Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, October 15, 2018

96 Filem Tamil: Bahayanya Reunion!


96 Movie Latest Poster


Cerita mengenai seorang jurugambar (juga seorang cikgu) yang bernama Ram dan seorang isteri yang bernama Janaki. Iannya bermula apabila satu hari, Ram, lalu di hadapan sekolah lamanya, dia singgah masuk ke sekolahnya tengok kelas, tengok padang dan sebagainya. dia juga jumpa seorang pak cik jaga sekolahnya dulu.

Dia mula menghubungi bekas rakan sekolahnya satu persatu selepas melawat sekolah mereka. Kemudian mereka buat group wasap. janji nak buat reunion.

Ram kemudian bertemu kembali dengan semua rakan sekolahnya dalam reunion tersebut. reunion itu mereka anjur sendiri. 

Akhirnya Janaki sampai. Sampai lewat sebab dia duduk di Singapura. Bawa anak sekali. 

Janaki akhirnya jumpa Ram. Mereka sudah 22 tahun tidak bertemu. Mereka ingat kisah-kisah lalu yang jadi kenangan dan ikatan kasih mereka yang kuat sehinggalah mereka berpisah. (Banyak flashback zaman persekolahan mereka dan kawan-kawan. Lucu).

Mereka tahu dalam hati masing-masing mereka masih saling mencintai. Namun, walaupun Ram masih bujang, Janaki kini sudah berkahwin dan ada anak-anak!. 

Janaki perlu membuat keputusan sama ada mahu kembali dengan Ram atau kembali kepada suaminya...


Bahasa: Tamil
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 4 Oktober 2018
Genre: Drama
Durasi: 2 Jam 38 Minit
Pengedar: DMY Creation Sdn Bhd
Pelakon: Vijay Sethupathi, Trisha Krishnan, Varsha Bollamma
Pengarah: C. Prem Kumar




Hati kita tetap akan merindui orang yang kita cintai 
walaupun seluruh anggota lain kita serahkan kepada orang lain...

Tengok 3 filem...




Cerita pertama

Ulasan filem: Kepada saya, tiada ada sesuatu yang baru dalam filem ini. Filem-filem `superhero' begini sudah terlalu biasa. Cuma kali ini ia memperkenalkan Venom...asal usul


Cerita ke dua, 96
Filem yang meruntun sukma. Sedih filem ini walaupun banyak juga yang lucu.

"Bila kita pergi reunion pastilah kita teringat kisah cinta lama, walaupun kini kita sudah beranak pinak...kan?"


cerita ke 3, Project Gutenberg
Filem ke 3 pasal penyiasatan...jenuh juga saya nak memahami cerita ini.

Tetapi tujuan utama tengok mahu lihat wajah terbaru Chow Yun Fat dan Aaron Kwok,

Mereka sudah nampak tua...



Keempat saya nak tengok PASCAL tapi tidak sempat...

Apa ada dengan Mental World Health Run 2018?

Ukiran otak tu kira `mental' la...

1. Ada medal yang unik

Medal ini ada gambar ukiran otak sedang `berjalan', ada kaki. Maksudnya untuk otak kita berfungi kita boleh memilih acara larian sebagai salah satu pemangkin kepada kecedersan fikiran. 

Ini medal kedua yang saya dapat. Yang pertama dulu lari di Pantai sepat dah hilang, kena cari balik. He he he.

Saya ada terbaca di internate dalam jurnal perubatan bahawasanya melalui masa otak kita akan mengecil jika kita tidak bersenam. Maka bila tua nanti bukan sahaja kita sudah tidak seksi tetapi  juga bertambah bodoh. 

Selain medal, saya dapat baju yang warna comel, saya dapat beg kecil ada roti, air mineral, buah dan nota-nota kesihatan. 


Berkumpul dekat bangunan ini.


2. Dapat lihat bentuk fizikal UIA (Universiti Islam Antarabangsa - Kuantan)

Saya dapat masuk UIA, pernah sekali masuk jumpa anak sepupu dulu di sini. Namun kali ini kira raung banyak tempat juga sekeliling UIA ini.

Banyak bangunan cantik, rasa nyaman dan rasa terpelajar. He he he.

Ini larian kedua yang saya sertai selepas larian di Pantai Sepat. Dulu tepi pantai, dan kawasan kampung.




3. Dan yang penting sekali adalah?

Dapat jumpa kawan-kawan  lama dan baru.

Jawapan yang paling tepat di hati saya ialah dapat berjumpa dengan kawan-kawan. Rasa gembira dan ada slot sosial yang mahu di isi. 

Tidak bolehlah kita asyik berkerja sepanjang minggu, berfikir sepanjang minggu. robot pun punah.

Terima kasih kepada Azwa kerana menguruskan larian saya ini. Menempah dan mengambil baju, he he he. Saya sendiri tidak tahu tentang larian ini. Memang saya tidak masuk kalau tidak dimaklumkan.




4. Dapat makan selepas berlari.

Acara ini kena bayar sendirilah, tapi memang lepas berlari kami terima sesi baru untuk lemak-lemak yang dah hilang. He he he. 

Lepas berlari saya makan. Makan dengan Wani dan suaminya Man (Man tak ada dalam gambar, dia pemalu). Mereka belanja. Terima kasih.

Wani dan Man, dan anak-anak akan pindah ke Johor bulan depan. Rasa sedih pula di dalam hati... Bila jauh kebarangkalian nak jumpa bertambah susah. Kawan baik sukar nak cari. Saya dah lama kenal Wani sejak zaman dia anak dara lagi, sehinggalah zaman kehilangan dara kini.

Insyallah saya akan melawat beliau nanti di tempat baru.

Bagus mereka


5. Dapat melihat gelagat makhluk bumi lain.

Ada yang berlari bersama anak bini. Bagus betul mereka. Menanamkan unsur kesihatan dari awal. semoga keluarga mereka sihat selalu.

Ada pasangan yang sedang bercinta berlari berdua. Bunga-bunga berkembangan, beburung menyanyi merdu, dan bala-bla bla bla... Orang bercinta sangat ketara perilakunya.

Ada juga yang sangat gemuk berlari. Bagus, mereka bersemangat kental.

Ada yang berpatah balik...

Ada yang sekejap berlari, sekejap berjalan (macam sayalah tu)

Ada yang berlari sambil main handpone...satu kemahiran baru ni.


Model larian tak berbayar, he he he

Gambar siap sedia.


Jika berpeluang dan yuran penyertaan tidak mahal, saya akan turut serta lagi... Bagus juga acara sebegini. Dapat berada dalam suasana baru. Hari ahad yang bererti.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home