"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, August 27, 2015

Iwan Syahman - Segalanya Allah











IWAN SYAHMAN - SEGALANYA ALLAH (CD)
TERBITAN : E-WAN ENTERTAINMENT 
PRICE : RM24.90

Sebuah album religi sulung dari Iwan yang dulu terkenal dengan penyanyi dangdut.




1. Saya beli album ini kerana saya terdengar lagu `Segalanya Allah' secara tidak sengaja dari radio semasa memandu ke Kuantan.

2. Saya kenal Iwan, dia ada nyanyi dengan Amelina.

3. Suara Iwan merdu, sedap telinga mendengarnya. 

4. Setelah mendengar lagu ini saya rasa sangat ternoda...bersalah dan entah apa-apa... saya rasa I want to make peace with god...

5.Sejauh mana saya berlari tali agama mengikat saya. Dalam hidup masyarakat Melayu agama adalah suatu perkara yang penting. 

6. Saya pernah mahu jadi jahat tetapi saya tidak berdaya. Saya pernah mahu memusnahkan rumah tangga orang...namun allah maha kaya, saya tidak didayakan untuk melakukannya. 

7. Pada musnahkan hidup orang baik saya beli pinggan mangkuk, pasu dan berkebun.

8. Saya tahu hidup sangat aneh...

9. Saya tahu kepada saya hidup ini suatu peperangan...


P/s: Tidak benar saya tidak membeli album religi, saya ada beli beberapa CD Raihan...

Wednesday, August 26, 2015

Kucing yang meniru...
























Pernah tak rasa nak jadi seperti orang lain. Pernah tak cuba meniru orang lain? Maksud saya meniru 100% dan...tidak berjaya.

Saya tidak secara sedar membina personaliti dan gaya saya. Ia datang dari fikiran dan alam sekeliling. Mungkin sesuatu yang sudah semula jadi. Beginilah saya...

Saya percaya semua orang ada bahagian-bahagian yang menarik. Namun saya dapati ramai juga kawan-kawan saya yang tidak menarik di mata kasar. Malah membosankan.

Pernah suatu ketika, ada suami orang mahu berkawan dengan saya. Isterinya beria-ia mahu saya dan suaminya menjadi sahabat atau kawan. Namun saya pernah jumpa suaminya dan merasakan suaminya adalah seorang yang membosankan. Saya mengelak apabila diajak minum-minum. Kejam saya kan? Tapi saya tidak mahu buang masa...(statmeng bertambah kejam. He).

Dan akhirnya dia keluar dengan kawan baik saya. Dan saya dapati itulah kali pertama dan terakhir mereka keluar. Saya beritahu kepada kawan saya..."saya tidak boleh `masuk' dengan sebarangan orang, saya dah agak dia membosankan".

Orang yang tidak ada personaliti membosankan. jadi tidak salah membina personaliti tetapi kena ikhlas dan jadi diri kita. Jangan nak jadi 100% macam orang lain.

Saya tidaklah bagus sangat, untuk orang yang suka pengembaraan lasak dan tidak suka berangan, mungkin saya membosangkan. He he he.

Namun semestinya kita tidak boleh cepat menilai seseorang. Maksud saya kadang-kadang berkawan dan mengenalinya lama, barulah tahu beliau adalah seorang yang menarik dan boleh diterokai.

Saya tidak suka meniru orang, dalam beberapa keadaan saya mungkin `tertiru'. Contohnya gaya saya di universiti dulu adalah gaya yang purata pelajar lain juga...haa..

Saya pernah berkawan dengan seorang kawan yang suka meniru gaya dan kehidupan saya. Saya tidak rimas tetapi saya rasa nak gelak...dan kasihan

jangan kita jadi kucing yang meniru...kelakar...dan sadis...





Friday, August 21, 2015

Menolong orang adalah wajib...

Sebenarnya pada setiap hari dan pada satu-satu ketika, kita mempunyai banyak peluang yang terbuka untuk menolong orang dalam usaha  menjadikan bumi ini suatu tempat yang lebih baik untuk didiami. Daripada pertolongan sekecil menolong membuka pintu kepadalah memberi pandangan dan nasihat kepada yang memerlukannya. Bak kata golongan yang kuat agama, sentiasa ada ruang untuk membuat pahala.

Kita hanya perlu memilih. Memilih untuk melakukan pertolongan atau memilih untuk tidak mengendahkannya... Haaa...

Perkara yang baik akan tetap baik walaupun berzaman. Nilai yang baik tetap akan menjadi nilai yang baik. Namun oleh kerana kehidupan sudah jauh berubah, tambahan lagi kesibukan kerja dan mengejar cita-cita...manusia telah berubah menjadi begitu bersikap material dan individualistik. Malah sikap ini juga dilakukan kepada ahli keluarga terdekat. Maka timbullah cerita tiada masa untuk ibubapa, suami, isteri anak-anak, adik beradik. Jauh sekali jiran dan masyarakat.

Jadi kita sebenarnya sudah hidup pada zaman kebendaan, namun kita tidaklah boleh turut terbawa dengan sifat tidak menolong...

Kita tolonglah sedaya mampu...




Thursday, August 20, 2015

Lagu sedih dan airmata...

Image result for sad songs quotes


Lagu sedih tidak membuatkan kita menangis tetapi seseorang `disebalik'  lagu sedih itulah yang membuatkan kita menangis...

Lagu sedih sekadar medium untuk kita `dibawa' kepada dia...



Same script differeng cast...


Image result for same script different cast

1. Sudah lama saya dengar dia bercerai. 

2. Cuma pagi tadi sahaja saya berpeluang bertanya dengan dia empat mata.

2. Dia beritahu saya dia diceraikan kerana pilihan terbaru suaminya tidak mahu bermadu.

3.Tidak pula saya bertanya relakah dia bermadu jika pilihan terbaru suaminya rela bermadu? 

4. Adalah lebih baik saya banyak mendengar daripada bertanya itu-ini...(saya rasa)

5. Saya dapati ceritanya sama iaitu apabila suami jumpa `orang baru'...

6. Dan segala keburukan isteri dicanangkan...

7. Saya tidak banyak cakap, saya hanya beritahu dia `orang yang menghancurkan kasih sayang akan mendapat balasan...'

8. Saya yakinkan dia bahawa suaminya akan mendapat balasan yang teruk. Aci kerat jari. Saya yakin sangat sebab tuhan tak benarkan kasih sayang hidup tumbuh segar atas penderitaan orang yang teraniaya...

9. Tiba-tiba saya pulak jadi emo...he he






Wednesday, August 19, 2015

Filem Pendek - Syif Malam




Ini filem pendek lakonan sepupu saya. Saya ada tengok beberapa kali dan saya terus rasa saya pun boleh berlakon. (Pulak dah).

Kalau dulu saya mungkin boleh jadi hero dalam filem, kini saya rasa saya hanya sesuai pegang watak pak cik yang gemuk dan kesunyian...(tapi baik hati, he he)

Ayah masih tidak boleh bangun...

Tiga minggu lepas ayah naik motor ke Kuala Besut. Ayah mahu beli ikan segar dan murah. Namun ayah terlibat dengan kemalangan jalanraya dekat dengan jambatan Kuala Besut. Ayah dilanggar oleh kereta yang menuruni jambatan. Katanya ayah terpelanting jatuh tergolek.

Sehingga ke hari ini ayah masih tidak dapat bangun berdiri. Sudah tiga minggu. Ayah juga kencing berak di katil. Emak beritahu ayah menangis apabila berak sebab kesiankan mak yang menjaga ayah.

Peristiwa ini menyedihkan saya dari banyak segi, namun saya bersyukur kerana ayah saya selamat dan tidak cedera berat. Doktor kata ayah perlukan masa untuk pulih kerana faktor umur. Ayah sakit pinggang apabila jatuh tergolek.

Saya harap ayah saya cepat sembuh...  


Monday, August 17, 2015

saya `collage'kan gambar laman...

Gambar-gambar lama laman saya

Letih, tetapi seronok. Letih sebab kena teliti, duduk bangun, potong dan angkat daun-daun yang rosak. Seronok lihat laman cantik.

Laman cantik melahirkan suatu perasaan yang gembira. Kerja penat-penat dan dengan dunia yang terkejar-kejar tetapi ada juga tempat yang saya rasa seronok.

 "Rumah kecil sahaja tetapi laman agak luas..." Kata kawan saya yang rumahnya besar, kereta besar dan isterinya juga besar.

Saya tidak lagi bercadang untuk tambahkan pokok-pokok kerana saya sudah tidak larat membersihkannya pada hujung minggu, Saya bercadang mahu mengupah orang untuk menjaga laman saya. Datang sekali sekala pun tak apa. Namun adakah orang yang betul-betul berminat berlaman, bukan sekadar mengambil upah...?






The best things in life...my life




Keluarga. Keluarga adalah harta. Tidak dapat saya bayangkan betapa gembiranya apabila saya berada dengan emak. Emak selalu kata apa yang saya buat adalah betul belaka. Mak saya kata saya cerdik dan baik hati. Kalau boleh saya mahu selalu ada dekat dengan mak sebab rasa selamat dan disayangi. Sangat juga gembira apabila berada dengan ayah, adik beradik, dan anak-anak saudara. Dan bila tiba waktu berpisah saya sedih.

Segulung ijazah sarjana muda. Semasa saya menamatkan pengajian sarjana saya, perasaan yang timbul di jiwa tidaklah segembira saya menamatkan pengajian sarjana muda saya. Sehinggakan saya berani mengatakan pengalaman belajar di UM dan berjaya menamatkannya dengan sarjana muda ekonomi adalah antara kenangan termanis dalam hidup saya. Pada masa tersebut ada 6 buah universiti sahaja, tentulah saya seronok gila mendapat izajah. 

Berjumpa dengan dia. Berjumpa dengan dia adalah salah satu episod termanis dalam hidup saya. Walaupun kini saya sorang, meratapi diri dan merana, saya tetap anggap berjumpa dengannya adalah antara yang termanis dalam hidup saya. Saya tahu apa itu cinta nan sejati (saya milikinya, dia tidak...dia tidak mampu). Saya faham kalau ada orang sanggup mati kerana kasih dan sayang. Sukar untuk saya tulis dengan kata-kata. Saya sangat bahagia pada masa tersebut. Dia hanya mencintai saya seorang. Dengan kata lain, ada 6 billion manusia di bumi ini, namun dia memilih untuk mencintai saya sahaja. Tidak logik kan?

Bercuti ke Bali. Bercuti untuk melihat keindahan alam, juga membeli lukisan-lukisan. Tidak selalu saya bercuti melancong kerana bagi saya jika ada duit terlalu lebih barulah ia memadai. Saya masih tidak capai taraf orang yang selalu boleh bercuti. Saya suka melihat suasana malam di Bali. Pantai dan gunung ganangnya. Naik kereta kuda tengah malam. Melihat orang seksi menyanyi dan berjoget.

Kehadiran suara Sharifah Aini. Dari kecil hingga dewasa hingga ke tua saya masih mendengar lagu-lagu beliau. Cuma saya berhenti setahun kerana berkabung. Namun kini setiap hari saya mendengar lagu beliau. Saya rasa sangat bertuah kerana dapat menikmati suara merdu. Hujung minggu lalu saya menyanyi sehingga pukul dua pagi. Saya nyanyi lagi `Terbang Helang', `Bunga Tanjung', Tiada Maaf Bagimu', `Pengajian di Seberang Lautan', `Seiring dan Sejalan', `Tiada Maaf Bagimu', "Teratai dan lain-lain. Saya rasa dekat 20 lagu saya alunkan. Saya harap jiran sebelah rumah tidak tension. 

Hidup ini ada suka dan duka, tak kiralah kita siapa pun. Anak raja ke, atau orang biasa. Bila kita sudah di akhir garisan...menuju senja. Adalah lebih elok kita berfikiran kita mempunyai hidup yang baik dan kita adalah orang yang baik...






Antara tanda-tanda ketuaan saya...

1. Semakin ramai manusia memanggil saya dengan panggilan `pak cik'. 

2. Saya ambil masa yang lama untuk berlari ke gigi laut.

3. Selera muzik remaja sekarang sangat teruk - K Pop.

4. Ayah dan mak saya sudah sangat tua...

5. Saya mula berfikir untuk menulis surat wasiat.

6. Anak-anak saudara saya yang dulunya saya mandikan dalam keadaan berbogel sudah remaja.

7. Saya mula memilih pakaian yang tidak menonjol.

8. Saya cepat letih apabila tidak cukup tidor...cepat lapar bila tak makan.

9. Saya rasa masyarakat sepatutnya lebih ambil tahu tentang masyarakat.

10. Banyak drama Melayu bukan sahaja mengarut tetapi menanam nilai hidup yang jelek.

11. Mula tertarik pasal agama...

12. Tidak suka bising-bising.

13. Sering terfikir siapa yang akan jaga saya jika saya sangat tua...

14. Duit bukanlah segalanya.

15. Kalau saya jual koleksi pinggang mangkuk saya tentu dapat ribuan ringgit.

16. Suka guna jalan long cut, biar lambat asal tak sesak.

17. Suka berleter kepada pelajar atas kesalahan yang kecil.

18. Semakin kurang orang tertarik kepada saya.

19. Lenguh-lenguh di kaki dan uban di kepala.

20. Semakin suka duduk rumah dan berkebun berbanding ke bandar...

21. Pastikan semua pintu dan tingkap berkunci selepas magrib.

22. Mula berfikir mungkin perpisahan antara saya dan dia adalah satu takdir yang baik supaya setiap pihak mendapat yang terbaik dan tidak disakiti dalam hidup...

Thursday, August 13, 2015

"Ku Mohon" by Afgan

Kisah kunci kereta Honda kawan saya...

Lawa kan?

Dua tiga hari lepas saya ditanya oleh kawan saya bilakah saya mahu tukar Myvi saya? Dan kalau saya menukar kereta...apakah kereta pilihan saya? Kawan sering bertanya.

Saya beritahu kalau saya ada duit lebih saya akan beli Honda HRV. Saya minat tengok bentuknya. Dan sebenarnya saya suka Honda. Saya suka Honda sebab bentuknya kemas dan seimbang. Kecuali siri Honda City terdahulu...semua design Honda hebat di mata saya...

Saya juga suka Honda sebab huruf `H'... nampak seimbang, gagah perkasa.

Al kisah esoknya kawan saya riuh kerana dia kehilangan kunci Honda CRVnya. Dari pagi sampai tengahari dia tidak tenteram bimbang kunci tersebut jatuh di mana-mana.

Tengaharinya selepas habis kuliah saya lihat ada enam miskol di telefon bimbit saya dari kawan saya (yang hilang kunci kereta Honda HRVnya). Saya beria memberitahu saya tidak tahu dan saya tidak melihat kunci tersebut...

Lagipun kenapa pula saya mesti ambik kunci kereta orang?

Setibanya saya di bilik pejabat saya, saya lihat kunci kereta Honda CRV tersebut tersadai manja atas meja saya. He he he. Bila saya terambil?

He he he.

Misteri sangat sebab saya tak ingat langsung bila saya ambil atau terambil?. Sebab walaupun saya minat Honda...tak kanlah saya nak pau kunci kereta Honda kawan saya...

Dengan muka yang tidak malu saya ke bilik kawan saya menyerahkan kunci kereta tersebut...

Agak-agak apa yang saya beritahu kepada tuan punya kunci kereta tersebut?

He he he...

Tuesday, August 11, 2015

Bila saya tukar bateri kereta?

Saya tidak menyangka bahawa kereta pun guna bateri. Perkara ini saya tahu selepas saya miliki kereta. Saya ingatkan lampu picit dan seangkatan dengannya sahaja guna bateri. Namun itulah hakikatnya, kereta juga menggunakan bateri. He he he. Mungkin kapal selam pun guna bateri kot?

Pagi tadi saya pergi tukar bateri saya yang kong. Saya bayar RM180 kepada pekedai tersebut... 

Sebenarnya saya terlupa tutup lampu kereta saya.

Semalam setibanya di kampus pada lewat petang saya terus melenggang kangkung ke kuliah. Dan malamnya pada pukul 10 malam apabila saya ke tempat parkir saya lihat lampu kereta saya menyala!. Saya cuba hidupkan kereta tapi tidak berjaya.

Saya terus talipon kawan saya meminta tolong hantar saya pulang ke rumah. Keadaan di tempat pakir pada waktu malam menyeramkan. dan saya teringat cerita-cerita urban legends yang popular.

Dan paginya saya menumpang jiran ke tempat kerja. Saya berdiri di tepi jalan seolah menjual diri. Lakukah? He he he.

Apabila tiba di kampus sahabat saya (Adnan) yang ada jumper mengecas kereta saya dan kami pergi ke bengkel untuk mendapatkan bateri baru.

Kali terakhir saya tukar bateri juga begitu. Iaitu kerana saya lupa tutup lampu kereta. Seingat saya selama hampir 7 tahun saya pakai kereta...begitulah kaedahnya saya menukar bateri kereta.

Paling akhir dulu... saya memang berkereta selepas subuh ke Kuala Terengganu untuk Pameran Pendidikan MARA, saya wakit pensyarah untuk universiti saya. Dan bila cerah langit saya terus parking kereta dan berlalu tanpa menutup lampu kereta. Pada sebelah petangnya apabila saya hendak pulang ke Besut, barulah saya sedari bateri Kong.

Dulu saya berdebar juga apabila kejadian sebegini berlaku tetapi sekarang saya tidaklah berdebar sehebat dahulu. Saya sering lupa... (Namun ada satu perkara itu tidak pernah saya lupa walaupun sehari...walau sehari...)

Jadi bila kawan saya tanya bia saya tukar bateri kereta saya? Jawapannya adalah bila saya lupa tutup lampu kereta.

He he he.

Inilah dunia saya...


Monday, August 10, 2015

Penutup segala suara - Sharifah Aini





Sharifah Aini - Sayang Musalmah & Gunung Banang

Bagi saya suara Kak Pah adalah penutup segala suara. Maksud saya tiada penyanyi lama dan penyanyi baru yang mempunyai suara lemak merdu seperti beliau. Dan tiada juga pada masa akan datang... Saya percaya dan yakin suara wanita Melayu sudah ada penutupnya. Beliau adalah Datuk Sharifah Aini.
Lagu sayang Musalmah dan Gunung Banang yang saya sertakan di atas ini dinyanyikan Kak Pah secara `live' bersama Okestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur... Lenggok suaranya begitu sempurna dan `besar' bersama okestra. Tidak ramai penyanyi yang bersuara `besar' yang boleh menyanyi diiringi dengan berpuluh pemain muzik.
Dua lagu sedih ini amat menyedihkan...tetapi menjadi lambang kejituan pencapaian suara penyanyi wanita Malaysia.. Lagu di atas contohnya telah membuatkan pendengar/peminat menangis... 
Layaan...suara yang ikhlas, penghayatan penuh...

DATUK SHARIFAH AINI - KONSERT EKSKLUSIF BERSAMA ORKESTRA RTM



Saya tidak lagi berkabung.

Saya hanya berkabung selama setahun tanpa suara Datuk Sharifah Aini.

Dalam pada masa tersebut saya telah membeli beberapa CD beliau dan juga satu DVD yang istimewa.





DVD ini adalah rakaman terakhir beliau bersama Orkestra RTM yang dibuat pada tahun 2012.
Pada masa tersebut beliau sebenarnya sudah sakit-sakit tetapi merahsiakannya dari pemitnya.




Suara nyanyiannya tetap merdu di telinga saya. Adakalanya saya sayu. Seolah tidak percaya beliau sudah tiada.

Allah maha besar...


Tidak ada penyanyi sehebat Kak Pah. Dan saya percaya tidak akan ada...

Patah tak tumbuh, hilang tak kan berganti...


EKSKLUSIF DATUK SHARIFAH AINI BERSAMA ORKESTRA RTM
(RTM-Life Records, 2014) 

  Seri Dewi Malam

  Burung Pungguk

  Teratai
  Empat Dara
  Kau Tinggi Di Awan Biru & Tiada Maaf Bagimu (medley)
  Hapuslah Airmatamu & Setulus Cintamu (medley)
  Biarlah Bulan Bicara
  Forever And Ever
  Ku Curah Kasih Dalam Lagu
  Di Malam Persandingan
  Surat Dari Seberang, Jangan Tinggalkan Daku & Ingatan Manis
   Di Bulan September (medley)

  Bunga Tanjung
  Irama Cintaku

Terdapat juga sebuah CD selain DVD...


Saya juga suka melihat Kak Pah sebab dari muda sehingga akhirnya beliau kelihatan cantik, menjaga penampilan diri...


Friday, August 7, 2015

Sharifah Aini - Maafkanlah




Lagu ini tidak ada kena mengena dengan kehidupan saya. Saya suka mendengar lagu yang berirama sebegini. Biarlah tidak ada mengena kisahnya dengan saya, saya tetap layan...

Saya suka sebab iramanya indah dan senikata puistis untuk menggambarkan sebuah perasaan...

Payah untuk menyanyi lagu sebegini tetapi dimulut Kak Pah ia melantun molek.

Saya suka dengar lagu cinta sebab ia memberi seribu perasaan. Antara cinta dan duit saya masih lagi tertarik dengan cinta sebab di dalam cinta ada kasih. Ada sayang... Haa...

Boleh layan lagu ni...

Saya tidak tahu apa masalah lagu Melayu dewasa ini... Yang jelas tidak merdu di telinga saya. Jauh lebih merdu lagu allahyarham Tan Sri P Ramlee. Meremang bulu roma...

Tetapi telinga masing-masing...tidaklah saya rasa pendapat saya ini benar bagi semua orang...

Once a cheater, always a cheater?

"Sebelum berkawin masa bercinta dia dah kena dah. Masa bertunang pun gitu. Lepas kawin ni kali kedua dah!" Saya giat mencara hal orang. Dan orang itu kawan baik saya. Dan dialog di atas saya berikan kepada kawan baik saya yang juga kawan baik kepada kawan baik saya yang selalu kena tipu.
 
"Saya berani bertaruh dia akan seksa dan bersedih hati sepanjang perkhawinan tu. Last-last bercerai. Laki dia jenis penipu!". Cepas saya buat keputusan dan analisis. Mudah sangat. Tak semudah saya nak analisis hal kejatuhan nilai ringgit dan kesannya terhadap industry perlancongan. Maknanya nak cari hubungan antara nilai pertukaran wang dengan perkembangan industri perlancongan kita.
 
Saya percaya kalau dasar penipu tu, akan menipu juga. Tepuk dada tanya selera. Boleh juga kita tanya diri kita. Kita jenis apa? Ada berani?
 
" Cheating is not a accident la. Langgar kereta tu kita panggil accident. You don't trip and fall into vagina!"  Saya beritahu kawan baik saya tu supaya dia faham betul-betul apa yang terjadi dalam perkahwinan kawan baik kami tersebut.

Sebenarnya kami turut bersimpati kepada kawan kami tersebut. tapi dah sampai tahap malas dah nak beri pandangan. Kami malas dah tengok dia menangis. Belajar bertingkat-tingkat nak buat keputusan pun tak reti.
 
"Saya rasa kita patut beri ucap tahniah dan kagum dengan dia. Sebab boleh bertahan dan hidup dengan penipu..." Saya beritahu kawan saya.
 
"Laa tak baik begitu..." Kata kawan saya kepada saya.
 
Hah! Akhirnya yang tak baik tu saya. He he he.
 
Abang Jan: Cheating is not a mistake, cheating is a choice...

Thursday, August 6, 2015

Kisah nasi Briyani, tea hijau, Kuch Kuch Hota hai dan deria kasih kasih sayang yang hilang.

Saya menunjukan keamanan
SEMALAM malam selepas balik dari kampus saya terus ke Jentayu. Sebuah kedai makan minum ala kopitiam. Saya tidak lapar kerana saya sudah makan nasi Briyani yang dibawa dari majlis jamuan raya di kampus. 

Saya hanya mahu minum.

Setelah disapa oleh beberapa pelajar, saya duduk di meja, berwasap dengan kawan saya mengenai result midterm...

Saya tidak hadir pada majlis jamuan raya yang diadakan secara besar-besaran tersebut kerana saya tidak ada rasa untuk bergembira dan berada di tempat ramai orang. Ramai rakan pensyarahan lain hadir...mereka sebelumnya dan mengajak saya. Saya tolak dengan baik.

Nasi Briyani tersebut sebenarnya ditapau oleh mak cik cleaner  yang hadir pada majlis jamuan tersebut. Saya terharu kerana seorang mak cik cleaner tersebut ingat saya dan sayangi saya. Sebab nasi Briyani itulah saya tidak makan apa-apa pada malamnya. Saya kenyang sampai malam.

Saya hanya pesan teh hijau. 

Saya rasa teh hijau di Jentayu Kopitiam itu sedap. Saya syak mereka campur dengan air manisan daripada gula yang dimasak.

Apabila sampai di rumah, saya menonton cerita Kuch-Kuch Hota Hai, Sebuah cerita hindustan lama. Cerita ini pasal hati yang berdebar dan merasai sesuatu... Haaa. Lakonan Kajul, Shahruk Khan dan Salman Khan.

Sebenarnya sudah banyak kali saya melihat filem ini, cuma kali ini saya rasa benar-benar hambar..tidak meresap seperti dahu. Namun adengan di stesyen keretapi itu membuatkan saya teringat kepada seseorang.

Namun kejadian itu berlaku di stesyen bas...itulah kali terakhir saya melihat matahari saya...

Saya tengok cerita itu sampai habis walaupun doktor suruh saya tidur awal... Semalam pukul 2.30 saya masih lagi belum lelap. Tergolek manja di ranjang. Pusing kiri dan kanan. Di sepanjang malam saya gelisah.

Sambil tergolek, saya teringat akan mak cik cleaner tersebut... Dia sangat baik dan ambil peduli hal saya... Saya teringat pula kepada kata-kata sepupu saya bahawa saya sebenarnya beruntung kerana ramai yang sayangi saya...

Saya akhirnya terlelap dengan satu persoalan yang sama bersambung-sambung, silih berganti iaitu mengapakah saya sudah tidak dapat merasai kasih sayang yang orang berikan...?

Mengapa...?

Adakah sedekah dan derma itu rasuah?

Kepada saya ianya sukar untuk menentukan sama ada derma dan hadiah merupakan rasuah atau sebaliknya.

Ianya soal hati dan niat.

Begitu juga kalau kita bersedekah atas nama mahu mendapatkan sesuatu. Maksud saya kita sebut sedekah tetapi ada niat disebaliknya untuk memancing sesuatu kepentingan diri. Kita guna konsep dan perkataan `sedekah'. Begitulah juga dengan derma.

Sebab rasuah boleh menjelma dalam pelbagai bentuk dan ada dalam pelbagai kelompok masyarakat. Maksud saya secawan tea yang dibelanjakan antara orang kampung juga mungkin merupakan rasuah, maksud saya yang kedua ialah tidak perlu pula menjadi pemimpin atau ahli politik untuk melakukan rasuah.

Dan saya berani kata dalam hidup seseorang manusia, mereka melakukan rasuah. Cuma sama ada rasuah itu besar atau kecil. Namun jumlah dan saiz tersebut tidak mengkatogerikan ianya sebagai kateria untuk mendefinasikan rasuah. Ia tetap rasuah walaupun sebesar biji sawi habuangnya.

Image result for seksi women faces
Cukup seksi tak?
Kadang-kadang kata-kata dan janji juga boleh merupakan rasuah. Dan adakalanya habuan juga mungkin bukan berbentuk wang ringgit. Mungkin sesuatu barang, atau manusia! Contohnya seorang perempuan seksi.

Bila berbicara mengenai rasuah, pada kebiasaannya para pemimpinlah yang akan selalu dikaitan dengan rasuah. 

Dan dalam dunia sekeliling saya yang saya selalu dengar ialah rasuah di kalangan kontraktor yang melibatkan projek. Namun rasuah itu juga boleh ditimbulkan di pihak yang mengeluarkan projek tersebut. Contohnya di sebuah kerajaan tempatan yang mengeluarkan tender. Mereka mungkin menerima rasuah dari kontraktor.

Para pemimpin atau sesiapa sahaja yang terbukti melakukan rasuah harus ditolak kerana rasuah membawa seribu kesan yang buruk. Janganlah sehingga terdapat slogan kalau mahu kaya ceburi bidang politik atau jadi kontraktor. Teruk sangat bunyinya walaupun `bunyi' tersebut nampak macam dah tak teruk.

Namun buktikan dulu mereka menerima rasuah...



Monday, August 3, 2015

Kawan saya rugi RM6...

Kata kawan saya dia rugi RM6 sebab dia terus pergi isi minyak keretanya apabila dia terima wasap yang mengatakan bahawa harga petrol akan naik.

Saya hanya boleh buat kesimpulan benda-benda dalam internate ini banyak yang menipu dan mengarut. Pihak yang menyebarkan ketidakbenaran ini mungkin mempunyai motif-motif tertentu...

EMMM...


Dua matahari saya

Saya memandu laju di Lebuh Raya Pantai Timur, saya mahu segera pulang ke kampung menjengok ayah yang kemalangan jalanraya. Ayah naik motor dilanggar kereta...

Hujan lebat, langit hitam... namun saya memecut laju... Semasa saya memandu...saya rasa dunia ini terlalu luas...dan sayang keseorangan...

Bila rujan reda, saya singgah di RnR...saya lapar... Namun saya sempat menulis wasap:

"Saat-saat begini alangkah bahagianya kalau awak ada. Pasti saya gagah laluinya...namun sudah takdir saya menempuh segalanya seorang diri... Saya harap awak sedang berbahagia, demi allah tiada seharipun bertalu tanpa saya ingati awak. Awak pernah menjadi matahari saya..."

Namun saya bertambah sedih apabila saya tidak  tahu ke mana harus diwasapkan wasap tersebut... Lalu saya wasapkan juga kepada seseorang dan kemudiannya saya minta maaf kononnya tersend... Saya sengaja mahu `lepaskan' wasap ini dari telefon bimbit saya...

Ya allah lepaskanlah saya juga...