"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, March 31, 2011

50,000

Lihat gambar di atas. Kemas dan cantik dapurnya. Sink dia disekaliguskan dengan meja (atau meja disekaliguskan dengan sink?). Kalau saya ada duit RM50,000, saya nak renovek dapur. Kalau boleh nak buat dapur moden sikit sebab saya ni kuno. Namun saya akan gunakan hanya RM30,000 buat renovek tersebut (pulak dah?).
Baki lebihnya saya nak buat bayar muka untuk Honda Civik saya (warna putih). Ja kata jenis Hibrik, entahlah saya tak faham hibrik ke habib juel... Tapi yang penting Ja kata sesuai sangat untuk saya. Rujuk gambar di bawah.
Tetapi semuanya kalau...saya tak miliki duit sebanyak itu...untuk beberapa tahun ini saya tidak boleh bercerai lagi dengan dengan Myvi saya..

Tetapi blog saya telah menerima kunjungan melebihi 50,000. Rupanya masih ramai juga yang membaca dan terus membaca blog saya. Blog ini journal kehidupan saya..., penulisan mengenai hal peribadi, juga tindakbalas saya terhadap kehidupan yang saya lalui. Di sekeliling saya, itu sahaja.
Tiada yang istimewa dan luarbiasa kerana ia terus daripada hati dan pemikiran saya yang sempit ini. Terkadang saya emosional, terkadang saya amat tenang. Terkadang saya rasa saya bodoh, terkadang saya rasa orang di sekeliling saya yang bodohnya, he he he. Tiada orang memiliki pemikiran yang sempurna... Kelebihan dan kelemahan pemikiran hidup saya terpancar melalui penulisan di blog jankaulu ini.
Seorang sahabat maya saya beritahu setiap kali beliau datang kerja, pada setiap pagi dia akan membuka blog saya dahulu. Katanya walaupun dia tidak pernah jumpa saya, dia kononnya mengenali saya melalui penulisan saya. Saya rasa sangat berbesar hati.
Seorang sahabat lama saya pula menghantar sms dan beritahu dia tidak suka apa yang saya tulis. Katanya satu pun dia tidak suka. Saya membaca smsnya dan termenung sekejap...
Tetapi tidak mengapa, saya menulis bukan untuk puaskan semua orang. Dia mungkin perlukan blog lain yang hebat dan optimis. Bila ramai orang, banyaklah ragam, dan dunia ini akan berwarna segar dan menarik.
Tidak boleh semua orang macam kita. Tidak boleh kita macam semua orang...
Jan: Tidak boleh saya macam orang lain

Wednesday, March 30, 2011

Kehilangan tupperware...

"Menjadi suatu tanda tanya, syak dan pertuduhan..."
Tupperware mahal harganya, berbeza dengan tipuware. Tipuware kita tak kisah sangat. Bila kita lihat ada tercampak tepi pintu, belakang sik kereta atau duduk di luar pintu dapur, kita tak heran. Kita tak peduli pun kalau ianya hilang, kita tak sedar pun, he he he. Kita tak kisah sebab tipuware harganya murah. Kat pasar malam boleh kita beli.
Sepanjang tahun ini banyak kejadian `ngeri' melibatkan tupperware kawan-kawan saya. Ada yang terlupa kepada kawan mana yang diberikan makanan menggunakan tupperwarenya (dan orang yang menerima tersebut pula tidak cepat-cepat memulangkannya balik). Dan dalam satu kejadian berasingan (amboi macam penulisan dalam berita tentang kes Teoh Beng Hock pula...) di dapati tupperware kawan saya benar-benar hilang setelah diletakan di pantry.
Sebahagian daripada koleksi tupperware saya...
Tupperware mengisi bahan makanan biasanya cantik dan didatangkan dengan `adik-beradik' dia. Maksud saya ia molek mata memandang bila disusun...(lihat gambar di atas). Biasanya saya letak banyak bahan makanan kering dalam tupperware ni termasuk menisan, jintan putih, kayu manis, ajinamoto, tepung gandung dan sebagainya. Yang jenis madular ni senang nak nampak apa jenis makanan di dalamnya sebab dibuat dalam bentuk lutsinar.
Katakan jika hilang satu tupperware jenis ini, ia akan mencacatkan pemandangan kerana bila disusun iannya tidak akan nampak elok. Ada lompang di antaranya. Sebab itulah selain daripada bimbang rugi kerana harganya mahal, kehilangan tupperware juga menguris jiwa raga dan pandangan mata kita.
Setakat ini saya tidak pernah mengalami kehilangan tupperware, kalau tipuware tu biasalah. Bila tipuware hilang hati saya tak berbekas/terguris pun... (tak patut kan?).
Di posting ini saya mengucapkan takziah dan banyak-banyak bersabar kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia mahupun warga dunia yang mengalami kehilangan tupperware. Mudah-mudahan penyiasatan terperinci di buat. Insyallah akan dapatlah jumpa tupperware tersebut... Kalau tak jumpa sambarlah katelog tupperware terbaru... oder semula.
Jan: Dah 2 tahun tidak membeli tupperware...setelah jiwa tak beraga.

Monday, March 28, 2011

Cortisol

Cortisol bukan sejenis minyak pelincir, ia juga bukan sejenis kueh apam masyarakat Sepanyol. Jauh sekali nama salah seorang kekasih gelap Tiger Wud. Ia adalah sejenis hormon. Ingat tak semasa cikgu biologi ajar kita dulu, katanya hormon adalah sejenis bahan kimia yang dihasilkan tubuh secara semulajadi. Fungsi hormon ni bergantung kepada jenis hormonlah. Kalau jenis hormon suara halus terlebih dalam tubuh maka apabila bercakap suara kita mungkin mirip itik serati.

Hormon yang ingin saya bincangkan bernama Cortisol, kalau orang Melayu kaji mungkin akan diberi nama hormon tudung saji atau hormon Awang Silu. Orang putih selalu beri nama beliau atau diberi nama beliau apabila membuat suatu pertemuan dalam bidang sains. Dalam kes nama Cartisol ni saya tidak tahu. Mungkin nama bapak mertua pengkajinya, entahlah.

Apa yang ingin saya beritahu hormon ini akan terlahir secara semulajadi dari badan kita apabila tidur kita sangat teratur. Tak bolehlah main tidur ikut suka sahaja. Cara tidur kita tersebut boleh ganggu biological clock (pusingan biologi kita, mungkin juga ketetapan). Katanya apabila kita tidak tidur ikut masa yang tetap, kadang tidur awal, kadang tidor lewat, kadang tidak tidur (sebab kehilangan kekasih hati bagai raga tak bernyawa)...kehadiran hormon ini terganggu sebab ia keluar secara berdisiplin. Bila kita bangun, kita rasa malas nak bangun, kita peluk erat teddy bear kita. Rasa letih la, rasa nak sambung tidur la...

Hormon cortisol ini ialah hormon yang beri kita kecergasan. Kita guna hormaon ini bila kita bangun daripada tidur untuk bergerak dan aktifkan diri kita. Kecergasan kita dipengaruhi oleh hormon inilah.


Ni la rupa bentuk cortisol, saya cari dari internet... Lawa kan, he he he.


Hormon ini di keluarkan oleh badan pada waktu-waktu tertentu bergantung kepada individu tertentu. Contohnya, kita selalunya bangun tidur pada pukul 6 pagi setiap hari untuk kemas rumah dan siapkan makanan untuk suami/isteri dan anak-anak, (kepada yang hidup solo tu siaplah makanan untuk diri sendiri... sesekali bawak bekal ke pejabat apa salahnya. Tak kan nak tunggu kerja di ladang je baru nak bawak bekal) dikatakan hormon ini akan keluar pada pukul 3 pagi. Keluar pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita dapat bangun secara cergas dan boleh aktif mengemas rumah, gosok baju dan bersenam pada pukul 6 pagi. Kepada kaki malas tu, maharaja hormon pun tak boleh tolong...




Hormon tersebut akan keluar pada pukul 3 pagi kerana itu rutin biologi kita apabila kita bangun pukul 6 pagi. Apa terjadi jika kita bangun lewat, kita tidur membuta pada hari sabtu, katalah hari sabtu bangun pada pukul 10 pagi? (sayalah tu, he he he). Maka akan berlaku gangguan pada badan kita. Ketika itulah kita keletihan... hormon tersebut biasanya berdisiplin keluar pukul 3 pagi jika kita bangun pukul 6 pagi, sekarang hormon tersebut terganggu sebab kita bangun selepas 7 jam selepas hormon tersebut keluar....kita jadi tak cergas, letih dan tak aktif (campur pulak kita ni jenis pemalas?).




Sejak saya tahu hal ini saya selalu berusaha bangun pagi pada hari sabtu dan ahad. Saya tidak lagi cuba balas dendam dengan bertindak bangun lewat sebab hampir sepanjang minggu bangun awal. Sekarang sudah terjawab selama ini bila hari sabtu dan ahad saya bangun lewat, bukan pun saya cergas, tetap letih juga... letih sepanjang hari...Rupanya Corisol terganggu. Ingatkan tidur tak cukup atau terlebih tidur...




.Jan: Kenal tak Catriona Bahrin Ross?

Wartawan kita

Wartawan hiburan kita ni kadang-kadang semacam je perangai mereka, tidak menyumbangkan kepada pembangunan industri hiburan.
Wartawan hiburan sepatutnya rasa malu apabila memberikan komen yang tidak adil mengenai sesebuah filem yang ditayangkan di pawagam. Walaupun selera masing-masing, tetapi dengan ilmu yang ada, mereka sepatutnya memberikan komen yang menarik, benar dan membina. Banyak kali saya diberitahu oleh kawan-kawan mengenai ketidakpuasan hati apabila melihat filem Melayu di pawagam yang ceritanya kononnya `mesti tengok’. Bila mereka tengok, " Tak tengok pun tak apa...huh buat habis duit!"
Pernah saya tengok satu filem dulu tetapi tidak ingat tajuk dah. Nasha Aziz berlakon. Filem tu tidak sedap tetapi wartawan puji melambong seolah esok tiada lagi. Tertanya saya, wartawan tu adik ipar pengarah filem tu ke? Atau biras penerbit filem? Atau makan rasuah? Saya jadi negatif...
Saya minta sangat wartawan hiburan memberi komen yang adil dan membina terhadap sesebuah filem. Tak beretikalah kalau kita berbaik atau berkawan dengan orang yang terlibat dengan filem tersebut, maka kita beri komen yang positif memanjang. Sepatutnya kena ikhlas jika benar-benar nak tolong kelangsungan filem Melayu, kena profesional dan kena tegas. Kena ada keseimbangan dalam memperkatakan sesuatu filem. Contohnya aspek mana yang paling lemah, dan paling cemerlang atau membanggakan.
Kalau saya sorang yang kata filem tu tak best, mungkin saya berselera aneh. Tapi jika ramai yang saya tanya jawab tak best. Apa maknanya?

Beberapa tahun dulu saya juga kecewa apabila melihat buah tangan Tiara dalam filem Puteri Gunung Ledangnya. Bagi saya indah khabar dari rupa. Saya tidak kisah pasal kutipan tiket yang seolah menjadi rahsia tersebut... )kerana cerita yang bagus tak semestinya mendapat kutipan yang tinggi) tetapi saya kisah mengenai kos yang dibelanjakan untuk membikin filem ini. Saya yang tak tahu pasal filem ni berpendapat filem itu sepatutnya lebih megah dari segi...? segala-galanya.
Hikayat Merong Mahawangsa?
Jan: Saya belum sempat menontonnya...

Friday, March 25, 2011

Kumohon - Sheila Majid






Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

( korus )
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

( ulang korus )

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku



Jan: Segala dugaan yang mencabar ini pasti punya ertinya...

Ijat dan Anis singgah


Gambar 1: Bersama WKD 777


Minggu ini saya diziarahi oleh kawan saya yang berkerja di majikan lama iaitu Kolej Shahputra (Kolej Universiti Shahputra). Sebelum itu saya di opis tengah berfikir balik rumah nanti nak buat apa? Tengah berfikir tiba-tiba kawan saya Mek Zue ( rujuk gambar di atas yang pakai baju kurung sedang memegang cincin di jarinya) ajak ke biliknya jumpa Ijat dan Anis.

Pada gambar 1: yang menahan nafas tersebut adalah Ijat. Saya kenalinya sejak beliau masih lagi remaja hinggalah sekarang. Dalam gambar tersebut dia kelihatan muda. Mungkin kalau kita kurus nampak muda jea.

Dia kelakar juga orangnya, suka bergurau. Dan untuk pengetahuan umum dia sudah berpunya.



Gambar 2: Anis menayangkan beg berjenamanya dan yang kelihatan macam YB baru menang pilihanraya kecil tu saya.


Gambar di atas saya dan Anis bergaya dengan kereta Alfax kalau tak silap (tak ingat nama apa, tak pernah dengar pun sebelum ini). Saya tak pernah pun tengok kereta jenis tu. Tapi amboi di dalamnya selesa sangat, ada langsir. Saya tak ingat berapa harga kereta ini tetapi seingat saya bila Mek Zue beritahu harganya. harganya lebih mahal daripada rumah saya.
Yang bergaya sakan dalam gambar 2 tersebut adalah Anis. Saya juga sudah lama mengenali Anis semasa di Pekan Pahang sehinggalah dia kahwin dengan pelajar saya iaitu Adik. Saya pernah menjadi pensyarah pengiring bagi projek yang Adik (suaminya) jalankan dulu (di Taman Negara) semasa dia menjadi pelajar.
Kali terakhir saya jumpa suaminya semasa Shahputra adakan karnival pendidikan di ECM. Suaminya kini agak berbody kerana selalu pergi gym, dulu sekeping jea... Oklah saya terpaksa stop dahulu, bimbang pula tercerita panjang lebar mengenai suaminya orang. Kalau nak cerita perihal Adik mungkin sampai 1001 posting...
Jan: Kisah-kisah lalu jadi kenangan...ingatkah engkau padaku... (pulak dah)

Karim, Ustad Nazri dan Nizam singgah

Karim, ustad Nazri dan Nizam merupakan kawan saya semasa saya mengajar di Kolej Shahputra Pekan lebih kurang 5 tahun dahulu. Awal minggu ini dalam menjalankan urusan pemasaran, mereka singgah setulang di Muadzam.
Saya, Ja, Mek Zue dan Amy berjumpa mereka lepak sekejap di kedai tepi jalan. Banyak cerita terkumpul. Namun saya sudah berjanji untuk off rekod, tak akan disiarkan dalam blog saya.


Amy menjadi Pengetua AKL (Angkatan Kawan Lama)


Kelihatan Amy sedang menemu bual ustad Nazri, sebagai pengetua dia memang menjalankan tugas dengan cemerlang. Ustad Nazri kelihatan bahagia dan malu-malu di sepanjang perbualan. Semoga dia berbahagia hingga ke anak cucu... He he he.




Ja juga turut gembira, burung-burung berkejaran. Semua orang bahagia bekerja


Saya dituduh mempunyai kekasih gelap... Saya buat-buat malu dan serius seolah-olah perkara tersebut benar...(sebenarnya tidak benar)



Karim memberikan senyuman penuh berkrim



Sebenarnya Nizam ada datang seorang diri ke Muadzam 2 minggu lepas...


Nizam memberikan amaran pada saya, saya terpaksa berjanji tidak mahu hebohkan apa yang telah terjadi di Jordan dahulu...he he he. Lagipun itu cerita lama. Saya tidak mahulah blog saya ni jadi tempat hebohkan kisah cinta lama orang... Saya dah janji pada Nizam, saya kenalah simpan janji tersebut.


Jan: Banyak sangat cerita mereka saya tak dapat kesan mana satu mitos atau realiti...he he he. Namun saya harap mereka semua happy.


Mencari makna hidup




Saya membeli buku ini melalui online, dan sampai ke kotak merpati saya melalui pos. Saya guna kad kredit. Senang sungguh berada di zaman siber ni kan? Tunggu kita je nak rajin membaca atau tidak?
Saya sudah 2 kali membaca buku ini, saya membacanya sebelum tidor...
Saya tahu kalau nak mencari makna hidup kita mesti keluar rumah pandang dunia yang luas, dan hadapi cubaan hidup ini sepenuhnya dan bukannya semata-mata daripada buku. Namun saya ingin juga mendapatkan kisah dan tauladan daripada buku. Mengetahui kehidupan orang dan kisah mereka akan membuat kita berfikir. Sebab adakalanya kita tidak mungkin berada di dalam situasi mereka.
Kepada yang sekular, jangan bimbang buku ini bukan sebuah buku agama yang mutlak, ia mengenai kisah-kisah kehidupan, saya katogerikan sebagai bacaan ringan sebelum tidor (walapun ada yang sebenarnya kisah tersebut terselit tema yang berat).
Bahagian-bahagian isi kandungan

Bahagian 1: Cermin Diri Sendiri

Nilai Sebuah Pujian
Meniru Perangai Monyet
Keagungan Hati
Kekuasaan Penuh
Diriku Istimewa
Mengkaji Keadaan Diri
Sufi Tidak Lagi Memakan Gula-gula
Telinga yang Sabar Mendengar

Bahagian 2: Pandai Bersyukur

Berlian di Tanah Ladang
‘Bunga-bungaan’ Kemoterapi
In Spite Of
Indah pada Waktunya
Warga Tua pada Usia Indah

Bahagian 3: Hidup = Perjuangan
Manusia Bodoh yang Enggan Bekerja
Jalan yang Perlu Ditempuh
Duit Syiling Ajaib
Matahari dan Angin
Perjuangan Si Gegat
Slache yang Berani
Pemandu Saya pun Boleh

Bahagian 4: Belajar daripada Pengalaman

Kacang Lupakan Kulit
Kura-kura Pesimis
Sindrom Lowell
Lubang Bekas Paku
Mengulangi Kesalahan
Budak-budak Memang Begitu
Siapakah Pemilik Tongkat Ini?

Bahagian 5: Menabung Kebaikan

Boneka Ajaib
Laluan Berbatu Loncatan Washington
Melakukan dalam Kegelapan
Pengemis Penuh Misteri
Orang Asing yang Baik Hati
Pertolongan untuk Sang Sufi
Jan: Kalau boleh saya mahu tahu banyak perkara/ilmu sebelum saya pergi...

Motivasi cadar

Bagi saya, barang yang dibeli bukan sahaja bersifat keperluan, ia juga adalah motivasi.
Kalau kita lihat barang yang kita beli, kita rasa gembira. Orang lain kita tak pedulilah sama ada mereka nak gembira, atau nampak hodoh barang yang kita beli tu atau mereka dengki, he he he.
Saya perasan barang yang cantik biasanya berharga mahal di pasaran. Setidaknya mahal bagi saya. Konsep mahal ini pun subjektif sifatnya. Saya jarang beli barang mahal.
Kita beli barang selain ianya kita memerlukannya ia juga boleh menjadi satu motivasi dan mungkin juga terapi. Contohnya, bila saya susun barang yang saya beli dalam rak, saya rasa gembira. Begitu juga semalam bila saya tukarkan cadar dan komforter, saya sangat gembira dan perasan mewah (perasan mewah seperti duke atau saya sebagai keluarga golongan bangsawan inggeris yang ada istana besar pada zaman pertengahan eropah...)
Harga sebenar cadar dan komforter Huss Puppies tu tak lah mahal RM1400. Kalau nak banding dengan kasut Jimmy Choo yang ada berharga sampai RM380,000 tu ternyata cadar tersebut murah sahaja. Tetapi saya memang tidak akan beli cadar yang mahal kerana saya tak mampu... tetapi time tu nasib baik ada diskaun 50%! (selalu ada `tetapi', he he he).
Saya gembira bila dapat membelinya dulu sebab saya tidak pernah pun beli cadar mahal, lelaki lain tentu dapat merasai lebih dari nikmat cadar mahal di atas ranjang mereka... Jadi saya tidak berfikir panjang untuk sambar cadar tersebut, seolah tuhan pula menolong saya menjadikannya diskaun sebanyak 50% untuk menolong seorang budiman yang bernama Simone (sayalah tu kalau tak faham...).
Semalam saya tidur lewat, saya pasang cadar. Apabila semuanya nampak sempurna saya buat-buat keluar bilik dan masuk semula dan buat-buat terkejut kononnya bilik tidor saya cantik. Saya buat-buat tersenyum dan kata `eeeaaa cantiknya... bilik sapa ni?' (kalaulah ada orang tengok, pasti kewarasan saya dipertikaikan. Dan pasti ada kawan saya akan menyuruh saya pulangkan balik izajah saya). Sebenarnya saya tengok cantik juga tempat tidur saya. Saya ambil pembaris panjang lurut atas kain cadar, saya tak nak ada seurat kedut pun!
Memang dalam bilik tidur saya hanya ada katil sahaja, bersaiz queen. Saya nak biar nampak mewah. Saya tak nak ada almari baju atau dressing table sebab bilik saya kecil sahaja. Saya letak tersebut di tengah-tengah bilik.
Saya nak saya nampak depan mata ke mana duit gaji saya mengalir.
Jan: Dan malam semalam, seperti malam-malam sebelumnya. Saya heret tilam bujang dari bilik sebelah dan tidur depan tv...he he he

Thursday, March 24, 2011

Kenapa kena cari isipadu?

Apabila cikgu sedang syok mengajar matematik modern kat depan papan hijau, saya secara perlahan-lahan tarik buku Pengetahuan Agama Islam di dalam bangku. Saya keluarkan sebahagian buku tersebut letak di atas peha dan sebahagian lagi dalam meja.
Malas saya nak ikuti apa yang cikgu ajar, entah apa diajarnya. Penuh papan hitam suruh kita cari luas isipadu la, punca kuasa dua la dan entah apa. Bukannya kita nak gali telaga.
Saya membacanya, saya rasa cikgu tak akan nampak sebab kedudukan meja saya barisan belakang. Lagipun kelmarin ustazah beritahu dia nak soal, siapa tak boleh jawab kena berdiri. Saya kena hafal makna ayat, tafsiran dan pengajaran ayat. Ustazah tu bengkeng , serius 24 jam. Semalam saya tak sempat nak hafal sebab saya asyik melukis gambar bawang sampai pukul tiga pagi. Cikgu lukisan selalu puji lukisan saya cantik (saya tak nafi), saya kena lukis benda hidup.


Sedang saya asyik menghafal dan tunduk membaca, datang cikgu matematik dekat meja saya tanpa saya sedari. Dia marah betul. Saya yang terkejut menolak buku ke dalam meja tetapi tersangkut, kelepuk jatuh atas simen, he he he. Sampai hari ni saya ingat kejadian tersebut!


Apalagi dia beleter, apalagi saya tutup telinga bayangkan saya di tepi pantai. Tapi saya terdengar jua sedikit sebanyak. Katanya kalau saya nak belajar stail tersebut tunggu 4 tahun lagi bila saya masuk universiti. Katanya kat universiti bolehlah kita tengok gitu je pensyarah ajar tanpa menyalin nota.


Saya malu sangat kat kawan-kawan, he he he. Sebab saya ni jenis budak baik. Ketua tingkatan lagi. Namun cikgu matematik saya tidak berleter panjang-panjang sebab dia kena kembali ke papan hijau untuk menunjukan cara nak cari isi padu telaga tersebut. Dan saya tahu selepas itu kena cari penyelesaian kepada soalan pemfaktoran, ala yang cari X dan cari Y tu...boring betul.
Selepas kelas saya tanya kawan saya " Boleh tak kita ambik SPM tanpa ambil subjek matematik modern?"



Jan: pulak dah...

Congestive heart failure (CHF)


Heart failure, also known as congestive heart failure (CHF), means your heart can't pump enough blood to meet your body's needs. Over time, conditions such as narrowed arteries in your heart (coronary artery disease) or high blood pressure gradually leave your heart too weak or stiff to fill and pump efficiently.

You can't reverse many conditions that lead to heart failure, but heart failure can often be treated with good results. Medications can improve the signs and symptoms of heart failure. Lifestyle changes, such as exercising, reducing the salt in your diet, managing stress, treating depression, and especially losing excess weight, can improve your quality of life.

The best way to prevent heart failure is to control risk factors and conditions that cause heart failure, such as coronary artery disease, high blood pressure, high cholesterol, diabetes or obesity.

jan: Definition By Mayo Clinic staff, mayoclinic.com

Elizabeth Taylor 1932 - 2011


Dia bukan sahaja pandai berlakon tetapi juga cantik. Mungkin itulah masalahnya... dia seringkali tidak dapat berlakon kerana dia terlalu cantik untuk memegang sesuatu watak. Berbeza dengan di Malaysia kan? he he he.
Masyarakat tidak peduli dia raih 2 Oscar dan anugerah-anugerah lain. Masyarakat tidak peduli dia kahwin 8 kali. Orang suka melihat dia. Cara dia minum, cara dia berjalan dan tersenyum atau susah hati.
Dia bukti seorang perempuan boleh menjadi begitu cantik. Maksud saya kecantikan yang luarbiasa. Tuhan maha kaya.
Daripada pemerhatian saya di kalangan pelakon wanita barat, ramai yang boleh berlakon, ramai yang telah meraih banyak anugerah dalam bidang lakonan, tetapi mereka bukannya bintang. Bukan bintang filem sepertinya. Dia lain...
Kecuali dalam filem, jangan harap kita nak tengok dia pakai jeans atau T'shirt seperti Maya Karim. Dia akan berpakaian cantik 24 jam sehari, memakai barang perhiasan, minyak wangi dan rambut di set hebat walaupun nak ke kedai depan rumah nak beli asam gelugur. Ya dia bintang...
Dia bintang terakhir...
Jan: Semalam dia telah pergi...

Wednesday, March 23, 2011

Saya ambil lukisan...

Saya fikir tidak mengapa saya buang subjek matematik tambahan asalkan ayah saya tidak tahu. He he he. Saya beritahu mak jangan beritahu ayah. Saya takut ayah marah. Ayah memang ambil tahu tentang pelajaran saya.
Tetapi suatu hari terbongkar juga sebab saya lupa kemaskan balik lukisan saya buat bila penat melukis dan tertidor di dalam bilik saya, esok saya kena ke sekolah terus. Bilik saya memang tidak boleh dikunci. Ayah saya tidak buat kunci untuk semua bilik anak-anaknya. Mungkin senang dia hendak masuk mengintip...he he he.
Bila saya balik dari sekolah, mak saya beritahu ayah saya masuk bilik dan tertengok lukisan-lukisan saya!
" Ayoh kata apa mak" Saya tanya mak dengan cemas. Saya tahu ayah saya mesti tak setuju saya melukis dan tak ambik matematik tambahan. Saya pasti kena marah. Takutnya saya... Tapi pada masa itu saya dah bercadang kalau ayah saya marah, saya akan lari dari rumah (pendeknya akal saya pada masa tu, he he he) tidor rumah kawan dua tiga hari, he he he. Ayah saya tak akan faham naluri seni dalam jiwa saya...terdetik di hati saya.
" Ayoh kata pandai abang melukis" Kata mak saya...
Lega hati saya. Tapi tak bermakna ayah saya setuju dengan tindakan saya. Saya pasti kena marah. Dan petangnya ayah saya berleter tapi saya dah tutup telinga saya, saya tak dengar satu pun. Kemahiran ni saya dapat dengan selalu berlatih, iaitu bila orang bercakap kita fokus kepada hal lain dalam otak. Jadi bila orang berleter tak masuk telinga pun.



Petangnya datang saudara saya Miss London. Saya panggil Miss London sebab sejak dia belajar di London bila balik kampung rambut perang, mata biru, pakai skit lagi, vouge. Saudara saya tu sangat baik dengan kakak saya, umur mereka sama. Kedatangan dia memberitahu saya kepentingan matematik tambahan. Sah tentu ayah saya punya kerja, dia yang suruh ni...saya pasti!
Seluruh kampung dah ke tahu saya tak ambik matematik tambahan dalam SPM saya? Huh!
Jan: Sampai sekarang saya tidak tahu nombor kereta ayah saya, kakak saya dan adik saya. Saya fobia nombor...no kereta saya, saya ingat sebab saya beli. He he he.

Subjek paling saya tak minat

Saya tidak suka matematik. Pada masa tersebut saya tidak faham langsung mengapa matematik penting. Zaman persekolahan, jiwa saya penuh huru hara kerana subjek ini. Kalaulah gelodak jiwa tersebut dapat dilihat ia bagaikan taufan Tsunami.

Bila saya naik ke tingkatan 4, lagi haru biru sebab saya kena belajar matematik tambahan selain matematik tulen, fizik, kimia dan biologi.




Matematik tambahan jauh lebih sukar daripada matematik tulen. Bila berserabut saya pernah cuba nak tukar ke kelas perdagangan (walaupun saya berniat nak jadi doktor) sebab tidak suka matematik tambahan tetapi cikgu saya beritahu saya pandai, molek benarlah masuk kelas sains. Sijil Rendah Pelajaran (SRP) saya melayakan saya masuk kelas sains. Oleh kerana masuk kelas sains itu glamour dan terbilang, ramai kawan-kawan saya masuk kelas ni, saya padamkan saja hasrat saya...he he he (lagipun ada seorang yang saya minat dalam kelas tersebut, kawan baru, he he he).




Maths buat saya boring dan mengantuk...





Namun saya akhirnya tidak ambik matematik tambahan sebab saya tidak pernah lulus subjek tersebut bila cikgu buat ujian. Saya yakin benar saya akan dapat 9 jika ambik matematik tambahan. Matematik tulen pun sudah begitu sukar berbanding dengan matematik saya belajar dalam tingkatan 1, 2 dn 3.






"Mengapalah kita kena belajar lagi matematik ni, kita bukannya nak jadi taukeh beras. Taukeh beras pun guna kakileter" Saya beritahu kawan saya apabila saya dapat 38% sahaja untuk matapelajaran matematik tulen dan 8% untuk matematik tambahan!.







" Mana ada orang kelas sains ambik lukisan?" beritahu cikgu kelas saya apabila saya beritahu hasrat saya nak drop matematik tambahan dan ambik lukisan.







" Tak apalah cikgu, masa add maths saya bangun dan keluar daripada kelas. Saya pergi belajar lukisan sorang-sorang" Kata saya kepada cikgu kelas saya, he he he.







Kemudiannya saya rasa lega sangat bila tidak payah belajar matematik tambahan. Tuhan sahaja yang tahu. Siap saya sindir kawan-kawan saya yang kononnya ambik matematik tambahan, dapat 9 tu dah dalam tangan, he he he.







Pun begitu saya masih tidak dapat mengikuti pelajaran matematik tulen. Saya hairan sebab saya tak faham apa yang cikgu ajar dan saya tak boleh buat latihan yang diberi sedangkan saya bukannya bodoh. Bila saya lihat kena cari X dan y, saya berpinar. Saya selalu bertanya dalam hati kenapa pulak kena buat persamaan serentak semata-mata nak cari X dan Y?







Sekarang saya sangat faham mengapa matematik sangat penting... Tapi saya tak menyesal, he he he.







Jan: Ada orang kata sapa-sapa tak pandai matematik, dia adalah tak pandai...teruk kan? Sedap-sedap kata.

Ikan Sardin dalam teng


Pernah tak makan sardin? Suka tak?
Seperti rokok yang saya isap dan maggie yang saya makan, saya juga sering terdengar akan bahayanya memakan ikan sardin dalam tin. Namun begitu, saya terus memakannya dengan lahap, menghidangkannya dengan penuh gaya, he he he.
Saya tidak boleh nafikan saya suka sangat makan sardin. Daripada kecil sampailah dewasa. Kadang-kadang bila rasa lama dah tak makan sardin, terus saja saya ke kedai beli sardin.
Dulu harga sardin murah, yang besar hanya RM1.80 (dalam 25 tahun dahulu).
Sebentar tadi saya buka adieachim.blogspot (penulisnya berasal dari Labuan), dia ada cerita pasal memasak sardin, maka saya juga nak cerita perihal sardin dan saya...(nak jugak cerita ni, he he he). Bila membaca penulisan beliau saya terasa lapar tiba-tiba.
Bau sardin semerbak...seksinya!
Saya suka bau sardin yang digoreng, manakala ayah saya tidak boleh hidu bau sardin. Kata ayah saya dia rasa nak muntah kalau ada bau sardin. Sebab itulah keluarga saya masak sardin hanya bila ayah tidak ada di rumah...he he he.
Saya tanya ayah saya kenapa dia tidak makan sardin dan baunya saja dah nak muntah. Ayah saya beritahu semasa dia muda dia kerja kapal di Singapura, tiap-tiap hari makan sardin... Entahlah boleh caya ke tak cerita tersebut, he he he.
Bagi saya sardin yang sedang digoreng baunya akan buat kita lapar, sama seperti orang goreng ikan kering. Kita tiba-tiba je rasa nak cari nasi...
Cara kawan saya masak sardin...
Biasanya saya masak sardin, saya goreng biasa sahaja supaya keasliannya terpelihara. Saya tambah limau nipis sahaja, perah di atasnya. Namun apabila saya sudah pandai duduk rumah sewa, saya dapati ada pelbagai cara memasak sardin. Ada kawan saya goreng sardin tersebut terlebih dahulu. Rajin betul dia toskan sardin tersebut (asingkan kuahnya dan ikan tersebut), kemudian dia goreng ikan tersebut. Amboi meletup-letup sardin tersebut bila digoreng. Awas minyak boleh merencik sejauh 2 meter!...kalau tak kena gaya. Saya berdiri jauh dari kuali. Takut terencik minyak kat muka, pada masa tersebut (4 tahun dulu) saya bukannya handsum sangat...
Ada kawan saya pula suka buat gulai sardin, dia siap bubuh santan dan daun serai. Best jugak saya memakannya. Dia beritahu beginilah cara maknya masak sardin. Semasa memasak 8 kali dia sebut `beginilah cara mak saya masak". Apa-apa pun memang sedap masakan tersebut!
Membeli sardin di Mydin
Saya dah cuba banyak jenis sardin, yang paling saya suka jenama ayam brand. Keluarga saya selalu beli jenis ini. Tetapi kadang-kadang saya suka juga tukar selera pilih jenis lain seperti King Cup, Yeo's, Cinta atau lain-lain.
Semasa saya bekerja di Kuantan, apabila saya ke Mydin bersama Azniza, saya akan beli sardin sebanyak setengah dozen. Dia dah diparket begitu, ada 6. Saya balik dari Mydin saya akan display kan kat dapur.
Sebenarnya bila rasa malas nak keluar masak sardin dan goreng telur dadar dah memadai. Makan panas-panas. Makan atas sofa menghadap tv dan tidak berbaju. Ah bertuahnya hidup...
Makan sardin kat kedai...
" Amboi, kat kedai pun makan sardin?" Sapa kawan saya bila dia lihat saya ambik lauk sardin. Saya sambar sardin sebab lama dah tak makan.
Memang biasanya saya masak sardin di rumah. Pun begitu bukanlah tiap minggu saya kena makan sardin...
Jan: Kusardinkan rindu ku di dalam tin... namun berkarat jua akhirnya tin tersebut, tamat tarikh luput setiamu...! oh...

Tuesday, March 22, 2011

Bunga Tanjung




Bunga tanjung putih berseri
Kembang jelita harum baunya
Gagah sungguh pohonmu berdiri
Tegap rimbun gagah perkasa

Harum jelita si bunga suci
Idaman dara gadis rupawan
Sangat sombongnya bungamu menari
Melenggang-lenggok di hujung dahan

Walaupun engkau si bunga tanjung
Hiasan sanggul gadis rupawan
Tiadalah kamu sangat beruntung

Bagai melati
Bagai melati dilembah sana
Lihatlah senyuman kembang melati
Disunting kelana hati...
Di lembah sunyi

Lihatlah pula bunga teratai
Dijunjung musafir lambai melambai

Sungguh nasibmu si bunga tanjung
Bagai cahaya ditutup mendung
Tiadalah tangan menyunting kamu
Menunggu gugur di angin lalu
Malang dudukmu di dahan tinggi
Kini bertabur di atas bumi

Sudah berpuluh tahun saya mencari earti, maksud dan perlambangan lagu ini. Tetapi gagal dengan cemerlang. Pun begitu saya tetap mendengarnya dengan syahdu, terkadang tertanya-tanya...
Orang Melayu (cerdik pandai) dahulu penuh kias dan perlambangan dalam lirik, bertepatan dengan unsur estetika dan aslinya untuk mewakili kejadian dan perasaan. Tidak seperti sesetengah lirik moden zaman sekarang yang belang berak boleh hasilkannya...
Saya berpendapat ianya mengenai cerita sesuatu yang suci dan mulia itu tidak tertonjol sifatnya dan akhirnya lenyap begitu tiada disedari oleh orang biasa macam kita (sebab kita jenis tak mahu mencari dan tak pandai menilai?), hanya tuhan lebih mengetahui...Amin.

Jan: juga bagai cahaya ditutup mendung...(nak jugak, he he he)

Jodoh yang sekufu...


Ramai kawan wanita saya (bukan teman wanita) bersuamikan suami bertaraf lebih rendah daripada mereka. Maksud saya dari segi pelajaran/pendidikan formal. Ada seorang prof yang saya jumpa di Sarawak, suaminya tidak lulus SPM pun. Saya jumpa dia semasa di Kucing, dia giat cerita keburukan suaminya (tak patut betul) dan saya terpaksalah buat-buat minat...







Contoh pasangan sekufu... he he he.





Ada juga kawan-kawan lelaki saya yang isterinya berjawatan lebih tinggi daripada mereka. Contohnya mereka hanya kerja biasa-biasa di kampung (contohnya, kutip buah kelapa, kutip kulat atau etak) tetapi isterinya guru lepasan ijazah/pegawai bank.

Tidak sukar untuk menjawab mengapa dewasa ini perempuan lebih ramai cemerlang dalam pelajaran berbanding lelaki. Dan saya juga tidak berniat menjawabnya dan tidak mahu menimbulkan kekecohan atau polimek. Akhir-akhir ini saya lebih pentingkan kedamaian dalam hidup (pulak dah, sejak bila?).

Apa yang penting, daripada perbezaan tak sekufu (tak sama) struktur dalam rumahtangga berubah bukan sahaja dari segi isirumah tetapi juga fungsi dan tanggungjawab. Saya berpendapat apabila ramai perempuan berjaya menampung keperluan dunia pekerjaan dalam negara negara, tentu kemampuannya mengurus isi rumah tangga menyusut. Mereka bukanlah superwomen atau catwomen yang ada tenaga luarbiasa. Saya bukan hendak menyokong perempuan, ada juga perempuan yang jahatnya mengalahkan 1000 iblis (memetik kata-kata seorang kawan wanita saya).

Yang saya ingin tekankan ialah kekurangan/lompang dalam keluarga tersebut haruslah difahami dan ditampung juga oleh pihak si suami. Tetapi adakah si suami memahami situasi ini atau masih tetap berlagak seperti biasa, maksud saya bersikap sebagai suami tradisional iaitu tugas rumahtangga diserahkan bulat-bulat kepada isteri kerana dia perempuan, walaupun isteri juga bekerja dan semua bil dia yang bayar!.

Tetapi tak kan orang spm kena kahwin dengan orang spm kan, master dengan master, phd dengan phd...kan? Tak kan muka macam bawang kena kahwin dengan muka macam bawang...nanti muka anak macam lipan.

Jan: Macam mana dengan sekufu daripada segi pemikiran? Susah untuk berbincang atau bercakap dengan orang yang tidak melihat sesuatu perkara sepertimana kita melihatnya kan? kan? eeee geram ni!

The Blind Side (2007): Part 2

Cerita `The Blind Side' ini telah diadaptasi daripada buku yang bertajuk ‘The Blind Side: Evolution of a Game’ oleh Michael Lewis. Ia menceritakan kehidupan sebenar bintang ragbi yang bernama Micheal Oher. Namun filem ini bukan filem mengenai permainan bola ragbi atau filem sukan.
Pelakon utamanya ialah Sandra Bullock (saya pernah tengok lakonan beliau dalam Speed, Miss Congeniality part 1 and 2, dan Premonition). Bagi saya pada kebiasaannya lakonan dia amat biasa sahaja, namun dalam filem ini tanggapan saya meleset kerana dia telah menunjukan dia boleh berlakon dengan baik jika ada watak dan cerita yang benar-benar menguji dirinya. Seorang pelakon lagi bernama Quinton Aaron. Saya tak kenal langsung, he he he.
Cerita ini berkisarkan Sandra dan keluarganya yang menolong Michael Oher (Big Mike) seorang lelaki kulit hitam yang tidak ada mak bapak dan tidak berumah. Masa Big Mike kecik, dia juga sering bertukar rumah (rumah penjagaan kanak-kanak terbiar). Emaknya penagih dadah dan bapanya jenis hit and run...


Dapat juga akhirnya...


Dengan pertolongan seorang lelaki Big Mike dapat bersekolah. Big Mike ini jenis slow sikit dalam belajar. Ya lah kan, dia tidak pernah mendapat pendidikan yang sewajarnya sebelum ini. Pada mulanya cikgu-cikgu naik menyampah sebab dia tak bijak (ada ke gitu kan?).
Ada dalam satu ujian yang dia tak jawab pun, dia lukis orang lidi naik kapal di belakang kertas soalan periksa tersebut. He he he.

Macam mana la nak diet kalau begini...he he he


Saya teringat dulu semasa saya darjah satu cikgu tunjuk buku petak-petak saya kepada ayah saya. Cikgu tersebut suruh saya salin ABC tetapi saya lukis gambar perempuan pakai skit kembang, he he he. Kesian ayah saya kan.. Mungkin pada masa tu ayah saya ingat saya ni akan menjadi orang yang tidak berguna di kemudian hari.


Dalam hidup ini kita kena la ada semangat yang kuat...


Kembali kepada cerita, big Mike ini berbadan gemuk dan tidak nampak bergaya. Dia tidak ada baju juga nak bergaya macam kita yang sesekali tersalah gaya. Secara peribadi bila saya lihat dia saya rasa kesian (saya ni memang begitu, cepat rasa kesian...pulak dah).




Sedutan babak dari filem ini...


Cerita bermula sedap bila pada suatu magrib semasa Sandra blok naik kereta bersama familinya terjumpa Big Mike jalan kaki tepi jalan, ketar kesejukan. Bila ditanya nak ke mana Big Mike beritahu konon nak ke gim. Sanda blok tahu Big Mike menipu sebab gim tutup. Dia terus ajak ke rumahnya tido di ruang tamu atas sofanya yang berharga RM38,000. Rosak lee sofa tu, kalau kita, kita sayang...




Tak sangka dia boleh bawa watak Leigh Anne Tuohy dengan berkesan...


Sebenarnya anak-anak Sandra blok yang comel tu sesekolah dengan Big Mike. Sandra blok ada anak lelaki kecil dan anak dara sekelas dengan Big Mike. Orang putih gitulah pattern beranak dia. Dia beranak seorang, dan ada satu anak kecil bila anak sulung dah besar.



Big Mike duduklah di rumah tersebut, lama kelamaan Sandra beri bilik... Dia terharu sangat dapat bilik sebab sebelum ni dia tak ada katil pun. Kemudiannya lama-lama Sandra ambik dia jadi keluarganya yang sah. Bila dah ada kasih sayang dan orang cara dia makin bersemangat dan berlakulah penigkatan dalam pelajaran. Bila diri terbuang terabai?...(baca dengan nada sedih tetapi mengada...)



Big Mike diajar main ragbi. Mula-mula Big Mike tak reti main, harap badan je besar kata jurulatihnya hampa. Tapi bila Sandra Bullock bagi semangat. Akhirnya Big Mike jadi hebat sampai banyak sekolah-sekolah nak ambik dia jadi player. Kira dapat biasiswa lagi.



Saya tak naklah cerita sampai habis sebab blog ini fokusnya kepada kelaraan bukannya nak preview filem. Namun saya syorkan sangat pembaca lihat cerita ini kerana banyak moralnya, antaranya yang saya dapat kutip:



1. Bila nak kahwin, pilihlah lelaki yang kaya dan suka ikut kata kita. Kalau kita lelaki, pilihlah perempuan yang berwawasan dan cerdik. Jangan bila anak jatuh luka, talipon kita di pejabat suruh antar klinik. Macamlah dia tak ada kaki tangan nak ikhtiar.



2. Gunalah meja makan yang kita beli. Makanlah sekeluarga di meja makan, jangan masing-masing bawa makanan, duduk terlonggok makan depan tv.



3. Belilah kereta yang ada air bag.



4. Jadilah seorang pendidik yang sabar, kita kena paling sayang pada student yang paling lembab (iman Ghazali kata) jangan asyik nak marah jea.



5. Perempuan yang seksi, segala kerja menjadi senang, cepat, mudah dan licin.



6. Bersihkan bilik air anda...



7. Kadang-kadang kita tak tahu kita ni apa kelebihannya, sehinggalah orang lain yang nampak.


Cerita ini moralnya tinggi. Cerita mengenai kekeluargaan dan kasih sayang yang tidak dibatasi warna kulit, warna rambut dan pertalian darah. Sesuai sangat ditontong untuk seisi keluarga. Namun cerita sebegini jarang sangat masyarakat kita nak tengok...tak ada bom meletup, tajk ada tampar menampar, cubit mencubit. Kah kah kah.


Jan: Cerita ni ada lucu dan sedih, teradun seperti hidupku ini...(nak jugak...)

Monday, March 21, 2011

Taman mini



Biasanya apabila menyelak nyelak helaian majalah atau akhbar, saya selalu mencari helaian yang mempamirkan rumah kediaman. Saya minat bukan sahaja tengok rumah mereka yang besar terjaga tetapi juga laman mereka. Mak datuk cantik sungguh laman mereka.




Orang kaya biasanya memiliki tukang kebung untuk menjaga tanaman supaya indah dan menarik. Betullah orang kata rumahku syurgaku...(maksud saya syurga dunia). Rumah mereka bak istana besarnya dan ada laman yang cantik mantik.







Gambar 1: Ni le taman mini tu, he he he.


Rumah dan laman saya kecil sahaja, namun kekecilan itu tidak dapat mengekang niat saya daripada berangan, he he he. Terbaru saya nak buat taman mini (yang tentunya kosnya mini juga). Dan saya telah pun memulakan sebahagian daripada projek tersebut.







Gambar 2: Saya guna batu bata sahaja buat sekatan...




Saya hanya gunakan jokong (batu bata) sahaja buat sekatan supaya rumput tidak menjalar masuk ke kawasan pokok hiasan. Untuk taman mini ini saya hanya menanam satu pokok besar dan beberapa pokok renek di sekeliling pokok besar tersebut.

Saya buat empat segi dan tanam pokok irish di sekelilingnya. Ringkas sahaja. Saya bimbang juga kerana saya berpeluang menyiram seminggu je sekali. Saya hanya berserah sama ada pokok tersebut boleh hidup atau tidak. Saya pasrah.




Gambar 3: Tanam jarak-jarak



Ada orang mereka tidak mementingkan laman rumah. Saya pernah lihat ada rumah, mereka simenkan sahaja bahagian yang berumput supaya rumput mati. Mereka mungkin sibuk dan tidak minat menanam pokok hiasan. Kita tidak boleh kata apalah sebab selera masing-masing. Cuma saya ni kalau tak ada pokok tidak boleh bernyawa, kaku.



Gambar 4: Dah berbunga!



Minggu lepas bila saya singgah ke rumah saya, saya berbesar hati apabila melihat pokok-pokok tersebut sudah berbunga. Saya sangat suka hati. Ada bunga yang kekuning-kuningan, ada bunga yang keunggu-ungguan...(ayat darjah 2B,)



Gambar 5: Batu-batu diletak untuk sandar batang pokok yang besar tersebut


Saya letak batu-batu untuk sendar pokok tersebut kerana pada suatu minggu yang telah lama apabila tiba ke rumah saya, saya lihat pokok utamanya tumbang... Nasib baik pokok tersebut tak mati. Saya tanam semula, nasib baik hidup. Nasib baik selalu ada...mungkin tuhan hendak menolong saya kerana nampak saya degil dan beria benar...(unsur agama).




Gambar 6: Sepasang bunga



Saya tanam pokok Irish. Pernah tak tanam pokok ni? Pokok ni cantik tetapi tak tahan lama. Pokok dia macam pokok orkid. Daun dia panjang-panjang, macam lalang pun ada.

Kalau boleh memang saya hendak tanam banyak pokok tetapi sukar untuk saya menjaganya kan. Setiap kali turun Kuantan saya hendak juga cuci mata ke bandar Kuantan, bukannya jadi tukang kebun pulak. Sebab itulah buat masa ni saya tanam pokok yang minima je penjagaannya. Bila dah hidup tak rumitlah menjaganya.



Gambar 7: Bunga Irish kuning


Gambar 8: Bunga Irish unggu


Gambar 9: Sepasang Irish Unggu...



Pokok Irish ni saya beli kat Cameron Highland. Mulanya saya bimbang juga sebab biasanya daripada cerita orang, pokok ni akan mati bila turun daripada tanah tinggi. Di sana suhu sesuai kata orang. Tetapi saya degil, saya beli jugak dan tanam jugak dan siram seminggu sekali jea...

Hasilnya ia tetap hidup subur dan berbunga! Kuasa tuhan...(lagi diserapkan unsur agama dalam penulisan).

Jan: Kadang-kadang saya rasa pelik, walaupun bernyawa tapi tak bermaya saya tetap meneruskan kehidupan, saya tetap buat taman (walaupun mini...)

Wednesday, March 16, 2011

itulah gamaknya...yang bernama kehidupan...



Jan: ...bila kena hidup tanpa perkara yang paling kita nak...

The Blind Side (2009)



Dalam hidup saya, tiap kali saya patah hati saya akan bertanya mak, '' Mok rasa dalam dunia ini banyak orang baik ke orang jahat?''
Saya percaya di mana-mana kawasan bumi ini ada orang jahat dan ada orang yang baik. Orang jahat dan baik tersebut tidak mewakili bangsanya, agamanya dan negaranya. Ia mewakili perangai manusia di dalam planet bumi...perangai makhluk daripada planet lain, saya tidak tahu.


Atas saranan seorang kawan, saya luangkan masa untuk melihat cerita The Bline Side. Dan dalam cerita ini jelaslah apa yang saya maksudkan dan percaya. Ada manusia baik walaupun dia tidak sebangsa, seagama dan senegara dengan kita.


Kepada saya cerita ini tentang semangat dan keyakinan untuk melihat masa depan orang lain. Keyakinan yang apabila kita menolong orang, kita bukan sahaja memberi kebahagian pada orang tersebut tetapi kita juga akan menerimanya. Pelakon utama cerita ini mengutip seseorang di tepi jalan, memberi harapan dan kebahagiaan...
Pengalaman hidup saya banyak juga pertolongan yang saya beri akhirnya didajalkan balik kepada saya. Namun saya ingat kata-kata Ustad Asmadi, kita menolong orang jangan mengharapkan pembalasan...


Cerita ini daripada kisah benar, ceritanya mengoyak hati saya. Ada pada beberapa bahagian cerita mampu membuatkan saya rasa nak menitis air mata dan sangat bersyukur. Tiga adegan tersebut biarlah saya rahsiakan (pulak dah).
Jan: Ada orang bahagia apabila melihat orang lain bahagia, ada orang memusnahkan bahagia orang lain untuk membina kebahagiannya sendiri...Ada! (so sad but true...)

Komposisi kawan saya...

Semenjak darjah satu hingga sekarang komposisi kawan saya terdiri lebih ramai berjantina perempuan daripada lelaki (saya suka berada di kalangan orang yang cantik, ada shape, dan berbau harum, he he he). Beruntung benar jika seorang berjantina lelaki dapat menjadi kawan baik saya, he he he.
Saya lebih suka mendengar fantasi dan harapan yang indah-indah daripada cerita mitos yang menunjukan kehebatan diri, he he he.
Dilanjutkan lagi cerita kebanyakan kawan-kawan saya terdiri daripada mereka yang mengamalkan pengkongsian hidup (perkahwinan). Namun ada juga kawan-kawan baik saya yang hidup tak berkongsi (bujang), janda, duda dan di antaranya (he he he). Saya tidak ada masalah dengan status selagi dia tidak menyusahkan saya. Pemikiran yang berbeza itu biasalah... bukan semua orang cerdik/bodoh macam kita kan?
Saya dapat lihat perbezaan di antara mereka yang kahwin dan tidak kahwin, duda atau janda dan adakalanya saya tidak dapat lihat adanya perbezaan di antara semua golongan tersebut. Ada kawan saya kahwin dan nampak bahagia, ada yang tidak pernah bercakap pasal keluarga (bila orang lain cakap pasal keluarga, dia diam dan alih topik lain), ada juga kawan saya yang merana dalam perkahwinan (walaupun berpelajaran tinggi...) dan ada kawan saya yang beritahu saya kesilapan yang paling besar dalam hidupnya ialah berkahwin! dia menyesal. He he he. saya beritahu dia bukannya perkahwinan itu yang salah, mungkin dia kahwin dengan orang yang salah. Dan dia juga mungkin pesalahnya!
Kalau ada orang kata tidak berkahwin itu hidup akan lebih senang, saya bangkang. saya tidak setuju. Ada kawan saya yang tidak kahwin-kahwin tetapi tidak senang juga, selalu tak cukup duit walaupun tak ada anak bini. Hobinya membeli sport reeng. Dia juga tidak mempunyai hubungan yang baik dengan adik beradik, emak bapak, ayah ibu dan anak sedara... Saya berpendapat cara kita handle hidup kita tersebut buat kita jadi senang atau tidak.
Kalau kita jaga pasangan dan keluarga kita dengan baik dan berpanduan, insyallah kita akan berjaya. kalau diri kita sendiri pun kita tidak boleh kawal, bagaimana hendak mengawal anak bini/laki walaupun mereka keluarga kita sendiri.
Saya tidak tahu apa yang saya nak kata di posting sini... Mungkin hidup ini tiada ketentuan... Siapa pun kita, kita kena buat yang terbaik. Maksud saya kita boleh hidup menderita jika kita kahwin dan kita juga boleh hidup menderita jika kita tidak kahwin. Dan dalam banyak situasi kahwin tidak kahwin, ada anak tak ada anak di luar bidang kuasa kita. Kita hanya berusaha, berusaha untuk bahagia. Kita harus berusaha.
Setakat ini saya tiada masalah dengan kawan-kawan saya daripada segi komposisinya. saya terima mereka seadanya, dan mereka terima saya seadanya... Blockquote
jan: tetapi yang suka menyalak tu, nama dia saya garis merahkan!

Bukan alam mimpi...

Dalam diri setiap insan ada peperangan. Tidak terkecuali saya, perasaan itu terkadang memberi tekanan. Perkara yang amat payah dan menakutkan bagi diri saya mungkin dihadapi sebagai kacang bagi insan lain.
Apabila kakak saya beritahu ayah saya kemalangan di kampung, saya rasa ingin terbang balik melihat ayah saya. Walaupun selepas saya diyakinkan keluarga bahawa ayah saya tidak mengalami kecederaan yang teruk...perasaan ingin segera balik tersebut tidak dapat saya pudarkannya.
Sebab itulah saya perlu belajar balik kampung seorang diri...memandu.
Jan: Hidup ini bukan alam mimpi...

u wil wen u belif...

Buat pertama kalinya saya balik ke kampung di Besut bermyvi sendirian. Oleh kerana saya seorang penakut dan negative, perjalanan ini merupakan satu pencapaian besar dalam hidup. Sepanjang perjalanan hujan turun, adakalanya lebat sehingga saya tidak nampak jalan. Namun saya percaya saya boleh melaluinya sebab pastilah hujan tersebut tidak selebat hujan di hati saya.
Dunia saya tidak luas, pemikiran saya juga tidak bijak sangat. Namun saya rasa bangga juga dengan rasa ingin mencuban yang ada dalam diri. Saya memandu tanpa henti selama lebih 5 jam. Sepanjang perjalanan tersebut, hanya tuhan tahu apa yang saya fikirkan. Kebanyakannya rasa takut, he he he.
Apabila saya canangkan saya akan berMyvi balik kampong, riaksi kawan-kawan saya berbeza. Kawan-kawan perempuan saya kebanyakan tidak setuju kerana kata mereka saya tidak mahir dan cuaca akan membahayakan saya. Kawan saya Zuraini menasihati saya naik bas sahaja sebab cuaca tidak menentu dan selalu hujan. Saya terharu dia ambil berat mengenai saya. Namun semua kawan lelaki saya menggalakan niat saya, mereka kata “ Bila lagi Man nak cuba?”
Antara azam tahun 2011 saya ialah memandu sendirian ke kampong saya. Perjalanannya melebihi 300KM. Saya tidak pernah memandu sepanjang itu namun saya percaya saya boleh buat sebab saya dah dewasa…walau setakut mana saya hadapi dunia ini...saya kena yakin.
Jan: saya bawak selow sahaja…

Suara Adnan...

Minggu lepas saya terdengar suara kawan baik saya buat pertama kalinya (setelah hampir 10 tahun bersahabat). Saya tidak pasti sama ada dia nyanyikan secara sengaja atau tidak sengaja. He he he. Saya terdengar semasa dia menghantar saya ke pejabat pos. Saya nak perbaharui lesen memandu.
Suaranya tidak sedap.
Saya senyap dan tergaman bila terdengar suaranya. Saya terdiam seketika sebelum saya beritahu saya puji tuhan kerana dia jadikan kawan saya sebagai seorang pensyarah, bukannya penyanyi. Apabila dia Tanya kenapa saya beritahu suaranya tak sedap, he he he.
Dia terus kata dia hanya nyanyikan untuk diri sendiri dan saya terus jawab pastikan dia benar-benar bersendirian, he he he. Teruk saya kan?
Namun saya rasa amat bertuah sebab mungkin saya yang hanya berpeluang dengar dia nyanyi selain isterinya, he he he.
Jan: Bukan semua orang boleh nyanyi...

Friday, March 11, 2011

Kenapa kita bercerai?

Pada hari kita diijabkabulkan, kita sangat gembira. Burung-burung seakan turut sama meraikan hari bahagia, sanak saudara sekelian yang ada turut rasa gembira. Kita tidak terlintas yang siapa kena bangun awal pagi tukar lamping, siapa yang kena masak bila sama-sama letih balik kerja, siapa yang harus itu ini. Kita percaya benar cinta, kasih, sayang dan sewaktu dengannya akan mengatasi segalanya (he he he.).


Jauh sekalilah kita fikir yang suatu hari rupa-rupanya kita akan sedar pasangan yang kita mabukannya membebankan kita, kita tidak sekumang berfikir kita bercerai! Kita tidak telintas sebab kita pada masa tersebut sangat gembira!


Daripada laporan (sumber yang sah) lebih ramai pasangan yang berkahwin bercerai berbanding yang tidak bercerai (ini fakta perkahwinan dalam tempoh 5 tahun pertama - 32.2 % berakhir dengan penceraian dan perkahwinan dalam tempoh 6 hingga 10 tahun pertama -27.7% berakhir dengan penceraian. Kalau campur 32.2% + 27.7% = 59.9%). Maknanya ramai orang yang bercerai yea? Kalau kita masih lagi tidak bercerai maknanya alhamdulilahlah (jika kita bahagia). Dan yang tak kahwin-kahwin tu tentulah lega sebab mereka tak akan bercerai berai...



Kenapa orang bercerai yea? Jawapan saya senang jea. Pentingkan diri dan tak sayang pasangan masing-masing seperti waktu bercinta dulu. Bila kawin take for granted jea. Ya lah benda kita ada, kalau dah tak ada barulah? Dan jawapan saya lagi ada orang memang tidak patut kahwin, tak bertenggungjawab dan ganas dalam rumahtangga.


DARIPADA statistik gunaan dan analisa menyatakan antara punca berlakunya penceraian rumah tangga ialah:

1. (12 peratus) disebabkan tiada persefahaman, curang atau enggan dimadukan,
2. (11.5 peratus) kerana tidak bertanggungjawab.
3. (8.8 peratus) kerana campur tangan mentua atau ipar duai
4. (7.1 peratus) disebabkan ketagih dadah atau alcohol
5. (1.6 peratus) kerana masalah kewangan
6. (1.1 peratus) kerana terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan
7. (0.5 peratus) kerana didera
8. (12.6 peratus) kerana factor-faktor lain

Dilaporkan oleh Ketua Pengarah LPPKN, di dalam kertas kerja mengenai Profil Keluarga Di Malaysia dan Kesannya Kepada Masyarakat pada Seminar Keluarga Mendepani Cabaran. (Berdasarkan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) )

Jan: Bercerai kasih talak tiada...(lagi haru!)

Thursday, March 10, 2011

Keunggulan Saleem


INi antara CD baru saya beli (kira barulah jugak) . Ada 3 keping disc....banyak lagu lara di dalamnya...
Saleem ada nyanyi lagi Hanya Satu Persinggahan dalam CD ini. Saya layan... tapi bila Saleem kata:
`Nanti kau tahu eartinya sepi bagai kang pisau menghiris hati, nanti kau tahu eartinya rindu bagai tersusuk duri sembilu. Batin akan terseksa jasad pasti merana, olehnya...". :
Saya sedih, he he he.
Jan: Bukan pengabadian yang rela...

Dalam percintaan...

Emak saya kata:
" Abang, di dunia ni bolehlah orang aniaya kita, tipu dan khianat kita... di akhirat tak boleh lagi. Semua sebelumnya dikira"
Jan: Emak saya tengok ke muka saya, saya cepat-cepat pandang ke lain...

Myvi kena tahan...

Dengan berdebar-debar saya jelaskan bahawa saya bukannya tak bayar rodtek, bukan salah saya. Pihak pos yang salah, lambat pos balik rodtek tersebut. Memang saya naik cuak bila dia suruh saya parking kereta di tepi jalan...


Saya buat roadtek di agensi Muadzam, saya bayar sekali kos runner dia. Memang saya tunggu jelah dia pos balik rodtek tersebut.


Sebelum itu dia beritahu:


" Roadtek awak dah tamat tempoh ni. Kalau awak dah buat yang baru pun awak tetap salah sebab tak pamir roadtek, saya boleh saman awak atas gagal pamir" Katanya dengan serius.


Saya tengok mukanya, memang dia serius. Saya bukan dalam programe Raja Lawak. Saya rasa kalau pada masa tersebut saya dapat lihat muka saya tentu putih (pucat) dan tentu handsum. Tetapi kata kawan saya dia tak suka lelaki putih. Sebenarnya tak payahlah kita lihat warna kulit, kalau kulit putih tapi hati hitam tak guna juga.


Kalau petang jumaat memang saya ke Kuantan. Saya tak sangka kereta saya kena tahan. inilah kali pertama. Saya sedar roadtek saya dah mati...memang salah saya, he he he.


Saya merayu, he he he malu pulak rasa. kalau buat vidio klip memang saya tak akan tunjukan kepada anak cucu. Saya beritahu saya kecemasan, saya kena ke Jengka buat research pasal FELDA. Saya mengaku silap dan saya tak akan buat lagi.


Dia bertanya saya kerja di mana dan akhirnya dia hanya beri nasihat kepada saya. Mukanya pun dah kembali mesra macam saya ni adik ipar dia.
Selepas saya meninggalkan sekatan tersebut, saya terus pandu kereta. Sampai di suatu tepi jalan saya berhentikan kereta tepi jalan. Ambil nafas sebab berdebar. saya sms Adnan beritahu kejadian tersebut...


Jan: Tak sangka betul!

Cara dia guna ubat gigi...

Pasangan kita bukan macam kita... Dia ada banyak perbezaan berbanding kita. Dan kita kena hidup dan sesuaikan diri dengan perbezaan tersebut (mungkin sepanjang hayat?) atas dasar berkompromi demi cinta dan kasih sayang...anak-anak dan bla-bla-bla...
Cara salah picit ubat gigi, kita kena picit kat hujung bawah dulu!
Kadang-kadang sakit hati juga apabila melihat cara dia guna ubat gigi. Kita kalau guna ubat gigi kita tekan yang hujung dulu dan lipat gulung ke atas... Tapi dia pakai tekan jea ubat gigi tersebut! Dan bentuk tekanan tersebut melahirkan rupabentuk ubat gigi yang macam digunakan oleh orang yang cacat tangannya.

Beginilah jadinya ubat gigi tu, kemek di tengah-tengah...huh!

Dah banyak kali dah suruh guna dengan betul tetapi tak nak berubah. Apa la sangat susahnya picit kat hujung dan gulung hujung tu naik ke atas... Kalau benda begini kecil pun dia tak nak berubah...Huh!

Jan: No komen..he he he...

Wednesday, March 9, 2011

Fasal ke 2 perkahwinan...


Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada pembaca blog ini yang berjaya berada di dalam fasal ini. Ia dikenali sebagai fasal ke 2. Tahniah sekali lagi. Bukan senang nak berada di dalam fasal ini. Kalau diikutkan hati dan perangai pasangan kita yang pentingkan diri tersebut, 40 kali sehari nak bercerai kan? He he he.
Fasal pertama bermula daripada kita kahwin depan tok kadi (termasuk malam pertama) hinggalah pada tahun ke lima perkahwinan kita. Kepada sesiapa yang masih tidak berjaya memasuki fasal pertama ini, usaha lagi, he he he. Jangan rasa rendah diri, kalau tak ada orang nak ke kita jangan mengaku, biar kita buat-buat memilih sikit. Bila orang kata kita pemilih kita kata " Laaa tak lah, jodoh tak ada lagi..." dengan tersenyum walaupun dalam hati nak sumat tahi lembu dalam mulut, lubang hidung dan telingannya!).
Tidak banyak mana yang berjaya ke fasal dua (golongan pertama di fasa 1, 32.2% berakhir dengan perceraian jua...baca dengan nada sedih walaupun penceraian tersebut mungkin terbaik kepada mereka berdua untuk bina hidup baru dan berjaya).
Fasal kedua adalah pasangan yang berada di dalam tahun ke 6 hingga ke 10. Maknanya Perkahwinan dalam tempoh 6 hingga 10 tahun pertama kita la tu. Masa ni kalau perempuan mungkin dah beranak 4 atau 5, kena servis dua tiga kali dah.... Yang lelaki pulak pada masa ni (mengikut laporan tak rasmi) perangainya menjadi semakin gatal...dan bermasalah.
Dalam fasa ke 2 ini pasangan sudah mengenali dan memahami perangai buruk/baik pasangan dan melakukan penyesuaian kerana beberapa faktor. Golongan ini bukannya semuanya berjaya ke tahap ke 3 (bermula tahun ke 11 kita panggil fasal 3). Golongan ini 27.7% berakhir dengan penceraian...(baca dengan nada sedih walaupun orang yang bercerai berai tu bukan kena mengena dengan kita...).
Jan: Bersyukurlah kita masih ada pasangan masing-masing, tengok Mankisue...? Kesian kan...dia hidup sorang tak tentu hala jiwa merayau utara selatan...

6 bulan?




10 tahun lalu, semasa saya menjadi guru, seorang pelajar perempuan tingkatan 6 atas tiba-tiba beritahu saya:
"Cikgu... kita tidak tahu perangai sebenar jodoh kita sehinggalah dia duduk serumah dengan kita, lepas 6 bulan barulah tahu perangai sebenar dia".
"Kenapa 6 bulan?" Tanya saya.
" Sebab tidak akan ada orang boleh terus berlakon selepas 6 bulan, paling lama 6 bulan je, pas tu dia kembali kepada perangai sebenarnya" Jawab pelajar saya (macamlah dia tu pakar dalam mengenal orang...he he he).
Statistik daripada JAKIM menunjukan 32.2% pasangan bercerai (dalam tempoh 5 tahun pertama)... Maknanya dalam pada itulah kita baru belajar kenal hati budi pasangan masing-masing. Ya lah kan masa dia mabuk kat kita kita tak tahu pulak perangai dia macam mana, dulu dia mungkin bau minyak wangi Avon tapi bila kahwin, bau bawang!
Pada tahun-tahun pertama tersebutlah kita makin kenal siapa sebenarnya orang yang kita kahwini? Dan kita akan buat penilaian berbaloi tak mengekalkan perkahwinan tersebut? He he he?
Tapi kata pelajar saya tempoh yang paling mencabar adalah pada 6 hingga 10 tahun pertama dalam perkahwinan tersebut!
Jan:Pulak dah?

Tuesday, March 8, 2011

Lara Saloma...



Pada masa itu saya di tingkatan satu bersekolah petang (1983). Bila bas berhenti di hadapan sekolah saya terus masuk ke dalam kelas, kawan saya beritahu saya "Sukimea, Saloma dah mati".
Saloma meninggal pada usia 48 tahun, katanya kerana penyakit kuning. Beliau adalah isteri ketika kepada Seniman lagenda kita, Tan Sri P Ramlee. Dalam buku yang ditulis oleh Nasir P Ramlee, setelah kematian suaminya Saloma selalu kelihatan lara bernyawa tetapi tak bermaya...kadang-kadang bercakap sendiri seolah P Ramlee berada di depan matanya. Bacalah buku tersebut, saya ada membelinya. Kalau nak pinjam boleh...
Beliau sendiri pernah memberitahu wartawan "Apabila Bang ramlee pergi, sebahagian daripada dirinya dibawa bersama...". Romantiskan? Tak macam pasangan kita kan?


Saya suka mendengar lagu nyanyian Saloma sebab suaranya manja dan berperasaan, contohnya ada lagu pasal kain songket yang asalnya dari Terengganu. Tetapi posting kali ini mengenai lagu lirik terlara nyanyiannya iaitu lagu " Air Mata Di Kuala Lumpur" (lagu ciptaan P.Ramlee sebelum P.Ramlee meninggal dunia). lagu ini sebenarnya adalah tajuk filem P Ramlee yang tidak sempat dihasilkan kerana belau meningal dunia pada tahun 1973.

Kalau kita amati betul-betul lagu "Air Mata Di Kuala Lumpur" itu kita akan dapat dengar esak tangis dan sebak Saloma ketika beliau merakamkan lagu itu. Cuba dengar betul-betul di tempat sunyi... Lagu ini dinyanyikan oleh Saloma beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia...


Saya berpendapat seperti Sudirman dalam lagu Salam terakhirnya, Saloma juga mengumpulkan semua sejumlah kelaraan beliau dalam menjiwai kelaraan hati lagu ini. Sama-samalah kita hadiahkan Al fatihah kepadanya setelah menghayati lirik ini...(unsur agama)


Air Mata di Kuala Lumpur....


Hancur musnah
Impian mulia
Istana ku bina
Menjadi pusara

Gelaplah pasti
Masa hadapan
Jiwaku merayau
Utara dan selatan

Hidup sudah
Tiada bererti
Zahirku hidup
Hai batinku mati

Remuk redam
Hatiku hancur
Airmata di
Kuala Lumpur

Lagu/lirik: Tan Sri P. Ramlee




Cuba dengar, ada nada sebak dan rindu yang tak sudah-sudah kesudahannya...


Jan: Air mata di Muadzam sambil bawak motor dalam hujan? (nak jugak...he he eh)

Monday, March 7, 2011

Next (2007)


Pada hujung 2 minggu lalu saya tengok filem Next. Sebenarnya Din (seorang sahabat yang bekerja di Shahputra Kolej) tertinggal koleksi DVDnya satu bekas di rumah saya. Din begitulah, suka meninggalkan barang, he he he. Saya apa lagi terus tengok, kot-kot ada cerita best... Kebanyakan cerita kegemaran Din adalah cerita aksi bercampur keganasan demi penyiasatan dan keadilan (ada ke?).

Pelakon utamanya ialah Niccolas Cages. Dia pegang watak seorang yang boleh tengok masa depan tetapi dalam dua tiga minit je biasanya. Kalau saya boleh ke masa depan selama dua tiga minit mungkin saya pergi kerja kat Bursa Saham, tetapi tidak bagi Cris Johnson (Cages). Dia kerja jadi silap mata kat Las Vegas...(tempat kerja lama Kak Nita)
Namun kalau diberi pilihan saya nak ke masa belakang, saya nak ubah banyak perkara... nak tampar dan liku kepala beberapa orang penipu! (baca dengan nada sedih berbaur duka walaupun ada tanda seruan yang biasanya menandakan ketegasan atau penekanan kepada subjek cerita).
Pelakon wanita utama ialah Julianne Moore, saya dah biasa tengok lakonannya. Kali ini dia jadi ketua biro siasatan jenayah pulak. Dialah yang mengejar Cris (Nicolas Cages) ni untuk bantu siasatan yang melibatkan keteraman awan dan negara. Puas juga dia menyakinkan ketuannya yang Nicolas Cage boleh bantu siasatan, boss dia tak percara perkara karut marut ni. Bos dia bukan macam kita (jenis baca Mastika).
Banyak kritikan diberikan pada cerita ini, maksud saya ramai yang berpendapat cerita ini bodoh. Saya tengok juga, dan biasanya saya tengok cerita ini daripada sudut lain dan saya kaitkannya dengan perkara lain...(berbelit ayat, BM dapat 8?).
Cerita ini berbentuk rekaan dan hiburan semata-mata, bukannya berdasarkan kisah benar. Cuma dilemparkan satu pertanyaan kepada minda kita.... Cerita orang putih begitulah, ada sedikit sebanyak yang kita kena fikir walaupun nampak tidak logik. Namun kalau diperhatikan betul-betul, banyak yang tak logik dalam dunia ini...perhatikan betul-betul. perhatikan...
Plot cerita ini cepat dan bertindan-tindan. Kadang-kadang kita tengah syok dan ingat suatu kejadian tu sudah benar-benar berlaku tetapi rupanya apa yang kita lihat itu adalah imbasan yang dilihat oleh Cris, he he he.
Cerita ini berkejar-kejaran dan cepat. Ada letupan, lori terbalik, alatan-alatan terbalik, tembak menembak, ugut mengugut, goda menggggoda (emmm...)....perempuan jahat, lelakin bodoh dan sewaktu dengannya. Ada jugak adegan cemas.

Lakonan Cages seperti biasa, dia boleh berlakon, cuma alangkah bagus kalau dia diuji dalam cerita drama yang serius pula, begitu juga lakonan Jullien Moore cemerlang. Cerita ini jadi tension sikit sebab lakonannya serius jea.

Moral dan pengajaran:

1. Tidak semestinya kita lelaki yang berdahi sulah tidak handsome. Kalau kita botak pun tetap handsum kalau kita handsum. Kalau kita botak dan orang kambus kita dalam telaga pun, kita tetap handsum kalau kita memang dah handsum. Begitu juga kalau orang letupkan telaga tersebut.

2. Perempuan memang cerewet.

3. Hendaklah kita berdiet dan jaga berat badan kerena mungkin suatu hari kita kena berlari apabila berlaku kecemasan.

4. Ada silap mata yang betul-betul kita tidak silap mata memandangnya tetapi kita kata silap mata...

5. Jangan buat rumah tepi bukit.

6. Hendaklah kita berkerja bersungguh-sungguh walaupun hari isnin.

Saya tak sarankan sangat cerita ini sebab saya rasa garapannya tidak menarik, ia boleh diperhebatkan lagi daripada banyak segi dan tak perlulah cerita berjalan cepat sangat. Kita tidak sempat nak jatuh hati kepada watak yang dibawa. Maksud saya kenal dekat hati budi dan mak bapak pelakon...

Jan: tak nak tahu rahsia masa...biarlah jadi rahsia...kerana ke depan ke, ke belakang ke...kau tetap kejam...






.