Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, November 28, 2018

Hunter Killer (2018): Cerita yang bagus!

Hunter Killer Movie Poster


Saya tidak sangka cerita ini bagus, namun memang kadang-kadang dalam kehidupan keyakinanlah yang penting...

Overlord (2018)

Overlord Movie Poster

Saya terjahkan diri untuk menonton filem ini. Sebelum ini saya tidak pernah mendengar berita mengenai kemunculan filem ini. Saya tertarik hanya kerana posternya merah, dan pastilah ia merupakan cerita hantu atau psaikologi. lagipun saya memang mahu menengok wayang.

Tak ada cerita menarik pada masa itu, hanya ada Polis EVO 2.

lari...
Apabila menontonnya barulah saya sedar ia bukanlah cerita hantu. Ia adalah sebuah cerita yang mengisahkan kejadian pada masa zaman perang Nazi dahulu. 

Ada askar-askar, ada senapang, pistol dan alatan perang lain yang saya tidak kenal. Dan ada perkampungan yang dikuasai Nazi, di mana penduduknya berada dalam ketakutan. Namun ia bukanlah filem grene perang.

Tentera Nazi menjalankan eksperiment ke atas manusia, menukarkan manusia kepada manusia yang ganas dan berupaya membunuh musuh dalam kapasiti melebihi manusia. Saya pernah dengar cerita pasal pegawai Nazi melakukan eksperiment, namun ia bukanlah dari sumber yang sah.

Make up yang real
Cerita bermula berkisarkan beberapa orang tentera yang ditembak jatuh helinya berdekatan dengan sebuah perkampungan yang ditawan oleh Nazi. Mereka berlindung di sebuah rumah. Dan beberapa lama kemudian mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

Ada uncur debaran dan panik...


Lakonan pelakonnya semuanya elok, mungkin castingnya bagus, tidak seperti casting filem Pulang (2018) di mana saya lihat beberapa watak tidak sesuai dengan pembawakan watak dalam cerita. 

Seorang pun saya tidak kenal pelakonnya namun semua pelakon boleh berlakon dengan baik. Malah anjing dalam filem itu juga boleh berlakon dengan  baik.


Seperti filem-filem sebelumnya, filem ini juga mengutuk Nazi dengan eksperimentnya yang tidak berperi kemanusian. Orang-orang kampung jadi mangsa.

Jalan cerita biasa sahaja, namun kehadiran adegan-adegan tembak-menembak berjaya membuat saya cemas dan saspen. Adegan makhluk aneh menimbulkan rasa seram,... Tahniah.

Sekian sahaja.

3/5 bintang.



Apa yang boleh diberikan oleh sebuah senyuman

“Smiling is the best way to face every problem, to crush every fear and to hide every pain.”

Saya dapati kebanyakan manusia yang saya jumpa, jarang tersenyum. Mereka seolah ada dalam dunia mereka sendiri dan seolah tidak mahu memberi...walaupun dengan sebuah senyuman.

Jarang saya lihat orang tersenyum walaupun duduk sendirian. Sesiapa yang tersenyum sendirian mungkin dilabel tidak siongmang (tidak sihat pemikiran).

Senyuman membawa aura positif yang ada pada diri kita yang kita tidak perlu membayarnya. Senyuman mengalihkan pula aura positif itu ke kepada orang lain.

Dalam banyak hal orang tersenyum kerana bahagia atau pasrah. Untuk bahagia kita kena redha. Bahagia itu apabila kita redha, ia tidak ada sangkutan dengan duit, dan harta...

Hari ini saya tersenyum redha melihat kekangan atau had-had saya dalam kehidupan. Wah, saya tidak sehebat orang lain...he he he.

Namun saya tersenyum kerana ia hanyalah satu had daripada ukuran yang beribu... saya terenyum kerana sebenarnya apa yang kita perolehi dalam hidup ini adalah sepenuhnya daripada apa yang kita sebenarnya telah berikan...

Jadi saya tak akan tuntut lebih lagi, saya janji.


Thursday, November 22, 2018

DJ Dave Vol I & II; Ingin bersua & Cinta Abadi


Datuk
D J Dave
DJ Dave.jpg
DJ Dave pada 1970an.
KelahiranDhammi Jagjit Sukhdev
14 Februari 1948 (umur 70)
Kuala LumpurMalaya British(kini Malaysia)
WarganegaraMalaysia
Nama lainIrwan Shah Abdullah
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1972 - kini
PasanganZainon Mohd. Yusoff
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Life Rekod, EMI
Kegiatan berkaitan
Sarena HashimUji RashidSharifah Aini
Datuk Irwan Shah Abdullah (lahir Dhammi Jagjit a/l Sukhdev; 14 Februari 1948)[1] atau lebih dikenali dengan nama pentas beliau DJ Dave merupakan salah seorang penyanyi Malaysia yang terkenal. (Daripada Wikipedia).
Datuk DJ Dave adalah penyanyi besar di Malaysia, maka berbaloi saya beli CD ini. CD ini dikeluarkan pada tahun 2001. Maknanya Cd ini teleh berusia 18 tahun!.







Wednesday, November 14, 2018

Mcdonald’s Charity Run 2018: Pahat berbunyi...





1. Di sini saya sertakan beberapa keping gambar aktiviti yang saya jalankan pada hujung minggu lepas.

2. Ia adalah aktiviti larian (bercampur jalanan, he he he) amal saya yang pertama, dan merupakan larian saya yang ketiga (dalam Terjebak: siri III).

3. Larian amal ini bersama tajaan Mc Donal dan diadakan di Teluk Cempedak.

4. Seperti biasa saya dapat berjumpa dengan kawan-kawan di majikan lama dan kawan baru.

5. Istimewanya dapat berlari depan rumah-rumah besar yang cantik. Pintu pagar mereka mungkin lebih mahal dari rumah saya. Jika saya dapat cabutan bertuah utama BSN, saya akan ubahsuai rumah saya supaya cantik sikit. He he he.

6. Istimewa kedua, dapat baju merah. Saya suka warna merah sebab itu langsir rumah saya merah (merah merong), karpet warna merah gelap, alas kaki merah, peti ais warna merah gelap, dan lain2. 

7. Saya dapati setiap gambar saya, kaki kanan saya akan ke depan secara automatik. Hal ini telah diperkatakan sebelum ini oleh beberapa kawan saya.

8. Selepas berlari saya makan nasi minyak dan pergi ke ECM beli baju. Di ECM saya makan pula Keni Roges.

9. Saya dapati ramai yang tidak dapat pingat larian kerana kehabisan. Saya rasa pelik kenapa dalam kurun ini hal sebegini boleh terjadi. Penganjur mestilah menguruskan pogram dengan baik dan profesional. Bergambar secara tersengeh dengan memegang medal adalah amat bererti bagi peserta.


10. Sekian terima kasih.










Monday, November 12, 2018

64Langgar pagar, kisah cinta dan kumpulan Allycats (EDIT)


64Langgar pagar, kisah cinta dan allycats


20 November 2013


"Orang dalam percintaan rasa bahagia dan khayal seperti tidor yang tidak jaga-jaga. Jika ia terjaga juga, ia mungkin akan menderita selamanya”


Dari jauh ketika saya membelok masuk lorong yang menuju ke rumah saya (Lorong 65), saya lihat pintu pagar saya terbuka. Saya gembira kerana tidak perlu turun dari kereta untuk membuka pintu pagar tersebut. saya terus biarkan Sisijay membelok masuk ke dalam porch. Dan secepat kilat dia melanggar pintu pagar tersebut.

Ya allah.

Saya terus turun dari kereta dan melihat bahagian depan kereta saya. Saya lihat ada terkopak di bahagian depan belah kiri. Saya juga lihat sebelah pintu pagar (sebelah kiri) terpelenting jauh. Asalnya empat segi jadi lima segi.

Bumper kereta saya kemek belah pintu kiri pemandu. Saya cuba buka pintu tersebut tetapi gagal. Pintu tersebut tidak dapat dibuka. Mungkin hentaman kuat terhadap  bamper menyebabkan pintunya ke belakang dan menyebabkan tiada ruang untuk pintu terbuka. Saya menganalisisnya sendiri berdasarkan ilmu kereta yang sedikit.

Teruk juga bisik hati saya. 

Saya hairan macam mana saya boleh `nampak' pintu pagar tersebut `terbuka'. Mungkin iannya hanya terbuka di `fikiran' saya sahaja. Mungkin mata saya letih... Mungkin saya mengelamun...

Kuat juga rupanya kereta saya melanggar pintu pagar tersebut. Ya, sebab saya lihat jiran-jiran saya keluar dari rumah mereka untuk meninjau bunyi apakah yang mereka dengar.

saya duduk di kerusi batu. saya kena pulihkan diri. apa yang terjadi telah pun terjadi. Saya hantar gambar bamper yang terkopak kepada kawan-kawan. Kawan-kawan saya beritahu saya kena tukar bamper baharu. 

Mulalah berfikir berapa harga bumper tersebut dan berapa pula upahnya? Adakah mahal atau murah sahaja. Saya juga mula fikir tidak pakai bamper pun boleh sebab kereta memang masih boleh berjalan. Namun saya teringat status saya sebagai pensyarah.  

Saya menalifon kawan saya, Dr Amy. Beliau menyuruh saya bawa Sisijay ke rumahnya dulu. Kereta saya nanti akan diambil oleh pihak bengkel. Untuk saya ke tempat kerja, saya boleh menumpang keretanya.

Saya cepat panik apabila hal berkenaan dengan kereta sebab saya tidak tahu banyak hal.

Saya cuba ingat kembali apa yang berlaku sebelum kejadian saya melanggar pintu pagar tersebut...

Setelah saya lihat CD terbaharu Siri Nada Pesona, saya terus keluar dari Giant dan memang berhasray memandu pulang. Ya, saya ke Giant semata-mata mahu tengok sendiri dengan mata kepala saya cover album-album tersebut.  Cantik `cover' album tersebut, bisik hati saya.

Siri Nada Pesona merupakan album kompilasi yang dikeluarkan khas mengandungi lagu-lagu penyanyi ternama Malaysia. Saya beli CD Nada Pesona Sharifah Aini dan Sudirman.

Saya memandu pulang sambil mendengar radio. Sekoyang-koyangnya apabila saya tiba di selekoh masuk ke jalan menuju Pekan, tiba-tiba lagu kumpulan Allycast diputarkan. 

 Tiba-tiba Saya rasa sedih sangat.



Berarak mendung kelabu

mengekori langkahku
sepanjang kehidupan
penuh dugaan
namun aku tetap akur

Ku cuba dan terus mencuba
mencapai suria
walau membakar jiwa
walau aku dihina
namun aku tetap akur

Derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri

Namun indah mimpi dari realiti
hidupku tanpa arah
bagaikan layang-layang
terputus talinya

Derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri
namun indah mimpi dari realiti
tapi pasti di suatu hari
nanti sinar suriakan menjelma...


Kononnya lirik lagu tersebut `sebijik' dengan kisah hidup saya. Saya rasakan saya dari dahulu sampai sekarang hidup dalam ksedihan hati dan dugaan. 

Saya tidak tahu dari mana datang rasa sedih yang sebegini sedih. Biasanya apabila dengar lagu ini saya tidaklah sedih sebegini. Tiba-tiba  air mata saya mengalir. Saya kesat dengan lengan baju.

Saya terbayangkan kisah-kisah luka yang memahat jiwa saya. Saya rasa pengalaman pahit membunuh sebahagian dari diri saya. Membunuh sebahagian harapan dan definasi saya tentang sebuah kehidupan. 

Saya tersenyum tetapi tidak hati saya.  

Saya teringat bagamana dramatiknya saya meraung dalam hujan. saya sedih apabila mengingati kejadian itu. Saya kesiankan diri saya dan apa yang telah diri saya lalui. Peritnya pada masa itu hanya tuhan sahaja yang tahu. 

Pada mulanya saya kehilangan kepercayaan pada segalanya. Saya hilang harapan. Saya terbayangkan apa yang telah terjadi dan nasib malang yang menimpa saya. Sehingga saya tidak nampak pintu pagar rumah saya itu sebenarnya tertutup!.

Memang salah saya, bawa kereta sambil berkhayal!

Saya tersenyum sendiri di kerusi batu tersebut, air mata saya menitis lagi. sekali lagi saya mengesatnya dengan lengan baju.

Ah, hidup ini untuk orang yang kuat. Semuanya salah saya, jangan hendak menyalahkan sesiapa atas yang terjadi.

Saya beruntung kerana dalam usia 46 tahun masih lagi nampak muda. Masih ada emak ayah yang sihat. Ada adik beradik yang ambil berat dan ada kawan-kawan yang ambil tahu. 

Saya dapat anugerah pensyarah paling popular tahun lepas mengalahkan dekan. Apalagi yang saya hendak?

 Tidak baik saya berfikiran negetif. Kena positif dan bersyukur.

Lagipun tidak ada dalam sejarah dunia berlanggar dan salahkan sebuah lagu. Tidak ada. 

Semua salah saya, salah pilih orang untuk disayangi.

Kehidupan begitulah. Hanya lautan yang berombak ganas melahirkan kelasi yang hebat!



Thursday, November 1, 2018

Adakah salah kalau gemuk?

Hasil carian imej untuk obesiti as acrime



Kawan-kawan rapat saya, semuanya gemuk. Kalau tidak semua, hanya 2% sahaja yang boleh saya katogerikan sebagai kurus. Kurus di sini saya maksudkan seseorang yang ada timbangan berat badan yang ideal, bukannya kurus kering.

Kegemukan sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Apabila saya pergi ke mana-mana, saya jumpai ramai orang gemuk. Tidak pernah saya pergi sesuatu tempat, tiada orang yang gemuk. Sebab saya antaranya berada di situ. He he he.

Saya dapati saya bukan gemuk lagi, saya sudah berada pada tahap obes I. mendekati obes II.

Saya dapati orang yang gemuk tidak menarik. Kalaupun dia comel atau handsume, tentulah akan jadi lebih comel dan handsum apabila mereka kurus. Saya tidak percaya bahawa ada orang yang akan lebih menarik apabila mereka gemuk... kalau ada pun tentulah saya orang itu, he he he.

Adakah salah jika kita gemuk? Adakah gemuk satu jenayah?

Saya rasa tidak salah jika jadi gemuk, tetapi kegemukan itu jadi `jenayah' pada kesihatan kita. Ini kita tidak boleh nafikan...

Kawan saya beritahu biarlah gemuk tapi sihat... Adakah keadaan konsep sebegitu, tidakkah gemuk itu maknanya kita sudah tidak sihat?

Tiba-tiba saya rasa bersalah kerana gemuk...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home