"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, February 25, 2014

Abang Wahub

Abang Wahub adalah typical Malay man yang mempunyai kehidupan yang selesa atau berjaya menjadi orang berada hasil daripada berpelajaran tinggi. Yang kita juga boleh kaitkannya dengan hasil kejayaan Dasar Ekonomi Baru (1970) yang menekankan pemberian pertolongan kepada kaum Bumiputra. Kalau mengharapkan ibubapanya, haram tak bersekolahlah dia. Abang Wahub pernah mengaku akan hal ini. Malah makbapak bang Wahub juga.

Sebab itulah kot dalan pilihanraya nan lalu makbapak Bang Wahub tidak redho dunia akhirat kalau bang Wahub memangkah selain BN.
 
Seorang lelaki yang berkeluarga, ada isteri dan anak-anak. Ada anak perempuan dan anak lelaki. Ada orang gaji. Ada kereta import, rumah dua tingkat dan sudah beberapa kali menunaikan umrah dan haji. Dari luar memang tidak nampak celanya.

Kalau dilihat dengan mata kasar, memang keluarganya boleh dijadikan contoh. Tiada orang akan perasan sebenarnya pepet di luar rencong di dalam. Haaa.

Pada mata saya beliau tidaklah handsum mana, pendek, gaya ketinggalan zaman dan rambutnya kelakar (amboi saya ni bila mengata orang, sayalah juara, he he he. Maaf).
 
Agak berhati-hati dalam berkata-kata. Cuma beliau tidaklah miang seperti kebanyakan kawan-kawan lelaki saya. Ya lah mana ada lelaki yang tidak miang? Bukan semua lelaki macam saya...(masuk bakul angkat sendiri, he he he).
 
Kak Yum pernah memberikan satu pernyataan yang mengegarkan jiwa saya. "Boyfriend akak dulu handsum...., jauh lebih handsum dari Abang Wahub kau. tapi akak pilih Abang Wahub sebab Abang Wahub lebih menjanjikan kesenangan" begitulah lebih kurang kata-kata Kak Yum kepada saya.

Dan terjawablah sudah persoalan saya kenapa Kak Yam memilih abang Wahub...
 
Saya tiada nombor talipon Abang Wahub, kalau ada pun saya tidak berani bertanyakan hal ini kepadanya. Silap-silap saya kena maki. Ya lah kalau dia ada skandal pun apa kena mengena dengan saya?. Haaa... Saya tahu orang lelaki akan naik berang kalau mereka ditanya, apalagi kalau mereka salah...

Saya lebih mengenali Miss X (sebenarnya bukan miss, dia pernah berkahwin). Sebab itulah saya hanya mensms Miss X bertanyakan hal tersebut. Saya mahu mengesahkan berita yang saya dengar dari kawan saya dari Terengganu.
 
Itu sahaja...


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, February 24, 2014

LIYANA FIZI - Doa Buat Kekasih


Kisah Kak Yum, Miss X dan Bang Wahub

Perasan tak kita ada kawan yang kita tidak setuju dengan tindak tanduknya. Kita mungkin ada kawan yang merupakan ayah yang tak baik. Suami yang tak baik (lagi miang) atau isteri yang tak setia. Namun kita teruskan juga perkawanan tersebut kerana sebagai sahabat dia merupakan sahabat yang baik... Haaa.... (kalau nak cari kawan yang baik sebijik macam kita, alamatnya tak berkawanlah kita, haaakan?)
 
Selepas saya menunaikan sembahyang jumaat dengan Ja, terus saya sms kawan saya hendak bertanyakan tentang perkara sulit yang berlaku. Sebenarnya saya terpaksa mengumpul kekuatan untuk menghantar sms tersebut.
 
Mulanya saya rasa tidak patut campurtangan tetapi rasa bertanggungjawab untuk menegur sesama manusia...
 
" Kak Yum tahu ke kau menidori suaminya?".
 
Ringkas saja sms saya tersebut. Saya tunggu punya tunggu punya tunggu. Hari selasa baru Miss X balas.

SMS dari Ajil, saya suami yang baik?

Saya menerima sms daripada kawan baik saya di Ajil, Terengganu.
 
Dia memberitahu saya jika saya berkahwin, isteri saya sangat akan bahagia sebab saya baik...
 
Kalau kawan saya tersebut ada di hadapan saya tentu saya akan menitiskan air mata dan buat lakonan drama. Dalam lakonan itu saya akan fahamkan dia bahawa saya ini tidaklah sebaik mana dan tidak sesuai untuk sesiapa pun.

Abang sudah makan ke belum?


Semalam saya masih terima sms daripadanya. Saya rasa sudah seminggu dia sms saya pada setiap hari. Dan semalam saya hampir jatuh katil apabila tergelak sorang diri atas tilam kerana antara smsnya dia bertanya saya sudah makan ke belum?
 
Macam penyanyi Malaysia jea..."Apa khabar semua? Dah makan ke belum?". Begitulah sebelum memulakan persembahan pentas... Selamat datang ke Malayia.
 
Dan sebenarnya hanya mak saya dan ayah yang bertanya begitu...Saya bukan perasan tetapi saya rasa dia suka kat saya. Dan tentulah dia suka kat saya kerana saya seorang pensyarah yang kebetulan agak berupa. Kalau saya bukan pensyarah dan kehilangan rupa tentu dia tidak mesms saya hampir setiap hari.
 
Sampai satu tahap saya rasa bersalah pula, namun saya rasa tidaklah sesalah mana kerana saya tidak menaruhkan harapan saya pada dia dan saya tidak terniat nak biar dia jatuh hati pada saya. tetapi kalau dia jatuh hati saya tak terkejut. tetapi tidak bagi pihak saya.
 
Saya tahu mustahil saya akan jatuh hati sebab sudah tidak ada apa-apa lagi yang boleh jatuh atau dihancurkan...(sila baca dengan perasaan trgis)
 
Tetapi saya layan juga smsnya pada larut-larut malam sebab kekadang saya sunyi, gatal dan mengada...
 
Saya harap dia faham...
 
Jan: Saya harap pembaca blog saya juga faham...
 
 

Hidup penuh dendam...(tapi kaver)


Orang kata tidak baik berdendam. Dendam akan memusnahkan kita. Memakan diri dari dalam. Biarlah yang berlaku dibiarkan berlalu, bersihkan diri... (kononnya...)

Wah, senang dan bersihnya dunia... Tapi saya tidak dapat hidup tanpa dendam ini...Ia telah melekap kejap.

Saya hidup dalam sarat dendam. Ya, seperti saya mengusung sekoyan emas setiap hari di bahu saya, sambil tangan kanan saya memegang sebilah pedang, berperang dengan hebat. Derap injak kaki menapak, berdikit-dikit. Dan dalam pada masa yang masih kontrol handsum.

Saya sudah tidak lagi boleh dilembutkan dengan kata-kata... (terutama dari kawan-kawan saya sendiri yang mana di mata saya hidup mereka sendiri tunggang langgang...) Saya pejamkan mata, saya tekupkan ke dua tangan saya kuat-kuat ke dada seolah melepaskan aura dendam yang paling dasyat! Saya meneruskan sumpah saya di setiap mahatahari terbit dan jatuh:

"Demi allah dia dia akan merinduiku sepanjang hayat..."

 
Jan: Ya kesimpulan hidup saya terlalu senang pada pandangan orang lain.

Perihal sisi gelap KPI (Key perfomence Indicators)




Kemajuan sesuatu tamadum manusia tidak sesenang membuat pudding, berlari setempat atau gosok baju. Pembentukan individulah yang membawa kepada masyarakat secara keseluruhannya. Maksudnya daripada tingkah laku individu dan menjadi kelompok individu dan seterusnya masyarakat. Ianya menuntut pengorbanan yang tinggi daripada masyarakat tersebut. Sangat tinggi tuntutannya kerana dalam proses mengejar kemajuan manusia mungkin bertukar menjadi` robot'.
 
Ramai cerdik pandai ada menyatakan kemajuan menjadikan nilai kemanusiaan luntur. Nilai kemanusiaan itu saya fokuskan kepada nilai kemanusiaan umum yang ada pada kehidupan asas kita. Contohnya, nilai keibuan, nilai persahabatan, nilai tanggungjawab dan keperihatinan.
 
Tidak salah mengejar kekayaan dan kecemerlangan namun dalam keghairahan itu kita kenalah juga menoleh kebelakang bimbang perkara yang tercicicr di belakang. Mungkin perkara yang tercicir itu sebenarnya perkara yang lebih penting.
 
Nilai kekeluargaan yang longgar bukan sesuatu yang enteng. Nilai kekeluargaan yang longgar mencipta masyarakat yang longgar. Begitulah kesannya, kesan akhir adalah kepada kemakmuran negara. Namun kita tidak pernah belajar kerana hambatan KPI itu sangat memberahikan. Sehingga matlamat menghalalkan cara.
 
Contohnya, walaupun media massa terutamanya media elektronik selalu memaparkan kisah kepincangan keluarga disebabkan kesibukan ibubapa dengan kerja, ianya tidak pernah berjaya menyedarkan masyarakat Malaysia. Tidak pernah. Tahniah!
 
Zaman 60an, 70an dan 80an, KPI (Key perfomence Indicators) yang diwujudkan tidaklah terlalu menekan dan ianya kebanyakan tidak terperinci dan tidak secara langsung. Namun bermula daripada tahun-tahun 90an, KPI mula disemarakan seolah itulah cara terbaik mencapai kecemerlangan dan kemajuan.
 
Apa yang barat buat kita buat... Tidak salah tetapi..?
 
Apakah KPI? KPI ini merengkumi angkubah-angkubah yang boleh diukur untuk mendapatkan mata kecemerlangan antara pekerja atau antara jabatan atau antara organisasi, sama ada di peringkat domestic atau dengan pihak luar. Kejayaan KPI dalam memajukan kuantitatif industry telah banyak terbukti dan diwar-warkan.Saya hanya mahu menyedarkan sisi gelap KPI yang mungkin secara diam-diam telah bermaharajalela dalan organisasi dan masyarakat.
 
KPI bukanlah segala-galanya. Walaupun ia satu ukuran, ia tidak dapat mengukur amanah dan keikhlasan. Dua perkara yang paling perlu dalam bekerja sebagai umat islam. Adakah ia dapat mengukur pekerja atau organisasi itu ikhlas dan benar? Haaa...
 
Kita mungking terpesong kerana kita bukannya bekerja kerana Allah tetapi kerana KPI. Senang sahaja nak terpesaong... Sangat senang.
 
Kewujudan KPI di organisasi sebenarnya sudah jauh ke depan berbanding dengan KPI kita sebagai seorang ibu atau bapa. Atau sebagai jiran. Malah yang mungkin jauh ketinggalan ialah KPI kita untuk akhirat.
 
Kita tidak perlu pergi jauh, kita boleh duduk dan mengkaji suasana tempat kita bekerja, bagaimana tuntutan KPInya. Jika kita di sector swasta ianya semakin menjadi keutamaan kerana ia berkait secara langsung untuk mendapatkan bonus dan kenaikan gaji pada setiap tahun.

Dan kita tidak boleh nafikan akan kemungkinan wujudnya penyelewengan kerana semata-mata mengejar KPI.

Jan: Mana KPI cinta mu?
 
 
 
 
 
 

Tiba-tiba saya rasa ingin bercinta lagi...

Semalam pulang dari kerja saya terus menuju ke bandar. Saya menuju ke kedai ais krem. Sekarang ada sebuah kedai khusus menjual ais krim. Terima kasih kepada siapa yang terlibat. Maksud saya terlibat sehingga wujudnya kedai tersebut.
 
Kali ini saya mahu rasa vanilla dan perasa cendol. Dua scope harganya RM2.30. Saya mampu.
 
Sambil memandu saya makan ais krim tersebut tetapi agak sukar kerana saya harus menggunakan sudu dan juga dalam masa yang sama kena pegang `cup' ais krim tersebut. Oleh kerana bimbang akan keselamatan orang lain di jalan raya, saya hentikan memakan ais krem dan bersabar menuju ke kawasan perumahan saya.
 
Sampai sahaja di hadapan rumah. Saya menikmati ais krim tersebut dalam kereta yang berhawa dingin. Bestnya tuhan sahaja yang tahu. maknanya saya ingat juga tuhan dalam waktu-waktu yang best. Apatahlagi waktu tak best...
 
Tiba-tiba saya rasa saya sudah bersedia untuk bercinta lagi...
 
Tetapi rasa itu sekejap sahaja kerana saya rasa saya tidak pernah pun sebenarnya berhenti dari mencintai dia...
 
Jan: Kesimpulannya mustahil untuk saya bercinta lagi walaupun saya mungkin kawin dan buat seks.


 

Bahayakah mandi malam?

Selalu juga saya mandi pada malam hari. Malam yang saya maksudkan di sini adalah selepas pukul 12 tengah malam. Maksudnya pagilah jugak, he he he. Kadang-kadang saya mandi pukul 2 pagi.
 
Ilmu `Puja Bulan'

Biasanya orang yang menuntut ilmu `Puja Bulan' akan selalu mandi malam menjelang bulan mengambang. Pada zaman dahulu sebuah rakit akan dibina di tepi sungai membantu proses mandian tersbeut. Pada masa bulan mengambang penuh kita kena mandi di atas rakit tersebut dan mendepakan kedua tangan kita ke arah bulan sambil membaca beberapa ayat hikmat (yang menyeru dan membangkitkan semangat seri cahaya bulan). Dan saya terlupa beritahu, semasa kita menyeru ke arah bulah tersebut, kita diwajibkan berbogel. Saya rasa tak jadi masalah sebab memang gelap. Tiada siapa yang nampak kita di tepi sungai, di atas rakit... dalam keadaan bogel.
 
Nescaya kita tidak akan dimamah usia. Ke mana perginya usia tersebut? Jawapannya adalah usia kita itu dipindahkan kepada sekeping gambar kita yang kita simpan di almari. Gambar itu adalah gambar wajah kita yang sebenarnya (yang tua). Maknanya wajah kita sahaja yang akan kekal muda tapi badan kita tetap jugak tua...hehehe. Dan pastikan kita kena sorok gambar ini daripada nak cucu kita supaya mereka tidak terkejut melihat wajah kita yang sebenarnya. Itulah ceritanya yang saya pernah dengar.

Mandi malam menyegarkan saya
 
Namun saya hanya mandi malam dan tidak pula memuja muja bulan. Lagipun, walau berbogel saya tidak nampak pulak cahaya bulan sebab bilik air saya tak ada tingkap ke arah cahaya bulan pun.
 
Apa kelebihan mandi malam? Sebabnya pada siang hari saya banyak kerja. Lagipun aktiviti mandi malam saya hanya semakin menjadi-jadi apabila cuaca panas sahaja... (alasanlah ni, he he he).
 
Bila mandi malam badan akan rasa segar untuk tidor semula. Malah di waktu malam rasa nyaman sebab sunyi dan hening. Bagi yang bersetubuh elok juga mandi agar badan tidak bermani sampai ke subuh.
 
Saya tidak percaya

Saya tidak percaya kepada bahaya mandi malam. Dalam iklim sebegini mandi malam tidaklah memudaratkan kesihatan malah menolong kita daripada terus terhidrat. Lainlah kalau kita berada di khutub utara dan gatal nak mandi malam. Itu cari penyakit.
 
Tidak pula saya terjumpa secara saintifik bahawa mandi malam ini akan mendatangkan penyakit darah tinggi, kencing manis, barah, patah hati dan sebagainya. Lainlah kalau kita sudah ada penyakit paru-paru berair atau lelah dan hidup di negara sejuk. Haaa..(pendek kata kena lihat basic health kita dulu)
 
Sebab itulah saya terus berani mandi malam dengan bergayanya. Kalau saya tanya kepada 10 orang, akan ke sepuluh oranglah akan membantah tindakan saya kerana mandi malam yang kononnya membawa banyak penyakit dalam badan.
 
Dan bila kita tanya mereka benarkah ianya membawa penyakit dan doctor mana atau artikel mana yang beritahu. Mereka akan terdiam.
 
Bayangkan kalau orang kerja shif yang balik kerja pukul 3 pagi. Tak kanlah tak mandi...mereka akan mandi berehat sebelum tidur.
 
Kesimpulannya mandi malam bukanlah suatu yang memudaratkan bagi orang yang sihat. Yang tidak sihatnya kita terus tidur tanpa mandi dan esoknya baru mandi bila pergi kerja. Bila kita tidur dalam kekotoran bakteria tulah yang memudaratkan kita.
 
Jan: Kesimpulannya gaya hidup telah berubah. Kegiatan mandi malam mungkin akan menjadi satu budaya. Pun begitu saya akan cuba juga untuk mandi sebelum malam supaya tidaklah setiap hari terpaksa mandi malam.


 

DPL: Proses selamba, meja jati dan lagu Seksa

Saya ke ruang tamu pula... Capai CD Kak Pah, pagi-pagi ini saya mahu dengar lagu klasikal Melayu. Menyanyi lagu klasikal Melayu susah tau. Silap-silap tunggang langgang. Saya dengar lagu `Halimunan malam'. Kak Pah membawanya dengan amat mengesankan. Saya hampir meraung di ruang tamu rumah saya pada pukul tiga pagi tersebut. Tiba-tiba saya sedih....rasa rindu dan pilu.
 
Saya bersedih hanya dalam beberapa minit sahaja kerana kesedihan tidak boleh berpanjangan, ia tidak bagus. Namun kalau tidak bersedih juga tidak bagus juga. Haaa...
 
Saya memandang sofa L saya yang murah tersebut. Walaupun murah ia menjadi mahal kerana saya membelinya secara hutang. Saya aturkan kusyennya dengan elok, saya ambil remote Tv dan letakan ke tempat asal (sepatutnya selepas guna saya harus letak di tempat asal). Ada tiga remote yang bergelimpangan di sofa. Satu remote TV, satu remote Astro dan satu remote home teateare. Nasib baik tak ada remote peti ais.
 
Saya juga mengambil kain tuala saya yang di sidai di alatan senaman saya. He he he. Dah jadi tempat sidai tuala. Namun begitu sekali sekala ada saya gunakan juga alatan tersebut bila lenguh badan atau mengada.
 
Sekarang saya menuju ke meja jati.  Saya pernah bercadang nak menjualnya kerana terlalu besar dan dah terlalu lama. Meja itu dapat muatkan 8 orang sekali gus.

Saya perhatikan meja itu dengan syahdu. Sebenarnya, hakikatnya saya tidak perlukan meja itu. Saya makan sendirian...

Tetapi saya tidak jadi menjaulnya kerana ia sangat berguna untuk saya gunakan masa memeriksa kertas soalan. Saya boleh limbang semua kertas atas meja besar tersebut. Meja itu besar, boleh bersetubuh di atasnya.
 
Tindakan saya bangun pagi untuk mengemas rumah ini adalah satu tindakan yang mencerminkan hidup saya sudah tidak terurus. Saya sedar saya tidak merangcang masa dengan teliti. Jadual hidup saya perlu berada atas landasan yang betul. Kononnya sibuk.
 
Saya memiliki banyak barang. Dan saya pula jenis yang payah nak buang barang. Sekian hari saya asyik berfikir mahu buang barang tetapi hanya setakat berfikir sahaja.
 
Biasanya di atas meja jati tersebut akan ada kertas kerja pelajar, pen, bedak powder, bekas habuk rokok, dan kadang-kadang baju. H eh eh.
 
Namun saya telah siapkan dengan sempurna. Nampak kemas dan cantik pula, entah berapa hari jea tahannya. Selepas itu berselerak semula.
 
Sekarang saya sedang menghayati lagu bertajuk Seksa nyanyian Kak Pah. Sungguh seksa mendengar lagu ini sebab memang setiap liriknya membuatkan diri terseksa. Payah saya nak huraikan dengan kata-kata. tetapi memang seksalah bila mendengar lagu ini. Power betul suara Kak Pah. Album ini terjual lebih 100,000 unit. Lagu seksa ini sebenarnya lagu dari kumpulan Ukay kalau tak silap. Tetapi telah digubah semula supaya bersesuaian dengan lengguk suara dan imej Kak Pah.
 
Saya menuju ke dapur....
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, February 21, 2014

2,518 persembahan amal tanpa bayaran!



 



"Beliau bukan saja jelita tetapi bersuara lemak merdu bak buluh perindu. Seorang penghibur serba boleh dalam menyampaikan apa jua lagu sama ada pop, etnik, ghazal, zapin, asli, deli, lagu Arab, Inggeris dan nasyid. Merakamkan hampir 1,000 lagu dan menghasilkan 11 album Inggeris. Kini beliau sedang menyiapkan rakaman untuk album ke-98. Beliau pernah berbakti dengan membuat 2,518 persembahan amal tanpa bayaran. Beliau pernah diundang menjayakan 3,575 persembahan makan malam dan konsert selama 39 tahun berada dalam dunia seni."


Anugerah Tertinggi Biduanita Negara daripada Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (Papita) pada majlis Anugerah Kecapi 2006


Sumber: oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (Berita Minggu: Bi Pop, 7 Januari 2007)
 
 
Jika kita menoleh ke belakang dan mempelajari sejarah seni suara tanahair, tidak ada seorang pun penyanyi yang berada pada zaman kegemilangannya (prime time) yang dapat menandingi kegemilangan kak Pah pada zaman kegemilangannya.
 
Bukan semua penyanyi mempunyai zaman kegemilangan yang cemerlang. Namun ramai penyanyi yang berjaya mempunyai zaman kegemilangannya, contohnya, Ramlah Ram, Rohana Jalil, Aisyah, Nassir Wahab, Siti Nurhaliza dan sebagainya.
 
Pencapaian dan popularity adalah dua perkara yang sangat berbeza. Namun ramai yang tidak dapat membezakannya.
 
Saya tabik spring terhadap penyanyi yang bernama Sharifah Aini.
 
 
Jan: Semalam saya dengar lagu ` 'Breaking The Silence'  Kak Pah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Thursday, February 20, 2014

Cinta seorang isteri...kasih sayang seorang ibu...

Saya tidak pernah melihat seorang perempuan yang sebegitu cemburu selain emak. Cemburunya adalah bertahap maksima. Dapat saya rasakan cemburu ini mungkin telah bermula mukim semenjak sejak emak belum diijabkabulkan dengan ayah, maksud saya semenjak emak jatuh hati.

Saya dapati emak selalu `melindungi' ayah dari `gangguan-gangguan' sekitaran. Setelah ayah saya menjadi kontraktor (kelas rendah sahaja), mak saya semakin begitu berperanan. Segala kuasa yang ada di dunia ini tidak akan dapat memadamkan rasa cemburu itu.
 
Apabila saya semakin dewasa, saya semakin faham tindakan emak saya tersebut sebenarnya `melindungi' rumahtanga, iaitu dunia seorang perempuan. Juga bermaksud melindungi anak-anaknya supaya berayah.

Rumahtangga adalah dunia besar bagi seorang perempuan. Rumahtanggalah hidup nyawa mereka, kasih saying mereka. Emak khuatir ayah akan `dirampas' atau `disambar' orang. Kata emak saya, tiada perempuan yang mahukan ayah saya kecuali sebab duit. Dan emak saya sempat memberikan hasil penelitian bahawasanya zaman sekarang susah nak kawal suami kerana gangguan luar semakin mengancam. Saya terus setuju 100%.

Emak saya pernah beritahu dia sudah semakin tua, dan dia bimbang ayah saya tidak lagi menyanyanginya. Apabila saya mendengarnya saya diam sahaja tetapi dalam hati saya tahu ayah saya sangat sayang kepada emak saya. Kalau ayah nak berkahwin lain dan tinggalkan kami sekeluarga, bila-bila masa sahaja dia boleh buat. Ramai lelaki seperti itu.

Mungkin setiap isteri yang setia `letih' mencintai suaminya, namun mereka meneruskan juga kerana cinta dan kasih sayang. Emmm...


Ayah dan mak semasa di Pulau Perhentian (zaman muda), semasa saya di sekolah rendah.
 
 
Emak saya pernah beritahu saya semasa dia berkahwin dengan ayah (hampir 50 tahun dahulu), ayah tidak bekerja dan tidak berharta. Kata mak, ayah saya kurus kering macam komunis. Dan emak saya kata mereka suami isteri sudah bersusah payah dari dahulu, dari awal perkahwinan. Emak saya pernah dihina kerana berlakikan orang yang tidak bekerja. Dan apabila semuanya sudah berjaya dan ayah saya sudah gemuk (he he he), tidak sesekali emak saya akan membiarkan orang lain merampas ayah saya. Dia akan tembak orang itu.
 
Sinario yang membawa emak bertambah bimbang adalah kerana kebanyakan kawan ayah saya pada masa tersebut ialah kontraktor. Kata emak kontraktor selalunya berkahwin dua atau mempunyai perempuan simpanan ( atau kedua-duanya sekali, he he). Memang beberapa kawan ayah berkahwin dua...
 
Emak ada sebab untuk khuatir. Emak saya kata ayah saya tidak handsum tetapi senyum manis. bagi saya ayah saya  menarik sifatnya. Ayah saya tidak seperti saya, ayah lebih moden, lebih berfikiran terbuka, lebih positif dan lebih pandai bergaya. Ayah juga boleh berbahasa inggeris dengan bagus sekali kerana dia bersekolah inggeris. Dan pernah saya diberitahu emak ayah saya akan berbahasa inggeris bila ada perempuan lawa yang berdekatan, he he he.
 
Saya berpendapat emak saya hidup dalam kebimbangan seumur hidupnya kerana cinta. Saya tidak ada jawapan mengapa emak saya berkelakuan begitu. Jawapan yang saya dapat beri adalah kerana cinta, kerana kasihkan anak-anak dan keluarga.

Ayah saya lebih beruntung, sayalah yang malang. Tiada sesiapa mencintai saya (sila baca dengan nada syahdu di perenggan ini kerana penulis seolah ingin meraih simpati melalui penulisannya...)

Walaupun kini ayah saya sudah tua 77 tahun, cemburu emak tidak pernah tua, emak masih tidak `melepaskan' ayah begitu sahaja.
 
Pernah emak menyelitkan pisau di pinggangnya dan pergi berjumpa dengan perempuan yang disyaki. Emak saya mungkin seperti saya. Kami rela mati kerana kasih sayang dan cita. Kami mungkin antara puak terakhir yang hanya bercinta sekali sahaja seumur hidup. Tragis betul.
 
Semasa saya menuntut di UM dahulu, ayah saya sering singgah berjumpa saya di asrama seksyen 17 UM. Sehinggakan kawan-kawan saya gelarkan saya anak manja (memang pun). Dan kadang-kadang apabila ayah tidak sempat ke asrama saya, ayah akan suruh saya pergi ke hotel tempat dia menginap dengan kawan-kawannya. Dan pertanyaan pertama emak saya apabila saya jumpa emak kemudiannya ialah:
 
"Ada perempuan tak masa jumpa ayah?".
 
Emak hidup dalam curiga, itu adalah pengorbanannya.
 
Jan: Mungkin jiwa seorang perempuan tidak pernah tenteram apabila mencintai...Allahualam.
 
 

Wednesday, February 19, 2014

Hendak panjang ke hendak bahagia? Atau kedua-duanya? Kalau kena pilih satu sahaja? Haaa...

Perkara yang nampak logik tidak semestinya senang dilakukan. Dan perkara yang senang dilakukan bukan semuanya logik.

Secara teorinya, kalau kita nak panjangkan jodoh senang sahaja. Apa saja laki kita buat kita terima, kita telan. Laki kita balik lewat, kita biar, laki kita joli kita buat lali jea, laki kita tak bertanggungwab kita tahan jea...kita tak kata apa.

Laki kita kata lauk tak sedap kita terus daftar kelas memasak. Laki kita kata kita gemuk terus kita minum herbalif setelaga. Laki kita simpan perempuan kita simpan hati (makan hati), kita pendamkan jea sedih hati (kita tidak istihar perang atau mengungkit-ungkit). Insyaalah rumahtangga kita akan berpanjangan. Dan untuk mendramatikan lagi atau syahdukan lagi, kalau laki kita gatal nak menikah lagi kita terus cepat-cepat  masuk meminang untuk laki kita. Hantaran kita sediakan. Haaa...

Tetapi bahagiakah kita? Rumahtangga jenis macam tu kah kita nak lalui? Haaa...

Sebenarnya kita mungkin boleh panjangkan tempoh perkahwinan tetapi kebahagian adalah cerita lain... Isu lain, perkara lain. Dunia lain planet lain.

Sebenarnya (sebenarnya lagi, huh!) senang supaya laki kita tidak tinggalkan kita (ingat ayat ini secara logic sahaja). Kita perlu  tidak melawan, kita tabah, pendamkan segalanya. Hasilnya? Taraaaaa rumah tangga kita berkekalan. Masyarakat Malaysia puji.
 
Saya pernah berjumpa dengan bekas ratu (tapi bukan Erra Fazira yea...). Suaminya orang yang sangat-sangat kaya kaki perempuan dan lelaki. Dalam seribu pergolokan, konflik dan skandal, dia tidak pernah diceraikan. Bekas ratu itu sudah tua dan beruban. Dia ada juga memberikan petua untuk memanjangkan jodoh.  Dan pada akhir ayatnya dia beritahu `tetapi kita kena makan hatilah...'.

 Dan kata-kata akhir itulah sebenarnya `syarat pertama'

Jan: Haaa...

Apa resepi untuk panjangkan jodoh?

Apabila kawan saya bercerai, saya rasa sayu. Walaupun saya percaya penceraian bukanlah suatu perkara yang terburuk atau jalan yang salah tetapi saya tetap rasa sedih. Mungkin ini normal kot.
 
Saya terasa mahu berikan kawan  saya tersebut hadiah sebab dia bercerai. Demi allah pemberian itu nanti kerana nak biar dia gembira dan jangan bersedih. Pandang dunia luas dan terima ketentuan ilahi. Namun saya tidak membeli apa-apa di kedai RM2 tersebut sebab saya rasa tentu saya dipandang serong sebab biasanya orang berkahwin dapat hadiah bukannya orang bercerai... Haaa
 
Dan lebih malang lagi saya mungkin akan dituduh, buang tabiat dan tidak sensitive. Selamat datang ke Malaysia. masyarakatnya `unik'.
 
Rasa sedih itu bukanlah pula ditujukan kepada kawan saya tetapi juga pasangan kawan saya yang bukan kawan saya tersebut. Faham tak? Tak apalah tak faham pun sebab ini bukanlah soalan PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).
 
Apabila kawan lelaki saya bercerai, dia mula kelihatan muda dan membeli kereta baru. Bergaya sana-sini. Keadaan tersebut mengelirukan saya juga kerana adakah ianya turut bercampur dengan krisis pertengahan umur?. Mungkin dia rasa dia gagal dalam hidup apabila gagal dalam perkahwinan.
 
Betulkah begitu?
 
Namun berbanding dengan saya, kawan saya tidaklah handsum sangat. Agak sukar baginya mendapat jodoh baru, lainlah kalau seorang perempuan itu mengejar materialistik. Kita tinggal pasal kawan saya, kita pergi ke tajuk posting.
 
Salah besar kalau kita ukur kebahagian jodoh dan rumahtangga berdasarkan bilangan tahun mereka berkahwin. Lama masa tak menggambarkan kebahagian. Mungkin ada pihak yang menderita dalam diam atau lebih tragis kena sepak terajang. Tetapi inilah ukuran yang masyarakat kita buat. Tahniah untuk masyarakat kita yang pandaiii menilai.
 
"Laaa, tak kan tak bahagia? Anak ramai, setahun sorang non stop!".
 
Pernyataan di atas juga tidak semestinya benar. Malah mungkin dapat dicop bangang. Bilangan anak tidak semestinya menjadi indicator yang baik dalam mengukur kebahagian rumahtanga. Ya lah kalau duduk serumah dengan kambing pun...mungkin kambing itu jadi mangsa 18SX. He he he. Jangan marah.
 
 
Sebenarnya resepi untuk panjangkan jodoh jauh lebih senang berbanding resepi untuk panjangkan kebahagiaan?
 
Jan: Haaa... Kalau ada resepi tentu Erra dah beli...

DPL: Proses selamba, kain langsir dan Halimunan Malam

Mungkin benar kata-kata kawan saya yang berbangsa asing dan beragama asing tersebut. Katanya jika seseorang itu tidak berkahwin, pada suatu tahap dia akan mengalami proses selamba.
 
Proses selamba ini merujuk kepada proses untuk meringkaskan hidup dan memalaskan diri... Dan apabila beliau menerangkan proses tersebut, ianya amat menakutkan saya. Lantas saya teringat rumah bapa saudara saya yang tidak berkahwin (sudah melebihi 50an umur beliau), ya rumahnya tidak terurus....
 
Dan oleh kerana itulah pada suatu pagi saya bangun pagi untuk mengemaskan ruang tamu dan dapur. Entah mengapa saya semakin malas untuk mengemas rumah. Saya gagal meletakan kembali barang ke tempat asalnya, ke tempat sepatutnya.
 
Apabila bangun tidur, saya termenung sekejap ala Brat Pitt melihat keadaan ruang tamu dan dapur saya. Ya allah tidak terurus, keadaan rumah seperti seperti sesetengah orang berkeluarga (he he he). Saya perlu berkemas.
 
Di mana harus saya mula? Saya berpendapat saya mulakan dengan memakai seluar dahulu.

Saya mulakan di hadapan ruang tamu dengan membuluayamkan kain langsir. Alamak langsir baldu warna merun saya berhabuk. Saya belek-belek langsir tersebut, sudah lima tahun tak berganti. Saya rasa biarlah sepuluh tahun, he he he. Lima tahun lagi saya akan ganti. Itupun kalau sudah rosak.
 
Tidak rugi menggunakan kain langsir yang mahal sebab ia sangat tahan lama. Sebenarnya kain langsir tersebut bukanlah saya beli dengan harga yang mahal. Langsir tersebut dari salah sebuah hotel terkenal di Genting Highland. Salah sebuah hotel di sana mahu menukarkan langsir hotel mereka. Bagai bulan jatuh ke riba, saya rasa sangat untung bila membelinya dengan harga lelong. Cuba bayangkan seluruh rumah langsir kain berat, baldu, lembut dan di bahagian belakang dilapik kain koten dan dijahit dua lapis. Haaa.... Mahu puluhan ribu tu harganya.

Teringat lagi semasa mendapatkan langsir tersebut, saya merata cari kedai jahit. Sebabnya kain langsir tersebut mesti digunting untuk dikecilkan sempena dengan pintu dan tingkap rumah saya. Akhirnya saya lega adalah sebuah kedai mak cik yang sudi mengguntingnya... Dan bila saya datang untuk mengangkut langsir-langsir tersebut, saya terkedu apabila melihat bilnya. Harga upah mengubah langsir tersebut lebih mahal dari harga langsir tersebut!

Saya terus prasangka yang kononnya sebab saya pensyarah terus upahnya jadi mahal. Tapi saya bukannya pandai jahit sendiri. Saya bukannya perempuan zaman dahulu kala.
 
Namun pastilah langsir yang cantik tidak berpadanan dengan suasana rumah saya yang tidak terurus. Ibarat pakaian yang hebat dipakai oleh orang yang tidak hebat.  Atau ibarat pakai tudung tetapi tetap mempamirkan aurat yang lain... atau tetap berpakaian seksi. Maksud saya tak kena.
 
Masuk tahun ni sudah lima tahun langsir itu tidak di basuh. Tetapi ianya tidak kotor kerana tidak ada anak-anak yang memegangnya dengan tangan yang penuh makanan. Saya rasa biarlah tidak berbasuh selama lima tahun lagi...barangkali sudah takdir langsir tersebut, he he he.

Minggu lepas ketika emak saya datang bersama jiran kami di kampong. Jiran saya tersebut sudah macam keluarga. Beliau ada memuji langsir saya. Katanya beliau nak buat langsir macam saya.
 
Saya ke ruang tamu pula... Capai CD Kak Pah, pagi-pagi ini saya mahu dengar lagu klasikal Melayu. Menyanyi lagu klasikal Melayu susah tau. Silap-silap tunggang langgang. Saya dengar lagu `Halimunan malam'. Kak Pah membawanya dengan amat mengesankan. Saya hampir meraung di ruang tamu rumah saya pada pukul tiga pagi tersebut. Tiba-tiba saya sedih....

Bersampung
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, February 18, 2014

Memang teruk...

Mesti ahli agama tidak bersetuju dengan pendapat saya. Tetapi dalam kekeliruan dan rasa tidak tentu hala ini saya harus berpendapat orang lainlah yang bodoh, gemuk, jahat dan bermasalah. Bukan saya.
 
Saya tetap bagus dari dulu, kini dan selamanya. Saya tidak perlu berubah langsung. Kalau berubahpun harus kepada menjadi lebih bagus dan cerdik daripada orang sekeliling. Tetapi menjadi cerdik yang berada di sekeliling orang yang bodoh sangat meletihkan...
 
Saya tidak kisah apa yang orang akan kata, saya tak kisah apa pandangan orang sebab bukan semua orang macam saya. Saya lihat orang lain mudah jalani kehidupan tetapi kehidupan saya sangat sukar dan meletihkan. Atau? Atau orang lain juga seperti saya cuma mereka tidak memperkatakannya? Memperbesarkannya? Haaa...
 
 

Akibat malu, akhirnya bertambah malu...

Ketika saya sedang rancak menerangkan kandungan silibus dan bagaimana cara mempelajari ekonomi Malaysia pada semester baru ini, tiba-tiba"
 
"Encik Sukiman, ini kelas saya"
 
Saya berpaling dan melihat seorang pensyarah perempuan sedang berdiri di sebelah saya. Saya tergaman, lalu pensyarah perempuan itu berkata.
 
"Saya rasa ini kelas saya, encik Sukiman dah cek dalam portal?"
 
Saya terus gelabah kadar terkawal, terus saya minta maaf dan buat-buat rasa bersalah... Saya bertanya lagi kepada pelajar ini kelas apa. Pelajar beritahu kelas Mikroekonomi.
 
Saya terus mintak balik course outline Malaysian Economy dari pelajar. Pelajar pun satu, bila sudah salah subjek diam sahaja. He he he.
 
Saya terus minta maaf dan keluar dari dewan kuliah. saya rasa malu sangat. Bukan malu pada para pelajar atau pensyarah perempuan yang muda lagi tak kawin tersebut. Tetapi malu pada diri saya sendiri...
 
Saya malu sebab saya cuai walaupun masih muda, ceritanya begini....
 
Saya tidak dapat buka portal di komputer saya sebab baru diupgradekan. Bila pakai perisian baru, saya tak tahu nak cari kat mana terletaknya portal tersebut, he he he. Nak Tanya orang malu, he he he.
 
 
Jan: Lucu pun ada... Tapi akhirnya saya tanya juga kawan saya bagaimana nak cari portal... saya bertanya tanpa malu-lalu lagi
 
 
 


Monday, February 17, 2014

Pengaruh emak, luang waktu dan saya pasti sunyi nanti...

Emak saya tidak berpelajaran formal yang tinggi. Ini mungkin satu keistimewaan pada dirinya di mana beliau tidak perlu luangkan waktu untuk memikirkan masalah yang besar-besar, apatahlagi masalah negara atau masalah dunia.

Dari pengamatan saya, ke atas sesuatu perkara atau isu, emak saya hanya mengambil jalan ringkas untuk berfikir. Emak tidak berfikir perkara-perkara yang berat. Seolah mak saya mahu memberitahu saya hidup ini hanya sekejap dan semua orang harus melakukan yang terbaik dengan kadar diri.
 
Saya dapati emak saya tidak pandai memutar belitkan cerita, suka mengalah dan tidak suka melihat dunia seperti orang lain. Sifat ini ada dalam diri saya.

Emak selalu percaya di atas muka bumi ini lebih banyak orang yang baik berbanding orang yang jahat dan apabila kita berbuat baik, orang akan berbuat baik pada kita (dua perkara yang saya tidak bersetuju sehingga ke hari ini). Kami berbeza dalam dua perkara tersebut.

Ayah saya beritahu emak saya `lurus bendul'.
 
Saya dapat rasakan saya banyak mewarisi sifat emak saya, berbanding ayah. Emak saya tidak suka menonjol. Saya juga begitu. Cuma kadang-kadang `keluarbiasaan' sayalah yang meme`menonjolkan saya  tanpa saya mahu atau rela. Sebenarnya saya jenis pemalu. Gugup di hadapan orang.

Saya bernasib baik kerana sebelum pukul 5 petang, emak pasti akan balik daripada kerja. Setelah beliau bekerja di Klinik Kesihatan, dia akan terus pulang. Cuma semasa saya kecil dia bekerja di hospital, kadang-kadang dia balik sekejap sahaja. Namun kami ada orang gaji.

Emak saya selalu suruh saya luang masa untuk diri dan keluarga. Mungkin atas sebab itulah saya selalu luangkan masa untuk hidup saya. Saya tidak 100% mendedikasikan ruang hidup saya untuk kerja.

Emak saya beritahu berada di samping anak-anak adalah terpenting. Rupanya saya silap, emak saya sangat cerdik dan berilmu. Dia mahu melawan ayat-ayat di bawah...

"Masa anak-anak kecil dan memerlukan kita, kita sibuk bekerja. Pada masa kita memerlukan anak-anak kita, mereka pula sibuk bekerja"...

Sekarang saya faham, emak banyak berkorban untuk luang masa bersama kami walaupun emak ada kumpulan kawan-kawan dan kehidupannya sendiri...

Saya sangat cintakan harta, duit dan kemewahan tetapi minggu lepas saya beritahu emak saya yang saya tidak akan tukarkan emak saya untuk mak yang lebih kaya dan berharta. Walaupun saya dilahirkan kembali dan diberi pilihan...

Namun pada akhirnya saya pasti sunyi nanti...

Jan: Saya mesti tersendiri...





 
 
 

Friday, February 14, 2014

Dendam saya dan drama Korea

Minggu lepas mak saya dan kawannya (jiran kami di kampong) ada bertandang ke rumah saya. Duduk bermalam dua tiga hari. Berat saya naik 2 kilo.
 
Wah, mereka sungguh suka menonton drama Korea. Pagi petang, siang malam. Saya hanya menemani mak pada malam hari menonton bersama drama Korea (sebab saya tidak dapat tengok HBO). Mak saya pasang drama Korea tajuk `Your Lady'.
 
Kesimpulan dari melihat beberapa episode drama Korea: Saya dapati di mana-mana atas muka bumi ini ramai juga yang menderita kerana cinta dan kasih sayang. Baguslah, tidaklah saya terkontang kanting sorang diri di bumi ini, he he he.
 
Saya tidak faham jalur ceritanya sebab episode yang saya tengok tersebut  sudah yang ke seratus lebih! Mesti banyak konflik sebelumnya...
 
Namun saya tertarik dengan satu watak perempuan cantik yang jahat dan kejam. Saya tertanya-tanya mengapa dia begitu kejam. Apakah yang terjadi dalam hidupnya sebelum itu? Mengapa begitu kejam? Dia cantik dan berada.
 
Lantas saya teringat akan diri saya, setiap kali saya melihat matahari terbit saya akan bersumpah. Saya bersumpah demi allah dan sekalian rasul, dia akan merindui saya sepanjang hayat, dan saya akan tetap membalas dendam.! saya akan tetap membalas dendam!

Saya tidak akan biarkan hati saya itu hancur begitu sahaja...

Thursday, February 13, 2014

Kes pukul isteri/anak, kambing dan FB

KEBELAKANGAN ini kita sering dihidangkan dengan isu memukul isteri atau anak-anak. Saya percaya yang terdedah di dada-dada akhbar itu adalah kes terpencil. Banyak lagi kes yang tersembunyi dan tidak mendapat perhatian (mungkin kerana tidak berlaku di luar negeri, mungkin berlaku kat belakang rumah kita jeaa...).

Inya tersembunyi kerana antara sebabnya ia adalah kisah dalam kelambu. Kisah kononnya peribadi.

 "Saya tidak suka orang lain ajar saya bagaimana nak didik anak saya. Anak saya, saya tahulah. Itu cara saya, saya rasa memang kena makan penampar baru sedar".

Wah sombongnya kita yea. Tahniah!, kita beri 5 bintang bongok untuk kita.

Haaa...

Namun kita harus ingin kisah-kisah sebeginilah yang melahirkan masyarakat yang berada di sekeliling kita. Memanglah kisah peribadi tetapi ia bukanlah hal peribadi jika ia dibincangkan diperingkat nasional dan melibatkan hal kemanusiaan. Pukul-memukul ini nampaknya semakin jadi cara hidup masyarakat kita. Bukan setakat pukul di rumah tetapi tidak sabar-sabar memukul isteri dalam lif, ada yang membunuh anak-anaknya dengan niat. 

Adakah tindakan memukul itu sebagai suatu tindakan mengajar? Semasa memukul, adakah niat mahu mengajar atau kerana emosi. Maaf cakaplah...ada kemungkinan besar kerana emosi. Alaaa cuba lihat diri kita, semasa kita marah anak-anak kita, tentu beremosi. Itu bukan memukul lagi tu, haaa...

Memukul pun kena ada caranya. Pukul dengan lembut dan kasih sayang atas niat mengajar. Pelik bunyinya kan? Tapi tulah, manusia ni pelik, kambing taklah pelik sangat. Selamat datang ke planet bumi. 

Memanglah mendidik anak bukannya mudah. Kalau setakat beri makan, kambing pun boleh buat. Tetapi kita bukang kambing, kita ada FB, he he he

Kita yang tak bertamadun ini (tetapi mengaku bertamadun, ada FB lagi) terus pukul dengan perasaan sakit hati. Anak-anak jadi mangsa. Tidak cukup hangar kita guna kayu. Sampai anak-anak hidup dalam ketakutan... terpaksa kerajaan campurtangan.

Jan: Tiada perkara yang tidak perlu kita tak pelajari. Semua perkara perlu dipelajari...walaupun cara nak pukul... Haaaa....




Saturday, February 8, 2014

Kisah hantu kawan saya dan hantu saya...

Sukar untuk saya percaya bahawa hantu itu wujud. Saya dididik oleh ayah supaya tidak mempercayai kewujudan hantu. Dan saya selalu sinis apabila kawan-kawan saya di sekolah apabila mereka bercerita mengenai hantu.

"Kau tengok sendiri dengan mata kau ke?" Saya selalu bertanya. Dan sudah tentulah kawan-kawan saya hanya bercerita. Mereka yang bercerita tersebut tidak pernah pun berjumpa dengan hantu. Tentulah kewujudan hantu itu diragui sama seperti sesetengah orang meragui kewujudan tuhan.

Apa yang pasti rasa takut tetap wujud dalam diri saya. Saya pernah merasa takut dan ternampak sesuatu seolah lembaga. Saya memberitahu ayah saya akan hal ini. Ayah saya memberitahu otak saya yang menipudaya mata saya. Maka saya boleh lihat apa sahaja yang otak dan perasaan saya mahu. Emmm...

Mungkin sudah takdir saya banyak habiskan masa saya di muka bumi ini secara bersendirian. Maka kekosongan itu mungkin memberi ruang kepada hantu-hantu mendekati hidup saya. Namun setakat ini tiada apa-apa yang berlaku walaupun saya pernah diberitahu saya menyewa rumah berhantu. 

Dan apabila saya bertemu dengan kawan saya yang benar-benar terlibat dengan kejadian hantu, saya jadi ragu-ragu. Adakah hantu itu wujud...

"Sumpah demi allah, aku nampak di hujung kaki aku. Hantu wanita itu menarik-narik kaki aku. sebab itulah aku pindah" Kata kawan saya.

"Muka perempuan itu buruk, rambut panjang dan berbaju lusuh berwarna putih" Terang kawan saya lagi kepada saya bersungguh-sungguh semasa kami makan roti canai pisang.

"Stangderdlah tu, tak kan hantu perempun tu berambut pendek ala kumpulan Femining atau blonde. Takkanlah hantu nak pakai baju bunga-bunga atau skit atas paha...he he" Saya cuba buat bergurau... Namun saya lihat dia serius giler bak bimbang bini baca sms cinta sulit dalam telefon bimbit.

Sambil bersungguh-sungguh menghabiskan roti canai pisang itu, saya terus berfikir. Betul ke kepala otak kawan aku ni. Namun kawan saya ini jenis budiman. Lagipun, buat apa dia nak tipu saya?

Jan: teringat ke` hantu' saya, memang dia `hantu' betul!

Friday, February 7, 2014

Saya taklah hebat mana...pun

Semenjak semalam saya ditahniahi kawan-kawan kerana akhirnya saya berjaya dalam permohonan kenaikan gred gaji. Maka semalam saya rasa gembira sangat ketika memandu. Saya terus pasang lagu Kak Pah yang bertajuk `Tiba-tiba rindu'. 

Selepas membaca email tahniah dari dekan, terus saya meraikannya dengan makanan. Ya lah apa lagi yang dapat saya buat? Saya tiada kekasih.

Dalam bidang kerja saya untuk mendapat kenaikan gred kita kena mohon dan harus memenuhi beberapa syarat. Kalau kita berjaya penuhi syarat barulah kita akan mendapat kenaikan gred, kalau tak 10 tahunlah tak naik gred... Sebenarnya ini kali kedua saya pohon. Kali pertama dulu saya gagal dengan cemerlang dalam permohonan kenaikan gread sebab tidak cukup `raga'. Saya kurang dalam `produce paper' (bukan paper A4, tapi kajian penulisan ilmiah). Dan saya juga tidak cukup keahlian profesional dalam persatuan atau organisasi.

Saya memang tidak banyak membuat kajian dan penulisan, saya hanya gemar menulis blog sebab ianya lebih mudah dan menarik. Saya juga tidak banyak menjadi ahli mana-mana persatuan sebab saya jenis suka bersendirian, lagipun persatuan tersebut terlalu akademik. Saya cuma ada keahlian sebagai ahli Kelab Gila-gila (majalah gila-gila). Itu tidak dikira...

Dan selepas itu saya ada buat beberapa penambahan dalam penulisan ilmiah dan juga menjadi ahli dalam badan-badan profesional (termasuk yang antarabangsa). Hidup kenalah berubah walaupun sedikit sedaya kita. Dan saya permohonan kali ke dua inilah barulah berjaya.

Saya sangat rendah diri sebab kawan-kawan saya hebat belaka. Sebagai pensyarah, saya tidaklah hebat mana. Saya ada beritahu rakan pensyarah saya yang banyak produce paper dan bentang sana-sini. Namun kata beliau: " Man `hebat' tu adalah subjektif...".

jan: Saya terus tersenyum dan pulihkan harga diri...saya pandang dunia yang luas.



Wednesday, February 5, 2014

Saya sesumpah?

Seorang kawan rapat memberitahu saya seumpama sesumpah. Saya terus laju mengakuinya kerana ianya benar. Walaupun begitu saya menambah bahawa saya seekor sesumpah yang unik dan istimewa.



Secara purata, saya mempunyai lebih ramai kawan yang berpelajaran tinggi dan serius (dan dalam masa yang sama kadang-kadang membosankan). Mungkin keadaan dan tuntutan kerja saya begitu. Namun kawan-kawan di luar waktu kerja dan tiada kaitan dengan kerja saya amat mengujakan dan menarik. Mencabar.

Bila bersama kawan sekerja saya bertukar watak menjadi lebih serius, berpakaian skima, dan adakalanya merapikan rambut. Saya buat-buat (berpura) faham semua teori akademik yang kadang-kadang saya rasa mengarut sangat.

Namun dengan kawan-kawan saya di luar kerja saya lebih tidak terkawal. Saya lebih bebas. Seronok juga berkawan dengan orang yang tidak berpelajaran tinggi sebab hidup mereka kadang-kadang lebih `direct', ikhlas dan simple jea. Tiada persaingan... tiada KPI, he he he.

Salah seorang kawan baik saya hanya belajar di tingkatan 5 sahaja. Itu pun lingkup dalam SPMnya. Namun bila berada dengannya saya rasa dunia ini sangat simple. Mudah sangat.

Jan: terasa nak jadi burung...nak terbang jauh.

Sunday, February 2, 2014

Sejarah penindasan umat islam di Myanmar

SUDAH beberapa hari berita mengenai nasib anak-anak pasangan dan pasangan Malaysia di Swedeng menjadi hangat dan digembar gemburkan di media massa. Berita tersebut berjaya menyejukan dan mengatasi berita mengenai penindasan yang galak terjadi kepada umat islam di Myanmar (Burma) ketika ini. (yang kata setengah daripada kawan-kawan saya ianya sepatutnya memberi lebih banyak iktibar berbanding berita-berita lain...)

Adakah hidup kita benar-benar bebas? Kita tolak ke tepi mengenai agama (atau imej agama) atau bangsa, jantina, kaum, kecenderungan seks dan segala maknikanya. Kita terus melihat dari segi kemanusiaan di mana manusia seharusnya bebas untuk melakukan apa sahaja, memilih apa sahaja selagi tidak memburukan orang lain dan norma-norma nilai setempat yang diamalkan. Hidup seharusnya bebas. 

Namun ada pihak yang tidak dapat lari dari sentimen agama. Maka sebab itulah umat islam di Myanmar sentiasa ditindas.

Myanmar yang mempunyai penduduk lebih besar daripada kita iaitu 48 juta orang yang juga terdiri daripada 15%nya adalah beragama islam. Seperti sejarah kedatangan islam kita, agama islam di bawa ke sana juga oleh pedagang-pedagang Arab. 



Kaum muslim Myanmar ini terdiri daripada kaum Rohingya bertempat duduk di wilayah Arakan. Dan kita juga tahu wilayah ini berpotensi besar dari segi ekonomi kerana terdapatnya minyak, gas dan serba hasil bumi lain.

Mengikut sejarah dunia negara Arakan ini telah pun sedia wujud pada tahun 1430. Maknanya ia sudah wujud selama ratusan tahun dahulu sehinggalah pada tahun 1743 golongan agama Budhha menakluki seluruh Burma. Dan dari sinilah bermula cerita mengenai penindasan dan kekejaman umat islam Arakan.

Sampai sekarang keadaan penindasan tersebut berterusan (penindasan ke atas kaum islam Rohinya). Merujuk kepada beberapa faktor, mungkin payah untuk mereka selamat dan menjadi maju semula kerana ketika selamat dan maju dahulu, mereka mungkin terlupa beberapa perkara. Sebuah kerajaan yang besar dan berjaya boleh berakhir dengan menjadi kuasa kecil dan sengsara. Samalah mungkin dengan keadaan kita kini yang sedang berada dalam kemajuan dan keselesaan....yang membuat kita alpa. 

Saya berpendapat masyarakat kita mungkin adalah antara masyarakat dunia yang paling rapuh dan nipis. Kemajuan membuatkan kita banyak merungut dan membebel. Kita jenis masyarakat yang melahirkan anak yang merungut apabila makanan tak sedap.... Isteri meradang bila suami tak berikan hadiah, atau suami rasa rendah diri sebab sahabat baiknya kawin lagi satu. masyarakat kita menjadi semakin pelik krisis batinnya.

Kita spesis masyarakat yang rasa seolah hendak kiamat apabila harga barang naik (tetapi tidak melakukan satu pun tindakan berjimat). Kita tidak pernah terfikir apalagi rasa bersyukur...kerana orang lain bukannya menghadapi masalah harga barang naik tetapi menghadapi masalah ketiadaan barang!.

Sejarah sepatutnya menjadikan kita lebih dewasa tetapi kita mungkin memang jenis tak makan diajar. Semoga kita semakin celek mata dan lebarkan telinga mengambil ikhtibar mengenai isu Rohingya

Jan: Semoga kita tidak terus buta dan tuli...Amin.

Saturday, February 1, 2014

Rina Rahman-Ku Ingin Bahagia, Jan - aku pun...





Semalam saya masih terima sms daripadanya. Saya rasa sudah seminggu dia sms saya pada setiap hari. Dan semalam saya hampir jatuh katil apabila tergelak sorang diri atas tilam kerana antara smsnya dia bertanya saya sudah makan ke belum?
 
Macam penyanyi Malaysia jea..."Apa khabar semua? Dah makan ke belum?". Begitulah sebelum memulakan persembahan pentas...
 
Dan sebenarnya hanya mak saya dan ayah yang bertanya begitu...Saya bukan perasan tetapi saya rasa dia suka kat saya. Dan tentulah dia suka kat saya kerana saya seorang pensyarah yang kebetulan agak berupa. Kalau saya bukan pensyarah dan kehilangan rupa tentu dia tidak mesms saya hampir setiap hari.
 
Sampai satu tahap saya rasa bersalah pula, namun saya rasa tidaklah sesalah mana kerana saya tidak menaruhkan harapan saya pada dia dan saya tidak terniat nak biar dia jatuh hati pada saya. Kalau dia jatuh hati saya tak terkejut.
 
Saya tahu mustahil saya akan jatuh hati sebab sudah tidak ada apa-apa lagi yang boleh jatuh atau dihancurkan...(sila baca dengan perasaan trgis)
 
Tetapi saya layan juga smsnya pada larut-larut malam sebab kekadang saya sunyi, gatal dan mengada...
 
Jan: saya harap pembaca blog saya faham...