"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, September 21, 2015

Adik...bulan pernah ikut kita...

Adik...hari ini abang letih sebab abang banyak kerja. Abang sampai rumah hampir pukul 8 malam... 

Paginya abang jadi pengawas peperiksaan di Dewan Peperiksaan 1 bermula pukul 7.30 pagi sehingga pukul 12 tengahari. 

Sebenarnya pada pukul 6.30 pagi abang sudah berada di kedai CRK memesan 15 bungkus nasi lemak dan lima bungkus mee goreng. Hari ini hari sabtu, kantin di bawah bangunan peperiksaan tutup. Jadi abang belikan juga makanan untuk kawan-kawan abang yang turut berkerja. Mungkin ada di antaranya tidak sempat makan pagi. Dan dalam menunggu sehingga pukul 12 tengahari mungkin ada yang lapar. Abanglah antara yang lapar tu, he he he.

Sengaja abang beli lima bungkus mee goreng sebab abang rasa tentu ada kawan abang yang tidak makan nasi sebab diet. He he he. 

Namun abang sendiri tidak sempat makan tengahari sebab abang bergegas balik ke pejabat di bangunan akademik untuk menyiapkan penandaan jawapan para pelajar... Sekarang musim peperiksaan akhir.

Abang duduk menanda  dalam bilik di bangunan yang besar. Bila Abang rasa lenguh duduk abang sekali sekali berjalan-jalan di koridor. Sebab hari sabtu, maka tidak ada orang lain...suasana sunyi... Sesekali abang turun ke bawah bangunan...segarkan fikiran sebab jawapan pelajar kadang-kadang entah apa-apa. Seolah abang makan gaji buta. He he he

Adik, di perkarangan tempat letak kerata abang lihat ada banyak bunga-bunga berguguran. Entah bunga apa tetapi warna pink. Bila angin tiup ia berterbangan cantik. Ya allah cantiknya... menari-nari di tempat letak kereta tersebut...

Dan kemudiannya abang masuk semula ke pejabat balik, sambung marking paper... Abang menanda dengan tekun dan perihatin. Abang sangat asyik sehinggalah kemudiannya abang rasa lapar. Rupanya hari sudah lewat petang... Baru abang teringat hari sabtu ada pasar minggu/malam di Muadzam. Abang terus ke pasar malam.

Masa abang keluar dari kereta, abang mendongak ke langit. Abang nampak bulan sebab hari sudah gelap. Senja dah lama labuhkan layar... Langit hitam pekat.

Abang berjalan di tepi gerai-gerai mencari nasi kukus. Abang nak beli dua bungkus. Biarlah abang gemuk pun. Abang tidak malu. Abang malu kat adik seorang sahaja. Dan abang berjalan di gerai buah-buahan. Abang beli buah mangga sebab abang nak buat jeruk yang kita kena campur dengan asam masim dan lada tu. Abang beli dua buah mangga.

Masa abang berjalan-jalan, abang mendongak ke langit. Adik, bulan itu ikut abang...he he.

Adik, adik tahu tak semenjak adik tiada abang selalu sedih. Hati abang tidak pernah tenteram. Abang rasa seorang sangat di dunia yang luas ini. Abang sedih tapi abang kuatkan semangat. Abang selalu menasihati hati abang bahawa abang cuma patah hati tetapi tidak perlu patah semangat menempuh kehidupan. 

Kadang-kadang abang tetap rasa `seorang' walaupun abang berada di tengah kawan-kawan abang yang buat lawak bodoh. Adik tahu kan abang ramai kawan. Adik tentu tidak tahu tahun lalu abang dapat anugerah pensyarah paling popular di kampus. Di tengah pentas dekan beri hadiah, pengecara majlis kata sesiapa sahaja jumpa abang akan rasa gembira dan hilang masalah. Ramai orang suka abang...adik saja yang khianat.

Adik, masa adik tinggal abang bertahun lalu, abang meraung dalam hujan. Abang berhenti di tengah jalan menuju ke Rompin... Abang basah kuyup. 

Adik, selepas abang beli buah mangga abang singgah pula di gerai tupperware. Abang nak beli bekas air tapi abang tak berkenan dengan warnanya. Abang mahu warna hijau, warna-warna lain abang dah ada... 

Semasa abang di gerai tupperware abang lihat  bulan masih ikut abang... Abang tersenyum sorang.

Adik, adik ingat tak bulan pernah ikut kita? Masa tu musim bunga...

Cover: Bahagia kan datang?


Friday, September 18, 2015

The less routine the more life...?


"Kalau kita hidup terkejar-kejar buat benda yang sama tak sedar jumaat sabtu, sibuk memanjang...adakah ia benar dan menguntungkan? Tidak sempat lihat isnin berlalu sabtu dah akan tiba esok... Betulkah landasan hidup ini...?"

 - Abang Jan




Image result for bored routine





Thursday, September 17, 2015

Pelajar kirim gambar konvoi 2015







Saya terharu kerana dalam ramai-ramai pelajar ada juga yang sudi kirim gambar konvoi mereka.

Mereka mengucapkan terimakasih atas tunjuk ajar saya.

Saya harap mereka dapat membina kehidupan yang berjaya dan sentiasa mencari ilmu...

Selamat pengantin baru 2015





Saya mendapat undangan ke majlis perkahwinan pelajar perempuan saya. Saya tidak dapat hadir kerana atas beberapa sebab peribadi...

Namun saya doakan kebahagian kepada pasangan pengantin baru ini. Semoga jodoh berkekalan hingga hujung nyawa. Kasih dan sayang selalu. 

Tuesday, September 15, 2015

PML dari Ulu Yam...

Antara PML yang adik saya hadiahkan


Ini antara pinggan-pinggan hadiah daripada adik perempuan saya yang duduk di Ulu Yam, Selangor. Pinggan-pinggan ini beliau perolehi daripada rumah kakak mertuanya di sana.

Semua adik beradik saya sokong hobi saya. Saya bertuah.

Saya sangat gembira dapat pinggan-pinggan ni secara percuma. Kalu dibeli tentu berpuluh ringgit. Mungkin beratus...

Koleksi pinggan mangkul lama (PML) saya semakin membiak dan saya kumpulkan sahaja dalam almari yang tertutup. Cuma beberapa yang saya dapat awal sahaja saya pamerkan. saya bimbang rumah saya jadi muzium PML. He he he.

Hasrat saya nak renobek rumah masih lagi tertangguh sebab ia memerlukan sejumlah wang yang besar. Saya mahu luaskan dapur sahaja. Biar dapat letak banyak almari PML. He he he. Biar bahagian tu jea jadi muzium.

Saya tidak tahu bilakah hobi mengumpul PML ini akan tamat...saya buat apa yang saya rasa boleh membahagiakan saya...

Setelah dia tiada...


Kuah tak tumpah ke nasi...

Banyak jugak saya lihat ibubapa yang cemerlang dalam pelajaran tetapi anaknya sebaliknya. Maksud saya SPM pun tidak ke mana... Maksud saya lagi ayah ibu mereka pensyarah (dan ada berpangkat profesor...) namun anaknya tidak pernah cemerlang dalam pelajaran. Malah ada seorang doktor yang saya kenal ...anaknya lembap.

Jadi janganlah kita tidak percaya kepada kebolehan anak-anak kita walaupun kita tidak berpelajaran. Ini salah satu moralnya.

Kalau ikut logik tentu anak-anak juga cemerlang sebab mereka berada dalam persekitaran pendidikan dan kecerdikan. Namun ilmu tidak boleh diwarisi, begitu juga iman.

Saya malu (dan bimbang kawan saya malu) untuk bertanya di mana anaknya melanjutkan pelajaran selepas SPM tempohari. Kali terakhir dia beritahu anaknya duduk di kampung sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM. Dan melalui kawan saya yang lain saya kemudiannya tahu anaknya masuk kolej biasa sahaja di Kuala Lumpur sebab resultnya tidak memuaskan.

Tiada jaminan untuk menyatakan ibubapa yang cerdik anak akan menjadi cerdik dan sebaliknya. Usaha dan faktor persekitaran lain juga memainkan peranan yang penting. Ya faktor gen juga boleh menolong tetapi bakat dan kecerdikan sukar diwarisi. Begitu juga dalam bidang-bidang lain...

Pernah saya berfikir anak arwah Datuk Sharifah Aini tentu mempunyai suara yang hebat jika beliau menyanyi. Mungkin kalah Jamal Abdillah. Namun kemudiannya saya sendiri mengakui ia tidak semestinya.

Melihat lakonan Fauziah Ahmad Daud berbanding ibunya Saadiah amat berbeza. Walaupun lakonan Ogy tersebut bagus namun jauh berganda hebat lagi Primadona Saadiah. Begitu juga dalam dunia politik Datuk Hishamuddin juga jauh skalanya dari kewibawaan politik bapanya. 

Namun maksud sebenar `Kuah tumpah ke nasi' ialah sedikit sebanyak perangai anak akan dipengaruhi oleh perangai ibubapa. Maka dalam hal Ogy dan Hishamuddin tadi bolehlah kita katakan kuah tumpah ke nasi (walaupun suam-suam kuku. He).

Dan semestinya ibubapa mahu anaknya mencapai kecemerlangan yang lebih daripada mereka...sama ada ibubapa itu mempunyai pelajaran atau tidak. Formal atau sebaliknya.


Kuah tumpah ke nasi... (rupa anak lelaki Clint Eastwood...)






Yang buruk dan jahat juga ditulis...

Salam selamat sejahtera,

Saya kerap juga membaca komen di internate mengenai sesuatu isu sama ada politik, ekonomi dan sosial. Saya dapati ternyata banyak komen yang negatif berbanding positif. Saya tidak kata komen yang negatif tidak perlu tetapi komen itu sangat melampau dan kadang-kadang menyentuh hal peribadi. Komen untuk menjatuhkan orang adalah melampau. Apa salahnya komen secara membina. Walaupun pahit mungkin diterima.

Biasanya penulis yang membuka aib ini menggunakan nama samaran. Dan ia menjadi lesen untuk menembak sesiapa sahaja. Mungkin pada pandangan mereka semua perkara dan benda berada yang berada di sekeliling mereka tidak betul.

Itulah yang terjadi di kalangan sesetengah masyarakat kita yang terkenal dengan sopan santunnya (pada masa dahulu...) Mungkin boleh melahirkan pendapat yang berbeza namun biarlah berlapik. Tetapi `lapik-lapik' ni mereka dah tidak `main' sekarang...

Saya dapati semuannya sudah tidak berlapik. Malah sangat biadap bagi orang tua seperti saya. Kami pada masa lalu tidak melahirkan perasaan secara langsung, apatahlagi membuka aib secara terangan.

Image result for jangan sebar aib orang



Manusia ada yang baik dan tidak baik, malah ada yang jahat dan puaka...

Siapa kita? Kita masuk dalam golongan mana yea?

Monday, September 14, 2015

"Ingatkan Dia" - WINGS (Official MTV)








Mengapa...?

Perhubungan sulit kawan saya: Bahagian II

Tujuan sebenar perkahwinan tentulah untuk mendapatkan kasih sayang sejati (macam dalam novel atau drama), dan mengelakkan maksiat. Kalau dah kahwin tapi buat maksiat lagi, apa maknanya?

Rasanya pergaulan antara lelaki dan perempuan harus terus kena jaga walaupun sudah berkahwin. Tidaklah status berkahwin sebagai tiket untuk lepas bebas antara jantina yang bukan pasangan.

Pasangan suami isteri sebeginilah yang tidak mendapat hormat saya, namun mereka tetap kawan saya. Mungkin dalam menilai rumahtangga mereka tidak boleh dijadikan contoh yang baik walaupun luaran nampak bahagia sangat. Mengalahkan Che Ta.

Apalagi yang kawan saya mahu? Jawatan yang tinggi dan anak-anak yang comel belaka. Apa lagi yea?

Saya balik daripada restoren KFC dengan perut yang dipenuhi KFC dan persoalan-persoalan mengenai kecurangan rumahtangga kawan saya tersebut. Kalau kawan saya meminati gadis lain ia bukannya curang sebab mampu kawin dua tapi ini isteri orang!. Namun kalau usung gadis ke hulu hilir tidak boleh juga. Bukan contoh suami yang baik.

Macam mana kalau anak dara awak di UiTM tu diusung ke hulu ke hilir?

Saya bermonolog... pada sepanjang percintaan saya (yang berepisod dukannya)...saya tidak pernah curang walau sesaat walaupun saya ada  rupa. Tidak pernah saya pada masa itu nak cium orang lain (walaupun dalam imiginasi). Tidak pernah. Hanya saya mahu berada disampingnya selalu. Dan kalau saya kahwin dan beranak pinak, saya tidak akan menjadi gatal macam suami-suami lain. Namun yang tidak curang inilah yang selalu dituduh dan difitnah macam-macam. Dunia sudah terbalik... Selamat datang ke planet bumi.

Beberapa minggu kemudian saya jumpa seorang kawan saya yang kerja bank di Kemaman. Ya sah! kawan saya tersebut juga tahu perhubungan sulit kawan kami itu. Malah kata kawan saya yang duda itu bahawasanya hampir semua kawan-kawan kami sudah tahu. Hanya saya yang ketinggalan keretaapi sebab berada jauh di menara gading dalam hutan Muadzam.

Dan lebih parah lagi ada kawan kami yang menjangkakan isteri kawan kami juga tahu suaminya main tiga kayu!. Tapi si isterinya hanya mampu berdoa.

Namun saya tidak dapat korek banyak maklumat. Mungkin jika saya jumpa Zabeadah (nama samaran), saya akan tahu banyak maklumat sebab Zabeadah umpama internet. Dia tahu banyak cerita orang, dalam dan luar. 

Ya allah! kata saya sambil menyuapkan nasi lemak kopitiam bungkusan yang kedua. Maksud saya tadi saya dah makan satu bungkus. Nasi lemak Terengganu best, macam nasi lemak Kelantan jugak. Pedas manis. Nasinya juga bersantan... best gila.

Kembali kepada kawan saya tersebut yang anaknya menuntut di UiTM tu. Ya, anak dah besar tapi buat hal lagi. Tapi kalau nak buat hal tak kira anak besar pun...kata kawan saya yang duda tersebut. Sedap jugak dengar cerita dia cerita halrumahtangga orang sedangkan dia tidak berjaya dengan cemerlang dalam rumahtangga dia. He he he.

Sebenarnya saya bimbang jugak menulis hal orang dalam blog saya ini namun saya yakin kawan-kawan rapat saya tidak membaca blog saya. Beberapa tahun dulu mereka pernah komen blog saya sangat negatif, cerita hal sendiri dan tidak membina. Yang selalu baca blog saya ialah kawan saya yang jauh dan para pembaca senyap yang saya tidak kenal identitinya.

Kembali kepada tajuk. Untuk jumpa Zubeadah satu perkara yang sukar sebab jarak yang jauh. Dan khabarnya Zubeaidah dah pun bertudung litup, mungkin sekarang mulutnya juga bertudung.

Setelah minum kopi o dan tiga bungkus nasik lemak best tu, saya melenggang ke tempat saya parkir kereta. Saya disambut dengan tiket saman oleh Majlis Perbandaran Kemaman, tertepek di wiper saya. 

Saya tak letak kupon...He he.






Thursday, September 10, 2015

Khairy Jamaludduin (KJ): Tak kenal maka tak cinta





Saya dapati ramai kawan-kawan perempuan saya yang tidak suka politik suka KJ. Saya faham situasi ini kerana dalam arena politik tanah air payah nak cari yang 'Tall, Dark and Handsume'. Yang kebanyakan ada pendek, putih dan rendah...(maaf tulis).  Jadi kemunculan KJ tidak dipandang sebelah mata. Dia seorang yang menarik kerana gaya dan senyum sokmo.

Sejak bila fizikal menjadi suatu daya tarikan/kelebihan bagi ahli politik? Entah... Mungkinkah akan bermula pada era KJ?

Jadi ahli politik kenalah tengok muka kat cermin jugak, he.

Saya `mengenali' KJ semasa bapa mertuanya menjadi perdana menteri. Namun imejnya pada masa tersebut tidaklah sebagus hari ini. Pada masa itu beliau digelar `opportunistic son-in-law'

Dan satu lagi kawan-kawan perempuan saya ada yang memberi komen menyatakan yang isteri KJ tak sepadan dengan KJ. Kata kawan saya isteri KJ tidak menarik...tak lawa (macamlah dia tu menarik sangat...he he he). Maafkan kawan saya tersebut. Mungkin dia tidak tahu apa itu cinta, kasih dan sayang. Atau senang kata dia cemburu sebab suaminya rendah, bulat dan putih dari dia sendiri.

Tidak perlulah kita terlalu mencari kelemahan orang. Wahima bulan ada lekuknya. Pada saya KJ istimewa kerana banyak sebab selain lawa dan bergaya. Beliau antara ahli politik muda yang suka dan pandai mendekati golongan muda. Beliau menghargai golongan muda dan mendekati mereka dengan pelbagai cara.

user posted image

Malah saya ada terbaca ada juga golongan parti pembangkang menyukai KJ walaupun mereka berlainan isteri, parti dan ideologi.

Mungkin KJ tahu masa depan parti adalah di tangan anak-anak muda. Bagi KJ anak-anak muda harus didekati dan diberikan maklumat yang betul dan diambil tahu suara dan pandangan mereka.

Mungkin KJ guna konsep 'tak kenal maka tak cinta'.





Semoga perjalanan KJ terus bersinar dan berbahagia bersama keluarga. Semoga KJ tidak tamak dan berpengetahuan ekonomi. Amin.




Doktor main gitar

Semalam saya terdengar lagu Ebiet G. Ade yang bertajuk `Berita kepada kawan'. Lantas saya teringat kepada seorang doktor atau mungkin Profesor yang saya jumpa semasa membentangkan kertas kerja saya.

Tanpa segan silu dia menyanyikan lagi di bawah untuk saya:

Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

Tapi lagu itu tidak habis dinyanyikan dan dia berharap saya turut akan nyanyikan lagu tersebut pada masa `dinner' malam nanti. Dia akan main gitar katanya. Saya hanya terdiam kelu. Saya memang tidak pandai menyanyi walaupun saya rasa saya mampu membuatkan orang terpaku melihat persembahan saya. Tidak semestinya seorang yang menarik boleh menyanyi. Doktor itu perlu tahu...he he he. 

Biasanya jika ada pembentangan atau persidangan akan ada pada malamnya `dinner mendinner' ini. Namun saya biasanya tidak akan turun sebab saya lebih suka berada di bilik hotel untuk bermewah-mewahan. Saya juga tidak berniat untuk mencari kawan baru sebab kawan dunia akademik kebanyakannya membosankan...

Namun doktor ini lain sebab dia ada personaliti yang menarik. Rasa senang didampingi. Saya menjadi tertarik kerana beliau mempunyai personaliti yang menarik dan unik. Ramai ahli akademik yang saya jumpa bukan saja memboringkan tetapi tidak menarik.

Sebenarnya beliau ada bertanyakan mengenai hasil kajian saya semasa sesi pembentangan. Sebenarnya saya terus sahaja menjawab pertanyaan itu walaupun saya sendiri tidak faham apa yang beliau tanyakan. Saya mesti berlakon kerana terdapat ramai delegasi dari luar negara. Kesian dia saya tengok kerana cuba memahami jawapan yang saya berikan, yang saya juga tidak tahu apa yang saya katakan itu.

Namun beliau tidaklah sombong dan menghentam saya balik, beliau kelihatan terangguk-angguk cuba memahami jawapan saya.

Beliau kelihatan sangat suka menjalankan penyelidikan. berbeza dengan saya yang lebih suka mengajar. Saya tidak suka membuat kajian sebab hasilnya tidak sehebat mana. Pelik kan?

Namun kami ada persamaan sebab saya juga meminanti lagu ini...



Wednesday, September 9, 2015

Kek Coklat Dr Amy...

Semalam saya makan kek coklat sebagai makan malam... sambil bersandar di sofa saya menikmati kek itu yang baru saya keluarkan dari peti sejuk.

Sambil makan saya tengok tv, saya teringat petangnya Dr Amy datang ke bilik saya bertanya khabar dan kemudiannya memberikan kek coklat buatannya sendiri. Saya kagumi Dr Amy kerana banyak sebab.

Antara sebabnya beliau sangat mengambil berat mengenai anaknya walaupun dalam kesibukan kerja yang tidak berhabisan. Dan saya juga kagum dalam kesibukan itu beliau masih lagi dapat membuat kek coklat.

Saya rasa malu kerana saya tidak sempat masak dan terasa sibuk. Sedangkan Dr Amy lagi lebih sibuk.

Beliau dalam kesibukan itu masih sempat masuk pejabat saya bertanya khabar dan memberi kek. Dengan jawatan yang dipegangnya itu tentulah beliau sibuk 24 jam. Namun beliau menghargai persahabatan.

Saya doakan beliau sentiasa sihat dan bahagian. Amin.

Sedap kek coklat itu...

Sempatkah kita memasak dan menjaga persahabatan dalam kesibukan kerja? Dr Amy sempat...

Perhubungan sulit kawan saya...



Perhubungan sulit kawan saya sudah mengjangkau usia tiga tahun. 

Saya tidak perasan kawan saya mempunyai hubungan sulit sehinggalah saya terserempak dengan kawan saya tersebut di restoren KFC. Cara mereka mencicah sos dan menyuapkannya ke mulut masing-masing menceritakan kepada saya, bahawa mereka lebih dari kawan biasa.

Saya bukan bodoh. Tidak sesekali buta.

Pada mulanya saya rasa marah namun akhirnya saya rasakan mereka semua bodoh. Bodoh sebab tuhan sudah kurniakan keluarga masing masing. mengapa isteri orang dan suami orang yang dicari.?Saya tidak tahu sampai mana perhubungan mereka. Saya tidak mahu tahu walaupun ada kalanya saya tertanya juga adakah telah sampai ke katil?

Kawan saya tersebut sudah beristeri dan kenapa isteri orang juga yang didambarkan? Saya tidak faham kecuali saya rasa mereka membuat kesalahan sebab mencurangi pasangan masing-masing.

Saya hanya melihat perhubungan itu sampai ke mana? Saya rasa tidak akan sampai ke mana-mana kecuali berantakan sana sini nanti.

Saya tidak hairan. Saya pelajari dari hidup ini bahawa penipuan dan kecurangan tidak akan kekal lama. Dan tiada kebahagian boleh tumbuh kekal atas penderitaan orang lain. 

Saya mahu mendoakan agar mereka insaf tetapi nadi hati jahat saya mendoakan mereka mendapat balasan hingga terduduk...

Saya tiba-tiba emosi..

Image result for i am evil homer




Tuesday, September 8, 2015

Apa kesenangan-kesenangan tersebut mengajar pelajar kita?



JIKA diberi pilihan ramai manusia yang mahu berjaya tanpa bersusah payah. Maksud saya jika diberi pilihan sama ada perlu bersusah payah untuk berjaya dan tidak bersusah payah untuk berjaya, Pasti ramai orang akan pilih untuk tidak perlu bersusah payah untuk berjaya.

Ada orang berpendapat jika kita mendapatkan sesuatu dengan bersusah payah, kita akan lebih menghargainya. Saya setuju sebab saya selalu bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu. Malah jika saya dapati saya mencapai atau memiliki sesuatu itu dengan senang, maka saya akan berfikir tentu ada yang `tak kena'.

Fikiran tersebut mungkin fikiran lama, namun begitulah saya dan kawan-kawan sebaya saya...

Pada masa lalu payah untuk saya dan kawan-kawan untuk dapatkan segulung izajah. Apabila kami berkumpul, kami akan ceritakan kembali bagaimana payahnya kami mengejar ilmu pada masa tersebut. contohnya, kami membaca banyak buku tebal yang tidak bergambar. Dan sebab itulah saya merasa tentu ada yang tak kena di mana-mana apabila seorang pelajar saya secara terus terang memberitahu dia tidak suka baca buku yang tidak ada gambar. Dia memberi komen mengenai koleksi buku yang saya miliki. Boriing katanya...

Kehidupan lalu sukar untuk diceritakan kerana ia amat berbeza. Contohnya, kami menggunakan mesen taip dan perlu `pergi-mari' panjat tangga ke pejabat-pejabat  kerajaan dan swasta untuk mendapatkan maklumat. Siap menemuduga sekali dengan pegawai terlibat. Contohnya untuk mencari objektif dan fungsi MARA ia membawa kami ke bangunan MARA. 

Namun pelajar sekarang lebih senang dan beruntung kerana ada internate dan komputer. Selain dapat menyiapkan tugasan dengan cepat dan  mudah mendapatkan maklumat, ia menjimatkan kos dan kajian boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Kami pada masa dahulu naik teksi turun teksi dan ia melibatkan jumlah wang yang besar. Juga masa.

Dengan kemudahan yang ada (seolah di hujung jari) saya dapat simpulkan pelajar kita yang tidak membuahkan hasil kajian yang memuaskan merupakan golongan yang malas dan tidak memaksimakan kemudahan. Kadang-kadang saya terfikir bagaimana pelajar-pelajar ini mahu berjaya jika mereka tidak memaksimakan kesenangan yang mereka perolehi. Pelajar sebegini bukan sahaja malas, malah bodoh.

saya teringat kata-kata mantan perdana menteri kita Tun Mahathir. Katanya semua orang di Malaysia boleh masuk universiti. Saya setuju benar, Dengan tiga kepujian di peringkat SPM mereka boleh ambil diploma dan  meneruskan pembelajaran di peringkat izajah. Jadi awas jika anak anda tidak dapat/layak masuk universiti...

Situasi pendidikan masa kini jauh sudah berubah berbanding dahulu.

Secara peribadi saya dapati pelajar sekarang tidak tekun berbanding  saya dan kawan-kawan saya 25 tahun dahulu. Semasa di Universiti Malaya, kami sangat tekun dan belajar setiap hari mencari ilmu baru. Mungkinkah bila segalanya senang generasi pelajar sekarang menjadi `manja' dan tidak tekun... Ini terjadi pada sebahagian besar pelajar kita.

Saya sangat kecewa.

Pada masa dahulu kami tahu kerja kami sebagai pelajar dan sebagai seorang anak. Datang kuliah, siapkan tutorial dan siapkan tugasan sebaik mungkin. Memahami apa yang kami tidak fahami dan tidak bergantung 100% kepada pensyarah. Kami juga menghargai apa yang kami dapat. Ya, kami hargai kami dapat masuk universiti...sambung pelajaran... mungkin pada masa tersebut hanya ada enam buah universiti sahaja...berbanding sekarang.

Saya rasa pelajar perlu juga diajar bersusah supaya ia menghargai kesenangan dan berusaha untuk mencipta kesenangan lain. Dengan teknologi yang canggih sepatutnya mereka melahirkan kerja yang berpuluh kali lebih mutu daripada kami sebagai pelajar pada masa lalu... Namun apa yang terjadi sebaliknya. 

Jika pelajar tidak tertarik untuk ke kuliah dan terdorong untuk siapkan tutorial dan tugasan maka di manakah nilai pelajar kita...?

Sedangkan pada masa dahulu mereka (pelajar sebegini) tidak berada dalam arus pendidikan, yang ada adalah pelajar yang benar-benar serius untuk belajar dan mengejar imu...

Kita panggil `mengejar' ilmu sebab kita kena agresif bangun dan buat tindakan. Bukan nganga mulut dan pensyarah suap... Kita tidak panggil menjemput ilmu!

Abang Jan: Bila kita pernah rasa pahit barulah kita dapat kagumi dan hargai sesuatu kemanisan...




Saya dah mula berselera...

Pagi tadi saya makan pagi agak lewat, maka saya makan nasi. Saya makan ikan bakar dan sayur dan air tea o. Saya mampatkan pula dengan jeruk kelubi, pauh dan jambu. Semuannya RM10. Saya beli pau ayam RM2 lagi untuk makan malam.

Tengahari saya ikut sahabat saya makan, saya makan nasi juga...tapi  separuh. Makan teliur sotong dan sayur. Bersama sirap bandung cingcau... Semuanya RM9.50. 

Kata penjual sotong yang saya ambil itu berharga RM5.

Saya tidak tahu kenapa juruwang beritahu harga sotong tu. Mungkin penjual bimbang saya akan meneka makanan mahal. Tapi bagus juga beritahu. Nak lebih bagus letak harga kat bekas sotong tu. He...

Malam ni saya makan pau ayam tulah...




Kisah anjing naik troli masuk pasaraya...

Sensitiviti kaum di Malaysia berada pada tahap yang patut diperbincangkan. Berbeza dengan zaman dahulu, isu sensitiviti kaum semakin bercambah. Dengan kepesatan teknologi isu ini mungkin membawa impak yang lebih besar dalam konteks perpaduan kaum.

Namun agak pelik jika sebagai warganegara Malaysia mereka yang terlibat tidak mempunyai pengetahuan mengenai apa yang menjadi hal sensitif kepada majoriti rakyat Malaysia. Majoriti Melayu beragama islam. Tidak mungkin mereka tidak tahu sensitiviti ini, atau sengaja menduga pihak-pihak tertentu.

Namun sensitiviti bukan pasal agama sahaja...mungkin juga budaya...

Namun untuk mengatakan keseluruhan kaum bukan Melayu bersikap demikian adalah salah. Pada setiap kaum tentu ada ahlinya yang tidak sensitif terhadap orang lain. Wahima dalam satu keluarga pun begitu.

Secara peribadi, saya berpendapat penguatkuasaan di negara kita lemah. Sedangkan hukuman bukanlah hukuman semata-mata. Ia juga alat untuk membentuk masyarakat ke arah yang lebih bertolerasi.

Kisah anjing naik troli ke pasaraya ini bukanlah kisah yang memberikan impak kecil, ia adalah kisah masyarakat kita yang semakin longgar sensitivitinya...

Bawa kucing duduk dalam troli juga sensitif bagi orang-orang tertentu... Sebab itulah haiwan tidak dibenarkan...


Image result for no pets
Add caption



Monday, September 7, 2015

Beralih bantal...Sepanjang malam gelisah.

Image result for cant sleep...



Saya beralih-alih bantal lebih 10 kali, jadi saya tidak mendapat tidur yang lena. Dan tidur yang cukup... Dalam keadaan kesihatan yang tidak baik ini, saya sukar lena. Sesekali saya bangun minum air.

Sesekali saya pandang kipas...

Saya alih-alihkan bantal dan tukar posisi tidor sepanjang malam. Di sepanjang malam saya gelisah. Saya terus berfikir jika begini berterusan, ia akan menjejaskan lagi kesihatan saya. Dan seterusnya kerja saya...

Saya teringat petang tadi saya bertanya kawan sama ada doktor akan berikan saya ubat tidor  jika saya minta. Kawan saya kata tentu doktor tidak beri...

Saya akan minta ubat batuk. Ubat batuk akan membuat saya lena...

Emm...






Bila lidah pahit...

Saya hanya jamah sedikit mee hun dan telor. Tetapi makan pagi saya ni terasa sangat pahit. Nasib baik saya sengaja terlebih dahulu ambil sedikit sahaja kuantiti makanan tersebut. Lidah saya terasa sangat pahit. Bibir saya kering...

Saya hilang selera makan. Saya terasa nak muntah bila tengok nasi. Sesuatu yang belum pernah terjadi. Kalau ia berterusan, saya mungkin kurus. Tapi mustahil kurus sebab apabila saya baik deman nanti tentu saya makan nasi non stop punya...

Saya tidak habis makan mee hun, saya lihat kawan-kawan saya tidak sedar saya tidak berselera...

Maaf cakap kedai makan di sini tidak banyak menyediakan makanan yang sedap. Namun saya harus juga makan untuk hidup. Makan dengan kuantiti yang banyak juga walaupun tak sedap mana, he he he.

Petang semalam saya makan ais kerim sebab semuanya tawar belaka di bibir saya. Saya makan ais kerim yang harga RM1.05. Tetapi penjual pulangkan 10 sen saya sebab tak ada duit cucur.

Saya harap selera makan saya akan pulih minggu depan. Saya yakin...

Doktor tidak beri `MC' pun...


Sudah dua minggu saya asyik tidak sedap badan. Dan beberapa hari lepas saya rasa deman urat.  Saya rasa letih dan lenguh, batuk-batuk kecil, pening kepala. Maka saya berjumpa doktor.

Saya ke klinik swasta. Saya berhajat benar doktor akan beri saya MC. Dapatlah saya rehat dengan tidor. Namun saya hanya dapat ubat deman, ubat batuk, ubat tahan sakit dan sejenis ubat lagi. Saya tidak dapat MC.

Mungkin saya silap sebab tidak minta MC. Tetapi bagi saya MC bukan sesuatu yang diminta, ia harus diberikan jika tidak berupaya untuk kerja... Doktor bertauliah untuk memberikan status pekerja layak kerja atau sebaliknya.

Maka saya masuk kelas macam biasa pada petangnya. Perit tekak saya sebab saya harus mengajar juga. Saya fikir alangkah baiknya jika saya dapat MC dan rehat. Dan kerja seperti saya ini kena banyak rehat sebab emosi juga kena jaga...bukan fizikal sahaja... Tapi tulah, saya tidak dapat MC.

Saya asyik terbayangkan rupa doktor tadi. Dia tidak banyak cakap. Doktor memang begitu. Ramai yang memboringkan. Saya rasa apa salahnya beri saya MC sebab badan saya lenguh dan sekali sekala batuk. Tak kanlah saya nak kena batuk mancam anjing tua baru doktor beri MC. Lagipun tahun ni hanya dua kali saya MC.

Saya bukan kaki MC macam si polan.

Kalau dapat MC dua hari tentu saya dapat pulihkan badan saya, dan rehat. Saya perlukan rehat dan jaga suara. Tekak saya perit sebab cuaca asyik panas lembap dan panas lembab sahaja.

Balik dari klinik saya menuju kedai jeruk. Saya mahu makan jeruk sebab bibir saya rasa pahit semacam. Kawan saya kata orang deman memang begitu...

Saya beli jeruk kelubi. Belum sampai ke kereta, saya sudah makan jeruk kelubi itu tepi bangunan, tepi longkang...


 

Friday, September 4, 2015

Melihat bangsa yang menjadi

Bila perjalanan melebihi separuh...
Ramai menoleh kebelakang mahu menilai-nilai
Walau tiada siapa yang menyuruh manusia memang begitu...penilai tegar.

Sedangkan lahir tercampak merata
Sangat berbeza sangat ketara
Beza rupa bangsa
Beza rupa agama
Beza rupa budaya
Beza rupa sossial
Beza rupa politik

Yang tak sama dibenci
yang sama konon adalah betul...
Kita lupa orang atas yang ketawa...
Konon kita membersih sana sini...

Melihat kita yang menjadi pada orang,
membolehkan rasa bengkak di hati
bila kita perhatikan sebenarnya
episodnya berlainan, cerita terasing...

Manusia memang suka berpecah, bertanding dan iri
Mestikah sama untuk sekata?
Adakah mereka yang berbeza pada kita adalah salah?
Adakah kita sahaja yang betul?

Berapa lamakah lagi kita mahu menjadi...





Wednesday, September 2, 2015

Page down...

Ya allah ya tuhanku berikan aku ketabahan...

kekuatan hadapi hidup yang tak lama lagi ini...

.