"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, April 29, 2016

Comel lagikah kita pada masa tua nanti...?

Tidak ramai wargaemas yang saya jumpai kelihatan menarik dan bergaya. Rata-rata kelihatan selekeh dan hodoh, seolah dunia sudah tidak lagi menyediakan tempat bagi mereka. Betulkah majoriti kata apabila kita tua kita akan semakin tidak menarik dan jadi hodoh.

Apatah lagi bila sudah bersara mereka tidak berdisiplin. bangun pagi ikut suka dan tidak berpakaian kemas dan berkelakuan seolah tidak tahu apa yang hendak dibuat. Ini disebabkan mereka tidak lagi bekerja.

Saya harap saya akan sentiasa vouge walaupun sudah jadi wargaemas. Pada masa itu nanti, masyarakat Malaysia akan lebih bagus, saya akan dilayan dengan mesra di mana-mana kaunter dan dalam beberapa hal saya hanya perlu bayar separuh sahaja... Saya harus berfikiran positif sebagai warga emas.

Hidup ini banyak sangat sepak terajangnya (yang orang agama panggil cubaan atau dugaan dari tuhan). Sebab itulah kita sentiasa kena bertabah hati bila berhadapan dengan pelbagai karenah manusia. Dan saya percaya kerjaya saya sebagai tenaga pengajar juga menyumbangkan saya kepada menjadi lebih cepat tua...

Saya harap saya akan terus comel pada masa tua, kemas dan semakin bergaya. Namun yang paling saya harap ialah mempunyai kesihatan yang baik dan tenang selalu...

Hari ini hari lahir saya yang ke 46, syukur saya masih lagi merasakan saya gagah seperti kuda liar yang muda, sihat dan bebas.

Abang Jan: Selamat hari lahir untuk diri.






Gambar hanya hiasan...

Wednesday, April 27, 2016

Kawan saya yang bercerai, saya yang `over' lebih-lebih...

Saya nampak kawan saya dari jauh. saya dekati kawan saya dan bertanya sendiri. 

"Kenapa awak tak beritahu saya? Kan saya kawan baik awak juga... Mengapa rahsiakan?" Saya bertanya seolah pegawai penyiasat yang baru tamat kursus latihan menyiasat. Lulus cemerlang.

Tetapi tak kanlah kawan saya tersebut nak beritahu semua orang dia telah bercerai... Saya tengok dia seperti biasa sahaja. Rupanya dah dua tiga bulan... Saya rasa sedih untuk dia.

Dari kawan lain (saya menyiasat), saya dengar dia mengalami penyiksaan jiwa raga sebelum bercerai. Saya doakan hidup dia jauh lebih bahagia bila dia berstatus baru ni. Insyallah nanti adalah balasan menyusul yang akan diterima atas setiap perbuatan, percayalah saya. Percayalah.

Setelah kita khianat kasih sayang orang, tuhan tidak akan pandang kita sama seperti dahulu. Kebahagian kita akan tersukat. Percayalah!

Bercerai bukanlah bermakna hidup sudah terbalik. Kena pandailah pandang dunia yang luas macam saya. He he he.

Setidaknya kita lebih pandai jaga diri. Hargai diri kita yang sangat berharga ini.

Mati hidup balik pun tak akan ada orang yang akan sayangi kita seperti kita sayangi kita sendiri. Bila hujan kita ambil payung, payungkan diri. Bila sakit kita yang suapkan ubat ke mulut... Sebab tulah orang tua selalu berpesan, `Jaga diri baik-baik". Dalam maknanya sebenarnya...

Dan bila saya meraung dalam hujan di tepi jalan nak ke Rompin (macam filem hindi lama) beberapa tahun dahulu, sayalah yang pujuk diri saya yang `bahawa' dalam hujan lebat berhenti tengah jalan adalah bahaya!

Sekarang saya hargai diri saya. Saya bersumpah akan jaga diri saya sebaiknya, saya bersumpah tak akan ada lagi manusia di muka bumi ini boleh sentuh hati saya. Saya kena jaga diri.

Semoga dia tumpukan perhatian kepada menjaga anaknya yang masih bayi itu...


Image result for divorce to be happy


Abang Jan: Bercerai dengan bercinta... hanya tinggal cinta...`ber' dah tak ada... He he.

Membilang duit seringgit-seringgit

Pada hari ini duit seringgit (RM) tidak ada nilai yang besar, jadi baki  duit seringgit kadang kalanya saya kumpul. Saya letak dalam balang kaca.

Semalam saya ambil balang kaca yang berisi duit seringgit tersebut. Balang itu adalah balang antik (kena cerita ke ni?). Saya bilang sambil tengok berita politik di TV3.

Saya dapati, jumlahnya RM324. 324 keping semuanya. Saya cadang untuk buat duit raya.

Raya tahun ini tidak perlulah saya tukar duit seringgit. Saya dah ada RM324 duit seringgit. Saya hanya perlu tukar duit untuk RM5, RM10, RM20, RM50. 


Image result for duit raya

Monday, April 25, 2016

Jungle Book (2016): Kasih sayang keluarga...tiada batasannya





Seekor ibu serigala sangat sayang kepada anak manusia yang dipeliharanya. Segala tindakannya termasuk keresahan hatinya adalah bersifat keibuan. Teringat pula saya kepada kisah masyarakat kita yang ibunya tergamak mendera anak sendiri. Walaupun ada sebab-sebab disebalik membawa kepada penderaan tetapi masyarakat kita masih tidak dapat menerima perbuatan ibu yang mendera anak sendiri.

Kisah filem ini biasa, tertapi tertanam mesej yang amat pekat dan mendalam. Sepanjang melihat filem ini saya dalam keresahan dan otak saya banyak berfikir mengenai permodenan yang terjadi pada masyarakat kita. saya bimbang masyarakat kita menjadi lebih binatang daripada binatang. 

Budak ni (Neel Sheti)  dan adiknya (Grey) pandai betul berlakon!

Sabtu minggu lepas saya membawa anak saudara saya (darjah empat) untuk menonton filem ini. Mungkin ada yang bertanya kenapa tak bawa anak saudara ke masjid? He he he. Samalah kita.

Ya, ini hanyalah filem kanak-kanak tetapi kita boleh lihat dari kacamata dewasa sebab kita dewasa. Bagi saya filem ini adalah filem dewasa yang lebih kompleks walaupun ianya hanyalah `animated' filem. Ia juga boleh diaplikasikan cerita tentang manusia hidup di bandar yang mempunyai tema dan persoalan yang sama.

Filem binatang ini banyak mengajar kita bagaimana menjadi manusia. Kepada yang mahu berfikir.

Saya tidak tahu pasal CGI atau CGK ke, namun binatang yang dianimatedkan dalam filem ini seolah seperti binatang yang sebenarnya. Tidak di`lukis'kan secara berlebihan. Begitu juga dengan lukisan latar filem yang seolah hutan yang digambarkan seolah hidup. Ia memberi satu kelebihan pada filem klassik Disney yang direboot ini. Saya suka.

Saya cadangkan kepada manusia Malaysia untuk ke panggung melihat filem `cerdik' ini, tak kan laaa kita nak tengok filem bodoh atau drama petang bodoh memanjang seumur hidup kita.

He he he.


Antara pelakonnya:

Lupita Nyong'o

Ben Kingsley



Scarlett Johansson


Christopher Walken


Sekian...

The Huntsman: Winter's War (2016): Cinta tak semestinya bersatu!



Saya tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan menonton filem ini sebab pelakonnya Charlize Theron. Dan dua minggu lepas saya ke panggung Megamool, tetapi kali ini bukanlah untuk me`review' filem, tetapi menikmati filem.


The Huntsman Winters War Charlize Theron Ravenna The Huntsman: Winters War Review
Tiadalah yang paling bahaya daripada perempuan cantik yang cerdik dan jahat!

Saya sudah melihat `siri' pertama filem ini, saya terhibur. Saya juga terhibur dengan `siri' kedua ini. Saya tidak hiraukan kritikan yang teruk untuk filem ini (rata-rata saya dapati filem ini dikritik hebat, namun saya tidak peduli).

Dalam dunia ini, tiadalah yang lebih penting (bagi perempuan) selain kecantikan. Dari zaman purbakala lagi kecantikan sangat memberi impak ke atas manusia. Dan impak ini sampailah ke hari ini. Perempuan yang tidak cantik terpaksa bekerja lebih kuat sebanyak tujuh kali ganda kuasa lima berbanding perempuan cantik walaupun mecerdikan mereka adalah sama. Tolong jangan nafi. Contonya ada, si ibutiri Snow White.

Cinta membawa kelemahan dan kehancuran pada jiwa kita. Kita akan dikhianati oleh orang yang kita cintai. Dan ini bukanlah sesuatu yang boleh kita terima dengan mudah. Sesuatu yang tidak harus terjadi...begitulah bila Freya (adik Theron dalam filem ini) patah hati, dia telah membawa diri meninggalkan istana kakaknya untuk membina kerajaan dan askarnya sendiri. Di negaranya itu tiada kasih sayang ditanam kerana ia akan membawa kepada kelemahan. Pada askarnya (yang diculik dari kecil dan dibesarkan sebagai pahlawan), mereka juga dilarang bercinta!

Dan seterusnya kita boleh agak laaa...akan ada askarnya bercinta dan malapetaka yang datang...dan cerita berkisar tentang peperangan dan sihir menyihir.

Saya rasa berbaloi apabila melihat pasangan bercinta menderita, terpisah dan merana! Saya suka melihat heronya merana dalam diam, mabuk-mabuk bernyawa tak bernyawa. Saya merasakan kepuasan yang tinggi...namun saya kecewa apabila akhir cerita terlalu streotype... Tapi tak apa (saya bisikan pada hati saya) saya percaya suatu hari nanti akan ada cerita yang sebetulnya, penamatnya mengembirakan saya.

Cinta tak semestinya bersatu!

Sekian...


Friday, April 22, 2016

Memangkas Brazillian Ironwood

Selepas dipangkas

Saya telah mula menjalankan kerja-kerja pemangkasa pokok Brazillian Ironwood kerana ia sudah menjadi amat tinggi dan menghala ke rumah jiran.

Pokok ini jenis kayunya sangat keras, saya menggunakan kudrat yang ada menyebabkan saya letih. Saya melakukannya sendiri sebab hendak cari tukang potong, bimbang upahnya mahal. jadi sayalah tukang tersebut.

Dalam masa dua tiga tahun lagi taman saya ini akan matang...

Dengan kehidupan yang seharinya rasa sekejap sahaja  ini, setidaknya saya dapat melarikan diri ke satu tempat yang nyaman dan tenang.

Masa mula tanam...(Gambar dari fail)


Gambar dari fail

Thursday, April 21, 2016

LELA MANJA ALBUM TERBAIK SHARIFAH AINI - Mahzan Musa



Lela Manja
Sharifah Aini & Hamzah Dolmat

Produksi: 1979 (EMI)...Album `Klasik' 70an
Label: EMI-EMGS 5533
Format: Vinyl, LP, Album
Country: Malaysia
Released: 1979
Genre: Folk, Tradisional, Malay Pop Ballad (Pop Balada), Vocal.















LELA MANJA ALBUM TERBAIK SHARIFAH AINI

Di dalam album ini termuat sebelas buah lagu dalam rentak dan irama Melayu asli. Ia merupakan satu-satunya album lagu Melayu yang diusahakan berlandaskan pola, gaya lagu Melayu asli.

Empat karyawan yang mahir dengan seni lagu-lagu Melayu asli- Hamzah Dolmat, Alfonso Soliano, Harris Harun dan Arshad Ismail bersama biduan Sharifah Aini membentuk gandingan perdana dalam penerbitan album “Lela Manja”. Gandingan perdana ini memperlihatkan Alfonso Suliano bertindak sebagai penerbit. Raja Biola Malaysia, Hamzah Dolmat menerajui seni lagu melalui gesekan biolanya yang turut juga menurunkan senikata bagi semua lagu dalam album “Lela Manja”.

Album “Lela Manja” sememangnya mengukuhkan dimensi repertoir Sharifah Aini sebagai penyanyi serba boleh. Kemerduan vokal Sharifah Aini membangkitkan semangat, nurani jiwa lagu. Lenggok, patah lagu biduan Sharifah Aini gayakan dengan penuh penghayatan dalam ketrampilan seni.

Kehebatan vokal biduan Sharifah Aini mendendangkan lagu jika diukur pada tujuh kriteria dari segi kejituan, lenggok, sebutan, kawalan suara, penghayatan, julat suara dan kelunakan memang indah lagi mempersonakan. Sebutan lirik lagu Sharifah Aini pada lagu-lagu “Lela Manja” menyuguhkan kejelasan tepat pada setiap diksi. Kejituan sebutan, serta kesinambungan nafas apungan Sharifah Aini bertahan menjadikan vokalnya kedengaran besar, mantap lagi bertenaga.

Sewaktu menyanyikan lagu-lagu “Lela Manja” Sharifah Aini kedengaran seolah bercerita mengisahkan pengalaman “psyche” Melayu sepenuh rasa. Khalayak diasyikan dengan rindu dendam kesan persona suara berlagu Sharifah Aini. Suara nyanyian Sharifah Aini seimbang antara lagu dan irama. Kurang kedengaran irama lagu menakluk suara dan/atau suara menakluk irama lagu.

Hamzah Dolmat yang menghalusi lagu-lagu “Lela Manja” turut mengindahkan irama lagu bersama biduan Sharifah Aini. Gesekan biola Hamzah Dolmat kedengaran dalam suasana nada dramatik, beralun lembut, memuncak, tinggi mencelah, menyampuk, gemalai, bersambung-sambung beriringan berkumandang menebarkan keindahan irama lagu-lagu Melayu asli “Lela Manja”. Bersama paluan rebana, tabuhan gong, petikan mata piano melaraskan pesona tempo lagu. Tiupan seruling turut menyisipkan irama lagu.

Tinjauan dari aspek tingkah laku memperlihatkan lagu-lagu dalam album “Lela Manja” ada unsur “psyche” dan pandangan alam Melayu secara berlagu. Lagu-lagu asli “Lela Manja” adalah cernaan akal, semangat Melayu. Simbol, perlambangan dan metafora Melayu terkandung menerusi gaya seni lagu dan seni kata lagu dalam album “Lela Manja”. Interaksi fizikal, psikologikal dengan persekitaran alam Melayu diringkaspadatkan oleh pencipta asal lagu-lagu asli “Lela Manja” secara berseni menerusi sebelas buah lagu. Lagu-lagu ini menyisipkan pesan, amanat, nasihat untuk dijadikan pedoman dengan memuhasabah perlakuan menerusi kaedah introspeksi ke dalam diri.

Kehebatan tradisi lisan menjelma menerusi semua lagu-lagu dari album “Lela Manja” yang mengabungkan unsur pantun, syair, gurindam, seloka, peribahasa, kiasan perbendaharaan Melayu yang saling berbaur dengan irama lagu.

Sebagaimana dengan tradisi lisan sastera Melayu yang tidak diketahui siapakah pencipta, pengubah asal, begitu jugalah dengan kesemua lagu-lagu asli dalam “Lela Manja”. Pencipta, pengubah misteri lagu-lagu Melayu asli ini menjadikan lagu-lagu Melayu asli berada dalam kedudukan istimewa yang boleh dikongsi bersama oleh mereka yang berada di alam Melayu. Konsep perkongsian misteri ini kiranya adalah antara ciri yang menjadikan lagu-lagu Melayu asli “Lela Manja” indah menawan.

Lagu pertama dengan judul “Lela Manja” memerihalkan keagungan keindahan seni lagu Melayu. Dalam lagu ini diceritakan betapa lagu Melayu “dari dahulu sampai sekarang kekal tak hilang”. Lagu ini mempunyai unsur anamisma yang mana “lagu lama” adalah “hidangan bistari untuk penawar dewi abadi”.

“Ratapan Kamarulzaman” memperdengarkan julat vokal tinggi rendah biduan Sharifah Aini. Lagu ini tidak berlegar pada rintihan kesedihan sebagaimana tajuk lagunya. Lagu ini memerihalkan isu moral yang secara ringkas mengingati agar berpada-pada berbuat baik jangan nanti agar “jasa yang ditabur tidak terperi” membawa kemudaratan sehingga “hilanglah akal kerana budi”. Kelangsungannya, lakukan dengan “budi bahasa” yang “sukar dicari”. 

Lagu “Pasir Roboh” berlegar pada isu “kasih tidak boleh dijual beli” dan kasih “bukanlah benda yang boleh dibuat berniaga”. Unsur motivasi, dorongan muncul dalam bentuk hasrat, kemahuan, kegigihan untuk berusaha menjadi tema lagu “Sri Tambak”. Dengan menggunakan citra “nyiur gading”, “puncak mahligai”, “ketupat berisi inti” keinginan untuk mendapatkan sesuatu mesti dilakukan dengan usaha gigih walaupun bakal berlaku “hancur daging tulang berkecai”. Laksanakan tindakan sehingga “belumku dapat belum berhenti”.

Irama inang rancak lagu “Dodoi Si Dodoi” memerihalkan tindakan zahir ibu mendodoikan anak kecilnya agar “buah hatiku” “tidur bermimpi”. Pada masa yang sama ibu yang bertindak sebagai isteri turut cuba mententeramkan dirinya dari kegelisahan yang terselindung sewaktu ditinggalkan suami yang merantau. Keasyikan lagu ini meresap.

Citra awan mendung digunakan sebagai metafora agar mereka yang mendengar lagu ini terus bekerja memajukan diri. Akan “rosak binasa” pada mereka yang selalu “termenung”. Jika sesuatu “tidak ada, jangan di tunggu”. Ini intipati lagu mendayu “Mega Mendung”.

Lagu “Bentan Telani” melafazkan petua betapa “niat yang baik mestilah dijaga”. Bila berdampingan “ilmu berkasih mestilah setia”. Sehubungan dengan lagu “Bentan Telani” nada lagu “Gambus Palembang” agak dramatik sifatnya. Ia berkisar tentang tingkah laku mereka yang merantau. “Sungguh pun jauh, di negeri satu, hilang dimata dihati jangan”. Diperingatkkan kalau hilang “tak kanlah sama dengan yang hilang”.

Tingkah laku perkasihan sememangnya perlakuan yang paling digemari didendangkan menerusi lagu. Melalui “Damakku Sayang” dinyatakan “cinta kasih bukanlah benda buat berhias”. Jika dijadikan hiasan akibatnya diri tidak orang peduli jauh sekali dipentingkan. Itu amanat lagu ini.

Dalam nada yang agak melankolik irama lagu “Sri Sarawak” menjadikan citra “perahu sempit” sebagai simbol ketidakupayaan untuk meneruskan hubungan kasih saying. Lalu dilafazkan “tinggallah intan, tinggallah junjungan”. Terkesan kehibaan, kesayuan Sharifah Aini menerusi “Sri Sarawak”.

Penelitian ke atas seni kata lagu-lagu album “Lela Manja” turut terkandung artifak-artifak tradisi Melayu yang digunakan di zaman silam. Ditemui “perahu Bugis”, “perahu mayang”, “perahu mudik”, “layar”, “kemudi”,“pura”, “gambus”. Ada juga citra “Kota Melaka”, “Bentan Telani”, “Palembang”, “pekan menyabung ayam berlaga”. Disisipkan juga “ketupat berisi inti”, “pucuk pauh”, “inderawasih”, “anak semilang” yang membayangkan suasana di zaman lalu. Itu antara kelebihan seni lagu-lagu asli “Lela Manja”. “Lela Manja” dihasilkan di luar kelaziman biasa, tidak konvensional sifatnya.

Sehingga kini masih belum kelihatan album lagu-lagu Melayu asli sehebat “Lela Manja” baik dari segi nyanyian, susunan seni lagu, laras senikata lagu seniman dan biduan yang mengusahakan “Lela Manja”. “Lela Manja” bukan sebarang album seni lagu Melayu.

“Lela Manja” adalah album berdarjat yang memperkasakan seni lagu asli Melayu di alam Melayu. “Lela Manja” memerihalkan semangat, keghairahan, keasyikan, kehebatan peribadi Melayu yang dapat dikiaskan sebagai keindahan tradisi sulaman tekad benang emas pada kain dewangga.


- Mahzan Musa, Dewan Budaya, Februari 2004

Saya kembali bersenam

Kalau kita perhatikan betul-betul, manusia yang ada bentuk badan yang menarik kebanyakannya melakukan senaman sebagai gaya hidup. Yang stopok (gemuk) pula melantak (makan dengan banyak) merupakan gaya hidupnya. (sayalah tu...he he he)

Selepas bersenam terus selfi

Senaman bukanlah gaya hidup saya, juga bukan gaya hidup keluarga saya. Makan banyak adalah gaya hidup yang penting bagi keluarga saya. Atas alasan yang kelihatan `munasabah' saya dan adik beradik akan dimarahi jika makan sedikit.

Namun dalam keluarga saya, ayah dan emak saya tidak gemuk. Mungkin ayah tidak gemuk kerana berkerja sebagai petani, manakala genetik mak saya kurus kecil, betis bunting padi atau macam pen kilometriko.

Cuma saya dan adik perempuan saya obess. Saya pula mempunyai perut yang boroi dan tidak menarik. Perut yang boroi menyukarkan banyak perkara, contohnya terpaksa tahan nafas di depan orang yang kita minat, dan sukar membeli sepasang baju Melayu (sebab seluarnya selalu ketat). Pernah saya membeli hanya baju Melayu sahaja tanpa seluarnya. Ini satu tamparan hebat bagi saya. Kehidupan saya.

Aku pun ingin bahagia walaupun tak bersama dia...Baju khas untuk bersenam...
Kini saya semakin giat bersenam. Emak saya hadiahkan saya sebuah basikal yang bergerak setempat. Saya kayuh sambil dengar lagu-lagu Madonna. 

Sahabat saya Adnan memberikan movivasi yang positif dan secara langsung. Manakala kawan-kawan lain memberikan motivasi secara kaedah ejekan dan sindiran yang kononnya saya tidak akan berjaya dan `hangat-hangat tahi ayam' sahaja...(ini kaedah lama).

Saya rasa pada duduk-duduk saja baik saya bersenam. Dapatkan badan yang menarik. Lagipun ada tiga perkara yang otak kita tak boleh buat tak endah, satu makanan, kedua badan yang menarik dan ketiga kesusahan. Tiga perkara yang secara semulajadi manusia tak boleh tolak. Kan?

Jom bersenam
Kesedihan akan membuat kita kelihatan lebih tua dari usia sebenar kita, Untuk itu saya terpaksa imbangkan dengan senaman agar saya taklah nampak 40an sedangkan saya sudah 46 tahun. Ayat ini pelik, tapi maksud saya, saya mahu kelihatan umur 40an apabila saya berumur 60an. Bukan 40an nampak macam 40 an.

Saya juga gembira sebab beberapa kawan saya juga melibatkan diri dalam membentuk kembali badan yang dah macam tong ni. Kita orang bukanlah artis namun kita orang juga membuat `persembahan' di hadapan beratus pelajar. Dalam beratus orang tu mungkin ada mereka melihat pensyarah mereka atas bawah.

Mungkin mereka akan berkata "Sir Sukiman ni handsum juga orangnya tapi mengada dan boroi... Dia patut diet".

Kadang-kadang peluh menitik bersama airmata...(pulak dah)... Huh!

Saya langgar pintu pagar 4: Semuanya salah saya!

Kawan saya wasap beritahu dia tidak suka dengan posting bertajuk `Saya langgar pintu pagar 3: Layang-layang putus talinya'. Dia beritahu saya `over'. Dan katanya semuanya salah saya, jangan nak menyalahkan sesiapa.

Katanya lagi saya beruntung sebab dalam usia 46 tahun masih lagi nampak muda, ada emak ayah yang sihat. Ada adik beradik yang ambil berat dan ada kawan-kawan yang ambil tahu. Dan dia kata lagi saya dapat anugerah pensyarah paling popular tahun lepas mengalahkan dekan.

Kawan saya yang tak popular tersebut beritahu tidak baik saya berfikiran begitu. Kena positif dan bersyukur, katanya.

Tak ada dalam sejarah dunia katanya orang yang berlanggar dan salahkan lagu kumpulan Allycats. Tak ada, malah katanya kes saya tak akan sampai ke mahkamah. Dan katanya semua salah saya, termasuk salah pilih orang untuk disayangi sampai mati...

Dan katanya kalau saya meratap hiba macam tu, saya akan menyesal teruk sepuluh tahun lagi... katanya dengan kelebihan yang ada saya boleh dapatkan siapa saja yang saya suka...(yang ni saya tak percaya, he he he). 

Dia banyak `kata-kata' lagi...sedap jea mulut dia kata macam-macam. Laju jea mulut dia bila tak kena atas batang hidung sendiri...namun,

...namun semua kata-katanya banyak benarnya...




Wednesday, April 20, 2016

Rafeah Buang - Disebut Jangan diKenang Jangan




Lunak merdu...

Saya langgar pintu pagar 3: Layang-layang putus talinya...

Setelah saya lihat sendiri CD terbaru Siri Nada Pesona, saya terus keluar dari Giant dan memandu balik ke kawasan perumahan saya. Ya, saya ke Giant khas kerana nak tengok sendiri dengan mata kepala saya cover album-album tersebut.  Cantik `cover' album tersebut, bisik hati saya.

Saya terus memandu, sekoyang-koyangnya saya sampai ke selekoh masuk ke jalan menuju Pekan, tiba-tiba lagu Allycast berputar di radio. Saya rasa sedih sangat.

Lirik lagu tersebut `sebijik' dengan kisah hidup saya. Saya rasakan saya dari dahulu sampai sekarang hidup dalam kesusahan dan dugaan. Walaupun saya terus mencuba capai bahagia, tapi hidup hanya kelihatan bahagia.

Saya tidak tahu dari mana datang rasa hebat yang sedih ini. Biasanya bula dengar lagu ini saya taklah sesedih begini. Saya kesat airmata saya dengan lengan baju.

Saya cuba gembirakan hati orang di sekeliling tetapi hati saya hanyut. Bak tercampak di arus longkang. Saya rasa letih berlakon bahagia, dan saya rasa tidak ada orang pedulikan saya...

Saya harungi seorang diri...

Saya terbayangkan kisah-kisah luka yang memahat jiwa saya...saya rasakan segala peritnya telah membunuh sebahagian dari diri dan harapan hidup saya... Saya tersenyum tetapi hati saya tidak pernah terseyum... saya tidak tahu apa yang saya cari. sebenarnya saya hidup dalam mati...

Saya teringat bagamana dramatiknya saya meraung dalam hujan...saya bayangkan banyak perkara. Peritnya pada masa itu hanya tuhan sahaja yang tahu. saya kehilangan kepercayaan pada segalanya. Saya terbayang banyak perkara...

...sehingga saya tak nampak pintu pagar rumah saya itu sebenarnya tertutup.







Tuesday, April 19, 2016

Saya langgar pintu pagar 2: Tidak tersukat air mata

Saya dapati pintu kereta sebelah kanan saya tak dapat dibuka. Mungkin bumper tertekan kebelakang menyebabkan tiada ruang untuk pintu dibuka. Teruk juga bisik hati saya. 

Kuat juga rupanya kereta saya melanggar pintu pagar tersebut. Ya, sebab saya lihat jiran-jiran saya keluar dari rumah mereka untuk meninjau bunyi apakah itu. He he he.

Setelah saya hantar gambar bumper saya yang terkopak kepada kawan-kawan, kawan-kawan saya beritahu saya kena tukar bumper baru. 

Saya mula berfikir berapa harga bumper tersebut dan berapa pula upahnya? Adakah mahal atau murah sahaja. Dan saya mula fikir tak pakai bumper pun boleh sebab kereta memang masih boleh berjalan...he he he. Teruk saya.

Saya menalipon kawan saya, dan Dr Amy suruh saya bawa kereta saya ke rumahnya dan tumpang dia untuk pergi kerja. Dan kereta saya nanti akan diambil oleh pihak bengkel.

Saya cepat panik apabila hal berkenaan dengan kereta sebab saya tak tahu banyak hal.

Ada kawan-kawan saya beritahu inilah masa yang sesuai untuk beli kereta Honda Civik, he he he. Mereka ingat saya banyak duit. Teruk mereka. Saya sayang kereta ini.

Saya sayang kereta ini sebab banyak sebab. Antaranya ia setia menemani saya melalui kehidupan saya...

Dalam kereta ini tidak tersukat airmata saya jatuh...antara keberanian dan ketakutan mengharungi hidup...

Dia manusia kejam...

Di atas timbunan bara
Kaki tercucuk onak berbisa....
saya harung belaka

(Pulak dah...he he he)



Image result for men crying

Monday, April 18, 2016

Siri Bintang Pujaan, gadis tak comel dan rungutan saya

Saya rimas, gadis yang tak berapa comel tersebut terus mengekor saya. Saya bergerak dia ikut. saya bergerak dia ikut. Saya jeling-jeling jugak kepadanya. Orangnya taklah comel sangat tapi bentuk badannya terbentuk indah. Mungkin sebab masih muda. Tengoklah nanti bila dah membiak.

"Abang cari CD apa?" Tiba-tiba gadis itu bertanya. Nasib baik dia panggil `Abang', kalau dia panggil `pak cik' tentu saya menoleh dan melangkah keluar dari kedai dan terus ke KFC. Sebab tension.

"Dalam Siri Bintang Pujaan ni ada berapa artis yea?" Saya bertanya walaupun saya sudah tahu nama-nama artisnya tetapi bilangannya saya tidak pasti. Yang dalam koleksi saya sekarang adalah Saloma, Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid, Uji dan Hail Amir, dan Kak Noor (Noorkumalasari).

"Saya tak tahu" Jawap gadis tersebut.

"Ada tak nanti oder artis macam Herman Tino dan Datuk Ahmad Jais? saya nak beli? Saya tanya lagi.

"Saya tak tahu" Jawab gadis itu lagi.

Saya seterusnya menanyakan beberapa soalan lagi. Namun hampir semua jawapan adalah "Saya tak tahu".

Saya rasa eloklah gadis tersebut buka internat dan cari ilmu mengenai album-album baru yang ada dipasarkan atau yang akan dipasarkan. Sebab ilmu itu ada kena mengena dengan pekerjaannya menjual CD.
Image result for siri bintang pujaan
Kak Noor

Kalau setakat nak beritahu CD itu ada atau tak ada, tak menunjukan satu kerjaya yang bagus. walaupun kita penjual CD. carilah sedikit maklumat tentang dunia rakaman dan artis rakaman. Kena peka dengar universal music punya berita dan sebagainya.

Dan tidak perlu tunjuk kaku. Berilah senyuman agar pelangang rasa selesa sebab pelanggan nak beli. Bukan mencuri.

Kesian seorang pak cik dan mak cik sebelah saya yang sedang mencari CD Dj Dave. Tak dilayan langsung pula... 

Huh!


Saya langgar pintu pagar 1: Yang terbuka itu sebenarnya tertutup...



Saya lihat pintu pagar saya terbuka. Lalu secepat kilat saya rasa gembira (di fikiran saya) sebab tidak payah turun buka pintu pagar. Dan secepat kilat saya langgar pintu pagar tersebut. Pintu pagar sebelah kiri terpelenting jauh. Asalnya empat segi jadi lima segi.

Kereta saya kemek sikit, pintu sebelah kiri pemandu tak dapat dibuka. Mungkin hentaman kuat

Saya hairan macam mana saya boleh `nampak' pintu pagar saya `terbuka' di `fikiran' saya. Mungkin mata saya letih...

Mungkin saya mengelamun...

Sekarang saya kena baiki kereta dan pintu pagar saya... Atau pintu pagar baru? He he he.

Thursday, April 14, 2016

Humko Humise Chura Lo

Senaman untuk kempiskan perut...

WtHangHipRaise kempiskanperut buncit 6 pack
Saya jumpa senaman ini apabila saya mencarinya di internate. Perut saya buncit dan semakin berumur ianya semakin buncit.

Selama ini saya alpa dan makan apa saca. saya juga tidak bersenam.

v-up kempiskanperutbuncit 6 pack
Hampir mustahil saya dapat menghilangkan buncit di perut saya. Saya mula buncit semasa tingkatan lima. Setelah kawan saya beritahu saya buncit. (dan daripada hari itu saya tidak suka dia...he he he).


Namun tidak ramai yang memperkatakan perut buncit saya sebab saya mempunyai banyak faktor lain yang lebih menyerlah. Pulak dah...

full_sit-up kempiskanperut buncit perut 6pack
Namun saya bimbang juga apabila berumur perut saya bertambah buncit dan menghakiskan penampilan saya yang sudah agak semakin terhakis akibat faktor umur.

Saya mengaku telah abaikan amanah tuhan. sebenarnya kesihatan tubuhbadan kita adalah amanah.
three_pt-fw-rl_exercise_ball kempiskan perut buncit 6 pack

Buat masa ini saya tidak terdaya untuk buat senaman-senaman sedemikian rupa. saya hanya mampu jaga makan dan tidak semakin buncit.
push up superman kempiskan perut buncit 6pack

belly blaster kempiskanperutbuncit
Air Bike crunches kempiskan perut buncit
Kepada yang perut masih mendatar, jagalah perut anda. terutama kepada yang mukanya taklah sehandsum atau cantik mana. He he he.
Burpees kempiskan perut buncit perut 6 pack



Duduk saja-saja depan Tv tu, janganlah asyik mengunyah. Cuba buat senaman... (kata kawan saya kepada saya...)
Janda sit up kempiskan perut buncit perut 6 pack


Wednesday, April 13, 2016

Isu kajian perbandingan agama di Malaysia: Kita masih tidak bersedia

Bagi sebuah negara nilai kemanusiaan adalah lebih penting daripada agama. Nilai kemanusianlah yang ada akan membawa keamanan dan kemakmuran kepada negara. Nilai kemanusian memupuk kefahaman sesama warganegaranya. 

Namun perkara ini (kefahaman perbezaan) sukar terjadi kerana sifat semulajadi manusia Malaysia lebih cenderung menentang perbezaan dan menganggap hanya diri merekalah yang betul. Selamat datang ke planet bumi. Selamat datang ke Malaysia.

Agama adalah isu sensitif kerana ramai orang sanggup mati kerananya. Dalam beberapa pemikiran, agama dianggap candu dan penganutnya dianggap hamba. Dan ada juga yang berselindung di sebalik agama. Ini tidak diambilkira lagi dengan `orang internet' yang berlagak wira apabila timbul isu agama. He he he.

Image result for downton abbey cast

Rata-rata respon yang diterima diinternatet (dari segi bahasa) seolah menunjukan mereka bukanlah dari golongan Downtown Abby (beradab, bertamadun, bersabar). Mereka liar dengan bahasa kasar. Bahasa ini lahir dari keluarga `kasar' mereka. Sebab mak bapak tak bentuk, tak didik serah pada sekolah. Tapi ini isu lain.

Pada pendapat saya yang bodoh ini, isu perbandingan agama sensitif untuk Malaysia, rakyat negara lain `open minded' tetapi tidak bagi rakyat kita. mereka berlagak konon `open minded' saja. Saya percaya kalau diadakan juga ceramah topik sebegitu mesti orang Melayu `show off' lepas tu kutuk agama lain, lepas tu ...bertumbuk.

Dalam hal ini saya berpendapat, ketua polis negara kita bijak.


Monday, April 11, 2016

Diet saya pelik...?

Saya cuma tidak makan nasi. Saya makan mee goreng mamak, laksa, KFC, ais krem. Saya juga makan roti, rojak dan Cikencok. Saya makan semua makanan manis, berminyak, masim dan sedap!

Ramai kawan-kawan saya kata diet saya tak betul sebab saya ganti nasi dengan makanan yang juga berat... Saya tidak peduli kata-kata kawan-kawan saya kerana badan mereka pun bukanlah menarik sangat...he he he.

Saya percaya nasi buat saya gemuk. Itu kepercayaan saya. Jadi saya tidak makan nasi. Itu sahaja. Saya terpaksa jelaskan kepada kawan-kawan bahawa nafsu makan saya macam mereka juga cuma saya tak makan nasi.

Image result for saya tak makan nasi


Haaa...

Makanan mata

Saya tengah giat berdiet sekarang. Namun yang susut adalah badan saya bukannya perut. Masalah utama bagi lelaki ialah lemak berkumpul pada perut. Manakala bagi perempun (kalau dia tak buruk makan) lemak biasanya berkumpul pada lengan dan peha.

Setiap hari saya tengok ramai orang gemuk di sekeliling saya. Dulu saya rasa biasa sahaja tetapi kemudiannya saya rasa mereka harus jaga pemakanan. Tidak mahukah mereka menjadi menarik? Setidaknya di mata mereka sendiri.

Saya rasa mereka sudah gemuk apabila mereka ada pasangan. Ini saya tidak nafi (walaupun saya gemuk walaupun tak ada pasangan. Ayat ini pelik tapi betul. Kan.)

Gemuk bukanlah ukuran kemanusian dan keikhlasan hati kita. Gemuk mengukur fizikal dan makanan mata kita.

Saya berpendapat orang suka kepada orang yang gemuk tetapi mereka tak sayang. Suka dan sayang sangat berbeza.

Tetapi bukan sebab itu saya berdiet.

Bumi menangis


Image result for crying earth

Semasa saya keluar makan tengahari tadi suhu di bumi Muadzam berjumlah 38 darjah. Sebaik saja turun dari kereta, terasa membahan di kulit lengan sebab saya pakai baju lengan pendek. Tidak saya sangka dalam hutan Muadzam Shah, Pahang pun panas. Di daerah temerloh sekolah cuti dua hari sebab suhu panas sangat...

Saya rasa manusia Malaysia sudah perlu bersedia untuk sesuaikan diri dengan cuaca panas. Sebab saya percaya cuaca akan lebih panas pada masa hadapan. saya lihat pembangunan pesat di Muadzam ini juga menyumbang kepada cuaca panas. semenjak 10 tahun saya di sini saya dapati banyak pokok-pokok ditebang terutama demi projek perumahan...

Saya rasa bumi dituakan oleh manusia yang rakus dengan keduniaan. Mesti bumi menangis. Menangis bukan sebab sahaja sebab dia terseksa tetapi juga sebab orang yang menghuninya bodoh...


Kucing saya tak makan maggi...

Hari ahad, biasanya selepas berkebun, saya mandikan kucing-kucing saya. Saya mandikan guna syampoo sebagai sabun. Saya berpendapat dalam cuaca panas begini lebih baik saya mandikan kucing-kucing ini dengan lebih kerap.  

Saya mandikan mereka bawah pokok.

Selepas mandi saya lap badan mereka, dan saya masak maggie. Satu maggie bodoh dan satu lagi maggi untuk saya. Untuk saya, saya masukan telur dan sayur, untuk kucing-kucing ini kosong sahaja. Mereka tak suka sayur atau telor.


Mereka tak makan maggi

Namun kucing-kucing ini tidak makan maggi, sudah banyak kali saya masak tetapi mereka tak sentuh pun. Hairan betul. Sampai hati...

Namun kalau saya beri keropok atau nasi goren, mereka makan sampai dua pinggan.


Kalau keropok, dua pinggan habis!

Selepas makan, kami bermain-main sebentar. Saya menyanyi dan mereka mendengar. Saya harap mereka faham perangai saya sebab kami hidup bersama dah bertahun. Bila saya balik Kuantan, tak ada orang di rumah saya. Kucing-kucing inilah sebagi penghibur... Tidaklah saya sunyi sangat.

Selepas kami bermain-main, saya letakan mereka dalam peti ais supaya mereka tidaklah terlalu panas. Cuaca sekarang panas. Rumah saya pula tidak ada penyaman udara.



Saya harap mereka selesa

Setiap hujung minggu saya jumpa mereka. Saya harap mereka selalu pandai jaga diri sepeninggalan saya...



Saya minta maaf kepada Datuk Ramli M.S

Saya sengaja tidak menjawap panggilan telefon dari Datuk Ramli M.S. Saya sengaja. Sebenarnya saya tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya. Tentu Datuk Ramli akan tanya banyak soalan, banyak perkara.

Image result for datuk ramli ms

Sebenarnya memang sudah menjadi stail saya apabila merakamkan album baru, saya akan selitkan sebuah dua lagu arwah Kak Pah. Dan umum tahu sebutan saya tidak sebagus mana terutama apabila menyebut huruf `R'. Jadi saya ambil masa untuk mencari lagu arwah yang sebutan huruf `R'nya paling minima...

Dengan bantuan pembantu peribadi saya, Shafarina...sudah terkumpul tiga lagu Kak Pah yang akan saya bawa semula dengan stail saya. Lagu tersebut adalah `Terbang Helang', `Rindu menghiasi kamar cinta' dan sebuah lagu lama...`Halimunan malam'.

Saya tidak putus lagi yang mana satu.

Kalau saya muatkan lagu Terbang helang' tentu akan mengejutkan para peminat tanah air sebab rendition yang dibuat oleh Datuk Ramli sangat bagus, Atas gubahan Datuk Ramli, tak ada orang akan pertikaikan.

Lagu `Rindu menghiasi kamar cinta' pula saya kekalkan melodinya sebagai satu penghormatan kepada Datuk Ahmad Nawab.

Manakala lagu asli `Halimunan Malam' tu tentu peminat akan menangis atau meraung terus. He he he.. Lagu tu ada kena-mengena dengan kisah hidup saya yang telah ditipu dalam berkasih sebanyak 8 kali. (macam senaman kan? 8 lagi).

Saya bukannya artis rakaman yang menghasilkan album sebagai `just another album', tetapi setiap album saya ada pembaharuan, dari segi mutu dan menunjukan kemajuan. Menambahkan koleksi kualiti lagu Melayu kita, Ya, memang dulu pada awal-awal pembabitan saya dalam dunia seni saya kejar populariti dan duit. Namun kini saya sudah terkenal (pernah makan tengahari dengan Madonna, dinner dengan Adele) dan mempunyai empayar perniagaan yang mengalahkan Datuk Vivda. Duit bukan perkara utama.

Duit dan populariti bukan suatu yang saya kejar.

Jadi saya tidak terdesak untuk keluarkan album secepat mungkin. Saya tidak bimbang peminat akan lari sebab sayalah yang terbaik. Mereka nak lari ke mana? Nak lari kepada penyanyi baru yang menyanyi entah ke mana lautnya harap muka jea. Saya percaya orang yang waras telinga mereka mahu dengar lagu. Mereka mendengar dengar telinga, bukan mata. Namun saya tetap diet, bimbang kelihatan stopok di atas pentas.

Saya selalu menjaga penampilan dan bertreadmill untuk stamina apabila mengadakan konsert. Insyallah tahun depan konset menjelajah seluruh Asia, akan saya lancarkan. Asyik jelajah barat jea, nanti apa wartawan kata.

Apabila sudah mencapai tahap seperti saya seseorang penyanyi itu tidak perlu lagi buat perkara yang tak munasabah untuk terus popular. Saya tidak perlukan gossip bercinta dengan artis popular lain atau beritahu hal nenek sakit dan lain-lain lagi yang membuatkan otak peminat jadi senak.

Saya berhasrat minggu depan saya akansempat hubungi Datul Ramli MS untuk beritahu keadaan sebenar. Dan saya akan minta maaf kepadanya banyak-banyak. Kita kena hargai Datuk Ramli MS sebab dia sebenarnya `harta negara'. Kepakarannya, ketelitiannya dan bakat yang ada padanya sangat luarbisa.

Kali terakhir saya berhubung dengan Datuk Ramli, dua hari sebelum saya ke Tokyo. Datuk ada beritahu peminat tak sabar-sabar untuk dapatkan album baru saya, sebab itulah saya harus cepat memilih lagu arwah Kak Pah tersebut.

Untuh hadiah kepada peminat, saya sudah ada idea, poster terbaru nanti akan ada gambar saya memakai seluar pendek sedang menanam pokok kelapa bali. Ini sebagai mesej kepada khalayak supaya cintai bumi dan jangan panaskan bumi. Sekolah di Temerloh dah cuti pun dua hari akibat cuaca panas

Sebenarnya banyak lagi idea dan kerja yang saya harus realisasikan. Jadual saya sangat padat sehingga petang kelmarin saya terlupa angkat `handbreak'...

Sekian jumpa lagi...

Friday, April 8, 2016

Saya mahu beli treadmill...

MINGGU lepas dengan bergayanya saya ke supermarket besar Capital Moll khas untuk mencari Treadmiil.

Kepada adik kakak yang tak tahu apa itu treadmill (ada ke?), ia adalah satu alat berlari yang mahal tetapi apabila kita berlari tak sampai-sampai. Atau dengan kata lain, lari setempat.

Image result for cara guna treadmill
Treadmill


Sebenarnya minggu sebelumnya saya juga ada meninjau treadmill di Megamoll bersama jurulatih saya, Adnan. Adnan menanyakan perihal fungsi treadmill kepada jurujual, saya tersenyum sahaja di sebelahnya, angguk-angguk konon faham. Macam seleberiti bodoh. He he he.

Sebenarnya saya cemburu kepada Adnan sebab dia nampak muda belia semasa dia singgah di gerai pamiran pendidikan di mana tempat saya bertugas. Dia mencuri perhatian. saya tengok ramai orang tengok kepada dia berbanding saya. Pada masa tu puas saya buat mengada tetapi gagal menarik perhatian pengunjung kepada gerai saya. Saya dah tak ada nilai niaga...Emmm.

Apabila saya duduk di sebelahnya saya rasa amat hodoh sebab tua dan stopok. Sedangkan dia nampak muda belia siap pakai beg sandang lagi. Sedangkan dia sudah 40an...tapi nampak macam bukan 40an. Sedangkan saya nampak macam 40an walaupun sebenarnya memang saya 40an...

Saya nampak lebih tua dari Adnan walaupun sebenarnya memang saya lebih tua dari Adnan. pelik ayat ini tapi itulah perasaan saya...

Adnan nampak muda, saya tahan nafas dan rapatkan tangan


Ikhlas cakap saya mahu beli treadmill bukannya demi kesihatan semata-mata. Saya susudah sihat cuma saya mahu badan saya terbentuk semula, maksud saya berat badan saya ideal. Saya dah puas hidup dalam dunia stopok. banyak perkara yang tidak selesa, contohnya, saya terpaksa tidak bernafas dengan sejahtera bila pukul gambar (bergambar). Saya juga sudah puas pose mengiring bila pukul gambar,...(untuk nampak tak macam pintu).

Bila badan stopok, banyak perkara yang tidak selesa berlaku seperti saya kelihatan macam pintu atau pun peti ais satu pintu. Sudahlah muka saya tak handsum mana (buat pertama kalinya dalam sejarah mengaku, kalau tak prasan memanjang), badan pula stopok. saya tidak mempunyai kelebihan fizikal yang ketara. saya ulangai yang ketara.

Dalam keluarga saya isu stopok (gemuk) selalu timbul, dalam keluarga saya isu stopok seolah merupakan satu jenayah berat. Mujurlah dalam keluarga saya, bukanlah saya yang paling gemuk. Satu lagi isu yang selalu timbul dalam keluarga saya ialah kami selalu lupa angkat hand break kereta. He he he. Mungkin dah ada dalam gen kami.

Bila stopok sangat sukar untuk saya memilih pakaian yang saya suka. Sehingga kini ada beberapa helai baju yang saya beli di Genting Highland semasa tengok konset El Divo (kena cerita ke ni?) yang masih saya tak mampu pakai walaupun baju itu sudah dua tahun lebih tersangkut. He  he he. Mak saya suruh sedekahkan, berdosa kata mak saya.

Image result for goog man wear in the store
Bila kurus tak pakai stoken pun tak apa?


Satu lagi apabila melalui bahagian pakaian lelaki saya rasa terpukul... Huh! Saya mampu beli tapi tak ada saiz yang sesuai.  Dulu ketika badan saya macam Faizal Hussin, duit pulak tak ada... Kini duit ada, badan pula macam guni penuh...

Pernah saya tertarik kepada sepasang pakaian yang patung pakai di Pakson. Saya terus beli seluar, baju dan kasutnya sekali. apabila balik ke rumah dan mengenakannya di hadapan cermin... saya kelihatan macam barut nangka.

Harga treadmill mak datuk mahal macam rantai emas padu. Ada yang hampir RM15K (boleh buat hantaran ni, he he he). Namun saya bertekad nak beli juga yang paling murah. Tu pun saya akan guna kad kredit... Tak apalah demi `comeback' (saja pujuk hati).

Saya mahu buat `comeback' pada hari raya ini. Saya mahu hadirin, sepupu sepapat saya yang lain termasuk tok bilal terkesima memandang saya. Bila saya turun dengan body yang mantap dari kereta Honda Civik (generasi ke 10) nanti, semua orang terpana. Mak cik, pak cik, ipai duai akan terkeshima. Burung-burung pun turut menyanyikan lagu riang...sanak saudara yang ada turut rasa gembira...berangan betul saya kan? he he he.

"Tak mahulah kita ni bujang tapi body macam orang dah ada empat anak. Tak ada beza dengan yang dah kawin. Kata-kata semangat dari sahabat saya.

Image result for eating in front the television
Ni bukan saya yea!
Adnan beritahu saya lagi, saya kena kikis sifat saya yang suka makan mengunyah 24 jam depan tv sambil tengok dvd.  Tapi sebenarnya...when the pain cut you deep...when night keep you from sleeping..we eating-eating...kan? He he he.

Adnan adalah satu-satunya sahabat saya yang sangat memberi semangat kepada saya. Mungkin sebab dia sudah nampak saya akan lebih handsum bila saya kurus. (Pulak dah...)

Saya berharap treadmill ini tak akan bertukar fungsi kepada alat tempat saya sangkut kain tuala yang mahal. He he he..

Sekian.


.