Salam...
Total Pageviews
Followers
Monday, July 26, 2010
Hidup ini bukan alam mimpi...
Wednesday, March 10, 2010
Kasih sayang dalam sekeping not RM50...
Malamnya saya berfikir sebelum tidur esok saya nak pinjam duit Azniza RM100. Saya tak boleh pinjam duit kawan yang dah bekeluarga (nanti mereka tak percaya). Orang bujang mesti banyak duit tak ada komitmeng, begitulah steriotaipnya. Pagi itu saya terima sms dari seseorang, seperti biasa saya tanya la duit ada berapa lagi? Saya buat macam ayah saya tanya saya masa saya belajar di U dulu. Ayah saya selalu beritahu jangan duit tinggal RM50 baru nak beritahu ayah. Saya takut dia lapar...tentu payah nak study kalau perut lapar, saya rasa bertanggungjawab sebab dia anak yatim. Dia beritahu duit dia tinggal sikit je lagi... Datang ke kolej esoknya, saya buat muka tak malu pinjam duit Azniza, saya kata nak pinjam RM100, tapi dia kata masa tu dia dapat beri RM50 je, saya pun terimalah. Alhamdulilah. Saya kata saya tak ada duit nak belanja. Saya tipu Azniza. Dan masa tu tak ada orang nak ke bandar. Saya perlu bank in kan duit tu secepat mungkin. Azniza ada kelas, Kamal Azie pun ada kelas. Adnan pulak balik umah dia, sakit perut katanya. Hati saya berdebar-debar. Saya seorang diri tercacang tepi bangunan. Kemudiannya saya naik ke atas bangunan semula, nasib baik Sani tak ada kelas dan sudi antar saya ke bandar... Sampai bandar saya bank inlah duit not RM50 tu, tak apalah minggu ni saya akan puasa isnin dan khamis. No hal. Kalau lapar pun lapar sebab puasa bukan lapar sebab tak ada duit... Secara tak langsung saya bank in jugak kasih sayang saya dan keperihatainan saya bersama duit not RM50 tu. Apabila saya dituduh saya ni jenis manusia pentingkan diri... Saya terpana, hanya allah saja yang tahu... hanya allah.
Wednesday, January 27, 2010
Tag: Celah peha...
1)Where is your cell phone?
Celah peha, selalu duduk tepi tu. Saya tak ada casing letak kat pingang macam Ijut dan Ja. lagipun saya tak ada pingang.
2) Relationship?
Positive relationship (substitute goods), because when the price of good A increase the demand for the goods B will increase. Example, Milo and Ovaltine are substitutes goods. When the price of Milo increase, their demad will decrese (Law of demand), the ovaltine price is relativecheaper tahan Milo, so they run to Oveltine la….ak the end the demand for oveltine increase.
3) Your hair?
Black but not beauty…
4) Works?
Sudah tentu, kalau tak sapa laaa nak bayar hutang rumah? hutang kereta? kad kreadit? kutu? dan lain-lain...
5) Your sisters?
Tak tahulah macam mana saya nak hidup kalau mereka tak ada… Mereka beri sokongan yang kuat.
6) Your favourite thing?
Kalau rumah saya terbakar pertama sekali saya berkejar pantas selamatkan CD-CD Sharifah Aini, terutama CD yang bertajuk Syahdu... sebab dalam tu ada lagu `Seribu Mawar'... Pas tu kalau ada masa dan tak bahaya saya cuba selamatkan buku-buku dan kemudiannya sijil-sijil atau surat-surat bank…he he he.
7) Your dream last night?
Saya dengan mak saya jalan-jalan, naik kereta Honda, pergi pantai makan angin. Best.
8) Your favourite drink?
Nescafe…
9) Your dream car?
Honda, harap-harap dalam masa 5 tahun mendatang dapat lah ya...
10) Your shoes?
untuk berjoging, Untuk bergaya, untuk kerja semuanya ada tetapi dibiar sebek je tepi dinding… Hajat nak beli almari kaca la satu, nak pamir.
11) Your fears?
orang yang bukan keluarga kita...
12) What do you want to be in ten years?
Penulis buku yang prokdaktif atau profik.
13) Who did you hang out with last weekend?
my loneliness…
14) What are you not good at?
Pertukangan...baiki-baiki benda-benda rosak.
15) One of your wish list items?
Dia akan rasa apa yang saya rasai…
16) Where you grew up?
Dalam rumah… di sebuah kampung, daerah besut, di negeri terengganu.
17) Last thing you did?
Tadi picit jerawat...he he he, macam remaja lagi.
18) What are you wearing?
baju dan seluar… emm baju belang-belang lengang panjang, seluar itam panjang. Biasa-biasa je.
19) What aren't you wearing?
He he he… kawan-kawan rapat je tahu...
20) Your pet?
Ada la sekawan ikan dalam kolam perhiasan kecil… lain-lain tu kucing jiran.
21) Your computer?
Kompaq HP7540, yang pejabat punya, saya tak ada computer, he he he. Menaip di pejabat je. Hajat tahun ni nak sambar la satu lektop… dah lama idam.Bertahun dah.
22) Your life?
Kadang rasa gembira bagai nak melompat, kadang terduduk meraung… tapi akhir-akhir ni payah nak tidur malam…tapi dengan hidup yang begini mencabar sapa yang tak kan?
23) Missing?
When the heartache is over, I know I won’t missing anything…
24) What are you thinking about right now?
Nak balik nak perangat kari ikan...
25) Your car?
Ada kat belakang bangunan kawasan parking...
26) Your kitchen?
Everything nicely arranged and tidy…gitu.
27) Your favourite colour?
Merah…
28) Last time you laughed?
Laughing maniacally? Tak ingat… tapi sebelum bulan puasa kot…
29) Last time you cried?
Pagi tadi, saya kesian ingat sahabat baik saya kehilangan ibunya. Tapi dia sms beritahu jangan nangis, dia kata saya kena kuat!...he he he terbalik kot
30) Love?
...nop. At last only i found out that we only love ourself and others love themself...
Seribu mawar...
Padaku yang setia
Kau anggap aku tidak tahu
Kau curang di belakangku
Cinta bukannya harta
Cinta adalah jiwa
Tak mungkin dapat kau membeli
Hatiku yang telah terluka
( bridge )
Biar seribu malam
Tak bisa memujukku
Tak bisa menghuraikan
Rahsia hatiku terhadapmu
Kau masih menggangguku
Di dalam resah kesah
Di waktu aku rindu
Kenangan manis bersamamu
( korus )
Andai dulu dapat kukecapi
Kasih sayang tulus suci
Tak mungkin kini
Kau menghitung hari sendirian
Dalam mimpi cuba ku ulangi
Mengimbang bunga cinta murni
Adakah ini balasan setia
( bridge )
Biar seribu mawar
Tak bisa memekarkan
Tak bisa mewangikan
Di pintu jiwa yang kau kecewakan
Usah merisik lagi
Takkan kau miliki
Aku kini bahagia
Tanpa cinta yang pura-pura
( korus )
Kala hati ingin kau bersama
Engkau tega memilihnya
Di mana aku kau letakkan
Di hatimu
Siang malam cuba kumenipu
Perasaan hati ini
Kini ku ingin
Bebas bersendiri
31) So who want to share their Ones? How about?
How about pangsenan and lilyliza.blogspot.com?
Seribu mawar: Kuala Rompin, Tanjung Gemuk and Jonny Depp...
Writing in english?
Thursday is always my `english day'... So i try to speak english and wrote some english writing...(of course, broken here and there, he he he...). I never wrote my story (feeling) in english, my blog always used my `Bahasa kebangsaan'. I worried my broken english will keep away my reader from understanding what i'm going to speak of, and i believe that many people spend days worrying about what others people think. If everybody just stop worrying about this, i believe we are 50% more effective in our lives, he he he. So i `bakulsampahkan, (throw away) my worried and try to write in english, he he he. There is always first time to everithing kan?... Maybe uncle joe will muntah (vomited out) with my broken english, or he will love it gitu? or in between? Yesterday once more... Yesterday was a quite sad day for me. Why? Because my mother's friend passed away, because i feel empty and because i lost my Sharifah Aini's Cd (missplace?). It was so sad things kan?...
Johnny Depp After a long journey i pusing balik (turn round) to my campus. In my room, i searched internate and i found Johnny Depp is on the cover of GQ this month. He looks sexy and stunning (as always....) Unfortunately, he is not my favorite, he he he... although i love watching his trilogy of Pirate of Carabiang... I'm a big fan to Brat Pitt, and of course Badul too...
Tuesday, January 12, 2010
Perihal jiran baru saya...
Sunday, January 3, 2010
2010: Azam dan harapan…
Baiklah saya ceritakan tentang diri saya. Semalam saya pasang Tv tetapi saya tidak mengikuti ceritanya. Cerita tidak menarik dan hambar… lalu saya capai pena dan kertas, dalam kesendirian saya list down 10 azam saya tahun 2010.
Saya tidak terkejut apabila mendapati bahawasanya kebanyakan azam yang disenaraikan tersebut adalah azam lama yang tak tercapai! He he he, contohnya azam mahu dapatkan timbangan badan yang ideal sehingga 68kg dan mahu mengurus wang dengan baik. Sebenarnya azam-azam itu bukannya azam tahun lepas tapi azam yang dah sedia bertapak pada beberapa tahun lepas, he he he.
Namun ada juga azam baru yang saya tambah dalam senarai. Azam baru ini penting kerana ia akan jadi sebagai kayu pengukur diri. Apabila saya mencapainya nanti harap-harap ia merupakan satu peningkatan diri. Boo-boolah dengan apa orang kata tetapi ia penting bagi diri saya, contoh azamnya saya nak pandu kereta balik kampung selaju mungkin.
Terdapat juga azam tahun lepas yang saya kira berjaya. Antara saya boleh tersenyum kerana berjaya mengeratkan lagi hubungan saya dengan kakak saya di Kuantan. Dan kami bertambah erat lagi apabila kakak saya mahu menghadiahkan lukisan bernilai rm600 sempena saya naik rumah baru nanti. Selama ini bukan tidak erat tetapi masing-masing sibuk, dan pandangan kami tentang dunia pun jauh berbeza.
Pada pendapat saya perlu bagi kita berazam setiap tahun. Orang yang tak mahu berazam semata-mata kerana azam tahun lepas tak tercapai boleh lagi menuruskannya dan berusaha dengan lebih gigih. Apa salahnya berazam, bukannya kena bayar kan? Dan kalau tak tercapai itu tandanya usaha kita tak kuat dan kita masih boleh lebihkan usaha…Contohnya saya ni walaupun banyak azam saya tak tercapai tapi saya teruskan jua kehidupan…he he he.
Namun kalau ada pihak saja-saja tak nak berazam atas tak ada apa-apa sebab itu adalah hak peribadi sebab kadang-kadang bukannya kita berazam sangat tapi ia datang juga melalui masa. Contohnya tahun 2009 nan lalu saya gembira bila dapat miliki kereta. Saya hutang kereta tu pun secara tiba-tiba… sehingga masa nak gi kedai Ja tanya ‘’Betul ke nak beli kereta ni?’’ Sebelum tu pun dia dah beberapa kali tanya… Saya jawab, ‘’Ya dah tiba masanya’’.
Begitu juga tahun 2009 ini saya gembira dapat kunci rumah walaupun saya tak pernah berazam pada tahun-tahun tertentu saya kena miliki rumah…
Hidup ni kadang-kadang bila kita buat pilihan kita sebenarnya tak tahu kuasa pilihan itu akan bawa kita ke mana… atau jadi apa akibat daripada pemilihan yang kita buat tu…
Tahun 2010 akan saya lalui dengan getir dan pedih, saya tahu kerana itu adalah perjalanan hidup saya. Namun saya berazam dan berharap saya sentiasa sihat untuk kembali melukis warna pelangi…kerana tanpa tujuh warnanya…saya akan runtuh…
Jan: hanya kematian yang dapat memadam kenangan.
Saturday, December 26, 2009
Gril rumah, sibercafe...dan hantu raya
Memang pagi ni saya nak sampai awal sebelum Zarida dan suaminya sampai. Saya perlu raund seluruh taman perumahan saya. Saya nak tengok gaya gril rumah jiran-jiran saya, he he he. Ya, hari ni saya nak ambil keputusan nak pilih yang mana satu. Gril rumah
Ya allah, macam-macam gaya gril, ada yang penuh bunga tanpa daun, ada yang penuh daun tanpa bunga. Ada gaya modern, ada gaya tradisi. Ada ala inggeris ada ala entah apa, heheh. Ada yang banyak kerawang (sebab banyak wang?), ada yang simple macam sel penjara je, he he he. Saya pilih yang bukannya berkerawang banyak dan bukannya yang palong koman. Saya pilih yang simple je sebab poket saya simple.
Lepas tu baru saya menuju rumah saya hutang tu. Bila saya sampai kat rumah saya, saya bentangkan tikar plastk yang tiga kapoh dan dua bantal. Saya bawak dua kerusi kayu yang boleh lipat. Ala yang ala-ala pengarah tu. Senang saya duduk berbual nanti. Selepas tu saya menyapu, saya bawak penyapu dari Muadzam, he he he. Lawak kan? Semuanya saya letak kat belakang tempat duduk kereta.
Setelah tu saya saya nampak kereta Zarida, bila Zarida turun daripada kereta saya nampak dia kurus berbanding dulu, nampak muda. Ni bukan nak membodek kerana nak harga murah, tapi sapa yang kenal dia tahulah. Dulu badan dia lebar, tetapi taklah selebar pintu. Bersama Zarida ada suaminya dan anak-anak. Saya sempat jamah ramput perang anaknya Zahrin kalau tak silap. Nanti besar tentu handsome rambut perang, terasa jugak nak buat rambut perang...he he he. Dulu pernah buat rambut ala perang sikit je masa kerja kat Pekan, tapi En Nasir tanya apa perasaan bila masuk masjid? Saya jawab biasa je... (he he he).
Selepas itu urusan ukur mengukur dijalankan oleh suami Zarida (Mohamad Sakimi), saya dan Zarida pulak berborak-borak topik tempatan dan antarabangsa, macam biasa saya ceritakan sikit pasal hidup terbaru saya kat paris. Saya ceritakan juga bayaran bulanan rumah saya dan kereta saya. Dan lain-lain.
Bila suami Zarida siap ukur luas pintu dan luas tingkap, saya bawak kereta dan diekori oleh kereta Zarida ke rumah yang grilnya saya berkenan. Saya pilih 2 buah rumah je yang saya rasa sesuai dengan konsep yang saya nak. Malangnya saya tak ingat rumah no berapa dan lorong no berapa...saya lupa, hehehe. Mutar itik jugak saya cari rumah tersebut sambil diekori oleh kereta Zarida, hehehe. Maaf ya.
Selepas itu kami kembali ke rumah saya berbincang. Rumah pertama memang saya berkenan sangat grilnya tapi takut mahal, so saya standby rumah kedua yang ringkas sikit. Tapi akhirnya bincang saya pilih rumah pertama sebab harganya dalam budget saya dah.
Selepas berterima kasih dan berurus niaga dengan ringkas, Zarida berlepas dengan suaminya. Saya akan berbincang dan menjalankan susulan lagi dengan Zarida melalui handphone nanti.
Selepas Zarida balik, saya pergi beli nasi bungkus, lepas makan saya tertidur sebentar di rumah tersebut... Saya bermimpi...sedih sangat. Bila saya jaga saya dapati ada la beberapa titik air mata di pipi saya (mulanya ingatkan air liur basi, hehehe). Tapi mimpi tu memang sedih... dalam mimpi tu saya nampak sesuatu tengah rumah saya...tempat saya tidur tu...
Lepas tu saya bergegas berkemas dan bergerak pulang ke Muadzam,. Di pertengahan jalan hujan lebat tapi nasib baik saya dah berlatih pandu dalam hujan kat Muadzam...
Sibercafe
Bila saya balik ke Muadzam, dah sangat petang. Saya punggah segala barang daripada kereta ke dalam rumah. Saya cepat-cepat pergi pasar minggu. saya beli 2 biji jambu, 2 biji mangga muda, 4 biji limau. Saya beli juga kacang botol hajat nak cicah budu.... Lepas magrib saya ke sibercafe kegemaran nak berblog. Saya dapati tutup, maka saya pergi ke sibercafe yang saya tak pernah pergi. Sibercafe ni bising sikit. Penuh dengan budak-budak muda, saya buat selamba je. Saya jeling-jeling 100% daripada mereka dik main game, saya rasa kesian pula pada Tun Dr Mahathir... Saya ingat lagi dia berharapan besar generasi muda cari ilmu melalui komputer.
Bising jugak dengan mereka main game. Bunyi tembakan merian daripada pesawat sangat kuat. Tapi tak apalah asal jangan enjin pesawat tu pulak hilang, he he he. Saya malu pulak nak mainkan lagu youtube datuk sharifah aini yang bertajuk `Dikenang jangan disebut jangan', biasanya lagu tu la yang saya dengar sambil tulis blog.
Maka saya pilih lagu Hafiz yang tajuk `Masih Jelas'. La lagu yang MTV tu ada ulat bulu atas katil tu, yang mengada-ngada. Entah siapa pengarahnya, tak sesuai langsung. Lagu best tapi vdio klip macam... Meeeluat tengok perempuan baju merah tu, kalau lawa tak apalah, huh!.
Tapi sibercafe ni best jugak. Boleh isap rokok, letak kaki atas kerusi, makan minum dan berbual-bual...
Hantu raya...
Saya memang tak ke kampus buat masa ni pada waktu malam. Sebab itulah saya berblog di Sibercafe je. Memang kadang-kadang saya ke kampus waktu malam untuk berblog. Sebenarnya semenjak pakcik jaga cerita ternampak `jelmaan' jiran sebelah rumah saya kat pejabat, saya jadi takut sikit. Takut sebab pejabat tu dekat dengan bilik saya. Namun lama-kelamaan biasanya rasa ngeri saya akan hilang jua. Buat masa ni rasa takut tu ada sikit je lagi... takut jugak bila dengar cerita sebab hatu raya tu jelmakan diri sebijik macam jiran sebelah rumah saya. Masa tu Pakcik jaga tengok sebab dia pelik mana ada orang pergi punch masa cuti raya haji. Pakcik jaga itu ikut dan jeng-jeng-jeng... nampak, kaki tak ada... Hantu yang suka berupa-rupa ni biasanya hantu raya.
Jan: Masih jelas...
Tuesday, December 8, 2009
Rambut saya...
Nampak tak gigi arnab dua ketul? He he heSebenarnya paling merisaukan saya ialah gaya rambut saya. Saya tak pandai bergaya dengan rambut. Sejak kecil selalu ada masalah dan macam-macam stail rambut saya gayakan tetapi tak sesuai. Pernah ada yang kata macam Temenggung Juggah, orang Penan. Dan paling haru macam `butir pauh kulum babi'...cuba bayangkan.

Kat tepi panjang sikit ala rambut kumpulan indie

Buat-buat gaya senyum sekerat...
Misai dan janggut dinipiskan, bukan nak cari makan..Jan: Sekian sahaja, rambut saya berubah-rubah...hati tak.
Tuesday, December 1, 2009
Saya dan Facebook.
Tuesday, November 10, 2009
Seribu Mawar: Sepatah aku berjanji...
Wednesday, November 4, 2009
Tuhan tak tunai... III
Tetapi kalau kita fikir-fikir banyak jugak yang kita tak doa pun kita dapat! Diberikan secara berpatutan dengan siapa kita oleh-Nya. (kalau muka kita, kita nak tidur pun kita tak basuh macam mana nak harap tetap bugar diusia 40an kan, tak kan pakai doa semata).
Banyak juga sebenarnya kalau kita renungi, doa kita dikabul! Tapi dalam bentuk yang agak misteri atau lucu tetapi yang nyata ianya memberi kesejahteraan kepada kita (yang malas saya nak ulas...tetapi bagi saya tuhan penuh misteri...)
Tetapi betul juga kata ustad yang kalaulah doa-doa saya dikabulkan naya nanti…he he he. Saya sangat suka berdoa masa saya kecil, doa-doa saya memang patut tak dikabul... he he he. Contohnya, pada tahun pertengahan 1970an, ketika di darjah dua. Saya selalu berdoa agar turun makhluk asing tengah padang sekolah dan ambik cikgu ilmu hisab (matematik) saya. Saya benci sangat sebab dia selalu suruh saya buat benda-benda mengarut seperti hafal sifir dan bahagi atau kuasa dua kan nombor2. Pada masa tersebut saya fikir huh apa faedahnya?. Dari dalam kelas saya merenung ke padang dengan muka yang tak puas hati dan berdoa biar piring terbang tu betul-betul turun di tengah padang.
Malah kadang-kadang saya berdoa agar cikgu bahasa inggeris yang bengis itu pun diculik sama, dibawak lari daripada dunia ini...
Saya juga pernah berdoa agar hujan ribut dan gempa bumi berlaku dua minggu sebelum menjelang peperiksaan SRP, siap menadah tangan dengan khusyuk. Saya tak berapa bersedia kerana saya rasa banyak yang saya tak kaver lagi. Tetapi cuba bayangkan kalau doa saya tu terkabul. Saya menyusahkan banyak orang kerana pentingkan diri sendiri kan, he he he.
Kerana kasih sayang yang besar dan kekecewaan yang sarat, saya selalu berdoa agar dia akan rasai apa yang saya rasai, biar dia hidup sorang sampai ke akhirnya, kalau boleh sampai dia mati. Biar dia rasa, biar dia tahu bagaimana saya rasainya hingga saya terlontar ke Pekan. Bila di Pekan saya sumpah dia tiap hari kerana, kerananyalah saya kena kena basuh baju sendiri, kena masak sendiri dan kena jemur kain sendiri, lipat kain dan sebagainya... Tetapi kalau difikirkan dengan waras tak besar mana kesalahan dia.... Dia hanya tidak sayangi saya, tarikh luput kasih sayangnya dah tiba. He he he. Itu saja...atau itu satu `wea kap kol' dalam hidup saya? Malah kita sepatutnya doakan kebahagiannya sebab dia juga pernah membahgiakan hidup kita (walau sekejap dan palsu belaka...) Kita tak boleh melawan takdir...waaa….op8@\\/;jgcbsshzzzzzzz Jan: Pulak dah!
Wednesday, October 28, 2009
Tuhan tak tunai...II
Maka kita terus berdoa lagi...he he he.
Tuesday, October 27, 2009
Tuhan tak tunai...
Monday, October 26, 2009
Hidup ini sekejap sahaja...
Thursday, October 8, 2009
Sebab sebenar ke UM: Prof Dr Wan Zawawi Ibrahim...
Gambar tak jelas, handphong saya murah je...heBeliau jugalah yang kompose lagu hit ` Doa buat kekasih ' yang Ramli dan Kathy alunkan. (yang bila balik hari raya tu saya berduet dengan anak saudara saya, he he he). Masa lagu tu hit saya baru dalam tingkatan 4 atau 5 kot. Masa tu pertama kali saya bercinta/perasan (konon), so lagu ni jadi antara lagu kami, he he he. Jangan marah... INAUGURAL LECTURE BY PROFESSOR DR. WAN ZAWAWI IBRAHIM :

Saya juga ada nampak pengarah tersohor U-Wei Haji Shaari, ada juga Othman Putih dan juga beberapa kenalan Dr Wan Zawawi dalam bidang kreatif lain. Payah nak cari lecturer yang dalam masa yang sama terlibat dengan dunia kreatif kan, yang terlibat dalam jualan langsung banyak...
Jan: Terpegun melihat mereka yg berkarismatik ...
UM: Pilihan yang saya buat.
Tangga `batu cave' yang selalu saya daki tiap hari suatu waktu dahulu.
Kalau terjatuh? Bayangkan...he he he
Semasa saya belajar di UM, bangunan ini masih tidak dibina.
Batu mozek ni pun tak ada dulu...Friday, October 2, 2009
Nak gi UM, mengimbau kenangan...
Gaya semasa muda belia di UM. Ada kawan gelar saya Bon Jovi, kalau dia lihat saya sekarang mungkin dia gelar Boroi Jovi.
'' Huh nok wat master? nok habis hok ni pun nok terberok rasa, aku bukang pandai sangat '' Balas saya yang kini sebagai pensyarah biasa dan dah 8 kali di`Puaka'kan. Sambil menghisap ais krim batang tanpa segan silu, galas beg di belakang, berseluar jeans dan Tshirt kolar bulat je... berjalan-jalan, melonct, berjalan jalan, meloncat macam orang tak betul. Saya juga nak lawat tingkat dua bangunan kuliah. Tempat tulah saya nak terjun bunuh diri sebab saya nampak orang yang saya minat berjalan mesra dengan seorang kawan baik saya juga. Kawan baik saya sendiri dah ada mak we tetapi kenapa masih minat kepada pelajar dari Sabah tu?. (masa tu fikiran saya singkat sepatutnya soalan tu tak timbul kan, kita lelaki memang macam tu). Sampai hari ini saya boleh nampak jelas mereka berjalan... mesra! Tapi salah saya juga kan, saya ni kalau minat mati hidup balik pun malu nak beritahu, he he he. Saya juga nak lawat tangga berpusing tempat saya dihalau macam anjing kurap oleh pensyarah saya. Saya dihalau sebab bertanyakan soalan. Dia marah sebab 3 bulan nak exam baru nak tanya soalan katanya. (Tentu dia pengsan jika saya beritahu student saya minggu depan nak exam baru nak bertanya soalan. Atau dia akan mati terus bila saya beritahu pelajar saya esok nak exam, malamnya antar sms tanya bab mana keluar!)
Wednesday, August 19, 2009
Kotak dan jalur, dan almari...
Ramai kawan saya pakai baju lengan panjang dan warna plain sahaja semasa mereka bekerja. Semasa saya menjadi guru, ramai yang pilih warna macam itu, tak kanlah nak pakai yang bercorak atau terlalu berfesyen kan. Kalau nak sangat baik jadi artis, jangan jadi cikgu.
Saya suka berlengan pendek pada masa tu dan tanpa tai, he he he. Sebenarnya nampak kartun kan kalau pakai baju berpetak lengan pendek lepas tu pakai tai, he he he. Apa-apa pun itu pendapat saya je... saya bukan pakar fesyen.
Pasal pakai memakai pakaian ni saya rasa tak leh lawan kawan saya iaitu Lokman Hakim. Dia bukan sahaja pandai berpakaian mengikut tubuh dia, tetapi dia ada style... Malah tidak keterlaluan saya rasa dia tetap vouge kalau pakai apa sahaja jenis pakaian. Kalau saya berjalan (bersiar-siar) dengan dia pasti saya kenakan baju yang bergaya sedikit, takut nanti orang tengok bagai telur dengan gagak jadinya. Lagipun kalau saya selekeh bukan saya sahaja yang malu, Lokman juga malu kan, he he he.
Sebenarnya fesyen jugak ada pusingannya. Maksud saya ia mungkin muncul kembali. Baju jenis berpetak dulu pun ada jadi fesyen zaman 60an, begitu juga baju jalur. Tentang fesyen ni fesyen dunia pakaian lelakilah paling lembap nak berevolusi, entahlah mungkin orang lelaki tidak suka berlebihan sangat, he he he.
Almari...
Cita-cita saya nak tempah satu almari pakaian khas, saya nak susun elok-elok. Nak jaga elok-elok baju tersebut. Ya lah kan, harga baju dan seluar sangat mahal. Biasanya saya beli baju yang dioffer masa ada sale. Ada juga baju batik yang mahal yang saya dan Ja `terbeli' sebab kita orang kena pergi suatu majlis yang agak mega... Kalau ada almari yang ok, alangkah moleknya.
Sekarang saya masih ada simpan baju kerja semasa saya jadi guru sebelum saya bekerja di Kolej Shahputra, bayangkan baju tersebut dah berapa tahun dipakai... Kalau ada almari yang ditempah khas tentu semuanya lebih tersusun dan sedap mata memandang... alangkah moleknya...
Jan: Nak jugak tempah almari kasut, tapi kasut ada 3 pasang je....
Sunday, August 2, 2009
Ramadhan dah dekat...
Rasanya masih baru lagi saya meraikan hari raya. Masa silih berganti, rupanya saya sahaja yang pelupa. Terkadang saya lupa ramadhan semakin dekat sehinggalah:
Melalui sma, adik perempuan saya beritahu yang dia lelah memilih warna tema dan jenis kain untuk dibuat baju Melayu raya tahun ini. Maknanya semua lelaki dalam keluarga akan pakai warna tersebut.
Saya tidak kisah sangat pasal warna tema atau jenis kain baju Melayu tahun ini. Kalau warna belang harimau pun saya memang tak kisah sebab tentu hanya pagi hari raya tersebut sahaja saya memakainya, he he he. Saya jarang pakai baju Melayu di mana-mana pun... Baju biru raya tahun lepas pun saya hanya pakai sekali sahaja.
Adik saya juga melarang saya membeli biskut-biskut raya. Katanya dia akan membuatnya bersama seorang pembantu dan dia berjanji nak berikan saya 6 jenis biskut. Oh syahdunya hati saya. Memang saya suka makan biskut raya. Walaupun nampak je berlainan bentuk tetapi rasa hampir sama, saya tetap suka menguyahnya.
Adik perempuan saya juga menyatakan tahun ni dia tidak akan ambik banyak `oder'. Hanya tempahan daripada kawan-kawan baik dan juga ahli keluarga sahaja.
Friday, July 31, 2009
Signal akhirat?
3 minggu lepas kulit kepala saya gatal sangat, habis shampoo saya curahkan dan perapkan tuala di kepala. Saya suruh mak saya periksa kot ada kutu atau sakit kulit, tapi tak ada apa-apa. Hairan kan… Mak saya beritahu mungkin saya akan ditumbuhi uban di kepala. Ia memang dimulai dengan kegatalan yang amat untuk beberapa hari, sambung mak saya lagi… Namun kenapa ya beruban? dulu bukannya ada uban? Saya mengalami kepayahan untuk lelapkan mata pada waktu malam, malam gelisah, rindu membasah. Saya mengambil masa yang lama berguling barulah saya ketiduran. Terkadang oleh kerana tidak dapat tidur saya bercadang mahu bangun dan buat kerja seperti membaca atau tengok DVD tetapi khuatir pula esok pagi saya akan letih dan mengantuk.
Emm…payah benar nak tidur, namun saya tahu saya perlu tidur yang cukup sebab saya pengidap darah tinggi yang setia…
Memang saya dah rekabentukan bilik saya senyaman mungkin, biar lahir rasa suasana yang menjemput tidur. Tetapi entahlah, kenapa ya? tetap susah nak tidur malam... Saya dah mula tidak dapat terima lagu-lagu pop yang terbaru, entah apa muzik dan liriknya bagai tidak kena, tiada seni. Tidak semacam lagu lama-lama yang bila dengar hampir terentap degup jantung. Lagu sekarang tak best sangat, tak evergreen pula. Lagu kumpulan rock dulu-dulu best-best… Lagu berkumpulan sekarang? Huh!
Saya juga bertambah kagum dengan susunan muzik P Ramlee, dan alunan asli Melayu S. M Salim. Dan b agi saya datuk sharifah Aini adalah legenda yang hidup!
Saya sudah tidak mengikuti arus muzik negara. Saya dah tidak tahu siapa pemenang anugrah muzik yang diadakan. Bila ada lagu yang baru meletup saya lebih banyak mengkritik daripada menghayati nikmat lagu tersebut. Malah pernah saya kata `Huh! Lagu gini buleh menang?.’’
Saya dah mula banyak tertanya-tanya apa tujuan kehidupan? Bila saya terjaga di sepertiga malam, saya perhatikan di sekeliling bilik…. Timbul perasaan halus…, (bukannya perasaan hendak buat seks atau apa-apa). Saya bukannya rasa sunyi… payah nak terang, saya rasai satu desakan untuk mencari jawapan...apakah tujuan kehidupan ini…?
Saya sudah semakin kagum, sayangi dan hormati kedua ibubapa saya. Mereka berjaya memelihara 4 orang anak dengan berjayanya… saya semakin risau saya akan kehilangan mereka… Kalaulah ada sayap tentu saya terbang balik ke kampong halaman saya di Besut, Terengganu…jumpa mereka. (tapi apakan daya saya hanya ada spare tyre di badan, he he he).
Saya semakin redha, saya semakin member jalan kepada `angin' yang melalui saya. Saya tidak menyekatnya lagi… saya lebih suka mengikut arus dari menentangnya…
Di kamar tidur, saya sudah turunkan lukisan tiga perempuan bogel yang saya beli di Bali…
Jan: Apa sebenarnya?
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (13)
- POLITIK (3)
- PUISI (13)
- Politikus (18)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)
- dari skrin... (28)
- kewangan (68)



