Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, August 26, 2010

Baju raya mak...

Posting ni hal baju raya mak. Semasa di Kuantan sebaik sahaja mak dapat duit pencen mak ajak saya ke bandar beli baju raya. Saya ikut sahaja kemahuan emak sebab saya pun cadang nak ke bandar beli set Safi Rania Gold.

Semasa proses pembelian, saya jadi pengkritik fesyen, sambil tak pasal-pasal menempelak jurujual sebab jual baju untuk orang muda-muda je. Mak saya nak beli yang ada sulang dan bermanik. Kebanyakan baju memang bersulang dan bermanik tetapi over sangat. Saya beritahu jurujual baju yang mereka jual macam baju angkasawan nak naik ke bulan, he he he. Jurujual tu diam je.






Inilah baju yang di beli... (nampak sarat sikit)



Selepas cocoh duit kat Giant, mak terus pilih pakaian. Lama juga kami memilihnya sebab semua pakaian nampak untuk orang muda je. Macamlah orang tua tak nak beraya (pada hal orang tualah yang ada banyak duit).



Saya tolong mak saya pilih baju ni sebab dengan umurnya yang mencecah 65 tahun kena ambik warna suam-suam kuku je, dan sulangmang bermanik tak boleh berserabut sangat. Nanti nampak bertambah usia berganda-ganda punca kuasa dua.


Baju kedua yang dibeli bila pakai nampak kurus


Akhirnya mak beli 2 helai, siap saya suruh mak saya pakai untuk lihat hasilnya. Lepas itu saya dan jurujual siap komen. He he he.



Susahkan bila kita berusia kena pilih dengan lebih berhati-hati. Tekoh muda molek belaka sarung (semasa usia muda nampak sesuai je pakai apa-apa pun fesyen pakaian)... Buat apa nampak kena je, he he he.



Sulamang maniknya kalu upah mahal juga



Yang ni nampak moden sikit tapi ringkas


Yang pasti mak saya gembira sebab dia dapat beraya juga tahun ni. Sebelum ni ada kakak saya beri kain pasang untuk dibuat baju raya tetapi kedai dah tolak sebab lewat. Sebab itulah kena cari yang dah sedia buat.



Jan: Belum beli baju raya...



Wednesday, August 25, 2010

Harapan saya...

Setiap kali melangkah keluar daripada dewan kuliah, saya selalu berharap apabila pelajar saya pulang ke asrama, mereka akan membuat ulangkaji. Apabila mereka mengulangkaji pelajaran apa yang telah saya terangkan akan mudah difahami. Saya akui tidak semua apa yang saya ajar di dalam dewan kuliah akan secara auotomatik difahami pelajar. Begitu jugalah apa yang saya alami semasa belajar dahulu.
Semasa belajar di Universiti Malaya dulu pensyarah hanyalah memberi tunjukajar secara minima, dan pelajarlah harus menggali, mengembang dan membajainya. Kerap kali apa yang diajar pensyarah saya fahaminya melalui perbincangan dengan kawan-kawan, bukannya di dalam dewan kuliah. Ataupun apabila membaca 8 kali barulah saya fahami dengan lebih jelas apa yang diajari oleh pensyarah saya. Saya jenis slow lener.

Atas sebab itulah saya mahu para pelajar saya jangan menganggap diri mereka kurang atau putus asa apabila tidak memahami pelajaran di dalam kuliah. Daya penakulan pembelajaran memang berbeza antara satu sama lain tetapi diakhir cerita pelajar yang rajin akan cemerlang dan berjaya dan dapat bertahan lama...

Belakang parang jika diasah akan tajam, begitulah harapan saya pada para pelajar saya yang tidak faham mana-mana topik. Moga mereka selalu ulang kaji dan membaca. Saya percaya pelajar saya jenis bijak-bijak belaka, cuma mereka perlu mempertingkatkan usaha supaya lama kelamaan mereka akan mendapat lebih kefahaman atas subjek/konsep yang dipelajari...

Pelajar saya sedang membentang kertas kerjanya...

Semoga mereka mendapat markah yang cemerlang dalam pelajaran. Saya harap mereka tidak mengambil mudah atas pembelajaran subjek ekonomi. Kadang-kadang ada juga saya menakutkan para pelajar dengan mengatakan semester lepas ramai yang gagal subjek saya. Gagal kerana malas membaca....he he he.
Selain mengajar Microeconomics, saya juga mengajar Malaysian Economy. Saya kendalikan 5 section. Setiap section ada seramai sehingga 75 orang. Adalah mustahil untuk saya membantu setiap orang. Sebab itulah saya berharap benar pelajar saya selalu membuat ulangkaji.

Ada yang datang ke bilik minta bantuan cara buat projek paper yang elok...

Bila pelajar saya rajin dan dapat buat soalan tutorial, saya akan gembira dan mendapat kepuasan. Setakat ini tiada masalah, kebanyakannya membuat soalan tutorial yang diberikan dan selepasnya kami akan sama-sama berbincang. Saya benarkan pelajar saya memberi pendapat sebebas-bebasnya.

Saya selalu rungsing apabila memikirkan gelagat nakal pelajar saya. Saya bimbang mereka tidak membaca. Untuk menjawab soalan Malaysia Economy misalnya, mereka memerlukan pengetahuan yang luas melebihi apa yang saya ajari dalam kuliah. Mereka mesti rajin mendapatkan maklumat di sekitaran mereka.

Jan: Semoga semester ini mereka mendapat keputusan yang lebih cemerlang...

Tuesday, August 24, 2010

Mengumpat dalam FB

Saya bukan anti FB, namun saya dapati ada juga unsur-unsur bahayanya bila ralit berFB. Contohnya umpatan yang diperbincangkan secara terbuka kepada khalayak. Dulu umpatan secara domestik di bawah pokok jambu, tepi pagar atau di kedai kopi sahaja tetapi sekarang international dan global sifatnya.
Saya tak aktif berFB, cuma pada awal buat Fb saja saya aktif. Maksud saya aktif membaca perbualan orang. Selepas itu saya jadi bosan dan tak ada masa nak berFB. Sampai kini saya tak berFB setiap hari. Saya hanya berblog hampir setiap hari. Bagi saya blog senang sebab kita menulis apa yang kita fikir dalam diri kita, dalam masa 5 minit dah dapat siap satu posting. Tak guna banyak masa kita. Sama ada kita nak menulis atau tidak sahaja.
Tetapi FB berlainan berbanding blog, ia lebih kepada laman sosial yang aktif. Saya pula jenis tak pandai sampuk, mencelah, mengorat jauh sekali. Tapi ada ketikanya saya alah pada FB, dan tak dapat kawal diri. Contohnya, ada kawan saya dalam FB yang mengumpat pasal seorang yang mereka tak suka. Mulut longkang dan sebagainya ada ditulis dalam FB. Pada mulanya saya membacanya sahaja. Lama kelamaan perasaan ingin tahu timbul. Tidak semena-mena saya campur tangan dan tanya sapa orang yang dimaksudkan dengan mulut longkang tu? Ya lah kan bila kawan-kawan mengumpat, kita nak tahu juga, he he he.
Selepas kejadian itu saya rasa tak selesa, sebab orang yang mereka umpat tu baik dengan saya. Percuma sahaja saya tahu hal buruk dia. Pendapat saya kita kena nilai sendiri atau terkena sendiri baru boleh buat keputusan.
Mengumpat berskala besar ni memang best, tapi janganlah kita membestkannya lagi. Esok lusa orang umpat kita pulak sebab kita sendiri pun tahu kita taklah elok mana perangai.
Ada yang mengumpat rakan sekerja mereka, majikan mereka, umpat suami/isteri masing-masing, dan ada juga yang mengumpat orang yang mereka tak kenal pun. Pelik tapi benar.
Jan: Selamat datang ke abad 21, bagaimana kehidupan manusia abab ke 22 ya?

Kalau direnung dalam-dalam...

Lepas berbuka dengan mak, saya beritahu mak selepas bulan puasa bila mak balik semula ke Besut, saya kembali makan sorang, beli lauk... Tidak menjadi masalah apabila makan sorang sebab kenyang juga, cuma bila makan bersama mak lebih gembira.

Sekarang saya gembira bagai nak rak sebab dapat berbuka dengan mak setiap hari. Air tangan mak sedap sebab kita dah membesar dengannya. Ketika orang lain rindu air tangan mak, ketika itulah saya dengan lahapnya makan ayam dan pajeri nanas buatan air tangan mak.


Pajeri nanas

Kalau direnung dalam-dalam ke dalam kehidupan saya...bukan semuanya saya lalui dengan susah dan sepi. walaupun kadang-kadang saya rasa nak meraung macam dalam filem, Allhamdulilah saya tetap bersyukur. Tuhan maha adil. Jika kita kurang situ, lebih kat lain. Lebih situ kurang sini, kurang sini lebih situ.


Pajeri nanas (Zoom)

Hari ni mak beritahu dia gulai lemak dan masak ikan goreng berlada. Dia jugak nak buat kueh kasturi. Bila dengar je saya rasa lapar dan tergambar orang kelaparan di Afrika. Memang bulan puasa kali ini saya makan banyak. Badan saya makin bulat dan comel. He he he.

Jan: ...kalau direnung cetek-cetek? Tuhan ignore saya...

Bunga api dan mercun

" Awak orang yang ke 21 buat panggilan". Kata adik perempuan saya mengajuk cakap polis. Memang sebelumnya adik saya talipon Balai Polis Kampung Raja lapor bunyi mercun sangat kuat berdentang dentung sejak berbuka sampailah tengah malam.

Peristiwa ini berlaku pada bulan ramadhan tahun lepas. Hari-hari dekat nak raya makin mengila orang kampung main mercun. Pihak polis ada memaklumkan pada adik saya yang mereka ada membuat rondaan tetapi bila meronda suasana sunyi pulak. Mungkin sebab pemain mercun tersebut nampak polis meronda. Sepatutnya polis selalulah meronda, tapi tak kanlah polis nak buat rondaan 24 jam, he he he. kena juga balik rumah tolong bini bungkus ketupat dan buat rendang...

Ketika adik saya menalipon polis, saya juga sedang main bunga api, he he he. Best jugak bila kita menulis huruf-huruf dengan bunga api. Biasanya saya mengeja nama sendiri... Pun begitu saya yang muda ni terkejut juga bila dengar bunyi mercun yang kuat di sekeliling kampung, kurus semangat rasanya. Apatah lagi yang tua tentu melatah-latah, luruh jantung.

Mercun yang power kalau salah handle dan terkena tangan tentu berkecai dan kudung. Selisih malaikat 44 dan 13.

Saya berpendapat kalau main mercun dan bunga api dalam skala yang kecil taklah memudaratkan. Kalau bermain bunga api mengikut peraturan dan cermat tak akan membawa bahaya. Orang tua kena la ada mengawas budak-budak main bunga api. Tengok jenis yang mana ok, yang mana bahaya, mengikut kesesuaian umur dan perangai budak. Tetapi jangan yang tua pulak lebih-lebih main, he he he.



Amboi terujanya adik ni... (sekadar hiasan...)



Dulu semasa zaman gembira ria, saya juga pernah main mercun das, mercun botol, mercun katak dan mercun ular. Kalau nak dramatik boleh main mercun ular, ianya slow je... Dulu masa kecil-kecil saya letak mercun katak dalam tin milo. Kuat sikit bunyinya. Sedap didengar telinga, he he he. Kalau tak caya cuba buat.



Namun saya lebih suka bermain bunga api sebab ia cantik dan kita boleh kawal. Bunga api pula ada dua jenis, satu tu guna besi halus, lepas main kena buang elok-elok sebab besi halus tu masih panas. Bila kita pegang kena hati-hati. Percikan bunga api jenis ni cantik dan cerah berseni berbanding dengan bunga api kertas yang membakar belerang yang dibalut. Yang kertas tu mengeluarkan asap. Mak saya selalu larang saya bermain bunga api jenis ni sebab asapnya boleh bawa kita ke asma.



Dulu banyak bunga api dan mercun dijual secara terbuka. Sekarang agak tertutup penjualannya. malah iada sesetengahnya dilarang. Dalam bulan puasanya terdapat banyak rampasan daripada penyeludupan bunga api dan mercun. Ada rampasan yang bernilai lebih RM400K. Besar juga jumlah tersebut.



Jan: Percikan bunga api dan mercun tak kekal...tetapi manusia tetap gembira menikmatinya...walau sekejap masa.

Minta hutang melalui FB

Adik saya yang mengajar di sekolah cina di Ulu Yam Bharu ada memberitahu saya yang FB bila digunakan untuk minta hutang ia amat memalukan... Dia beritahu ada kawan dia yang kena.
Saya jadi takut jugak, terus saya beritahu kawan-kawan (yang saya ada hutang dengannya) bahawa saya akan bayar hutang tersebut seperti mana yang dijanjikan. Kalau lambat pun memang ada aral yang benar-benar tak dapat dielak. Tapi janganlah mintak melalui FB, nanti students saya tahu saya jenis tak bayar hutang...
Saya berpendapat berhutang bukanlah sesuatu perkara yang memalukan, dalam dunia sekarang siapalah yang boleh lari daripada berhutang? Sama ada dengan kawan-kawan, sanak saudara, keluarga dan organisasi sah dan tak sah, semua terlibat. Hatta hartawan dan jutawan sekalipun mereka berhutang. Yang memalukan ialah kita tidak dapat bayar hutang yang kita hutang tu...

Dalam satu perjumpaan dengan kawan saya, saya beri pendapat minta hutang melalui FB amat memalukan seolah tiada medium lain yang boleh digunakan. Semua orang tahu kita gagal membayar hutang. Orang luar negara pun tahu bukan dalam negeri, malah mungkin orang yang kita tak kenal. Apatah lagi kaum keluarga, kawan-kawan dan sesiapa saja yang ada konek dengan kita akan mengetahuinya melalui FB...
Saya bertanya pendapat kawan saya mengenai hal ini. Dia beritahu memang memalukan tetapi itu mungkin jalan terakhir yang digunakan. Maksud kawan saya mungkin si pemintak hutang dah mintak banyak kali (mungkin 8 kali) dan permintaan tersebut tidak diendah langsung. Mungkin dia harap sangat nak dapat duit tersebut sebab dia dalam kesempitan (bini nak bersalin atau dia sendiri nak bersalin), bila tidak diendah tentulah dia kecewa amat lantas memintanya melalui FB.
Akhirnya saya dalam dilema, kepada yang berhutang pun saya kesian, kepada yang beri hutang pun saya kesian... Nak salahkan ke wujudang FB tak boleh...
Namun begitu hutang tetap kena bayar....
Jan: ...kau berhutang air mata denganku, pada suatu hari dengan air matalah kau akan membayarnya... (tulis ala stail Mankisue...he he he)

Kain selimut pendek...

'' Kalu kain selimut pendek, kita nak tutup dada nampak kaki, nak tutup kaki nampak dada.'' Mak saya beritahu pada pagi tadi ketika saya sedang sarungkan underware, bersiap nak ke tempat kerja.
Mulanya saya tak faham tetapi rupanya dia merujuk kepada konsep jimat cermat. Emak beritahu jika pendapatan sedikit tentulah tidak cukup untuk memelihara anak-anak dan perbelanjaan masa kini yang semakin pelbagai. Maksudnya jika berjimat cermat pun tak cukup. Saya mendengarnya sahaja sambil menyapu bedak baby Jhonson ke pipi saya (yang semakin tak gebu). Saya sapukan juga kat leher dan daerah-daerah sulit lagi menyulitkan yang lain. Selepas itu saya terus capai seluar.
" Tapi kita kenalah berjimat, bimbang takut terbeli barang yang kurang perlu dalam tak cukup duit tu.''. Kata mak saya lagi. Saya senyap je sambil menyiapkan diri sambil-sambil mendengar syarahan ekonomi percuma pada pagi-pagi begini.
Sekali lagi saya berpaling melihat koleksi pakaian musum luruh saya. mana satu nak pakai ya?Sepatutnya saya pilih jalan selamat macam pensyarah lain. Iaitu pilih warna plain saja. Pilih warna biru atau putih. Tapi saya ni lebih kepada pelbagai warna dan corak. Kadang-kadang pakai batik pun ada...
" Payah nak urus duit kalau tak pandai. Dan lagilah payah nak urus kalau duit tu sedikit je." Kata mak saya lagi. Walaupun tak ambil Asas Ekonomi, dan tak ada pengetahuan formal pasal ekonomi, mak saya terus juga memberi syarahan kepada saya yang juga seorang pensyarah ekonomi...
Tapi saya akui, saya sendiri masih tak pandai urus wang. Selalu tak cukup dan terbeli barang yang tak perlu (tapi nampak macam perlu, he he he).
Saya calitkan sedikit baykrim ke tangan, ratakannya dan sapu ke rambut. Saya tatap muka saya, masih ada pasaran walaupun tak serancak dulu. Saya tatap lagi muka saya secara conceptual (keseluruhan). Terus hati saya berkata, " Muka macam ni pun ada peminat?''. Saya merujuk kepada beberapa orang di tempat saya bekerja, yang dambarkan saya...
'' Nanti balik pukul 10 sekejap ya, mak nak gi hospital" Kata mak saya apabila melihat saya menyarung setoking. Saya tengok mak saya mengambil kain selimutnya dan letak di dalam bilik. Semalam kami tidur di ruang tamu. Mak tidur awal, dia kata tak sihat badan.
Jan: Kain selimut saya istimewa, macam kat hospital, tebal tapi jarang macam pukat halus. RM65.

Sunday, August 22, 2010

Pada suatu hari raya...

Setakat ini Mankisue masih tidak membuat sebarang persiapan raya. Dia masih tidak membeli baju raya. Kasut raya dan seluar raya apatah lagi... Dan setakat ini juga dia memang tidak bercadang untuk membelinya...
" Pakai baju yang mana ada je, yang jarang pakai atau nampak baru lagi... " Kata hati Mankisue sambil merenung jauh ke tengah lamannya. Dia duduk lepak di kerusi kayu sambil memerhatikan laman rumahnya. Masih ada beberapa kawasan terutamanya di tengah laman yang tidak dijalari rumput. Mungkin sebulan dua penuhlah halaman tersebut dengan rumput menghijau...
"Ahh... tak perlu langsung fikir pasal baju raya... " Bisik hati Mankisue. Daripada tadi dia duduk lepak bersepi di hadapan pintu sisi sebelah rumahnya. Sesekali ketenteramannya diragut. Bau sampah busuk daripada rumah jiran mencucuk-cucuk hidungnya. Mungkin bau perut ikan yang busuk, mungkin dibiarkan sahaja perut ikan di dalam tong sampah tanpa menutupnya.
Mankisue menumpukan kembali perihal raya yang mendatang. Dia percaya bukannya satu hukum pabila hari raya semua orang harus memiliki baju baru. Lainlah kalau masih budak tentu merengek dambarkan baju raya...
Kepada Mankisue yang penting adalah emaknya, dan semua anak-anak saudaranya mesti berbaju baru.
Dapat Mankisue bayangkan pada pagi raya tersebut dengan bangga emaknya memakai baju yang bersulang manik di leher, yang dia sendiri memilihnya. Dan dapat juga dia bayangkan lagi pada hari itu anak-anak saudaranya memakai pakaian serba baru dan mereka datang terkedek-kedek kepada Mankisu sambil menyohol kerana berbaju baru. Mereka sangat gembira...
Yang penting kaum keluarganya akan seronok dan gembira pada hari raya.
Yang penting bila Mankisue balik beraya kampung nanti, dia akan membahagiakan semua orang...
Yang penting tiada orang tahu isi hatinya...
Jan: Selamat menyambut ramadhan dan berhari raya buat Mankisue... Semuga kau temui ketenangan abadi...

Ayah buat ayam golek...

Petang khamis lalu sebaik sahaja habis kelas, saya bergegas balik ke rumah ambik mak dan terus pecut ke Kuantan (65km sejam). Memang barang-barang dah saip dalam kereta, semua maknika ada, hatta tudung saji plastik sekalipun... Saya kena cepat sebab saya bawa kereta sangat `laju', takut berbuka tepi jalan...
Yang istimewanya ayah saya ada di Kuantan. Dia datang lebih awal. Hari kedua ayah buat ayam golek, ya semuanya ayah uruskan. Mak saya pening dalam bilik dan saya pula asyik mencabut rumput di laman, sambil mengenang nasib...
Ayah saya kata cara buat ayam golek senang je. Sediakan dapur arang dan arang, dan pengacau arang. Kalau tak ada pengacau arang, boleh guna alatan kebun, he he he.
Ayam golek ni dibakar di hadapan rumah. Baunya semerbak harum mewangi sepanjang lorong taman. Emak saya sibuk nak beri ayam tersebut kepada jiran-jiran. Saya pula membantah sebab saya rasa yang lebih, saya nak bawa balik ke Muadzam. Mak saya kata saya tak baik sebab kedekut...
Pun begitu mak saya beri juga ke jiran semasa saya asyik mencabut rumput...he he he.

Dapur arang rendah saja, oleh kerana takut terbakar dengan cepat. Batu jokong diletak tambah supaya taklah hangit ayam tersebut.
Selain tom yam, ayam golek menjadi kegemaran saya. Saya tak tahu pula perkataan `golek' tu apa kaitan dengan masakan ayam ni. Mungkin dulu ramai yang tergolek ketika masak masakan ini. Entahlah. Hanya tuhan yang tahu dengan tepat.


Semasa berbuka saya sangat gembira sekali. Hasilnya saya menambah nasi sebanyak 3 pinggang. Best juga makan ayam golek ni. Kuahnya pun best dan enak digaul bersama nasi.
Jan: Dapat juga merasa ayam golek yang ayah buat...

Thursday, August 19, 2010

Adnan bawa berita gembira...

Alhamdulilah, Kak Pah dan Siti telah berdamai. Bererti sekali ramadhan kali ini buat saya...Tetapi benarkah mereka berperang?
Semasa saya sibuk menyiapkan diri untuk ke kuliah, Adnan datang ke bilik saya. Dia datang dari bangunan tempat kerjanya dan beritahu hal ini. Saya terus teruja dan buka paper. Ada gambar Kak Pah sedang betulkan tudung Siti.
Walaupun saya tidak meminati Siti tapi saya kagumi Siti dalam beberapa hal. Sebenarnya saya dah masukan nama Siti dalam 4S yang saya kagumi. Iaitu Saloma (Puan Sri), Sharifah Aini (Datok), Sheila Majid (Datuk), dan Siti Nurhaliza (Datuk).
Saya minta diri pada Adnan, saya masuk kelas dengan gembira dan lebih bersemangat!
Jan: Dunia hiburan kita kecil...

Pantun Ramadhan: Versi Bazzar

Sekadar hiasan...




Panas terik terpaksa berpayung,
Meniti pula jambatan reput;
Ramai orang berduyung-duyung,
Penuh sesak berlapar perut.

Pergi ke bazar bawa raga,
Mahu membeli serba maknika;
Hijau, kuning, merah saga,
Pelbagai juadah ada belaka.


lagi sekadar hiasan...



Berpakaian seksi tak kira bulan,
Walau hanya ke bazar ramadhan;
Awas kita memilih makanan,
Kurang takpa terlebih jangan.

Ke bazar ramadhan hari selasa,
Pergi pula waktu senjakala;
Menjual untuk berbuka puasa,
Memang dapat banyak pahala.

Ada penjual sangat bergaya,
Soup dijual tak sedap mana;
Ternampak juga biskut raya,
Pelbagai jenis rasanya sama.

Duduk seorang tak bermanja,
Balut sendiri segala duka;
Makanan dihidang di atas meja,
Hanya tunggu waktu berbuka.

Jan: Selamat ke bazar ramadhan.

Tak pandai berFB

FB ada baik dan buruknya. Ya lah kan semua perkara ada baik dan buruknya apatah lagi jika ianya bersangkutan teknologi atau gaya hidup moden.
Saya tak berFB setiap hari. Saya tak buka Fb setiap hari. Atau saya buka tetapi saya tak buat apa-apa pun. Buka pun sekejap sahaja. Tak reti nak sampuk perbualan orang. Ada yang sangat muda belia lagi berbanding dengan saya yang dah nak tua...
Saya tak pandai nak berdialog atau berbual atau nak menarik perhatian supaya perbualan tersebut sampai berpanjangan. Saya juga agak tak pandai guna singkatan kata selain `tak' (tidak) dan `dah' (sudah). Saya juga tidak ada gambar menarik (yang juehkan bibir) untuk dipertunjukan pada orang...tak ada gambar bersama pasangan dan tak ada gambar bersama anak-anak...he he he.
Namun saya kagumi FB boleh temukan saya dengan kawan-kawan lama dan pelajar lama saya...
Jan: Walaupun sebenarnya pertemuan kali ini berlainan sekali `rasa'nya...

Wednesday, August 18, 2010

Saya harap dia tak sehandsum mana dah...

Saya telah berpisah dengannya selama 25 tahun. Orangnya baik dan yang paling saya ingat ialah dia lucu. Kadang-kadang rimas juga dibuatnya apabila gelagaknya tidak terkawal. Namun saya gembira sangat pada masa tersebut, dia antara kawan baik saya di sekolah menengah.
Bila jumpa dengannya kita kena berhati-hati sebab dia bukannya dia. Maksud saya dia suka tiru gaya dan percakapan orang. Maka bila jumpa dia, kita juga kena berlakun, sambut dialognya. Pernah dia berlakun jadi Eman Manan depan saya. Dan paling saya nak pecah perut dia berlakon jadi guru besar. Hanya tuhan yang tahu saya nak tergelak besar.
Saya berkawan dengannya pada masa sekolah menengah rendah. Saya tiada pilihan lain kerana pada masa tersebut saya jenis pejabat dan skima. Saya jadi ketua tingkatan, pengawas perpustakaan, dan agak giat juga dalam Kelab Kerjaya sekolah. Saya mesti berlakon tertib, lagipun kakak saya ada di sekolah yang sama. Dia seorang pelajar harapan sekolah.
Maka saya berkawan dengannya sebab dia nampak sopan santun. Pun begitu rupa-rupanya gila-gila. berbanding dengan saya, dia lebih ramai kawan di sekolah. Dia tak pilih kawan asal kawan tersebut terima dia. Itu konsep dia. Saya pula hanya memilih kawan yang kelihatan baik, ada kotak kalam, tak merokok, dan daripada keluarga yang agak berada. Saya jaga pergaulan saya.
Sebagai ketua kelas, tentulah saya kena selalu belajar, nanti malu kalau markah rendah. Hidup saya sangat skema pada masa tersebut. Sebab itulah saya perlukan kawan yang skema untuk melengkapkan pakej tersebut.
Kami juga ada persamaan yang ketara, iaitu benci subjek matematik bersekali dengan guru yang mengajarnya jugak, he he he.
Tup-tup kami berpisah bila saya telah berubah... Dan selepas 25 tahun kemudian dia sms saya kelmarin. Saya rasa teruja juga sebab lama tak jumpa dan berbual-bual. Dan saya rasa bersalah kerana saya berubah selepas itu...
Saya tak banyak hal sebab takut dia tanya hal peribadi saya. Saya harap dia sekarang tak handsum mana dah, he he he. maklumlah dulu awal belasan tahun dan sekaran kami dah 40an...Dan kalau boleh saya harap dia juga tak kahwin-kahwin, he he he.
Teringat dia, teringat alam persekolahan saya. Semua kawan saya tidak merokok pada masa tersebut. Dan saya masih lagi tidak merokok (saya mula merokok tingkatan 5) dan jauh sangat mengenal erti rindu...
Jan: Saya hanya pandai belajar-belajar-belajar, sehinggalah pada suatu hari...

Tuesday, August 17, 2010

Pajeri nanas dan Maya Karim.

Pagi semalam saya bawak kereta dengan lajunya (60km sejam). Saya jarang bawak kereta laju sebab jenis penakut. Tetapi kali ini saya terpaksa bawak laju sebab saya dah terlewat nak ambil mak saya, saya dah berjanji akan ke Tunas Manja dengan mak, lepas tu kembali semula ke kampus sebab ada kuliah.
Saya kena bawak laju sebab selepas ini pukul 11 saya ada kelas. Saya ke Tunas Manja tetapi tak ada nenas. Ada nenas jenis nenas Madu sahaja. Sekali lagi saya memecut dengan lajunya berbanding semasa saya mahu ke Tunas Manja (65km sejam). Saya harus ke pasar. Sampai di pasar saya dan emak hampa bila penjual beritahu nenas dah habis. Mak saya beli kelapa santan sahaja di pasar tersebut.
Memang malam sebelumnya saya ada termimpi makan pajeri nenas dengan Maya Karim. Dan memang petangnya saya berangan Maya Karim datang Muadzam berbuka puasa dengan saya. Saya ada beritahu hal ini kepada kawan baik saya dan dia kata `Mung ni tahap kena kawin dah man'.
Saya tak faham apa kaitan pajeri nenas tu dengan saya kena kahwin?. Tapi tak apalah, lain orang lain cara pemikirannya. Yang penting saya gembira sebab mak saya sudi buat pajeri nanas tersebut. Pajeri nanas ni payah nak buat sebab kena sabar. Pertamanya kena kupas buang mata buah nenas dengan teliti dan nenas tersebut kena rebus dulu buang airnya. Dan bila masak hari ni, biasanya esok, lusa dan selamanya baru sedap dan enak...
Akhirnya saya ke kedai runcik ala mamak, barulah ada nenas tapi jenis nenas yang diimpot, bukan nenas kita. Mak saya terus beli sebab kesiankan saya takut kempunan.
Jan: Akhirnya dapat juga makan pajeri nenas...mak buat.

Sup tulang tak sedap!

" Tok soh beli sup tulang tu, tok sedap hapeeh, aku beli RM5 ''. Itulah tiba-tiba luahan kawan baik saya. Yang tiba-tiba masuk ke bilik saya. Memang kemarin saya temankan dia beli soup tulang tu, katanya teringin nak beli soup. Katanya hari ni dia tak tengok saya lagi sebab tulah dia masuk bilik saya. Memang dia selalu tengok saya tiap-tiap hari.
Saya bukan nak cerita saya ni famous, jauh sekali nak cerita dia pun famous jugak. Tetapi kesian la ke dia. Dia balik kerja lewat petang. Gi ambik anak lagi 2 orang di tempah jagaan. Masak nasi, laki pulak jauh di Kuala Lumpur.
Kami senasib, semua atas kepala kami. Gi bayar bil air, elektrik dan lain-lain kami harung sorang diri tanpa pasangan di sisi...(pulak dah).
Tetapi saya bukan nak cerita pasal hidup kami yang kena urus semua hal rumahtangga, tetapi pasal soup tulang yang tak sedap tu. Kesian betul la. Kalau nak berniaga di bazar ramadhan tu buatlah elok sikit. Sebab kita memang berniat nak makan sebab tu kita beli...
Saya terbayang penjualnya. Masa kawan saya beli saya ada di samping kawan saya tu, buat-buat sibuk. Amboi mak, cantik kulit mukanya mulus licin berbedak (macam nak gi makan gulai). Licu (lipstik) warna merah meron dan bulu mata pakai maskara (penampak bulu mata lebat dan panjang). Sedap mata memandang...
Jan: tapi kenapa soup yang dijual tak sedap! Huh!

Pantun Ramadhan (versi Terengganu)

Pakai tudung tutup telinga,
Sembahyang subuh di sejuk pagi;
Rasa syahdu tidak terhingga,
Ramadhang datang menjelma lagi.

Tengah hari tiba-tiba hujang,
Angkat kaing di semua jemurang;
Rasa lapar memang ujiang,
Rasa letih memang mainang.

Pergi ke surau pakai selipar,
Semasa balik selipar hilang;
Bila kita terasa lapar,
Ingat kita pada tuhang.

Selepas raya berangkat ke mekah,
Tunai rukung tuntutang agama;
Mari kita giat bersedekah,
Menolong kita antara sesama.

Buang anak jangang sekali,
Pandai buat pandailah jaga;
Ramadhang datang setahung sekali,
Bersihkang diri jiwa dang raga.

Malang hari bangung berzikir,
Gandakang ibadat semayang malang;
Waktu berbuka jangang membazir,
Jangang jadi kawang syaitang.

Jan: arini buka posa laut apa?

Rumputku dan sebuah harapan...

Sudah lama benar saya tidak berbicara pasal rumput. Terbaru saya ada pukul beberapa keping gambar rumput di laman. Kalau nak cuci gambar dan letak dalam album, entahkan bila. Maka saya letakan je dalam blog ini.
Gambar 1: Masih ada kawasan yang tidak dilitupi rumput.
Gambar 1 memperlihatkan rumput masih lagi tidak memenuhi halaman. Mungkin dalam masa sebulan lagi baru penuh. Kawasan laman agak luas, cuma saya seorang mengawasi pertumbuhannya. Mungkin sebab itulah makan masa nak litupi semua kawasan.
Sekarang saya sedikit sibuk. Kadang-kadang 2 minggu sekali je ke Kuantan. Dan bila sampai ke rumah perkara pertama menjadi perhatian ialah pemuliharaan rumput. Biasanya saya mulakan dengan mencabut rumput liar yang cuba tumbuh dicelahan rumput yang saya tanam. saya gunting kawasan yang dekat tepi longkang. Dan jika berbaki masa, saya membajanya.

Gambar 2: Kelihatan serba mak nenek barang-barang jiran saya.
Sebenarnya pada kawasan belakang rumah saya terdapat 3 buah rumah. Dua antaranya kelihatan di dalam gambar 2 di atas. Kadang-kadang terfikir jugak saya untuk membuat tembok supaya taklah saya terpaksa tengok pemandangan belakang rumah orang. Namun buat masa ini saya tidak berwang sangat.
Saya ada menyuarakan cadangan nak buat tembok setinggi 8 kaki. Ayah saya kata `Nanti kesian pulak jiran belakang rumah'. Saya tak jawab balik kata-kata ayah saya, saya jawab dalam hati je. He he he.


Gambar 3: Kelihatan safari kecil sebelah laman saya.
Kalau perhatikan betul-betul gambar 3 di atas, laman sebelah rumah saya terbiar dah jadi belukar. Bimbang pulak saya nanti menjadi tempah singgah ular, biawak pasir, gajah dan binatang berbisa. Jiran depan rumah saya ada juga beritahu selain aspek keselamatan, iannya merosakan pemandangan. Saya setuju benar dengan pendapat jiran depan rumah saya yang selalu ramah dan selalu nak menegur saya.
Saya diberitahu oleh jiran saya yang lain, jiran sebelah rumah laman terbiar tersebut kerjanya bawa kapal terbang. Dia dah ada 3 buah rumah di Kuantan. Dia saja beli rumah tersebut sebab sederet rumah di kawasan tersebut adalah rumah adik beradiknya. Rumah dia paling mahal RM225K.
Gambar 4: Kelihatan pagar ringkas yang sesuai benar diperbaharui.

Jika rumput ini tumbuh sepenuhnya, bolehlah saya upah sepupu saya memesennya. Saya juga bercadang nak beli pasir sevan, saya nak letak kat mana patut, iaitu kawasan yang bertanah rendah. Bila dah kita sama ratakan tanah, baru nampak lebih lapang.


Gambar 5: Kelihatan pokok manggis saya
Kalau tengok gambar 5 di atas, tak lama lagi penuhlah rumput di laman saya. Saya sabar menantinya sebab saya tahu akhirnya dia akan penuh juga. Cuma kita kena tahu apa yang kita nak.

Rumput di laman saya sudah diperkatakan oleh jiran-jiran. Malah ada yang memuji direct depan saya. Katanya ` Man ni bagus, walaupun tak duduk tapi cara ke rumah'. Saya buat-buat senyum malu bagai anak dara yang dingorat Bangla.
Gambar 6: Kelihatan ada kawasan rumputnya kurang subur.
Saya dapati ada kawasan yang rumputnya kurang subur. Biasanya saya akan siram baja. Namun kadang-kadang seharian saya mencabut rumput sampai tak sempat membaja. Lenguh pinggang tapi saya buat jugak sebab laman saya. Kalau laman orang memang tak kuasa leee.


Gambar 7: Pandangan daripada depan.
Angan-angan saya pada suatu masa, jika saya ada rezeki saya nak buat dapur baru, satu ruang tamu untuk keluarga, 2 buah bilik, dan kolang renang (yang kecil tapi vouge). Buat masa sekarang memang mustahil sebab nak korek duit mana?. Tetapi seperti yang selalu saya bisikan dalam hati saya`Man, kita tak perlu bayar untuk menaruh impian'.
Saya harap dengan keluasan tanah yang ada, dapatlah saya realisasikan impian saya nanti.
Gambar 8: Tak berapa lama lagi tertutuplah kawasan yang tak berumput.
Saya akan cuba buat segalanya secara pelan-pelan. Saya amat syukur pada tuhan kerana walaupun saya tak hebat mana, tak handsum mana (tetapi tak lah tak handsum langsung...), tak kaya mana, tak ada kereta perdana, saya ada juga miliki sebuah rumah kecil tempat saya berlindung.
Selepas rumput telah tumbuh rata, barulah saya akan buat sebuah langskap yang bertema moden dan suci. Saya nak buat taman yang moden yang ringkas tetapi ada berseni.
Jan: Bagai kembang dalam taman... segar harum dan mewangi.

Monday, August 16, 2010

Orang kita: Lauk basi...

Daripada cerita kawan saya, saya ambil kesimpulan memang ada orang kita berperangai buruk di bulan Ramadhan. Kalau berperangai buruk melibatkan dirinya sahaja tak apalah, ini melibatkan orang lain...
Cuba bayangkan lauk-pauk yang kita beli itu basi. Kita pula menyedarinya setelah berbuka. tentulah menjadi kesusahan bagi kita dan pembuka puasa yang lain (yang juga membelinya). Kita pun boleh faham bagaimana lauk-pauk boleh basi, proses penyediaannya kena tertib dan mengikut masa. Kesian pada pembeli yang membelinya.
Memang satu rahmat besar pada bulan ramadhan terdapatnya bertaburan bazar ramadhan dengan pelbagai jenis lauk dan kueh-muih. Bolehlah kita ubah selera atau kalau tak sempat masak kita membelinya. Ini memang kita tak nak nafi...
Namun kadang-kadang saya tertanya juga adakah makanan itu semua bersih? Kawan saya beritahu ramai yang menjadi bidang terjun buka gerai makanan. Mungkin itu adalah antara puncanya. Jangan terperanjat saya diberitahu ada yang sakit perut bila makan cendol yang dibeli...kesiannya.
Hari ini saya temankan seorang kawan ke bazar ramadhan. Saya dapati harga makanan juga mahal, kueh ada yang RM1 2 keping je sedangkan masa bulan tak puasa RM1 dapat 3 atau 4 keping. Dan tadi saya lihat satey ada yang harganya RM0.60 satu! Saya pernah beli RM0.40 sahaja masa bulan tak ramadhan.
Dan ada papan tanda iklan tulis. Ayam panggang seekor RM20, sebelah RM11. Mahal kan?, kalau ayam besar tak apalah...
Saya rasa orang kita suka mengambil kesempatan atas bulan ramadhan yang sepatutnya kita menjadi lebih pemurah. Tidak semestinya bila berniaga kita tidak boleh jadi pemurah... Entahlah saya pun tidak faham. Saya tak kisah sangat kalau makanan sedikit mahal tetapi bila kita beli sayur RM5 dapat sejemput je, tentulah kita tergaman macam dengar cerita ustad kena tangkap basah di bulan ramadhan...(mata dibulatkan, mulut nganga sedikit...)
Memang banyak rezeki tersalur daripada perniagaan tetapi dalam berniaga mestilah amanah dan jangan nampak untung sahaja. Buat makanan (walaupun jual) banyak pahalanya, apatah lagi dimakan oleh orang yang nak buka puasa, tok gitu?.
Orang kata kita kena berhat-hati dengan apa yang kita makan sebab `you are what you eat gitu...'
Jan: setiap kali ingin menyuap makanan, hati ini mengingatinya... Aku meratapinya sehingga akhir nafas...ini...



Sunday, August 15, 2010

Kasihnya ibu...

Bila saya sampai di pintu sliding door rumah, saya terbau ikan panggang bakar. Saya terhidu baunya wangi sangat.
Mak saya beritahu hari ini saya akan berbuka dengan ikan bakar dan budu. Ikan bakar tersebut ikan semata-mata dibakar begitu sahaja, akan dicicah dengan budu yang dicampur cuka. Mak saya kata kena campur cuka sebab saya ada darah tinggi. Ada juga ikan singgang. He he he, bestnya.
Sepanjang bulan ramadhan mak saya akan berada di rumah saya. Ayah saya akan datang sekejap-sekejap jengok.
Biasanya bila saya balik kerja lewat petang, saya akan terdengar mak saya mengaji al Quran. Kata mak saya selepas dia membacanya dia akan berdoa, doa tersebut termasuk juga kepada anak-anaknya... Saya tidak mahu komen pendirian dan kepercayaan mak saya. Lagipun kita boleh berdoa, digalakkan berdoa walaupun barang tentunya tetap daripada tuhan.
Sejak mak saya ada, berbuka saya terurus. Bukan maksud saya bila mak tidak ada saya tidak berbuka, he he he. Cuma kalau mak tak ada, saya masak nasi dan beli sejenis lauk sahaja. Atau saya beli nasi bungkus sahaja...
Dalam pada itu, saya terlintas jugak bagaimana saya nak jalani ramadhan kali ini jika mak saya tiada. Memang ramadhan kali ini paling pelik, saya semakin lemah...
Jan: No komen...

I'tiraf: Di mana hati kita...?

Kumpulan Raihan



Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu


Catatan lagu:

Saya hanya ada dua tiga sahaja CD lagu Raihan. Raihan adalah satu kumpulan nasyid yang terkenal di gendang telinga rakyat Malaysia. Biasanya saya tidak beli CD grene nasyid tetapi kemunculan Raihan memang satu fenomena. Maka saya ada dapatkan beberapa CDnya. Saya gambarkan Raihan adalah kumpulan nasyid yang syahdu dan berinovatif. Tabik spring untuk Raihan. Namun saya juga suka Rabbani, muzik dia best.
Macam biasa bila tiba ramadhan, saya ketepikan sedikit koleksi lagu pop yang saya dengar. Saya nak ambik roh ramadhan. Biar tangkap leleh pasal agama dan tuhan pulak. Kalau cakap pasal dunia engak bisa akan habisnya, itulah kata Mbok Hetty dulu. Lagu ini diemailkan oleh seorang sahabat baik saya.
Dah lama saya cari lagu ini, suatu waktu dulu lagu ni memang jadi antara lagu tema sebuah kumpulan agama yang diharamkan. lagu ni daripada album Syukur21, saya tak membelinya.
Mungkin kerana faktor umur, bila saya dengar lagu ni ianya semakin meresap masuk ke dalam jiwa saya. Entahlah...ia ada keunikan sendiri berbanding lagu `Bisikan Cinta' Kak Nita. Pun begitu saya masih tabik kerana lagu `Bisikan Cinta' liriknya cantik untuk gambar perasaan cinta setia sesama manusia...(yang tak ke mana kan? he he he).
Lirik lagu ini mudah, mungkin sebab itu mudah meresap masuk ke jiwa kita (dan mudah meresap keluar semula? he he he, no komeng)... Tetapi part lirik di bawahlah yang membuatkan saya rasa pilu dan insaf...:
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Apabila mendengarnya hati rasa semacam. Semacam yang saya gagal nak gambarkan di sini. Namun perkataan yang paling hampir tepat ialah `sedih". Saya memang akan jadi jahat dan mulut longkang bila saya ditipu, dikhianati dan dihina. Yang akhirnya... ada bara dalam jiwa saya.
Mungkin nasib saya malang, saya banyak berjumpa dengan manusia yang salah dalam hidup saya. Dulu tahun 1998 kawan saya Rozzaini (kini buah PHD kat London) beritahu saya selalu `bawa' diri saya ke tempat yang saya memang tidak diperlukan, senang kata saya selalu sayang salah orang.
Bila ternyata salah, saya rasa mahu sahaja jadi iblis atau setidaknya ahli sihir seperti Merlin... Kalau kita jumpa dengan seorang manusia. Dia boleh menukarkan kita kepada malaikat atau kemudiannya syaitan..., berhati-hatilah menerima orang dalam hidup.
Berhati-hatilah menerima orang dalam hidup. He he he itulah nasihat yang paling tak layak saya menulisnya...
Jan: setuju...

Friday, August 13, 2010

Hutang tertunggak

RN0.00 Pembiayaan tuan/puan telah tertunggak. Sila buat bayaran segera. Hubungi Bank Islam Tel <03>.

Saya dapat sms di atas lepas berbuka. Terus saya terkejut. Setahu saya, saya dah bayar semua pembayaran untuk bulan lepas sebaik sahaja dapat gaji. Dulu ada juga sms sebegini memberitahu saya tak bayar hutang kereta 2 bulan tertunggak. Terkejut saya. Namun rupa-rupanya bila saya cek dengan teliti saya tersalah nombor akaun, saya tertinggal satu nombor, nombor 7. He he he.
Saya bayar guna ongline. Bila bayar terus yakin je duit akan masuk diret kepada akaun yang diarahkan (memang le masuk kalau arahan dan nombor akaun betul, he he he). Duit 2 bulan tu rupanya tak masuk dalam akaun pembayaran hutang Bank Islam. Dia tendang balik semula masuk akaun Maybank yang saya guna secara online tersebut. Sebab itulah bulan tu rasa gaji lebih je...he he he.


Saya terus berfikir betul ke saya tak bayar, rasanya dah bayar semua. Kalau kena bayar nak ambik duit mana ya? Nak mintak dengan bini tentu bini tak bagi sebab bini pun tak ada. Ni dah nak tengah bulan dah...

Esoknya bila saya ke tempat kerja saya tidak terus talipon Bank Islam sebab takut hilang mood nak masuk ke kelas. Ya lah kan, saya bukannya orang berada. Kalau Bank Islam kata saya tak bayar, tentu saya rasa haru-biru, nak korek mane?.

Lepas habis semua kelas saya buka balik Maybank2u.com, saya cek penyata pembayaran. Dan dalam penyata tu tertulis jelas saya telah bayar pada 27 Julai lalu sebaik dapat gaji.

Lepas tu saya baru hubungi Bank Islam. Nak kol pulak bukan dapat terus. Kena pilih bahasa dulu, pilih penkhidmatan dulu. Lepas tu tunggu pulak sambil dengar loceng ding dang dang dan iklan-iklan dari Bank Islam.

Dan tidak lama kemudian dijawab mesra oleh khidmat pelanggang. Selepas salam menyalam, saya susun ayat sebaik dan semancho mungkin. Saya tak marah sebab kononnya saya dah bayar tapi masih dituduh tak bayar. Saya mulakan dengan rasa ragu-ragu, saya memang nak cek kot ada apa-apa masalah lain kerana saya memang dah bayar melalui ongline. Saya bukan berbahasa manis dan sabar kerana saya berada di bulan puasa, bulan tak puasa pun saya memang begini orangnya (perasan!).

Saya ceritalah sikit info yang saya cek dalam maybany2U, saya dah bayar. Selepas tu di nak sahkan diri saya. Dia tanya alamat, tanya nama mak dan sebagainya.

" Encik Sukiman, pembiayaan En Sukiman tertunggak sebanyak RM5". Katanya. Saya terus lega! Rupanya pembayaran memang telah dibuat tetapi tak cukup RM5 atas urusan pengurusan. Saya terus mengucapkan terima kasih. Dan terus buka Youtube dengar lagu Yayadan nyanyian Datuk Sharifah Aini sempena bulan ramadhan.





Jan: saya bukan sempurna,saya hanya bercakap kasar, maki hamun dan hilang pertimbangan diri jika...

Wednesday, August 11, 2010

10 Cara Utama Pencegahan Kanser Payu dara




Sepanjang minggu ini saya asyik mencari maklumat mengenai kanser payu dara. Bila saya mencarinya dan membacanya semakin banyak yang saya tahu bahawa saya tidak tahu. Contohnya kanser payu dara itu sendiri terdapat berbagai jenis nama bergantung kepada keadaan kanser payu dara tersebut. Kalau nak sebut bergulung lidah saya (sebab dalam bahasa inggeris). Begitu juga seperti jenis kanser yang lain ia dibahagikan kepada beberapa tahap sehinggalah kepada tahap yang serius, pembedahan yang dilakukan dan juga seribu satu macam pendetailan mak nenek lagi.

Akhirnya saya fokus kepada bagaimana kita nak mencegah daripadanya. Itu yang penting kerana kerap sangat orang kata mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Kanser ini boleh membawa maut dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuklah lelaki. Kehilangan orang yang kita sayangi akan menyebabkan kita sekeluarga terasa sangat kesedihannya, bak cubit telo kanan, tetek kiri terasa...

Banyak juga artikal yang saya baca tetapi saya berpendapat artikal dari MAKNA (Majlis Kanser Nasional) yang paling lengkap (mungkin ada yang lebih lengkap tetapi tak dapat saya cari...).


23 Jul 2010 02:16 GMT



Oleh Dr. Abdul Rahman Mohamad
Pakar Peruding Radiologi / Doktor Perubatan Nuklear
Majlis Kanser Nasional

Kanser payudara merupakan kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita di Malaysia. Namun ia bukanlah yang paling merbahaya. Seorang wanita di Malaysia mempunyai risiko 1 dalam 19 untuk mendapat kanser payudara sepanjang hayatnya. Risikonya lebih tinggi di kalangan wanita Cina iaitu 1 dalam 14 dan India 1 dalam 15. Wanita Melayu mempunyai risiko yang terendah iaitu 1 dalam 24 wanita berbanding 1 dalam 8 bagi wanita di negara-negara maju.

Tidak dinafikan bahawa beberapa faktor seperti factor keturunan yang tidak boleh kita ubah. Namun, kita boleh melakukan banyak perubahan dari segi gaya hidup yang dapat membantu mencegah kanser payudara. Kami perturunkan di bawah ini 10 cara utama mencegah kanser payudara.

1. Kata “Tidak” kepada alkohol

Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman berbentuk alkohol mempunyai kadar yang tinggi mendapat kanser. Berdasarkan kajian wanita yang mengambil 2 hingga 5 minuman setiap hari mempunyai 11/2 kali risiko berbanding wanita yang tidak mengambil alkohol. Satu gelas wain setiap hari sebagai contoh mempunyai risiko sebanyak 7 peratus. Risiko ini tidak termasuk faktor risiko yang lain seperti kaum, berat badan, sejarah kanser dalam keluarga, umur mendapat haid atau menapaus bermula. Jumlah kehamilan, faktor penyusuan anak dan penggunaan pil perancang atau hormon (HRT).

2.Berhenti Merokok

Tabiat merokok bukan sahaja dikaitkan dengan kanser paru-paru, malah juga kanser payudara. Wanita yang mula merokok di usia muda mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara. Merokok juga berkait dengan penyakit jantung. Jika ada seorang yang merokok anda mempunyai alasan yang tepat untuk berhenti merokok.

3.Ambil tindakan bijak dengan melakukan senaman

Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa aktiviti bersenam dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara. Namun ini tidak bermakna anda perlu bersenam seperti Madonna (beliau dilaporkan bersenam sehingga 4 jam sehari yang mengakibatkan penceraian belaiu dengan suaminya). Adalah dianggarkan bahawa dengan hanya berjalan sebanyak 1.25 hingga 2.5 jam seminggu sudah cukup untuk mengurangkan risiko kanser payudara di kalangan wanita sebanyak 18 %.

4.Sedari mengenai sejarah kanser payudara dalam keluarga anda

Para saintis telah mengenalpasti baka kanser payudara yang rosak sebagai BRCA1, BRCA2 dan TP53. Ia merupakan punca kanser payudara berlaku di kalangan ahli keluarga. Jika anda pembawa salah satu daripada baka kanser payudara ini risiko anda mendapat kanser payudara seumur hidup anda adalah 85%.

Jika seorang saudara terdekat dalam keluraga anda mendapat kanser payudara, adalah penting untuk memberitahu doktor anda. Kajian genetik dan kaunseling disediakan untuk mereka yang berisiko. Walaupun ibu atau kakak anda mendapat kanser payudara, tidak bermakna anda juga akan mendapatnya. Perlu diingatkan bahawa kanser payudara berlaku mengikut nasib seseorang. Hanya 5 dalam setiap 100 kes mempunyai talian keturunan dengan baka kanser payudara. Lebih tua umur anda atau saudara anda semasa dikesan, semakin kurang kemungkinan ia disebabkan baka keturunan merupakan

5 Jauhi daripada mengamalkan terapi penggantian hormon (HRT) , jika boleh

Kajian mendapati terdapat pertalian rapat di antara pengambilan HRT untuk satu tempoh dengankanser payudara.Ini kerana kandungan HRT (ostrogen dan progosteron meningkatkan risiko mendapat kanser. Dianggarkan terdapat lebihan 19 kes bagi setiap 1,000 wanita yang mengambil HRT untuk tempoh 10 tahun. Bagaimanapun 5 tahun setelah berhenti faktor risikonya kembali normal. Jika anda perlu mengambil HRT dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu.

6. Periksa payudara anda setiap bulan

Ini merupakan langkah yang paling penting untuk anda. Langkah ini tidak akan mengurangkan risiko anda mendapat kanser payudara, namun ia dapat mengesan kanser di peringkat awal yang akan menjamin anda mendapat rawatan yang kurang agresif selain menyelamatkan payudara anda.

Anda boleh mempelajari bagaimana melakukan pemeriksaan payudara dengan betul dengan melayari http://www.thefamilygp.com/thefamilygp_t­v.aspx?cid=2&vid=iLyROoaftXAu

Tujuan pemeriksaan payudara adalah untuk mengetahui payudara anda. Ia perlu dilakukan sebulan sekali. Caranya melibatkan penelitaan mengenai perubahan pada payudara anda dan dengupannya /pempalpatannya di samping mencari sebarang ketulan atau nodus.

Jadikan Pemeriksaan sendiri payudara sebahagian amalan hidup anda.

Memandangkan payudara setiap wanita adalah unik, dengan mengenali payudara anda, anda dapat mengesan sebarang perubahan secepat mungkin. Ini tidak akan berlaku serta merta, namun dengan mengamalkan pemeriksaan setiap bulan adalah cara yang paling selamat.

Anda perlu ingat bahawa 60% daripada kanser payudara berlaku di luar persegi teratas payudara. Juga 70% kanser payudara dikesan sendiri oleh pesakit dan dalam 90% kes ketulan yang terdapat dalam payudara bukanlah kanser.

7.Amalkan diet lemak rendah

Kita tahu bahawa ostregan memainkan peranan besar dalam perkembangan kanser payudara dan tisu berlemak mengandungi sedikit ostrogen. Oleh itu kegemukan meningkatkan risiko anda mendapat kanser payudara. Namun jika berat badan anda berlebihan sebelum menopaus risiko mendapat kanser payudara lebih rendah dan jika selepas risikonya lebih tinggi dari biasa. Ini kerana wanita yangberlebihan berat badannya kurang mengovumdari biasa. Jadi sel payudara mereka terdedah kepada kandungan ostrogen yang rendah. Selepas pasca menopaus, ostrogen anda dikaitkan dengan jumalh lemak anda. Lebih banyak lemak, lebih tinggi paras ostrogennya.

8.Jangan lupa menjalani ujian tahunan mammogram anda – Ia bukan satu pilihan

Seperti pemeriksaan payudara, ujian mammogram juga hanya mampu mengesan, bukan mencegah kanser payudara. Ini kerana ujian mammogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Juga ia mampu mengesan sel kanser yang tidak dapat dirasa dengan tangan.

Menjalani ujian mammogram adalah mudah. Ia tidak memerlukan seseorang itu berpuasa. Cuma anda dilarang menggunakan deodran atau bedak di bahagian ketiak dan dada kerana ia akan menggangu artifaks filem. Tunggu seminggu selepas haid untuk menjalani ujian ini apabila tisu payudara anda lebih lembut.

Oleh kerana mamogram dilakukan oleh radiografer wanita, anda tidak perlu malu melakukannya. Cuma anda akan rasa kurang selesa seketika dan ia mengambil masa beberapa saat sahaja.

Bila anda perlu menjalani ujian mammogram?

Garis panduan sedia ada untuk wanita yang tidak mempunyai tanda-tanda berkaitan payudara adalah:

Umur 35-40: satu mammogram diperlukan
Umur 40-49; mulakan mammogram setiap tahun
Umur 50 ke atas: lakukan mammogram satu atau dua tahun sekali bergantung kepada faktor seperti terapi penggantian hormone (HRT) dan profil risiko seseorang.

9. Berkeluarga awal jika boleh

Seorang wanita yang mempunyai anak di awal hidupnya mengurangkan risikonya mendapat kanser. Ini kerana ia meningkatkan jumlah protein p53 yang mampu melindungi mendapat kanser payudara. Juga mengandung menyekat kitaran haid seseorang wanita dan seterusnya melindunginya darpada kanser payudara dan serviks.

10. Amalkan penyusuan badan

Kajian mendapati tempoh tanap haid sewaktu mengandung dan menyusu badan mengurangkan risiko wanita mendapat kanser. Maklumat ini turut disertakan dengan data yang mencadangkan bahawa menopaus awal mengurangkan faktor risiko mendapat kanser payudara bagi seorang wanita.

Kanser payudara bukanlah satu hukuman mati. Dengan cara pengesanan yang lebih canggih dan rawatan yang lebih efektif, peluang untuk sembuh lebih baik. Namun, Kanser Payudara mungkin menjadi satu Hukuman Mati Akibat Kecuaian.




Jan: Semoga artikel oleh Dr Abd Rahman Mohamad ini dapat memberikan manfaat besar kepada kita.

Tuesday, August 10, 2010

Perang paling hebat...

Saya berpendapat, peperangan besar bermula dalam diri kita ketika kita ke pasar ramadhan. Pada masa ini kalau boleh kita ingin membeli serba maknika, nak membeli berbagai jenis makanan dan minuman. Nampak kuih seksi merah menyala terus teliur. Saya mengaku saya pernah melalui zaman-zaman bila ke pasar ramadhan saya beli banyak lauk dan berjenis minuman.
Namun Ramadhan yang lalu alhamdulilah saya berjaya mengatasinya. Saya berbuka dengan ala kadar sahaja. Entah dari mana datangnya kekuatan untuk saya lawan nafsu makan...(mungkin kerana patah hati kot? he he he). Pernah saya makan nasi dengan ikan goreng sahaja. Saya kenyang seperti biasa...
Ada kawan kata saya kedekut tetapi bagi saya, saya mahu melihatnya daripada deminsi lain...
Berpuasa memang lapar dan memenatkan. Seharian bekerja dan bergerak tanpa makanan membuatkan kita rasa letih dan mengantuk. Rasa tersebut adalah akibat kita kelaparan. Namun kita teruskan juga kerja seharian dan fokus kepada tanggungjawab yang diberikan oleh majikan.
Unsur lapar ini penting dalam berpuasa. Sebab itulah puasa adalah menahan diri daripada makan dan minum (dan perkara yang membatalkannya). Namun dalam lapar dan penatlah otak kita terfikir bagaimana ya orang yang tak ada makanan dan minuman? Ada yang lebih dasyat hadapi kebuluran, kurus kering tinggal tulang. Payu dara pun kecut je. Kalau otak kita tidak berfikir nasib orang berlapar tetapi tiap hari asyik berfikir berbuka nanti nak makan apa? Kita nilai sendirilah kita ini manusia jenis mana...?

Sekadar hiasan...

Seharian kita berlawan (bersabar), sehinggalah kemuncak peperangan tersebut kita benar-benar diuji. Diuji ketika kita menghadap juadah berbuka puasa (dengan limpahan makanan yang tak payah nak katalah..., pembasuh mulut dah pelbagai jenis, pembasuh perut?) Kalau boleh kita nak makan semua kan? Kita bagai setahun tak makan nasi... Bolehkah kita makan semua? Ketika berbuka puasalah ujian yang penting (mungkin final exam?). Kita boleh lihat siapa diri kita yang sebenar ( Tuhan apatah lagi...)

Dulu semasa perang Badar (perang pertama berskala besar, sebelum tu dah ada perang kecil-kecilan) sahabat nabi ada bertanya "Inikah perang kita yang paling besar dan hebat?"

Lalu Rasulullah SAW menjawab" Belum, Perang Badar bukanlah perang terberat.. perang terberat adalah perang melawan hawa nafsu.."

Jan: Selamat berperang dan semoga berjaya (ucapan dan harapan istimewa untuk pengunjung blog jankaulu.blogspot.com).

Monday, August 9, 2010

SADARI

Di sini saya perturunkan pemahaman saya mengenai SADARI (Pemeriksaan Payudara Sendiri). Saya telah mencubanya, alhamdulilah tiada bonjolan atau gumpalan. Ada lemak je banyak, he he he.
1. Pertamanya, pastikan pintu bilik kita dikunci. Carilah masa yang sesuai untuk lakukannya. Kot-kot tengah leka memeriksa payu dara tiba-tiba anak masuk bilik, kalau suami tak apa (itu cerita lain).
2. Kalau boleh belilah cermin bentuk memanjang yang ada dijual di Giant. Gantung kat dinding. Senang kita nak lakukan pemeriksaan bukan sahaja terhadap kopek kita tetapi anggota badan yang lain (demi kesihatan). Kalau guna dressing table payah sikit kita nak tengok. Kita kena berdiri dekat dengan cermin.
3. Berdiri di depan cermin (duduk tak aci), lucutkan pakaian satu persatu seperti adegan erotik dalam filem-filem Indonesia lewat tahun 70an.
4. Setelah semuanya dilucutkan. Perhatikan payu dara anda. Jangan terkejut jika anda dapati saiz antara keduanya berbeza. Memang dalam keadaan normal, ukuran payu dara kiri dan kanan sedikit berbeda.
5. Setiap kali buat pemeriksaan, perhatikan ada ke perubahan ukuran antara payu dara kiri dan kanan dan perubahan pada puting susu (misalnya tertarik ke dalam) atau keluarnya cairan dari puting susu.



Perhatikan perkara di atas



6. Perhatikan juga kulit pada puting susu. Adakah perubahan yang tidak memuaskan contohnya kulit mengerut.
7. Masih berdiri di depan cermin, kedua telapak tangan di letakkan di belakang kepala dan kedua tangan ditarik ke belakang (payu dara anda akan sedikit tertolak ke hadapan... gaya seperti artis baru yang baru nak naik, nak cari publisiti murahan).
Dengan posisi seperti ini maka akan lebih mudah untuk menemukan perubahan kecil akibat kanser. Perhatikan sekali lagi jika ada perubahan bentuk dan kontur payu dara, terutama pada area bahagian bawah payu dara.
8. Kemudian kedua tangan di letakkan di pinggang dan badan agak condong ke arah cermin, tekan bahu dan siku ke arah depan. Perhatikan perubahan ukuran dan kontur payu dara. Tengok kot ada bahagian yang jadi lengkok, menonjol atau telok kat mana-mana yang di bawah paras normal dan sewaktu dengannya.
9. Kemudian angkat lengan kiri. Dengan menggunakan 3 atau 4 jari tangan kanan, telusuri payu dara kiri. Gerakkan jari-jari tangan secara memutar (membentuk lingkaran kecil) di sekeliling payu dara, mulai dari tepi luar payu dara lalu bergerak ke arah dalam sampai ke puting susu. Tekan secara perlahan, rasakan setiap benjolan di bawah kulit.
Perlu diingat jangan guna unsur erotik kerana ia akan menjejaskan matlamat. Dont play-play with yourself gitu! Ini bukan masanya.


Rasainya kot ada gumpalan atau benjolan di sekitarnya.


Buat perkara yang sama pada payu dara kanan dengan cara mengangkat lengan kanan dan memeriksanya dengan tangan kiri. Perhatikan juga daerah antara kedua payu dara dan ketiak kot-kot ada sesuatu perubahan struktur kulit atau benjolan.


10. Tekan puting susu secara perlahan dan perhatikan apakah keluar cairan dari puting susu tersebut. Lakukan hal ini secara bergantian pada payu dara kiri dan kanan supaya terdapat keadilan untuk kedua belah pihak.
11. Sekarang kita tidak perlu berdiri. Kita kena berbaring secara terlentang dengan bantal yang diletakkan di bawah bahu kiri dan lengan kiri ditarik ke atas. Telusuri payu dara kiri dengan menggunakan jari-jari tangan kanan. Dengan posisi sebegini, payu dara akan mendatar dan mudah kita nak periksa.

Pemeriksaan sambil berbaring...


Ok jangan lupa kopek kanan kita pula. Buat perkara yang serupa letak bantal di bawah bahu kanan dan angkat lengan kanan, dan lakukan pemeriksaan menyelusuri payu dara guna jari-jari tangan kiri.

Tips:

Yang kita kena buat depan cermin tu boleh juga kita buat dalam bilik air. Beli cermin yang berframekan getah, tampal di dinding bilik air. Ianya jadi lebih mudah nak periksa dan senang nak telusuri lembah, lurah, dataran dan gunung ganang yang berkaitan kerana dalam keadaan basah tangan lebih mudah digerakkan dan kulit lebih licin.
Jan: ..selamat mencuba...

Puting susu tertarik ke dalam

Mengikut pakar kanser payu dara, kanser jenis ini biasanya lambat dapat dikesan. Pengidapnya tidak sedar sehinggalah dah nak parah. Kata doktor lagi jika dapat dikesan terlebih awal ia dapat dicegah daripada merebak. Pembedahan boleh dilakukan untuk membuangnya.
Kanser ini tidak mudah disedari sebab kita tak merasa sakit pada mulanya. Kita akan rasa sihat seperti biasa, mengumpat seperti biasa dan juga berFB seperti biasa, kita juga melawan cakap laki seperti biasa. Pendek kata kita normal.
Tup-tup entah macam mana pada suatu hari ketika menyalin bra, kita teraba payu dara kita dan dapati ada benjolan kecil pada payu dara. Ni kira kita bernasib baik sebab kita teraba, kalau tak? Nak tunggu benjolan tu sakit? Tapi tulah orang kita, bila sakit pun tak nak jumpa doktor, katanya boleh baik sendiri sebab dalam badan ada antibodi... (kita pulak jadi doktor).
Pada masa inilah sepatutnya kita cepat-cepat capai kunci kereta dan terus ke klinik berdekatan. Jangan buat selamba sahaja. Kita dah bernasib baik sedar adanya bonjolan sebelum rasa sakit. Lagipun kita mesti buat tindakan cepat sebagai tanda bersyukur tuhan sayangkan kita (unsur agama) dapat tahu benjolan tersebut sedangkan kita ni bukan jenis cara sangat ke kopek kita.



Benjolan dah melekat!


Bonjolan tersebut kalau kita biarkan je ianya akan melekat di dinding daging dan mula mengganas. Kemudian tu payu dara kita akan berubah bentuk tidak lagi nyaman dan terletak. Mungkin akan terjadi luka yang lambat sembuh. Atau lebih parah keluar darah, nanah atau cairan pelik dari puting tersebut. Selisih malaikat 44 (lagi unsur agama).

Selepasnya puting susu kita pulak tertarik ke dalam dan kita dapati kulit payu dara kita mengerut seperti kulit jeruk limau purut.

Menurut kata pakar, janganlah kita tunggu hingga parah baru nak jumpa doktor. Tak banyak doktor boleh buat kalau kopek kita dah rosak. Jangan tunggu ada benjolan dan rasa sakit. Sebab ada beberapa pesakit kanser payu dara dimulai dengan rasa sakit tetapi tak ada pulak bonjolan.
Kesimpulannya, pendek kata sapa-sapa yang mengalami rasa sakit di sekitar payu dara secara terus-menerus pergilah jumpa doktor. Gilah walaupun tak ada pun benjolan tersebut.




Jan: Kopek kita, kita jaga...

Sunday, August 8, 2010

Kanser payu dara


Apakah kanser payudara?

Kanser payu dara seperti juga jenis kanser lain ia adalah akibat daripada sel-sel yang berkembang secara tidak normal. Bagi kanser payu dara ianya berpunca daripada sel-sel dalam tisu payu dara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal (tidak normal atau luarbiasa).
Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payu dara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati. Di Malaysia kanser ini paling tinggi dihidapai oleh kaum wanita dan paling tinggi membawa kepada kematian.
Apakah yang menyebabkan kanser payudara?

Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. senang kata setiap kaum wanita berusia 20 tahun ke atas adalah berisiko menghidap kanser payu dara.

Daripada kajian dan penelitian oleh doktor-doktor pakar payu dara, mereka menyenaraikan beberapa faktor yang mungkin menambahkan risiko kaum wanita menghidap kanser payu dara:

1. Usia meningkat
2. Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
3. Telah mendapat kanser pada satu payudara.
4. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau
5. Putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
6. Tidak pernah melahirkan anak atau
7. Melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
8. Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.








Bilakan anda mula mengetahui mengenai kanser payu dara?




Jan: Semasa saya di tingkatan enam iaitu semasa cikgu Pengejian Am saya membincangkan penyakit yang ada pada wanita (kita kena buat karangan laras sains). Cikgu saya beritahu perempuan merokok yang tidak beranak atau beranak tetapi tidak menyusukan anaknya berisiko tinggi mendapat kanser payu dara. Walaupun cikgu saya bukannya doktor saya percaya cakap cikgu saya.
Sekarang bila saya dewasa, melalui pembacaan saya semakin sedar dan tahu akan kanser payu dara yang amat berbahaya ini. Saya berharap kita semua dijauhi daripada penyakit ini.

Kenali kopek anda

Kebelakangan ini saya asyik menguji pengetahuan kaum wanita. Saya minta mereka menjawab beberapa soalan untuk menguji pengetahuan am mereka mengenai payu dara. Saya harap jangan pula saya dituduh gila seks kerana dalam masyarakat kita begitulah...iaitu yang bercakap pasal sekslah yang dituduh gila seks (padahal kerap kali seorang yang pendiam dan sopan santun tutur bicara itulah terbukti sebenarnya gila seks).



. Beberapa bahagian utama kopek anda



Saya kembali kepada tajuk, berbeza dengan payu dara lelaki, payu dara kaum wanita mempunyai kelenjar yang mampu mengeluarkan susu tulin. Sebelah payu dara mempunyai 15-20 kantung yang mampu menghasilkan susu. Tiap kantung tersebutlah terdiri dari beberapa kelejar susu. Seringkali, pada awalnya kanser akan tumbuh pada kelenjar susu inilah. Sila rujuk gambar di atas untuk tahu lokasi kelenjar susu tersebut.

Perlu kita tahu payu dara kita bukanlah sesuatu yang tumbuh di atas tulang rusuk (maaf ya bukan nak dami tetapi cuba lihat gambar di atas sekali lagi). Payu dara kita berada di atas tulang rusuk yang sebenarnya terlebih dahulu dilapisi oleh otot-otot. Cuba pegang payu dara masing-masing dan cuba buat-buat tariknya keluar (pulak dah). Ya, ia sebenarnya hanya berada di lapisan otot kita tanpa ada hubungan berstruktur anggota dengan paru-paru, tulang rusuk hati atau jangtung. Oleh sebab itulah dalam keadaan biasa kita boleh operate/buang payu dara kita jika kita tak selesa dengannya.

Kepada yang berkopek besar [di daerah saya (Besut) kopek adalah panggilan bagi payu dara], tidak perlu takut. Kerana tidak semestinya siapa yang berkopek besar maka besarlah risiko untuk mendapatkan kanser payu dara. Saiz tiada kaitan, saya rasa fakta ini semua orang tahu, sengaja saya menulisnya, he he he. Namun oleh kerana saya bukanlah seorang doktor pakar payu dara atau dari badan profesional atau juri profesional, pengetahuan yang saya tulis ini hanya berdasarkan pemahaman amatur saya dalam penyakit kanser payu dara. Anda perlu mendapatkan kefahaman yang lebih benar dari doktor yang bertauliah. Duduk berbincang dan tunjukanlah kopek anda jika perlu, tanpa malu-malu.

Kita kembali kepada tajuk posting. Selain daripada kelenjar susu, payudara juga terdiri dari pembuluh atau saluran darah untuk menghantar oksigen ke sel-sel yang terlibat. Terdapat juga pembuluh-pembuluh atau saluran-saluran aliran lain yang membawa sel yang bertindak sebagai sistem imunitasi ke sekitar salur darah di kopek kita dan kawasan di persekitarannya.

Ia berfungsi mencegah kalau ada jangkitan yang berskala kecil. Sistem kelenjar imunisasi terletak dekat payudara terdapat juga pada bahagian ketiak kita, di atas tulang selangka kita di belakang tulang dada kita. Saling berhubung dan berkaitan.



Jan: Kita kena kenali dulu baru sayangi...

Friday, August 6, 2010

Dari kerana mata yang mempunyai kuasa...

Nipisnya kain...boleh nampak dari luar...

Alamak sakit jantung dibuatnya...


Kendur sikit dah sekarang...


Kontrol-kontrol...jaga tata tertib lelaki budiman.
Jan: Bukan semua benda boleh kita pamirkan...no komeng...

Thursday, August 5, 2010

Sihatkah payu dara anda?

Hari ini saya ingin mengupas mengenai isu payu dara dari segi kesihatan. Setiap orang mempunyai payu dara masing-masing cuma saiz dan bentuknya berbeza. Dan adalah tanggungjawab setiap individu untuk menjaga payu dara masing-masing. Jika kita selalunya membelek muka kita di cermin, apa salahnya sesekali membelek payu dara kita pula kan?
Setakat yang saya tahu, penyebab jadinya kanser payu dara belum diketahui dengan tepat. Namun begitu penyelidik-penyelidik dalam bidang kanser penpayudaraan ini telah berani mengesahkan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan dan persekitaran.



Sekadar hiasan...


Persoalannya di sini, siapa yang nak tukang sebarkan bahawa kanser payu dara ini merbahaya, amat merbahaya. Ia kerapkali berakhir dengan kematian.
Bagi saya pihak media massa memainkan peranan penting untuk menghebohkan mengenai bahayanya penyakit tersebut. Janganlah asyik tayangkan kemontokan payu dara wanita di Tv atau akhbar dan majalah tetapi bila sampai bab-bab kesihatan tak nak ambik tanggungjawab sosialnya dengan serius. Sekarang mungkin dah ada tetapi sekadar melepas anak ke sekolah...
Pengetahuan yang betul harus disalurkan kepada kaum wanita. Iaitu payu dara ini bukannya untuk dijadikan senjata sahaja tetapi juga boleh membuatkan senjata makan tuan. Semua perempuan kenalah jaga paru daranya sendiri. Yang berkahwin janganlah tanggungjawab ini diletakan di atas tanggungjawab suami pula. Kena ada ilmu pengetahuan untuk menjadikannya bukan sahaja segar bugar menawan tetapi yang lebih penting adalah tahap kesihatannya baik, boleh digunakan dan berkualiti standard mengikut piawaian. Maksud saya jika kita seorang ibu ia mampu untuk mengeluarkan susu.
Amat memeranjatkan di dapati golongan wanita yang berpendidikan tinggi juga tidak mempunyai tahap kesedaran yang baik mengenai penyakit kanser payu dara. Kata datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil keadaan itu berlaku kerana golongan wanita berpendidikan tinggi lebih mengutamakan kerjaya dan keluarga daripada payu dara mereka.
Daripada bahan bacaan, saya dapati rsiko seorang individu untuk mendapat kanser payu dara tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang lelaki juga boleh mendapat kanser payu dara walaupun dia masih teruna, ia bukan untuk wanita sahaja
Seseorang wanita seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi risikonya terhadap kanser payu dara bagi dirinya. Mungkin mereka kena dapatkan maklumat yang lebih terperinci.
Perlu diingat walaupun seseorang wanita tersebut sudah tidak ada dara, mereka tetap berisiko mendapat kanser payu dara.



Jan: Semoga pembaca bolg ini sentiasa sihat dan dilindungiNYA...

Tuesday, August 3, 2010

Lokman bertandang

1. Suatu hujung minggu yang rahsia, Lokman turun ke Kuantan bersama keluarga.
2. Kami berjanji untuk berjumpa, dah lama rasanya kami tak bertemu mata.

3. Mulanya saya malu juga kerana rumah saya hanya seadanya.
4. Tiada set katil gaya inggeris (trend terkini warna putih), hanya tersedia toto sahaja.
5. Tiada tv LCD atau LED, tab mandi apatah lagi...
6. Persahabatan tidak mengira itu semua, tentulah hubungan kami lebih bermakna.


Gaya seorang ayah memujuk anak ....

Gambar terbaru Lokman...

Hadiah daripada Lokman


7. Bila berjumpa teringat kisah lama-lama,
8. Kisah-kisah lama jadi kenangan...
9. Kenangan lalu terpahat tersimpan
10. Semoga persahabatan terus berkekalan

Jan: Dan berpanjangan...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home