"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, November 29, 2016

UPSR: Tidak puas hati format baru 2016

Image result for keputusan peperiksaan upsr 2016


"Hanya sedikit sahaja yang dapat semua `A'". Kata kawan saya sambil memucungkan mulut persis Cik Wok (watak dalam Tiga Dara Pinggitan, Majalah Gila-Gila). Saya rasa jika dia terus memuncungkan mulutnya begitu, dia akan cepat tua. Atau jadi badut.

Kawan saya tidak setuju benar dengan format baru UPSR tersebut. Katanya mesti ada yang `tak kena' dengan format baru tersebut sambil menyalahkan beberapa ahli politik (termasuk isteri ahli politik itu tutut dipersalahkan, he he he), dan juga ahli akademik yang `mencipta', format tersebut.

Walaupun kisah UPSR 2016 telah lama berlalu, dia tetap menimbulkan isu ini kerana tidak puas hati. Mungkin dia lebih gembira bila ramai yang dapat `A".

Saya diam sahaja sebab saya setuju benar dengan format baru yang pada pendapat saya `kenapa dari dulu lagi tak buat format sebegini...". Tetapi saya diam sahaja sebab biarlah kawan saya itu meluahkan perasaan tidakpuashatinya, tersebut. Kenapa pula saya kena jirus minyak tanah kepada api?

Bagi saya baguslah ramai tidak dapat `A', kerana biar pelajar-pelajar kita yang benar-benar layak sahaja dapat semua `A'. Biar ia jadi satu pengukuran yang standard. Dan dengan penerimaan pakai format ini sudah terbukti terdapat lebih kurang 4000 sahaja pelajar kita yang cerdik `A' ni. Biarlah itu saja jadi jumlah sebenar daripada berpuluh ribu orang yang dapat `A'.

Kita kena terima hakikat, hanya lebih kurang 4000 orang sahaja.

Maknanya format baru tersebut tidak salah. Itu yang saya fikirkan. Sebab objektifnya jelas lagi tersuluh. Buat apa ramai dapat `A' tetapi masyarakat yang dilahirkan tetap menuju jahanam.

Mengenai cara perlaksanaannya, tempoh masa, beban kepada pelajar dan guru, dan lain-lain isu yang timbul tersebut adalah suatu perkara `lain'. Yang nyata format ini sangat elok.

Benda elok payah orang nak terima, lebih senang cari benda yang tak elok yang terbit dari benda elok tadi... Haaa...





Friday, November 25, 2016

Pembunuhan sudah menjadi kes biasa di Malaysia...

Image result for murderer with knife


Pada zaman 60an dan 70an pembunuhan adalah kes yang mengerikan, dan amat luarbiasa kesan daripada pemberitaannya. Namun pengakuan jujur kawan saya [semasa kami sedang makan ciken cop di sebuah keda ala westeng,] mengejutkan saya. Dia beritahu dan meramalkan pada suatu masa nanti [yang tidak berapa lama lagi] akan ada orang mati dibunuh setiap hari di Malaysia. Pengakuan beliau ini lebih mengerikan daripada berita pembunuhan yang saya baca di dada akhbar. 

Adakah pembangunan ekonomi, kemajuan hidup mengejar kecemerlangan dan terbaik ada kaitannya dengan pertambahan kes pembunuhan di Malaysia? Adakah ini peringkat-peringkat ke arah kewujudan negara maju apabila kemajuan itu tidak dapat diturut sertakan oleh khalayak warganegara? Yang akhirnya hidup tidak terurus dan akhirnya tertekan, dan membawa kepada pembunuhan.

Kalau nak jawab soalan di atas dengan main `tuduh-tuduh', ia tentu menampakan ketidakrasionalan kita. Dan kadang-kadang apa yang kita `rasa' atau `berpendapat' dengan jawapan kita tersebut sama sekali tidak benar. 

Ambil contoh, kes bunuh diri yang sedang meningkat. Ramai beranggapan banyak faktor yang menyumbangkan ke arah itu. Tekanan ekonomi la, masalah keluarga la, masalah pasangan la... sambil kita mengambil lewa faktor `kesunyian' sebagai penyebab utama membunuh diri.. Tidak boleh kita katakan membunuh diri kerana tertekan dan miskin kerana orang kaya juga membunuh diri dan hidup tertekan (tertekan cara dia laaa...). Kesunyian itu bermaksud tiada teman bicara yang sesuai untuk luahkan perasaan dan mendapat nasihat. Sebabnya? Sebabnya ramai yang mengejar KPI dan hidup mementingkan diri dan kebendaan. Alamak agak panjang pulak isu bunuh diri ini dihuraikan...

Kawan saya sudah tidak ngeri melihat perubahan masyarakat apabila membaca akhbar, mengetahui berita pembunuhan. Contohnya bagaimana teman lelaki membunuh anak kekasihnya. Benda ni mudah dilihat. Maksud saya lihat dengan mendalam kemungkinan seorang perempuan yang ada `teman lelaki'. Sebab masyarakat sekarang perempuan muka buruk pun ada teman lelaki. Jenis perempuan yang suka ikut jantan ni berlambak sama dengan berlambaknya jantan yang tidak berguna...

Jadi betul la kawan saya kata kan itu, pembunuhan sudah menjadi perkara biasa... Cuma dalam hati saya ia tetap luarbiasa sebab tidak ada orang yang berhak mengambil nyawa kita, dan dalam agama pun kita tiada hak untuk ambil nyawa kita sendiri...

Abang Jan: Juga terbunuh...tetapi tak mati...bernyaea tapi tak bernyawa. He he he. (pulak dah)

Tuesday, November 22, 2016

Nasib anak yang tak pandai...kumpul `A'. (Kisah UPSR kita)

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Ramai kawan-kawan saya bercerita mengenai kejayaan anak mereka yang dapat banyak `A' dalam peperiksaan. Saya tumpang gembira sebab itu adalah berita yang baik dan patut diraikan. Walaupun ramai yang bersetuju `A' bukanlah segala-galanya tetapi hakikatnya mereka mahu anak mereka TETAP mendapat semua `A'! Saya ulangi `TETAP'!.

Sebenarnya ramai juga di kalangan kawan saya yang berjaya dalam hidup (berjaya dalam hidup yang saya maksudkan ialah dapat kerja yang bagus dan banyak duit. Rumahtangga tunggang-langgang, hutang banyak, tak perihatain terhadap pasangan, anak-anak terbiar dan unsur-unsur lain tak diambil kira di sini) terdiri daripada mereka yang dapat result yang `biasa-biasa' sahaja pada zaman persekolahannya. Namun mereka tetap mahu anak-anak mereka mendapat `A' kerana mereka sedar persaingan sangat sengit untuk mendapatkan kehidupan yang selesa, apatah lagi mewah pada zaman ini.

Dan mereka juga semakin sedar keperluan untuk tidak sekadar untuk mendapat semua `A'. Mereka sedar terdapat nilai etika lain yang harus ditanam ke dalam diri anak-anak mereka. Mereka mula sudah sangat sedar. Mereka sudah sanggup menghantar anak mereka ke kem-kem motivasi (pada musim cuti) dengan berharapan anak mereka jadi orang.

[Ibubapa yang masih tak sedar-sedar kita tak boleh buat apa-apalah sebab kesedaran wujud dalam diri masing-masing. Kalau ibubapa sendiri pemalas, susahlah masa depan anak-anak mereka...].

Mungkin dulu lain, mungkin dulu yang resultnya `biasa-biasa' dapat kecapi hidup yang mewah kerana persaingan pada masa dahulu tidak sesengit pada masa sekarang. Orang kata lain dulu-lain sekarang, lain ulu lain parangnya, atau lain suami, lain isterinya (tapi mungkin lain isteri tapi suami sama, he he he).

Saya tidak pernah menjadi seorang bapa, tetapi saya mudah faham kenapa ibubapa mahu anaknya cemerlang dalam pelajaran. Sebab kecemerlangan dalam pelajaran masih ada kolerasi yang sangat kuat dengan kejayaan dalam hidup. Orang yang kata pelajaran tidak penting untuk menjadi kaya bukan sahaja bodoh tetapi buta. Sebabnya matlamat kita bukan saja mahu jadi kaya tetapi banyak matlamat lain lagi. Contohnya kita mahu juga ketenangan dalam hidup. Dan juga kita selalu kena ingat banyak perkara yang penting dalam hidup masih tidak lagi terjual di pasaran/kedai.

Tetapi bagaimana nasib anak yang tidak banyak mengumpul `A'?. Di sinilah tugas ibubapa membentuk kembali. Berikan semangat dan tanamkan harapan. Jangan anak tersebut terus diabaikan dengan hanya menumpukan kepada anak yang ada potensi besar. Jangan rasa kecewa. Sebab kot-kot nanti anak inilah (yang tak cemerlang dalam pelajaran) yang dok jaga kita pada kitamasa tua. [Sebab anak kita yang pandai (belajar cemerlang) kawin dengan orang putih dan hidup mewah moden di USA...haaa)

Saya nasihati sayanglah anak anda yang paling bodoh (kalau kebodohan itu anda ukur dengan berapa `A' mereka dapat).

Tepuk dada tanya pendita...







The positive power of negative thinking...

saja letak...

Bukannya semua perkara boleh kita positifkan. bukan semua perkara kita boleh selindung dengan berfikir positif. Dan dalam banyak kejadian buruk berlaku, banyak juga berlaku kerana kita tidak berfikir negatif.

Sebab hidup bukan seperti dalam buku atau panduan di internat, kita sangat memerlukan penilaian minda daripada.

" Look on the bright side Man" Kata kawan saya apabila saya memperkatakan isu ramai pekerja balik tidak menepati masa. Maksud saya pukul 6 petang masih berada di pejabat.

Tetapi maaf cakaplah, saya langsung tak nampak `the bright side'nya apabila pasangan balik lewat petang. Sebab tentunya letih bila banyak kerja, balik rumah semua tak jadi kerja. Dan kerja di rumah bukannya senang atau remeh. Kena melawan perasaan. Saya tetap melihat banyak yang negatif jika kita pulang lewat.

Memang kita dianjurkan berfikiran positif supaya kita tidak tertekan dan bersemangat untuk lalui hidup. Tapi adakalanya berfikiran negatif menjadi panduan dan `pagari' hidup kita dari anasir yang tidak elok. Keputusan yang mendukacitakan... 

Kita kena jangka kesusahan akan berlaku jika kita...

Kalau semua orang berfikiran positif, tak tercipta laa payung terjun!


Related image

Thursday, November 17, 2016

Kad/surat dari Z

Salam sejahtera. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. 

Saya di sini sihat sejahtera. 

Surat/kad ini sampai dua, tiga hari yang lalu...

Sekarang di Malaysia, sudah tiba musim hujan. Musim hujan membawa kesuraman, namun kedatangan surat/kad ini membawa ceria.

Ketika surat/kad jemputan ini sampai, saya sedang mengharungi minggu ke lima untuk semester 2, 2015/2016. Pelajar sudah menjalani quiz 1 dan mid Termg exam...

Adnan dan isterinya akan mengerjakan umrah, bertolak 18hb/11 ini. Adik saya Salina sedang rungsing dengan hasil pencapaian pelajaran anaknya dalam UPSR.

Sekali lagi, dan sebenarnya entah berapa kali saya rasa bersalah dan minta maaf kerana sering mengecewakan.

Saya mengambil berat dan menghargai jemputan ini, (dan jemputan-jemputan sebelum ini). Jemputan ini bukan calang-calang bagi saya. Buat hati saya tersenyum, gembira. 

Sehingga kini kita masih tidak dapat berjumpa. Insyallah di lain kali kita dapat berjumpa.

Semuga Allah selalu memberi kekuatan dan rahmat pada kehidupan Z.




Friday, November 11, 2016

Saya boleh mengawal mimpi saya...tapi ia tidak semestinya berakhir dengan bahagia...

Image result for in my dreams
Add caption

"Dalam mimpi itu saya sedar bahawasanya saya sedang bermimpi, saya masih ingat dalam mimpi itu saya berdoa sungguh-sungguh agar pagi tak akan kunjung tiba..."


- Abang Jan

SAYA mula menyedari kebolehan saya mengawal mimpi, apabila saya berpisah dengan orang yang saya paling sayang (katogeri bukan keluarga). Namun tidak pula setiap mimpi itu dapat saya kawal. Kebanyakan mimpi saya hanya tahu bahawasanya saya sedang bermimpi dan tidak ada rasa untuk kawal mimpi saya. 

Mimpi masih merupakan suatu yang tidak dapat dihuraikan sepenuhnya oleh ahli sains. Namun hasil pembacaan saya, memang ada manusia yang boleh kawal mimpi mereka. Ia tidak mustahil kerana kajian saintifik tentang mimpi masih belum terungkai sepenuhnya.

Mimpi dalam bentuk bukan sains kita boleh namakan juga sebagai alam ghaib yang ajaib.

Saya pernah bermimpi saya dikejar nyamuk besar, sebesar anjing. Saya berlari dengan laju dan memasuki sebuah istana lama. Saya naik setingkat demi setingkat sambil berlari. Ketika sedang berlari barulah saya tersedar saya sebenarnya dalam mimpi. Namun nyamuk sebesar anjing tersebut masih terus mengejar/terbang saya. Sehinggalah saya sudah sampai ke tingkat terakhir saya mengambil keputusan untuk terjun dari tingkat tersebut. Saya terpaksa.

Semasa saya sedang jatuh saya terus berdoa `Tumbuh sayap-tumbuh sayap'. Dan ketika jasad saya seolah terasa melayang jatuh tiba-tiba tumbuh sepasang sayang yang putih lembut dan cantik di belakang bahu saya. Lalu saya terbang!.

Saya juga pernah bermimpi berjumpa kembali dengan orang yang paling saya sayang (katogeri bukan keluarga). Pastilah saya tahu itu hanyalah sebuah mimpi sebab mustahil kami boleh berjumpa lagi (kerana keadaan dan diri kami sudah tidak diri yang dulu lagi. Dan perjumpaan itu harus saya hindarkan kerana sakitnya nanti saya yang tanggung bukan dia).

Namun dalam mimpi tersebut saya sukar untuk melepaskan dia untuk dia kembali kepada anak dan suaminya. Sebab saya rasa bahagia. Walaupun saya tahu dia sudah bersuami dan ada anak-anak, walaupun saya tahu ia adalah sebuah mimpi...saya tetap berdoa...agar pagi jangan meragut kebahagian saya.

"Pagi jangan datang, matahari jangan muncul. jangan datang dan jangan muncul pagi dan matahari... jangan kunjung tiba pagi dan matahari...biarkan aku bahagia di sini"

Saya ceritakan mimpi itu kepada kawan saya. Dia beritahu kalau pagi dan matahari tidak muncul-muncul, saya akan mati dalam tidur...

He he he...

Wednesday, November 9, 2016

Kesabaran dalam membina laman: Bahagian sisi belakang

SEBELUM


KESABARAN penting jika tiada duit. Maksud saya kesabaran dalam membina laman. Jika berduit kita terus sahaja boleh capai impian membina laman yang kita kehendaki dalam waktu yang singkat sahaja. Contohnya terus beli pokok yang besar. Upah kontroktor yang mahir.

Saya tidak buat tembok di belakang rumah disebabkan kekangan duit. Sebenarnya saya sudah memanggil kontraktor untuk kira berapa kos bagi sepanjang 150- 167 kaki tersebut. Dan barulah saya sedar saya tidak mampu. Kosnya terlalu tinggi sebab kawasan yang mahu ditembok panjang sangat.

(Sebenarnya ini bukan laman belakang tetapi laman sisi rumah bahagian belakang sebab tanah saya besar sedikit hala ke sisi, hala ke belakang)

Dan saya juga panggil kontraktor untuk kira kos jika saya mahu tanam derngan pokok-pokor pagar dan buat langskap sedikit. Tapi mahal juga rupanya.

Maka saya fikir saya harus menanam sendiri pokok-pokok untuk mendamaikan laman. Suapaya tidaklah nampak sangat belakang rumah jiran saya.

Sedikit demi sedikit dengan kesabaran dan keletihan (sebab semuanya biat sendiri) saya bina laman ini. Sehinggalah hasilnya seperti di bawah. Taklah cantik dan mahal macam rumah jiran-jiran lain tapi sekadar dapat wujudkan suasana nyaman dan menghijau...


SELEPAS

Ringkasnya elemen kesabaran penting... Sabar juga untuk menjaganya...alahai...

Tuesday, November 8, 2016

Untuk sekali lagi?

KEHIPUPAN memang macam-macam. Saya beritahu kawan saya jika dia rujuk semula dengan bekas suaminya (yang kemudiannya dia memang rujuk!), saya tak mahu lagi mendengar sebarang masalah rumahtangganya. Saya tidak mahu dengar langsung.

Sebab itulah apabila dia rujuk semula, dia tidak pernah lagi menyebut mengenai permasalahan rumahtangganya kepada saya, walaupun saya tahu gerenti ada semula!. 

Bagi saya tiada peluang kedua sebab `tergamak' musnahkan peluang yang ada itu (peluang pertama) sudah cukup untuk tunjukan kita perangai dia yang sebenarnya...

Image result for second chance will never be found

"Tak sangka pula belajar tinggi tinggi hingga dapat PHD tapi akhirnya dia jadi bodoh...!" Itulah yang terlintas difikiran saya apabila mendengar dia rujuk semula. Walaupun saya tahu PHD tiada kena mengena dengan kecerdikan mengatur aturan hidup, saya tetap nak kata. He he he.

Payah sangatkah dia nak terima hakikat yang dia sayang salah orang? Payah sangatkah kalau hidup sendiri tetapi ada maruah?.

Cuma beberapa minggu yang lepas apabila kami berbual di talipon, dia `terberitahu' "Biasalah kalau salah kena pukul, bukan awak tak tahu?". Tapi saya tak sambung perbualan itu, saya terus cerita pasal perkara lain. Pasal saya nak jual barang-barang perhiasan rumah saya. Biar lapang macam balai raya.

Saya percaya dia masih lagi mengalami masalah yang sama. Iaitu masalah tak serik-serik.  Mengapa dia masih mahu terima kembali suaminya tersebut...?

Namun dalam masa yang sama saya rasa lega sebab dia tak lah selalu menelefon saya. Dalam diam-dian saya doakan dia berbahagia...(walaupun saya tahu agak mustahil!)

Monday, November 7, 2016

Cara makan durian yang aneh...(bagi saya)

Pada suatu hujung minggu lalu (yang sudah banyak berlalu), saya berkunjung ke rumah kakak. Dan petangnya kami makan banyak makanan, di antaranya ada pulut durian.

Saya dapati anak-anak saudara saya makan pulut durian tidak seperti saya. Mereka makan pulut durian seperti sekumpulan keluarga  `Downtown Abby'. Sangat tertip dan santai.




Mereka tidak mengaul bahan-bahan, iaitu durian, nisan, garam, gula dan santan sekaligus. Mereka cubit-cubit makan seperti lauk.

Maka saya buat satu demo untuk menunjukan cara makan yang betul. Saya gaulkan sekali, saya buang biji durian. saya gaul sepuas hati dan ia kelihatan macam bubur pekat, barulah saya makan. Namun `cara, saya ditolak mentah... Mereka kata nampak kotor.


Sehingga menjilat tapak tangan!

Pada masa kami kecil, semua adik beradik saya gaulkan sekaligus dengan pulut dan kami akan makan ramai-ramai. Beginilah caranya.

Cara anak saudara saya makan itu salah. Ia menjadi suatu yang pelik kepada saya. Dan dalam beberapa minggu juga saya terus terfikirkannya... Emm...

Atau cara sayalah yang salah? He he he

Kos untuk menjadi tua...?

Hujung minggu lepas ketika saya sedang asyik membelek daun pokok kemboja saya, tiba-tiba terlintas di fikiran saya `Apa jadi kat aku bila tua nanti yea?". Saya tertanya-tanya, `Adakah kehidupan saya pada masa hadapan akan bertambah senang?.

Namun pertanyaan itu bukanlah timbul kerana kehidupan saya sekarang adalah susah bebenor. Saya berpendapat dengan `saya yang begini', kehidupan saya ini bolehlah dikira ok. Tidaklah sangat senang atau sangat susah.

Namun pertanyaan itu bagus untuk kita sama-sama fikirkan. Sama ada kita kakitangan kerajaan yang akan dapat pencen (separuh gaji) atau bersara dengan wang KWSP.

Kawan saya berpendapat keperluan pada masa tua nanti tidak semestinya akan jadi lebih kecil (belanjanya) daripada keperluan pada masa muda. Maknanya kita mungkin perlukan lebih banyak wang untuk memastikan kehidupan kita adalah pada tahap selesa.

Pada masa tua nanti:

1. Adakah pembiayaan perumahan kita masih belum selesai?. 

Kalau selesai pun mesti juga kena ada duit untuk baiki atap bocor, saliran paip tak berfungsi ke, atau airkon brokna? (kena baiki rosak tak dapat guna)

2. Adakah kita memerlukan kereta baru kerana kereta kita sudah berusia di mana kos pembaikian sudah menjadi tidak berbaloi?

3. Adakah pinjaman peribadi kita telah dilangsaikan.

4. Adakah wang keperluan makan 3 kali sehari mencukupi dengan andaian inflasi 3% setahun. Maksud saya makan pagi kita nanti akan jadi RM27.50.

5. Adakah kos gajet dan internate mencukupi. Cuba bayangkan keperluan media pada masa hadapan.

6. Kita juga tetap membayar bil air dan elektrik.

7. membayar cukai pintu.

8. Dan mungkin juga kita perlu `hulur' kepada anak-anak.

9. Kos untuk hari perayaan

10. Kos untuk kain baju.

11. Kos untuk menjaga kebun (sebab tak larat, mungkin upah jea).

12. lain-lain kos sebab kita kena bergantung kepada orang lain (contohnya bayar driver untuk perjalanan jauh atau menyuruh orang pergi beli barang untuk kita)

13. Kos kecantikan supaya muka kita yang berkedut ini masih macam muka orang.


Retirement Expenses Pie Graph

Mungkin sebab itulah kita mesti berhati-hati dalam berbelanja. Saya menulis ini juga untuk peringatan saya sendiri sebab saya suka membeli. Saya rasa dalam keturunan saya, hanya ayah saya sahaja tidak suka membeli. Yang lain semuanya kaki membeli walaupun d hanya di kedai RM2.

Tapi saya lupa ingatan bila di supermarket...he he he. 

Friday, November 4, 2016

Saya malas mandi, malas basuh muka, gosok gigi dan tukar baju

Image result for so tired but can't sleep




Semalam balik kuliah lewat malam, saya rasa letih. Sukar untuk cerita bagaimana letihnya minda saya. Seolah semua masalah dunia pendidikan berada di kepala saya saja bebanannya. Tetapi ia (pendidikan) penting apabila saya berpendapat sudah mulai ramai orang yang semakin bodoh tidak boleh diajar di negara kita. Ini.

Saya terus mahu tidor. Namun keputusan untuk tidor itu difikir banyak kali sebab saya bimbang kuman di badan dan di baju akan merebak di katil dan di bantal saya. 

Dan dengan tidak mencuci muka membuatkan ada noda di kulit muka. Saya sudahlah tua, gemuk, tak handsum. Tambah lagi dengan kulit muka yang bernoda (berbintik), saya tidak akan disayangi ramai.

Saya tak mahu gosok gigi...tetapi teringat pula pesanan Dr Mahathir, kesihatan gigi amat penting jadi pemangkin kepada kesihatan badan keseluruhan...

Namun saya tetap rebahkan diri ke tilam dan semakin ligat berfikir. Lepas satu-satu hal yang menjelma. Pelik sungguh walaupun saya letih giler tetapi otak masih tak mahu mengalah. Otak terus aktif.

Sampai satu tahap saya rasa saya perlukan ubat tidor...

Dan saya akhirnya terlelap (sebab terjaga semula pukul tiga pagi). saya bangun terus basuh muka dan tidor kembali...

Image result for so tired but can't sleep


Total Recall: My Unbelievably True Life Story - 2012 (Arnold Schwarzenegger)



14546626




Arnold Schwarzenegger bukanlah pelakon yang saya minati. Dan pada masa-masa lalu saya tidak menyukai lelaki berbadan besar. Saya berpendapat lelaki mestilah `otak'nya yang besar, bukan badannya yang besar. Namun tanggapan ini berubah apabila mendengar berita beliau menjadi gabenor di California, iaitu sebuah lokasi ekonomi yang sangat besar dan memberangsangkan. Berita itu berjaya mencuri perhatian pada perjalanan hidup saya. Yang sibuk. Konon.

Image result for terminator movie

Saya ada melihat lakonannya dalam beberapa filemnya yang terkenal. Namun saya dapati cerita tersebut yang menarik bukannya lakonan beliau. Maksud saya filem lakonannya laku dan terkenal. Satu bentuk filem yang memang laku terutama di negara-negara yang membangun.

Ketika kunjungan saya ke Kedai buku Popular, saya sambar buku ini. Saya telah membacanya sedikit demi sedikit apabila waktu terluang. Saya kagum dengan cara penulisan yang mudah dan menarik (bagi saya). Setakat ini sudah separuh buku ini saya baca dengan memilih chapter-chapter yang saya suka. Dapat saya bayangkan buku ini akan saya baca beberapa kali nanti. Sebagaimana saya baca buku Diari Mat Despecth.

Image result for arnold schwarzenegger movies posters

Dalam buku ini saya dapati beliau mahu menceritakan kepada kita bahawa kejayaan yang beliau perolehi adalah dari keazaman yang kuat dan kerja keras tanpa mengalah jkepada kegagalan. Dan satu ladi belajar benda baru walaupun sukar. Karektor ini memang ada pada orang yang berjaya dan terkenal.

Image result for arnold schwarzenegger as president

Dan dalam buku ini juga ada seakan penjelasan kepada tindakan-tindakan politiknya yang dilakukan semasa jadi gabenor. Sesiapa yang tidak menyukai politik mungkin bosan membeca beberapa chapter mengenai hal ini.

Chapter yang paling menarik tentulah mengenai penglibatannya dalam sukan bina badan, yang katanya pada masa dahulu tidaklah terkenal mana akan bidang ini. Juga sangat menarik mengenai bagaimana beliau mendapat watak-watak dalam filem-filem beliau bintangi.

Seronok juga dapat membaca buku ini. Semalam terpaksa berhenti baca, kena tidor walaupun tak mengantuk... Biasalah.

Image result for arnold schwarzenegger quotes


Thursday, November 3, 2016

"Kerana umur ibu kita mungkin lebih pendek dari umur sibuk kita..."

Saya menulis ini kerana perempuan adalah ibu, perempuan adalah puncak bahagia dunia. Saya menulis kerana kita selalu sibuk bekerja, dan saya juga menulis kerana;

"Kerana umur ibu kita mungkin lebih pendek dari umur sibuk kita..."

Apabila saya dilahirkan, emak saya sudah bekerja. Pada masa itu saya sudah mempunyai seorang kakak, berumur dua tahun. 

Emak saya seorang isteri yang bekerja. Setiap pagi sepanjang minggu emak saya bekerja di hospital atau klinik. Cuma hari jumaat emak saya cuti. Dengan mempunyai dua orang anak (kemudiannya tiga dan kemudian lagi empat), tentulah emak saya sibuk. Sebab beliau bekerja.

Saya tahu emak banyak menolong kewangan keluarga. Ayah saya bukannya mempunyai gaji yang tinggi. Emak dan ayah saya sibuk. Mereka turun pergi kerja sebelum pukul lapan pagi dan pulang pukul empat lebih pada waktu petang. Dan kadang-kadang pukul lima baru pulang. 

Tentu emak saya letih untuk menguruskan hal keluarga. Jangan kata menguruskan hal keluarga senang. Benda yang remehlah membuatkan hati kita sengal sehingga ke tulang. Tentu adik beradik perempuan saya dan pembaca saya (yang bertaraf emak/isteri) mengerti maksud menguruskan rumah bukanlah suatu yang mudah. Rumah harus kelihatan seperti orang duduk (bukan gorila duduk), Rumah bukan sahaja tempat berlindung tetapi tempat damai hati kita. Dapur, ruang tamu, bilik air dan bilik tidur mesti berbeza dengan reban ayam.

Saya rasa sebab itulah emak saya mengajikan pembatu rumah untuk membantu beliau. Emak saya tentu tidak sempat dan letih. Namun kami adik beradik tidak kurang kasih sayang. Sempat juga emak saya memasak makanan untuk keluarga. Sempat juga mengarah pastikan rumah bersih cebek mesti ada di atas kusyen. Lewat petang naik ke rumah basuh kaki dulu. 

Pada malam hari di atas katil besar kami dengar cerita. Sempat bercerita pada waktu malam tentang anak ayam yang di makan musang dan sebagainya. Bila cerita musang, kami adik beradik sangat takut. 

Dan apabila bekalan eklektrik terputus. Emak saya akan menyanyi di bawah samar cahaya pelita atau lilin. Suara emak saya bagus. Sayangnya tidak ada ahli keluarga yang mewarisi suara yang bagus kecuali anak saudara saya Najib. Saya juga tidak mewarisi suara yang bagus, kalau tidak Anuar zain makan hati.

Emak saya juga hampir setiap pagi panaskan air dalam kendi besar biar saya tidak sejuk mandi pagi. air telaga sejuk. Emak saya jadikannya suam...zaman 70an...

Emak sayalah juga manusia yang paling mahu saya bercakap. Suapaya saya belajar bercakap ikut perkembangan umur. Emak saya sengaja melayan saya bercakap pada masa tersebut. Emak mendengar dan menggalakan lagi saya bercakap. Kini saya lebih banyak bercakap untuk orang lain. Saya jauh dari emak. Saya juga jarang bercakap melalui handphon tetapi bersms setiap hari... (saya tidak boleh bercakap lama-lama dalam handpon sebab saya akan menangis macam budak. Sebab saya rindu...)

"Jangan lupa untuk berborak mesra dengan emak kita. Ingatlah dulu mak kitalah yang paling suka mengajak kita bercakap-cakap sejak kita belum mengenal kata-kata..." (baca dengan rasa sayu perenggan ini...ingat masa kecil bagaimana mak kita menatang kita bak minyak yang penuh)

Suatu hari tentu kita tidak dapat bercakap dengan emak kita walau sepatah...

Kata orang mustahil kita tahu isi hati seorang ibu sehinggalah kita menjadi ibu. Kita tidak lalui perit dan rasa hati maka kita andaikan membesarkan anak-anak adalah suatu perkara biasa sehinggalah jeng-jeng jeng kita sendiri membesarkan anak-anak kita.

Tiada di adam dunia cinta semurni mama, seagung mama
Tiada di dalam dunia orang yang patut kita cintai seperti mama...

Saya tidak buat penyelidikan atau pemerhatian yang ketat tetapi saya percaya dewasa ini ramai wanita yang bekerja kerana mereka memang suka berkerja. Mereka ada kelayakan beekerja. Semoga mereka dapat membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.

Kalau kita gagal menjadi ibu yang baik, kesannya anak-anak kita bukan sahaja tidak akan sayangi kita. malah anak-anak kita juga tidak sayangi masyarakat dan kesyukuran atas kehidupan yang diberikan. Jadi salah siapa?

Cuma saya rasa dewasa ini keadaan semakin terbalik kot di mana ramai perempuan berkerja sedangkan suaminya tidak bekerja. atau isteri menjadi penyumbang utama kepada kewangan keluarga, bukannya suami. Ini menyebabkan tugas seorang ibu semakin berat dan mencabar. Mustahil bagi mereka untuk buat terbaik untuk kedua-duanya antara kerjaya dan keluarga.

Mungkin jauh dari sudut hati mereka rela untuk berhenti kerja jika sang suami mampu membayar segalanya kerana mereka juga membayar untuk sesuatu yang wajib ke atas suaminya...

Saya rasa sangat bersyukur kerana mempunyai emak yang begitu baik. Saya anggap ia adalah suatu rezeki yang tidak ternilai. percayalah saya, orang yang paling sayangi kita adalah emak kita. Bukan pasangan kita...atau majikan kita.

Percayalah...(begitu juga dengan orang yang patut paling kita sayangi...ibumu, ibumu dan ibumu!)


Abang Jan: Cinta manusia yang tidak pernah pudar hanyalah dari ibumu...



Image result for mother love




.