Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, January 30, 2014

SYMP (Saya Yang Menurut Perintah)

Saya dihujani dengan sms dan panggilan daripada kawan-kawan saya berikutan posting saya yang terdahulu. (Nampak sangat kawan-kawan saya tidak nonton berita TV3 tetapi membaca blog saya, he he he)

Saya memaklumkan kawan-kawan jauh bahawa proses pengisian borang sudah bermula. Namun sekali lagi saya tegaskan ianya bukanlah bermakna seluruh UNITEN Muadzam akan berpindah ke UNITEN Putrajaya atau UNITEN Muadzam akan tutup. Hanya jabatan saya dan beberapa jabatan yang terlibat dengan perpindahan.

Kata pihak pengurusan, mereka akan peka kepada masalah para pekerja. Mereka akan guna konsep `wingwing situationg'. Saya percaya kepada pihak pengurusan.

Perkara pertama terlintas di fikiran saya ketika berita ini terkeluar ialah wajah ayah dan mak saya...(terutama wajah emak). Saya akan berjauhan daripada mereka. Ayah sudah dekat 80 umurnya, dan mak dekat 70. Mereka tinggal hanya berdua di rumah, di kampung. Saya akan makin jauh daripada mereka...kerana saya masih bujang, sayalah yang rapat dan senang menjenguk mereka di kampung...

Kedua, saya terbayang bagaimana saya yang handsum dan berpenyakit darah tinggi (makan pil setiap hari) bawak kereta paling laju 70km sejam (sambil dengar lagu Kak Pah) akan memandu di jaringan jalanraya yang sibuk dan makan jem hampir setiap hari. Tentu saya akan menyewa sebuah bilik kesil sahaja di sana. Di bandar Kuantan sekali-sekala kereta saya di hon kerana macam siput...he he he (namun tidaklah selalu).

Ketiga taman saya. Ikhlas saya cakap saya rela memandu ratusan kilometer ke Kuantan untuk jengok taman saya. Taman saya pula semakin cantik...(perasan pulak ni). Taman itulah menyejuk kan hati saya pabila mata memandang... Sejukan saya dari dendam yang tersisa...

Saya tidaklah mahu bersikap negatif kerana sebagai manusia harus hadapi cabaran, bukan mengundur. Dan saya setuju bak kata Lan LoloQ kita adalah di pihak SYMP. 

Jan: Setelah dia berhijrah dari kelopak mata saya, saya selalu menahan rindu...(ini isu lain...)


Wednesday, January 29, 2014

Saya berpindah ke UNITEN Putrajaya?

Jan: Saya telah dimaklumkan bahawa jabatan saya iaitu Jabatan Kewangan dan Ekonomi akan berpindah ke UNITEN Putrajaya pada tahun hadapan. Terkejut juga saya pada mulanya, dan kejutan itu sebenarnya masih tidak reda-reda.

Termenung juga saya memikirkannya.

Tetapi jika kita sejenak mengimbau akan kehidupan kita, tidak semuanya berlaku mengikut kemahuan kita. Saya berhijrah dari Besut ke Pekan, kemudiannya ke Kuantan. Dari Kuantan saya ke Muadzam. Dan kini saya mungkin ke UNITEN Putrajaya. Begitulah seterusnya sehingga saya tak akan berpindah lagi (menetap di kubur).

Sebagai pekerja kita harus mengikut kehendak majikan. Namun kalau diberi pilihan tentulah pekerja yang biasa seperti saya ini mahu bekerja dekat dengan rumah saya dan keluarga saya. Saya rasa perkara ini sesuatu yang normal bila diberi pilihan kepada orang jenis macam saya ini.

Kelmarin saya sudah serahkan borang ke pejabat. Saya telah membuat pilihan. Saya tidak tahu adakah pilihan saya itu betul atau tidak (kerana saya tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari). Namun buat masa ini saya tahu ia adalah pilihan terbaik. 



Tuesday, January 28, 2014

"Counting Stars" - Wanripablik

WALAUPUN saya peminat tegar lagu Melayu (dan amat berbangga dengannya), saya juga tidak lupa kepada lagu atau bentuk muzik luar. Cuma untuk selalu terbarukan minda dengan lagu luar terbaru saya memang tidak terdaya, saya sibuk. 

Saya remaja bersama Madonna dan Micheal, jadi lagu zaman sekarang tidaklah selalu ditelinga saya... Lagu Melayu sendiri pun (yang terbaru) saya sudah tidak mampu ikut. Tetapi lagu Hafiz merdu didengar... Tahniah untuknya. Rambut dia sangat cantik.

Namun ada banyak juga lagu inggeris yang berjaya menangkap telinga saya. Tahniah buat pencipta dan penyanyinya. Telinga saya sudah agak `tua', jadi dia terlalu memilih untuk menghadam sesuatu yang mahu melaluinya... Bak memilih makanan kegemaran, he he he.

Bila saya mendengar lagu kekadang seperti gelagat orang menghisap ganja. Saya akan lupa alam dan diri. Dalam lagu saya tidak tahu saya tua atau pun muda, raja seks atau hamba seks, saya kaya atau miskin, saya handsum atau kurang handsum... Bila mendengar lagu ia amat mengasyikan sehingga saya terlupa... Membawa saya tenggelam dalam irama... Dalam lagu saya hanyalah manusia hebat... Maksud saya jika menderita, saya menderita dengan hebat, jika saya bahagia, saya bahagia dengan hebat. Begitulah penangan lagu-lagu...dalam hidup saya.

Tadi saya dengar lagu ini...ia memberi tenaga...

"Counting Stars"

Lately I been, I been losing sleep
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard
Said no more counting dollars
We'll be counting stars
Yeah, we'll be counting stars

I see this life
Like a swinging vine
Swing my heart across the line
In my face is flashing signs
Seek it out and ye shall find

Old, but I'm not that old
Young, but I'm not that bold
And I don't think the world is sold
I'm just doing what we're told

I feel something so right
By doing the wrong thing
And I feel something so wrong
By doing the right thing
I couldn't lie, couldn't lie, couldn't lie
Everything that kills me makes me feel alive

Lately I been, I been losing sleep (hey!)
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard (hey!)
Said no more counting dollars
We'll be counting stars
Lately I been, I been losing sleep (hey!)
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard (hey!)
Said no more counting dollars
We'll be, we'll be counting stars

I feel the love
And I feel it burn
Down this river every turn
Hope is our four letter word
Make that money
Watch it burn

Old, but I'm not that old
Young, but I'm not that bold
And I don't think the world is sold
I'm just doing what we're told

And I feel something so wrong
By doing the right thing
I couldn't lie, couldn't lie, couldn't lie
Everything that drowns me makes me wanna fly


Lately I been, I been losing sleep (hey)



Jan: ya, dendam membuat saya rasa `hidup' dalam mengharungi kehidupang.

Monday, January 27, 2014

Aku tidak pernah mengharap...



"Aku tak pernah mengharapkan cinta lain datang membelaiku...
aku dapat selalu bertahan, 
menahan cintamu di sukmaku..."


Jan: (Tetapi kau tidak pulak berjaya menahan rasa cintaku terbang dari hatimu...Huh!)

Sunday, January 26, 2014

Nasi lemak sambal anak lipas

Hari ini saya merasa amat malu kepada rakan sekerja saya. Walaupun sebenarnya saya tidak patut rasa malu dan bersalah, tetapi rasa malu itu tetap ada pada diri saya... 

Ceritanya begini...

Saya berniat baik. Setidak-tidaknya saya ada niat mahu menolong kawan-kawan. Maka pada pagi tadi saya beli sepuluh bungkus nasi lemak untuk penjaga/pengawas peperiksaan yang akan turut bekerja dengan saya. Kami harus berada di bilik urus setia seawal 7.30 pagi. Dan kemudiannya barulah kami akan ke dewan sehingga peperiksaan tamat sehingga pukul 12 tengaharinya. Maka dapat saya bayangkan pasti ada kawan-kawan saya yang datang tanpa makan pagi. Terutama rakan sekerja yang berulang dari Kuantan yang jauhnya melebihi 120 kilometer. 

Cafe/Kanting di tingkat satu bangunan pulak tutup pada hari sabtu dan ahad. Mereka tidak berniaga kerana hari sabtu dan ahad bukanlah hari bekerja.

XXX

Saya bangun seawal pukul 5.30 pagi. Bila bangun terus mengeliat kucing dan lakukan beberapa jenis senaman. Terutama senaman pengekalan bentuk punggung yang memang saya tak pernah tinggal. Saya bertekad saya nak pakai seluar jeans seumur hidup saya. Macam ayah saya, kini dia sudah 77 tahun tapi nampak segak sebab bila pakai jeans masih nampak punggungnnya cantik terbentuk. Tak lah lepeh sahaja...

Pada pendapat saya bukan semua orang nampak cantik bila berseluar jeans. Kalau bentuk punggung kita kompak dan padat barulah nampak cantik. Agak janggal kalau saya tengok mereka yang tidak `berpunggung' memakai seluar jeans. Ibarat bantal lama yang sepangnya sudah lendut.

Tapi penulisan ini bukanlah pasal punggung saya. Selepas bersenam saya pergi ke dapur dan basuh cawan dan pinggan dan kemaskan dapur...sedikit sebanyak. Saya kena lakukan pada awal pagi bimbang tidak sempat dan letih bila bekerja sepanjan minggu.

Jadi hari ini saya keluar dari rumah agak awal dan terus menuju ke kedai makanan berdekatan pasar. Saya minta dibungkuskan sepuluh bungkus nasi lemak telur. Semasa membungkus, sempat juga mak cik tu bertanya " Betul ke UNITEN Muadzam akan ditutup? Saya jawab mengikut skrip yang sudah kami hafal... Memang dua tiga hari ini isu penutupan UNITEN Muadzam menjadi topik hangat.

Selepas itu saya menuju ke bangunan peperiksaan, saya tekan lif dan masuk bilik urusetia di tingkat lima. Saya letak nasi lemak atas meja dan pesan kepada penjaga di bilik urusetia supaya makanlah kalau ada orang tak sempat makan pagi.

Saya kemudiannya ke dewan peperiksaan. Saya kena jaga sehingga pukul 12 tengahari. Kerjanya berdiri dan memeriksa keadaan pelajar. Dan pada masa itulah kami bergilir-gilir keluar makan. Saya sudah makan nasi lemak itu terlebih dahulu.

Tidak lama kemudian saya nampak ketua pengawas peperiksaan menuju ke arah saya. Memang tadi saya suruh dia ke bilik urusetia sebab tentu dia lapar. 

Bila sampai di hadapan saya dia terus bertanya "Di kedai mana kau beli nasi lemak tu?" Seperti biasa saya tersenyum mengada, sambil bertanya "Sedap ke?.

" Ada anak lipas dalam sambal!, Kak EL (nama samaran) jumpa masa dia makan. Dia tunjukan anak lipas tu, siap ada sesungut lagi. Masa tu aku pun dah habis sebungkus.." Kata ketua pengawas peperiksaan tersebut kepada saya.

Tiba-tiba juga saya rasa nak muntah dalam dewan peperiksaan tu. Saya rasa tekak saya loya dan tergambar anak lipas dalam sambal tu...

Memang saya tak sangka begini jadinya. Memang benar kata orang kalau nak jamin bersih kena masak sendiri. Di kedai makan memang ada risikonya. 

Dan selepas itu saya berada di dalam dewan dengan seribu perasaan. Macam-macam saya fikir,  dan saya bertekad tak akan pergi lagi ke kedai tersebut. Dan cerita ini terus dikeluarkan serta merta di FB oleh kawan-kawan saya...

Jan: Ada kawan saya kata ada kemungkinan anak lipas tu datang dari dalam kereta saya...(pulak dah)

Friday, January 24, 2014

Wahai Jankaulu, ianya tidak semudah yang kau lafazkan....

SEKARANG mulut saya tidaklah selancang atau selongkang dulu apabila memperkatakan isu mak bapak tidak pandai menjaga anak. Dulu bukan main lagi saya salahkan makbapak bila anak `tak jadi orang'.

Pernah saya beritahu kepada kawan saya secara bersungguh-sungguh "Kalau ginilah gayanya anak kau mungkin jadi bohsia". Pada masa tersebut saya kritik cara dia jaga anak perempuan dia yang ke hulu ke hilir naik motor dengan lelaki. Hampir sebulan jugaklah dia tidak menegur saya, sehinggalah pada suatu hari selepas sembahyang dia datang memeluk saya dan meminta maaf. Dia mengaku saya sahabat yang baik walaupun nampak menjengkelkan!.

Entahlah, mungkin saya sudah semakin sedar bahawa bercakap adalah jauh lebih senang daripada bertindak... Mungkin saya semakin sedar banyak pengaruh lain yang lebih berkuasa untuk membentuk anak-anak kita. (namun begitu ibubapa tetap faktor utama).

Saya selalu membayangkan bagaimana kehidupan kawan-kawan saya yang mempunyai ramai anak atau bini. Saya mulai kesian kepada mereka. Yalah, bangun pagi berpisah dengan anak-anak dan lewat petang baru berjumpa. Berjumpa pula apabila kita sudah letih sangat... Kalau tidak digunakan masa dengan berkualiti, memang kebarangkalian anak kita tidak menjadi orang sangat cemerlang. 

Mungkin mereka sudah bersungguh-sungguh berusaha dengan cara mereka sendiri. Yang ada anak seorang lain caranya, yang ada dua orang anak lain caranya, kalau ada empat orang anak lain juga caranya. Apatahlagi ada banyak anak dari banyak bini? He he he.

Sebab itulah jangan sesekali kita berkata "Kalau anak aku tahulah aku buat macam mana" kepada ibubapa lain. Jangan sesekali. Kita cuba masuk di dalam situasi mereka dahulu. Suami isteri yang berkerja keras untuk membayar rumah, kenderaan, pinjaman peribadi, kad kredit, kutu, dan serba bil maknika (pelbagaian bil) 

Kalau saya ada anak pun, memang sah saya tidak suka orang kritik cara saya membentuk anak-anak saya. Mungkin saya dituduh mendera...sebab saya tidak akan membenarkan langsung anak saya bercakap kecuali apa yang dikeluarkan oleh mulut mereka benar-benar menguntungkan agama, bangsa dan negara.

Jan: Kagum dengan ibubapa yang bijaksana... Adakah kita ibubapa yang bijak? Haaa....

Letak balik mak kata! Degil! Ni menurun perangai ayah kau ni la! Nak kena hanger ni! Tadi dah makan dah!

Pok teh pagar: semakin membesar

"Berkebun adalah aktiviti yang memenatkan, namun hasilnya akan membuat hati gembira..."

- Jankaulu

Pokok teh pagar saya sudah membesar. Dan sayalah tukang kerja yang menampakannya (membentuknya) biar kelihatan cantik, teratur dan terurus bahagia.





Apabila saya berkebun, saya jadi ralit. Jadi dapatlah minda saya rehat daripada kisah dunia yang tidak berkesudahan. Ya, kadang-kadang saya letih sangat dah ke atas kehidupan ini.

Biasanya sebaik sahaja saya tiba di rumah, terus saya terkam getah plastik, saya menyiram pokok. Menyiram pokok seolah membasuh luka-luka di dalam kehidupan saya... Namun luka tersebut tidak pernah sembuh atau menjadi parut...(pulak dah, sentimental pulak...)



Kini hati saya telah tertawan dengan pokok pagaran saya yang semakin membesar dan menghijau. Semakin digunting semakin membesar cantik dan padat daunnya. Saya sudah bertambah mahir, saya tidak lagi perlukan tali untuk membentuk pokok pagaran saya supaya kelihatan lurus.

Pada mulanya saya tidak percaya akan kemahiran saya membentuk pokok pagar ini. Tetapi akhirnya saya percaya dan berbangga.

Dulu saya ada tanam kektus, tapi mati sebab tanah sentiasa basah.

Saya mengguntingnya supaya lurus...





Tujuan utama saya menanam pokok pagar ini adalah untuk menutup pandangan yang terlalu jelas ke arah belakang rumah jiran saya. Namun saya dapati hasilnya memang indah. Saya berhajat mahu tinggikan lagi pokok pagaran saya setinggi pinggan saya.

Pokok ini perlu digunting sekali sekala supaya nampak kemas. Setakat ini saya masih rajin. Esok lusa tak tahulah, mungkin jadi malas pulak. He he he.

Jan: Kupagar hatiku...supaya tidak ada yang boleh melompat masuk...tapi aku sepi. (pulak dah...)

Thursday, January 23, 2014

Sakitnya kita nak terima kenyataan...lebih sakit bila kita nak berubah...

"Kanan dan kiri kucuba berlari...Kata Shima dalam lagunya `Luka dilukai'. Saya cuma nak menambah "kanan dan kiri saya juga cuba berlari tetapi kiri kanan, depan belakang banyak terdiri daripada orang yang hipokrit". Termasuklah saya. Haaa.

Mungkin pembaca blog ini juga kot, he he he.

Namun saya tetap akan mencuba untuk berjimat cermat. Saya tak mahulah jadi anjing yang menyalak bukit. Bukit tak runtuh, dia tetap haram. Malaslah saya nak bercakap-itu ini mahal sedangkan saya tidak buat apa-apa untuk berjimat barang seposen pun.

Maksud tersiratnya juga ialah saya tak mahulah mengata orang boros berbelanja tak berjimat cermat dan sebagainya sedangkan saya dua kali lima. Saya mahu mula dengan diri saya sendiri.

Amalam berjimat cermat bukanlah amalan saya. Saya mengakuinya kali terakhir saya amat berjimat cermat adalah semasa belajar di UM dulu. Semasa belajar dulu saya siap tulis lagi belanja harian bimbang akan terbelanja melebihi RM10. He he he.

Kata orang amalan berjimat ni amalam mulia. Ya la senang jea orang kata kan? Tak sesenang kita nak amalkan. Dan dalam bab-bab nak jadi mulia ni kita adalah jenis bercakap berbuih konon nak mulia tapi hina, He he he.

Sebenarnya daripada amalan berjimat-cermatlah kita boleh menabung. Kalau berjimat cermat bukan amalan kita tak adanya kita tup-tup nak menabung. Menabung dengan hembus angin ke tabung duit adalah. 

Saya pun begitu. Cuma semenjak awal tahun ini saya sudah menggariskan beberapa langkah yang saya rasa macam rigid sangat. Sampaikan saya sendiri pun tak percaya `eh betul ke?". Maksudnya saya nak kembali berjimat. Mungkin saya sudah bertahun-tahun tersalah strategi sebab slogan saya "Ala buat apa berjimat sangat sekarang masa menuai, dahlah masa student dulu berjimat nak mampus. Kina ada gaji, berbelanja la..."...(Panjang pulak slogan ni, he he he).

Saya sudah mula berjimat elektrik. Contohnya bila saya tidur hanya 3 lampu sahaja terpasang!. Pertama lampu bilik sebab senang nak bangun tak payah meraba cari cermin mata. Kedua lampu ruang tamu sebab senang nak ke dapur dan ketiga lampur dapur agar senang nak buka peti minum air. Saya yang dulu pasang semua lampu!

Dan kini saya juga sudah `pandai' menutup suis lampu dan kipas. Jika keluar dari bilik terus tutup. Satu hari tu saya rasa macam bersalah giler bila balik kerja kipas terpasang biung-biung (biaung-biung itu bunyi kipas tersebut). Dulu kalau terlupa tutup lampu atau kipas saya biasa jea. Saya tersenyum. Siap kata `tak apa, aku mampu'. Celaka saya dulu kan?

Sebabnya saya perlu tanamkan pada diri saya, berjimat ini bukan pasal duit sahaja. Kita boleh jimat bil air, saya yang sekarang tunggu sehingga banyak baju baru saya basuh. Saya yang dulu dua helai pun saya basuh guna mesen basuh...(tak kan guna Tv). 

Begitu juga ketika mandi saya pastikan setiap air yang tertitis tu tidak membazir. Begitu juga saya sedaya upaya jimatkan bil talipon, kalau menalipon atau bersms untuk mengumpat orang. Saya pilih orang yang betul-betul layak diumpat jea. He he he.

Salah kalau kita kata jimat, terus kita ingat wang. Sebabnya jimat boleh dikatogerikan dalam banyak jenis seperti jimat gula (jaga kesihatan), kita beli sayur yang murah jea (atau makan kangkung jea sambil nyanyi lagu rap. Tapi tak baik mengajuk orang, allah tak suka. (unsur agama).

Saya sudah berjaya pendamkan jauh-jauh hasrat hati nurani saya yang nak beli steping stone tu. Saya juga bertekad tak akan membeli pasu lagi. Kalau ada duit lebih pun saya nak simpan. Saya hajat saya nak beli sebuah rumah atau apartmen di Kuala Lumpur. 

Saya kena berjimat mulai tahun ini.

Jan: Aku yang dulu bukannya yang sekarang...dulu kusiuman kini kumeroyan...


Sila buat karangan berdasarkan tajuk di atas! 

Monday, January 20, 2014

Bahasa Malaysia dan pelacur tua...



Pantai Selamat, Tunas Manja, Desa Jati, Desa Teratai (sekadar menyebut beberapa nama), adalah nama-nama pasaraya dan juga taman-taman perumahan di sekitar Muadzam Shah. Tempat saya tinggal. Bahasa kebangsaan masih digunakan dengan meluas apabila membina bangunan atau mewujudkan kawasan perumahan.

Ia berbeza di bandar Kuantan.

Di bandar Kuantan, pembangunan yang berlaku sangat giat, dan giat jugalah mereka menempatkan bahasa inggeris sebagai bahasa utama dalam menamakan bangunan pejabat, hotel atau pasaraya. Kuantan ada Kuantan Perade, The Mall dan yang terbaru ECM (East Coast Mall). Malah ada tadika menggunakan nama bahasa inggeris sebagai nama tadika mereka...

Penggunaan bahasa inggeris dalam menamakan tempat dan bangunan ini bukanlah lagi yang luarbisa.  Yang luarbiasanya anak-anak kita balik ke rumah waktu magrib! Mungkin nama yang menggunakan bahasa Malaysia tidak gah, tidak canggih dan kampung gitu. Panaukurap ini bukan sahaja berlaku di Kuantan malah ketara di bandar-bandar besar. Kat bandar-bandar besar lagilah...

Mungkin dalam kepada orang kita sudah ada `gen' tak hargai jatidiri kot. Lihatlah apa yang terjadi di Putrajaya, siap pakai `presint' lagi, he he he.

kalau bahasa itu jiwa bangsa, maka kita ni adalah bangsa yang tidak berjiwa. Tak tentu hala merewang mencari kemajuan dengan membuat jati diri.

Nilai bahasa kebangsaan kita sudah berada di paras hidung. Malah di institusi pengajian tinggi juga kebanyakan kajian dijalankan dalam bahasa inggeris sehingga memaksa kementerian membuat inisiatif supaya diadakan juga kajian dalam bahasa Malaysia.

Dalam soal mencari pelanggang, nasib pelacur tua (bermake up tebal) lebih baik dari nasib bahasa Malaysia di negaranya sendiri...

KENAPA JADI BEGINI??

Jan: Mungkin jawapannya ialah "kerana jiwa dan minda orang Malaysia itu sendiri belum atau tidak pernah merdeka" Haaa....

Sunday, January 19, 2014

Berfikirlah dua hala atau berhala-hala (walaupun yang negatif...he he}

"Saya rasa tidak begitu..." Saya menyampuk, sebabnya saya sudah tidak `tahan' dengan cara mereka berfikir satu hala. 

Saya menyampuk kerana bagi saya TIDAK SEMESTINYA begitu. Memang mereka kelihatan sangat yakin (dan sepatutnya saya tidak masuk campur) apabila mereka mula saling memuji suami masing-masing dalam FB. Tetapi saya tidak tahan, saya tidak mahu mereka rasa sangat `selasa ' atau sangat `selamat'.

Isunya ialah mereka memuji akan suami masing-masing iaitu `walaupun dalam keadaan susah suami mereka tetap berada di samping mereka'. 

Perkataan `walaupun', itulah yang menganggu fikiran saya. Pada pandangan saya seorang suami tidak bertukar `rupa atau perangai' bila rumahtangga berada dalam keadaan susah. Maksud saya kalau duit tidak ada mereka akan turut berjimat, kalau anak sakit barah tahap 4, mereka akan turut menjaganya, gitulah juga kalau miskin atau atap bocor mereka sendiri rukah rabung rumah menampalnya!

Dalam kes suami bergaji lebih kecil dari isteri lagilah. Maksud saya suami akan berada di sisi isteri. Tapi cuba bila suami bertambah senang? Cuba suami kita tu ada duit puluhan ribu? Apalagi ratusan ribu? Kita si isterinya, kalau kita kereta mungkin dia dah tread in kan. Haaa... He he he.

Saya cuma tulis dalam FB itu "Sebenarnya kalau kita nak kenal perangai suami kita yang sebenarnya, tunggu bila dia dapat banyak duit atau jadi kaya... Apa kita ni di sisi dia?"

Haaaa...Bukan semua pembaca faham apa yang saya cuba beritahu, tetapi saya percaya ada yang AMAT  faham maksud saya...

Jan: Kalau aku kaya! Kalau aku kaya! Aku tetap akan mencintaimu...kerana cinta dan kasih sayang itu dalam senang dan susah ..gitu! (konon la tu...he he he)



Tajuk: Sejak jadi presiden bukan main lagi!

Dialog mulut: "Boleh tak saya tukar tempat duduk?

Dialog dalam hati: "Amboi aku terconguk sebelah dia, dia main pegang-pegang mesra pulak!

Thursday, January 16, 2014

Ketakutan saya, mesen ATM dan tandusnya tanggungjawab sosial bank-bank kita

Hubungan saya dengannya amat akrab. Walaupun kami tidak tinggal serumah dan berkahwin tetapi kami melakukan hubungan paling kurang empat kali sebulan, dan kadang-kadang bila saya rasa tersepit saya `cocoh' beberapa kali dalam seminggu.  

Kadang-kadang selepas ambil duit di ATM, saya buat mengada gaya remaja dengan melambai tangan. Saya fikir nanti tentu gelagat saya akan masuk CCTV. He he he. Dapatlah mereka rasa terhibur...tapi tengokkah mereka akans aya ini? Haaa... Mereka yang terlibat mungkin tak tengok pun kalau tak ada kes. Maksud saya kes rompakan atau kecurian.

Kena rompak di mesen ATM dan mesen ATM itu sendiri dirompak bukanlah fenomena luarbiasa di Malaysia, samalah dengan fenomena sikap sesetengah makbapak yang membiarkan jea anak mereka yang tak ada lesen memandu, memandu. 

Secara peribadi memang saya tidak puas hati dengan perkhidmatan ATM yang bank sediakan. Ya, memang melalui dasar bank negaralah mereka boleh cari makan dan dapat untung (bila beri kita hutang). Saya faham. Tapi yang saya selalu terkilan ialah mereka tak menjaga pelangan mereka dengan ikhlas, mereka sepetutnya selenggarakan mesen ATM dengan cekap, cepat dan sepatutnya. Ya memang mesen itu diurus secara berasingan tetapi ia amatlah berkaitan dengan bank itu sendiri. Apa tanggungjawab bank?

Kena pecah...
Tak ada ke mana-mana pihak nak ambil tanggungjawab nak tengokselia CCTV?. Mesen ATM ini harus di pantau kerana masyarakat kita makin menggila gilanya. Pantaulah kot-kot ada orang-orang yang berlama-lamaan atau mencurigakan duduk dekat di ATM tersebut (kadang-kadang mesen ATM itu berada di bangunan permis mereka sendiri dirompak!). Dah banyak kes orang kena rompak di mesen ATM. Mesen ATM yang sama kena curi pun ada! Selamat datang ke Malaysia. Pelik benarkan...?

Bank-bank kena laaa ambil inisiatif dan tanggungjawab sikit. (Duit orang nak tetapi apalah salahnya buat kerja sampai habis). Kita pun boleh bayar laaaa perkhidmatan mereka supaya jagaselia CCTV 24 jam macam jaga (pengawal), ( kira tambah kos atas hutang tu la, tak kan tak pandai buat. Macam selalu bank buat, he he he).

Jan: Kekadang takut ke mesen ATM...

Memang saya bodoh pasal kereta...

Peristiwa ini berlaku pada hujung minggu lepas...

Tayar telah tiada...


Sebaik saya tiba di rumah saya di Kuantan, saya dapati kereta jiran saya di sebelah rumah tidak bertayar. Keempat-empat tayar tiada, kereta tersebut disendal dengan batu sahaja. Pada fikiran saya mungkin kereta itu hendak ditinggalkan dalam tempoh waktu yang lama, maka tayarnya dibuang dulu. Takut kempis. Keluarga cikgu tersebut ada dua buah kerata. Mungkin mereka nak pakai satu kereta jea untuk berjimat. Begitulah naifnya otak saya berfikir.

Keesokan harinya pula jiran depan rumah saya datang bertandang. Dia terkejut melihat tayar kereta jiran sebelah rumah saya tidak ada. Saya pula berlagak cool sahaja dan siap lagi menerangkan mungkin jiran saya tersebut nak simpan tayar tersebut takut rosak. Kerana kalau tinggal lama-lama tayar itu kempis, kata saya seolah pakar. Padalah bodoh pasal kereta.

Namun jiran saya beritahu kalau gitu gayanya letak batu dan sebagainya ianya petanda atau gaya tayar tersebut dicuri orang. Saya pula tidak percaya andaian cikgu tersebut. Tak kanlah ada orang nak curi tayar kereta. Teruk betul. Biasanya orang curi kereta, atau barang-barang dalam kereta. Ini tayar sahaja. Pada masa tersebut saya tak terlintas yang spot rim juga boleh dijual selain tayar.

Cikgu (jiran saya depan rumah) tanya saya ada ke nombor handpon jiran saya di sebelah? Saya yang malu (sebab anti sosial) ni selamba jawap `tak ada'... Dia kemudian periksa nombor di handponnya, ada katanya. selepas itu dia bergegas ke keretanya sebab nak antar anak ke asrama. Mungkin cikgu tersebut akan menalipon semasa dalam perjalanannya. Jadi saya tak tahulah tayar tersebut dicuri atau tidak.

Petangnya barulah saya jumpa jiran sebelah rumah saya tersebut. Dia beritahu memang benar tayarnya dicuri. Saya tergamang, betullah tekaan jiran hadapan rumah saya. Saya terus memeriksa keliling rumah saya kot-kot ada apa-apa yang dicuri. Ada! Yang dicuri adalah batu-bata untuk lapik kereta tersebut.

Jan: Malamnya saya tidak dapat tidor lena takut pencuri itu datang...

Wednesday, January 15, 2014

Silalah berhenti di simpang...orang lain nak cepat jugak.

Pada suatu pagi tadi, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja sekoyang-koyangnya selamba badak jea sebuah kereta tidak berhenti di simpang dekat TUDM, Kuantan. Adnan membunyikan hond untuk memberi peringatan apabila keadaan menjadi cemas. Cemas kerana kereta kita nak ke kiri tak boleh sebab jalan memotong penuh dengan kereta!.

Terkejut beruklah saya yang duduk di sebelah kerana pada masa itu saya sibuk membebel pada Adnan yang saya nak beli sebuah apartmen tetapi majikan tak naikan gred gaji saya. Minggu ini saya menumpang Adnan ke tempat kerja. He he he.

Kejadian tak sayang nyawa ini berlaku pagi tadi. Kalau tidak tentu kereta baru Wokweageng Adnan yang baru itu jadi buruk. Dan kalau lebih teruk kami mungkin akan jadi arwah dalam usia yang muda (tetapi tidak lah belia lagi). Tentulah blog ini hanya tinggal kenangan...pahit manis. 

Gambar hanya hiasan tapi manusia betul (bukan patung)

Kalau di simpang jalan kita harus berhenti. Ini kita belajar masa nak ambik lesen memendu dulu. Peraturan ini dah ada di serata dunia yang bertujuan mengekalkan nyawa. Kita tak bolehlah  kata "kalau tak suka duduk di negara lain..." (lagipun mungkin ada orang politik tersinggung, hehehe).

Hakikatnya beratusan ribu ringgit dibelanjakan nak buat papan tanda untuk kita yang jakun ni. Papan tanda ini adalah panduan (walaupun secara logiknya tak ada papan tanda pun kita boleh fikir, di simpang kita wajib berhenti kalau tak nak mati). Lainlah kalau nak bunuh diri dan bawa beberapa orang lain bersama. Tak nak mati sorang diri.

Nampaknya minggu ini adalah minggu nasib saya malang. Peristiwa `mak datin' tak beratur semasa membeli ayam di Giant, peristiwa pak cik parking kereta ikut suka dan terbaru pemandu pakai selamba tak berhenti  di simpang membuktikan masyarakat kita tidak sabar. Mengapakah masyarakat kita jadi begitu tidak sabar? Adakah kerena subsidi gula ditarik balik, atau Che Ta sudah berkahwin dengan Zain? 

Memang payah nak bersabar. Saya akui. Sebab itulah beruntung benar kepada pihak yang boleh bersabar. Sekeliling saya masyarakat semakin sibuk nak cepat. Nak cepat tersebut tidaklah pula suatu perkara salah tetapi jangan pentingkan diri sehingga membawa bahaya kepada orang lain. Juga diri sendiri.

Jangan ingat kita saja tak sabar, orang lain pun boleh hilang sabar kerana tak sabar kita tu. Huh!

Jan: Sabar menunggu dipinang...he he he.

Silalah letak kereta di tempat yang betul...

Setelah saya ceritakan kepada Adnan perihal `mak datin' yang malas beratur, kami berjalan ke tempat parkir dekat dengan bangunan Maybank. Memang kami makan tengahari di situ. Saya tidak makan di dalam kawasan universiti. Saya makan di luar kerana banyak pilihan.

Setibanya di tempat parking saya lihat ada kereta yang parking betul-betul di hadapan kereta Adnan. Kami masuk ke dalam kereta dan menunggu tuan punya kereta datang. Saya mulalah membebel yang kalau nak ke bank pun parkinglah di tempat lain. Jangan menyusahkan orang kerana kita nak cepat. Urusan di bank bukannya cepat macam urusan nak beli surat khabar.

Di dalam kereta tersebut saya lihat ada seorang mak cik di tempat belakang. Saya lihat mak cik tersebut serba salah. Saya pulak mulalah buat lakonan dalam kereta dengan gaya muka nak cepat dan menunjukan jam tangan saya ke Adnan (kononnya "lihat pukul berapa ni? Kita nak cepat ni!"). Gelagat saya dilihat oleh mak cik dalam kereta tadi. Mak cik tersebut semakin gelabah. Keji saya kan? He he he.

Saya bukan apa, saya nak mak cik tu nanti akan beritahu pemandu yang orang yang mereka tahan kereta itu mungkin nak ke pejabat atau ada urusan lain. Mungkin bini saya nak beranak. Bukan kita jea nak cepat tetapi orang lain juga!.

Namun hati saya tidaklah panas sangat sebab saya lihat mak cik tu sangat rasa serba salah. Dia juga mungkin tak pandai bawak kereta. Selepas itu barulah dia menyuruh seseorang yang tercegat di situ (tepi kereta) pergi cari tuan punya kereta di dalam bank tersebut. Rupanya yang tercegat dekat kereta itu pun geng mereka jugak. Dan tak boleh bawak kereta macam mak cik tu jugak.

Saya lihat mak cik tu memberikan isyarat tangan supaya kami bersabar. Saya semakin mengada, terus kusutkan rambut dengan menggunakan jari biar nampak berserabut, dan buat muka marah dan tak sabar. Gelagat saya diperhatikan oleh Adnan yang duduk di sebelah. Mungkin Adnan rasa saya ni aneh tetapi mungkin dia dah biasa dengan perangai saya. He he he.

Dan selepas itu keluarlah pak cik yang agak tua dan tak bergaya. Saya rasa bersalah pulak (pulak dah). Pak cik tu membuat isyarat tangan meminta maaf. Saya terus maafkan dengan memberi senyuman yang manis tapi macam tak berperasaan...

Moralnya?

Jan: Moralnya tetap `sila parking di tempat yang betul'.

Monday, January 13, 2014

Silalah beratur datin ooiii...

" Saya beratur di belakang akak tadi!" Kata saya sambil menekan sedikit suara di kaunter Uncle Jack ayam goreng di Giant tersebut. Saya terpaksa meninggikan suara sebab pengambil oder tu kata "Saya tak tahu nak ambil oder dari siapa dulu?"

Ceritanya begini, kat Giant Kuantan dah ada ayam goreng Uncle Jack. Saya pun mahu cuba rasa. Rela beratur panjang. Tup-tup ada perempuan ala mak datin datang potong line. Saya terpana, datin tu datang dengan beberapa orang perempuan muda. Ketawa-ketawa macam nak tarik perhatian orang jea lagaknya. Macam famous. Macam comel.

Saya rasa kalau kita ni Tan Sri pun kita kenalah beratur. Saya tengok dari tadi lagi muka mak datin tu keras semacam tak mahu mengalah. Terus saya rapatkan perut buncit saya ke tepi kaunter. Tapi mak datin tu tak mahu mengalah dia terus oder makanan dan bercakap dengan gadis di kaunter yang nak ambik oder. Seolah saya tidak wujud di sebelahnya! Saya lihat gadis tu sudah mula seba salah.

"Saya beratur di belakang akak tadi, layan saya dulu..." Sekali lagi saya bersuara tetapi kali ini lembut macam suami yang mahu kecek duit bonus isteri. (Maklumlah gaji isteri mahal dan kerja di bank rakyat. He he he.)

Saya bukannya tak hormat orang perempuan tetapi dia bukanlah tua sangat atau muda sangat. Apa salahnya beratur sebab semua orang nak beli makanan. Ramai yang buat muka apabila `datin' tu potong line. Namun saya sahaja yang bersuara. Orang lain boleh beratur panjang... Dan yang lebih menyampah ialah gaya-gaya ala urban yang mgada-ngada tengok orang dengan jurai mata jea...(mengerling). Kalau sangat kaya raya makanlah ayam goreng di hotel 5 bintang. Makan dengan bintang-bintang di langit sekali. Gitu.

Katalah saya ni tak gentelman pun. Saya ada had-had juggk, lainlah kalau orang tua gaya usia macam mak kita, ni sihat mengada lagi. Kalau ada bawak anak kecil mungkin kita boleh beri dia potong line tetapi bawak gaya gadis litar jea.

Susah sangat ke nak beratur?

Jan: ...sedap jugak ayam uncle jack ni...bolehlah...he he

Friday, January 10, 2014

10 jenis barang saya beli kat Giant Kuantan (2014)


Minggu lepas selepas baham KFC, saya terus masuk ke Pasaraya Giant, Kuantan. Saya beli beberapa barang yang memang saya dah tulis dalam minda:

1. La Coffee seleberiti.
Ala yang kat tv tu 24 jam dok iklan. Yang mereka duduk ramai-ramai bergaya urban di atas sofa dan sambil buat testomoni kelazatan kopi ko ni. Saya beli sebab rasanya sedap. Senang guna yang segera punya. Zaman ni memang semuanya nak cepat, semuanya nak segera. Mee segera la, kopi segera la. Sebab itulah kot tiba-tiba segera juga matinya, he he he.

Sebenarnya baru dua bulan lepas La Kopi ni sampai ke Muadzam. Ramai kawan saya yang gembira, saya juga gembira sangat. Kami terus membelinya.

Sekarang dah ada di Kuantan. Semoga nanti sampai di Labuan agar saudara Adie dapat membelinya. Saya campur sedikit dengan susu pekat, baru meletop. Baunya harum Adie.

2.  Listering
Lestering saya dah habis. Kali ini saya beli yang perasa Peach pulak. Kalau perasa origenal dah biasa sangat dan pedih gusi. Bila berus gigi sebelum tidor saya kumur dengan listering ini. Rasa segar semacam. Biarlah kita tidor dalam bersih sambil memeluk bantal golek.

3. Ubat gigi Safi
Inilah pertama kali dalam hidup saya saya guna ubat gigi Safi. Biasanya kalau tak Darli, saya guna Colgate. Saya tengok harganya murah. Saya telah menggunakannya. Tiba-tiba saya juga rasa suci bila menggunakannya...(konon).

4. Anti PesT
Saya nak sembur ke pokok lada saya yang dah berjambak buahnya. Saya lihat ada macam hama putih berterbangan. Yang ini katanya racun semulajadi. Baunya tak sedap, rasa nak muntah (walaupun saya tidak berbadan dua).

5. Biskut Bantal bertimbang
Biskut bantal ini saya beli secara timbang seberat 200gram sahaja. Buat mengunyah depan tv. Biskut ini tawar saja rasanya namun sedap dikunyah. Sekarang bila saya duduk depan tv kalau tak mengunyah tak sah.

Sebenarnya saya makan biskut bantal ini sejak saya kecil lagi...

6. Shamppo dan konditionar Rejoice
Syampoo saya juga sudah habis. Saya pakai syampoi murah saja iaitu Rejoice. Saya juga beli perapi. Walaupun saya pergi kerja tak sikat rambut (biar nampak liar, natural dan seksi) tetapi saya tetap bersyampoo.

Bila bersyampoo saya buat-buat la gaya mewah sambil menyanyi lagu Normadiah (lagu top carta bilik mandi saya bulan januari 2014. Tahun lepas `masih jelas' - Hapis.

7.Bedak Carrie Junior
Walaupun saya sebenarnya sudah terlebih senior tetapi saya gemar guna bedak baby jonsong atau Carrie. Saya rasa selesa memakainya. Rasa macam bayi jea walaupun dah tua bangka. He he he.

8.Pewangi bilik air yang murah
Saya sudah tidak menggunakan Glade, saya beli yang murah RM2.99 jea untuk tandas saya. Insyallah kalau saya kerja kuat, naik gread gaji saya akan beli Glade semula.

Masuk bilik air kena wangi sebab bila terkentut di bilik kecil sudah terbau, inikan pula bila kita berak...hehe

9. Benda biru untuk letak dalam tangki toilet
Benda ni kita letak dalam tangki, bila kita flas akan keluar air biru. Ada juga dalam iklan. Adakah saya mangsa pengiklanan?

10. Berus periuk hijau untuk berusTeafel.
Saya beli yang murah jea. Yang mahal saya dah pernah pakai tahun 2013. Memang saya nak berjimat 2014. Sebolehnya saya cuba turunkan perbelanjaan. Buat apalah beli yang mahal padahalnya fungsi sama jea iaitu membersihkan kuali...(Betul ke ni? Saya sendiri tak percaya apa yang saya tulis ni..he he)


Hobbit: The Desolation of Smaug, saya terberak!



"Mereka semua kena buat keputusan sendiri dan jangan asyik bergantung kepada Gandaf" Itulah yang terpahat difikiran saya semasa menonton filem ini di pawagam ECM, Kuantan, Pahang. Begitu juga dengan kehidupan kita, kita yang kena buat keputusan. Bukan mak cik kantin atau jiran kita. 

Alhamdulilah saya dapat menonton filem ini tanpa gangguan Cik Kiah excursion (rombongan Cik Kiah). Biasanya saya hampa kalau tempat duduk saya berdekatan dengan rombongan mereka sebab kita nak hayati filem, depa dok sibuk berbincang pasal jalan cerita! Siap beritahu siapa yang akan mati. Huh!.

Seperti sifat-sifat cerita filem epik, filem ini memamg memenuhi sifat naskah epik. Biasalah cerita epik dipenuhi dengan pengembaraang, dendam, peperangan, cinta sikit dan watak-watak supernatural. Dan kalau jenis muka buruk tu sah lah penjahat, dan kalau hendsum atau ala-ala handsum, baiklah tu. He he he. Huh! Dalam filem ini Orlando Bloom nampak muda gitu, tapi badannya nampak berisi sikit. Tapi muka memang nampak muda.

Saya malas nak mengulas cerita ini sebab saya terhibur, kalau saya nak komen pun, iannya pasal saya rasa ceritanya terlalu panjang. Pun begitu saya cerita epik memang panjang pun...

Buat pertama kalinya dalam hidup saya, semasa menunggu cerita ini saya tiba-tiba rasa nak berak. Maka saya buat pertama kalinya berak menggunakan tandas moden di ECM di mana keluar air dari mangkuk (pabila kita hendak basuh berak kita). Emmm...okey jugak. Taklah basah tandas tersebut.

Kita kembali kepada filem Hobit ni. Filem ini menyambung kisah siri sebelumnya di mana mengisahkan perjalanan sekumpulan kaum hobit dan gandaf untuk mencari batu permata membolehkan raja mereka menaiki takhta. Batu permata tersebut ada di istana yang mempunyai naga.

Seperti di dalam filem berunsur epic yang lain, perjalanan mereka dipenuhi dengan beberapa halangan. Contohnya diburu oleh Orc. Bertemu dengan waris terakhir kaum Shafesifer (spelling might be wrong, he he he), ditinggalkan Gandaf, dipenjarakan pulak oleh kaum Elf dan halangan-halangan lain. Plotnya biasalah pengembaraan mencari batu permata.

Namun plotnya amat berbeza dengan plot cerita gengster (ala Malaysia) atau cerita satu hari jenis kubur berasap atau jin dalam botol kicap. Ia memerlukan penelitian dan otak yang aras tinggi sikit. He he he.

Adengan pertarungan sengit diselang selikan membuatkan filem ini menarik dan boleh dikagumi. Saya suka pergelutan yang berlaku di sepanjang sungai selepas kumpulan ini terlepas dari penjara ELF. saya rasa turut hanyut sama dalam sungai tu. Prasan...

Pun begitu saya masih suka melihat LOTR berbanding dengan cerita Hobbit ini. Mungkin kerana saya perlukan kelainan yang dasyat melangkau budaya, sosial dan agama. Semakin saya tua, semakin sukar untuk dipuaskan. Emmmm.

Tetapi untuk ke panggung menontong filem ini adalah berbaloi. Ia juga berbaloi untuk ditunggu-tunggu.

Jan: Bila laaaaaa filem kita nak buat cerita epik yang hebat?

Thursday, January 9, 2014

Apa itu Kriptorkidisme?

Apakah yang dimaksudkan dengan kriptorkidisme? Ia bukanlah sejenis makanan seperti coklat atau bahan untuk membuat kek buah, jauh sekali untuk membuat miniman koktel atau ubat-ubatan anti stress. Dan ia juga bukanlah merujuk kepada sejenis batu permata yang menyebabkan Superman jadi lemah...haaa. Apa dia kriptorkidisme?, yang nyata ianya juga bukan sejenis cekedis ringan seperti Dabeldeker.

Sebenarnya kriptorkidisme adalah merujuk kepada masalah buah zakar tersembunyi (hidden testicles). Kriptorkidisme berlaku apabila kedua-dua atau satu (sebelah) buah zakar masih lagi berada di bahagian perut. Maknanya masih lagi tidak menjalani proses perjalanan (melalui pembukaan otot perut). Maknanya lagi bayi lelaki tersebut telah lahir tetapi buah zakar mereka masih lagi belum`dilahirkan'. Haaa.

Pentingkah buah zakar? Tentulah ia lebih penting dari buah epal, manggis atau buah tangan sebab buah zakar inilah yang mengeluarkan sperma agar terdapat kesinambungan hidupan manusia. Ketiadaan buah zakar akan menyebabkan banyak masalah kepada manusia lelaki tersebut.

Pada tahun pertama bayi lelaki itu mungkin normal tetapi pada tahun kedua dinding sel kilang sperma akan bertukar menjadi keras. Dan selepas tahun ketiga hingga kelima banyak perubahan berlaku pada dinding sel kilang sperma tersebut. Sel ini rosak dan sukar dipulihkan.

Pada tahun kelima  ke atas jika buah zakar masih tersembunyi budak lelaki tersebut akan menjadi mandul. Dan lebih parah lagi sekiranya ia akan membawa kepada kemungkinan terjadinya barah!.

Oleh itu amat penting bagi ibupapa melakukan rawatan ke atas anak lelakinya yang kriptorkidisme. Ya, memang benar kalau ada sebiji buah zakar ia tetap akan mendapat keenakan seks (banyak faktor lain mempengaruhi keenakan seks kita), ia tetap akan melahirkan anak (jika buah zakar nan satu tersebut adalah sihat dan berkualiti) namun rawatan/pemeriksaan tetap diperlukan untuk menghindari barah dan penyakit lain.

Alhamdulilah, ada!

Wednesday, January 8, 2014

Kisah buah zakar kawan saya

Semasa saya menuntut di UM dulu, seorang kawan baik saya memberitahu bahawasanya dia tidak memiliki buah zakar. Saya terkejut beruk dan memang tidak percaya akan ceritanya. Bagi saya banyak lagi bahan lawak yang boleh digunakan sebagai mahasiswa yang berkaliber. Carilah idea lain untuk buat lawak. Namun akhirnya saya terpaksa pura-pura percaya sebab dia sudah mulai beria-ia sungguh mahu menunjukannya. Membuktikannya, he he he.


Lihat buah zakar boleh berada di beberapa tempat selain di keraduk (kedudukan normal)

Masalah ketiadaan buah zakar ini (sebenarnya ada tetapi tersembunyi di dalam badan) sering terjadi di kalangan bayi lelaki. Cuma ia tidak diwar-warkan demi masa depan dan wawasan budak tersebut di kemudian hari.

Kalau mengikut sains, pada awal pertumbuhan janin anggota sulit lelaki terletak dalam badan. Dua bulan sebelum dilahirkan barulah alat kelamin ini akan mengelonsor `turun' melalui otot perut, dan buah zakar masuk ke tempatnya (keraduknya (scrotum)). Rujuk gambar buah zakar di bawah, haaaa:

Proses yang normal

Sebab itulah apabila bayi lelaki dilahirkan, doktor tahu apa yang harus diperiksa (dan apa yang tidak harus). Doktor akan memeriksa antaranya sama ada bayi tersebut memiliki buah zakar atau tidak. Miliki sebiji atau dua biji. Ketiadaan buah zakar adalah suatu perkara yang besar yang tidak harus digunaguraukan di planet bumi ini. 

Namun saya ada bergurau dengan kawan saya yang sepatutnya dia pakai buah zakar palsu. He he he. Teruk saya pada masa tu, saya tidak sensitif langsung. tetapi kini saya amat senditif...(pulak dah)

Kawan saya memberitahu lagi kaum keluarganya tidak mengambil berat pasal buah zakarnya (yang tersembunyi semasa beliau dilahirkan). Lagipun dia dilahirkan oleh bidan kampung. Dan tahun demi tahun isu buah zakarnya hanya jadi gurauan di kalangan keluarganya..., (bukan dijadikan suatu yang serius. Kesian kan?)

Pada cuti penggal pengajian bila balik ke kampung, saya ada juga bertanyakan hal ini kepada mak saya. Dan mak saya beritahu kejadian begini memang ada dan bayi tersebut WAJIB menjalani rawatan kalau tidak bayi tersebut akan mandul atau mendapat kanser!.

Jan: Alhamdulilah terletak elok...

Tuesday, January 7, 2014

Encik Mimpi - Rindukanlah

Pokok `Spider Lily' saya...


Hujung minggu lalu saya ke Kuantan untuk melihat rumah. Saya dapati pokok Bakung saya sudah membesar dan menghijau. Saya menanamnya dari kecil lagi. Ada yang dari polibek dan ada yang saya belah sendiri ubi-ubinya untuk jimatkan duit, he he he. 


Bunga pokok ini putih. Bunganya tidak tahan lama. Dua tiga hari dia layu dan gugur... Namun saya tanam bukan sebab bunga. Sebab senang sahaja untuk menyelengarakannya, sangat sesuai ditanam oleh orang yang macam saya, yang hanya berkebun di hujung minggu (kalau sempat, he he he)




Daunnya hijau pekat buat masa ni mungkin kerana baja sudah menyerap ke akarnya. Daunnya yang hijau membuatkan saya nak ratah pulak daunnya. Tetapi pokok ini orang tidak buat sayur.




Saya menanam pokok ini secara berkelompok. Ada juga dalam majalah pokok ini ditanam secara berjajar lurus. Apa-apa pun ia tetap cantik menambah kehijauan tanaman.



Rasanya inilah yang terdaya ditanam, dijaga. Pokok ini kalau sudah subur daunnya sedikit besar dan menghijau. Lepas beberapa ketika daun yang di bawah akan layu dan kekuningan sebelum reput. Kita tak payah buang sebab ia akan sebati dengan tanah jadi humus. Tapi saya buang bila kuning sebab nampak tidak cantik bila ada daun kuning.





Bila petang, bila langit nampak redup saya bertambah syahdu. Taman ini saya buat sikit-sikit. Buat masa ini saya tidak berniat untuk menambah tanam pokok lain. Sya khuatir saya tidak larat menjaganya nanti.

Nyaman...


Semoga pokok-pokok ini terus subur....

Surat unggu untuk Nuha, Renoma dan harum bau nescafe...

Cetakan keempat Jan 2012



"jadi untuk apa rindu ini jika sayapnya tidak bisa terbang jauh..."  
- m/s: 13


Dengan hanya berseluar sangat pendek (berjenama RENOMA), aku tergolek sopan di katil. Memang aku tidak suka tidor berbaju, malah kadang-kadang aku hanya tidor dengan memakai minyak wangi sahaja. Minyak wangi semata-mata.

Aku memandang siling kamar tidorku. Aku memusingkan badanku ke kiri dan kekanan. Sambil tergolek di atas katil, aku sebenarnya tangkap syahdu apabila membelek muka surat ke 13. Hati aku tersentuh sangat... Aku seolah terkesan dengan pergolakan jiwa yang dihadapi oleh watak utama ini. Ya, watak seorang perempuan yang biasa-biasa yang meminati seorang lelaki budiman yang luarbiasa...merajuk bawak diri... Aku terkenangkan si dia yang merajuk membawa diri. Si dia yang mabukan aku...he he he. Dan akulah si lelaki budiman tersebut. Ya, aku perasan!

Namun, kesedihan itu bertukar kepada `aku tersenyum seorang diri'. Novel ini memang membuatkan aku tersenyum. Tersenyum seorang diri di kamai ini...

Aku senang sekali membaca novel ini, ianya boleh dibuat drama komidie-romantik, desis hatiku. Dan pastilah heronya Farid Kamil dan heroinnya aku kena pilih yang tidak cantik. Sebab watak utama ini tidak cantik sangat. Siapa yea boleh pegang watak Nuha?

Aku bangun dari katil terus melangkah ke dapur. Aku panaskan air dan buat nescafe segera. Wah! harumnya semerbak hingga ke tangkai hatiku. Aku menuju kembali ke kamar, aku ternampak kertas pelajarku masih tidak terjamah di meja makan. " Sori yea, hari sabtu dan ahad saya tak kerja"...aku membisikan suara kepada kerja-kerja aku yang bertimbun di atas meja. Memang kononnya aku mahu menyiapkan kerja pejabat di rumah. Suatu perkara yang sepatutnya aku tidak lakukan. Biarlah kerja pejabat di pejabat sahaja, dan sebaliknya. Titik.

Aku kembali ke kamarku. Aku letakan nescafeku di atas lantai. Memang tiada side table. Di kamarku hanya ada katil. Hanya katil semata-mata. Aku perhatikan cadar baruku yang berbunga biru kecil. Aku sebenarnya telah menjadi penjual cadar sejak bulan disember tahun lepas. Dan dalam giat berniaga aku juga sambar dua cadar baru untuk aku sendiri... he he he.

Aku kembali menatap novel Nuha. Banyak kisah lucu yang terjadi di sepanjang cerita. Aku tidak sabar menghabiskannya. Walaupun aku tahu sangat (kecuali cinta aku), cinta-cinta dalam novel-novel di Malaysia hampir 100% berjaya, aku terus membaca sebab bahasanya terseusun kemas. Ada puisi gitu. Aku suka.

Aku merasa bangga kerana inilah novel pertama yang aku habiskan pada tahun baru iaitu pada 1 Januari 2014. Ah, memang azam tahun baruku yang bahawasanya aku akan membaca lebih banyak novel. Novel Noor Suraya ini disarankan oleh kawanku si Suhaida. Dia merupakan seorang peminat novel. Dia memiliki beratus-ratus novel, malah mungkin beribu?.

Apabila aku memaklumkan aku mengutamakan unsur estatika dari segi bahasa, beliau lantas mencadangkan aku membaca novel ini. Jika memilih novel aku lebih suka melihat gaya bahasa. Dalam novel ini bahasanya tersusun. Dan ada di antaranya puisi dan madah. Juga di beberapa tempat ada bahasa yang sangat indah membuatkan aku terbuai layu sambil menghirup air nescafe. Tidak rugi aku membeli novel ini RM20. Aku dapat berjimat pula 20% kerana aku jadi ahli...

Ini novel petama Noor Suraya yang aku baca.Novel ini novel ke tujuh beliau dan diterbitkan pada tahun 2007. Putaran hidupku hanya berjaya menemukan aku dengan cetakan keempat 2012. Novel sebegini patut dipuji kerana walaupun novel jenis popular tetapi bukan novel pisician. Aku tidak suka membaca novel remaja yang murahan dengan cinta yang tidak agung. Huh!. Cinta monyet. Titik.

Dalam harum bau nescafe dan lembut cadar baru aku terlena. Kuharapkan Nuha dan Alang berbahagia. Dan jangan terjadi perpisahan seperti diriku...Amin

Jan: Tengah giat baca novel Noor Suraya yang bertajuk `Panggil Aku Dahlia'

Monday, January 6, 2014

Kisah Prof Muhaya

BEBERAPA tahun dahulu seorang sahabat saya (juga seorang pensyarah tetapi tidaklah terkenal mana, he he he) telah menulis sebuah artikel pendek di akhbar Utusan. Walaupun pendek, saya dapati penulisan tersebut mempunyai isi dan idea yang bernas. Saya sokong sungguh-sungguh artikel tersebut. Saya tabik!.(saya juga cemburu sebab dah banyak artikel saya antar, satu pun akhbar tak sudi diterbitkan, huh!, he he he. Menulis dalam blog jealah gayanya.)

Kita sambung... Antara penulisan yang saya masih ingat ialah "gaji Rm500 pun tak cukup, gaji RM2000 pun tidak cukup". Dalam penulisannya beliau juga menulis mengenai tabiat berjimat dan bersedekah yang membawa kepada keberkatan hidup. Beliau menyarankan bersedekahlah walaupun RM1!, walaupun gaji kecil. Haaa...

Tidak seperti Prof Muhaya, pendapat beliau tidak dikritik hebat. Mungkin masa dan keadaan berlainan. Emmm...

Kalau masa sekarang artikel tersebut diterbitkan, tentu teruk beliau `kena'. Dewasa ini masyarakat kita sangat sensitif apabila mahu menyebut mengenai perbelanjaan penggunaan dan kos sara hidup. Pasal masyarakat tidak pandai merancang jangan sesekali disebut, jangan diulang-ulang. Pasal masyarakat tidak mengutamakan keperluan berbanding kehendak, jangan sebut, jangan diwar-warkan. Pasal masyarakat malas bekerja (malas bangun pagi) dan tidak pandai mencari pendapatan sampingan jangan disebut, jangan dikenang. (baca dengan nada sarkastik paragraph ini)

Dan jangan sesekali sebut `jimat', kerana kata mereka "macam mana nak jimat kalau nak makan pakai pun tidak cukup? Jangan fikir, jangan sebut dan jangan tulis. Ianya merbahaya. Anda akan mengumpul ramai pembenci (haters). Selamat datang ke Malaysia... (juga baca dengan nada sarkastik paragraph ini. Gitu).

Lebih-lebih lagi jika kita kaya, mengada, berpelajaran, handsum/comel (he he he) dan `ada tempat' dalam masyarakat, kita jangan laaa sesekali gatal meroyan menyarankan agar berjimat cermat (walaupun jimat itu mungkin jimat air, jimat elektrik, jimat minyak, jimat masa atau jimat bedak, he he he). Sebabnya? sebabnya kita akan dituduh "senanglah cakap, awak orang kaya, gaji mahal". Tidakah golongan ini terfikir yang orang yang berjaya ini pukul 4.30 pagi sudah bangun tercongok buat kerja (contohnya buat kertas kerja). Mereka tidak fikir di belakang mereka orang yang senang ini berjimat dan berhemah nak mampus dalam merangcang kewangan. Kita akan senang sebab sudah banyak kita melakukan pergorbanan sejak kecil, termasuklah berkorban masa remaja (sebab dok belajar mengadap buku 24 jam, bila remaja lain duduk bergalok)... Kita tahu yang pipih tak datang melayang, yang seksi tak datang menyerah...

Jadi? Jadi kita akan jadi masyarakat yang `tak menjadi'. Jadi masyarakat yang bukan mahu lap susu tumpah tersebut tetapi kita jadi masyarakat pakat-pakat sibuk cari siapa buat susu itu tumpah. Kita jadi masarakat yang pakat nak tampar dia (yang tumpahkan susu). He he he (sekadar meminjam similie `susu' yang digunakan oleh prof|). 

Prof Muhaya sudah tampil menjawab. Syabas prof, saya sokong. Dan saya rasa ianya (tampil menjawab) adalah suatu usaha yang baik walau bagaimanapun haters tetap haters. 

Jan: Kita susah sebab kita...percayalah.




Firman Allah SWT: “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)

KWSP : Simpanan Asas Baharu Berkuatkuasa Januari 2014

Saya berhasrat mahu bersara dengan penuh bergaya. Saya tidak mahu lagi setiap akhir bulan menunggu gaji atau berjimat cermat yang amat-amat. Kalau boleh pada masa tersebut (walaupun mungkin berkerusi roda) kalau saya ke ECM pun, saya pakai sambar jea barang-barang yang saya nak. Tak nak kelebek-kelebek harga lagi. Setelah lama saya menanam, saya mahu menuai pula. Haaaa. 

Saya berpendapat hasrat tersebut adalah hasrat hari setiap warganegara Malaysia yang bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta. Bukan hasrat saya semata-mata. Kita hendak hidup kita semakin senang, bukan sebaliknya.

"Orang kerja kerajaan tak apalah ada pencen..." Kata seorang kawan saya setelah saya mengalih tema perbincangan (saya boring asyik cakap pasal bola, politik, bola, politik. Huh!). Sebenarnya saya tidak setuju dengan pendapat beliau, mengharapkan pencen semata bukanlah satu tindakan yang tepat. 

Sekarang kadar minima pencen di sektor kerajaan adalah RM820. Jumlah inilah yang mereka akan terima selepas pencen (lagi tinggi gaji semasa kerja, lagi tinggilah pencennya nanti). Dengan mengandaikan sudah memiliki rumah, kereta dan anak-anak pun sudah di luar tanggunggan, jumlah ini adalah jumlah logik ekonomi mengikut harga pasaran masa kini dan bentuk sumbangan yang mereka telah berikan (sama ada besar atau tidak berdasarkan kelayakan kerja). Kalau kita boleh sesuaikan gaya hidup kita seRM820 sebulan, bolehlah...

Di sektor swasta lain cerita (walaupun plot dan temanya sama). Ceritanya kita kena ada duit dalam akaun KWSP kita yang membolehkan kita menyara diri selama 20 tahun (kira umur purata kita hidup lepas bersara, mungkin lebih pendek kot, he he he). Dulu kadar minima adalah RM120,000 (dengan andaian pencen (RM500 sebulan), tetapi sekarang sudah dinaikan kepada RM196,800 (dengan andaian RM820). Dan logiklah kerana inflasi berlaku mengiringi tahun. 


Masalahnya ialah kita selalu membuat pengeluaran wang KWSP. Saya juga pernah keluarkan wang KWSP untuk membayar deposit rumah, dan pernah juga mengeluarkannya untuk membayar rumah saya dalam masa setahun, he he he. Jadi tidak banyaklah wang saya dalam KWSP tersebut. Masih tidak sampai RM196,800. Tetapi alhamdulilah mengikut jadual di atas dalam umur 44 tahun (April ini) saya telah melepasi sasaran RM88,000 dengan cara hidup RM820 sebulan.

Persoalannya dapatkah saya hidup setema RM820 sebulan|? Namun tahun demi tahun saya harap jumlah simpanan melepasi jumlah itu dengan ketaranya agar seolah pencen melebihi RM5000 sebulan. Atau lebih? Insyallah...

Jan: Tapi kita harus ingat, harga makan pagi kita nanti mungkin RM80! Pada tahun 2030 sekilo gula mungkin berharga...? Haaaa

Friday, January 3, 2014

Selamat tahun baru 2014




" Saya ingin ucapkan selamat tahun baru (secara rasmi) kepada semua pembaca blog jankaulu. Semoga pada tahun 2014 ini hidup kita sekeluarga lebih diberkati, sihat tubuh minda, dan dimurahkan rezeki.

- Mohamad Sukiman Ishak

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home