"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, January 1, 2012

Perihal UMNO dan PAS, bersatulah 2012

Nasseir Wahab nampak muda di usia 50an...




Semasa saya kecil dahulu, parti politik seperti DAP sangat dicemuh oleh masyarakat Melayu. Mereka melihat parti DAP adalah parti yang sangat perkauman dan juga sebagai sebuah parti warisan PAP Singapura yang mahu menghakis kuasa Melayu. Pendek kata orang UMNO dan orang PAS memusuhi DAP secara total.

Namun zaman telah berubah, Sharifah Aini sudah tidak paling popular dan tidak lagi kurus, sekarang zaman Siti Nurhaliza yang nampak makin kembang (he he he sorry Datuk). Banyak perkara telah bertukar ganti, dan begitulah juga senario politik negara. Kenyataannya sekarang PAS, DAP dan Keadilan telah duduk sekatil!. Tidor berpelukan walaupun mimpi mereka sebenarnya lain-lain dan sangat berbeza, he he he.

Saya jarang menulis hal politik. Bukan kerana ianya tidak penting kepada saya tetapi bimbang pembaca melenting, he he he.

Seingat saya di daerah saya dulu ada masjid yang mempunyai dua iman yang mewakili parti yang berlainan. Satu masjid 2 iman. Seingat saya, saya ada lihat gambarnya. Dan sekarang masih ada masjid berbeza untuk parti yang berbeza. Tahniah untuk orang Melayu dan negeri Terengganu. Cerdik sangatlah kelakuannya, he he he. (memalukan...).

Sejak dahulu perpaduan Melayu memang retak kerana parti politik, orang Melayu bila berpolitik bagaikan menendang landak lakunya (tanya kawan yang tahu pepatah ini). Perpecahan keluarga, debat kedai kopi, pertelingkahan nak cari tok iman separti untuk nikahkan anak, dan ada kes bercerai berai kerana parti.

Pada pendapat saya perpecahan serius mula berlaku bermula apabila Tuan Haji Ahmad Fuad kalah dalam pemilihan Presiden UMNO keluar parti dan menubuhkan PAS. Sejak itu ada sahaja perbahasan, perdebatan, perpecahan dan permusuhan PAS - UMNO. Mereka sakan bermusuhan walaupun sebenarnya para pemimpin utama boleh duduk semeja hirup air kelapa muda.

Namun sekarang lain, mereka berbalah kerana orang bukan islam iaitu kerana DAP. Apabila ada pemimpin bukan Islam buat kenyataan akhbar bantah tulisan jawi (yang ditulis di sebahagian papan tanda di Kuala Lumpur). Siapa yang berbalah? Siapa yang macam murai tercabut ekor? (sila tanya kawan yang faham bidalan ini). Ya, yang bertelingkah sakan ialah orang Islam UMNO dan orang Islam dalam Pas.

Ingat tak peristiwa di Pulau Pinang? Isu penggunaan pembesar suara di masjid, ingat tak? Ya , yang khusuk bertegang leher berhujah sehingga ke tahap saling mencerca adalah orang PAS dan UMNO. Orang islam kita...(baca dengan nada sedih dan kecewa bercampur terkilan...)

Masih ingat tak lagi? (amboi macam tajuk lagu Nassier Wahab... Nassier Wahab ni memang nampak muda. Kata dia, dia pakai minyak zaitun kat muka sebelum tidor. Haaa...tu petuanya) bila ada pemimpin DAP yang bukan Islam dipanggil menyampaikan bantuan dan berucap dalam Masjid dan surau..., maka yang bertegang leher mempertahankan DAP ialah PAS dan yang membantah pula adalah UMNO. Yang saya nak tekankan bukannya salah atau betul perkara tersebut tetapi kedua-dua ini adalah orang Islam.

Begitu juga apabila pemimpin bukan Islam dalam DAP mengadakan majlis berbuka puasa untuk orang Islam yang sah budak tadika pun tahu bertujuan politik, maka yang sibuk "bertegang urat leher" (cari makna dalam buku Simpulan bahasa Melayu) ialah orang Islam UMNO dan PAS.

Tahniah kepada DAP kerana pandai mencuit sedikit demi sedikit sensitiviti orang Islam. Yang melatah sakan dan yang bergaduh siang malam pagi petang ialah orang Islam dalam PAS dan UMNO.

Jan: Yang untung siapa? Haaa...

3 comments:

Nong Andy said...

Nasir wahab memang nampak masih muda dan hensem..

Anis Adila Aris said...

saya pun baru cerita pasal ni kat belog...menyampah dengan politik negara... MALAYSIAN vs MALAYSIAN..

Adie Achim said...

sy mula membaca buku2 politik seawal 11 tahun. Saya membacanya dengan penuh minat dan amat cuba memahami pergolakan politik. Penulisannya sangat menarik! mungkin kerana terlalu awal membaca buku politik akhirnya sy jadi mual dan muak. dan kini saya jadi allergik.. pro ja la ngan gomen dah keja ngan diorang :)

.