"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, August 31, 2008

Konvokesyen ke 11 UNITEN 2008

Bergaya dengan kereta ja, he he he

Pada 23 dan 24 Ogos lalu, UNITEN telah mengadakan konvokesyen kali ke 11 di UNITEN Putrajaya. Setiap jabatan menghantar beberapa wakil untuk majlis tersebut. Rasa gembira amat bila berpeluang menjadi salah seorang `mangsa' iaitu kakitangan akademik yang akan berarak di majlis tersebut.

Gembira sebab ni pertama kali dapat masuk kembali ke majlis konvokesyen setelah menghadirinya pada tahun 1998 kat UM. Tidak sangka sepuluh tahun kemudian dapat masuk lagi dan kali ini sebagai kakitangan akademik pulak, rasa bangga semacam je, sebab dulu kita student kini lecturer pulak.
Bila gema gamelan kedengaran, berdiri jugaklah bulu roma dan ... entahlah payah nak tulis kat sini. Kesimpulannya rasa terharu dalam gembira bagai janda yang lama dah keseorangan tapi tiba-tiba ada orang masuk meminang atau macam bila isteri tiba-tiba dengan redha, rela bermadu! (sedangkan dah lama nak mengutarakan hasrat bermadu tapi takut perang dunia ke 3 berlaku).
Gambar 1: Walaupun bukannya dapat PHD, namun kami gembira dapat hadir pada majlis tu.
Bila beritahu Ja tentang perarakan akademik tu, dia kata dia pun kena gi juga. Ja beritahu dia agak rungsing sebab banyak kerja. Kalau boleh dia nak tukar/ganti dengan pensyarah lain. Saya beritahu saya juga banyak kerja (nak jugak) tapi apa salahnya tinggalkan kerja sekejap dan bergembira. Kerja tak akan habis dan tak bawak ke mati. Saya berikan pelbagai alasan supaya dia pergi, dan alasan tu sendiri kadang-kadang tidak logik bila saya fikir kemudiannya, he he he.
Contoh alasan tak logik.`Duduk lama-lama dalam hutan pun tak best jugak, nanti jadi monyet, he he he.' Tambah saya cuba berjenaka. Saya nampak Ja senyum jugak sikit... Walaupun tak logik kan, kalau begitu tentu monyet-monyet di Muadzam ni berasal daripada manusia. Manusia yang duduk lama-lama dalam hutam Muadzam ni, he he he.
Gambar 2: Tersenyum, ni gambar pukul kat luar bangunan (Dewan Serbaguna (MPH), UNITEN)

Belakang tu nampak bangunan yang dipanggil Dewan Serbaguna. Apa-apa acara besar yang bersesuaian akan diadakan di sini. Saya dari Muadzam akan datang kalu ada majlis besar. Kami datang dari jauh tapi tulah kalau kerja kat universiti yang ada cawangan, kita tak dapat lari dari pergi ke kampus induk bila ada majlis. Kita kena selalu berulang alik sebagai tanda sokongan kepada organisasi.

Kadang-kadang malas jugak kan ulang alik ni. Rasanya dah banyak episod berulang alik dari Muadzam ke Putrajaya ni. Kalau jadi HOD (ketua jabatan) lagilah kena aktif berulang alik. Teringat pulak secara berseloroh seorang HOD kata kot-kot nanti mati terkangkang tengah jalan, he he he.
Gambar 3: Dipukul dalam bangunan tapi bukan dalam dewan konvo.
Seronok tak dapat dibayangkan sebab bagi saya entah bila lagi dapat merasainya. Peristiwa begini bukan dapat kita rasa/berlaku tiap-tiap hari kan.
Sebelum masuk perarakan kami diberi sarapan dulu oleh pihak UNITEN Putrajaya. Saya cuma jamah sepingan nasi lemak, sepinggan mee, 2 bijik karipap dan 2 biji ketayap je sebab takut mengantuk, maklumlah 3 jam dalam dewan.
Masa upacara sarapan seronok dapat jumpa kawan-kawan yang pernah sama-sama berkursus. Sempat juga mengehai-hai antara satu sama lain. Pukul gambar beramai-ramai.

Gambar 4: Muka ja `teduh' je...mungkin teringat buah hati yang tak dapat turut bersama, he he he.
Ja macam biasa, payah nak agak emosinya. Bimbang jugak kalau dia tidak gembira. Namun semahu mungkin saya cuba buat lawak agar dia tak kesepian. Dengan kehadiran Abang Joe, Kak Amali dan juga Nik, taklah bosan sangat kot.
Masa dalam dewan yang memboringkan tu, saya buat jugak lawak bila nampak Ja mengantuk. Lagipun Nik juga request lawak dari saya, katanya mengantuk. Saya buat lawak Simba dan Kelambu, mereka berdekah seketika tapi kawal balik sebab atas pentas nampak dekan sedang perhatikan kami, he he he.
Ada jugak dua tiga kali Ja tersenyum, secara purata Ja gembira jugak rasanya. Saya dah beritahu, maksimakan kegembiraan bila ada peluang. Dan selepas majlis itu kami gi shopping untuk memaksimakan apa yang minima, he he he.
Gambar 5: Ni gambar kat luar bangunan, tersengeh macamlah dapat PHD.
Gambar 6: Gaya sama (tersengeh) latar belakang berbeza...
Rasanya kalau tahun depan nama naik lagi, nak join lagi kalau tak ada projek besar. Seronok jugak berada di dunia baru ni. Ni first time, masa masuk dewan tu rasa semacam je, payah nak terangkan, dan kalau cuba terangkan mungkin gagal, he he he.

Jan: Bila la masuk untuk terima PHD pulak?...

Thursday, August 28, 2008

Kau harung segalanya...

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana dia menghadapinya. Pernah terfikir, jika saya menjadi dia, bagaimana saya nak handle segalanya? Terkena hujan sedikit saya sudah selsema dan lemah badan, dan terbaru kawan-kawan sekerja ketawakan saya bila mengetahui saya terus jumpa doctor sebaik sahaja selepas jatuh daripada tangga.

Apabila saya ada meeting memanjang atau projek, rumah saya seolah kapal Titanic pecah. Pinggang mangkuk dalam sink bertimbum dan pokok-pokok layu tanpa bersiram menandakan kegagalan saya untuk menguruskan masa, (bukan tak cukup masa…).

Namun kawan saya nan satu ini melalui kehidupannya dengan penuh kekebalan, kecekapan dan kesungguhan, penuh keikhlasan dan keredhaan. Dia mengatur hidupnya secantik mungkin, secermat mungkin.
Tidak semua manusia boleh bertahan hidup secara berterusan berjuang dengan keras dan tidak semua manusia boleh bertanggungjawab seperti dia, walaupun manusia itu bernama lelaki…(he he he).

Masih mampu tersenyum…
Daripada pengalaman saya, lebih banyak apa yang terjadi dalam kehidupan kita adalah sesuatu yang kita tidak menjangkannya. Dan kerapkali sangat saya tidak bersedia menghadapinya. Tergesa-gesa dan kelam kabut saya terpaksa lakukan banyak penyesuaian terhadapnya supaya saya boleh sesuaikan diri dengan apa yang terjadi/berlaku. Kadang-kadang rasa sangat tension bila dunia tidak berputar seperti yang kita harapkan, seperti yang kita impikan.

Segalanya atas kepala dia, bermula daripada perkara semudah menghantar kueh ke kedai, sehinggalah kepada tanggungjawab yang besar menjaga keselamatan keluarga. Keselamatan keluarga adalah agenda dirinya yang paling utama. Saya perhatikan setiap kali selesai sesuatu majlis atau kalau ada apa-apa projek, dia akan bergegas balik untuk berada di samping keluarganya. Banyak lagi perkara yang harus dia lakukan demi keluarganya, dia adalah ketua keluarga.

Namun segalanya dia harungi, dia tidak pernah mengeluh…dan dalam keadaan yang paling payah, dia masih mampu tersenyum dalam keletihan...

Teman bicara…
Skrip kehidupannya tidak semudah yang kita selalu `baca’ pada kehidupan kawan-kawan lain (sekurangnya pada yang kita nampak), Tidak selicin kehidupan kebanyakan kawan-kawan kita yang lain, plotnya berbeza. Syukur, sesetengah kawan-kawan kita selepas keluar u, terus dapat kerja yang baik dan lepas tu terus dapat laki/bini, seterusnya terus dapat anak, seterusnya terus dapat adik (kepada anak pertama) dan seterusnya mengikut skrip…)

Namun dia redha, walaupun pastilah jauh di sudut hatinya sebagai seorang perempuan yang normal dia perlukan seorang lelaki hadir dalam jiwanya. Seorang lelaki yang boleh memberi semangat dalam hidupnya, seorang lelaki yang menjadi tempat luahkan segala kegetiran cabaran kehidupan ini, kepayahaan dan sesekali kekecewaan yang sesekala dilaluinya. Seorang yang boleh menerimanya seadanya…teman bicara.

Keluarga adalah segalanya…
Seluruh rasa kasih sayang dan seluruh jumlah cintanya ditumpukan kepada keluarganya. Dalam dunia ini ibunyalah orang yang paling disayanginya. Semenjak ayahnya telah tiada, dia merasakan dialah yang bertanggungjawab membawak kebahagiaan pada ibunya. Dia tidak mahu ibunya keseorangan bertemankan kesunyian. Kerana dia tahu ertinya sunyi dalam kamus kehidupan seorang perempuan… Dia mengerti apabila seseorang perempuan itu kehilangan suami tercinta, seolah-olah sebahagian daripada diri dibawak bersama turut pergi…. Dan dia mahu mengisi kekosongan itu, dia anak yang baik…

Dialah abang, dialah kakak nan satu kepada adiknya. Menjaga anak remaja sedang membesar tidak semudah buat kueh Chara (kueh yang warna hijau ada gula di tengah, kadang kadang ada Chara berlauk, yang warna kuning dan ada lauk di tengah). Namun dia terus juga berusaha, tentulah dia mengalami kepayahan, dan kesabaran seringkali berada di paras hidung.

Tetapi saya percaya dia lakukan yang terbaik supaya emaknya gembira tidak terasa sunyi sangat, dan adik lelakinya supaya menjadi seorang lelaki yang baik dan matang, seorang lelaki yang amat bertanggungjawab seperti ayahnya kerana baginya keluarga adalah segalanya.

Control ayu…
Pada mulanya saya tidak baik dan kenal sangat dengannya. Namun dia popular diantara kami kerana ramai sukakannya, dia ceria dan selalu menolong orang dalam diam.

Dia bukanlah species perempuan yang control ayu, dia adalah dia. Dia akan lakukan apa yang dia percaya, dia akan bertegas bila dia rasa perlu. Kehidupan yang dia lalui memerlukan dia tangkas dan cepat. Kalau dia lemah gemalai atau control ayu, nescaya banyaklah kerja tak jadi buat (kerja tidak dapat diselasaikan).

Dia bukanlah jenis perempuan yang suka menunjuk-nunjuk akan kelebihannya atau jenis yang mahu kehadirannya sentiasa dinampak atau diketahui umum (stail mak datin), dia jenis berfail rendah.
Penampilannya sederhana kerana dia tahu tubuh badannya bukan seperti Aleeza Kasim atau Nasha Aziz. Dia ikhlas terhadap apa yang dia ada, dia menerimanya. Walaupun dia pernah beberapa kali berdiet, namun tetap gagal, he he he (samalah macam saya...). Namun saya percaya dia akan terus mencuba, tidak kah perjalanan hidup ini agak panjang? Manusia akan selalu boleh terus mencuba...
Sebagai bekas penjual kain (pernah jugak rasa nak kembali berjual kain balik kat tempat kerja baru ni, tapi teringat pulak amaran Kamal), saya dapati pemilihan corak dan warna adalah segar dan menarik, tetapi tidak keterlaluan. Ia ceria di mata saya, sesuai dengan bentuk badan dan penampilan. Serba sederhana, walaupun begitu tidaklah sampai macam corak `makcik-makcik’ adanya. Tetap menarik dalam kesederhanaan.

Suasana yang diciptanya…
Untuk rekod, sebenarnya dialah orangnya yang memperkenalkan dan mengaktifkan dunia perlosyenan saya. Saya masih ingat lagi masa kami sama-sama di Pekan, dia menghulurkan sejenis loysen yang mahal (tak ingat jenama apa) untuk saya cuba. Saya colek sikit, wow wanginya, bau perempuan! Saya suka, he he he.
Sekarang rindu pulak suasana berloysen tersebut. Memang seronok berlosyen beramai-ramai, susah nak kata seronoknya kecuali yang terlibat je. Ada ke tempat lain di dunia ni buat acara macam ni? Kami spontan berloysen beramai-ramai sebelum pergi ke kelas, dan kadang-kadang disertai juga oleh D6, Azniza dan P. Dan sesungguhnya saya merinduinya (suasana berloysen tu).

Dia tidak lupa…
Dia antara kawan-kawan saya yang agak `senang'. Namun dia tidaklah kisah untuk jadi tidak senang atau tidak glamour. Saya masih ingat lagi dulu bila masing-masing nak berglamour (di suatu majlis kat Pekan) dia selamba je glamour dengan pinggang magkuk kat belakang majlis (basuh pinggan). Dia seasing lengang baju dan tidak kekok-kekok membasuh pinggang mangkuk, dia buat kerja dengan ceria tak mecok, dia ceria sahaja. Dia tiada sindrom `diva' atau `mak datin'.

Dua minggu lepas, dia menalipon saya semata-mata untuk memaklumkan yang ada kawasan perumahan baru nak dibuka, dia tahu saya sedang mencari rumah kat Kuantan. Walaupun sudah bertahun lebih saya tidak menjadi teman sekerjanya, dia masih lagi tahu apa yang saya paling mahu pada ketika ini.

Akhir kata…
Penulisan yang sedikit ini masih tidak dapat menggambarkan segalanya (dibandingkan dengan lautan luas kehidupan yang dilaluinya, saya hanya membuat setitik coretan sahaja...)

Sebenarnya saya mengakuinya, saya tidak berhak menulis sesuatu mengenai dirinya. Dan sebenarnya memang saya tak mampu… Dia adalah lebih daripada apa yang saya tulis. Jika saya menulis tentang kesabarannya, kesabaran sebenarnya yang ada pada dia adalah lebih besar daripada gambaran dalam penulisan saya. Dan jika saya menulis mengenai kesedihan rasa hati nuraninya tentulah kesedihan yang sebenar yang dialaminya lebih mengigit...


Jankaulu: Ketabahan dan kesusahan hidup yang dia harungi, dia tak pernah cerita kat sapa-sapa, tetapi kita akan ketahuinya jua jika kita melihat menggunakan (melalui) hati…

Wednesday, August 27, 2008

68.89kg!

Nasi goreng pun best, masa ni tak tergelincir lagi...he he he




Lepas tergelincir tangga petang semalam, terus pergi jumpa doktor. Bukan apa timbul soal jawab, rasanya badan letih ke atau tebolah (tidak berhati-hati)?. Apa-apa pun sakit sikit kat paha, lebam. Memang masa tu nak cepat, bila melangkah turun tu rasanya memang kaki dah pijak betul-betul pada anak tangga tu...(tapi pijak tak betul-betul rupanya)



Seperti buah nangka, bedebab jatuhnya. Habis marker bertaburan, kertas atndance budak, buku dan beberapa helai kertas melayang entah ke mana...ya allah sakitnya...(baru ingat tuhan). Beberapa orang student nampak cemas berkejaran datang mengutip kertas dan maker, so saya cepat-cepat bangun (bimbang pulak mereka mengangkat saya, he he he) sambil memeriksa takut seluar koyak, nasib baik tak ada, tapi menahan sakit kat peha.



`Terima kasih', sekejap je saya pandang student tu, nasib baik bukan student saya kalau tak seluruh Muadzam tahu. Memang saya jatuh tak cantik tadi, kata orang kalau kita ada ilmu persilatan katanya kita boleh lakukan teknik sedikit agar jatuh tu meminimakan kecederaan dan jatuh dalam keadaan bergaya.


`Awak kena kurangkan berat badan' kata doktor wanita kecil molek tu,


`Tinggi awak tak sesuai dengan berat badan awak. Jantung ni macam enjin bagi kita, enjin kena sesuai dengan rekabentuk'. Lebih kurang macam tu dia kata. Saya buat-buat khusyuk sambil berfikir mesti kata-kata Dr ni benar sebab dekat lapan tahun dia belajar nak jadi doktor kan.


`Sekarang berat badan awak 85kg, ideal weight awak 68.89 kg'. Dia memberitahu selepas dia kira sesuatu kat kertas. Nak tergelak rasa dengar 68 kg tu, he he he.


Lepas tu beritahu Ja (melalui SMS) pasal kena kurangkan berat badan sampai 68 kg, ja kata banyak tu. Saya jelaskan aku makan tak banyak mana ja, dia jawab gaya makan kot, saya tanya contoh? tapi dia tak jawap-jawap...mungkin dia sibuk.


Dan malamnya apabila pukul satu pagi terasa lapar, buat-buat tak tahu je (biasanya masak maggie, he he he)
Ada ayam goreng lagi, telor dan mayonis, kelihatan ada kacang dan jagung...





Jankaulu: Bulan puasa ni masa buka kenalah kontrol nampaknya...

Tuesday, August 26, 2008

Saya botak...

Masa ni baru nak pukul gambar sendiri, nak tengok bila kepala botak jadi macam mana...

SEMENJAK daripada kecil lagi, tidak pernah saya botakan kepala. Ada juga terkadang terlintas pada zaman remaja dulu (kini akhir remaja dah, he he he) nak botakan kepala tetapi segan silu pulak atas pelbagai sebab. Namun jika sesuatu tu dah akan terjadi, dia akan terjadi juga. Masa berada di Sarawak, lepas bentang paper...peristiwa tersebut terjadi.

Sebenarnya malam tu hanya mahu temankan kawan yang berhajat botakan kepala. Saya bertanya dia `nak bayar niat ke?' Dia ketawa, saja saje je katanya, for the changes katanya... `Tak ada apa-apa pun niat yang terkabul, he he he,' dia seolah berlawak.

Kat kedai saya perhatikan proses pembotakan tersebut. Kepada saya dia nampak ok je. Dan mula timbul fikiran di kepala `kalu aku botak nampak macam mana ya? Ok tak? (nak jugak...he he he)

Ni kes pukul gambar sendiri, nak cari kot-kot ada parut kat kepala, ternyata masa kecil dulu jinak je...

Saya perhatikan hasil pembotakan tersebut, dia nampak lebih matang dan serius. Bukan apa saya bimbang kalau kelihatan seperti perogol bersiri atau berjadual apabila kepala jadi botak.

Pada kepala kawan saya tu saya lihat ada parut-marut, mungkin agaknya dia ganas masa kecil. Mungkin dia kuat memanjat atau berkelahi, he he he. Saya cuba nak tengok ada tak parut kat kepala saya...tak ada.

Sebenarnya bagi sesetengah orang bukan mudah nak botak kan kepala (mereka ada pandangan sendiri mengenainya). Mereka akan fikir banyak kali. Tapi entahlah saya tak fikir banyak pada masa tersebut, saya terus suruh pekedai cina tu cukur je. Lagi pun rambut akan tumbuh kembali, saya damaikan hati saya... (monolog dalaman).

Botak ni bukan kerana nak popular atau satu protes tetapi saja je nak rasa botak

Selepas botak saya lihat dalam cermin kat kedai tersebut, emm... muka saya bertambah bulat, hidung saya kelihatan bertambah besar, dan hairan betul parut jerawat saya semakin nampak jelas. Besar rupanya kuasa pembotakan itu walaupun pada hakikatnya tiada yang berubah kecuali kebotakkan itu sahaja.

Bila sampai ke tempat kerja kawan-kawan tidak ambil pusing sangat, tidak ada yang terkejut atau beri komen. Cuma ada bertanya sama ada saya `membayar niat'. Tetapi menurut seorang pensyarah psikologi, saya tak sesuai berambut botak. Next time jangan buat katanya...he he he.

Betul kata orang... kalu kita dah handsome buat macam mana pun handsome jugak (he he he prasan!).

Sekarang rambut dah sedikit panjang tetapi masih lagi terlalu pendek. Sebenarnya pembotakan hanya untuk suka suka je, untuk rasa perubahan. Sebenarnya kawan-kawan bukan kisah sangat pasal rambut kita, sekadar bertanya sahaja. Kalau kawan kita `kawan' kita, mereka terima je kita botak atau pakai rambut palsu...he he he.

Jankaulu: Sejak botak ni, rasa comel pulak, (pulak dah, he he he)

Monday, August 25, 2008

7 `JANGAN' dalam menulis blog...

Keterangan gambar: Kononnya sedang cari ilham nak tulis blog, he he he...

Atas permintaan seorang sahabat, saya menulis lagi mengenai cara penulisan blog. Pada mulanya permintaan tersebut ditolak kerana rasa tidak layak, tidak ada cukup ilmu. Saya tak ada jumpa dalam buku atau majalah setakat ni mengenai panduan menulis blog yang dapat membentuk pembangunan diri secara langsung. Apa yang ditulis adalah panduan diri sahaja.
Dan saya menambah alasan dengan menyatakan tidak mahu kelihatan mengajar kawan-kawan (yang mungkin lebih tahu berbanding saya tapi tak ada masa nak menulis). Saya tidak mahu kelihatan menunjuk hebat (merendah diri pulak dah, he he he). Tetapi dia terus bersungguh-sungguh dan menyatakan `apa salahnya bukan pasal hebat tak hebat, tulislah dengan ikhlas cara kita menulis...
Maka penulisan ni bertajuknya `7`JANGAN' dalam menulis blog...'. Perkara yang saya elak bila berblog, antaranya:


1) Jangan 5 dalam 1
Penulisan kita bukan seperti iklan syampo rambut dalam tv. Semasa menulis cuba hindari daripada terlalu banyak nak bercerita, jangan sampai 5 dalam 1. Kalau menulis kena tau mesejnya (kalau ada la...). Dan kita yang berada di dalam dunia akademik sedikit sebanyak tentulah mempunyai mesej secara langsung dan tak langsung.
Contohnya kita guna tajuk `Kemeriahan berkelah di Pantai Sepat', tetapi kita bercerita juga (berserta gambar lagi) semasa pergi berkelah di Teluk Cempedak, selepas itu sempat lagi kita bercerita pasal pantai-pantai yang indah di negeri Terengganu...he he he. Sepatutnya fokus Pantai Sepat kan?

Saya cuba hindarkan menulis dengan tak ada banyak sangat cerita di dalamnya tapi setiap cerita berdiri sendiri menyokong cerita utama yang hendak diceritakan. Tentu Adnan bawak banyak cerita daripada tour di di Kelate dan Teranu, tapi buat permulaan dia cerita pasal penginapan dulu kan...? (rujuk penulisan bertajuk `Ke Ganu dan Kelate...' Monday, August 25, 2008, Pangsenam.)


2)Jangan beri pemberat yang sama
Maksud saya dalam cerita kita tulis tu, tak dapat lari daripada wujudnya cerita-cerita kecil yang menyokong cerita besar tadi. Kehadiran cerita-cerita lain dalam cerita adalah penting tetapi jangan pula cerita-cerita tu diceritakan secara sama pentingnya. Macam lagu tak ada chorus, boleh dengar tapi tak sedap, mendatar je.

Contohnya kalau kita guna tajuk `Kemeriahan berkelah di Pantai Sepat' tadi tetapi ceritanya sama banyak mengenai kesedihan kita sebab hilang cincin pusaka masa berkelah tu, he he he. Pemberat cerita patut pada keceriaan masa berkelah. Boleh selit hilang cincin tu tapi sepintas lalu...sebab pemberat cerita harus difokus kepada `keceriaan' (rujuk tajuk).


3)Jangan cerita buruk orang
Kadang-kadang kita juga berasa bertanggungjawab terhadap masyarakat kita, kita mahu membuat kritikan sosial, kita nak mereka jangan berperangai macam sesetengah orang. So kita tulislah perangai buruk seseorang itu, sebagai contoh. Adakah ini betul? (betul kalau kita tahu menggunakan cara yang baik, salah jika kita beremosi dan pakai hentam sahaja). Janganlah letak nama dia, buat-buat la nama samaran atau tukar huruf vokalnya.

Secara umum kita boleh beri kritikan terhadap masyarakat di sekeliling (rujuk kepada penulisan `laki saya...' Sunday, 24 August, 2008, Jankaulu', mengenai ada orang suka kutuk laki sendiri). Kita boleh cerita mengenai keburukan orang tetapi jangan beri nama sebenar dan jangan salahkan individu secara terang-terangan dengan penuh emosi, sebab pembaca blog kita ada pemikiran mereka sendiri.


4)Jangan saja-saja nak menulis
Memang pada mulanya kebanyakan tulisan saya lahir apabila saya mengadap komputer. Pernah buka komputer lepas tu tak ada idea terus tutup balik komputer tersebut. Kita jangan saja-saja nak menulis kerana kita rasa setiap hari kita mesti postingkan sesuatu dalam blog kita. Penulisan juga sesuatu yang seni, ia tak boleh dipaksa-paksi.
Melalui masa, saya banyak simpan kat kepala je dulu kalau terlintas idea mengenai penulisan. Dan sekarang saya kerap bawak buku kecil bila ke mana-mana, he he he. Ada juga kawan cakap saya tulis dan fikir benda yang tak berfaedah. Saya tak berkecil hati, saya percaya lain orang lain pandangannya. Lagipun dia mana ada blog...hehehe.

Saya masih tidak sehebat mana untuk mendapatkan idea secara arus sungai yang datang tak henti-henti. Kalau ada idea sikit saya simpan bahan-bahannya, bila dah buka komputer bolehlah dimasak bahan-bahan tu secukup masa.

5) Jangan ulang cerita

Kecenderungan menulis mengenai sesuatu yang kita suka bukan merupakan satu kesalahan, tetapi mengulang cerita yang sama dengan nada yang sama, lagu yang sama satu kemerengan. Saya ada jugak buat begitu, heheh.

Maksud saya, saya suka pantai dan laut. Saya ada menulis mengenai Bukit Keluang (yang banyak bawak kenangan) sebanyak dua kali (pertama: Bukit Keluang, Besut, Terengganu, Wednesday, June 25, 2008, Jankaulu.), tetapi kali kedua saya banyakkan informasi dan gambar biar ada nilai tambah (rujuk: Bukit Keluang 2: Memunggah Rindu yang galak berbunyi...', Sunday, July 27, 2008, Jankaulu.). Kalau sama mesti something wrong je tak best dan boring. Orang kata kena up grade sikit.


6) Jangan jadi orang lain

Sebenarnya jika kita menulis dalam satu jangkamasa yang lama, kita akan dapat stail kita sendiri, tidak perlu sangat kita cari atau kita bina. Cara pemikiran kita dan gaya kita akan diwakili oleh penulisan kita (penulisan kita secara tidak langsung `bercerita' ataupun `memperkenalkan' diri kita (tanpa kita sedar) yang sebenarnya). Maka saya akhirnya mengaku apa gunanya nak jadi macam orang lain.

Memang benar dulu saya sering rasa malu dan bandingkan blog orang lain yang hebat belaka, ada blog tu tuanmiliknya mempunyai hobi kumpul model kapal terbang sedangkan hobi saya kumpul pokok bunga yang berdaun (tu pun sikit je he he he). Kagum benar bila buka blog orang lain...

Kalu kita cuba meniru stail orang, lama kelamaan tentulah kita `letih' ( jika asyik nak jadi orang lain, atau nak jadi macam blog orang lain). Akhirnya saya bertekad...penulisan saya gaya saya, dan saya bukan orang lain...setiap individu berbeza.

Ada blog kawan saya, saya rasa blog dia berpura, sebab dia yang saya kenali tok gitu...


7)Jangan jadi ahli kalau kita bukan `ahli'

Bagi diri saya, saya lebih senang hati membicarakan hal ekonomi berbanding dengan tiga perkara ini. Pada saya ianya isu sensitif dan saya tak mampu mengupasnya dengan baik. Saya bimbang bukan sahaja mengguris perasaan orang lain tapi lebih parah kalau tersalah fakta dan apa yang saya nyatakan itu sama-sekali tidak benar.


Kalau diperhatikan saya jarang (atau hampir tidak pernah kecuali atas permintaan ramai) membicarakan hal seks, agama dan politik secara terang-terangan. Bagi saya ianya sesuatu yang sensitif, dan saya memang berhajat mengelakannya. Saya tidak mampu mengupasnya dengan baik, saya bukan ahli.

Tujuh perkara tersebut seperti biasa ia adalah panduan bagi diri saya kerana saya percaya sedia perkara ada ilmunya. Tiada paksaan untuk digunapakai bagi individu lain, saya sendiri pun kerap terbabas dengan panduan yang saya cipta sendiri. Walaubagaimanapun adalah satu harapan yang besar ia dapat memberi sedikit panduan untuk kawan-kawan dalam berblog, macam jugalah penulisan saya mengenai blog sebelum ini (rujuk: `7 panduan menulis blog...', Thursday, August 14, 2008, Jankaulu.)

Jan: Payah jugak bagi saya menulis blog sebenarnya, makin lama rasa makin bertanggungjawab atas penulisan yang dibuat...

Laki saya...

Ni gambar sekadar hiasan je, bukannya gambar masa Dr Sharifah kawin.


Sebenarnya tak sampai pun setengah jam kenal Dr Sharifah (bukan nama sebenar) tu, tapi dia dah all out cerita pasar rumahtangga dia kepada saya, dalam dan luar. Memang saya nak minta diri sebab tak sanggup menadah telinga mendengarnya tapi nampak macam biadap pula kalau saya tiba-tiba minta diri, Dr Hassan (juga bukan nama sebenar) pun ada sebelah kami.





Pertemuan sesingkat tu bermula masa bentang kertas kerja di Sarawak tempoh hari. Sebenarnya memang tak nak ingat lagi cerita tu tapi dah berminggu ia antara cerita yang sering berligar diingatan...





`Awak datang sorang ke? tak bawak orang rumah ke?' lantang dan bertenaga Dr Sharifah menyoal saya masa tea break tu, di hadapan orang ramai, di tengah-tengah bilik, beberapa orang menghala muka menengok saya, menunggu jawapan kot?





`Tak, saya datang sorang kali ni, dia sibuk dengan anak-anak..." Pelan-pelan saya menipu cakap tapi kelompok kami dapat mendengarnya. Geram betul la, ni bukannya dewan kuliah, tak payahlah cakap kuat sangat. Huh! Saya terus menuju ke meja dekat sofa, menyambar karipap dan sandwich 2.





`Jom kita duduk'. Dia mengekori saya dan Dr Hassan, suaranya dah mula perlahan. Mungkin Dr Hassan jugak macam saya, tak dapat mengelak. Tapi sangkaan saya meleset, lepas tu Dr Hassan buat-buat talipon dan angkat kaki meninggalkan kami. Betul ke ada orang call dia? tak bunyi pun tadi? atau sama taktik dengan kawan saya guna bila nak keluar mesyuarat bila dah berjela-jela mesyuarat? (dan ternyata tekaan saya semuanya betul, bila saya kemudiannya jumpa Dr Hassan, dia kata memang benar dia berlakon buat-buat ada orang call).





`Laki saya memang teruk, kesian saya. Serba-serbi tak reti nak buat. Tak pandai buat duit. Simpan dua pun tak, anak-anak dah besar, semua guna duit saya. Nak pergi haji hari tu pun semua guna duit saya...' Kata Dr Sharifah kepada saya dengan muka yang tak puashati. Saya mendengar jelah tak tau nak kata apa sambil makan karipap, emm... enak rasa karipap ni sama jugak dengan karipap di semenanjug....., tapi bila dah ada idea saya nak jawab dia sambung pulak...





`Nama je laki bini tapi saya rasa 7 tahun lebih dah kami tak ada apa-apa hubungan perasaan kecuali tanggungjawab saya sebagai isteri, anak-anak pun dah besar, entahlah apa jadi pada dia semakin nak tua semakin tak guna' selamba dia menambah ketidakbergunaan laki dia.





Tak guna? tak kan laki dia tak berguna langsung...he he he.





`Nilah kalu kawin dengan orang yang tak ada pelajaran, ambil SPM pun tak ke mana, laki saya tu tak ada pelajaran, tak nak dengar cadangan orang. Susah kawin dengan orang tak da pelajaran, tak setaraf.' Prof Madya Dr Sharifah menambah lagi.





Tapi kenapa kini baru sma taraf pelajaran tu nak disebut, baru sedar ke? Soalan-demi persoalan berganti. Saya malaslah nak dengar sorang isteri kutuk suami sendiri, nanti bersubahat. Macam mana saya nak lepaskan diri ya? Tak tahan dah. Nanti dia cerita pulak pasal tidak puas seks, kan parah... Dr Sharifah terus menambah butiran mengenai keburukan lakinya, saya angguk-angguk je tapi antara dengar tak dengar, saya berfikir macam mana nak lepaskan diri...





`Hai Janet!', saya buat lakonan dengan tiba-tiba bangun dari kerusi dan melambai kat sorang perempuan cina muda yang melintas kat pintu besar depan bilik tea brek tu (kesian cina berbaju pink tu terpingga-pinga). Saya cepat-cepat minta diri daripada Dr sharifah tadi, dan kata kawan saya tunggu kat luar...





Huh! lega...






jan: rasanya tak payahlah cerita hal buruk pasangan kita kat orang, nanti ternampak jua perangai buruk kita kan... (perangai suka cerita hal buruk orang...).

Bagus jugak ya...

Bagus jugak ya seleberiti barat pelihara anak orang (anak angkat) ya...? lagi bagus anak tu pun bukan dipilih daripada yang muka cute je (yang hitam pun mereka ambik jugak), malah anak tu diambil daripada kebuluran, peperangan dan pelarian. Tak payahlah nak glamour 24 jam dan pentingkan diri sendiri.





`Ah, mereka banyak duit, tak heran..., kot-kot nak publisiti je.' kata kawan ku selamba di pagi hari tadi (sambil mulut dijuihkan dan mata dibulatkan...).





antara seleb yang aktif ngambil anak angkat




Jan: (tapi aku tetap hairan sebab mereka bukan islam pun menolong, he he he.)

Inikah kita?



Dalam banyak situasi, kita jarang fikir apa yang kita cakap. Kita cenderung untuk/selalu cakap apa saja yang kita rasa terlintas difikiran. Bila dan terlintas difikiran, kita pun pakai hembus je. Ini tabiat biasa manusia, tabiat semulajadi kot... Kita banyak bercakap untuk lahirkan pendapat dan perasaan (sama ada puas hati atau tidak) kita.




Kita memang tertarik kepada diri kita sendiri, kelebihan dan kebaikan diri. Kita selalu cakap pasal kita, kita selalu nak bercerita pasal laki kita, anak kita (walaupun pada orang tak ada anak atau laki,...he he he), sekadar contoh. Kita selalu nak cerita yang universiti tempat kita belajar tu terbaik kat Malaysia, muzium kat negeri kita tu terbesar kat Malaysia, malah kedai tom yam kat kampung kita terbest di Malaysia!




Kita masukan gambar mak kita dalam blog kita (tak kan nak masuk gambar mak orang lain pulak kan? he he he). Kita cerita konon bukit kat tepi pantai kat kampung kita tu cantik, rugi kalau tak lawat (pulak dah). Kita pukul gambar tempat kita kerja (tak kan nak pukul gambar tempat orang lain kerja, he he he). Kita letakan gambar anak saudara/anak kita kat blog (tak kan la nak letak anak saudara/atau anak orang lain, he he he).




Kita terus bangkang pendapat orang lain dalam mesyuarat dan hamburkan pendapat kita. Kita selalu cakap kalau kita jadi/berpeluang ketua kita akan buat cara lain, cara kita, kita akan adil. Kita ada rancangan pembangunan yang lebih adil. Kita canang kebaikan projek kita.




jankaulu: Inikah kita?

Friday, August 22, 2008

The Largest Museum in Malaysia

Gambar daripada Internate 1: Kata orang juga antara terbesar di Asia, seni binanya kalah Muzium Negara, he he he (kata saya...).



Muzium ni kita orang Terengganu panggil Muzium Losong, saya pernah beberapa kali pergi melawat muzium ni masa jadi cikgu di PPYIT, Besut. Buat rombongan, sewa sebuah bas datang ke sini (sebagai cikgu kelas kita kenalah kreatif bawak pelajar sana sini bagi pembelajaran luar bilik darjah). Jauhnya dari sekolah hanya lebih kurang 120km, nak bawak mereka ke KL tak mampu.
Untuk rekod, Kompleks Muzium Negeri Terengganu ni orang kata letak dalam kawasan seluas 27 hektar. Dibina di Kg. Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu. Konsep rekabentuk Kompleks Muzium Negeri Terengganu ini telah diilhamkan oleh Yang Mulia Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah (Raja Baharin), yang juga mereka bentuk Masjid `terapung' di Terengganu.




Gambar daripada Internate 2: Rupabentuk menjurus kepada nak mewujudkan sebuah bangunan yang dapat menggambarkan senibina Melayu tempatan, adanya...





Biasanya setiap tahun apabila saya menamakan Muzium ni sebagai antara tempat lawatan, ada di antara pelajar kata boring (padahal mereka tak gi lagi). Ada yang kata dah pergi dan boring...saya jawab `kali ni g dengan cikgu, cikgu janji pasti menarik sesuatu tempat tu kalu cikgu ada' Sebagai cikgu kenalah pandai menjawabnya supaya pelajar kita rasa memang penting kena pergi Muzium tu. Saya rasa setelah 10 tahun mereka akan mengakui kata-kata saya tu..he he he. Tetapi yang penting bagi saya biar mereka ada jati diri, sayang kat raja negeri Terengganu, dan negeri Terengganu. Sapa kata jadi cikgu senang?, bukan setakat ngajar ikut silibus. Banyak unsur lain yang kena terap. Biar pelajar kita jadi orang...



Gambar 1: Singgah juga ke muzium ni semasa lawatan tak rasmi ke rumah Cikgu Karizam (berpeluk tubuh).

Kebetulan sorang cikgu yang mengajar di PPYIT rumahnya kat Kuala Terengganu (antara Besut dan Kuala Terengganu lebih kurang 106 km), so kami cadang bila gi umah beliau turun sekali lagi ke Muzium indah itu buat kali yang keberapa entah (keindahan tak jemu-jemu). Memang indah memang macam istana. Datanglah kalau tak percaya, negeri Terengganu cantik, budaya menarik, orangnya pun not bad, he he he.

Muzium ni banyak fungsinya, ia merupakan rakaman budaya dan siapa kita. Sejarah kena belajar baru tau kita ni dari mana nak ke mana. Dalam muzium ni ada banyak bahagia tapi saya suka bahagian Muzium pasal raja dan juga pasal petroleum yang jumpa kat terengganu. Jangan lupa bahagian kapal dan perahu dan rumah-rumah tradisional. Huh best gila.

Gambar 2: Bersama tiang lampu.


Pelajar yang bersama lawatan ke rumah Cikgu Karizam adalah Mazlan, Naim, Nizu, Che Par, dan Zahari (arwah). Mati hidup balik pun kami tak akan jumpa lagi situasi begini. Sekarang masing masing dah lalui hidup sendiri dan beranak pinak. Cuma kenanganlah yang jadi bukti kami cuba lalui dan menikmati kehidupan sebaik mungkin.





Sebolehnya saya selalu berpesan kepada pelajar supaya belajar rajin-rajin dan nikmati hidup yang berharga ini. Kadang-kadang saya ajar pelajar lihat dunia ni dengan `cara' saya lihat, he he he.



Gambar 3: Masing-masing control...

Gambar 3 ni sesi buat-buat ala model sikit, bergaya dan serius. Tunjukan kehandsoman pada tahap maksima (dibenarkan selagi tidak mengatasi cikgu kita).

Gambar 4: Bergambar dalam keadaan biasa, releks.



Gambar 5: Posing ala-ala artis syarikat rakaman pukul gambar untuk kad raya yang nak dihantar kepada wartawan-wartawan dan peminat

Gambar 5 ni buat-buat mesra konon (agar bila cuci dan tunjukkan dalam kelas nanti ada la yang jelous dan nak gi jugak, he he he).


Gambar 9: Ala balik singgah pulak di Pameran Ketenteraan...





Jankaulu: Kalau ke Kuala Terengganu, selain gi berkelah atau gi beli blah kat Pasar Payang, boleh singgah setulang kat muzium ni...best.


Wednesday, August 20, 2008

Bahagiakah kita? he he he

Gee kata walaupun tasik kekeringan, jangan harap teratai tumbuh di daratan...




Antara soalan yang paling susah nak jawab dengan ringkas ialah `awak bahagia ke tidak? Bila kena tanya begitu rasa semacam je, rasa tak selesa sebab kadang-kadang bahagia itu begitu subjektif sifatnya.







Bahagia itu bukan seperti yang ditunjukan dalam iklan tv, punyai rumah besar, kereta besar, ada bini(kecil), anak comel-comel, kerja gaji mahal, bila berjalan perempuan jelita pandang dan terpesona, pakai kereta besar dan guna minyak wangi mahal...







Kebahagiaan itu bersifat dalaman. Iaitu ada dalam diri kita. Kita tidak boleh senang-senang kata orang itu bahagia jika ia ada segalanya. Kalau kita tidak punyai rumah besar, kalau kita tidak ada suami/isteri, kalau perempuan jelita buat `dont know' je kat kita (padahal 8 kali kita lalu depan dia, he he he), kita mampu pakai Viva je, atau kita pakai minyak attar je, so kita tak kan bahagia? Pastilah jawapannya tidak semestinya kerana kebahagian itu sendiri bukan semata-mata bersifat luaran...ia bersifat dalaman.







Kalau makna bahagia tu kita kabur konsepnya, maka apatah lagi kita nak mengukur sebuah kebahagian itu? dan kebahagain juga rasanya bergantung dengan individu, bergantung kepada perkara yang penting dan menyeronokkan dalam hidup seseorang itu. Namun saya berpendapat dalam bahagia ada unsur seronok dan redha (dengan apa yang ada dan apa yang tiada).







Mempunyai rumah besar tapi sakit poket nak bayar tiap bulan sampai kena jimat makan minum dan sana sini tak best jugak. Ada anak isteri tapi isteri curang dan suami tak pandai berjimat/buat duit susah jugak. Ada anak jadi bohsia dan mat rempit sedih jugak kan. Ada muka handsome tapi orang tak ndak parah jugak (mungkin perangai ego, he he he). Ada kereta besar tapi kena curi, nak gila jugak jadinya, pakai minyak wangi berjenama tapi tak ada kawan-kawan haru jugak...







Sapa yang tidak ada rumah besar, tak ada kereta besar, tak dipandang pun oleh Angelina Jolie, tak berkhawin, tak ada pun minyak wangi mahal dan lain-lain lagi tak semestinya tak bahagia dalam hidup. Kebahagian itu bersifat dalaman, melibatkan perasaan dan hati.



Kalau ada kereta Nissan Sentralah (sebagai contoh je) tapi dalam kepala asyik fokus kepada lebihnya (bestnya) kalau dapat kereta yang lebih besar, dan kecewa kerana tak dapat miliki kereta yang lebih besar, maka tak bahagia jugak. Sifat tak puashati dan payah nak redha buat hati kita `sakit' dan tentulah kita tak bahagia. Orang yang ada kereta kecil atau buruk tapi redha dan bersyukur dengan konsep `ukur baju badan sendiri' bolah jadi akan lebih bahagia!. Tengok magic kan erti bahagia tu... So kalau sapa-sapa yang rasa dia tak bahagia, fikir 8 kali, kot-kot sebenarnya dia boleh bahagia dengan apa yang ada! Dan belajarlah untuk bahagia dengan apa yang ada dan apa yang tiada.



Kebahagian hidup tu adalah apabila kita cuba menggunakan masa, benda, perkara yang ada dengan betul/terbaik pada satu-satu masa dalam kehidupan kita. Ia mengenai sama ada kita gembira/seronok atau tidak pada masa, perkara, benda yang kita rasa tu dalam hidup. Sama ada kita bersyukur atau tidak dengannya. Apa yang kita buat/ada, kita seronok mengenainya, adalah bahagia.






Jan: Kadang-kadang orang tak tau pun yang dia berada dalam bahagia, kita yang tengok nilah rasa berbulu...he he he..

Monday, August 18, 2008

Bukan program realiti...


Gambar 1: Mula menyanyi badan kena stabil supaya lontaran suara terkawal...




Gambar ni bukan daripada program realiti tetapi masa buat persembahan hari guru (tahun 2000) kat PPYIT. Masa jadi guru, bila hari guru rasa kecut perut sebab kita kena sporting dengan murid. Mereka kan minta kita buat persembahan. Bila nama dah kena panggil naik ke atas pentas tentulah kena naik untuk buat persembahan.



Rupanya episod-episod begini akan menjelma berulang kali dalam hidup. Bila dah bertukar kerja ke tempat lain pun kalau ada majlis-majlis atau diner ke kita mungkin kena naik pentas buat persembahan (kalau nasib tak baik), dan biasanya hadirin mahu dengar suara kita bila menyanyi (demand pulak).




Kalau ikut hati nak berpantun je, atau baca sajak tapi mereka nak kita nyanyi. Huh...kalau dapat buat silap mata pun best, tapi takut yang keluar ikan duyung, bukannya arnab putih. he.

Gambar 2: Bila rasa dah selesa sikit, peminat pun dah enjoy, kita mula dapat kekuatan, kaki boleh kita angkat sikit bila time buat chorus lagu.

Memanglah malu bila nyanyi lagi pop depan tuan pengetua dan ustad ustazah. Tapi lagu tu je yang pandai bawak (padahal bawak dengan hancur) masa tu. Masa tu bawak lagu `Gerimis Mengundang' dan `Hijau'.

Nasib baiklah time tu tak ada lagi rancangan-rancangan realiti, kalau tak terduduk rasanya bila dapat komen daripada juri. Nasib baik masa tu guru besar sporting jugak dan dia nyanyi juga bawak lagu Bangawan Solo, boleh tahan juga suaranya...

Gambar 3: Bila dah habis chorus kita kena ikut irama lagu dengan mengelekkan pinggul 45.8 darjah, moga-moga aksi tu dapat menutup kekurangan vokal....he he he

Bila dah dapat majikan terbaru (UNITEN) ni pun kena nyanyi masa malam buat persembahan. Huh! malu betul di depan TNC, dr-dr dan profesor gelak sakan masa tu. Menekan perut mereka ketawa (pelik jugak lagu Titanic tu kan lagu sedih? tak kan mereka tak ada perasaan...)

Masa tu bawak 2 buah lagu dengan hancurnya. Pertama lagu dari filem Titanic `My heart will go on' dan lagu `Hijau' nyanyian Zainal Abidin. Tapi nak buat macam mana, bukan senang nak cari makan dengan halal, lagi pun bukanlah buat sesuatu yang mungkar kan...

Jan: Ada orang nyanyi untuk orang dia sayang sahaja, menyampah!

Di antara kawan, teman dan sahabat...

MEMANG manusia tidak dapat hidup sempurna tanpa kehadiran manusia lain di sekeliling mereka. Superman, Spaiderman, ultraman, hatta Keluangman pun ada mempunyai kawan, teman dan sahabat. Penulisan kali ini mengenai kawan, teman dan sahabat. Semoga selepas membacanya, sedikit sebanyak boleh kita sama-sama berfikir mengenai adanya kehadiran manusia lain di sekeliling kita.
Siapa ya yang boleh kita katogerikan sebagai kawan? Apa beza kawan dengan teman? Sahabat pulak macam mana? Kepada sesetengah orang perbezaan ini tidak penting (contohnya tidak menjejaskan gaji bulanan yang diterima, he he he). Atau pun mereka sudah mampu berbangga jika mempunyai ramai kawan... Bagi mereka teman, kawan dan sahabat sama sahaja, yang penting orang disekeliling tidak menganggu kehidupan mereka...(pulak dah).
Namun apa salahnya kita mendalami sedikit ungkapan yang selalu jugak kita gunapakai tu:
KAWAN KAWAN KAWAN KAWAN KAWAN KAWAN
Kawan lebih merujuk kepada kat mulut sahaja. Biasanya merujuk kepada for the sake of kenal je, mengehai-hai bila berjumpa atau terserempak.
Kala masa sesuai pulak kita ajak mereka ke kedai minum dan berbual-bual kosong (topik tidak berapa serius. Namun begitu fungsi kawan penting, kawan-kawan akan menemani kita, menolong kita, dan boleh buat kita rasa seronok kalau kena caranya. Dalam kehidupan kita memang memerlukan kawan apatahlagi dunia sekarang proses globalisasi rancak berjalan.Kita tidak boleh duduk sorang.
Kawan juga merupakan cermin diri kita, atau dengan erti kata lain kawan boleh dijadikan ukuran diri kita. Maksudnya, secara umum bila seseorang itu ramai kawan boleh la kita katakan ia suatu yang positif. `kalau perangai tidak elok, tak ada orang yang sudi berkawan' dengan kita kan. Tetapi jika ramai orang tidak suka berkawan dengan kita, atau menjauhi kita (atau dipulaukan) mungkin ada sesuatu yang kita boleh baiki pada diri kita kot (tetapi jangan la baiki diri kerana nak diterima orang semata-mata sehingga tidak mempunyai personaliti diri langsung, he he he).
Bila kita berkawan dengan `kawan', biasanya jauh di lubuk hati masih ada keraguan...biasanya kita tidak berani hendak ceritakan rahsia besar yang kita ada, kita bimbang dia bocorkan... atau kita tidak selesa untuk beritahu pandangan kita mengenai hal-hal yang sensitif takut dia tak setuju dan menilai kita pula. Berkawan tidak bermakna semua perkara boleh diceritakan, kan...?
Kawan yang baik sukar dicari...tapi percayalah ianya ada.
TEMAN TEMAN TEMAN TEMAN TEMAN TEMAN TEMAN
Teman pulak lebih kepada sesuatu yang accasionally, mungkin dia teman sepejabat, teman serumah, atau teman berbicara (dan teman tak semestinya jadi kawan). Contohnya semasa saya menyewa sebuah rumah di Petaling Jaya (masa final year kat UM), rumah tersebut memiliki 7 bilik besar (rumah bekas iman masjid besar Petaling Jaya).Terdapat 18 orang pelajar lain dari berbagai fakulti (sewa ramai-ramai supaya bayaran bulanan perindividu jadi rendah). Bila sudah ramai, kita tidak rapat dengan semua orang apatah lagi rumah jadi tempat tidor dan mandi sahaja. Apa yang saya nak beritahu bukan semua penghuni rumah tu jadi kawan saya...sekadar teman serumah je.
Begitu juga teman sekerja kita, tak semua jadi kawan kita kan...kan? walaupun berbuih mulut majikan menyarankan supaya berkawan dengan semua orang di dalam organisasi tetapi kehidupan tidak semudah itu, manusia cenderung mencari kawan berdasarkan kepada beberapa perkara lain (bukan kerana terus berkerja dalam suatu organisasi terus jadi kawan, apatahlagi kalau organisasi besar).
Teman wanita? he he he. Malas nak terangkan, Nabil suruh fikir sendiri...he he he.
SAHABAT SAHABAT SAHABAT SAHABAT SAHABAT
Sahabat mungkin darjat yang paling tinggi jika ungkapan teman, kawan dan sahabat tersebut mahu dikastakan atau dihairakikan. Perkataan sahabat lebih keramat dan suci sifatnya (dan bunyinya juga). Ia sesuatu yang tidak boleh dipaksa atau diusahakan tetapi tubik dari hati kedua-dua yang terlibat. Sahabat merujuk kepada all the time. Ia boleh survive melalui masa, merentasi jarak dan lokasi.
Kita boleh menjadi kawan atau teman secepat kilat tapi untuk wujud menjadi sahabat makan masa, makan pengamatan dan makan persefahaman (tak semestinya persamaan). Bukan senang kita nak menerima orang dalam kehidupan kita dan bukan senang orang lain nak menerima kita dalam hidup mereka. Tetapi di sekitar kita kadang-kadang perkataan sahabat sudah dihilangkan kedaulatannya.
`Ni sahabat saya Sukiman' pakai hembus je perkataan sahabat tu padahal ia masih dalam taraf kawan (baru je kenal 2 minggu, kot-kot teman je)...
Jan: Bukan berniat nak menarafkan orang-orang di sekeliling tapi kadang-kadang janggal sebab sebutan itu tak berbau ikhlasnya...he he he.

Jadi cikgu kat PPYIT


Gambar 1: Ambik peluang bergambar: Di mana mereka ya? Dah beranak pinak kot...







Gambar ni pukul kat bilik guru di Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu (PPYIT), cawangan Besut. Bilik guru ni satu bilik sahaja, dibahagi dua, satu bahagian lelaki satu bahagian perempuan tetapi bagi guru senior kedudukannya agak bercampur sikit antara lelaki perempuan. Guru perempuan semua pakai tudung, he he he. Gambar di atas tu bersama-sama cikgu baru. Masa ni badan kurus lagi, perut pipih je. Cermin mata bulat, rambut macam biasa...tak kemas (tak bersikat).






Gambar 2: Cikgu Haznam, kelakar dalam serius...

Ni pulak dengan cikgu Haznam, masa ni ada majlis so konon2 ambik gambar dengan hadiah-hadiah atas meja. Cikgu Haznam lebih muda, lebih bergaya, dia sebaya dan sekelas dengan adik perempuan saya dulu masa tingkatan 5. Rumah dia pun kat kampung saya juga...

Nampak mesin taip atas meja tu kat belakang. Memang berat punya...kami guna mesin taip tulah, guna juga kertas karbon, nanti nak `gelek' berapa copies dengan mesen penggelek untuk dibuat salinan. Dulu mana ada komputer dan print...


Gambar 3: Pukul gambar kat pokok sena, nak biar nampak notis tu, tapi tak nampak.

Ni dengan cikgu Syukri, kawan baik masa kat sana. Banyak ni nak diceritakan mengenai keistimewaannya (mungkin satu hari boleh cerita). Tapi dulu masa bilik guru dilanda skim ala-ala epay melalui internate dia ada kata `...kekgi dalam bilik guru ni aku dan skimei(sukiman) je yang papa, semua cikgu-cikgu lain kaye ujun taun ni'. Ya, dia dan saya (dan tuan pengetua) je yang tak masuk skim tu, bukan kami dah kaya cuma kami berpendapat tak ada jalan mudah untuk dapat duit, kita mesti kerja keras...

Dan hujung tahun tu, bilik guru dilanda sunyi... tak ada lagi cikgu-cikgu yang bercakap pasal skim tu. Kami pun turut kesian...he he he.


Gambar 4: Pelajar2 `control' maco bila dapat hadiah, saya dan cikgu syukri seluk saku je, tak dapat hadiah. (eh! nampak cikgu lebih kecil (dan `cute') daripada student)

PPYIT ni memang aktif menganjurkan majlis dan acara-acara bukan sahaja di sekolah sendiri tetapi juga aktiviti-aktiviti luar, termasuk bersih kubur, angkat (usung) rumah orang dan terlibat dengan banyak majlis kebajikan2 lain.

Tuan pengetuanya pada masa itu iaitu Tuan guru Haji Yusuf bin Kasim merupakan `orang kuat' di daerah besut dalam meletakkan unsur-unsur insaniah dan jati diri dalam pembangunan dan kebajikan daerah Besut. Dengan cara tidak langsung sekolah yang terdiri daripada guru-guru dan pelajarnya itu boleh belajar banyak perkara dalam kehidupan.


Gambar 4: Cikgu-cikgu sempat jugak bergambar...(kerja tak pulun mana....he he he.)
Ni masa gotong royong bersih kawasan bersebelahan sekolah (kawasan sekolah juga tetapi dipagari berasingan untuk buat kebun buah-buahan). Setiap kelas disediakan satu kawasan yang telah dibahagi kepada guru kelas masing-masing. Tuan pengetua kata tak apa tak siap kerja sebab kawasan sangat luas, yang penting dedahkan pelajar kepada kerja berpasukan dan bersemangat.


Gambar 5: Jangan duduk atas bangku semasa mengajar!

Ni gambar pelajar `curi pukul' dalam kelas. Sebenarnya tak elok sangat cikgu duduk atas meja, apatah lagi kalau punggung besar, bukan sahaja tak elok nampak, tapi kesiankan juga keselamatan bangku tu.

Jan: 5 tahun di PPYIT, banyak mengajar tentang hidup. Semoga kawan2 dan pelajar2 sentiasa berjaya dalam kehidupan...

Friday, August 15, 2008

Pipit terbang keseorangan...

Rasanya dua penulisan terakhir pasal perangai orang cerdik dan pasal panduan menulis blog tidak sesuai untuk pipit, mungkin sesuai untuk enggang. Bimbang pulak nanti pipit terbang keseorangan... (namun sekali sekala kena juga rasanya mengupas/selang-selikan dengan isu yang sedikit berat kan.) Secara peribadi memang saya terarah kepada penulisan yang simple, santai dan ringkas (mungkin pemalas kot, he he he). Tetapi kalau ada subjek-subjek yang besar-besar kita kena juga menulisnya, kalau tak kita siapa lagi?. Biar blog pelbagai rasa perasaan, macam menghidang makanan beraneka juadah (walaupun yang disentuh mungkin hanya satu dua je, he he he). Dan kalaupun kita suka kari, kalau tiap-tiap hari makan kari, rasa nak terbalikan meja pun ada kan? he he he.



Tapi penulisan kali ini nak tulis pasal mak saya. Dalam dunia ni mak sayalah perempuan yang paling saya sayangi. Tajuk penulisan ni ialah `Kasih sayang seorang ibu: Berpanjangan dan kekal abadi'. Sedih pulak tiba-tiba ni (he he he) nak tulis pasal mak.



Mak saya selalu ada dalam diri saya dan juga hadir secara fizikal. Selalu ada bila saya tak tahu arah hidup, bila saya resah, rasa gundah gulana, ada apabila saya tak reti nak buat keputusan. Dia sentiasa ada daripada zaman riang kanak-kanak hingga ke zaman tak berapa riang dewasa. Daripada zaman gerhana saya sampailah pada zaman bersinarnya pelangi petang, ribut petir dan gerimis mengundang, daripada dulu sampai kini.



Masa saya kecut perut nak bentang paper kat Sarawak, dalam talipon dia ada nak bagi `ayat ' biar saya baca supaya hati dan jiwa saya dapat dikawal dan tenang bila bentang. Dia kata baca masa melangkah kaki meninggalkan bilik hotel pada hari pembentangan. Tapi dalam talipon saya tanya `ayat pendek ke panjang?'. he he he bertuah betulkan. Bukan apa kalau ayat panjang masa mana nak hafal, masa mana pulak nak hafal slide prezentation? he he he.



Dan nak dijadikan cerita mak saya ada juga kat rumah adik perempuan saya kat Ulu Yam, Selangor, hari saya nak bertolak (masa mak call dia ada kat Kuantan). Dan pada pukul 4.30 pagi itu saya dikejutkan mak supaya bangun bersiap sebab kereta akan datang bawak ke KLIA. Mak duduk di kerusi menunggu saya bersiap, dan dia juga berdiri dekat grill melambai bila saya bertolak dgn kereta dalam kegelapan pagi tu...



Dalam perjalanan barulah saya teringat mak saya tak dapat tidor lena malam tadi sebab dia lelah (asma)..., adik perempuan saya yang tenggok-tengokkan (saya bangun sekejap tapi dinasihatkan tidor oleh mak saya, katanya saya nak berjalan jauh...). Dan dalam perjalanan itu saya terngiang-ngiang kata-kata ustad Othman (masa saya darjah 5). Syurga itu di bawah tapak kaki ibu... Dan dalam gelap pagi itu saya mengakuinya, sesungguh hati...







Jankaulu: Mawar putih untuk mama..., i love you mum.








Thursday, August 14, 2008

7 panduan menulis blog...



SEMENJAK kehadiran blog ni, pantang waktu rehat atau waktu petang terus buka blog. Kalau ada kesempatan saya menulis, sambil cuba belajar melahirkan pandangan dan pemikiran melalui tulisan (mengenai beberapa perkara yang terlintas). Kadang-kadang tulis simple je, kadang-kadang sedikit berat isinya. Menulis rupanya bukan suatu hal yang senang, ia memerlukan kemahiran. Dan kemahiran itu akan hadir apabila kita rajin menulis dan berusaha memperbaikinya.

Menulis blog ni kira penulisan yang bukan berbentuk peribadi sepenuhnya sebab ia dipublishkan kepada umum. Maknanya ramai yang baca (bukan sahaja kawan-kawan kita, malah mungkin orang yang tak kita kenal langsung, he he he. Dan bila ramai dah baca taklah peribadi sangat sifatnya). Namun daripada segi pemikiran, pandangan dan gambar yang diletak misalnya, masih berbentuk peribadi daripada beberapa segi.

Dalam melahirkan penulisan, perkara yang paling saya khuatir adalah mengenai tahap emosi yang ada. Sifat emosi dan over akan mempengaruhi kesederhanaan atau menghilangkan kebenaran dan fakta, dan tidak boleh dipandukan menjadi ilmu. Maka penulisan saya sedaya upayanya dipagari oleh 7 perkara (yang saya sendiri buat, he he he) yang sebolehnya saya amalkan, antaranya:

Tulis dengan jujur
Seboleh mungkin saya akan menulis pandangan, pendapat, andaian mahu pun rasa ragu-ragu saya itu secara jujur, iaitu telus terus daripada rasa perasaan hati dan fikiran. Janganlah kita menulis untuk saja-saja mendapat persetujuan orang ramai, kononya bila orang ramai setuju akan pandangan kita tu makna betul la pendapat kita tu. (itu bangang rasanya, majority tidak menunjukkan kebenaran, he he he).

Tulis dengan benar
Selain perasaan dan rasa seangkatan dengannya, gambar atau fakta mestilah yang benar. Kalau gambar pasu bunga rumah jiran kita, kita mengaku kita punya itu penipu namanya, he he he. Begitu juga dengan tarikh-tarikh mesti betul dan tepat. Kalau tak sure, tulislah tak sure tarikhnya. Mengenai gambar boleh buat macam Adnan iaitu tulis sekadar hiasan kalau bukan kita yang pukul. Atau letak je tapi jangan mengaku kita punya atau kita yang pukul.

Tulis dengan bahasa kreatif
Bab ni sukar pada saya. Saya bukannya karangkraf punya orang, bukan orang bahasa. Saya cuba berkreatif tapi tak sampai..., selalu jugak saya nak mensyahdukan bahasa namun bahasa saya lemah, saya cuba jugak nak standarkan bahasa tapi loghat tetap ada terserlah. Kalau boleh menulis dengan kreatif ok jugak sebab bahasa itu seni.

Tulis dengan bebas
Saya mahu penulisan saya bebas, sebebas burung di awang. Maksud saya, saya menulis apa saja yang saya suka untuk dimuatkan dalam blog saya, ada masakan, petua, cerita ayam dan lain-lain. Namun saya tak nak blog saya jadi macam buku masakan atau album gambar. Namun kalau sapa-sapa minat mengenai masakan atau suka bergambar tidak ada hal (tidak menjadi kesalahan), itu citarasa sendiri, kegemaran sendiri.

Tulis dengan rela
Bila kita menulis kadang-kadang kawan-kawan kita akan beri respond. Ada yang sokong ada yang tak setuju. Di sini saya amalkan: Kita menulis bukan untuk memaksa orang lain menerima pakai pendapat/pandangan kita apatah lagi untuk suruh orang menilai kita. Kita menulis lahir daripada apa yang kita mahu, kita rasa, percaya dan juga apa yang kita ragui...so what?

Setakat ini saya menerima secara terbuka komen daripada pihak-pihak lain. Orang selalu kata lain belalang lain padangnya. Seharusnyalah manusia mempunyai perbezaan kalau semua sama dunia tak meriah, tak berwarna… tak ada suratkhabarlah.

Apa yang penting usaha untuk cuba berkompromi dengan emosi/pandangan pihak lain (jangan memaksa orang lain terima pendapat kita sebab mereka pun punyai pendapat sendiri yang dipegang kuat macam kita pegang pendapat kita juga). Perbezaan bukan merupakan kekurangan dan kecacatan, dan dalam banyak hal saya tak berniat langsung untuk mengajar org lain memahami hidup saya...atau pandangan saya.

Tulis dengan senyum
Ni pun payah saya nak ikut walaupun saya yang letak ciri-ciri ini. Paling sukar untuk saya amalkan kerana kadang-kadang penulisan juga sebenarnya lahir daripada rasa ketidakpuasan hati dan tidak selesanya jiwa. Maka apabila kita menulis ia bercampur dengan emosi, jadi terover. Pepatah orang Cina ada mengatakan iaitu jangan menulis apabila marah, ya la saya ingat tapi kadang-kadang saya beremosi jugak bukan saja kepada sekitaran tapi pada diri sendiri.

Tulis dengan pendek
Sebolehnya penulisan dalam bentuk pendek dan padat. Kalu tulis panjang-panjang jadi novel pulak kan, he he he. Pun begitu kalau beremosi atau subjeknya berat kadang saya terpanjang…. huh boring! Tapi ada yang suka panjang…

Tulah antara 7 panduan yang saya cuba ikut (kadang-kadang tak terikut jugak, he he he). Namun banyak lagi sebenarnya etika dalam berblog rasanya. Etika berbeza mungkin dipegang oleh orang yang berbeza. Namun memang kita boleh menulis terus apa yang kita fikir, atau kita boleh pakai hembus je ikut mulut apa yang ada kat kepala. Namun kalau ada masa berilah sedikit penapisan dan saringan agar ia terkawal dan membentuk imej kita.


Jan: Pernah dulu tulis surat cinta 18 helai, depan belakang. Tapi tetap ditolak. He he he. Sekarang malas nak tulis walau sebaris...emm

Sunday, August 10, 2008

Masalah orang cerdik...he he he








INGAT TAK LAGI masa kita di bangku sekolah dulu? Time tahun kita nak ambil periksa besar contohnya SPM atau STPM, cikgu-cikgu selalu ajar dan beri panduan untuk kita berjaya dalam peperiksaan. Berbuih mulut cikgu menekankan teknik-teknik belajar yang betul supaya kita berjaya dalam peperiksaan. Dan time bila result keluar kita selalu baca di dada akhbar pelajar yang berjaya dalam exam tu teruja (kembang hidung) menceritakan teknik-teknik belajar yang mereka amalkan, yang membawa kepada kejayaan mereka dalam peperiksaan.

Apabila tamat alam persekolahan dan peruniversitian, apabila kita mula menapak di dunia nyata keadaannya berbeza. Di dunia nyata ini kemahiran berfikirlah yang membawa kita kepada kejayaan di dalam pekerjaan dan kehidupan amnya (yang akhirnya membawa kepada kesejahteraan, kebahagiaan dan ketenteraman hidup).

Ada orang fikir panjang, ada orang fikir pendek. Ada orang bila fikir pasal orang lain selalu guna acuan yang ada pada dalam diri mereka sendiri (melihat dengan cara mereka sahaja). Ada pulak orang suka fikir pasal orang lain dengan cuba menyelami kehidupan orang yang difikirnya itu. Ada orang pulak memang tak peduli pasal orang lain. Malas nak fikir pasal orang lain (masyarakat), katanya, he he he.

Sampai sekarang saya merasakan cara kita berfikirlah mengambarkan siapa kita (dan nilai kita) dan saya percaya cara kita berfikir memang masih boleh dipertingkatkan, dibaiki lagi (macam kita buat senaman nak bina otot badan). Dan lagi saya percaya cara kita berfikirlah akan membawa kepada kesenangan hati, keyakinan dan rasa benar. Sebenarnya seringkali juga bimbang kalau-kalau cara saya fikir adalah cara lama (tentulah malu di hadapan para pelajar yang terkini dan semasa). Namun saya sendiri tidak pasti adakah cara saya berfikir itu dapat saya kelaskan kepada cara berfikir yang baru dan betul?

Sekarang purata kawan-kawan saya mempunyai kelayakan akademik yang agak tinggi belaka, pada tahap master dan ada yang memiliki PHD. Mereka berada di kolej-kolej dan universiti-universiti, di persekitaran akademik. Namun saya dapati ada di antara individu-individu pintar ini masih mempunyai masalah yang sama jika hendak dibandingkan dengan kawan-kawan saya yang mempunyai pelajaran setakat tingkatan 5 di kampung saya. he he he.

Ia tentu ada kaitan dengan cara mereka berfikir, teknik mereka berfikir. Saya tertanya-tanya apakah sebabnya yang menyebabkan individi yang pintar ini menjadi pemikir yang tidak mahir? pemikir yang emosi? Jom kita berfikir...

Mungkin masalah itu timbul kerana mereka berfikir hanya menggunakan satu cara berfikir sahaja (satu hala). Iaitu mengambil satu sudut pandangan sahaja. Dan mereka akan berpegang kuat kepada pandangan dan pendapat mereka itu (dengan IQ yang mereka ada). Oleh kerana mereka cenderung mempertahankan pandangan-pandangan mereka itu, mereka tidak mahu melihat cara lain atau berfikir dengan lebih luas, terbuka dan mendalam. Mereka cuai dan berpendapat tidak perlu mendengar pendapat/pandangan yang bertentangan dengan mereka.

Individu-individu pandai atau cerdik atau pintar ini sentiasa mahu betul, mereka takut melakukan kesilapan, so mungkin atas sebab itulah mereka banyak berfikir untuk membuktikan orang lain salah kot, he he he. Membuktikan pandangan/cara orang lain itu salah senang je, tapi adakah ianya membuktikan fikiran kita betul?

Kalau boleh mereka kenalah mengaku mereka mungkin salah. Tapi tidak, orang yang cerdik dan ada IQ yang tinggi ni suka menolak pendapat yang bertentangan dengan dirinya. Mereka cenderung mengkritik pendapat-pendapat, pegangan-pegangan dan pandangan-pandangan yang bertentangan dengannya secara hebat (sebab dia pintar).

Mencari kesilapan memang berguna kerana ia dapat menghindarkan kesilapan itu daripada berulang, boleh dijadikan pengajaran, dan kesilapan itu mungkin dapat diperbetulkan, manalah tau kan he he he. Sebenarnya kalau bab-bab nak mengkritik dan menyatakan sesuatu pandangan itu salah taklah perlu kena jadi pandai sangat (apatah lagi jika pintar dan pandai, dengan mudah mereka menggunakan kepintaran mereka untuk membuktikan dan mencari kesalahan berfikir pada orang lain).

Saya yakin orang yang pintar juga boleh jadi pemikir yang selekeh kerana masalah ego. Tak kanlah kita nak betul sahaja walaupun kita pintar. Tapi inilah masalah pada orang pintar, iaitu mereka nak betul saja.

Macam mana kita nak belajar teknik berfikir ya? Sebab ianya penting walaupun kita ada degree, master atau PHD. Kita kena belajar teknik berfikir. Orang mempunyai IQ yang tinggi pun tak semestinya tidak perlu diajar/belajar cara berfikir kan, dan janganlah pulak sapa-sapa yang mempunyai IQ yang rendah rasa tak payah belajar teknik berfikir kerana kononnya mereka tidak ada bakat berfikir, dan tidak akan menjadi pemikir yang hebat...(pulak dah).

Jankaulu:
Tak terniat pun nak ajar kawan, teman dan sahabat teknik berfikir...mereka semua hebat-hebat belaka, he he he.