"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, January 31, 2012

Anak bukan beban...(sambungan pulak dah)

Saya terima sms dari kawan saya, dia beritahu penulisan saya tentang anak begitu pedas. Saya tersenyum dan kecilkan kepala. Saya beritahu itu pendapat dan penelitian saya. Saya tidak berniat nak menulis menampakan saya sempurna dan orang lain salah belaka. Itu hanya pendapat. Tak bermaksud apa-apa dan bukan paksaan.
Saya faham tanggungjawab suami isteri dalam memelihara anak sangatlah mahakarya besarnya (besarnya sampai ramai jugak yang gagal...he he he). Saya tabik spring bila tahu pengorbanan ayah atau ibu terhadap anaknya. Jangan kata saya tidak faham atau tak mahu faham. Saya tabik buat Datuk Sarimah sebab dia buat filem `Dia Ibuku".
Tetapi ada orang ego, nak menangkan diri. Cuba kita letak ego kita di atas meja, kita bungkus dan letak ke tepi atau ke dalam bangkul sampah. Kita renung dalam-dalam... Kalau mulut kita asyik bercakap pasal anak sebagai sesuatu yang beban, nescaya 20 tahun lagi anak kita pun anggap kita macam, beban. Haaa. Percayalah cakap saya...(alamak macam orang tua pulak membebel padahal masih handsum).
Ya lah mereka kena pelihara kita pulak, sedangkan mereka ada anak-anak sendiri. Kita pula masa tu pun dah seizeng, nak masuk duit dalam ATM pun dah terketar-ketar, he he he. Pada masa itu banyak kena bergantung pada anak-anak. Pada masa itu adakah anak-anak kita anggap kita beban? Insyallah kalau kita tidak menganggap anak-anak kita sebagai beban (sama ada dalam sedar atau tidak), di kemudian hari mereka tidak menganggap kita sebagai beban.
Kalau yang tak ada anak tidak dapat kata apalah sebab mereka tak ada anak. Ni fokus kepada wargatua yang ada anak tetapi terbiar, terabai dan terpinggir... Ada anak, anak tak cara (tak cara = tak ambil peduli) adalah sesuatu yang lebih sadis...
Ingat tak masa kita kahwin dulu? kita peluk perut isteri kita yang membuncit dan seksi (ada orang kata bila perempuan mengandung nampak seksi, saya setuju), kita kata anak adalah rezeki. Dan ingat tak kita beritahu suami kita yang badannya macam papan lapis yang anak adalah rezeki kebahagian kita. Ingat tak? Haaa... kenapa bila membesar kita anggap beban walhal tanggungjawab kita? Haaa...Sebabnya?
Sebabnya kita tak nak berkorban! Dah ada anak rokok masih hisap lagi, tupperware masih oder lagi. Kalau duit banyak tak apalah. Tapi bila timbul isu nak keluar duit untuk anak, nak-bayar itu ini kita mengeluh. Tak ke pelik?
Saya bimbang pula hendak meneruskan posting ini sebab takut ada yang terasa, tetapi niat saya bukan begitu. Mungkin ada yang boleh terima dengan baik apa yang saya tulis. Dan mungkin ada yang tidak. lain padang lain kawasan perumahannya.
Kesimpulannya, anak ini adalah anugerah kebanggaan kita dunia akhirat. Malah dalam agama islam anak yang soleh bagai mata air yang mengalir dari syurga (unsur agama)...
Jan: Anak yang durhaka?, pintu taubat masih terbuka...haaa..

2 comments:

Nong Andy said...

hehe.. pedas? oh.. pedas tak apa, pedas tu penambah selera, kawan sy kalau tak pedas dia tak lalu nak makan.. :)

kawan sy ckp, zaman sekarang jgn harap sgt anak2 akan jaga kebajikan kita sudah tua nanti. sebab kalau kita dah hantar anak sampai sekolah tinggi- jadi doktor ke, jadi engineer ke.. walaupun anak akan jadi org kaya. jgn harap sgt duit anak. tunggu je KWSP.. sebab anak zaman sekarang, ditatang mcm minyak yg penuh pun nanti pandai gak hantar org tuanya ke rumah org2 tua- ini pendapat kawan saya. ada juga masuk sikit dlm kepala saya..

ada gak org ckp, kalau kita taknak jaga org tua kita, nanti anak2 kita pun tak nak jaga kita- balasan lah kononnya.

sukiman said...

saya setuju, mrk mungkin lupakan kita sebab byk faktor membentuk pemikiran mereka selain kita.

Namun saya rasa kita buatlah yang terbaik bahagian (part) kita... Kita akan tenang bila tunai tanggunjwab.

tapi saya setuju sgt yg kita kena ada duit pada masa tua jgn harap duit anak,

Ada byk kemungkinan boleh terjadi,...

.