekod, orang yang memfitnah atau memburukan saya, akhirnya ke tanah jua.

He he he, saya tersasar lagi. Posting ini bukanlah mengada nak beritahu kononnya walaupun umur saya dah 40an (awal 40an) masih laku. He he he. Tidak, tidak dan tidak. Lagipun sebenarnya saya sudah lama memaafkannya. Mungkin dia patah hati dan bertindak begitu. Saya pun begitu banyak kali ditolak, cuma bila saya ditolak, bila saya patah hati...saya tak serang balik, saya hanya berlalu dan akur dengan ketentuan... (macam baik pulak saya ni kan? tapi itulah hakikatnya...).

Kita kembali kepada tajuk berita. Bila kita gemuk, perasan tak di mana-mana saja orang akan perati kita. Kita ke perpustakaan orang tengok, kita ke nurseri orang tengok, ada jea yang perati dengan ekor mata dan tersenyum atau ketawa!. Malah ketika kita nak pukul (tangkap) gambar pun ada jea mulut cabul akan kata `buat kurus, buat kurus' sambil ketawa dan jeling pada kita. Dan kita pula, cuba la buat-buat duduk mengiring biar nampak kurus sikit dalam gambar, biar tidak bertukar dengan badak.

Tahukah anda? (macam national geografi pulak), faktanya bila kita gemuk kita akan melebar bukannya memanjang. Muka kita akan menjadi bulat, rahang kita tak terbentuk, malah hilang. Leher kita juga akan nampak pendek sebab mengembang bukannya menengak ke atas. Pendek kata kita macam beruang panda atau untuk lebih sadis macam tenuk atau berung khutub (rujuk gambar di bawah).

Fat Polar Bear

Saya tidak ada masalah dengan orang gemuk sebab saya pun gemuk. Malah adik saya juga gemuk walaupun dia memiliki mesen belari setempat (ogawa...sebut betul-betul macam dalam iklan tv) yang berharga ribuan tersebut. Tapi saya setuju orang gemuk baik hati. Kami dua beradik memang baik hati...(perasan, he he he)

Kalau kurus tetapi berhati puaka (kejam) pun buat apa? Kegemukan bukan 100% lambang kita tidak jujur (tetapi mungkin 98.98% lambang kita hargai makan, he he he).

Kadang-kadang saya kesian pada diri saya sendiri sebab saya menahan makan. Jangan tak percaya yang saya juga selalu menahan makan. Kalau memesan KFC cuma yang senek plate jea bukannya piring makan malam. Jangan ingat orang yang setopok ini makan sesuka hati. Ada juga yang jaga makan tapi kadar metabolisme mereka perlahan, apa lagi jika diri turut sama anti sukan.

Sebenarnya dalam menahan makan pun dah 86 kilogram, kalau tak menahan makan...he he he boleh bertambah berat badan sama persamaan matematiknya dengan seguni beras kot.

Rice sack

Mungkin sebab saya tidak suka sukan iaitu tidak suka menengok bola maka saya gemuk? Tapi setakat melaung di kedai kopi tapi tak main bola di padang, boleh kurus ke? He he he. Malaslah nak mengata orang. Saya mengaku saya tak suka sukan dan aktiviti mengeluarkan tenaga. Pernah bila kawan saya ajak saya bersenam saya beritahu:

"Buat apa bersenam?, buat letih jea...he he he" Sambil sambar sengneawish sardin.

Saya gemuk mungkin sebab saya jenis selow motion. Saya bawak kereta lambat, berjalan melenggang, sidai baju lambat, atau halau kucing pun selow sahaja. Pernah saya dikritik hebat oleh kawan saya dalam membicarakan hal saya menghalau kucing. Katanya cara saya menghalau kucing terlalu bertata tertip susilanya bak orang Jepun. Pelik, dia tidak pernah pun ke Jepun. Wahima ke negara ASEAN pun tak pernah.

Saya berhenti di sini dulu, saya terasa lapar pulak dah...

Jan: Lapar kasih sayang? Ah, huh mengarut!!!.

Wednesday, June 27, 2012

Mungkin sudah sampai masanya...


Kadang-kadang sukar untuk saya mempercayai bahawa saya sudah menulis sebegitu banyak. Dan lebih sukar juga untuk saya percaya bahawa ada juga para pembaca bukan sahaja membaca penulisan saya kerana tersesat tetapi memang mengikuti blog ini pada setiap hari yang berlalu.

Blog ini bercerita mengenai banyak perkara. Antaranya, saya suka menulis mengenai hal rumahtangga dan kasih sayang. Mungkin kita lebih tertarik kepada apa yang kita tiada (bila ada, abaikan pulak, he he he).

Semoga penulisan-penulisan saya dapat memberikan impak yang positif untuk santapan minda, kalau tidak pun membuatkan pembaca tersenyum (gembira) atau termasam (sedih). Ringkasnya membuatkan pembaca saya ada perasaan, ada hati perut.

Jika para pembaca mahu mencari kesempurnaan, kelengkapan atau ketidakadasalahan, blog saya memang tidak memenuhi tuntutan tersebut (mungkin boleh cari blog berunsur agama yang pemiliknya kelihatan sempurna 100% atau lebih).

Anggaplah saya seorang pelara yang bersalah (kerana kerap menyelit unsur kelaraan dan kepesimisan dalam penulisan) yang terus menulis daripada jiwa, yang selagi jiwa lara membara...

Kadang-kadang saya bimbang blog saya membawa pengaruh yang buruk dan jahat. Namun tak kanlah blog saya sekuasa itu dan minda pembacanya sekerek itu. Ya! (sambil bulatkan mata dan tiba-tiba saja buat-buat serius dan tunduk sikit macam dekan lalu kat depan) inilah saya yang terkadang lemah, terkadang kuat (selalunya lemahlah, he he he).

Saja saya celahkan hal ini apabila sebentar tadi saya terfikir sampai bilakah saya mahu terus menulis kerana setiap perkara (kecuali kasih sayang dan dendam saya) akan ada titik noktahnya.

Jan:  Kata orang jangan sesekali menghina dan aniaya sesama manusia (kecuali dia memang hina?), kerana ada kemungkinannya orang yang anda hinai itulah orang yang paling menyanyangi anda di dunia ini..., melebihi daripada segalanya...bla-bla bla (sambil buat-buat menyapu air mata (yang tiada, he he he) dengan tali leher yang dihadiahkan oleh seorang kawan yang baru balik daripada menghabiskan (mengalirkan) wang Malaysia ke luar negara.

Tuesday, June 26, 2012

Lukisan-lukisan di rumah kakak

Salam ceria untuk pembaca blog jankaulu. Kali ini sekali lagi saya akan bawa kalian ke rumah kakak saya. Kalau tidak silap saya pernah bawa para pembaca blog ke rumahnya untuk melihat kolam dan dapurnya. Haaa, kali ini kita menikmati lukisan-lukisannya pulak. Menikmati? Yup!

Mungkin ada yang minat dengan lukisan-lukisan. Yang tak minat tu, duduk diam-diam dan boleh baca juga, he.


Tajuk Lukisan 1: Mawar Sepi Silam

Lukisan pertama ini saya namakan `Mawar Sepi Silam". Sengaja saya memandai menamakannya di belakang kakak saya sedemikian rupa sebab mawar ni berwarna hitam. Warna hitam lambang kesuraman, ditinggalkan dan kelainan. Dan ada sekuntum jea mawar tersebut mewakili simbolisme kesunyian, kesepian dan kepiluan...haaa...(pulak dah). 

Kalau saya nak kupas makna di sebalik lukisan ini nescaya kupasannya berpanjangan seperti kisah kasih saya yang tak kesampaian, (dan boleh buat sebuah buku). Namun saya kupas pendek sahaja sebab ada banyak lukisan lain lagi nak dikupas. Haaa.



Besar juga saiz lukisan ini. Cuba bandingkan dengan saiz anak saudara saya (yang berdiri itu). Kelihatan juga yang tergolek (disepak oleh abangnya) itu adalah Amar. Anak saudara saya yang manja kededek (sangat manja) itu bernama Amar, Abangnya yang tinggi macam galah namanya Azlan. 

Mereka hanya ada dua beradik sahaja. Dan permainan yang dipilih ada ala-ala dari game kat komputer mereka.


Lukisan tersebut tidak disangkut di dinding tetapi disandarkan begitu sahaja di atas sepapan kayu yang panjang. Namun kesannya besar, nampak prezentable je (betul ke ejaan ni).



Tajuk Lukisan 2: Wahai jiranku tolong hantarkan barang yang dipinjam

Tajuk lukisan 2 ini agak panjang tetapi bertepatan dengan kekalutan warna dan perasaan yang ingin disampaikan oleh pelukisnya. Mungkin pelukisnya teringatkan tupperwarenya yang masih tidak dipulangkan oleh jiran/kawan semasa melukis lukisan ini.


Lukisan ini bentuk memanjang dan digantung di sebelah ruang tamu. Kelihatan juga pada gambar di atas `model' di sebelahnya mengayakan muka tidak puashati. Mungkin kerana barang yang dipinjam tidak dihantar balik. Isu jiran pinjam barang tak hantar balik ini sudah bersifat universal iaitu berlaku di seluruh dunia dalam pelbagai bangsa dan agama. Elok rasanya diadakan suatu persidangan di peringkat dunia untuk mencari penyelesaian, agar tidak berpanjangan dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Kelihatan dalam gambar di atas lampu syiling dihalakan kepada almari dan lukisan. Bolehlah jiran tengok dengan terang sikit. Keadaan ruang tamu ini nampak kosong apabila tiada lukisan. Bila sahaja dibubuh lukisan, impaknya ternyata dramatik dan kadang-kala amat menyeramkan bagi peminat filem seram.


Tajuk lukisan 3: Mata Hantu

Kalau dilihat betul-betul lukisan tersebut (di atas), nampak macam mata. Sebab itulah saya memandai menamakannya dengan `mata hantu'. Kalau tidak perati tidak perasan.

Lukisan inilah yang buat saya tak lena tidor malam di rumah kakak saya, atau cepat-cepat berlari bila melintasi lukisan ini. Mungkin misteri lukisan ini ada 1001 misteri yang tidak perlu kita ungkaikan kerana kita banyak lagi kerja lain yang nak dibuat.

Kelihatan juga anak saudara saya yang separuh bogel (hanya berseluar) memegang kertas majung seolah jurutera memegang plan bangunan. Persis jurutera muda (yang tak bayar duit PTPTN dan giat melawan kerajaan Malaysia).


Lukisan ini diletakan begitu saja (disandarkan) antara palang pintu tingkap. Terletak juga sebuah kerusi kulit dan karpet  putih krem jenis berbulu panjang (saya suka). Dan di belakangnya ada almari manakala di hadapannya ada meja yang dihias dengan barang antik (tak nampak dalam gambar ini). Nampak simple sahaja kehadiran sebuah kerusi tersebut. Tapi impak besar.

Yalah kan tidak semestinya kalau beli kerusi kena satu set sekaligus gitu. Nanti nampak kerauded (berserabut/penuh). Rumah kena nampak kemas dan simple sahaja sebab kalau banyak barang malas nak berkemas kot, he he he. Namun baik begini daripada banyak barang sehingga nak hulur kaki pun tak boleh. Haaa...

Tajuk lukisan 4:2D

Lukisan ini saya namakan 2D sebagai simbol `Dua Duyung'. Lukisan ini jelas menunjukan dua duyung sedang bertengek di atas batu. Mungkin kawan baik, atau adik beradik. Lukisan ini juga ada unsur menyeramkan...

Namun warna lukisan ini bukan kebiruan tetapi kekokoan (kecoklatan), melambangkan kemodenan dan kelaianan. Lukisan ini sebenarnya berada di luar rumah di dinding ruang yang menghala ke kolam.

 Lukisan ini juga di simbah cahaya, supaya impaknya menyeramkan (bergantung kepada individu, mungkin ada yang tak seram pun)

 Diletak pulak kesan khas iaitu batu (mungkin sisa batu dari dalam gambar?). Dan ada sepiring buah yang tidak boleh dimakan.

Saya tidak pernah menanyakan berapa RM harga sesebuah lukisan di rumah kakak saya ini. Namun saya percaya ia akan memakan separuh daripada gaji saya jika mahu membelinya. Tentu ribu riban jumlahnya. 

 Buah apa yea?

Buat garu belakang badan best!

Tajuk lukisan 5: Biru sel saraf otak jiran sebelah

Lukisan 5 ini juga tidak digantung tetapi disandarkan sahaja di atas kabinet putih. Kelihatan juga objek-objek yang ganjil diletakan di atas kabinet tersebut. Lukisan ini menghadap ruang makan yang menghadap kolam yang keseluruhan dinding menghala ke kolam adalah kaca perappadu (solid glass).

Lukisan 5 ini mengisahkan gelagat jiran sebelah yang mengintai dari langsir (atau buat-buat siram pokok bunga) apabila melihat lori menghantar perabut ke rumah sebelahnya. Dan terus otak jiran tersebut mahu memiliki barang seperti jirannya. Kompleks kan? Haaa sebab itulah lukisan tersebut mengambarkan sel otak yang berselirat birunya. Haaa.

Sebenarnya tidak perlulah kita obses dengan meniru jiran kita sebab kita tidak sama. Contohnya bini/laki dia cantik/handsum. Bini/laki kita? Haaa. Gaji bini/laki jiran besar, gaji bini/laki kita? Haaa...

Semua benda janganlah nak disamakan, kalau gitu mana identitinya? Tak kanlah sampai alas kaki nak masuk rumah pun kita wajib/harus sama dengan jiran sebelah. Kalau sama segala, sila la jumpa doktor. Manalah tau kot-kot kita berpeluang jadi pesakit jiwa? Haaa...

Sekian sahaja ulasan saya kali ini. Ada lagi lukisan kecil dan aneh di rumah kakak saya ini tetapi buat masa ini saya hanya paparkan/pengkisahan tentang lukisan yang besar-besar sahaja.

Jan: Terlukis rindu di kanvas hati, rindu yang membuatku menjadi LMTT...oh... (LMTT = Lelaki Melayu Terlara Terakhir)

Monday, June 25, 2012

Air Terjun Sungai Pandan - Kuantan, Pahang

Pada 2 minggu lepas nan lalu, saya mengikuti rombangan kawan-kawan baik saya ke Air Terjun Sungai Pandang. Letaknya di Kuantan. Entah berapa kilometer saya tidak tahu. Saya pernah ke sini 7 tahun dahulu... Ini kali kedua saya berkelah di sini. Kalau ikut statistik tersebut 7 tahun akan datang pula saya akan ke sini iaitu pada tahun 2019.

Keterangan gambar di atas: Ada kolam untuk budak-budak baru belajar berenang dan tak tahu berenang. Kelihatan 2 orang budak hasil perkahwinan kawan-kawan saya dengan kawan-kawan kepada kawan-kawan saya.

Saya perlukan sedikit libur untuk ruang jiwa saya. Saya mahu rehat dan cipta kenangan baru. Saya tidak boleh mengalah. Walaupun suatu hari nanti saya kalah, setidaknya saya boleh tersenyum kerana saya terus mencuba hingga ke akhirnya... Tiada orang atau pihak boleh pertikai kepermegian saya nanti... Tidak ada.

Berbanding dengan supermaket atau tempat membeli belah, saya tidaklah suka sangat pergi ke tempat ada banyak air. Tetapi inilah saja rawatan jiwa saya buat masa sekarang yang saya mampu. 

Bagus juga rehat-rehat dengan kawan-kawan, kan? Hilang penat dan bebanan kerja...

Di sebalik batu-batu dan pepohanan tersebut ada dendam yang tak langsai, ada rindu yang sarat. Ya allah...saya bermonolog dalam hati...

Air terjun ini seperti biasa ia terjun ke bawah. Dan di bawahnya ada remaja dan perasan remaja mandi seolah esok tiada lagi. Saya tersenyum di tebing melihat gelagak bahagia manusia-manusia... 

Saya juga ternampak ada yang seksi sebab baju basah melekap macam poliden di buah dada mereka. Saya hanya tengok sekejap sahaja dan mengalihkan pandangan ke arah pepohan kayu...dan beburung.

Ketika saya datang ke sini, airnya tidaklah banyak mana. Kata seorang orang, sekarang musin kemarau. Air sekerat pinggang jea, biasanya setara leher. Bagus juga kalau air sikit, tak lah pengunjung takut sangat.

Ketika kawan-kawan saya mandi, saya duduk di gigi air, bermonolog seorang diri...

Seperti biasa kami bawa ayam untuk dibakar. Entahlah aktiviti sebegini di tempat lain ada ke tak? Kalau ada mungkinkah mereka juga bakar ayam? Ayam ini ayam golek. 

Sebenarnya saya ditugaskan bawa alatan membakar seperti tempat membakar, penyepit dan sebagainya. Tetapi saya lupa...teruk kan? He he he. Maka kami guna tempat yang ada sedia sahaja. Saya diam sahaja sebab rasa bersalah. Terus saya cari dawai dan tempat bakar. Untuk membuang rasa bersalah saya juga turut tolong membakar ayam ini. Dan ayam tersebut hangus terbakar! Seperti hati saya...(pulak dah)

Keterangan gambar: Gambar di atas yang tidak tutup aurat itu adalah kawan saya, dia rajin membakar ayam dan tidak ayam tersebut terbakar. Atau dia memang biasa dengan kerja bakar-membakar ini? Entahlah...

Ada kawasan ditanda tidak boleh membakar. Jangan sesuka hati membakar hidup orang lepas tu pergi begitu sahaja. Ingatlah bahawa allah mengira walaupun sebesar kuman. Di dunia kita aniaya orang, kita boleh lepas tetapi di akhirat yang lama dan kekal kita akan mendapat balasan yang lebih dari setimpal. Silakan aniaya hidup orang demi kepentingan diri! (emosional pulak, he he he).


Ada jalan untuk naik ke atas. Yang gayat tu duduk diam jealah di bawah...jaga barang-barang.

Kelihatan ada jambatan gantung. Saya tidak berani untuk mendekati jambatan tersebut untuk tujuan pukul gambar...

Banyak lagi gambar-gambar yang ada tetapi tidaklah pula dapat dipaparkan dalam blog ini kerana banyak sebab musibabnya. 

Gambar saya juga sengaja ditiadakan di posting ini. Saya sedar tidak patut gambar tersebut (sangat seksi untuk orang bersusia 40an (awal 40an seperti saya)) diletak diblog ini.

Sekian, datanglah berkelah beramai-ramai...hilangkan penat, cipta kenangan lalu.

Jan: Pada setiap pepohanan kayu, juga helaian daun ditiup bayu, ada rindu...dan DENDAM!

Thursday, June 21, 2012

Hobi mengumpul setem

Saya berhenti daripada hobi ini (secara mendadak) sebaik sahaja menjejak kaki ke sekolah menengah. Berada di sekolah menengah (Sekolah Menengah Tengku Mahmud) membuatkan saya perlu berhadapan dengan banyak perkara baru. Di tingkatan 1, dunia saya lebih luas dan kompleks. Di sinilah saya berhenti daripada menjadi seorang pengumpul setem. Saya tidak mengambil keputusan untuk berhenti, ia terjadi begitu saja.


Sebenarnya saya berniat menulis entry ini apabila ketika saya mengemaskan barang, saya terjumpa buku setem lama saya (rujuk gambar di atas) yang berusia lebih daripada 30 tahun ini. Buku ini telah lama berada dengan saya kerana memang saya membawanya bersama saya pada setiap kali saya berpindah randah sehinggalah saya berumur 38 tahun (kini awal 40an). Ketika saya menatapnya...maka terimbaulah kenangan lalu...

Saya membeli buku setem ini di Kota Bharu ketika pergi berjalan-jalan bersama keluarga. Pada masa tersebut manalah ada terjual buku setem di pekan saya tinggal, Pekan Jerteh, Besut. Pada masa tersebut hanya ada satu sahaja kedai buku di Jerteh dan ianya tidak pula menjual buku setem.




Masih lagi saya teringat betapa gembiranya saya ketika dapat membeli buku tersebut. Hanya saya dan tuhan yang tahu. Saya ingat pada masa tersebut saya telah mengunting kertas tisu basuh tangan dan tampalkan kepada muka hadapan dalam buku ini (lihat gambar di atas). Saya berhati-hati menggunakan gam sebab bunga di kertas tisu ini sangat nipis. 

Rupa-rupanya semenjak kecil lagi saya merupakan seorang lelaki yang halus dalam kerja tangan, banyak berbeza dengan kebanyakan lelaki yang saya dengar sangat pandai dalam `kerja kaki'...


Saya ada mengumpul setem dari serata dunia. Kadang-kadang sengaja saya jadi pen pall dan menulis kepada kawan di luar negera. Saya ingat lagi ada pen pall saya kirim gambar dia yang berbikini. He he he. Namun saya tidak sampai umur lagi pada masa tersebut. Saya hanya pandai menikmati pantai yang cantik dan bukannya menikmati badan yang cantik. Haaa...


Setiap setem ada cerita. Ya cerita yang hanya saya sahaja tahu. Contohnya lihat gambar di atas. Setem-setem tersebut saya beli sendiri di Pejabat Pos Kampung Raja. Ada di antaranya saya naik basikal BMX untuk ke pejabat pos. Bila beli setem saya selalunya terus cium cepat-cepat depan kerani pos, sebab bau setem baru yang baru dikerat best, jadi stim kalau hidu. Tapi bukan stim jenis ghairah. Pada masa tu saya belum sampai umur (saya sampai umur masa tingkatan 5, lepas exam SPM).

Saya bukan sahaja mengumpul setem negeri dalam negara Malaysia sahaja, tetapi juga ASEAN dan luar negara yang jauh, contohnya seperti Kanada dan China. Mungkin pada masa tersebut kalau ada planet lain selain bumi (kalau mereka menggunakan sisitem pos guna setem), nescaya saya juga akan mengumpul setem dari planet mereka juga. Namun saya rasa mereka lebih maju daripada kita, mungkin mereka ketawa terbahak-bahak bila tahu kita masih menggunakan setem. He he he.


Gambar di atas pula adalah setem lama, ada setem yang semasa Malaysia zaman Malaya dahulu. Cantik setem ini, saya dapatinya dari rumah datuk saya. Setem lama nampaknya lebih halus lukisannya (tidak semua).

Saya rasa sudah sampai masanya saya mahu menjual album setem ini kepada sesiapa yang berminat. Di dalamnya ada 272 setem yamg menarik.

Saya tidak pandai hendak bercerita bagaimana seronoknya bila kita kumpul setem. Kalaulah keseronokan tersebut boleh daya berpanjangan... Bila saya dewasa banyak perkara lain lagi yang berlaku menimpa saya dan yang saya terpaksa hadapi. Namun saya tetap bersyukur kerana saya mempunyai zaman kanak-kanak yang manis walaupun bila dewasa kemanisan tersebuk menawar... Ya, saya tetap bersyukur...

Jan: Tak sangka saya akan berakhir sebagai seorang pengumpul duka...

Wednesday, June 20, 2012

Diari seorang pensyarah: Berkawad


JOHAN: Pembarisan Hari Kebangsaan Daerah Rompin 2007 


Seminggu sebelum pasukan QE menjalankan penyiasatan 5S, saya giat mengemas bilik saya yang berselerakan. Tidak mahulah pula apabila pemeriksaan dilakukan nanti, hasilnya bilik saya dikatogerikan tidak kemas dan tidak selamat. Saya mengaku memang dalam keadaan biasa bilik saya tidaklah sentiasa kemas (walaupun setiap semester sepanjang 5 tahun bilik saya sentiasa dicalonkan oleh dekan dan timbalan dekan sebagai bilik terpilih).

Semasa saya mengemas saya tertatap piala kemenangan saya. Dan saya mengimbau kenangan...saya suka.

Kali ini saya mahu bercerita bagaimana berdebarnya saya sepanjang setahun semasa saya belum disahkan jawatannya. Semasa di Kolej Shahputra (kini kolej universiti) saya disahkan jawatan dengan amat mudah, namun di UNITEN untuk disahkan jawatan sebagi pensyarah, selain daripada saya wajib hasilkan kertas kerja (dan bentangkannya di seminar), saya juga mesti aktif dalam kerja non academic. Haaa...

saya sedaya upaya akan sertai mana-mana projek atau majlis. Ini penting supaya supaya dekan dan kolej tahu akan kewujudan saya. Maka pantang ada projek yang diwar-warkan saya join. Kebetulan pula waktu kerja (jam kerja) saya waktu itu ciput sahaja. Sekarang sudah banyak...

Saya banyak join projek, contohnya saya mencemar diri membasuh sekolah sekitar Pekan yang dilanda banjir. Aktiviti sebegini ada masanya ia membawa saya beraksi di pentas di UNITEN Putrajaya. Pada masa itu saya di suruh bawak watak harimau (tapi saya rasa watak kucing). Sampai kini saya masih keliru sama ada watak saya kucing liar atau kucing mengada. Namun saya mendapat sorakan gemuruh. Saya ingat kata-kata Azniza, saya seorang penghibur. Saya teringat juga kata-kata Nor Zuki Wan Isa (kawan baik semasa di UM) yang saya sesuai bekerja di kelab-kelab malam.

Saya malas nak cerita pasal kejadian di pentas UNITEN Putrajaya. Saya malu.

Kali ini saya hendak bercerita mengenai bagaimana saya sertai Pembarisan Hari Kebangsaan Daerah Ropin 2007. Bayangkan saya belajar berkawad. Saya ni berjalan pun tak betul. Namun saya tetap juga join pembarisan yang terdiri daripada hanya 2 orang pensyarah sahaja. Peserta lain daripada bahagian sokongan dan juga pengurusan. Kira wakil pensyarah laaa (pada hal tak ada sapa suruh pun).

Cuba bayangkan saya berkawat. Saya disuruh berjalan macam robot dan paling geram ialah kena sama dengan rakan-rakan yang lain! Langkah sama dengan kawan-kawan lain, angkat tangan tabik semuanya kena sama. Ya hampir sebulan selepas mengajar, pada waktu petang ketika pekerja lain balik ke rumah, saya dengan motornya meluru ke padang. Berlatih.

Setiap kali berkawat rasa jantung nak pecah dan darah menyirap naik. Namun saya kurang tiga kilo akibat latihan kawat tersebut dan juga saya mendapat banyak jerawat (sebab berjemur). Haa..

Berlatih kawad ni juru latihnya suka pekik-pekit. Suka jerit-jerit kuat-kuat. Kadang-kadang terkeluar bahasa kasar. Namun saya tidak pernah dijeritkan walaupun saya rasa sayalah paling buat banyak kesalahan. Kadang-kadang kiri kanan pun saya tertukar. Mungkin saya tidak diherit dan dimarahi sebab saya berstatus lecturer? Atau kalau saya tak jadi lecturer segala kambing rimau keluar dari mulut jurulatih tersebut? Atau kerana saya handsum? Mungkin juga...entah.

Untuk memantapkan lagi persembahan, saya berlatih juga di rumah. Nak ke dapur saya berkawad, nak ke bilik air saya berkawad. Bukan apa bimbang takut kerana kesalahan kita pasukan kita tak menang.

Namun pasukan saya menang! Johan gitu. memang kecut bila semua pasukan berkawad sebab ada di antara pasukan memang dah biasa sangat berkawad seperti bomba dan seangkatan dengannya. Namun semasa berkawad saya di tempatkan di bahagian tengah, mungkin untuk meminuimakan kesilapan. Kalau duduk tepi tersilap langkah, oarang akan nampak.

Saya tidak menyesal kerana menjalani latihan berkawad. Ia sesuatu yang baru ...(yang sumpah saya tak akan buat lagi).

Jan: Pernahkah anda berkawad?

Monday, June 18, 2012

Suntikan BCG dan batuk kering

Masih segar di ingatan semasa saya di darjah 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Raja (SKKR) . Pada masa tersebut saya dan kawan-kawan kecut perut apabila datangnya sebuah Landrover ke sekolah. Landrover tersebut membawa doktor dan misi (jururawat). Saya rasa sesiapa seangkatan dengan saya pasti ingat apabila cikgu beritahu kita kena buat suntikan BCG, kita takut. 

Kita takut jarum dan misi yang tidak berdiet itu. Kita nampak jarum besar jea...Ingat tak?

Lepas tu kita ejek kawan kita yang menangis apabila kita kena suntik. Lepas tu kita deman tiga hari bila BCG kita bernanah dan akhirnya tinggal parut. Ingat tak kita ketawakan kawan kita sebab parut BCG dia besar! He he, tak cantik bila pakai baju lengankurang (sleeveless) nanti.

Wah indahnya kenangan lalu...(pulak dah)

Sebenarnya suntikan tersebut adalah vaksin BCG (Basille Calmetee et Guerrin). Ia mengandungi kuman Tubercule Bacillius (kuman batuk kering) yang tak aktif. Kuman baik inilah yang akan lawan kuman batuk kering yang jahat nanti. Pelikkan ada kuman baik dan jahat, macam manusia la. Ada yang jahat ada yang puaka. 

Sebenarnya WHO iaitu badan kesihatan dunialah yang mencadangkan suntikan ini diberi kepada penduduk di negara-negara yang banyak kes batuk kering. Dan ianya terutama di negara yang tidak maju atau sedang membangun. Negara maju tidak pula disuntik rakyatnya. Pelik tak? Mungkin negara maju dah bersih kot. Banyak penyakit mereka dah hapuskan dengan cara hidup yang sihat... Ini pendapat saya jea, saya bukan doktor.

Di Malaysia memang kuman ini disuntikan kepada bayi yang baru dilahirkan agar ia tahan daripada jangkitan kuman batuk kering. Dan sekali lagi bila kita darjah 6. 



Namun sekarang bila darjah 6 dah tak ada lagi suntikan tersebut. Zaman saya dulu bila darjah 6 kena suntik sekali lagi, jadi saya ada 2 parut BCG.

Saya ingat lagi betapa lajunya kawan saya lari ke padang sekolah sambil menangis. Ada yang menangis semasa beratur untuk disuntik. Cuma saya jea lain sikit. Terus meraung dalam kelas sebaik sahaja cikgu beritahu SEMUA orang kena suntik.

Jan: Mungkin sejak dariapada kecil lagi hidup saya sering berendan air mata...(sedih la pulak...)

Tuberkulosis


Nama tajuk entry ini ialah nama sejenis penyakit yang berbahaya, ia bukanlah sejenis permainan kanak-kanak atau sejenis baja organik. 

Di kampung saya ia dipanggil penyakit Tibi atau juga popular dengan nama batuk kering. Mungkin kerana apabila selalu batuk badan jadi kurus kering. Maka batuk keringlah, jika batuk jadi gemuk, batuk gemuklah kot... He.

Kultur (tisu) Mycobacterium Tuberkulosis


Semasa balik kampung tempohari, saya ke Hospital Besar Jerteh untuk menemani mak jumpa kawannya. Saya mengambil kesempatan berdialog dengan seorang jururawat. Beliau ada menjawab beberapa soalan saya mengenai penyakit Tibi (Saya seperti wartawan kesihatan).

Penyakit Tibi ini bahaya kerana jika tak dirawat akan membawa maut. Di Malaysia dahulu penyakit ini terkenal tetapi selepasnya tidak terkenal kerana berjaya dirawat dan dikurangkan, namun kini kembali popular. Kata jururawat tersebut faktor utama penyebaran semula penyakit ini ialah kerana dibawa oleh pendatang asing (yang tidak disaring kesihatannya, mungkin pendatang haram).

Penyakit Tibi ini bukan sahaja menyerang paru-paru tertapi semua bahagian badan kita yang penting seperti gambar di bawah: 


Bahagian badan yang diserang tibi


Sebab itulah jemaah jumaat tersebut berundur ke belakang kerana di sebelahnya ada warga asing yang batuk-batuk. Dia bimbang takut dijangkiti Tibi. Ya tiada penyakit yang berjangkit, tiada bala di bulan safar tetapi kita hendaklah berusaha melari/mengelak diri dari dijangkiti. 

Saya pun sebenarnya naik bimbang juga sebab di kawasan saya tinggal ada juga pekerja asing. Pekerja yang masuk dengan permit memang diperiksa kesihatannya, yang tanpa izin inilah dikhuatiri membawa penyakit.

Jan: Tidak semua batuk kering adalah Tibi...Haa...

Apa ini?


Gambar ini saya ambik daripada internate...apakah ini? Penting ke tahu? Boleh tak kalau tak nak tahu?

Namun kerananya saya telah lihat seorang jemaah jumaat mengundur ke belakang saf semasa hendak sembahyang jumaat. Saya terus bertanya kenapa tidak duduk di saf tersebut? Dia beritahu dengan sopan.

Jawapnnya buat saya juga terasa sesuatu ketika sedang sembahyang jumaat itu... 

Jan: Haaa apa dia?

Ipomoea Batatas

Suka tak makan ubi? 

Ubi keledek (juga dikenali sebagai ubi jalar, ubi jawa, ubi ketela, ubi setela dan ubi rambat) ataupun nama saintifiknya Ipomoea batatas ialah sejenis ubi yang manis dan boleh didapati di pasar. (sumber cilok: daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas). 



Kepada yang hanya tahu makan tetapi tidak mengenali apa yang dimakan, gambar di atas adalah ubi keledek. Orang kampung dan keluarga saya memenggilnya dengan nama setela (sukukata `la' dibunyikan `le'). Buat masa ini ubi setela adalah hasil tanaman ayah saya.  

Semasa saya balik kampung tempoh hari, ayah saya tengah menuai hasil. Kalau kita tanam ubi ini dalam 3 hingga 4 bulan kira dah dapat hasil (katogeri penanaman jangka pendek).


Kalau kita berbudi pada manusia belum tentunya manusia tersebut berterima kasih atau membalas budi. Bukan kita harap sangat tetapi setidaknya berlalulah begitu sahaja, jangan sebelum nak buang kita mereka khianati, aniayai dan hina kita. Tinggallah kita dalam diam, kita fahamlah orang sudah jemu (baca dengan nada sedih...)

Memang saya serba kekurangan tetapi saya yang serba kurang inilah....bla-bla...(malas nak mengunkit, takut ternangis di depan komputer, sapa nak nolong?)

Pada masa itu saya hanya tahu menangis-menangis dan menangis dengan tidak malunya (sepert jantan tak guna menangis konon, kawin dengan anak aku satu sen tak keluar uwang, malah uwangnya habis kau kikis...bla-bala...).

Saya menagis kerana tak berdaya nak pegang setereng kereta yang bulat (ada ke yang tiga segi?|) Saya tidak berdaya bawa kereta. Saya meraung di tepi jalan dalam perjalanan ke tempat kerja (adegan yang macam drama swasta tu...). Memang saya tidak daya nak pandu kereta ke tempat kerja. Sehingga saya berhenti di tepi jalan dan menangis macam keluarga yang anaknya tidak berjaya jadi juara dalam program realiti (anak dia tak berjaya dalam SPM, dia tak menangis, tak berjaya habis quran kecil dia tak nangis juga).

Dan saya ingat lagi saya terpaksa berpura untuk menipu bila seorang pensyarah perihatin sebagai rakan  pensyarah  berhentikan keretanya di tepi jalan (kerana melihat kereta saya tersadai di tepi jalan). Dia lihat saya terkulai layu stim macam orang laluk. Saya beritahu saya menangis kononnya kerana menerima berita buruk dari keluarga di kampung. Tak semena-mena saya beritahu bapak saudara saya yang pelihara saya daripada kecil yang sakit TB meninggal dunia sebentar tadi. Padahal saya dipelihara oleh ayah saya sendiri, dan pak saudara saya itu sihat walafiat lagi....

Namun pada masa tu saya lembik lotek (terlalu lemah) untuk meneruskan perjalanan ke kampus. Namun saya gagahi juga dengan membawa 30 km sejam (macam kita bawak di kawasan sekolah bila baru dapat lesen tu).

Kesian pulak kat pensyarah yang selalu bentang kertas kerja di seminar antarabangsa tersebut ditipu hidup-hidup. Dan saya selepas itu berjanji pada diri akan minta nmaaf pada hari raya. namun dah 3 hari raya berlalu...he he he.

Hanya allah yang tahu betapa runtuhnya hidup dan harapan hidup saya. Semua seperti hilang. Semua seperti semua pergi. Saya hanya menyebut "Ya allah aku tak percaya atas apa yang terjadi".

Dan dalam half alive itu lah saya bersumpah dengan nama tuhan suatu hari nanti dia akan hilang segala-galanya juga kerana ia aniayai orang seperti saya... Saya bersumpah tiada sekuman (saiz kecil) kasih sayang akan mendekatinya. Saya bersumpah atas segala kebaikan yang saya buat di atas dunia ini. Daripada kebaikan pertama yang saya lakukan sehingga terkini, semuanya saya pertaruhkan. Segalanya termasuk nyawa saya...



Kelihatan pekerja kampung yang diupah oleh ayah saya untuk mengeluarkan ubi keledek tersebut. Saya tidak tahu bagaimana nak ambil ubi dalam tanah. Macam mana nak pastikan tidak terputus atau tertinggal ubi tersebut dalam tanah? Haaa...

Semuanya ada cara...kita mungkin tak pandai. Hanya pandai makan ubi keledek tersebut.


"Ala sukimang, kau makan ubi macam orang kampung laaa" Ada suara sumbang sumbing yang mengata saya di asrama UM 20 tahun dulu sebab saya bawa ubi keledek ke hostel. Saya bawa daripada kampung. Kawan-kawan saya yang perasan bandar tu komen saya sambil mereka mengambil ubi keledek saya (yang saya goren ) dan cicah dengan sos (sos saya juga). Piring tempat letak ubi dan sos tu pun saya punya juga...he


Sedap direbus atau goreng.



Gambat-gambar dipukul dengan mengunakan kamera di handpon Nokia X2, saya beli RM350, dah setahun lebih usianya.

Apa khasiat ubi keledek? Dari pembacaan saya selain ia boleh tambah tenaga, ia juga boleh ubadi fibroid. Fibroid ni ketumbuhan pada dinding rahim. Malas saya nak ulans panjang-panjang sebab lepas ni saya nak gi makan nasi. Nanti tak lalu...



Gambar dia atas ialah  daun ubi keledek yang sedap dimakan kambing atau manusia. Kambing makan begitu saja, kalau manusia, mereka biasanya mengambil pucuk muda untuk dijadikan gulai. Kalau nak makan begitu sahaja pun tak apa. Kenapa kita perlu malu? Kambing boleh buat. He 


Ini bukan pekerja Bangla tetapi anak saudara saya. Dia kurus macam saya masa saya muda dulu...dan seperti saya dia juga ramai peminat. 

Pernah semasa kami berdua ke pasar malam, ada kawan-kawan perempuan panggil anak saudara saya dengan tak malunya. Budak perempuan sekarang gatalnya begitu ke? Ya allah jangan lah terlalu lalu perigi mencari timba atau buat gimik sangat.

Apa-apa pun masa remaja memang seronok bukan sahaja bila berpandangan mata berdebar-debar tetapi juga tak payah bayar rumah, kereta, kad kredit, bil air-api-astro-handpone dan sebagainya. Haaa.

Sekian sahaja...

Jan: Tajuk posting ini sebenarnya "Budi kutabur berkubur, kasih kusemai, aku tersepai..." 

.