Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, June 22, 2017

Pelajar mahu berselfie...



Bila pelajar mahu berswafota, saya biasanya tidak menolak.
Namun saya bimbang pula kerana saya bukannya muda lagi, sedangkan mereka masih muda.
Saya bimbang saya kelihatan tidak menarik dalam gambar, walhal saya tahu tidak ada orang peduli pun...

PUN

Friday, June 16, 2017

Masyarakat pembuli...

Pelajar buli guru-guru
guru-guru buli guru besar
guru besar-guru besar dibuli PPD... (Pejabat Pelajaran Daerah)
PPD dibuli Kementerian...

Adik-adik buli abang-abang
Abang-abang  buli kakak-kakak
anak-anak buli ibubapa
ibubapa buli ibubapa-ibubapa mereka...

Pembeli buli penjual minta tawar, dapat penampar
Rakyat buli kerajaan, tak layan polisi dikarang...
Cari salah, cari silap...
Viralkan...

Isteri-steri buli suami-suami...
Langsir baru, kusyen, karpet.
Pinggang dan mangkuk, Correle dan Vision
sudu garpu, cadar...dan lain-lan
BARU BARU BARU! - Selamat Hari Raya 2017

Suami-suami buli isteri-isteri
Main kayu-kayan Tiga
empat dan lima...
Isteri merana...

Bazzar ramadhan buli pembeli
Beli makanan dapat percuma lalat, atau semut (pilih yang mana suka)

Lagu raya baru buli pendengar, sakit telinga
Pakaian artis buli Ramadhan
Seksi sini seksa kat Sana...he he he.

Blog ini buli orang...


Image result for bully society

Lagu raya sedih yang saya suka...

Kata Datuk Shela Majid, di Malaysia ni masyarakatnya lebih suka lagu sedih. Lagi sedih lagi `killer' lagu tu. Saya rasa ada betulnya juga. Dalam kes saya, saya minat lagu raya yang sedih...he he he.

Selain lagu raya Kak Pah, saya suka lagu `Bersabarlah sayang..." nyanyian Sanisah Huri dan lagu "Sepasang Kkurung biru" oleh Khair Johari Johar. Dua lagu ni lagu wajib menjelang raya. 

Saya suka lagu ni bukan kerana saya pernah putus cinta. Sedari kecil saya sudah tertarik dengan iramanya, dan bila besar dengan liriknya sekali. Ia bukan lagu raya biasa. 

Lagu ini seolah dicipta dengan penuh perasaan. Ianya bukan sekadar lagu. Bukan sekadar irama dan lirik. Bukan.

Bukan.

Ada kisah di sebalik lagu ini. Kisah yang aneh.




Lagu ini sangat syahdu...









pada mereka yang tak mengerti menuduh dirimu...
di jurang kesalahan saja, ku tak sampai hati...

Rakaman tumbesaran laman persekitaran pondok


Mengambil  masa yang lama untuk sesebuah tanam mencapai umur matang.
Sebuah taman yang matang (di mana pokok-pokok dan tanah-tanih menyesuaikan diri dengan matahari dan sekeliling) tidak terjadi sekelip mata.
saya berpendapat selepas lima tahun, tanam mulai jejaki kematangan


Saya selalu merakam  gambar-gambar tanam sebagai rekod rujukan saya untuk melihat perubahan.
Jika tidak saya tidak dapat lihat perubahan dan hargainya.
Seronok sebab apa yang kita inginkan tercapai.
Sebuah taman yang dijaga, menjadi taman.
Sebuah taman tak terjaga menjadi semak samun.
Sebuah hati yang dikhianati menjadi mati...
(pulop...)


Redup mata memandang dan mendamaikan hati yang resah.
Terapi mata, terapi jiwa dan hati.
Kesibukan kerja dilupa terus bila berada ditaman ini, masa berlalu cepat.
Dan jangan tak percaya, saya lebih banyak berada di taman berbanding di dalam rumah (waktu siang).
Ada sahaja benda yang hendak dibuat.


Konsep taman saya dibina berasaskan...semula jadi. 
Mungkin saya tak ada banyak duit.
Kalau ada  banyak duit taman ni akan jadi seperti nurseri.
Kawan saya yang ada banyak duit menghias dengan banyak perkara di mana `last-last' jadi macam nurseri...he he he. 
(maaf mengata...)



Berkebun kena sabar,
Sama seperti ada bini tidak cantik, kita kena sabar.
Tak perlulah viralkan dalam media massa yang bini kita tak cantik, dan anak-anak kita tak cantik (sebab ikut muka bini).
Saya terbaca pengakuan bangan ini diinternate,
Saya salahkan lelaki tersebut sebab dia yang pilih dan dia yang gagal...
Jangan salahkan bini pulak.





Gambar lama di atas menunjukan pokok-pokok manggis masih kecil
begitu juga pokok Brazilian Ironwood.

Sekian selamat berbuka...(bila waktu berbuka ;laa...)

Tuesday, June 13, 2017

Nak makan apa berbuka hari ni?

"Nak makan apa berbuka hari ni?

Bagi sesetengah perempuan yang bergelar isteri, soalan di atas adalah sebuah soalan yang maha sukar, maha hebat. Bak menjawap soalan peperiksaan akhir jurusan sains fizik pasca biro angkasa. Atau macam nak hafal sifir 23 atau 103.

Suami dan anak-anak, mereka pandai komplen jea. Makanan yang sama la, kurang manis la, kurang masin  la. Boring la. 

Yang jadi `hot', mereka nak kita yang masak, bukannya beli di kedai. Kita yang sampai tercongok depan pintu rumah (balik dari kerja) dah dekat pukul enam petang, nak masak apa lagi! Kita bukannya robot! sebab itulah kadang-kadang kita beli jea lauk di bazar. .

Perasaan seorang isteri, isteri jealah yang tahu...bukan suami atau anak-anak. nanti bila kita dah tak ada, barulah mereka rasa...(baca dengan nada simpati...)

Kadang-kadang sakit hati apabila suami dan anak-anak bergabung suara untuk `menghentam' kualiti masakan kita, di meja makan yang kita laaa yang beli. Bukan nak mengungkit, kalau kita tak beli  meja makan tersebut alamatnya bersilalah mereka  berbuka di lantai. Huh!.

Betapa susahnya nak jawab soalan "nak makan apa berbuka hari ini?"  Hanya seorang isteri/ibulah yang merasainya. 

Kadang-kadang letih sangat bila balik dari kerja. tetapi kita cepat-cepat tukar unifom dan masuk dapur. Memasak dan tersenyum girang depan anak-anak dan suami.

Menjadi perempuan bukannya mudah, hanya lelaki jea yang beranggapan menjadi perempuang senang!

Sekian!

Image result for a good housewife
Nak buat kueh berbuka,
 suami tak suka manis, anak-anak suka manis, mak mertua tak suka manis, bapak mertua suka manis...



Friday, June 9, 2017

7 sebab kenapa saya tak suka balik beraya di kampung suami saya!

Saya tak suka beraya di kampung suami saya!

1. Rumah ibubapa suami saya kecil, tak selesa.

Petang raya bila semua adik beradiknya sampai dan berkumpul. Penuh rumah... Bilik bukannya ada banyak. Bilik air pun bergilir.

Saya nak minta tidor di hotel berdekatan, suami saya marah. Hotel berdekatan 107 kilometer!

2. Kampung suami saya sangat kampung.

Suami saya sangat orang kampung, sekampung kampungnya yang kampung. Boring sangat bila berada di kampung suami saya. Pasal malam kecil sangat, ada lima gerai jea!.Supermaket pun tak ada!.

3. Saya tak suka abang ipar saya.

Mereka kalau berbual ada unsur lucah. Dan saya tak tahan ada yang tak pakai baju bila makan. Sepupu-sepupu anak saya semua macam tak bertamadun...suka main pasir dan bawak anak-anak saya mandi paya!

Gatal kulit anak saya.

4. Saya tak dapat melawa.

Saya akan jadi aneh kalau melaram di pagi raya. Sebab keluarga suami saya bukannya jenis stylo. Bayangkan dua tiga hari saya kena pakai baju kurung sedangkan hari tu hari raya.

Huh!

5. Saya terabai.

Suami saya bila beraya di kampung asyik utamakan keluarganya saja. Berkepit dengan maknya, saya terabai begitu saja.

Masuk tido pun lewat, lalai berbual dengan keluarga mereka.



Saya suka beraya di kampung suami saya:

1. Adik beradik perempuan suami, ipar duai saya sangat baik.

Mereka sangat suka saya beraya di sana. Kami sangat baik. Kadang-kadang saya make upkan mereka. Maklumlah mereka ni orang kampung, ada yang bermake up macam opera cina punya wayang, ha ha ha.

2. Ibu mertua saya pandai masak.

Dia tak benarkan saya masak. saya tolong-tolong gitu jea. Dan dia tak marah kalau saya tak masak langsung.

Sebut saja saya nak makan apa? terus mak masak! Saya mungkin menantu kesayangannya sebab saya cantik dan terpelajar...(prasan...)

3. Saya seronok tengok anak-anak saya bermain dengan sepupu sepaptnya.

Di bandar mereka tak ada ramai kawan. Saya tak ada banyak sepupu. Mak saya orang bandar, tak banyak anak.

Kadang-kadang sepupu anak saya datang rumah saya di bandar. Tidor rumah saya. Saya suka mereka berkawan. Bukannya orang lain.

4. Adik beradik lelaki suami saya sporting.

Bila saya sampai dah ada fumakilla elektrik yang mereka sediakan. Kata mereka nyamuk banyak di rumah ibubapa mereka. Dan sebut saja apa yang saya nak, mereka laju jea mencarinya.

Bila nak balik mereka beri banyak barang untuk di bawa ke bandar. segala hasil buah.

5. Suami saya anak lelaki yang baik.

Saya lihat suami saya sangat hormat dan sayang pada emaknya.

Saya harap anak-anak saya hormat kepada saya nanti walaupun dah beristeri. Saya mahu anak-anak lelaki saya utamakan saya juga, bukan isterinya, walaupun isterinya cantik macam saya!. he he he.


KESIMPULANNYA:

Saya terima buruk baik suami saya, saya kena juga terima latarbelakang hidupnya. Kalau orang lain (Rose) boleh terjun kapal kerana cinta yang suci (Titanic), apalah sangat saya yang terpaksa berhadapan dengan keluarga suami saya yang sangat kampung.

Lagipun barangkali keteurunan nenek mooyang saya dulu pun orang kampung.

Dan paling penting redha dan taat pada suami... perempuan ni kata kawan lelaki saya (Abang Jan) yang menulis blog, perempuan walaupun ramai yang baik mereka senang juga nak masuk nereka.

Image result for My husband villagers
Gambar hanya hiasan, ini bukan rumah mertua saya...he





Thursday, June 8, 2017

Kisah balik kampung sapa dulu?: Redha allah paling penting...mengapa bergadoh?

Kadang-kadang kita sebagai perempuan terlupa. Kadang-kadang kita ingkar sebab ianya pahit nak telan. Sebab kita fikir secara logik, tetapi tidak fikir panjang.

Apatahlagi kita lebih berpelajaran daripada suami kita. kononnya sebab banyak segala maknika benda dan perkara dalam rumahtangga kita yang kontribiuk. Jadi kita fikir kita patut diadili dengan adil oleh suami kita (sampai kita terlupa adil itu bukan bermaksud `kesaksamaan').

Kita rasa kita tidak berdosa, yang banyak buat dosa suami kita... He he he. Kita percaya sangat perempuan yang ramai bergelimpangan dalam neraka itu bukan kita...

Tapi kita tetap kena ingat, hari raya kita kena minta maaf kepada suami kita, dan suami kita minta maaf kepada ibunya.

Kita mahu sistem giliran sebab pada otak kita itu adalah paling adil. Raya ni kita raya rumah ibubapa kita, tahun depan ibubapa suami kita, lepas tu ibubapa kita, lepas tu ibubapa dia pula. begitulah seterusnya sehingga akhirnya kita dan suami kita tidak ada ibubapa. 

Kita fikir sistem giliran ini wajib, tak boleh tidak.

Jarang perempuan berfikir `Tak kisahlah jika suami mahu beraya di rumah ibubapanya dulu. Tak ada masalah yang penting taat pada suami".

"Jarang perempuan sebegini, mungkin sudah tiada. Kita sudah di akhir zaman." kata kawan saya yang terkenal dengan perangai takut bini. Kawan saya inilah yang pernah beritahu saya bila dia tegur isterinya bukan main isterinya melawan, siap dengan data dari bank negara lagi. Isterinya kerja bank. Dia cakap mana ada isteri zaman sekarang bila suami tegur masuk bilik menangis... mana ada? Tanyanya.(saya syak dia yang menangis masuk bilik (he he he), bila isterinya beri bukti berdasarkan perkara yang logik dan konkrit).

Dalam agama, menjadi kemestian bagi isteri mengikut arahan suaminya. tak kiralah suaminya bergaji jauh lebih kecil darinya atau suaminya lebih bodoh, hodoh, buncit, pendek, gemuk, botak (pendek kata tak macam Fatah Amin). Selagi tidak diarahkan membuat perkara yang ditegah agama, wajiblah si isteri ikut perintah. Wajib turut, bukannya wajib paksa suami ikut sistem bergilir.

Rupanya bagi isteri mengikut atau taat kepada suami adalah jihad yang besar...kepada mereka. jadi kepayahan yang amat bagi mereka.

Sistem bergilir ada bagusnya tetapi bukan suatu perkara yang diwajibkan. 

Kalau saya bersuami (sesuatu yang mustahil, he he he), bagi saya, raya pertama sudah semestinya di rumah suami, jika itu suami saya hendak. Sebab bagi saya ia bukanlah isu besar dalam islam. Raya jea pun. Cuma rakyat Malaysia sahaja sudah menjadi kebiasaan mengissukannya. Selamat datang ke Malaysia.

Tanggungjawab suami kita sebagai anak lelaki kepada ibunya tidak akan putus sampai bila bila, manakala kita ni pula apabila sudah berkahwin tanggungjawab kita terhadap suami kita.

Jadi saya anggap isu berebut nak balik beraya antara suami isteri ini satu perkara bodoh bagi pasangan yang jahil. Apatah lagi ada kes isteri yang buat perangai apabila suami mahu beraya di rumah ibubapanya dahulu. Kalau suami tidak mahu bergilir dan mahu kuasa veto pun, bukanlah kudrat kita untuk menderhaka.

Namun jika dapat suami yang berpendapat sistem bergilir adalah terbaik, untunglah si isteri. Ia adalah budi bicara, timbang rasa yang ada pada tangan suami kita.

Abang Jan: Teringat kisah kawan Abang Jan yang isterinya tak mahu terima handpon yang dihadiahkan olehnya. Isterinya mahu handpon sama sebijik yang macam dia pakai. Baru adil kata isterinya.

Ha ha ha...


Image result for berebut balik raya
Add caption






Tuesday, June 6, 2017

Bila rindu saya sebut nama dia..dalam hati

Beberapa hari di bulan ramadhan ini, ada kalanya saya terindu kepada dia.

Tetapi saya cepat-cepat tahu perbuatan tersebut tiada sedikit pun membawa kebaikan kepada fizikal dan jiwa saya...pada kehidupan saya....(kecuali mudarat kepada diri saya).

Jadi cepat-cepat saya alih menuju kepada sesuatu ingatan yang lain...namun saya tetap bersumpah dalam hati demi allah dan sekalian rasul, dia akan merindui saya sepanjang hayat.

Kata orang agama pada waktu dekat berbuka, doa mustajab... Saya tadah tangan waktu nak berbuka, saya seru...


Image result for skeleton

Mengapa dibenarkan balik awal pada bulan ramadhan?

Sebenarnya sama ada kita berkerja menggunakan fizikal atau mental, ia memberi tekanan kepada fizikal dan mental kita. Oleh sebab itulah (sebab kesihatan) mengikut akhta pekerja, perkerja tidak boleh diberi kerja melebihi 5 jam berturut-turut. Kena ada waktu rehat. Waktu sengang.

Kita juga rasa letih bila balik kerja, rasa letih dan lesu yang adakalanya kita sendiri tidak sedar. Dipercayai sesiapa yang apabila sekembali dari kerja terus membuat kerja rumah, ia akan menjejaskan bukan sahaja kesihatan fizikal, tetapi juga mental. Memberi tekanan.

Balik kerja pada waktu petang, badan sudah berbau dan otak sudah agak letih. Sebab itulah saya bersandar ke kerusi untuk rehat sekejap. Dan seorang kawan saya Dr Nisreal (nama samaran), beritahu pernah dia terlelap sampai ke pagi!. Dia kata dia letih. Badan dia shut down sendiri.

Pada bulan puasa ini saya ambil peluang untuk membuat pilihan balik awal. Majoriti atau hampir 100% kawan-kawan saya tidak mengambil pilihan seperti saya. Saya tidak pula tahu kenapa. mungkin ada sebab-sebab mereka sendiri.

Namun bagi saya adalah penting untuk balik awal pada bulan ramadhan. Saya mahu rehat sedikit dan cepat-cepat persiapkan diri untuk ramadhan.

Kalau balik awal tak tergesa singgah bazar ramadhan, kalau nak masak pun tak tergesa-gesa. Kalau yang berkeluarga ia juga sebagai peluang untuk berada dengan pasangan dan anak-anak masing-masing.

Sama ada swasta dan kerajaan, mereka ada memberikan kelonggaran pada bulan Ramadhan. Rujuk bawah; Pekeliling (surat).




Ketua Setiausaha Negara. Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, balik awal ini supaya memberi pekerja lebih masa menyediakan diri untuk beribadat: Katanya;


"Langkah itu diambil bagi memberikan kemudahan kepada mereka untuk memanfaatkan bulan ramadan yang mulia ini bagi menjalani tanggungjawab ibadah."


Saya ambil peluang untuk balik awal. Namun begitu, tidak semestinya saya balik awal tiap hari kerana kerja-kerja saya banyak dan tak habis-habis bertali arus...

Tetapi saya terharu dengan kelonggaran yang kerajaan berikan, ini bermakna ia perihatin terhadap keluarga dan ibadat kakitangan awannya.

Samada kita mahu rebut atau tidak peluang ini, bergantung kepada objektif kita di bulan remadan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...

Monday, June 5, 2017

Surat 29 December 2016

Beberapa kali saya baca surat tersebut. Dan dalam bulan puasa ini saya masih membacanya... saya berdoa agar penulisnya, Z, berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Hari ini hari yang ke 10 puasa. Saya alhamdulillah sihat dan menjalani hidup macam biasa. Saya berbuka dengan membeli di bazar ramadhan. Hanya semalam saya cuba masak telor masin rebus, saya masak sambal lada... hasilnya tak berapa sedaplah. He he he.

Saya berdoa agar tidak ada keburukan atau kemalangan menimpa diri Z, semoga Z selalu dilindungi dan mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati dalam hidup.

Saya dapat rasakan kepayahan yang Z alami kerana kita tidak tahu adakah orang yang sayangi kita, tertarik dengan kita tersebut adalah ikhlas atau tidak. Kita tidak tahu, kita tidaka kan tahu. Hanya nasib yang menentukan, walaupun kita harus berusaha selidik.

Dalam kehidupan ini, tiada ketentuan, tiada ketetapan. Kita boleh mendengar segala panduan atau nasihat tetapi akhirnya kita juga yang terpaksa pilih dan menerima akibatnya. Ini kerana kehidupan kita, kitalah yang melaluinya, bukan penasihat atau pengata tersebut.

Tidak ada dua manusia menjalani kehidupan yang sama. Nasihat sekadar nasihat tetapi kita yang memilihnya.

Bulan puasa ini saya sedang cari bunga api dan mercun. Anak-anak saudara saya sudah menyebutnya `Bila iman nak beli?'. walaupun kerajaan Malaysia tidak benarkan, keluarga saya membenarkan main bunga api dan mercun dengan syarat ada kawalan dari orang dewasa. Lagipun saya rasa anak-anak saudara saya perlu dengar dan lihat api dan bunyi yang kuat, nanti kalau berlaku perang terberak mereka... Namun Malaysia masih aman.

Untuk kita tahu orang itu ikhlas atau tidak, tidak ada caranya. Pengalaman saya bila kita suka kepada seseorang, kita akan cenderung untuk berfikir positif terhadap dia. saya rasa ini suatu yang normal. ramai orang begitu.

Namun untuk hidup sepi seorang sebab takut risiko...tidak bagus juga. Untuk belajar hidup sorang amat perit juga kerana ia memrlukan kekuatan dan positif selalu. Sebab itulah sya sentiasa cuba untuk tersenyum dan gembira dalam banyak keadaan walaupun tahap kepuasan gembira itu tidak maksima. Mustahil untuk maksima.

Seperti saya, saya sudah tidak mahu menjalankan perhubungan dengan sesiapa pun. Biarlah begini. Perhubungan membuatkan kita rasa kasih sayang, dan apabila sudah timbul kasih sayang ia akan buat diri kita lemah... Bertambah lemah bila kita ditinggalkan/dipergunakan.

Namun ia bergantung kepada diri sendiri mungkin ada manusia walaupun ditipu 1000 kali, dia tetap teguh macam karang...

Saya ini macam tapak sulaiman jea...

Bersambung di lain kali,  kalau ada masa... sebab saya nak ke ramadhan... saya nak menyelusuri ramai orang untuk beli makanan...

Take care...



Image result for puasa seorang diri




Didikan secara tak langsung ibubapa lahirkan pembuli...

Image result for bullying issues



Saya rasa nak tergelak, rasa nak berguling-guling apabila membaca komen warganegara kita mengenai kes buli di FB. Nak tergelak sebab kelakar, sadis pun ada. Masyarakat kita memang pelik.

Rata-rata menyalahkan institusi dan kerajaan dalam kes buli. Tidak ada, atau hampir tiada menyebut puncanya mungkin dari tumah lagi. Lahir secara tak langsung atas didikan tak langsung ibubapa. mereka tidak cari `akar' penyakit. Dan sampai kiamatlah tak dapat dihapuskan...

Buli juga bermula dari rumah kita. percayalah. Bila suami buli isteri (sama ada fizikal atau emosi) , isteri buli suami (emosi) , bila suamiisteri buli anak-anak (fizikal dan emosi)...lahirlah pembuli.

Saya percaya kalau ada kasih sayang antara keluarga, rasa insani yang dipupuk...sepak kucing pun kita tak tergemak. Apatah lagi bunuh orang.

Saya berharap benar pihak yang bertanggungjawab mendapat balasan yang sewajarnya. Nak kata setimpal...mustahil sebab mana ada balasan yang setimpal untuk samakan perasaan seorang ibu kehilangan anaknya...

Mana ada?

Mana ada...?




Image result for bullying issues

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home