"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, March 31, 2017

Thursday, March 30, 2017

Kisah telur masin dan seorang mahasiswa UM (era 90an...)

Asrama Seksyen 17, Universiti Malaya...(abaikan aurat)


Universiti Malaya terletak di kawasan bandar, maka kos sara hidup di universiti ini adalah tinggi. Sekarang ini kos sara hidup lebih tinggi seiring dengan pembangunan ekonomi yang pesat.

Lebih kurang 25 tahun lalu seorang pelajar yang agak handsum tapi naif (he he he) telah berjaya melanjutkan pelajarannya di UM. Sebagai seorang budak kampung yang tak ternoda, (tidak bermakna pula budak bandar semuanya ternoda), beliau mendapati perbelanjaan harian adalah mahal berbanding di kampungnya.

Beliau bukanlah pula tergolong dari keluarga yang berada, namun ayahnya tetap mengirim duit belanja tambahan setiap bulan. 

Pernah beberapa kali beliau bertelagah dengan mak cik kantin/cafe kononnya makcik kantin/cafe itu tersalah kira (sebab jumlah bayaran makannya mahal). Terpaksalah mak cik kantin yang tak berdosa itu memperincikan bahawa seekor uudang itu adalah 80 sen harganya, dan kalau di kali 3?. Budak handsum itu tersipu malu di hadapan pelajar-pelajar lain yang turut beratur untuk membayar harga makanan. Bertambah malu ada pelajar-pelajar perempuan buat-buat senyum kambing. Namun nasib menyebelahinya sebab pelajar-pelajar perempuan yang beratur tersebut taklah lawa sangat...(he he). beliau hanya malu kepada perempuan yang lawa sahaja. Pelik.

Namun dalam kepayahan tersebut beliau tetap pergi menonton wayang, melawat zoo negara, masjid negara dan lain-lain, dan juga membeli kaset (album) seperti kebanyakan pelajar lain pada era itu. Bagaimana caranya beliau berjimat?

Caranya beliau berjimat cermat dengan memperuntukan hanya RM10 setiap hari. perbelanjaan harian tidak boleh lebih dari RM10 sehari termasuk segalanya (tambang bas, makan pagi, tengahari dan malam). Jika makan pagi terlebih mahal, makan tengah hari dikurangkan lauknya dan begitulah ejustmen dibuat. 

Kehidupannya sinonim dengan lagu-lagu Sharifah Aini (arwah) dan maggie. Lagu-lagu Sharifah Aini dan maggie tak dapat dipisahkan dalam hidupnya...ibarat Che ta dengan bulu mata, atau pembangkang dengan GST.

Kadang-kadang beliau membeli telur masin sebiji, dikerat dua untuk dua kali makan. Sebelah untuk tengahari dan baki sebelahnya untuk malam hari. Kejadian ini berlaku apabila loan dah nak habis...(baca dengan nada sedih...dan insaf). Beliau makan dengan nasi yang ditanak. Beliau begitu berjimat...mungkin sebab itulah terjawab mengapa kini beliau boros...(he he he mungkin kes balas dendam...).

Untuk berjaya beliau sabar dan sematkan di hati bahawa ersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian...

Beliau uga percaya makan banyak-banyak dulu, kemudiannya baru bersenam. he he he.

Jumpa lagi...



Dayus yang kita anggap dan dayus yang sebenar...?

Kalau kita membaca berita media cetak terutamannya suratkhabar, biasanya isu dayus dirujukan kepada berita suami pukul isteri atau lelaki yang takut bini. Itu sahaja yang kita fikirkan.

Kalau orang kata jangan jadi lelaki dayus, kepala otak kita terus fikir `aku kena tak takut bini', nanti dayus. Kita lupa bahawasanya dayus adalah isu yang besar dan penting... Ianya lebih daripada pukul isteri atau takut bini.

Minggu ini saya berulang alik ke tempat kerja dengan menumpang seorang sahabat. Di samping mendengar lagu-lagu pop yang lama, saya juga didengarkan/dihidangkan dengan ceramah agama. Ada yang paling menarik saya dengar ialah mengenai status suami dayus.

Saya berpendapat suami dayus sudah menjadi satu gaya hidup yang meluas. Bukanlah saya sedap cakap sebab saya ni tidak ada isteri, namun saya rasa adalah lebih baik kita sama-sama renung serba sedikit. Mungkin bagi setiap individu ia adalah berlaianan. Seperti saya pernah beritahu setiap orang ada scorenya sendiri dengan tuhan.

Selepas mendengarnya (ceramah itu), saya cari bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan dayus, jadi saya kongsikannya di blog ini agar kita dapat sama-sama memetik mananfaatnya. Sedikit sebanyak.


Image result for husband afraid of his wife



BILA LELAKI MENJADI DAYUS? *

Secara mudahnya, kita dapat lihat lelaki akan menjadi DAYUS apabila:

  • Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

  • Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya pulang ke rumah.

  • Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan auratnya terlihat.

  • Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

  • Membiarkan anak perempuannya berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' dan memahami.
  • Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

  • Membiarkan isteri keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

  • Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

  • Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

  • Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Banyak lagi situasi yang boleh digambarkan tentang permasalahan dayus ini. Yang penting, ‘Dayus’ ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya. Namun jika ia berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'Dayus' ke atas dirinya.

* http://jakimsabah.islam.gov.my

Besarnya tanggungjawab lelaki jika mahu menjadi lelaki yang baik. Semua perkara mereka kena tengok kerana ia merupakan tanggungjawab yang wajib. Yang sangat wajib.




Tuesday, March 28, 2017

`Penyakit orang putih?'

ORANG BARAT sudah mulai sedar. Mereka telah berani memberikan definisi baru untuk menerangkan `Apa erti kemajuan dalam sebuah penghidupan?'. Mereka mulai sedar kemajuan sebenar adalah cara jalani kehidupan hari-hari. Tika dan saat ini. Bukan hal akan datang sahaja...

Mereka tidak lagi merujuk `maju' sebagai bini pukul tujuh baru tercongok di depan pintu rumah akibat lewat kerja (sebab pada masa dahulu mereka kata maju bila semakin ramai wanita bekerja). Mereka tidak lagi merujuk suami yang `maju' boleh beri banyak/cukup wang untuk isteri dan anak-anak (sebab dulu mereka ukur kereta besar, rumah besar). Mereka bukan lagi mengukur kemajuan dengan melihat sesuatu yang material semata. Apabila kita di Timur ini semakin rabun membuta, mata mereka mulai mencerah. 

Apalah ertinya `kemajuan' kalau suami jarang berada di rumah (apatah lagi jika isteri tiada di rumah?). Mereka mula berfikir adakah lama masa berkualiti di rumah (bersama keluarga), menyumbang kepada pertumbuhan ketamadunan manusia (dengan kata lain, anak-anak jadi orang). Anak-anak jadi orang itu pula bermaksud tidak manjadi liabiliti kepada agama, bangsa dan negara. Wah!.

Image result for family first quotes
Add caption


Kalau kita sebagai suami rasa lega dan tidak salah bila isteri lewat balik ke rumah sebab mereka bekerja dan tak ada masa, maka ada sesuatu yang tidak kena pada otak kita. Dan kita pada masa tu kalau main kayu dua, tiga, empat, maknanya memang otak kita tidak betul. Sebab ia melukakan hati isteri... Tetapi ini dah jadi suatu kebiasaan. Tidak asing lagi. Terlalu biasa. Malah berita suami/isteri tetap setia sedangkan pasangannya lumpuh, itulah yang jadi luarbiasa dalam masyarakat kita. Tahniah untuk masyarakat kita.

Kita kembali kepada topik posting. saya dah terhurai isu lain. Maklumlah saya penulis amatur sahaja. Bila orang Barat dah mula sayang bumi, kita masih lagi merobek bumi. Bila orang Barat mulai sayang keluarga, kita masih lagi buta... 

Kerjaya dah jadi nombor satu. Dan lebih parah lagi memerahkan (memparahkan) jika si isteri pulak dah menjadisatukan kerjaya sebagai terpenting, bukannya keluarga. tak ada banyak masa untuk keluarga. Keluarga sudah jadi nombor dua di mana si isteri lebih seronok berada di tempat kerja berbanding di rumah!. Jangan hairan, jangan pelik, jangan buat-buat tanya `ya ke?',  jangan buat banyak alasan, jangan. Jangan. Fikir dulu.

Orang putih dan mula sedar, sedangkan kita masih lemas. Namun dalam lemas-lemas paras hidung tu kita masih lagi galak mencipta pelbagai alasan. Bila rumah tangga kita tercemar luar dalam, atas bawah, bila laki/bini buat onar, anak jadi bohjan-bosia...kita salahkan pihak lain. Kita salahkan tanah sebab tinggi-rendah, kononnya kita tak ambil kelas menari. atau jurutari (cikgu kita) mati tercekik tulang itik.

Hakikatnya kita tidak ubati penyakit kita, kita kata itu `penyakit ORANG PUTIH'.

Abang Jan: Food tastes better when you eat it with your family...



Dulu serumah kini seMalaysia...



Gambar di atas adalah dua sahabat saya, yang lebih tua sikit dari saya. Senior sayalah. Gambar di rumah sewa ini bertujuan untuk berterima kasih secara rasmi kerana banyak menolong saya terutama menumpangkan saya ke kuliah dan layan karenah saya yang pelbagai.

Saya bertuah kerana sepanjang perjalanan hidup saya, saya miliki ramai kawan-kawan yang baik, yang akhirnya menjadi sahabat. Walaupun perjalanan dunia memisahkan kami tetapi kenangan tetap harum subur di hati.

Bila melihat album lama ini, saya semakin sedar tuhan telah beri banyak kebahagian, saya tidak patutlah menfokus duka dan hibakan diri kononnya tuhan ignore saya...  saya berani kata kawan-kawan saya sayangkan saya...

Kini kami tidak seakrap dulu walaupun dulu tinggal serumah. Kini kami hanya tinggal seMalaysia sahaja. Saya doakan mereka tabah jalani kehidupan dunia sebab saya rasa dunia ini makin mencabar. Makin mencabar bukan kerana GST, tetapi perubahan sosial budaya terkini.

Sekian...tiada yang kekal...


Tuesday, March 21, 2017

Mengapa pertemuan itu tidak boleh berlaku...?

DUNIA INI ANEH, saya berpendapat tidak ada faedahnya bagi insan yang telah berkawin mahu berjumpa dengan bekas kekasih mereka. Cuba beritahu apa faedahnya?, selain berisiko.

Saya berpendapat (dari pemerhatian dan pertanyaan) sebenarnya ramai yang berkawin dengan pasangan masing-masing setelah gagal dengan cinta nan lalu. Maksud saya mereka bukanlah berkawin dengan cinta pertama mereka. Malah ada yang gagal berkali-kali baru jumpa dengan pasangan mereka ini (dan ada juga terus gagal sampai kini, he he he). 

Perlukah kita berjumpa dengan mereka? Untuk apa? Untuk membandingkan siapakah hidup lebih bahagia? Ini kerana masing-masing sudah ada pasangan dan tiada ikatan dengan kita lagi selain dari ikatan memori yang mesra (yang bahaya, he he he). Namun kita tidak hidup bersandarkan kenangan manis tersebut, kita hidup di depan kita dengan menatap batang hidung pasangan kita dan anak kita... kita sudah berada di tempat lain...

Kita sudah diberi peluang untuk hidup bersama...kita/dia saja lepaskan peluang tersebut... Dan ianya sudah menjadi sejarah. takdir.

Bimbang nanti asmaradana bersemarak kembali dan menggugat keharmonian rumahtangga yang kita miliki. Janganlah kita membuka ruang kepada ruang yang bukan berhak.

Cuba tanya balik  kepada diri sendiri `Apakah dan bagaimanakah bentuk perasaan kita bila kita tahu pasangan kita mahu/telah berjumpa dengan bekas kekasih lamanyanya itu?

Semoden mana manusia, ada dalam beberapa perkara dia tidak akan bersifat rasional atau modern...


Image result for ex quotes

Jangan pula nanti kita sesali pertemuan yang sepatutnya tidak berlaku lagi itu...


Abang Jan: Teringat lagu Ariswatan...

Bini orang...

Image result for sofa L


Saya tidak ada bini dan tidak pernah ada bini. Dalam umur 47 tahun, `lelaki biasa' biasanya akan ada bini (atau bini-bini) dan anak-anak, tetapi bukan saya. Tapi bukanlah pula bermakna saya lelaki luarbiasa. Tidak. Tidak sesekali.

Walaupun tiada bini, pasa setiap hari saya lebih terdedah kepada bini-bini orang. Hanya beberapa jam sahaja, apabila saya berkuliah saya akan terdedah kepada anak dara orang. Namun dalam suasana kelas tidaklah dapat saya tentukan yang masih berdara atau sebaliknya. Itu bukan kerja hakiki saya.

(Pada perenggang ketiga ini barulah saya berhasrat nyatakan tujuan posting saya ini). Saya nak beritahu bahawasanya kata-kata orang yang `bini orang kelihatan lebih mengancam berbanding dengan anak dara' ada juga benarnya.

Ini hanya satu pandangan di mana saya dapati cara mereka berpakaian lebih manis, make up manis, senyuman manis dan tunduk mereka manis. Semuanya manis-manis. Mungkin apabila sudah bekerja dan bergaji mereka boleh beli gincu dan baju yang menarik.

Percakapan mereka juga nampak halus, teratur dan lembut...

Namun tidaklah boleh kita menjalinkan hubungan dengan bini orang. Walaupun seseason mana bini kita di rumah, tidaklah boleh dibenarkan kita ada hubungan dengan isteri orang walaupun kita sukakan mereka. Suka giler.

Namun suka-menyuka ini soal hati. sebab itulah agaknya selalu saya terdengar cerita bini orang dan laki orang ada skandal. Ianya sudah tidak `hairan' di telinga saya. namun ianya adalah isu besar pada yang terlibat. Walaupun ianya tidaklah sebesar scandal BMF pada tahun-tahun 80an.

Saya sedap cakap sebab saya tidak diuji sebegitu rupa. Namun setakat ini kalau bekas kekasih saya yang sudah berkeluarga nak jumpa pun saya tidak mahu. Saya masih sayang tetapi apalah gunanya berjumpa sebab dia sudah berkeluarga dan membiak.

Kalau jumpa pun tentu saya tidak dapat kawal diri (sebab masih ada perasaan). Saya bukannya baik sangat. Mungkin saya akan mintak sesuatu yang dia tidak boleh beri dan saya sendiri tahu dia tidak dapat beri...

Dan hari-hari berlalu saya akan sentiasa jumpa bini-bini orang. Saya harap saya tidak akan terjebak atau dijebak.

Laki orang macam mana pula?

Abang Jan: Perempuan yang cantik dan cute tu biasanya bini orang...he he he.

Monday, March 20, 2017

Bagaimana orang tua sepatutnya memilih baju?

Serius...

Serius giler


Sebentar tadi seorang sahabat menghantar dua keping gambar saya sedang bekerja. Saya terkejut melihat gambar itu kerana dalam gambar tersebut saya kelihatan terlalu tua. Dengan tidak senyum dan tidak diedit, saya kelihatan seperti mempunyai anak yang berada di sekolah tinggi!.

Saya akui saya akan kelihatan sangat tua apabila saya berada dalam keadaan kerja. Serius giler! Baju saya juga tidak menarik! Tidak ada warna atau corak yang menonjol... 

Kita tidak nampak kedatangannya secara jelas. Sebabnya kita jalani kehidupan seperti biasa. Rutin kita tidak banyak berubah dalam banyak cara dan bentuk...tetapi dia tetap datang... secara perlahan tapi sangat pasti. Ketuaan...datang dengan sangat perlahan sehinggalah:

Ahad lalu, pada satu kejadian, saya terpaksa mengaku saya sudah tua. Saya tidak pedulilah berapa had umur yang PBB (Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu) berikan definasi tua. (The United Nations has agreed that 60+ yaers may be usualy denoted as old age... ) tetapi buat seketika itu saya berasa amat tua... Saya terasa satu tamparan samar bayanganb hinggap ke pipi saya.

Di Pakson, ECM tersebut, saya jatuh hati pada sehelai baju yang saya rasa sangat menarik, Saya amat minat dan sangat cantik, dan morden. Melihat kepada harganya, saya mampu bayar! Ketika mahu mengangkat baju tersebut barulah saya sedar ramai remaja di sekeliling saya. Dan barulah saya bertambah sedar baju-baju tersebut adalah baju-baju yang berfesen `remaja'. He he he. Saya tersalah departement...he he he.

Saya sudah berumur 47 tahun, beruban rambut (tak ketara) dan janggut (separa ketara), juga misai (ketara). Kehandsuman saya jatuh merudun ke tahap sisa 25%. Melihat kepada remaja yang belek saja tapi tak beli (mungkin sebab tak ada duit) tadi, saya terus sedar jika saya pakai pakaian itu memang tidak bersesuaian. Saya akan kelihatan seperti lelaki pertengahan umur yang yang tidak mahu melepaskan status remajanya. 

Saya bukan remaja lagi. Sebab itulah memilih pakaian sudah menjadi so complicated...

Semasa kita muda remaja kita boleh pakai hampir semua jenis baju yang bersesuaian di pasaran. Segala-galanya nampak stail dan berfesyen (tetapi masa tu kita tak ada duit). 

Kita pakai apa saja orang kata itu trend dan tidak dikutuk. Sebenarnya saya pun pernah mengutuk (selalu kot) apabila melihat orang dewasa masih tidak mahu melepaskan fesen remajanya (kalau kita pergi ke pusat beli belah atau pesta, kita boleh jumpa ramai kelompok ini).

Saya keluar dari Pakson tersebut dengan satu azam yang baru. Saya tersenyum puas. Bukanlah saya nak ubah cara berpakaian tetapi perlukah saya berpakaian lebih konservatif, kurang warna yang menonjol, kurang corak yang menarik perhatian, less edge, kurang menampakan pembrontakan dalam jiwa. He he he. Kurang segala-galanya... perlukah?

Kalau ada orang tanya "Bagaimana orang tua memilih baju?"

Saya akan jawab, `Ia sangat kompikated, tapi apa aku peduli?"...

Pulak...





Pesta Buku Popular, Zenith, 2017


Akhirnya saya berjaya ke Pesta Buku POPULAR 2017 di Zenith. Sebelumnya saya tidak berjaya sebab saya terlalu awal dari tarikh pesta tersebut. he he he.

Salah satu tempat yang saya suka selain tepi pantai, kedai makan dan nurseri pokok-pokok, saya suka ke pesta buku.

Maaf Picoult sebab tak beli buku ni, yang last beli tak baca lagi...hu hu.

Saya tetap membeli buku walaupun ada lagi buku yang saya baca. Payah sangat saya nak celah masa baca buku sebab kononnya saya sibuk.

Hidup tidak membaca amat rugi...(bagi sayalah).

Pesta-pesta-pesta...

Tapi jujur cakap, sampai kini saya tak jumpa sebuah buku yang menyentuh jiwa saya, yang saya baca berulang kali...

Emmm...mungkin belum lagi.

Thursday, March 16, 2017

Kong: Skull Island (2017): King Kong masih lemah dengan perempuan cantik!





Sebenarnya banyak pengajaran bagi perempuan apabila melihat filem king Kong. Menjaga bentuk badan dan kecantikan adalah penting bagi perempuan. King Kong tak `sampai hati' nak makan kalau rambut `blonde' dan ada `rupa'. He he he.

Minggu lalu saya pergi tengok wayang lagi. (Pertama kali saya pergi tengok filem King Kong masa saya umur 6 tahun. Posternya di bawah).

Image result for king kong 1976 official poster
Poster 1976

Pada masa tersebut pergi tengok dengan emak dan ayah, dan juga adik lelaki saya. Saya sangat takut melihat King Kong. kemudian saya gembira apabila ayah beli baju Tshit gambar King Kong.

Kini King Kong lebih besar saiznya dari dulu, lebih ganas dan lebih berani. dengan kesan khas yang berteknologi tinggi nampak `hidup' sangat king Kong tersebut. Namun...dari satu segi King Kong tetap sama. Dia tetap tak makan wanita cantik...



Image result for king kong 1976 jesicca lenge
Jesica lenge 1976, seksi... King Kong tak makan.


Image result for naomi watts king kong hair
Naomi Watts 2005, rambut cantik... King Kong tak makan

Image result for skull island king kong Brie Larson
Brie Larson 2017, mantap!...King Kong tak makan

Namun dalam King Kong terbaru ni, King Kong tak berapa layan sangat wanita cantik, mungkin dia takut terganggu kosentrasinya sebab lepas ni dia nak lawan Godzilla pulak. Khabarnya filem King Kong vs Godzilla tu tengah buah dah...

Sebab tu kot dalam filem terbaru ini King Kong tak mati...(tak sedih pun cerita ini)


Wednesday, March 15, 2017

Bila matahari datang, mimpiku kecundang... (cinta yang telah hilang dariku)



"Kerana langkahku makin kaku, tubuhku makin layu, ajaklah aku menari.... 
Biar kita menari atas  bulan tak jejak bumi...
walau tiada warna pelangi, kau berseri...
Kau warnakan lriknya, aku cipta irama...
aku cipta langkah, kau lembut lenggokannya..."

Ya tuhan, jangan datangkan matahari....




Image result for dancing in the dreams

Saya memang tidak pernah menjaga aurat...

Petang semalam semasa di bandar, saya ternampak beberapa orang lelaki remaja berseluar pendek. Kependekan seluar tersebut sehingga ke separuh betis. Maknanya mereka tetap menutup aurat.


Image result for aurat lelaki

SEBELUM ini saya tidak pernah merasakan menjaga aurat itu penting semata-mata saya lelaki. Selamba badak saya (ketika zaman remaja) berseluar pendek. Menayang paha sesama lelaki dan perempuan. Saya selesa begitu. Saya tidak rasa lelaki berseluar pendek itu seksi dan membahayakan rukun negara.

Jika nak berjalan jauh dan beria-ia, barulah saya pakai seluar panjang. He he he.

SEKARANG ini saya lebih suka berseluar pendek yang menutup lutut saya. Entah mengapa saya ke arah itu. Saya sudah kurang selesa berseluar pendek di atas lutut terutama apabila ada orang lain. Walaupun orang lain itu lelaki...

Mengapa yea? Adakah kerana faktor umur? atau faktor agama? Haaa...

Isu saya memakai seluar pendek yang sangat pendek itu pertama kalinya muncul dalam hidup saya apabila saya tinggal di asrama UM, Seksyen 17. Di mana saya adakalanya berseluar pendek. Dan ia menjadi isu apabila rakan `tabligh' datang ke bilik. Asrama ini sebenarnya rumah flat yang ada 3 bilik, ruang tamu dan dapur.

Saya masih ingat lagi mamat sorang ni (saya panggil mamat janggut) suka datang bilik ke bilik untuk memberi `ceramah' tentang agama. Rimas sungguh.

Pernah suatu hari semasa saya sedang basuh pinggang sambil dengar walkman dia datang nak berceramah. Malas betul saya pada masa tersebut. Bagi saya dia tak ada kerja lain ke? Mungkin jurusan dia tak sesukar jurusan saya sebab itu dia ada masa. Ada banyak masa nak berceramah. Sedangkan saya nak buat matematik lagi, graf lagi dan sebagainya. Tutorial bagai...

Kalau saya nampak dia terlebih awal di aras 2 tu, tentu saya tutup pintu. He he he.

Dia berceramah bahawa orang lelaki pun ada aurat-aurat tertentu. Macamlah saya ni tak tahu hukum hakam. Lagi pun setiap orang ada scorenya sendiri dengan tuhan. Itulah pemikiran saya pada masa tersebut.

Dia berceramah panjang lebar sehingga saya rasa sangat berdosa macam buat seks tanpa kawin dengan tujuh orang perempuan tak cantik sekaligus. Dia buat saya rasa sangat berdosa.  Namun kesannya tidak pula saya insaf. He he he.

Tetapi itu dulu. Masa berlalu, saya tidak lagi handsum dan tegang seperti dahulu... tahun berganti membawa kekejaman pada fizikal saya. Sekarang saya rasa budak janggut itu telah buat apa yang sepatutnya dia buat. Yang saya tak terdaya fikir nak buat. Dia sampaikan dan ingatkan saya (walaupun pada masa itu tak berkesan tetapi setidaknya melekat cerita itu di minda saya sehingga ke hari ini. he he he).

Masa memang banyak merubah fizikal kita dan `bijaksana' kita. Masa muda pakai apa sahaja nampak elok tergantung, melekap di badan. nampak selamba dan menarik. Nampak serba kena. Bila umur memanjat kita dapati kita mula kena memilih dalam berpakaian sesuai dengan umur dan status kita... Dapat saya simpulkan saya sudah agak berhati-hati dalam isu berseluar pendek ini. He he he.

Namun saya tidak berapa pasti perubahan ini sebab saya semakin tua ke atau sebab agama?

Emmm...

Monday, March 13, 2017

Akibat isteri keluar rumah...?

KADANG-KADANG betullah apa yang dikatakan oleh orang tua kita yang tempat seorang isteri itu adalah di rumah. Berada di rumah. untuk menguruskan hal rumahtangga dan perkara yang berkaitan dengannya. (dan sebenarnya dalam agama dan nilai moral manusia, ia juga adalah sebaik-baiknya).

Dan mungkin juga tidak semua perempuan terus dapat bertahan `cerdik' apabila berada di luar rumah...yang penuh cabaran.

Istilah `bekerja' itu saya tidak mahu guna sebab isteri yang tinggal di rumah menguruskan rumahtangga adalah juga bekerja. Jadi saya guna istilah `bekerja di luar rumah'.

Isteri keluar rumah untuk bekerja. dan mereka keluar rumah untuk bekerja kerana mahu menolong meningkatkan taraf hidup rumahtangga. Ini bukanlah suatu yang salah. Bukan untuk kepentingan diri semata-mata. Cuma ada yang tersalah langkah...

Dalam agama islam, tidak dilarang isteri keluar rumah untuk bekerja (tertakluk kepada syarat-syarat dibenarkan syarak) untuk membantu suami TETAPI tanggungjawab sebenar menanggung nafkah isteri dan keluarga masih tetap berada di atas batu jemala suami. 

Namun tentu ada hikmahnya kenapa isteri mesti memaklumkan dan meminta izin untuk keluar rumah. Ini tentulah kerana tempat isteri itu sebenarnya adalah DI DALAM RUMAH TERSEBUT.

Tidaklah boleh atas nama pembangunan dan sebagainya isteri MESTI keluar bekerja. (Apakah nama pembangunan atau kemajuan hidup jika pukul 6 petang isteri masih lagi tiada di rumah?).

Memang arus perubahan dunia adalah kuasa tuhan tetapi kita harus lihat semula kepada intipati yang sebenar-benarnya agar masyarakat kita tidak tersasar jauh.

Masyarakat kita menjadi semakin pelik. Ada banyak kejadian si isteri yang tidak bekerja di luar rumah dipandang rendah oleh mertuanya. malah masyarakat sendiri mengajar anak mereka mencari isteri yang berkerja (di luar rumah). Entahlah...apa nak jadi.

Apabila seorang perempuan berada di luar rumah, atas alasan belajar atau bekerja ia sebenarnya terdedah kepada pelbagai risiko fizikal dan juga batin. yang mana yang berjaya sebenarnya membuat satu pengorbanan besar dan yang kecundang kerana tidak berdaya menahan `dedahan' kepada dunia luar...adalah kalah.

Tapi kalau jahat tu, jahatlah jugak walaupun jadi suriumah sepenuh masa, dan kalau yang baik, baiklah jugak walaupun berkerja di luar rumah...

Tepuk meja, jawab sendiri...

Image result for working housewife








Tanggungjawab 

Monday, March 6, 2017

Bandar Sungai Lembing: Biar putus tak bersambung lagi...

Sedari dulu tidak sedikit pun aku terima kasih dan sayangmu...



Hari ahad lalu nak ke Psta Buku di zenith ...tapi bila di jalanraya terpangpang mula 17 mac, terus saya ubah plan ke Bandar Sungai lembing...

Bandar Sungai Lembing ini adalah bandar lama yang semakin dibarukan semula. tempat lama membawa saya ke satu daerah yang puli...(pulak dah).

Saya semakin sedar kerana saya hidup penuh dengan cinta dan kasih sayang. Terima kasih semua.

He he he...



Friday, March 3, 2017

Image result for monster calls quotes

Cerita lawak pasal kecantikan

Image result for famous quotes king kong


Pada masa remaja dulu saya pernah bertanya pada kawan saya (yang tidak handsum) akan perempuan yang macam mana dia nak? Mungkin kerana dia tidak handsum dia kata " `Yang sedap mata memandang'.

Sebelum tu dia ada beritahu yang tidak ada perempuan di UM yang nak kan dia. Dia siap beritahu yang dia tidak seperti saya. Katanya saya ramai orang nak...[sebenarnya tak ramai mana, dua tiga orang sahaja termasuk di falkuti sastera].

Pada masa tersebut tidak penting bagi saya samada ada perempuan yang hendak atau tidak kepada saya. Tetapi rupanya penting bagi beberapa kawan-kawan lelaki saya. Namun secara purata saya dapati tidak ramai kawan saya yang berpasangan pada waktu itu. Mereka belajar sahaja. Setahu sayalah.

Orang lelaki bila dia cakap yang sedap mata memandang tu maknanya cantiklah. Dan cantik bagi mereka tidak gemuk, putih dan sebagainya. `Sebaga'inya tersebut bermula daripada `hanya sedap mata memandang'. He he he.

Semalam saya lihat cerita King Kong. King Kong lelaki tersebut suka kepada perempuan yang cantik. Di mana cantik itu rujuk kepada putih dan kurus.

"Sedangkang King Kong suka yang putih dan kurus, sebab itu ia tidak makan perempuan itu". Terdetik di hati saya kerana biasanya King Kong itu kan makan bila diberi perempuan orang asli yang tidak cantik.

Lawak pun ada kan? Lawak sebab wahima King Kong pun suka yang cantik..dan spesis lelaki tak kiralah manusia atau pun beruk, suka yang cantik...he he. Bertambah lawak.

Sedih pun ada...sedih sebab King Kong mati...

Image result for king kong 2005 quotes


Cerita ini ada sesuatu yang nak beritahu kat kita...tapi macam biasa kita buta dan tuli...


Thursday, March 2, 2017

Bukan keseimbangan dunia yang sempurna.



Saya suka sekali membaca kata-kata FB di atas. Saya percaya pada zaman sekarang tidak ramai yang hidup bahagia kerana mereka mahu jadi seperti orang lain.

Saya sentiasa percaya setiap orang sama pentingnya. Sama ada dia kaya atau miskin. Orang kaya perlukan orang miskin. Orang miskin perlukan orang kaya.
Orang kaya yang mahu jadi manusia budiman perlu menolong orang miskin. 
Dalam agama, orang miskin akan menyebabkan orang kaya mendapat pahala. Maksud saya bila orang kaya tersebut membantu orang miskin.

Apabila saya melihat kawan-kawan, atau manusia `sesat' dalam kehidupan, saya rasa sangat sedih... Mereka sepatutnya sedar dan tahu kudrat manusia berbeza dari banyak segi. Saya pernah dilayan acuh-tidak acuh kerana saya tidak kaya. sampai hari ini saya masih teringat peristiwa di rumah besar itu. Pada masa itu saya kesiankan diri saya sebab tidak kaya. tapi pada masa sekarang saya kesiankan mereka kerana tidak kayanya pemikiran mereka. He he he.

Semua orang jadi kaya bukanlah suatu keseimbangan dan matlamat dunia yang sempurna.

Sekian.

Mohamed Zain Shamsuddin



Image result for filem bukit kepong

SEMSA kecil saya menangis tengok filem Bukit Kepong. Dari filem ini saya mulai kagum akan askar dan membenci komunis. Saya berpendapat filem ini akan terus subur dan menjadi pemakin kepada nilai sayang negara pada generasi muda kita pada tahap kanak-kanak lagi. Mukan senang nak tanam nilai ini... Saya sarankan pihak sekolah (sekolah rendah) patut tayangkan filem ini untuk menyuburkan semangat sayang negara pada tahap awal. Ini dapat membentuk minda yang jernih dan hargai tanah yang kita pijak.

Bila dewasa saya masih suka tengok filem Bukit Kepong kerana ia dilakonkan oleh ramai pelakon filem lama. Ia sebuah filem yang baik dengan tema yang besar dan ikhlas. Bukan jenis filem spesis  `Lakiku paling hot'. Filem-filem sekarang bertemakan berebut `apam' dan `batang buruk' hanyalah popular semata. Maaf tulis.

Balik dari simposium ekonomi semalam, saya diberitahu media FB, Jins telah tiada...pada usia 82. Terus saya teringat filem Bukit Kepong... Saya teringat Jins pegang senapang duduk di bawah rumah (kubu) melawan komunis. Saya juga ingat dia (Si Tanggang) derhaka kepada Seniwati Normadiah ( Dermai - emak Si Tanggang). Saya teringat Jins jadi batu.

Related image
Add caption

Saya tidak berhasrat mengulas betapa besarnya sumbangan Jins kepada negara. Saya hanya menulis saya minat beberapa filem lakonan Jins dan filem-filem arahan Jins, ada moral yang besar. Bukan sekadar filem. Contohnya moral dari filem siri `Esok'nya tersebut.

Kepada saya, Jins ada stailnya yang tersendiri apabila berlakon, boleh mengarah (pengarah terbaik). mengarah filem yang baik.

Image result for jins samsudin
Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin 


Dikatakan Jins seorang yang dedikasi dan serius. Jadi tidak hairanlah beliau berjaya menyiapkan PHDnya dalam masa setahun sahaja, sedangkan sepatutnya tiga tahun. Hal ini diceritakan sendiri oleh isteri beliau.

Beliau dapat PHD di Konvoikesyen yang ke 23, UUM. Jangan kata orang seni tidak mampu untuk berpendidikan formal yang tertinggi. Jins juga mendapat gelaran `Tan Sri' pada hayat hidupnya (2007).

Filem lakonan
Beliau telah melibatkan diri dalam 40 buah filem sejak tahun 1956. Filem-filem lakonannya seperti berikut:-.
0 Matahari – (1951) – (Pelakon Pembantu)
0 Kaseh Sayang – (1957) – (Pelakon Utama)
0 Pancha Delima – (1957) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Suria Kencana)
0 Azimat – (1958) – (Pelakon Pembantu)
0 Sarjan Hassan – (1958) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Aziz)
0 Anak Pontianak – (1958) – (Pelakon Utama)
0 Dandan Setia – (1959) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Tengku Dandan Setia)
0 Lela Manja – (1960) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Megat Komeng)
0 Megat Terawis (1960) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Megat Sari)
0 Si Tanggang – (1961) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Tanggang)
0 Indera Bangsawan – (1961) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Indera Bangsawan)
0 Neracha – (1962) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Rahman)
0 Lubalang Daik – (1962) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Sinkip Anak Juragan Bagus)
0 Batu durhaka – (1962) – (Pelakon Utama)
0 Darah Muda – (1963) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Yazid)
0 Bidasari – (1964) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Tengku Indera)
0 Sayang Si Buta – (1965) – (Pelakon Utama)
0 Gerak Kilat – (1966) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Jefri Zain)
0 Kacha Permata (1966) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Hamzah)
0 Bayangan Ajal – (1968) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Jefri Zain)
0 Kanchan Tiara – (1968) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Kanchan)
0 Jurang Bahaya – (1968) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Jefri Zain)
0 Bukan Salah Ibu Mengandung – (1969) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Agus)
0 Di Belakang Tabir – (1969) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Osman dan Karim)
0 Menanti Hari Esok – (1977) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Cikgu Talib dan Jalil)
0 Esok Masih Ada – (1979) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (ASP Zamri)
0 Tiada Esok Bagimu – (1979) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Ghailan)
0 Filem Bukit Kepong – (1982) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Sarjan Jamil Md Shah)
0 Esok Untuk Siapa – (1982) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Jiman)
0 Ali Setan – (1986) – (Pelakon Pembantu) – Watak Sebagai (Tan Sri)
0 Memory – (1991) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Herman)
0 Filem Balada – (1993) – (Pelakon Pembantu)
0 Filem The Deadly Disiple – (2001) – (Artis Jemputan)
0 1957 Hati Malaya – (2007) – (Artis Jemputan)
0 Filem Akhirat – (2008) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Dato’ Shamsudin)

Semoga beliau menjalani kehidupan yang tenang di sana, amin.




Image result for jins samsudin handsome
1935-2017