"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Saturday, December 31, 2011

Selamat tahun baru 2012

Wings To Fly

Want to spread my wings and fly
Away into the sky
How I dream to be so free
No more sadness no more pain
No more anger no more hate
How I dream to have those wings and fly into the sky

If now, I could grant my wish
I'd wish to have those wings
Those wings just like the birds
That fly up in the air

So high up in the air
With feathers bright and fair
No wealth nor power can make
My heart filled with such joy

Want to spread my wings and fly
Away into the sky
How I dream to be so free
No more sadness no more pain
No more anger no more hate
How I dream to have those wings and fly into the sky

Want to spread my wings and fly
Away into the sky
How I dream to be so free
No more sadness no more pain
No more anger no more hate
How I dream to have those wings and fly into the sky
I'd fly
with those wings....


Jan: No more sadness no more pain...


[- From :http://www.elyrics.net/read/s/susan-boyle-lyrics/wings-to-fly-lyrics.html -]

Maharaja Lawak Mega vs Malaysia Lawak

Tahniah untuk Osbon

Semalam saya tengok Maharaja Lawak Mega bersama sahabat saya Adnan. Seperti yang kami dan ramai jangkakan kumpulan Osbon akhirnya menjurai Maharaja Lawak Mega I ini. Adnan bawak kad Astro dia. Dapatlah saya tengok. Pakage Astro saya tidak ada rancangan ini.


Walaupun hidup saya tidak selawak mana, (malah dalam beberapa episod saya meraung dekat jalan nak ke Rompin) tetapi saya luangkan masa juga untuk menonton rancangan ni sebagai pengubat duka. Lagipun saya tidaklah selalu lara adakalanya komidi hidup saya melebihi budak tadika yang terlebih gula.


Bestkan kalau dapat RM350,000 berserta trofi (tapi trofi tu boleh buat kat kedai, saya tak nak mana). Tapi jumlah tu mereka dapat setelah mereka memerah otak untuk dapatkan idea. Memang mereka layak. Mereka buat kita terhibur...

Naib juara dapat RM250,000, tempat ketiga dan keempat membawa pulang wang tunai RM150,000 dan RM50,000. Saya terkenang pulak hadiah yang sasterawan negara dapat, jumlahnya RM30,000 sahaja (dinaikan jadi Rm60,000 sejak tahun 2003). Setelah banyak hasilkan buku bermutu membina tamadum Malaysia dan diterjemahakan di peringkat antarabangsa...mereka dapat ciput jea kan.


Saya tak menyalahkan maharaja lawak sebab mereka memang patut dapat apa yang mereka dapat. Cuma rasa lawak pulak kalau nak banding dengan hadiah yang sasterawan negara di Malaysia dapat. Seperti melepas batuk di tangga atau seperti melepas anak dara keluar rumah waktu magrib...he he he.


Jan: ...selamat datang ke Malaysia.

Friday, December 30, 2011

Nasib dia...nasib kita? Haaa...





Kawan-kawan saya yang berkahwin tidak pernah menalipon atau sms saya bila mereka tengah bahagia dengan pasangan masing-masing tetapi bila ada masalah, mereka sms atau kol sampai berjam-jam... Tidak pernah kawan-kawan saya kol bila mereka sedap buat seks atau sedang bercuti dengan keluarga mereka untuk menceritakan kesedapan yang mereka alami tersebut. Ini adalah kenyataan.


Kawan saya kena pukul lagi. Saya tidak boleh cakap apa-apa kerana dia sudah besar panjang. Dia boleh report polis dan sebagainya. Dia juga boleh bunuh suaminya dengan alasan pertahankan diri seperti cerita dalam tv. Dia masih ada ayah dan mak dan adik beradik untuk mengadu, juga pejabat agama. Saya tidak boleh buat apa-apa saranan tegar sebab kisah-kisah dalam rumahtangga tak menentu pulangannya. Kadang-kadang seolah berjudi. Maksud saya suatu perjudian yang halal...


Yang saya tahu berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Dan saranan saya memang tidak sesuai dengan situasi yang dialaminya sebab dia sendiri kena bangun dan ambil tindakan... Dia pun bukan perempuan bodoh, dia ada degree, atau pulangkan sahaja degree tersebut? Haaa...


Suaminya jenis panas baran, dulu dia ada cerita suaminya tendang dia tetapi suaminya terjatuh semasa nak menendang dia sebab dia ada kerusi di hadapan. Suaminya marah sebab dia jenis `menjawab' mulut. Maklumlah cikgu, dah terbiasa bila pelajar tanya, kena jawab. Namun akhirnya beberapa jam kemudian mereka berbaik dan lakukan seks atas kerusi. Saya tidak tahulah macam mana mereka lakukan seks atas kerusi dan bagaimana posisinya tetapi posting kali ini ialah pasal betapa susah dan kompleksnya sebuah perkahwinan (walhal tidaklah sekompleks mana).


Dia beritahu hidupnya menderita, suaminya ada ugut mahu serang dia di tempat kerja (bilik guru) dan sebagainya. Banyak yang dia cerita kepada saya. Saya tersandar di tepi dinding sambil sekali-sekala menyuap roti gadeniar (yang jenis diet) ke dalam mulut. Saya mendengarnya sehingga bateri hp saya habis dan terpaksa cas kat plaq tepi dinding tepi katil saya...saya duduk bersandar.


Saya mendengar-mendengar dan mendengar...


Jan: Saya ingat dulu dia kata, dia mahu kahwin sebab dia nak ada orang melindunginya...dia pilih suaminya sebab suaminya rajin sembahyang. Demi allah itulah kata-katanya...yang saya ingat sehingga hari ini.

Thursday, December 29, 2011

Tanda dunia nak kiamat



Kalau boleh saya tambah bilangan tanda-tanda dunia nak kiamat, selain ibubapa lepas anak perempuan mereka bebas huha-huha 24 jam...saya nak tambah antara tanda-tandanya ialah ada tv beratus rangkaian tapi kadang-kadang nak cari satu yang best pun susah.
Kalaulah Astro seorang perempuan, saya nampak dia macam perempuan tua jenis pisau cukur. Jika Astro itu adalah lelaki saya nampak dia macam lintah darat atau along. Sebab bilnya sangat mahal sedangkan persembahannya tidak bagus. Contohnya bila angin sepoi bahasa datang bila pokok goyang siaran Astro goyang juga, he he he.
Dan cerita dalam siaran rangkaiannya entah apa ke banda. Mengarut. Cerita murah jea. Cerita yang diulang-ulang ulang ulang dan ulang (pulangkan duit kami tak nak, hehehe). Dan sepatutnya bil murah sebab teknologi dah murah…he he he.
Sebagai seorang perumah yang dianiaya kekasih, tentulah saya amat memerlukan rangkaian tv dengan cerita yang hebat agar saya dapat mengubati jiwa dalam menentukan kelangsungan hidup.
Pakej ASTRO saya dalam RM75 sebulan, saya bayar tiap-tiap bulan dan rasanya dah beribu-ribuan duit habis kepada ASTRO. Saya tetap bayar walaupun saya rasa mahal sebab tak ada pilihan. Di tempat saya tinggal siaran Tv tak jelas, kena pakai Astro. Saya pulak jenis suka tengok berita, kenalah ada TV dan saya suka tengok movie jadi kena ada HBO dan 2 adiknya lagi.
Bukan saya nak mengunkit sebab saya bayar tetapi saya tetap rasa Astro patut membaiki persembahan dan perkhidmatan mereka. Mereka kena fikirlah sebab pelanggang yang bayar. Tak kan pelanggang pulak nak fikir bagaimana nak cerikan rangkaian. Huh! x 999...
Entah nak kata apa tak tahu, atau mungkin saya sahaja yang cerewet...? Orang lain rata-rata di Malaysia berpuashati dengan ASTRO?
Jan: Berniaga betul ASTRO! Huh!

Datuk Siti Nurhaliza yang istimewa

“Saya minta maaf, saya bukan peminat Siti Nurhaliza” Kata mak saya sopan bila saya heret mak ke kedai kaset Speedy di Megamol Kuantan. Begitulah jawapan emak saya apabila perempuan cina (yang muda pakai skit pendek warna biru) beria menunjukan Cd DSN kepadanya. Hari tersebut mak saya sambar CD Salem Iklim.

Saya juga bukannya peminat DSN. Suara dan gayanya tidak dapat memikat telinga dan mata saya. Namun saya tak kata suara DSN tidak sedap didengar. Kenyataannya tentulah suara DSN sangat baik dan merdu di telinga ramai orang, jika tidak tak kanlah beliau menjadi penyanyi yang tersohor. Cuma mungkin saya sahaja tidak minat, abaikan saya kerana saya bukanlah antara ribuan (mungkin jutaan) peminatnya. Kalau pasal Kak Pah, pasal tahi lalat dia pun sampai ke subuh saya boleh cerita…kerana minat.

Bagi saya DSN adalah seorang penyanyi yang sangat popular di Malaysia. Saya pernah dihina/dicop sebagai `moron’ oleh peminat fanaticnya di inetrnate apabila saya ada mengritik (kritikan membina) terhadap DSN. 4, 5 tahun lepas, saya pernah menulis di ruangan youtube bahawa DSN harus ada CD lagu inggeris, kena belajar bahasa inggeris macam Datuk Sharifah Aini. Dan DSN juga kena pandai menari. Seterusnya ramai yang hentam saya dengan mengatakan bahawa DSN tidak perlu ada album bahasa inggeris dan tidak perlu pandai menari SEBAB dia sudah popular. Sehingga ke hari ini saya rasa SEBAB tersebut adalah amatlah bangang.

Kepada saya istimewanya DSN bukanlah pada suaranya sahaja tetapi istimewa kerana dia pandai menjaga diri/membawa diri dalam arena seni suara. Beliau tidak menggambarkan diri beliau liar atau seksi. Beliau penuh dengan keserdahanaan. Beliau membuktikan bahawa bakat seni adalah perkara yang utama, bukan hidung yang mancung dan dagu yang runcing atau seksi. Bakat paling penting. Seingat saya beliau tidak pernah berpelukan atau bersentuhan bila bergambar dengan lelaki. Walaupun beliau tidak menutup aurat sepenuhnya beliau sangat-sangat menjaga batasan dalam berkawan, setidaknya di mata media dan umum. Ini ciri yang amat disukai oleh rata-rata peminat Melayu kita.

Saya juga berpendapat DSN dapat menyanyikan lagu asli dengan baik, cuma kalau penghayatan kena lebih sikit sebab lenggok sudah sempurna dan ada kelas tersendiri (pasal penghayatan ni susah, kena tanya Adnan, dia pakar dalam penghayatan terutama bahagian getaran suara apabila ditarik tinggi). Anak muda yang tidak suka lagu asli pun akan terasa tarikan lagu asli bila DSN yang nyanyikannya. Bukan semua penyanyi boleh bawak lagu asli dengan baik. Lenggok dan teknik suara DSN tersendiri.

Kalau orang bertanya kenapa saya tidak minat DSN, payah saya nak jawab. Mungkin kerana memang in the first place saya memang dah tak minat. Mungkin telinga saya? Atau kongsep lagu yang dibawa? Entahlah saya tak mahu fikir. Yang saya tahu suara DSN sangat merdu di dengar oleh peminatnya. Seperti juga mengapa saya minat Sudirman dan lagu-lagunya sedangkan saya tidak minat suara Sudirman. Saya lebih suka suara Zamani, Amy Search, Salim Iklim atau Jamal Abdilah.

Kesimpulannya walaupun saya sama seperti emak saya, iaitu tidak minat suara DSN, kami tetap mengakui kehebatan dan tersendirinya DSN dalam dunia seni suara Malaysia. Semoga DSN akan terus maju dan berjaya menghasilkan album yang baik pada masa hadapan. Semoga DSN juga dapat bertahan sehingga berdekad lamanya dan mendapat peminat baru bagi setiap dekad.

Dah akhir sekali semoga diva ini akan bergelar Biduanita Negara ke 3 pada suatu masa nanti.

Jan: Suka tengok DSN dan DK…

Wednesday, December 28, 2011

Datuk Hassan Ali

Dalam dunia politik susah nak tahu mana satu betul dan mana satu salah. Lainlah jika kita sudah fanatik. Maksud saya kepala otak dah cop BN atau cop Pas atau pembangkang dan seangkatan dengannya. Payah nak fikir di luar kotak.

Kalau kita di pihak pembangkang kerja kita memang la membangkang. Kalau kita di pihak pemerintah kerja kita memerintah. Namun perkara salah tetap salah kalau ia berlaku dalam pari PAS sekali pun. Begitu juga perkara betul tetap betul kalau BN yang usahakan. Dok gitu?

Kalau kita jadi ahli politik berkedudukan payah juga nak jadi betul-betul ikhlas. Paling senang pun kita tutup mulut sebab jika kita beri komen ia akan menjejaskan parti secara keseluruhan. Payah juga yea. Seksa jadi politikus yang jujur. Senang jadi polilipas (lipas).

Seorang kawan saya (orang UMNO) hampir ditampar oleh seorang kawan saya (orang PAS) bila berdebat pasal politik. Pada masa itu kawan saya yang orang UMNO di minta oleh kawan saya orang PAS untuk memberi pandangan pemerintahan Terengganu (di bawah PAS). Bodoh kalau berbalah sebab pemimpin besar kedua belah parti cool je jika berjumpa, sempat bergurau…! Yang bawah ni jea yang fanatic entah apa. Saya diam sahaja tak mahu masuk campur, saya memang tahu siapa yang patut saya sokong, yang saya patut undi. Saya yakin! (tapi undi adalah rahsia gitu).

Dalam masyarakat agama ada politik, dalam masyarakat politik pun ada agama. Nyata politik dan agama tak boleh dipisahkan. Cuma jangan sesekali menggunakan agama dan politik untuk kepentingan perut peribadi bila kepentingan umum harus diutamakan. Kepentingan umah…

Akhirnya? Haaa…

Jan: Haaa...

DSN nyanyi lagu orang putih...



Saya sudah mendengar dengan teliti beberapa buah lagu inggeris nyanyian DSN (Datuk Siti Nurhaliza). Saya mendengarnya kerana bimbang pisang berbuah dua kali. Memang bila balik ke rumah, saya bergegas mendengar lagu DSN di youtube.com.. Pisang berbuah dua kali tersebut sebenarnya merujuk pada peristiwa suatu petang apabila ditanya oleh kawan saya mengenai lagu inggeris DSN, saya tidak dapat memberi pendapat. Langsung tidak dapat memberi pendapat kerana pada masa tersebut saya masih lagi tidak mendengar lagu inggeris DSN.

Perlukan seorang penyanyi memepunyai album inggeris? Seperti perlunya seorang penyanyi mempunyai lagu raya, penyanyi yang hebat juga biasanya ada album inggeris. Mungkin supaya senang apabila membuat persembahan di majlis koprat. Sudirman, Khatijah Ibrahim, Sharifah Aini (18 buah album inggeris!. Mungkinkah Datuk Sharifah Aini adalah penyanyi Malaysia pertama yang melahirkan album inggeris?)), apatah lagi Kak Nita (ke mana Kak Nita sekarang? Lama tak dengar berita). Maka mungkin sebab itu nama besar seperti DSN perlu ada album Inggeris. Dan lebih istimewa lagi album inggeris ini lagunya memang dicipta khas untuk DSN.

Di hadapan youtube.com (sebutan = youtiub), saya pejam mata dan hayati lagu dan lengguk suara DSN. Ya memang suara dan gaya DSN. Beliau tidak cuba menjadi orang inggeris, atau orang kulit hitam. Saya lega. Lega sebab bagi saya tak semestinya bila kita bertutur atau menyanyi lagu bahasa inggeris, kita kena sebijik macam inggeris. Kalu sebijik tentulah lebih baik kita beli CD Adele. Dan kalau nak banding Adele dengan DSN bak banding gitar dengan piano. Tetapi saya berharap jangan buat perbandingan sebodoh ini sebab DSN istimewa dan `keluaran’ kita punya. Kita mesti berbangga dan melihat dengan positif. Kepada sesiapa yang mengkritik secara tidak membina, cerminlah diri sendiri sebab ketika DSN sudah memiliki album inggeris, adakah kita masih tak mendaftar kelas bahasa inggeris, he he he. Jangan marah.

Peminat setia DSN harus segera memiliki album inggeris pertama ini sebagai sokongan. Barulah dikatakan peminat setia. Dan sebenarnya ada satu lagu dalam album itu sedap sangat di telinga saya. Tajuk lagu tersebut adalah... rahsia. Bila saya dengar saya rasa cinta!.

Jan: Akui kehebatan DSN. Tahniah!

Asyik-asyik Kak Pah!




Datuk Siti Nurhaliza (DSN)



“Asyik-asyik Kak Pah, asyik-asyik pasal Kak Pah” Kata kawan saya yang meminati penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza (DSN). Dia suruh saya tulis pasal DSN di blog saya. “Tulislah saya nak baca, tulis dengan ikhlas” katanya semasa kami makan tengahari.

Apa yang saya nak tulis yea? Saya ada berpuluh CD Datuk Sharifah Aini tetapi sekeping pun saya tak ada CD DSN. Bukan saya tak kagum kepada pencapaian/pembawakan DSN tetapi telinga saya tidak minat suaranya. Suaranya bukanlah tidak sedap, cuma kadang-kadang suaranya kedengaran sengau sikit. Kalau telinga kita tidak peka, kita tidak sedar. Selain itu suara dia tajam (too clear). Kalau suara DSN adalah muzik, saya ibaratkan kekurangan bunyi `bass’nya. Namun sengau dan tajam tersebut bukannya jenis tak sedap didengar. Ia jenis sengau yang sedap di telinga ramai pendengar Malaysia, khasnya Melayu.
Saya harap peminat DSN tidak melenting. Itu sedikit komen daripada saya, he he he. Ada kawan yang terus terang beritahu saya baginya suara Datuk Sharifah Aini tidak sedap. Saya tidak melenting. Dia hairan kenapa saya minat Datuk Sharifah Aini. Malah ada kawan perempuan saya kata saya minat Datuk Sharifah Aini bukan kerana suara tetapi kerana saya minat perempuan berpayudara besar. Tak baik tau…he he he. Sebab itu tidak benar. Susah sangat ke nak percaya suara Datuk Sharifah aini sedap. He he he susah kerana dia tak minat. Begitulah saya bila berhadapan dengan suara Datuk Siti Nurhaliza. Cuma saya tak kata suara DSN tak sedap, Cuma saya tak minat. Saya akui secara purata sedap suaranya DSN tetapi telinga saya lebih suka dengar suara Liza Hanim dan Aisyah, atau Nora.
Jan: Payah untuk saya mahu menulis pasal DSN. Pandangan `jankaulu …’ lain...

Tuesday, December 27, 2011

Azam tahun baru saya yang tahun lepas...



Sebagai manusia biasa, saya ada berazam pada setiap menjelang tahun baru. Saya selalu berpendapat azam adalah sesuatu yang positif. Kalau pun tak semua tercapai, ada di antaranya tercapai. Saya insan biasa.

Azam saya yang tercapai, yang paling saya gembira ialah..., saya berani bawak kereta balik kampung. Tahun 2010 dulu saya bertekad dalam hati `tahun 2011 nanti aku akan bawak kereta balik kampung''. Tentulah kejayaan ini besar sebab saya penakut dalam bab bawa kereta. Saya sudah beberapa kali balik kampung memandu termasuk balik kampung untuk raya. Ada secara bersendirian, ada juga bersama adik saya.

Akibat terlalu takut bawak kereta saya pernah bermimpi saya mati berlanggar. Saya mimpi saya nampak mak saya dan adik beradik saya di tepi kubur saya masa orang nak kambus saya. Saya juga cari kot-kot ada bekas kekasih saya datang, tapi tak ada (sempat lagi tu, he he he. Sayang sungguh saya kepada dia...).

Ya, saya takut sangat bawak kereta jauh sebab fikiran saya akan melayang jauh. Tetapi saya gagahi juga sebab saya kena jaga diri saya sendiri. Tidak ada orang yang mahu jaga diri ini yang hodoh, gemuk dan tua. Sapalah sayang ke saya...(pulak dah, padahal masih handsum, saja merendah diri konon).

Maka saya beranikan diri tempuhi dunia ini, atasi ketakutan... Saya insan biasa.

Tidak terfikir oleh saya, saya boleh buat dan apa yang membanggakan saya ialah saya balik dengan kereta sendiri bukan kereta sewa atau kereta orang. Kereta yang saya bayar RM525 sebulan. Saya tahu ada yang bawa kereta orang punya untuk balik kampung, tumpang harta orang untuk tunjuk dia berjaya. Orang hina macam ini ada. Saya ada bukti.

Walaupun begitu saya tetap berdebar bila melakukan perjalanan jauh. Sebab saya takut buat silap dan saya takut orang lain juga buat silap. Bila saya pegang setereng saya rasa nyawa saya terserah pada jalanraya (walhal kita sebenarnya boleh mati dengan kaedah lain, mungkin boleh mati dalam bilik air jea...).

Saya juga gembira sebab rekod saya sudah dibaiki. Dulu saya bawak dalam 70km sahaja sejam, tetapi kini ada terlebih 90km sejam. Pun begitu saya selalu pandu pada tidak lebih 90km sejam. Biar jadi tabiat. Saya juga tidak mengajar diri saya suka memotong kereta orang sebab saya sendiri takut `tak lepas', lagipun takut jadi tabiat rasa `puas' bila dapat memotong kereta orang. Saya rasa ada orang macam ni tetapi saya tak ada bukti.

Selain matematik, dan cinta, kereta adalah perkara yang kompleks bagi saya. Saya anggap ianya komplek kerana saya tidak pandai dalam perkara tersebut....

Saya harap pada tahun hadapan saya akan lebih berani bawa kereta, dan saya berharap saya akan selalu selamat.

Jan: Tahun depan saya berazam nak jaga kereta dengan lebih baik...

Setiap lagu ada kisah sendiri...



"Kalau ada sambutan macam ini lagi, saya tak bimbang bekerja keras untuk menganjurkannya. Sebenarnya jam empat pagi ini (Sabtu) baru saya habis rehearsal (latihan)," katanya berkongsi cerita yang disambut tepukan gemuruh mereka yang hadir. Kebanyakan lagu saya ada kisah tersendiri.
Seperti lagu Putus Kasih ini, ia bukan bermaksud apa-apa tapi ketika usia kandungan saya sembilan bulan pada 1982, ia lagu kegemaran saya. Bayangkan saya berbadan besar ketika di studio semasa merakamkan lagu ini," tambahnya lagi sebelum menyampaikan lagu yang dimuatkan dalam album Rahsia Hati terbitan tahun 1982 ini.


Datuk Sharifah Aini

Makan Malam Amal Tiga Sahabat (Grace Simon dan Dewi Yull, di Ballroom, Hotel Royal Chulan): oleh Ridzuan Abdul Rahman (Harian Metro - Isnin, 19 Disember 2011)

Wednesday, December 21, 2011

Servis kereta




Sukar sangat menjaga kereta. Selain kena basuh kat kedai kita kena servis. Saya tak reti langsung pasal servis ni. Cuma bila sampai sms dari PERODUA Indera Mahkota, saya turunlah kat Kuantan untuk servis.

Saya ni dalam bab-bab servis saya memang ikut jadual. Saya bimbang kereta saya meletop atau rosak tepi jalan. Sebab itulah saya selalu servis ikut masa. saya percaya kepada servis sebab setiap kali saya servis kereta saya rasa ringan dan lancar, break juga `makan' dan kuat.

Kali ini saya kena bayar RM252.85 sen. Dia ada beri resitnya. Sebelum dia servis dia butirkan apa yang hendak diservis di hadapan saya. Saya angguk-angguk jea buat-buat faham, he hehe. Tetapi tuhan tahu saya tak faham langsung. Cuma masa dia tanya kereta saya auto ke manual, cepat jea saya jawab `kereta saya auto'. Saya memang tahu kereta saya automatik walaupun ada gear. Pelik jugak kan. Kata auto tapi ada gear.

Sebab itulah masa saya nak beli kereta dulu saya beritahu pemuda cina tu yang saya nak kereta Myvi paling murah dan tak ada gear. Tapi pemuda tu tak faham, nasib baiklah Ja (kawan saya), terangkan.

Nanti saya kena datang servis lagi bila kereta saya sudah sampai 80,159 km atau bila 4/6/2012. Atau yang mana-mana dulu. Saya tak nak fikir yang mana dulu sebab saya malas nak pening-pening tunggu. Baik saya tunggu sms dari PERODUA jea. Sebenarnya dia ada la tepek kat cermin tu bila saya kena servis lagi tapi saya tak reti nak tengok. Saya tunggu sms lagi senang.

Dalam bab kereta saya bodoh. Saya tak faham bagaimana kereta boleh berfungsi. Sejak saya guna lebih 3 tahun, saya tak pernah bubuh air dalam kereta. Biasanya keluarga saya dan jiran saya bubuhkan. Air itu katanya penting supaya kereta tidak panas. Pelik, sedangkan kereta saya ada aircon.

Yang saya tahu bulan 2 tahun depan saya kena ada duit RM1k untuk bayar rodtax. Betul seperti yang Ja (kawan saya beritahu) bahawa setiap tahun roadtax dan ansuran tersebut semakin kurang. Saya juga tak faham tetapi tak apalah sebab memang bayarannya berkurang setiap tahun. Itu yang penting.

Saya rasa benda yang paling saya tahu mengenai kereta adalah setereng dan tayar sahaja tu pun saya tak reti nak bubuh angin. Biasanya saya bawa Ja semasa nak bubuh angin atau saya suruh budak pam minyak tersebut bubuh, saya beri rm3.

Jan: walaupun ada kereta menyusahkan saya tetapi sebenarnya senang untuk saya nak bergerak dan berdikari. Sekian.

Tuesday, December 20, 2011

7 kebaikan berjalan kaki

Okey, sekarang saya perturunkan 7 kebaikan berjalan kaki kepada kesihatan kita. Saya menulis kebaikan ini mengikut kefahaman perubatan saya yang cetek. Untuk lebih selamat rujuk doktor bertauliah. Kalau malas nak rujuk, baca jea lah.

1. Jantung jadi sihat. Sebabnya masa kita hayungkan kaki kita, bahagian badan yang lain termasuk tangan kiri dan tangan kanan, punggung, dada, kepala, bahu turut terhayung sama. Dalam sesetengah kes kita mungkin kelihatan seksi (he he he). Bila berjalan anggota badan kita sebenarnya bersenam! Haa...

2.Tekanan darah jadi elok. Boleh hindari daripada penyakit darah tinggi dan stroke. Sebab berjalan menyebabkan aliran darah kita lancar. Darah kita mengalir keseluruh badan semasa pergerakan berlaku. Bahagian badan kita tengah galak (aktif).

3. Badan kita jadi menarik!. Sebab pergerakan badan secara keseluruhan membentuk tubuh badan kita secara semula jadi. Saya setuju sangat berjalan lebih baik daripada berenang kalau nak bentuk badan yang menarik. Tengok ikan paus, dia berenang tapi tak ada shape kan? Haaa... Berjalan lebih bagus.

4.Mengurangkan stress. Dalam hidup ini siapalah tak stress? Bila kita berjalan badan kita jadi aktif dan keluar hormon endorfin (hormon yang buat kita riang, ceria dan kontrol handsum). Menolong kita lihat sekitaran dengan positif. Waktu pagi biasanya kita boleh datang awal ke pejabat, parking kereta jauh dan berjalan dengan penuh gaya.

5. Otot kita kekal kuat. Ya lahkan sebab jika selalu bergerak jadi lemak cair dan tinggal otot-otot yang seksi sahaja, he he he. Bila otot kuat bolehlah angkat benda berat tanpa pura-pura kata tak berat depan perempuan yang kita minat. Otot yang kuat juga bila kita jatuh terpeleaot, risiko cedera dalaman minima.

6. Berat badan kita terkawal macam Kevin Zahri. Walau kita tak sehandsum Kevin Zahri tapi biarlah berat badan kita terkawal. Tapi kalau muka kita dah handsum apa salahnya ada berat badan terkawal macam kevin zahri. Tapi kalau kita lebih handsum dari Kevin Zahri?





7. Kurang risiko daibetis. Bila kita berjalan meningkatkan keupayaan badan kita memproses gula...

Jan: Jangan pulak jalan-jalan cari makan!

Berjalan kaki bakar kalori




Banyak faedah bila kita berjalan kaki. Orang zaman dulu banyak berjalan kaki dan hasilnya mereka sihat dan mati tua... berbeza dengan orang zaman kita, tidak sihat dan mati muda...

Zaman USB ni kita semakin malas. Contohnya; Sekarang kita malas nak tekan suis tv, kita guna remok kontrol untuk buka-tutup tv, tukar siaran tv dan sebagainya. Itu contoh kemalasan manusia yang kita selindung dengan kata `kecangihan teknologi menyenangkan manusia'. Kita tak nampak teknologi tersebut `membunuh' kesihatan kita, he he he.

Yang paling kelakar sekali remok pintu pagar, kita tak payah turun dari kereta, he he he. Selamat datang ke planet bumi.

Tanyalah mana-mana doktor, hatta doktor haiwan, doktor sakit puan atau doktor sakit jiwa...mereka akan kata memang berjalan juga membakar kalori.

Ayah dan mak kita dulu mereka bangun dari kerusi rotan (kini sofa L) dan menuju ke tv, dan tukar siaran tv!. Tapi dulu masa kecil saya pernah merangkak dari kerusi ke tv sebab malas nak berjalan tukar siarang. Ayah terus marah. Dia kata `Nok jalan pun malas?'. He he he.

Tapi manusia di planet bumi memang pemalas nak berjalan jauh sikit. Bila ke megamoll nak parking dekat, bila ke tempat kerja nakk parking dekat, bila nak ke pejabat pos, nak parking dekat. Bila ke bank rela blok kereta orang lain sebab nak parking dekat...punah-punah...

Mengikut doktor, kita kena melangkah 10,000 langkah sehari, baru sihat dan dapat hindar banyak penyakit. Saya cuba bilang langkah saya dari tempat parking kereta ke opis saya, ianya berjumlah 365 langkah...

Jan: Langkah semakin hilang jejak...namun ku tetap mencintai...(pulak dah)

Bulan berjalan kaki...

Bulan Januari 2012 nanti saya akan istiharkan bulan berjalan kaki ke seluruh kerajaan saya, iaitu saya adalah pemerintah dan saya adalah rakyat. Pelik pulak rasa tapi tak apa, ini blog saya, he he he.

Tadi sambil ratah ayam depan tv dan jilat aiskerim konekto, saya fikir saya dahlah malas bersenam, makan kuat jadi maka saya kena banyak berjalan. Kena ubah tabiat pakir kereta jauh sikit, biar kena berjalan...haa....

Berjalan ni ada banyak khasiatnya. Kalau kita rajin berjalan pada waktu pagi sambil tengok keindahan alam atau burung, kita akan hilang stress. Kita akan rasa ceria dan kagumi ciptaan tuhan...

Saya berazam akan pakir kereta jauh dari bangunan tempat saya kerja. Jadi saya kena berjalan jauh sikit untuk ke bangunan saya untuk naik ke tingkat satu. Ini gara-gara saya terbaca kita kena banyak berjalan supaya jadi cergas dan pembentukan badan kita elok, tak lah setopok bulat je.
Jan: Berjalan juga kena ada gaya, hayunang lenggang kena simetri...

Saiz pinggan penanda sakit jantung

Salam Ma Pekan,

Semoga Ma dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sedang buat apa? Sedang bersenam ke? Saya ni tengah panaskan gulai. Petang tadi saya berkebun, tubik jugalah peluh setitik dua. Tu pun rasa tak larat sangat dah. Tok leh duduk lama-lama...lenguh tapi kalau tak berkebun lagi tak sihat sebab bersenam malas, he he he.

Memang saya berazam tahun depan nak kecilkan saiz pinggan yang semakin melebar (sebab badan tak semakin meninggi...). Sebab khabarnya (khabar yang sah) saiz pinggan kita ni jadi pengukur utama kita dapat sakit jantung berbanding berat badan yang berlebihan. Haa...

Kata kajin tu Ma, lemak yang dekat pinggan kita tu lah bahayanya. Dia lebih aktif mengeluarkan proten yang menyumbangkan pembetukan plak kolestrol dan menyebabkan salur darah tersumbat. Ni kajian di sebuah u (universiti Texas).

Katanya lagi kalau saiz pinggan lebih 32 inci (wanita), lelaki lebih 37 inci kira selamat datang kepada risiko penyakit jantung. Dan untuk pengetahuan Ma, saya dah lebih 37 inci!. Tapi nasib baik jugak saya ni Ma agak handsum jadi orang tak fokus sangatlah pada bentuk pinggan saya. Mereka fokus kat muka dan kening saya jea...

Dulu Ma, masa saya datang ke Pekan, saiz pinggan saya dalam 29 inci jea. Masa tu tengah merana, jadi kuruslah badan. Sekarang merana juga tapi pelik sebab tak kurus, jadi gemuk, he he he.

Tapi memang la kita ni jenis sayang lemak, he he he. Malas pisahkan lemak dari badan. Saya ni memang malas bersenam sebab tak seronok. Tapi mujurlah bilik kerja kat tingkat satu, maknanya tiap hari kena naik tangga dan turun tangga kalau nak ke bilik kuliah atau nak makan. Kira bersenam jugalah tu, he he he.

Satu lagi katanya kalau kita duduk sahaja atas kerusi lama-lama, otot kat kaki juga akan merangsang atau menyekat pelbagai jenis hormon yang memberi kesan pada paras kolestrol... Pendek kata Ma, kita kena cergas kalau malas nak bersenam sangat.

Ok, Ma. Sekian sahaja. Saya nak tengok gulai tanpa santan saya di dapur. Takut kering nanti...bye.

Bukan semua orang Indonesia jahat.

Petang-petang begini saya berinternate dan berblog di kerusi batu saya, saya duduk menghadap tasik di hadapan rumah saya. Air tasik sudah surut, memang sudah digali dan dicuci paritnya agar air tidak melimpah masuk ke kawasan rumah sekitarannya.
Saya lihat tasik tersebut cantik kerana telah dibersihkan. rumput juga telah dipotong. Saya lihat ramai orang Indon yang santai memancing. Saya perhatikannya dari pagi hingga ke petang, ada sahaja kumpulan yang memancing. Mereka merupakan pekerja Indon yang masih lagibekerja menyiapkan kawasan perumahan baru yang melibatkan beberapa fasal. Orang Indonesia bukan sahaja memenuhi sektor pembinaan tetapi juga sektor perladangan dan industri.
Saya sering baca akhbar terdapat warganegara Indon yang merompak dan membunuh. Namun jika kita mahu katakan mereka semua adalah orang yang jahat itu adalah tidak benar. Warganegara kita ada juga yang merompak warganegara sendiri. Ini lebih memalukan.
Apa yang saya perhatikan, mereka datang dari jauh untuk mencari rezeki, mereka lebih rajin dan lebih berani daripada orang kita sendiri. Mana ada pembantu rumah Malaysia yang bekerja di luar negara, kalau ada pun sangat sedikit bilangannya. Namun orang Indonesia ada bekerja sehingga ke Filiphina untuk mencari rezeki.
Pada hemat saya mereka datang benar-benar mahu mencari rezeki, hanya segelintir sahaja yang datang ke Malaysia untuk membuat onar. Segelintir inilah yang memburukan nama orang Indonesia dan negara Indonesia. Kalau mereka datang mencuri di kawasan yang telah sedia ada orang Indon, maka busuklah nama orang Indon yang mencari rezeki di situ...
Saya tidak mempunyai tanggapan yang buruk kepada warganegara Indon kerana saya percaya bukan semuanya jahat. Ada yang baik (dan mungkin jauh lebih baik daripada kita). Kita sahaja yang perasan dan sangat mementingkan diri kerana status kita yang kononnya lebih tinggi.


Kak Pah juga mempunyai sahabat dari Indonesia, dia telah menjemput Grace Simon dan Dewi Yull dalam acara amalnya. Dan dua penyanyi tersohor ini datang untuk membantu Kak Pah membuat pertunjukan amal bagi menyiapkan sekolah anak-anak yatim. Dua diva hebat ini tidak berkira, sasal dapat membuat kebajikan tanpa mengira agama dan merentasi negara rasa ikhlasnya. Sedangkan Kak Pah ada beritahu dia ada menjemput artis tempatan tetapi bila sebut bayaran rendah sebab pertunjukan amal, ada yang buat muka `seposen'.



Saya teringat kawan saya di Rawang selangor, namanya Salman, dia warganegara Indonesia. Dia selalu belanja saya makan tom yam sampai saya naik malu dan selalu mengelak. Saya juga teringat Siti yang menjadi pembantu rumah adik perempuan saya. Dia sangat baik dan hingga kini masih lagi berhubung dengan adik perempuan saya.



Daripada pengalaman saya, orang Melayu kita jugalah yang menyusahkan Melayu. Saya teringat semasa saya buat master di UM dahulu saya ada berkawan dengan pelajar dari Jepun dan juga dari negara seperti Magribi. Mereka ada nilai hidup yang baik... Mereka banyak menolong saya berbanding ada pelajar Melayu yang sangat kedekut ilmu...



Jan: suka lagu Dewi Yull `Jangan ada dusta'... dan lagu `Hati lebur jadi debu' - Hetty Koes Endang

Truly diva! - Datuk Ramli MS





Datuk Sharifah sudah memiliki lebih 90 album sehingga ke hari ini. Bagi saya, pencapaian beliau sungguh menakjubkan! Beliau masih kekal sehingga ke hari ini, masih lagi menyanyi. Dengarkan saja sebutannya terutama huruf Q. Tidak saya pernah temui lagi sebutan sebaik itu daripada penyanyi lain. Kemerduan suara Datuk Sharifah tiada tandingan, ditambah dengan lagu hit yang begitu banyak. Dia juga boleh berlakon dan menyanyi. Satu yang istimewa yang ada pada Datuk Sharifah, anda tidak akan nampak beliau di merata tempat awam, melainkan di tempat eksklusif dan tertutup.
Beliau amat memelihara reputasinya sebagai seorang penyanyi yang susah kita hendak jumpa di tempat awam. Datuk Sharifah juga tidak akan menerima undangan nyanyian di pentas terbuka dan jarang sekali kita dapat menonton beliau muncul di kaca TV. Mungkin itu satu prinsip beliau sebagai seorang diva yang tahu mengekalkan taraf eksklusifnya di mata peminat. Datuk Sharifah juga ada kelasnya yang tersendiri. Hampir empat dekad beliau menyanyi dan menjaga reputasinya walaupun ada kisah yang tercalar, kisah itu jangan kita ambil kira. Saya lebih suka melihat ke arah kerjaya. Itulah dia Datuk Sharifah Aini yang saya kenali, seorang truly diva!
Dicedok dari: 'Inilah Diva Sebenar Malaysia Yang Saya Maksudkan'
(Berita Minggu, 8 April 2007)

Jan: Sebutan huruf `r' saya tidak jelas, tidak menjadi...he he

Monday, December 19, 2011

Perihal telaga dan timba...



Saya bukan cemburu tetapi saya selalu jadi marah bila baca akhbar pasal bebasnya pasangan anak muda di zaman sekarang. Saya bukannya baik sangat tetapi saya tidak seteruk itu. Saya bukan nak salahkan telaga semata tetapi saya tertanya kenapa la telaga berani sangat dengan timba...Percaya sangat...
Katalah saya kolot, saya rasa kalau dah ditangkap dalam bilik hotel murah itu bukannya rogol tetapi sukarela punya cerita. Tetapi kalau ikut undang-undang memang rogol kerana gadis bawah umur. Walaupun telaga tak cukup umur dan mencari timba...
Kali ini saya nak isukan keberanian perempuan yang semakin bebas dan menjadi murah giler. Kalau keluar bebas mencari ilmu dan menolong masyarakat tak apa tetapi bebas perangai tak senonoh. Kadang-kadang saya lihat muka lelaki bukannya handsum sangat (handsum lagi saya, tetapi perempuan ikut juga siang malam).
Saya tanya kawan saya yang kerja di kementerian kewangan. Saya terkejut atas jawapannya! Kawan saya kata:
" Huh Mang, puang jamang leni, asal ada batang je terus ngekor. Tak dok kerja muka pecoh rumah pun di ikut. Tok pikir masa depang..." Kata kawan saya yang dah masuk 7 tahun menduda.
Saya diam terkejut sebab dia guna ayat yang tak sopan tetapi mesejnya sampai pada saya. Saya tahu perempuan mudah cair bila kena pujuk rayu lelaki, tambah perempuan bodoh. Lelaki jahat bila bertemu perempuan bodoh, hancurlah hidup.
Saya hanya berdoa agar masyarakat kita terutama ibubapa mengawal anak perempuan mereka. Namun saya hanya boleh menulis dalam blog ini sahaja. Kalau kat luar saya tak berani timbulkan isu ini kerana nanti sayalah yang ditempelak konon tak faham sebab tak ada anak.
Saya ada juga dengar dan membaca bahawa seorang lelaki itu iaitu bapa boleh ditarik masuk neraka oleh anak perempuannya. Maknanya tanggungjawab seorang ayah amat berat. Ayah memang bertanggungjawab sehinggalah anak perempuannya kahwin.
Saya berpendapat kalau ada anak, terutama anak perempuan jangan beri mereka terlalu berani sangat dengan lelaki. Sebabnya? tak kanlah berita yang selalu keluar dalam akhbar tak boleh beri pengajaran kepada kita.
Jan: Saya cuma saling berpesan antara kita, sekali-sekala...

Kisah kura-kura emas dan jatuhnya sebuah kerajaan Melayu




Cerita ini saya dengar daripada seorang pakcik tua di daerah saya. Pada masa dahulu kata pak cik tua itu daerah saya merupakan sebuah negara. Negara yang mempunyai raja dan sistem perundangannya sendiri.
Tetapi akhirnya kerajaan tersebut jatuh, dan daerah tersebut menjadi salah sebuah daerah di negeri Terengganu. Entah pak cik tersebut betul ke tak otaknya saya tak tahu. Tetapi dia bersungguh-sungguh mengaku cerita itu benar dan adalah sejarah. Emmm...
Kerajaan tersebut jatuh kerana 5 ekor kura-kura emas. Al kisah bila padangang berlabuh kapal, pabila malam raja sengaja arahkan pengawalnya letak 5 ekor kura emas dalam kapal tersebut. Dan esoknya raja pura-pura berdrama yang kura-kura emasnya dicuri.
Para pengawal memeriksa kapal, dan ada la jumpa kura-kura tersebut. Segala harta atas kapal dirampas dan nahkoda bersama pedagang dihukum.
Dan beginilah gelagat raja yang bodoh dan tamak tersebut, sehinggakan dah tak ada kapal yang berani nak berlabuh di negerinya. Lama-kelamaan kerajaannya runtuh sebab ekonomi tak kukuh.
Gambar kura-kura saya di atas itu tak ada kena mengena, hanyalah sekadar hiasan. Itu kura-kura retro saya. Nama dia Kilau sebab dia berkilau... Saya letak kura-kura ini atas almari rendah dalam bilik saya. Bila kena cahaya lilin, ia berkilau...


Jan; Moralnya kerajaan yang kejam dan tamak akan runtuh...

Saya memang tak pandai masak...he he he

Hari ini saya masak sup tulang, goren ayam kunyit dan telor goreng. Bila makan sup tersebut tidak sedap, ayam tu tak rasa apa-apa, he he he. Dan telur terlebih garam. Saya lupa, saya bubuh garam 2 kali!

Teruk. dulu saya pandai masak. Sekarang tidak lagi. Ke mana agaknya kemahiran itu hilang?. Kalau saya buat kek buah saya gerenti akan bantat.

Tetapi mungkin saya masak dalam keadaan banyak fikir hal lain. Atau sekarang cuaca mendung dan hujan sekejap-sekejap. Ini kot sebab masakan saya tak sedap. lagi pun dapur saya kecil dan tak cantik...

Jan: Selamat datang alasan-alasan...hehehe.




Saturday, December 17, 2011

Bila terima puji-pujian - Rafeah Buang

Gambar di atas adalah kaset Rafeah Buang. Zaman USB ni ramai juga generasi baru tidak kenal kaset. Dalam sejarah hidup saya, kaset pertama yang saya beli ialah kaset lagu ingeris Datuk Sharifah.

Kertasnya sekeping sahaja, namun ada yang berlipat-lipat sebab banyak info di dalamnya. Contohnya lirik lagu, gambar penyanyi atau ucapan penyanyi untuk peminatnya. Kaset Kak Peah ini simple jea, hanya ada tajuk lagu di sisi tepinya.


terdapat senarai lagu di belakang. Harap maaf gambar tak memuaskan sebab pukul dengan handpon murah sahaja. Megapisnya rendah.



Ni bentuk kasetnya dan sebenarnya ia guna macam tali di dalamnya. Awas kalau kaset rosak bila pasang, talinya terkeluar. Tapi saya pernah sambung balik dengan soleotap. Manakan tak putus sebab sehari 20 kali saya pasang lagu Menaruh harapan, pas tu kawan saya pun pinjam juga buat harta untuk sekelian lama baru hantar balik.



Kecil sahaja kasetnya. Tangan di atas adalah tangan sebenar saya tanpa sarung tangan. Saja saya pukul biar nampak tangan agar kita dapat lihat saiz sebenar dia. Latarbelakang gambar adalah blog saya yang selalu bertukar tempelate.

Jan: Kebanyakan kaset saya hilang selepas saya masuk universiti...(tak kan nak bawak...)

Friday, December 16, 2011

Love and Friendship Fun Day

Sebaik sahaja selesai menjadi panel penilai kertas kerja, saya bergegas ke tasik untuk menghadiri projek pelajar saya. Saya datang khas untuk memberi sokongan moral kepada mereka dan rakan sepensyarahan di jabatan keusahawanan dan pemasaran.


Saya juga datang kerana ada life band, saya suka tengok orang menyanyi.


Terdapat gerai yang diusahakan oleh para pelajar, teringat dahulu beginilah suasana semasa saya belajar di Universiti Malaya. Selalu ada projek yang dianjurkan oleh pelajar. Dulu saya tidak terlibat, saya cuma pergi makan nasi goreng kat kedai yang kawan masak. Walaupun nasi goren yang kawan saya buat tak sedap langsung tetapi saya makan juga sebab nak beri sokongan moral punya pasal. Lagipun kami seasrama.

Ini gerai jual air, saya sempat juga beli air sebab berjalan punya pasal jadi dahaga. Saya singgah beli air soya.

Ada gerai meneka berapa biji buah dalam cempedak ini. Saya juga meneka tetapi seperti biasa tekaan saya meleset jauh dari jumlah yang sebenar, he he he.

Kumpulan yang pakai baju biru di hujung sana tu adalah kumpulan kompang dan gong. Semasa pembukaan apabila para pensyarah lalu depan mereka, bila dengar bunyi kompang kawan saya tanya saya:
" Man tak terasa nak kawin ke?"
Saya tak jawab, saya tanya dia balik, "Kau tak terasa nak kawin lagi ke?"



Ini bekas pelajar saya. Tak sangka pula para pelajar ada menegur saya. Saya ingatkan bila lepas belajar, mereka sudah lupakan saya. Rupanya saya masih popular, he he he (saya perasan)

Yang agak tua ini bukan pelajar jarak jauh (PJJ), mereka antara pensyarah lelaki yang terkenal. Berbanding saya, mereka lebih terkenal. Zul (baju kemeja merah) memang menjadi bualan di bibir pelajar. Manakala Adnan pula semakin terkenal sebab aktif dalam menubuhkan wataniah UNITEN Muadzam. Saya sedar, populariti saya semakin menurun. Kebanyakan pensyarah baru hebat-hebat dan segar belaka...


Ini pelajar saya yang saya selalu salah sebut namanya di kelas. Sekarang dia pakai ikat gigi sebab giginya tak tersusun elok. Mungkin gigi tersebut pakai tumbuh jea...he he he.


Pelajar ini sedang kontrol ayu. Mereka juga datang untuk memberikan sokongan moral kepada aktiviti kawan mereka.


Ini pelajar saya dan bekas pelajar saya. Mereka memang suka bergambar tak kiralah tepi pokok atau di mana sahaja yang sesuai dan tak kena bayar.



Yang kurus ini adalah bekas pelajar saya, dialah yang memberikan 2 pinggan makan lama yang antik kepada saya pada hari tersebut. Yang membuatkan hari saya ceria. Tima kasih sekali lagi.


Ini pelajar harapan, mereka kelihatan lebih matang berbanding saya, he he he. Semoga mereka akan berjaya di luar nanti. Saya yakin bila ilmu penuh di dada, apa-apa cabaran akan dapat diatasi.


Jan: Sekian sahaja pasal pelajar saya...

Kau akan mengerti - Rafeah Buang

Muka 1.

1. Talipon operator (Kasim Masdor/Rafeah Buang)

2. Kerana kebahagianmu (Rafeah Buang/Afzanizam Ismail)


Muka 2.

1. Di-perhentian bus (Rafeah Buang/senada Publications)

2. Kau akan mengerti (Rafeah Buang/Senada Publication)


Saya telah mewujudkan satu lagi `label' iaitu `Barang lama' di blog saya. Saya berpendapat ianya berguna untuk merakamkan gambar-gambar barang lama saya. Kalau tak bila barang lama saya hilang saya sudah tidak dapat melihatnya, atau terlupa bahawa saya pernah memilikinya.



Kak Peah bergaya macam supermodel


Cover belakang



Ini satu lagi mini rekod Rafeah Buang yang dikeluarkan pada tahun 1976 (35 tahun lalu). saya sendiri pun tak sedar saya ada beberapa rekod lama Kak Peah.



Kak Peah mempunyai banyak kepandaian. Selain menyanyi, beliau boleh mencipta lagu, menulis lirik, juga menulis rencana di majalah. Namun saya tidak pasti belaiu ada berlakon atau tidak seperti adiknya iaitu Saedah Buang, yang berlakon dalam drama tv Singapura.



Suara Kak Peah adalah benar-benar suara perempuan Melayu yang enak, sebutan huruf `t' dan`s' dia tak keingerisan. Bukannya dibuat-buat supaya seksi ngada. Lenggok suara dan sebutan beliau juga begitu jelas serta menepati sebutan asli lidah Melayu kita. Penyanyi baru sukar nak tanding.



Selain itu Kak Peah juga memiliki pekerti terpuji, walaupun bergelar artis popular. Taklah macam kebanyakan artis atau penyanyi sekarang yang begitu mengada-ngada! Sepanjang hidupnya di Pekan beliau juga aktif dalam kerja kebajikan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan Allah ke dalam golongan muttaqin, Amin.



Jan: Rasa melayang jiwa bila dengar lagu `Gurindam Jiwa' nyanyian Kak Peah dan R Ismail. Bila dengar lagu itu, sahlah hanya aku yang setia...(pulak dah)

Thursday, December 15, 2011

Kecantikan - Rafeah Buang

Kak Peah pakai topi dan rantai mutiara, kecantikannya terserlah bersama kelembutan.


Cover belakang vouge ala cleopatra



Judul Album: Kecantikan


Penerbit : Kassim Masodr

Muka 1.

Kecantikan (Copyright Control)
Bukan Salahku (Copyright Control/Rafeah Buang)

Muka 2.

Untok Memikat Dia (Rafeah Buang/Senada Publication)
Pengurbanan (Rafeah Buang/Senada Publication)


Kak Peah memang best, beliau sedaya upaya akan terlibat dengan pembikinan rekodnya. Maklumlah beliau pandai mencipta lagu dan lirik. Dalam rekod ini ada 4 lagu yang saya tak pernah dengar. Cuma ada rekod tapi tak boleh pasang sebab tak ada pemainnya (playernya).

Sebenarnya saya tak tahu nak letak mana rekod-rekod lama ni. Saya letak dalam kotak plastik besar jea (Toyogo). Saya usung dari sebuah rumah ke sebuah rumah sewa saya, sehinggalah saya ada rumah di Kuantan.

Tetapi tak tahu nak display macam mana, bimbang kalau salah pamer rumah jadi ala muzium pulak.
Jan: Tak pandai pamirkan kasih sayang, hanya allah yang tahu... (pulak dah)

Kalau dibuat `buku'...

Saya pernah rasa mahu menjadi penulis novel, pengarah filem, pencipta lagu dan pembunuh upahan. Saya mahu buat semua perkara, segala benda dalam hayat saya. Itulah keindahan sebuah kehidupan. Ya, saya suka berangan dan saya tidak gusar jika angan-angan atau azam itu tinggal hanya kenangan. Kerana?
Kerana bagi saya orang yang paling teruk di muka bumi ini bukannya orang yang tiada suatu pun angan-angan/cita-citanya yang tercapai, tetapi orang yang paling teruk adalah orang yang tak ada angan-angan atau cita-cita...Haaa... Hidup tak `berwarna..'.
Saya berangan saya akan keluarkan sebuah buku, he he he. Malunya. Tajuk buku tersebut adalah `Jankaulu: Catatan peribadi sepanjang perjalanan'. Lihat gambar di atas, he hehe.

Cover dia siap dengan gambar orang tutup muka sebab malu kerana ada masalah kewangan. Malu sebab tak dapat urus kewangan dengan baik, he he he. Sayalah tu... Dan kat tepi ada tag `Perihal kewangan kita."



Saya ambil hanya 41 rencana daripada blog saya, dan ianya telah `dibahasa tinggikan' oleh kawan saya yang bertauliah dalam bidang bahasa, lulusan Universiti Malaya. Saya sangat terharu kerana dia sanggup menyemak dan membelek satu perkataan ke satu perkataan untuk mewujudkan` bahasa tinggi'. Maklumlah bila jadi buku bahasanya kena jaga...Haa...


Kalau lihat gambar di atas jenuh juga beliau membetulkan bahasa saya yang rendah, he he he. Beliau yang juga `silent reader' blog saya ada beritahu penulisan blog saya bukannya merapu, ada nilai mora berbentuk sindiran di dalamnya. Saya rasa bangga pula bila mendapat komen begitu...
Semalam saya baca balik 41 buah rencana ini. Bahasanya sudah standard, boleh tahan bestnya bila baca (saya perasan). Ada sampai saya tersenyum lucu seorang diri di atas tilam yang bercadarkan Hush Puppies (RM700 selepas potongan, mulanya saya tak nak beli tetapi cantik, he he he).



Ada 41 muka surat bersaiz A4, kalau buat buku mahu seratus helai lebih ni...Emm... Boleh tambah gambar atau kartun. Saya suka.


Saya berharap bila saya membaca `buku' ini, ia akan menjadi panduan kewangan pada saya. Dan pada-sapa-sapa yang membacanya. Kira ada suntikan moral.
Dan bila buku ini diterbitkan, ianya laris! Bila ada pesta buku antarabangsa di PWTC, penerbit sediakan meja untuk saya untuk tandatangani buku ini untuk pembeli. Pada masa itu rakan maya saya Adei Achem dan Nong Andy juga hadir membeli buku tersebut sebagai sokongan moral. Adnan juga datang, dia bermalam di Istana Hotel.
Meja saya penuh dengan para peminat. Ada yang minta nak bergambar, saya tak sombong, saya berbangga pukul gambar dengan mereka. Memang saya dah duga saya ada peminat dari seluruh pelusuk negara, juga dari Brunai dan Indonesia.
Bekas-bekas kekasih saya tentu terkilan sebab dia sudah melihat saya berjaya. Saya membina kejayaan dan terkenal dengan usaha sendiri, bukan menumpang kekayaan orang...
Saya akan beli kereta Honda CRZ ...(warna putih).
Jan: Kuat juga saya berangan...he he he.

Tapak sirih tembaga saya...

Masyarakat Melayu lama suka mengunyah sirih. Entah apa sedapnya kita tidak mengerti. Tetapi jika tidak sedap tak kanlah mereka menjadikannya sebagai satu budaya kan?. Maka mereka cipta tapak sirih yang banyak bentuknya. Salah satu adalah seperti gambar di atas.
Saya pernah makan sirih masa saya kecil. Rasanya kelat dan tidak sesedap KFC. Titik.

Ini antara koleksi tembaga saya. Saya dapatkannya dari Pekan, Pahang. Saya berpendapat banyak barang lama di Pekan Pahang. Masyarakatnya mungkin lebih awal atau berduit untuk mendapatkan piring hitam dan barang tembaga.
Dalam sibuk dengan tugas mengajar di Pekan, saya sibuk `mengecek' barang-barang lama di sekitar tempats aya duduk.



Yang tinggi dalam gambar di atas tu adalah tempat letak sirih yang dilipat. Dan 5 bekas kecil tu tempat mereka letak bahan-bahan makan sirih, antaranya saya tak tahu nama. Saya cuma kenal kapur sirih dan gambir sahaja sahaja.


Gambar di atas menunjukan tapak sirih tu boleh dibuka. Ada lubang di dalamnya. Saya rasa dengan tangan lubang tu sejuk. Mungkin tempat letak daun sirih yang berlebihan (sedap-sedap buat andaian tanpa lakukan kaji selidik, he he he).
Tetapi sekarang saya gunakannya untuk `sembunyikan' duit. Saya letak duit dan bila saya berkemas saya buka, saya buat-buat terkejut bahawa di dalamnya ada duit. Saya terus tersenyum dan gembira. Pelik tingkah laku saya, tetapi saya normal.


Haaa...ada lagi bekas kapurnya. Makan sirih ni kena bubuh kapur, baru sedap kata mak cik yang rela `melepaskan' tembaga tersebut ke tangan saya. Saya doakan mak cik tersebut bahagia selalu. Saya akan hargai pemberian ini selamanya.


Saya tidak tahu berapa harga tempaga ini kau ikut nilaian semasa. Saya anggarkan dalam RM200 kot (pandai-pandai jea jadi juru nilai, he he he).


Saya sudahi engtri ini dengan serangkap pantun:


Sekapur sirih seulang pinang,

Diberi bekal buat pahlawan;

Cerita di Pekan jadi kenangang,

Sampai mati jadi ingatan.


Jan: Karpet di dalam gambar-gambar di atas, saya beli kat Nilai. Bulunya lebat dan tebal. Saya suka.

Dendang Perindu - Rafeah Buang

Ini satu lagi antara rekod piring hitam lama Rafeah Buang koleksi saya. Ia bersaiz mini dan ada hanya 4 lagu di dalamnya.




Gambar di atas Kak Peah bergaya vouge bersama payung warna merah, dan di tepinya ada payung warna hijau pucuk pisang. Kak Peah berbaju kurung bercorak merah. Sopan dan kontrol ayu (katogeri gadis desa sunti).




Ia diterbitkan oleh Kassim Masdor.



Side A:

1. Selamat Datang (Kasim Masdor/Yusuf Ef)

2. Di-sebut jangan di-kenang jangan (Ibrahim Bacik/Rosli Haji Yusuff)

Side B:

1.Baju Kurong (Rafeah Buang)

2.Bunga Mawar (Rafeah Buang)

Nampaknya Kak Peah banyak mencipta lagu, untuk rekod ini ada lagu Baju Kurung dan lagu Bunga mawar. Saya tabik. Kak Pah sangat profit sekali dalam melahirkan lagu, mengalahkan Kak Pah dan Dik Siti.

Saya tidak tahu bila tahun rekod ini dirakam, tidak ada tertulis. Namun sistem ejaan lama pada cover ini menunjukan ia telah lama dirakam. Mungkin 40 tahun dulu. Ada lagu istimewa yang menjadi evergreen (malarhijau). Lagu tersebut adalah bertajuk Disebut jangan dikenang jangan. Liriknya di bawah:

Disebut Jangan Dikenang Jangan

Sebutir embun menitis
Seribu kuntum mengembang
Sepatah aku berjanji
Kau sebut kau ulang-ulang

Mencurah hujan membatu
Meresap ditelan bumi
Segala sumpah janji mu
Tak satu yang kau tepati

( korus )
Tiada ku duga
Tiada ungkitan
Bagi mu tuan
Ku rela dilupakan
Ku diumpat jangan
Dikenang jangan

( 1 )
Berlalu kisah di taman
Bak mimpi diganggu siang
Disebut diingat jangan
Tak guna dikenang-kenang

( ulang 1 )

Jan: Lagu ditujukan khas kepada penjahat-penjahat seluruh Malaysia...(he he he)

Wednesday, December 14, 2011

PML: OC Merah, hadiah dari pelajar!

Hari ini sangat istimewa bukan sahaja kerana ketua jabatan belanja makan tetapi juga kerana saya dapat hadiah daripada seorang pelajar. Hadiah ini sangat bermakna sebab saya suka sangat-sangat pinggan ini. Tidak ada apa perkataan yang dapat lahirkan/gambarkan perasaan saya, hanya terima kasih daun keladi.

Saya tertanya juga di mana yea pelajar saya ambil pinggan ni? Adakah dalam almari ibunya? He he he. Walau bagaimana pun saya sangat suka sebab saya minat. Saya terus sms Ezany tanya apa nama PML ini.

Keterangan gambar:



Teliti lukisannya... Nama dia OC Merah.




Pinggan ni ada gambar dua kuntum bunga mawar. Satu berwarna merah dan satu berwarna putih (bercop orental ceramics di belakang). Bunga tersebut bertompok tiga di bibir pinggan (lihat gambar).

Pinggan ini bukan warna putih tetapi berwarna kering (Cream).




Maaf kualiti gambar kurang memuaskan...



Ada 10 daun yang besar berwarna hijau, 7 daun kecil berwarna keputihan, dan 2 daun yang berwarna merah (pelik, daun warna merah pula). Sila rujuk gambar di atas.





Pinggan ini berat sikit, boleh juga kita buat pelengkung kat kepala orang yang jahat. Yang menghancurkan harapan kita, yang abaikan kita setelah banyak kita berkorban...





Jan: He he he.