"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, November 30, 2011

Api neraka dan anak perempuan...




Lewat petang semalam saya buka FB. Lama tak buka FB kawan baik saya yang sama-sama berUM dulu. Nama dia Nor Zuki Wan Isa. Saya tak menyampuk di FB dia. Saya tak reti. Saya jenis pemalu...

Tetapi posting ini bukan pasal saya pemalu tetapi pasal saya lihat di FBnya kawan saya paparkan hadis Bukhari lagi. Hadis pasal kita kena jaga anak perempuan kita. Rupanya ada juga manfaat FB selain tulis beritahu orang kita beli beg tangan baru...he he he. Jangan marah gurau jea. Ni haa hadisnya.

Hadis 11: Penghalang Api Neraka……

Dari Aishah R.A meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah S.A.W bersabda; Barangsiapa bertanggungjawab mengenai anak-anak perempuannya dalam satu-satu perkara dan melayani mereka dengan baik, kelak anak-anak ini akan menjadi penghalang kepada apa neraka .(HR Bukhari).

Dipetik dari buku Muntakhab Hadits, Hazrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi, MS 560.

Bimbang saya nak ulas hadis ni sebab saya tak layak mana... Namun pemahaman saya apabila kita kahwin maka terletak atas batu jemala (apa itu jenis batu?) kita iaitu tanggungjawab terhadap anak-anak perempuan kita. Kalau kita jaga mereka di setiap lapangan/gerak-geri dan keperluan, anak kita itulah yang memberikan kita pahala dan mereka dapat menghindari kita daripada tercampak laju ke neraka.

Jan: Kalau kita tak jaga anak perempuan kita? Kita biarkan jea garib isa dok tepi jalan. Haa...

Tuesday, November 29, 2011

Perihal daging salai...




Saya tidak mempunyai anak perempuan, juga lelaki. Saya tak ada anak pun... Namun saya sering memerhatikan tingkah-laku/gelagat dan ambil tahu hal anak-anak saudara saya, anak kawan-kawan saya dan anak-anak orang yang saya tidak kenal.

Sindirlah saya ni jenis `sekolah lama' ke atau berfikiran negatif, namun saya tetap rasa ia sesuatu yang tak kena. Saya agak tidak senang hati bila saya sentiasa berjumpa dengan remaja perempuan yang masih berada di luar rumah pada waktu yang bukan sepatutnya. Semalam saya keluar ke Petronas (bukan nak beli minyak tetapi nak beli ais kerim konekto, tetapi kecewa pulak sebab ais kerim tu tak ada yang berperasa vanilla...) pada lewat malam tetapi saya lihat masih ada remaja perempuan yang duduk lepak di tepi jalan bersama pasangannya. Berpeluk mesra, tak kenal dunia.

Terus saya bertanya dalam hati, adakah mereka ini mempunyai ibubapa?. Kenapa laaaa mereka biarkan anak perempuan mereka tidak menentu. Tidak bimbangkah mereka terhadap anak mereka? Anak remaja perempuan yang tidak dipelihara dengan baik mungkin akan jadi`makanan' kepada lelaki liar. Bak lalat yang mencari daging salai... Malah lelaki jinak pun tidak menolak jika daging salai di depan mata. Mereka mencium bau... Namun kita tidak boleh salahkan lelaki semata-mata...kalau daging salai ada merata-rata. Haaa...

Pendidikan harus diberikan kepada anak perempuan kita supaya mereka `takut'/berhati-hati dengan lelaki. Pergaulan yang terlampau bebas tidak mengira siang dan malam, bertepuk tampar, cuit mencuit, diusung ke sana ke mari siang malam mengundang duka. Bukan sedikit kita lihat berita menyedihkan di Harian Metro, hidup masyarakat kita ternyata teruk dan menakutkan.

Dengan pendidikan yang diperolehi, sepatutnya kita boleh kawal diri. Ini tidak, masyarakat kita terlalu bebas mengikut acuan barat. Namun saya tidak salahkan barat semata sebab ada orang barat yang bimbang jika anak mereka keluar dengan lelaki yang tak menentu. Kitalah yang lebih barat dari barat, sebenarnya.

Setakat melahirkan dan beri makan, kambing gurun pun boleh. Saya tidak akan melatah jika penulisan saya tidak disetujui. Mereka akan kata `Mang mung tak ada anak, senang cakap". Memang saya tidak ada anak namun saya percaya perkahwinan menuntut kita melahirkan generasi yang bijaksana. Dalam apa jua cabaran kita tidak boleh gunakan alasan. Atas apa alasan sekalipun kita mesti jaga anak perempuan kita. Kita jaga maruah mereka. Kalau terpelihara wanita, terpeliharalah keturunan, bangsa dan agama kita (macam rancangan `Ustazah Pilihan' he he he).

Kesian pula kepada saya sebab tidak boleh `bercakap' sebab tidak ada anak perempuan. Namun saya rasa sekeping daging salai tersebut haruslah dijaga kemurniannya. Sebab ia juga mewakili maruah keluarga dan keturunan. Bukan maruah agama sahaja.

Biarlah sekeping daging salai tersebut menjadi santapan sah sang lalat budiman...

Jan: Lalat lara...

Friday, November 25, 2011

Perihal RM11,000

Pada suatu malam minggu lepas, saya memandu dalam hujan ke kedai roti canai di hadapan kawasan perumahan. Di kedai, sementara saya menunggu roti canai telor, saya capai akhbar lama Sinar Harian (November 15, 2011). Saya terbaca tajuk cerita ` Aksi seksi, Zarina Anjoulie, dibayar RM11,000!'.

Sebagai lelaki jinak, saya baca dan terkejut (tetapi tidak kesal). Saya tidak pernah tengok Zarina Anjoulie sama ada di Tv atau internat. Saya tidak kenal beliau. Daripada gambar di akhbar tersebut, beliau cantik orangnya. Memang jenis lelaki nak tengok. Pipi penuh dan berbadan montok. Akhbar itu manyatakan Zarina mengaku dibayar RM11,000, bukan saja-saja mencari publiksiti murah...

Saya tidak kenal Zarina Anjoulie, Zarina Zainiddin saya kenal. Saya kenal Zarina Zainuddin (dia tak kenal saya), saya pernah bersalam mesra dengannya di satu pertunjukan Majalah URTV di Kuala Lumpur 20 tahun lepas. Dia tidak sombong, orangnya cantik, kecil molek. Matanya seksi. Saya juga pernah lihat gambar bogelnya. Gambar bogel tersebut sengaja ditampalkan di rumah sewa saya oleh kawan-kawan liar saya (semasa saya belajar di Universiti Malaya).
Tetapi posting ini bukan pasal gambar bogel Zarina Zainuddin. Dan hakikatnya Zarina Anjoulie bukannya berbogel, dia hanya mendedahkan sebahagian daripada payudaranya di majalah FHM Indonesia. Saya guna perkataan `hanya' daripada akhbar tersebut...

Dan beliau bukannya gila, beliau ada alasannya sendiri untuk berbuat demikian. Beliau dipetik berkata beliau bukannya nak jual badan tetapi dibayar untuk kerja. Katanya yang meminati bidang modeling. Saya tidak melihat majalah tersebut, saya tidak berniat untuk berusaha mencari majalah tersebut. Saya tidak berniat hendak komen payudara orang.

Akhbar harian itu melaporkan: "Saya bukan nak jual badan, tapi dibayar untuk kerja. Daripada saya asyik kena kutuk, baik saya kerja dan buat duit."Selama ini pun, apa yang saya buat kena kutuk. Saya pakai baju apa pun, kena kutuk, sedangkan ramai lagi artis lain terdedah sana-sini,"katanya.

Secara peribadi saya tak ada masalah kalau orang/artis nak berbogel atau apa-apa. Kalau ada kesempatan, kalau ada masa saya tengok. Kalau nak cari rasanya taklah. Saya ada banyak kerja lain nak dibuat.
Orang lelaki seperti saya mungkin terkejut tetapi tidak kesal. Mungkin sebab saya lelaki gatal (tapi jinak). Kepada lelaki, rasanya ia boleh dibuat sebagai cuci mata. Tipulah kalau saya kata saya tutup mata dengan kedua belah tangan. Tipu.
Namun saya tidak nafikan ianya membawa impak yang buruk kepada dunia artis itu sendiri. Masyarakat akan semakin memandang rendah/murah terhadap dunia artis (walaupun sebenarnya masyarakat tersebut 2 x 5 jea, tapi tak heboh sebab bukan artis). Dan orang perempuan mungkin ada yang malu sebab kaumnya berkelakuan begitu. Kita tidak boleh nafi kemungkinan ini. Kaum lelaki tidak malu atau kesal...

Kawan saya ada bertanya saya marah tak jika keluarga saya jadi begitu? Secara peribadi saya juga akan naik darah dan mengamuk jika adik beradik perempuan atau anak saudara perempuan saya berbuat begitu. Sebab saya rasa RM11,000 tersebut terlalu murah dan lebih-lebih lagi perbuatan itu akan memalukan agama, moral dan keluarga serta orang kampung saya.

Namun perkara tersebut telah terjadi, kutukan dan kata nista hanya akan membawa kepada keburukan. Keburukan kepada masyarakat dan individu tersebut sendiri.
Sendiri ambik ikhtibarlah...

Jan: Kalau Siti berbogel agak-agak berapa RM? He he he.

Perihal RM100


Seorang kawan beritahu saya yang dia ada terbaca dalam FB, ada insan yang terasa malu untuk pergi ke sekolah dan ambil duit RM100 tersebut (bantuan RM100 untuk pelajar sekolah).
Mengapa malu? Saya tertanya-tanya dalam hati... Dan saya simpulkan mereka malu mungkin sebab:
Malu mungkin sebab tak vogue (tak kelas). Mungkin sebab status kita sudah tinggi di carta pengkelasan kumpulan masyarakat. Ya la, malu la nak beratur dan ada cikgu sekolah rendah yang kata “ Mak cik beratur elok-elok, ikut giliran”. Padahal kita bukannya mak cik, dan kita baru je terpesong 30 darjah dari barisan. Kenapa nak straight, kita bukan palapis atau askar wataniah?.
Lagipun kita vogue, rambut perang (sebab tangki air rumah berkarat? He he he) dan tudung kita kalah ropol langsir kat Kamdar. Memang kita kalerkan rambut dan buat teknik rebonding, dan tudung tu tudung Arianio (RM300, bayar RM30 sebulan). Dan dengan beg Pelco tersebut tak kanlah kita nak beratur atau pergi sekolah semata untuk tuntut RM100 tu?
Atau malu sebab sebenarnya tu la kali kedua kita ke sekolah anak kita! Pertama kali pergi semasa daftar anak kita (3 tahun lepas!). Lepas itu tak pernah nampak batang hidung, kita tak kenal cikgu anak kita. Dan kita tak pernah hadir ke mesyuarat PIGB. Tentulah malu bila tiba-tiba nak datang bermesra dengan para cikgu yang akademik itu semata-mata kerana RM100, he he he.
Atau kita malu sebab kita memang sedar kita tak layak! Kita sebanarnya mampu untuk sara anak kita kalau kita tak joli. Kita rasa berilah RM100 tersebut kepada pelajar yang mak bapaknya benar-benar mengais (kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan sewaktu dengannya). Kita pun insaf sebab hutang Tupperware kita daya bayar RM45 sebulan (sebab beli set yang kaler biru yang boleh letak dalam peti ais tu). Astro kita rela bayar lebih RM100 sebulan.
Kita malu sebab kita rasa memang kita tak layak… Dan kita malu sebab tuhan tahu...
Jan: Memang tak layak…

Thursday, November 24, 2011

Lelaki yang paling saya sayang...

Setelah hampir 7 jam meredahi hujan renyai di sepanjang perjalanan, saya tiba jua di kampung. Memandu dari Kuantan ke Besut dalam renyaian hujan dengan hati yang basah bukanlah sesuatu kebiasaan...
Ketika sampai di rumah, kelihatan emak berada di anjung rumah. Hanya ada emak dan ayah sahaja di rumah. Tanpa mengangkat beg pakaian dan barang-barang, saya terus masuk rumah. Saya ke ruang tamu. Kelihatan ayah terbaring di katil di tengah ruang tamu. Saya terus memeluk ayah. Saya lihat wajah ayah.
Wajahnya cekung. pipinya labuh dan nampak lehernya panjang. Badan ayah telah susut. Dia kelihatan lesu. Wajah ayah seperti wajah datuk saya yang telah lama meninggal. Ayah kelihatan kurus, tidak bermaya dan rambutnya juga tidak kemas. Dia tidak berbaju dan hanya berkain pelikat. Saya terus rasa sedih melihat ayah. Cepat-cepat saya masuk dalam bilik, saya tidak mahu ayah dan mak nampak air mata saya...
Saya kembali semula ke ruang tamu, barulah saya sedar keadaan di ruang tamu berselerak. Ada tilam juga di ruang tamu. Tilam yang emak saya guna untuk dia menemani ayah tidor. Saya lihat juga ada bekas sampah dan bekas minuman dan makanan yang sudah digunakan. Mungkin emak tidak sempat berkemas kerana asyik melayan karenah ayah. Sebelum ini emak ada sms beritahu letih menjaga ayah dan ayah asyik marah-marah bila dia sakit... Saya tahu tidak ada orang lain yang sanggup dan mampu melayah ayah kecuali emak. Ya, hanya mak tahu kenapa dia sayangkan ayah...
Saya tatap kembali wajah ayah saya dan fikiran tentang sesuatu menjelma lagi. Namun itu lumrah hidup... Saya tatap lagi muka ayah saya, muka seorang lelaki yang paling saya sayangi, yang paling patut saya sayangi... Baru sekarang saya bertambah sedar ayah sudah tua. Dia tidak lagi segagah dulu. Sukar menerima keadaan ini kerana ayah biasanya aktif dan seingat saya, ayah selalu berseluar jeans kerana dia lasak. Teringat dulu setiap kali ayah datang ke mesyuarat PIGB sekolah, ayah selalu pakai jeans dan baju yang santai. Ayah orang lain pakai pakaian yang seperti mahu ke pejabat. Ayah sangat aktif dalam PIGB sekolah, sehinggakan saya juga terpaksa aktif belajar supaya ayah tidak malu (hakikatnya pada masa itu saya bukannya suka sangat belajar, terutama matematik).
Ayah tidak berdaya memegang gelas. Saya terpaksa memegang gelas dan membiarkannya minum perlahan-lahan. Saya juga pegang gelas dengan perlahan dan dekatkan di bibirnya biar paras air dalam gelas senada dengan tegukan ayah. Jika tidak air akan mengalir keluar dari mulutnya.... Selepas itu saya juga ada melihat adik saya menyuap air nasi. Ayah tidak dapat menelan makanan keras.
Saya masih tidak puas untuk bersama ayah. Namun saya sendiri sudah semakin tua...maknanya ayah akan semakin tua. Saya terlintas juga sebagai seorang anak, saya gagal memenuhi banyak cita-cita dan harapan dia. Terlalu banyak yang ayah harapkan sebab dia seorang optimis dan positif. Berbeza benar dengan saya yang banyak pesimis dan negatif dalam hidup. Lantas saya teringat ayah mahu benar melihat saya menerima PHD. Ayah pernah kata sekali belajar biarlah sampai habis... Sedangkan saya tidak sabar hendak bersara dan bina sebuah taman yang indah.
Saya kembali ke bilik saya semula. Saya perlu rehat dan tidor sekejap...Saya perlu meredakan tekanan darah tinggi saya...
" Mengapa tuhan buat manusia tidak tahan lama?" Terbaring di katil, saya teringat minggu lepas itulah soalan pertama yang saya lontarkan sebaik sahaja masuk ke dewan kuliah. Para pelajar terpinga sebab biasanya soalan yang dilontarkan berbentuk ekonomi...
Jan: Manusia memang tidak tahan lama tetapi kasih sayang yang suci tidak akan mati...tidak akan boleh dijual beli walaupun dengan sebuah kereta Perdana...

Thursday, November 17, 2011

Lumrah hidup...




Kadang-kadang perkara yang paling biasa pun belum tentu kita boleh hadapinya dengan biasa. Bila terjadi sesuatu peristiwa dalam hidup kita, kita seolah tidak tahu bagaimana menghadapinya, bagaimana nak menerimanya. Semakin saya berusia, semakin banyak perkara/peristiwa menerpa, laju sahaja masuk ke dalam hidup, ke dalam minda yang tak seberapa ini.

Apatah lagi perkara yang luarbiasa... Sebenarnya minggu ini terasa panjang dan amat payah untuk saya harungi disebabkan oleh 2 perkara yang terjadi dalam hidup saya. Namun saya kena bersikap profosional, saya kena harunginya. Banyak tanggungjawab yang perlu saya tunaikan terlebih dahulu terutama soal kerja saya. Namun saya hanya mahu ceritakan satu perkara cuma. Seperkara lagi terlalu peribadi kalau boleh biarlah saya bawa ke mati...(pulak dah).
Sebenarnya ayah saya tidak sihat, minggu lepas ayah telah dimasukan wad di Kota Bharu dan sudah keluar wad pun. Saya tidak bergegas balik untuk menjengok sebab ayah sebab ayah sendiri beritahu dia tiada apa-apa. Ayah memang begitu, dia tidak mahu anak-anak risaukan dia.
Semenjak ayah pulang daripada hospital, mak beritahu ayah tidak lalu makan. Dan yang lebih membimbangkan saya, emak beritahu ayah seolah merapu sahaja. Dalam pada itu bekas adik ipar saya ada kol dan beritahu dan nasihatkan supaya saya balik.
Memang kalau saya burung (harap burung putih yang cantik dan ada sayap lebar) saya akang terbang pulang pada saat itu juga. Ayah rapat dengan saya, saya pula baru sahaja `marahkan' dia pada hari raya yang lepas sebab ayah dan emak mahu kahwinkan saya dengan segera (siap dengan calonnya). He he he, saya tahu ayah bimbang bila dia dan mak tiada, saya harungi hidup seorang... dan mereka tidak mahu saya jadi tak tentu hala. Mereka tidak mahu saya hilang kekuatan hidup. Mungkin mereka dapat mengesan perubahan pada saya dalam masa dua tiga tahun ini...
Saya tidak dapat menjawab banyak persoalan tentang hidup saya sendiri. Dan akhirnya seperti orang lain yang waras, saya kembali kepada agama. Saya harap kasih sayang allah yang ada itu melebihi segala keperluan hidup saya...memberi kekuatan (sebenarnya jawapan ini saya pinjam dari kawan saya yang kaki agama, yang rumahtangganya lintang pukang.).
Umur ayah sudah mendekati 75 tahun, dan beberapa bulan yang lalu abangnya (pak saudara saya) telah meninggal dunia. Saya rasa pembaca blog ini tahu apa yang saya fikirkan dan cuba sampaikan. Ya, saya rasa... saya rasa ayah tidak akan lama lagi berada dengan saya. Setiap orang akan mengalaminya. Saya faham... Lumrah hidup.
Saya sudah isi borang cuti untuk hari jumaat (esok), isnin dan selasa. Saya kena berada di kampung lama sikit. Saya nak duduk lama dengan ayah saya...
Jan: I miss him... much. Will miss him much...

Kalau kita tak lawa...(untuk perempuan sahaja)

Menyesal pulak aku kata dia tak lawa, terus dia tak rela dipeluk...





"Kalau kita tak lawa, kita jangan mengalah. Kita akan capai juga hasrat dan cita-cita kita. Tetapi kita kena usaha lebih sikit". Nasihat saya untuk pelajar saya yang merasakan diri mereka tak lawa. Atau tak lawa mana. Dalam pada itu seperti biasa saya buat-buat kemaskan meja saya yang berselerak. Sebenarnya bukan apa, takut mereka terlihat surat hutang bank saya.
Mulanya saya nak guna teknik " La sapa kata awak tak lawa! Awak lawa, awak kena bangga dengan diri awak! Sapa kata awak tak lawa?" Sambil saya akan bulatkan mata dan memuji kononnya dia lawa dan beritahu kononnya di setiap mata memandang ada perbezaan... Dan kononnya perempuan lawa berakhir hidup dengan tragis, sambil saya beri contoh Lady Diana dan beberapa seleberiti tempatan.
Tetapi itu cara lama, pelajar mungkin tahu saya hanya hendak ambil hati. Pelajar saya tak lawa bukannya bodoh. Jadi saya terus je mengaku mereka tak lawa. Kejam kan? He he he.
" Kalau awak dah tahu awak tak lama, awak kena lah datang awal masa orang tak mula sibuk. Tentu boleh buat kerja dengan lancar. Ini awak datang lewat dan tentulah awak tak dilayan. Yang lawa datang lewat pun berebut pegawai nak tolong carikan borang (kalau boleh nescaya mereka juga nak gatal mengisinya...he he he)." Saya rujuk satu kejadian di satu tempat pendaftaran, yang saya lihat dengan mata, kepala dan muka sendiri, termasuk badan saya.
Dilema perasaan perempuan tak lawa ni memang semaking meningkat. Mereka terasa terpukul kerana dewasa ini (macam karangan STPM pulak) media massa elektronik dan cetak semua memaparkan kalau kita lawa hidup akan jadi mudah, licin dan senang. Jadi tekanan hebat diterima dalam batin orang perempuan yang tak lawa atau saya panggil Pat10 ( Pat10 = terjemahan empat sepuluh ni makna murah. Dengan sepuluh ringgit kita dapat 4 barang tersebut...).
" Walaupun muka kita ni Pat10 kita kena tambah nilai yang lebih supaya tarikan terhadap diri kita ada." Kata saya seolah pakar motivasi. Tetapi betul kan? Kita kena fikirlah. Jangan orang kata muka dah la macam tempurung, perangai birah (gatal) macam pokok keladi. Atau kalau nasib tak baik mereka rujuk kepada beruk. Beruk juga akhirnya mendapat nama yang hina. Padahal kalau dibanding perangai manusia dan beruk...perangai manusia lebih...
Kita kembali ke tajuk posting...huh. Saya tercacul tulis topik lain. Topik beruk. Topik beruk saya akan bincangkan kemudia hari jika sempat.
Saya rasa jangan bimbang sebab kalau kita tak lawa pun kita akan dapat ramai kawan kalau perangai kita baik. Kalau kita lawa perangai tak baik, hanya lelaki sahaja suka berkawan dengan kita. Tentulah kita rimas (kecuali kita jenis birah juga, he he he).
Sekian...


Jan: Kalau kita tak handsum? Entah saya tak tahu nak jawab sebab saya handsum. He he he. jangan marah.

Hapuslah Airmatamu - Album Runut bunyi terbaik





Album Hapuslah Airmatamu (1976) ini tiada dalam koleksi CD Kak Pah saya. Ketika album ini keluar saya masih tidak bersekolah. He he he. Tak sangka selepas begitu lama saya sekolah rendah, sekolah menengah, masuk u, mengajar di sekolah kemudiannya di kolej dan terbaru di universiti...lagu ini ternyata menjadi antara lagu tema hidup saya...(kesian pulak rasa).


25 tahun kemudian pada tahun 2000 album ini dikeluarkan semula. Namun pada masa tersebut dengan ujian hidup yang berat (yang mencampakan saya berhijrah keluar ke negeri Pahang, bekerja sebagai pensyarah di Kolej Shahputra Pekan pada tahun 2001). Maka dalam kekalutan hidup dan kemiskinan harapan, saya tak sempat menyambar album yang diedarkan kembali selepas itu. Pada masa tersebut kalau Sharifah Aini mati pun saya tak tahu sebab saya sendiri berada dalam `koma'...


Namun terima kasih tuhan (unsur agama), kerana lagu ini ada dimuatkan dalam koleksi lagu-lagu hits beliau. Lagu ini sedap didengar walaupun tak mengenyangkan. Suara kak Pah bersih, tinggi dan tajam menikan kalbu. Bila saya memandu sepanjang 130 km ulang alik hujung minggu, bila bersendirian saya akan perdengarkan lagu ini. Dalam suasana petang yang damai (tapi hati saya bergelora), saya menikmati tarikan suara yang bergetar dalam lagu Hapuslah Airmatamu...kira layan lara sambil memandu laju (70km sejam).


Kalau tak silap (guna ayat ni sebab malas nak buat kajian, he he he) album runut bunyi terlaris dunia adalah daripada filem Bodyguard (1992). Dan di Malaysia album runut bunyi Hapuslah Airmatamu ini pernah diiktiraf sebagai Album Runut Bunyi terbaik dalam sejarah perfileman Melayu kita.


Ada 11 buah lagu dipersembahkan oleh 5 artis popular antaranya Datuk Sharifah Aini, Broery Marantika, Deddy M Borhan, Junainah M Amin dan Datuk Dr Ahmad Nawab.


1 Hapuslah Airmatamu - Sharifah Aini, Ciptaan :Ahmad Nawab /Sharifah Aini2 Haruskah Kita Berpisah - Brorey Marantika, Ciptaan: Ahmad Nawab /Broery Marantika
3 Perasaan Hati Broery - Marantika & Sharifah Aini , Ciptaan: Ahmad Nawab/ Sharifah Aini4 Hatiku Hatimu - Sharifah Aini Ciptaan: Ahmad Nawab/ Sharifah Aini5 Harapan Hampa - Deddy M Borhan Ciptaan: Ahmad Nawab/ Deddy M Borhan
6 Regent Club - Ahmad Nawab Ciptaan: Ahmad Nawab Instrumental

7 Hapuslah Airmatamu -Broery Marantika Ciptaan: Ahmad Nawab /Sharifah Aini8 Yang Ditunggu Tak Tiba - Sharifah Aini Ciptaan: Ahmad Nawab /Haron Abdullah
9 Seiring Sejalan - Sharifah Aini & Broery Marantika Ciptaan: Ahmad Nawab/ Broery Marantika
10 Kau Di Sayang- Junnainah M Amin, Ciptaan:
Ahmad Nawab /Junainah M Amin
11 Sabar Menanti - Broery Marantika Ciptaan: Amad Nawab/ Broery Marantika.


Banyak lagu dalam album ini jadi lagu malarsegar, dan selalu dinyayikan/disumbangkan nada oleh peminat karaokea. Contohnya saya pernah hancurkan lagu Seiring dan sejalang, he he he. Saya nyanyi ikut stail saya.


Jan: Hapuslah Airmataku (2011) ?

Wednesday, November 16, 2011

Hapuslah Airmatamu - Pelakon terbaik 1977

Penyanyi dibawa ke filem adalah satu trend yang tidak pernah putus. Lihat Jamal, Ziana Zain dan Amy Mastura yang dibawa ke dalam dunia filem. Malah Jack (yang menyanyi lagu tema Bersamamu Tv3 juga mahu diheret ke dunia filem).


Mungkin bersandarkan populariti yang dikecapinya ketika zaman beliau meletop menyebabkan ramai produser dan pengarah filem mahu ambil dia berlakon. Trend ini sampai sekarang wujud. Sebab kita mahu peminatnya ke panggong wayang.


Lakonan Datok Sharifah Aini tidak mengecewakan, kemunculannya sebagai pelakon tidaklah menghampakan kerana kesemua filemnya ditayangkan lebih daripada 30 hari. Malah dalam filem kegemaran saya iaitu Hapuslah Airmatamu (1976), beliau telah menerima anugrah Aktres Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik 1977 (sumber wikipedia).


Populariti Sharifah Aini juga telah menarik perhatian ramai pengarah filem tetapi Datok Sharifah Aini amat selektif. Namun beliau tidak mahu menghampakan Jins Shamsudin. Pengarah Jins Shamsuddin untuk menampilkan beliau sebagai penyanyi undangan menyampaikan lagu 'Bunga Tanjung' dalam filem TIADA ESOK BAGIMU (1979).


Beliau juga ceburkan diri dalam bidang teater, tetapi setelah berlakon dalam filem BINTANG PUJAAN (1982), Sharifah terus menyepi dalam dunia lakonan. Beliu mengakui kurang berminat dengan dunia lakonan dan mahu menumpukan perhatian dalam bidang nyanyian. Beliau bercita-cita menjadi penerbit albumnya sendiri. Sehinggalah setelah 25 tahun kemudian barulah beliau bersetuju menerima tawaran daripada pengarah Erma Fatimah yang siang malam memujuknya untuk muncul sebagai penampilan istimewa menerusi filem DIVA POPULAR. Dalam filem ini beliau muncul memegamg watak seorang hakim wanita yang berang dengan kes saman-menyaman di kalangan artis. He he he. Ironi kan.






Jan: Bekas kekasihku dulu adalah pelakon terbaik planet bumi, lakonannya sangat real, sehingga ke hari ini hatiku masih berdarah. Tahniah untuk dia! Takziah untuk aku...

Hapuslah Airmatamu (1976)




Filem ini penuh dengan unsur pengajaran, kisah orang lupa diri. Kisah seorang perempuan kampung yang bernama Ani (Sharifah Aini) yang lupa daratan bila dah jadi penyanyi terkenal. Bila dia terkenal dia lupakan kekasihnya Adi (Latif Ibrahim) pemuda kampung yang sedang belajar di universiti yang (hanya ada motosikal dan berkaki seluar besar). Tengok gambar di atas, susah Adilah yang sapu airmata dia. Kitalah yang jaga dia... agar dia gembira selalu, dia susah kita rasa susah. Bila dia mulai senang dia lupakan saya... opps, dia lupakan Adi.






Kalau tuhan letak dunia ini di tapak tangan saya pun, saya tetap memilih dia sebab saya sayangkan dia.... Gambar di atas romantis betul bila pakai topi keladar ni. Adi selalu galakan bakat nyanyian Ani berkembang. Dia tak pernah kata suara Ani macam katak. Dia seorang pemuda yang baik hati walaupun hanya ada kereta Myvi sahaja... opps...memilikui motosikal sahaja.







Bila dah berjaya rakamkan lagu, jadi terkenal dan ada FB dia mula lupa diri dan keluarga. Namun ada juga orang yang masih tidak berjaya dalam hidup tetapi sudah melepaskan tongkat di tangan. Sebab ada `sarang; baru. Hidup ini begitulah...(baca dengan nada sedih...hanya tuhan yang tahu apa yang saya lalui...).




Sekarang berkawan dengan penyanyi Indonesia (Brory Marantika, lihat gambar di atas) dan seiring sejalanlah sampai tak ingat kepada ibu dan kekasihnya. Ibu dah macam orang gaji pulak. Memang dasar orang susah tak pernah senang. Bila senang lupa daratan tak kenang budi.





Gambar di atas kelihatan Ani dah tidak syok lagi kepada Adi. Ani tergelak bila Adi beritahu yang dia sangat sayangkan Ani. Ani sekarang dapat bayaran mahal nyanyi kat kelab malam (bukan siang). Dia juga lupakan ibunya sehingga ibunya datang cari dia di kelab malam bawa karipap (tak patut betul ibunya kan? he he he buat malu jea). Ani hina ibunya di kelab malam tersebut. Ibunya rindu sangat kat dia, akhirnya ibu dia sakit...




Sebenarnya Brory dah ada kekasih pun kat Indonesia, tetapi lelaki begitulah kalau ada kekasih pun dia tidak mengaku bila lihat awek cantik. Lumrah dunia, lumrah akhirat? Namun sekarang ada FB, boleh tuliskan dalam FB bahawa kita ni `in relationgship'. Biar sedunia tahu, biar PM tahu, biar mak bapak dan jiran tahu.







Dia tidak pedulikan maknya lagi. Tengah mabuk katakan. Tapi ingat langit tak selalunya cerah...tiap hujung tahun datang tengkujuh. Semasa saya menulis entry ini pun hujan turun dengan lebatnya selebat hujan dalam hati saya...pulak dah. he he.


Akhirnya dahlah `kekasih' hilang, suara yang merdu jadi serak-serak basah kering. Tu tuhan kodor (balas) kot. Bila suara serak tentulah tak dapat nyanyi sebab masa tu suara serak memang tak laku. Masa ni kalau Ella buat album jual RM2.50 satu pun orang kampung tak beli.




Seperti biasa macam filem Melayu lain, Ani akhirnya insaf dan mintak maaf pada mak dia. Lihat gambar di atas. Tapi mak dia kata gi la mintak maaf pada Adi (yang bodoh setia nak mampus tu). Sebab masa mak dia sakit, Adilah ulang-alik jaga mak dia, jaga makan minum. Beli apan balik, roti canai dan air sirap bandung. Payah nak cari lelaki macam tu, macam cari bara dalam laut...gitu kot mak dia kata, he heh.







Masa dok berdrama airmata berpeluk dengan ibunya, terdengar motosikal Adi yang datang nak hantar nasi bungkus kepada emak Ani. Bila Adi nampak Ani ada dalam rumah terus dia start balik motor dan meninggalkan rumah tu (merajuk tu...). Ani pun terus turun rumah dan mengejar Adi. Sampai kat tepi jalan, entah mamat mana yang bawak lori terkejut beruk bila Ani lintas jalan tak tengok kanan kiri macam kerajaan sarankan. Ani terkejut dan terjatuh di tepi jalan. Bila Adi nampak kejadian tu terus dia menerkam pergi angkat Ani dan merangkul Ani. Dia sapu air mata Ani. Jadi tajuk cerita ni Hapuslah airmatamu. Allahualam, begitu kot.

Jan: Air mata hatiku tak kan terhapus hingga hujung nyawa...(pulak dah, he he he)

Tuesday, November 15, 2011

Hapuslah Airmatamu - Datok Sharifah Aini

Latif Ibrahim menyapu air mata Sharifah Aini... (pada 35 tahun dahulu...)






Dengarlah bisikan hati
Untukmu yang tersayang
Walaupun apa terjadi
Tiada perpisahan

Itulah janji-janjinya
Yang tak mungkin berubah
Tiada penyesalan
Yang akan terjadi
(Korus)


Tiada rintangan baginya
Yang dapat memutuskan
Begitu setia janjinya
Pasangan yang bercinta
Walaupun apa terjadi
Kan cuba di atasi
Begitulah…
Janganlah bersedih

Hapuslah air matamu
Usahlah kau bersedih
Tiada penyesalan
Yang insaf bagimu…






Jan: ...

Betulkah kita yang pilih cara hidup kita atau kita yang terperangkap?




"Betulkah kita yang pilih cara hidup kita atau kita yang terperangkap?" Punya la panjang tajuk posting saya kali ini...he he he. Saya tak nak terang apa-apa pasal tajuk tersebut sebab saya tahu pembaca blog yang sudah lama dengan saya berupaya menelaah apa yang hendak saya sampaikan... Sebab penulisan ini memang hal kita, walaupun ianya kisah saya.
Warna-warni hidup ini kitalah yang mewarnakannya...Itulah kata Julia Roberts. Dan saya cuba mewarnai hidup saya.
Pagi ini saya terjaga bila jam berbunyi tepat 5.15 pagi. Saya bergeliat pendek, selepas saya buat senaman ringkas yang moyang saya ajar, bingkas bangun dan terus ke bilik air. Saya tatap muka saya di bilik air. Alhamdulilah masih handsum, dan saya tetap berdoa agar suatu hari nanti bertambah handsum macam Farid Kamil ke... Bilik tidor saya tak mempunyai cermin muka, saya guna cermin di bilik air. Depan cermin saya terkenang seseorang yang saya sayangi, dan saya terus cepat-cepat lenyapkannya sebab ia amat memedihkan. He he he. Ini antara rutin saya setiap hari.
Seperti orang zaman dahulu, hari ini saya berkemas rumah waktu pagi. Saya alihkan bekas habuk rokok. Pagi tadi entah kenapa saya seperti anjing cuba hidu langsir dan sofa saya, adakah berbau rokok?. Tentulah tak berbau sebab saya perokok, he he he. Saya kemaskan meja. Saya saling periuk besar yang ada soup tulang ke periuk kecil dan simpan dalam peti ais. Saya akan hangatkan soup nanti. Saya buat sendiri sup tersebut, tak sedap mana...
Selepas mandi saya bergegas tengok jam dan bersiap. Dalam pukul 6.05 pagi saya bertolak ke rumah kawan saya (Adnan) untuk letak kereta di situ. Dalam 6.30 pagi saya sampai rumahnya dan kami terus bertolak ke Muadzam. (hairan jugak, dulu saya selalu jugak tumpang dia ke tempat kerja di Kolej Shahpuitra (kini Universiti Kolej Shahputra). Kini di tempat kerja UNITEN ni saya menumpang dia juga. Dasar penumpang...
Dalam perjalanan kami berbual panjang, kadang-kadang saya rasa kesian jugak sebab sepanjang Adnan memandu, saya bercakap tidak henti-henti macam baru dapat gigi palsu. Biasanya kami berbicara pasal perubahan hidup masyarakat kita. Kadang-kadang rasa sekejap jea 130 km tersebut. Hari ini kami sampai di Muadzam dalam 7.56 pagi. Selepas punch saya ke opis saya. Saya bekerja di bangunan berasingan dengan kawan saya. Kami janji akan chat bila nak makan melalui opis komunikator.
Hari ini hari penting saya. Hari sabtu dan ahad saya pulun buat soalan akhir pelajar semester 5. Saya kena hantar soalan kepada ketua subjek. Namau ada subjek sayalah yang jadi ketuanya sebab hanya saya yang ajar subjek tersebut. Kelakar tak? Ya memang tak kelakar...
Sekoyang-koyang datang seorang pelajar perempuan berpakaian serba merah ke bilik saya. Dia bertanyakan soalan mengenai kertas kerja individu. Dia beritahu dia `tak nampak' apa yang saya mahu. Jadi saya terangkan kepadanya yang sebenarnya untuk kertas kerja individu pelajar bebas memilih tajuk asalkan dalam skop yang saya hendak. (macam mana tu, bebas tapi ada skop...haaa).
Selepas itu Adnan chat dan kami makan pagi. Makan pagi bersama Adnan hanya mengambil masa 30 minit. Adnan tidak suka berlama-lama di gerai makan. Pada masa ini kami berbual panjang juga mengenai perangai sesetengah penjawat awam yang kerja selow macm sipit. Selepas kembali dari makan pagi tersebut ada kawan lain yang ajak makan nasi lemak dalam biliknya. Saya janji saya kan datang bila ada masa terluang. Selepas itu datang lagi 3 rakan pensyarah ajak makan. Saya terpaksa pergi sebab memang ada juga perkara yang nak dibincang dengan mereka. Saya pergi makan lagi. He he he.
Sekembalinya dari makan, ketua jabatan nak jumpa saya. Mulanya saya risau sebab sudah dua kali dia offer saya buat PHD. Yang pertama katanya saya akan berpeluang ke India. Yang kedua dengan salah sebuah universiti di Thailand. Saya tolak dengan baik pelawaan tersebut dengan pelbagai alasan. Setelah kami berserius saya kembali masuk ke bilik saya. Baru saja saya duduk datang pula dua orang pensyarah perembuan. Seperti adegan dalam drama swasta, saya silakan mereka duduk. Baru saya teringat kami nak adakan jamuan. Saya tukang rancang jea. Mereka yang buat. He he he. Jamuan untuk rakan yang akan berhenti kerja. Makan lag petang nanti.
Hari ini saya memang tiada kuliah. Selepas itu saya pergi cari moderator untuk soalan peperiksaan akhir pelajar saya. Nak minta tolong dia tengok, boleh realese tak soalan yang saya buat. Kot ada cacat kat mana-mana.
Sekarang saya dapat rehat sikit...tapi ada kerja nanti menunggu. Saya kena selesaikan dengan cepat sebab pukul 5.15 petang saya akan bertolak ke Kuantan (130KM).
Bila balik saya akan pandu kereta dari rumah kawan saya ke rumah saya. Bila sampai rumah saya buka pintuu pagar dan cepat-cepat tutup takut jiran bertandang. Bukan apa mereka tak tahu kita ni letih ke, nak makan ke...
Saya akan siram rumput dan bercakap dengan laman. Dan jangan terkejut sekejap sahaja magrib. Selepas itu saya keluar makan, saya tengok berita dan berinternate sekejap. Dan saya akan memebaca dan marking soalan kuiz satu yang saya tak saya sentuh lagi...
Bila saya rasa mengantuk, saya heret tilam depan Tv dan kumpulkan bantal-bantal. Saya peluk erat-erat. Esoknya saya akan bangun pagi lagi 5.15 pagi lagi, saya ke bilik air tatap muka, dan saya akan teringat...
Jan: Betulkah kita yang pilih?

Dari Nong Andy...

Kalau ada masa, saya jengok juga blog rakan maya saya. Ini salah satu rakan maya saya dari Kota Kinabalu, Sabah. Ada satu engtri menceritakan juga hal blog saya. He he he. Saya kat dann pes di blog ini. Dapatlah saya baca bila sunyi, he he he. Dan pembaca blog saya juga boleh menikmatinya...


Salam. Bismilah.

Kali ni aku nak cerita yang Aku dapat surat terbuka.. dalam blog JANKAULU

Tajuknya: Untuk Nong Andy

Masa aku melilau-lilau dalam dashboard tiba-tiba ternampak tajuk entri yang pelik.. Untuk Nong Andy? Biar betul.. Kenapa tajuk tu sebut aku ha? Aku cepat-cepat terjah!

Blog Jankaulu : yang bermaksud JANgan KAU LUpa Menulis! :)

Aku terjumpa blog ni ketika melawati blog Hikayat Adie Achim. Aku terjah ke blog tu lantas berkenan dan follow. Ada la aku tinggalkan jejak seketul dua. Tapi...Dia ni buat kejutan padaku. Kali pertama ketika aku mula-mula follow blognya. Dia buat entri khas ala-ala review blog aku.. Mula-mula tu terkejut beruklah juga! Sebab dah lama tinggalkan dunia blog jadi tak tahu ada pula entri review blog orang lain dan ia sebenarnya boleh promosikan blog tu kepada pembaca blognya :) terperasan glamor la pula sekejap hehehe...



( Ni rupa blog aku dulu.. masa tu En.sukiman review blog aku, aku copy gambar ni dari blog dia. Aku tak pndai save screen web page walau dah balik2 try tapi asik tak jadi-give up!)

Tajuk entri tu : Mama Shinta Musraika

Masa tu aku guna nama Mama Shinta Musraika.. aku guna nama ni sebab dulu aku aktif join group susuibu.com, banyak member blogger pun dari susuibu.com. Tapi Shinta dah besar, aku pula dah tak breastfeed Shinta lagi.. Mama Shinta Musraika macam panjang sangat so aku pun tukar kepada Nong Andy sesuai dengan nama kat FB.


(dari dulu hingga sekarang tetap gambar 1peace jadi gambar heading blogku)

o.k kita sambung crita blog Jankaulu.. Penulis blog JanKauLu ni memang menghargai pembacanya. Surat terbuka yang di tulisnya itu memang mengharukan aku sebagai seorang pemollow :) Terima kasih En.Sukiman sebab bagi bahan bacaan untuk aku hehehe.. sekaligus bagi idea aku update blog :p

Blog ni salah satu blog yang aku suka lawati.. dan aku memang selalu komen blog ni. Sebab issue dia agak menarik.. Walaupun Dia seorang pensyarah tapi aku rasa dia seorang yang agak kelakar juga.. (ayat-ayat yang di gunakannya dlm menyampaikan isi cerita bagiku menarik dan adakalanya kelakar) dan Dia selalu meluahkan apa yang di fikirkannya mengikut caranya berfikir. Dan bagi aku itu hak dia.. mungkin ada juga yang akan terasa sebab sekali sekala memang ada issue yang 'pedas'. Malah adakala dia 'ikut rasa hatinya saja' meluahkan apa yang pernah dan telah dia rasai... dan aku fikir itu satu cara baginya meluahkan apa yang berbuku dalam hatinya.. yang sudah lama menjadi kudis.. hehehe.. jangan marah Jankaulu tercerita lebih la pula... tapi inilah 'terjemahan' ku dalam mengenali penulis blog jankaulu. En. Sukiman.

Sebagai pembaca.. aku berpendapat masing-masing ada cara pemikiran tersendiri.. membaca cara pemikiran orang lain juga satu pengalaman dan ilmu :D yang baik kita jadikan sempadan dan yang buruk kita jadikan tauladan..(skema betul ayat ni-mcm dlm exam la pulak) pandai-pandailah kita memproses maklumat itu dengan cara kita sendiri. Dan inilah cara aku memproses maklumat dari blog Jankaulu. Yang pastinya sejak jumpa blog ni aku memang akan ternanti-nanti post terbarunya.. :)

Blog JanKauLu ni.. followernya masa aku join cuma 45 je. Dan aku yang ke 46. Tapi kalau tengok trafik.. memang ramai sangat yang singgah blog ni. Sekarang masa aku posting crita ni trafik pageview dia dah cecah 100 ribu pengunjung. Buat masa ni Baru ada 52 orang fallower. Teroriku.. walaupun followernya rendah tapi setia.. macam aku lah..hehehe!

*n3 kali ni macam aku pula yang review blog Jankaulu hehehe.. aci tak?


Jan: Suka jugak membaca sesuatu yang tertulis mengenai kita...he he he.

Monday, November 14, 2011

Tahniah dan semoga berbahagia selalu

dan terima kasih kerana pernah sayangi diri ini...

Selamat jalani exam `kakak'...






Bila iman tengok kakak dah besar, dah jadi anak dara, iman rasa masa cepat sangat berlalu. Namun alhamdulilah iman taklah tua mana lagi, he he he. Baru saja iman rasa kakak kecil lagi. Masa iman dapat izajah master dulu kakak masih lagi berbogel. Kakak ingat tak masa tu kakak bogel dan iman letak topi izajah dan skrol dari UM iman. Kakak pakai topi dan pegang skrol iman. Masa tu kakak tak boleh berdiri lagi. Duduk jea. He he he. Iman harap suatu hari nanti kakak akan dapat izajah dan jadi macam kak Zetty bank gabenor negara kita. tak apalah kalau kakak tak boleh jadi macam Sharifah aini pun. Iman tak kecewa pun. Kakak jadi macam kakak pun tak apa.

Jan: selamat hadapi peperiksaan SPM, kakak jaga kesihatan masa exam ni. Sori letak gambar kakak 2 keping.

Saturday, November 12, 2011

Hapuslah Airmatamu (1976)

Filem ini penuh dengan unsur pengajaran, kisah orang lupa diri. Kisah seorang perempuan kampung yang bernama Ani (Sharifah Aini) yang lupa daratan bila dah jadi penyanyi terkenal. Bila dia terkenal dia lupakan kekasihnya Adi (Latif Ibrahim) pemuda kampung yang sedang belajar di universiti yang (hanya ada motosikal dan berkaki seluar besar). Tengok gambar di atas, susah Adilah yang sapu airmata dia. Kitalah yang jaga dia... agar dia gembira selalu, dia susah kita rasa susah. Bila dia mulai senang dia lupakan saya... opps, dia lupakan Adi.


Kalau tuhan letak dunia ini di tapak tangan saya pun, saya tetap memilih dia sebab saya sayangkan dia.... Gambar di atas romantis betul bila pakai topi keladar ni. Adi selalu galakan bakat nyanyian Ani berkembang. Dia tak pernah kata suara Ani macam katak. Dia seorang pemuda yang baik hati walaupun hanya ada kereta Myvi sahaja... opps...memilikui motosikal sahaja.



Bila dah berjaya rakamkan lagu, jadi terkenal dan ada FB dia mula lupa diri dan keluarga. Namun ada juga orang yang masih tidak berjaya dalam hidup tetapi sudah melepaskan tongkat di tangan. Sebab ada `sarang; baru. Hidup ini begitulah...(baca dengan nada sedih...hanya tuhan yang tahu apa yang saya lalui...).



Sekarang berkawan dengan penyanyi Indonesia (Brory Marantika, lihat gambar di atas) dan seiring sejalanlah sampai tak ingat kepada ibu dan kekasihnya. Ibu dah macam orang gaji pulak. Memang dasar orang susah tak pernah senang. Bila senang lupa daratan tak kenang budi.



Gambar di atas kelihatan Ani dah tidak syok lagi kepada Adi. Ani tergelak bila Adi beritahu yang dia sangat sayangkan Ani. Ani sekarang dapat bayaran mahal nyanyi kat kelab malam (bukan siang). Dia juga lupakan ibunya sehingga ibunya datang cari dia di kelab malam bawa karipap (tak patut betul ibunya kan? he he he buat malu jea). Ani hina ibunya di kelab malam tersebut. Ibunya rindu sangat kat dia, akhirnya ibu dia sakit...

Sebenarnya Brory dah ada kekasih pun kat Indonesia, tetapi lelaki begitulah kalau ada kekasih pun dia tidak mengaku bila lihat awek cantik. Lumrah dunia, lumrah akhirat? Namun sekarang ada FB, boleh tuliskan dalam FB bahawa kita ni `in relationgship'. Biar sedunia tahu, biar PM tahu, biar mak bapak dan jiran tahu.


Dia tidak pedulikan maknya lagi. Tengah mabuk katakan. Tapi ingat langit tak selalunya cerah...tiap hujung tahun datang tengkujuh. Semasa saya menulis entry ini pun hujan turun dengan lebatnya selebat hujan dalam hati saya...pulak dah. he he.


Akhirnya dahlah `kekasih' hilang, suara yang merdu jadi serak-serak basah kering. Tu tuhan kodor (balas) kot. Bila suara serak tentulah tak dapat nyanyi sebab masa tu suara serak memang tak laku. Masa ni kalau Ella buat album jual RM2.50 satu pun orang kampung tak beli.



Seperti biasa macam filem Melayu lain, Ani akhirnya insaf dan mintak maaf pada mak dia. Lihat gambar di atas. Tapi mak dia kata gi la mintak maaf pada Adi (yang bodoh setia nak mampus tu). Sebab masa mak dia sakit, Adilah ulang-alik jaga mak dia, jaga makan minum. Beli apan balik, roti canai dan air sirap bandung. Payah nak cari lelaki macam tu, macam cari bara dalam laut...gitu kot mak dia kata, he heh.




Masa dok berdrama airmata berpeluk dengan ibunya, terdengar motosikal Adi yang datang nak hantar nasi bungkus kepada emak Ani. Bila Adi nampak Ani ada dalam rumah terus dia start balik motor dan meninggalkan rumah tu (merajuk tu...). Ani pun terus turun rumah dan mengejar Adi. Sampai kat tepi jalan, entah mamat mana yang bawak lori terkejut beruk bila Ani lintas jalan tak tengok kanan kiri macam kerajaan sarankan. Ani terkejut dan terjatuh di tepi jalan. Bila Adi nampak kejadian tu terus dia menerkam pergi angkat Ani dan merangkul Ani. Dia sapu air mata Ani. Jadi tajuk cerita ni Hapuslah airmatamu. Allahualam, begitu kot.

Jan: Air mata hatiku tak kan terhapus hingga hujung nyawa...(pulak dah, he he he)

Saya pernah basuh berak dia...

Petang tadi saya talipon anak saudara saya di Besut. Isnin ini dia akan periksa SPM. Saya tanya apa perasaan dia? Dia beritahu minggu kedua baru dia nak berdebar sebab subjek sains akan bermula. He he he. Minggu pertama ini subjek asas seperti bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Rupanya saya bukan orang yang pertama talipon dia. Adik beradik saya yang lain sudah menalipon dia untuk beri semangat. Saya yang bujang ini rupanya terlewat. Kecewa pun ada. Sepatutnya sayalah yang pertama tetapi saya sibuk buat soalan final untuk subjek Malaysian Economy dan Microeconomie untuk pelajar semester 5. Dan saya juga sibuk dengan menilai kertas kerja yang mesti dihantar hari isnin ini. Ini alasan saya he he he.

Sekarang anak saudara saya dah besar dah. Dah 17 tahun, dah anak dara. Dulu saya pernah basuh berak dia masa dia kecil. Tinggi dia sama dengan baldi dalam bilik air (baldi yang besar). Saya mandikan dia dan sabunkan dia. Hanya allah yang tahu saya sangat sayangkan dia.

Saya harap dia akan berjaya dalam pelajaran. Dan dari pemerhatian saya dia juga rajin belajar. Cuma dia manja dalam bengkeng (bengis sikit).

Jan: Lebih penting lagi dia berjaya dalam hidup dan jangan jadi seperti saya (bab-bab tersilap sayang kat orang, hehehe)

Friday, November 11, 2011

Mode peperiksaan

Minggu depan adalah minggu peperiksaan. Mungkin ada di antara pembaca blog ini mempunyai keluarga atau anak yang akan menghadapi peperiksaan. Dan peperiksaan tentulah amat penting dalam kehidupan seseorang. Apa yang harus kita lakukan ya apabila anak kita nak periksa? Kita mestilah adjust suasana dan keadaan rumah kita ke arah mode peperiksaan. Bagaimana? Haa...

1. Kita haruslah menunjukan bahawa peperiksaan tersebut adalah penting bukan kepada anak kita sendiri tetapi juga diri kita. Kita mesti sama-sama berada bersama mereka memberi perhatian yang lebih. Kita harus bercakap mengenai keyakinan dan semangat pada anak-anak kita yang nak ambik peperiksaan. Jangan lah time ni jugak kita nak berdebat dengan laki/bini kita...(tak cukup ke masa-masa/bulan-bulan lain nak berdebat depan anak? He he he).

2. Kita mesti marahkan adik-adik yang buat bising dengan nada lembut. Beritahu yang kakak/abang nak exam minggu ni. Kita beritahu jangan ganggu kakak/abang. Kita buat la biar nampak kita lebihkan jaga kakak/abang mereka yang nak exam. Nanti adik-adik akan rasa bestnya bila giliran mereka pula exam...haaa.

3. Kalau boleh beli la lauk yang best sikit sepanjang minggu exam (kalau malas masak). Beli makanan yang sesuai dan sedap. Kita makan beramai-ramai. Kalau kita perihatin kita akan tahu anak kita suka makan apa. Ni asyik beli makan makanan kesukaan kita jea, huh!

4. Kalau kita ni jenis kaki solat, kejutkan anak yang terlibat exam tadi supaya bangun sembahyang sunat dan berdoa bersama-sama. Biar anak bertambah yakin. Biar mereka tahu mak/ayah mereka bersama dalam senang dan susah (susah tu time exam la..hehe)

5. Kalau ada duit lebih beli la peralatan alatulis yang baru. Amboi kalau oder tupperware atau tukar stering kereta tak berkira!. Ni bukan apa, biar mereka ada semangat nak hadapi peperiksaan dengan barang baru. Kita mungkin tak faham dan kata `buat apa la beli yang baru, yang lama ada lagi?" Sama lah dengan tupperware dan stering kereta tu, he he he. Jangan marah.

6. Pastikan mereka jangan terlajak belajar hingga larut malam. Nanti esok pening mereka tidor dalam dewan. Janganlah kita tak ambil peduli langsung dan tak jengok pun mereka membaca dan buat persiapan terakhir tu.

7. Selepas selesai setiap satu subjek jangan kita tanya lebih-lebih atau bincang soalan yang dah dijawab. Nanti kita pula sibuk marah sebab jawapan anak salah. Nanti dia tak ada mood dalam meneruskan banyak subjek lain lagi. Ni biasanya terjadi kepada yang mak bapaknya bekerja sebagai guru. Kesian anak mereka kan?.

Sekian sahaja, kalau nak tahu lebih banyak kena tanya kawan-kawan yang ada anak nak exam, apa persiapang mereka...?




Jan: teringat dulu ayah dan mak suruh minum air sembahyang hajat masa exam...serius betul mereka kan?

Untuk Nong Andy

Salam Nong,


Semoga selalu berada di dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga. Terima kasih kerana selalu sudi membaca blog saya. Pelik juga kan? Walaupun kita tidak pernah jumpa atau mungkin tak akan jumpa, kita tetap boleh menjadi kawan. Dulu semasa di sekolah saya ada ramai kawan pena. Masa dulu memang begitu, main kirim surat jea. Main bertukar gambar. Tapi zaman sudah berubah. Kita boleh jadi kawan maya, dan berbual seperti dah lama kenal.

Sebenarnya Nong, saya sangat bimbang bila lihat masyarakat kita. Bimbang setiap kali saya baca akhbar dan perhatikan perubahan perangai manusia/generasi di sekeliling saya. Seringkali ada berita mengenai perkara yang sangat teruk. Anak-anak derhaka kepada ibubapa, abaikan mereka, belasah mereka dan lebih parah menikam ibu bapa. Tidak dapat akal saya menerimanya.

Kerana duit mereka sanggup belasah ibu bapa. Mereka tidak sayang kepada ibubapa. Dan ibubapalah sebenarnya tidak berjaya menanamkan rasa kasih sayang antara keluarga. Mereka selalu menampakan kepentingan duit sahaja. Mereka terlalu sibuk untuk menanamkan sifat kasih sayang antara keluarga. Duitlah segalanya. Dan anak-anak ini tidak akan sayang kepada ibubapa mereka yang tidak berjaya menunjukan kasih sayang (kasih sayang dalam hati mereka tentulah tak nampak). Tidak memahami ikatan yang sangat mulia. Sebab itulah bila mereka tidak dapat duit mereka tergamak belasah ibubapa yang dah tua.

Saya juga bimbang ini terjadi pada anak-anak saudara saya. Sebab itulah saya cuba sedaya upaya mengumpulkan mereka terutama pada hari raya. Biar mereka bercampul gaul antara sepupu sepapat dan lahir rasa kasih sayang. Biar mereka tahu mereka sekeluarga. Biar mereka tahu apa itu keluarga. Saya bukannya tak mampu nak upah orang hiris serai, kupas bawang. Malah saya boleh beli sendiri rendang. Tapi bila kita berkumpul...tuhan saja tahu hikmah di sebaliknya.

Bila menjelang raya, masing masing buat kerja walaupun mereka hanya budak-budak. Kakak yang darjah tiga menyapu. Ada yang buat guntingan dari kertas yang isi duit raya. Mereka gantung guntingan tersebut di pintu. Dan saya buat-buat terkejut akan kecantikannya, saya puji mereka (walaupun kalau saya buat lebih cantik, he he he). Tapi yang penting kita kena hargai. Kita kena sentiasa ada bersama hati mereka. Biar mereka tahu mereka disayangi. Maka mereka tidak akan musnahkan diri mereka dengan senang.

Keluarga saya bukannya orang berada. Nak bawa mereka semua pergi bercuti adalah di luar kemanpuan kami. Jadi kami gunakan masa bersama pada hari-hari cuti terutama raya. Bila semua buat kerja akan ada usik mengusik, he he he.

Bila waktu makan. Kami makan beramai-ramai. Supaya tahu lauk pauk tersebut jumlahnya untuk semua dan mesti tahu makan mengikut cara makan beramai-ramai. Tidak boleh makan ikut suka atau makan dulu kerana makanan mungkin tak cukup (walaupun sebenarnya cukup, kami tetap berusaha makan beramai-ramai). Sebab kami percaya semasa makan ramai-ramai erti keluarga dapat diterapkan.

Saya selalu meletakan diri saya pada usia mereka. Kalau yang kecil saya kena badutkan diri saya. Kalau yang dah nak remaja terpaksalah saya nyanyi lagu Justin Bieber. Payah jugak nak lakukannya, namun saya lakukannya juga untuk keluarga saya...

Nong, beginilah saya... Saya akan selalu buat apa yang saya fikir perlu. Saya bukannya cerdik sangat atau mempunyai pemikiran yang tinggi. Cuma itu pendapat saya. Saya tak ada anak sendiri tetapi itu tidak menjadi halangan untuk saya menjadi seorang ayah. Setakat kahwin dan melahirkan anak tidak akan membuatkan kita menjadi ayah dan ibu. Itu falsafah saya.

Saya rasa Nong faham penulisan saya. Sebab itulah saya tujukan engtri ini khas untuk Nong dan juga kepada pembaca yang memahami. Bukan berniat nak memandai nak ajar orang pelihara anak, he he he. Tapi saya tahu Nong faham dan kenali saya. Pelik kan?

Sekian Nong...

bye.

Keluarga kita adalah kita

Sebenarnya tiap kali hari raya, di antara adik beradik, sayalah yang sampai dulu ke kampung. Sayalah yang bersihkan rumah, sayalah yang bersihkan laman. Saya suka buat kerja tersebut... Kalau saya ada duit lebih saya akan cat rumah dan beli tikar getah baru...
Raya tahun lepas saya tak ada banyak gambar sebab...sebab ada cubaan untuk kahwinkan saya...he he he. saya melarikan diri dengan Myvi saya. Tuhan saja yang tahu...

Ini anak-anak sedara yang di bawah umur. Yang masih lagi pendek akal. Kat depan lelaki tu adalah Amar, anak kakak saya. Kakak saya duduk di Damansara, Kuantan. Dia mengajar di sana.


Masa kita sibuk nak berkemaslah mereka sibuk buat aksi. Kadang-kadang nak marah juga tetapi akal mereka mungkin setakat ikan dolphin jea. Namun meriah juga dengan gelagat mereka yang tak pernah derita...

Bagus juga mereka riang selalu sebab bila mereka dewasa nanti mereka akan tempuhi banyak peristiwa yang mungkin duka seperti saya.Saya harap mereka tidak lalui apa yang saya lalui. Biarlah saya seorang sahaja melaluinya.

Oleh kerana saya tidak ada isteri, maka kerja gosok baju raya saya dijalankan oleh adik perempuan saya. Dia banyak menolong... Tuhan je yang tahu. Namun tahun ini saya tak ada baju setema baju raya keluarga yang lain... Saya pakai baju biru, baju raya tahun lepas jea...

Ini bukan orang gaji, jangan salah sangka. Ini kakak saya sedang menyapu. Kakak saya lebih tua daripada saya, namun badan dia terjaga. Dia tidak gemuk. Mungkin sebab dia hidup secara modern. Perempuan morden yang berkerjaya.

Ini meja untuk tetamu di luar rumah. Di serambi ni ada juga kami letak kerusi rotan. Dalam rumah pun ada juga meja. Tetamu boleh juga masuk dalam untuk makan di dalam rumah kalau tak malu...

Ini Amar dan Sarah. Mereka rakan sebaya yang banyak karenah. Kadang-kadang saya tabik atas kesabaran adik beradik saya. Menjaga anak kecil bukan senang... Sapa yang ada anak tahulah...


Jan: Anak-anak sedara penhibur hati saya yang lara...

Thursday, November 10, 2011

bbbbila

Kata Madonna...(raya puasa 2011)

Pengiris daun kunyit adalah Aisyah, anak saudara saya. Anak adik perempuan saya. Dia tinggal di Ulu Yam, Selangor.
Pengiris serai adalah Syafik, anak saudara saya, anak kepada adik lelaki saya. Paling manja dalam keluarga (selepas saya, he he).


Ini abang Syafik, Najib pengiris bawang. Semua buruh adalah di bawah umur, kalau lapor ke pejabat buruh, memang satu kesalahan, he he he.


Ini tentulah bawang...


Halia...


Zink diletak suapaya api tak diaginkan. Senang jea masak rendang ni. Letak daging, letak bawang dan letak kunyit.



Nampak tak kunyit dan bawang tu...haaa


Teliur pulak nampak...

Terdapat bata-bata yang dibuat penjalan kaki.


Masak biar kering sambil mengumpat atau beritahu ke keluarga perancangan masa depan.


Jan: Hari yang paling saya benci adalah hari raya sebab ramai orang akan mencara hal peribadi saya. Dan sibuk tolong nak cari bini kepada saya. Ada yang nak cari bini tu rumahtangga sendiri tungganglanggang. Namun saya suka sangat hari raya sebab masa itu saya lihat keluarga saya semuanya berkumpul...dan kami berborak dan bersuka-suka.


Betullah kata Madonna yang pada akhirnya apa yang paling berharga adalah keluarga kita...Haa..kan?

Kelambu

Satu di bilik tidor


Satu di jalan nak ke dapur



Marahkan nyamuk kelambu dibakar, pernah tak dengar bidalan tersebut. Kalau tak pernah tu sahlah tak suka membaca atau tak peka kepada world view budaya sendiri. Namun kalau ditanya pada generasi muda remaja, mungkin mereka tak tahu menahu dan tak pernah lihat...mungkin mereka ingat kelambu itu sejenis perahu atau sampan, atau lebih parah mereka ingat itu adalah nama pahlawan di negeri Sabah. Tahniah untuk mereka!.
Kelambu ni fungsinya menghalau nyamuk, bukannya harimau atau gajah. Biasanya pada zaman dahulu, ianya menjadi kemestian nenek moyang kita memakainya. Saya masih teringat saya juga tidor dalam kelambu pada zaman 70an. Kelambu itu dibuat dengan kain nipis dan setiap bucu yang empat segi itu diikat kat mana-mana dinding yang dipaku. Bila pagi keesokannya kita kena lipat/kemaskan balik, malamnya kita kena buka balik, paginya kita kena lipat balik...begitulah seterusnya...
Sekarang bersesuaian dengan zaman kelambu dah tak perlu diikat, ia sekejap saja dipasang. Lihat gambar di atas. Gambar tersebut adalah dipukul pada raya tahun ini. Anak-anak saudara saya tidor dalam kelambu. Ayah dan mak mereka bimbang digigit nyamuk. Harap-harap bila mereka besar, mereka juga bimbang mak dan ayah mereka digigit nyamuk, he he he.
Jan: Orang tua-tua kata kalau kita basuh kelambu di sungai, buaya akan muncul, kenapa yea?

.