"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, February 27, 2015

Perihal senamrobik...

Muka versi tak ikhlas...
 
Semalam para pekerja kena buat senamrobik. Bapak malasnya saya nak senamrobik ni. Muka saya mucung jea. Tapi dengan seluar trek yang ketat, saya gagahi juga.
 
Namun saya tak nafi aktiviti senamrobik ini maha penting. Boleh baiki paru-paru dan jangtung, boleh mengembalikan bentuk tubuh dan menurunkan berat badan jika di amal selalu.
 
Dalam kemalasan maha hebat tu saya memuji juga wujudnya aktiviti sebegini.Taklah tiap hari jadual sama.



 

Bentuk badan kita boleh dikekalkan dan diperhebatkan melalui usia. Lihat Angelina Joli dan Brat Pitt tu, tak pun tengok kak Nita. Kita sebenarnya boleh elak untuk melembar selebar pintu atau tong drum. Kalau bentuk badan dah selebar pintu dan tong dram, mana kepala mana kaki? Amboi sedap saya mengata.

Lagipun jarang kita lihat orang gemuk, cantik. Sangat jarang. Kesian ada la...

Kalau tak, tak laku ubat langsing badan walaupun sebenarnya duit kita yang langsing. He he. Silap-silap kita langsung ke kubur. Sebab dalam pil tu ada racun...

Namun seperti dikatakan tadi senamrobik ini juga baik untuk jantung dan paru-paru. Bukan pasal nak kurus sahaja. Dunia ni bukan berkisarkan berapa berat badan kita kan? (pulak dah...)

Ramai juga kawan saya yang kurus tapi tak cantik pun! Malah tak ada pesonaliti pun...(amboi dalam bab-bab mengata orang, Abang Jan ni boleh tahan jugak kan? He. Jahat.)

Sempat lagi berselfi...he he
 
Mengikut kamus dewan balairaya, senamrobik ini merujuk kepada gerakan senaman yang digerakan mengikuti muzik. Kita akan terkinja-kinja tanpa sekelumit malu untuk mengerakan badan kita supaya akhirnya otot-otot dan otak kita digunakan dan sihat.
 
Seorang cikgu senamrobik yang mempunyai badan mantap akan mengajar kita di depan. Ya lah guru tersebut memang sesuai kerana badan dia mantap membuktikan dia bersenamrobik!. Tak kan la Qu putih nak jual ubat kurus kan? Haa...
 
Di dunia ini kita harus bersenam dan semuga kita bersenang pula di dalam kubur...

Adanya...
 
 
 

Thursday, February 26, 2015

I want a marriage more beautiful than my wedding...

 
 
Dua minggu lepas saya terkejut. Saya benar-benar terkejut dan bukannya buat-buat terkejut. Saya tidak tahu apa yang tuhan mahu saya faham, apa yang tuhan mahu tunjuk kat saya. Saya benar-benar tak tahu. Bukan buat-buat tak tahu.
 
Kalau dilihat dengan mata kasar kawan saya ini bahagia. Pasangan yang secocok dan dua cocok. Saya rasa sangat bangga sebab pasangan ini cantik. Bagai pinang dibelah dua, bukan bagai pinang tersalah belah.
 
Pada masa berbuka puasa beberapa tahun lalu, ketika mereka keluar dari kereta, terdetik di hati saya, "Mengapa tuhan buat laluan hidup saya sukar...orang lain serba serbi senang lenang dengan pasangan masing-masing. Saya ni sepi digigit rindu, tak terjamah...". Itulah gema nurani saya.
 
Kawan saya ini baik. Bila saya deman dia pernah hantar nasi...
 
Perkahwinan mereka meriah dan syahdu, sehingga menitis airmata mengada saya semasa balik dari menghadirinya. Di majlis itu seumpama burung-burung turut menyanyi ria. Sanak saudara dan kanak-kanak degil berlari sana sini... Nyanyian sengau `Selamat pengantin Baru" Anita Sarawak meresap di kalbu...
 
Namun anehnya dia tidak mahu kongsi cerita mengenai perpisahan itu dengan orang ramai... Dan salah seorangnya saya. Saya terkejut sebab dia bercerai...saya tidak terkejut jika ia mahu dirahsiakan dari saya. Saya faham...
 
Perkahwinan yang hampir berusia 10 tahun itu runtuh hancur lebur...jadi debu...
 
Abang Jan: Mereka berpisah setahun yang lalu...
 
 
 
 
 

Wednesday, February 25, 2015

"Let Her Go"

Add caption

"Let Her Go"
Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you’re missin' home
Only know you love her when you let her go
And you let her go

Staring at the bottom of your glass
Hoping one day you'll make a dream last
But dreams come slow and they go so fast

You see her when you close your eyes
Maybe one day you'll understand why
Everything you touch surely dies

But you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

Staring at the ceiling in the dark
Same old empty feeling in your heart
'Cause love comes slow and it goes so fast

Well you see her when you fall asleep
But never to touch and never to keep
'Cause you loved her too much
And you dived too deep

Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

And you let her go (oh, oh, ooh, oh no)
And you let her go (oh, oh, ooh, oh no)
Will you let her go?

'Cause you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

'Cause you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

And you let her go

Bisikan Abang Jan...he he he

He he nak mencelah...jugak


BISIKAN HATI

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatan ku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati

Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang dimana gerangan
Tiada berita ku dapati
Hanya ingatanku dimasa yang lalu

Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

Lagu/lirik: A.R. ISMAIL

Siri Bintang Pujaan: Rafeah Buang







Petang semalam selepas kerja saya singgah saya pergi cocoh duit di CIMB, kemudian saya singgah  ke kedai sederet, ke kedai kaset. Saya agak bertuah kerana di Bandar Muadzam ini ada juga kedai jual CD. Kali ini saya sambar CD Kak Peah (Rafeah Buang).


Ada 32 lagu...


Saya suka dengar lagu Kak Peah, bagi saya suaranya betul-betul suara `perempuan'. Halus, lembut dan mendamaikan. Punya payah nak cari suara sebegini sekarang. Yang ada di pasaran suara yang `dibuat-buat', terkinja jea lebih. Maaf cakaplah.
Namun saya amat terkilan sebab banyak lagu kegemaran saya tercicir. Tak patut betul. Antaranya lagu yang bertajuk `Rinduku Mama' (1987). Juga merupakan tajuk Album penuh terakhir arwah Kak Peah bersama LIFE Rekod. Lagu ini bagus untuk menghargai jasa ibu kita. Bila mendengarnya perasaan kasih sayang kepada ibu akan meruap gitu.

Lagu `Kalau Rindu' ciptaan Almarhum Raja Idris Shah (Sultan Perak sebelum Raja Azlan Shah) pun tak ada... Bertambah geram...

Lagu ini kalau saya dengar, rasa nak terjum telaga. Pelik kan? Syahdu giler...

Cuba pembaca bawa lagu ini, tapi pastikan tak ada sesiapa di sekeliling. Bimbang dia humbang pembaca dalam telaga. He he

 Lagu ini dinyayikan dengan getar di jiwa...


KALAU RINDU

Di masa berpisah
Mengapa hati ku rasa sedih
Jumpa tak lama
Bersua dikau kekasih

Janganlah kau sayu
Airmata jangan dibuang
Kalau rindu
Pesan saja di awan petang

Dendam tetap menggoda
Merayu dalam jiwa
Kasih tak kan lama
Kita bersua jua

Bilakah masanya
Hari yang penuh berbahagia
Kita bersama
Hidup selama-lamanya

Janganlah kau sayu
Airmata jangan dibuang
Kalau rindu
Pesan saja di awan petang

Dendam tetap menggoda
Merayu dalam jiwa
Kasih tak kan lama
Kita bersua jua

Bilakah masanya
Hari yang penuh berbahagia
Kita bersama
Hidup selama-lamanya

Lagu/lirik: RAJA IDRIS SHAH


Lagu ni kalau dengar di tengah malam, mau meraung bulu roma. Sadis betul. Lagu ni ada juga dibawa oleh beberapa penyanyi generasi baru...tapi hasilnya? Hasilnya tak yah nyanyi!

Begitu juga lagu yang meruntum jiwa `Di sebut jangan dikenang jangan" pun tak ada!


DISEBUT JANGAN DIKENANG JANGAN

Sebutir embun menitis
Seribu kuntum mengembang
Sepatah aku berjanji
Kau sebut kau ulang-ulang

Mencurah hujan membatu
Meresap ditelan bumi
Segala sumpah janji mu
Tak satu yang kau tepati

Tiada ku duga
Tiada ungkitan
Bagi mu tuan
Ku rela dilupakan
Ku diumpat jangan
Dikenang jangan

Berlalu kisah di taman
Bak mimpi diganggu siang
Disebut diingat jangan
Tak guna dikenang-kenang

Berlalu kisah di taman
Bak mimpi diganggu siang
Disebut diingat jangan
Tak guna dikenang-kenang

Lagu: IBRAHIM BACHIK
Lirik: ROSLEY HAJI YUSUF

Lagu ini kalau dengar di lebuhraya, mau 180km sejam pecut. Aneh kan?

Lagu "Bisikan hati" pun tak ada...


BISIKAN HATI

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatan ku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati

Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang dimana gerangan
Tiada berita ku dapati
Hanya ingatanku dimasa yang lalu

Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

Lagu/Lirik: A.R. ISMAIL

Namun hati saya terubat bila lagu terbaik lain ada iaitu Hatiku kau curi", "Kenangan di Rantau Abang", " Sepuluh tahun lalu" , "Udang sama udang", dan "Daun-daun berguguran". Lagu-lagu lain bukannya tidak sedap tetapi lagu-lagu seperti "Kalau Rindu" dan "Disebut Jangan dikenang Jangan" dan "Bisikan hati"lah membuatkan arwah Kak Peah sebagai bintang.

Saya minta maaflah...sebab saya tergelak bila lagu "Aku tanya apa khabar menang" AJL, he he he.

Lagu yang sedap mesti menyentuh jiwa!

Pesan anak saudara saya...

"Iman jangan berubah. Nanti sunyi keluarga kita. Nanti kalau iman berubah tak best. Tentu bila bising kena marah..."
 
Itu pesan anak saudara saya. Dia beritahu saya kelakar dan suka berjenaka dan pelik. Syafik adik kepada Najib. Dia gemuk sikit dan suka menjawab mulut kita secara terus terang.
 
"Iman umur 45, tapi Iman selalu hidup gembira dan mahu orang lain pun gembira... Kalu umur Iman 50 pun Iman macam ni" Balas saya kepadanya.
 
Saya sangat sayang kepada nak-anak saudara saya. Kalau boleh saya tidak mahu mereka disentuh duka. Jangan jadi macam saya yang disimbah duka...
 
Namun pastilah setiap insan diduga. Tak kan terlepas walau seorang...
 
Semasa saya memandu di lebuhraya, saya terfikir pesanan anak saudara saya tersebut.

Pesan ayah...

Seminggu berada di kampong, dapat berjumpa dengan seluruh ahli keluarga kecuali keluarga adik perempuan yang tinggal di Ulu Yam, Selangor.
 
Walaupun ayah tidak boleh berdiri, ayah masih lagi dalam keadaan sihat dari segi makan, tengok tv dan bercakap. Ayah akan berkerusi roda untuk ke bilik air dan ke anjung rumah.
 
Emak kelihatan letih menjaga ayah. Kadang-kadang lebih kesian kepada emak yang menjaga ayah berbanding dengan ayah yang sakit. He he he.
 
Ayah beritahu dia beruntung kerana emak bekas jururawat. Emak boleh ambil ubat dan suntik ayah sendiri. Maka emak suntik ayah di punggung, ayah ketakutan dan bertempik macam budak. Ayah takut.
 
Ayah pesan kepada saya:
 
"Abang kena kawin, nanti siapa nak jaga abang bila sakit?"

Monday, February 23, 2015

Tempat jatuh lagikan dikenang...

Campur dengan dua hari cuti raya Cina, seminggu saya bercuti di kampong. Seminggu betul-betul.

Seminggu itu terasa sangat sekejap. Mengapa terasa sekejap sangat?

Betul tak? Memang betul tidak ada tempat lain yang serasi dengan kita kecuali di tempat kita dibesarkan. Jalan-jalan dan pantai di kampong itu adalah hidu nyawa saya.

Walaupun di situlah juga ada cerita tampuk duka, tetapi kembang manisnya mewarnai hidup.

Oleh kerana rumah lama ini berbentuk panjang, mak membuat satu `dapur' kecil di tengah rumah betul-betul membahagi ruang tamu dan dapur.

Emak lebih mementingkan keselesaan dan praktikaliti...bukan lagi kecantikan.

Mungkin mak sudah lenguh gi mari-gi mari. Mak kata senang nak buat air di tengah rumah.

Rancangan sebenar saya tidak mahu balik pada raya Cina kerana mahu ke Johor. Saya telah berjanji dengan kawan mahu ke Johor...


Ayah suka pakai topi...
Tetapi oleh kerana ayah tidak sihat, rancangan itu dibatalkan dengan senang hati.

Kata emak sudah seminggu ayah menggunakan kerusi roda. Ayah tidak boleh berdiri...

Ayah sakit urat dan sendi. Penyakit yang sinonim dengan orang yang sudah berusia.

Ayah  terbaring di ruang tamu menghadap TV, ruang tamu ini sudah bertahun menjadi bilik ayah...

Mungkin lebih selesa berbilik di ruang tamu...

Saya dan ayah tidak bercakap banyak, mungkin ayah dulu-dulu memang begitu...dan anak zaman dulu-dulu begini.

Semasa meninggalkan rumah hati rasa sayu.

Besarnya kasih sayang saya terhadap ayah, saya rela bertukar nyawa...
Hanya allah yang tahu...

Friday, February 13, 2015

Nik Aziz, ‘Tok Guru’ (1931-2015)




"Those who break ties from God are like a wau with a broken string. Even though the wau with the broken string looks great, moving to the left and to the right, flying high upon the wind, it will not last long as it will fall eventually. Compare that to a wau with a string. It’s controlled by the string. So it is with people who break ties with God and those who are tied to God..."

- Nik Aziz, ‘Tok Guru’
February 2010


Abang Jan: He was a great person and indeed a humble leader. Al-Fatihah

Thursday, February 12, 2015

Koleksi nescafe saya...

Gaya 1

Gaya 2
 
1. Sudah tiga bulan saya tidak minum nescafe walaupun seteguk. Konon jaga kesihatan...
 
2. Namun saya tetap mengumpul `Free Gift" dari Nescafe.
 
3. Sebenarnya bukan `free gift' sangat, saya banyak membelinya.
 
4. Duduk saja-saja, saya ubah-ubah kedudukan barangan ini.
 
5. Saya suka mengumpul, nak mengumpul rumah/kereta  tak mampu...
 
 
Abang Jan: juga mengumpul duka...hu hu hu.

Gelap gelemak...

"Macam mana Abang nak hadapinya mak... Terlalu gelap di sini..."

Wednesday, February 11, 2015

Keistimewaan Hotel Ancasa Royal Pekan







Dapat melihat senja  melabuhkan layarnya...

Dia tidak faham-faham...

 
 
 
Saya terkedu sebab bila saya hantar wasap tersebut dia balas bentuk tangan yang buat `best'. Saya gagal...
 
Sebenarnya kata-kata madah yang saya cipta tu khas untuk dia supaya dia balik awal cara/perihatin pada anak-anaknya yang mula dah pandai merayau-rayau di bandar.
 
Kalau balik lewat sampai pukul 6,7 dan 8, bila masa nak jaga anak?
 
Sebenarnya jika orang antar apa-apa madah, nasihat atau ayat hadis atau quaran tu, bawak-bawaklah tengok ke dalam diri sendiri... Jangan dok tengok ke orang lain... Periksa diri dan ucap
 
"terima kasih kerana ingatkan saya..."
 
Huh!
 
 
 
 
 

Monday, February 9, 2015

RON95 atau RON97?

Sejak akhir-akhir ini saya terfikir pasal penggunaan minyak kereta saya. Ini kerana ramai kawan saya tanya "Sudah tukar ke kepada RON97?".
 
Ya, saya guna RON95. Sebabnya senang. Sebabnya sama seperti saya pergi beli kereta enam tahun dulu. Saya beritahu jurujual "Saya nak beli kereta MYvi paling murah tak ada gear. (maksud saya automatic, he he he). Kalau saya duduk di US mungkin saya guna RON87 jea.
 
Saya buta kereta. Saya tidak tahu pasal kereta. Contohnya baru tahun lepas saya tahu bahawa side mirror saya boleh diadjust melalui tekan satu butang di sebelah setereng kereta. Biasanya saya akan turun dari kereta untuk betulkannya.
 
Saya tidak tahu banyak hal lagi yang kalau saya beritahu mungkin saya dikatakan penipu. Tapi saya memang tak tahu. Sepanjang saya beli kereta tidak pernah saya bubuh air dalam kereta sebab saya tak tahu nak bubuh air kat mana dan saya tak tahu nak buka bonet depan kereta... Pernah kawan saya buka...saya pening kepala. Tidak kemas dan tidak teratur. banyak wayar!
 
Bagi saya kereta macam matematik. Tidak menarik perhatian tetapi berguna.
 
Kita kembali pasal RON. Kawan saya beritahu kereta akan cepat rosak jika guna RON95. Kata kawan saya yang kaki kereta (suka bertukar kereta), enjin kereta sedikit semput, bunyi injin semakin kasar dan lembab bila nak memotong dan naik bukit.
 
Saya diam terkedu. Sebenarnya saya tak dapat beza pun enjin kereta yang semput atau tidak sembut, bunyi kereta kasar atau halus. Saya juga jarang memotong (mungkin tak memotong langsung, he hehe). Dan berapa kali laaaa dalam sehari saya nak naik bukit?
 
Namun saya percaya dari segi saintifiknya RON97 lebih baik dari RON95. Dan saya juga tertanya-tanya dalam diri kalau saya tukar kereta kepada Honda HRV nanti, adakah saya guna RON97?
 
 Abang Jan: If your engine designed can coupe with RON95, why use RON97 if the net benefit is better in using 95? Emmm... entahlah
 
 

Melawat anak Maisarah


Kesempatan tengahari itu saya ambil dengan sepenuhnya. Saya dan Adnan ke Hospital Muadzam Shah melawat anak Maisarah yang sakit asma. Sebelum ke hospital pergi ke Tunas Manja beli buah tangan. Ini budaya yang selalu kami praktikan.
 
Kata Maisarah, anaknya yang berumur enam tahun tersebut tidak cukup oksigen. Saya amat bersimpati dengan Maisarah. Saya beritahu Maisarah pada masa saya kecil dulu saya selalu asma. Asma yang teruk sehingga saya menangis. Emak saya sangat susah hati.
 
Maisarah ini rakan sepensyarahan saya semasa di Kolej Shahputra lagi. Beliau adalah seorang yang lemah lembut. Tutur katanya juga tersusun rapi. Jarang ada orang sebegini. 
 
Namun setelah dewasa asma saya itu hilang lenyap. Mula saya darjah lima asma itu hilang sampai kini. Saya bersyukur sangat. Saya harap anak Maisarah akan sembuh seperti saya.
 
Cuma luka di hati saya sahaja tidak sembuh-sembuh...
 
Abang Jan: He he he

Friday, February 6, 2015

400 Resepi Terbaik: Chef Wan

Add caption

Saya tidak pandai memasak. Namun saya memasak juga sekali sekala. Suka bila memasak sebab seolah kita kuasai segalanya.
 
Saya suka membeli dan membelek buku masakan. Saya ada la juga cuba buat sendiri dua tiga masakan yang mudah. Ada yang saya rasa sedap dan ada yang saya buang ke longkang. He he.
 
Ini buku masakan saya yang terbaru. Dihasilkan oleh Chef Wan. Seorang tukang masak yang terkenal dan berilmu. Ramai juga tukang masak yang terkenal tetapi tidak berilmu. Namun Chef Wan bukan sahaja terkenal kerana ilmu yang ada tetapi juga seorang yang ada persona.

Kalaulah saya ada lebih masa terluang, saya akan lebih memasak...masak
 
 
 


The lips...

 
Gambar ini saya edit dengan gilernya
Saya edit mata jadi besar
saya edit bibir jadi tersenyum
saya `slim'kan muka biar nampak runcing
Saya `soft'kan kulit biar nampak licin...
 
Namun hati saya, saya tidak pernah edit...
seinci pun tidak pernah berganjak...
Dialah orang terakhir, saya sayang
sehingga sampai hanya tulang...

Pokok Gelang Tikus dan Pokok Brazillian Ironwood diikat


Minggu lepas ayah dan mak dating melawat saya. Ayah mengikat pokok-pokok saya supaya bila besar nanti terbentuk cantik.




Ayah saya beritahu, ada dahan yang perlu dibuang, ada dahan yang perlu disimpag. Saya mendengar dengan teliti tetapi saya tidak tahu yang mana harus dibuang atau disimpan...



Batik Payang, Kuala Terengganu

Ramai rakyat Malaysia suka berbaju batik. Saya juga suka berbaju batik sebab ianya nampak cantik dan menarik. Kadang-kadang saya rasa tersinggung sebab ramai memuji batik saya cantik, dan bukannya memuji saya...he he he.
 
Berbatik adalah budaya kita. Saya tidak tahu pula bilakah kita mula berbatik. Sejak saya lahir sudah ada batik.
 
 
 
Saya ada juga beberapa helai baju batik kemeja. Saya gayakannya pada hari khamis dan kadang-kadang bila malas menggosok baju, saya gayakan juga selain hari khamis. He he.
 
Setakat ini koleksi batik saya tidak banyak tetapi yang paling saya suka pakai ialah yang paling mahal sebab kainnya halus dan coraknya tidak `over'. Pun begitu saya juga membeli batik yang murah. Ada yang tidak sampai RM100 pun.
 
Terengganu terkenal dengan kain batiknya (selain pantainya yang cantik dan telinga orangnya yang cantik).
 


Balik kampong nan lalu saya singgah setulang ke Kuala Terengganu dan menyambar sehelai batik kemeja. Rambang mata saya sebab banyak yang menarik. Namun saya hanya beli sehelai kerana duit saya yang lebih saya mahu beli kasut sukan....
 
 
Di sini saya bubuh beberapa keeping gambar yang saya pukul di kedai tersebut.

 
Coraknya halus buatan tangan...mungkin tangannya halus jugak sebab sebelum tidor pakai losyen... Mungkin.
 
Ada batik yang dibuat berpasangan, iaitu ada untuk perempuan dan lelaki dalam tone warna dan corak yang sama.
 
Hiduplah batik untuk budaya!

Thursday, February 5, 2015

Orang tak ada iman...

"Orang tak ada iman, tak ada agama memang begitu..." Kata kawan saya yang saya rasa hampir mempunyai segala-galanya dalam hidup kecuali bentuk badan yang menarik. Dan personaliti.
 
Rumah besar, dapat suami ada rupa dan berharta. Dia sendiri berpelajaran tinggi dan hidup jauh dari kesusahan material. Rumah ada beberapa buah dan juga kereta... Lahir atas dulang IKEA.
 
Saya tidak pernah menuduh orang tidak ada iman atau tidak ada hidayah. Sebab saya rasa ianya sesuatu yang kita boleh usaha namun terpulang pada Allah untuk memberikan kepada sesiapa yang dia sudi.
 
Setiap orang berbeza cubaannya...
 
Tidak bolehlah kita menuduh orang seagama dengan kita tidak beriman dan pulaukan mereka begitu sahaja. Kita canang kepada orang sana-sini bahawa si polan itu tidak ada maruah dan sebagainya.
 
Kenapa mereka tidak ada iman dan tidak dapat hidayah? Saya rasa tentu ada kaitan dengan kehidupan mereka lalui berbeza daripada kita. Dan kehidupan sebegitulah yang kita sama-sama ubah dan bantu agar seorang kanak-kanak itu membesar menjadi seorang pemuda dan dewasa yang beriman, sabar dan pasrah.
 
Masyarakat yang terdiri dari isi rumah, parti politik, kerajaan dan NGO perlu berusaha dan mengambil cakna...
 
Saya bukan baik sangat...namun saya berpendapat tidak ada orang yang baik dalam serba-serbi dan begitulah sebaliknya.
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, February 4, 2015

Semoga kalau jadi suami, jadilah suami yang luarbiasa...


1. Kalau saya ada anak, mungkin mereka semua sudah besar panjang.

2. Namun saya hanya ada anak-anak saudara.

3. Anugerah yang tidak ternilai ini saya sambut dengan penuh kegembiraan. Ksyukuran.

4. Azlan (anak kakak saya) dan Najib (anak adik lelaki saya).

5. Mereka sudah menamati SPM mereka. Jadi sementara menunggu keputusan SPM mereka datang melawat saya di Muadzam Shah.

6. Semenjak kecil, kalau cuti mereka dating melawat saya.




Gambar diambil selepas kelas malam


7. Saya ada bawa mereka ke kampus. Biar mereka lihat cara hidup di kampus.

8. Semoga mereka akan minat belajar.





9. Saya juga bawa mereka ke pasaraya dan beli bahan-bahan masakan. Saya beritahu mereka bertanggungjawab memasak.

10.  Saya tidak akan ajar apa-apa. Mereka boleh rujuk buku-buku masakan saya. Boleh pilih apa yang mahu dimasak.

11. Saya beritahu sebenarnya tugas memasak adalah tugas lelaki. Tetapi isteri tolong lakukannya. Maka janganlah ego.


Najib menyediakan bahan masakanAdd caption




Ini hasil masakan mereka, sup dan ayam goring ala KFC


Kami juga ke Pizza Hurt

 
Saya bawa mereka makan di Tong Vilion Hotel...

12. Saya harap mereka jadi suami yang bertanggungjawab dan peka terhadap rumahtangga.... He he he.


13. Saya terlepas peluang untuk jadi suami yang bertanggungjawab. He he he.