Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, February 24, 2016

“Setiap dari kita bertanggung jawab atas kehidupan kita sendiri – bukan orang lain.”

Siapa pasangan kita?, berapa gaji kita, besar luas rumah kita, di mana kita tinggal dan apa tanggapan orang terhadap kita adalah ketentuan yang ada kaitrapat dengan usaha datangnya dari diri kita sendiri.

Proses pembentukan diri kitalah akhirnya menyediakan jenis kehidupan yang akan kita lalui. Ada orang berjaya dalam hidup, ada yang tidak berjaya dan ada yang sederhana sahaja. Pun begitu kejayaan bagi setiap orang adalah berbeza. Perasaan puashati juga berbeza antara satu sama lain.

Sebab itulah pada satu tahap dalam kehidupan kita mesti berhenti menyalahkan orang lain atau pihak lain kecuali diri sendiri. Mengaku salah dan mula memulakan kehidupan yang sebaiknya...

Ya, kita bertanggungjawab...

Projek HibiscusAlley@UNITEN.1LOF

Akhirnya berlangsung juga dengan jayanya projek HibiscusAlley@UNITEN.1LOF ini pada 22 Februari 2016 kelmarin. Ini adalah sebahagian daripada gambar yang saya dapat dari kawan-kawan. Sebab masa itu saya sibuk menanam pokok-pokok bunga raya. Kalau tidak, sayalah yang sibuk berselfie sana sini.


Berposing dulu...tanam kemudian

Siapa nak siram pokok aku nanti yea?

Ini pokok bunga raya saya punya, jangan ambik!
Pendaftaran

Saya menolong dekan cara menanam...Kena bubuh tanah dulu dr ...baru pokok, pas tu tanah semula...sebelum siram...haaa

Asyik aku jea jadi MC...

Inilah pokok bunga rayaku..., daunnya berbatik.

Dr bawa bunga warna apa?

Kumbang dan bunga...

Beratnya tak ada orang ke nak tolong angkat?

Pasu kat sana oiii...!

Mana lebih cantik, bunga ke kita orang?

Bila nak start ni? Tak sabar bnak menanam dah!

Model bunga raya terbaik! - Wakil Jabatan 

Meesham  muncul memberi sokongan...terima kasih

Sekitar tanam bunga raya...







Tuesday, February 23, 2016

Saya tidak romantik...

Saya akui walaupun hati saya lembut (jauh lebih lembut daripada sesetengah perempuan) tetapi saya bukan kaki romantik. 

Kalau maksud romantik itu adalah apa yang wanita mahu dalam hubungan, sahlah saya tidak romantik. Saya tahu apa yang wanita suka dan mahukan, tetapi saya tidak galak untuk memenuhinya. Contohnya wanita mahukan perhatian yang mendalam, kalau boleh dia mahu suaminya ungkapkan/lahirkan rasa kasih sayang itu setiap hari. Cukup dengan kata-kata `sayang'.

Mungkin saya jenis yang lebih suka menerima...

Gambar Skima lama...









Anak saudara saya di tepi longkang (gambar lama...)















Mereka semua baru bangun dari tidor...







...suatu yang saya tak pandai...

Saya tidak pandai memulakan perbualan, bukan jenis peramah seperti emak saya. Saya ada pak saudara yang tidak bercakap walaupun dia bukannya bisu. Sumpah ini betul-betul kejadian. Secara semulajadi saya pemalu dan lebih suka duduk sorang diri. He he he. Bila kita duduk sorang diri, kita boleh banyak memerhati. Bila keluarga berkumpul pun, saya jarang bercakap-cakap. Saya lebih suka memerhati.


Yang duduk lending tersebut adalah ayah saya, yang pakai baju merah adalah sepupu saya dan yang duduk menyandar julur kaki adalah abang ipar saya. Saya tidak lama bersama mereka, cuma dalam 5 minit sahaja. Tiada perbualan yang menarik hati saya... He he he.

Ayah saya memang suka bercakap, dia pernah bercakap di hadapan 20,000 orang semasa di Jambori Asia Pasifik di Thailand dulu. Kalau saya mungkin pengsang terus. Ayah saya juga boleh jadi penceramah UMNO. Beliau pernah kerja bawah Biro Penerangan semasa beliau muda dulu.



Sepupu saya juga suka bercakap (rujuk gambar atas), saya asyik juga mendengar ceritanya. Beliau banyak pengalaman sebagai ahli bomba. Banyak cerita yang saya tak boleh letak di dalam blog ini, he he he.



Gambar ini diambil di rumah kakak saya. Jarang sangat dapat berkumpul sebenarnya. tetapi perkara yang paling berharga di dunia ini adalah keluarga. Maka kita mesti berkumpul.


Saya merasa janggal apabila hendak berbual. saya selalu merasakan topik yang saya nak bualkan tidak menarik. Apatah lagi topik yang dibualkan. Kalau saya ada pun, saya hanya mendengar sahaja.

Jan: Namun saya semakin sedar, kita kena luahkan apa yang kita rasa, pendapat kita...sebelum terlambat.

Gambar lama 2006


P Ramlee dah lama buat...


Di negarai barat ramai seleberiti yang mempunyai anak angkat. Ini mungkin terjadi kerana hasrat ingin menolong antara sesama insan. Sifat ini amat mulia kerana ada sesetengah orang, anak sendiri pun tak terjaga...he he he. Jangan marah.

Walaupun berlainan jantina, agama, bangsa dan cara hidup, nilai kemanusiaan tetap ada pada dalam diri manusia. Sebab mereka manusia.

Kepada manusia yang beragama islam, memelihara anak angkat mendapat pahala yang besar. Kata seorang ustad pahalanya besar kerana cuba memberi sebuah kehidupan yang baik kepada seseorang. 




Saya ada mencari maklumat mengenai Tan Sri P. Ramlee. Beliau mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah.

Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)
Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
Betty : Anak angkat
Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)
Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)


Gambar lama


Set cina PML








Cita-cita saya pada masa tua nanti...



Saya berharap apabila saya tua kehidupan saya lebih stabil, aman dan harmoni. Saya akan lebih positif dan berjaya mengawal perasaan saya. Pendek kata saya akan bertambah sabar dan matang. Saya juga akan lebih bijaksana sini situ. Mudah-mudahan. 

Saya juga bercadang untuk melibatkan diri secara langsung dalam pembangunan pendidikan di daerah saya iaitu di daerah Besut. Saya mahu pulang ke Besut apabila saya tua nanti. Saya mahu memainkan peranan yang aktif dalam Persatuan Kebajikan Pelajaran Daerah Besut. 

Tidak mahulah bila sudah bersara pada umur 60 terus hidup tidak produktif dan tidak ria. Pasti ada celah-celah atau lubang-lubang yang boleh kita sumbangkan diri. Buat banyak kebajikan... Bila buka mata di pagi hari, ada saja kerja yang perlu dilakukan. barulah hidup ada makna.

Pada masa tersebut tentulah saya tidak lagi bertongkat ke pawagan. Tidak lagi membeli tupperware atau membelek katealognya. Saya juga tidak akan membeli pasu atau pinggan. Mungkin saya hanya membeli apa yang benar-benar perlu sahaja. 

Orang tua juga adalah sebahagian daripada masyarakat. Janganlah mentang-mentang tua, diketepikan dan dibiarkan bagai orang yang tidak berjasa. Kita selalu diajar supaya menghormatim orang tua. Sepatutnya begitulah bangsa kita dididik. Saling menghormati. Ada nilai penyayang dan bertimbang rasa.

Jan: Saya juga mahu ...






Pulang duduk di kampung?

Saya merasa keanehan wujud dalam jiwa saya. walaupun begitu berjayanya saya bekerja di negeri orang, terdapat perasaan di hati kecil saya yang berkata "Suatu hari nanti aku akan pulang juga duduk di kampung'.

Bunga raya besar

Aishah dan bunga raya besar
Semalam adik perempuan saya hantar gambar anak perempuannya bersama bunga raya besar. Saya tertarik kerana ia spesis besar. Namun kini saya tidak menanam bunga selain berwarna putih. Putih lambang hati dan keinginan saya, suci. (suci laaa sangat, he he he).

Saya ada dua anak saudara di Ulu Yam Selangor. Kalaulah saya berani bawak kereta tentu saya ke sana  setiap minggu tetapi saya tidak berani kerana jalanya melibatkan tempat yang tinggi. Saya gayat.

Che Embum dengan bunga raya besar
Saya jarang berjumpa dengan adik perempuan saya kecuali hari raya atau cuti sekolah. Itupun bukan semua cuti sekolah kami boleh berkumpul. Dalam adik beradik saya rapat dengan adik perempuan saya. Sejak dahulu sampai sekarang. Dia pandai menghiburkan hati saya.

Jan: Dulu saya selalu naik bas pergi ke sana. Sekarang hanya tuhan sahajalah yang tahu...

Wanita cepat tua kerana...

Wanita mungkin cepat tua kerana perangai suami yang tidak membantu dari segi fizikal, kewangan dan motivasi...

Image result for ageing or aging

Majalah Gila-Gila, Isu 765, November 2014




Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home