"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, July 30, 2015

Early salaries for festivals not good...

Sebenarnya setiap kali raya, kita akan berbelanja lebih untuk menghadapi perayaan. Namun dalam hati kita rasa gembira dan lega kerana pada bulan itu kita akan dapat awal gaji...seolah tidak perlu bimbang.

Namun hakikatnya pada bulan tersebut gaji kita tidak bertambah, yang bertambahnya perbelanjaan kita. 

Saya rasa lebih banyak buruk dari baiknya apabila kerajaan atau majikan (swasta) memilih untuk gembirakan kakitangan dengan memberikan gaji awal. Saya rasa bagus beri duit raya.

Adakah memberikan gaji awal untuk rai perayaan merupakan satu tindakan yang wajar?

Kegembiraan tidak akan berpanjangan... Untuk menunggu gaji yang seterusnya, mereka akan berada dalam kesempitan atau menjeruk perut.

Kita sedia maklum tabungan isirumah negara Malaysia berada dalam keadaan yang amat rendah. Mereka tidak bersifat menabung... Dengan adanya tindakan memberikan gaji awal menyebabkan pudarnya niat untuk menabung untuk hari raya. Jika gaji diterima seperti biasa ia boleh menanamkan niat kepada pekerja untuk menabung bagi perbelanjaan raya akan datang.

Kesimpulannya (macam buat karangan kan? he he) tindakan menerima gaji awal ada kesan buruk yang lebih bahaya. Kesannya kita tidak menanam niat untuk menabung. sedangkan sambutan perayaan yang terbaik dan meriah perlukan banyak wang.

Saya suka mengata orang, saya sendiri juga masih tidak berjaya. Saya hanya dapat menabung sedikit sahaja. Segala penabungan saya tersebut hanya dapat saya tampung sebanyak 25% sahaja dari perbelanjaan raya. Selebihnya saya dapat dari sumber lain.

Saya bertekad untuk menabung sekurang-kurangnya RM600 untuk raya tahun 2016. Jumlah itu kecil sahaja dari perbelanjaan sebenar raya saya, tetapi saya mahu teruskan niat untuk menabung raya.

Anak-anak jiran datang beraya



Pada suatu malam anak-anak jiran saya datang beraya.

Mereka semua gembira dan riang ria makan biskut raya dan maggie mee.

Mereka banyak bertanya, antaranya:

Berapa berat timbangan badan saya?

Mana anak dan isteri saya?

Kenapa perut saya bulat?

Indah sungguh jadi budak-budak, kita boleh bertanya apa sahaja dengan selamba sebab mereka memang nak tahu.

Dah lima tahun rasanya mereka membesar depan mata saya sebab mereka selalu ada di luar pagar rumah saya bermain-main.

Pernah suatu hari ketika baru balik ke rumah pada waktu petang ketika mahu buka pintu pagar mereka menghulurkan saya kek kerana mereka kata saya tentu lapar. Namun ia bukan kek sebenar. He he he.

Saya juga rasa gembira apabila semasa mereka makan biskut mereka mengatakan rumah saya cantik tersusun rapi. Saya tahu mereka ikhlas kerana kanak-kanak akan cakap apa yang mereka nampak tanpa ada apa-apa niat.

Semoga mereka membesar dengan baik dan cerdik, semoga mereka dilindungi selalu. Amin.


Tuesday, July 28, 2015

Kisah Roti Berlauk saya yang banyak bawang...


Saya bercadang mahu buat roti berlauk untuk raya. Dan cadangan itu telah dirialisasikan pada raya nan lalu.

Saya suka roti berlauk berbanding roti murtabak sebab roti berlauk tidak `over' rasanya. Rasanya `plain' sangat tapi mendalam.

Pulak dah.

Saya hanya perlukan dulang Duralex mak saya untuk saya buat lapik kerja mengisi iti dalam roti. Kita kena buat macam orang nak buat roti murtabak.

Lepas letak inti kita buat bentuk empat segi. Nak buat bentuk diamong pun boleh.



Lenguh saya menghiris daging yang tidak diimpot ini. Daging `musir' ini ayah saya kata daging yang terbaik dan termahal pada sesekor lembu.

Saya dengar jea ayah saya bersyarah pasal daging dan lembu..namun ingatan saya tidak seratus peratus pada syarahan tersebut. he he he.

Daging inti ini dimasak oleh mak saya. Bahan-bahannya punyalah senang iaitu daging, garam, kunyit dan lada hitam. Gula secukup rasa. Tak ada rempah ratus segala.

Dan jangan lupa gaul inti tersebut dengan telur, sebelum dibubuh dalam roti dan di bakar...

Kata anak saudara saya (Sarah) roti yang saya buat ini biasa-biasa saja rasanya, dan terlalu banyak bawang....

Sarah suka mengkritik. Namun setahu saya dia telah makan 2 keping sekaligus bila saya bakar. Dan kemudian dia makan lagi 2 keping!

Keesokan harinya adik perempuan saya (Ina)  beritahu "Abang semalam Sarah kata roti abang buat sangaaat sedap!!!. Masa Sarah masuk bilik terus dia beritahu Ina".

Kesimpulannya roti berlauk itu sedap... he he









Sue, Wawa,Eja, Zue dan Amy (dr)




Terima kasih kerana sudi datang beraya...

Monday, July 20, 2015

raya 2015: sazwan, syakir, sarah dan amar



Najib, Azlan, Shafiq dan Najihah sudah menginjak remaja, saya membuat tapak untuk lebih merapatkan diri dengan `generasi' kedua anak-anak saudara saya.

Alhamdulilah mereka semua sihat tubuh badan. anugerah allah yang tidak ternilai...

Friday, July 10, 2015

Ucapan selamat hari raya 2015



Abang Jan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin. Semoga pembaca blog Jankaulu berhari raya dengan gembira dan sejahtera. Semoga raya tahun ini lebih bererti dan dirahmati. Amin.

Abang Jan  akan balik beraya di Kampung Paya Rawa, Kampung Raja, Besut Terengganu. Untuk Bersama ayah dan mak, adik beradik dan anak-anak saudara.

Jarang kami dapat berkumpul sekaligus, kali ini saya mahu mengembirakan ramai orang, saya mahu bangun pagi... Mudah-mudahan.

Semoga berhati-hati ketika memandu di jalan raya...

Dengan ini saya tujukan sebuah lagu yang bertajuk"Bersabarlah Sayang" nyanyian Sanisah Huri...

Thursday, July 9, 2015

Sesi pembentangan pelajar diploma Sem 1, 2015/2016



Kali ini saya sempat mengambil beberapa keping gambar dari sesi pembentangan pelajar diploma semester 1, 2015/2016.

Secara keseluruhan saya dapati walaupun mereka masih di peringkat diploma tetapi pembentangan mereka boleh dibanggakan. Mereka bersungguh-sungguh menjalankan amanah yang diberikan. ini mengembirakan hati saya.


Saya akan rasa gembira apabila pelajar rajin dan bersungguh-sungguh. Ia membuatkan saya rasa bersemangat. Saya akan hargai penat lelah pelajar saya.

Saya seringkali menasihati dan memberi semangat kepada pelajar supaya selalu berusaha menjadi yang terbaik. Saya selalu doakan mereka sentiasa berjaya dalam mencari ilmu. Jangan mengalah atau rasa putus asa. Bukan senang nak senang, senang nak susah.


Saya berpuashati jika pelajar saya menjalankan kerja dengan yakin dan bersungguh. Kalau tidak saya halau pelajar keluar. Saya pernah rasa sangat marah dan sedih lalu menghalau pelajar keluar bilik kuliah kerana kelihatan tidak bersedia.

Saya tidak mahu pembentangan menjadi suatu yang biasa sahaja. Mereka harus bersungguh-sungguh. Setakat ini hampir semua pelajar yang menjalankan pembentangan kelihatan bersungguh-sungguh dan kelihatan gembira.



Kumpulan pelajar saya di atas mengenakan tudung yang sama dan baju yang seragam apabila membuat pembentangan. Siapa punya ideas entah... tetapi nampak kemas dan vouge.

Alhamdulilah mereka berjaya melakukannya. Ada pelajar yang kelihatan tidak begitu lancar tetapi saya tahu mereka telah berusaha membuat pembentangan yang terbaik. Ketidaklancaran boleh dibaiki dari masa hingga masa.


Antara yang hadir pada sesi pembentangan

Saya semakin tua, saya terima hakikat. Brat Pitt pun sudah tua juga. Kami tak dapat menolak usia.
Pembentangan yang bagus adalah pembentangan yang dapat menarik minat pendengar untuk mendengarnya. Pelajar haruslah tahu dan kelihatan tahu apa yang hendak disampaikan kepada khalayak.

Dalam gambar ini kelihatan gigi arnab saya, he he he.
Sekian terima kasih...

Wednesday, July 8, 2015

Pesan sepupu saya, kata anak saudara saya


Image result for pure heart

Seorang sepupu saya di Pulau Pinang berpesan melalui wasap supaya saya sentiasa gembira dan lupakan kedukaan dalam hidup. Katanya hidup ini terlalu singkat untuk perkara yang sebegitu. Katanya beliau ada juga membaca penulisan sedih saya dalam blog dan harap saya tidak bersedih hati selamanya.

Katanya saya sangat baik kerana mencara ibubapa, adik beradik dan terutama anak-anak saudara saya. Saya tersenyum sorang apabila dipuji. Saya rasa ada kebenaranya. Dalam skala orang yang baik saya rasa saya orang yang baik walaupun bukanlah pada skala yang sangat baik. Saya percaya lebih ramai lagi di luar sana lebih baik daripada saya.

Saya ingin mempunyai hati yang baik dan bersih namun apabila hidup saya selalu diuji dan saya tewas, saya menjelma/menjadi tidaklah terlalu baik. 

Kata anak saudara saya hati saya yang bersinar putih itu mempunyai kuasa untuk menerangi seluruh galaksi di alam maya. Dan katanya lagi sepatutnya tiada malam yang gelap gelita jika saya ada...

Saya sangat kagum kerana kata-kata tersebut lahir dari budak darjah satu...

Jujur kata saya rasa saya memberi dan menerima kasih sayang dalam keluarga. Cuma di luar keluarga saya sudah tidak tahu bagaimana rasa diri ini disayangi dan saya juga sudah tidak tahu bagaimana mahu menyanyangi seseorang...

Akhirnya saya hanya ada keluarga...

Kadar zakat fitrah di Pahang dan Terengganu 2015





Urusan menulis nama dan bertanya bayaran

Semasa berurusan di pejabat pentadbiran pagi tadi, sempat saya pergi membayar zakat fitrah (di bangunan yang sama). 

Saya ditemani oleh sahabat Adnan. Kata Adnan dia sudah bayar terlebih dahulu di Kuantan.Dia mahu menemani saya dan pukul gambar.



Saya melafazkan kata mengikut skrip yang tertulis, he he

Kadar zakat fitrah di Pahang adalah RM7. Saya membayar juga untuk kedua ibubapa saya. Pembayaran zakat ini adalah wajib kerana zakat dapat memupuk perpaduan dan pembangunan ummah secara keseluruhan.

Semasa saya membayar zakat saya buat-buat serius. Macam nak kawin pulak rasa bila bersalam dan lafazkan pembayaran. he

Saya menadah tangan semasa doa dibacakan.
Setiap negeri berbeza kadar bayaran zakatnya. Saya teringat ayah saya pernah beritahu beritahu di Terengganu kadar zakat fitrah yang dikenakan adalah berbeza. Saya lihat pada tahun 2015 ini kadarnya RM4.60, RM6.80 dan RM7.40 sekepala.

Ayah saya menerangkan kepada saya bahawa beliau membayar pada kadar yang paling tinggi iaitu RM7.40 kerana ayah kata keluarga kami makan beras yang mahal maka harus bayar dalam harga beras yang mahal... Gitu kaedahnya.

Semoga sama-sama kita mendapat keberkatan, amin.


Image result for zakat beras

Setahun tanpa Sharifah Aini...






1. 5 Julai lalu genap setahun pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini, yang lebih dikenali dengan panggilan mesra Kak Pah. 

2. Dan setahun jugalah saya tidak memainkan lagu nyanyian allahyarhamah. Penyanyi yang paling saya minati.

3. Saya tidak sangka saya boleh laluinya dan melawan perasaan untuk tidak mendengar suara merdu (yang mendamaikan) dari beliau. CD Kak Pah tersusun rapi di rak. Saya hanya melihatnya sekali-sekala. Sebelumya setiap hari saya pasang lagu Kak Pah

4. Saya juga terus menutup radio apabila terdengar nyanyian beliau. Saya rasa sedih. Namun tempoh berkabung tersebut telah tamat. Saya akan mendengar lagu beliau. Tidak mendengar lagu beliau adalah suatu yang tidak menyelesakan...

5. Setahun tanpa beliau amat memenatkan jiwa saya kerana maaf cakap, tiada suara yang merdu sepertinya yang dapat menghiburkan hati saya. 

6. Saya tidak percaya ada suara semerdu beliau walaupun saya suka suara Aisyah, Uji Rasyid, Rohayu Majid dan Nora (sekadar menyebut beberapa nama). 

7. Ada penyanyi yang dapat menyanyi dengan baik tetapi suara tidaklah sesedap mana. 

8. Saya juga tidak lagi peka dengan perkembangan seni suara tanah air. Tidak ada penyanyi baru yang berjaya kagumkan saya dengan suara yang baik. Walaupun ada banyak pogram realiti yang mencungkil bakat baru, saya tidak nampak siapa-siapa yang akan menjadi bintang yang hebat. Mutu suara sangat rendah...

9. Setelah perginya Kak Pah, tidak ada lagi bintang yang hebat dan bersinar. Yang ada hanyalah insan-insan yang menjadikan kerjaya penyanyi itu sebagai satu jenis pekerjaan yang biasa.

10. Tidak seperti kak Pah yang sehingga ke akhir hayatnya arwah sentiasa releven dalam perkembangan industri muzik dan seni suara tanah air.

11. Al Fatihah, semoga arwah Kak Pah sentiasa dilimpahi rahmat, Amin.



Profil Corelle : Life Spice O ' (SOL )

SOL - Koleksi Jankaulu

1. Spice O ' Life Corning Ware telah dihasilkan 1972-1988.
  
2. Ia direka direka oleh artis Alice Kiernan , Patricia Luzier dan Gregory Mirow .

3.  Versi Corelle telah diperkenalkan pada tahun 1981 sebagai salah satu daripada empat corak yang dikeluarkan pada tahun tersebut.

4. Dan corak SOL ini menjadi pilihan emak saya.

5. Pengeluaran SOL ini telah dihentikan pada akhir tahun 1983.

Sunday, July 5, 2015

Simon ke Sabah: Desa Dairy Farm



Lawatan ke Sabah dilengkapi lagi dengan melawat ke Desa Dairy Farm. Namun kami terlambat kerana hari sudah agak petang. 

Ketika kami sampai, hari sudah lewat petang. Tidak seperti kami yang bekerja sehingga lewat petang dan kadangkala kuliah malam, lembu-lembu ini balik tepat pada masa kerja. Mereka balik kandang.



Di sini cuaca sejuk dan nyaman. saya tidak tahu adakah iannya begitu secara semulajadi atau pada waktu tersebut sahaja cuaca sebegitu. Saya yang berseluar pendek dan free hair rasa sejuk sangat. Bukan sahaja sejuk tapi ia juga bersama angin sepoi bahasa...


Seperti juga makhluk lain di abab ini, saya dan kawan saya berselfie sana sini dengan gaya mengalahkan remaja. Maklumlah masa remaja kami, handpon pun tak ada...




Sesekali bila teringat kembali rombongan ini, rasa geli hati dan terhibur. Gelagat kami ala-ala remaja. 

Dan bukan senang nak cari masa bercuti sama-sama kawan-kawan. Dan bukan senang nak cari kawan yang rela nak tinggal anak bini/suami di semenanjung untuk pergi bercuti belai diri. Mengembalikan keremajaan perasaan.

Dalam perjalanan pula, kami dengar Ina menyanyi. Walaupun agak sumbang ia tetap menghiburkan hati. Saya juga cuba menyanyi beberapa buah lagu tetapi kawan-kawan saya tak dapat meneka lagu mana yang saya nyanyikan sebab saya bawa lagu tersebut dengan cara saya sendiri.



Saya suka gambar ini, nampak sejuk.
Bertuah sungguh kita di bumi Malaysia... Ibu pertivi.

Thursday, July 2, 2015

Tradisi memberi duit raya

Duit raya yang saya tukar

Salah satu tradisi untuk memeriahkan raya ialah kita bersedekah memberi duit. Oleh kerana duit tersebut diberikan masa suasana raya kita pangguil duit raya. Kita tak panggil duit puasa. 

Namun bukanlah bila hari raya sahaja kita harus bersedekah. Haaa...ingat. Nak bersedekah tak boleh tunggu raya atau bila kaya. Atau tunggu handsum?

Pada zaman kanak-kanak riang, saya dapat kumpul banyak duit raya sehingga beratus-ratus ringgit. Berbeza dengan sekarang apabila menjelang hari raya saya mengeluarkan sehingga ribu-ribu ringgit pula. Kehidupan ini adalah lingkaran...haaa.

Tengahari tadi, saya dan kawan kawan ke CIMB Cawangan Muadzam untuk tukar sedikit duit raya. Saya mahu tukar duit raya RM2 sebanyak RM200 tetapi tidak ada. Jadi saya tukar duit raya RM1 sebanyak RM200. Namun saya kecewa sebab iannya bukan note baru. Duit itu `dibersihkan'... Namun tak apalah nilainya sama. 

Saya juga sediakan duit RM10 dan RM5 serba sedikit.

Saya harap tradisi ini dapat diteruskan. Kanak-kanak akan gembira apabila dapat duit raya. Saya tahu benar hal ini sebab dulu saya kanak-kanak. Saya tidak tiba-tiba umur 45 tahun.

Kanak-kanak (mungkin juga orang tua) akan gembira apabila dapat duit raya. Kita harus buat orang gembira. biar kehidupan lebih bererti.

Adakah para pembaca blog saya ini sudah tukar duit raya?

Sekian.

AGRITOX 3G: Rahsia pokok tidak diserang serangga


Pokok-pokok yang saya tanam seringkali dimakan belalang dan serangga lain yang seangkatan dengannya. Bila daun-daun terlalu banyak dimakan belalang, ia merosakan bukan sahaja pandangan tetapi pokok tersebut juga jadi `cacat'.

Ayah saya sarankan saya tabur `fuladang', sejenis racun serangga dalam bentuk biji-biji berwarna unggu. Ayah saya siap pesan bubuh molek (guna racun serangga itu dengan cermat) sebab ia sejenis racun yang amat beracun.

Saya juga tabur sedikit dekat pokok lada untuk halau semut merah. Tapi saya tabur sangat sedikit bimbang nanti bila berbuah, jadi racun... Memang pun. 

Saya tabur pada pokok-pokok pagar dan pokok-pokok lain

Racun ini kegunaannya pada tebu, padi, kelapa sawit mahupun pisang. Bila kita guna untuk pisang jangan kutip hasil tanaman sehingga 60 hari. Penggunaan bagi padi pula 90 hari. Berkuasa juga racun serangga ni, bimbang kita teracun bila makan pisang atau beras.

Saya tabur racun ini di pokok-pokok saya, dan hasilnya daunnya elok menghijau kekal tidak dimakan serangga lebih kurang lima atau enam bulan. Ia bergantung keopada banyak mana saya tabur. 

Saya selalu guna racun ini sehinggalah saya lihat ia sudah tidak berkesan dan belalang mula memakan daunnya semula. Haaa...saya bubuh semula.

Saya tabur butiran dengan menggunakan sarung tangan sebab kita tidak boleh sentuh butir-butirnya. Saya tabur di tanah dan di daun-daun. Agaknya bila akar meresap racun tu naik ke daun...maka daun mungkin jadi pahit bila belalang cuba nak makan. Dan jeng-jeng jeng belalang tersebut akan ke taman jiran...(he  he he).

Racun ini sangat berkesan. Hindari racun ini daripada kanak-kanak. Juga dari isteri kita jika kita jenis `playboy'. Bukan apa bimbang kita jadi tajuk hadapan Harian Metro. He he he.


Inilah racunnya...
Dulu saya dapat beli racun ni sebungkus RM5, sekarang tidak lagi... Mereka jual RM6 sebungkus. (Tulis kat situ RM7). Sekarang barang memang naik harga... Huh! Kuasa beli kita turun...

Racun ini kena simpan di tempat yang selamat sebab ia bahaya. Ingat sembunyikan daripada kanak-kanak dan isteri.

Tetapi ada juga sejenis racun yang apabila kita terkena, hidup kita terasakan bagai bernyawa tapi tak bermaya...(pulak dah)

Sekian...

Saya masih tidak membeli baju raya...

1. Sehingga hari ini saya masih tidak berkesempatan untuk membeli baju raya. Saya sibuk pada hujung dan pangkal minggu. Hendak beli pada hari biasa, saya kerja makan gaji.

2. Sebenarnya saya ada beberapa baju baru...tapi tidak muat. He he he. Baju itu dah lama saya beli di Genting. Baju tersebut saya beli untuk saya pakai bila saya kurus. Sangat cantik, nampak maskulum bila memakainya.. Tetapi bilakah saya akan kurus?

3. Saya perlu beli baju raya walaupun sehelai untuk meraikan hari raya bersama keluarga. Sunat berhias pada hari raya. Saya nak nampak ceria...

4. Saya mungkin akan ke bandar Kuantan untuk mencari baju raya. Tentu seronok kerana terus berbuka di bandar...

5. Sebenarnya saya tidak memerlukan baju yang cantik mencuri perhatian orang pada hari raya. Saya tidak perlu pakaian begitu kerana karektor saya sendiri sudah cukup menarik perhatian orang.

Dan menarik perhatian orang bukan tujuan hidup saya dah. Setidaknya pada masa ini. He he he.

6. Nanti saya mungkin cari baju yang jenis boleh dibawa ke pejabat dan kuliah sekali gus.

7. Dalam usia sebegini (45), memilih baju menjadi semakin rumit sebab bimbang terlalu nampak muda dan tidak munasabah. Tok kan nok pakai baju meroh merang...ketak gelemak

8. Yang penting ada sehelai baju raya.

9. Zaman jahiliah dulu saya beli banyak baju raya, he he he.

10. Tetapi membeli baju tidaklah membazir, kita boleh beri kepada orang lain kalau tidak mahu dah.

11. Kalau susah sangat dan tak cukup masa , saya akan ke bandar Muadzam jea untuk membeli baju raya.

12. Sekian.  He he.

Every single day you make a choice...



Hidup ini aneh, ianya aneh apabila kawan saya yang sudah berkeluarga melahirkan bahawa ada perasaan sunyi dalam dirinya. Saya ingatkan dia tidak akan merasa kesunyian dalam hidupnya sebab ada isteri dan anak-anak. Malah beliau orang berada dengan kerja yang bagus, beliau juga kuat agama. Maka di mana lompangnya?

Saya rasa lompangnya ada dalam dirinya. Dia memilih untuk rasa sunyi. Seperti sayalah. Walaupun kelihatan tersenyum 24 jam sebahagian dari diri saya sunyi dan terkunci rapat.

Namun tidak dapat kita tolak bahawa yang membuatkan diri kita sunyi, cerdik, miskin, kaya atau bergaji rendah adalah faktor diri kita juga. Bukan salah UMNO, atau ibu mengandung.

"Semuanya bermula dalam diri kita..." Teringat saya kepada  kata-kata Prof Muhaya tersebut. Walaupun cakap senang hembus sahaja dan nak praktik maha payah...pernyataan itu betul.

Setiap orang harus tegas dalam memilih apa perasaan kita nak rasa... seribu rasa...

Abang Jan: Seribu luka di hati...(pulak dah)






Wednesday, July 1, 2015

Mak diwadkan...


muka bila mak masuk wad




Piring bujur Ocera Merah Putih



Kepemergian saya ke Johor tersebut membawa saya kepada membelinya satu piring Ocera Merah Putih.

Saya terus sambar dan bila balik rumah saya letak di belakang set teka dan cawan saya. Ocera Merah Putih ini semakin membiak...

Bagaimana perasaan ingin mendera muncul?



Penderaan boleh muncul dalam pelbagai bentuk dari pelbagai suasana, namun yang paling malang ialah penderaan kanak-kanak. Sebabnya mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana faktor usia yang membataskan tindakan dan pemikiran.

Mereka hanya menerima sahaja penderaan tersebut sehinggalah pembuatan penderaan itu didedahkan... Kanak-kanak tersebut biasanya didera oleh orang yang terdekat iaitu bapa kandung, ibu kandung dan pak saudara. Juga ayah tiri dan ibu tiri...


Stigma ibu tiri jahat sukar untuk kita kikis. Dari zaman kucing kirong hingga kini sudah terpahat yang ibu tiri jahat. Malah stigma ibu tiri jahat adalah fenomena universal. Payah saya nak kupas isu ibu tiri yang jahat ini, kita ada cerita Snow White dari barat dan juga siri Ratapan Anak Tiri dari timur. 

Walaupun tidak semua ibu tiri jahat (sebagaimana tidak semua ibu kandung baik)...masyarakat tidak terkejut apabila penderaan dilakukan oleh ibu tiri berbanding dengan ibu kandung. Sebabnya sebagai ibu tiri biasanya akan muncul satu perasaan apa bila melihat anak-anak dari perkhawinan suaminya dulu...

Apakah perasaan tersebut...?

.