"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, January 29, 2016

Bagaimana mahu jadi menarik?

Saya percaya jika dibuat kajian ke atas penduduk di muka bumi ini. Iaitu tanya mereka "Apakah yang paling mereka mahu dalam hidup anda?". Saya percaya perkara pertama yang mereka mahu majoritinya ialah menjadi kaya. Dan kedua terbanyak ialah mereka mahu jadi menarik!

Saya percaya mahu jadi menarik adalah antara perkara penting yang manusia cari... Saya tidak mahu mengupas pasal mahu menjadi `kaya', saya mahu kupas pasal perangai manusia yang mahu menjadi `menarik'.

Kawan saya, seorang psikologi (yang rumahtangganya juga hancur lebur tapi kononnya pandai menilai orang)  `membaca' saya. Dia memberitahu saya, saya mempunyai perwatakan yang sederhana. Jika sekali pandang orang akan tidak jatuh cinta pada saya. Tiada apa yang menarik pada saya. Katanya cara saya jalan dan bercakap biasa-biasa sahaja.

Walaupun agak kejam, saya setuju dengan kupasan kawan saya itu (tetapi saya rasa saya lebih menarik daripadanya...lebih pandai berkomunikasi, buat kek buah dan menulis...)

Saya tidak menarik secara fizikal. Saya tidak, tinggi dan gemuk pula. Pada wajah saya, hanya kening saya sahaja yang saya rasa menarik. (cantik dan mengikuti piawai kecantikan antarabangsa tetapi tidak hidung saya yang pesek dan bulat). Begitu juga bentuk mulut saya yang kembang. Dan gigi saya...hu hu hu. Sedikit tertonjol... Dengan senang kata saya tak handsum. He he he.

Namun tidak pula pernah saya cuba belajar berjalan dengan betul, belajar bercakap dengan betul dan mengawal tingkah laku saya di hadapan orang. Saya ...sayalah. 

Jika seorang individu itu mahu jadi menarik bermakna dia akui dirinya tidak menarik. Kita tolak ketepi sebab-sebab mengapa mereka mahu jadi menarik. (Ada yang mahu jadi menarik kerana mahu disangjungi dan sebagainya. Saya tak nak kupas).

Dan apabila tahu bahawa diri tidak menarik maka boleh buat sesuatu atau tidak perlu buat sesuatu. Kepada saya, hanya sesekali sahaja saya mahu kelihatan kemas. Saya tidak jenis setailo, selisih malaikat 44.

Tetapi saya kagumi dan setuju jika seseorang mahu dirinya kelihatan menarik. Itu hak masing-masing. Kadang-kadang menjadi menarik adalah satu motivasi (walaupun sebenarnya tak lah menarik sangat, he heh )

Orang yang secara fizikalnya menarik, hanya perlu menjaga dan pandai gunakannya untuk kepuasan diri dan mencapai matlamatnya. 

Saya rasa soalan yang berligar sekarang ialah`bagaimana mahu jadi menarik?"


Image result for so attractive

Wednesday, January 27, 2016

Lagi pasal bonus 2016 (episod swasta)

Pada bulan pertama tahun baru antara isu yang selalu diperkatakan ialah isu pemberian bonus.

Apakah yang dimaksudkan dengan bonus? Bonus adalah pembayaran bukan gaji dan upah. Dan yang pemberian bonus bukanlah sesuatu yang wajib. Bermakna walaupun majikan untung besar, majikan tidak wajib memberikan bonus kepada kakitangannya. Mungkin untung tersebut mahu dijadikan modal pusingan seterusnya oleh organisasi tersebut.

Dengan kata lain ia adalah duit tambahan yang diberikan oleh majikan apabila kita menepati syarat-syarat yang majikan itu `cipta' sendiri. Pembayaran tambahan ini digunakan sebagai perangsang kepada pekerja untuk bekerja lebih-lebih lagi... Biasanya majikan menjanjikan bonus besar jika organisasi mendapat untung besar.

Namun dalam beberapa kes pemberian bonus juga boleh menjadikan pekerja menjadi kurang produktiviti berbanding tahun-tahun sebelumnya... Haaa...

Perkiraan bonus untuk pekerja swasta adalah suatu perkara yang merumitkan. Ukuran yang dibuat adalah berdasarkan apakah perkara yang majikan mahu capai. Sukar untuk saya huraikan ukuran yang dibuat oleh majikan tersebut kerana ia berbeza antara satu sama lain. Pendek kata bonus adalah 100% hak majikan.

Walaupun 100% hak majikan ia boleh menimbulkan kesan yang besar.

Terdapat pekerja yang merasakan dirinya mendapat bonus yang sedikit berbanding dengan usahanya sepanjang tahun (yang dia merasakan tidak setimpal). Polimik juga boleh timbul apabila pekerja merasaklan pemberian antara kakitangan itu tidak adil, atau ukuran yang tidak seadilnya berdasarkan kerja pekerja tersebut.

Saya memahami perasaan beberapa sahabat saya dalam isu bonus ini. Saya tidak boleh menyekat mereka daripada meluahkan perasaan mereka...

Saya hanya berani membuat kesimpulan bonus bukanlah sesuatu yang berupaya membawa kesan positif secara total.

sekian...

The Boy (2016)


The Boy Movie Poster


Hujung minggu lepas buat pertama kalinya tahun ini, saya ke panggung. Seperti biasa saya suka filem seram. Saya memilih filem `The Boy'. Saya melihat posternya cantik dan tidak terlalu over. Saya juga memilih cerita ini sebab saya suka `hantu budak kecil' berbanding dengan hantu `dewasa'.

"Lakonan yang bagus, cerita yang bagus sekalipun tidak dapat menyelamatkan filem ini. Olahannya lemah, kerja kamera yang biasa dan kejutan yang biasa..." Inilah komen saya selepas keluar dari panggung.

Sebuah cerita yang bagus dan lakonan yang bagus tidak semestinya membuatkan sebuah filem itu berjaya. Banyak faktor lain yang perlu dititik beratkan.

Saya tidak menggalakan penggemar filem seram yang tegar menonton filem ini. Buang masa. Namun jika hanya mahu nonton suka-suka pada hujung minggu yang sunyi. Kira bolehlah.

Image result for the boy 2016
Jangan menangis...

Filem ini bukanlah tidak menakutkan langsung...masalahnya saya sudah tengok beratus-ratus filem seram sejak kecil. malah hidup saya pun kadang-kadang menmyeramkan...hehehe. Saya sudah dapat menilai tahap keseraman dan kelemahan keseraman sesebuah filem. Kalau setakat kejutan biasa...tak payahlah nak mengagumkan saya. Saya juih jea.


Orang gaji melihat tuan rumah bercakap dengan budak

Ceritanya bagus. Tentang seorang orang gaji ( perempuan muda yang didera) yang diupah lumayan untuk menjaga seorang budak berumur lapan tahun di sebuah rumah agam yang besar. Namun bila tiba barulah tahu budak tersebut adalah anak patung!.

Namun tuan rumah menjaganya macam menjaga budak manusia. siap dengan waktu makan, waktu belajar dan waktu tidor. Siap buat list lagi apa yang mesti dilakukan...


Babak seterusnya berlaku kejadian aneh seperti anak patung itu beralih tempat dan bercakap!!!. tension kan... Ini terjadi setelah tuan rumah suami isteri pergi `bercuti' dan tidak kembali-lagi... 

Penghabisan cerita pun biasa sahaja... Saya beri dua bintang dari lima bintang...




Tuesday, January 26, 2016

Cara kawan saya pastikan tahun depan dia dapat bonus!

Sahabat saya memaklumkan bahawa belau hanya mendapat sedikit sahaja bonus untuk tahun 2015. Beliau rasa terkilan, dan saya rasa dia kecewa. Saya faham bagaimana perasaan apabila kawan-kawan lain dapat bonus yang tinggi tetapi kita dapat sikit. Perasaannya hanya mereka yang terlibat sahaja tahu.

Perkara yang menyedihkan akan berlaku apabila kita lihat kawan-kawan kita berbelanja. Dan kita pula tidak dapat membeli apa yang kita hajati daripada awalnya. Atau setidaknya duit bonus yang kita dapat tersebut dapat mengecilkan jumlah hutang kad kredit kita. He he he.

Saya yang tidak mendapat bonus seperti tahun lepas (jumlah berkurangan) pun agak terasa. Sebab saya bercadang untuk membeli minyak wangi mahal, jam baru satu, peti ais dan sebuah LED. Dan kalau berbaki saya mahu simpan di hari tua... (Sekarang muda ke?).

Berbalik pada cerita, kawan saya yang ada 10 gelang emas itu beritahu dia mengambil keputusan untuk menabung! Kaedahnya ikut hari bulan. Saya tak pernah tahu kaedah ini.

Katanya kalau satu haribulan, simpan RM1, kalau dua haribulan simpan RM2. Kalau 10 haribulan simpan RM10. Katanya simpan ikut haribulan...

Jadi sebulan dia dapat 1+2+3+4+5+....+28+29+30+31...

Lalu saya kata "hujung-hujung bulan tentu sakit, he he"

Tapi sifat ingin menabung itu patut disokong...

Semakin banyak pihak majikan tidak memandang ijazah semata-mata

Apabila membaca tajuk di atas tentu para pembaca tertanya-tanya kenapa majikan beralih arah jadi macam itu?, dan selain daripada segulong ijazah apakah pula perkara yang lebih penting pada masa kini?

Sekarang lepasan ijazah semakin ramai. Dulu satu kampung sorang jea yang berjaya masuk universiti. Sekarang dalam satu keluarga dah tiga orang masuk universiti. Kini berjaya masuk universiti bukanlah suatu perkara yang boleh dibanggakan dan dijadikan satu jaminan. Peluang pendidikan terbuka luas, ibarat kata semua orang boleh masuk universiti.  

Dalam alam pekerjaan apabila sudah terlalu ramai, hanya calon yang terbaik sahaja dipilih. Ini lumrah alam. Dan pada masa sekarang ukuran `terbaik' itu semakin berubah. Terbaik tersebut bukanlah semata kepada lulusan akademik di atas kertas. Selamat datang ke dunia nyata. 

Orang mahu `melihat' anda. Sebab itu mereka mahu jumpa anda! Anda memang dah layak. Sesi temuduga biasanya bukan nak cari layak ke tak layak tetapi mahu cari yang terbaik...

Kemahiran diri semakin penting. Mereka mencari `manusia' yang (1) berperwatakan menarik, (2) pandai sesuaikan diri, (3) berkemahiran digital, dan (4) anjal dalam pengurusan masa. 

Berperwatakan menarik? Saya kupas yang ini dulu...

Maaf cakap zaman sekarang menarik itu lebih tertumpu kepada kecantikan fizikal (walaupun sebenarnya definasi berperwatakan menarik itu melebihi kecantikan fizikal). Kecantikan fizikal jugalah yang diutamakan mereka. 

"Buat apa cantik kalau tak pandai buat kerja"

Ungkapan di atas mungkin relevan pada zaman dahulu. Sekarang dah lain benar. Ramai yang cantik dan pandai...(kita ambil dalam kes perempuan). 

"Buat apa ambil yang hanya pandai buat kerja, kalau ramai lagi yang berperwatakan menarik dan boleh buat kerja?. Berperwatakan menarik penting bagi sesebuah organisasi...bla-bla"

Haaa...

Saya tidak menyatakan persetujuan saya atas isu di atas, saya cuma paparkan apa yang saya perhatikan pada masa kini. Di mana berpewatakan menarik adalah satu unsur yang penting. Malah mungkin paling penting jika ramai persaing yang berupaya (maksudnya semua memiliki ijazah cemerlang).

(1) Apakah yang dimaksudkan dengan berperwatakan menarik?

Ada orang secara fizikal sudah ketara menariknya. Badan tidak tinggi tidak rendah, tidak kurus tidak gemuk, putih melepak bagai telur dikupas. Mata cantik, bulu mata ada. Bukan setakat ala-ala ada...(Che Ta tak kira...bulu mata palsu). Hidung cantik terletak, kening bagai taji, dagu bagai puyuh dilayang, leher jinjang. Jari tangan bak bunting padi.

Mulut limau mandrin seulas...Rambut terurai bagai layar di laut biru (bagi kes tak tutup aurat).

Di tambah lagi...

Cara dia duduk di kerusi, cara dia letak beg dia di bawah, cara dia pakai tudung selit di tepi, cara dia pilih warna, cara dia mengadap penemuduga. Dan cara dia berbual cakap dan memjawap soalan. Cara dia senyum dan cara dia terkejut (atau buat-buat terkejut)...

Bersambung...(kalau saya nak sambung. he he)

Abang Jan: Tak handsum mana...tak sejuk mata memandang... Cuma suka senyum...sebab menahan segala derita...(pulak dah!)



Image result for advantages to beautiful quotes


Friday, January 22, 2016

Suami sudah tidak hebat...

Zaman dahulu lelaki hebat. Mereka keluar rumah untuk berburu, dan mengumpul makanan. Apabila zaman berubah lelaki hebat ini mereka keluar rumah untuk bekerja, sama ada di bandar-bandar dan di kampung-kampung. Mereka hebat di luar rumah, mencari rezeki dan rezeki inilah melindungi keluarganya, memenuhi keperluan.

Perlukah rasa hebat dan menjadi hebat? Rasa hebat mengukuhkan rasa cinta, kasih, sayang dan taat setia ikatan suami isteri. Suami merasakan dia diperlukan oleh isteri (untuk keluar rumah) dan isteri merasakan dia diperlukan oleh suami (untuk berada di dalam rumah). Haaaa...Rasa perlu.

Sekarang tidak ramai lelaki hebat... Tidak ramai lelaki yang berupaya tanggung anak bini mereka sendiri. Entah di mana silapnya pun tak tahu. Lelaki telah tidak menjadi hebat malah sebelum berkahwin mereka sudah bercadang mahu berkawin dengan perempuan yang ada kerja supaya `senang' nanti. 'Kedayusan' ini telah menyelip masuk secara beransur dan perlahan dalam minda masyarakat lelaki kita. Mereka tidak hebat lagi... Haaa..

Zaman dulu-dulu lelaki keluar bekerja isteri sambut kepulangannya. Suami bertambah sayang kerana isteri menyambut kepulangannya. Isteri bertambah sayang kerana suami berkorban kerananya (pergi kerja). Haaa... Ah ah ah indahnya hidup.

Sambil makan malam masakan isteri (bukan masakan mamak) suami bercerita pasal kerja kepada isterinya, dan isterinya bercerita pasal anak-anak kepada suaminya. Haa...

Dan bila malam suami memberi `hadiah' kepada isteri. Isteri gembira mendapat `hadiah'... (He he he). Dan bila menjelang pagi keadaan rumahtangga sangat terurus. Suami tahu apa tugasnya di waktu pagi, begitu juga isteri. Tidaklah pagi-pagi semuanya sudah kelam kabut.


Sekarang isteri lebih hebat.

Sekarang perempuan keluar bekerja dan ada di antaranya menjadi hebat di tempat kerja. Isteri jauh lebih hebat dalam pelajaran, lebih hebat dalam kerjaya dan lebih hebat bawa wang dalam rumah tangga. (Wang boleh mendominasikan `power' dalam rumahtangga...).

Ada ketikanya...suami minta `hadiah'. Tetapi isteri letih...

Suami tidak dapat `hadiah'...

Suami tidak rasa ia dihargai dan diperlukan... Dia tidak rasa hebat...

Tapi isteri dia hebat...

Kononnya suami kena faham, isteri letih. Tetapi lelaki tidak faham, mereka bodoh.

Kan isteri lebih hebat.

Haaa...



Dua `batu' suami pun isteri tanggung!

Saya sudah tidak seperti dulu. saya sudah tidak malu dengan status bujang telajak saya. Saya redha dan saya tahu tuhan maha mengetahui.

Mungkin melalui masa, saya sudah banyak belajar yang kita tidak boleh hentikan anjing menyalak. Atau bubuh loysen baby Jongson kat belakang badan buaya atau biawak. Bila orang perli saya atau jenakakan saya atau buat saya tak selesa saya senyum dulu...dan kemudiannya...

Saya senyum... Kalau orang bertanyakan saya soalan bodoh, saya akan beri jawapan bodoh. Jika bertujuan nak malukan saya, saya akan malukan mereka. Apa yang mereka beri, saya pastikan mereka dapat balik.

Saya bersumpah.



"Awak tu adakah suami yang baik dan bertanggungjawab terhadap suami dan anak-anak". Saya bertanya balik.

Saya akan pastikan sesiapa yang bertanyakan saya, mati hidup balik pun tidak akan bertanya lagi mengenai status saya. Saya akan sekolahkan dia. Tapi tulah belakang biawak boleh ke gunja SK II?

Sebenarnya tak perlulah mencara kehidupan orang yang kita tidak sedikit pun mengerti, tidak lalui. Baik kita tumpukan kepada anak bini kita. Sebab tanggungjawab suami itu besar sangat. Kalau benar-benar memahami ia adalah satu tuntutan yang maha hebat. Lihat gambar di atas.

Saya tidak suka kepada lelaki yang menunjukan hebat kepada saya kerana mereka berkahwin. Berkahwin bukannya hebat atau apa-apa pun, yang hebat dan dikagumi ialah mempunyai perkahwinan yang baik. menjaga rumahtangga dengan baik, bukan menjadi suami dayus.

Ini tidak, cakap berdegar-degar semua perbelanjaan itu-ini ditanggung isteri. Dua batu awak pun isteri tanggung...


Thursday, January 21, 2016

Dosa seorang bergelar suami...

Melalui usia, saya tidak sedikit pun cemburu pada orang yang berkahwin. Malah dalam beberapa kejadian saya kesian kepada mereka. Saya tahu perkahwinan tidak semudah kasih sayang yang kita lafazkan kepada pasangan kita.

Apatah lagi jika berkahwin atas dasar selain daripada cinta, kasih dan sayang. Yang akhirnya menghilangkan maruah diri kita. Mendekatkan kita ke neraka.

Semasa di dalam kereta seorang rakan pensyarah memberitahu saya seorang suami akan dihisab oleh allah dalam banyak perkara. Ianya bukan sahaja mengenai tanggungjawab diri sebagai khalifah tetapi juga terhadap isteri dan anak-anak. 

Melihat isteri-isteri dan anak-anak sekarang, saya rasa takut sangat...saya gerun. Isteri dan anak-anak ramai yang menderhaka kepada suami/bapa. Banyak bukti depan mata kita atau dari media massa, Ia amat mengerungkan saya.

Kelakuan anak-anak dan isteri-isteri ini mencemarkan imej agama islam...suami mesti membentuk. Jangan jadi dayus...

Kata kawan saya lagi, saya tidak akan dihisab atas dosa-dosa isteri dan anak-anak... Saya terkedu sekejap sebab ianya tidak pernah terlintas di fikiran saya. Katanya lagi ia merupakan suatu kelegaan di akhirat walaupun di dunia ini orang membuat jenaka, menyalahkan saya dan membuat saya rasa kekurangan. Di dunia ini orang melihat saya sebagai negatif itu adalah cubaan dan dugaan allah untuk saya. Saya tidak pernah terlintas perkara ini. Yang selalu saya terlintas di fikiran saya ialah saya banyak salah pada tuhan. 

Saya rasa saya teruk sebab banyak perkara yang tuhan suruh saya tak buat dengan berdisiplin dan juga banyak larangan tuhan yang saya langgar... Itupun sudah terlalu banyak bagi saya. Tak berdaya untuk dihisab pula dari isteri dan anak-anak.

"Ya allah, aku bersyukur sama ada ada jodoh atau tidak" Terus hati saya tiba-tiba `remake'.

Tetapi adakah seorang suami akan berfikir macam saya, iaitu dosa yang mereka dapat dari isteri dan anak-anak? Dosa tidak membentuk dan mengutamakan mereka?

Melihat gelagat-gelagat isteri-isteri dan anak-anak zaman ini, maaf cakap ternyata jawapannya tidak!

Image result for tanggungjawab suami

Tuesday, January 19, 2016

Tahap-tahap dalam `Tempoh Lima Tahun Pertama Nikah'




Semalam kawan saya, seorang pensyarah dari Universiti Saadong (nama universiti samaran digunakan untuk elak timbul salah faham) mengirim keratan di atas. Dia minta saya ulas. Saya terus meneliti statistik yang tidak memeranjatkan ini. Dengan menggunakan logik dan pemerhatian (pembacaan dan kajian bukan empirikal) saya terus mengulas.

Apakah yang dimaksudkan dengan `Tempoh perkahwinan'?.

Tempoh perkahwinan yang dimaksudkan ialah tahun-tahun pasangan tinggal bersama sebelum mereka mengambil keputusan untuk berpisah. 

Ada kawan mak saya tempoh pernikahannya hanyalah satu hari sahaja. Beliau diceraikan keesokan harinya dengan seribu pertanyaan oleh orang-orang kampung. Biasalah orang kampung biasanya nak tahu semua perkara.

Kahwin hanya sehari terus bercerai. Dan ada juga yang saya dengar dalam seminggu, dalam sebulan, 7 bulan (kawan saya), 1 tahun 8 bulan (juga kawan saya). Penceraian boleh berlaku bila-bila masa sahaja jika pasangan terus sedar ada yang tidak kena dalam perhubungan ini dan ikatan HARUS diputuskan.

Petunjuk statistik

Namun statistik menunjukan semakin lama tempoh perkahwinan maka semakin kecil keberangkalian untuk bercerai. Kebarangkalian ini saya rujukan kepada satu situasi di mana akan berlakunya penceraian. Keberangkalian untuk bercerai adalah kecil jika tempoh semakin tinggi. Dengan kata lain penceraian di kalangan pasangan yang telah bersama selama lebih 20 tahun adalah sedikit iaitu tidak sampai pun 10%. Manakala pasangan yang banyak bercerai adalah pada tahap pertama iaitu usia perkahwinan mereka tidak sampai lagi 5 tahun.

Maka saya ambil keputusan untuk mengulas fasal pertama iaitu keadaan rumahtangga dalam tempoh 5 tahun tetapi syuriga saya ingatkan tempoh-tempoh yang saya akan nyatakan di sini mungkin berubah bergantung kepada peribadi dan peristiwa yang dialami oleh pasangan masing-masing... Adanya.

Tahap pertama ( 5 tahun) dalam perkahwinan ini pula saya bahagikan kepada beberapa bahagian:

1. Bahagian pertama: Tahap mabuk (bulan madu)


Image result for first stage in marriage

Tahap ini adalah tahap pasangan galak meraikan pernikahan mereka. Maklumlah baru nikah, semuanya indah. Boleh hidup serumah dan menayangkan pasangan secara terbuka melalui FB dan sebagainya. kalau boleh nak heboh satu planet bumi.

Rasa bahagia sangat. Pantang sentuh akan berakhir di katil atau di sofa ruang tamu dan sebagainya. Tahap ini yang saya juga namakan tahap mabuk ini tidaklah lama, saya beri pukul rata hanya enam bulan paling maksima. lepas tu mereka akan ke tahap ke duaHe he he.

Mereka akan ungkapkan rasa cinta, kasih sayang yang sangat kerap yang berakhir dengan hubungan seksual. Mereka pada tahap ini menfokuskan kepada dunia ini milik kita. Mereka tidak lagi ingat pasal susu anak, bini balik lewat dan suami pengotior. Semuannya indah, indah dan mengindahkan...

Burung-burung pun turut sama meraikan suasana indah...


2. Tahap 2 dalam tempoh pertama 5 tahun

3. Tahap 3 dalam tempoh pertama 5 tahun

Bersambung...

Antara pengubat luka...

Petang semalam sebaik sahaja selesai menjadi jadi panel (judges) di Contemporary Issues in Finance Symposium, saya bergegas balik. Saya lapar sangat. Saya tidak sempat tunggu hingga majlis penutup. Saya sudah dimaklumkan makanan di majlis penutupnya adalah nasi lemak.

Saya tidak sempat makan walaupun saya sudah beli sebungkus nasi lemak. Hari ini kerja banyak. Namun bila sampai petang rasa terhibur dan berbaloi. Kita masih ada pelajar yang rajin dan bijak. Dan yang paling membanggakan saya ialah mereka kelihatan seronok untuk belajar perkara-perkara baru.

Kesungguhan pelajar saya mengubat luka hidup saya...



Image result for TPPA

Sudirman: Asia's No 1 Perfomer

Antara CD terbaru yang saya beli ialah CD Sudirman.

Saya pernah beli album ini dalam bentuk kaset dulu semasa di tingkatan enam. Masa tu saya ligat ambil STPM. Namun dalam ligat-ligat tersebut saya sempat sambar kaset tersebut. .

Dan kemudiannya kini telah dibuat dikeluarkan semula dalam bentuk CD. Thanks!


CD Sudirman: Asia's No.1 Performer 0

Dalam album ini banyak lagu merdu! antara yang paling saya suka tentulah lagu `Antara Hujan dan Airmata', dan `bercanda di Pasiran Pantai' (duet Sudir dengan Kak Nita).




Lagu-lagu dalam album ini sangat bermutu. Namun saya dapati album ini ke arah album yang sedih... Sebab ada lagu `Di Hari Persandinganmu Itu' dan lagu `Gerhana di Hatiku'.

saya suka lagu-lagu sudirman sebab seperti arwah Kak Pah juga, beliau menyanyi dengan jiwa...

Sekian.

Adakah saya hidup dalam novel?

Kalau saya ditakdirkan berkahwin, saya berharap sangat isteri saya itu adalah sorang surirumah sepenuh masa. Saya tidak memusuhi perempuan yang berkerja (saya kagumi) namun untuk diri saya saya lebih suka isteri saya tidak bekerja. 

Saya mahu dia layan saya secara total. Saya tidak mahu `berkongsi' isteri saya  dengan majikannya. Saya suka dilayan dengan baik, digoda dan rasa dihargai. (Dan saya juga perlukan dia urus rumahtangga termasuk pinggang mangkuk, taman dan anak-anak kami).

Saya mahu bila penat balik bekerja, dia ada terlentuk manja di palang pintu menyandar silang kaki sambil berikan senyuman manis. Mempamirkan dadanya yang bidang...

Saya akan sediakan makan minum dia, pakaian, tempat berlindung. Dan demi allah saya akan setia sampai mati...(rekod saya bersih).

Tentu ada yang akan mengatakan saya ini suka berangan (banyak baca novel cinta) dan bagaimana boleh hidup kalau isteri tidak menyumbang...? 

Saya percaya kepada rezeki allah. Saya ada rakan pensyarah yang telah lama saya kenali (sebelum dia kahwin lagi). Dia memilih seorang perempuan yang menjadi surirumah sepenuh masa. Saya lihat rumahtangganya terurus sangat. Anak-anak membesar penuh berdisiplin dan islamik. Memanglah rumah dia tak ada `second car', kaninet mahal atau LED 60 inci tetapi di dapurnya tetap ada minuman kegemaran saya. Nescafee!.

Bila saya masuk ke rumahnya, saya rasa damai sangat. Hanya allah yang tahu... Mungkin ini namanya berkat. Siapa tahu?

Saya hanya minta dia sayangi saya sangat-sangat. hargai saya sangat-sangat. Beliau mestilah rela hidup dengan gaji saya yang tidak seberapa ini. Saya mahu dia sayangi saya sehingga dia boleh hidup susah dan senang bersama saya. Terutama waktu susahlah...he he

Saya tak naklah bila susah dia tinggalkan saya dan cari lelaki lain. Saya mahu dia bersama saya. terima saya seadanya. terima hidung saya yang pesek dan gigi saya yang sedikit jonggang ini. Sebab saya percaya cinta sejati akan bersama dalam susah dan senang.

Saya mahu dia sentiasa ada di rungan mata saya. Ada di mata saya sebelum saya tidur dan bila saya buka mata...

Saya berjanji akan setia. Dan saya mahu dia tahu kesetiaan seorang lelaki lebih berharga daripada emas intan berlian dan 2.6 billion...kerana kesetiaan sukar didapati.

Percayalah perkara yang paling sukar untuk seorang lelaki sediakan dalam sebuah rumahtangga adalah kesetiaan...

Percayalah...

(He he he...)






`Ustad ustazah' FB

Sebahagian besar masyarakat media kita sudah melampau. Adat sopan dan tatasusila diketepikan asal dapat puaskan perasaan yang bersarang di fikiran. Kadang-kadang kalau lihat gambar di FB seolah tidak percaya langsung. Tak percaya kerana pemilik badan mempunyai peribadi yang buruk.

Saya mengawal ketat ahli FB saya, namun saya tidak faham kadang-kadang muncul juga peFB yang entah dari mana.

Saya terkilan dengan kritikan-kritikan yang melampau. Saya bukanlah dalam kelas golongan `Downton Abbey' namun saya suka keadaan yang bertatasusila, sopan dan teratur. Marah dalam keadaan teratur.

Image result for downton abbey
Saya melihat ada kecenderungan dalam masyarakat memberi kritikan yang melampau, memalukan dan menghakimi secara berkumpulan. Tulisan longkang lahir daripada mulut longkang dan lahir dari fikiran longkang. Kalau lihat daripada gambar si penFB tersebut kita tidak akan percaya kerana gambar-gambar tersebut elok, manis dan nampak sopan. Malah ada yang bergambar keluarga, nampak normal sahaja.

Di alam maya orang lebih bebas dan sebab itulah akan terpancarlah keperibadian yang sebenar. Memang semakin nyata masyarakat kita semakin sakit. Bermula dari remaja sehinggalah kepada makbapak remaja.

Senang sahaja hendak menjadi bodoh tetapi sukar untuk menjadi pandai dalam kehidupan...mencari makna nilai kemanusiaan yang hakiki.

Jika ada sesuatu isu, masyarakat kita menanganinya dengan begitu teruk, bodoh dan beremosi haiwan. Namun mereka mempamirkan diri sangat sempurna alim dan suci. Saya tidak masuk campur dalam banyak isu sebab saya tidak mahu menjadi seperti mereka. Orang yang sesat tuhan akan sesatkan lagi. Oleh itu carilah ilmu supaya tidak sesat...

Saya juga ada ketika-ketikanya rasa amat marah. Namun saya tidak menghentam secara individu, berhadapan dan memalukan orang. Siapa yang makan cili dialah yang rasa pedas. Memaksa dan menghukum bukanlah suatu yang baik. Ia adalah bodoh dan tidajk bertamadun.

Saya berharap sangat masyarakat kita maju..., namun semakin nyata saya akan mati dalam masyarakat yang rata-rata korup mindanya, jahil dan angkuh.

Sekian.


Monday, January 18, 2016

Perlukan perjanjian bertulis menyewa rumah?





Sudah beberapa kali saya dengar cerita pelik ini berlaku di Malaysia. Saya tak rasa pelik kalau penyewa rumah yang tak bayar sewa rumah itu dibelasah. Tetapi ini sebaliknya. Namun siapa membelasah siapa boleh dihindarkan jika mempunyai surat perjanjian yang rasmi antara penyewa dan tuan rumah.

Sekarang zaman `air liur' sudah berlalu. Kalau kina nak maju dan minimakan kecelakaan, segala urusan harulah cekap dan betul. Memberi menang kepada kedua belah pihak. Zaman percayakan orang sudah berlalu. Mungkin zaman 80an ke bawah sahaja. Zaman ini semua kena pakai undang-undang dan ada dokumen rasmi. Begitulah juga antara penyewa dengan tuan rumah sewa. Walaupun untuk menyewa sekejap, mesti ada dokumen.

Namun cerita yang terjadi di Kedah itu memberikan banyak pengajaran. Kita memang tidak tahu apa butiran cerita sebenarnya tetapi kita kenalah mula percaya bahawa dekat dunia nak khiamat ni banyak benda terbalik kot.

Tuan rumah yang sewakan rumah mereka bukannya semua terdiri daripada orang yang  berada. Ada di antaranya menyewakan rumah tersebut yang sebenarnya satu-satunya rumah mereka. Bermakna setiap bulan tuan rumah mesti membayar hutang pinjaman perumahan pada bank. Dan bayangkanlah kalau berbulan-bulan tidak bayar, akan menyebabkan tuan rumah akan mengalami kehabisan gaji yang mungkin juga tidak banyak tersebut.

Kita tidak boleh marah kepada tuan rumah kalau mereka kutip sewa tepat pada masanya. Kita juga tidak boleh marah jika tuan rumah marah kepada kita sebab lewat bayar setiap bulan. Tuan rumahlah yang berhak marah.

Tetapi kita yang suka guna harta benda orang tapi jenis tidak mahu membayarnya ini menuduh tuan rumah pula yang zalim dan kejam. Kita lupa semasa nak menyewa lembut gigi dari lidah...

Saya tidak merujuk kepada apa yang berlaku di kedah sahaja tetapi kepada semua yang terlibat dengan kegiatan sewa menyewa ini. 

Dalam satu kes tuan rumah sewa pula dimaki di internate dan penyewa pula yang dibela. Selisih malaikat 44. Dah terbalik ot benar keadaannya.

Janganlah suatu hari nanti tuan rumah sewa pulak kena bayar kepada penyewa rumah...

Saya juga ada terbaca (sebenarnya sengaja baca) kisah tuan rumah sewa yang ambil kesempatan dengan cara menghalau penyewa dan tidak pulangkan deposit. Mereka dengan niat menggunakan modus operandi sebegitu. Biasanya mereka jadikan golongan muda yang baru bekerja sebagai mangsa. Mereka sengaja maki dan halau dan cipta kesalahan supaya penyewa keluar dan mereka mencari penyewa lain...

Peristiwa sebegini pernah dibawa kepada pihak polis sehinggalah tuan rumah sewa tersebut terpaksa mengaku salah dan memulangkan deposit itu semula kepada penyewa...

Orang tidak baik ada di mana-mana, orang baik ada di mana mana juga...


Image result for penyewa rumah


Keputusan dalam sebuah rumahtangga...

Saya terkedu dengan pelbagai persoalan, namun saya sudah berjanji dalam diri tidak mahu campurtangan dalam rumahtangga orang. Oleh kerana saya tidak ada rumahtangga tidak bermakna saya bebas campurtangan dalam rumahtangga orang lain. Tekad hati saya.

Saya nak ubah perangai saya...

Namun Azman (nama samaran yang selalu orang guna) kawan baik saya. Dia tidak berpelajaran tetapi handsum. Namun bila tidak berpelajaran dan hidup susah...saya dapati kini saya lebih handsum. Masa sekolah dulu dia paling handsum walaupun saya paling menarik.(nak jugak...)

Isteri dia tegas dan suka memerintah. Saya bukan nak senang kata sahaja terhadap isteri-isteri kawan saya tetapi saya dapati apabila kawan-kawan lelaki saya kawin mereka hanya boleh jadi King seperti dalam permainan catur sahaja. King hanya boleh gerak selangkah sedangkan Queen boleh `berlangkah-langkah', he he he.

Saya teringat lagu P Ramlee "Disuruh duduk-duduk, dijerit-jerit, dibentak-bentak. Suaminya dulu handsum rambut panjang dah jadi botak". Demi allah kawan saya dah jadi botak.

Sekali lagi saya tak boleh komen...saya bimbang tersalah komen. Saya rasa tentu isteri kawan saya itu lebih mengenali kawan saya berbanding saya. Saya cuma berkawan dengan kawan saya itu dari zaman persekolahan hingga kini. Atau saya lebih mengenalinya...?

Bila duduk serumah baru kita tahu perangai sebenar, maka saya rasa saya tidak mengenali kawan saya itu sebagaimana kawan baik saya itu dikenali oleh isterinya.

Keputusan untuk pergi bekerja jauh dari isteri mungkin mengundang bahaya kepada isteri dan rumahtangga. Namun keputusan dari satu rumahtangga itu saya tidak boleh campurtangan...

Semoga sisuami tetap setia dan semoga si isteri tidak meraung akhirnya.

Titik.

Image result for long distance affair


Orang lelaki sentiasa ada kekasih dalam hati walaupun mereka kawin...walaupun mereka botak!







Friday, January 15, 2016

Lemaskanlah aku dalam pelukanmu...

Mengapa sesetengah orang perempuan kena diet?





Saya rasa dia mungkin kata saya penipu...

Hari ini saya merasa gusar dan bersalah walaupun saya tidak bersalah. Memang pelik kan bila kita rasa bersalah wal hal kita tidak bersalah pun...

Apa-apa pun saya rasa bersalah.

Saya ada kawan baik yang berstatus duda. Saya tak nak bercerita kenapa dia menjadi duda tetapi nak bercerita dia adalah kawan baik saya.

Sebulan lepas saya bersungguh-sungguh berjanji mahu pergi ke satu majlis keluarganya namun pada saat akhir saya terpaksa membatalkanya kerana tiba-tiba saya ada urusan kerja...yang jatuh pada hari sabtu.

Dan ada banyak kali juga saya telah hampakannya kerana janji saya tak dapat tepati...Saya pekerja swasta...sabtu ahad kadang-kadang kerja juga...

Saya rasa bersalah sebab dia baik dan tidak pernah membanggakan diri sepanjang persahabatan saya dan selalunya sayalah yang membanggakan diri. He he he. Saya juga dapat merasakan dalam persahabatan kami sayalah yang paling banyak mengambil kesempatan ke atasnya. Maksud saya kalau saya perlukan teman, dialah yang saya ajak temani saya.

Alhamdulillah dia duda, jadi senanglah dia ikut saya ka mana saja tanpa memikirkan hal anak-anak bininya.

Namun pada majlis keluarganya saya tidak dapat hadir walhal dia sudah beritahu dalam majlis tersebut kawan baiknya akan hadir...

Maafkan saya...



Image result for feeling guilty




Thursday, January 14, 2016

Dalam rumahtangga kita tidak boleh sayang sikit-sikit...

Dalam rumahtangga kita tidak boleh sayang sikit-sikit, kita kena sayang sepenuhnya. Barulah semuannya menuju bahagia...kononnya.

Namun oleh kerana rata-rata masyarakat dibesarkan berkiblatkan kebendaan, rasa sayang, kasih dan cinta payah untuk kita pertahankan apatahlagi gunakannya sebagai alat mengharungi cabaran dalam perkahwinan.

Kita akan merungut dengan lebih hebat apabila tiada kasih sayang atau kasih sayang telah susut. (maksud saya kita tidak sayang pasangan lagi sebagaimana pada hari mula kita berkahwin). Kita juga akan marah dengan lebih kuat dan lebih cepat putus asa...

Jika kasih sayang sudah kecut kendur, janganlah harap mahu mengecap rasa bahagia dalam rumahtangga. 

Ya, kasih sayang adalah sesuatu yang boleh menjadi kurang, bertambah atau hilang terus...

Sayanglah banyak-banyak sepenuhnya. Sebab apabila terjadi apa-apa nanti tidaklah kita sangat terkilan.

Sekian...


Image result for i do my best in my marriage

.