"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, October 29, 2010

Secebis Impian: Tema dan persoalan

Apakah itu tema? Apa beza pulak dengan persoalan?
Kefahaman saya tentang tema adalah fokus cerita secara dasar. Maksudnya cerita itu mungkin mempunyai tema percintaan, peperangan atau tema persahabatan. Manakala persoalan pula lebih kepada cangkupan yang lebih detail. Contohnya dalam tema persahabatan mungkin ada persoalan mengenai `kesetiaan', `kejujuran' `pengorbanan` dan `khianat'.
Maknanya tema satu sahaja, persoalan adalah pelbagai...ada banyak.
Bagi saya tema novel ini adalah mengenai perjuangan. Perjuangan yang saya maksudkan bukannya yang angkat senjata menentang musuh tetapi perjuangan untuk kelangsungan hidup. Watak utamanya iaitu Johan berjuang untuk mendapatkan kehendak hati dan juga berjuang untuk kehendak masyarakat yang terhimpit.
Kepada saya (kepada orang lain tak tahulah) kekuatan cerita ini ialah kerana kelainan tema yang diutarakan, biasanya kalau novel banyak yang tentang cinta yang tak sampai, kena kencing atau anaiya... itulah yang menjadikan novel ini lain.
Banyak persoalan di dalam novel ini. Bila kita baca novel kita tak boleh pisahkan novel tersebut dari dunia nyata dan dunia fikiran kita yang kita lalui. kalau ada orang yang kata kita ni jenis `jiwa' atau `lara' sebab baca novel, boleh kita tampar dia secara lembut 2 kali!. Maksud saya kita boleh relatekannya (novel tersebut) dengan pengalaman kita atau apa yang berlaku di sekeliling kita. Kat negara barat, ada ditubuhkan kelab novel lagi, iaitu semua ahli baca sesuatu novel dan selepas tu berjumpa dan mengupas novel tersebut secara santai... Kita kalau berjumpa mesti nak mengumpat....he he he.
Saya ambil satu contoh persoalan mengenai semangat kita yang hilang apabila kita menerjah ke dunia nyata. kalau kat universiti dulu bukan maik, bila dah lepas universiti kita jadi lain. Saya terasa tertampar dan turut tersenyum apabila membaca kata-kata Syafik (temanserumah Johan) kepada Johan (muka surat 134):

" Kau terlalu berpegang pada idealisme kau, Johan. Ramai orang macam kau, aktif cuma semasa di kampus, tapi bila dah dapat kerja bagus penghidupan bertambah baik, semua yang diperjuangkan masa di kampus berkubur begitu aja. Apa lagi jika sing malam sibuk dengan komitmen lain. Masa tu kau tak kan ada masa nak fikirkan tentang masyarakat, tentang orang susah. Anak isteri, tugas mengisi perut, mengejar pangkat, harta dan segala kemewahan menjadi agenda utama".

Terkenang pula kepada seorang kawan saya yang memang aktif semasa di universiti, siang malam berpesatuan dan berpidatu berbahas sana-sini. last-last selalu tiru jawapan tutorial saya. Saya ingat lagi saya disindir oleh beliau kerana katanya saya ni jenis asyik baca buku dan nak makan sahaja.
Pada masa tersebut tanpa segan silu dia berkempen di kantin di fakulti. Orang lain sedang makan. Saya tak tolong dia, saya makan jea sambil melihat dia berpidato. Tapi kini saya tahu lepas kahwin dia kena queeng kontrol, he he he. Kata-kata isterinya pun dia tak dapat patahkan. Tuhan lebih mengetahui...
"Buat apa berkawan dengan Sukiman, dia tu tak kawin. Awak tu ada anak isteri". Begitulah kata-kata bininya apabila saya mempelawa beliau ke Pesta Buku Antarabangsa di Kuala Lumpur. Saya tahu hal tersebut sebab dia sendiri yang memberitahunya, he he he. Tak sangka saya semasa di UM dulu dia begitu berkarismatik tetapi sekarang nak ke pesta buku pun kena mintak izin, he he he.
Kita kembali kepada novel secebis impian. Saya ni kalau dah mula bercerita selalu terbabas... Kita kembali kepada Johan. Beliau duduk rumah setinggan semasa belajar di Universiti Malaya (sama dengan saya yang pernah juga pernah duduk setinggan semasa belajar di Universiti Malaya, kena buang asrama sebab tak aktif). Di sinilah Johan terlibat dengan perjuangan orang setinggan. Kita akan diheret kepada persoalan pembangunan dan apa yang kita kena `bayar' apabila mahukannya.
Dalam kehidupan kita ni memang kita kena berjuang dan rela susah. Adaptasikan diri dengan kesusahan. Semasa belajar Johan hanya memiliki motor sahaja sedangkan kawan-kawannya ada yang berkereta kerana terdiri daripada anak orang kaya. Jika kita anak orang miskin tetapi berkeinginan nak hidup senang macam anak orang kaya. Itu salah, tak sedar diri namanya. Adik-adik di kampung beriok banyak bersusun paku. Tulah yang menyebabkan akhirnya kita jual diri tanpa kita sedari... kita jadi hina.
Jan: persoalan demi persoalan menerjah mindaku...namun? Namun ku tetap makan nasik dengan banyaknya. he he he.

Thursday, October 28, 2010

Secebis Impian: Watak dan perwatakan

Cover novel...
Apabila mendengar lagu, telinga saya lebih gemarkan alunan suara perempuan. Namun apabila membaca buku minda saya lebih terdorong kepada karya penulis lelaki. Itulah saya. Saya sambar buku ini kerana mahu melihat sejauh mana penulis lelaki dapat menggambarkan sesuatu yang halus. Mungkin perasaan apabila berhadapan dengan konflik berkasih sayang. Saya ingatkan/menduga `secebis Impian' adalah impian seorang perempuan/gadis untuk hidup bahagia. Cover novelnya pun ada seorang gadis tersandar di sofa, pasrah.
Ternyata tanggapan saya meleset 100 darjah kerana watak utamanya ialah lelaki diberi nama Johan, dan ianya bukan sebuah novel cinta.
Watak utamanya merupakan seorang mahasiswa Universiti Malaya. Perwatakannya sempurna, persis watak hero dalam novel-novel lain. Contohnya berpandangan jauh, rela berkorban, sayang ibu, perihatin masyarakat miskin, suka baca buku dan lain-lain yang positif.
Sebagai watak utama dia diacukan oleh penulis dengan menghadapi pelbagai konflik. Contohnya dia terpaksa bayar hutang bank abangnya sebab menjadi penjamin (dan abangnya yang teruk perangai juga mahukan geran tanah rumahnya di kampung). Dia selalu berhadapan dengan abangnya yang pentingkan diri.
Juga konflik yang lahir apabila dia memperjuangkan keadilan bagi kawasan setinggang yang mahu dijadikan tapak pembangunan perumahan. Para setinggang bergantung harap pada Johan agar dapat menolong mereka yang terpaksa dipindahkan.
Kita akan rasa simpati terhadap watak Johan sebab sepatutnya dia kosentrekan kepada pelajaran tetapi terpaksa menghadapi pelbagai dugaan. Pada satu tahap kita dapat rasakan Johan jadi sedikit serba salah, tertekan dan keliru. Semasa baca novel ini saya naik geram jugak sebab Johan asyik sabar je... Kalau saya, saya tampar Junid 8 kali, Datuk Mokhtar 4 kali...
Berbeza dengan saya yang pasif dan hanya pernah jadi AJK Kebajikan Asrama semasa di Asrama Kediaman Seksyen 17, watak Johan merupak seorang yang aktif dan berpengaruh berpersatuan sehingga ke peringkat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Malaya.
Saya suka watak Johan cuma kalau boleh dilebihkan lagi watak Johan secara fizikal. Tidak diterangkan secara detail jadi payah untuk saya mengamati dan mengenali Johan dengan lebih mendalam. Kalau kita menulis novel mungkin bagus kita gambarkan watak utama tersebut secara terperinci biar pembaca rasa `kenal' jea dengan watak tu.
Dalam novel saya (novel yang terbengkalai) yang bertajuk `Iskandar Mawar 8' saya lukiskan watak Tengku Iskandar dengan detail. Saya detailkan penerangan sehingga ke urat biru yang bergerak yang kelihatan di dahi Iskandar apabila dia tersenyum, dan juga warna biru kehijauan bekas cukuran misai dan janggut Iskandar apabila dia bercukur. Saya amat teliti dalam pelukisan watak secara fizikal sebab saya mahu pembaca kenal rapat dengan watak tersebut. Saya sisipkan sedikit sana sini sifat fizikal watak contohnya tinggi rendah, warna kulit, gaya rambut wahima bentuk hidungnya. Lihat petikan novel saya yang terbengkalai yang saya cut and pastekan di bawah...
4.WAJAH KESAYANGAN HAMBA (Bab 4, m/s ke 16)
`Rasa rindu hati ini, tuhan sajalah yang tahu’ Bisik hati Hasmah. Dia memandang ke arah gunung ganang yang menghadap hijau di hadapannya. Suasana yang indah dan nyaman itu kemudiannya mengheret dirinya ke suatu daerah yang usang tetapi tidak asing. Musim pertemuan dulu, harumnya masih terhidu. Perpisahan dalam apa jua bentuk adalah suatu yang menyakitkan, menghanyutkan dan akhirnya membuahkan rasa rindu. Betapa pun berada di dalam kesetiaan perpisahan terjadi, seraut wajah yang disayangi mustahil dihapus...
Raut wajahnya yang jernih itu sukar untuk dilupakan. Mukanya bentuk panjang. Keningnya lebat dan hitam. Matanya jernih, bulat dan kuyu. Bulu matanya lebat dan lentik sedikit. Kulit mukanya licin dan putih, kadang-kadang dapat dilihat ada urat biru pada dahinya akibat kulitnya yang putih itu. Hidungnya mancung tetapi lubang hidungnya besar sedikit. Misainya yang lebat selalu dicukur rapi dan begitu juga janggutnya tetap dicukur elok. Apabila bercukur, bekas misai dan janggutnya meninggalkan kesan warna biru kehijauan. Bibirnya bawahnya lebih besar berbanding bibir di atas. Giginya jenis panjang dan salah satu gigi hadapannya ada tanda. Bila dia tersenyum macam gaya orang tua, persis ayahnya.
"Aneh sungguh kehidupan ini, sesuatu yang kita tidak milikilah selalunya sesuatu yang kita mahu, yang mahu kita miliki. Kalaulah kehidupan ini dapat memenuhi kehandak hati manusia… ah mustahil" bisik hati Hasmah lagi sambil menyuap konekto (perasa vanilla) ke mulutnya.
Perenggang di atas (yang masih dalam edit) mengambarkan usaha saya dalam memperkenalkan watak Tengku Iskandar yang digilai Hasmah. Saya cuba perincikan bagaimana rupa Tengku Iskandar yang di gilai Hasmah, berbaloi atau tidak terpulanglah kepada pembaca.
Namun novel tersebut tak dapat saya siapkan kerana pada masa tersebut saya telah berpindah ke kerja ke kuantan, saya kehilangan sebahagian disketnya entah ke mana. Dalam disket tersebut ada juga draf novel saya yang bertajuk `Keli dua selubang'.
Jan: he he he...

Wednesday, October 27, 2010

Dia gusar...

" Bahaya ke ngandung tua-tua gini? Bila yea orang puang patut berenti branok...?
Saya tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan tepat, saya suruh dia tanya doktor jea. Saya tak nak bertanggungjawab atas jawapan saya. Saya tahu dia gusar tahap gaban apabila mengandung di usia tua. Marking paper lebih penting bagi saya berbanding dengan kegusaran kandungannya. Tetapi memandangkan 20 tahun dulu dia pernah tolong bindingkan kertas kerja saya, saya layan dia...
Sebagai kawan, saya berikan yang positif sahaja, kata saya " Tak apa beranak di usia matang pun, asal kita sihat". Itulah kata-kata saya wal hal saya memang tak menyokong perempuan beranak di usia tua. Tetapi pendapat peribadi tersebut saya benangkan dalam-dalam. Kalu saya butirkan perinciannya, takut dia beranak depan saya pula. He he he.
Saya guna unsur agama, saya tahu dia akan beli. Saya kata " Insyallah kandungan akan sihat, bacalah surah Yusuf ke, surah Ibrahim ke? Kalau nak dia ada rupa dan tahan goda, bacalah surah Yusuf, he he he" Sempat saya buat lawak.
Namun saya tahu ibu, janin atau bayi akan berisiko...
Jan: tak pernah mengandung...dan tak bercadang, he he he.

Peristiwa 13 Mei : Sejarah Perhubungan Melayu - Cina

Cover buku macam kartun...



Saya sambar (beli) buku ni semata-mata untuk mengetahui sejarah masyarakat majmuk di negara kita. Ketika keadaan perpaduan semakin rapuh ini, saya rasa eloklah kita berpaling melihat sejarah. Sejarah mengajar kita...dari mana kita? dan hendak ke mana kita?. Sejarah mengajar kita menjadi dewasa (rujuk Ramli Sarip dan Khatijah Ibrahim (kini Datuk)).
Buku ini diterbitkan pada tahun 1985. Dan cetakan kedua pada tahun 2007 diterbitkan oleh IBS BUKU SDN.BHD. Saya membeli cetakan keduanya. Harga RM20.
Buku ini ditulis oleh Leon Comber dan diterjemah oleh Omarudin Haji Ashaari daripada buku yang bertajuk 13th May 1969: A Historical Survey of Sino-Malaya Relations, di terbitkan oleh Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.
Pendahuluan buku ini ditulis oleh Tunku Abdul Rahman (Bapak Kemerdekaan kita), di dalam pendahuluan buku ini, Tunku ada mengomen:
" Buku ini merupakan satu-satunya buku yang pernah ditulis yang telah memberi gambaran yang tepat, padat dan jelas mengenai perhubungan orang-orang Melayu dan Cina di Malaysia untuk diikuti oleh orang biasa. gaya persembahan Encik Comber begitu jelas dan menarik, menjadikan buku ini amat mudah dibaca..."
Buku ini setebal 170 halaman tidak termasuk lampiran-pampiran. Ada jadual, peta-peta dan gambar yang berkaitan dengan tajuk. Jenuh juga saya membacanya. Banyak juga bahagian-bahagia yang saya tak berapa faham. Mungkin saya kurang membaca buku sejarah...

Ada gambar Bapa Kemerdekaan kita...




Sukar saya nak gambarkan di sini betapa buku ini mempunyai banyak maklumat mengenai diri kita. Siapa diri kita dan nak ke mana bangsa kita. Ada juga kalanya hati jadi sayu, pilu dan ngeri.
Walaupun buku ini simple, ia boleh dijadikan buku rujukan yang berguna untuk dijadikan panduan atau bagaimana kita harus membina polisi/dasar yang berhubungkait dengan perpaduan di negara.
Jan: Sejarah mengajar kita menjadi...terkilan? he he he.

Friday, October 22, 2010

Kerana laki...

" Kalau ikut saya, saya tak nak beranak dah Man... " kata kawan saya yang seusia dengan saya. Maknanya umur dia dah 40 tahun lebih tapi masih mengandung. Tapi kawan saya ni tak nampak tua mana. Dia pakai krem anti ageing sampai ke jari kaki.
Saya tak tahu siapa yang patut buat keputusan berapa bilangan anak di dalam satu household. Mungkin suami, mungkin isteri. Yang saya tahu tugas beranak bukanlah suatu yang simple dan menyenangkan. Ia suatu cabaran, satu dugaan dan kesusahan.
Namun kawan saya ni taat kepada suaminya...
Jan: Bawak berbincang...

Sedap ke beranak?

" Sedap ke beranak? " Itulah soalan yang terpancul daripada mulut saya apabila sekumpulan kawan wanita saya yang sedang makan pagi membicarakan pasal beranak, bilangan anak dan isi kandungan perut...
Maksud saya bukan proses kelahiran yang tentunya sakit tersebut tetapi proses selepasnya, seangkatan dengannya. Saya tidak pernah menanyakan soalan ini kepada anak dara, sebab mesti mereka akan jawab "sedap". Sebab? Sebab manusia ni sifatnya bila dia tak alami, tak dapat, dia nampaklah nikmatnya...he he he.
Ada kawan saya yang non stop every year beranak pinak. Ada yang anak keduanya dah besar panjang tapi tak menambahkan pengeluaran/output/anak. Saya pula janggal nak tanya, sebab paling akhir saya tanya kakak saya yang tak nak beranak lagi (anak dia ada dua), kakak saya jawab " Abang nok jaga ke?", (Kakak saya panggil saya Abang walaupun saya adik dia).
Selepas proses bersetubuh, adakah proses selepasnya penuh nikmat? Maksud saya mengandung, beranak, berpantang dan menjaga baby yang mahal tersebut.
Masa beranak kata kawan saya banyak putus urat saraf, saya tak tahu pulak dari segi pandangan doktor. Mungkin urat saraf yang kecil kot, kalau urat saraf yang besar contahnya kat leher tentu gila jadinya. Entahlah. Proses pantang pun menyusahkan dan tak menyenangkan.
Jan
: Mungkin tak sedap tetapi kenalah tempuh...(kalau nak jadi ibu).

Wednesday, October 20, 2010

Madah luka Mankisu


" ...walau laut mana direnangi, langit mana meneduhi, bumi mana kau injaki...penyesalan itu akan kau bawa sehingga akhir hayat...aku bersumpah atas kesetiaanku pada setiap matahari terbit dan jatuh..."

Tuesday, October 19, 2010

Kasim Selamat...


Kadang-kadang saya rasa nasib saya selalu malang macam Kasim Selamat... Walaupun taklah setragis beliau ada la sipi-sipi kehidupan saya dengan filem tersebut. Tapi bila saya ambil penyapu dan jadikan tongkat buat-buat buta, mak saya kata "Nak sangat ke?"

Ralitnya saya...

Saya membesar dengan filem-filem Tan Sri Pramlee. Kecintaan saya terhadap beberapa filemnya sangat fanatika sehingga saya sengaja sekoyang-koyangnya suka merelatekan filem tersebut kononnya ada unsur-unsur persamaan yang saya jalani dalam kehidupan ini.
Kalau sedih bertandang di jendela hati, saya sambar cerita jenaka Tan Sri, biarlah orang kata saya bodoh pun, saya tetap menotong dengan ralitnya sambil tersenyum sorang diri di ruang tamu yang kosong sepi dan pudar...
Jan: Buku yang baik juga dibaca berulang kali...

Monday, October 18, 2010

Kucing, keropok dan tuhan...

Amboi buka je pintu meluru masuk...


Dok situ dulu, jangan masuk!

Tunggu dulu! Tak dok makanang ni...

Dok molek, masuk blog gambar ni.


Tiap kali saya buka pintu belakang, meluru datang kucing-kucing jiran. Saya bukannya jenis suka binatang berbulu, tetapi saya kesian mereka lapar.
Kadang-kadang saya sendiri rela lapar daripada keluar makan di kedai atau bila malas nak masak. He he he. Tetapi saya tak sampai hati bila tengok kucing lapar. Saya lapar tak apa...
" Tak dok makanang ni, aku pun lapar jugok. Roti biskut habis doh" beritahu saya pada kucing-kucing yang sedang menunggu depan pintu. Nak masuk dapur mereka takut saya marah.
Saya panaskan minyak sambil berleter kepada kucing-kucing tu kononnya saya tak ada makanan dan saya sendiri pun lapar juga.
" Makanglah kherpok ni je ada, bersyukur sikit yea... pandai main je pagi petang" Tambah saya seolah jelous, sambil menambah unsur agama supaya bersyukur.
Kucing-kucing tu tengok je saya goreng keropok sambil berleter.
" keropok je lah yang ada" saya beritahu kucing beberapa kali...
Saya juga ceritakan kepada kucing yang hari ini Dr Shekh Muzafar yang pergi ke bulan tu dah kawin. Saya juga ceritakan saya letih sangat sebab banyak marking paper.
Saya juga beritahu kucing kot-kot berbanding dengan nasib saya, nasib mereka lebih baik dan bahagia...he he he (pulak dah).
Kucing-kucing tu senyap je sambil merenung saya...mereka senyap je... " Atau mereka mengerti apa yang saya alami?"
Jan: tapi saya tahu tuhan melihat dan mendengar...

Kena denda RM10

Saya tak pernah berkereta ke Megamool. Namun saya rasa saya kena cipta sejarah baru, tak kan selamanya saya nak ke Giant jea seumur hidup. Maka saya berkeretalah ke Megamool penuh debaran. Sampai di trafik light dekat Megamaol oleh kerana saya berada di sebelah kiri saya pusing kiri dan terpaksalah masuk ke jalan ke Kopitiam dan parking depan Kopitiam. Dan macam hamster saya seberangi jalan ke Megamool.
Apabila saya menyemberangi jalan dan sampai ke kereta saya (selepas pergi tengok cincin kat Megamool), di klaskrin ada resit denda sebab saya tak gores kad parking. Ya memang saya terlupa, he he he. Saya pakai parking jea macam ahli majlis daerah atau datuk bandar.
Terus saya ke pondok bayar denda RM5 dan beli satu pack kad parking.
Tadi memang saya tak berani letak kereta kat Megamool, naik-turun tingkat-tingkat saya tak berani. Lagilah yang pusing 390 darjah tu pun saya pening kepala. Nak paking sisi tepi bangunan saya tak berani juga lagipun 6 tahun lepas saya dah berjanji dengan sekolah memandu kalau saya gi Megamool hanya ada parking sisi, saya akan balik jea... maka saya tak perlu jalani ujian parking sisi... He he he.
Senang letak depan kedai kopitiam dan menyemberang jalan nak ke Megamol.
Selepas itu saya ke Kamdar nak cari kaver kusyen, bila saya ke kereta, Ada lagi resit denda RM5!...he he he saya terlupa gores!.
Dan saya kena bayar lagi RM5. (kali ini saya parking belakang Kamdar).
Jan: Bila lagi nak beri duit ke kerajaan kan? (local government)

Negatif dan tua...

Saya beritahu kawan saya bila saya bersara, saya nak hantar penulisan saya ke akhbar atau majalah. Mungkin sambil hirup air nescafe di atas kerusi roda, dengan menggunakan lap top saya sent penulisan saya kat mana-mana media cetak...
Kawan saya kata ada dua perkara yang saya perlu beri perhatian. Pertama katanya akhbar hanya menerima penulisan positif sahaja dan ke dua, tua tak semestinya dikaitkan dengan kerusi roda...
Secara lainnya dia mengatakan banyak penulisan saya bersifat negatif dan kerusi roda juga diguna oleh orang cacat.
Betul tak?
Jan: Macam mana nak tulis hal positif yea...

Eat pray love...: Catatan hampa...


Maaf kepada sahabat maya saya yang berada di Sarawak kerena buat masa ini saya tak dapat keluarkan pre view saya mengenai movie Eat Pray Love.
Saya berkereta sejauh lebih 200Km untuk tengok wayang tersebut dan rupanya cerita ini tak ditayang di Kuantan...
Sebenarnya saya diminta buat satu pandangan saya untuk cerita ini oleh peminat blog ini. Konon katanya pandangan saya lebih dipercayai berbanding dengan laporan akhbar. Naik bangga pula saya...
Saya tak tahu pula bila filem ini nak ditayang? atau memang tak akan ditayangkan di panggung Kuantan...
Jan: mengapa cerita `cerdik' tak sampai ke Kuantan...? He he he sendiri jawab yea...

Tuesday, October 12, 2010

Beli novel...

Antara novel yang saya sambar...(novel ni dah lama di pasaran)
Bulan 10 saya, saya sifatkan bulan baca novel. Tapi kali ini berbeza benar sebab saya beli novel yang tidaklah berat sangat. Mungkin boleh kita kata novel komersial.
Saya ada baca novel sasterawan negara Datuk A Samad Said, `Salina', `Sungai Mengalir Lesu', `Langit Petang' dan `Adik Datang'. Tapi novel yang buat saya rasa loya dan pening ialah `Hujan Pagi'. Memang saya tabik, banyak kali baca baru sikit faham....he he he. Saya juga suka novel Sahnon Ahmad.
Saya harap dapat menghabiskan bacaan sebelum tahun ni, saya akan paksa diri saya. Cuma saya kena cari lilin wangi... saya akan kemas rumah, pasang liling wangi dan saya akan membaca sambil menghirup air nescafe...
Saya bukan orang sastera namun saya tertarik dengan sastera, kalaulah saya boleh menulis novel ia tentu akan bercakap pasal rindu, kesetian, kecurangan dan dendam kesumat...yang berpanjangan...he he he.

Jan: Hanya sengsarawan...(bukan sasterawan...)

Krisis mengajar dan krisis ekonomi

Mengajar bukan sahaja satu perkerjaan menyuap input/pengetahuan kepada para pelajar secara langsung. Ada banyak perkara asas lain yang penting selain kerja menyuap. Antara yang juga maha penting ialah mengajar para pelajar melihat/menjana/study input yang diberi dari pelbagaian sudut.
Tidak selamanya para pelajar akan ditemani guru/pensyarah/mentor di dalam hidup mereka. Selepas alam persekolahan/peruniversitian mereka mesti membuatnya sendiri. Jika mereka hingga akhirnya masih tidak mendapat jodoh, mereka biasanya berkencenderungan untuk mengentenggelamkan diri dalam alam kerjaya daripada pagi hingga malam. Mereka mungkin akan bertugas untuk mencari dan mengkaji input semasa yang akan menjadi info, yang mereka akan gunapakai dalam dunia pekerjaan atau kehidupan mereka. Sebab itulah mengajar mereka mengenal/melihat/mengkaji input adalah penting.
Jika mengajar hanya sebagai medium/alat pengantaran input, senanglah tugas mengajar. Masuk kelas angkat-angkat ketiak (guru menulis di papan hijau) atau masuk dewan kuliah ketuk-ketuk je nota buku (petik-petik je komputer riba dengan bantuan LCD). Namun mengajar adalah lebih dari itu, lebih dari mengajar/menyuap. Mengajar mesti mendidik, tanpa unsur mendidik akan menyukarkan proses keupayaan pelajar untuk menyerap input/ menjana input apabila mereka betul-betul menghadapi dunia yang nyata (selamat datang ke dunia nyata).
Mengambil satu contoh krisis ekonomi yang pernah dihadapi negara Malaysia, saya telah banyak kali tekankan dalam sesuatu krisis tersebut tidak ada unsur/faktor yang dominan (yang kita boleh tuduh membawa impak yang paling besar) kerana jelas sekali kali setiap faktor yang ada adalah saling berkaitan, ada hubung kait. Faktor pertama penyebab tidak akan semestinya membawa impak yang besar secara langsung semata-mata kerana ianya merupakan faktor pertama (menjadi tanda/penyebab permulaan) yang mulanya sahaja kelihatan dominan. Faktor terakhir contohnya market panic (bukan panic di pasaraya ada sale tetapi faktor kepanikan pasaran)mungkin menjadi faktor yang paling dasyat membawa kesan kepada pengukuran herotan ekonomi makro kita (rujuk krisis kewangan Asia 1997).
Amatlah berbesarnya hati nurani dan jemala saya agar para pelajar saya selepas mendapat pendidikan formal ini...jika ada lagi krisis ekonomi, mereka akan mampu/pintar dalam menganalisis/`melihat' faktor-faktor yang seolah berasingan itu secara beriringan/berkaitan.
Setiap krisis ekonomi yang bermula sama ada disebabkan foktor dalama/luaran) adalah berbeza dan cara mencegahnya/ubatinya juga berbeza. Namun sekali lagi perlu diambil ingatan konsep `berbeza' tersebut masih lagi mesti dilihat dalam dalam lingkung yang sama kerana ia akan menbawa masalah yang sama dalam dunia makro Malaysia...
Jan: ...krisis kasih sayang?

Monday, October 11, 2010

Lepas kita, kita. lepas kita, kita!



Bukan nak mengungkit tapi membangkit (eh sama la tu kan...). Kalau kita je asyik kena belanja tak tahanlah kita. Dalam berkawan kita kenalah ada beri dan ambik (give and take). Kalau kita je yang kena `give' dan tak `take-take', taukeh ikan laga pun gulung karpet... Pada mulanya kita memang ikhlas tapi lama-lama...? Kita tak boleh hipokrit kan?

Kalau kita bersikap demikian orang akan berkawan dengan kita dalam soal kerja sahaja, kita tak akan jadi pilihan untuk menjadi kawan sejati. Kita kenalah ubah diri kita...

Bila mak saya pencen, senarai kawan-kawannya disenarai pendekan. Kata mak saya yang jenis `lepas kita, kita. Lepas kita kita' mak saya dah tak layan dah. Mak saya beritahu memang ada kawannya bersifat begitu. Masa kerja dulu orang berkawan dengannya atas nama rakan sekerja dan urusan kerja. Bila dah pencen ramai dah yang tak nak berkawan dengannya. Tak seronok.



Jan: Macam mana jika kita senarai pendekannya sekarang juga, tak perlu tunggu pencen/bersara? he he he.

Sunday, October 10, 2010

Tak perlu banyak kawan...

Kata kawan saya, `Man kita ni dah tua, tak perlulah bazir masa cari banyak kawan. Terutama kalau kita tahu dah sah dia tak kan menolong kita bila kita susah...Kita tak cari dia bila kita susah..."
Sepintas lalu saya rasa apa yang dikatakan oleh kawan saya tersebut terlalu material dan individualistik. Apa salahnya banyak kawan-banyak dan kenalan. Walaupun saya akui kerap-kali atau kadang-kadang iannya tak ke mana pun...

Kata kawan saya lagi, yang lebih penting jaga kawan-kawan yang kita dah ada. Yang ternyata kita senang dengannya dan pernah tolong kita semasa kita susah dulu...

Dan katanya lagi tak bermakna pula kita tak berkawan dengan orang baru, cuma janganlah berkawan dengan ramai sangat kerana tak semua orang yang kita berkawan boleh dibuat kawan...

Jan: Oooo sebab itu dia selalu minum sorang!

Tak payahlah buat diri sendiri sebagai contoh

Asas agamanya sangat kuat, bukan setakat sekolah agama tetapi dilangsungkan sehingga ke peringkat pengajian tinggi dia. Saya ikhlas cakap saya rimas bila berada bersamanya. Bukan kerana saya banyak dosa lantas tak selesa duduk dekat dengannya, tidak. Saya rasa tak selesa dengan pemikiran sekeratnya.

Dia pernah beritahu yang rumahnya yang berharga ratusan ribu ringgit itu dapat dibeli kerana gaji dia berkat. Sebab itulah dia dapat beli rumah yang besar. Dia siap lagi kata kalau kita hidup berkat kita akan dapat beli rumah besar. Dan contohnya dia!.

Saya tak ada komen sebab pasal agama dia lebih mengetahui. Dan saya juga rasa logik sebab tuhan akan tolong dengan cara beri berkat kepada pihak yang mana tuhan mahu atau mana-mana tuhan suka. Tapi yang saya tak selesa atau rasa janggal ialah dia beri contoh dirinya, he he he.

Jan: Rumah kecil je...

Saturday, October 9, 2010

Kawan yang bukan kawan...

Saya berpendapat oleh kerana suasana kerja kita semakin komplek dan saling berkaitan maka kita akan bertembung dengan situasi yang kita berkawan dengan orang yang sebenarnya bukan kawan kita pun...walaupun hampir setiap hari kita bertembung dengannya.

Kita bekerjasama dengannya atas nama kerja sahaja. Berkomunikasi atas nama organisasi. Dan sesekali bertembung makan bersama.
Kadang-kadang saya bertanya apa akhirannya komunikasi sebegini? Jawapan saya ialah iannya tak ke mana-mana. Kenapa? Jawapannya lagi ialah jika kita nak ke bandar Kuantan contohnya, naluri kita kan terpanggil kepada kawan yang kita rasa selesa menemani kita yang iannya bukan dia!

Dan sebab itulah namanya tercicir dalam senarai jemputan rumah terbuka kita, he he he. Dan kita kata kepada kita `eh aku terlupa ajak dia..'. Namun hakikatnya jauh di sudut hati kita, kita tak boleh tipu. Tak terlintas pun nak ajak dia, he he he.

Jan: ...hehehe

Thursday, October 7, 2010

Saya ni cerdik orangnya..!

Cerita ini daripada sahabat baik saya. Ceritanya biasa saja, ianya mengenai peri hal perangai penjawat awan yang tak reti basa.
Pembaca blog ini pun mungkin ada pengalaman sebegini. Rasa meluat tahap megamoll. Saya sendiri ada juga pengalaman buruk apabila berurusan di kaunter kerajaan tetapi saya taklah kisah sangat sebab saya fikir kalau mereka nak jadikan duit gaji mereka haram sebab mereka tak amanah, saya tak boleh buat apa-apa. Makanlah duit tu, buat makan anak bini/laki.
Tapi ingatlah sikit, kita berkhidmat kepada masyarakat dan diberi tanggungjawab oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Maka kenalah bekerja untuk rakyat Malaysia (amboi macam kempen pula, maklumlah pilihanraya dah nak dekat).
Kalau mengikut agama islam bekerja adalah kerana allah. Lagilah terpesong kalau kita kerja kerana gaji tetapi gaji tu gaji buta... sebab kita tak kerja sesebenarnya.
Saya tahu sangat, kalau muka handsum macam Farid Kamil barulah mereka layan sampai tertongek-tongek bahasa tubuhnya, muka kurang handsum macam saya (tetapi tetap menarik, berbudi perketi, bersih, cekap, amanah dan jujur) acuh tak acuh je dia layan. Macamlah saya ni nak minta beras dengan penjawat awan tersebut.
Kita pergi ke cerita kawan saya... Bimbang pulak nanti posting ini asyik cerita hal saya, mungkin ada orang benci...meluat (saya peduli apa? he he he).
Saya tak tahu apa salah kawan saya. Salah saya saya tahu, saya kelihatan naif dan berbaju seluar tak kemas dan tali kasut tak ikat. Bila masuk pejabat tentu orang ingat saya ni orang sungai mana, mereka tak layan (walaupun sebenarnya mereka kena layan dengan baik walaupun saya cacat!). Tetapi kawan saya ni memang gila jenama...dia berbadan tegak dan segak. Kalau sekali tengok tentu jatuh cinta terutama kepada kereta yang dipandunya, he he he.
Dia datang awal sebelum pukul dua dan dia mahu jadi pelangan pertama supaya cepatlah urusan selesai. Dia menyandar di sofa sambil menghadap kaunter dan ada dua tiga meja urusan di hadapannya...
Bila sampai pukul dua dia diberitahu oleh gadis di kaunter yang pegawai yang terlibat tak datang lagi. Kawan saya pun tunggulah di sofa tersebut semula, sambil berfikir tentu ada masalah sebab tu lewat.... Dan sangat lama selepas itu datanglah seorang perempuan bersama pemuda. Mereka sangat jelas sedang hangat bercinta tahap 1. Ya lah kan kalau bercinta pun janganlah pamirkan sangat, tetapi memang bila kita bercinta kita tak sedar dah orang lain dui sekeliling. Orang bercinta ni nak tutup pintu pun ambil masa 15 minit. Muka pemuda tadi taklah handsum sangat, memang sesuai benar dengan muka perempuan tadi...(beritahu kawan saya yang jadi mangsa tu)
Si perempauan tadi rupanya penolong pegawai yang seharusnya ada di mejanya tepat pukul 2. Kawan saya tak lah terus menerjah meja tu sebab biarlah dia ambik masa dulu rehat jap. Selepas itu kawan saya yang telah memandu lebih 100km kerana nak berurusan tu pun bawalah sampul surat ke meja tersebut sebab nak berurusan...tetapi
Perempuan tersebut beritahu letak saja di situ sambil buat tak layan dan muka masam macam mak tiri Snow White...
Nampaknya hari tersebut adalah hari paling malang perempuan tersebut. Kawan saya ni semasa di universiti pensyarah pun dia lawan! Inikan pula penolong pegawai!
"Saya ni cerdik orangnya....awak jangan..bla-bla-bala." Begitulah mukadimah syarahan perdana daripada kawan saya (yang saya tahu akan sepejabat akan mendengarnya...he he he).
Kawan saya kata dia amat marah dan kecewa sebab dia ambil cuti semata nak uruskan hal tersebut tetapi tidak dilayan dengan baik. Dia beritahu dia nak berurusan bukan tukang hantar sampul surat tersebut...
Jan: Hidup kalau tak boleh menyenangkan orang, janganlah menyusahkan orang...Dan bila orang menolong kita, sayangi kita, janganlah kita khianatinya...simple kan?


.